You are on page 1of 23

1.

PENGENALAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba ini, manusia sebagai makhluk sosial tidak akan pernah terlepas daripada dilanda pelbagai dugaan dan masalah. Masalah yang menimpa manusia terkadang membuat manusia menjadi kecewa, tidak berdaya, dan putus asa. Bahkan sering terpampang di media individu yang diterpa berbagai masalah hidup lebih memilih mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri akibat ketidaksanggupan menanggungnya. Oleh sebab itu manusia harus mendapat bimbingan agar mampu membantu keluar daripada masalah yang sedang dihadapinya. Disebabkan itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah mewujudkan bermula daripada peringkat sekolah lagi yang dikendalikan oleh golongan profesional iaitu guru kaunseling (kaunselor). Menurut Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan

sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. Bimbingan boleh diberi kepada pelajar berdasarkan masalah seperti masalah peribadi dari segi intelek,rohani, emosi atau sosial. Hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Boy and Pine (1968) mendefinasikan kaunseling sebagai satu perhubungan bersemuka dimana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Ada ciri seperti komunikasi efektif, saling hormat menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor dan penumpuan diberikan atas keperluan-keperluan masalah-masalah serta perasaanperasaan klien. Kaunselor akan mewujudkan suasana yang teraputik semasa berlangsungnya sesi. Oleh itu, bimbingan dan kaunseling merupakan suatu proses pertolongan sistematik yang profesional membantu individu memahami dirinya dan dunia mereka supaya memahami kehendak, mencari kekuatan dan kelemahan diri serta menilai potensi. Menurut Teori Maslow, setiap individu perlu memenuhi keperluan untuk memperoleh kesenangan hidup.
1

2.0

KEMAHIRAN ASAS DALAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Ilmu bimbingan dan kaunseling tidak hanya tertumpu kepada guru kaunseling semata-mata. Ilmu ini seharusnya sebati dalam diri setiap guru termasuklah guru biasa. Hal ini kerana tugas guru bukan sekadar menyampaikan wahana akademik malah menjadi pembimbing kepada para pelajar. Seorang guru yang efektif harus memastikan bahawa murid-muridnya dapat

mengembangkan kemahiran mereka bagi menangani masalah yang wujud di dalam kehidupan. Murid-murid yang tidak tahu menangani masalah emosi dan peribadi akan menyebabkan mereka gagal mengikuti aktiviti

pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab guru supaya menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam bimbingan dan kaunseling bagi membantu murid-murid mengatasi masalah dan secara tidak langsung mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Terdapat lima kemahiran asas bimbingan dan kaunseling yang perlu dikuasai oleh guru iaitu:

Kemahiran melayan dan mendengar Kemahiran melaksana intervensi


KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

Kemahiran mengintepretasi tingkah laku bukan lisan

Kemahiran mengenalpasti masalah

Kemahiran memberi tindakbalas

Rajah 1 : Kemahiran Asas Kaunseling

2.1

Kemahiran Melayan Dan Mendengar

Pengaplikasian kemahiran melayan dan mendengar adalah penting bagi guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kedua-dua kemahiran ini amat penting untuk membina asas hubungan yang kukuh antara guru dan murid-murid. Melalui kemahiran melayan dan mendengar, guru menyampaikan mesej bahawa beliau bersedia secara fizikal dan psikologikal terhadap apa yang diperkatakan serta dilakukan oleh murid-murid. Dalam suasana teraputik sedemikian, kanak-kanak didorong untuk terus menceritakan apa yang terbuku dalam hati, termasuklah perasaan. Kemahiran melayan yang digunakan oleh guru bertujuan menggalakkan murid untuk bercakap. Menurut Covey (2001),

perbuatan melayan melibatkan enam kombinasi keadaan iaitu tahap tenaga, kedudukan dan jarak, dorongan, kualiti vokal, bahasa tanpa lisan, kemahiran memfokus, ekspresi muka, mendengar dan kontak mata. Mendengar juga penting dalam proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Oleh yang demikian, amat penting bagi

kaunselor mendengar dan memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun tingkah laku bukan lisan klien. Dengan berbuat demikian, kaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebih sempurna. Kaunselor boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara menyatakan semula,

menggambarkan semula, dan memberikan respon.

