You are on page 1of 9

SASTERA DAN TEKNIK BERCERITA KAZ1073 |1

KEPENTINGAN SASTERA DALAM MEMBANTU PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH

2.1 PENGENALAN
Menyebut tentang kesusasteraan kanak-kanak, tidak banyak perkara yang diperkatakan oleh pakar ataupun pihak yang terlibat. Akan tetapi sastera juga merupakan salah satu asas atau medium yang sangat penting dalam dunia kanak-kanak. Oleh itu, jurnal yang ditulis oleh Zainiah Bt Mohamed Isa sangat sesuai untuk menambah ilmu pengetahuan tentang sastera kanak-kanak kerana beliau membincangkan tentang kepentingan sastera dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah. Selain itu, penulis ada menerangkan definisi sastera iaitu sastera merupakan buku yang berkualiti yang dihasilkan untuk kanak-kanak bermula sejak lahir hinggalah dewasa ( Clynch-Brown & Tomlinson 1999 ). Penulis berpandangan bahawa kanak-kanak perlu melibatkan diri sejak dari awal usia kerana ia sangat penting dalam merangsang perkembangan mereka. Di samping itu, penulis menyatakan bahawa buku yang dihasilkan terdapat dalam bentuk prosa, puisi, fiksyen dan bukan fiksyen. Buku yang dihasilkan mestilah mempunyai tema, dapat menarik minat kanak-kanak, sastera yang dapat mencerminkan sifat mereka dan memenuhi keperluan kanak-kanak dari segi tahap bacaan.

2.2 PERBINCANGAN
Artikel ini membincangkan tentang penggunaan sastera yang boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak prasekolah dari segi bahasa dan komunikasi. Penulis menerangkan kemahiran yang menjadi keutamaan dalam perkembangan bahasa iaitu kemahiran mendengar, membaca, bertutur dan menulis yang dapat dicapai oleh kanak-kanak melalui proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan sastera. Artikel ini memberi contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam kelas iaitu aktiviti bacaan kuat.

Bacaan kuat merupakan satu aktiviti yang melibatkan guru bercerita menggunakan buku cerita dengan lantang kepada kanak-kanak sebagai satu pendekatan awal literasi dan ini merupakan aktiviti yang disukai oleh mereka. Menurut Yasin (1989) dalam Koh Boh Boon

SASTERA DAN TEKNIK BERCERITA KAZ1073 |2

(1989), beliau menyatakan bahawa kaedah bercerita adalah salah satu pendekatan yang paling sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang baru mempelajari bahasa. Kesan daripada melaksanakan aktiviti bacaan kuat terhadap perkembangan bahasa dan komunikasi ialah kanak-kanak dapat mendengar cara sebutan sesuatu perkataan dengan betul kerana guru menyebut perkataan yang terdapat di dalam buku cerita itu dengan perlahan agar mudah difahami. Selain itu, kanak-kanak juga dapat berkongsi idea dan memberi pendapat antara guru dan rakan-rakan semasa aktiviti bacaan lantang dilaksanakan. Di sini, kemahiran komunikasi kanak-kanak berkembang secara tidak langsung. Seterusnya, kanak-kanak didedahkan dengan fungsi literasi yang bermakna dan secara tidak langsung dapat membantu mereka menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dengan fasih dan lancar.

Dalam pendidikan kanak-kanak, sastera dilihat sebagai satu landasan yang penting bagi mencapai perkembangan kognitif kerana ia merupakan perkara utama dalam pembelajaran mereka. Artikel ini menyatakan teori pendekatan kognitif yang dikenali sebagai teori konstruktif yang dipelopori oleh Jean Piaget. Menurut Piaget, kebolehan intelektual kanak-kanak berkembang mengikut satu siri urutan ataupun secara berperingkat. Perkembangan ini bermula daripada lahir dengan gerak balas pantulan dan deria semula jadi dan berkemuncak pada usia dewasa dengan pemikiran logik yang matang. Kanak-kanak prasekolah yang berada pada peringkat pra-operasi membina pengetahuan baru secara berterusan berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. Contoh pengetahuan sedia ada kanakkanak ialah mereka mengetahui kucing mempunyai empat kaki, tetapi selepas membaca buku haiwan mereka mendapat pengetahuan baru iaitu kucing juga mempunyai misai. Di sini dapat dilihat tahap pemahaman kanak-kanak meningkat daripada perkara yang mudah kepada sukar sesuai dengan pandangan yang dikemukakan oleh tokoh Islam Ibnu Khaldun iaitu kanakkanak perlu diajar perkara mudah kepada sukar.

