You are on page 1of 56

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

MODUL

PIM 3105 PENDIDIKAN IBADAH PENDIDIKAN RENDAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

KATA ALU-ALUAN REKTOR


Bismillahi-r-Rahmani-r-Rahim, Syukur Alhamdulillah kerana Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) telah berjaya memulakan sesi pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan kepada guru-guru dalam perkhidmatan melalui Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR). Kohort pertama PGSR bermula dengan Ambilan November 2008. Kejayaan melaksanakan program pensiswazahan guru dalam perkhidmatan ini mencipta suatu lakaran sejarah baru kepada 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Panduan Pembelajaran untuk Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah ini disediakan bagi membantu pelajar mengurus dan melaksanakan pembelajaran kendiri selaras dengan keperluan sukatan pelajaran peringkat ijazah. Pengurusan pembelajaran kendiri merupakan sebahagian daripada waktu pembelajaran pelajar-pelajar di peringkat ijazah seperti mana yang dikehendaki oleh Malaysian Qualification Framework (MQF) untuk tujuan Jaminan Kualiti. Pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah adalah secara mod Kursus Dalam Cuti (KDC) yang memerlukan pelajar berinteraksi secara bersemuka yang berlangsung sewaktu cuti persekolahan dan meneruskan pembelajaran secara kendiri apabila pelajar kembali bertugas di sekolah semula. Buku Panduan Pembelajaran ini juga membantu pelajar melaksanakan pengajian akademik mengikut spesifikasi kurikulum yang ditetapkan oleh Bahagian Pendidikan Guru dan IPG KPM Tugasan terarah yang disediakan di dalam Buku Panduan Pembelajaran ini membantu pelajar memahami kandungan kursus yang mereka ikuti dan memperoleh pengalaman pembelajaran secara optimum. Memang menjadi hasrat IPG dan BPG untuk melahirkan guru-guru berijazah yang profesional dan berkualiti. Saya percaya Buku Panduan Pembelajaran ini dapat membantu dan mendorong pelajar melalui proses pembelajaran dengan berkesan demi mencapai matlamat program ini. Sekian, selamat maju jaya.

Rektor Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

iii

KANDUNGAN MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Rektor Kandungan Penduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk dan Jam Interaksi Tajuk Pembelajaran:
Unit 1 : Pengenalan Konsep Ibadah Dalam Islam Unit 2: Sukatan Pelajaran Dan Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Bidang Ibadah Tahun 1 6 Unit 3: Analisis Dan Huraian Isi Kandungan Ibadah Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 1. Unit 4: Aplikasi Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Ibadah Tahun 1-6

i i iii iv v vi vii

1
15 29

34

Bibliografi Ikon Modul Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul

46 47 48 49

iv

PENGENALAN Kursus PIM 3105 Pendidikan Ibadah Sekolah Rendah melibatkan teori dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi tiga tajuk iaitu Tajuk 1 Pengenalan Konsep Ibadah Dalam Islam (Topik 1 dalam proforma), Tajuk 2 Ibadah Dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah (Topik 2 dalam proforma), Tajuk 3 Analisis dan Huraian Isi Kandungan Ibadah Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 1-6. (Topik 3 dalam proforma). Tajuk 4 - Aplikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah Tahun 1 dan 4. Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran. Aktiviti dan latihan disediakan dalam setiap unit untuk membantu pelajar mengingat kembali apa yang telah dipelajari di samping mencari maklumat tambahan berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Selain itu pelajar juga dikehendaki membuat perbincangan berkaitan khususnya semasa membuat pemilihan bahan bantu mengajar, menyenaraikan ruang-ruang khas untuk penyimpanan bahan bantu mengajar. Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam setiap topik yang dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan persoalan-persoalan disusuli dengan sumber rujukan yang berkaitan. Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.

vi

TAJUK DAN JAM INTRAKSI:

BIL.

TAJUK

JAM

Pengenalan Konsep Ibadah Dalam Islam

Ibadah Dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah

Analisis dan Huraian Isi Kandungan Ibadah Dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 1-6

Aplikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Ibadah Tahun 1 dan 4

vii

UNIT 1

PENGENALAN KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

SINOPSIS

Dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pengenalan konsep ibadah dalam Islam. Kupasan yang berkaitan dalam tajuk ini ialah pengertian tentang ibadah, konsep ibadah, jenis-jenis ibadah yang merangkumi ibadah khusus dengan ibadah umum, penjelasan berkenaan ibadah dan adat serta kesan ibadah ke atas muslim. Para pelajar akan dapat memahami dengan jelas apakah yang dimaksudkan dengan pengenalan konsep ibadah dalam Islam secara umum sebelum para pelajar melangkaui tajuk-tajuk selanjutnya dalam Pendidikan Ibadah Sekolah Rendah. HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini anda akan:

1. Dapat memberi penjelasan tentang konsep ibadah dalam Islam secara umum. 2. Dapat memahami dengan jelas serta dapat membuat perbezaan di antara pengertian Ibadah dalam Islam serta adat dalam kehidupan hari ini. 3. Dapat memahami dengan jelas bidang fardhu ain dan fardhu kifayah dalam Islam. 4. Dapat mengaplikasi bidang kefardhuan Islam yang difardhukan dalam erti kata yang lebih meluas sebagai seorang individu muslim yang sebenar. 5. Dapat menghayati dan menyatakan kesan-kesan Ibadah Islam dalam kehidupan yang syumul.

PETA MINDA TAJUK

PENGENALAN KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

Pengertian Ibadah

Konsep Ibadah

Jenis-jenis Ibadah

Ciri-ciri Ibadah dalam Islam

Ibadah dan Adat

Kesan Ibadah

1.1

Pengertian Ibadah

Ibadah dari segi bahasa ialah merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Menurut bahasa juga ia berasal dari perkataan abada, yabudu dan abd. Abd merupakan kata terbitan yang membawa makna hamba. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud di dalam surah al-Baqarah ayat 21: Wahai sekelian manusia, beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu menjadi orangorang yang bertakwa.

Dari segi bahasa dapatlah diterjemahkan sebagaimana berikut: 1.1.1 Patuh, taat, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu. 1.1.2 Merendah diri, tunduk, patuh, taat, menghina diri dan memperhambakan diri kepada yang lain.

Ibadah menurut syarak mengikut Syeikh Muhammad Abduh di dalam Tafsir al-Manar ialah ketaatan dengan kemuncak ketundukan. Abu al-Ala Al-Maududi pula memberi maksud ianya adalah satu ubudiyah dan ketaatan. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Nahl ayat 38 yang bermaksud: Dan ingatlah aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaku.

Firman Allah s.w.t lagi dalam surah at-Taubah ayat 24 yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad, jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Menurut Ibnu Taimiyah di dalam buku al-Ubudiyah asal ibadat ialah kehinaan tetapi ibadat yang disyariatkan Allah s.w.t ke atas manusia merangkumi makna kehinaan dan kecintaan bersama. Manakala menurut Fathi Yakan dalam bukunya Apa Ertinya Saya Memeluk Islam menyatakan ibadah merupakan kemuncak kepada sifat kepatuhan dan kerendahan kepada Allah s.w.t dan kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah.

Kesimpulannya, ibadah adalah satu keyakinan yang dapat memberi makna, sikap dan amalan yang dapat menjalin hubungan erat antara Pencipta dan hambaNya. Allah s.w.t menjadikan sekelian makhluk adalah sebagai tanda kekuasaanNya. Manusia yang dijadikan Allah s.w.t merupakan makhluk paling istimewa daripada segi rupa, akal dan kejadian. Walaubagaimana pun kehidupan di dunia lebih singkat berbanding kehidupan di akhirat. Maka semasa hayat di dunia manusia perlu menggunakan segala kelebihan yang dikurniakan Allah s.w.t untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t sebagai bekalan di alam akhirat yang kekal abadi. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t di dalam surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud: Dialah jua yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu), untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Ia

Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).

