P. 1
09 Bahan Bacaan

09 Bahan Bacaan

|Views: 42|Likes:
Published by Zaki Mohammad

More info:

Published by: Zaki Mohammad on Sep 03, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/03/2012

pdf

text

original

UNIT 1

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya)

Sinopsis Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk yang berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ini merangkumi tajuk yang terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah yang mesra budaya. Di samping itu, pelajar diberi pendedahan mengenai interaksi dan cara hubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar berbagai kelompok etnik. Tajuk tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar pelbagai budaya. Di samping itu, unit ini juga membincangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya serta kelas bercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil atau pedalaman. Aspekaspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada situasi tertentu. Akhirnya, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersedia mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya Hasil Pembelajaran

1. Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan
persekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya 2. Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya 3. Melakar pelan lantai fizikal bilik darjah yang mesra budaya 4. Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusan sosio-emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya 5. Menjelaskan kepentingan memahami hubungan etnik dan mencadangkan caracara yang sesuai dalam mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan pelbagai etnik 6. Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan 7. Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran 8. Mengenalpasti konsep, tujuan dan ciri-ciri pedagogi relevan budaya 9. Membincangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pedagogi relevan budaya 10. Menerangkan latar belakang, konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum 11. Mengelola ,menguruskan dan melaksanakan kelas bercantum yang memenuhi hasrat dan tujuan kelas bercantum 12. Mentakrifkan maksud penilaian berasaskan budaya 13. Menghuraikan ciri-ciri dan aspek-aspek diambil kira dalam penilaian berasaskan budaya

1

TOPIK 1

KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Sebelum kita bermula, fikirkan tentang persekitaran fizikal bilik darjah. Mengapa guru perlu menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil kira apabila ingin menyusunkan bilik darjah anda? Bagaimana anda dapat mewujudkkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Mari kita sama sama membincangkan ciri-ciri fizikal yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya. 1.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebihlebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya 1) Aspek Fizikal :• • • • • Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti. Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik. Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut. Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut. Melukis mural diswekitar kelas. Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.

2

Berhenti dan Reflek Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan. Bagaimana anda dapat melakarkan pelan bilik lantai yang anda fikir “ mesra budaya”?

2) Sudut-Sudut Pembelajaran:Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia. 1.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya 1) Aspek Fizikal:• Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung. • Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh muridmurid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya. Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture”

3

2)

Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:-

Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge”.

Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudutsudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah. Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik. Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pengurusan fizilkal bilik darjah cuba anda bincang dengan rakan anda, Apakah ciri-ciri persekitaran fizikal spesifik selain daripada yang telah dinyatakan di atas dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ?
Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari rujukan mengenai persekitaran fizikal yang mesra budaya. Dengan melengkapkan diri dengan bahan bacaan, sila jawab soalan berikut:

4

Selepas berbincang, sila senarai ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang spesifik selain daripada yang tersenarai di atas?

1.

____________________________________________________________ ____________________________________________________________

2.

____________________________________________________________ ____________________________________________________________

3.

____________________________________________________________ ____________________________________________________________

4.

____________________________________________________________ ____________________________________________________________

5.

____________________________________________________________ ____________________________________________________________

1.3 Peranan guru sebagai ‘Physical Enviroment Designer’. Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berperanan sebagai ‘Physical Enviromet Designer’ agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya? Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian termasuk: • • • Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid Mengkikis pra sangka Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan mendalam.
Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Apakah peranan anda sebagai guru dalam mereka cipta sebuah bilik darjah yang mesra

5

(3rd Ed) : McGraw Hill. 6 . mural sesuai dengan semua bangsa dalam kelas. 1. Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru. Cuba anda lakar sebuah pelan lantai bilik darjah yang kondusif supaya dapat mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? Apakah bentuk pelan lantai yang anda akan gunakan dalam setting di bilik darjah anda ? Adakah anda akan menggunakan kenis tradisional.budaya ? Berbekalkan pengalaman anda. apakah ciri-ciri utama yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? 2. Buat refleksi pengalaman anda melakarkan bilik darjah di atas. • Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk pelajar harus samarata dari segi kumpulan etnik • Sudut –sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik. dan kepelbagaian perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya Berikut ialah senarai bahan bacaan teks dan bahan rujukan yang digunakan Teks Bacaan Asas Carol. separa bulatan atau jenis yang berbentuk modular untuk mewujudkan satu enviromen yang mesra budaya ? Latihan 1.4 Rumusan • Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.SW & Mignano. jenis ladam kuda. A. Elementery Classroom management. • Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar.J(2003).

( 8th Ed. Classroom management: Principles to Practice. FI. Steele.Boston: Allyn & Bacon. 6th Edition . The International Encyclopedia of Education( 2nd ed). Columbus. (1987).( 2004). Becoming a teacher.(1973).S. NSW: Dcroom Helm. Weinstein.M.). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. Classroom management. Reading. A. Physical setting and organization development.N. pastinya anda dapat merenung bagaimana anda dapat 7 .W. Ohio.5355-5359. Robiah Sidin (1993). Mass: Allyn & Bacon. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.F.B. F. (1995).: Bell&Howell.Pafkay.(1994). Teaching children of different cultures in the classroom. 9 . Educational psychology. Lambert. Rujukan Bull. Spaces for children. (1967). Boston: Allyn and Bacon TOPIK 2 PENGURUSAN SOSIO-EMOSI Pernahkah anda fikir tentang suasana sosio-emosi sesebuah bilik darjah? Mengapa seorang guru perlu memberi perhatian kepada suasana bilik darjah? Dengan pengalaman anda. Cheyney. Woolfolk (2001). Seating arrangements in classrooms. (1987). B.C.MA:Addison-Wesley. New York:Plenum Press. Jones.(2nd Ed). Shirley & Solity Jonathan.

Bincangkan dengan rakan-rakan anda. tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi..2 Perkembangan dan Pengurusan Sosio-emosi Di Dalam Bilik Darjah Perkembangan emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang. Justeru ini. Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan. iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis. 1979). gerak hati. Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain.Menurut Kamus Pelajar Edisi Ketiga sosial ditakrif sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat. 1995. Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Aspek sosioemosi amat penting untuk mewujudkan suatu keadaan yang harmonis dan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesannya. pembentukan kendiri. topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam sosio-emosi yang perlu diambil kira oleh guru dalam mengurus bilik darjah. emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya.mewujudkan suasana sosio emosi yang baik untuk murid-murid anda. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan membolehkan murid belajar mengawal emosi. sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. kecewa dan lain-lain. Berhenti sejenak dan berfikir “ Pengurusan sosio-emosi yang mantap di dalam kelas mampu mewujudkan pengajaran yang menyeronokkan” . Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. teruja dan emosi negatif pula adalah seperti marah. Lewis & Books-Gunn.1 Konsep Dan Tujuan Pengurusan Sosio-Emosi Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi. penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu emosi positif seperti gembira. Oleh itu. pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah. 2. Oleh itu. 8 . 2.

Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbeza budaya dan latar belakang . Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.Manakala Dewey (1852 – 1859) 9 . Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. 2. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar.” [Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. 2003] Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Menurut Erikson. Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan ‘bermain sambil belajar’. Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individuindividu di persekitaran kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan. Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.3 Strrategi Pengajaran Dalam Pengurusan Sosio-emosi Belajar Melalui Bermain: Tahukah “Belajar melalui bermain” adalah salah satu strategi pengajaran yang dapat memberi perhatian kepada sosio-emosi pelajar dalam kelas pelbagai budaya. cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat. pembelajaran dan kemahiran.Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri dan membolehkan murid memahami keperluan. Teori-teori Pengurusan Sosio-emosi: Bandura berpendapat bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh dengan cara peniruan. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan.. personaliti seseorang kanakkanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial di dalam kelas yang mempunyai latar belakang majmuk yang mesra dan harmoni. bermain adalah satu keperluan. Bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman.

2.5 Rumusan Topik ini membincangkan mengenai pengurusan sosio-emosi pelajar dan kepentingannya seseorang guru dapat menguruskan sosio-emosi pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada masyarakat majmuk.pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak. Antara aspek akan berlaku dalam pengurusan sosio-emosi terdiri daripada berikut: a) Proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu. Latihan/ Aktiviti Dalam kumpulan bertiga . buat refleksi tentang apakah cara yang telah anda laksanakan untuk mengurus sosio-emosi pelajar dalam kelas. b) Iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk terhadap prestasi kesuluruhan c) Memberi tekanan mental kepada murid dan guru d) Murid rasa tergangggu dan tidak selesa e) Murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran Berhenti dan Reflek Jika anda mengajar kelas yang terdiri daripada pelajar pelbagai budaya. Antara aspek –aspek penting adalah berikut: 10 . Berjaya atau tidak anda menguruskan kelas? Kongsi pengalaman anda dengan rakan-rakan anda. cadangkan strategi-stategi pengajaran yang difikirkan sesuai untuk digunakan oleh seorang guru yang mengajar kelas pelbagai budaya dan nyatakan kelebihan strategi-stategi pengajaran tersebut. 2.4 Kepentingan Pengurusan Sosio-emosi Guru perlu mengurus sosio-emosi murid-muridnya secara berkesan kerana kegagalan guru berbuat demikian akan memberi impak kepada pencapaian murid.

Mass: Allyn & Bacon. Aspek-aspek dan ciri-ciri hubungan etnik dai Malaysia akan diketengahkan dan implikasinya terhadap perhubungan dalam bilik darjah.• • • • Sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. (1995). TOPIK 3 PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK Dalam topik ini.A. Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas pelbagai budaya Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi. Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. anda akan diberi pendedahan tentang hubungan etnik di Malaysia. B. 11 . (2004). F. Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon Rujukan Jones. Ia amat bermakna dalam membantu mengeratkan hubungan antara murid pelbagai latar belakang Pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan tekanan mental akan dihadapi pelajar jika keadaan sosio-emosi tidak diurus dengan baik oleh guru. Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan. Teks Bacaan Asas Woolfolk.