Penulis ada juga menyatakan di dalam artikel ini bahawa daripada buku yang dibaca, kanak-kanak boleh mendapat pelbagai maklumat tentang apa sahaja yang boleh merangsang pemikiran mereka. Selain itu, ada juga buku yang memberi maklumat tentang cara menghasilkan sesuatu benda dan ini dapat meningkatkan rasa ingin tahu kanak-kanak untuk terus membuat penerokaan dan pembacaan. Tambahan pula, buku atau bahan bacaan yang digunakan oleh guru mestilah kreatif dan sesuai dengan tahap pemikiran mereka agar mereka

SASTERA DAN TEKNIK BERCERITA KAZ1073 |3

mudah untuk menerima sesuatu pengetahuan baru. Pemikiran kritikal kanak-kanak dapat dikembangkan dengan cara guru memberi peluang kepada kanak-kanak membuat penekaan atau pertanyaan terhadap cerita yang ingin disampaikan oleh guru. Langkah ini juga dapat mempengaruhi minda dan pemikiran kanak-kanak untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Dalam artikel ini penulis mengaitkan sastera dengan perkembangan personaliti kanakkanak yang lebih menekankan kepada pembentukan peribadi dan perwatakan mereka. Sigmund Freud telah mentakrifkan personaliti sebagai sifat yang menggambarkan diri

seseorang individu, iaitu merujuk kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh orang lain atau merujuk kepada perasaan yang dialami oleh seseorang dalam dirinya. Pada usia kanak-kanak prasekolah, mereka mula mempercayai kebolehan diri sendiri dan apa yang mampu dilakukan apabila wujudnya insan yang rapat dengan diri mereka. Berdasarkan aktiviti sastera yang dilaksanakan, ia boleh mempengaruhi emosi dan peribadi kanak-kanak itu sendiri. Ini kerana melalui aktiviti membaca, mereka dapat menggambarkan sesuatu watak yang baik dan boleh dijadikan teladan. Jadi, kanak-kanak yang secara semula jadinya belajar melalui peniruan akan meniru perwatakan watak.

Penulis menggunakan empat tahap teori perkembangan emosi yang dikemukakan oleh Erik Erickson dalam menerangkan pengaruh sastera dalam perkembangan kanak-kanak. Tahap 1 Kepercayaan lawan Ketidakpercayaan ( 0-18 bulan ) Tahap 2 Autonomi lawan malu ( 18-3 tahun ) Tahap 3 Inisiatif lawan Bersalah ( 3-6 tahun ) Tahap 4 Ketekunan lawan rasa Rendah diri ( 6-12 tahun )

Berdasarkan tahap perkembangan emosi Erickson ini, dapat saya simpulkan bahawa kanak-kanak pada peringkat awalnya memerlukan perhatian daripada orang dewasa untuk menambah keyakinan dan kepercayaan terhadap diri mereka sendiri dalam melakukan sesuatu. Sastera juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat eksplorasi dan pilihan yang mereka suka dan sesuai dengan keinginan mereka. Seseorang kanak-kanak yang suka meneroka ini merupakan seseorang yang suka berdikari dalam melakukan sesuatu.

SASTERA DAN TEKNIK BERCERITA KAZ1073 |4

Dengan memberi kebebasan membuat pilihan kepada kanak-kanak, secara tidak langsung ia membantu guru untuk mengetahui minat dan kebolehan seseorang kanak-kanak.

Penulis telah mengkategorikan komponen kerohanian dan moral kepada dua kelompok iaitu Pendidikan Islam untuk kanak-kanak yang beragama Islam dan pendidikan moral untuk kanak-kanak yang bukan beragama Islam. Artikel ini menyatakan bahawa Pendidikan Islam bertujuan bagi menyampaikan ilmu dan mengajar kanak-kanak untuk menghayati keindahan Islam berpandukan sumber rujukan utama iaitu kitab suci Al-Quran dan Sunah. Bagi Pendidikan Moral, ia bertujuan untuk membentuk kanak-kanak menjadi seorang insan yang mempunyai akhlak yang baik dan berkeperibadian mulia. Menurut Falsafah Pendidikan Negara, setiap kanak-kanak perlu dikembangkan dan digilap segala potensi yang ada dalam diri mereka bagi melahirkan manusia yang cemerlang dan harmonis.