Aplikasi kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran Semasa menjalani praktikum, saya telah mengaplikasikan kemahirankemahiran asas kaunseling sebagai nilai tambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Lebih-lebih lagi terhadap murid-murid khas. Murid-murid khas yang terdiri daripada pelbagai kategori masalah sentiasa mendambakan layanan daripada gurunya. Saya telah mengaplikasikan kemahiran melayan dan mendengar semasa mengajar subjek Bahasa Melayu bertajuk bunyi-bunyi haiwan di Kelas Bestari. Saya telah menggunakan nada suara yang rendah agar tidak wujudnya jurang di antara guru (saya) dan murid. Saya juga sentiasa menunjukkan ekspresi muka yang gembira supaya suasana di dalam kelas menjadi ceria. Seorang murid bernama Nabila telah menyuruh saya membunyikan bunyi kucing. Cikgu, macam mana bunyi kucing? Saya pun melakonkan dan membunyikan bunyi haiwan tersebut bersama-sama murid yang lain. Murid-murid menjadi sangat aktif apabila saya sentiasa melayan karenah mereka. Semasa peringkat lembaran kerja, seorang murid bernama Azam menceritakan tentang pengalamannya pergi memancing ikan di sungai. Saya telah mengaplikasikan kemahiran mendengar dengan menyatakan semula apa yang telah diceritakan. OooAzam pergi memancing ikan ye.. Murid tersebut pun meneruskan ceritanya mengenai jenis-jenis ikan yang berjaya dipancing. Saya pun

mengajukan pelbagai soalan kepada Azam sebagai tanda saya memahami apa yang diceritakan oleh murid tersebut. Begitu juga dengan murid yang lain. Ada yang menceritakan tentang ayam yang dibela dan ada yang takut kepada katak. Sebagai guru, saya perlulah memahami kehendak murid kerana menurut teori Maslow, kanakkanak ingin rasa dihargai. Walaupun tidak mempunyai kepakaran dalam bidang kaunseling, namun saya haruslah menguasai

kemahiran-kemahiran asas kaunseling supaya dapat diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran secara tidak lagsung.
4

2.2

Kemahiran Menginterpretasi Tingkah Laku Bukan Lisan

Kemahiran ini membawa maksud proses aktif di mana kaunselor atau guru menjelaskan makna tingkah laku yang ditunjukkan oleh klien mengikut fahaman kaunselor dari perspektif yang baru. Menurut Shostrom (1968), kesenyapan yang berlaku bukan kerana tindak balas tetapi mempunyai makna yang kompleks. Kesenyapan terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif. Berdasarkan carta pai komunikasi interpersonal yang terdapat di dalam buku bimbingan dan kaunseling, kanak-kanak lebih memilih untuk menggunakan bahasa badan dan bukan lisan untuk berhubung.

Lisan 7%

Komunikasi Interpersonal

Nada suara 38%

Bahasa badan dan bukan lisan 55%

Rajah 2 : Carta Pai Komunikasi Interpersonal Di dalam apa jua situasi, penting bagi kaunselor untuk mentaksirkan kesenyapan yang ditunjukkan oleh klien sama ada bersifat positif atau negatif. Mehrabian (1972) telah mengenalpasti tiga dimensi yang dikatakan berkesan dalam mentafsir tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak iaitu tindakbalas semulajadi (kontek mata,sentuhan), perasaan teransang (ekspresi muka, suara), dan sifat dominan (faktor sosial). Tujuan kaunselor membuat interpretasi adalah untuk membantu klien mentafsir peristiwa hidup mereka berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan. Selain itu juga dapat membantu klien melihat perkara yang tidak dapat dilihatnya dengan mudah, tersorok atau tidak disedarinya.
5

