You are on page 1of 19

ASAS KEUSHAWANAN

TOKOH USHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA

TAN SRI MUSTAPHA KAMAL

ISI KANDUNGAN

Pengenalan

Latar Belakang Dan Pendidikan

Latar Belakang Perniagaan Dan Syarikat

Ciri-ciri Keushawanan

Halangan dan Cabaran

Faktor-Faktor Kejayaan

Anugerah

Pandangan Dan Mengapa Usahawan Ini Dianggap Berjaya

Kesimpulan

Rujukan

Lampiran

Pengenalan
Bidang perniagaan adalah bidang yang sangat mencabar.Ia melibatkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan sumber pengeluaran, pengurusan organisasi dan pengambilan risiko. Ianya memerlukan iltizam dan daya juang yang tinggi.Oleh itu, untuk memastikan para usahawan dapat bertahan dalam perniagaan, mereka haruslah mematuhi prinsip-prinsip kualiti.Prinsipprinsip kualiti hendaklah dipatuhi agar para usahawan ini mampu memenuhi bukan sahaja standard pengguna dan rakyat terbanyak, malahan juga untuk mendapatkan rezeki yang halal.

Latar Belakang Dan Pendidikan


Tan Sri Mustapha adalah seorang bekas penuntut Universiti Malaya dalam jurusan Sejarah. Selepas menamatkan pengajian dari Universiti Malaya pada tahun 1970, beliau telah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan Kerajaan di Pejabat Daerah dan Tanah Selangor sebagai Penolong Pegawai Daerah sehingga dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan Galian Selangor. Kemudian, beliau beralih ke sektor swasta di mana beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Shah Alam Properties Sdn. Bhd. Masa peringkat kerjaya inilah beliau mula memperkukuhkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan kecekapan yang diperlukan dalam pembangunan hartanah sehingga beliau mempunyai keyakinan sepenuhnya untuk memulakan usaha perniagaan sendiri.Ini telah mendorong beliau menubuhkan Kumpulan Syarikat EMKAY pada tahun 1983. Dengan berbekalkan pengalaman sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tanah dan Galian serta pengalaman selama 21 tahun dalam industri pembangunan hartanah, Tan Sri Datuk Hj Mustapha Kamal dikenali sebagai seorang Pengerusi Eksekutif yang aktif dan praktikal, dalam menyelia dan menentukan sendiri hala tuju operasi kumpulan dengan merangka wawasan serta matlamat, pada masa yang sama, mencurahkan pengetahuan luas yang beliau miliki dalam industri kepada kakitangannya. Beliau juga banyak memberi sumbangan kepada industri hartanah tempatan dan antarabangsa. Antara lain, beliau adalah Pengarah South-South Corporation Berhad(MASSCORP) ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan South-South Malaysia (MASSA) dan Penyelaras Negara bagi Afrika.

Pada 15 Mac 2004, beliau telah dianugerahkan dengan pengiktirafan Professor Adjung oleh Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.Beliau juga menganggotai Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana.

Latar Belakang Perniagaan Dan Syarikat


Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar adalah Pengerusi Eksekutif, MK Land Holdings Berhad, iaitu syarikat pembangunan hartanah yang ditubuhkan pada 2 Ogos 1978 dan pernah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 8 Jun 1992. Asalnya, MK Land Holdings Berhad dikenali sebagai Perfect Food Industries Sdn. Bhd. yang melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan biskut dan bahan makanan melalui kilang mereka di Melaka. Selepas penyenaraiannya di BSKL, ia dikenali sebagai Perfect Food Industries Berhad dan akhir sekali, namanya ditukar kepada MK Land Holdings Berhad pada 27 Ogos 1999. Pada bulan Jun 2003, MK Land Holdings Berhad menjual semua sahamnya dalam Perfect Food Manufacturing (M) Sdn Bhd, Markins Corporations Sdn Bhd dan Fairway Review Sdn Bhd dengan harga RM6,739,674. Ini adalah kerana beliau bercadanguntuk menumpukan perniagaan syarikatnya pada pembangunan hartanah dan pelaburan. Beliau berjaya membawa status MK Land selaku syarikat pengurusan Hartanah yg berjaya membangunkan kawasan-kawasan yang dahulunya agak terpencil dan tidak mendapat perhatian kepada kawasan elit yang lengkap dengan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi seperti kawasan Damansara Perdana, Cyberjaya. MK Land juga terlibat dalam industri perhotelan dan tempat peranginan seperti Bukit Merah Laketown resort dan Langkawi Lagoon. Beliau berani memulakan sesuatu yg baru dengan mengetengahkan cara hidup elifestyle township yg moden dan berteknologi tinggi di kawasan perumahan dibawah syarikat