Latihan 1.1

Rehat

1. Jelaskan pengertian ibadah dari segi bahasa dan syarak. 2. Bagaimanakah ibadah didefinisikan oleh pendapat ulamak.

1.2

Konsep Ibadah

Konsep ibadah sangat luas. Ianya merangkumi solat, puasa, zakat, haji atau segala yang terkandung dalam rukun Islam yang lima. Aplikasi yang terkandung dalam rukun Islam yang lima ini lahirlah mukmin yang benar-benar menghayati dan beramal dengan rukun Iman yang enam. Namun begitu ruang lingkup bidang ibadah bukan sahaja terikat dengan amalan rukun Islam sahaja ianya merangkumi segenap aspek kehidupan kita, bermula ditiupkan roh pada jasad sehinggalah dicabut kembali roh tersebut. Sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud: Dan ingatlah aku tidak menciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembah dan beribadat kepada Aku

Islam adalah salah satu cara hidup yang sempurna, merangkumi semua bidang kehidupan dunia dan akhirat. Ibaratnya dunia merupakan tanaman atau ladang yang hasil serta keuntungannya akan dituai dan dinikmati di hari akhirat kelak. Hakikatnya konsep ibadah dalam Islam amat luas. Semua tindak tanduk yang dilaksanakan oleh seseorang hamba itu perlu mendapat keredhaan Allah s.w.t. Tidak perlu disempitkan ibadah tersebut kepada ibadah khusus semata-mata. Allah s.w.t Maha Melihat, Mendengar dan Maha Adil dapat melihat segala perilaku manusia tanpa batasan

sehingga kepada amalan perkerjaan kita bermula keluar dan terbenamnya matahari menjadi perhitungan Allah s.w.t jua.

Membicarakan perihal ibadah yang syumul adalah lebih tepat dibahagikan kepada beberapa jenis ibadah yang terdapat dalam Islam iaitu ibadah khusus dan ibadah umum.

1.2.1 Jenis-jenis Ibadah

Ibadah Khusus

Ibadah khusus ialah kepatuhan dan tunduk kepada hukum-hukum yang telah ditentukan. Ibadah ini adalah berbentuk fardhu ain yang merangkumkan ilmu dan amal seperti shahadat, solat lima waktu sehari semalam, berpuasa dalam bulan ramadhan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bagi yang berkuasa.

Ibadah Solat

Islam telah menyebut tentang kepentingan solat dalam pelbagai sudut. Tujuannya adalah untuk mendidik sifat bertakwa, sabar dan sebagainya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Marij: 19-20 yang bermaksud: Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil) kedekut, apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil, kecuali orang-orang yang mengerjakan solat.

Perbuatan solat ialah perbuatan komunikasi dan perhubungan individu antara hamba dengan Pencipta iaitu Allah s.w.t. Ianya merupakan satu ibadah khusus yang diwajibkan ke atas semua hamba tanpa terkecuali sekali pun berada dalam keuzuran.

Latihan 1.2 Ibadah Puasa 1.Jelaskan konsep ibadah yang anda fahami. 2. Bagaimanakah ibadah solat mampu membentuk disiplin individu muslim? 3. Huraikan fardhu ain dan fardhu kifayah yang diwajibkan ke atas muslim.

Puasa membentuk peribadi muslim. Puasa yang difardhukan selama setahun mampu melatih diri manusia supaya bersabar dan berjuang menentang naluri hawa nafsu liar yang merangsang kepada maksiat sekaligus meningkatkan tahap keimanan dan keperibadian muslim. Walaubagaimanapun terdapat amalan-amalan puasa sunat yang dilaksanakan oleh individu bagi memantapkan lagi keimanan yang dimiliki serta berharap ganjaran pahala yang lebih banyak berpanjangan. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Puasa itu adalah pengawal daripada neraka jahanam. Sebagaimana perisai seorang daripada kamu daripada pembunuhan.

Justeru itu puasa menjadi fardhu yang diwajibkan ke atas mukmin sebagai mendidik mereka dari melakukan perkara-perkara yang keji seperti minum arak, zina dan seumpamanya. Tarbiah yang paling tepat ialah dapat mengawal manusia dari menghindari perkara larangan. Kesabaranlah yang dapat mendidik manusia dari melakukan perkara-perkara yang mendatangkan dosa. Sebagaimana Imam Ibnu Majah meriwayatkan hadis dengan sanadnya daripada Abu Hurairah (r.a), sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Puasa itu adalah separuh daripada iman.

Ibadah Zakat

Zakat merupakan satu lagi tanda dan bukti keimanan seseorang terhadap PenciptaNya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 264 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman janganlah rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkitkan dan (kelakuan) yang menyakiti.

Orang yang mengeluarkan zakat Allah tumbuhkan dalam hatinya manis dan lazatnya iman. Allah s.w.t tidak menerima sedekah daripada harta ghulul (harta curi) kerana orang yang bersedekah perlu amanah dan sebagainya. Banyak fadhilat zakat antaranya dapat berkongsi kekayaan dan kesenangan bersama mereka yang kurang mampu, dibersihkan hatinya oleh Allah s.w.t daripada sifat-sifat mazmumah yang bersarang dalam hati jika zakat ditunaikan dengan penuh rasa keinsafan dan keikhlasan.

Jelasnya ibadah zakat diwajibkan ke atas setiap mukmin bagi membersihkan segala harta dan mata pencarian ke arah keredhaan Allah s.w.t. Ini adalah satu kefardhuan yang terkandung dalam rukun-rukun Islam yang lima.

Ibadah Haji

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 179 yang bermaksud: Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Maka sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadah haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat.

Pembentukan peribadi muslim melalui ibadah haji ialah: Haji melatih seseorang bersabar. Haji merapatkan jurang perbezaan dan taaruf yang syumul antara umat Islam. Haji mengingatkan manusia kepada taraf semua hamba di sisi Allah s.w.t adalah sama sahaja.

Haji melatih kesabaran, kekuatan dan komitmen yang tinggi daripada umat Islam terhadap segala ujian dan mehnah yang ditemui sepanjang bermusafir ke rumah Allah yang agung (Baitillahilharam).

Kesimpulan daripada kelima-lima ibadah khusus yang dihuraikan di atas dapat mempengaruhi pembentukan dan sakhsiah individu muslim yang cemerlang sama ada di dunia dan juga akhirat. Perlaksanaan rukun Islam yang lima di atas merupakan fardhu ain yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim tanpa terkecuali. Ianya juga merupakan lambang pengakuan manusia dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dalam pelbagai sudut. Di sinilah juga terletaknya keupayaan seseorang, ketinggian iman, kecantikan peribadi sebenar dan kegigihan yang mantap dalam merealisasikan konsep sebenar kefardhuan yang menjadi fardhu ain ke atas seseorang. Amalan fardhu ain adalah komponen yang penting perlu diterapkan, diberi penghayatan dan penambahbaikan amalan di kalangan murid di sekolah. Objektif melahirkan anak-anak didik yang soleh berjaya dan cemerlang adalah berlandaskan kepada ketaatan dan kewajipan mentaati segala perintah dan suruhan Allah s.w.t yang telah diamanahkan sejak azali lagi.

Ibadah Umum

Ibadah umum pula bermaksud kegiatan muslim dalam bidang yang lain daripada bidang yang telah disebutkan di atas. Ibadah umum juga disebut sebagai fardhu kifayah. Bidang ini tentunya berkaitan dengan urusan masyarakat, keluarga dan negara. Ringkasnya segala urusan manusia dalam bidang tersebut tetap dihitung gerak gerinya di sisi Allah s.w.t. Penilaian dalam bentuk hukum berkaitan seperti hukum wajib, sunat, haram, makruh dan harus akan ditanggung oleh setiap manusia tanpa terkecuali juga. Berdasarkan kepada huraian ini jelas Islam tidak ada garis pemisah antara dua ibadat yang telah disebutkan di atas sama ada ibadah fardhu ain dan juga fardhu kifayah. Kedua-duanya adalah menuju kepada satu tujuan yang sama iaitu hanya untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t semata-mata.

Perlu diingat setiap urusan yang dilakukan oleh manusia setiap hari perlu mengikut lunas-lunas yang mendasari hukum-hukum Islam yang wajar. Justeru itu ibadat dalam Islam perlu melepasi ciri-ciri yang sepatutnya.

Ciri-ciri Ibadah dalam Islam

Pekerjaan atau ibadah yang dilakukan adalah diniatkan semata-mata kerana Allah s.w.t Perlu ada kaitan dan hubungan antara hamba dan PenciptaNya. Tidak lupa kepada Allah dan sentiasa tunduk pada Pencipta yang Satu dalam melaksanakan lain-lain tuntutan atau pekerjaan. Sentiasa membuat hubungkait amalan di dunia ada kaitannya dengan hubungan di akhirat serta mengambil kira sepenuhnya halal haram yang menjadi suruhan dan tegahan. Jika manusia benar-benar menyedari hakikat ini, InsyaAllah sepanjang kehidupannya akan diredhai dan diberkati Allah s.w.t.

Hubungkait pekerjaan hari ini dengan perhitungan hari akhirat sangat penting dalam membuktikan realisasi sebenar kehidupan yang terarah dan berpedoman tanpa lari daripada landasan sebenar. Ini adalah berdasarkan dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah s.w.t dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Di dalam Islam ibadah boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan fokus dan niat sebenar adalah kerana Allah s.w.t. Yusuf al-Qardhawi telah memberikan syarat-syarat sesuatu itu mendapat status ibadah ialah melalui beberapa perkara iaitu:

Amalan mestilah bersesuaian dengan hukum Islam. Amalan dilakukan dengan niat yang baik. Amalan perlu dilakukan dengan ikhlas dan seelok-eloknya. 9

Amalan tersebut perlu menurut lunas-lunas syarak. Tidak mengabaikan ibadah fardhu ain yang utama iaitu solat, zakat dan seumpamanya.

