You are on page 1of 5

PMI TENTANG IMPLIKASI TEORI BEHAVIORIS TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Sebelum kami menyediakan pembentangan kami tentang

implikasi teori behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran, kami perlu mengetahui tentang tokoh-tokoh teori behavioris. Teori behavioris dibahagi kepada dua jenis,iaitu pelaziman klasik dan pelaziman operan. Teori pelaziman klasik dikemukakan oleh Ivan Pavlov dan J.B. Watson manakala teori pelaziman operan pula dikemukakan oleh E.L. Thorndike dan B.F. Skinner. Teori pelaziman klasik Ivan Pavlov membuat kajian tentang pengeluaran air liur anjing. Pavlov berminat untuk menjalankan uji kaji mengukur lelehan air liur anjing memandangkan setiap kali melihat pembantu makmal, mendengar tapak kaki pembantu makmal atau melihat baju pembantu makmal yang membawa makanan anjing, air liur anjing akan meleleh keluar. Teori pelaziman klasik ini mengutamakan gerak balas atau respons yang dikenali sebagai gerak balas terlazim. Ini ialah hasil pembelajaran melalui proses perkaitan antara dua rangsangan, iaitu rangsangan semula jadi (daging) dan rangsangan terlazim (cahaya lampu suluh). Teori pelaziman klasik J.B. Watson pula mengaji tentang perkaitan pelaziman dan kawalan emosi manusia, iaitu uji kaji tentang Albert. Kanak-kanak Albert dibiarkan bermain tikus putih dan sementara itu Watson membunyikan ketukan yang kuat. Albert terkejut dan terus takut kepada tikus tersebut. Selepas itu, Albert menjadi takut kepada semua benda putih yang berbulu. Watson membentuk teori bahawa kanak-kanak memiliki tiga tindak balas emosi yang asas, iaitu takut, marah dan sayang. Tindak balas emosi ini dapat dilazimkan. Seterusnya, teori pelaziman operan E.L. Thorndike menekankan bahawa hubungan atau connection antara rangsangan dengan gerak balas akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku menyeronokkan atau memuaskan. Kajian Thorndike tentang bagaimana kucing belajar keluar dari kurungan menunjukkan hubungan yang dimaksudkan. Thorndike mengemukakan tiga hukum atau 39

prinsip pembelajaran, iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan hasil daripada kajian ini. Dalam kajian Thorndike, seekor kucing yang lapar dimasukkan ke dalam sangkar. Makanan kucing diletakkan di luar sangkar dan pintu sangkar dapat dibuka siranya selak dipijak. Kucing terpijak selak itu dan dapat keluar untuk mendapatkan makanan. Tindakan rawak ini dikenali sebagai teori cuba-jaya. Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan (makanan) dengan gerak balas (menekan tuil selak) menjadi lebih kukuh apabila wujud kesan yang positif. Sekiranya kesan tindakan adalah negatif, hubungan R-G akan lemah dan tingkah laku tidak berulang. Selain itu, teori pelaziman operan B.F Skinner menekan hasil kesanakibat membawa kepada tingkah laku baharu, tingkah laku diteruskan atau diulangi dan sebaliknya. Kesan-akibat boleh berlaku dalam bentuk ganjaran ataupun hukuman .Oleh itu, hukuman dan dendaan, ganjaran dan peneguhan membawa kesan yang tertentu kepada kemungkinan wujudnya tingkah laku baharu atau sebaliknya. Pelaziman operan B.F. Skinner boleh dirumuskan seperti dalam bentuk rumus berikut: ABC C akan seterusnya menjadi A, iaitu peristiwa awal bagi tingkah laku seterusnya. Skinner terkenal dengan teori peneguhan yang terbentuk hasil kajiannya ke atas tingkah laku tikus yang ditempatkan di dalam Peti Skinner. Antara kajian yang dibuat ialah tikus akan hanya mendapat makanan apabila tuil suis ditekan. Oleh itu, tikus tersebut mengulangi menekan tuil suis untuk mendapatkan makanan. Dalam pembentangan, kami akan menggunakan jadual PMI untuk menganalisiskan tentang implikasi teori behavioris terhadap pengajaran dan pembelajaran. Jadual PMI membahagikan kepada Plus, Minus dan Interesting. Plus mewakili kebaikan manakala Minus mewakili kelemahan dan Interesting pula mewakili yang isi yang menarik perhatian kami.