MK Land. Bekas graduan Universiti Malaya ini berjaya meletakkan namanya didalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia membuktikan kejayaan beliau dalam bidang hartanah.

Ciri-ciri Keushawanan
Beliau seorang yang bijak mencari peluang dan beroperasi melalui kuasa pasaran. Beliau mendapati bahawa, faktor ekonomi pasaran dan teknologi akan mempengaruhi pembentukan nilai dan kepercayaan individu maka kerajaan akan lebih terbuka. Beliau juga mendapati bahawa peluang keusahawanan terhasil daripada interaksi positif antara individu dan persekitaran yang sesuai dengan usahawan.Oleh itu, beliau mengesyorkan persekitaran ekonomi dan social sepatutnya menyokong kepada inovasi, menggalakkan pengambilan risiko dan menyediakan sumber untuk memajukan keusahawanan.Beliau beroperasi mengikut kuasa pasaran agar bidang keusahawanan dapat diuruskan secara lebih efektif. Beliau juga menghindari sikap tamak.Beliau menegaskan bahawa Islam tidak menggalakkan sifat tamak dan sifat mengutamakan kepentingan sendiri.Beliau menegaskan lagi bahawa seorang usahawan hendaklah mencari titik keseimbangan antara motif menjana keuntungan individu dengan tanggungjawab yang perlu dilunaskan kepada masyarakat.Pegangan menghindari sikap tamak adalah penting kerana fungsi usahawan bukan hanya untuk mengumpul kekayaan, tetapi lebih penting lagi memberi khidmat kepada masyarakat.Usahawan bukannya simbol kekayaan, tetapi mereka adalah pembahagian kekayaan negara yang merata sifatnya, dapat dinikmati oleh semua kelompok masyarakat, termasuklah orang-orang miskin. Beliau juga seorang yang pemurah.Selain menganggap perniagaan ini merupakan satu fardu kifayah, beliau juga berasa bertanggungjawab membantu golongan yang kurang bernasib baik, terutama mereka yang memerlukan rawatan kesihatan tetapi tidak mampu membiayai perbelanjaan perubatan seperti pesakit buah pinggang.Setakat ini, Yayasan EMKAY telah membuka tiga pusat hemodialisis di seluruh negara. Pusat pertama ialah Pusat Rawatan

Hemodialisis Wan Nong, di Batu Gajah, Perak yang melibatkan kos pembinaan sebanyak RM1.2 juta. Ia mula beroperasi pada tahun 2004. Seramai 36 pesakit telah menerima rawatan di pusat tersebut. Pusat hemodialisis ketiga ialah di Alor Star, Kedah yang mula beroperasi pada Mac tahun lepas melibatkan kos sebanyak RM1.4 juta. Seramai 26 pesakit telah menerima rawatan di pusat tersebut. Inilah salah satu amal jariah saya kepada masyarakat. Ramai orang tidak tahu, saya bina pusatpusat hemodialisis itu, semata-mata mahu membantu pesakit buah pinggang kerana kos rawatan sakit buah pinggang sangat mahal..katanya.

