You are on page 1of 204

Suami yang Kubenci 1

by E-man Sufi Dum!! Pintu kereta ditutup sekuat hati. Hah! mengamuklah lagi,pecahkan sekali cermin kereta ni,kalau tak puas hati lagi awak bakar aja terus kereta saya ni Sindiran itu buat Hannah membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam rumah.Ini dah kira mencabar kesabaran aku..apa,ingat aku tak berani? Dia menanggalkan kasut tumit tinggi.Tanpa menunggu lama,Hannah menghayunkan kasut LV yang baru sebulan dibelinya itu. Prang!!!!! Hannah senyum puas.Kereta warna hijau itu sudahlah buruk dan sekarang dah tak bercermin hadapan lagipadan muka Uwais!! Uwais tenganga. Habislah!!! sekali dia buat betul? kereta mini cooper hijau sudah berderai cermin hadapannya.Rasa berpinau matanya. Hannah!!! apa awak buat ni? Awak yang suruh kan? why? you wanna me to burn this car? kejap..saya pergi ambil minyak tanah ya? Arrgghhh!!! kenapalah saya dipertemukan dengan perempuan gila macam awak ni!! marah Uwais. Apa awak cakap? perempuan gila?? hallonot me but you! ingat saya hard up sangat lelaki macam awak ke? kalau tak sebab saya sayang keluarga saya,takdenya saya nak kahwin dengan lelaki macam awak tau Awak bercakap macam awak tu bagus sangat! awak patut bersyukur saya ambil awak sebagai isteri,kalau tak sebab saya akad awak malam tu,satu dunia akan tahu yang awak tak jadi kahwin sebab tunang terbaik awak tu kena tangkap basah dengan perempuan lain! jeritan Uwais bergema.Hannah terkedu.Wajahnya memerah.Kenapa mesti peristiwa seminggu yang lalu diungkit lelaki itu.Aku benci kau Uwais Ukasyah!! kenapa mesti kau? kenapa bukan orang lain? aku lebih rela tak kahwin daripada jadi isteri kaulah! Tapi apa dia boleh buat. Memang malang nasibnya bila orang yang dipuja rupanya penipu dan penggantinya pulak orang yang dia tak suka! Cakaplah kuat lagi! biar satu taman perumahan ni dengarbaru awak puas hati dapat malukan saya kan? Hannah segera masuk ke dalam rumah.Uwais meraup wajahnya.Dia memandang sekeliling.Lega, bila tiada yang melihat pergaduhan mereka berdua di luar rumah itu.Bukan pertama kali mereka bergaduh.. pantang bertemu,mesti bertikam lidah. Bukan dia tak redha beristerikan Hannah Mariam.Memiliki isteri secantik Hannah,bahkan datang dari keturunan yang baik sudah tentu menjadi impian setiap lelaki.Hakikatnya,cantik saja tidak cukup.. Uwais merenung kereta antik miliknya.Dicangak-cangak duit yang tinggal dalam akaun bank.Paling tidak dia perlukan 400 ringgit untuk baiki kerosakkan itu. Mata Uwais terpandang kereta Audi milik Hannah.Ikutkan akal jahatnya,nak saja dia pecahkan cermin hadapan kereta mewah itu.Lagipun,Hannah tentu tidak bermasalah untuk membaikinya.Maklum saja,sebagai CEO syarikat milik keluarga,gaji Hannah berkali kali ganda berbanding perdapatannya.Itu salah satu factor kenapa isterinya yang solehah itu begitu angkuh di hadapannya. Uwais mendekati kereta Audi berwarna silver itu.Namun niat jahatnya dibatalkan.Dia tidaklah seteruk itu.Baik buruk Hannah pun masih lagi bergelar isterinya. Tapi kalau macam ni okey kut Uwais senyum sambil tangannya membuka nat tayar kereta itu.Dikeluarkan semua angin dari dalamnya. Uwais!!! Hannah mengetuk pintu bilik Uwais sekuat hati. Walaupun mereka sudah sah sebagai suami isteri semenjak seminggu yang lalu tapi tidak rela dia menjadi isteri dengan erti kata sebenarnya pada lelaki murahan seperti Uwais.Bukan sedikit wang yang datuknya bayar supaya lelaki itu mengahwininya.Kalau tak disebabkan terdesak dia pun tak hingin bersuamikan seorang penjual

burger! Apa hal awak ni? pagi-pagi lagi dah kecoh! Uwais sudah tersembul di muka pintu.Lelaki itu tidak berbaju,hanya memakai seluar pendek sahaja.Hannah sedikit malu melihat keadaan Uwais yang sebegitu.Tapi..boleh tahan juga seksi badan dia..ish! apa yang aku merepek ni? Awak pancitkan tayar kereta saya ya? Kalau betul kenapa? wajah Uwais macam orang tak bersalah.Rambutnya yang tercacak macam kena elektrik digaru-garunya. Saya nak awak tukar tayar kereta tu sekarang..sebab awak,saya dah lambat pergi kerja pagi ni tau Tak tahu.. Uwais mencebir.Dia kembali menutup pintu bilik. Hey!! Uwais!!..tukar tayar kereta tu Awak buatlah sendiri..saya nak tidur! terdengar laungan Uwais dari dalam bilik. Hannah rasa nak menjerit sekuat hati.Sudahlah pagi tu dia ada meeting,mana dia nak letak muka kalau dia sampai lewat.Mahu tak mahu,dia terpaksa naik teksi pagi itu.Kali ni,awak menang Uwais..tengoklah nanti! sejak bergelar isteri Uwais,hidupnya tak pernah lagi amanmulai hari ni,dia takkan makan burger lagi! itu salah satu daripada kempen anti Uwais Ukasyah..Si penjual burger

Suami yang Kubenci 2


by E-man Sufi Kau cakap macam tu? Ya,Allah Hannah.kau tak boleh buat macam tu,dia tu suami kau Hannah..lagipun,kau sendiri tahu yang dia tu bukan banyak duit punkau dah rosakkan kereta dia..then,kau marah dia lagikau tak takut dosa ke? Hannah telan liur.Eii..aku kalau bab dosa pahala ni mula cuak..agak-agaknya,aku ni dapat masuk syurga tidak nih..alahai,apsal aku rasa semacam aja nih.. Mai..aku bukan sengaja pun nak cakap macam tu.Salah Uwais tu jugak,dia yang cabar akusalah aku ke? kiranya aku pecahkan cermin kereta dia tu dengan keizinan la kan..sebab dia yang suruh.. Hannah tak mahu mengalah.Maira, sepupunya itu menggeleng.Bercakap dengan Hannah Mariam umpama bercakap dengan batu,takde maknanya.. Kalau Tuk ayah tahu kau buat macam tu,siaplah kau Beranilah dia nak mengadu Hai..tak habis lagi? bila nak insaf kau ni? belajarlah merendah diri Hannah,kalau tak dengan orang lain pun..dengan suami sendiri cukuplah..apa masalahnya dengan Uwais tu? sebab dia orang kampung? atau..sebab dia Cuma penjual burger? setidaknya dia berusaha cari rezeki yang halal HannahAku tahu kau kecewa sebab kau tak jadi kahwin dengan Tengku Muiz tu kan?..hmmmkalau taraf tinggi sangat pun tak ke mana Hannah..bukan dapat bawa masuk kubur pun Maira meluahkan rasa tak puas hatinya.Hannah memang macam tu,sikap angkuh dan sombongnya tu bukan baru..dari zaman sekolahnya dulu pun,semua kena sempurna..nak berkawan dengan yang pandai saja,anak VIP..dan nak berkahwin pun dengan yang berdarjat kononnya..alih-alih,tak jadi jugabaru tahu langit tinggi rendah bila Tengku Muiz kena tangkap khalwat dengan budak bawah umur..pun masih tak sedar lagi? Kau datang bilik aku ni,just nak bagi tazkirah ni ke? aku takde mood la nak dengar Panas telinganya bila disindir.Maira mengeluh. Aku datang Cuma nak hantar laporan kewangan,tu aja..kau yang mulakan cerita pergaduhan kau dengan Uwais tu kan? kalau tak nak dengar nasihatlain kali zip aja mulut tulagipun,tak elok jaja hal rumahtangga kat orang tau? Maira bangun dari kerusi.Takde tujuan lagi dia berada di bilik CEO itu..kalau tak mengenangkan mereka sepupu,tak mahu dia nak masuk campur. Hannah bangun dari kerusi.Sebenarnya,apa yang dikatakan Maira berbekas dalam hatinya.Teruk sangatkah apa yang dia buat semalam? seingatnya,sebelum berkahwin lagi mereka sudah selalu bertikam lidah,bezanya..seminggu yang lepas dia sudah bernikah dengan Uwais..secara rasminya,dia menjadi isteri dan wajib menuruti kehendak dan patuh pada setiap arahan suami? Salahkah kalau dia mengharapkan sesuatu yang terbaik untuk dirinya? tak adil kalau dia disalahkan kerana dia tidak rela menjadi seorang isteri kepada lelaki bernama Uwais Ukasyah itu..dia tak cintakan Uwais,jauh sekali nak berkasih sayang..dia mahukan lelaki yang sempurna sebagai suami..tapi macamana dia nak cintakan Uwais kalau dari setiap sudut pandangannya lelaki itu tidak sempurna? berat untuk dia akui bahawa jodohnya ini adalah takdir daripada Allahbagaimana dia nak paksa dirinya sukakan orang yang dia tak suka? Siapa yang mampu memahami situasinya sekarang? baik Tuk ayah,mahupun saudaramaranya..tiada! mungkin kalau arwah mama dan papa masih hidup..mereka akan memahami keadaannya sekarangtapi sayangnya,mereka hanya hadir dalam mimpinya.

Lewat petang itu,Hannah tiba di rumah.Sebaik turun dari teksi dia mengatur langkah .Pintu pagar dibuka.Bila dia melihat mini cooper hijau milik Uwais tiada di garaj,hatinya merasa lega.Dia tak peduli ke mana Uwais pergi,yang penting lelaki itu tidak ada ketika dia dalam keadaan kepenatan untuk bertekak mahupun bergaduh. Hannah berhenti melangkah bila melewati kerete Audi miliknya.Dahinya berkerut seketika.Spontan dia membelek tayar keretanya yang tidak lagi kempis.Mungkinkah Uwais sudah

menukar tayar kereta itu? tapi..kunci kereta dia bawa ke pejabat? melainkan Uwais mengepam semula tayar kereta itu. Whatever! Hannah malas nak fikir.Kalau semuanya okey,dia takde sebarang kes untuk merungut..bukannya dia suka sangat nak bergaduh dengan Uwais. Hannah meletakkan briefcase dan handbag di atas sofa.Dia kemudian ke dapur,membuka freeze dan mencapai sebotol air mineral.Sewaktu freez ditutup dia melihat satu helai kertas ditampal di dinding freez.Kertas bertulis sesuatu itu diambil lalu dibaca. Mlm ni sy blk lwt,kunci sy ada bw klu awk lapar sbelum sy keluar siang tadi sy dh buatkan cheese burger utk awk..mkn klu lpr..x nk pun xpe.. sy letak dlm microwave..pndai2 la panaskan sndiri.. p/s sy mnta maaf psl smalam Hannah terkedu.Zap! sekejapan dia rasa seperti jantungnya disambar elektrik.Dia minta maaf? biar betul ni Hannah sedikit senyum.Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia senyum..mungkin kerana dia rasa seperti kemenangan berada di pihaknya kerana Uwais terlebih dahulu memohon maaf. Hannah membuka microwave.Ternyata memang ada cheese burger yang dihidangkan bersama kentang goreng dan salad sayur-sayuran.Masih panas lagi kerana Uwais meninggalkan microwave itu terpasang dalam suhu normal. Nampak sedap tapibukan aku tengah boikot burger ke? Hannah berfikir seketika.Kalau dia makan burger ni,apa pandangan Uwais agaknya? huh,mesti dia bangga sebab akhirnya aku makan juga burger yang dia buat dia bercakap sendirian. Penat dan lapar.Nak masak memang dah malas sebab dah terlampau penat! nak pulak sekarang dia sedang berhadapan dengan burger! yaburger. Makanan terlebih khasiat inilah makanan kegemarannya..apa yang dia hairan,kenapa dia sukakan burger tapi dia tak mampu nak sukakan penjual burger? Nak makan ke tak ni? Hannah mengeluh.Makan Hannah sebab kau dah terlalu lapar.. Dia mula berniat untuk menikmati burger itu di meja makan. Jangan Hannah!! pulak? sebab apa pulak tak boleh? langkahnya mati.Berfikir lagi Kalau kau makan,maka jatuhlah ego kau nanti.Burger ni Uwais yang buatkanUwais? takkan kau dah lupaSi penjual burger?

Uwais termenung di kerusi batu tidak jauh dari gerainya.Dia memandang beberapa pelanggan yang singgah di gerainya.Dah hampir 7 bulan,gerainya yang dulu kecil sekarang dah mampu menampung pelanggan yang lebih ramai.Siap dipasang LCD dan layar lebar untuk pelanggannya menghilangkan rasa bosan menunggu tempahan.Bukan setakat pelbagai jenis resipi burger,gerainya juga menghidangkan pelbagai menu westernfood yang lain. Uwais! Seseorang menyapa dari jauh.Uwais sekadar mengangkat tangan.Sedikit senyuman dihulurkan.Dia tidak ada rasa untuk berbual dengan sesiapa.Biarlah Wahab,rakan kongsinya saja yang melayan mereka.Lagipun,tak perlulah dia rasa kalut kerana beberapa hari lepas,dia sudahpun mendapat seorang pekerja yang mampu digajikan. Fikiran Uwais jauh melayang mengingati kejadian beberapa hari yang lepas.Sangkanya,kalau dia lebih bertolak ansur,Hannah akan bersikap lebih toleransi dengannya.Huh! toleransi pekebenda! perempuan tu memang dah melampau! kalaulah bukan kerana kesabarannya yang masih utuh,mahu saja ditampar muka Hannah sekuat hatinya..

Kalau bencikan dia sekalipun,tergamak Hannah membuang cheese burger yang dibuatnya ke dalam tong sampah.Apa hina sangatkah sesuatu yang datang dari pemberiannya? tak bolehkah Hannah menghargai keikhlasan orang lain.Sepatutnya dia yang dihidangkan makanan dari air tangan isterinya itu.Dia tak minta Hannah jadi isterinya yang terbaik.Dari hari pertama mereka bernikah pun dia tahu,Hannah langsung tak sukakan dia..bukanlah dia bodoh sangat nak faham airmuka Hannah yang langsung tak gembira.Dia sedar dia bukan anak jutawan,hartawan apatah lagi..nak melekat satu perkataan wan pun memang takde..namun begitu,sehina mana pun dia pada pandangan Hannah,dia tetap manusia..dia juga ada perasaan..dia seorang lelaki yang ada jiwa,ada rasa,dia berhak untuk merasa sensitive jika dirinya tidak dipedulikan. Pipit dengan Enggang mana boleh terbang sama Uwais Dia teringat kata-kata emaknya sebaik saja dia menerima saranan Tan Sri Idris untuk menikahi Hannah Mariam.Dia bukan pipit yang mahu terbang bersama Enggang..tak pernah terlintas punlagipun,dalam dunia manusianya,dia hanya menaiki mini cooper hijau yang selalu terbatukbatuk enjinnyasedangkan Hannah? Audi A4 Cabriolet itu saja cukup untuk buat dia rasa kecil hati.. Menyesalkan dia kerana bersetuju.Hanya kerana bantuan Tan Sri Idris yang menyelesaikan segala hutang-hutangnya,dia rela menjadikan dirinya umpama bidan terjun dalam majlis yang bukan miliknya. Perkara sudah berlaku.Mungkin ada hikmah di sebaliknyaTiba-tiba dia mengingati segala yang bermula dalam riwayat antara dia dan Hannah Mariam

Suami yang Kubenci 3


by E-man Sufi BEBERAPA BULAN SEBELUM PERKAHWINAN UWAIS UKASYAH & HANNAH MARIAM Apalah nasib mak ni beranakkan kau Uwais oiingatkan ada anak jantan sorang,bolehlah jadi tempat mak berpaut,ini takkau lagi nak cekik leher mak ni.. Tak baik mak cakap macam tu..anak tu rezeki Allah mak.. Pandai pulak kau bercakap ya? apasal kau tak jadi lawyer aja?ini tak..jadi penjual burger,kalau laku takpelah jugak..orang kampung ni Uwais,tau makan sayur kampung dengan lauk ikan sungai aja..abis sedap pun makan pucuk ubi dengan sambal belacan..kau pulak nak suruh diorang tu makan burger? dah tumodal berniaga pun kau pinjam dengan lintah daratieeegeram betul aku Sarimah menyiat-nyiat kulit kelapa tua yang dikupasnya.Membayangkan rambut anak lelakinya itu yang ditarik-tariknya. Uwais telan liur.Apalah mak aku ni,mana ada orang kampung kita makan pucuk ubi dengan sambal belacan? yang selalu makan menu tu kat dalam rumah kita aja mak..tapi ayat itu hanya sekadar melewati ruang hatinya saja.Maunya berani dia jawab macam tu? silap-silap parang kat tangan maknya tu melayang tanpa disangka-sangka.Mak aku ni bukan calang-calang keturunancucu cicit Tok Gajah tu Jawablah! kenapa kau pinjam dengan lintah darat tu? Uwais hampir terloncat bila dijerkah begitu. Err..dah tu, takkan nak pinjam dengan lintah sungai mak.. Uwais ketap bibir.Apa ke sengal sangat jawapan tu yang terkeluar.Sarimah selesai mengupas kelapa.Cadangnya nak buat gulai ikan salai dengan rebung. Kau ni kan,kalau ikutkan hati..mak gulaikan kau dengan rebung..gantikan ikan salai yang mak beli kat pasar tuyang aku hairan tu,belajar sampai university tapi kerja setakat jual burger aja? manalah orang kampung ni tak gelakkan kaubelajar bisnes konon..jual la kayu balak ke,kereta ke..buka restoran mewah ke,ini takgerai burger??.. Mak ni,bukan nak doakan anak..lagi dikutuk pulak.. Habis,kau nak mak puji? bukak gerai burger macam tu pun kau pinjam dengan Along paling tak mulakanlah dengan cara yang betul.. Hari tu orang mintak pinjam duit mak tak nak bagi.. Duit pencen arwah ayah kau tu,mak nak buat belanja sekolah adik kaupatutnya,kau ni pergilah cari kerja kat bandar tu hahtakkanlah takde langsung Susah nak dapat maklagipun,orang punya pointer cukup makan aja mak.. pointer kau cukup makan? habis,kau nak makan apa? hah..malam ni,kau makan habis burger kau yang tak laku tu..satu lagi,hutang Along tukau pandai-pandai bayar sendiri..mak tak nak campur..Bisnes konon! Uwais garu kepala.Ahhmatilah aku kali ni! kalau geng Ajak Galah tu jumpa aku mintak duit macamana? pening kepalanya.Masuk ni dah dua bulan dia gagal membayar hutang lintah darat.Bukanlah banyak pun dia pinjam..Cuma seribu ringgit sahaja tapimacamana boleh jadi 3 ribu pun dia tak tahu.Memang cekik darah punya lintah! Elaun dia mengajar kelas tuisyen di bandar pun masih belum diperoleh lagi.Bukanlah banyak mana pun,Cuma 600 ringgit sebulantapi,dengan duit itulah dia buat duit pusingan modal dan diberikan pada maknya sedikit.Mujurlah dia duduk di kawasan kampung,kos sara hidup tak begitu tinggi.Kenapalah susah sangat dia nak dapat kerja? mintak kerja yang setaraf,kualiti tak mencapai standartbila dia mintak kerja kerani,konon dia ada degree tak boleh kerja serendah tunak mintak kerja pam minyak pun kena bersaing dengan budak lepasan SPM..mahal betul rezeki kau Uwais oi Uwais? apa tercongok lagi kat bawah pokok kelapa tu? pergi ambil adik kau dari sekolah! Arah maknya.Dari dalam rumah pun maknya mampu mencapai tahap suara loud speaker..memang dasyat mak aku ni.. Ye lah mak..orang nak pergilah ni.. Uwais menghampiri kereta mini cooper peninggalan arwah ayahnya.Walaupun kereta tu dah

lama tapi masih berkilau catnya,selalu polish tu Enjin dihidupkan,tapi hanya separuh nafas deruan saja..selebihnya bunyi macam batuk-batuk manja.Uwais kerut dahi,dia membulatkan mata meneliti takat minyak..memang sah! Habis minyak la pulak. Uwais mengeluh.Entah dari mana dia melihat lambang ringgit berterbangan di ruang matanya.