40

Dalam pembentangan kami, kebaikan implikasi teori behavioris telah menyatakan guru dapat menetapkan matlamat yang spesifik. Matlamat akhir proses pembelajaran hendaklah dinyatakan dengan jelas. Matlamat tersebut hendaklah yang realistik dan boleh dicapai. Guru dapat menetapkan objektif bagi setiap langkah pengajaran. Objektif tersebut hendaklah khusus dan eksplisit serta satu objektif bagi satu langkah kecil. Selain itu, guru juga perlu menyediakan langkah pengajaran secara berperingkat. Guru hendaklah menentukan satu aktiviti khusus bagi satu langkah pengajaran dan susunan langkah tersebut hendaklah secara progresif serta ansur-maju. Penguasaan langkah awal perlu dipastikan sebelum berpindah kepada langkah seterusnya. Di samping itu, aplikasi teknik peneguhan yang sesuai juga amat penting dalam teori behavioris. Peneguhan berterusan semasa proses pembentukan tingkah laku dan peneguhan berkala selepas tingkah laku dikuasai hendaklah berdasarkan masa (masa tetap dan masa berubah) dan juga kandungan (nisbah tetap dan nisbah berubah). Hukum kesediaan juga perlu dikaitkan dalam pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada. Guru hendaklah menyediakan situasi yang merangsang dan mencungkil rasa ingin tahu pelajar. Manakala hukum latihan juga tidak dapat diabaikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Hukum latihan dapat diperbanyakkan dengan pengulangan dan latih tubi supaya murid-murid dapat menguasainya. Tambahan pula, teori behavioris juga mengaplikasikan hukum kesan atau akibat. Aktiviti pengukuhan dapat diadakan dan peneguhan yang sesuai dapat dipilih dan diaplikasikan dalam tempoh masa yang kerap. Hukum kesan atau akibat juga mementingkan pengalaman teknik hukuman dan ganjaran. Guru juga dapat menyediakan amalan disiplin bilik darjah yang mesra dengan

mengamalkan rutin belajar, rutin keceriaan, peraturan bilik darjah yang positif dan mengamalkan dinamika kumpulan serta menggalakkan pembelajaran 41

koperatif dan kolaboratif supaya murid dapat belajar dalam suasana bilik darjah yang kondusif. Sebaliknya, kelemahan teori behavioris adalah hanya guru yang berhak menentukan apa yang harus dipelajari oleh murid. Oleh itu, murid hanya akan belajar apa yang diajar oleh guru. Hal ini telah menyebabkan murid menjadi pasif dalam pembelajaran dan hanya mendapat pengetahuan daripada guru dan tidak mempunyai motivasi untuk mendapat pengetahuan lain dengan keupayaan sendiri. Maksudnya pembelajaran ke arah kendiri tidak dapat dipupuk dalam kalangan murid. Hal ini juga menyebabkan murid hanya mendengar dan menghafal penjelasan daripada guru. Selain kebaikan dan keburukan implikasi teori behavioris, terdapat juga perkara yang menarik perhatian kami terhadap teori tersebut. Antara perkara yang menarik minat kami adalah tiga hukum yang dikemukakan oleh E.L. Thorndike, iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Dalam hukum kesediaan, individu perlu ada kesediaan untuk memungkinkan tindakan atau gerak balas berlaku. Hukum kesediaan mengarah kepada pencapaian

matlamat pembelajaran. Sekiranya murid sudah bersedia untuk belajar, maka kesan pembelajarannya akan menjadi amat memuaskan. Manakala dalam hukum latihan pula, hukum ini menegaskan manusia belajar melalui proses membuat dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak digunakan atau dibuat lagi. Untuk menjamin kelangsungan pembelajaran, latihan dalam pelbagai bentuk, pengulangan, latih tubi, aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam situasi lain hendaklah dibuat dengan lebih kerap. Hukum kesan pula menunjukkan sesuatu gerak balas yang diikuti kesan yang menyeronokkan dan memuaskan akan memungkinkan gerak balas itu berulang. Guru hendaklah menyediakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada perasaan rasa berjaya. Sekiranya murid dapat menguasai pembelajaran atau mendapat pujian, murid akan berasa puas hati dan gembira. 42

Situasi ini akan membuatkan murid akan berusaha dengan lebih gigih untuk terus berjaya. Sebaliknya, jika murid tidak dapat menguasai pembelajaran, dikritik, dimarahi atau dikecam, murid akan berasa kecewa dan hilang minat untuk belajar. Dalam penyediaan isi pembentangan kami, kami telah merujuk kepada buku Murid dan Alam Belajar yang dituliskan oleh Noriati A. Rashid, Boon Poon Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan diterbitkan oleh Oxford Fajar. Selain itu, kami juga membuat rujukan di laman web seperti berikut:http://www.scribd.com/doc/18190519/teori-behavioris http://www.scribd.com/doc/11640190/teori-behavioris http://www.slideshare.net/syireen/teori-pembelajaran-behavioris http://www.scribd.com/doc/13690813/teori-thorndike Selepas membaca dan menganalisis semua maklumat, kami pun menyediakan jadual PMI untuk menuliskan PMI implikasi teori behavioris dalam pengajaran dan pembelajaran.

43

You might also like