P. 1
Akauntabiliti Guru

Akauntabiliti Guru

|Views: 88|Likes:
Published by Azmeen Minx

More info:

Published by: Azmeen Minx on Sep 06, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/09/2013

pdf

text

original

IMPLIKASI KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA KEPADA AKAUNTABILITI GURU Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi

memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Kod Etika Perguruan Malaysia menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Justeru, Kod Etika Perguruan Malaysia ini telah memberi kesan atau implikasi terhadap akauntabiliti para guru. Akauntabiliti dalam konteks ini bermaksud tanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Manakala akauntabiliti guru bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti merupakan satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Berteraskan Kod Etika Perguruan Malaysia, maka, akauntabiliti guru terhadap pelbagai aspek dapat ditingkatkan. Pertama sekali, Kod Etika Perguruan Malaysia dapat memberi implikasi kepada akauntabiliti guru terhadap sekolah . Akauntabiliti guru terhadap sekolah dapat ditingkatkan apabila seseorang guru itu dapat mengaplikasi kaedah mengajar sejajar dengan perkembangan kognitif murid-murid. Seseorang guru akan begitu optimistik dan menunjukkan minat yang tinggi di dalam pekerjaannya selain guru tersebut dapat menunjukkan kaedah mengajar yang terkini serta mempunyai perhubungan sosial yang baik. Selain itu, guru juga dapat menjadi pembimbing kepada murid – murid untuk memotivasikan diri murid – murid bagi meningkatkan kemahiran pencapaian akademik. Dengan mengamalkan kod etika

Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat. agama. warna kulit. daya intelek dan lain-lain. Para guru akan lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid seperti yang terkandung di dalam Kod Etika Perguruan iaitu tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. seseorang guru itu akan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan serta mengamalkan nilai – nilai murni seperti ketatasusilaan dan keikhlasan. jantina. Para guru juga perlu sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa . kepercayaan politik. keturunan. bahasa. berteraskan Kod Etika Perguruan juga. Ini sejajar dengan apa yang terkandung dalam Kod Etika Perguruan iaitu guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Guru yang beretika juga sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah pada masa lapang dan yang paling penting dapat mengawal emosi ketika mengajar Seterusnya. ia memberi implikasi kepada akauntabiliti guru terhadap murid.perguruan. tempat asal. Guru yang baik mampu mengurus diri dari aspek kewangan dan juga penampilan diri.Guru yang beretika sentiasa bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil dan ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan seperti yang jelas terkandund dalam Kod Etika Perguruan iaitu guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa. Seterusnya. Berteraskan Kod Etika Perguruan. para guru akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan dedikasi. persatuan atau persendirian. Kod Etika Perguruan Malaysia juga dapat memberi implikasi kepada akauntabiliti guru terhadap tingkah laku seorang guru.

seseorang guru perlu menghindari daripada menganggotai parti haluan kiri atau kegiatan pengganas .Guru yang baik juga tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat.serta tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran. dan politik. kod etika perguruan juga memberi implikasi kepada akauntabiliti guru terhadap komuniti. masyarakat atau negara. Guru yang beretika tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar. dengan berlandaskan Kod Etika Perguruan Malaysia. ia memberi implikasi kepada akauntabiliti guru terhadap negara. Perkara ini jelas terkandung dalam Kod Etika pergururan iaitu guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. Berteraskan dasar kod etika perguruan. Seterusnya. Seorang guru juga perlu selalu bersedia membantu rakan sejawat dan perlu mengelakkan diri daripada terlibat dalam sebarang kegiatan negatif atau merbahaya. Hal ini dijelaskan di dalam Kod Etika Perguruan iaitu guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Berikutnya adalah implikasi kod etika perguruan kepada akauntabiliti guru terhadap profesion keguruan. Hal ini terkandung dalam Kod Etika Perguruan iaitu guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. Selain itu. Mereka juga akan lebih bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat dan perlu sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat. guru akan menjalankan tugas menyebarkan cita dan matlamat Falsafah . Dengan berlandaskan kod etika perguruan.

bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Sekiranya para guru mengikuti sepenuhnya Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia maka guru tersebut akan mempunyai sifat-sifat luhur. Jelaslah menunjukkan bahawa kod etika perguruan merupakan elemen yang sangat penting dan memberi implikasi yang baik terhadap akauntabiliti guru. bertakwal. bertanggungjawab serta berguna.Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Rukun Negara dengan jelas serta mendidik anak bangsa menjadi warganegara yang taat setia. Guru yang beretika juga akan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia yang proaktif dan bersepadu selain daripada mengeratkan persefahaman dan berkerjasama dengan ikhlas dalam kalangan guru serta ibu bapa muridnya. berakhlak mulia serta mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara berasaskan kod etika profesion perguruan. Kod Etika Profesion Perguruan Malaysia perlulah diikuti dan diamalkan sepenuhnya oleh semua warga pendidik kerana ianya merupakan asas kepada perkhidmatan yang menuju kepada pendidikan bertaraf dunia yang diidamkan. Hal ini terkandung dalam Kod Etika Perguruan malaysia iaitu guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. Guru-guru telah diamanahkan untuk membentuk generasi pelajar yang berilmu. beriman. .

pendedahan awal mengenai perkara tersebut sangat perlu bagi setiap bakal warga pendidik. saya juga lebih memahami unsur – unsur Kod Etika Perguruan Malaysia dan implikasinya kepada akauntabiliti guru. Terima kasih juga diucaokan kepada semua rakan sekelas yang memberikan kerjasama yang baik semasa tugasan ini dijalankan. Selain daripada memperoleh ilmu berkenaan perkara yang dinyatakan di atas.Pengetahuan ini amat penting bagi seorang guru. Secara keseluruhannya. Ini kerana. selain belajar di dalam kelas.REFLEKSI Bersyukur kepada Tuhan atas limpah dan kurniaNya saya dan juga dua orang rakan sekumpulan yang lain dapat menyiapkan tugasan kerja kursus pendek Pengantar Pendidikan (PPD) ini dengan sempurna. saya juga dapat belajar sesuatu melalui kerja kursus ini. tugasan ini memberikan banyak faedah kepada setiap guru pelatih. Encik Amerason kerana memberi tunjuk ajar dan panduan kepada saya dan juga rakan sekumpulan yang lain. K/P : 910424-08-5822 . Justeru. secara tidak langsung saya memperoleh belajar banyak perkara mengenai konsep profesion keguruan. kerjasama dan panduan yang diberikan amatlah saya hargai. jutaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah Pengantar Pendidikan. Kerja kursus pendek PPD ini dijalankan secara berkumpulan. saya . saya juga bakal menjadi seorang guru kelak. Seterusnya. kepentingan Kod Etika Perguruan serta kualiti guru yang profesional dengan lebih terperinci. Ini kerana. Justeru. Sesungguhnya. Nama Pelajar : Nurul Husna Binti Junid No.

html .info/football/kod+etika+perguruan http://impreschoolteacha.com/2008/12/kepentingan-etika-guru.blogspot.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760392/1/ http://www.regularnews.http://s6.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->