You are on page 1of 21

1.

0 PENGENALAN ARCA Arca merupakan bentuk citra dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya.arca tidak sama dengan seni tampak yang lain disebabkan ciri-ciri tiga dimensinya. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan reka bentuk pentas, namun karya ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Secara khususnya, karya 3D adalah sesuatu yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi iaitu kiri, kanan, atas dan bawah. Ia juga dikenali sebagai objek maujud iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Proses umum bagi penghasilannya pula adalah dengan membentuk dan membuat binaan melalui proses imaginasi. Seterusnya, diterjemahkan ke dalam bentuk lukisan, dan distruktur. Akhirnya diproses pembinaan objek tersebut. Secara umumnya, terdapat dua jenis bentuk arca, iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estetika. Arca berbentuk berfungsi boleh digunakandi samping memaparkan ciri-ciri estetikanya. Arca bentuk astetika merupakan bentuk ciptaan pelukis yang tidak mempunyai fungsi tertentu hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya. Arca estetika biasanya diamerkan di galeri, taman atau ruang legar kawasan peranginan, dan ruang-ruang yang sering dikunjungi orang ramai. Misalnya, patung kaum orang asli Jah Hut dan Mah Meri yang digunakan sebagai alat untuk berhubung dan semangat dalam upacara keagamaan kaum itu. Seterusnya, Keliering atau tiang perkuburan orang Melanau di Sarawak yang digunakan untuk pengebumian sekunder adalah satu lambing kebesaran tuan rumah. Kedua-dua ini adalah antara contoh bentuk arca berfungsi.

2.0 SEJARAH ARCA DUNIA Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk, dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira tahun 8000 SM. Masyarakat zaman tamadun lama seperti orang Mesir, Yunani, Mesopotamia, China dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan. Pada zaman itu, subjek dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan gungsinya sebagai lambing yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan. Michelangelo di Lodovico Buonarroti Simoni (1475 1564, merupakan pengarca Itali yang teragung pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Engarca masyur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua ialah Henry Moore (1898 1986), yang berbangsa Inggeris dan Alberto Giacometti (1901 1966), warganegara Switzerland. Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk arca telah beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya kepada bahan plastic, nilon, fabric, dan bahan buangan lain. Di samping teknik luakan, binaan, dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan, gam, assemblaj dan sebagainya turut digunakan. Terdapat juga arca yang bergerak, berbunyi atau berlampu kesan penggabungan kuasa elektrik dalam gubahan. Arca intalasi (pemasangan) merupakan seni yang dapat bertindaka terus dengan orang yang sedang melihat atau memandang dalam tempo dan ruang tertentu kerana arca jenis ini dicipta khas buat sementara waktu bagi tapak tertentu dalam sesuatu pameran. Arca intalasi merupakan karya 3D yang memerlukan ruang yang luas untuk dihasilkan dan dipamerkan. Bahagian-bahagian berasingan dicantum, dipasang atau disusun menjadi satu. Seni land (citra tanah) ialah projek seni dalam skala besar yang sering berkaitan dengan tapak alam smeulajadi tertentu. Pergerakan seni ini dapat menarik perhatian orang ramai terhadap masalah pencemaran alam sekeliling yang bertambah masa kini. Seni land menggunakan mesin atau jentera berat untuk menukar permukaan bumi atau tanah atau membungkus tapak yang sedia ada. Seni yang dipersembahkan adalah dalam bentuk siri gambar foto atau video.

3.0 SEJARAH ARCA DI MALAYSIA Arca tidak berkembang meluas di Malaysia seperti catan. Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an. Antara perintis pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, Lee Kian Seng, dan lain-lain. Mohd Annuar Ismail, Raja Shariman Raja Aziddin, Chin Wan Kee, Wong Pei Yu, dan lain-lain merupaka generasi muda yang aktif dalam kegiatan mencipta karya-karya arca. Baharuddin Mohd. Arus, John Hii, Hasnul Jamal Saidon, dan lain-lain adalah pengarca- pengarca yang tertarik kepada pendekatan elektronik dan multimedia. Laman Asean yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur merupakan sebuah taman arca yang istimewa di Malaysia. Enam buah arca di sana merupakan hasil kreativit pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Thailand, Singapore dan Malaysia sempena menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan Asean.