Kesimpulannya ibadah merupakan satu kepatuhan dan kerendahan hati melaksanakan segala perintah Allah s.w.t. Semua individu tidak terkecuali memikul tanggung jawab dalam melaksanakan ibadah khusus seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya. Begitu juga dengan fardhu kifayah atau ibadah umum yang tidak terkecuali dalam kehidupan manusia. Segala pengabdian dan urusan manusia hendaklah tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan perlu disertakan dengan niat yang sebaik-baiknya. Islam tidak memisahkan antara ibadah khusus dan ibadah umum asalkan dilaksanakan mengikut hukum syarak yang sah.

1.3

Ibadah dan Adat

Ibadah adalah satu bentuk perhambaan makhluk kepada Allah Azza Wa Jalla. Ia juga sebagai satu saluran menyatakan rasa syukur atas nikmat yang dilimpahkan. Maka ia adalah satu urusan agama yang bersandarkan kepada wahyu. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: Barangsiapa membuat cara baru dalam urusan kami dengan suatu yang tidak ada contohnya maka dia itu tertolak.

Di dalam hal ini niat dan bertepatan dengan syariat Allah adalah merupakan asas utama ibadat. Sekiranya seseorang itu hanya sekadar melakukan sesuatu perbuatan yang hanya bertitik tolak dari ideanya semata maka hal seumpama ini boleh dikategorikan sesat. Manusia sebagai makhluk dan Allah sebagai Pencipta adalah dua perkara yang saling berkait. Ciri-ciri penting mukmin yang bersyukur melalui perlaksanaan ibadah yang dituntut perlu dihayati sepenuhnya. Dalam hal ibadat maka keyakinan, sikap, amalan dan keadaan-keadaan yang berhubungan dengannya akan mengarah mukmin yang bertakwa dan tulen dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. 10

Manakala adat iaitu Urf daripada segi bahasa ialah makrifah, kemudian diertikan sesuatu yang makruf yang biasa diamalkan, yang dikira baik dan diterima oleh akal yang sejahtera. Al-Quran menggunakan al-urf dengan pengertian sesuatu yang makruf seperti firman Allah dalam surah al-Araf, ayat 199 yang bermaksud, Terimalah apa yang mudah dilakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik. Urf pada istilah Fikah ditakrifkan oleh Mustafa Ahmad al-Zarqa dengan katanya, Urf itu ialah adat orang ramai atau majoriti sesuatu kaum pada perkataan ataupun amalan.

Di sini dapatlah disimpulkan adat ialah amalan-amalan yang menjadi kebiasaan bagi orang ramai atau pun segolongan pihak tertentu. Dalam hal yang berkaitan ini para fuqaha mentakrifkan adat adalah seperti perkara berikut: Perkara yang dilakukan secara berulang kali tanpa berkaitan dari segi akal.

Maksud perkara dalam takrif hadis di atas ialah perkataan dan perbuatan. Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008) perbuatan atau perkataan yang dilakukan secara kerap kali dinamakan adat. Sebaliknya perkara yang dilakukan sekali sahaja, tidak dinamakan adat dan juga perkara berulang yang berkaitan daripada segi akal. Adat merangkumi tiap-tiap perkara yang dilakukan berulang-ulang yang terbit daripada orang

perseorangan atau kumpulan sama ada yang berpuncakan keadaan semula jadi seperti iklim negeri yang panas, adatnya boleh mempercepat baligh seseorang, sebaliknya iklim negeri yang sejuk adatnya boleh melambatkansedikit seseorang itu menjadi baligh.

Niat adalah satu perkara yang boleh membezakan antara ibadat dan adat. Niatlah yang merupakan pemisah kepada amalan ibadah dengan adat. Sebagai contoh, kita sedang melalui kawasan perkuburan dan melihat suasana perkuburan dengan penuh insaf dan kesedaran di samping membacakan al-fatihah kepada ahli kubur. Maka kita akan memperolehi ganjaran pahala. Tetapi sekiranya kita sekadar melalui sahaja tanpa melakukan beberapa perkara yang disebutkan tadi, maka kita tidak akan memperolehi apa-apa pahala. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain seperti kita membeli 11

frame perhiasan untuk rumah. Jika diniatkan untuk memperolehi keberkatan Allah dan mendapatkan pahala, maka itu akan dikira sebagai ibadah. Jika sebaliknya iaitu sekadar perhiasan semata, maka kita tidak memperolehi apa-apa ganjaran.

Menurut para fuqaha beberapa panduan boleh diberi perhatian supaya setiap perbuatan kita diterima sebagai ibadah, antaranya: Melakukan amalan tanpa bercanggah dengan syariah. Amalan hendaklah dilaksanakan sebaik-baiknya. Ketika bekerja hukum-hukum syariat perlu dipatuhi dan menjaga batas-batasnya seperti tidak menganiyai orang lain, tidak menipu serta tidak menindas hak-hak orang lain. Tidak melalaikan lain-lain ibadat fardhu. Layari Internet

Latihan 1.3

1. Nyatakan perbezaan ibadat dan adat yang anda fahami. 2. Jelaskan contoh-contoh adat dalam kehidupan masyarakat hari ini.

1.4 Kesan Ibadah

Beribadah dengan cara yang betul dapat mencapai motif amal ibadah yang mantap. Ibadah yang menepati syariat Islam adalah bertitik tolak daripada akidah yang sempurna. Perlaksanaan ibadah yang baik mampu memberi kesan yang baik kepada individu dan masyarakat. Setiap individu muslim akan merasa sentiasa terikat dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Seterusnya mendorong sesorang itu senantiasa

memperbanyakkan amal solehnya. Ibadah boleh menyuburkan keimanan seseorang muslim. Pembentukan akhlak yang mulia adalah terhasil daripada amalan ibadah yang 12

menepati syariat dan diterima oleh Allah s.w.t. Ini adalah bertepatan dengan firman Allah s.w.t dalam surah az-Zariat ayat 56 yang bermaksud: Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka tunduk mengabdikan diri kepadaKu.

Menurut al-Quran akhlak seseorang mencerminkan kebersihan hati seseorang juga. Akhlak yang baik menunjukkan hati yang luhur dan bersih. Manakala akhlak yang kotor menunjukkan jiwa yang kotor. Melalui ibadahlah mampu membentuk akhlak mulia seseorang. Sebagai contoh ibadah solat mampu membentuk peribadi muslim yang syumul. Sebaik sahaja azan berkemundang, maka fardhu solat setiap lima waktu wajib ditunaikan. Ibadah ini berupaya memelihara diri manusia dari melakukan sebarang kemungkaran. Ibadah puasa pula mempunyai hikmah yang tersendiri. Selain menandakan kesyukuran atas nikmat Allah s.w.t puasa mampu melatih kita supaya bersih daripada sifat-sifat yang mazmumah seperti hasad dengki, tamak haloba, sombong dan takabur. Ianya bukan sahaja melatih diri manusia dari menahan lapar dan dahaga tetapi mampu melatih seseorang melakukan sifat-sifat terpuji seperti tolong menolong, bersedekah dan seumpamanya. Manakala ibadah haji pula mampu mendisiplinkan diri seseorang muslim daripada perkara-perkara yang fasik.

Sebagaimana Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud: (Musim) Haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka ia tidak boleh bercakap kotor (atau bersetubuh) berbuat fasik dan bantah-bantahan dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Bekalkanlah dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa dan bertakwalah kepadaku wahai orang-orang yang berakal.

Ringkasnya apa jua ibadah yang diniatkan dilakukan kerana Allah s.w.t wajar menerima ganjaran pahala yang besar di sisi Allah s.w.t. Setiap individu muslim percaya bahawa segala tingkah lakunya dikawal oleh Allah s.w.t. Keimananlah yang mampu membentuk kesedaran seseorang melaksanakan segala tanggung jawabnya terhadap Allah s.w.t

13

melalui fardhu ain dan juga fardhu kifayah yang telah ditetapkan syariatnya dalam Islam.

Latihan 1.4

1. Huraikan kesan ibadah fardhu ain ke atas muslim. 2. Bagaimanakan ibadah fardhu kifayah dapat membentuk akhlak muslim yang syumul.

14

Unit 2

SUKATAN PELAJARAN DAN KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH BIDANG IBADAH TAHUN 1 - 6

SINOPSIS Unit ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk pertama mendedahkan tentang sukatan pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah tahun 1 6. Tajuk kedua memberi fokous kepada huraian mengenai cerakinan tajuk-tajuk dalam Bidang Ibadah tahun 1 6.