2 Kepentingan Memahami Hubungan Etnik Sebagai seorang guru. anda perlu memahami akan kepentingan hubungan etnik.1 Hubungan etnik Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum. 3. Adalah penting untuk kita memahami apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan. Jangan kita lupa bahawa negara kita pernah menghadapi konflik etnik yang menyebabkan berlakunya pelbagai masalah. 12 . Berhenti sejenak dan renung tentang hubungan etnik Cuba anda fikir sejenak apakan kesan daripada Peristiwa 13 Mei 1969 kepada hubungan antara kaum di negara kita. Sebagai rakyat Malaysia sudah semestinya kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969. Persoalannya ialah: • • Apakah faktor yang dapat mewujudkan keseimbangan? Apakah perkara yang perlu dipertahan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan yang berterusan? Mudah sahaja iaitu usaha yang berterusan dalam memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis. Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik 2. Ini adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah anda dan dalam jangka waktu panjang ialah untuk mewujudkan “1 Malaysia”. Dalam konteks negara kita Malaysia keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama dan perkongsian pemerintahan yang matang.3. Perlu kita sedar bahawa pengalaman pahit tersebut telah menyedarkan kita bahawa: 1. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu seiring dan seimbang supaya tidak timbul kepincangan dalam masyarakat sehingga menimbulkan konflik. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang 3.

Sejauhmana tahap perpaduan nasional di negara kita masih sukar diukur. Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara. perdagangan dan lain-lain. Melalui hubungan etnik.sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial Hubungan etnik menggambarkan perkembangan kemampuan sosioekonomi negara kita. perindustrian.Apakah kepentingan memahami hubungan etnik? Mari kita meneliti betapa pentingnya setiap individu memahami tentang hubungan etnik dalam negara kita. akan dapat kita fahami isu prasangka dan diskriminasi yang berlaku serta gambaran tentang peranan faktor personaliti dalam menentukan tatalaku anggota masyarakat. Antara kepentingan termasuk: • • Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi konflik etnik Hubungan etnik berkait rapat dengan: .memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan . sejarah negara dan • • • Hubungan etnik dapat mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial. Hubungan etnik yang wujud pada masa kini telah mencorakkan sistem sosial di Malaysia. Ini telah memberi impak kepada sektor-sektor pelancongan.seluruh struktur sosial masyarakat dan . Namun demikian negara luar melihat bahawa wujudnya keharmonian dalam hubungan etnik di Malaysia. . Masyarakat luar dapat melihat kestabilan politik dan ekonomi di sini. 13 .punca konflik serta . • • Berhenti dan Reflek Apakah yang anda fahami tentang konsep masyarakat majmuk? Bagaimanakah peranan anda sebagai seorang guru untuk membantu pelajar anda memahami konsep ini? Adalah perlu kita fahami bahawa keharmonian hubungan etnik di negara kita tidak bergantung sepenuhnya kepada keadaan berbaik-baik antara kaum tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yang berbeza. Inilah antara kesan yang wujud hasil daripada hubungan etnik yang seimbang dan stabil. Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan perubahan sosial.

Anda diberi masa 10 minit untuk berbincang mengikut tajuk dan selepas itu jelaskan kepada kumpulan anda hasil perbincangan tersebut. Teks Bacaan Asas Muhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassn.Latihan/ Aktiviti Secara berkumpulan bincangkan perkara-perkara berikut. Antara aspek –aspek penting adalah berikut: • Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi konflik etnik Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan. c. a.3 Rumusan Topik ini membincangkan mengenai hubungan etnik di Malaysia dan kepentingannya setiap daripada rakyat Malaysia memahami tentang hubungan etnik dalam negara kita. Kontrak sosial Dasar “ Pecah dan Perintah” zaman pemerintahan British Pembentukan Negara Bangsa Dasar Kebudayaan Nasional Konsep “ 1 Malaysia” 3. Readings on ethnic relations in a multicultural society. Anda digalakkan menggunakan pendekatan kolaboratif semasa perbincangan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.(2005). Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara. 14 . Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan. d. punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial Hubungan etnik menggambarkan perkembangan kemampuan sosioekonomi negara kita sejarah negara dan • • • • Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan perubahan sosial. b. e.

Rujukan Woolfolk. imbas balik “ Apakah yang anda faham dengan pengajaran dan pembelajaran?” Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil perhatian sebelum. Pernahkah anda berfikir cara terbaik untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran yang baik dalam bilik darjah yang mesra budaya? Topik ini akan membincangkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran dengan fokus kepada konsep.A. (2004). 15 . semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. dan peranan guru dalam mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon TOPIK 4 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Sebagai guru berpengalaman.

W dalam bukunya Educational Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaran berkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu : pengetahuan profesional guru dan komitmen guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun dengan cemerlang (excellent instructional planning). Proses pembelajaran yang berlaku secara berterusan akan membawa perubahan tingkah laku. pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan tingkah laku yang segera. Penguasaan dan pemahaman terhadap sesuatu fakta akan mudah dikuasai apabila proses pembelajaran dibantu dengan pelbagai bahan bantu mengajar sebagai bahan rangsangan seperti gambarajah. seseorang murid akan mula menguasai kemahiran membaca setelah proses pembelajaran berlaku secara berulang-ulang dan berterusan. Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran Pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. jadual. jangkaan dan matlamat. carta. Contohnya. “ (Santrock.43). Prinsip perancangan perlu tepat diikuti dengan prinsip penyampaian yang sesuai dan disusuli dengan prinsip tindakan yang tepat ” ( p. and work effectively with students who have different levels of skills and come fromculturally diverse backgrounds. They know how to motivate. Santrock J. instructional planning. Effective teachers also understand how to use appropriate levels of technology in the classroom.1 Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran “Pengajaran” atau “pedagogi” bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. 4.4.2 Ciri-ciri Guru Berkesan Salhah Abdullah (2006) dalam bukunya Guru Sebagai Fasillitator menegaskan bahawa ”guru sebagai fasilitator berperanan sebagai perancang. They have excellent instructional strategies supported by methods of goal setting. 2006) Matlamat pengajaran pula adalah seperti berikut: • Untuk menyampaikan maklumat berbentuk ilmu pengetahuan 16 . Perubahan struktur mental yang berlaku melibatkan perubahan skema. Ia merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar. pengurus dan pelaksana perlu berpandukan prinsip pengurusan yang sistematik. Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza. kepercayaan. communicate. “Effective teachers have good command of their subject matter and a solid core of teaching skills. gambar dan lain-lain alat bantu yang memudahkan muridmurid menghubungkaitkan maklumat. Dari sudut kognitif. and classroom management. menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. melakukan pengajaran.

3 Konsep Pembelajaran 4.• • • • Membolehkan pelajar menguasai kemahiran kogintif.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan melibatkan proses-proses seperti merancang.6 Peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran 17 . afektif dan psikomotor. Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Membantu pelajar memiliki nilai dan sikap yang sihat.5 Pengurus Pengajaran dan pembelajaran Dalam Kelas pelbagai budaya: Seorang guru yang mengurus pengajaran dan pembelajaran juga boleh digelar ‘pengurus’. Manakala pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan aspek-aspek berikut: • • • • Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dengan mengambilkira latar belakang murid yang berbeza Melaksana pengajaran dan pengajaran seperti yang telah dirancang dan membuat pengubahsuaian semasa jika perlu Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk membuat penambahbaikan Berhenti dan Berfikir Cuba anda renung dan fikir peranan anda sebagai pengurus pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pelbagai budaya. Membantu pelajar supaya boleh berdikari 4. melaksana. Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan berkesan termasuk : • • • • • • • Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling Sistematik dalam merancang dan menilai Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang Bijak mengurus masa Berpandangan jauh Bersedia untuk berubah dan fleksibel Berkomuknikasi dengan berkesan 4. menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Apakah aspek-aspek yang perlu anda fokuskan? Kongsikan dengan rakan anda 4.

Dalam konteks pengurusan pengajaran dan pembelajaran. peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan persediaan guru : i) ii) iii) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Selepas proses pengajaran dan pembelajaran Rajah 1: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Sebelum Pengajaran GURU 18 .

STRATEGI Semasa Pengajaran PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tidak Berkesan PENILAIAN & PENGUKURAN PENAMBAHBAIKAN • PEMULIHAN • PENGAYAAN Selepas Pengajaran Berkesan HASIL PEMBELAJARAN TERCAPAI Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid pelbagai budaya. guru perlu membuat persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengjaran dan pembelajaran.PERANCANGAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN .BAHAN .SUMBER . Persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang pelaksanaan pengajaran melalui penulisan Rancangan Pengajaran Harian meliputi aspek-aspek :  Hasil pembelajaran yang tepat 19 .

komputer. maklumat akhbar. akhbar. Seorang guru yang kreatif akan menyesuaikan bahan bantu mengajar dengan isi pelajaran agar murid mudah menguasai konsep abstrak yang kompleks. statistik rasmi. selamat digunakan dan guru dapat menggunakan bahan tersebut untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar difahami dengan berkesan. Semasa merancang pengajaran. radio. Kozma. Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran 20 . 1991. prospektus. jurnal . 1991). phamplets and brochures. ” Mengguna alat bantu mengajar (ABM) dapat membantu menerangkan sesuatu konsep” (Hiebert. rancangan radio dan televisyen. kad imbasan. Manakala Slavin (1994) menyarankan “guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat bantu mengajar (ABM). Sumber yang tepat.sumber pembelajaran yang boleh digunakan seperti buku teks. Sumber. mencadangkan pemikiran baru dan mencabar pelajar untuk berfikir pada aras tinggi . pengursan grafik. murid    Kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya Sumber pengajaran yang mencukupi Bahan bantu mengajar yang berkesan Langkah-langkah proses pengajaran yang jelas (a) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Pengurusan pengajaran dan pembelajaran bermula dengan perancangan dan penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Ciri-ciri bahan pengajaran efektif pula berbentuk maujud. peta minda. Akta. “ Guru perlu menerangkan dengan jelas dan memberi contohcontoh yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran “. gambar. buku rujukan. (b) Pemilihan Sumber Pengajaran Guru yang bersedia dengan maklumat dari pelbagai sumber bukan sahaja berjaya memberi penerangan yang jelas kepada pelajarnya tetapi juga mampu membuat perkaitan antara idea-idea. Arahan Perbendaharaan termasuk sumber hasil temubual dan soal selidik. video. majalah. (1990). Ini diakui oleh Mayer & Gallini. sesuai. dan mencukupi mampu mencabar minda pelajar seterusnya menarik minat mereka untuk memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. saya mendapatkan seberapa banyak input daripada pelbagai sumber sebelum memulakan setiap sesi pengajaran . laporan penyelidikan. model. praktikal. Contoh-contoh bahan bantu mengajar seperti bahan maujud. gambarajah. gambarajah. audio visual. majalah. Weame & Taber. internet. Penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai dan berkesan sangat penting untuk membantu guru menerangkan konsep abstrak yang sukar kepada para pelajar. prototaip atau bahan-bahan sejarah.

