You are on page 1of 7

Falsafah Pendidikan Islam

Oleh Dr Mohd Yusof Ahmad, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Apakah yag dimaksudkan dengan falsafah pendidikan Islam?

Sebelum kita meninjau Falsafah Pendidikan Islam, adalah lebih elok diperincikan dahulu tentang Falsafah Islam itu sendiri dan juga asal perkataan falsafah. Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani Kuno, dan dalam pengertian yang bebas ia bermaksud "Cintakan Hikmah"(Al-Syaibany, 1991) Hikmah ialah satu pandangan dan fikiran yang tinggi atau jauh serta matang. Pengamatannya tidak dapat dicapai oleh pengetahuan biasa.

Dalam Oxfort Dictionary (1982) ditakrifkan falsafah sebagai:

"Seeking after wisdom or knowledge especially that which deals with ultimate reality, or with the most general causes and principles of things and ideas and human perception and knowledge of them, physical phenomena and ethics"

Jadi, falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, (seeking the thruth), dan kebenaran itu sebenarnya hanya Allah. Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalah falsafah. Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Yang kita tahu berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah, maka itulah yang benar dan mutlak. Yang kita fikirkan sendiri menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada kitab Allah, maka itu tidaklah sebenar, ia tidak mutlak dan ianya bersifat relatif. Sebab itu bermacam-macam falsafah timbul hasil pemikiran manusia. Seperti Liberalisme, Idealisme, Asetisme, Eksistensialime, Hedonisme, Kapitalisme, Kommunisme dan banyak lagi. Jika falsasfah itu berpunca

daripada Allah atau wahyu, maka ia akan sama sahaja prinsipnya dan juga matlamatnya. Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan AsSunnah. Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Sebaliknya, seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih dahulu mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi sangat susah ia menerima falsafah Islam. Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal bertentangan dengan kehendak Islam. Jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah atau kebenaran" maka falsafah Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran Islam. Dan ajaran Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Failasuf Islam dari setiap zaman, apabila membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak akan lari daripada soalan-soalan berikut sebagai asas perbincangan, iaitu: Siapa anda (apa hakikat diri anda)? Dari mana anda datang? Kenapa anda berada di sini (alam dunia)? Kemana anda akan pergi? Apa tujuan hidup? Dan apakah hakikat mati? (Yaljin, 1991). Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam Al-Quran dengan maksud yang berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan. Hikmah ada kalanya bermaksud bijaksana (surah An-Nahli 125). Mengikut Muhammad Nasir (1978) hikmah di sini bermaksud mengenal golongan. Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa "Hikmah itu ialah memahami sesuatu tentang rahsia dan faedahnya". Untuk memahami sesuatu tentulah memerlukan ilmu, kerana ilmulah penyuluh untuk mengenal sesuatu. Jadi ilmu ini tentulah ilmu yang benar. Dalam versi yang lain Muhammad Abduh mengatakan bahawa "Hikmah itu ilmu yang benar yang menjadi pengerak untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berfaedah". Orang yang mempunyai hikmah ini digelar "Hakeem". Ia bermaksud orang yang mahir dalam sesuatu bidang dan melakukannya dengan cukup baik dan halus (Muhammad Nasir, 1978). Adakalanya hikmah itu bermaksud ilmu, iaitu ilmu yang tinggi martabatnya. Ini berdasarkan ayat 269 surah al-Baqarah. Orang yang mempunyai hikmah mempunyai pandangan yang jauh, bukan setakat lima atau enam puluh tahun ke hadapan, tetapi sampai ke alam akhirat. Ini jelas seperti cerita Luqman al-Hakeem di dalam Al-Quran. Falsafah Islam cuba maencari hakikat manusia dan alam semesta ini. Setelah berusaha mencari dan berfikir berdasarkan wahyu, maka dapat dirumuskan bahawa manusia dijadikan oleh Allah untuk hidup di alam ini sebagai hamba dan khalifah, kemudian mereka akan mati dan akan dipersoalkan tentang tanggungjawab dan