Uwais mencari kelibat adiknya dalam kalangan pelajar yang berpusu keluar dari kawasan sekolah.Dia setia duduk di atas motosikal EX-5 miliknya.Sesekali matanya mengerling pada seorang perempuan yang sedang leka dengan laptop.Perempuan itu santai duduk di kerusi batu yang diletakkan di situ.Tunggu adik dia agaknya.Fikir Uwais.Dia ralik memerhatikan kereta mewah yang diparkir tidak jauh dari situ.Siapa agaknya gadis cantik itu? tak pernah dia nampak sebelum ni.. Mata mereka kebetulan berlaga.Uwais mengukir senyum ikhlas tapi langsung tak berbalas bahkan hanya jelingan yang diterima.Wajah perempuan itu mencuka.Alahaidia tak suka aku pandang dia kut Abang..apsal datang jemput Anis naik motor? abang kan tahu,Anis gayat kalau naik motor? Adiknya Anis mula mengeluh sebaik saja muncul di depannya. Sorrylah dikminyak kereta habis,abang takde duitlah nak beli sekarang..takpe,adik pegang abang kemas-kemas ya? tak pun..adik pejam mata..kejap aja,masa adik buka mata nanti..kita dah sampai rumah.. pujuknya.Dia tahu Anis tak suka naik motosikal kerana gayat..lagipun,semasa adiknya itu masih di zaman kanak-kanak,Anis pernah jatuh dari motosikal sewaktu pulang dari sekolah bersama arwah ayahnya.Sejak hari tu, arwah ayah membeli kereta kerana tak mahu Anis tidak selesa setiap kali pergi dan balik dari sekolah. Janji tak bawa laju ya? Iya..abang ni bukannya Mat rempit.. Jawapan itu buat Anis ketawa. Tapi,kenapa abang nampak macam Mat Rempit erk? Cuma..tua skit jek..kira macam Mat Rempit pencen.. Dah,tak payah nak merepek..naik cepat.. Anis masih ketawa ketika dia menghidupkan enjin motosikalnya.

Seperti yang dia janjikan,motosikal itu ditunggang dengan kelajuan perlahan sahaja.Dia dapat rasakan betapa kemasnya pegangan tangan Anis di bahunya. Anis pejam mata tak? usiknya. Mestilahtakut! kalau buka mata nanti,rasa macam nak jatuh tau.. Elok jugak Adik abang ni takut naik motosikal..nanti takdelah ikut budak lelaki naik motor.. Ish,Abang ni..ke situ pulak.. Dia terasa Anis memukul perlahan bahunya.Uwais ketawa kecil.Matanya memerhatikan cermin pandang belakang, darahnya menyirap bila secara mendadak sebuah kereta yang dipndu laju muncul dari arah belakang. Pin!!! pin!! Uwais hilang kawalan bila kereta itu mendekat dengan cara agak menghimpit.Maklum saja,jalan kampung itu agak kecil sedikit. Motosikal Uwais terbabas ke tepi jalan.Dia dapat dengar jeritan Anis sebelum motosikal itu terjatuh.Mujurlah di atas rumput hijau. Anis!! Uwais segera membantu Anis yang sudah terduduk.Mujurlah kaki adiknya itu tidak tersepit. Aduhapasal abang boleh terbabas ni? marah Anis.Uwais memandang ke arah jalan.Dia pasti kereta itu sudah pergi jauh tapi beberapa ketika kemudian kereta mewah itu muncul semula.Uwais kaget bila seorang remaja berbaju sekolah seperti adiknya turun dari kereta itu. Anis..are you okey? Masturaawak buat apa kat sini? Anisah hairan bila rakan sekelasnya itu datang

mendapatkannya. Minta maaf Anis, kakak saya tak sengaja tadi.. Tak sengaja apanya? bawa kereta macam nak racing aja? ini jalan kampung la wei,bukan litar lumba..marah Uwais.Dia membantu adiknya bangun. Maaf bang..kakak saya nak cepat tadi.. Mastura kelihatan serba salah. Maaf..maaf..kalau jadi apa-apa kat adik saya tadi macamana? siapa nak bertanggungjawab? Teruk sangat ke cedera adik awak tu? Uwais yang baru menongkat motosikal berpaling pada yang empunya suara.Dia mengerut dahi bila perempuan yang dilihatnya di sekolah tadi berada di situ.Jadidialah pemandu berhemah tadi? Takde apa kak..sikit aja jawab Anis. Sikit apanya Anis? silap-silap kaki tu terseliuh,jalan pun terjingkit-jingkit..kalau tak dapat pergi sekolah macamana? Anis diam bila Uwais sudah meninggikan suara. Okey macam ni la, cakap banyak pun tak guna..saya boleh bayar semua kerugian awak ni,kos perubatan adik awak dan kos baiki motosikal awak ni..berapa awak nak? Uwais mencekak pinggang.Sudahlah tak minta maaf..berlagak pulak tu,apa ingat dengan duit semua benda boleh settle ke? dia tak puas hati..yang bersalah kakaknya tapi kenapa pulak Si Adik yang kena minta maaf? Cik,saya tahu cik banyak duit..simpan ajalah,Cuma saya nak ingatkan..ini jalan kampung,lain kali bawa kereta mahal cik tu hati-hati.. Saya turun dari kereta ni bukan nak dengar nasihat awak,kalau tak sebab adik saya ni yang beriya sangat suruh patah balik..tak mahu saya buang masa kat sini..awak yang bawa motor lembab mengalahkan kura-kura tu yang menyusahkan saya..okey,kalau awak rasa saya tak perlu bertanggungjawab dengan kecederaan adik awak ni..fine! Mastura,jom balik..kan Along dah cakap,bukan serius sangat punbuang masa aja patah balik.. Tapi Along.. Lets go! Sorry ya Anis,nanti kita jumpa kat sekolah.. Uwais masih belum berpuas hati.Dia tak pernah jumpa manusia sombong dan berlagak seperti perempuan itu.Muka aja cantik Kereta mewah itu meluncur pergi. Tak payahlah marah bang,sikit ajalagipun,motosikal abang pun tak rosak kan? Anis memujuk Uwais. Bukan apa Anis..patutnya dia minta maaf.. Kan diorang dah minta maaf.. Itu adik dia..kakak dia tu buat muka tak bersalah jek..sombong pulak tu.Anis kenal ke adik tadi tu? Kenal..Hannah Mastura,kawan sekelas Anis bangtadi tu,kakak dialah agaknya,setahu Anis kakak dia tu baru balik dari UK Patutlah,dia ingat jalan kampung kita ni sama macam kat UK tu Uwais menggeleng.Mujurlah mereka tak cedera.

Suami yang Kubenci 4


by E-man Sufi AB 4 Minta maaf puan Hannah,ada orang nak jumpa Aisyah.Setiausahanya kelihatan seperti sedikit ketakutan .Gadis yang masih berdiri di muka pintu itu direnungnya tajam. Rasanya aku dah cakap yang aku tak nak jumpa sesiapa hari ni? Kan saya dah cakap,saya tak mahu diganggu.. Hannah menutup fail yang barus selesai di semak.Hari itu moodnya memang tidak begitu baik.Semuanya kerana panggilan yang dia terima daripada datuknya. Tapi,yang datang ni Tengku Muiz Puandia cakap kalau Puan tak nak jumpa,dia nak rempuh masuk bilik ni Sebaik saja mendengar nama Tengku Muiz,dia senyum sinis.Huh,berani lagi dia datang sini? memang tak tahu malu punya jantan..takde lain nak auta akulah tu Okey,suruh dia masuk.. Kurang dari satu minit.Tengku Muiz sudah muncul di hadapannya.Seperti kebiasaan yang dia lihat,lelaki itu sentiasa kelihatan kemas dengan sut Armani di tubuhnya.Kalau nak dibandingkan dengan Uwais.Memang bagai langit dengan bumi.Dia terbayangkan penampilan Uwais yang sentiasa memakai t-shirt dan jeans lusuh sahaja.Uwais lebih santai sedangkan Tengku Muiz lebih kasual.Namun,dia teringatkan sesuatu yang dia pernah baca dalam sebuah buku..seorang lelaki itu dicintai bukan kerana dia tampan tapi dia kelihatan tampan kerana dia dicintaimaknanya,sekarang dia tidak lagi mencintai Tengku Muiz..sejak dari detik dia mendapat berita lelaki itu ditangkatp khalwat,dia sudah memutuskan,cintanya bukan lagi untuk lelaki inipatutlah sekarang aku rasa semahal manapun baju yang kau pakai,kau tetap nampak tak handsome! Hai sayang..I fikir you dah tak nak jumpa I lagi.. sapaan Tg. Muiz tidak berbalas.Nak termuntah pulak bila mendengar gelaran sayang daripada orang yang telah menyebabkan dia menanggung malu pada keluarganya. You nak apa datang sini? I busy la Biasa tu,kalau I datang..you busy macamana pun you masih ada masa nak layan I kan? Itu dulu Muizsekarang dah jadi luar biasa..you tahu kenapa? sebab sekarang I dah jadi isteri orang,takkan you dah lupa.. I tak lupa,memang you dah jadi isteri orang tapi I tahu you tak bahagia sayangokey, pasal kes tangkap khalwat tu..Cuma salah faham aja,budak tu adik kawan I aja..I always love you Han..takkanlah I nak curang dengan you..percayalah How sad story kan? kiranya you ni mangsa fitnah la erk? macam ni la Muiz..i tak peduli budak tu siapa..I pun takde hati nak dengar luahan cinta you pada I..nak buat macamana kan? benda dah jadi..tapi I nak betulkan statement you tadi..siapa cakap I tak bahagia? suka-suka hati you aja nak cakap I bahagia ke tidak.. for ur information, I bahagia dengan hidup I sekarang.. Hannah mengukir ceria. Keep ur smile Hannah..buktikan yang kau memang bahagia Dengan penjual burger tu? pleaselah Hanhe is not your taste.. Tengku Muiz ketawa. Hannah menahan rasa geram.Benci betul dia melihat Tg. Muiz ketawa menyindirnya. Well..penjual burger pun,setidaknya takdelah buat maksiat dengan budak bawah umur.. Hannah menjawab.Ishbiar betul..aku baru puji Uwais ke tadi? Tawa Tg. Muiz mati.Hannah memandang sinis padanya. I rasa lebih baik you balik ajalah Muiz..better you pergi cari budak-budak sekolah yang boleh you bawa temankan you ke mana-mana.. You jangan nak berlagak happy depan I la Hannah..i know you..you takkan sanggup hidup dengan lelaki miskin macam tu..selama ni,you sukakan I sebab kedudukan I kan? bukannya you cintakan I sangat pun.. Tengku Muiz melepaskan geram.Kenapa Hannah semudah itu melupakannya sedangkan selama ni Hannahlah yang begitu memberi perhatian padanya.Dah tak cintakah lagi Hannha padanya,semudah itu dia dilupakan? dia fikir,kalau dia buat apapun,Hannah masih mahu mengejarnya.

Okey,eloklah kalau you dah tahubuat apa I nak cintakan sangat lelaki macam you ni? tak berbaloi pun,kalau setakat kayaharta keluarga I lebih daripada apa yang you ada, selama ni I fikir,you ni lelaki baik-baik..maklum ajalah,keturunan bangsawan kan? tapi I tak tahu pulak citarasa you dengan budak bawah umur..uhf..sorrylah,I dah takde hati dengan you Fine!! I pun tak hairan lah..setakat kahwin dengan penjual burger pun nak berlagak..memang itu pun yang layak dengan you! Tg. Muiz keluar dengan menghempas pintu sekuat hati.Berdentum bunyi bilik pejabat itu.Hannah menarik nafas.Dia berasa matanya mula berkaca.Get lost!! kau ingat aku kisah sangat tak dapat jadi isteri kau? dia rasa terlalu marah hingga mengalirkan air mata.Dia terima hakikat Tg Muiz bukan jodohnya,tapi berharap dapat melewati waktu dengan mencari lelaki lebih baik dari Tg. Muiz..bukan lelaki itu seorang saja lelaki yang punya kredibiliti yang dia mahukan tapi sayangnya dia terpaksa terima Uwais Ukasyahkalau tak kerana kedudukannya yang bakal ditarik balik,dia takkan sanggup menerima penghinaan seperti tadiberapa ramai lagi teman-teman yang mentertawakannya di belakang hanya kerana dia mengahwini seorang penjual burger? berapa banyak senyum palsu yang perlu dia layangkan pada mereka semua? bahagia? mustahil dia rasa bahagia dengan orang yang dia tak suka

Ketukan di pintu membuatkan Hannah segera menyeka airmata yang bergenang di kelopak.Pintu dikuak dari luar. Sorry ganggu..aku nampak Muiz tadi, dia datang cari kau ke? Maira sudah tercegat dipintu.Hannah memberi isyarat masuk. Dia nak cari siapa lagi kalau bukan aku.. Kau panggil dia datang sini ke? Buat apa pulak aku nak panggil dia? Manalah tahu,kalau kau masih lagi Nakkan lelaki tak guna tu? tolonglah Mairaaku dah tak nak dia lagi.. okey,aku suka keputusan kau tu..maknanya kau dah boleh terima Uwais la kan? Maira senyum.Dia selalu mendoakan kebahagiaan sepupunya itu.Tidak kiralah dengan siapa..asalkan orangnya dapat menjadi suami yang baik pada Hannah. Terima Uwais? kau buat lawak ke apa ni? malaslah aku nak cakap pasal dia Bila nama Uwais disebut dia mula rasa kurang senang.Dia masih tak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu.Pasal burger pun nak marah orang,macamlah sedap sangat burger dia tu.. Lawak apa pulak,kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia..korang kan dah jadi suami isteri.. Masa depan? aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? kerja pun jual burger..masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku Maira? Astaghfirullah..mengucap Hannah,tak baik kau cakap macam tu Kau nak aku cakap macamana lagi Maira? kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? dia tu..low class kau tahu tak? entah dari mana Tuk Ayah dapat idea nak jodohkan Uwais tu dengan aku luahan Hannah makin menyakitkan telinga Maira yang mengengar.Dia fikir,Hannah akan bersikap lebih matang.Sayangnya, ego Hannah setinggi gunung Everest! Sudahlah Hannah,kalau aku nasihatkan pun tak guna Aku faham Maira,kau nak aku bahagia..tapi tolonglah faham..benda macam ni perlukan masa dan aku tak tahu bila hari tu akan sampai..aku tak tahu bila hati aku ni akan terbuka untuk terima Uwais tu..aku bukan macam kau yang boleh terima Abang Asad seadanya Maira sekadar angguk dan menggosok bahu kiri Hannah.Kemudian dia keluar dari bilik itu.Hannah rasa sedikit bersalah bila mengaitkan suami Maira tadi.Dia hanya mahu Maira faham..mereka tak sama.Maira boleh bahagia dengan suaminya yang hanya bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah rendah sedangkan Maira berjawatan Pengurus kewangan syarikat.Siapapun boleh bahagia dengan jodoh masing-masing tapi tiada siapa yang boleh paksa dirinya untuk bahagia bersama Uwais..setidaknya,bukan buat masa sekarang

Hanan melepaskan penat di atas sofa.Dia memandang segenap ruang yang sunyi.Nampaknya Uwais masih belum pulang setelah beberapa hari meninggalkan rumah.Mana dia nak cari lelaki tu? kalau dia kampung,tentu Tuk Ayah sudah tahu dan bertanyakan kenapa dia tidak pulang sama tapi dari nada perbualan antara dia dan tuk ayah pagi tadi..macam biasa saja.. Hannan jangan tak balik pulak weekend ni,ada makan malam keluarga macam biasa..beritahu pada Uwais ya? kamu berdua macamana? dah lama Hannan tak call Tuk Ayah.. Okey..nanti Hannan beritahu Abang..semuanya okey Tuk Ayah,busy aja sikit.. Itulah alasan yang dia berikan.Sejak dia ambil alih syarikat,Atuknya memang tidak lagi ke pejabat..lagipun,kesihatan Tuk Ayah tidak mengizinkan lagi untuk dia sibuk bekerja.Jarak antara kampung dengan bandar bukanlah jauh sangat lebih kurang 20 kilometer sahaja,kalau tak disebabkan dia mahu tinggal berasingan selepas bernikah tentu dia tak boleh sembunyikan kepincangan dalam rumahtangganya.Dia percaya Maira kuat menyimpan rahsia dan sejak awal lagi Uwais bersikap tidak mengadu..dia sudah awal-awal lagi mengingatkan hal itu jangan sampai ke pengetahuan Tuk Ayah. Kalau dia tak ikut sekali,tentu Tuk Ayah syak sesuatu..tapi mana pulak mamat ni pergi ya? takkanlah pasal burger tu pun nak merajuk sampai tak balik rumah? marah sangat ke? malas betul aku nak pergi gerai dia tu..ntah nanti dia fikir aku ni rindukan dia ke apa..never! Dia terpandangkan gitar akustik milik Uwais di sisi perabut hiasan. Sejak bila pulak gitar dia ada kat situ? bukan masa dia keluar malam tu,dia bawak benda alah tu ke? Dia yakin semalam dia tak nampak pun gitar itu ada di situ. Apasal pulak awak ni,bercakap sorang-sorang.. Mak kau meletup!! Entah dari mana suara garau itu kedengaran hingga menyebabkan Hannah melatah.Ketawa kedengaran dari arah belakangnya. Bila masa awak balik? tanya Hannah.macamana boleh melatah pulak ni? buat malu ajalah..relaks Hannah,buat macam biasa Uwais berusaha berhenti ketawa.Dia kelihatan tersenyum-senyum.Mahunya dia tak gelak.Hannah melatah sampai terloncat dari sofa. Saya balik pagi tadi..masa awak dah pergi kerja.. jawab Uwais.Dia menuju ke dapur dan Hannah mengekorinya. Kereta awak takde pun kat luar? Kawan saya pinjam.. Kereta buruk macam tu pun ada orang nak pinjam? Uwais malas nak melayan sindiran itu.Ingat aku tak penat ke hari-hari bergaduh? dia ni apa masalah aku pun tak tahu,suka sangat cari pasal dengan aku. Awak pergi mana dua tiga hari tak balik? Kenapa? takkan awak rindu kat saya kut.. Rindu kat awak? tak payah nak perasanlah.. Wajah sinis Hannah direnung seketika.Tengok pada muka kau pun aku tahu Hannahmemang takkan rindukan aku pun.. Saya balik rumah mak saya.. Hannah ketawa.Entahlah,lucu pulak dia rasabiasanya perempuan yang merajuk balik rumah mak ayah..ini dah terbalik pulak. Mak awak cakap apa? saya tak naklah nanti mak awak perasan yang kita ni bergaduh.. Awak tak payah risau,saya takkan burukkan awak depan mak saya..lagipun,saya bukan orang yang memandang rendah pada kekurangan orang lain..saya cakap awak out-station..puas hati? Hannah rasa terpukul dengan jawapan itu. Tuk ayah tahu tak yang awak ada balik? Saya balik malam,Cuma tidur kat rumah mak..itu aja,siang saya pergi gerai..Tuk Ayah awak takkan nampak kelibat saya pun..apa lagi yang awak nak tahu? Baguslah kalau macam tuawak tahu kan,kalau Tuk Ayah dapat tahu..saya akan susah,kalau saya dapat susah..saya akan pastikan awak lebih susah lagi Uwais diam.Bukan dia takut dengan ugutan Hannah tapi sedarkah Hannah selama ini dia berdiam kerana dia memikirkan kepentingan isterinya itu.Bukan dia tak tahu yang Tuk Ayah

memaksa Hannah menerima dia sebagai pengganti Tg. Muiz.Jika tidak, jawatan CEO syarikat akan ditarik bahkan diserahkan pada cucunya yang lain.Dia tahu,Hannah mempunyai cita-cita yang besar dalam kerjayanya.Dia sedar,dia bukan lelaki yang layak untuk Hannah tapi sebagai suami dia bertanggungjawab menjaga kepentingan isterinya. Saya faham..tak payahlah awak nak ugut saya macam tu,saya dah cukup susah bila hari-hari bergaduh dengan awak.. Satu lagi,malam esok kita kena pergi rumah Tuk Ayah.. Buat apa? Ada makan malam keluarga,dah dekat sebulan dia tak buat majlis ni..biasanya setiap hari sabtu malam kami akan berkumpul satu keluarga..buat apa saya cerita kat awak pun,awak bukan tahu benda-benda macam niyang penting,awak tak ke mana-mana..awak ada baju yang sesuai tak? Baju yang sesuai? maksud awak baju melayu ke? saya ada banyak.. Baju melayu? hallo..ini gourmet dinner la,awak ingat kenduri doa selamat ke apa? Hannah mengeluh.Jangan dia bagi malu aku kat sana sudahlahkenapalah aku kena bawa dia sekali? Takpe,saya pakai ajalah baju melayu..lagipun,saya orang melayu..bukan orang putih pun..Jawab Uwais selamba. Awak jangan nak bagi malu saya,esok awak ikut saya pergi beli sut Tak naklah saya..kan saya dah kata saya nak pakai baju melayu atau saya tak pergi langsung majlis tu Uwais tiba-tiba rasa inilah masanya dia nak mengusik Hannah.Berlagak sangat dengan high class dia tu.. Uwais! awak jangan nak mengada-ngada ya? Hannah mula melenting.Aku cakap buat tak tahu aja erk? Uwais berpura-pura menutup telinganya.Dia keluar dari dapur selepas mengambil sebiji epal.