4.0 ARCA MOBAIL

4.1 Konsep Mobail boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawangawang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang. Arca mobail juga boleh menggunakan lampu, kuasa solar, angin, air, perbezaan suhu, graviti, keseimbangan yang mengkibatkan berlakunya pergerakan. Ia mesti digantung dengan tali, benang, wayar, dawai dari siling atau tempat yang lebih tinggi. Sebagai contoh idea yang anda boleh berikan kepada pelajar ialah wind chime". Keindahan arca ini dapat dilihat semasa ia bergerak-gerak atau berputar perlahan-lahan

4.2 Definisi Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.

4.3 Bahan / Alat penghasilan Mobail Hasil kerja mobail biasanya dihasilkan daripada bahan yang ringan. Antaranya adalah seperti yang berikut: 1- Dawai 2- Penyangkut baju 3- Tali tangsi

4- Kayu 5- Kepingan logam 6- Kadbod 7- Kertas 8- Aluminium Antara alatan yang digunakan adalah : 1- Playar-playar pemotong seperti playar muncung dan playar pengapit 2- Gunting dawai 3- Pemotong besi iaitu gergaji besi dan gergaji besi elektrik 4- Ragum seperti ragum apit dan ragum meja 5- Alat pengimpal termasuk bahan pematri, kepingan logam, besi dan bar besi 6- Pelbagai jenis tukul termasuklah tukul besi, tukul kayu dan ganden kayu serta tukul kepala muncung 7- Gerudi eletrik termasuklah pelbagai jenis mata gerudi

4.4 Proses Penghasilan Mobail Secara umumnya, arca mobail dibentuk dengan bahagian berasingan dicantumkan pada sendi supaya boleh bergerak, berputar atau berombak. Proses penyediaan lakaran idea untuk menghasilkan mobail adalah seperti yang berikut : 1- Menentukan subjek dan tema yang berkaitan dengan isu semasa 2- Mendapat kritikan, saranan, nukilan dan sindiriran daripada pengarca 3- Menentukan alat dan media yang bakal digunakan dengan mengambil kira keberkesanan dan relevannya hal subjek yang ingin diutarakan 4- Ciri-ciri bahan yang dipilih seharusnya tahan lama, dan lasak kepenggunaanya. Bahan yang tidak lasak, mudah pecah, mudah rosak tidak wajar diaplikasikan 5- Membuat thumbnail print iaitu melobi gagasan-gagasan dan pengideaan melalui konsep trial and error. 6- Memilih salah satu lakaran yang terbaik, dalam hal ini, kemampuan menterjemah lakaran kepada mobail yang sebenar juga menjadi kriteria yang penting

7- Memperincikan lakaran iaitu memperkemaskan lagi reka bentuknya. Hal ini mengambil kira bahan, alat, tema, tempat peragaan dan konsep keseluruhan termasuk etika dan estetika. 8- Membuat karya / mobail dengan mendahulukan kerangka dalam dan luar dengan mengmbil kira, ruang, saiz mobail, keteguhan dan kesesuaian kerangka dengan dapatan. Ini perlu diselaraskan dengan bahan dan alatan, kos pembinaan dan masa.

Proses Membentuk Mobail 1- Membuat model kecil atau prototaip 2- Membuat kerangka atau struktur 3- Membuat mobail yang sebenar 4- Kemasan dan peragaan atau persembahan

