P. 1
Assignment EDU 3106 - Budaya Dan Pembelajaran

Assignment EDU 3106 - Budaya Dan Pembelajaran

3.0

|Views: 4,699|Likes:
Published by Keisuke Eymran

More info:

Published by: Keisuke Eymran on Sep 04, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

10/07/2015

Tugasan Projek

Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda ke atas pencapaian murid berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. Oleh itu, menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan persekitaran fizikal yang efektif untuk membantu perkembangan sosioemosi murid, 1. Berdasarkan pernyataan dia atas, anda dikehendaki melaksanakan pemerhatian terhadap dua aspek bilik darjah yang mesra budaya iaitu pengurusan persekitaran fizikal dan pengurusan persekitaran sosioemosi murid ke atas kelas yang terlibat.
2. Anda perlu melaksanakan temu bual dengan guru kelas yang berkenaan bagi

mengkaji ciri-ciri bilik darjah yang mesra budaya. 3. Berdasarkan dapatan pemerhatian dan temu bual, anda dikehendaki menulis laporan kajian mengikut format penulisan yang betul. 4. Anda juga diminta menyarankan cara-cara untuk meningkatkan pengurusan persekitaran fizikal dan pengurusan persekitaran sosioemosi murid.

1|Page

Penghargaan Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana di atas kurniaNya dapatlah saya menyiapkan tugasan kerja kursus Budaya Dan Pembelajaran kod EDU 3106 yang diberikan. Seterusnya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Aqsa Bin Haji Hussin selaku pensyarah saya kerana telah banyak memberi banyak tunjuk ajar kepada saya dalam membantu menyelesaikan tugasan yang telah diberi beberapa minggu yang lepas. Dalam usaha mencari sumber rujukan, saya telah merujuk beberapa rujukan yang berlaianan seperti buku dan melayari laman web. Semua maklumat yang saya gunakan adalah berdasarkan kepada jenis sumber rujukan yang betul dan diambil daripada internet dan buku rujukan. Melalui sumber-sumber tersebut saya telah mengolah maklumat tersebut menjadi esei dan laporan. Esei dan laporan yang saya sediakan adalah mengikut format dan kehendak soalan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar dan semua guru yang terlibat di Sekolah Kebangsaan pendidikan Khas Kuantan kerana telah memberi kerjasama yang cukup baik kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus yang diberi ini. Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada beberapa orang guru yang telah ditemu bual oleh saya berkaitan dengan tajuk kerja kursus yang diberi ini iaitu berkaitan cirri-ciri bilik darjah yang mesra budaya. Jasa anda semua hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Sekian Terima Kasih.

2|Page

CIRI-CIRI BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA SERTA CARA-CARA UNTUK MENINGKATKAN PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL DAN PENGURUSAN PERSEKITARAN SOSIOEMOSI MURID Oleh : Mohd Imran Bin Hussin Pelajar Pensiswazahan Pendidikan Guru Sekolah Rendah (Pendidikan Khas) IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur 2012 1.0 Pengenalan 1.1 Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orkestra adalah dalam kehidupan. suasana Memerlukan bilik darjah pembentukan bagi kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan penyusunan memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai maslaah-masalah yang mungkin timbul.
1.2 Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai

impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat. 1.3 Woolfolk (1990) berkata motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran. 1.4 Menurut Lee Shok Mee(1995), pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.

2.0 Objektif kajian
3|Page

2.1 Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan

persekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya.
2.2 Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik

darjah yang mesra budaya.
2.3 Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusan

sosio-emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya. 2.4 Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan 2.5 Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran 3.0 Pendahuluan Menurut Najeemah Md. Yusof (2006), pembelajaran merujuk kepada perubahan tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Pembelajaran ini pula dipengaruhi oleh persekitaran yang positif, atau disebut persekitaran pembelajaran kondusif iaitu merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, Choong Lean Keow (2008) mendefinisikan persekitaran pembelajaran yang kondusif sebagai iklim dan budaya bilik darjah secara menyeluruh yang merangkumi beberapa aspek seperti pola komunikasi, reka bentuk, pelan lantai dan susun atur ruang fizikal dan kebolehan guru mengurus murid-murid dalam bilik darjah. Bersandarkan maksud tersebut, dapat difahami bahawa persekitaran pembelajaran kondusif merupakan satu keperluan wajib untuk memungkinkan proses pembelajaran berlaku dengan lancar. Persekitaran yang kondusif ini merangkumi empat aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psikososial, peraturan bilik darjah dan rutin bilik darjah Suasana fizikal boleh menyumbang kepada pembelajaran murid, kawalan kelas, hubungan murid dengan guru dan hubungan murid dengan murid (Haliza Hamzah dan

4|Page

Joy Nesamalar Samuel, 2008). Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), psiko-sosial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri antaranya seperti suasana selesa, komunikasi terbuka, perkongsian idea dan lain-lain lagi. 4.0 Laporan kajian 4.1 Ciri-ciri bilik darjah yang mesra budaya Bilik darjah ialah tempat dimana berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran, pembentukan sikap dan tingkah laku murid-murid. (Atan Long, (1986) Bagi mencapai tujuan ini maka sesebuah bilik darjah itu perlu diatur dan disusun dengan rapi serta diawasi pula oleh guru. Sesebuah bilik darjah yang biasa mempunyai kelengkapan asas seperti kerusi, meja, papan tulis, almari dan papan kenyataan. Sekolah-sekolah yang mampu akan menyediakan kemudahan yang lain mengikut keperluan sesebuah kelas. Semua kemudahan yang disediakan akan membantu melicinkan pengurusan supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan natijah yang baik dan sempurna. Sebenarnya, tiada suatu bentuk khusus terhadap susunan bilik darjah. Oleh itu terdapat pelbagai bentuk yang dibuat. Bentuk susunan itu pada hakikatnya tertakluk kepada keperluan dan keupayaan serta suasana sesebuah sekolah. Oleh kerana itu juga saya telah melakukan beberapa kajian terhadap struktur bilik darjah yang berkesan dan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek fizikal dan sosio-emosi sekaligus dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

5|Page

Dalam usaha menjadikan suasana bilik darjah yang mesra budaya, pelbagai cara boleh diadaptasikan oleh guru yang bertindak sebagai pihak yang menguruskan bilik darjah. Sebagai contoh utama yang sering diguna pakai ialah pelan susunan meja murid di dalam bilik darjah. Mengapa susunan meja menjadi satu aspek penting? Hal ini kerana suasana mesra budaya wujud apabila murid-murid yang berlainan bangsa dicampurkan kedudukan mereka semasa berada dalam suasana pengajaran dan pembelajaran (PnP). Bagi memastikan susunan meja diaturkan dengan baik dan berkesan, kreativiti sebagai seorang guru sangat diperlukan. Selain itu, guru perlu mengambil perhatian tentang aspek agama dan budaya hidup masyarakat berbilang kaum. Perkara ini perlu dititik beratkan supaya tidak menyentuh isu sensitif agama dan bangsa itu sendiri. Sebagai contoh, aspek menjaga pergaulan di antara lelaki dan perempuan juga perlu dipandang serius. Hal ini disebabkan naluri kanak-kanak yang masih meneroka alam sekeliling mereka dan perkara sebegini perlu dididik sejak kecil lagi. Apa yang penting tentang suasana mesra budaya ini ialah bertujuan meningkat perpaduan antara murid-murid yang berlainan bangsa. Apabila sejak kecil lagi mereka telah didedahkan dengan pengetahuan tentang sosio budaya, mereka akan lebih bijak dan matang dalam perkara yang melibatkan perpaduan dan kerjasama antara rakan yang berlainan bangsa dan agama. Secara tidak langsung, mereka tidak mempunyai masalah dalam menyesuaikan diri dalam bekerja dalam satu kumpulan yang terdiri daripada murid-murid berlainan bangsa dan agama.