amanah yang diberikan oleh Allah. Ini adalah berdasarkan kepada ayat-ayat 55 surah Az-Zariyat, 30 Al-Baqarah, 72 Al-Ahzab, 172 Al-A`raf dan lain-lain. Falsafah Pendidikan Islam pula ialah falsafah pendidikan yang berteraskan ruh Ialam, iaitu falsafah Islam untuk pendidikan, dan ia disebut Falsafah Pendidikan Islam (Al-Syaibany, 1991). Jadi, maksud daripada Falsafah Pendidikan Islam ialah menyediakan manusia dengan dan ilmu pengetahaun yang cukup agar ia kenal dirinya serta tugas dan tanggungjawabnya, serta mengetahui cara untuk menjalankan atau melaksanakan tanggungjawabnya sebagai hamba dan khalifah Allah. Bila ia dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik maka jadilah ia insan yang saleh. Ahli falsafah pendidikan Islam atau failasuf pendidikan Islam ialah orang yang berusaha berfikir mencari apakah perkara-perkara yang perlu dimasuklah ke dalam kurikulum pendidikan. Ini termasuklah ilmu, kemahiran, nilai, pengalaman dan sebagainya, yang mana setelah menjalani pendidikan beberapa lama akan lahir seorang insan yang kenal dirinya, kenal Tuhannya, faham tujuan Allah jadikan segala yang ada, mengetahui hukum-hukum Allah dan mengamalkannya, bertamadun, pandai berkawan sama ada dengan orang Islam atau pun bukan Islam. Antara perkara yang penting yang difokuskan oleh falsafah pendidikan Islam ialah: Pendidikan Aqidah, Pendidikan Ibadah, Pendidikan Akhlak, Pendidikan Akal, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Rohani, Pendidikan Keterampilan, Pendidikan Keibubapaan, Pendidikan Kemasyarakatan, Pendidikan Kepimpinan, dan banyak lagi. Jadi, berdasarkan falsafah Islam, semua perkara yang disebutkan diatas itu perlu ada dan menjadi tajuk-tajuk penting dalam kurikulum pendidikan Islam. Dengan demikian, barulah dapat melahirkan insan soleh yang mampu melaksanakan tugasnya sebagai hamba dan khalifah Allah dengan betul dan sempurna seperti yang dibincang dalam Matlamat Pendidikan Islam. Penyataan Falsalah Pendidikan Islam yang digubalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, nampaknya ada unsur untuk menuju ke arah ini.

Rujukan artikel: Mohd Yusof Ahmad (2009). Falsafah pendidikan Islam, dilihat pada Julai 2009, http://pendislami.tripod.com/new_page_1.htm