Aplikasi kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran Guru Pendidikan Khas yang efektif merupakan seorang guru yang sentiasa peka dengan keadaan murid-murid. Lebih-lebih lagi muridmurid Pendidikan Khas. Ketika praktikum, saya telah mengaplikasikan kemahiran menginterpretasi tingkah laku bukan lisan semasa

berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik. Tajuk pelajaran pada hari tersebut ialah turutan nombor menaik. Apabila saya menyuruh seorang murid untuk menjawab soalan yang diutarakan, murid tersebut meletakkan dagu dan tangan di atas meja. Saya mula curiga dengan tindak tanduk Firdaus yang resah gelisah. Saya bertanya kepada Firdaus, Firdaus tak faham ye apa yang cikgu ajar. Firdaus tetap mendiamkan diri. Saya membuat jangkaan bahawa Firdaus tidak berminat dengan aktiviti yang dijalankan. Saya pun meletakkan tangan di dahi Firdaus. Ternyata Firdaus tidak sihat. Terdapat juga seorang murid yang duduk bersendirian di mejanya semasa berlangsungnya aktiviti permainan ketingting. Saya telah memberi sedikit waktu kepada murid tersebut untuk melayani perasaannya. Setelah itu saya telah memerhatikan kontak mata murid tersebut sama ada memandang saya atau tidak. Ternyata murid terebut memandang saya dan sudah bersedia untuk berkongsi masalah. Murid yang bernama Lutfi pula sering berada di dalam dunia khayalannya. Apabila saya menyuruh Lutfi membaca nombor, dia kelihatan terkejut dengan panggilan saya. Saya pun mendekatinya dan bertanya apa yang difikirkannya. Seorang murid lagi kedengaran sering mengeluh semasa berlangsungnya pembelajaran. Murid

tersebut akan bermalas-malas apabila diminta melakukan aktiviti. Saya telah bertanya kepada

2.3

Kemahiran Memberi Tindakbalas

Kemahiran ini memerlukan kaunselor atau guru memberi perhatian kepada perasaan dan pernyataan lisan kanak-kanak sepanjang sesi kaunseling. Kanak-kanak akan lebih terdorong untuk meneruskan perkongsian masalah sekiranya guru melaksanakan kemahiran

tersebut. Antara tindakbalas positif guru bimbingan dan kaunseling terhadap maklumat yang dibekalkan oleh kanak-kanak termasuklah memberi motivasi, memberi galakan, mencabar secara positif, memberi pujian, anggukan kepala dan bertanya soalan. Terdapat empat kaedah memberi tindak balas kepada klien iaitu dorongan minimum, parafrasa dan refleksi, kemahiran meminta penjelasan, dan menggunakan konfrontasi. Kaedah tindakbalas Dorongan minimum Parafasa Tujuan Contoh lepas itu, kemudian, dan terangkan lagi. adakah ini betul? atau anda yakin dengan kata-kata. anda seolah-olah bimbang tentang membuat keputusan awak telah bercerita tetapi terdapat sedikit kekeliruan,boleh awak ceritakan sekali lagi? awak kata boleh berkawan dengan dia, tapi mengapa suara awak tinggi?

Bertujuan menggalakkan klien meneruskan berucap Mendorong klien meneroka perasaannya dengan lebih mendalam Menunjukkan perhatian dan rasa empati kepada klien Menjelaskan kekeliruan tetapi digunakan apabila perlu sahaja

Refleksi

Kemahiran meminta penjelasan

Konfrontasi

Menarik perhatian terhadap percanggahan antara komunikasi lisan dengan bukan lisan

Rajah 3 : Kaedah Memberi Tindakbalas

Aplikasi kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran Selain itu, saya juga telah mengaplikasikan kemahiran memberi tindakbalas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni. Tajuk pelajaran pada hari tersebut ialah bidang menggambar menggunakan teknik gosokan. Saya telah memberikan duit syiling kepada setiap murid untuk ditekap. Murid-murid berasa sangat teruja dengan pembelajaran pada hari tersebut. Ada murid yang bertanya, cikgu, nak buat apa dengan duit ni? Saya pun terus menjawab pertanyaan murid hari ini, kita nak buat gambar bunga menggunakan duit syiling. Murid yang lain pula bercakap cikgu, saya tidak tahu nak buat ni. Lalu saya menjawab Mari cikgu tunjukkan. Semasa berlangsungnya pengajaran, saya berusaha untuk tidak