Beliau juga adalah seorang yang mengamalkan sikap berdikari. Adalah menimbulkan kebimbangan jika seorang usahawan mendapat projek atau kontrak segera kerana perolehan secara mudah ini akan menjadikan usahawan tidak mahu berfikir, hilang semangat juang dan tidak mahu berdikari. Seorang usahawan perlu belajar daripada usahawan cina yang mana mereka berdikari dalam menjalankan perniagaan dan hasilnya mereka memiliki semangat juang yang tinggi sehingga mampu bertahan dan kembali berkembang selepas krisis ekonomi.Ini membuktikan bahawa usahawan mampu bertahan dalam perniagaan walaupun tidak mendapat bantuan daripada kerajaan. Pengurangan pergantungan kepada kerajaan juga akan menyuburkan ketelusan dalam mendapatkan peluang-peluang perniagaan. Ketelusan merupakan isu penting kepada para usahawan kerana beliau mendapati bahawa ketelusan membantu dalam mencipta persekitaran yang merangsang sifat keusahawanan kerana ketelusan akan mengurangkan ketidakpastian dan memperteguhkan keupayaan seorang usahawan.

Halangan dan Cabaran


Ketika tamat pengajian di Universiti Malaya pada 1971, bidang hartanah tidak terlintas dalam fikiran, sebaliknya seperti kebanyakan graduan Melayu lain, keutamaannya menjadi pegawai kerajaan, naik pangkat dan bersara sebagai birokrat. Semasa berusia 33 tahun, selepas berbincang dengan keluarga, Beliau meletak jawatan di sebuah syarikat pemaju, ketika pangkatnya dalam anak syarikat milik kerajaan Selangor itu di tangga nombor satu.Dan mula menempuh cabaran menjadi seorang usahawan muda. Nyata keputusannya tepat, syarikat yang diasaskannya mencapai kejayaan hebat apabila satu demi satu projek hartanahnya mendapat sambutan hangat. Selapas menyertai sektor awam selama tujuh tahun, beliau dilantik Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Hormat Rafie untuk menjadi pengurus besar syarikat pemaju hartanah, Shah Alam Properties Sdn Bhd (SAP). Bintangnya terus bersinar dan dinaikkan pangkat sebagai pengarah urusan syarikat terbabit, milik penuh Kumpulan Perangsang yang menjadi sayap pelaburan kerajaan Selangor. Ketika menerajui SAP, beliau belajar selok-belok sektor hartanah, berurusan dengan perunding, kontraktor, subkontraktor, pembekal dan pemaju besar lain.SAP meraih keuntungan besar dan ini melonjakkan lagi keinginan beliau untuk menjadi usahawan. Dengan restu isteri, Puan Sri Wan Nong Wan Ibrahim serta keluarga, MK nekad mengucapkan selamat tinggal kepada SAP, lalu memulakan bisnes sendiri melalui syarikat MK Associates yang mula beroperasi pada 1983.

Satu demi satu projek hartanah dibangunkan syarikatnya (kemudian beroperasi atas nama Emkay Group) dengan sebahagian besar kediaman mampu milik berjaya disiapkan, malah lebih awal daripada jangkaan. Bagaimanapun, ramai yang membuat tuduhan bahawa kejayaannya adalah kerana hubungan baik dengan kerajaan Selangor, bukan berdasarkan konsep bisnes inovatif dan strategi sempurna yang dirangka. Reaksinya bagi tuduhan seperti itu, beliau memberi contoh pembangunan Bandar Baru Sungai Buloh dimajukannya di kawasan yang pernah dilabel pusat pesakit kusta kedua terbesar di dunia itu. Ia projek perumahan kos rendah di kawasan yang bermasalah. Ahli perniagaan yang berhati-hati sudah tentu tidak berminat... bagaimana boleh dikatakan ia projek mewah untuk kroni?, katanya.