Stufflebeam dalam bukunya “ Educational Evaluation and Decision Making”. beliau telah mentakrifkan penilaian sebagai satu proses menentukan. Berfikir dan berbincang Bincangkan dalam kumpulan apakah strategi-strategi pengajaran yang telah anda pelajari dan laksanakan yang relevan pelabagai budaya ? Semasa guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu memastikan  melaksanakan pengajaran seperti yang dirancang  mengenalpasti prosedur penilaian pembelajaran murid yang sesuai  menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran  menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan fizikal untuk murid-murid yang mempunyai latar belakang berbeza  mengurus disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok murid  mengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaan Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran Seterusnya proses penilaian dan pengukuran perlu dilaksanakan oleh guru untuk mengetahui keberkesanan pengajaran. Penilaian prestasi merupakan satu proses meliputi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi. Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses sistematik mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. aktiviti.(a) Strategi Pengajaran Releven Pelbagai Budaya Pemilihan strategi pengajaran yang tepat juga mampu membuatkan penyampaian maklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih berkesan terutama aktiviti yang melibatkan interaksi aktif murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang. mendapatkan serta memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan yang selanjutnya. hasil dan impak pengajaran dan pembelajaran bagi membuat analisis untuk memastikan pelajar telah menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru. Guru juga dapat merancang aktivti selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan dan mengambil tindakan susulan . 21 . Menurut D.

senarai semak. rekod anekdot. skala kadar. Pendekatan Pengajaran Masteri contohnya amat menekankan bahawa guru perlu memastikan murid telah dapat menguasai sesuatu kemahiran sebelum kemahiran yang baru disampaikan.Keberkesanan sesuatu proses pengajaran tidak dapat dipastikan tanpa proses penilaian oleh guru semasa dan selepas pengajaran berlaku. Langkah ini adalah penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam aspek pemilihan strategi pengajaran. Penilaian menyeluruh pelajar dapat dilakukan melalui data-data pengukuran kuantitatif dan kuanlitatif . sosiogram.. tahap pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi gurumurid. data pemerhatian dan kajian tindakan. kuiz. peperiksaan. Pengukuran merupakan satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat secara kuantitatif untuk menentukan pencapaian murid. Penambahbaikan perlu dilakukan oleh guru setelah melaksanakan penilaian dan pengukuran. soal selidik. pengayaan dan penilaian semula kesemua elemen-elemen yang terlibat semasa merancang dan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku perlu diambilkira oleh seorang guru yang proaktif dan berkesan Setelah guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dilaksanakan berperanan untuk: • • • Mengesan perkembangan penguasaan murid dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan Mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan guru memperbaiki pengajaran selanjutnya Mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan & meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan keberkesanan pengajaran . Tujuan utama pengukuran adalah untuk membuat pengelasan bagi pencapaian akademik murid dalam pembelajaran dan membuat penambahbaikan kepada kaedah pengajaran guru. guru sebenarnya bukan sahaja sedang mengukur pencapaian pelajarnya tetapi juga mengukur keberkesanan strategi pengajarannya sendiri. 22 . Alat pengukuran dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti data kuantitatif hasil daripada ujian bulanan. maklumat dan sumber pengajaran. Penambahbaikan berbentuk pemulihan. Penilaian prestasi pelajar juga membolehkan guru menilai semula strategi pengajaran dan membuat penambahbaikan. Alat pengukuran yang tepat dalam proses penilaian mampu memberi maklumat berharga kepada guru untuk mengukur pembelajaran pelajar dan menilai keberkesanan pengajaran guru . penggunaan bahan bantu mengajar. Keputusan peperiksaan penilaian formatif pula yang dilaksanakan selepas tamat sesuatu tajuk dan penilaian sumatif yang dilaksanakan secara holistik pada hujung semester dapat menilai pencapaian pelajar. guru perlu memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya. Apabila guru memberikan ujian kepada pelajarnya. temubual murid/rakan sekerja.

Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling. sistematik dalam merancang dan menilai.tentang apa yang telah dipelajari. Cantumkan semua peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran untuk dibentangkan. melakukan pengajaran. mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21. Bincangkan dengan pensyarah anda apakah masalah-masalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran bagi kelas pelbagai budaya dan bagaimanakah anda mengatasi masalah-masalah tersebut ? 1. Guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian budaya apabila mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran. anda perlu menunjukkan dengan jelas aspekaspek yang anda fikirkan penting untuk diberi perhatian oleh seorang guru yang mengajar di dalam kelas pelbagai budaya murid. Mari kita membuat rumusan. • • • • 23 .• • Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pelbagai budaya. emosi dan fizikal pelajar. • Pedagogi atau pengajaran merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar. Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan tingkah laku yang berbeza Pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti merancang. menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira latarbelakang pelajar. penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang. dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif. menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu. Dalam satu kumpulan bertiga sediakan satu carta alir yang lengkap berhubung pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang telah anda pelajari . Senaraikan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berkesan selain daripada yang telah dibincangkan di atas untuk mengendalikan kelas yang mempunyai murid-murid yang berlainan budaya dan latar belakang ? Latihan/Aktiviti 1.3 Rumusan Kita sudah sampai ke penghujung topik. Setiap peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran. melaksana. 2. sosial.

(1997). (1994).New York: Mc Graw – Hill Rujukan Burden. 24 .E. P. Boston: Allyn Bacon. & Byrd.W (2006) Educational psychology: A tool for effective teaching( 3rd ed). (2001).Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah. Gredler.M. Good. Teks Bacaan Asas Santrock J. Theory into practice. T.) New Jersey: Merrill Prentice Hall.L. New York: Addison Wesley Educational Inc. Learning and instruction.& Brophy. J.R. M.(4th Ed. D. Looking in classrooms. Methods for effective teaching.E.

“Culturally relevant pedagogy calls for instruction to be made relevant to the student by finding an intersection between (a) the student’s knowledge and skills and (b) school’s knowledge and skills by engaging the student in active investigations so she can discover the connections between what she knows and what teachers want her to know” (Lee 1992). Pengajaran relevan budaya membantu kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan murid supaya kesepaduan perolehan ilmu. Guru perlu beri perhatian terhadap konsep ini dengan pertimbangan bijak supaya pengelolaan. 5. it teaches to and through the strengths of these students”. Rasionalnya supaya suasana pengajaran dan pembelajaran lebih optima dan berkesan bagi semua murid. Ulasan yang utarakan Gay memberitahu bahawa kita perlu ambil perhatian guru-guru bagi menghadapi murid-murid berlatarkan pelbagai budaya. Kesedaran dan kefahaman kosep kepelbagaian pelajar ini harus melewati bukan hanya mengenal dan mentafsir konsep sahaja tetapi boleh mencerakin serta mengambil kira keunikan perspektif budaya dan sosial. peranan guru dalam menangani cabaran dalam memilih pedagogi relevan budaya untuk pelbagai kelompok etnik dalam bilik darjah turut diketengahkan. Guru yang peka dan pandai mengolah pengajaran dan pembelajaran pelbagai budaya harus berinteraksi dengan lebih positif dapat memupuk kebangaan budaya masingmasing bagi memangkin kematangan intelek. prior experiences.2 Tujuan Pedagogi Relevan Budaya Guru seperti kita perlu memahami hakikat bahawa perlaksanaan pedagogi mereka dalam bilik darjah murid pelbagai budaya memerlukan mereka hadapi situasi pengajaran dengan keperihatinan sosial budaya. guru perlu peka kepada pengajaran seperti dinyatakan Gay (2000) “culturally responsive teaching as using the cultural knowledge. kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai hasrat dikehendaki oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara. Tambahan pula.1 Konsep Pedagogi Relevan Budaya Sebagai seorang guru berkesan dalam abab ke 21 ini. 5. and performance styles of diverse students to make learning more appropriate and effective for them. 25 . pengurusan dan pengajaran mereka mengambil kira sensiviti budaya. adalah penting kita sebagai pendidik untuk memahami konsep kepelbagaian pelajar (perbezaan individu). Malaysia sebuah negara pelbagai budaya.TOPIK 5 Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian kelompok (Cultural and Indigeneous relevant pedagogy) Topik ini membincangkan pedagogi relevan budaya di mana strategi –strategi yang sesuai diguna dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah pelbagai budaya.

