You are on page 1of 3

Contoh ulasan artikel

The Singapore Executive: Stress, Personality and Wellbeing Janice T.S. Ho 1. Latar Belakang Artikel ini merupakan hasil kajian yang dijalankan oleh Janice T.S. Ho terhadap para eksekutif Singapura berkaitan dengan tekanan, personaliti dan kesejahteraan dalam pekerjaan. Para eksekutif dipilih dari syarikat-syarikat kewangan, bank dan juga insurans. Artikel ini diterbitkan di dalam Journal of Management Development (1995). Tujuan artikel ini ialah untuk mendapatkan gambaran tentang tekanan pekerjaan `occupational stress yang menarik perhatian di kalangan ahli psikologi dan organisasi-organisasi besar khususnya di sektor perkhidmatan dalam bidang perniagaan. Antara pembolehubah yang telah dipilih dalam kajian ini ialah personaliti, pengalaman tekanan, gaya daya tindak (coping) dan faktorfaktor yang mempengaruhi tekanan. 2. Sasaran Pembaca Berdasarkan tajuk dan juga fokus kajian, artikel ini ditujukan kepada para akademik dan professional yang berminat terhadap kajian yang berkaitan dengan bidang psikologi dan juga pengurusan. Cara penyampaian maklumat dan ilmu memerlukan kefahaman dan pengetahuan dalam bidang berkenaan dan penggunaan statistik inferens. Oleh itu pembaca dari golongan bukan akademik dan profesional agak sukar untuk memahami keseluruhan artikel tersebut. Justeru itu, penerbitan artikel ini dalam jirnal yang berwasi bersesuaian dengan sasaran pembacanya. 3. Penilaian dan Reaksi a) Tema Tema utama artikel ini ialah permasalahan tekanan yang dihadapi oleh para eksekutif di dalam sektor perniagaan khususnya di bidang perbankan, insurans dan kewangan dan kaitannya dengan personaliti eksekutif di Singapura. b) Tesis Penulis tidak menunjukkan secara langsung tentang pendiriannya berkaitan dengan tekanan pekerjaan di kalangan eksekutif di Singapura. Penyelidik artikel tersebut hanya mensintesiskan dapatan kajiannya dengan hasil kajian-kajian orang lain. Hanya pernyataan umum (generalization statements) berkaitan dengan status personaliti dan perbezaan tekanan mengikut sektor perniagaan tersebut. c) Ciri Menarik, Menyeronokan, spekulatif, analitikal atau preskriptif Artikel ini merupakan preskriptif dan analitikal. Artikel ini menjelaskan tentang permasalah tekanan kerja yang menjadi faktor mempengaruhi keberkesan kerja dan juga organisasi umumnya. Kajian ini dijalankan setelah penyelidik mendapati terdapat runggutan masalah tekanan kerja di dalam akhbar harian The Straaits Times. Artikel ini analitikal kerana menjelaskan situasi fenomena tekanan ini mempunyai hubungan dengan personaliti dan jenis pekerjaan eksekutif. Pendekatan statistik inferens digunakan untuk menjelaskan fenomena tersebut. Ini bermakna perbincangan berkaitan dengan tajuk artikel tidak sekadar respons kepada situasi di Singapura tetapi dibuktikan melalui penyelidikan yang dilakukan.

