P. 1
Masyarakat Islam Zaman Bani Umayyah

Masyarakat Islam Zaman Bani Umayyah

|Views: 18|Likes:
Published by Sol Joe

More info:

Published by: Sol Joe on Sep 05, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/01/2013

pdf

text

original

MASYARAKAT ISLAM ZAMAN BANI UMAYYAH Pengenalan Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Sufian

pada tahun 661 M. Beliau daripada keturunan Bani Umayyah, bekas Gabenor Syam dan seorang pemimpin yang pintar dan mempunyai fikiran yang tajam. Penubuhan Kerajaan Bani Umayyah menyebabkan sistem pemerintahan demokrasi dan pemilihan Khalifah Islam berdasarkan Sistem Syura lenyap dan mewujudkan sistem pemerintahan monarki dan pemilihan Khalifah Umayyah berdasarkan sistem warisan. Kerajaan Bani Umayyah dibahagikan kepada 3 tahap iaitu tahap kelahiran (661-705 M), zaman kemajuan dan pembangunan (705-724 M) dan zaman kehancuran (724-750 M). Pada zaman ini, masyarakat Islam terbahagi kepada golongan pemerintah, kaum Mawali, golongan Zimmi dan golongan hamba. Golongan Pemerintah Golongan pemerintah diterajui oleh keluarga dari Bani Umayyah. Nama ini diambil sempena nama ketua keluarga Umayyah Bin Abd Syams Bin Abdul Manaf Bin Qusay Bin Kilab dari keturunan Quraisy. Kerajaan ini diperintah oleh dua keluarga besar iaitu keluarga Abu Sufian (23 tahun) dan keluarga Marwan (68 tahun). Terdapat 3 orang Khalifah dari keluarga Abu Sufian iaitu Muawiyah Bin Abu Sufian (661-680), Yazid Bin Muawiyah (680-683) dan Muawiyah Bin Yazid (683). Bagi keluarga Marwan, terdapat 11 orang Khalifah dimana kumpulan pertama dimulakan oleh Marwan I Bin al-Hakam (684-685) dan diakhiri oleh Hisham Bin Abdul Malik (724-743). Khalifah bagi kumpulan kedua ialah al-Walid II bin Yazid, Yazid III Bin al-Walid, Ibrahim Bin al-Walid dan Marwan Bin Muhammad. Semasa keluarga Abu Sufian, masyarakat Islam aman dan stabil. Ketika keluarga Marwan mengambilalih pemerintahan, negara Islam tidak stabil dan kucar-kacir. Keadaan ini diselamatkan oleh Abdul Malik Bin Marwan. Dengan itu, Kerajaan Bani Umayyah mulai mengalami zaman kegemilangan. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah menegakkan semula sebuah komuniti Islam yang teguh tetapi penggantinya tidak berhati-hati, cuai dengan tanggungjawab menyebabkan usaha Umar disia-siakan. Sebahagian besar corak kehidupan Khalifah Kerajaan Bani Umayyah terikut dengan corak pemerintahan Kerajaan Byzantine dengan dikelilingi kemewahan dan hiburan. Perpecahan masyarakat ketara. Antara gerakan penentangan yang terkenal ialah gerakan Azariqah dan Najdiyah. Golongan Mawali Terdapat dua pandangan. Pandangan pertama - negatif. Ia disokong oleh J. Wellhausen, Goldziher dan Belyaev. Mereka berpendapat bahawa Mawali tidak mempunyai tempat dalam pemerintahan dan pentadbiran. Ia disebabkan pemerintahan Bani Umayyah berlandaskan semngat Asabiyah keturunan Arab. Oleh itu, orang Arab diberi keutamaan dalam semua perkara manakala kaum Mawali tidak dapat memegang jawatan penting dan tidka bebas bergerak. Dari segi ekonomi, mereka merupakan golongan berpendapatan rendah dan