HASIL PEMBELAJARAN ( UNTUK TAJUK INI)

Di akhir unit ini anada akan dapat 1. memahami dan menghuraikan matlamat, objektif dan organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. 2. memahami dan menghuraikan bidang, tajuk dan isi pelajaran Pendidikan Islam tahun 1 6 didalam KurikulumBersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Islam.

Tajuk 2.1: SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH


PENDAHULUAN Pelajar-pelajar sekalian ! Jemaah Menteri dalam mesyuarat 27 jan 1999, menyarankan Kementerian Pendidikan menyemak semula kurikulum Pendidikan Islam (PI) dengan member penekanan kepada kandungan teks dan kaedah perlaksanaan kurikulum yang lebih berkesan kepada murid-murid sekolah. KurikulumPendidikan Islam disemak semula mulai tahun 2000 dengan beberapa penambahbaikan. Pada 8 Mac 2001 YAB Perdana Menteri telah menerima beberapa saranan dari Jawatankuasa Semakan Sukatan Pelajaran . (Petikan dari Kertas Dasar Semakan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan KBSM 2000 Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral) Anda sekarang adalah seorang pendidik. Untuk menjadi seorang yang professional anda perlulah mengetahui, memahami dan mengusai isi kandunga Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam. Justeru itu modul ini diharap dapat membantu anda dalam menjalankan tugas dalam profesion pendidikan.

15

KANDUNGAN KURIKULUM

PENDAHULUAN Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1 hingga tahun 6. Pendidikan Islam menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan. Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah, pertama; pendidikan asas tilawah al-Quran, kedua; pembentukan akidah dan bimbingan Asas Fardu Ain, ketiga; pemupukan amalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah yang dituntut oleh Syariat Islam dan keempat; penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid. Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk muridmurid agar mempunyai citacita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan negara. Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam. MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM Matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan alSunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

16

OBJEKTIF Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah murid dapat : 1. Membaca surah-surah terpilih daripada juzu amma dengan betul dan fasih, untuk memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan. 2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian. 3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati pengajarannya ke arah meyakini al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah. 4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan. 5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam Fardu Ain serta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam. 6. Memahami dan mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas perkembangan tamadun manusia. 7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian. 8. Membaca dan menulis Jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa. ORGANISASI KANDUNGAN Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibahagikan kepada empat bidang iaitu:1. Bidang Asuhan Tilawah al-Quran. Bidang ini memberi tumpuan kepada :1.1 Membaca ayat-ayat al-Quran dengan betul dan fasih. 1.2 Menghafaz ayat-ayat al-Quran tertentu dengan betul dan fasih. 1.3 Memahami pengertian surah-surah tertentu daripada juzu Amma (juzu 30) dan menghayati pengajarannya. 2. Bidang Asas Ulum Syariyah. Bidang ini memberi tumpuan untuk :2.1 Penanaman akidah, pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t. 2.2 Pengetahuan mengenai peraturan ibadat yang ditentukan oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya. 2.3 Percontohan dan pengambilan iktibar daripada sirah Rasulullah s.a.w. 2.4 Implikasi akidah, ibadah dan sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.

17

3. Bidang Asas Akhlak Islamiah. Bidang ini memberi tumpuan kepada :3.1 Kepatuhan terhadap peraturan dan cara hidup Muslim dalam hubungannya dengan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. 3.2 Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri sendiri, keluarga, alam sekitar, masyarakat dan negara. 4. Bidang Pelajaran Jawi. Bidang ini memberi tumpuan kepada :4.1 Menulis tulisan Jawi dengan baik. 4.2 Membaca tulisan Jawi dengan lancar. 4.3 Mempelajari asas seni tulisan Jawi. Tumpuan-tumpuan yang dinyatakan di atas hendaklah diambil kira semasa menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran dan melaksanakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran; Adab yang ditentukan dalam Asas Akhlak Islamiah diajar khusus dalam Bidang Akhlak Islamiah. Adab ini berdasarkan adab terhadap Allah dan Rasul, diri sendiri, ibu bapa, keluarga, guru, alam sekitar, masyarakat, dan Negara berteraskan 4 nilai utama Syajaah, Iffah, Adalah dan Hikmah yang akhirnya membina pelajar beradab dan menghayati nilainilai akhlak.Kesemua bidang di atas merupakan kesepaduan ilmu yang dapat melahirkan insan soleh yang diredai Allah s.w.t. Pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan berdasarkan kandungan sukatan pelajaran ini adalah sesuai dengan peringkat keperluan dan keupayaan murid sekolah rendah. Bahan-bahan rujukan seperti al-Quran, al-Sunnah, Sirah Rasulullah s.a.w., sejarah para sahabat r.a., pendapat para sarjana Islam, kitab-kitab muktabar dan sumber daripada ilmuilmu lain seperti Sains, Matematik, Geografi, dan Sejarah boleh dijadikan asas bagi mengolah pengetahuan dan kemahiran di dalam sukatan pelajaran ini. Pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi pada peringkat sekolah rendah ini dapat diteruskan ke peringkat menengah.

1. Asuhan Tilawah al-Quran. 1.1. Bacaan :1.1.1. Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris fathah, kasrah, dhammah, tanwin, sukun dan syaddah. 1.1.2. Membaca kalimah dan potongan ayat. 1.1.3. Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris. 1.1.4. Membaca surah-surah berikut dengan betul dan fasih :a. Surah al-Fatihah. b. Surah al-Nas. c. Surah al-Falaq. d. Surah al-Ikhlas. e. Surah al-Masad. 18

f. Surah al- Nasr. g. Surah al-Kafirun. h. Surah al-Kauthar. i. Surah al-Maun. j. Surah Quraisy. k. Surah al-Fil. l. Surah al-Humazah. m. Surah al-Asr. n. Surah al-Takathur. o. Surah al-Qariah. p. Surah al-Adiyat. q. Surah al-Zalzalah. r. Surah al-Baiyyinah. s. Surah al-Qadr. t. Surah al-Alaq. u. Surah al-Tin. v. Surah al-Syarh. w. Surah al-Dhuha. x. Surah al-Lail. y. Surah al-Syams. z. Surah al-Balad. aa. Surah al-Fajr. bb. Surah al-Ghasyiyah. cc. Surah al-Ala. dd. Surah al-Tariq . 1.1.5. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurah tertentu yang mengandungi tanda bacaan mad dan waqaf. 1.1.6. Membaca ayat-ayat pendek mengandungi bacaan nun sakinah dan tanwin. 1.1.7. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurah tertentu yang mengandungi mim syaddah, nun syaddah dan mim sakinah. 1.1.8. Membaca potongan ayat-ayat daripada surahsurah tertentu yang mengandungi bacaan qalqalah. 1.2. Hafazan :1.2.1. Menghafaz surah-surah berikut :a. Surah al-Fatihah. b. Surah al-Nas. c. Surah al-Falaq. d. Surah al-Ikhlas. e. Surah al-Kafirun. f. Surah al-Kauthar. g. Surah al-Maun. h. Surah Quraisy. i. Surah al-Fil. j. Surah al-Humazah. 19

k. Surah al-Asr. l. Surah al-Takathur. m. Surah al-Qariah. n. Surah al-Adiyat. o. Surah al-Zalzalah. p. Surah al-Bayyinah. q. Surah al-Qadr. r. Surah al-Alaq. s. Surah al-Tin. t. Surah al-Syarh. u. Surah al-Dhuha. 1.3. Kefahaman :1.3.1. Pengertian al-Quran. 1.3.2. Kelebihan membaca al-Quran. 1.3.3. Sejarah ringkas al-Quran. 1.3.4. Memahami surah-surah berikut secara umum: a. Surah al-Fatihah ayat 1 hingga 7. b. Surah al-Nas ayat 1 hingga 6. c. Surah al-Falaq ayat 1 hingga 5. d. Surah al-Ikhlas. e. Surah al-Kauthar. f. Surah al-Maun ayat 1 hingga 7. g. Surah al-Qadr ayat 1 hingga 5. h. Surah al-Dhuha ayat 1 hingga 11. 2. Asas Ulum Syariyah. 2.1. Akidah :2.1.1 Pengertian Rukun Iman. 2.1.2 Beriman kepada Allah. 2.1.3 Beriman kepada Malaikat. 2.1.4 Beriman kepada Rasul. 2.1.5 Beriman kepada Kitab-kitab. 2.1.6 Beriman kepada Hari Akhirat. 2.1.7 Beriman kepada Qada dan Qadar. 2.1.8 Pengertian Rukun Islam :a. Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah. b. Menunaikan solat fardu. c. Berpuasa di bulan Ramadan. d. Mengeluarkan zakat. e. Mengerjakan haji. 20