Seterusnya artikel ini menyarankan teori yang telah dikemukakan oleh Jean Piaget dan Lawrence Kohlberg, akan tetapi teori ini telah dipelopori oleh Lawrence Kohlberg. Bagi Piaget, beliau menyatakan perkembangan moral kanak-kanak berkembangan seiring perkembangan kognitif. Selain itu, Piaget berkata bahawa perkembangan mental dan intelek membolehkan kanak-kanak melalui pertumbuhan moral dari peringkat heteronomus kepada peringkat autonomi. Piaget menerangkan bahawa kanak-kanak perlu menghakimi sesuatu perkara yang berlaku di sekeliling mereka sama ada ia betul atau salah. Apabila mereka mampu melihat dari perspektif sendiri, mereka telah mampu membezakan perkara yang baik dan buruk sekali gus memperkembangkan moral kerana mereka akan melakukan perbuatan yang baik sahaja.

Artikel ini juga menyatakan pandangan Kohlberg yang telah membahagikan perkembangan moral kepada enam peringkat. Menurut J.P Shaver dan W. Strong (1982), terdapat tiga tahap dan dua peringkat dalam perkembangan moral Kohlberg. Tahap 1: Penaakulan Moral Pra-Konvensional Peringkat 1: Orientasi Hukuman dan Kepatuhan

SASTERA DAN TEKNIK BERCERITA KAZ1073 |5

Peringkat 2: Orientasi Ganjaran Individu

Tahap 2: Penaakulan Moral Konvensional Peringkat 3: Orientasi kanak-kanak baik Peringkat 4: Orientasi mengekal susunan sosial

Tahap 3: Penaakulan Moral Pos Konvensional Peringkat 5: Orientasi Perjanjian Sosial Peringkat 6: Orientasi Prinsip Etika Universal

Berdasarkan perkembangan moral ini, dapat dilihat bahawa kanak-kanak perlu mematuhi peraturan untuk mengelakkan mereka daripada dihukum oleh orang dewasa. Ini adalah kanak-kanak mengetahui kesan melakukan perbuatan baik dan buruk akan ditentukan oleh fizikal. Selain itu, kanak-kanak perlu menentukan salah atau betul sesuatu perkara atau perbuatan yang mereka dapat daripada bacaan dan aktiviti bercerita. Melalui aktiviti bercerita yang memaparkan watak, kanak-kanak cenderung meniru apa yang dilakukan oleh watak tersebut untuk dijadikan model dalam kehidupan mereka. Selain itu, melalui pembacaan kanak-kanak mula mempunyai kemahiran memikirkan perasaan orang lain di sekeliling mereka.

Sastera juga membantu perkembangan sosial kanak-kanak dan penulis menerangkan bahawa kanak-kanak perlu tahu cara bersosialisasi yang betul dalam masyarakat bagi membolehkan mereka diterima dalam masyarakat. Hal ini dapat dilihat melalui mesej yang cuba disampaikan oleh sesebuah cerita dapat membolehkan kanak-kanak memperoleh kemahiran sosial melalui model-model yang baik. Ini adalah kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membenarkan kanak-kanak belajar tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan kognisi sosial, persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya. Penulis menyatakan pendapatnya

SASTERA DAN TEKNIK BERCERITA KAZ1073 |6

melalui buku cerita juga, kanak-kanak dapat belajar cara untuk meluahkan emosi dan perasaan dengan cara yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka. Artikel ini membincangkan tentang pentingnya ilustrasi yang menarik di dalam sesebuah buku cerita. Ini disebabkan ilustrasi yang menarik dapat membantu perkembangan emosi kanak-kanak kerana ia dapat menunjukkan perlakuan-perlakuan yang baik dan buruk pada watak dalam cerita. Berdasarkan penerangan yang dinyatakan oleh penulis, dapat saya simpulkan bahawa perkembangan sosial kanak-kanak menekankan aspek pemerhatian dan peniruan daripada watak yang terdapat dalam buku cerita.