. socially. Bandingkan ciri-ciri yang anda berikan dengan pernyataan yang diberikan oleh Guittierez (1994) dan Ladson-Billings (1994) yang diberikan : 1. kaitkan apa yang anda faham dengan tugas anda sebagai seorang guru: Apabila kita bertugas di sekolah yang ada murid daripada latar belakang budaya yang berbeza. 5. proses aktif pembelajaran rentasi budaya walaupun belajar dalam kepelbagaian tetapi ia menyatupadukan ilmu pengetahuan. 5. nescaya anda perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Pembelajaran lebih berkesan apabila murid menyebati pengetahuan. Ia adalah mustahak bagi murid memahami latar belakang mereka yang berlainan budaya. emotionally.4 Strategi pengelolaan Pedagogi Relevan Budaya. Guru yang mengajar dalam situasi budaya berbeza harus mengunakan ciri-ciri perbezaan budaya. konsep. 2. cuba anda bincang dengan rakan anda mengenai soalan “Apakah ciri-ciri pedagogi relevan budaya ?” Selepas berbincang. and politically by using cultural referents to impart knowledge. procedur. guru seperti anda seharusnya menjadi pengantara persekitaran sekolah dan rumah murid. and attitudes. pedagogi relevan budaya beri motivasi murid belajar secara konstektual.”1 Berhenti dan Berfikir Cuba anda terjermahkan definisi yang diberikan oleh Gloria Ladson_Billings dan bincang dengan kawan anda. kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi. 3. latar belakang. Selain daripada membantu pelajar perolehi pengetahuan. sila senarai ciri – ciri pedagogi relevan budaya.3 Ciri-ciri Pedagogi Relevan Budaya Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pedagogi relevan budaya. terminologi ini mula diambil perhatian oleh Gloria Ladson-Billings (1994) menyatakannya sebagai “a pedagogy that empowers students intellectually.Definisi : Untuk memahami pedagogi relevan budaya. iaitu mengambilkira pengalaman murid yang berbeza. Sekiranya anda hadapi murid daripada pelbagai budaya. skills. Guru perlu merancang seterus mengelola pengajaran dengan mengambil kira aspek berikut : Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Guru yang mengelolakan pedagogi dalam bilik darjah pelbagai budaya harus melihat pengajaran sebagai “an art rather than a science” supaya guru seperti anda berfikiran 26 . pengetahuan dan pengalaman pelajar untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran.

Strategi rentas budaya mengkehendaki pelajar meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya faham budaya orang lain. Penemuan Guru merancang pengajaran melalui penemuan. Ahli kumpulan terdiri daripada bangsa berbeza supaya mereka boleh kongsi pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Murid boleh mendapat sumber pengetahuan terus daripada kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Seng Yan dan Kumaran. Guru perlu memudahcara letusan idea ahli kumpulan. Kolaboratif dan koperatif perlu dipupuk diperingkat sekolah rendah lagi bagi mendapat persekitaran pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan murid pelbagai budaya dalam kelas 2. Penggunaan Bahan Bacaan Bagi Pedagogi Relevan Budaya Guru seperti anda harus menerima konsep perbezaan individu dan menterjemahnya semasa pengajaran dan pembelajaran. kemahiran dengan murid pelbagai budaya. Bahan bacaan yang merujuk sesuatu budaya secara berat sebelah (bias) boleh membawa konflik permikiran murid. Sesuatu program bacaan yang berkesan harus 27 . Sebagai contoh semasa mengajar kemahiran bacaan terdapat guru yang tidak perihatin terhadap bahan bacaan yang tidak mesra budaya. Apa yang selalu kita perhatikan murid kaum tertentu hanya akan buat projek berkaitan dengan bangsa sendiri tanpa ada rentasan budaya. Contohnya dalam kumpulan perbincangan ahli kumpulan terdiri daripada Ahmad. Kaedah pembelajaran kolaboratif dan koperatif Guru yang mengunakan strategi pemusatan murid ini. Projek Kaedah ini memerlukan pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid pelbagai kaum dan budaya. Mempunyai sifat mudah mesra dengan murid dan sentiasa bersedia berkongsi maklumat. Ah Seng dan Ah Hai diberi tajuk : Budaya Orang India dan Sarojini dan Selvarani diberi tajuk : Budaya Orang Melayu. Tajuk yang sesuai dan melambangkan kepelbagaian budaya diberi keutamaan. Murid digalakkan berinteraksi dan bekerjasama dalam suasana hormat-menghormati. Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan terdapat perkongsian maklumat dengan murid lain dari pelbagai budaya memberi maklumat. Rusnah dan Fauziah diberi tajuk : Budaya Orang China. hurai atau memperbaiki persepsi budaya masing-masing 3. Sesi pembentangan perlu mempamirkan kejayaan semangat pasukan dan setiakawan. memberi penghargaan secara kolektif melambangkan harmoni sesuatu kumpulan pelbagai budaya. Guru juga mempunyai pandangan bahawa semua murid boleh belajar dan mencapai kejayaan. Contohnya murid diberi tajuk: Adat Perkahwinan. Anda yang mengajar kelas yang terdapat murid pelbagai budaya perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran anda dengan mengambil kira konsep perbezaan individu.kreatif dan boleh menyesuaikan diri dengan murid pelbagi budaya. mengalakkan murid berbincang dan sesi buzz melibatkan ahli-ahli kumpulan pelbagai budaya. pengetahuan. Sebagai contoh guru digalakkan gunakan kaedah dan teknik berikut: 1. contohnya bagi Tajuk : Budaya masyarakat majmuk. Anda juga boleh berhubung dan berkomunikasi dengan ibu bapa murid berlainan budaya.

Anda perlu menguasai teknologi untuk membolehkan teknologi membantu anda menguruskan perbezaan demi memanfaatkan pembelajaran murid.rapatkan perbezaan budaya dan memberi murid ruang berfikir secara positif perbezaan budaya. Galakkan murid membaca dan memahami bahan rentas budaya. Menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran. Anda sebagai guru yang menjiwai pedagogi pelbagai budaya harus : Memilih bahan bacaan yang boleh dikaitkan dengan pengalaman setiap murid dalam bilik darjah anda. Ketahui dan memahami perkataan / ayat yang boleh menyinggung budaya murid. Semua murid perlu diberi peluang dan ruang untuk meneroka alam siber secara luas tetapi guru perlu menerapkan perbezaan individu dan budaya secara positif. Wujudkan atau cari bahan bacaan sesuai dengan budaya setiap murid. Aspek terakhir yang perlu anda beri perhatian dalam konsep pedagogi relevan budaya ialah komunikasi guru yang berkesan. Integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira perbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya. Pembelajaran berasaskan komputer perlu memaparkan persekitaran budaya pelajar secara mesra. Sebagai contoh apabila anda bawa masuk perisian pembelajaran ke dalam bilik darjah perlu semak kandungan perisian tersebut supaya tidak menjejaskan budaya seseorang murid. Bahan berasaskan computer perlu sesuai dengan budaya pelajar. Anda perlu beri fokus kepada perkara tersebut: (a) (b) Perkembangan teknologi manfaatkan guru dan murid. Cuba anda bincang dengan rakan dan senaraikan perkataan atau ayat yang tidak sesuai bagi sesuatu kaum.Teknologi amat membantu pengajaran dan pembelajaran. guru yang berkesan akan gunakan teknologi membantu pengajaran. Bil Kumpulan Etnik Perkataan atau Ayat yang kurang sesuai digunakan semasa Pengajaran & Pembelajaran 28 . ia telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran. Adakah anda berfikiran terbuka dan positif melaksanakan pengajaran di bilik darjah dengan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara tersebut ? Pembelajaran berasaskan computer berasaskan pedagogi relevan budaya Perkembangan teknologi mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. guru peka terhadap pengajaran berasaskan komputer sesuai dengan budaya pelajar.

• • 29 . socially. Mari kita membuat rumusan. and attitudes” Salah satu ciri pembelajaran berkesan ialah penyebatian pengetahuan. penemuan dan projek. and politically by using cultural referents to impart knowledge. Cuba buat renungan Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam pedagogi relevan budaya? Adakah anda dapati sebarang kelemahan yang timbul? Sekiranya ada bagaimana anda atasinya. • Pedagogi relevan budaya merujuk kepada “a pedagogy that empowers students intellectually.Secara umumnya guru perlu guna bahasa yang mudah difahami oleh semua murid. Guru harus beri ruang dan peluang bagi murid kemukakan idea daan pendapat.tentang apa yang telah dipelajari. kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi Antara kaedah/teknik pengajaran yang sesuai untuk pedagogi relevan budaya termasuk kaedah koperatif. guru-guru perlu menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Latihan/Aktiviti Dalam mempastikan keberkesanan pengajaran pedagogi relevan budaya.4 Rumusan Kita sudah sampai ke penghujung topik. konsep. Guru perbetulkan dan menyebut kembali sebut yang salah/pelat. Guru tidak mengajuk/ mentertawa murid pelat sebutan yang melambangkan etnik tertentu. emotionally. Pilih salah satu kaedah dan jelaskan cara bagaimana anda akan melaksanakannya? 1. procedur. Guru juga perlu berusaha mempelajari dan memahami bahasa ibunda murid yang berlainan etnik. skills.

Looking in Classrooms.(1997). & Byrd. J. Teks Bacaan Asas Gredler. Montgomery.• Integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira perbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya. P. (1994). Good. Vol.33(4) pp 4-9. Learning and instruction. Boston: Allyn Bacon. 30 . T.& Brophy. New York: Addison Wesley Educational Inc.(2001). Senarai teks bacaan dan rujukan diberikan di bawah. D. Rujukan Burden.M. (2001).R.E.L. M.W. Methods for effective teaching. 4th Edition. inclusive classrooms. Creating culturally responsive. Teaching Exceptional Children. Theory into practice.E. New Jersey: Merrill Prentice Hall.

Seelok-eloknya satu kelas bercantum tidak melebihi 20 orang murid. tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam. bilangan guru di sekolah-sekolah tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu. misalnya tahun satu dan dua. Kalau bilangan guru tidak mencukupi dan bilangan murid adalah 10 orang atau kurang. Kalau bilangan guru mencukupi. Apakah ciri-ciri biasa yang terkandung dalam pedagogi kelas bercantum? Sekarang kita akan meneliti cara bagaimana mengelolakan sesi pengajaran untuk kelas bercantum 6. 1988). c. kelas tidak perlu dicantum. Oleh sebab terdapat banyak sekolah kurang murid di pedalaman. Di samping itu. Kelas bercantum “sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah.” (UNESCO.TOPIK 6 PEDAGOGI KELAS BERCANTUM Fikirkan tentang pengalaman peribadi yang pernah anda melalui mengenai keperluan untuk merancang bagi mengajar sebuah kelas bercantum. Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini di mana ia dikenali sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower Primary School ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi. perlu mengajar lebih daripada satu kelas pada masa-masa tertentu. kelas bercantum diadakan. b. Kalau enrolmen tahun / darjah berkenaan ada 10 orang murid atau lebih. Berasaskan pernyataan di bawah. d. kelas perlu dicantum.1 Sejarah dan Konsep Kelas Bercantum Setiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan selaras dengan pendemokrasian pendidikan. Contohnya. kelas tidak perlu dicantum. cuba bincang dengan rakan anda bagaimana boleh berlaku? a. merancang untuk mengajar satu pelajaran kelas bercantum. Konsep Kelas Bercantum Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya. 31 .

Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu. Fikirkan Cuba bincang dengan rakan anda dan senaraikan ciri-ciri kelas bercantum seperti mana yang anda ketahui. Kemudian. Umur murid-murid dalam satu kelas bercantum perlulah hampir sama dan dari tahap yang sama. Anda perlu ketahui bahawa tugas mengelola kelas-kelas bercantum banyak memerlukan persediaan dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru.2 Ciri-ciri Kelas Bercantum • • • • • Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja. misalnya darjah satu dan dua atau darjah dua dan tiga. Oleh itu muridmurid di bawah jagaannya lebih sesuai dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil. peruntukan guru mengikut bilangan kelas. Kemahiran “multi task” atau keterampilan guru diperlukan supaya dapat menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut : (a) (b) (c) (d) (e) Kumpulan Sama Kebolehan Kumpulan Pelbagai Kebolehan Kumpulan Tahun Persekolahan Kumpulan Sosial Kumpulan Individu 32 . Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa. minat dan konsentrasi yang berbeza-beza walaupun mereka dalam kumpulan umur yang sebaya.e. 6. imaginasi. anda boleh semak dengan ciri-ciri yang anda senarai dengan yang diberikan dalam modul ini ? 6. tidak Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana membolehkan satu kelas biasa dibuka. konsep kepelbagaian murid perlu diambil kira kerana setiap murid mempunyai daya tanggapan.3 Pedagogi Kelas Bercantum Dalam situasi pengajaran secara kelas.

Guru hendaklah lebih menitikberatkan keperluan kumpulan yang lemah ini.Kumpulan Sama Kebolehan Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik. Cara pembahagian begini akan lebih cenderung membawa kepada bilangan murid-murid dalam kumpulan sederhana adalah lebih ramai daripada muridmurid dalam kumpulan cerdas dan lemah. i K m ua m n i u k b l h n . Pelajaran seperti matematik dan bahasa amatlah sesuai diajar mengikut kumpulan ini. u p l n e gk t e oe a C nu a k la T h n 2d n 3 a t mn e s a u a La b t ma Se e h n dr aa Cr a ed s 33 . Pembahagian murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang lemah. Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan kemudian secara berhati-hati membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu.

Biasanya kumpulan ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek. Oleh itu kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan dapat menghasilkan kerja projek yang berjaya. Kalau murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan ini. dalam tiap-tiap kumpulan itu nanti terdiri daripada murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti. Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat.C N U A K L S: C N U A T H N2D N3 A T MN E A A T MN A U A K E A K MU A S M K B L H N A D H U P L N A A E OE A P P NT LS A A UI M Gueja ru S D TP B U U EM ELA A A J R N Bincangkan bagaimana anda dapat mengelolakan sesi pengajaran berdasarkan kumpulan mengikut kebolehan? S D T B CA N U U A A Kebolehan Kumpulan ini terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. ada yang pandai membaca. Lembaran kerja pula disediakan mengikut kebolehan individu. S D TP B U U EM ELA A A J R N Renung dan fikirkan A B C Kumpulan Pelbagai S D TP MR N UU A E A PE U JU : TN K T H N2 AU T H N3 AU K M L NA U PU A T h n 2d n 3y n la b t au a a g ma K M L NB U PU A T h n 2d n 3y n s d r a a au a a g e eh n K M L NC U PU A T h n 2d n 3y n c r a au a a g ed s 34 . ada penulis dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal. ada yang pandai melukis.

Sesuai bagi kemahiran yang berbeza.K umpulan pelbagai kebolehan C antuman Tahun 2 dan 3  lam bat s ederhana c erdas  lam bat s ederhana c erdas   lambat s ederhana c erdas      Kumpulan Tahun Persekolahan Guru mengajar satu tahun tertentu. Setiap darjah ada kumpulan:  lambat  sederhana  cerdas Guru mengajar mengikut darjah secara bergilir. Sediakan lembaran kerja untuk semua kumpulan. manakala masa yang sama kumpulan tahun persekolahan lain melakukan kerja sendiri. P e n g e n d a lia n K e la s s e c a r a s e c a ra K ae d ah K a e d a h D a r ja h // T a h u n P e r s e k o l a h a n T a h u n G U R U g u r u m s e c a r a e n g a ja r b e r g ilir T A H U N 2 T A H U N 3 k u m p u la n k u m p u la n A B C A B C 35 .

Jenis-jenis aktiviti yang dibuat biasanya termasuklah permainan.Kumpulan Sosial Kumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan Kumpulan Pelbagai Kebolehan kerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri. u d e ik t u p la . u pnu 3 S k t na a k la d u a a . . pelajaran muzik. A =Ku p la la b t mu n ma B =Kum la se eh n pu n d r a a C =Ku p la ceda mu n r s Tahun 3 Tahun 2 36 . Kumpulan Individu Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. drama atau pelajaran bercorak rekreasi dan kerehatan. e aa nt ra e s ig n k n se a a r a gp m r nha k rj b g i u n a ea sil e a m rid u . Di sini kanak-kanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu. K umpulan pelbagai kebolehan Pe g n a nK la B r n u n e d lia e s e ca t m K e a D C antuman rse ola a 2 dan 3 a d h a ja / Ta u Pe Tahun n r h hn k h papan tulis Meja guru papan tulis Ruang pameran hasil kerja murid A B  A B   lam bat C  lam bat lambat C   s ederhana c erdas Ruang pembelajaran Ca t n: ta a  s ederhana c erdas gb c Ru an a aan Pe u ju t n k: s ederhana c erdas belajaran Ruang pem   1 M ri m ng u k m u n . 2 D apa a t lis.

Namun jika dua tajuk berlainan terpaksa diajar pada satu masa. (rujuk Rancangan Pengajaran Harian) Mata pelajaran dan tajuk yang sama boleh diajar serentak mengikut prinsip-prinsip kelas bercantum.4 Rancangan Pengajaran Kelas Bercantum Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. GABUNGAN KEMAHIRAN DALAM MATEMATIK KEMAHIRAN NOMBOR YANG SAMA Bil. 6. 1 2 Tahun 1 Nombor 1 -10 Tahun 2 Nombor kurang 300 Tahun 3 Nombor kurang 700 37 . Kongsikan bahan rujukan dengan rakan-rakan anda. Sukatan Pelajaran tersebut perlu diubahsuai supaya selaras dengan kehendak murid-murid dalam kelas bercantum. Guru perlu mengubahsuai jadual waktu supaya mata pelajaran berkenaan dapat diajar dengan serentak.• • Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai kelas bercantum. kaedah pengajaran kumpulan perlu dititikberatkan. Guru-guru yang terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar sukatan pelajaran yang disediakan oleh PPK adalah untuk kegunaan kelas biasa. Guru yang mengajar kelas bercantum Tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi kandungan sukatan pelajaran bagi kedua-dua tahun tersebut dan membuat penyesuaian bagi setiap mata pelajaran supaya dapat diajar serentak.

2 Rumusan C ontoh : P E NG URUS AN MA S A K A E DAH KE L AS MA SA T AHUN 2 TAHUN 3 20 minit G uru mengajar 40 minit Murid membuat aktiviti Set 1. 2.A pabila kemahiran yang s ama diajar . Kelas Bercantum.PENGGUNAAN MASA KAEDAH DARJAH / TAHUN PERSEKOLAHAN MASA 15 minit 15 minit TAHUN 2 Guru Mengajar Kerja sendiri TAHUN 3 Kerja sendiri Guru Mengajar Catatan : Kaedah ini sesuai dipraktikkan apabila cantuman kemahiran tidak dapat dicantumkan 4. 3..K aedah ini sesuai dipraktikkan s ebelum kebolehan murid diketahui . C atatan : . Diambil daripada : Modul BPG(2007). 38 ..

kumpulan Pelbagai Kebolehan. guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan guru mengikut bilangan kelas dan strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.: • Kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya. misalnya tahun satu dan dua. bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu. b) ia dapat menentukan kemajuan sesuatu kelas dalam pelbagai mata pelajaran.P Bil. Latihan Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam pedagogi kelas bercantum? Adakah anda dapati sebarang kelemahan yang timbul? Sekiranya ada bagaimana anda atasinya. d) dapat menyemak tugasan-tugasan yang sudah atau belum selesai dalam rancangan untuk setahun. c) ia sebagai panduan berkenaan kemajuan dan prestasi sesorang murid. e) sebagai panduan dan membantu guru-guru lain yang mengambil alih mengajar sesuatu darjah.256/1961. Antara ciri-ciri kelas bercantum adalah kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja. Rancangan Pengajaran Harian sangat penting kerana a) ia sebagai satu rujukan persediaan pelajaran harian. murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan. tidak membolehkan satu kelas biasa dibuka. Rancangan Pengajaran Harian terus dianggap sebagai rujukan penyediaan pelajaran harian tetapi lebih menekankan kepada pendekatan yang menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan.Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Kelas Bercantum Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru berdasarkan surat pekeliling K. kumpulan Tahun Persekolahan. tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam. Kita telah sampai ke akhir topik mengenai perancangan untuk mengajar. Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut : kumpulan Sama Kebolehan. Mari kita membuat ringkasan isi penting dalam topik ini. kumpulan sosial. kumpulan individu • • 39 .