Syu'aib al-Sabi (oleh Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik). dan (3) mengharuskan rampasan harta benda orang yang mengingkari mereka. Mereka dikehendaki membayar jizyah (cukai perlindungan) walaupun beragama Islam. kaum Mawali tidka boleh solat bersama-sama kaum Arab sehinggalah beberapa buah masjid dibina khusus untuk Mawali. Pernah dikatakan bahawa golongan Mawali ini diperintah untuk balik ke Kufah bagi mengusahakan pertanian. membunuh dianggap kafir dan kekal dalam neraka. Mereka berjaya menguasai Ahwaz. Selain itu. Khalid. mereka hidup kaya raya seperti Fairuz Husayn. Safwan dan Jubayr pula menjadi Hajib yang bertugas menyoal siasat pengunjung istana sebelum masuk bertemu dengan Khalifah. Gerakan Penentangan Bani Umayyah Gerakan Azariqah Gerakan ini dipimpin oleh Azraq Bin Nafi. Kemudiannya. Tuganya ialah menjaga keselamatan istana dan dibayar gaji setimpal dengan kerja yang dilakukan. Dari segi ketenteraan. Ia muncul serentak dengan Gerakan Azariqah. Najaiyah Gerakan ini diasaskan oleh Najdah Bin Amir al-Hanafi.tidak menerima ganjaran atau sara hidup yang tetap dalam perkhidmatan ketenteraan. Mereka telah menjadi pegawai Jabatan Kewangan (Diwan al-Kharaj). Pada permulaannya. Amir Binal-Harith dan Qatan (oleh Khalifah Yazid Bin al-Walid). Tangan dan kaki mereka dicop dengan nama kampung supaya dapat dikesan. ia dimonopoli oleh orang Arab dan tiada jawatan yang diberi kepada kaum Mawali. gerakan ini bekerjasama . Abu al-Muhajir Dinar dan Yazid Bin Abu Muslim menjadi Gabenor wilayah. Dari segi sosial. Fars. Pandangan kedua menghala ke positif. mereka juga menjadi pegawai Jabatan Urusetia (Diwan al-Khattam) yang bertanggungjawab mengecap surat rasmi kerajaan. mereka dikatakan memainkan peranan penting. Kirman. Angkatan tenteranya diketuai oleh orang Arab Syria sama ada keturunan Yaman atau Qais. ia terdiri daripada kaum Arab dan Mawali. Mereka juga berkhidmat sebagai pengawal dan penjaga istana. Pemimpin yang lain bagi gerakan ini ialah Qatari Bin Fuja'ah. Doktrin kaum Azariqah ialah (1) orang yang berzina. Kerja ini merupakan kerja yang sulit dan rahsia dan memerlukan orang ikhlas dan jujur serta amanah. gerakan ini berpindah ke Ahwaz dan Kirman dan berjaya memberi tentangan hebat kepada Ibn al-Zubayr. Sebagai contoh. Dari segi ekonomi. tidak didaftar dan dibayar gaji. Is muncul di Basrah pada 683 M berikutan dengan penyingkiran Ubaidullah Bin Ziyad dan kematian Khalifah Yazid I. Dari segi pemerintahan dan pentadbiran. Jumlah tenteranya ialah 20. (2) menghukum kafir ke atas orang yang tidak menyertai Azariqah. derhaka kepada ibu bapa. Bani tentera pembantu. ia sama dengan Azariqah iaitu menjatuhkan Bani Umayyah dan kuasa Ibn al-Zubayr. Dari segi Agama. Rabah. Dari segi matlamatnya.000 orang. Junah (oleh Khalifah Abdul Malik). Isfahan dan Tabaristan. Contohnya Abu Mukhriq dan Khalid Bin Dayyan. Hal ini membuktikan bahawa bukan semua kaum Mawali hidup dalam kemiskinan. Mereka juga pernah menjadi pegawai Jabatan Perhubungan Awam (Diwan alRasa'il) seperti al-Laith Abi Ruqayyah. Tentera Arab didaftar dan dibayar gaji manakala tentera Mawali berkhidmat sebagai tentera infanteri. Sebagai contoh. golongan Mawali tidak boleh berkahwin dengan perempuan Arab. Di Afrika Utara dan Maghribi. Rusydayn dan Salim. Maymun Bin Mihran menjadi Pengarah Jabatan Cukai di Jazirah oleh Umar dan Ubaidullah Bin Barray menjadi Pengarah Jabatan Cukai di Iraq oleh Muawiyah.