mengecewakan murid-murid saya dengan menjawab semua soalan yang diutarakan. Seperti yang kita semua tahu, murid-murid khas bersifat sensitif. Sekiranya guru tidak memberi tindakbalas terhadap apa yang diperkatakan, mereka akan menunjukkan ekspresi muka yang kecewa pada waktu itu juga. Saya akan berasa tidak adil kepada mereka jika saya tidak mengendahkan mereka. Kekurangan yang ada pada mereka sentiasa mengingatkan diri saya agar sentiasa memenuhi keperluan mereka. Selain itu, saya juga telah menggunakan kemahiran memberi tindakbalas ini dengan tujuan menggalakkan murid untuk berkomunikasi dan berfikir. Saya telah mengaplikasikan teori

konstruktivisme iaitu pembinaan pengetahuan. Saya telah memberi lembaran kerja kepada murid-murid. Seorang murid bernama Irfan bertanya kepada saya, cikgu, selepas nombor 7,nombor 8 kan? Kemudian, saya menjawab, Irfan yakin?Cuba Irfan bilang semula turutan nombor bermula daripada 1. Saya masih tidak mengabaikan murid dengan memberi tidakbalas. Namun, tindakbalas ini lebih bersifat pembinaan ilmu pengetahuan.

2.4

Kemahiran Mengenalpasti Masalah

Salah satu daripada strategi untuk mengenalpasti masalah kanakkanak adalah melalui tinjauan. Melalui tinjauan, guru boleh mengumpul sebanyak mana maklumat mengenai klien. Pemerhatian boleh dibuat melalui pergaulan murid, prestasi murid atau temubual bersama guru kelas. Guru juga boleh mengenalpasti masalah murid semasa berlangsungnya sesi kaunseling dengan menginterpretasi maklumatmaklumat yang diberi oleh murid. Terdapat dua aspek dalam

mengenalpasti masalah iaitu membuat interpretasi dan pemikiran reflektif. Menginterpretasi bermaksud memberi tafsiran atau penjelasan tentang makna, tujuan, dan implikasi terhadap sesuatu. Kemahiran ini merupakan proses yang digunakan kaunselor untuk memberikan maklumbalas kepada klien supaya berupaya untuk melihat

masalahnya dari satu sudut yang berbeza. Kaunselor akan memberi penghuraian kepada situasi yang diutarakan oleh klien. Menurut Ishamuddin Hj. Ismail (1999), tujuan interpretasi ialah membantu klien dapat untuk lebih memahami terhadap perkara-perkara yang tidak dilihat dengan mudah. Kaunselor perlulah bijak dalam

mengenalpasti masalah berdasarkan penceritaan klien. Menurut penggunaan Brichall (1992), sedia pemikiran ada reflektif untuk memerlukan

pengalaman

menimbangkan

kemungkinan-kemungkinan tindakan alternatif yang boleh jaya untuk untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta menetapkan keputusan bagi tindakan seterusnya. Guru kaunseling perlulah berfikir secara reflektif dengan mengaitkan sesuatu idea dengan pengalamanpengalaman yang sedia ada dan mengemukakan pelbagai

kemungkinan dengan wajar. Selain itu, kaunselor juga boleh menilai kemungkinan penyelesaian secara kritis dan kreatif.

Aplikasi kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran Di samping itu, saya telah mengaplikasikan kemahiran mengenalpasti masalah dalam p&p saya. Pada satu sesi p&p Bahasa Melayu, semua murid memberikan penglibatan yang baik dalam setiap aktiviti yang dijalankan bermula daripada set induksi sehinggalah peringkat penutup. Namun, terdapat seorang murid yang kelihatan muram daripada awal p&p lagi. Tanggapan awal saya kemungkinan Nasuha tidak berminat dengan pengajaran hari tersebut. Saya telah bertanya kepada Nasuha mengapa dia kelihatan muram. Namun, Nasuha hanya mendiamkan diri. Setelah itu, saya mendekati Nasuha dan mengusap bahunya. Saya bertanya sekali lagi. Tetap tiada respon. Apabila saya terpandang matanya yang merah, barulah saya tahu bahawa Nasuha demam. Dahinya juga panas. Disebabkan keadaannya yang tidak sihat, saya telah membawa Nasuha ke satu ruangan yang lain untuk berehat. Nasuha telah saya kecualikan dalam p&p tersebut. Pengaplikasian kemahiran mengenalpasti masalah juga perlu bagi guru biasa semasa sesi p&p. Kemahiran ini membantu guru membuat interpretasi terhadap perwatakan murid. Semasa

