You are on page 1of 10

1

HIMPUNAN AYAT-
AYAT PILIHAN
DALAM Al-QURAN

~ DARI SURAH AL-FATIHAH HINGGA SURAH AL-BAQARAH ~




www.izwanalhakim.blogspot.com

2


3


PENDAHULUAN


, ,
, ,
, , , ,

,
E-book ini merupakan himpunan ayat-ayat Al-Quran yang sering dijadikan doa
dalam kehidupan seharian
Dalam e-book ini, Surah yang dipilih sebagai permulaan adalah Surah Al-Fatihah
dan Surah Al-Baqarah
Tujuan penulisan dalam e-book ini adalah demi memudahkan pengamalan orang
awam berdasarkan nas-nas yang sahih
Semoga perkongsian yang ringkas ini akan membantu hal di atas



Yang Benar
Izwan Al-Hakim

4

HIMPUNAN AYAT-AYAT PILIHAN DARI SURAH AL-FATIHAH HINGGA SURAH
AL-BAQARAH

1. Doa Memohon Hidayah dari Allah
!..> 1.l ,1.`..l _ 1. _.] .-. ,ls ,s .-.l `,l.
_,l!.l _
( Surah Al-Fatihah [ 1 ] ayat 6-7)
Ertinya :
6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan ( jalan ) orang-orang yang
Engkau telah murkai, dan bukan pula ( jalan ) orang-orang yang tersesat.

2. Doa Malaikat Ketika Ditanya Tentang Kejadian Nabi Adam A.S.

l! ,..>,. l. !.l | !. !...ls ,.| . `,l-l `,>>' __
( Surah Al-Baqarah [ 2 ] ayat 32 )
Ertinya :
32. Malaikat berkata :
"Maha suci Engkau ( Ya Allah ) ! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan
kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

3. Doa Nabi Ibrahim Ketika Membina Kaabah Bersama Nabi Ismail

5

:| _! `.>,| , _-> ..> ., !.., _` .`> _. ,.:l _. _., .. <!,
,,l > ..
( Surah Al-Baqarah [ 2 ] ayat 126 )
Ertinya :
126. Dan ( ingatlah ) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata:
"Wahai Tuhanku ! Jadikanlah ( negeri Mekah ) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai
jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara
mereka"

4. Doa Nabi Ibrahim Ketika Membina Kaabah Bersama Nabi Ismail 2
!.`, !.l-> _,.l`.`. ,l _. !..`,: . .l`.. ,l !. !.>.!.. `. !.,ls ,.| .
,`.l `,>l __
( Surah Al-Baqarah [ 2 ] ayat 128 )
Ertinya :
128. "Wahai Tuhan kami ! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam ( yang berserah diri ) kepada-Mu, dan
jadikanlah daripada keturunan kami umat Islam ( yang berserah diri ) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami
syariat dan cara-cara ibadah kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat,
lagi Maha Mengasihani

5. Doa Nabi Ibrahim Ketika Membina Kaabah Bersama Nabi Ismail 3
!.`, -, , . .. l., ,l. ,..,, `.l-`, ..>l .>>' ,`, ,.| .
',-l `,>>l __
( Surah Al-Baqarah [ 2 ] ayat 129 )

6

Ertinya :
129. "Wahai Tuhan kami ! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, Yang akan
membacakan kepada mereka ayat-ayat ( firman-Mu ) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab ( Al-Quran )
serta hikmah kebijaksanaan dan membersihkan ( hati dan jiwa ) mereka ( dari syirik dan maksiat ). Sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
6. Doa Tentera Nabi Daud A.s Ketika Berhadapan Dengan Tentera Jalut
!.l `, ,l!>l .::`.`> l! !.`, _ !.,ls . ,. !... !... _ls ,1l
_.l __
( Surah Al-Baqarah [ 2 ] ayat 250 )
Ertinya :
250. Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan
berkata :
"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah
kami terhadap kaum yang tidak beriman"

7. Ayat Kursi
< .l| | > _>l `,1l .:.>!. .. . .l !. _ ,...l !. _ _ _.
: _.] _: .:..s | ..:|, `l-, !. _,, `,., !. l> L,>`, ,`_:, _.
..ls | !., ,!: _. ,. ,...l _ .:::, !,L> > _l-l `,L-l
___
( Surah Al-Baqarah [ 2 ] ayat 255 )
Ertinya :
255. Allah, tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya
mentadbirkan ( sekalian makhluk-Nya ). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di
langit dan yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat ( pertolongan ) di sisi-Nya melainkan