6|Page

Petunjuk: Papan hitam Meja guru Meja murid

Gambar rajah di atas merupakan satu contoh lakaran pelan susunan dalam bilik darjah yang menunjukkan dalam satu kumpulan mempunyai tiga orang murid. Murid-murid ini disusunkan secara berselang-seli mengikut bangsa Melayu, India dan Cina. Mereka juga boleh berkerja dalam satu kumpulan dan bercampur dengan baik semasa dalam proses PnP. Berdasarkan gambar rajah juga dapat dilihat meja murid di bahagian hadapan dan tengah disusun secara senget menghala ke papan hitam. Susunan ini bertujuan memberikan fokus yang lebih daripada murid semasa belajar. Dalam erti kata lain, mereka senang untuk melihat apa yang ditulis oleh guru di hadapan.

7|Page

Kedudukan meja guru di hadapan pula bertujuan memudahkan guru memantau aktiviti murid-murid di dalam bilik darjah. Walau bagaimana cara susunan sekalipun, guru perlu memastikan bahawa susunan di dalam bilik darjah tidak terlalu rapat dan sesak kerana ianya boleh mengehadkan pergerakan murid dan guru sendiri untuk bergerak dalam bilik darjah. Susunan meja dan pemilihan murid untuk mengambil tempat duduk juga perlu diaturkan oleh guru. Sehubungan itu, guru perlulah mengkaji dan mengetahui dengan lebih dalam tentang karekter murid-muridnya di dalam bilik darjah. Apabila guru membuat keputusan bijak dalam mengatur murid-murid, kemungkinan untuk berlaku pelbagai masalah di dalam bilik darjah dapat diatasi. Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat

melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, mengawal murid dan aktiviti-aktiviti di dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini, murid menyedari kelebihan sikap berdikari, mempunyai perasaan bertanggungjawab dan kesepunyaan terhadap pembelajarannya. Dari segi susunan fizikal bilik darjah, meja dan kerusi murid-murid disusun dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan kerusi dalam bilik darjah tahap satu disusun mengikut kumpulan manakala kerusi dan meja dalam bilik darjah tahap dua disusun secara berpasangan. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Ada guru yang membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan dan kefahaman murid-murid seperti kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang tinggi, sederhana dan lemah. Ada guru juga membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada muridmurid yang tahap kebolehan yang lemah, sederhana dan tinggi dalam satu kumpulan. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan kerana kebolehan murid-murid
8|Page

adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan fizikal bilik darjah seperti ini memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid. Dari segi saiz bilik darjah, ruang bilik darjah yang mencukupi diperlukan bagi sesebuah bilik darjah bagi memudahkan pergerakan murid dan guru. Guru boleh berdiri di tengah kelas serta dapat memberi perhatian kepada semua murid dalam kumpulan atau berpasangan. Dengan ini, murid-murid dapat memberi sepenuh perhatian kepada guru yang mengajar di hadapan kelas. Guru juga dapat mengubah, mengajar dan menunjuk ajar kepada murid-murid secara berkesan jika mereka melakukan apa jua kesalahan, sama ada kesalahan tatabahasa atau karangan atau perbuatan yang tidak menyeronokkan. Melalui pemerhatian saya semasa PBS, bilik darjahnya agak kecil dan murid-murid tidak dapat bergerak bebas dalam bilik darjah dan akan mengakibatkan murid-murid tidak mempunyai semangat untuk bertanya kepada kawan-kawan semasa menghadapi masalah dalam pembelajaran. Saiz bilik darjah yang besar akan memberikan keselesaan semasa murid-murid bergerak dalam bilik darjah semasa aktiviti-aktiviti dijalankan di dalam bilik darjah. Dari segi kemudahan, bilik darjah dilengkapi dengan kerusi dan meja, papan hitam, kipas, tingkap, pintu, papan pameran, rak-rak dan sebagainya hendaklah disediakan dengan lengkap dan memastikan mereka berada dalam keadaan yang baik.Dalam pemerhatian saya, kemudahan-kemudahan bilik darjah salah sebuah sekolah rendah tidak disediakan dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. Sebagai contoh, meja, kerusi, kipas dan tingkap yang rosak perlu digantikan dengan baru kerana kemudahan-kemudahan yang tidak elok akan mendatangkan ancaman dan juga berbahaya terhadap murid-murid. Ruang-ruang pembelajaran juga perlu dibekalkan bagi memudahlan murid-murid menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran.Hasil-hasil kerja murid juga diletakkan atau digantungkan di tempat atau di rak yang sesuai dalam bilik darjah. Keadaan ini akan membangkitkan semangat belajar murid-murid dalam bilik darjah. Di samping itu, guru juga memainkan peranan yang penting dalam pengurusan rutin bilik darjah. Guru menyediakan jadual tugas untuk murid-murid mengikut
9|Page