berlangsungnya sesi p&p, terdapat juga seorang murid yang bernama Izzudin seringkali cuba mengelak matanya daripada bertentang dengan mata saya. Apabila menyedari keadaan tersebut, saya pun mendekati Izzudin. Izzudin semakin menundukkan pandangannya dan seolah-olah mengecilkan dirinya. Saya pun bertanya kepada Izzudin mengenai tindakannya. Pada mulanya Izzudin hanya mendiamkan diri. Namun setelah berasa selesa dengan kehadiran saya, Izzudin mula mengeluarkan suara. Menurut Izzudin, dia takut sekiranya saya bertanyakan hal keluarganya. Saya tidak menunjukkan riak terkejut malah saya memberitahu Izzudin bahawa tidak perlu takut dengan saya kerana saya tidak akan memaksa Izzudin untuk bercerita mengenai hal keluarganya.

10

2.5

Kemahiran Melaksana Intervensi

Perkataan intervensi membawa maksud satu proses untuk pemulihan, perkembangan, pencegahan dan krisis Dalam konteks kaunseling, intervensi merupakan teknik yang digunakan dalam sesi terapi. Intervensi sering diaplikasikan untuk menangani masalah peribadi yang teruk, gangguan mental dan emosi. Intervensi boleh dibahagikan secara langsung dan tidak langsung. Intervensi secara langsung menggunakan teknik kaunseling individu atau kumpulan manakala intervensi secara tidak langsung melibatkan kerjasama keluarga klien untuk menggalakkan mereka membantu klien menyelesaikan masalah. Kemahiran melaksana intervensi melibatkan kemahiran

merumus dan kemahiran membuat keputusan. Merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang telah diberitahu klien semasa sesi kaunseling. Tujuan kaunselor membuat rumusan adalah untuk menyedarkan dan mengimbas

kembali klien apa yang telah dibincangkan. Menurut Ishamuddin Hj.Ismail (1999), merumus bertujuan memperdengarkan klien dengan kata-kata kaunselor berkenaan isu yang dibincangkan. Merumus akan membantu klien dalam mendapatkan kata sepakat dan tindakan susulan yang harus diambil. Membuat keputusan ialah sebahagian daripada proses

penyelesaian masalah. Membuat keputusan merupakan peringkat akhir dalam proses penyelesaian masalah. Kemahiran membuat keputusan merupakan proses mental yang melibatkan seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik dari beberapa pilihan terbaik dari beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu. Seorang kaunselor perlulah berfikir secara kreatif dan menggunakan pemikiran reflektif untuk menimbangkan pilihan-pilihan yang terbaik.