2.1.9 Allah bersifat :a. Wujud. b. Qidam. c. Baqa. d. Mukhalafatuhu lil hawadith. e. Qiamuhu bi nafsih. f. Wahdaniah. g. Qudrat. h. Iradah. i. Ilmu. j. Hayat. k. Sama. l. Basar. m. Kalam. 2.1.10 Nama-nama Allah (Al-Asma al-Husna) yang berikut :a. Al-Rahman. b. Al-Rahim. c. Al-Afuw. d. Al-Ghafur. e. Al-Adl. f. Al-Shakur. g. Al-Salam . h. Al-Hadi. i. Al-Sabur. j. Al-Hakim. k. Al-Hasib. l. Zu al-Jalali wa al-Ikram. 2.1.11 Pengertian Dosa dan pahala. 2.1.12 Pengertian dosa kecil dan dosa besar. 2.1.13 Pengertian syirik. 2.1.14 Samiyyat :a. Pengertian. b. Perkara-perkara samiyyat. 2.2. Ibadah :2.2.1. Konsep ibadah :a. Pengertian. b. Jenis-jenis ibadah. c. Fardu Ain dan Fardu Kifayah. d. Jenis-jenis hokum (Wajib, Sunat, Makruh, Haram dan Harus). 2.2.2. Bersuci :a. Pengertian. b. Tanggungjawab bersuci. c. Istinja. 21

d. Bersuci daripada najis:i) Ringan ii) Sederhana iii) Berat e. Bersuci daripada hadas :i) Hadas kecil. ii) Hadas besar. f. Tayammum :i) Tatacara tayammum. ii) Syaratsyarat tayammum. iii) Perkara yang membatalkan tayammum. 2.2.3. Solat :a. Pengertian. b. Solat fardu. c. Bacaan-bacaan dalam solat serta terjemahannya :i) Takbiratul Ihram. ii) Surah al-Fatihah. iii) Doa Iftitah. iv) Ketika ruku. v) Ketika iktidal. vi) Ketika sujud. vii) Duduk antara dua sujud. viii) Tahiyyat awal dan akhir. ix) Doa qunut. d. Perlakuan solat (rukun fili) dan hikmah-hikmahnya. e. Perkara-perkara yang membatalkan solat. f. Rukun-rukun. g. Syarat-syarat wajib. h. Syarat-syarat sah. i. Sunat abadh dan haiah. 2.2.4. Azan dan iqamah. 2.2.5. Solat berjemaah. 2.2.6. Solat Jumaat. 2.2.7. Ibadah puasa Ramadan :a. Konsep puasa. b. Syarat-syarat wajib. c. Rukun-rukun. d. Syarat-syarat sah. e. Perkara-perkara yang membatalkan puasa. 2.2.8. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. 2.2.9. Solat jenazah.

22

2.3. Sirah :2.3.1. Tanda-tanda kenabian. 2.3.2. Salasilah keturunan Nabi. 2.3.3. Penyusuan dan pemeliharaan Nabi. 2.3.4. Nabi dibesarkan di kampong dan terdidik dengan nilai-nilai murni masyarakat desa. 2.3.5. Kematian bapa dan ibu Nabi. 2.3.6. Kematian datuk Nabi. 2.3.7. Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudaranya. 2.3.8. Pekerjaan Nabi :a. Semasa kecil membantu bapa saudara berniaga. b. Semasa dewasa menternak kambing dan berniaga. 2.3.9. Perkahwinan nabi. 2.3.10. Peristiwa Hajar al-Aswad. 2.3.11. Peristiwa di Gua Hira. 2.3.12. Mukjizat al-Quran. 2.3.13. Dakwah Rasulullah s.a.w. secara sulit dan secara terang. 2.3.14. Hijrah ke Habsyah. 2.3.15. Pembesar di Mekah menerima seruan Rasulullah s.a.w. 2.3.16. Tentangan terhadap Rasulullah s.a.w. 2.3.17. Isra dan Mikraj. 2.3.18. Perjanjian Aqabah. 2.3.19. Hijrah ke Madinah. 2.3.20. Pembinaan Masjid pertama. 2.3.21. Persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar. 2.3.22. Pembentukan Negara Madinah. 2.3.23. Mempertahankan Madinah. 2.3.24. Piagam Madinah. 2.3.25. Perjanjian Hudaibiah. 2.3.26. Pembukaan Kota Mekah. 2.3.27. Perkembangan Islam pada zaman Rasulullah s.a.w.. 2.3.28. Haji Wida. 2.3.29. Kewafatan Rasulullah s.a.w.

23

3. Adab dan Akhlak Islamiah. 3.1. Adab Di Dalam Kehidupan Harian :3.1.1. Adab makan dan minum. 3.1.2. Adab qada hajat. 3.1.3. Adab tidur dan bangun tidur. 3.1.4. Adab mandi dan bersugi. 3.1.5. Adab berwuduk. 3.1.6. Adab berpakaian. 3.1.7. Adab berkenderaan. 3.1.8. Adab masuk dan keluar rumah. 3.1.9. Adab menghidang makanan dan minuman. 3.1.10. Adab berjalan. 3.1.11. Adab bertanya. 3.1.12. Adab mengurus diri. 3.2. Adab Terhadap Ibu bapa dan Keluarga :3.2.1. Adab bercakap dengan ibu bapa. 3.2.2. Adab menolong ibu bapa. 3.2.3. Adab bergaul dengan keluarga 3.3. Adab Dalam Kehidupan Bersosial :3.3.1. Adab bergaul dengan rakan. 3.3.2. Adab di masjid dan surau. 3.3.3. Adab bercakap dengan rakan. 3.3.4. Adab melayan tetamu. 3.3.5. Adab menziarahi orang sakit. 3.3.6. Adab menziarah rakan. 3.3.7. Adab menziarah orang tua. 3.3.8. Adab dengan orang tua. 3.3.9. Adab menziarahi jenazah dan kubur. 3.3.10. Adab makan di majlis keramaian. 3.3.11. Adab berjiran. 3.3.12. Adab berkumpul. 3.3.13. Adab berjual beli. 3.3.14. Adab bekerja. 3.3.15. Adab menziarah jiran. 3.3.16. Adab ketika bermain. 3.3.17. Adab terhadap tempat dan harta benda awam. 3.3.18. Adab kecintaan kepada negara. 3.3.19. Menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar. 3.3.20. Adab rehlah. 3.3.21. Adab dengan manusia dan makhluk lain. 24

3.3.22. Adab dengan pemimpin. 3.4. Adab Menuntut Ilmu :3.4.1. Adab bercakap dengan guru. 3.4.2. Adab ke sekolah. 3.4.3. Adab belajar. 3.4.4. Adab semasa di sekolah. 3.4.5. Adab berhujah. 3.4.6. Adab menolong guru. 3.4.7. Adab menjaga harta bendasekolah. 3.4.8. Adab menjaga kebersihansekolah. 3.5. Adab Dengan al-Quran :3.5.1. Adab membawa dan menyimpan al-Quran. 3.5.2. Adab membaca al-Quran. 4. Pelajaran Jawi. 4.1 Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi tunggal. 4.2 Mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi sambung. 4.3 Mengenal membaca dan menulis suku kata terbuka. 4.4 Mengenal membaca dan menulis suku kata tertutup. 4.5 Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat. 4.6 Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman. 4.7 Mengenal, membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek. 4.8 Menggunakan tanda baca. 4.9 Membaca pelbagai jenis bahan bacaan. 4.10 Menulis pelbagai jenis teks. 4.11 Mengenal dan menulis khat nasakh dan rikah.

Sila rujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 2002

25

Tajuk 2.2:

SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH ULUM SYARIYYAH (BIDANG IBADAH TAHUN 1 6)

Lihat rajah berikut kemudian ikuti huraiannya :

KANDUNGAN BIDANG IBADAH

BIL. BIDANG 1. IBADAH Konsep ibadah :a. Pengertian. b. Jenis-jenis ibadah. c. Fardu Ain dan Fardu Kifayah. d. Jenis-jenis hokum (Wajib, Sunat, Makruh, Haram dan Harus). Bersuci :a. Pengertian. b. Tanggungjawab bersuci. c. Istinja.

OBJEKTIF

TUMPUAN.

Mengamalkan ibadatibadat asas dalam Fardu Ain serta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.

Pengetahuan mengenai peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah Taala dan melaksanakan

26

d. Bersuci daripada najis:i) Ringan ii) Sederhana iii) Berat e. Bersuci daripada hadas :i) Hadas kecil. ii) Hadas besar. f. Tayammum :i) Tatacara tayammum. ii) Syaratsyarat tayammum. iii) Perkara yang membatalkan tayammum.