4.5 Koleksi gambar mobail

Alexandel Calder bersama arca Myxomatose, 1953 (A08122), Paris

Red Mobile, oleh Alexander Calder, 1956

Menggunakan bahan besi yang digantung dengan saiz yang berbeza

Ideanya daripada planet dan digantung dengan dawai

Mengunakan bahan kayu atau board yang digantung dengan tali

Penggunaan bahan seperti dawai, kertas atau plastik juga boleh digunakan

Idea daripada kelawar dan digantung dengan dawai

menggunakan bahan besi dan mempunyai 4 warna

Idea daripada rama-rama yang berwarna-warni

Menggunakan motif lilin dan cahaya

motif manusia menggunakan bahan kertas

Menggunakan gambar sebagai idea

5.0 ARCA STABAIL

5.1 Konsep Bahan atau bahagaian stabail dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

5.2 Definisi Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak.

5.3 Bahan / Alat Penghasilan Stabail Dengan mengmbil kira melalui contoh penghasilan arca stabail oleh Alexander Calder, berikut adalah bahan-bahan dan alat yang diperlukan. 1- Taskboard baru iaitu yang semulajadi berasaskan kayu medium yang digunakan oleh arkitek dan pereka bentuk 3D. 2- Gunting 3- Pisau kraf 4- Gelang getah 5- Klip kertas 6- Kertas pasir untuk melicinkan taskboard 7- Gam untuk kemasan 8- Alat pengering rambut / kipas untuk mempercepatkan tempoh masa pengeringan karya 9- Warna acrylic 10- Varnish untuk kemasan

5.4 Proses Penghasilan Stabail Bagi proses penghasilan stabail, contoh yang paling sesuai adalah penghasilan model bagi arca Alexander Calder. Lihat contoh arca:

Kenalpasti warna pilihan Calder dalam arca. Beliau lebih cenderung memilih secondary colour untuk membezakan salah satu bahagian arcanya daripada bahagian yang lain. Warna hitam dan putih memainkan peranan penting dan percaya warna merah merupakan warna yang bertentangan. Proses; 1. Sediakan lakaran awal dan disarankan agar para pelajar membuat lakaran 3D daripada kertas skrap berat atau board untuk merancang membina arca sebelum membuat versi terakhir. 2. Potong kepingan daripada Taskboard dengan gunting atau gunakan pisau kraf untuk membuat potongan yang teliti. Elakkan daripada membengkokkan bahan apabila kering. 3. Dengan menggunakan kepingan kecil Taskboard,percubaan dengan menghasilkan keping membentuk oleh kedua-dua belah yang basah menggunakan pengabut botol yang diisi dengan air kosong. Ini akan menyebabkan pereka akan mengenalpasti had bahan yang cuba untuk membentuk kepingan besar.

Cara Mengendalikan Taskboard 1- Hasilkan dengan perlahan dan tidak menyebabkan bahan tersebut membengkok. 2- Kepilkan bahan dengan gelang getah atau klip kertas untuk membuat satu bentuk kerana ia kering. 3- Jika garis tekanan muncul tunggu sehingga Taskboard sepenuhnya kering dan dan gunakan kertas pasir untuk melicinkannya. 4- Sebaik sahaja kepingan benar-benar kering, gunakan gam untuk mengetatkan garis tekanan dan perbaiki hujungnya. Jika kepingan tersebut patah atau pecah semasa terbentuk, gamkan kembali di hujungnya. 5- Masa pengeringan dapat dikurangkan jika keringan tersebut dikeringkan menggunakan alat pengering rambut atau di hadapan kipas. 6- Gamkan kepingan tersebut bersama-sama mengikut maquette. Pegang kepingan tersebut bersama, prop terhadap objek lain atau gunakan klip kertas untuk lebih selamat sehingga bon penuh terhasil. 7- Setelah gam kering, catkin arca tersebut dengan warna acrylic dan warnakan sekali hujung papan tersebut.

5.5 Koleksi Gambar Stabail

Calder, Alexander "Stabile, Paris-La-Dfense" - (1976)

Calder, Alexander "Hollow Egg" - (1939)

Arca yang sangat mengambil berat akan jalinan

Walaupun boleh bergerak, namun tapaknya tetap kekal

6.0 ARCA ASSEMBLAJ

6.1 Konsep Assemblaj pada kebiasaannya, aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentukbentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel pada tahun 1951 oleh Marcel Duchamp ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

6.2 Definisi Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna.

6.3 Bahan / Alat Penghasilan Assemblaj Secara umumnya, antara bahan dan alatan yang diperlukan dalam penghasilan arca assemblaj ini adalah seperti yang berikut: 1- Gerudi elektrik pelbagai jenis termasuk mata gerudi yang sesuai 2- Playar seperti playar pemotong, playar muncung, dan playar pengapit 3- Gunting dawai atau gergaji besi 4- Alat pengimpal termasuk bahan pemateri, kepingan logam, besi dan bar besi 5- Pemotong besi iaitu gergaji besi elektrik 6- Tukul seperti tukul besi, tukul kayu, ganden kayu, dan tukul kepala muncung 7- Bongkah kayu 8- Besi waja 9- Tanah liat 10- Aluminium 11- Tembaga

