You are on page 1of 4

Pengenalan Pada Alaf 2012, Malaysia dikejutkan dengan Isu gerakan kemanusian yang ingin diperjuangkan kebebasannya di Malaysia.

Isu gerakan kebebasan kemanusian ini menuntut agar golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) diiktiraf di Negara ini. Usaha ini diperjuangkan oleh Ambiga Sreevanasan. Ambiga Sreevanasan, atau wajar digelar wanita besi, atas semangatnya berjuang menentang arus. Beliau mendedikasikan hidupnya untuk memperjuangkan hak asasi manusia. Untuk itu, beliau telah dikritik dan diprovokasi berbagai pihak tetapi beliau berjaya meraih penghormatan dan menerima penghargaan dari berbagai pihak juga. Atas kesungguhan beliau memperjuangkan pendiriannya, beliau telah menerima anugerah International Women of Courage pada tahun 2009 oleh kerajaan Amerika, dan hanya baru-baru ini, pada 23 September tahun ini, beliau menerima anugerah tertinggi Perancis Chevalier de Legion dHonneur (Knight of the Legion of Honour) daripada kerajaan Perancis. Pada tahun 2012 ini beliau membuka sejarah baru di Malaysia apabila beliau lantang menyuarakan sokongan beliau ke atas golongan LGBT di Malaysia. Perjuangan beliau ini sememangnya bertentangan dengan nilai, etika dan keagamaan yang diamalkan di Malaysia. Penduduk Malaysia yang rata-ratanya terdiri dari golongan muslim amat menentang perjuangan beliau, tetapi masih juga ada segelintir yang tersasul menyokong perjuangan ini dengan beranggapan bahawa manusia mempunyai hak dalam memilih cara kehidupan mereka. Dalam kumpulan kajian sejarah dan etnografi budaya pra-industri, "penolakan terhadap homoseksuas dilaporkan sebesar 41% dari 42 budaya.Sebesar 21% budaya menerima dan mengabaikan homoseksuali manakala 12% melaporkan tidak ada konsep seperti itu. Dari 70 catatan etnografis, 59% melaporkan homoseksual tidak ada atau jarang terjadi dan 41% menunjukkan homoseksual wujud atau dianggap biasa. Malaysia merupakan sebuah Negara yang mengamalkan system pemerintahan demokrasi berpelembagaan dan menjadikan Agama Islam sebagai Agama rasmi. Oleh itu perjuangan Ambiga bertentangan dengan ajaran Islam dan tidak

seharusnya diteruskan kerana ianya menganggu sentimen keagamaan di Malaysia. Walaubagaimanapun perjuangan ini disokong oleh pemimpin-pemimpin tertentu, dan mengaburi mata rakyat. Keadaan ini merupakan isu yang amat panas pada tahun ini.

2.1 Sejarah Kemunculan LGBT dan Perjuangannya Kewujudan golongan LGBT di kalangan masyarakat pada era ini sudah tidak asing lagi. Walaubagaimanapun kewujudannya tidak diperkatakan kerana penerimaannya secara terbuka oleh masyarakat adalah mustahil. Oleh itu, golongan ini mempunyai kelab-kelab persendirian dan gerakan mereka bukanlah secara terang-terangan di mata masyarakat. Di dalam Al Quran sendiri telah menceritakan golongan Lesbian, Biseksual, dan Gay telah mula wujud sejak sebelum masihi lagi iaitu di zaman Nabi Luth as. Nabi Luth A.s . Kaum Nabi Luth A.s yang ketika itu menetap di Kota Sudum merupakan kaum yang rosak akhlaknya kerana melakukan hubungan sejenis, meliwat dan mengahwini kaum sejenis mereka. Kaum Nabi Luth A.s tidak mengindahkan seruan Nabi Luth A.s agar kembali beriman kepada Allah dan meninggalkan amalan buruk mereka. Walaubagaimanapun kaum Nabi Luth A.s telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana alam, seperti gempa bumi yang kuat dan hujan batu sehingga menghancurkan Kota Sudum. Nabi Luth dan ahli yang mengikutinya sahaja telah diselamatkan oleh Allah s.w.t. Di sini jelas bahawa golongan ini telah mula wujud sejak dari zaman dahulu lagi. Pergerakan menuntut hak untuk golongan ini sebenarnya adalah bertitik tolak dari rasa bersalah tamadun barat moden terhadap tindakan yang dilakukan oleh golongan agamawan Kristian pada masa lampau, iaitu sebelum era Revolusi Perancis. Revolusi Perancis merupakan satu "time mark" kepada perubahan yang berlaku terhadap 'worldview' dan tata kehidupan Barat. Agama dalam erti kata ia sebagai perundangan moral telah tidak lagi dinamakan sebagai asas peradaban mereka. Dalam obsesi untuk mengeluarkan agama dari kehidupan, tindakan merungkai kesalahan-kesalahan agamawan masa silam telah dijadikan perjuangan utama