Hj Ahmad. 40 . Buku Panduan Khas Kelas Bercantum Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pusat Perkembangan Kurikulum. (1982). Pedagogi 2. R. Kementerian Pendidikan Malaysia.• Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru kerana merupakan rujukan untuk persediaan harian dan pendekatan yang menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan. Teks Bacaan Asas Rujukan Arends. Putrajaya. (2001). 1982). Learning To Teach. Modul Kelas Bercantum. (1980 . Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Kelas Bercantum. Anthony Candia. (1989). Boston : McGraw Hill.pindaan. Asmah bt. Kementerian Pelajaran malaysia. Panduan Kelas Bercantum. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2007). Siri Pendidikan Logman. (1989). Bahagian Pendidikan Guru.I.

bahasa dikaitkan dengan budaya yang pelbagai dan kompleks. apakah yang anda faham tentang sosiolinguistik? Kebanyakan tokoh bahasa di dalam dan di luar Negara bersetuju bahawa ilmu sosiolinguistik ialah bidang pengkajian hubungan manusia dengan bahasa. idea dan peristiwa yang merujuk kepada pengetahuan mereka tentang dunia yang dikongsi bersama. Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. keupayaan manusia berbahasa perlu disyukuri kerana bahasa sebagai alat penting kepada manusia sehingga manusia mampu menjalani kehidupan bermasyarakat dengan sempurna. 7. meluahkan rasa dan mengemukakan pandangan. Penerangan di atas telah menjelaskan kepada anda peranan bahasa dalam kehidupan masyarakat. Jadi. sebaliknya bahasa yang dipertutur mencipta pengalaman yang baharu apabila bahasa mampu menjadi medium perhubungan antara manusia. Walau pun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang menjadi bahasa pengantar rakyat pelbagai kaum di Malaysia. topik ini juga ketengahkan kepelbagaian bahasa yang sedia ada di Malaysia serta peranan guru dalam menyatukan pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya dan bahasa. Guru juga menggunakan bahasa untuk membimbing dan menasihati murid-muridnya. Manusia mengungkap kata-kata berdasarkan pengalamannya yang menyampaikan fakta. anda akan diberi pendedahan mengenai peranan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta masyarakat. Penggunaan bahasa sangat berkait rapat dengan latar belakang murid terutama budaya di mana murid itu dibesarkan dan menjalani kehidupannya. guru-guru perlu memahami latar belakang murid yang diajar terutama faktor budaya yang mempengaruhi perlakuan muridnya samaada perlakuan berbahasa atau perlakuan bukan bahasa. Bahasa menyampaikan makna dalam kehidupan sosial dan apabila digunakan dalam konteks komunikasi. Malaysia mempunyai pelbagai jenis bahasa etnik yang masing-masing membawa identiti budaya yang tersendiri. bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh rakyat Malaysia. Kata-kata yang diungkapkan menggambarkan sikap. namun begitu. Tambahan pula. Maka. dan pandangan dan sekali gus bahasa sebenarnya suatu realiti budaya. Bahasa yang dipertutur oleh manusia adalah suatu anugerah Tuhan kepada manusia kerana dengan bahasa manusia menyampaikan hasrat. fahaman. Manusia menggunakan bahasa bukan sekadar untuk membuktikan pengalaman yang dilalui. 41 . kepercayaan.TOPIK 7 SOSIOLINGUISTIK Dalam topik ini. Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. sehubungan dengan itu.1 Peranan Bahasa dalam Masyarakat Pelbagai Budaya Guru menggunakan bahasa untuk menyampaikan pengajarannya. Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dalam kehidupan sosialnya sejak manusia dicipta oleh Tuhan. namun pelbagai etnik Malaysia dibenarkan bertutur dalam bahasa masingmasing tanpa sebarang sekatan.

terdapat murid-murid pelbagai etnik yang menuturkan hampir sebelas jenis bahasa. Apakah pentingnya penggunaan satu bahasa sebagai bahasa pengantar kepada sebuah Negara seperti Malaysia? Dalam laporan Cheesman (1946) didapati bahawa di dalam satu kelas di sebuah kelas sekolah Inggeris. murid-murid ini tidak menguasai satu bahasa yang sama sebagai bahasa pengantar. sebaliknya. maka pasti guru berhadapan dengan masalah untuk menyampaikan pengajarannya dan murid tidak akan memperoleh ilmu. Seterusnya dalam Laporan Rahman Talib 1960 adalah bukti betapa kerajaan bersungguh-sungguh membentuk satu sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan sebagai usaha menyatupadukan rakyat Malaysia. pelbagai bahasa serta pelbagai budaya dan hal ini merupakan cabaran terbesar kepada Negara dalam membina rakyat bersatu padu. Hal ini menunjukkan bahawa sosiolinguistik di Malaysia bukanlah perkara mudah dan tidak perlu diberi perhatian sewajarnya. Sehubungan dengan itu. Seandainya. pemimpin Negara sejak zaman sebelum mencapai kemerdekaan lagi telah nampak isu bahasa dan etnik ini dan oleh kerana itu sekiranya anda mengkaji Laporan-Laporan berhubung Pendidikan anda akan ketahui bahawa kesemua Laporan menekankan aspek penggunaan bahasa kepada rakyat Tanah Melayu. Sedarkah anda bahawa perbezaan bahasa membawa kepada perbezaan budaya dan perbezaan budaya yang ketara tidak akan membawa perpaduan antara kaum atau etnik? Sehubungan dengan itu.2 Kepentingan Penggunaan Satu Bahasa Pengantar Kita telah mengetahui bahawa Malaysia memiliki pelbagai etnik. 42 . Laporan Barnes pada tahun 1950 mencadangkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sahaja di semua sekolah kebangsaan. apa lagi untuk menyatupadukan mereka. Seterusnya dalam Akta 1961 termaktab Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid. sosiolingistik merupakan bidang yang sangat penting dalam menentukan tahap keharmonian dan keamanan Negara. Barnes juga mencadangkan pemansuhan sekolah vernacular Cina dan Tamil tetapi ditentang kuat terutama oleh kaum Cina kerana khuatir penutupan sekolah Cina sedia ada. Ordinan Pelajaran 1957 diluluskan bagi melaksanakan usul Laporan Razak di mana perancangan pendidikan dirangka meliputi semua kaum di Tanah Melayu dan ini merupakan asas perkembangan pendidikan seterusnya di Malaysia.Hentian seketika dan Berfikir : Tahukah anda bahawa di Malaysia terdapat lebih puluhan jenis bahasa yang dipertuturkan oleh penutur jati yang terdiri daripada pelbagai etnik? Senaraikan bahasa-bahasa yang terdapat di Malaysia. 7. Rentetan tersebut berterusan dengan Laporan Fenn-Wu 1951 dan seterusnya pada 1956 Laporan Razak yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.

menggunakan lagu etnik Kadazandusun dalam pengajaran dan pembelajaran muzik. 43 .3 Peranan Guru dalam Aspek Sosiolinguistik Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk jati diri murid yang menghayati bahasa rasmi dan budaya nasional di samping menerap nilai-nilai menghormati perbezaan bahasa dan budaya menurut etnik. menyeronokkan serta memanfaatkan murid. malahan ruang tersebut akan mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata bahasa etnik rakan-rakan mereka. kegiatan kokurikulum adalah saluran terbaik untuk memartabatkan Bahasa kebangsaan melalui kepelbagaian aktiviti dan projek yang kreatif. Bagi mengekalkan warisan budaya dan bahasa kepelbagaian etnik di Malaysia. menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani. setiap etnik tidak berasa tersisih. sebaliknya menjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya. guru boleh menyelitkan unsur-unsur warisan budaya etnik-etnik lain dengan menggunakannya sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran. menggunakan cerita rakyat etnik Iban dalam pengajaran Bahasa Melayu. Aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya.Berhenti dan Reflek Apakah yang anda fahami tentang penggunaan satu bahasa pengantar? Bagaimanakah peranan anda sebagai seorang guru dapat membantu menyatupadukan pelajar melalui konsep ini? 7. Sekiranya guru mampu meneruskan dan mentadbirkan hal ini dengan berkesan. Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber P&P dengan menggunakan kepelbagaian unsur budaya bukan sahaja memupuk kesefahaman kalangan murid yang tediri daripada pelbagai etnik. contohnya. Malahan pelbagai permainan tradisional milik etnik-etnik ini dapat digunakan sebagai pendekatan “Games based learning” dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanakah guru mampu memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa Kebangsaan dengan membentuk rakyat yang mempunyai jati diri sebagai rakyat Malaysia dan pada waktu yang sama mengekalkan pelbagai warisan budaya etnik? Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan pelbagai aktiviti bahasa.

sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya. 3. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Teks Bacaan Asas Muhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassn. Guru perlu memainkan peranan dengan mengadakan pelbagai aktiviti bahasa.(2005). beberapa dasar digariskan antaranya Akta 1961 yang termaktub Dasar Pendidikan Kebangsaan di mana bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid. Educational Psychology. Aktiviti yang memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.Latihan/ Aktiviti Anda digalakkan menggunakan pendekatan koperatif semasa perbincangan. Boston: Allyn & Bacon 44 . Readings on ethnic relations in a multicultural society. Rujukan Woolfolk.A. Antara • • • Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai bahasa Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh rakyat Malaysia Demi menyatupadukan rakyat Malaysia.3 Rumusan Topik ini membincangkan mengenai aspek –aspek penting adalah berikut: aspek sosiolinguistik di Malaysia dan . • Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan. Cuba berkongsi pengalaman bagaimana anda dapat memainkan peranan jika mengajar pelajar berbilang kaum dan pelajar kerap menggunakan pelbagai bahasa dalam bilik darjah. (2004).