Kaum Mawali menyokong al-Mukhtar kerana perasaan tidak puas hati terhadap pemerintahan Bani Umayyah yang bersifat perkauman Arab. Sebelum itu. Golongan Najdiyah berpendapat bahawa mereka yang tidak sokong hanya boleh dikenakan kafir apabila mereka menentang. Perjuangan al-Mukhtar berbeza dengan kaum Syi'ah kerana (a) orang pertama memperjuangkan hak dan kedudukan Muhamamd al-Hanafiyah. Penentangan Kaum Syi'ah Penentangan bermula sejak zaman Muawiyah Bin Abu Sufian. Perbezaan ini berlaku dimana Azariqah mengamalkan konsep isti'rad (menghalalkan darah sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka) dan Najdiyah menganggap ia terlampau. mengamalkan al-Quran mengikut tafsiran mereka. kaum Syi'ah memperjuangkan hak dan kedudukan Husayn. Golongan ini berasa berdosa dan bertaubat kerana tidak mempertahankan Husayn dan bagi menebus dosa. Mereka tidak mewajibkan adanya Khalifah tetapi perlu mematuhi al-Quran. (b) orang pertama menonjolkan jawatan Wazir yang tidak pernah dilakukan oleh Syi'ah.dengan Azariqah tetapi disebabkan perbezaan ideologi. Berikutan peristiwa karbala. dan (d) cuba memihak kaum Mawali menyebabkan kaum Syi'ah kecewa. . wujud golongan al-Tawwabun pimpinan Sulayman Bin Surad al-Khuza'i (pengikut Khalifah Ali yang setia). Pembunuhan Husayn di Karbala menaikkan semangat mereka untuk menentang Muawiyah. akhirnya berpecah. (c) tindakannya tidak direstui oleh Muhammad al-Hanafiyah. mereka mesti berjuang dan berkorban bagi menentang Bani Umayyah. Mereka terdiri daripada kaum Badwi dan lebih bergiat dalam politik dan ketenteraan berbanding dengan teologi. Najdiyah menubuhkan komuniti sendiri. Al-Mukhtar telah mengambil kesempatan ini untuk memperkukuhkan kedudukannya. Perjuangan Syi'ah disambung baik oleh Mukhtar.

• • • • • • • • • • • .sebab: merebaknya sistem gundik yang berlebihan serta kealpaan yang mengikut hawa nafsu dan hidup yang lebih materialistik. Pusat pemerintahannya di Kota Baghdad. Begitu juga bagi orang Arab yang lain . Kerajaan ini diperintah oleh 37 orang Khalifah dari tahun 750-1258 M. gundik atau hamba abdi. Zubaidah. Kebanyakan keturunan Negro. Slav. al-Khayzurum dan isteri Harun al-Rasyid. Turki. Kebanyakan digunakan oleh Khalifah. Zaman akhir . terlibat dalam bidang intelektual dan kesenian. Kerajaan ini mengamalkan sistem berdasarkan sistem warisan. Khalifah pertama Kerajaan Abbasiyah ialah al-Abbas al-Saffah. Kedudukan Kaum Wanita Dikawal ketat pada awalnya. mengetuai golongan penyair. Sistem Perhambaan Semakin meluas. Adanya yang menyertai peperangan.kedudukan jatuh ke paras yang rendah . contoh isteri Khalifah al-Mahdi. Wazir dan pembesar bukan Islam.beristeri bangsa asing melalui sistem poligami. Ciri-ciri Masyarakat Abbasiyah Semangat Fanatik Orang Arab Makin Luntur Sebab: tampuk pemerintahan dipengaruhi oleh bangsa asing.mulai terlibat dalam urusan pentadbiran. Zaman berikutnya .MASYARAKAT ISLAM ZAMAN ABBASIYAH Pengenalan Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. Diperolehi melalui paksaan atau tawaran perang atau dibeli. Kerajaan mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmum. Ramai Khalifah beristeri berketurunan Parsi dan Turki. Yunani. Armania dan Barbar.

• • • • • . Sukan Berkembang pesat. Golongan Masyarakat 2 golongan utama: (a) golongan atasan . sasterawan.bangsawan. pembesar. polo. pemahat dan golongan pemahat yang lain. memburu. Orang Kristin diberi layanan baik . penduduk Zimmi. (b) golongan bawahan petani. saudagar. pengembala. penari atau gundik. Permainan lain: memanah. melontar lembing.ada yang dilantik menjadi Wazir dan pegawai tinggi dibenarkan menghantar pengembang agama ke China dan India. panglima. berlumba kuda. pelukis. sarjana.• Hamba perempuan yang masih perawan dijadikan penyanyi. Permainan catur diperkenalkan semasa Khalifah Harun al-Rasyid.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->