11

Aplikasi kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran Setelah beberapa kali berhadapan dengan murid-murid semasa sesi p&p, saya semakin mengenali murid-murid termasuklah masalahmasalah yang dihadapi murid dalam pembelajaran. Kebanyakan murid dari kelas Bestari masih tidak menguasai kemahiran menulis. Seorang murid bernama Normimi Shuhada mengalami masalah kritikal dalam menulis. Menyambungkan titik-titik juga Mimi tidak mampu. Saya telah mencuba memberikan lembaran kerja huruf titik-titik kepada Mimi. Namun, tetap tidak berjaya. Mimi tidak mengetahui bagaimanakah untuk menyambungkan titik-titik yang telah disediakan. Bagi mengatasi masalah tersebut, saya telah menyediakan gambar haiwan yang mempunyai garisan putus-putus. Penggunaan gambar haiwan diharap dapat menarik perhatian kesemua murid kelas Bestari agar berusaha untuk menyambungkan garis putus-putus bagi membentuk gambar haiwan. Saya telah member perhatian kepada Normimi Shuhada. Saya juga telah menerapkan terapi seni dalam p&p saya. Gambar haiwan yang telah terbentuk perlu diwarna oleh murid-murid. Bezanya pada kali ini ialah murid-murid menggunakan warna lilin. Terapi seni ini dapat membantu meningkatkan kefungsian motor halus kanak-kanak. Guntingan dan tampalan juga merupakan salah satu terapi seni. Terapi seni yang digunakan dapat menceriakan suasana dan memberi kesan kepada pemulihan murid-murid. Selain terapi seni, terapi muzik juga dapat membantu murid-murid dari segi emosi. Apabila lagu dimainkan, murid-murid menjadi lebih bersemangat secara semulajadinya. Terapi muzik digunakan bagi tujuan pemulihan, pemeliharaan, dan peninhkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Terapi muzik akan membantu murid-murid dalam mengekspresikan perasaan mereka. Sebagai contoh, Nabila yang bermasalah parkinson kelihatan normal apabila diperdengarkan dengan muzik. Suaranya yang halus juga bertukar menjadi kuat.

12

3.0

RUMUSAN

Secara umumnya, bukanlah mudah untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya kerana memerlukan penguasaan kemahiran-kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikannya ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai bagi mewujudkan keadaan yang teraputik. Tugas memberi bimbingan dan kaunseling juga boleh dilakukan oleh guru biasa. Seorang guru yang berkesan bukan sahaja menyampaikan ilmu dan kemahiran kepada muridmuridnya berkaitan akademik sahaja. Guru perlulah memastikan muridmuridnya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI). Disebabkan itu adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membantu anak murid mengembangkan kemahirannya supaya dapat menangani masalah dalam kehidupan.

Kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling boleh diaplikasikan oleh guru biasa semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sebagai nilai tambah. Di samping menyampaikan maklumat pelajaran, guru juga boleh menerapkan nilai-nilai murni dengan memberi nasihat, membantu

menyelesaikan masalah, dan menginterpretasi tingkah laku murid-murid. Pengaplikasian kemahiran asas kaunseling sebagai nilai tambah dalam amalan p&p dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru. Secara tidak langsung, guru akan mencipta kelainan dalam corak dan strategi pengajaran. Guru akan melangkah setapak ke hadapan sekiranya mencipta pembaharuan secara dinamik dalam pedagogi pengajaran. Pengajaran secara 2 in 1 iaitu menggabungkan akademik dan emosi akan meningkatkan prestasi muridmurid. Dalam masa yang sama murid dapat mengembangkan kemahirannya supaya dapat mengurus dan menangani masalah yang wujud dalam kehidupan yang serba mencabar ini.

13

4.0

REFLEKSI

NAMA NO KP OPSYEN

: NURUL SYAMIMI BINTI JAAFAR : 890626-10-5574 : PISMP SEM 7 PENDIDIKAN KHAS/PJ/PSV Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana

Assalamualaikum W.B.T.

dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Penulisan ini merupakan tugasan bagi subjek Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-kanak. Tugasan ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada diri saya sendiri agar mengaplikasikan kemahiran asas kaunseling dalam sesi pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum. Melalui tugasan ini saya telah memperolehi pelbagai input yang berguna yang boleh diaplikasikan semasa mengajar nanti. Dari segi pemerolehan ilmu, saya mendapat banyak input daripada tugasan yang dilakukan dan dapat diaplikasikan semasa bergelar guru pada suatu hari nanti. Tugas memberi bimbingan dan kaunseling bukan hanya terletak dibahu kaunselor. Cuba kita bayangkan seorang kaunselor perlu memberi kaunseling kepada warga sekolah. Disebabkan itu, sebagai bakal guru biasa, saya perlulah menerapkan kemahiran-kemahiran asas dalam kaunseling semasa sesi p&p dan tidak semata-mata bergantung pada kaunselor. Tujuan saya mengaplikasikan kemahiran asas kaunseling ke dalam p&p adalah untuk membantu murid-murid mengembangkan

kemahirannya agar mampu menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan.