7

dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang
mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ( kandungan ) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (
memberitahu kepadanya ). Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada
Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar ( kekuasaan-Nya )

8. Tiada Paksaan Dalam Agama
:| _ _.] . _,,. .:l _. _-l _. >, ,-.Ll!, _.`, <!, .1 ,...`.
:``-l!, _..'l !.. !> < _,.- ,l. ___
( Surah Al-Baqarah [ 2 ] ayat 256 )
256. Tidak ada paksaan dalam ugama ( Islam ), keranasSesungguhnya telah nyata kebenaran ( Islam ) dari
kesesatan ( kufur ). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka
Sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan yang teguh yang tidak akan putus. Dan ( ingatlah ), Allah
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

9. Allah Yang Berkuasa Mengeluarkan Orang-Orang Yang Beriman Dari Kegelapan
< _| _.] `.., `>>`, _. ..lLl _|| .l _.] ` `>!,l ,-.Ll
.`>>`, _. .l _|| ..lLl ..l` .>. !.l > !, _..> ___
( Surah Al-Baqarah [ 2 ] ayat 257 )
257. Allah Pelindung ( yang mengawal dan menolong ) orang-orang yang beriman.D ia mengeluarkan mereka dari
kegelapan ( kufur ) kepada cahaya ( iman ). dan orang-orang yang tidak beriman, penolong-penolong mereka ialah
taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya ( iman ) kepada kegelapan ( kufur ). mereka itulah ahli neraka,
mereka kekal di dalamnya.

10. Doa Nabi Ibrahim A.S. agar Allah memperlihatkan kekuasaannya menghidupkan sesuatu
yang telah mati
:| _! `.>,| , _. , _`>. _..l .

8

( Surah Al-Baqarah [2] ayat 260 )
Ertinya :
260. Dan ( ingatlah ) ketika Nabi Ibrahim berkata :
"Wahai Tuhanku ! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" .

11. Allah memiliki segala sesuatu
< !. _ ,...l !. _ _ | .,. !. _ .. :>. >,.!>`, , <
`-, _.l ',!: ,.-`, _. ',!: < _ls _ ,`_: ',. ___
( Surah Al-Baqarah ayat 284 )
Ertinya :
284. Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang
ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya
kepada kamu. kemudian dia mengampunkan bagi sesiapa Yang dikehendaki-Nya dan menyeksa sesiapa yang
dikehendaki-Nya ( menurut undang-undang peraturan-Nya ) dan (ingatlah ), Allah Maha Kuasa ke atas tiap-tiap
sesuatu.

12. Orang Yang Beriman dengan Apa Yang Diturunkan Oleh Allah
_., `_.l !., _. ,l| _. ., `...l _ _., <!, ..>.l. .,. ..'
_. _,, .> _. .. l! !.-.. !.-L ,.s !.`, .,l| ,..l ___
( Surah Al-Baqarah [ 2 ] ayat 285 )
Ertinya :
285. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, begitu juga dengan orang-
orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-kitab-Nya, dan
Rasul-Rasul-Nya. ( Mereka berkata ) :
"Kami tidak membezakan antara seorang Rasul Dengan Rasul-Rasul yang lain".
Dan mereka berkata lagi :

9

Kami dengar dan kami taat ( kami pohonkan ) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat
kembali".


13. Doa Agar Diringankan Bebanan
l>`, < !.. | !-`.` !l !. ,. !,ls !. ,.. !.`, !..>. | !.,.
!.!L> !.`, _.`>. !.,ls .| !. ..l.> _ls _.] _. !.l, !.`, !.l.>. !.
!L !.l ., s !.s s !.l !..> . !..l. !...! _ls ,1l _.l
___
( Surah Al-Baqarah [2] ayat 286 )
Ertinya :
286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. dia mendapat pahala kebaikan yang
diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. ( Mereka berdoa dengan berkata ) :
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.
Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah
Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.
Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan
maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong
kami; Oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang tidak beriman".








10

UNTUK INFO-INFO MENARIK YANG LAIN, LAYARI

www.izwanalhakim.blogspot.com

You might also like