kebolehan atau fizikal mereka. Jika murid tersebut tinggi, guru akan memberikan dia tugas mengelap tingkap atau pintu. Bagi murid-murid yang bertenaga, guru akan memberikan tugas seperti mengambil sebaldi air untuk kawan-kawan yang bertugas mengelap tingkap dan pintu. Bagi murid-murid yang berbadan kecil,guru akan memberi tugas seperti menyapu lantai, membuang sampah, menyusun kerusi dan meja dan lainlain lagi kepada mereka. Tujuan pembahagian tugas seperti ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa serta keadaan fizikal bilik darjah yang bersih dan teratur. Di samping itu, hubungan guru-murid amat dititik beratkan di sekolah rendah. Hal ini adalah kerana murid sekolah rendah hanya akan mendengar ajaran daripada seseorang yang mereka mempercayai. Oleh itu, para guru membina hubungan yang erat dengan para murid.Para guru memberi kasih sayang dan dorongan kepada semua murid tanpa mengira kaum.Lama-kelamaan, kepercayaan diwujudkan antara guru dengan murid.Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dijalankan dengan berkesan.Malahan, guru yang baik sentiasa dijadikan teladan bagi murid.Oleh itu, guru amat berpengaruh dalam membina sikap positif murid. Secara kesimpulannya, pengurusan bilik darjah yang baik merupakan salah satu faktor meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid di sekolah akan menikmati dan menggunakan kemudahan yang amat lengkap dan melahirkan anak-anak murid yang cemerlang. 4.2 Cara-cara untuk meningkatkan pengurusan persekitaran fizikal Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat

10 | P a g e

mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele (1973) “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Pengurusan fizikal bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja. Proses yang dimaksudkan adalah merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.

Pengurusan bilik darjah yang dinamik adalah untuk pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ianya memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru harus memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kekekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi. Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai maslaah-masalah yang mungkin timbul.

11 | P a g e

Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan mengajar serta dihiasi dengan kekeriaan dan kebersihan.

Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan; cahaya yang mencukupi serta peredaran udara sekukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan laman web, computer dan CD serta LCD.

Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, saying kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan suasan pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.

Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan mencorakkan tingkahlaku dan disipilin murid. Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik dan bukannya menghukum.

12 | P a g e

Ruang dan pergerakan harus diurus lebih fleksibel. Kebersihan dan keindahan bilik darjah merupakan elemen meningkat nilai murni dalam diri seperti rasa bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan berbangga dengan kelas sendiri.

4.3 Cara-cara untuk meningkatkan pengurusan persekitaran sosioemosi murid

Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi,Menurut Kamus Pelajar Edisi Ketiga sosial ditakrif sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).

Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

13 | P a g e

Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu emosi positif seperti gembira, teruja dan emosi negatif pula adalah seperti marah, kecewa dan lain-lain. Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid kearah mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.

Woolfolk (1990) berkata motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran.