Suami yang Kubenci 5


by E-man Sufi Nak pergi tak nak ni? Uwais sudah berada di muka pintu utama.Hannah masih duduk di sofa, seakan berat untuk keluar dari rumah. Memanglah nak pergi tapi kalau awak pakai baju Melayu ni,memalukan saya tahu tak? mata Hannah merenung baju Melayu yang dipakainya.Muka cemberut Hannah juga sudah cukup membuktikan betapa tidak sukaknya Hannah bila baju itu jadi pilihan bukan Sut Versace yang dibawa khas oleh PA Hannah petang tadi. Nak malu apa pulak? bukan saya tak pakai baju pun Susahlah kalau bercakap dengan orang kampung ni.. Hannah bangun dan mengambil kasut tumit tinggi 4 inci dari dalam rak. Memang saya ni orang kampung,konservertif pada pandangan awak kan? tapi..saya rasa baju saya ni lebih sedap mata orang memandang daripada pakai baju mahal tapi terdedah sana sini.. Uwais mengerling pakaian yang dipakai Hannah malam itu.Agak terdedah di bahagian dada dan lengannya sedangkan di bahagian kakinya pula sampai mencecah lantai.. Dont you dare to teasing me okey..suka hati sayalah nak pakai baju macamana pun,bukan saya beli baju ni pakai duit awak.. Kalau saya semua tak boleh,tapi kalau awak boleh pulak nak kritik pakaian saya ya? Itu sebab pakaian awak tak sesuai dan memalukan Memalukan? awak sedar tak ini pakaian kebanggaan budaya kita orang Melayu? sepatutnya awak tu pakai baju kurung atau kebaya,bukannya pakai nightdress yang dedah sana sini..siapa yang sepatutnya malu ?awak atau saya Hannah? Arghhhsaya malas nak bertengkar dengan awak lagi,suka hati awaklah. Bukan saya yang mulakan Whatever! Mereka keluar dari rumah.Di garaj,Hannah sudah bersedia untuk masuk ke dalam kereta Audinya.Namun bila Uwais juga membuka pintu kereta mini cooper ,Hannah tak jadi masuk. Awak nak bawa kereta buruk tu ke? tak payah nak buat lawak tambahan..saya dah cukup malu dengan pakaian awak tu tak payah nak peningkan kepala saya lagi..kita pergi dengan kereta saya Saya tak nakkalau di pejabat awak,itu hak awak nak mengarah sesiapa aja..tapi di rumah, awak takde kuasa pun nak arahkan saya sesuka hati awak Hannah..saya ni suami awak bukan pekerja awak..dan sekarang,saya nak pergi dengan kereta saya ni..buruk ke tidak, saya tetap nak pergi dengan kereta saya Awak ni kenapa Uwais? memang sengaja nak cari pasal ya? Saya tak paksa,awak boleh pergi dengan kereta cantik awak tu..tapi kalau Tuk Ayah tanya kenapa kita datang berasingan,awak jawablah sendirikata pasangan bahagia kan? Dum! Hannah menutup kuat pintu keretanya.Memang dia sudah bengang tahap sampai tak mampu lagi nak bersuara.Dia masuk ke dalam kereta Uwais yang sudah dihidupkan enjinnya.Keduanya diam sahaja.Uwais tahu Hannah sedang menahan marahnya. Pakai tali pinggang keselamatan tu..tegur Uwais. Hannah cuba menarik tali pinggang di sisinya tapi puas ditarik,tali itu seakan terlekat. Awak tengok..nak pakai tali pun susah..kereta buruk macam ni,buang aja dalam sungai lagi baik dengus Hannah.Dia sudah malas menarik tali itu setelah disentak tapi masih tak boleh ditarik juga.Uwais menggeleng dengan gelagat Hannah. Dia sedikit mendekat dengan Hannah.Dengan lagak tenang dan perlahan,Uwais menarik tali pinggang itu tanpa sebarang masalah lalu dilekatkan pada penyangkutnya. Lain kali,bila buat sesuatu jangan dalam keadaan marahnanti kerja senang pun boleh jadi susah.. Uwais bersuara perlahan.Hannah sedikit termakan juga dengan teguran itu.Kalau dia fikirkan balik,apalah sangat nak dimarahkan hanya kerana sepasang baju..tapi bila memikirkan isu itu melibatkan airmukanya,dia masih tidak boleh terima perkataan tidak daripada Uwais. Saya tak perlukan nasihat awaklahcepatlah drive tu, dengan kereta awak ni,entah berapa

lama baru boleh sampai.. Sabar dulu boleh tak? kita belum baca doa lagi.. Doa apa pulak? Hannah mengeluh untuk kesekian kali.Tambah menyakitkan hati bila Uwais masih boleh tersenyum hingga menampakkan kedua lesung pipitnya. Naik kenderaan.. Hannah tak tahu apa yang patut dia cakap lagi.Mahu tak mahu dia ikut menadah tangan bila Uwais sudah mula membacakan doa..macamanalah aku boleh setuju nikah dengan dia ni? Hampir pukul 7.30 malam,mereka tiba di rumah banglo milik Tan Sri Idris.Hannah melihat terdapat beberapa biji kereta mewah dipakirkan di halaman.Dia tahu hampir kesemua ahli keluarganya sudah pun sampai.Dia segera turun dari kereta.Mulanya dia berniat mahu mendahului Uwais,malas dia nak beriringan dengan lelaki itu..buat malu aja..tapi dibatalkan niatnya bila memikirkan apa pula kata mereka yang hadir nanti.. Kenapa? tanya Uwais bila Hannah masih berdiri di sisi kereta. Tunggu awaklah..Hannah tanpa berlengah menarik tangan Uwais.Digenggan jemari Uwais persis pasangan suami isteri yang saling menyintai.Mereka jalan seiringan. Pandai betul awak berlakon kan? bisik Uwais. Shut up.. Hannah mengerling sambil melangkah masuk ke dalam rumah.Sebaik saja mereka masuk,pegangan tangan Hannah terlepas dan dia benar-benar tak percaya dengan apa yang dilihatnya..OMG!!!!

Suami yang Kubenci 6


by E-man Sufi Hannah memang terkejut bila mendapati semua ahli keluarga yang hadir memakai pakaian yang dibanggakan Uwais. Pak Ngah dan Tuk Ayah siap pakai jubah pulak tu? itu belum dikira dengan Maira dan anak-anaknya yang pakai baju kurung warna sedondon. Along? biar betul !! apsal pakai baju macam nak pergi anugerah skrin? salah channel ke apa? Putera Baihaqi, adiknya yang bongsu sememangnya mulut celupar takde insurans itu menyoal dari jarak 2 meter. Mahunya satu rumah tu tak dengar suara Putera yang kuat mengalahkan petir.Muka Hannah sudah memerah.Arghhh!! kenapa jadi macam ni pulak? dia toleh pada Uwais.Lelaki itu buat tak tahu saja,siap ppergi bersalam dengan bapa-bapa saudaranya. Hannah masih tak bersuara .Semua mata seakan berpakat memandangnya.Mastura yang muncul bersama Mak Usu Sara turut ternganga.Amboibukan main lagi Mastura,siap pakai tudung ? apa dah jadi dengan goumet dinner yang selalu diadakan sebelum ni? Along? apasal pakai nightdress ni? tanya Mastura dengan suara berbisik sebaik berdiri di sisinya. Manalah Along tahu,biasa kan Tuk Ayah buat gourmet dinner..ni apa kes pulak? semua pakai macam nak buat kenduri doa selamat aja? takkan kau nak bertunang kut? Bertunang tu dah semestinya tapi bukan malam ni..coming soon..takdelah! saje Tuk Ayah tukar angindia kata lebih baik kita tukar gaya barat kepada tradisi..lagipun,lagipun abang Long yang cadangkan semua ni..kalau nak tahuade lagi surprise yang lain.. Hannah kerut dahi. Abang Long ? Siapa pulak abang Long tu? memandai-mandai aja.. Along ni,suami sendiri yang bagi cadangan pun tak tahu..dah la Along,baik pergi tukar baju..Tuk Ayah dah pandang semacam tu..nasib baik ahli keluarga kita aja..kalau ada orang kampung yang datang macamana? Hannah tak tunggu lama.Dia segera menghampiri Uwais yang sedang berbicara dengan Mak Usu Sara. Adik bongsu arwah papanya. Sayang.sini kejap gamitnya. Amboi..tak boleh Mak Usu nak bermesra sekejap dengan suami dia..hah,Uwais..isteri kamu dah panggil tu hah.. Dia sedaya upaya mengukir senyuman manis bila diusik begitu.Sayang sangatlah! Uwais terkejut juga bila dipanggil sayang tadi.Itulah nada paling lembut yang pernah dituturkan Hannah padanya.Tapi sayangsemua itu sekadar lakonanhipokrit! Kenapa? Nak ajak awak bergaduh..tapi kat bilik ya sayangsindirnya dengan suara seakan berbisik.Dia menarik tangan Uwais supaya mengekorinya ke bilik. Bilik bukan tempat orang bergaduhlahnak pulak bagi orang yang baru kahwin macam kita ni Uwais senyum nakal tapi Hannah sekadar menjeling.Disgusting! _________________________________________________ Kenapa awak tak cakap kat saya? soal Hannah sebaik saja pintu bilik ditutup. cakap apa? Uwais tayang muka selamba.Muka seakan tidak bersalah itu menambahkan lagi geram di hati Hannah. Awak memang sengaja kan? oh, saya tahu,awak seronok bila tengok saya dapat malu kan? you are so mean!! bantal kecil di atas katil spontal dibaling ke arah Uwais.Sebal hatinya bila lelaki itu berjaya mengelakkan diri.Makin sakit hati bila Uwais senyum seakan menghantar isyarat padan muka kau Hannah!. Eleh,cakap orang putih kononpasal sikap berlagak awak tu la yang awak sampai termalukan diri sendiri..pernah dengar tak simpulan bahasa bodoh sombong? ..mesti tak pernah kan? macam perangai awak ni lah, dah salah sendiri lepas tu menyalahkan orang lain.. Ieeeawak tahu tak kenapa saya benci sangat kat awak? Tahusebab saya selalu nampak lebih pandai daripada awak kan? For god sake, awaklah lelaki paling menyakitkan hati yang pernah saya jumpa..sekarang lebih

baik awak keluar dari bilik ni,saya meluat tengok muka awak!! Uwais jungkit bahu.Dia memegang tombol pintu.Berpaling seketika memandang Hannah yang duduk di birai katil dalam keadaan masih marah padanya. Cepat tukar baju tu,kejap lagi nak solat pulak.. sempat pula dia berpesan. Keluarlah!! jerit Hannah.Uwais merenung tajam ke arah Hannah.Riak wajahnya seakan menahan satu perasaan marah bila ditengking isterinya sebegitu.Uwais menarik nafas seketika.Ikutkan marah apa saja perkataan dan perbuatan yang tidak baik akan dilakukan sesiapa saja. Anggap aja yang dia tak sengaja Uwaispujuk hatinya. Uwais keluar dari bilik.Hannah segera bangun dan membuka almari pakaian.Dia mencari-cari kalau masih ada pakaian lamanya di dalam almari itu.Seingatnya,dia memang tidak memiliki banyak baju kurung,lagipun sejak umurnya 16 tahun dia dihantar belajar ke luar negara bahkan setelah kedua ibu bapanya meninggal dalam kemalangan,dia jarang pulang sekalipun berhari raya..biasanya,Tuk Ayah sendiri akan membawa adik-adiknya melawat dirinya di UK.. Akhirnya Hannah menarik laci di bahagian paling bawah.Dia terkedu bila melihat masih ada pakaian lama arwah ibu yang pernah disimpannya di situ.Ditarik satu daripada lipatan pakaian di situ.Baju kurung bercorak batik warna biru laut diciumnya kejap. I really miss you mamasetitik airmatanya mengalir.Kerinduan itu lebih menyakitkan berbanding kebenciannya pada Uwais.Rindu yang hanya tinggal rindu..kenapa nasibnya begitu malang? tiada iba bapa untuk menyayanginya lagitiada juga lelaki yang ikhlas sayangkannya Sayup-sayup dia mendengar laungan azan dari luar bilik.Suara merdu panggilan menghadap ilahi itu menyentuh jauh ke sudut hatinya.Siapa ya? seakan menghilangkan segala kesedihan yang menyinggah.Tanpa berlengah Hannah segera menukar pakaiannya.Dia memilih baju batik rona biru itu.Dia perlu segera berkumpul bersama ahli keluarga yang lain untuk menunaikan solat sekalipun kewajipan itu jarang-jarang dia tunaikan.. Sampai di ruang tamu dia lihat semuanya sudah bersedia membuat saf.Hannah memakai telekung dan kemudian duduk di sebelah Atikah..adik sepupunya. Along,dengar tak azan tadi? bisik Atikah Dengarsedap suara tu,siapa yang azan? Tak lahAbang Uwais..bertuah akak..suara sedap azan,dah tu..boleh jadi imam lagi..mesti akak seronok kat rumah kan dapat berjemaah dengan suami tiap-tiap hari..puji Atikah. Syhhh..orang dah mula solat Hannah sempat menilik di barisan saf lelaki.Dia nampak susuk tubuh memakai baju melayu berwarna biru di mihrab imam..memang dia! Suara bacaan surah Al-Fatihah kedengaran.. Sekali lagi dia dipagut rasa shahdu yang sama seperti ketika mendengar azan tadi hingga menghilangkan rasa marahnya yang tadinya membuak.

Suami yang Kubenci 7


by E-man Sufi BAB 6 Bila kamu senang..datanglah selalu ke sini Uwais.Tuk Ayah ni pun kadang-kadang rasa bosan juga bila duduk sorang-sorang..Mastura dengan Putera sekolah,Maira dengan Atikah pun hari minggu saja datang ke sini..cucu-cucu yang lain tinggal jauh.Bila usia dah senja macam ni,rindu pulak nak bermesra dengan cucu-cicit.. bicara Tan Sri Idris dibalas dengan anggukan.Usai solat mereka semua duduk di meja makan untuk menikmati makan malam. Hah..hidangan kita malam ni istimewa tau? Tuk ayah tempah khas dari hotel Swiss Garden,tapi masakan kampung..ikan bakar dari Ana Ikan Bakar pun ada Putera mencelah.Matanya sudah membulat memandang hidangan di atas meja. Wowikan bakar dengan petaidah lama Mastura nak rasa ni.. Hannah menyiku Mastura yang duduk di sebelahnya. What? Are you mad? benda tu berbau la..bisik Hannah.Dia rasa nak menjerit melihat hidangan di atas meja..ikan terubuk dan ikan siakap bakar kelihatan masih berasap.Baru dihantar barangkali.Ada juga hidangan makanan laut seperti ketam dan udang. Yang ni,khas untuk Uwais.Ikan patin masak tempoyak..betul tak? Mak Ngah Suri baru saja meletakkan semangkuk besar gulai itu. Hah,yang ini..Suri masak ke? tanya Pak Ngah Halim pula. Iyalah bang..saya buat khas untuk menantu kita ni hah.. Terima Kasih Mak Ngahsusah-susah aja Uwais berbahasa. Apa pulak susah..bukan selalu..lagipun,Mak Ngah exited pasal inilah first time kita buat makan malam keluarga macam ni..biasa tu, ala French la,Italian..mexican..muak jugak..kan bang? Betul tu..Hah,Sara? boleh makan ke makanan ni semua,kalau tak sesuaidont worry,sebab abang ada order spangetti dengan pasta.. Ish..apasal tanya Sara pulak? Sara dengan anak-anak tak kisah bangkami ni pun orang Malaysia jugak.. Mak Usu Sara menjawab.Hannah sekadar mendengar.Apasal aku rasa macam diorang ni sindir aku jek? Sudahlahkalau sibuk bercakap aja,nanti sejuk pulak makanan ni..hah,Putera..kamu baca doa makan.. Err..saya ke Tuk? Putera buat-buat terkejut hinggakan adik-adik sepupunya yang masih kecil ketawa melihat gelagatnya. Ish budak nimain-main pulak dia Putera menyengeh saja.Dia segera menadah tangan.Begitu juga yang lain..selesai baca doa mereka menikmati makan malam itu dengan penuh selera kecuali Sayang? kenapa tak makan? tanya Uwais dengan suara penuh romantic.Hannah memandangnya.Uwais senyum walaupun ketika itu pandangan Hannah seperti mahu menelannya.Senang untuk dia faham pandangan itu membawa isyarat Dont called me sayang! Ah..ahkenapa Hannah? kamu tak selera dengan lauk-pauk kampung ni ke? kan ada seafood tu.. tegur Tan Sri Idris. Takdelah Tuk AyahHannah dah kenyang.. Owh Kenyang ke diet? tanya Putera.Hannah geram pula dengan perangai putera yang dah sebijik macam abang iparnya..aku sumbat mulut dengan crab baru tahu..kenapalah korang tak perasan yang aku tak boleh bau tempoyak? dah tuletak mangkuk tu betul-betul depan akugulai ikan sungai pulak tu..ieeeeee Sedap gulai tempoyak ni Mak Ngahsama macam yang mak saya buat.. Iya?..hah,kamu di rumah macamana? Hannah ada masak gulai kampung ni semua? Mak Ngah Sara menyoal.Hannah yang baru menjamah sesuap nasi tersedak.Mujurlah sempat ditutup mulutnya.Uwais segera menghulurkan minuman padanya.Haiterkejut ke? Kadang-kadang ada jugak tipu Uwais.Takkan dia nak berterus terang yang Hannah tak pernah

sekalipun memasak untuknya? kalau ada memasak pun,spaghetti atau pasta..kadang-kadang Hannah hanya makan salad sayur-sayuran sahaja..dah macam vegetarian pulak aku tengok..nasi? dia rasa sepanjang 2 minggu tinggal bersama..inilah pertama kali dia nampak Hannah makan nasi. Iya ke? sejak bila pulak Hannah pandai masak masakan kampung ni? Usik Mak Usu.Wanita itu senyum penuh makna. Hannah belajar dengan mak abang Uwais Mak Usu.. jawab Hannah. Obaguslah Hannah rasa lega bila Mak Usu seakan percaya.Tak pasal-pasal pulak mak mertuanya yang tak tahu apa-apa tu dikaitkan. Malam ni,tidur sini ajalah Uwais ya? esok kan hari minggu..Tuk Ayah nak ajak kamu pergi memancing di kolam ikanhah,nanti bolehlah kamu bawa hasilnya tu pada mak kamu.. Wow..best tu Tuk..bolehlah Putera join skali.. Fateh pun nak jugak anak Mak Usu Sara yang baru berumur 6 tahun itu turut bersorak seperti Putera. Tidur sini? Hannah spontan bersuara.Tan Sri Idris mengerut dahi. Kenapa? kamu dah ada apa-apa rancangan ke? Dia memandang wajah Uwais yang hanya berdiam.Tidur sini bermakna aku kena tidur satu bilik dengan mamat ni? naik satu kereta pun aku tak nak inikan pulak satu bilik dengan dia? no way!! Boleh...apa salahnya Tuk Ayah..lagipun,kami takde apa-apa rancangan minggu ni..kan sayang? Uwais bersuara.Hannah rasa nak aja dia cubit peha Uwais yang duduk di sebelah kanannya itu.Sesuka hati aja buat keputusan erk? Emmmmestilah,lagipun dah lama Hannah tak tidur sini.. namun kerana menghormati Tuk Ayahnya itusetujulah jugak! Eloklah tuTan Sri Idris senyum puas hati.Mulanya tadi,dia sedikit kecewa dengan riaksi Hannah.Entahlah,sebenarnya dia masih bimbang kalau-kalau Hannah masih marah kerana terpaksa mengahwini Uwais tetapi dilihat pada kemesraan keduanya,perasaan syak itu mula hilang.