Memahami Falsafah Barat dan Menguasai Tradisi Islam. Muhammad Hilmi Ramli Robert M. Hutchins, bekas Canselor Universiti Chicago dalam mukaddimah The Great Books of Western World, Seseorang itu tiada dikatakan terpelajar melainkan mesra dengan karya agung tradisinya. Kenyataan ini mungkin nampak mudah dan biasa tetapi sukar dilaksanakan.Dalam suasana utilitarianisme dan pragmatisme dalam sistem pendidikan hari ini, menyebabkan lagi pembudayaan dan kemesraan terhadap karya agung yang wujud dalam sesebuah masyarakat mahupun tamadun suam-suam sahaja, ataupun sepi sama sekali. Penghormatan terhadap karya agung yang wujud dalam Islam telah berakar lamanya. Cumanya hari ini pembudayaan tersebut tidak menjadi satu kebiasaan, bahkan pula dipandang sinis sahaja. Penghormatan terhadap karya agung dalam tradisi Islam bukan sahaja mesra dengan karyanya, tetapi menghormati si penulis karya tersebut, dengan melakukan perbincangan dan perbahasan mengenai isi kandungan buku tersebut. Sebab itulah tradisi syarahan menjadi tradisi yang asli dalam budaya ilmu Islam. Syarahan boleh jadi kerana 4 tujuan, iaitu pertamanya menghidupkan kembali sesuatu karya yang mungkin tampak mati lantaran rasa ketidakperluan terhadapnya lagi. Kedua untuk menghuraikan makna setiap istilah utama sama ada dari segi bahasa (lughah), dari segi tuntutan agama seperti yang dimaklumkan oleh Al- Quran dan hadith, atau dari segi makna teknikal dalam bidang-bidang tertentu seperti tawassuf, kalam, fa;safah, matematik, fizik, perubatan dan sebagainya. Tujuan ketiga untuk menyesuaikan makna-makna terkandung dalam suatu matan itu dengan kefahaman semasa, iaitu dengan mengulangungkapkan dengan bahasa yang digahami ketika itu. Tujuan terakhir ialah untuk memperbetulkan kefahaman yang serong atau meleset tentang hal yang dibincangkan. (Abdul Latif Abdul Razak, 1998) Menyedari keadaan itu, Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM), Curiosity Institute (CI) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan syarahan teks sebuah karya penting abad ini iaitu Islam and Secularism, tulisan Prof. Syed Muhammad Naquib Al Attas. Syarahan teks ini cuba menghidupkan kembali tradisi pembudayaan ilmu yang asli dalam Islam, iaitu membahaskan dan mengadakan perbincangan ke atas sebuah karya yang dianggap karya agung untuk umat Islam abad ini. Buku Islam and Secularism pertama kali diterbitkan ialah pada tahun 1978 melalui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Prof. Syed Muhammad Naquib telah memberi kepercayaan kepada ABIM, sebagai pertubuhan belia Islam yang ketika itu mula dikenali ramai dan berpengaruh. Dengan terbitnya buku tersebut, telah

melonjakkan lagi nama ABIM dalam peta dunia, kerana berupaya menerbitkan sebuah karya agung dan penting, yang ditulis oleh seorang sarjana yang lebih awal dikenali dan dihormati. Dengan buku tersebutlah telah membina pandangan alam Islami kepimpinan ABIM ketika itu, yang akhirnya berupaya dikatakan mewarnai kebangkitan Islam. Di sebalik beberapa kelemahan era yang dikatakan kebangkitan itu, ada beberapa faktor yang menjadi penyumbang kepada usaha mereka. Faktor kemantapan rasa yakin mereka terhadap isu-isu Islam yang mereka juarai, ada kaitanya dengan siri pembacaan Islam and Secularism ketika itu. Itu juga ditambah dengan sikap mesra mereka dengan sarjana dan karya yang ditulisnya, menyebabkan mereka tidak tumpah seperti metafora yang digemari oleh Isaac Newton, iaitu kesarjanaan (keyakinan dan kemantapan) Barat kerana berdiri di atas bahu Gergasi (barisan idea-idea dan gagasan-gagasan pemikir dan ahli falsafah Barat). Mereka kecil, tetapi rasa teguh dan yakin kerana berdiri di atas bahu gergasi. Kemudian buku tersebut diterbitkan di bawah International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) pada tahun 1993. Pengiktirafan sama ada secara rasmi atau tidak,terus diberikan kepada karya tersebut. Kemudian hadir Sheikh Hamza Yusuf menziarahi Prof Al-Attas sekitar 2003, apabila mengatakan buku tersebut telah dibaca kulit ke kulit dan merubah dan mengukuhkan secara sempurna kefahaman beliau tentang isu yang ditulis dalam buku tersebut. Ini kerana pengalaman sebenar beliau hidup di Barat dan pernah melalui kehidupan sekular dan bukan Islam mengukuhkan lagi kebejatan nilai yang wujud di Barat, dan perlunya kepada penguasaan tradisi Islam. Buku Islam and Secularism telah dibincang dan disyarahkan oleh Prof. Madya Dr Muhammad Zainiy Uthman selama 6 minggu berturut-turut di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, bermula 11 Jun sehingga 16 Julai, setiap Jumaat malam, 8.00- 11.00 malam. Perbincangan yang mengambil masa 3- 3 jam setengah telah menarik minat sebilangan golongan muda dan pelajar yang serius dalam pembinaan tradisi keilmuan. Ada yang hadir di kalangan peguam, pekerja bank, pensyarah muda, usahawan muda, pelajar sarjana, mahasiswa, pembekal buku, tidak kira lelaki mahupun perempuan, mempunyai latar belakang pengajian Islam ataupun tidak. Mereka menunjukkan keseriusan untuk mendalami isi kandungan karya tersebut yang semenangnya telah terbukti menjadi crowd puller, walaupun tanpa promosi dan iklan yang berlebihan. Kelas yang sentiasa penuh dengan kehadiran 40-50 peserta setia, menampakkan lagi ketekunan mereka untuk mengikuti siri perbincangan tersebut. Buku tersebut secara umum menceritakan 2 sisi ataupun bab yang penting, iaitu kegentingan dan perlunya kita memahami tamadun Barat, dan sisi keduanya ialah pentingnya kita mempunyai pandangan alam Islami yang berpandukan tradisi Islam.