Banyak manfaat dan faedah yang diperoleh sepanjang penghasilan kerja kursus ini. Setelah menyelesaikan tugasan, saya mula sedar bahawa setiap murid mempunyai kehendak dan keperluan yang perlu dipenuhi. Muridmurid mahu dilayan. Disebabkan itu saya telah mengaplikasikan kemahiran melayan, mendengar, dan memberi tindakbalas. Ianya mampu melatih diri
14

saya menjadi manusia yang bertanggungjawab dengan mengambil kira keperluan orang lain tanpa mementingkan diri sendiri. Saya menyedari bahawa melalui kemahiran tersebut, hubungan saya dengan murid-murid juga akan menjadi lebih mesra. Murid-murid akan akan berasa selesa dengan saya.

Saya juga dapat menimba pelbagai ilmu yang berguna di mana minda saya terbuka untuk mentafsir segala perkara yang berlaku di sekeliling. Hal ini dapat diperoleh semasa saya mengaplikasikan kemahiran menginterpretasi tingkah laku bukan lisan dan mengenalpasti masalah. Sebagai guru

Pendidikan Khas, saya perlu berhadapan dengan alam Pendidikan yang penuh dengan cabaran. Saya juga perlu berhadapan dengan murid-murid yang mempunyai pelbagai kategori masalah pembelajaran. Sedikit sebanyak saya telah memahami ekspresi wajah dan tingkah laku kanak-kanak khas. Saya masih memerlukan panduan dan ilmu berkaitan cabaran PK sebagai bekalan untuk menempuh hari mendatang sebagai seorang guru PK.

Melalui p&p yang dijalankan, saya dapat merasakan kualiti p&p saya semakin meningkat kerana saya telah memperbaharui strategi pengajaran saya. Pengajaran pada kali ini lebih bervariasi kerana saya turut menerapkan unsur-unsur kaunseling. Dalam masa yang sama, saya dapat meningkatkan kemahiran asas kaunseling yang ada dalam diri melalui bimbingan yang telah diberikan kepada murid dari semasa ke semasa. Saya sedar bahawa bukan mudah untuk menjadi guru PK. Guru PK perlulah mempunyai sifat kesabaran yang tinggi dalam melayan kerenah anak-anak istimewa.

Saya berharap dengan ilmu yang ada ini akan membantu saya semasa melaksanakan p&p di sekolah nanti. InsyaAllah. Pengalaman ini diharapkan dapat membantu saya semasa bergelar guru pada suatu hari nanti. Akhir kata saya berharap tugasan ini akan memberikan saya seribu satu makna yang dapat saya aplikasikan suatu hari nanti. Sekian, terima kasih.

15

RUJUKAN

Mohamad Aziz Shah Mohamed Arip.Mohammad Nasir Bistaman,Ph.D.Ahmad Jazimin Jusoh, Ph.D. Syed Sofian Syed Salim, Md Noor Saper (2009). Kemahiran Bimbingan & Kaunseling. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Kamarudin Hj.Husin(1993), Pedagogi 3, Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur : Longman

Malek Muhd Said(2007), Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, Kuala Lumpur : PTS Publication Sdn.Bhd.

Choong Lean Keow (2010).Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Denan Kepujian Institut Pendidikan Guru Malaysia.Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Choong Lean Keow (2007). Kaunseling:Teori & Praktis Pengetahuan Dan Pengalaman Pengamal. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

http://bimbingandankaunseling.blogspot.com/2010/06/kemahiran-asaskaunseling.html (Diakses pada 10 Februari 2012)

http://pendaftar.uitm.edu.my/latihan/images/stories/Nota_Induksi/Kump1/kaun seling.pdf (Diakses pada 10 Februari 2012)

http://azamri.tripod.com/rmodul8.htm ( Diakses pada 14 Februari 202)

http://eprints.uthm.edu.my/183/1/mohd_safiee.pdf ( Diakses pada 14 Februari 2012)