Awak memang nak ambil kesempatan kan? Kesempatan apa pulak ni? Uwais memang tak faham dengan maksud Hannah.Ketika itu mereka berada di bilik sebaik sahaja semua yang lain sudah pulang.Memandangkan Pak Ngah Halim sekeluarga tinggal di Kuala Lumpur dan Mak Usu Sara pula di Melaka mereka tidak dapat tinggal lama di kampung itu.Kuantan dan tempat tinggal mereka bukannya dekat. Tak payahlah buat-buat tak faham..awak memang cari peluang untuk tinggal satu bilik dengan saya kan? sebab tu awak setuju sangat bila Tuk Ayah suruh kita tidur sini kan?Ieee..tolonglah, saya takde hati tau nak tidur satu katil dengan awak Ek elehperasanlah pulak awak ni..saya tahu awak tak sukakan saya Hannah..tapi saya pun ada maruah ,kalau orang dah tak nakbukan prinsip saya nak memaksa..Kalau awak tak setuju..saya lagi tak hingin! geram pula Uwais bila acapkali dipandang serong. Ohhnak tunjuk baiklah konon,mana ada kucing yang tolak ikanlah! Hannah merenung sambil mencebir padanya. Ada! siapa cakap takde? kalau ikan depan kucing tu ikan masin,kucing gila pun tak nak makanlah Uwais semakin hilang kesabaran.Bergetar suaranya kerana ditahan supaya tidak kedengaran terlalu kuat. Awak jangan melampau ya? Hannah rasa terhina pula bila disamakan dengan ikan masin..please!! Siapa yang melampau? awak cakap saya nak ambil kesempatan kan? awak belum cukup cantiklah sampai nak menggoyah iman saya ..lagipun,takde istilah ambil kesempatan dalam hubungan kita ni..kalau awak yang tak nak jalankan tanggungjawab sebagai isteri itu urusan awak dengan tuhandan untuk malam yang kesekian kalinya,awak bersedia ajalah untuk terima kutukan dari para malaikat sehingga ke pagi Hannah Uwais mahu segera keluar.Tak sanggup lagi rasanya dia menerima tuduhan Hannah yang selalu saja menghina dirinya.Kalau haknya sebagai suami dinafikan,dia takkan melenting kerana dia tahu..Allah pasti tahu apa yang terbaik..setiap satu yang terjadi ada timbal baliknya..Sakit hati bila Hannah masih dengan

perangai angkuh dan egonya terlalu tinggi.Langsung tiada sedikitpun rasa hormat padanya.Kalau orang lain,mungkin dah lama Hannah makan penampar! Saya takkan tidur dalam bilik ni..tadi saya planning dengan Putera nak ikut abang Din pergi tunggu durian gugur di kebun buah-buahan..subuh nanti InsyaAllah saya balik Uwais menutup pintu.Perlahan dan suasana menjadi sepi dalam bilik tidur itu.Hannah terduduk di katil.Terngiangngiang suara Uwais tadiuntuk malam yang kesekian kalinya,awak bersedia sajalah untuk menerima kutukan dari para malaikat hingga ke pagi dadanya berdegup kencang.Dia rasa jemarinya mula mengggigil..begitu sekalikah beratnya dosa yang dia lakukan hanya kerana dia tidak mahu dipaksa menjalankan tanggungjawab sebagai isteri? takaku rasa dia memang saja nak takutkan aku

Hampir pukul 5.45 pagi Uwais tiba semula di rumah bersama Putera.Abang Din, penjaga dusun buah-buahan Tan Sri Idris tidak pulang bersama mereka. Abang Long,Masuk bilik dulu ya? mengantuklah..Putera menguap beberapa kali .Dia sudah memegang tombol pintu biliknya yang hanya bersebelahan dengan bilik Hannah.Uwais hanya angguk. Kejap lagi masuk waktu Subuh..Putera solat dulu,kemudian barulah tidur .. Okey bro..sempat Putera Baihaqi memberikan tabik spring padanya.Uwais menggeleng..dalam mamai pun boleh melawak lagi budak ni.. Tiba di depan pintu bilik Hannah,Uwais berdiri lama di situ.Kalau dia masuk,adakah dia akan mengganggu tidur Hannah.Tapi dia mahu mandi dan menukar pakaian.Kemudian dia akan terus ke Surau kampung,dan dari sana dia mahu ke rumah maknya.Dia tidak sedikitpun mahu mengganggu kententeraman Hannah pagi itu. Dipulas tombol pintu seperlahan mungkin.Mujurlah tidak dikunci.Uwais masuk dengan mengatur langkah berhati-hati.Di sebalik tirai yang menutupi katil yang diperbuat dari kayu jati itu,dia dapat melihat sosok Hannah yang sedang lena.Uwais menyelak perlahan tirai jarang berwarna putih itu.Kalaulah waktu itu Hannah terjaga,tentu dia dimaki hamun atau mungkin Hannah akan salah anggap padanya. SubhanAllah.Uwais terpaku sebaik melihat raut wajah Hannah yang sedang lena.Walaupun sudah biasa memandang wajah itu tapi apa yang dilihatnya ini berbeza.Wajah itu tampak polos sekali,tidurnya yang begitu lena dengan rambutnya yang panjang menutupi sebahagian wajahnya.Uwais memberanikan diri untuk menyelak rambut itu. Sungguh dia tidak mampu menafikan,betapa sempurnanya wajah ciptaan Allah yang satu ini..hidungnya yang mancung,bibirnya yang merah,dan dia tak lupa pada anak mata coklat hazel isterinya itu.Patutlah Hannah begitu sombong dan angkuh dengan kesempurnaannya tapi sayangkenapa aku hanya mampu menghayati kecantikan ini saat kau pejam mata Hannah? kerana sebaik saja kau terjagawajah polos ini akan hilang? yang ada hanya kebencian kau pada akudan segala kecantikan ini tiada maknanya bagiku Hannahtapi walau sebenci manapun kau pada aku..walau sehina manapun pandangan kau pada akuaku tetap ampunkan segala kesilapan tu..aku tetap maafkan kau Hannah..kerana kau isterikudan aku sayangkan kau tak kira dalam keadaan kau sempurna atau tidak..kerana bagi aku, Allah telah menciptakan kau untuk aku di dunia ini..dan di akhirat sanaSemoga Allah memberikan kesabaran dan hidayah buat kita sayang.. Dengan lafaz bismillah dia mengucup dahi Hannah.Kejap dan kemudian dia segera bangun kerana bimbang Hannah akan terjaga.Dia tidak mahu pergaduhan berlaku di kala waktu Subuh akan tiba bila-bila masa.Uwais segera membuka Almari pakaian.Mujurlah ada beberapa helai tuala bersih yang boleh dia gunakan.Harap-harap Hannah tak marah kerana menggunakan tualanya dan kalau marah pun nak buat macamana..mereka memang tak merancang untuk bermalam di situ

Suami yang Kubenci 8


by E-man Sufi AssalamualaikumMak! Sarimah yang sedang menjerang air di atas dapur bergegas membuka pintu dapur bila mendengar suara memberi salam di luar rumah. Uwais? apa hal pagi-pagi lagi dah terjengul kat sini? Dari surau tadi mak..malam tadi Uwais tidur di rumah Tuk Ayah.. beritahu Uwais.Dia tidak mahu berterus terang yang sebenarnya dia tidur di pondok semasa menunggu buah durian gugur. Dari surau? tapi..dari mana pulak kau dapat buah durian ni? Err..malam tadi,Uwais ikut abang Din pergi tunggu buah durian gugur mak.. Pulak? ada-ada ajalah kau nihah,tu nak ke mana? Sarimah bertanya bila melihat Uwais bergegas meninggalkan ruang dapur. Salin baju mak.. Uwais masuk ke biliknya.Selepas menyalin pakaian dia ke dapur semula. Adik mana mak? tidur lagi? Uwais membantu maknya menggoreng cekodok pisang. Hmmm..lepas subuh tadi tidur balik agaknya,biasalahAnis tu pukul 2 pagi baru tidur..study sampai ke pagi..tau ajalah,STPM tinggal berapa bulan aja lagi.. Mak tak ke pasar ke pagi ni? biar Uwais hantarkan Kebiasaanya setiap Ahad,ibunya akan ke pasar membeli barangan basah. Nak juga..eloklah kau datang ke mari..mak pun terfikir nak telefon kau tadini,yang kau datang sorang aja kenapa? menantu mak mana? takkan tak sudi menjengah ke teratak buruk mak ni Uwais menarik nafas.Apa yang patut dia jawab.Maknya dah mula menyindir.Bukan sekali dua maknya bertanyakan Hannah..tapi dia selalu saja berat hati untuk mengajak Hannah ke rumah itu.Entah Hannah mahu atau tidak..sedangkan dia selalu dihina inikan pula tempat tinggalnya yang sememangnya hanya sebuah rumah papan separuh batu. Dia tak berapa sihat makjawapan itu terkeluar. Tak sihat? haidah berisi ke? Sarimah mengerut dahi.Pelik? kahwin baru dua minggu dah mengandung? ish..ntah-ntah anak aku ni Pak Sanggup tak? sebab itulah beriya sangat Tan Sri Idris tu nak kahwinkan cucu dia dengan anak aku yang Cuma jual burger ni? Dari awal lagi dia curiga dengan kesungguhan Tan Sri itu..apatah lagi bila mengatakan cara itu saja yang akan membalas segala budi baiknya melangsaikan hutang pinjaman pelajaran anaknya dan juga hutang lintah darat.. Ke situ pulak mak niberisi apanya mak..kami kahwin baru 2 minggu..lagipun,Hannah belum bersedia lagi mak.. Uwais segera mereka alasan..mustahil Hannah akan mengandung kalau mereka tidur berlainan bilik.Lagipun,usahkan nak pegang..nak duduk dalam satu kereta pun bertekak sampai nak hilang suara..dia teringatkan kata-kata Hannah malam tadi.. ieee..saya tak ingin nak tidur satu katil dengan awaklah.. Uwais rasa sedih memikirkan rumahtangganya yang tidak seperti orang lain itu. Tak bersedia? ewah..muda sangat ke dia tu sampai tak bersedia? dah nak masuk 25 tahun.Elok sangatlah kalau jadi mak orangkenapa? sibuk sangat dengan jawatan dia tu..apa ke namanya? CAO? huh.. CEO lah makUwais sempat ketawa. Whateverlah! sama aja bunyinya.. Uisk..mak dah pandai cakap omputih erk? sejak dapat menantu dari UK ni,dah maju ye?Usik Uwais. Ada la sikitKerling Sarimah.Dia tersenyum. AssalamualaikumMak Mah.. tiba-tiba ada suara memberi salam di luar rumah.Ketika itu cahaya fajar sudah kelihatan. Siapa pulak tu,kau pergi tengok Uwais. Segera Uwais ke pintu dapur.Dia senyum bila susuk seorang gadis bertudung yang berbaju kurung berdiri di muka pintu. Oh..Cikgu Batrisya rupanya..nak jumpa mak ya? masuklah.. pelawa Uwais. Takpelah abang,Sya Cuma nak hantar baju yang Mak Mah tempah ni..dah siap jahit.Sya nak

cepat ni,nak pergi pasar.. Pergi sorang aja? Haah..mak dengan ayah pergi dusun kutip buah durian.. La..Sya rupanya,apasal tak ajak masuk Uwais? mari masuk Sya? Sarimah muncul di sebelah Uwais. Dah mak..dia yang jual mahal Uwais sengaja mengusik.Memang dari dulu lagi dia suka mengusik guru muda itu.Sebenarnya,dari dulu lagi maknya memang berkenan dengan Batrisya untuk dijadikan menantu tapi mungkin dah takde jodoh..dia pun tak tahu apa perasaan cikgu itu padanya.. Mana ada,pandai aja abang Uwais ni..Mak Mah,Sya nak hantar baju ni hah..nak cepat ni,nak pergi pasar.. Dah siap jahit ya? Kalau iyapun,masuklah dulukita sarapan sama-sama..lepas tu boleh kita pergi ke pasar tu bersama..kami ni pun nak ke sana.. Sya drive sendiri Mak Mah.. Iyalah..tak sudi naik kereta buruk Uwais la tu mak.. Uwais tayang muka cemberut. Apalah abang Uwais ni..Sya suka apa kereta tu,comel..macam kereta Mr.Bean..nasib baiklah tuannya handsome sempat pula Batrisya membalas usikan nakalnya. Sudah,tak payahlah kau nak mengusik dia Uwais..bukan main lagi kau usik anak dara orang pagi-pagi ni ya? nampak dek isteri kau baru tahu langit tinggi rendah.. Sarimah sudah menarik lengan Batrisya. Alamak..Sya lupalah,abang Uwais dah kahwin Batrisya menutup mulutnya.Macamana aku boleh lupa ? Eh..memanglah,tapi abang ada tiga kuota lagi tau.. Uwais sengeh.Dapat isteri garang macam Hannah,entah macamanalah dia nak bahagiadah nasib aku agaknya.. Iee..gatal!! Batrisya masuk juga ke dalam rumah tapi dia tak nampak pula isteri lelaki itu.Bertuahlah perempuan tu dapat bersuamikan abang Uwais yang handsome dan baik hati pulak tu..kenapalah dia tak pinang aku dulu? nak buat macamana..takde jodohlah tu..maklumlah,isteri dia lagi cantik..kaya pulak tu.

________________________________________________ Morning guys sapa Hannah sebaik saja dia turun untuk bersarapan.Tapi dia masih tak nampak kelibat Uwais sedangkan adiknya Putera Baihaqi sedang menikmati sarapannya. Morning Alongjawab Mastura yang sedang menyapu jem pada roti. Putera..bila balik? bukan malam tadi pergi dusun ke? Dah balik subuh tadi lagi..jawab Putera acuh tak acuh. Oh..err,tapi Along tak nampak abang Uwais pun? Putera tak balik dengan dia ya? Balik dengan dialahitulah Along,bangun lewatlah tu sampai suami pergi solat kat Surau pun tak tahu Ewahsuka-suka kau aja cakap Along macam tu ya? Hannah mencubit pipi Putera.Sekarang baru dia tahu,rupanya Uwais solat di surau..mungkin singgah di rumah ibu mertuanya barangkali. Tuk Ayah mana? tak turun lagi? Hannah menarik kerusi.Dia memandang hidangan di atas meja.Inilah yang dia malas nak balik ke rumah itu..apa tidaknya,kalau sarapan aja mesti nasi lemak..tak pun..mee goreng..roti..buah-buahan seperti strawberry,kiwi atau epal langsung tiada.. Tuk Ayah dah keluar..biasalah,pergi jogging..lagipun hari ni kan kita dah planning nak memancing jawab Putera yang sudah selesai sarapan.Dia mahu menyiapkan beberapa kerja sekolah yang diamanahkan gurunya. Mak Awa, salad buah-buahan saya mana? Mak Awa tahu kan,saya tak makan makanan berat macam ni waktu pagi..nanti rosaklah diet saya keluh Hannah.Mak Awa,pembantu rumah yang sudah bertahun berkhidmat dengan Tuk Ayahnya itu bergegas datang dari dapur. Maaflah Hannah..buah-buahan semua dah habis..buah durian adalah.. Ish..ada ke Mak Awa nak suruh saya makan buah scary tu? untuk sarapan pulak tu..takpelah,nanti kita pergi pasaraya..

Alah Along ni..Mas ni hari-hari makan nasi lemak..tak gemuk pun? tetap maintain aja.. Mas lain..as a student..banyak aktiviti di sekolah..Along ni lain,kerja sampai malam..menghadap computer..meeting..tu semua kan duduk aja? mana ada masa nak riadah atau pergi gim..kalau Along tak control diet..habislah! Along kan dah memang cantik..lagipun,bukan Along tak kahwin lagi..dah dapat suami handsome pun..buat apa nak risau sangat? Mastura menghulurkan sekeping roti pada Hannah.Diambil juga huluran adiknya itu.Kemudian dia menuang susu Anlene ke dalam mug.Kenapalah Mastura sibuk nak kaitkan Uwais dengan dietnya? langsung takde kena mengena..Handsome tapi jual burger buat apa? isteri seorang CEO tapi suami? penjual burger.ibarat buah epal diletakkan di sebelah buah durian..kan tak sesuai tu? Tapi pagi tadi? yadia teringatkan peristiwa pagi tadi..sebelum dia tersedar dari tidur.Itulah tidurnya yang paling lena selepas kemalangan ngeri yang meragut nyawa kedua ibubapanya..tidurnya yang sentiasa dalam terang kerana dia takut pada kegelapan..dia bermimpi,tapi bukan mimpi biasa yang dia alami..biasanya dia akan mimpikan arwah mama dan papa..dia akan mengigau dan bangun dalam keadaan berpeluh.Malam tadi..dia lena dan dia mimpi sesuatu yang dia tak pernah inginkan dalam alam nyatanya..dia berjalan berpegangan tangan dengan Uwais di satu kawasan padang yang hijau..dipenuhi taman-taman bunga dan pokok-pokok rending..Yang peliknya,dia nampak gembira dan mesra dengan lelaki tu..hinggalah bila Uwais mengucup dahinya..dia rasa tersentuh..dia rasa selamat..dia rasa satu perasaan yang dia tak pernah rasa sebelum ni..rasa memerlukan Uwais dalam hidupnya..dan bila dia terjaga..dia masih dapat rasakan kehangatan ciuman itu di dahinya tapi tiada sesiapapun di bilik itu..hanya dia sendirian..ternyata dia hanya bermimpi..Dia tak sukakan perasaan tuBenci! benci!benci! kenapa boleh mimpi macam tu pulak?? bye the way ..nasib baik mimpi aja..tak rela aku kena cium dengan Si Penjual Burger tu..Never! _____________________________________________________________________________ _____ Perlu ke kita singgah kat sini Mak Awa? Hannah bertanya sebaik sahaja dia memakirkan kereta Mercedez Benz di hadapan pasar Tani yang terletak berhampiran Stadium Darul Makmur.Mak Awa meminta dia singgah di situ sebelum pergi ke pasaraya untuk membeli beberapa keperluan. Mestilah..Mak Awa nak kena beli ayam,daging,ikan..kalau tak,Hannah dengan keluarga nak makan apa nanti? takkan Hannah nak makan ikan di kolam Tan Sri tu? Di pasaraya kan ada? Tak fresh Okeylahtapi Mak Awa jangan lama-lama tau..panas dalam kereta ni.. Hannah terpaksa bersetuju.Dia tak dapat bayangkan betapa mualnya kalau terpaksa memakan ikan air tawar itu. Eh,marilah kita masuk samatemankan Mak Awa..Takkan Hannah nak tengok Mak Awa bawa barang-barang berat tu sorang-sorang..biasa tu, Mastura yang tolong.. ajak wanita separuh umur itu. Bukan tak nak Mak Awa..tapi,pasar tu busuklahHannah geli la tengok tempat basah,hanyir macam tu..lagipun,ramai orang..rimaslah.. Hannah segera menolak.Untuk datang ke tempat itu pun dia separuh rela,inikan pula nak kena masuk dalam pasar tu? Bukan lama,sekejap ajaya? pujuk Mak Awa.Dia memang faham perangai cucu Tan Sri Idris yang seorang ini..memang cerewet dan berbeza sekali dengan adik-adiknya. Okey..tapi sekejap aja tau? Hannah kasihan juga bila memikirkan wanita tua itu bersendirian membeli barang keperluan. Iya.. Jawab Mak Awa sambil keluar dari perut kereta.Hannah turut keluar.Mujurlah dia berpakaian santai saja pagi itu.Hanya memakai t-shirt dan jeans serta berkasut snikers. Dia dan Mak Awa segera masuk ke dalam pasar.Bunyi bising mula kedengaran.Hannah menutup sedikit hidungnya bila bau hanyir darah mula melekat pada hidungnya.Dia sekadar memerhatikan Mak Awa memilih beberapa ekor ketam dan udang. Beli ayam cik? seekor 18 ringgit aja..nak potong berapa? Tiba-tiba dia ditanya oleh seorang pemuda di gerai bersebelahan.Lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya itu mengukir senyum. Hannah buat tak tahu sahaja.Bila masa pulak aku nak beli ayam?

Matanya memandang sekeliling.Ramainya manusia buat dia mula rasa rimas.Nak berjalan pun susah bila lantainya berair dan kotor. Jom kita pergi beli ikan kat belah sana? ajak Mak Awa setelah selesai membayar belian ketam dan udang.Hannah terpaksa ikut juga.Entah berapa kali dia bersigung bahu dengan orang lain.For Got sake,inilah kali terakhir aku masuk tempat macam ni! Mak Awa..cepatlah rengeknya sambil menarik sedikit baju wanita tua itu.Mak Awa senyum saja.Dia baru saja hendak memilih ikan.Susah betul kalau ke pasar dengan Hannah..kalau Mastura tentu sudah sibuk bertanya itu dan ini..jenis ikan dan sayuran.Hannah pula sebagai isteri sepatutnya belajar cara belian sebegitu,tapi iyalah..dah lama sangat tinggal di negara barat sana.Bau hanyir sebegitu pun sudah tidak boleh ditahan. Iya..tinggal nak beli daging dengan ayam saja..lepas tu sayuran kampung..adik-adik Hannah suka semua tu.. Whateverlah Mak Awa,yang penting kita cepat dapat barangan tu semua..saya dah rasa nak termuntah bau hanyir kat sini.. Tungkas Hannah.Matanya terpandang seseorang yang dia memang kenal.Berjalan bersama seorang wanita hampir sebaya Mak Awa..tak lain suami yang dibencinya..Uwais Ukasyah dan Ibu Mertuaku? alahaimacamana boleh terserempak kat sini pulak? Hannah memerhatikan Uwais yang sedang mengambil bakul dari tangan seorang gadis bertudung.Berkerut-kerut dahinya..Hai,rasanya itu bukan Anisah? dah perempuan mana pulak ni? Uwais begitu mesra dengan gadis itu.Bukan main lagi bergelak ketawa,sekali dengan mak mertua aku pulak tuyang aku ni pulak,apasal rasa semacam aja..takkanlah akucemburu? dengan perempuan kampung macam ni? takde sebab aku nak cemburu..nak pulak pasal Uwais..please!! Hannah?? kenapa tercegat lagi? Jom kita ke bahagian sayur.. ajak Mak Awa.Dia turut memerhatikan arah yang dipandang gadis itu bila panggilannya tidak bersahut. Eh..itukan Uwais? Puan Sarimah pun ada Mak Awa terus sahaja mendekati mereka tanpa sempat Hannah nak menghalang.Sebolehnya dia tidak mahu Uwais tahu dia di situ.Malangnya,Mak Awa dah pun menegur ibu mertuanya dan terpaksalah dia memainkan wataknya sebagai menantu terbaik.. Mak pun ada kat sini? Hannah tanpa berlengah memeluk Sarimah kejap.Itupun bila ibu mertuanya itu sudah perasan kewujudannya di situ. Uwais hampir tak percaya Hannah boleh datang ke pasar itu? kira hebat jugalah Mak Awa sampai boleh buat isterinya itu mencemar duli. Hannah..kenapa tak ikut Uwais balik ke rumah? katanya tak sihat? ini kenapa pulak datang ke pasar nikan elok berehat aja.. Sarimah merasa terharu bila menantunya itu mencium dan memeluknya tadi. Abang tak cakap pun nak pergi rumah mak..lagipun,Hannah cuma penat aja mak.Hmm..abang ni memang suka tinggalkan Hannah sorang-sorang mak.. Hannah spontan memukul perlahan lengan Uwais.Lelaki itu seperti terkejut dengan jawapannya.Apa? ingat aku suka nak panggil kau abang? terpaksa tahu tak? Uwais berasa begitu kagum dengan lakonan Hannah.Memang sedikit pun tidak kelihatan cacat celanya.Senyuman mesranya bahkan tuturkata bukan main manja lagimacamlah aku ni suami kesayangah kau kan Hannah? Hannah..berbual la dengan mak kamu ni,Mak Awa pergi beli sayur kejap ya? Mak Awa terus sahaja berlalu. Mak nak beli apa? Mak pilih aja..biar Hannah bayarkan.. dia cuba mengambil hati mertuanya itu. Ish..mak dah belipun,dah nak balik pun hah..Cuma temankan cikgu Batrisya ni beli sayur.. Cikgu Batrisya? Lupa pulak nak kenal..ini Batrisya, anak kawan makdia ikut temankan mak ni.. Ohh..hai..Dia bersalaman dengan gadis itu.Dia mengerling Uwais yang sedari tadi hanya diam sahaja.Apahal dengan Uwais ni? dari tadi tak bercakap pun..marah pasal malam tadi kut.. Mak..jomlah kita balik,lagipun..Sya dah siap beli sayur.. ajak Uwais.Malas dia nak melayan lakonan Hannah yang kononnya begitu mengambil hati ibunya.Kalau dah aku kau benci..mesti mak aku pun kau tak suka kan? detik hatinya. Mak balik dulu ya Hannah? nanti kalau senang..datanglah rumah mak.. Iyalah mak.. Hannah membalas senyuman wanita itu.Dia rasa sebal pula bila Uwais seperti

acuh tak acuh dengannya.Mentanglah ada cikgu tu..ingat aku kisah? Balik dulu Hannah Batrisya menuruti langkah Uwais yang sudah jauh.Hannah memerhatikan mereka pergi.Gedik pulak aku tengok cikgu tuyang sibuk mengekor suami aku tu kenapa? Argghh!! apasal aku fikir macam ni? lantak dioranglahdia betul-betul tak suka dengan perasaan yang dia rasa sekarangcemburu!