Penilaian berasaskan budaya kian memainkan peranan penting dalam bidang pendidikan. Adakah anda pernah merancang penilaian untuk kelas yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik? Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil kira semasa menyediakan ujian untuk kelas anda? Topik ini akan membincangkan mengenai perancangan yang diperlukan untuk melaksanakan penilaian yang berasaskan budaya. status sosio-ekonomi. Kesahan dalam keputusan penilaian merupakan isu utama kerana keputusan-keputusan ini digunakan untuk memaklumkan keputusan terhadap pembelajaran pelajar. Juga. jika suatu alat diterjemahkan. 7. penilaian adalah satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam membuat keputusan bagi tindakan yang akan diambil kelak. Pengumpulan data tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar dengan menggunakan alat/teknik penilaian yang sesuai amat mustahak . prinsip-prinsip yang perlu diambil kira serta strategi penilaian yang sesuai untuk kelas pelbagai budaya. andaian dan kepercayaan).TOPIK 8 PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA Fikirkan pengalaman anda sebagai guru di sebuah sekolah pelbagai budaya. dan melakukan sesuatu. Ini termasuklah konsep penilaian berasaskan budaya. merasa. budaya merupakan satu set pola yang dialami oleh individu-individu sebagai cara bertindak. Maka keputusan yang sah dipengaruhi oleh pemilihan alat penilaian yang telah disahkan berasaskan sampelan populasi tertentu. ciri-ciri ujian berasaskan budaya. Dalam perkataan lain. Manakala mengikut Hall (1959). Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya Penilaian yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai budaya perlu mengambil kira faktor pelajar seperti sejarah imigrasi atau perpindahan. Amat jelas adalah pandangan Erickson (1997) di mana atribut penting budaya berkait dengan pendidikan merupakan suatu yang eksplisit (seperti tabiat manusia) dan implisit (seperti nilai. kepastian perlu dibuat terhadap kesahan dan integriti dalam proses terjemahan. Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang dilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan seharusnya mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyedia atau memilih instrumen untuk memperoleh maklumat supaya keputusan yang dibuat adalah sah dan boleh dipercayai. Aspek-aspek ini akan akan membantu dalam membekalkan 45 . latar belakang pelajar.1 Konsep dan Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya Konsep Penilaian Berasaskan Budaya Penilaian merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya.

penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk : (a) (b) (c) (d) mengumpul maklumat untuk kemajuan. dan seterusnya pembangunan program pendidikan. Di samping itu. pernahkah anda berfikir tentang penilaian yang mesra budaya? Beri pandangan anda kepada jawapan anda. Fokus mengenai penilaian yang tidak mendiskriminasikan sesiapa seharusnya dapat membuat keputusan tentang kemajuan pelajar selain dapat mengenal pasti atau mengklasifikasikan pelajar. pengetahuan. diagnosis dan tindakan selanjutnya menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kira faktor linguistik dan kerelevanan budaya (e) menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal (f) mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional Sila buat refleksi Buat refleksi: Sebagai guru di sekolah. komuniti dan tempat kerja. Secara keseluruhannya. Budaya sama ada dapat dilihat atau terselindung harus diutarakan dalam prosesproses dan kandungan pengajaran oleh guru. Penilaian ini bertujuan untuk menentukan teknik dan strategi penilaian yang sesuai untuk memperoleh data mengenai pelajar. pentaksiran berasaskan budaya memerlukan integrasi kepekaan dari segi sikap. termasuklah pengetahuan dan kemahiran berkait dengan pemahaman amalan budaya tradisional. 7. kemahiran menyoal atau menemubual. Budaya membentuk dan dibentuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran pembelajaran sepanjang hidup manusia. Tambahan pula. strategi-strategi intervensi dan amalan-amalan penilaian. Maka guru berperanan untuk menangani isu-isu budaya setiap kali mereka mengajar dan membina 46 .maklumat kepada guru apabila memilih alat-alat penilaian yang sesuai untuk proses peinilaian. bilik darjah . Untuk guru yang menyediakan penilaian. guru perlu mengambil kira pelbagai kemahiran penyelesaian masalah dalam menilai potensi pembelajaran pelajar di bawah jagaan mereka dan menyediakan peluang yang sesuai untuk pelajar meningkatkan diri. keluarga.2 Peranan Guru dalam menyediakan penilaian berasaskan budaya Guru perlu mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai kemahiran penilaian dan alat dalam pengajaran yang dapat memberi peluang pelajar menunjukkan kompetensi mereka dalam pelbagai cara berasaskan keadaan tempatan. penilaian ini bertujuan untuk memberi maklum balas tentang kelemahan dan kekuatan pengajaran – pembelajaran.

Dalam hal ini. aktif dan berasaskan inkuiri. keluarga dan komuniti. Ia harus memainkan peranan positif dalam membentuk pengalaman pembelajaran murid (b) Penilaian harus mengambil kira perbezaan individu murid dalam pembelajaran.Prinsip Penilaian berasaskan budaya Penilaian autentik berbandingkan penilaian tradisional iaitu ujian kertas dan pensil didapati memberi peluang kepada semua murid pelbagai budaya untuk melibatkan diri dalam aktiviti/tugasan penilaian berasaskan situasi sebenar. merangkumi prinsip-prinsip inklusif dan menyokong ekuiti. Antara prinsip-prinsip yang perlu diambil kira oleh guru dalam penilaian berasaskan budaya termasuk: (a) Penilaian harus berasaskan pemahaman tentang bagaimana murid belajar. Berikan tiga tujuan penilaian berasaskan budaya dalam bilik darjah 7. 2. Ia harus berasaskan objektif–objektif dan membolehkan murid mendemonstrasikan pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai cara. Terangkan dengan ringkas dua aspek budaya yang mempengaruhi keberkesanan satu ujian bilik darjah yang baik. Pengetahuan kandungan dan kemahiran perlu diintegrasikan dan merentasi semua mata pelajaran sepanjang masa. tradisi.3 Prinsip. latar belakang murid. tabiat atau adat resam) tetapi juga cara murid memahami idea dan membina makna terhadapnya setiap hari. Dalam konteks ini. tugasan/aktiviti terdiri daripada jenis koperatif. Oleh demikian. Ini amat relevan dan bermakna kepada murid kerana mengkaitkan situasi sebenar dalam mata pelajaran. pengubahsuaian kandungan harus dilakukan dan kandungan seharusnya melambangkan budaya murid.amalan harian ( pola tingkah laku. Amalan penilaian harus 47 . boleh dikatakan bahawa budaya bukan sahaja melibatkan amalan. Amalan-amalan ini harus dapat memenuhi kepelbagaian sama ada secara individu atau (c) Penilaian harus bercorak adil kepada semua murid.alat penilaian. bahasa utama. Perkara ini amat penting untuk guru sebagai landasan untuk prosespengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Berhenti seketika dan buat renungan Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri peranan yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam merancang ujian bilik darjah yang baik? Adakah anda dapati sebarang kesulitan yang akan dihadapi? Latihan 1.

perkauman. budaya atau bahasa. tidak formal. bahasa inklusif perlu digunakan untuk mengelakkan bias dari segi gender. 48 . Penilaian yang terangkum dalam kurikulum dan aktiviti-aktiviti pengajaran merupakan komponen yang berkait rapat untuk memudahcara pembelajaran. Juga. Bentuk format penilaian gabungan antara pelbagai jenis item dapat mengukur kemahiran. cekap dalam mengenal pasti strategi-strategi pengajaran yang sesuai atau pun membina prosedur penilaian yang mesra budaya. Bentuk penilaian terdiri daripada jenis formal. Penilaian yang terangkum dalam kurikulum secara formatif adalah penting untuk mencapai hasil pembelajaran spesifik yang mana murid diberi pendedahan. pemantauan. Penilaian yang terangkum dalam kurikulum berbeza dari segi format dan gaya. Oleh yang demikian.kemahiran pemerosesan kognitif yang berlainan dan ini dikatakan dapat menunjukkan pelbagai tahap atau jenis pembelajaran.1996). proses penilaian yang dilaksanakan perlu menyokong pengalaman pembelajaran pelbagai. ujian kertas dan pensil atau aktiviti berasaskan prestasi/perlakuan. Adalah penting untuk menggunakan pelbagai bentuk penilaian. beberapa objektif atau komponen pengajaran dan pembelajaran boleh diukur dengan menggunakan pelbagai format item yang berbeza untuk memperoleh maklumat yang dapat menilai pencapaian murid. Tambahan pula. alat-alat penilaian direka bentuk untuk satu. Bentuk penilaian perlu distrukturkan untuk memberi sokongan kepada aktiviti pengajaran dan terdiri daripada kepelbagaian dalam jenis item untuk menilai objektif secara berkesan. dan pencapaian murid. Mengikut Gordon (1996). 7. usaha membina alat penilaian dibuat secara kolaboratif.satu pengajaran yang akan membekalkan maklumat untuk membuat keputusan bilik darjah berkait dengan penempatan.kumpulan murid. Dalam konteks penilaian mesra budaya. namum guru dalam bilik darjah perlu belajar bagaimana memodeli dan memurnikan alat-alat ini jika ingin mewujudkan pembelajaran berkualiti dengan positifnya. Guru perlu berkebolehan memadankan kehendak ujian dan aktiviti-aktiviti pengajaran demi meningkatkan kerelevanan kurikulum dan menghasilkan maklumat yang tepat. Penilaian yang menyokong pembelajaran merupakan jenis-jenis penilaian yang tersirat dalam kerangka kurikulum (Gordon. penilaian formatif yang direka atau bina akan berkisar kepada konteks yang sama seperti dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan pengajaran. Pada awalnya. diagnosis. dan item ujian lebih “ processsensitive”. pelbagai konteks.4 Ciri-Ciri Penting Dalam Penilaian Berasaskan Budaya Kita harus sedar bahawa guru yang paling berpengetahuan dalam kandungan mata pelajaran mungkin tidak begitu cekap dari segi mengenal pasti pengaruh-pengaruh relevan budaya secara kontektual.