Guru boleh memberikan pujian dan galakkan kepada murid untuk terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti di bilik darjah. Penghargaan yang sesuai dengan penglibatan; ganjaran dalam bentuk hadiah atau token ekonomi boleh diberikan kepada murid. Peneguhan positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas murid. Peneguhan negatif yang diberi boleh membawa kesan menyeronokkan. daripada tidak

yang

Guru harus mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan mereka. Murid perlu belajar menerima diri, orang lain dan semulajadi sekara seadanya. Mereka yang stabil emosi akan mempunyai minat yang mendalam, di senangi kawan, menerima demokrasi
14 | P a g e

sekara terbuka, suka berjenaka dan paling utama mampu menanggung konflik yang berlaku.

Emosi murid harus di urus dengan penuh bijaksana supaya mereka tidak berada dalam kebimbingan. Emosi harus di urus dengan berkesan untuk membangkit naluri ingin tahu dan mengelak dari mereka berputus asa.Emosi harus di urus dengan cara hubungan positif; guru harus mengamalkan kepimpinan demokrasi dengan tidak terlalu mengongkong murid; perlu mengambil berat keperluan fisiologi dan akademik murid dengan pengajaran mengunakan pendekatan asertif dan berpusatkan murid.

Hubungan positif sesama rakan kelas perlulah dibina; mereka harus diberi peluang bersosial dan mengutamakan semangat kerjasama dan memahami emosi rakan. Murid boleh mengunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan menyelesaikan masalah sosio-emosi. Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif pergaulan diri dan inisiatif pergaulan serta persefahaman perlu dikembangkan bagi mengalakkan menghasilkan keputusan yang bertanggungjawab dan berkesan.

. Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbeza budaya dan latar belakang .Bandura berpendapat bahawa perkembangan emosi kanakkanak diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat.

15 | P a g e

Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.

Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi. Bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal.

5.0 Penutup

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal,faktor kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal (Mak Soon Sang,2008). Susun atur suasana fizikal memainkan peranan penting dan guru perlu lebih kreatif untuk menambahbaikkan daya tarikan dalam sesebuah bilik darjah tersebut. Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat diatur seperti mana yang dirancangkan,maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana cara sepatutnya pembelajaran itu harus dijalankan.

16 | P a g e

Susun atur bilik darjah yang baik mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papanhitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru danmurid, almari, yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahanbantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dankebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberikemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan muriddan aktiviti berkumpulan.

Selain itu, cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif.

Murid juga suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan yang menyentuh emosi, di samping meningkatkan kecergasan mental, kreatif, dan inovatif.Oleh itu, guru perlu membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, dan mementingkan aspek nilai-nilai murni serta hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru. Guru juga perlu menggalakkan murid bergiat aktif dalam pembelajaran sambil berseronok dengan permainan yang di ajar oleh guru. Ini dapat mengeratkan hubungan diantara guru dan murid kerana guru berjaya membuatkan murid berasa gembira ketika belajar dan akan menaikkan semangat mereka untuk datang ke kelas dan belajar.

Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijak memainkan peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik
17 | P a g e

darjah yang kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi, dan teknikal yang telah dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajarandan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum. Akhir sekali, guru harus menitikberatkan susunan bilik darjah kerana bilik darjah yang susun aturnya kemas dan teratur akan menimbulkan keseronokan di kalangan murid-murid. Selain itu, pembelajaran akan berlangsung dengan sempurna, sekaligus dapat meningkatkan kefahaman di kalangan murid-murid terhadap pengajaran guru.

BIBLIOGRAFI.
Choong Lean Keow, (2009) Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Kuala Lumpur Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Hj Hamdan bin Sheikh Tahir (1979). Pendidikan Hari Ini Untuk Hari Esok. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamaruddin Hj. Husin, Kamarul Azhar (1994) Asas Pendidikan 1
18 | P a g e

(Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah) Selangor : Longman Malaysia SdnBhd Kamarudin Hj. Kachar (1989). Pendidikan dan Masyarakat. Kuala Lumpur : Teks Publishing Sdn. Bhd. & Penerbit Asas Sdn. Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Sosiologi Pendidikan Selangor : Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon (2010). Budaya dan Pembelajaran. Perak : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. .

19 | P a g e

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->