Suami yang Kubenci 9


by E-man Sufi Hannah sekadar memerhatikan sahaja pemuda yang memakai sut lengkap yang berdiri di hadapan layar lebar itu.Bilik mesyuarat hanya kedengaran suara lantang arkitek senior yang tekun membuat perbentangan. Melihat tak semestinya mendengar..dan mendengar tak semestinya faham..apatah lagi bila fikiran jauh melayang.. Hannah sebenarnya tidak langsung memberi tumpuan pada perbentangan yang sedang berlangsung.Dia sedang memikirkan kemusykilan yang bermain di fikirannya..tentang Uwais Ukasyah. Kenapa aku asyik teringat kat dia aja? dalam banyak-banyak perkara yang aku kena ingat,apasal penjual burger tu juga yang aku asyik fikir? pelik nintah-ntah, aku dah kena gunaguna kut? ishtakkan kut, mengarut aja semua tu..takkanlah dia nak buat macam tu? Dah tu, langsung tak nak bercakap dengan aku tu apa kes? marah sangatlah konon pasal malam kat rumah Tuk Ayah tu..Eleh,aku yang tak suka kat dia ni pun kira baik apa masih jugak nak bertegur sapa..walaupun asyik bergaduh aja dengan dia,okeylah tu daripada tak bercakap langsung..ini tak, tiga hari tak bercakap..nampak aku pun buat-buat tak nampak aja? tak rindu ke nak bertengkar dengan aku ya? apa dia ingat aku kisah sangat ke dia buat macam tu? takpe..aku nak tengok,sampai bila dia nak puasa bercakap dengan aku..ingat aku ni apa? tugu negara? tiang bendera? Puan Hannah? are you okey? suara garau kedengaran.Mematikan lamunannya. Yup? Oh,dah habis ya? Dia terus membetulkan kedudukannya.Danial angguk. Dah puan..sebab tu saya tanya ,apa pendapat puan dengan pembentangan proposal saya tadi? Alahaidia ada tanya ke? aku nak jawab apa ya? aku bukan dengar pun.. Emm..saya belum boleh buat apa-apa komen atau persetujuan lagi dengan proposal awak ni.. Tapi puan,kan tadi saya dah Kan saya dah cakap,saya belum boleh buat keputusan sekarang..lagipun,saya kena teliti dulu proposal awak ni..nanti hantarkan hard copynya ke meja saya ya? Kalau macam tu,apa gunanya saya buat presentation ni puan kalau puan masih tak boleh putuskan apa-apa.. Danial kelihatan kecewa.Kalau boleh,dia mengharapkan proposalnya akan tersenarai dalam salah satu projek mega syarikat itu. Hey! sekarang ni,awak atau saya CEO di syarikat ni? Saya habiskan masa saya untuk duduk dalam bilik mesyuarat ni pun dah cukup baik tau? awak patut fikir,di sini saya ada 20 orang arkitek senior yang lebih bagus dari awakkalau awak terpilih untuk buat presentation di depan saya..itu tak bermakna awak boleh tunjuk pandai dengan saya ya? dah bagi muka nak tunjuk belang pulak.. Hannah segera bangun dan mengisyaratkan Aisyah ,setiausahanya membawa semua dokumen ke biliknya.Suasana bilik sunyi sepi,tiada siapa yang berani buka mulut.Masingmasing hanya mampu memandang simpati pada Daniel yang baru sahaja dimarahi. Hannah masuk ke biliknya dengan wajah serius.Aisyah mengekorinya dari belakang. Aisyah,saya dah takde apa-apa appointment kan? Takde puan..Cuma ada beberapa cek yang perlu puan tandatangan..Pagi tadi,sebelum Puan pergi site Puan Maira ada tinggalkan beberapa keping cek yang perlukan tandatangan puan.. Esok sajalahsaya nak balik Puan tak sihat ke? Takdelah.. Hannah geleng.Dia mencapai beg tangannya.Kemudian terus keluar dari bilik. Hannah memandu dalam kelajuan sederhana.Dia berkira-kira untuk singgah di East Coast Mall sebelum pulang ke rumah.Dia masih ada beberapa tempahan pakaian yang belum diambil dari butik.Entah apa silapnya,sesampai sahaja di kawasan China Town, keretanya sedikit bergegar.Dia memberhentikan kenderaan di petak parkir.Rupanya,tayar keretanya pancit! Dekat sini jugak kau nak buat hal? nama aja kereta mahal.. Hannah mencekak pinggang.Apa aku nak buat ni? bawa kereta aku tahulah..tapi kalau bab tukar tayar ni memang takde orang lain,mekanik ajalah yang boleh settle.

Mekanik mana pulak yang aku nak panggil? bukan aku ada contack pun..Seingatnya,inilah kali pertama kereta itu pancit tayarnya.Entah benda apalah yang dilanyaknye sampai hilang semua angin dalam tayar itu. Hannah terpaksa menebalkan muka bila ada mata yang memandang.Bukan nak tolong pun diorang ni..Dia memandang sekeliling.Kalau tak salah, gerai burger Uwais bukan jauh sangat dari kawasan itu.Dia memutuskan untuk membuat panggilan ke talian suaminya itu. Assalamualaikum.. Suara Uwais kedengaran. Ehem..Walaikumussalam Hannah berdehem seketika.lega bila Uwais jawab panggilan.Apasal aku rasa berdebar aja ni? sebab aku dah 3 hari tak bercakap dengan dia kut.. Hah..ada apa apa awak call saya ni? sungguh tidak mesra suara Uwais ketika itu.Geram pula hatinya,ingat aku nak sangat ke call kau? Awak kat mana? Kat tempat kerja sayalah Gerai burger tu ya? Iyalah..takkan kat menara KLCC pulak.. Emmmsebenarnya..saya.. berat betul mulutnya nak minta tolong.Kalau dengan orang lain aku boleh terima tapi dengan dia ni apasal susah sangat ya? Sebenarnya apa? cepatlah! saya ramai pelanggan yang tunggu ni..awak lainlah,duduk kat tempat ada aircond,buka aja mulut arah itu ini..semua pekerja awak boleh uruskan.. Hannah ketap bibir.Ai? sempat pulak dia bebelkan aku ya? Macam ni,errr..kereta saya.. Hah? kenapa dengan kereta mahal dan cantik awak tu? takkan kena tarik kut.. Awak dengar dulu boleh tak? dah la saya tengah berdiri kat tempat panas ni.. jangan awak pulak nak panaskan hati saya ni.. Okeylah Hannahku sayangada masalah apa dengan kereta awak? Suara Uwais kedengaran lembut. Hannah tersenyum.Hah..kalau macam ni kan bagus..tapi, apasal pulak aku suka ni? siap senyum pulak lagi..nasib baik dia tak nampak.. Tayar kereta saya pancit beritahu Hannah. Dah tu kenapa? kalau pancit tukar ajalah! Awak ni kan,kalau saya boleh tukar sendiri takdelah saya nak call awak mintak tolong Hannah tak sedar yang dia sudah terlepas cakap juga akhirnya. O nak mintak tolong ya? ishishishkesiannya, dah takde duit nak mintak khidmat mekanik ke? perli Uwais. Awak nak tolong ke tak? banyak cakaplah awak ni.. Tak nak!!..awak buatlah sendiri..saya busy! Tut..tuttu.. Talian dimatikan. Hallo..Uwais?? Hallo!! Hannah melepaskan nafas berat.Kenapalah aku dapat suami macam ni? langsung tak prihatin! rungutnya.Langsung dia tak sedar yang selama ini dialah yang tidak pernah memperdulikan Uwais.Dia tidak melihat mahupun memikirkan hidup sebagai suami isteri bukan sekadar satu perkongsian tetapi juga saling memerlukan.Pendek katabahagianya sebuah rumahtanga bukanlah kerana material semata-mata. ++++++++++++++++++++++++++ Uwais melihat jam di dinding. Sudah hampir pukul 7 malam.Hannah masih belum pulang.Dia mula dipagut rasa risau. Menyesal pula kerana bertindak tidak memperdulikan Hannah siang tadi.Dia sendiri arif dengan perangai Hannah yang tidak pernah meminta darinya.Kenapa petang tadi bila Hannah memerlukannya dia tegar tidak mempedulikan kesusahan Hannah? Suami jenis apa aku ni? kalau jadi apa-apa kat dia macamana? kalau ada orang nak ambil kesempatan ? Kerisauan Uwais hilang bila Audi A4 muncul di perkarangan rumah mewah yang dihadiahkan Tan Sri Idris kepada mereka berdua itu.Uwais segera keluar.Derapan kasut Hannah kedengaran.Mereka bertembung di muka pintu. Hannah..saya minta maaf..

Tepilah! saya penat ni..saya takde hati nak bertengkar dengan awak HannahUwais terdorong sedikit ke belakang bila Hannah menolaknya.Kasihan pula dia lihat Hannah yang kelihatan penat.Entah siapalah yang tolong tukarkan tayar keretanya. Saya minta maaf..saya ingatkan.. Ingat apa? Hannah mematikan langkahnya yang sudah di anak tangga. Saya cuma nak bergurau aja..tak,saya nak balas balik apa yang dah awak buat pada saya..saya Cuma nak awak rasa..macamana bila awak perlukan seseorang tapi awak tak dipedulikan.. Uwais berterus terang.Dia tahu dia tidak sepatutnya mengambil mudah perkara itu.Kerana dia terlalu marah dengan sikap Hannah beberapa hari lalu.Sikap pura-pura Hannah di depan ibunya, dan semua penghinaan yang akhirnya buat dia hilang sabar dan makan hati..hasilnya,dia mengambil peluang petang tadi untuk menyakitkan hati isterinya itu.Nampaknya,dia perlu lebih banyak bersabar kalau tidak,inilah padahnya..makin bertambahlah benci Hannah padanya. Nak balas dendamlah? Hannah mencekak pinggang. Bukansaya tak berdendam pun Hannah.. sangkal Uwais. Tak payah nak tunjuk baik okey..kesilapan saya hari ni sebab saya dah minta tolong dengan orang yang tak berguna macam awak..dan untuk pengetahuan awak..bukan awak aja yang wujud dalam dunia ni yang boleh berikan bantuan.. Hannah terus naik ke bilik.Sungguh dia tak pernah rasa menyesal seperti apa yang dia rasakan hari itu.Perasaan suka yang mula berputik dalam hatinya serta merta hilang dek kerana bencinya dia dengan perbuatan Uwais petang tadi.Mahu tak mahu dia terpaksa meminta bantuan Maira untuk menghubungi khidmat bantuan mekanik.Dia kecewa sebenarnya.Kalaulah Uwais datangtapi dia tak pernah silap..lelaki tu memang tak berguna..Uwais memang layak dibenci! Uwais menghela nafas berat.Satu lagi perkara yang telah memburukkan lagi hubungan mereka.Dia tersilap langkah kali ini.Kerasnya hati Hannah tak mampu dibentuk dengan mudah.Sepatutnya dia datang membantu Hannah petang tadi..itulah yang sepatutnya. Dan sekarang? peluang apa lagi yang dia ada? masa yang berlalu mustahil untuk diputar balik..dia mengharapkan,ada lagi peluang untuk dia buktikan..yang dia bukan seperti disangka Hannah..dia memang tak berduit tapi dia mampu membuat Hannah rasa lebih selamat di sisinya.Dia bukan lelaki tidak berguna!

Suami yang Kubenci 10


by E-man Sufi Hannah melihat wajahnya di cermin.Dia mengeluh bila perasankan matanya yang kelihatan sedikit bengkak .Kenapalah dia menangis malam tadi? tapi nak buat macamana..perasaan sedihnya tidak dapat dibendung.Sampai hati Uwaisikutkan rasa kecewanya semalam memang menyakitkan hatinya sendiri.Kenapa? kenapa? kenapa? kalaulah Uwais tu tahu aku menangis sebab dia malam tadi..jatuhlah airmuka aku..bodohnya kerana semalam dia meletakkan harapan yang Uwais akan datang membantunya.Semuanya sebab perasaan yang mula bertandang sejak di rumah Tuk Ayah tempohari. Bukan mudah untuk dia mengakui semalam dia memang berharap dan nampaknya tujuan Uwais nak balas dendam padanya memang tersangat berjaya dengan cemerlang! Hannah mencapai botol SK 11 dan disapukan pelembab itu ke wajahnya,dengan bantuan kosmatik dia berjaya menghilangkan kelesuan di wajahnya tadi.Dia tak nak Uwais perasan yang matanya bengkak kerana menangis.Tak mungkin dia akan bagi markah tambahan untuk lelaki itu.Takpe..semalam hari kau Uwais..hari ni..esok,lusa sampai bila-bila..semuanya hari aku! Dia sudah bersedia untuk ke pejabat hari itu.Pagi Jumaat itu dia rasa kurang berminat untuk ke pejabat.Tapi kalau dia tinggal di rumah pun buat apa? tak kuasa dia nak menghadap muka Uwais yang dah macam burger tu..kalau aku boleh makan..dah lama aku makan! Hannah menuruni anak tangga.Matanya melilau mencari kelibat Uwais.Mintak-mintak dia takde kat dapur..dia bercadang untuk bersarapan.Kebiasaannya Uwais akan keluar dari biliknya selepas dia pergi kerja.Jarang sekali mereka bertembung pada waktu pagi kerana Uwais selalu berniaga pada waktu malam dan tidur pada sebelah siang. Hah..awak dah nak pergi kerja ke? Hannah hampir saja terjerit bila bertembung dengan Uwais di anak tangga berhampiran ruang untuk ke dapur.Alahai..macamana awal pulak dia bangun hari ni? Hannah tak menjawab.Dia menuju ke almari kasutnya.Sesekali matanya mengerling Uwais yang mundar mandir seperti tiada arah tujuan itu. Awak tak nak sarapan ke? saya dah siapkan sarapan awak..saya dah potongkan buah-buahan untuk awak Hannah..malam tadikan awak tak makan..err..awak tak lapar ke? Uwais berharap Hannah akan bercakap dengannya.Malam tadi puas diketuk bilik Hannah dengan tujuan memujuknya tapi yang dia dapat Cuma sebiji bantal yang dibaling ke mukanya sebaik saja pintu dibuka dan ungkapan Get Lost! Hannah masih buat tak tahu.Dia sudahpun menyarung kasut.Nak ambil hati aku kononkalau kau potong semua buah-buahan dalam peti ais tu pun belum tentu aku makan..ingat aku ni burung ke apa nak makan buah aja kerjanya? HannahUwais memanggilnya tapi Hannah terus sahaja keluar dan menghidupkan enjin kereta.Uwais hanya mampu memandang kereta Audi A4 itu berlalu pergi.Macamana lagi dia nak buat,dah direndahkan semua egonya sebagai lelaki malahan tidak sekalipun dia menggunakan kuasanya sebagai suami..tapi Hannah masih juga dengan perangainya.Mujurlah dia bukan lelaki panas baran,kalau tidak..tahulah nasib kau Hannah Mariam. Telefon rumah berbunyi.Tidak mahu terus melayan perasaan Uwais segera mengangkatnya. Assalamualaikum.. Waalaikumussalam..Uwais ya? Makada apa mak call pagi-pagi ni mak? Uwais agak cemas.Tidak pernah ibunya itu menelefon seawall pagi begitu kecualilah pada hari Ahad. Takdelah, yang kau cemas aja kenapa? mak Cuma nak beritahu yang mak nak ke rumah kau..ambil mak petang ni ya? pasal adik kau pergi ke KL..katanya ikut kem motivasi..mak fikir,daripada mak tinggal sorang aja..lebih baik mak pergi rumah kau..dapatlah mak rapatkan diri dengan menantu mak tu hah.. Mak nak datang Bukit Istana ni? Iyakenapa? tak boleh? Boleh..apa pulak tak boleh makpetang ni Uwais ambil mak ya? di fikiran Uwais sudah membayangkan wajah Hannah nanti bila tahu yang mak mertuanya nak datang!

Jangan tak datang pulak.. Iya mak.. Assalamualaikum.. Waalaikumussalam..Uwais meletak gagang. Habislah!!! sekali mak aku nak datanglah pulak..kalau mak aku tahu yang aku dengan Hannah tidur lain bilik macamana? mahunya bergegar rumah ni nanti! Dia tak sanggup membayangkan amukan maknya nanti..Nak pulak kalau buka peti ais yang penuh dengan label pada makanan.Itu semua bukan kerjanya..Hannah yang pandai-pandai letak label pada makanan yang dibelinya.Macamlah aku nak sangat makan makanan dia,konon tak nak termakan makanan yang aku belilah..alasan! Ego tak bertempat! sekarang siapa yang susah? Uwais kembali mencapat gagang.Dia perlu beritahu Hannah segera.Tapi berkali-kali dicuba Hannah tidak juga mengangkat handsetnya. Jawablah Hannah!! nanti aku jugak yang kau salahkan omelnya.Akhirnya dia berputus asa..Kemudian dia mendapat idea untuk menghantar mesej sahaja.Dia mengambil Handsetnya di dalam bilik tapi sayangnya kredit prepaid pulak habis!!!