12- Plaster of Paris 13- Bahan kutipan yang mempunyai bentuk, warna dan jalinan yang menarik

6.4 Proses Penghasilan Assemblaj Arca assemblaj dibentuk dengan bahagian bahan atau komponen berasingan dicantumkan untuk menjadi satu kesatuan objek dan menjadi satu konsep bermakna. Antara teknik menghasilkannya adalah: 1- Teknik kimpalan 2- Teknik binaan 3- Teknik cantuman menggunakan skru atau paku, bold an nat 4- Teknik menggunakan gam plastic 5- Teknik jahitan 6- Teknik ikatan 7- Teknik tanggam

Penyediaan lakaran Idea Lakaran idea menjadi langkah permulaan yang amat penting di dalam menghasikan arca assemblaj. Perancangan yang rapid an tertib boleh mendatangkan faedah yang besar untuk peringkat penghasilan karya pada peringkat yang berikutnya. Justeru itu, perancangan seperti yang dunyatakan di bawah in akan menjadikan penghasilan arca assemblaj lebih bermakna; 1- Setelah dapatan kajian diperolehi,. Pengarca akan emmilih alatan yang diperlukan untuk menghasilkan arca. Begitu juga dengan pemilihan bahan binaan arca assemblaj tersebut 2- Sebelum menghasilkan karya, lakaran-lakaran kecil dalam konteks penjanaan idea dilakukan. Tujuan untuk memperoleh hasilan assemblaj yang berkualiti dan mempunyainilai estetika yang tinggi 3- Daripada beberapa lakaran atau sketsa yang dijana tadi, pilih satu lakaran yang terbaik dan tinggi nilai estetikanya. Kembangkan idea dan buat perincian (details) untuk penghasilan karya pada saiz yang dirancang (sebenar).

4- Mengemaskini lakaran. Untuk memperoleh dapatan lakaran karya yang baik, buat beberapa pertimbangan dari pelbagai kemungkinan seperti penstrukturan reka bentuk, kesesuaian bahan dan alatan serta teknik.

Proses membentuk assemblaj Setelah penyediaan lakaran idea di atas selesai, proses berikut merupakan urutan kerja membentuk assemblaj yang perlu dilakukan: 1- Membuat model kecil atau prototaip merupakan model awal sebagai panduan untuk penghasilan arca yang sebenar. Karya akan dibina atau dibuat berpandukan model ini disamping pengiraan pelbagai ukuran reka bentuk, penyesuaian alat dan bahan serta tinjauan dari pebagai kemungkinan yang boleh mengganggu kelancaran dalam penghasilan. 2- Membuat kerangka atau struktur kerangka sesuatu assemblaj mungkin berasaskan dawai, lingkaran besi, kayu atau plastic. Kerangka atau struktur adalah tulang- temulang assemblaj sebelum arca sebenar dihasilkan. Ia penting untuk kawalan bentuk di samping menjadikan assemblaj lebih kukuh dan seimbang 3- Membuat assemblaj yang sebenar bahagian urutan kerja ini amat penting. Kerangka akan ditutup dengan kepingan logam atau bahan pilihan yang dirancang atau ditambah binaannya sehingga assemblaj berada paa saiz yang sebenar. 4- Kemasan dan persembahan untuk mendapatkan hasilan yang terbaik, proses kemasan boleh dilakukan dengan melarik bahagian-bahagian assemblaj yang masih kasar, menambahkan tekstura pada ebntuk, menghalus dan menyapu syelek, mengecat, mencanai dan sebagainya sehingga peragaan arca tampak menarik dan punyai nilai estetika yang tinggi. Tambahan hiasan seperti skru yang dikimal, baji-baji kayu yang membentuk tekstura, syelek, varnish, cat dan sebagainyaakan menjadikan assemblaj lebih hebat dan menarik.

6.5 Koleksi Gambar Assemblaj

bahan terpakai yang menghasilkan burung

Gabungan-gabungan besi buruk yang menggambarkan kapal besar

Arca assemblaj daripada tayar terpakai yang menghasilkan figura kuda

You might also like