Selain daripada perkembangan yang telah diolah di atas, kreativiti dan estetika juga merupakan komponen yang boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Kreativiti merupakan proses yang berterusan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti boleh juga dilihat dari penggunaan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Ini bersesuaian dengan pandangan penulis yang menyatakan bahawa sifat kreatif dan ekspresif dapat dikembangkan melalui proses imaginasi dan peniruan. Menurut Lowenfeld (1975), beliau percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif dan pandangan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

Artikel ini membincangkan tentang potensi kreativiti dan kemahiran ekspresi kanakkanak hendaklah diperkembangkan secara berperingkat agar memberi kemudahan untuk kanak-kanak mengadaptasi maklumat yang baru mereka terima. Di samping itu, kanak-kanak perlu diberi peluang untuk menyelesaikan masalah yang kreatif kerana ini dapat membantu mereka untuk berfikir dan menggunakan potensi diri secara keseluruhan. Guru boleh melakukan aktiviti sastera yang melibatkan penggunaan deria kerana kanak-kanak sangat suka menggunakan deria mereka. Kanak-kanak juga berpeluang untuk menyampaikan perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Apa yang saya jelaskan ini bersesuaian dengan konsep estetika di mana kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh guru dalam keadaan merasa, memberi tindak balas dan peka terhadap persekitaran semula jadi serta ciptaan manusia.

SASTERA DAN TEKNIK BERCERITA KAZ1073 |7

Pada akhirnya artikel ini membincangkan tentang penggabungjalinan sastera yang boleh dilaksanakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Antara kaedah yang boleh dilakukan oleh guru ialah guru menggunakan bahan bacaan asas iaitu bacaan bersiri yang mudah meningkat kepada tahap yang lebih sukar. Dengan pelaksanaan aktiviti ini, ia sekali gus membantu guru melaksanakan suasana pengajaran yang lebih sistematik. Selain itu, guru boleh menggunakan buku mengikut tema yang berkaitan dengan tema mingguan. Ini dapat membantu kanak-kanak kerana menurut Cummings (1989), pengajaran bertema sebenarnya merupakan pendekatan yang paling kompleks dan komprehensif. Seterusnya, penulis juga menyatakan guru boleh menyediakan satu sudut literasi yang menarik dan selesa untuk kanak-kanak membaca. Kaedah terakhir yang

disarankan oleh penulis ialah guru menyediakan koleksi buku kanak-kanak yang pelbagai jenis. Ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus membaca tanpa ada rasa jemu dan bosan dengan bahan bacaan yang disediakan.

3.3 KRITIK
Artikel ini adalah satu kajian dan pandangan yang amat menarik tentang peranan buku cerita dalam mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Ia jelas membincangkan secara terperinci tentang enam perkembangan kanak-kanak yang terlibat apabila menggunakan sastera terhadap kanak-kanak prasekolah.

Adalah elok jika artikel turut membincangkan dan menyatakan jenis-jenis sastera yang terlibat dalam pendidikan kanak-kanak prasekolah secara mendalam dan bukan sahaja memberi penekanan terhadap buku cerita sahaja. Antara jenis sastera ialah: Lagu / nyanyian Puisi Drama Sajak Pantun Gurindam

SASTERA DAN TEKNIK BERCERITA KAZ1073 |8

3.4 RUMUSAN
Di sini dapat saya rumuskan bahawa sastera juga memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan kanak-kanak. Setiap perkembangan yang terlibat telah dihuraikan dengan menarik dan mempunyai input yang sangat berguna. Dengan sastera, keperluan semula jadi kanak-kanak dapat dipenuhi, daya imaginasi mereka berkembang, pemikiran kritikal mereka dapat digunakan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Berdasarkan artikel ini, dapat dilihat bahawa secara keseluruhannya kanak-kanak belajar sesuatu itu melalui pemerhatian dan peniruan daripada apa yang mereka lihat, baca, dan dengar . Sastera juga mampu membentuk peribadi yang mulia dan melahirkan modal insan yang mempunyai intelek yang kreatif dan inovatif.

SASTERA DAN TEKNIK BERCERITA KAZ1073 |9

BIBLIOGRAFI
Azizah Lebai Nordin (2002). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan Amali. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

http://bustamkamri.blogspot.com/2012/01/apakah-itu-sastera-kanak-kanak.html

http://cikguani.blogspot.com/2010/06/teori-jean-piaget.html

http://sapiah-hussien.blogspot.com/2009/04/teknik-bercerita-untuk-kanak-kanak.html

Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon, & Mohd. Sharani Ahmad (2007). Panduan Kurikulum Prasekolah. Selangor : Pts Profesional.

Saayah Abu (2009). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur : Pts Profesional

You might also like