You are on page 1of 4

AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

BIL. JURNAL : MINGGU KETIGA TARIKH : 06 OGOS- 10 OGOS 2012

PENDAHULUAN 1) Kepentingan pengurusan tingkah laku di kalangan murid-murid pendidikan khas. Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Tingkah laku murid perlu diurus dengan sebaiknya untuk mewujudkan suasana dan keadaan yang lebih kondusif, dapat mendidik murid untuk berdikari dan menjadikan kehidupan seseorang murid itu lebih bermakna. Terdapat beberapa kepentingan pengurusan tingkah laku kepada murid pendidikan khas ini. Pertamanya, ia membolehkan pembelajaran yang afektif dan memastikan murid memperolehi kemahiran hidup untuk berdikari. Bidang akademik bukanlah bidang yang paling penting di ajar kepada anak-anak istimewa ini sebaliknya kemahiran dalam kehidupan yang perlu ditekankan supaya murid dapat hidup berdikari pada masa hadapan. Kedua, tingkah laku murid juga perlu diurus supaya setiap tindakan atau perbuatan yang dilakukan oleh murid adalah sesuatu yang boleh diterima oleh masyarakat dan meningkatkan maruah murid. Ketiga, tingkah laku juga perlu diuruskan supaya beban penjaga dapat dikurangkan. Keempat, supaya murid dapat menyesuaikan dirinya dengan orang lain supaya mereka dapat turut serta dalam

AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

kegiatan masyarakat yang biasa. Walau bagaimanapun, di antara semua kepentingan pengurusan tingkah laku yang telah dinyatakan di atas, tujuan utama yang paling penting ialah supaya kualiti hidup murid dapat ditingkatkan.

MASALAH / PERISTIWA : 1. Pelaksanaan pengurusan tingkah laku yang telah digariskan di dalam di dalam RPI 2. Meningkatkan komunikasi bersama murid

Pada minggu ini, saya masih lagi meneruskan perancangan yang dikehendaki iaitu mengurangkan arahan kepada murid untuk menyiram pokok bunga. Cuaca yang sentiasa hujan pada setiap pagi menyebabkan saya gagal untuk melaksanakan rancangan tersebut. Daripada lima hari, hanya dua hari sahaja yang saya sempat manfaatkan untuk bersama-sama menguruskan tingkah laku murid yang telah saya pilih. Saya masih tidak nampak sebarang perubahan pada minggu ini dan guru masih perlu memberikan banyak kali arahan kepada murid untuk menyiram pokok bunga. Namun, pada minggu ini murid yang sedang saya uruskan tingkah lakunya itu tidak lagi kelihatan seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri kerana apabila saya memandangnya dia sudah boleh tersenyum. Seolah-olah memahami siapa diri saya, saya kira murid ini sudah boleh menerima kehadiran saya sebagai guru yang membantunya pada setiap pagi. Walau bagaimanapun, semasa berada di kelas, terdapat satu masa di mana murid ini lari keluar dari kelas kerana marah dengan guru Sains. Murid ini marah kerana dia dimarahi oleh guru tersebut kerana mengganggu komputer riba di atas meja. Melalui peristiwa-peristiwa ini, saya telah dapat mengenal pasti bahawa murid-murid

AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

bermasalah autisma juga mempunyai sifat yang sangat sensitif, tidak boleh menerima jika orang lain terlalu berkeras dengan mereka. Selain waktu pagi semasa melakukan tugasannya, saya juga mengambil masamasa terluang seperti waktu rehat untuk mendekati murid ini bagi melihat sikapnya, kegemarannya, dan penerimaannya terhadap orang yang baru dikenalinya. Saya dapati murid ini agak manja dan sangat gemar diberi perhatian. Kesimpulannya, pada minggu ini dari segi pelaksanaan tugasan, murid ini masih memerlukan banyak tugasan tetapi dari segi komunikasi, sudah menunjukkan bahawa murid ini boleh menerima saya sebagai gurunya.

ANALISIS Kegagalan saya dalam menguruskan tingkah laku murid yang telah saya pilih iaitu mengurangkan arahan untuk menyiram pokok bunga mungkin berpunca daripada saya sendiri iaitu ketiadaan pengalaman dan taktik yang berkesan. Saya sendiri buntu bagaimana hendak memberi arahan yang jelas dan mudah supaya murid dapat mengingatinya dan tidak perlu lagi guru mengulanginya. Namun, sebagai seorang guru yang masih berada dalam proses latihan saya tidak akan berputus asa. Selain masalah saya sendiri, saya juga percaya bahawa murid tidak dapat mengikut apa yang saya kehendaki kerana murid itu sendiri tidak memahami bahawa dia perlu melakukan tugas tersebut pada setiap pagi tanpa diberi arahan. Murid bermasalah autisma sepatutnya dijaga khusus oleh seorang guru kerana masalahnya yang gemar berfantasi sendiri, namun kerana bilangan murid lain yang masih ramai perlu diuruskan, sukar untuk guru memerhatikan murid ini sahaja.

AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010

CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN Saya telah membaca beberapa teori yang berkaitan dengan pengurusan tingkah laku untuk mencari idea bagaimana untuk menguruskan tingkah laku murid yang telah saya pilih. Untuk minggu hadapan, saya telah memilih untuk mengaplikasikan teori pembelajaran sosial yang telah dipelopori oleh Albert Bandura. Teori ini menyatakan bahawa murid belajar melalui peniruan, belajar dengan memerhati tingkah laku orang lain dan konsekuens tingkah lakunya. Oleh itu, saya akan cuba mengaplikasikan teori ini ke atas murid ini. Saya akan menggunakan pendekatan menggunakan bahasa isyarat sahaja dan tidak akan bertutur. KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, pelaksanaan pengurusan tingkah laku pada minggu ini masih tidak berjaya kerana kaedah yang saya gunakan tidak menarik dan masa masih terlalu awal untuk kita mengubah tingkah laku murid berkenaan. Kebiasaannya, murid pendidikan khas memerlukan masa beberapa bulan untuk mengubah sesuatu tingkah laku yang telah biasa mereka lakukan. Oleh itu, pada minggu berikutnya, kaedah dan cara baru akan dijalankan iaitu melalui kaedah peniruan yang mana guru akan melakukannya terlebih dahulu dan murid akan mengikut sahaja perlakuan tersebut.

You might also like