Sisi awal mengungkapkan mengenai sejarah pertentangan antara Barat dan Islam yang tidak boleh dielakkan dari dulu sehingga sekarang. Bahkan pertentangan ini diungkap dalam buku tersebut sebagai permanent battle, kerana tamadun Barat yang ada hari ini bukan sahaja menyaduri agama Kristian, bahkan perundangan Rom, faham metafizik Yunani, yang semuanya bertentangan dengan ajaran murni Islam. Evolusi agama dan budaya di Barat telah melahirkan beberapa komponen penting pemikiran yang mewakili zaman mahupun tokoh yang mencetuskannya. Istilah sekularisme boleh jadi dipandang tidak laku hari ini, berbanding istilah popular dan kontemporari seperti Iphone, Blackberry, Lionel Messi, Dubai mahupun globalisasi. Ini kerana ketidakfahaman masyarakat, terutamanya golongan terpelajar, dan ditambah pula juga dengan pentakrifan yang tidak tepat dan benar, menyebabkan istilah sekularisme dianggap hanya istilah yang biasa dan serba difahami. Istilah sekularisme boleh dikatakan istilah yang sudah bertapak dalam kamus pemikiran masyarakat Islam, yang biasanya menjadi fahaman kebiasaan, yang banyak dibantu oleh common sense, iaitu pemisahan antara agama dan politik ataupun agama dan kehidupan harian. Kita tidak katakan fahaman ini tidak benar sama sekali, akan tetapi tidak sempurnya. Sekularisme hari ini telah berdiri bukan sebagai istilah, tetapi sebuah program falsafah yang cuba mempengaruhi masyarakat sejagat, tidak kira Islam atau bukan Islam. Program falsafah itu yang dinamakan sekularisi (secularization), sebuah proses menjadikan sekularisme sebagai satu arus hidup, sama ada melalui program yang disedari ataupun tidak, sama ada melalui jentera pendidikan atau kuasa, sama ada melalui orang Islam sendiri ataupun orang yang serba sekular. Hal ini yang dikupas secara tuntas dalam karya Islam and Secularism. Sejarah agama Kristian yang peringkat awalnya dikatakan berpandukan kepada agama wahyu,telah melalui episod yang genting dan sentiasa mendebarkan. Ini kerana ahli teologi dan falsafah Kristian mereka sendiri yang mengisytiharkan agama Kristian perlu disekularkan!, demi menjadikan Kristian sebuah agama yang relevan dan diterima arus perdana. Hal yang sedemikian ialah kerana masalah asas agama Kristian itu sendiri, yang pertamanya tidak mempunyai teks asal agama mereka. Tidak seperti Islam yang mempunyai Al- Quran yang dipelihara kemurniaannya oleh Allah. Bible bagi mereka ialah salinan tulisan Paul selepas beratus tahun kematian Nabi Isa. Ia menyebabkan kata kunci penting dan tafsirannya sentiasa terbuka kepada pelbagai tafsiran. Akhirnya tidak ada hal yang tetap dan konsisten dalam kitab mereka. Keduanya, sikap ekstrem dan kejam kebanyakkan paderi dan gereja ketika abad ke-12 dan 13 yang menentang ilmu-ilmu baru, menyebabkan lahir golongan pemberontak yang anti gereja. Ini kemudian menyebabkan lahir gelombang manusia baru atas nama humanisme yang mengangkat darjat manusia sebagai tuhan, apabila mempunyai