Puan Ada apa Aisyah,kan saya dah cakap..saya tengah sibuk sekarang nisaya tak nak diganggu.. Hannah memandang Aisyah yang seperti biasa menayangkan muka bersalahnya.Takut kena marahlah tu.. Hmm..ada apa Aisyah? Di luar ada orang nak jumpa Puan beritahu Aisyah. Kan saya dah cakap..saya tak nak jumpa sesiapa..hari ni saja saya dah hadiri tiga mesyuarat dan melawat 4 tapak projek..boleh tak waktu rehat macam ni,bagi saya lapangkan fikiran saya ni? Hannah mengeluh,wajahnya nampak sedikit tegang dan kepenatan.Waktu baru menunjukkan pukul 2.30 petang..tinggal setengah jam saja lagi waktu rehat akan tamat. Tapi..yang di luar tu suami puan.. Siapa? Hannah yang tadi bersandar pada kerusi empuknya spontan bertanya. Suami puan..nak jumpa katanya,ada hal penting.. Hannah terkaku seketika.Mimpi apa pulak sampai dia datang cari aku kat pejabat ni? Suruh dia masuk Hannah memberi kebenaran.Sebaik Aisyah pergi dia sempat ke bilik air untuk melihat wajahnya di cermin. Bila Uwais masuk,Hannah kaget dengan penampilan lelaki itu.Dia datang office aku pakai macam ni..ieeememang saja nak malukan akulah! Hannah..kenapa awak off handset? puas saya call.. Saja..sebab saya tak mahu diganggu.. Bersusah payah saya cari Wisma ni..nasib baik saya dapat call Maira.. Awak nak apa? yang awak datang pakai macam orang nak pergi bernikah ni kenapa? bersongkoknya..nasib baik tak bersamping..dah macam nak berhari raya pun ada.. Hannah menggeleng sambil memerhatikan sosok Uwais dari atas ke bawah. Kenapa pulak? kan hari ni hari Jumaat..saya baru balik dari masjid..dah tebiat apa pulak saya nak bernikah lagi..ada isteri macam awak pun dah cukup tersiksa,tak mahunya saya tambah..lainlah kalau dapat yang solehah.. Uwais selamba saja duduk di sofa. Ellehnak dapat yang solehah konon..macamlah awak tu baik sangat.. gumam Hannah.Pasal semalam pun belum berbalas,dah cari topic baru nak bertengkar? Penatlah bertengkar dengan awak ..bukan nak hidangkan saya air pun..apa punya servislah syarikat awak ni.. komplen Uwais.Gila besar bilik diapatutlah berlagak sangat.. Kalau setakat datang sini nak minum baik tak payah.. Ingatkan nak pujuk aku lagi,baru aja nak terharu dah spoil..geram betul aku dengan dia ni..tengoklah,muka tu macam tak bersalah aja. Okeylah..saya tahu awak tak suka saya datang kan? sebenarnya saya nak beritahu..Mak saya nak datang rumah awak..dia nak tinggal sampai hari AhadBeritahu Uwais. Hannah merenung Uwais dengan riak kurang senang.Bukan pasal apa yang diberitahu..kalau

Mak mertuanya nak datang,apa yang dihairankan sangat? tapi dia terusik dengan ayat Uwais yang menyebut rumah awak bukan rumah kita..sedangkan rumah itu dihadiahkan pada mereka berdua oleh Tuk Ayah. Awak dengar tak? Dengar..saya belum pekak.. Awak tak risau ke? kan kita tinggal lain bilik..kalau mak saya tahu macamana? nanti silap-silap Tuk Ayah awak boleh tahu tau? Bila Uwais beritahu begitu barulah dia sedar.Omg! Mak awak nak datang bila? Hannah mula kalut. Petang ni saya nak pergi ambil dia.. Macamana ni? saya ada meeting penting petang niapasal awak tak beritahu awal-awal? marah Hannah.Dah tu datang pun muka macam tak panic pun..selamba aja.. Kan saya dah call..awak yang tak nak jawab.. Uwais memerhatikan Hannah yang mula kelihatan cemas.Tahu pun panic..saja je aku nak buat cool.. Tak boleh jadi..kalau mak awak tahu habislah saya..lagipun,bilik awak tu bilik tetamu..Hannah mengeluarkan sesuatu dari handbegnya. Awak ambil kunci bilik saya ni..awak pindahkan semua pakaian awak tapi dengan syaratjangan sentuh apa-apa pun barang saya..okey? barang awak letak dalam almari pakaian saya di bahagian kanan..saya rasa muat untuk awak letak semua barang awak tu untuk sementara waktu.. Awak pasti ke ni? Uwais pelik.Tak rasa geli ke pakaian aku nak letak dalam almari dia.. Buat ajalah..balik cepat,nanti tak sempat..Hannah menarik tangan Uwais supaya bangun. Lagi satu,jangan pandai-pandai nak membelek apa-apa pun barang saya..kalau teralih satu barang pun..siap awak Uwais sekadar angguk.Takut sangatlah aku dengan amaran dia tu.. Sebaik saja Uwais pergi Hannah termenung.Betul ke apa aku buat ni? dia dalam bilik aku? tapikalau mak dia tahu lagi teruk! takpelah..bukan lama pun,nanti pandai-pandailah aku buat sempadanjangan dia ambil kesempatan sudah!

Suami yang Kubenci 11


by E-man Sufi Uwais melewati setiap ruang bilik yang luas itu.Setiap material yang terdapat didalamnya daripada perabut hinggalah kepada aksasori yang dimiliki Hannah semuanya yang terbaik.Ini dah macam bilik hotel high class,memang tinggi citarasa dia nipatutlah orang macam aku pun tak dipandangnya. Uwais merenung seketika lukisan abstrak yang digantung di dinding bilik tidur itu.Agaknya,nilai lukisan itu saja menyamai setahun pendapatannya sebagai penjual burger.Uwais tak mahu terus membelek setiap ruang di bilik itu,dia tidak mempunya banyak masa untuk berkemas.Mujurlah dia tak bawa banyak baju sewaktu berpindah ke rumah itu. Dia membuka Almari pakaian yang sepanjang 4 meter itu. Mak Aihbanyaknya baju dia? dia kaget melihat pakaian-pakaian yang terdapat dalam almari itu.Uwais menarik slide pintu sebelah kanan.Hanya ada sepasang three piece sut bewarna hitam dan berjalur.Dia teringat pakaian itu yang pernah disuruh pakai oleh Hannah.Pakaian itu dibeli dari sebuah butik.Dia tidak mahu menerimanya kerana dia sedar,dia bukan siapa-siapa pun untuk memakai pakaian mahal itu. Agaknya,inilah tempatnya kut..Uwais tanpa berlengah menggatung semua pakaiannya di situ dan meletakkan beberapa barangan peribadinya.Dia menyusun dengan rapi supaya tidak bercampur dengan barangan Hannah. Setelah selesai,dia mahu segera keluar.Sempat matanya memandang ke arah katil yang bersaiz King .Terdapat pelbagai jenis teddy bear sampaikan yang bersaiz sebesar manusia pun ada.. Hmm..teddy bear ni lagi untung daripada aku..agak-agaknya kat manalah tempat aku tidur malam ni,kalau tak atas lantai mesti atas sofa tu..Uwais mengomel sendirian.Macamanalah dia nak tinggal dengan Hannah dalam bilik besar itu nanti.Sudahlah orang tak suka,terpaksa pulak menumpang..nasib kaulah Uwais..Dia menggeleng memikirkan rumahtangganya itu. Uwais rasa terkilan sebenarnya.Tak pernah dia menipu maknya tapi sekarang kerana Hannah yang nak menjaga kepentingannya dia sudah mula terjebak sekali dengan lakonan Hannah.Sepatutnya,dia menasihati Hannah supaya tidak berbuat begitu tapi kalau dia luahkan pandangannya itu tentu Hannah akan fikir dia sedang cuba mengatur kehidupannya. Umpama menarik rambut dalam tepung,dia terpaksa mengikut saja rentak Hannah buat masa ini..bila peluangnya datang,dia akan pastikan Hannah sendiri akan datang padanya tanpa paksaan.Sekeras manapun hati perempuan,pada lelaki juga tempat berpaut..Allah menciptakan manusia itu berpasangan.Dia percaya,Hannah masih punya perasaan lembut di hatinya,yang keras itu hanya egonya saja dan mungkin juga kerana cara hidup Hannah yang sentiasa sempurna maka dia mahukan yang terbaik.Teruk sangat ke aku ni? nak kata tak handsome,aku rasa boleh tahanlah jugak..Cuma tak kaya aja Hannah oi..tapi, takkanlah sebab tu aku takde peluang langsung, rezeki masing-masing kan..manalah tahu, satu hari aku jadi jutawan burger ke? tak pun,permohonan KPLI yang dia mintak sampai kali yang ketiga itu akhirnya berjaya..bersuamikan Cikgu tu..takkan tak naik taraf lagi kut.. Uwais senyum sendirian sambil keluar dari bilik.Sempat pulak pasang angan-angan. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Pukul 6.30 petang Hannah tiba di rumah.Dia segera keluar dari perut kereta Audi miliknya.Di garaj dia nampak Mini Cooper hijau sudah tersadai di situ.Tiba-tiba dia rasa berdebardebar.Dalam rumahnya itu sudah tentu ibu mertuanya sudah menanti.Apalah yang aku nak buat ya? dia memikirkan babak seterusnya yang perlu dilakonkan.Sebenarnya,dia bukanlah berlakon sepenuhnya.Memang dia berniat untuk melayani ibu mertuanya dengan baik.Sebagai seorang yang lebih muda,dia menghormati mak Uwais sebagai orang yang lebih tua.Lagipun, dia sudah lama tidak mempunyai seseorang yang bergelar ibu.Mamanya sudah bertahun meninggal dunia.Tidak salah kalau dia mendekati ibu mertuanya itu,kalau dia tak suka Uwais pun,takde sebab pula untuk dia membenci wanita itu. Assalamualaikumdia memberi salam sebaik masuk.Memang sudah dijangkan,mak mertuanya

itu sedang duduk berbual dengan Uwais di ruang tamu.Barangkali tidak perasan kepulangannya. Waalaikumussalamhah,menantu mak dah balik rupanya sapa Sarimah.Dia segera bangun dan memeluk serta mencium Hannah. Maaflah mak ya,Hannah lambat..biasalah,jalan sesak.. Hannah mengukir senyum sambil matanya melingas ke arah Uwais yang duduk tidak jauh dari tempat dia berdiri. Abangtadi abang kemas tak bilik untuk mak? sorrylahHannah tak sempat nak buat semua tu.. dia duduk di sebelah Uwais,diraih tangan kasar Uwais dan disalaminya.Uwais terkedu lagiaku kalau tengok lakonan dia ni,memang tak boleh blah,sebijik isteri mithali..tangan aku pun dia sanggup cium? tangan buat burger ni Hannahmana ada standart..direnung Hannah dengan senyuman terukir.Okey! nak berlakon sangat kan? aku pun terror apa.Cuma malas aja nak join rancangan pilih kasih tu..kalau tak,Rosyam Nor pun menangis tengok.. Dah sayang.abang ni kalau bab mengemas,bukan setakat bilik aja..bilik air,bilik stor..semua abang cuci bersih.Iyalah,isteri abang ni kan busy Uwais sengeh.Hah,macamana? kan aku dah agak..mesti merah muka dia..nak marahlah tu sebab aku sindir dia.. Iya? untungnya Hannah dapat suami rajin macam ni,kan mak? bukan senang nak dapat yang rajin macam abang ni..Hannah senyum terpaksa.Ewah..lebih-lebih pulak kau ya? mentangmentanglah mak mak dia ada Rajin saja dibuatlah tu,kalau di rumah mak..bersuruh dulu baru nak buat Hannah Uwais terpaksa menadah telinga mendengar ketawa Hannah bila langsung tak mendapat pujian daripada emaknya.Apalah mak ni,saja nak pecah lubang.Baru nak tunjuk eksyen Mak rehatlah ya,Hannah nak ke bilik nak bersihkan diriHannah sudah mahu bangun. A..ah makrehat ajalah,bukan selalu mak datang sini..baru first time kan? Nak rehat apanya,mak nak ke dapur nak masak makan malam..dah lewat ni,kejap lagi dah nak maghrib.. Sarimah membantah. Takpe makyang itu biar isteri saya yang uruskan..dia memang mahir dalam bab-bab kerja dapur ni mak..bukan setakat jadi CEO di pejabat,jadi chef pun boleh mak.. Lah..kan Hannah ni baru balik? penat lagi.. Sarimah kasihan pula pada menantunya itu. Emm..takpelah mak..nanti abang boleh tolong.. jawab Hannah.Dalam hatinya nak aja dicili-cili mulut Uwais yang pandai-pandai buat pengakuan palsu.Bila masa aku pandai buat kerja dapur? memang saja nak kenakan aku. Hah! mak dengar tu? jangan bimbang mak..Hannah ni memang terror memasak maklauk kampung paling dia pandai mak..apa kata malam ni kita makan sambal petai udang dan kari ayammak ada bawa petai kan? perghmak tengoklah nanti.. Hannah rasa macam nak terduduk saja atas sofa. Sambal petai udang? Argghhh!!! kau siap kejap lagi Uwais, aku sumbat-sumbat mulut kau dengan kulit petai tu nantimemang tak sayang mulut dia ni.. Ya ke? eh..tak sabarlah pulak mak nak rasa air tangan menantu mak ni..tak sangka,ingatkan Hannah tinggal lama di luar negara tu,pandai makan makanan orang putih aja.. Sarimah rasa gembira dengan kebolehan menantunya itu.Hannah rasa mukanya sudah terlalu ketat untuk tersenyum.Sudahlah penat,kena pulak memasak? kalau kari ayam tu aku boleh terima lagi..tapi nak masak sambal petai tu manalah aku tahu,makan pun aku tak pernahnasib baiklah dia tak suruh aku masak asam tempoyak.. Hah,abang dah lama tak makan sambal tempoyaklah sayang..nanti sayang buatkan ya? tadi kat rumah mak,abang dah petikkan cili padi.. Uwais makin menjadi-jadi.Suka betul dia tengok jelingan Hannah padanya.Hip-hip hoorey! itulahselama ni kau tak pernah masakkan untuk aku kan? hahbaru kau tahu sekarang Uwais!!!! siaplah kau nantimemang sengaja kan?? sambal ya? berapa banyak sambal abang nak makan? tak elok tau makan banyak cili..tak baik untuk kesihatan.. Hannah menahan perasaan geramnya. Ehtakpe,abang dengan cili dah macam adik-beradik..Uwais membalas dengan muka tak bersalahnya. Ada-ada ajalah kau ni Uwais,patutlah kau beriya sangat suruh mak bawa tempoyak tu.. sampuk Sarimah. Emmmabang,tadi Hannah ada beli sesuatu untuk abang Beli apa? Uwais pelik.Aik? baik pulak nak belikan aku barang?

Adalahjomlah kita tengok kat bilik..Hannah menarik tangan Uwais. Naik kejap ya mak..mak rehat tau..sempat Hannah berpesan.Mak rehatlah sebab Hannah nak pergi kerjakan anak mak niI will kill him!!

Suami Yang Kubenci 12


by E-man Sufi You..idiot!!! Balingan teddy bear ke arahnya berjaya ditangkap Uwais. Dia mengangkat kening double jerk dan ketawa kerana dia memang sudah mengagak Hannah pasti akan membaling sesuatu sebaik saja mereka masuk ke dalam bilik.Ada beli barang kononingat aku tak tahu tektik kau tu? Hannah semakin geram.Dia membaling kesemua teddy bear di atas katilnya.Uwais pula tetap dapat menyambutnya dan dijatuhkan ke lantai.Hannah tak puas hati.Tinggal teddy bear gergasi saja yang belum dibalingnya. Larat ke nak baling yang tu? ejek Uwais.Hannah spontan mencapai jam loceng di atas meja tepi katil. Okey..okey..stop! Uwais tak mahu ambil risiko.Kalau kena kepala maunya berlubang nanti.. Apsal pulak? yang ni tak nak sambut ke? Tak naklah yang tu..bahaya!.. Uwais geleng.Hannah meletakkan semula jam loceng.Tahu pun takut Yang awak nak mengamuk sangat ni kenapa? Sebab apa awak tanya? apsal awak pandai-pandai sangat beritahu mak yang saya pandai masak sambal udang petai tu hah? marah Hannah. Apalah awak ni,pasal memasak pun nak mengamuk ke? nampak macam perfect sangat,tapi..takdelah hebat mana pun ayat yang dihujung itu disebut perlahan. Apa awak cakap? Takde apa. Uwais mengutip teddy bear yang bersepah di lantai. Now what? saya memang tak tahu nak masal sambal udang tu, awak yang pandai berbohong saya pulak yang jadi mangsaawak memang pandai ambil kesempatan nak balas dendam kan.. Hannah duduk di birai katil.Dia menanggalkan subang di telinganya.Uwais pula duduk di sofa sambil bermain dengan teddy bear yang dikutip. Awak dengar tak ni? bila saya cakap..boleh tak awak fokus..saya menyampah tau tengok muka selamba awak tumenyakitkan hatiawak tak rasa bersalah ke? Tak pun Uwais menggeleng.Hannah ketap bibir.Menyesal pulak aku tak baling jam loceng tu tadi,biar betul skit otak dia tu Saya penat balik kerja,awak suka-suka aja kenakan sayasekarang ni puaslah hati awak kan dapat malukan saya depan mak awak? Hannah rasa macam nak menangis bila membayangkan betapa malunya dia depan mak mertuanya nanti sebab dia memang tak pandai memasak sangat pun..nak pulak masakan kampung tu.. Kalau tak tahu,tanyakalau tak pandai,belajarsusah sangat ke? Mereka saling berpandangan. Amboisedapnya bercakap? saya nak tanya siapa? saya nak belajar dengan siapa? mak awak tu? dah tentulah nanti dia tahu yang saya ni tak pandai.. Huh..kalau dah memang tak pandai buat apa nak malu? mengaku ajalahmasalah awak ni bukan sebab tak pandai tapi penyakit bodoh sombong awak tu.. Awak jangan melampau ya? jangan ingat mak awak ada kat sini,awak boleh ambil peluang nak kenakan saya.. Hannah mula naik angin semula.Dia sudah bangun dan mencekak pinggang.Pantang betul kalau orang panggil dia bodoh. Uwais tetap tenang.Susah betul nak sekolahkan dia nibaru provoke sikit dah melenting. Saya minta maafcubalah cool Hannah,ini asyik nak mengamuk aja..nanti dapat sakit darah tinggi tau..silap-silap kena strok.. Awak yang mula dulu.. Hannah sedikit tenang bila Uwais meminta maaf. Macam ni, saya boleh ajar awak.. beritahu Uwais.Hannah tiba-tiba ketawa,beriya benar ketawanya sampai berair mata.Uwais kerut dahi..aku salah cakap ke? Apa yang lucu sangat Uwais senyum bila melihat gelagat Hannah.Bukan apa,tak pernah pulak dia tengok Hannah suka sangat macam tubiasa tu mukanya kalau nak senyum pun susah inikan pulak ketawa macam tu. Awak nak ajar saya? saya ni nak belajar masak sambal udang petai..bukan nak belajar buat

burger Hannah masih lagi ketawa.Nak ajar aku konon Eh,awak jangan pandang rendah dengan saya ya? memanglah saya ni penjual burger aja..tapi saya tahu buat kerja-kerja dapur ni,kalau setakat nak memasak sambal macam tu,apalah sangat..bukan macam awak,nama aja CEO..memasak pun tak pandai,inilah dia perempuan sekarang,bangga sangat dengan jawatan tinggi tapi kualiti jadi isteri zero Hannah berhenti ketawa.Terasa juga dengan sindiran itu.Nak marah kang memang betul pun tapi mana boleh biar dia berlagak sangat dengan aku macam ni.. Diamlahsaya tak suruh pun awak jadi juri nak komplen itu ini.. balas Hannah. Saya tunggu awak di dapur..cepat sikit mandi tu, jangan nak biar saya pulak buat kerja kat dapur tu..kalau mak nampak nanti apa pulak dia cakap,isteri biar suami memasak kat dapur.. Uwais bangun dari sofa.Dia masih memegang teddy bear Hannah. Orang tahulah! bising aja..membebel macam orang perempuan.. Hannah rasa sebal bila tak henti-henti disindir dan dia tiada idea untuk membalas.Hannah menuju ke almari untuk mengambil tuala. Hannah.. bila Uwias memanggil dia berpaling dan.. Buk! teddy bear yang dibaling Uwais tepat mengenai mukanya.Kali ini Uwais pula yang ketawa dan terus keluar dari bilik itu macam lipas kudung. Uwais!!!!... Hannah tak sempat nak membalas balingan itu.Geramnya akusiaplah kau nanti,aku dapataku lumat-lumatkan macam sambal! Hannah mengambil teddy bear di lantai.Dia tersenyum bila teringatkan perlakuan Uwais tadi.Kenakalan Uwais sebenarnya buat hari-harinya tidak membosankan.Sekalipun bertengkar,ada sesuatu yang dia rasakan..seolah-olah kalau sehari dia tak bertikam lidah dengan lelaki itu,macam tak lengkap pula rasanya..orang kata..kalau kita benci sangat..lama-lama jadi cinta..ya ke? biar betul..aku dengan Uwais,bercinta? tak kutcepat-cepat dia menggeleng.