Gunakan pengurusan grafik untuk mengambarkan proses tersebut. 49 . Tambahan pula. sikap dan kemahiran sosial murid. Salah satu ciri penting yang boleh mempengaruhi prestasi murid ialah bahasa yang digunakan dalam penilaian prestasi seperti sains. terangkan secara ringkas prinsip-prinsip dan proses penilaian yang anda gunakan untuk menyediakan ujian berasaskan budaya. Maklumat yang dikumpul akan menyediakan asas untuk membuat keputusan pengajaran dan memberi pengertian kepada apa yang perlu diajar dan bagaimana hendak mengajar. Aspek penting yang perlu diambil kira semasa membina ujian bilik darjah termasuk bahasa yang digunakan.5 Jenis-Jenis Penilaian Berasaskan Budaya Dalam bilik darjah yang mesra budaya. Jika sesorang tidak dapat memahami satu perkataan or dia memahami perkataan tersebut pada perspektif lain kerana latar belakang budaya dan linguistik. Perkataan mempengaruhi cara murid bertindak balas terhadap tugasan. guru perlu menggunakan penilaian berterusan dan sistematik untuk menilai kebolehan. Apabila murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penilaian. terdapat tekanan terhadap penglibatan murid dalam proses penilaian. prestasinya mungkin tidak membawa makna yang tepat mengenai pengetahuan dan kemahirannya. guru yang mengadaptasi ujian dari populasi normal untuk kegunaan kumpulan pelbagai budaya atau linguistik akan gagal menghasilkan penilaian yang adil serta boleh dibuat perbandingan. minat. Oleh kerana bahasa begitu penting dalam sesetengah alat penilaian. 7. jenis item ujian. mereka boleh membuat refleksi terhadap kemajuan mereka dan memberi pemahaman baru yang tidak dapat diberi oleh orang dewasa.Berhenti seketika dan buat renungan Berkongsi dengan rakan-rakan tentang jenis item ujian bilik darjah anda. Bincangkan sama ada anda mempertimbangkan kepelbagaian budaya semasa menyediakan item ujian. Latihan/Aktiviti Berdasarkan kepada pengalaman anda disekolah.

Guru boleh mewujudkan lajur untuk mengenal pasti projek. murid dan ahli-ahli keluarga boleh membuat refleksi terhadap apa yang murid telah laksanakan. Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak. ujian harus ” culturally loaded” dengan mengambil kira budaya semua kumpulan murid. guru boleh gunakan senarai nama kelas merupakan cara mudah untuk merekodkan pemerhatian harian. Bahasa yang digunakan harus difahami semua dan tidak bias kepada kumpulan murid yang dominan. catatan. Mereka boleh meneroka topik yang diminati berasaskan bacaan topik pelbagai budaya. 50 . Ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran Perhatian utama harus diberi kepada gaya kognitif dan kemahiran akademik semua murid. Dalam lain perkataan. Guru. Penulisan Jurnal Penulisan jurnal memberi peluang kepada murid berkongsi pemahaman peribadi mengenai perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya untuk memaklum. Arahan ujian perlu mengambil kira asas budaya dan faktor linguistik sedia ada murid dan murid perlu merasai bahawa bahasa dan budayanya adalah aset bukan liabiliti dalam penilaian. tahap kebolehan mereka dan bidang manakah yang perlu ditambah baik. Contohnya. atau kad fail untuk membolehkan guru merumuskan pemerhatian tingkah laku murid secara yang tekal dan bermakna. memperjelas dan menerangkan tentang masyarakat majmuk. aktiviti atau tingkah laku yang ingin diperhatikan. Sebagai contoh. Salah satu contoh projek termasuk rekacipta artifak yang mewakili patung kumpulan etnik dan murid boleh menulis cerita atau puisi tentang artifak untuk tujuan penilaian projek. guru boleh mereka bentuk ujian dengan menggubal item soalan sesuai untuk menilai pengetahuan atau prestasi murid dalam bidang kandungan tertentu dalam kurikulum yang mesra budaya. Projek Projek memberi peluang murid menyumbang idea mengikut kebolehan mereka. Mereka boleh pilih menulis laporan atau menyediakan satu persembahan lisan atau mencipta lukisan untuk menggambarkan konsep utama terselindung dalam topik mereka. Penilaian Portfolio Murid dan guru boleh memilih sampel tugasan yang menggambarkan kepelbagaian keperluan dan kebolehan murid untuk dinilai. guru boleh menilai tentang jurnal pembelajaran di mana murid mencatat kaitan peribadi dengan watak-watak dalam sastera yang mereka baca. Contohnya.Contoh-contoh penilaian mesra budaya merangkumi yang berikut: Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi bilik darjah. Projek sebegini baik untuk murid dari pelbagai budaya dan berbeza secara individu kerana mereka melakukan tugasan mengikut masa dan tahap kesediaan mereka. Mereka boleh membina pengertian terhadap watak dan ini memberi mereka kebebasan untuk menulis tentang watak dan berkongsi dengan rakan.

keberkesanan dan kerelevanan budaya dalam pelajaran mereka serta reaksi dan tindak balas mereka terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik darjah mereka yang boleh menyumbang kepada perkembangan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Jenis-jenis penilaian yang dikemukakan dapat mengurangkan bias terhadap kumpulan etnik tertentu dan pertimbangan yang ditimbulkan perlu diambil kira oleh guru semasa menyediakan penilaian sama ada formal atau tidak formal. Seperti mana Height (1996) maintains: "No one else can retrieve our values and salvage our people better than we can" (p. Sekiranya kurikulum adalah mesra budaya dengan mengambil kira kandungan yang sesuai untuk murid. Sebagai contoh.5 Rumusan Topik di atas membincangkan aspek-aspek penting seperti berikut: • • Cabaran yang dihadapi penilaian tidak seberat berbandingkan isu-isu mengenai strategi-strategi pengajaran sesuai dan perkembangan guru. Penilaian kendiri guru Penilaian kendiri merupakan bahagian penting keberkesanan pengajaran guru.Penilaian kendiri murid Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai pembelajaran mereka secara berkala dalam konferens guru/murid. • • • 51 . membincang hasil kerja dengan guru dan menilai kemajuan sendiri. Penilaian mesra budaya yang dibincangkan di atas merupakan cara-cara yang boleh digunakan untuk menilai murid tanpa menjejaskan kesahan dan kebolehpercayaan semasa membuat keputusan. 53). murid ditunjukkan kerja/ tugasan mereka. Portfolio boleh digunakan semasa konferens. maka tidak akan menimbulkan banyak masalah semasa membina alat penilaian untuk murid. Kita akan berjaya jika kita menggunakan semua resos dan tenaga untuk melakukan yang terbaik untuk anak kita yang berisiko jika kita tidak laku adil kepada mereka dengan tidak mengambil kira kepelbagaian budaya. 7. Guru perlu menyoal diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-strategi pengajaran.

Baxter. St John's University Retrieved 10 October 2009 from http://www. 352-366. (1992). P. 52 .nasponline. R.aspx#assess Samuel O. S. Jovanovic. Best Practices in Nondiscriminatory Assessment.. Vol. & Rawson. & Pine... Effect of format on learning disabled and non-learning disabled students¢ performance on a hands-on science assessment.I. Solano-Flores.(2001). Evaluation of a procedurebased scoring for hands-on science assessment. Goldman. 279-298. T. & Shavelson. August. International Journal of Educational Research. Performance-based assessments: Will gender differences in science achievement be eliminated? Education and Urban Society. Practical Approach for Nondiscriminatory Assessment. Samuel O. C. Comprehensive Assessment of Culturally and Linguistically Diverse Student: A Systematic. C. Morocco. G. G. & Shavelson. (1994).W. selamat maju jaya. J.. R. (1994). 1-17.aspx#assess Setakat itu sahaja.R.Y:McGraw Hill Rujukan Baxter. 29(1). (1994).. Dalton. N.. 21(3) 299-316.nasponline. Learning to Teach. inclusive classrooms. Journal of Educational Measurement. J. 21(3). (1994). St John's University Retrieved 10 October 2009 from http://www. R. B. International Journal of Educational Research.Berikut adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang boleh digunakan Teks Bacaan Asas Arends. Science performance assessments: benchmarks and surrogates. Teaching Exceptional Children. Creating culturally responsive.org/resources/culturalcompetence/ cultcomppractice. R. J. 26(4). Tivnan. Ortiz.org/resources/culturalcompetence/ cultcomppractice.. J. P. P. G. J. Montgomery.33(4) pp 4-9. 3th Edition. Shavelson.. Ortiz..

Pn Zuraidah A. B. Dip Ed (Perakaunan) UM.Kampus Bahasa Melayu. Majid Institut Pendidikan Guru. Pensyarah .. BPG KELULUSAN /PENGALAMAN PhD. Dr Boon Pong Ying Institut Pendidikan Guru – Kampus Bahasa Antarabangsa. 25 tahun di Institut Pendidikan Guru MBA ( Management & Finance) University of Hadford. 5 tahun 3.B.UKM. (Hons). En Lee Thoo Hai Institut Pendidikan Guru.PANEL PENGGUBALAN MODUL PENGAJIAN PROFESIONAL AMBILAN PGSR 2008 BIL 1.Ed.Dip Ed. Lembah Pantai 5. Universiti Malaya Pensyarah IPBMM (12 tahun) Penolong Pengarah Unit Kurikulum (2 tahun) Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum.Kampus Bahasa Melayu. 4 tahun(Ilmu Pendidikan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan. Dip Ed. 2 tahun M. Pensyarah. Lembah Pantai PhD (UKM). B. 53 . Noriati bt A. M.(Hons) UKM. Pensyarah . Lembah Pantai B. 26 tahun di Institut Pendidikan Guru Sarjana Muda Pendidikan Khas(UKM).(Hons).Ed.A. 8 tahun Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan. PANEL PENGGUBALAN MODUL Dr. Sarjana Pendidikan (Pend Khas) UM.A. Dip Ed (UM) Pensyarah Cemerlang (Ilmu Pendidikan).Kampus Bahasa Antarabangsa. 2 tahun 4.A(Hons).BPG (3 tahun) 2.Ed( UM).(UM).A. M. UM Pensyarah kanan. Pn Jamilah Ismail Institut Pendidikan Guru. Lembah Pantai En Raymond Mohanraj Paul Institut Pendidikan Guru. Rashid Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum. Sarjana Pendidikan. Lambah Pantai 6.USA.Kampus Bahasa Melayu.

B. M. Universiti Malaya Pensyarah IPBMM (12 tahun) Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum.. PANEL PEMURNIAN MODUL Dr.Ed. Noriati bt A.(Hons)..A.A. B.(Hons).PANEL PEMURNIAN MODUL PENGAJIAN PENDIDIKAN PGSR AMBILAN NOV 2008 BIL 1.BPG (2 tahun) 2. Rashid Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum.Dip Ed. M.Ed. BPG KELULUSAN /PENGALAMAN PhD. Dip Ed (UM) Pensyarah Cemerlang (Ilmu Pendidikan) 25 tahun di Institut Pendidikan Guru 54 . Dr Boon Pong Ying Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai PhD (UKM).

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->