Faktor-Faktor Kejayaan
Beliau telah membahagikan MK Land Holdings kepada tiga syarikat (kumpulan syarikat). Dari segi strateginya ialah jika berlaku sesuatu kepadanya dan perniagaannya, ia tidak akan menjejaskan keluarga. Oleh sebab itu, beliau wujudkan tiga (kumpulan) syarikat supaya jika berlaku sebarang perkara yang melibatkan perniagaannya ia tidak menjejaskan hal-hal peribadi. Ini bermakna, sekiranya perniagaannya bankrap sekalipun, beliau masih boleh meneruskan hidup dengan menggunakan kemahiran yang ada.Maka, jika berlaku ribut atau taufan, saya masih mempunyai punca pendapatan yang tetap. Saya tidak boleh menjejaskan masa depan keluarga saya semata-mata disebabkan perniagaan saya tidak berjaya. Saya sedar dalam perniagaan ada turun naik, maka atas dasar itu saya perlu membuat persediaan awal..katanya.

Beliau bermula berniaga secara kecil- kecilan.Ini merupakan fasa pertama perjalanannya dalam dunia perniagaan.Ketika itu beliau memberi tumpuan kepada projek pembinaan rumahrumah murah. Oleh kerana sudah terlalu banyak rumah murah yang saya bina, sehingga orang menggelar saya Raja rumah murah..katanya. Selepas itu, beliau beralih melaksanakan projek rumah sederhana dan mewah pula.Pada ketika usianya mencapai 50 tahun, perniagaannya telah pun memasuki fasa kedua iaitu peringkat pengembangan.Selepas itu, perniagaan beliau sudah memasuki fasa ketiga atau peringkat pengukuhan. Beliau akan memasuki fasa keempat iaitu peringkat penghijrahan selepas fasa ketiga selesai.

Pusat Rawatan Hemodialisis Felina di Banting, Selangor pula mula beroperasi pada Januari, 2005 melibatkan kos RM1.3 juta. Sebanyak 42 pesakit telah mendapat manfaat dari pusat tersebut.

Beliau mempunyai beberapa orang pekerja yang telah bekerja dengannya lebih 20 tahun.Sebagai contoh terdapat pegawai kanan syarikat yang setia bekerja dengan beliau kemudiannya belaiu jadikan mereka sebagai rakan kongsinya bagi melaksanakan beberapa projek syarikat.Saya akan bertindak sebagai pelabur sahaja.Sebagai pelabur saya tidak perlu lagi bertungkus-lumus bekerja. Sekiranya projek tersebut berjaya, pekerja terbabit akan mendapat nikmatnya, saya pula akan menjadi lebih kaya, tetapi sekiranya projek tersebut gagal mereka akan hilang peluang, saya pula akan mengalami kerugian, tetapi itulah risiko dalam perniagaan.. katanya.

Anugerah
Tan Sri telah diberikan beberapa anugerah sebagai penghargaan terhadap sumbangan besar yang beliau curahkan sepanjang tempoh kerjaya beliau yang cemerlang. Antaranya, Anugerah Usahawan Cemerlang Selangor pada tahun 1995 oleh Dewan Perniagaan Melayu Selangor, FIABCI Property Man of The Year Award 1997 serta Anugerah Personaliti Cemerlang Industri Pembangunan Tahun 2001 daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia. Selain itu, Beliau juga telah menerima Anugerah Fellowship DPMMKL 2002 daripada D.Y.M.M Yang Di-Pertuan Agong dan Anugerah Khas Tokoh Maal Hijrah 2003 daripada Raja Muda Perak. Tan Sri juga telah dicalonkan untuk menerima Ernst & Young Entrepreneur Award 2002 dalam Kategori Master Enterpreneur.