kuasa mutlak. Penciptaan dan kecanggihan sains dan teknologi meyakinkan lagi bahawa agama Kristian tidak ada lagi peranan yang boleh dimainkan. Latarbelakang tamadun Barat inilah yang menjadi isi penting buku Islam and Secularism yang perlu dihadami. Kesilapan dan kekeliruan sesetengah umat Islam ialah apabila menjadikan latarbelakang sejarah tamadun Barat, melalui sejarah agama Kristian untuk digunakan dalam agama Islam. Sebab itu ada kecenderungan melabel istilah-istilah asing, seperti Islamic Renaisance, Muslim Martin Luther, Islamic Enlightement, lahirnya kelompok Islam liberal dan sebagainya adalah akibat kekeliruan bahkan kejahilan mereka tentang akar sejarah di Barat dan juga tradisi Islam. Ia juga mencerminkan ketidakcermatan mereka memilih hal-hal yang penting yang boleh diambil daripada kebaikan Barat kerana Nabi Sallahualahi Wasalam ada bersabda, Hikmah itu milik Mukmin, ambillah di mana sahaja ia. Gaya hidup sekular juga terjadi tanpa disedari, apabila hal-hal yang dianggap fardu kifayah (keduniaan) diberi keutamaan yang maha tinggi, berbanding hal-hal fardu ain (keagamaan), terutamanya apabila jentera pendidikan dan politik memainkan dasar dan polisinya. Ketidakseimbangan amat ketara apabila golongan dalam fardu kifayah mengambil mudah hal-hal fardu ain. Kesimpulan daripada itu, sekali lagi Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM) dan Curiosity Institute (CI) akan menganjurkan Kolokium Satu Hari Islam dan Sekularisme pada 24 Julai, bertempat di Akademi MAS, Kelana Jaya. Kolokium ini merupakan kemuncak kepada siri perbincangan 6 minggu berturut-turut buku Islam and Secularism, yang akan mengupas secara tuntas pentingnya penguasaan kepada tradisi Islam. Antara kertas kerja yang dibincangkan ialah The Recovery of Adab: Islamic Education in Action yang diangkat sebagai pembentang utama, oleh Prof Wan Mohd Nor Wan Daud, Felo Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kemudian disusuli oleh Dr Adi Setia, Dewesternization and Islamizing Science: Operationalizing the Neo-GhazalianAttasian Vision, Dr Syamsuddin Ariff, The Concept & Experience of Religion in Islam: Bringing Modernity into the Ambit of Tradition dan Prof. Madya Dr Muhammad Zainiy Utman, Islamization of History: The Case of Malay Archipelago. Kemuncak Kolokium itu ialah Syarahan Perdana oleh Prof. Syed Muhammad Naquib Al Attas, yang akan berucap mengenai Dewesternization of Knowledge. Pihak HAKIM dan CI menjemput semua masyarakat yang berminat untuk membangunkan tradisi keilmuan Islam, dengan menghadiri Kolokium Islam dan Sekularisme ini. Kesudiaan sarjana besar, Prof. Syed Muhammad Naquib Al Attas berucap merupakan satu peluang yang jarang-jarang boleh berlaku untuk masa mendatang.

You might also like