Solat :a. Pengertian. b. Solat fardu. c. Bacaan-bacaan dalam solat serta terjemahannya :i) Takbiratul Ihram. ii) Surah al-Fatihah. iii) Doa Iftitah. iv) Ketika ruku. v) Ketika iktidal. vi) Ketika sujud. vii) Duduk antara dua sujud. viii) Tahiyyat awal dan akhir. ix) Doa qunut. d. Perlakuan solat (rukun fili) dan hikmah-hikmahnya. e. Perkara-perkara yang membatalkan solat. f. Rukun-rukun. g. Syarat-syarat wajib. h. Syarat-syarat sah. i. Sunat abadh dan haiah.

Mengamalkan ibadatibadat asas dalam Fardu Ain serta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.

Azan dan iqamah. Solat berjemaah. Solat Jumaat.

27

Ibadah puasa Ramadan :a. Konsep puasa. b. Syarat-syarat wajib. c. Rukun-rukun. d. Syarat-syarat sah. e. Perkara-perkara yang membatalkan puasa. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha. Solat jenazah.

Syabas atas kesabaran anda .................................. Rehat sekejap ! ! !

LATIHAN

i. Berpandukan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 1-6, anda dikehendaki mencerakinkan semula Organisasi Kandungan Pendidikan Islam Sekolah Rendah mengikut bidang-bidang yang ditentukan. ii. Setelah anda mencerakinkan matapelajaran pendidikan Islam tersebut, sekarang anda dikehendaki membina hasil pembelajaran berdasarkan aras bidang ibadah .

28

Unit 3

ANALISIS DAN HURAIAN ISI KANDUNGAN IBADAH DALAM SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH TAHUN 1.

SINOPSIS Unit ini memberi penekanan terhadap analisis dan huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam khususnya di dalam bidang Ibadah. Tajuk ini dapat mendedahkan dan meningkatkan kefahaman pelajar mengenai Huraian Sukatan Pelajaran Ibadah.

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda dapat : 1. memahami dan menghuraikan matlamat, objektif dan hasil pembelajaran Ibadah di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah. 2. memahami dan menghuraikan bidang, tajuk, isi pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam khususnya di dalam bidang Ibadah. 3. menghurai dan mengaplikasikan bahan dari Buku Teks dan Buku Panduan Guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

PETA MINDA Huraian Sukatan Pelajaran

Bidang Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Cadangan Pengalaman Pembelajaran

29

3.1 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam ialah satu dokumen yang memperkembangkan dan memperjelaskan maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran. Sukatan Pelajaran perlu dibaca bersama dengan Huraian Sukatan Pelajaran. Penguasaan apa yang terkandung di dalam Huraian Sukatan Pelajaran adalah menjadi ukuran terhadap pencapaian murid. Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran juga perlu dibina berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran. 3.1.1 Objektif Fungsi utama Huraian Sukatan Pelajaran ialah untuk : o Menentukan skop sukatan. o Panduan guru dalam menyediakan isi pelajaran dan pemilihan aktiviti pembelajaran. o Kegunaan penyedia buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih dan membina isi kandungan aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan kerja lanjutan. o Kegunaan pembinaan soalan ujian dan penaksiran sama ada berbentuk formatif atau sumatif. 3.1.2 Format Huraian Sukatan Pelajaran Huraian Sukatan Pelajaran disusun dengan menggunakan format yang diselaraskan bagi semua mata pelajaran. Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran dipersembahkan dalam bentuk lajur seperti berikut :
Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran Cadangan Pengalaman Pembelajaran Memuatkan cadangan strategi, kaedah, teknik, aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru.

Mengklasifikasikan kandungan sukatan pelajaran berdasarkan agihan mengikut tahun pembelajaran.

Berkaitan dengan objektif yang mesti dicapai oleh murid. Dibahagi kepada 3 aras dengan tujuan untuk memenuhi keprluan tiga golongan prestasi murid. Aras 1 : Aras paling mudah yang mesti dikuasai oleh

Cadangan guru tentang pengalaman pembelajaran yang

30

keseluruhan murid. Aras 2 : Aras sederhana yang peru dikuasai oleh murid yang berkebolehan sederhana. 60% daripada keseluruhan murid sepatutnya menguasai tahap ini. Aras 3 : Aras paling tinggi yang mesti dikuasai oleh murid.15-20% murid yang diajar boleh menguasai aras ini. Rehat

akan dialami oleh murid dalam proses pembelajaran.

Latihan 3.1

1. Jelaskan fungsi utama Huraian Sukatan Pelajaran. 2. Bincangkan konsep cadangan pengalaman pembelajaran yang betul.

3.2 Huraian Sukatan Pelajaran Ibadah Tahun 1 3.2.1 Tajuk Konsep Ibadah
BIDANG PEMBELAJARAN 2.2.1 KONSEP IBADAH 1. Pengertian 2. Jenis-jenis ibadah HASIL PEMBELAJARAN Murid akan dapat : Aras 1 : 1. Membaca pengertian ibadah dengan betul. 2. Menyatakan ibadah khusus dan ibadah umum secara kumpulan dan individu, CADANGAN PEMBELAJARAN PENGALAMAN

1. Menyenaraikan dan menyebut amalan-amalan harian muridmurid di rumah dan di sekolah. 2. Bersoal-jawab mengenai perbuatan yang dikira ibadah. 3. Tunjukcara percakapan dna perbuatan yang menjadi ibadah. 4. Memadan senarai perbuatan yang baik. 5. Sumbangsaran mengenai faedah melakukan ibadah dan akibat

31

melakukan larangan Allah. 6. Mewarna gambar perbuatan yang berkaitan dengan perintah dan larangan Allah.

Aras 2: 1. Mengkategorikan perintah dan larangan Allah dengan betul. 2. Menyenaraikan ibadah umum dan ibadah khusus dengan lancar dan betul. Aras 3 : 1. Menyatakan contoh percakapan dan perbuatan yang menjadi ibadah dengan betul. 2. Menjelaskan faedah melakukan ibadah secara kumpulan.

3.2.2 Pengertian Bersuci


BIDANG PEMBELAJARAN 2.2.2 BERSUCI 1. Pengertian HASIL PEMBELAJARAN Murid akan dapat : Aras 1 : 1. Membaca pengertian bersuci dengan betul. 2. Membezakan di antara bersih dan kotor dengan betul. CADANGAN PEMBELAJARAN PENGALAMAN

1. Sumbang saran tentang pengalaman dan pengetahuan murid mengenai kebersihan dan kekotoran. 2. Tunjukcara membersihkan diri, pakaian dan persekitaran. 3. Mewarna alat untuk membersih. 4. Sumbangsaran tentang faedah bersuci dalam

32

Aras 2: 1. Menyenaraikan contoh tempat bersih dan kotor secara kumpulan. 2. Menyatakan cara mengatasi kekotoran. Aras 3 : 1. Menjelaskan anggota badan yang perlu dibersihkan setiap hari secara kelas.

kehidupan harian. 5. Perbincangan tentang kelebihan menjaga dan mengamalkan bersuci.

Latihan 3.2

Rehat

1. Bincangkan Huraian Sukatan Pelajaran yang sesuai bagi tajuk Istinjak. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan cerakin?

33

Unit 4

APLIKASI STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IBADAH TAHUN 1-6

SINOPSIS

Dalam topik ini kita akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan aplikasi strategi pengajaran dan pembelajaran Ibadah Tahun 1 dan 4. Tahun 1 dipilih sebagai mewakili tahap 1 manakala Tahun 4 dipilih sebagai mewakili tahap 2. Kandungan unit ini membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman dan kemahiran membina rancangan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap mata pelajaran yang diajar khususnya bagi mendedahkan kepada mereka mengenai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian. HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini anda akan: 1. menggunakan strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 2. mengubahsuai kaedah pembelajaran mengikut situasi pendidikan semasa. 3. mereka cipta kaedah pengajaran yang sesuai dengan perkembangan pendidikan. 4. mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

34

PETA MINDA TAJUK

Strategi

Teknik

APLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kaedah

Pendekatan

4.0

Strategi Pengajaran Pendidikan Ibadah Sekolah Rendah

Strategi ialah kebijaksanaan memilih pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran. lebih mengambil kira objektif jangka panjang. mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.

Latihan 4.0

1. Jelaskan pengertian pendekatan, kaedah dan teknik. 2. Apakah prinsip dalam strategi pembelajaran Pendidikan Islam ? 35

4.1

Strategi Pengajaran Pendidikan Ibadah Sekolah Rendah Tahun 1

TAHAP 1 : IBADAH TAHUN 1

Kandungan Buku Teks Tahun 1

Bersuci dan Istinjak.

