You are on page 1of 2

Tingkah laku maladaptif (maladapted behaviour) adalah sesuatu tingkah laku yang ditegah atau tidak sesuai di dalam

sesuatu masyarakat. Mengikut pendekatan behavorisme, tingkah laku, yang adaptif atau maladaptif adalah dipelajari untuk mendapatkan peneguhan positif dan pada teorinya, tabiat yang dianggap maladaptif ini boleh dibuang, atau dihilangkan. Tingkah laku yang dianggap maladaptif itu semuanya dipelajari demi untuk mendapatkan peneguhan positif atau untuk mengurangkan sakit atau perasaan yang kurang selesa. Dari perspektif pembelajaran responden, jika rangsangan yang menyakitkan digandingkan dengan rangsangan yang neutral, lama kelamaan selepas pembelajaran telah berlaku, rangsangan yang sebelumnya neutral akan mengeluarkan respon yang maladaptif, walaupun sebelum terjadinya situasi sebenar.

Role Play Satu teknik yang boleh membantu klien memperluaskan kesedarannya dan

menunjukkan bahawa ada banyak alternatif untuknya melakukan tingkah laku lain bagi mengubah tingkah laku yang tidak diperlukan itu atau cuba mengeluarkan satu tingkah laku baru dalam situasi yang lebih selamat Contohnya bagi seorang pelajar yang pendiam dan kurang melibatkan diri di dalam kelas, Kaunselor perlu memberi tumpuan terhadap apa yang disukainya dan mempelbagaikan aktiviti dalam kumpulan kecil atau berpasangan untuk menarik minatnya bagi menyertai aktiviti secara beransur-ansur dan secara sukarela. Kaunselor boleh menggunakan strategi ini semasa mengendalikan latihan asertif, modeling (meniru perbuatan orang lain) dan sebagainya. Rasionalnya adalah dengan sendirinya timbul minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Strategi ini membolehkan klien cuba untuk menghasilkan sesuatu tingkah laku baru dalam situasi yang lebih selamat.

Memberi hadiah sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang bersesuaian. Langkahlangkah untuk keberkesanan Token Ekonomi ialah; i. Pihak lain turut memahami konsep token ekonomi ii. Mematuhi prinsip modifikasi iii. Hadiah mesti mempunyai nilai peneguhan iv. Tingkah laku yang dikehendaki di luar sekolah

Ciri-ciri Pengurusan kendiri, Pemantauan kendiri dan Peneguhan kendiri ; i. Klien memainkan peranan yang aktif dalam setiap fasa kaunseling.

ii. Klien mengeluarkan buah fikiran sendiri dan mengikut arahan kaunselor. iii. Proses pemikiran klien diambil kira dan diberi tumpuan. iv. Klien dijangka lebih bertanggungjawab berusaha untuk membuat perubahan v. Klien belajar cara memberi peneguhan. vi. Klien dipanggil untuk membuat perhatian,memantau,mencatit,memberi peneguhan kendiri dan kadang-kadang di minta untuk membuat interprestasi. vii. Kaunselor berperanan lebih sebagai mentor atau pendidik bukan seorang pakar.

You might also like