16

LAMPIRAN

Guru melayan dan mendengar cerita Izzudin mengenai ikan yang dipancing

Kemahiran melayan dan mendengar

Guru mendekati Firdaus yang kelihatan resah gelisah

Kemahiran menginterpretasi tingkah laku bukan lisan

17

Guru memberi respon terhadap pertanyaan murid mengenai gambar haiwan

Kemahiran memberi tindakbalas

Guru mengenalpasti masalah Nasuha yang kelihatan muram

Kemahiran mengenalpasti masalah

18

Guru menjalankan intervensi terhadap Mimi yang mengalami masalah menulis

Kemahiran melaksanakan intervensi

19

Definisi Bimbingan dan Kaunseling


Bimbingan dan Kaunseling Apa itu kaunseling? Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling. Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya. kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu. Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien. Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.
20

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Definisi Bimbingan Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. Prinsip-prinsip bimbingan Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka. fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah. murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela. guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat. perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan. Pendekatan Bimbingan Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K) Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling. Guru ini tidak digelar kaunselor MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan. Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan. Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan kaunseling kelompok. Perkhidmatan lebih bersifat terbuka . Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin. Perkhidmatan bersifat pelbagai modality

21

Bimbingan dan Kaunseling Dalam Pemulihan Khas Part 2


26 Oktober 2009 cikgu Tinggalkan komen

Salam sejahtera.. Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA, kita masih dapat bernafas di hari yang indah dan menghirup udara yang segar sambil menikmati pemandangan di sekeliling kita. Tidak kira apa jua pemandangan, itulah yang kita lihat sekarang..bersyukurlah.. Semoga segala yang kita lakukan pada hari ini akan mendapat keberkatan daripadaNYA.. insyaallah.. Hari ini saya akan sambung lagi topik Bimbingan dan Kaunseling ini dalam bahagian yang kedua. Semoga apa yang terdapat dalam entri kali ini akan dapat dimanfaat bersama. Definisi BIMBINGAN dan KAUNSELING Terdapat pelbagai istilah yang memberi takrifan mengenai Bimbingan dan Kaunseling. Berikut adalah beberapa pandangan daripada beberapa orang tokoh mengenai takrifan Bimbingan dan Kaunseling : Shertzer and Stone (1981) ..proses membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka supaya mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri menentu aspirasi yang realistik (hubungan bermakna) Mansur Abdullah (1984) Membimbing orang yang dibantu menghadapi, mengertidan menerima teguran tentang dirinya, interaksi sesama orang lain sehingga membolehkan dibuat keputusan yang berkesan daripada pemilihan dalam hidupnya Krumboltz (1965) Kaunseling apa saja aktiviti yang beretika dilakukan kaunselor dalam usaha membantu klien wujudkan tingkah laku mendorong penyelesaian masalah klien Zainal Abidin (2002) Kaunseling satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama berfikir dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang terpilih. Mungkin daripada beberapa pedapat di atas dapat disimpulkan bahawa :

Bimbingan memberi nasihat, panduan, pengajaran kepada pelajar yang memerlukan

22

Kaunseling membantu klien menolong diri sendiri mengatasi kebuntuan, kekusutan fikiran dan perasaan Psikoterapi pemulihan kekeliruan mental (contoh : skizofrenia, psikopath, penyakit mental (rawatan psikologi)

Matlamat Kaunseling Perubahan tingkah laku positif :

Membantu klien membuat perubahan tingkah laku = kehidupan lebih produktif dan memuaskan Membantu klien memula dan meneruskan perhubungan yang positif dengan orang lain Membantu klien membantu diri dengan efektif apabila dalam kesulitan Membantu klien dalam proses membuat keputusan dengan rasional Membantu klien berkembang secara positif dan mencapai potensinya

Perhubungan Positif :

Pengurusan Kendiri Efektif :


Proses membuat keputusan efektif : Pencapaian Potensi : Sekian,

NORHAIDI BIN HAJI SARPONEN Sumber : Nota kuliah Bimbingan dan Kaunseling (KSPK, IPBMM 2008 Mr.Lee)

23

You might also like