Suami yang Kubenci 13


by E-man Sufi Dari tadi saya tengok awak terkial-kial kupas isi petai tu kenapa? Uwais menegur bila Hannah masih belum selesai menghabiskan walau sepapan petai pun. Susah awak tahu tak? dah lah benda ni bau busuk..ieee..awak tak geli ke makan benda berbau macam ni? Hannah muncung panjang.Rasa nak aja dia putus asa.Tapi kalau dia tak buat,sampai bila pun tak siap sebab Uwais memang tidak mahu membantu.Dari tadi taunya mengarah itu ini.. Elehkalau bercakap asyik nak berlagak ajaberbaulah,busuklahkalau benda ni teruk sangat,Chef Wan takkan perkenalkan masakan ni sampai ke luar negara tau?.. Hannah mencebir.Dia mengajuk-ngajuk cara Uwais bercakap. Hah..buat mukalah tu..elok sangatlah ajuk orang macam tu..tak nak tolong ajar baru tau,biar awak buat sendiri Tak naklahini pun dah lambat tau..apa tak awak aja yang buat kerja boring ni? Hannah mengeluh.Uwais mendekatinya.Menggeleng bila melihat hanya berapa ulas saja isi petai itu yang baru dikeluarkan dari kulitnya. Mari sini saya tunjuk cara nak buat kerja awak ni jadi cepat..,ambil pisau belahkan separuh macam ni..lepas tu barulah awak buka belahan ni dan keluarkan isinya..faham? hah,buat tengok? Uwais sudah mengeluarkan sepapan isi petai kurang dari 30 saat. Hannah mengerut dahi.Macamana dia buat tadi? cepatnya? Buatlah..macam saya buat tadi.. arah Uwais.Huh,sekarang giliran aku pulak tunjuk kuasa.Hannah mengambil pisau yang dihulur.Wajahnya mencuka.Mahu tak mahu dihiris juga kulit petai itu. Auch!!! Hannah terhiris jarinya sendiri.Uwais terkejut bila darah kelihatan mengalir dari jari telunjuk Hannah.Apalah isteri akuguna pisau pun tak pandai ke? Kan dah luka..awak punya pasal la ni,luka jari sayaHannah menyalahkan Uwais. Eh..jauhkan jari awak dari petai tu,kena darah nanti tak pasal-pasal saya jadi raja bersiong pulak..sempat pulak Uwais mengusik.Orang tengah sakit dia boleh buat lawak bodoh tu,ada jugak yang kena hiris macam kulit petai ni karang Tak naklah buat kerja macam ni.. Hannah seperti merajuk.Uwais sengeh. Sikit aja pun..ada ke setitik darah yang keluar,alasanlah tu.. Sakit tahu tak? marah Hannah lagi.Dia sudah meletakkan pisau di atas meja. Apa yang kecoh-kecoh sangat kamu berdua ni? sampai ke ruang tamu mak dengar bisingnya.Sarimah muncul di dapur itu.Uwais sedikit kalut.Alahaimak ke dapurlah pulak..habislah kalau mak tahu isteri aku ni tak pandai memasak.. Takde apa mak..ni hah,Hannah jari dia putus mak Hah? putus? kenapa pulak?Astaghfirullah Uwais tepuk dahi.Apa pulak aku cakap putus?Hannah sudah membulatkan matanya.Putus? bila masa pulak jari aku putus.. Mari mak tengok? Sarimah sudah mendekati Hannah. Eh..takde apa mak..sikit aja,terluka tadi Hannah menggeleng.Dia segera mencari kotak first aid dalam rak cabinet dapur. Macamanalah boleh terluka ni? Sarimah mendekati meja.Dia lihat ada seikat petai di situ.Agaknya,manantunya sibuk buat kerja dapur dan terluka sewaktu menggunakan pisau. Salah saya makUwais membuat pengakuan.Dia segera mengambil kotak first aid dari tangan Hannah.Segera dia mencari pembalut luka di dalamnya. Saya nak tolong Hannah tadi..tapi dia tak bagi,masa saya cuba ambil pisau dari tangan dia entah macamana boleh terkena jari dia pulak.. jawapan Uwais itu buat Hannah terharu.Apsal pulak dia tipu mak dia macam tu? kan aku sendiri yang lukakan jari tadi..wajah Uwais yang tekun membalut luka dijarinya direnung.Dalam jarak yang rapat sebegitu,dia meneliti wajah lelaki itu..handsome jugak dia ni Itulah,suka sangat menyibuk..kan dah luka jari Hannah tuMarah Sarimah.Geram pulak bila kecuaian Uwais itu menyebabkan jari menantunya luka.Hannah yang tadi ralik membelek wajah

Uwais terkejut dengan sergahan mertuanya itu.Uiksboleh tahan garang mak mertua aku ni..patutlah Uwais ni tahan maki..aku kutuk dia hari-hari pun buat muka selamba aja.. Sikit aja mak..Hannah seakan membela. Iyalah tu..nasib baik tak putus jari tu..sudah,biar mak aja buat kerja kat dapur ni..Sarimah sudah mencapai pisau di atas meja. Tak payah makbiar saya ajalah yang masak..mak dengan Hannah pergi duduk kat depan..ambil wudu ke..kejap lagi nak maghrib kan? 20 minit lagi,saya jaminsemua dah terhidang atas meja.. Betul ni? nanti kau jangan salahkan mak dengan Hannah pulak kalau kau penat.. Takdelah..demi mak yang saya sayangapa pun anak mak ni sanggup buat Uwais mengambil hati.Senyum hingga menampakkan lesung pipitnya. Mak aja? isteri kau tu? Emm..lupa pulak..untuk isteri kesayangan abang..biarlah abang yang masak ya? kesian isteri abang ni..sakit lagi tak? Uwais berpura-pura meniup jari Hannah yang dah siap berbalut.Hannah rasa legaThaks God!..bukan aku yang suruh..kau sendiri yang offer diri.. Betul ke ni bang? nanti susahkan abang pulak Hannah senyum .Manja sungguh suaranya.Siap disentuh lembut pipi Uwais.Kenalah buat real,nanti mak mertua aku perasan pulak yang tadi aku bertengkar dengan anak dia. Iya sayang Suka hati kaulah Uwais..mak nak ke bilik Sarimah pergi.Hannah cepat-cepat menarik jarinya yang masih dalam genggaman Uwais tadi. Sukalah kan sebab awak tak payah masak? Uwais mengeluarkan semua barang-barang dari dalam peti ais.Hannah pula menyimpan semula kotak first aid. Salah saya ke? awak yang offer diri.. Hannah senyum bahagia.Lega rasanya,nasib baik tak kantoi.. Tapiawak jangan ingat boleh terlepas..kira cukup baik saya nak tolong cover awak tadi tau? ingat apa yang saya cakap tadi benda baik ke? awak dah buat saya tipu mak sayatak pasalpasal saya dapat dosa.. Saya tak suruh pun awak menipu mak awak.. Hannah menanggalkan apron dan dibaling pada Uwais. Oh,jadi awak relalah kalau tadi mak saya tahu yang awak ni cemerkap buat kerja dapur? Uwais tak puas hati.Sopannya perangai..tak boleh ke bagi apron ni elok-elok? Okey..okeysaya tahulah awak dah tolong saya..awak boleh suruh saya buat apa saja tapi bukan ucapan terima kasih sebagai balasan.. Hannah masih juga dengan perangai egonya.Uwais tak tahu nak kata apa dengan perangai degil Hannah itu.Aku tak pernah jumpa manusia macam dia ninak cakap terima kasih pun susah? jatuh ke maruah kau kalau cakap terima kasih hah? ieeenasib baik aku ni ada sifat belas kasihan ,kalau tidak aku biar aja dia ni kantoi tadibiar padan dengan muka. Saya pegang janji awak nijangan menyesal? Uwais menduga. Cakaplah..awak nak saya buat apa? Saya nakUwais senyum penuh makna..Hannah mengerut dahi.Apsal dia senyum macam orang jahat? jangan-jangan dia nakTiba-tiba dia rasa menyesal! bodohnya,kenapalah aku pandai-pandai buat janji? Uwais lalu di sebelahnya dan membisikkan sesuatu. What?? Hannah tak sanggup..sungguh! dia tak rela

Suami yang Kubenci 14


by E-man Sufi Apa tengok-tengok?.. Hannah menjeling Uwais yang duduk di sofa.Entah bila Uwais ada kat biliknya itu dia pun tak perasan. Siapa tengok awak..saya tengok pintu bilik air tu.. Uwais tersengeh-sengeh.Dia menahan ketawa.Tapi perutnya memang dah senak menahan ketawa dan meledak juga akhirnya. Jangan ketawa boleh tak? lucu sangat ke? awak ingat benda ni kelakar? Hannah masuk semula ke dalam bilik air bila masih tidak berpuas hati dengan tangannya yang baru dicuci. Memang kelakar pun..kalah peserta raja lawakHannah,orang lain pun makan petai dengan tempoyak jugak tau tapi takdelah gosok gigi sampai tiga empat kali..agaknya,satu botol listerine tu habis awak guna.Dah tu, saya tengok dari tadi awak keluar masuk bilik air tutak bersih lagi ke tangan awak tu? Hannah tak menjawab.Dia mengambil losyen tangannya.Segera dilumur losyen itu untuk menghilangkan bau tempoyak.Semua Uwais punya kerjalah niada ke mintak aku makan sambal tempoyak dengan sambal petai udang tu? aku tengok dia tak makan pulak? memang kalau tak sebab mak dia adamemang takdenya aku nak makan..scary!!! Biasanya dia makan pakai sudu dan garfu tapi nak memantapkan lakonan punya pasal.Terpaksalah makan pakai tangan,nanti apa pulak Mak mertua dia fikir? menantu tak tahu adab orang Melayu.. Yang Uwais ni pun satu,depan mak dia bukan main lagisiap bercerita pasal khasiat petai,ubat kencing manis la..darah tinggi lahaku kalau dah bertengkar dengan lelaki menyakitkan hati macam ni,makanlah 100 jenis ulam pun,confirmed dapat jugak penyakit darah tinggisuka sangat sakitkan hati aku kenapa? dari hari pertama jumpa lagi memang dah buat aku geram.Belum aku ingat pasal kes kat gerai burger dia dulu..yang tulah paling aku bengang sampai hari ni melekat sangat rasa menyampah dan benci aku kat dia ni.. Suasana sepi.Mereka saling berpandangan.Uwais garu telinga.Sebenarnya tak tahu nak buat apa.Bila dia nak beritahu aku kena tidur dekat mana ni? ingat senang ke nak duduk satu bilik dengan orang yang tak sukakan kitadah tu, dengan orang cantik pulak tuyang paling aku cuak..halal pulak tu untuk aku.. Hannah mengerut dahi bila lihat Uwais macam tak senang duduk aja.Kejap menguis-nguis janggut sejemputnya.Kejap bermain-main dengan jarinya.Apasal pulak dia ni..menggelabah aja,takkan malu kut nak duduk sebilik dengan akupatutnya,aku yang menggelabah..ini dia pulak lebih-lebih.. Awak nak tidur kat situ ke? tanya Hannah.Dia menanggalkan ikatan rambutnya.Kemudian dibelek wajahnya di cermin.Dia senyum bila dari dalam cermin,Uwais terkebil-kebil merenung sofa.Padan mukatadi kau kenakan aku kan? hah..sekarang,giliran aku pulak.. Hah? emm..ya kut..Jawab Uwais.Hampehada ke aku tidur kat atas sofa ni? ingat badan aku ni robot ke apa? Eloklah, saya pun dah mengantuk ninanti,jangan tutup lampu pulak Hannah berpura-pura menguap. Kalau iya pun bagilah saya bantal dengan selimutbilik awak ni dah la sejuk ..silap-silap pagi esok saya mati beku kat dalam bilik ni.. Uwais tak puas hati.Ewah..selamba aja kau nak tidur erk? tak prihatin langsung kat suami mithali kau ni..hari ni aku dah masak,kurang-kurang pun bagilah keselesaan sikit.Mujurlah aku ni kahwin dengan kau pasal jadi bidan terjun Hannah.Kalau aku ni kaya macam kausepuluh kali aku fikir nak masuk meminang muka aja cantik,tapi ego.Tutup lampu konon..buruk sangka dengan akulah tu..ada ke tidur dalam terang? pelik punya perangailah dia ni.. Nak bantal? opss..sorry, bantal saya hak privacy..mana boleh bagi kat awak..kalau nak,pergilah mintak kat mak awak tu? Hannah senyum mengejek.Ditepuk-tepuk bantalnya.Bersedia untuk tidur. Uwais bangun dari sofa.Ni yang buat aku nak bertindak di luar jangkaan nikalau aku buat perangai dajal kang kau jugak yang menyesal Hannah.. Okey? saya pergi mintak..saya nak cakap.. mak nak bantal sebiji pasal isteri saya tak nak kasi bantal dia..lagipun dia suruh saya tidur atas sofa.. Uwais sudah menuju ke arah pintu.

Uwais!! Hannah segera menarik baju tidur Uwais. Awak ni kanmacam budak-budaklah..sikit-sikit nak mengadu kat mak.. Argghh!! saya tak kirabiar mak saya tahu yang awak sebenarnya berlakon je..bukan awak sayang saya pun.. Uwais menepis tangan Hannah.Dia bersedia memulas tombol pintu.Bukan betul pun..buat-buat aja.. Ieeejanganlah! degillah dia niHannah menarik lengan Uwais pula.Takkan dia nak biar Uwais buat perkara yang bakal menjatuhkan airmukanya.Kalau mak mertuanya tahu yang mereka tak pernah hidup macam suami isteri sebenar..dan kalau sampai pulak ke pengetahuan Tuk Ayah..maka akan tamatlah riwayat hidupnya sebagai CEO syarikat..silap-silap satu sen harta pun dia tak dapat.. Tuk! Tuk!Tuk! ketukan kedengaran dari luar.Mereka saling berpandangan. Mak? serentak pula mereka meneka.Siapa lagi yang ada dalam rumah tu selain mereka bertiga? Uwais?..kamu dah tidur ke? terdengar suara maknya di luar.Uwais mahu memulas tombol pintu tapi dihalang Hannah. Kenapa ni? kan mak kat luar tu? marah Uwais. Saya tahulah..tapi..kejap..Hannah spontan memegang butang baju Uwais.Dibukanya butang baju itu satu persatu hingga menampakkan dada bidang Uwais. Eh, apa awak buat ni? Uwais terkejut.Malu pun adaapsal dia buka baju aku ni? biar betul dia ni.. Diamlah..banyak bunyilah awak nitak payah nak buat malulah..bukan saya nak buat apa-apa pun.. Hannah kemudian menggosok rambut Uwais hingga sedikit kusut. Hah..sekarang,barulah awak buka pintu.. Hannah kembali ke katil.Dia mengisyaratkan Uwais membuka pintu.Apa kenalah dengan dia ni?Uwais membuka pintu sambil membetulkan butang bajunya. Ada apa mak? tanya Uwais.Sarimah terlongo melihat keadaan anaknya.Alahaisalah masa ke aku ni? Mak minta maaflah Minta maaf apa pulak mak? Uwais pelik.Dia dia membetulkan rambutnya yang kusut. Iyalah..kacau kau tengah berdua dengan isteri kau tu..mak Cuma nak hantarkan ni..handset kau ni tertinggal kat meja makan tadi.. Oh..terima kasih mak.. Hmm..sama-samamak lupa pulak yang korang berdua ni masih pengantin baruhai,kalau macam ni..cepatlah mak dapat cucu usik Sarimah sebelum berlalu pergi. Uwais menutup pintu.Kenapalah aku lambat faham? ini rupanya tujuan dia? supaya mak aku percaya yang dia memang jalankan tanggungjawab sebagai isteri?. Mak nak apa? tanya Hannah yang duduk di atas katil sambil memeriksa PDA. Takde apaawak memang pandai gunakan saya kan? patutlah beriya sangat buka baju saya tadi Uwais berdiri di tepi katil. Awak cakap apa ni? saya tak faham.. Hannah buat-buat tak tahu.Bingo! tak payah aku nak mainkan watak lebih-lebih.Uwais aja dah cukupgembira kerana ideanya tadi menjadi. Tak faham? biar saya fahamkan..tadi,awak nak mak fikir yang kita tadi tengahUwais mendekat.Matanya direnung tajam pada Hannah. Tengah apa? Hannah kaget.Uwais makin rapat.Dia mula berdebar-debar.PDA di tangannya terlepas bila Uwais sudahpun duduk disebelahnya. Betul awak tak faham? Bisik Uwais.Hannah tak berkelip mata . Mata mereka saling merenung.Tangan Uwais sudah berada di belakang tubuhnya.Seolah-olah lelaki itu mahu memeluknya. Saya pun tak fahamUwais ketawa.Dia segera mencapai bantal di belakang Hannah.Berdiri semula dengan lagak selamba. Yang saya tahu,saya nak pinjam bantal nikalau tak,saya mengadu dengan mak saya..Uwais segera bangun dan berlalu ke sofa.Hannah ketap bibir.Ieee..mati-mati aku ingat dia nak buat apaapa kat aku tadi..suspen ajalah! nasib baik tak tercabut jantung aku..

Suami yang Kubenci 15


by E-man Sufi Uwais tak henti-henti menguap sambil kakinya melangkah menuruni anak tangga.Gila ngantuk! biasa dia bangun pukul 6 pagi tapi pagi tu dia terlajak bangun sampaikan solat subuhnya pun dah katagori subuh gajah! pukul 7.00 baru dia tersedar.Segera dia bangun bila sedar hari dah kesiangan. Hannah pulak.Awal-awal lagi dah takde dalam bilik.Camne dia boleh bangun awal hari minggu macam ni? Arghhhmesti sebab dia cukup tidur pasal dia tidur atas katil first class.Aku pulak tidur atas sofa,kira second class la tudah macam kematu badan aku ni.Tidur atas sofa satu hal,kena pulak tidur dalam cahaya terang benderangnak lena pekebendanya? dah nak pagi baru dapat tidur.. Hahbaru bangun kau Uwais? elok benarlah kau buat perangai macam ni ya? belum pun sempat dia ucap selamat pagi.Maknya dah awal-awal terjah.Kira dah macam abang rambut ketak pun ada..Paling dia tak percaya,Isteri Mithalinya tu tengah sibuk menghidang sarapan pagi.Baik punya planning kau pagi ni Hannah erk? dah kau tak kejutkan aku .Lepas tu kau boleh pulak meringankan tulang kau kat dapur ni..nak tunjuk rajin kat mak aku lah tusian mak aku! Uwais terkebil-kebil memandang maknya yang sedang mengacau minuman.Baru saja dia nak bersuara.. Selalu ke Uwais ni bangun lambat Hannah? Sarimah bertanya pada Hannah yang sedang mengambil sebungkus roti dari dalam cabinet. Selalu sangat makkadang-kadang tu susah Hannah nak suruh dia bangunselalu tu,Hannah dah pergi kerja, abang masih belum bangun lagi mak jawapan Hannah bagaikan sambaran kilat yang memanah hangus tubuhnya. Warghh!! bagusnya jawapan dia..apasal aku rasa macam nak belasah orang je ni? Uwais membulatkan matanya ketika memandang Hannah.Kebetulan pula Hannah berada di belakang maknya.Hannah menayangkan ibu jari isyarat padan mukadan mengangkat kening.Sempat pulak dijelirkan lidahnya pada Uwais. Puas hati aku! malam tadi kau dah kenakan aku kan? hahnow what? kan dah kena marahyippie!! Apa buruk benar perangai kau Uwais? dah jadi suami orang ni buat la perangai elok..kalau suka bangun lambat ni mengundang kepapaan tahu? awal pagilah rezeki masuk..ni Subuh tadi,mesti kau terlepas kan?..Uwais..Uwais Sarimah menggeleng.Uwais terpaksa menadah telinga.Dia mengerling Hannah yang tayang muka ayu kononnya.. Janganlah marah abang makbiasalah, abang kan selalu kerja sampai pagi..Hannah pun tak sampai hati nak kejutkan dia bila tengok dia tidur lena sangat lembut benar bicara Hannah.Uwais yang sudah duduk di meja makan terpaksa menahan rasa bengang. Dengar tu Uwais? untung kau dapat isteri macam Hannah ni.Bersabar dengan perangai tak senonoh kau tukalau maklah dah lama mak sekolahkan kau balik..takde disiplin langsung..Sarimah turut duduk di meja makan.Pagi itu menantunya telah keluar membeli sarapan,entah bila Hannah keluar,tahu-tahu saja sudah terhidang nasi lemak dan kuih-muih di atas meja. Yelahyelahlain kali saya bangun awal mak.. jawab Uwais perlahan.Tak adil!!! kenapalah aku jugak yang kena10 kali aku kenakan dia10 kali ganda pulak dia balas balik..kalau macam ni,bilalah nak abis peperangan aku dengan Si Hipokrit ni Hannah duduk di sebelah Uwais.Wajahnya tampak ceria luar biasa.Apa taknya..bukan senang nak tengok Uwais kena leter macam tunak pulak dia yang dipuji-puji..Terima Kasih makmenantu mak ni memang baik tau.. Abang nak jus oren? tanya Hannah.Uwais tak menjawab.Aik? marah nampak. takkan merajuk kut? Hannah menuang juga jus oren itu ke dalam gelas di hadapan Uwais. Dah habislah pulakHannah menuangkan jus oren Marigold itu hingga kosong dari kotaknya.Dia kemudian bangun dan menuju ke peti ais untuk diambil jus yang baru. Uwais mengambil kesempatan itu untuk mencapai gelas Hannah yang sudah dipenuhi dengan jus oren.Dia lihat maknya sibuk menyapu jem pada roti.Tanpa berlengah air minuman Hannah itu diteguknya hingga separuh kemudian dituangkan semula dari bahagian gelasnya hingga kembali penuh.