Pandangan Dan Mengapa Usahawan Ini Dianggap Berjaya


Tokoh penting dalam sektor hartanah ini benar-benar seorang yang cukup tegas dan berjiwa pendidik. Banyak pengajaran yang saya peroleh daripada beliau, antara pengajaran yang cukup penting ialah : kita sebenarnya selalu tersilap dalam membina soalan untuk diri kita sendiri, atau dengan kata lain, kita sering bertanyakan soalan yang salah untuk diri kita. Dan apabila kita bertanyakan soalan yang salah, maka sudah pasti jawapannya juga adalah salah.Untuk menjadi orang yang berjaya, kita haruslah bertanya kepada diri kita melalui soalansoalan yang relevan dan mampu memberikan momentum untuk kita bertindak, dan bukan soalan-soalan yang menyebabkan kita lebih menjadi pasif dan negatif. Untuk berjaya, kita harus membina pertanyaan-pertanyaan yang memberangsangkan diri kita untuk bertindak dan bergerak ke hadapan. Amalkan soalan-soalan yang konkrit dan objektif, agar otak dan minda kita berfungsi dengan lebih kemas dan matang.. katanya Selain itu, beliau adalah seorang yang barani mengambil risiko.Selepas berbincang dengan keluarganya, dia menetapkan minda dan sanggup meletakkan jawatantan untuk menempuh cabaran menjadi usahawan muda.Beliau juga berani membangunan Bandar Baru Sungai Buloh yang pernah dilabel pusat pesakit kusta kedua terbesar di dunia itu. Ia projek perumahan kos rendah di kawasan yang bermasalah. Ahli perniagaan yang berhatihati sudah tentu tidak berminat.. katanya. Baginya, perniagaan yang diusahakannya berdasarkan pengalaman, minat dan common sense itu bukan setakat membina rumah dan kemudian menunggu wang keuntungan mengalir masuk.Membina dan menjual rumah bukan semata-mata kejayaan dari segi kewangan, tetapi

lebih daripada itu... ia mengenai kepuasan peribadi, katanya yang dikenali sebagai seorang yang kuat bekerja dan amat mementingkan disiplin. Beliau juga banyakmelibatkan diri dalam projek-projek besar.Projek perumahan Damansara Perdana dan Damansara Damai, kedua-duanya di Petaling Jaya.Projek itu, dengan lokasinya yang strategik, iaitu dalam Segi tiga Emas Petaling Jaya. Kawasan itu kini muncul sebagai pusat membeli belah, fesyen, makanan dan hiburan dengan pusat membeli belah seperti One Utama, IKEA, Tesco, IKANO, The Curve dan Cathay Cineleisure. Selain itu, Taman Bunga Raya di kawasan Bukit Beruntung iaitu bernilai RM840 juta, projek perumahan Cyberia di Cyberjaya, projek Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak iaitu bernilai RM3 bilion dan Langkawi Lagoon.

Kesimpulan
Dunia perniagaan menghidangkan ruang yang mencabar hawa nafsu, kerana ia melibatkan aktiviti yang menghimpunkan kekayaan dan peluang untuk menggunakan jalan singkat sehingga menghalalkan segala kaedah seperti menipu dan merosakkan alam sekitar.Para usahawan perlu memahami prinsip-prinsip keushawanan dan mengamalkannya dalam usaha mereka mencapai kejayaan dalam perniagaan.Usahawan bukan hanya perlu bermotifkan keuntungan dan kepuasan diri, tetapi lebih penting lagi mereka perlu mempunyai tanggungjawab kepada penguna.Seorang usahawan tidak boleh hanya mengejar kekayaan, tetapi mereka juga hendaklah memastikan kepentingan penguna terpelihara, tidak merosakkan alam sekitar, tidak tamak, menjauhi rasuah dan bersikap amanah.

Rujukan

Internet: http://kisahjutawan.blogspot.com/2009/02/jutawan-hartanah-tan-sri-mustapha-kamal.html http://saifulamargroup.blogspot.com/2010/12/kisah-kejayaan-tan-sri-mustapha-kamal.html http://www.mkland.com.my/corporate/webs/bod_details.php?id=1 http://muslimkaya.blogspot.com/2007/04/jutawan-muslim-mk-berhijrah-jadi.html http://pts.com.my/modules.php?name=News&file=print&sid=321 http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-245510.html

Buku: Building Passion With Mustapha Kamal

Lampiran

You might also like