Bersuci daripada hadas kecil. Solat Tiang Agama.

4.1.1 Tajuk : Pengertian Ibadah Dan Jenisnya

Aplikasi Kaedah Simulasi 1) Guru memberi penerangan ringkas tentang tajuk dan aktiviti lakonan yang akan dijalankan. 2) Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan mereka dikehendaki

duduk dalam kumpulan masing-masing. 3) Setiap kumpulan diberi kad potongan yang mengandungi tajuk lakonan yang perlu mereka lakonkan. Sebagai contoh : 4) Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing dan bersedia

mempersembahkan lakonan mereka di hadapan kelas. 5) Kumpulan 1 dan kumpulan 2 mempersembahkan lakonan mereka manakala murid-murid lain menumpukan perhatian. 6) Guru menerangkan aktiviti lakonan tersebut merupakan jenis-jenis ibadat.

36

APLIKASI STRATEGI/ KAEDAH

Pengertian Ibadah dan Jenisnya.

7) Aktiviti diteruskan dengan persembahan kumpulan 3 dan kumpulan 4. 8) Guru mengulas aktiviti tersebut merupakan perintah dan larangan Allah. 9) Guru bersoal jawab dengan murid dan memastikan murid dapat membezakan antara perintah dan larangan Allah. 10) Guru membuat kesimpulan berdasarkan tajuk. Aplikasi Kaedah Sumbang Saran

1) Guru menulis tajuk sumbang saran Ibadah Umum dan Ibadah Khusus di papan tulis. 2) Murid diminta menyatakan pendapat masing-masing. 3) Murid-murid lain mendengar pendapat yang dikemukakan dengan penuh perhatian. 4) Guru mengulas dan memberi penerangan secara terperinci. 5) Guru meneruskan aktiviti sumbang saran dengan tajuk kedua iaitu Perintah dan Larangan Allah. 6) Murid-murid diberi peluang menyatakan pendapat masing-masing. 7) Guru memberi penerangan dan membuat kesimpulan tentang tajuk.

4.1.2 Tajuk Istinjak

Aplikasi Kaedah Penerangan/ Soal Jawab 1) Guru mempamerkan kad yang mengandungi pengertian bersuci. 2) Murid membaca kad yang dipaparkan di hadapan kelas. 3) Kemudian guru menerangkan faedah menjaga kebersihan kepada murid. 4) Guru bersoal jawab dengan murid mengenai perkara tersebut. 5) Murid diminta menyatakan pengertian bersuci dan faedah bersuci secara berkumpulan. 6) Guru membetulkan jawapan murid jika terdapat kesalahan.

37

Aplikasi Kaedah Sumbang Saran 1) Guru membawa alat-alat istinjak seperti batu, air paip, tisu dan daun kering ke kelas. 2) Guru menunjukkan alat-alat tersebut kepada murid di hadapan kelas. 3) Guru meminta pendapat murid untuk menyatakan apa kegunaan alat-alat tersebut. 4) Murid menyatakan pendapat mereka berdasarkan pengetahuan sedia ada yang mereka ketahui. 5) Guru menjelaskan kepada murid kegunaan batu, air paip, tisu dan daun kering iaitu penggunaannya dalam beristinjak. 6) Guru meminta murid untuk mengenalpasti alat-alat lain yang boleh digunakan untuk beristinjak selain batu, air paip, tisu dan daun kering. 7) Murid menyatakan pendapat mereka mengenai alat-alat istinjak yang lain. 8) Guru membetulkan kesalahan murid dan memberikan peneguhan positif.

4.1.3. Tajuk Bersuci Dengan Hadas Kecil

Aplikasi Kaedah Tunjuk Cara 1) Setelah guru memberikan penjelasan kepada murid mengenai cara-cara berwudu/ mengambil air sembahyang berdasarkan carta gambar , guru menunjukkan cara berwudu dengan betul kepada murid. 2) Murid memerhatikan perlakuan guru. 3) Kemudian, guru meminta beberapa orang murid secara rawak untuk mengulangi perlakuan guru mengambil air sembahyang dengan betul. 4) Murid menunjukkan cara mengambil air sembahyang secara bergilir-gilir di hadapan kelas. 5) Murid-murid lain memerhatikan perlakuan rakan mereka. 6) Guru membetulkan kesilapan murid sekiranya terdapat kesalahan.

38

Aplikasi Kaedah Amali/ Demontrasi 1) Guru membawa murid ke surau. 2) Guru menerangkan gambar/ carta gambar cara berwudu satu persatu. 3) Kemudian, guru menunjukkan terlebih dahulu cara-cara berwudu secara jelas dan tertib. 4) Murid memerhatikan perlakuan guru. 5) Guru meminta murid mengulangi perlakuan guru. 6) Guru membetulkan kesilapan murid sekiranya terdapat kesalahan. 7) Guru memberi peneguhan positif kepada murid 8) Guru bertanya kepada murid cara-cara berwudu dengan betul. 9) Guru mengedarkan lembaran kerja tentang cara-cara berwudu. 10) Guru membawa pulang murid ke kelas. 4.1.4. Tajuk Perlakuan Solat

Aplikasi Kaedah Perbandingan 1) Guru memberi penerangan berkenaan nama solat lima waktu, bilangan rakaat serta lafaz niat solat. 2) Murid memberi sepenuh perhatian ke atas penerangan guru. 3) Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan. 4) Guru memberi 3 kad potongan yang mengandungi nama solat, bilangan rakaat dan lafaz niat yang berlainan kepada setiap kumpulan. 5) Wakil setiap kumpulan dikehendaki ke hadapan dan menampal kad potongan mengikut kategori yang telah disediakan oleh guru. 6) Murid lain diberi peluang untuk memperbetulkan jawapan yang salah. 7) Guru membuat penilaian dan memberi kesimpulan.

39

Aplikasi Kaedah Tunjukcara 1) Guru membawa murid ke surau untuk melakukan amali rukun fili dalam solat. 2) Guru menerangkan kepada murid rukun-rukun fili dalam solat menggunakan carta gambar yang disediakan. 3) Murid mendengar penerangan guru dengan teliti. 4) Guru menunjukkan cara melakukan rukun-rukun fili dalam solat. 5) Murid memerhati dan cuba mengingati perlakuan yang guru tunjukkan. 6) Guru menyuruh murid melakukan perlakuan rukun-rkun fili sperti yang ditunjukkan oleh guru. 7) Murid melakukan perlakuan rukun fili dengan betul dan tertib. 8) Guru memperbetulkan perlakuan murid yang salah. 9) Murid yang salah dikehendaki mengulangi perlakuan rukun fili dengan betul. 10) Guru membuat kesimpulan.

Latihan 4.1. Ibadah Puasa 1.Senaraikan jenis kaedah yang kamu ketahui. 2. Apakah strategi dan kaedah yang paling sesuai bagi murid tahap 1. Bincangkan

40

4.2 Strategi Pengajaran Pendidikan Ibadah Sekolah Rendah Tahun 4

TAHAP 2 : IBADAH TAHUN 4

Kandungan Buku Teks Tahun 4

Bersuci dari najis.


APLIKASI STRATEGI/ KAEDAH

Rukun solat.

Syarat wajib dan syarat sah.

4.2.1 Tajuk Bersuci Dari Najis

Aplikasi Kaedah Penerangan/ Soal Jawab 1) Guru menunjukkan kepada murid contoh gambar jenis-jenis najis. 2) Guru bertanya kepada murid apakah yang mereka lihat pada gambar yang dipaparkan. 3) Guru menerangkan jenis-jenis najis kepada murid. 4) Murid mendengar dengan teliti penerangan yang diberikan oleh guru. 5) Guru bertanya kepada murid apakah maksud najis mukhaffafah, mutawassitah, dan mughallazah secara individu. 6) Guru membetulkan jawapan yang diberikan murid. 7) Guru membahagikan murid-murid kepada 3 kumpulan. 8) Kumpulan satu dikehendaki berbincang dan memberikan maksud najis mukhaffafah. 41

9) Kumpulan dua dikehendaki berbincang dan memberikan maksud najis mutawassitah. 10) Kumpulan tiga dikehendaki berbincang dan memberikan maksud najis mughallazah. Aplikasi Kaedah Permainan 1) Guru menunjukkan gambar jenis-jenis najis pada kad imbasan di papan putih. 2) Guru meminta murid membezakan jenis najis. 3) Guru meletakkan gambar jenis najis secara rawak. 4) Guru memanggil murid secara individu untuk mengenalpasti jenis najis dengan betul. 5) Guru membahagikan murid-murid kepada tiga kumpulan. 6) Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan contoh jenis-jenis najis sebanyak mungkin. 7) Kumpulan yang dapat menyenaraikan jenis najis yang paling banyak dikira sebagai pemenang. Aplikasi Kaedah Tunjukcara/ Demontrasi 1) Guru membawa murid ke surau. 2) Guru mengambil sehelai kain sarung dan mengandaikan kain tersebut telah terkena najis mukhaffafah. 3) Guru menunjukan cara membersihkan najis dengan betul. 4) Guru meminta beberapa orang murid menunjukkan kembali cara menyucikan najis mukhaffafah secara individu. 5) Guru membawa murid kembali ke kelas.

