You are on page 1of 3

   

AMAL SOLEH,PENGIRING ILMU


Muqaddimah
          
                

1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat
menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi
kesabaran.(Al-Asr 1-3)

Terdapat sebanyak 62 ayatdidalam Al-Quran yang didalamnya,Allah swt menyebut amal


soleh( ) Terdapat beberapa janji-janji Allah swt mereka yang beriman dan
beramal soleh.Diantaranya ialah:keuntungan dunia dan akhirat,nikmat syurga,penghapusan
dan pengampunan dosa-dosa,diberi petunjuk dan panduan,dikurniakan darjah
tertinggi,dianugrahkan kekuasaan,mendapat rezeki yang mulia(berkat),dibalas dengan pahala
secara berterusan,dicurahkan rahmat dan dilepaskan daripada kegelapan hidup kepada
cahaya.Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah yang mengurniakan nikmat yang tidak dapat
dinilaikan dengan kekayaan seisi dunia ini.

PENGERTIAN AMAL SOLEH:

Amal ertinya melakukan/melaksanakan/membuat. Sedangkan soleh ertinya ialah kebaikan-


kebaikan yang berbentuk perintah-perintah dan larangan-larangan /halal dan haram yang
berhak hanya ditentukan oleh Allah swt,pencipta manusia kehidupan dan alam semesta.

Dari itu amal soleh bererti melaksanakan perintah-perintah dan menjauhi larangan-
larangan Allah swt yang terkandung didalam ISLAM. Manakala Islam adalah agama
diturunkan oleh Allah swt kepada manusia hanya dengan satu cara iaitu melalui ILMU yang
cara untuk mendapatkannya juga adalah satu iaitu BELAJAR.

Oleh kerana itu AMAL SOLEH iaitu perlaksanaan perintah-perintah dan menjauhi larangan-
larangan Allah swtadalah sesuatu yang semestinya DIIRINGKAN BERSERTA ILMU.

Manakala hokum beramal soleh ini adalah WAJIB.

AMAL SOLEH,PENGIRING ILMU

       
                  
 
2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu
kerjakan?
3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu
kerjakan.
(S.As-Sof 2-3).

Didalam dua ayat ini,Allah swt menyatakan kemurkaannya terhadap mukminin yang tidak
melaksanakan(beramal) apa yang mereka katakan(termasuk apa yang dia sudah ada ilmu
terhadapnya).
Dari itu,sesuatu yang telah menjadi ilmu bagi kita (telah kita ketahui),sesuatu itu mesti
diamalkan.Tidak beramal dengan ilmu itu akan mengakibatkan kita berdosa(kerana
meninggalkan perkara wajib),akan mengundang kemurkaan Allah swt yang seterusnya akan
diazab dengan azab yang pedih.

PERSOALAN: BAGAIMANA HENDAK BERAMAL DENGAN ILMU

Beramal dengan ilmu menuntut TIGA SIKAP yang semestinya kita bentuk
terhadapnya(ilmu). Tiga sikap itu ialah:
I) PEMIKIRAN II) PERASAAN III) PERLAKSANAAN (3 P).
Contoh : Islam adalah agama yang syumul iaitu meliputi ajaran kerohanian( ruhiyyah) dan
ajaran politik/pengurusan kehidupan (siyasiyyah).{Rujuk S:5:3}. Dari itu, Islam menolak
SEKULAR yang secara jelas lagi terang menolak ajaran politik/ pengurusan kehidupan yang
merupakan bahagian dari ajaran Islam yang syumul. Sekular menafikan malahan
“mengharamkan” penerapan syariat Islam dalam aktiviti politik/ pengurusan kehidupan
seperti pemerintahan, ekonomi, sosial (pergaulan lelaki dan wanita), pendidikan dan
penghakiman.
Beramal dengan ilmu ini dengan menggunakan 3P diatas ialah:
i)PEMIKIRAN: Kita mesti memperakui kesyumulan ajaran Islam yang bukan hanya
menangani persoalan
kerohanian shaja tetapi juga persoalan politik/pengurusan
kehidupan. Pada masa yang sama
kita mesti mengingkari SEKULAR dengan sekeras-keras nya
kerana secular adalah satu
kepercayaan yang kufur terhadap Allah swt.

ii)PERASAAN:Kita mesti suka dan senang dengan kesyumulan Islam(


rujuk:S:4:65).Kita bermanis muka
terhadap mereka yang memperkatakan dan memperjuangkan
supaya terlaksananya Islam
yang syumul,bukan sebaliknya bermasam muka,mencemuh dan
yang lebih parah lagi,jika
menghalang perjuangan ini seperti yang telah dilakukan Abu
Jahal,Abu Lahab dan musyrikin
terhadap Rasulullah saw dan para sahabat.
Dan terhadap SEKULAR , kita mesti benci dan rimas bahkan
mencemuh dan mencela serta
berusaha menghumbannya keluar dari kehidupan kita kaum
muslimin.Inilah akhlak
Rasulullah saw dan para sahabat dahulu terhadap kekufuran.(
rujuk:S:48:29).

iii)PERLAKSANAAN:Kita mesti berusaha melaksanakan Islam yang syumul dengan


menegakkan
KHILAFAH. Jika Khilafah telah tertegak,maka kita mesti berada
dibawah kepimpinannya.
Jika Khilafah tidak ada seperti pada masa ini, kita semestinya
berusaha secara berjemaah
untuk menegakkannya.Adapun terhadap SEKULAR , kita
semestinya menjauhkannya dari
kehidupan kita kaum muslimin dibawah kepimpinan KHILAFAH.
Jika Khilafah tidak
ad seperti pada masa ini,kita semestinnya bersama dengan jemaah
yang disebut diatas tadi
dalam usaha untuk menghumban keluar SEKULAR ini dari
kehidupan kita dan seterusnya
tegakkan KHILAFAH.
KHATIMAH:

Langkah yang semestinya kita lakukan untuk menjadi hamba yang mulia adalah dengan
menjadikan diri kita Muslim yang berilmu dan beramal soleh. Allah swt, didalam banyak
ayat-ayatnya menyatakan perkara ini,diantaranya, marilah
kita renongkan ayat berikut:
         
         
     
4. Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya .
5. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),
6. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; Maka bagi mereka pahala
yang tiada putus-putusnya.

WALLAHU A’ALAM.

You might also like