mereka untuk menjustifikasikan Revolusi Perancis. Pada hakikatnya rasa benci terhadap agama dalam Revolusi Perancis adalah kerana agama Kristian dicampur adukkan dengan raja-raja mereka, dan kebencian terhadap kezaliman raja yang selaku ketua agama telah bertukar menjadi kebencian terhadap agama itu sendiri. Di Barat, menyokong pergerakan menuntut hak homoseksual ini seolah-olah menjadi satu syarat untuk seseorang itu diiktiraf sebagai pejuang hak asasi. Lebih menarik, pejuang-pejuang utama di sebaliknya bukanlah dari kalangan homosexual sendiri. Bertitik tolak dari rasa bersalah tamadun Barat terhadap perbuatan masa lampau mereka yang memerangi golongan gay ini dan menindas mereka. Kini, sebagai menutup kepincangan dan perbuatan mereka yang dulu, kita lihat satu gerakan yang sistematik dan kuat di Barat untuk mengakui kezaliman yang dilakukan terhadap golongan homosexual, dan mulalah digubal perundangan yang menamakan gay sebagai "komuniti", malah memberikan mereka hak berkahwin.

Bukan itu sahaja, sifat homoseksuual dan potensi pemasarannya juga telah dihidu oleh Hollywood dan menular di dalam agenda seksualiti karya dan produk mereka, dengan mengkomersilkan aksi-aksi homoseksual seperti lesbian. Ini kerana ada pasaran untuk golongan ini. Pasaran ini adalah sebuah pasaran baru yang dicipta oleh pergerakan hak asasi 'LGBT' dan pengiktirafan perundangan yang diberikan kepada mereka. Pergerakan ini yang hanya menular di Barat akhirnya merebak ke serata dunia kesan dari anjakan paradigm globalisasi Boderless world, yang menghubungkan manusia dari pelosok dunia dan bebas menyuarakan pendapat dan kehendak mereka di laman-laman social masa kini. Keadaan ini memudahkan penyebaran dakyah-dakyah baru dan penubuhan gerakan baru sedunia. Malaysia merupaka Negara yang tidak terkecuali menerima kesan dari globalisasi tersebut sehingga tercetusnya isu ini yang hebat diperkatakan secara terbuka. Dewasa ini, abad ke-21 merupakan satu cabaran yang harus dihadapi oleh seluruh masyarakat Malaysia. Ledakan teknologi maklumat dan cara hidup yang diaplikasikan oleh masyarakat daripada budaya timur banyak memberi kesan yang mendalam seperti yang terjadi pada masa kini. Selain itu, kita turut terdedah kepada penyakit-penyakit sosial dan mental. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi kerana

golongan belia merupakan peneraju utama kepada segala perkembangan teknologi yang digunakan negara ini. Tanpa disedari, penghomogenan yang berlaku turut mempengaruhi gaya seks dikalangan masyarakat Malaysia iaitu berkaitan dengan salah laku seksual yang semakin membimbangkan. Bermula dengan lambakan golongan lembut di Institut Pengajian Tinggi (IPT), percubaan untuk menghalalkan hubungan sejenis dan yang terkini melibatkan pembunuhan akibat dari hubungan cinta tiga segi dikalangan sesama jenis. Hal ini semakin menjadi-jadi disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak prihatin dan hanya berpeluk tubuh serta mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini semakin berleluasa. Mereka bersikap demikian adalah kerana menganggap ia sesuatu yang memalukan. Hubungan songsang merupakan hubungan sesama sejenis diantara lelaki dengan lelaki (gay) dan manakala wanita dengan wanita (lesbian). Hubungan yang terlarang ini menjadi ikutan masyarakat sehingga dihalalkan perkahwinan kaum sejenis ini. Terdapat lelaki yang berkahwin dengan wanita atas pilihan keluarga namun lelaki tersebut dimana lelaki tersebut tidak mempunyai perasaan cinta terhadap isteri sebaliknya dia mempunyai perasaan terhadap lelaki yang lain. Ini adalah disebabkan mereka lebih berselera dengan kaum sejenis sahaja. Malah, ada diantara lelaki yang bernafsu songsang ini sudah memiliki isteri dan mempunyai anak. Melihat laporan akhbar mengenai gejala homoseksual), ia sememangnya masalah yang amat membimbangkan pada era pemodenan kini. Golongan gay semakin berani dan tidak segan silu melakukan adegan ringan seperti bercumbuan di tempat-tempat awam. Malah, mereka telah berjaya menubuhkan kelab gay yang menghimpunkan golongan ini untuk bertemu dan melempiaskan keinginan nafsu masing-masing. Homoseksual lebih kepada orientasi seksual yang berkait rapat dengan emosi yang dicipta bagi menterjemahkan kebebasan serta mendapat kenikmatan. Mereka telah jauh tersasar dari landasan agama serta semakin menjauhkan diri daripada Allah S.W.T. Golongan ini menjadi semakin berani apabila menerima sokongan dari orang yang kononnya memperjuangkan hak asasi kemanusian dan kebebasan seperti Ambiga Sreevanasan.

You might also like