42

4.2.2. Tajuk Syarat Sah Dan Syarat Wajib Solat

Aplikasi Kaedah Penerangan/ Soal Jawab 1) Guru memaparkan kad imbasan rukun-rukun solat di papan putih 2) Guru menerangkan kepada murid erti rukun-rukun solat dan perlakuannya dihadapan kelas 3) Murid mendengar dengan teliti penerangan daripada guru 4) guru menjelaskan rukun-rukun solat mengikut tertib 5) Guru bertanya kepada murid mengenai perlakuan rukun-rukun solat 6) Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru 7) Guru mengulangi penerangan perlakuan rukun-rukun solat seperti yang dilihat di dalam kad imbasan 8) Guru memberikan lembaran kerja kepada murid 9) Guru membimbing murid melakukan lembaran kerja yang diberikan

Aplikasi Kaedah Amali 1) Guru membawa kumpulan murid ke surau 2) Guru menerangkan gambar/carta yang dibawa satu persatu 3) Guru menerangkan aspek-aspek penting dalam tajuk berkenaan 4) Guru menunjukkan terlebih dahulu perlakuan rukun-rukun solat secara tertib 5) Murid memerhatikan satu persatu perlakuan guru 6) Guru menyuruh murid mengulangi perlakuan guru 7) Murid mengikut perlakuan guru 8) Guru membetulkan dan menegur perlakuan murid yang salah 9) Guru mengulangi isi-isi penting dan bertanya kepada murid 10) Guru membawa pulang kumpulan murid ke kelas dalam keadaan berdisiplin dan selamat

43

4.2.3 Tajuk Rukun Solat

Aplikasi Kaedah Soal Jawab/ Penerangan 1) Guru mengeluarkan carta gambar mengenai syarat-syarat sah solat dan menampalnya di hadapan kelas. 2) Guru memberi penerangan berkenaan dengan syarat-syarat sah solat

berdasarkan carta gambar tersebut. 3) Murid mendengar penerangan guru dengan tekun. 4) Murid dilarang sama sekali bercakap semasa guru memberi penerangan. 5) Guru kemudiannya bersoal jawab dengan murid berkenaan dengan tajuk ini. 6) Murid diminta untuk membentuk lima kumpulan. Setiap kumpulan diberi satu potongan kad gambar berkenaan syarat-syarat sah solat. 7) Guru meminta wakil setiap kumpulan supaya menampal potongan kad gambar masing-masing ditempat yang betul di papan gulung. 8) Guru membetulkan kesalahan murid dan memberikan peneguhan positif kepada murid. Aplikasi Kaedah Tunjukcara/ Lakonan 1) Guru membawa murid ke surau sekolah. 2) Guru menerangkan syarat sah solat yang pertama adalah suci daripada najis pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat. 3) Guru menunjukkan kepada murid pakaian dan tempat solat, iaitu surau dalam keadaan bersih tanpa sebarang kekotoran daripada najis. 4) Kemudian, guru menerangkan syarat yang kedua iaitu suci daripada sebarang hadas sama ada hadas kecil atau besar. 5) Guru menerangkan syarat ketiga sah solat iaitu menutup aurat. 6) Guru menunjukkan kepada murid cara-cara menutup aurat yang betul bagi murid lelaki dan perempuan. 7) Selepas itu, guru menghadap ke arah kiblat iaitu syarat sah solat yang keempat. 8) Syarat sah solat yang terakhir ialah yakin masuk waktu dan guru menunjukkan kepada murid waktu-waktu solat fardhu yang betul. 44

9) Guru meminta murid supaya memahami perkara-perkara yang ditunjukkan guru dan melakukannya sendiri di rumah ketika hendak mendirikan solat. 10) Guru membawa murid kembali ke kelas.

Latihan 4.2 Ibadah Puasa 1.Apakah strategi yang paling sesuai bagi murid tahap 2. Bincangkan 2. Jelaskan peranan kaedah di dalam memantapkan strategi pengajaran dan pembelajaran.

Buku Rujukan

1. Al-Quranul Karim. 2. Bimbingan dan Fardhu Ain. Muhammad Isa Selamat Kuala Lumpur. AlFalah Publications. 2002. 3. Islam Agama Rabbani Dasar Pendidikan Islam Teras. Ahmad Mohd Salleh dan Mohd Farid Hafidz Ahmad. Oxford Fajar.2008. 4. Asas Akidah Muslim. Abdul Aziz Omar Ahmad. Pustaka Aman Press Kota Bharu.2006. 5. Fiqh dan Perundangan Islam. Wahbah al-Zuhaili. Penterjemah Md Akhir haji Yaacob et al. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994. 6. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian pelajaran Malaysia, 2002.

45

BIBLIOGRAFI 1. Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi ( 1997), Shah Alam , Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (2002). Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 3. Idris Ahmad, S.H,. (1989). Fiqh Syafii. Jilid 1..Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 4. Abdul Qadir Ahmad.(1980).Turq Maktabah an-Nahdhah Al-Misryyah taalim al-Tarbiyah al-Islamiyah.

5. Syed Sabiq. (1987). (Terjemahan). Fikh Sunnah. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Azhar. 6. Kementerian Pendidikan Malaysia. Huraian Sukatan Pendidikan Islam KBSR 7. Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku Teks Pendidikan Islam Sekolah Rendah.

46

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

47

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN

PENYELARAS PERINGKAT IPGKPM EN. OTHMAN BIN LOMAN Unit Kurikulum Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
othmalok@yahoo.com

Kelulusan: B.A (Hons). (Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah), UKM. Sijil Perguruan Khas (Qiraat dan Tarannum) MPI. Sijil Perguruan Asas MPI (PA & BM) Pengalaman:
Penolong Pengarah PPA IPG KPM

Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pra Perkhidmatan Sekolah Rendah) Pensyarah Institut Perguruan 4 tahun. Guru Kelas Khas Kemahiran al-Quran 4 Tahun. Guru Sekolah Menengah 16 Tahun. Guru Sekolah Rendah 2 Tahun
Kelulusan: MA. Usuluddin UM BA.(Hons) Usuluddin UM Dip. Pendidikan IPKT Pengalaman: SEGI College, Kuala Lumpur. S.K. Cenderawasih, Lahad Datu, Sabah. IPG Kampus Dato Razali Ismail, K.Terengganu.

ASYRAF RIDWAN BIN ALI PENSYARAH ara@ipgmkdri.edu.my

SABAWI BIN AWANG PENSYARAH sabawi@ipgmkdri.edu.my

Kelulusan: Sarjana Sarjana Muda Diploma/Sijil Pengalaman:

NOR KARTINA BINTI TAWANG PENSYARAH @ipgmkdri.edu.my

Kelulusan: Sarjana Sarjana Muda Diploma/Sijil Pengalaman:

48

PANEL PEMURNI MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN

PENYELARAS PERINGKAT IPGKPM EN. OTHMAN BIN LOMAN Unit Kurikulum Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
othmalok@yahoo.com

Kelulusan: B.A (Hons). (Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah), UKM. Sijil Perguruan Khas (Qiraat dan Tarannum) MPI. Sijil Perguruan Asas MPI (PA & BM) Pengalaman:
Penolong Pengarah PPA IPG KPM

Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pra Perkhidmatan Sekolah Rendah) Pensyarah Institut Perguruan 4 tahun. Guru Kelas Khas Kemahiran al-Quran 4 Tahun. Guru Sekolah Menengah 16 Tahun. Guru Sekolah Rendah 2 Tahun
Kelulusan: MA. Usuluddin UM BA.(Hons) Usuluddin UM Dip. Pendidikan IPKT Pengalaman: SEGI College, Kuala Lumpur. S.K. Cenderawasih, Lahad Datu, Sabah. IPG Kampus Dato Razali Ismail, K.Terengganu.

ASYRAF RIDWAN BIN ALI PENSYARAH ara@ipgmkdri.edu.my

SABAWI BIN AWANG PENSYARAH sabawi@ipgmkdri.edu.my

Kelulusan: Sarjana Sarjana Muda Diploma/Sijil Pengalaman:

NOR KARTINA BINTI TAWANG PENSYARAH @ipgmkdri.edu.my

Kelulusan: Sarjana Sarjana Muda Diploma/Sijil Pengalaman:

49

You might also like