d) Kesinambungan teori dan amalan Teori yang digunakan ialah Teori Personaliti. Oleh kerana teori-teori personaliti dalam psikologi terlalu banyak, penyelidik telah menggunakan teori personaliti jenis A atau B (Type A / B). Teori personaliti jenis A menggambarkan seseorang itu mementingkan kesempurnaan, inginkan kejayaan, kompetatif, kerja keras dan mudah marah. Manakala Jenis B berlawanan kepada Jenis A. Ini bermakna personality ini sangat sesuai digunaka pakai kepada golongan atau kumpulan yang terlibat dalam bidang pekerjaan perbankan, insuran dan kewangan. Penyelidik menjelaskan faktor-faktor yang menpengaruhi tekanan dan personaliti. Umumnya penyelidik dapat mengaitkan antara teori dan amalan di dalam sector perniagaa. e) Kerangka Konseptual Artikel ini tidak secara jelas menerangkan kerangka konseptual kajian. Hanya ditentukan pembolehubah-pemboluhubah yang dipilih berdasarkan kajian-kajian lepas. Pembolehubahpembolehubah yang dipilih ialah personaliti, tekanan pekerjaan, kesejahteraan individu, strategi mengatasi serta demografi responden. f) Kandungan Penyelidik menggunakan isu semasa untuk memulakan kajian. Bagi penyelidik permasalahan tekanan dan juga personaliti merupakan fenomena yang mempengaruhi jenis perkajaan dan pekerja dalam sesebuah orangisasi. Ini bermakna kajian ini penting untuk menunjukkan bahawa pekerjaan jenis perniagaan dan diterajui oleh eksekutifnya, isu personaliti serta tekanan meruapakan isu sejagat seperti yang dipetik di dalam laporan kesihatan pekerjaan (Occupational Health) oleh World Health Organization (1950 dan 1985). g) Fakta Utama Saya bersuju dengan fakta-fakta yang dikemukakan kerana penyelidik menyediakan satu siri dapatan kajian orang lain serta dikukuhkan lagi dengan dapatan penyelidikan sendiri. Ini sekali gus kita membenarkan atau memperakukan bahawa personaliti dan tekanan senatiasa melanda kepada sesiapapun. h) Gaya Penulisan Penulisan artikel ini teratur dan berstruktur. Penyelidik menggunakan pendekatan penulisan ilmiah bercorak penyelidikan. Ini memudahkan para pembaca mengikuti siri perbincangan ilmiah oleh penyelidik secara berperingkat-peringkat. Bahasa yang digunakan sesuai dengan bahasa penyelidikan atau bahasa ilmiah saintifik yang memerlukan penggunaan istilah-istilah tertentu dalam mengungkap dan membicarakan penyeldidikan yang dijalankan. Format penulisannya merujuk kepada format Gaya APA. i) Kredibiliti Kandungan Penyelidik ada meneroka isu-isu berkaitan dengan mengemukakan pandangan dan pendapat para psikologi dan juga psikiatrik dari pelbagai sumber. Malah penyelidik juga mengemukakan dapatkan kajian melibat negara-negara dari barat dan timur sebagai perbandingan. Sehubungan dengan itu, penyelidik cuba mengesahkan sama ada dapatan kajian di Singapura mempunyai persamaan dengan dapatan kajian-kajian lain. j) Kekuatan dan Kelemahan Kekuatan artikel ini menunjukkan isu yang dikemukakan merupakan isu sejagat dan cuba

membuktikan bahawa para eksekutif Singapura tidak terkecuali dari terkenanya sindrom tekanan kerja dan jenis personaliti dari pelbagai sektor perniagaan. Malah penyelidik dapat membuktikan tekanan kerja bukan sahaja berlaku di sector awam tetapi uga di sektor perniagaan khususnya dalam bidang perbankan, kewangan dan insurans. Walau bagaimanpun, kajian ini tidak dijelaskan sama ada faktor gender dan umur juga mempengaruhi tekanan kerja dan personaliti seseorang. Ini perlu kerana masa ini unsurunsur gerakan feminism merupakan agenda perjuangan dan tuntutan kesamarataan dan keadilan dalam semua lapang dari pihak kaum wanita. Begitu juga faktor umur, setiap negara di dunia berbeza pendekatan pengambilan dan pemberhentian pekerja mengikut umur. Ini ada kaitannya dengan bidang pekerja diceburi sama ada sesuai atau tidak dengan personality sesorang itu. Teori Kerjaya Holland menuntut kesamaan antara personaliti dan bidang kerjaya yang diceburi selaras atau kongruen. 4. Kesimpulan Saya dapati artikel sesuai digunakan sebagai salah satu hasil penyelidikan yang melibatkan pengurus pihak atasan. Kita dapati pihak pengurusan atasan memerlukan ruang, masa dan tempat untuk menyediakan diri sebelum menceburi bidang-bidang yang mencabar emosi, rohani dan intektual. Tekanan kerja, cara atasinya dan juga imej kendiri perlu dipupuk dan dimantapkan lagi supaya kesediaan ini tidak menjadi halangan atau shock dengan kerjaya ini.

You might also like