Sewaktu Hannah kembali ke meja.Kedudukan gelas itu kelihatan seperti biasa.Hanya gelasnya sahaja yang kosong.Hannah mengerut dahi bila melihat gelas Uwais yang kosong.Hmm..ingatkan tak nak..minum jugak! Dia kembali duduk dan meletakkan kotak minuman jus oren di hadapan Uwais.Kalau nak lagi pandai-pandailah tuang sendiri.. Hannah mencapai gelasnya.Jus oren itu lantas diteguknyaUwais senyum penuh makna.Hannah minum air dari kesan minumannya.Dia pernah dengar motivasi pagi daripada Ustaz Fadhilah Kamsah.Kalau nak mengikat rasa kasih dan hormat isteri pada suami..makan atau minumlah dari bekas suamidengan izin Allah,kalau betul petua ni..apa salahnya? Apa kena kau ni Uwais? senyum sorang-sorangtegur Sarimah.Hairan dengan gelagat Uwais itu. Takde apa mak..saja,senyum ni senaman mak..sebab tu anak mak ni nampak handsome harihari.. jawab Uwais selamba. Iyalah tuni,mak ingat..nak baliklah hari ni.. Kenapa pulak mak? kan mak baru datang semalam? Hannah bertanya.Tapi separuh perasaannya rasa lega.Tak payahlah penat-penat nak berlakonlagipun,adanya Uwais satu bilik dengannya..takut jadi lain pulak nanti..malam tadi aja dia rasa nak tercabut jantung.. Takpelahlagipun mak tak biasa tinggalkan rumah lama-lama.. jawab Sarimah. Macam ni mak,kalau mak nak balik..kita balik ajalah..bukan rumah mak jauh pun,elok juga kami yang temankan mak kat rumah tu sementara Anis belum balik dari KL..lagipun,Hannah ni belum lagi ke rumah mak..lepas majlis perkahwinan dulu tu,terus sibuk nak pindah ke rumah ni sebab urusan kerja diaUwais sudah memainkan buah caturnya.Yestiba-tiba mak aku buka ruang untuk kembangkan lagi idea aku yang bernas ni. Hannah yang sedang mengunyah roti tersedak.Apa??? temankan mak kat rumah sana? what do you mean by that hah Uwais??? penjual burger ni memang tak habis lagi nak cari pasal Kenapa ni sayang? makan sampai tersedak..cuba makan perlahan-lahan..kunyah 44 kali baru telanminum air ni..Uwais tanpa berlengah menghulurkan gelas berisi jus oren yang sudah tinggal separuh.Hannah segera minum hingga habis.Dan senyuman Uwais makin melebarsampai habis kau minum? cornfirmed jadi isteri solehah lepas ni Bagus juga tu...korang berdua tidur di rumah mak pulak malam ni ya? boleh Hannah? Hannah rasa nafasnya hampir tersekat.Tidur kat rumah kampung tu? maksudnyatidur dalam bilik Uwais?? OMG!!! Bolehlah mak..apa pulak tak boleh..Hannah ni,hari-hari merengek ajak saya balik tidur di rumah mak..hari minggu macam ni,elok sangatlah..kan sayang?Uwais pula yang cepat-cepat bersetuju.Dari pandangan mata Hannah dia dapat rasakan betapa marahnya Hannah tapi aku peduli apa? mak kan ada? tak takut punmarahlah kalau berani..siaplah kau,sampai kat rumah aku nanti,aku buli kau cukup-cukupkita tengok,kau berani tak buli balik? Emmmkami tidur rumah mak malam ni..Hannah memang teringin sangat nak pergi rumah mak tu..Jawab Hannah dengan suara perlahan dan nyaris tak terkeluar pun. kena tidur dalam bilik Uwais ke? Aku Tak Nak!!!!!!!!!! jeritnya dalam hati.

Suami yang Kubenci 16


by E-man Sufi Hannah meletakkan beg pakaiannya di sisi kereta mini cooper. Ehemm Dia berdehem sekadar untuk menarik perhatian Uwais yang sedang memeriksa enjin keretanya itu. Ada orang sakit tekaklah pulak Uwais nakal mengusik sambil tangannya menutup bonet kereta. Hannah mengerlingnya.Uwais faham sangat,tak puas hati dengan akulah tu Nak balik kampung yang dekat pun nak kena periksa enjin ke? nampak sangat kereta ni dah nak expiredjangan mati tengah jalan pulak nanti.. sindir Hannah.Mengada betul! nak jugak bawak kura-kura dia niaku offer kereta aku tak nak.. Untuk keselamatan,apa salahnya? jawab Uwais bersahaja. Mak mana? tanyanya pada Hannah. Kat dalamlah..tengah berkemas agaknya Awak pergi tengok mak , tunjuklah prihatin kat mak saya tutadi kan dia dah puji awak melangit Hannah tanpa membantah terus masuk semula ke dalam rumah.Uwais mengurut goatie..berfikir seketika.Apsal dia tak membantah erk? menjadi sangat ke petua tadi tu? tak sangka pulak aku Uwais mahu menghidupkan enjin kereta.Kakinya tersepak beg pakaian Hannah yang diletakkan berhampiran kereta. Mak oi..besarnya beg..ini nak tidur semalaman ke atau nak tinggal terus kat rumah mak aku tu? dah macam nak pergi naik haji pun ada.. Uwais menjenguk seketika ke pintu utama.Baik punya timing ni..yakin Hannah takkan muncul buat sementara waktu. Uwais mengambil beg serbaguna jenama Chanel,diperiksa beg itu.Setelah dipastikan beg serbaguna itu hanya mengandungi barangan kosmetik dan keperluan harian,diletakkan beg itu di dalam kereta.Kemudian satu lagi beg yang dia pasti berisi dengan pakaian diambil dan dibawa ke belakang rumah.Kemudian diletakkan di dalam stor barangan. Bila Uwais kembali ke garaj dia lihat Hannah dan maknya sudah berada di muka pintu utama.Cepat-cepat dia mendapatkan kereta dan menghidupkan enjinnya. Cepat mak..hari dah nak petang sangat ni..nanti hujan pulak beritahu Uwais.Lagaknya selamba seperti biasa.Dia susah perasan Hannah seperti tercari-cari sesuatu. Iya..tak sabar-sabar pulak ni,apa suka sangat ke kau nak balik rumah mak ni Uwais? Sarimah hairan juga,biasanya tidaklah begitu teruja sikap anaknya itu. Mestilah maktempat jatuh lagikan dikenanginikan pulak tempat tidur mak..jawab Uwais.Bahagianya malam nanti dia boleh tidur dengan selesa.Hannah? hahahatengoklah nanti,kat mana aku boleh letak budak sombong ni..bawah katil ok tak? Cari apa? Tanya Uwais. Beg sayalaherr..beg Hannah mana?Hannah ketap bibir.Lupa pulak Mak mertua aku ada kat sini Abang dah letak dalam keretadah , masuk cepatlahtak sabar nak balik kampung niOhOh..balik kampung..oh..oh..balik kampung Uwais menyanyi dengan girang. Hannah mengerut dahi.Apasal happy semacam aja Uwais ni? ni yang buat aku tak sedap hati nimanalah tahu,dia tengah rancang nak kenakan aku lagi..bukan boleh percaya dia ni.. Abang keluar kan dulu kereta..Hannah nak kunci pagar.. Hannah membuang rasa sangsinya jauh-jauh.Satu malam di rumah mertuanya..cepatlah hari esok!

+++++++++++++++++++++++++ Ini ke bilik awak? tanya Hannah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik Uwais.Bilik itu lebih kurang sama besar dengan bilik stor di belakang rumah mereka.Berdinding kayu dan berlantaikan papan pulak tu.Memang sahlah takde accoundition..Hannah menyinsing lengan blaus yang dipakainya.Bahang panas mula terasa. Taklah,kalau awak nak tahu inilah tandas rumah saya,hebatkan? siap ada katil lagi Uwais

membuka tingkap.Sengaja dia menjawab begitu.Aku tahulah bilik aku tak sebesar bilik diatanya pulak lagi..nak hina akulah tu. Saya tanya aja,yang awak bagi jawapan bodoh tu kenapa? Hannah menghampiri rak buku yang diletakkan di sudut tepi berdekatan katil.Dia mengambil album gambar yang disusun di situ Sebab awak tanya soalan bodoh,jawapannya kenalah bodoh jugak.. Uwais segera mengambil album dari tangan Hannah. Barang saya hak privacy sayamana boleh bagi awak tengok Ellehkedekutlah pulak dia ni,macamlah orang nak tengok sangat..Geram pulak Hannah.Sebal bila Uwais memulang paku buah keras padanya. Hah,nak pergi mana pulak tu? Tanya Uwais bila Hannah membuka pintu bilik. Keluarlah,saya tak nak masak kat dalam microwave nilagipun,saya belum ambil lagi beg saya dalam kura-kura awak tu Uwais mengekorinya.Kura-kura? memang tak sayang mulut dia ni..takpe..takpe..pergilah cari beg tu sayangku Hannah..kalau jumpa..hak..hak..hak.. Uwais ke dapur mencari maknya.Membiarkan Hannah turun ke laman rumah sendirian. Buat apa mak? Minum petangingat nak buat pisang goreng aja..Hannah mana? Kat depan rumah kut..ambil beg dia Ish kau ni,kenapa tak diangkat sekali beg tu tadi,kasihan menantu mak tu angkat beg berat macam tu Biarlah mak Uwais buat tak tahu aja.Beg manalah yang Hannah tu nak angkat mak oi.. Abang!! Hannah muncul di ruang dapur itu.Wajahnya kelihatan cemberut.Kan aku dah agakmesti kejap lagi dia tanya..abang,mana beg Hannah? Ada apa sayangUwais senyum.Hannah terpaksa menahan rasa bila mak mertuanya turut ada di situ.Kenapa aku cari beg pakaian aku takde?ieeeetadi dia cakap dia dah letak beg tu? Abang..mana beg Hannah? takde pun dalam kereta? ikutkan hati dia nak bertanya dengan rasa marah tapi mustahil kalau mak mertuanya ada di situ.Terpaksalah dia bersuara manja.. Takde? habis tu,yang dekat tangan tu apa? beglah tu..Uwais menunjuk pada beg Chanel di tangan Hannah. Bukan beg nikan ada dua tadi..mana satu lagi? semua baju Hannah dalam tu Eh,abang nampak tadi yang ni aja..mana pulak ada dua.. DuaHannah menekan sedikit suaranya.Uwais makin galak. Entahlah,abang ambil yang inilah tadi,kalau takde tu..dah tertinggallah kut.. Hah? tinggal? Hannah mengawal suara yang hampir saja menjerit.Tinggal ke kau sengaja tinggal? aku dah agakmesti ada yang dia nak kenakan akutak suka tau! harap muka aja handsome tapi menyakitkan hatiTanpa dia sedar.Perkataan bencinya pada Uwais dulu sudah bertukar kepada tak suka! Apalah yang awak kalut sangat, baju Anis kan ada..awak pinjam ajalah..kan mak? Haah..lagipun,semalaman aja korang berdua kat sini,nanti mak ambilkan kain batik dan baju Anis.. Hannah tak tahu nak kata apa.Dia angguk saja.Dia kan dah dapat title menantu kesayangan.Mahunya berani dia nak bantah?..Pinjam baju Anis? seumur hidup aku tak pernah pinjam baju oranglah! baju aku pun pakai dua tiga kali aja setahun..inikan pulak nak pinjam baju orang? no need!!! kain batik? ketahuilah wahai ibu mertuakusumpah! menantu mak ni tak tahu nak pakai kain tuhabislah aku macam ni!!! Yes!yes!yes! nak aja dia melonjak gembira. Uwais menahan tawa bila maknya menyebut pasal kain batikHannah dan kain batik? memang tak sinonim langsung..tak dapat dia bayangkan macamanalah Hannah nak pakai kain tu? biarkan dia rasaaku nak tengok,dia nak tanya mak macamana nak pakai atau dia main taram aja pakai kain batik tumaaflah Hannah bukan aku sengaja nak kenakan kausebab kau memang tak boleh ditegur,ini ajalah caranya untuk aku bawa kau supaya jadi manusia yang sederhanatak salah jadi silverspoongirl sayangtapi sederhana kan lebih baikTerima Kasih Mak! maklah watak paling penting dalam lakonan kami.

Suami yang Kubenci 17


by E-man Sufi Senyum-senyum macam tunak perli saya la tu kan? ini semua rancangan jahat awak kan? nasib baik saya kat rumah awak, kalau kat rumah kita saya takkan lepaskan awak.. Hannah memarahi Uwais sebaik saja dia mendapatkan Uwais yang sedang memetik gitar di bawah pokok mempelam.. .Sudahlah susah nak berjalan pakai kain batik ni,kena pulak tanggung malu sebab terpaksa mengaku depan mak yang aku ni tak tahu nak pakai kain batik ni..iieee,takde hatilah aku nak jadi orang kampung! tak cukup kain batik kena pulak pakai baju kurung kedah yang dicadangkan mak mertuanya itu.. Elok sangatlah kalau awak tak nak lepaskan sayaUwais sengeh.Hannah melepaskan nafas lemah.Aku cakap lain dia faham laingeram betul aku dengan dia ni.. Uwais yang duduk di pangkin bawah pokok itu memberi ruang supaya Hannah duduk di sebelahnya..Tapi Hannah buat tak tahu, rela berdiri saja sambil tangannya memetik dan mengoyakkan daun mempelam. Tak nak duduk sudahdegil! buatlah perangai ego tu Ada ke patut dia cakap aku buat rancangan jahat kat dia..memang tak boleh beza yang mana baik yang mana jahat agaknya isteri aku ni..okey apa,pakai kain batik dengan baju kurung kedahcomel aja aku tengok..macam ni barulah isteri aku,nampak sikit anak orang Melayu..ini tak,sibuk nak ikut cara orang barat..Namun Uwais akur bila memikirkan mungkin juga bukan salah Hannah kerana sejak remaja lagi dia sudah dihantar belajar di luar negara.Sementalah pula,kedua ibu bapanya meninggal dalam kemalangan.Itu yang dia tahu dari Tan Sri Idris sendiri..Hannah jadi begini kerana tiada orang tua yang boleh mengajarnya tentang adab budaya,yang boleh menegurnya bila salah..yang perlu mendidiknya tentang agama.Suasana hidupnya pula bukan dalam kalangan masyarakat Melayu.Sedangkan yang tinggal di dalam Malaysia pun boleh tersasar dan melupakan budaya dan agama apatah lagi Hannah Maryamjadi kalau bukan dia,siapa lagi yang boleh membentuknya..ini bukan rebung,tapi dah jadi buluh..kalau dia berkasar dah tentu patah..satu pilihan saja yang dia ada..bersabar dan jangan putus asa! setiap orang buat silap..dia pun selalu buat silap,tapi setiap orang berhak untuk diberi peluang untuk berubah..siapa dia untuk menghukum Hannah? ketika dia mengakad Hannah sebagai isteri,amanah telah diletakkan di bahunya,baik atau buruk ini isterinya..Ibu bapa yang membentuk anak sama ada menjadi umat yang taat pada agama atau tidak.Dan Hannah sudah tiada ibu bapa, yang Hannah ada cuma dia yang bergelar suami..walaupun dia suami yang dibenci.. Uwais tahu Hannah mungkin tak selesa.Tengok airmuka Hannah yang mencuka pun boleh agak.Tapi depan mak aku bukan main lagi dia senyum..maknenye,dia memang mahal senyum dengan aku aja..memang tak pandai cari pahala dia ni.. Awak nak marah sangat kenapa? kan elok pakai macam ni..saya tak nampak ada yang tak kena pun? makin cantik adalah.. Uwais sedikit memuji.Manalah tahu,boleh menyejukkan hati Hannah.Tapi apasal aku rasa yang dia bukan marah tapi macam..merajuk? aku ni bukan faham sangat perangai orang perempuan ni Cantik apanya,macam orang kampung tahu tak? saya mana pernah pakai macam ni..awak memang tak adil! awak paksa say buat benda yang saya tak suka! suruh makan sambal petai,tempoyak semua tu..tak cukup tu,awak sengaja nak suruh saya pakai semua niawak takde hak nak ubah cara hidup saya Uwais..kalau saya nak ubah awak,apa awak rasa,tak suka kan? Bertubi-tubi Hannah melepaskan perasaan tidak puas hatinya hingga Uwais hilang bicara. Uwais menarik nafas.Susah kalau bercakap dengan orang pandai tapi kurang bijak ni Awak beritahu sayasekarang awak rasa awak tak cantik ke? atau..dengan pakai macam ni,cantik awak berkuranganmacam tu? nampak macam orang kampung,kolotawak nak nampak cantik pada pandangan siapa Hannah? orang-orang kat luar sana tu? saya hairan dengan sikap awakSayalah sepatutnya yang awak utamakan..awak sepatutnya nampak cantik di depan mata saya,suami awak..InsyaAllah, awak akan nampak cantik pada pandangan Allah..lagipun, cantik tu universalbukan fizikal semata-mata..kalau sekalipun awak ratu dunia tapi sikap angkuh awak melangittak ada gunanya, tak payahlah nak cuba menongkat langit,kalau kita ni manusia biasa aja.. Uwais menanti riaksi Hannah.Mesti kejap lagi dia

melenting Orang macam awak ni nak nasihatkan saya? diri sendiri pun tak boleh nak maju nak bentuk orang lain kononawak dengar sini,saya ada di sini sekarang ni bukan sebab awak okey..sebab saya masih ada rasa hormat pada mak..jangan nak tunjuk pandailahkalau awak bijak sangat,takkan awak jadi penjual burger Hannah memang tidak suka dirinya dikritik begitu.Walaupun cara Uwais bercakap memang lembut dan bersahaja tapi dia rasa sakit hati..malu dan selebihnya,dia tak dapat terima hakikat yang Uwais memang berhak untuk menegur sikapnya. Memang saya penjual burgertak macam bekas tunang awak tu,anak Dato kan? kaya..bergaya..ada title,saya ni apalah yang adatapi,mana dia bila awak perlukan dia? pernah ke dia fikir pasal maruah awak bila dia kena tangkap khalwat dengan perempuan lain..pernah tak dia fikirkan macamana hidup awak terpaksa bernikah dengan orang yang awak tak kenal? mana dia bila awak menangis sebab terpaksa akur dengan kehendak Tuk Ayah? di mana dia orang yang awak banggakan tu? takde Hannahdia dah terlalu jauh dalam kamus hidup awak..tapi awak ada saya sekarang..penjual burger ni yang hari ni dah masuk 32 hari jadi suami awakawak tak pernah ambil tahu pun kan? saya tahu saya selalu usik awak,buat awak marah..sakit hati..meluat..menyampah..bencidan mungkin saya pernah buat awak menangissaya minta maaf..semua tu terjadi sebab saya manusia biasa,saya tak sempurna..adakala saya seronok buat awak marah..sebab waktu tu aja saya dapat perhatian daripada awak..kalau tak,awak tak pandang saya pun..sekali pun awak tak pernah tanya,saya lapar ke? saya penat ke balik kerja lewat malam? tapi takpe,saya tak salahkan awak..sebab saya ni penjual burgersaya takde kelayakan untuk dapat perhatian daripada seorang CEO..dan takde sebab untuk awak rasa apa yang saya rasa sebab saya bukan suami pilihan awak..macam awak cakap tadi..siapa saya? saya penjual burger Hannah.. Uwais melihat Hannah berdiam saja.Huhpanjangnya dialog aku tadi tutak tahulah kalau dia tak tersentuh lagi.Memang takde perasaanlah kut.. Hannah rasa matanya berkaca.Kenapa dia rasa sesuatu menyentuh tangkai hatinyakenapa dia rasa sedih bila Uwais cakap begitu. Hannah menggosok matanya,dia berpura-pura seakan-akan matanya masuk sesuatu. Kenapa Hannah? Uwais bangun,cuba mendekat tapi Hannah berganjak menjauhkan diri. Tak payah sibuklah,mata saya masuk habuk Dia terus berlalu meninggalkan Uwais.Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik,Hannah mengunci pintu dan menangis. ++++++++++++++++++++++++++++++++ Sejak petang tadi,selepas perbualan mereka di bawah pokok mempelam..Hannah tidak banyak berbicara.Uwais mula risau kalau-kalau Hannah terlalu marah sampai tak nak bercakap.Aku Cuma luahkan perasaan aku aja petang tadi..bukan apa-apa pun..tak berniat pun nak menyindir dia..Uwais mengerling Hannah yang duduk di sebelahnya tapi agak jarak.Terpaksalah tu sebab mak ada,kalau tak..takdenya dia nak duduk sebelah aku. Mak dah mengantuklah Uwais..mak masuk dulu ya? Sarimah bangun dari kerusi dan masuk ke bilik tidurnya.Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam.Rancangan televisyen pun tidak ada yang menarik. Awak tak nak tidur lagi ke? tanya Hannah tiba-tiba. Hah? errr..awak dah mengantuk ke? Hannah angguk. Tidurlah..jawab Uwais.Seperti biasa mukanya yang bersahaja itu buat Hannah geram. Nak tidur kat mana? takkan saya nak tidur kat ruang tamu ni pulak Tidurlah dalam bilik..tapi takde sofa dalam bilik tu..takkan awak nak tidur atas lantai papan tu kut.. Awak ni kan,suka buat saya naik angin..boleh tak jangan nak main-mainsaya takde mood nak bergurau.. Hannah muncung panjang. Okey..okeytak boleh nak usik sikit..dah,pergi masuk bilik..awak tidur atas katil.. Awak? Sayalah tidur bawah..takkanlah saya nak biar isteri kesayangan saya ni tidur bawah.. jawab

Uwais sambil menutup TV.Hannah sudahpun melangkah masuk ke dalam bilik. Awakjangan tutup lampu ya? pesan Hannah. Saya tak boleh tidurlah kalau terang sangat..saya janji,saya tak buat apa-apa kat awak Hannah..percayalah Uwais meyakinkan . Memanglah saya percaya tapi..saya..saya..takut tidur dalam gelap.. Hannah malu nak mengaku tapi kalau dah terpaksa dia takde pilihan.. Hah? takut apanya..bukan ada hantu pun.. Bukan pasal hantulah! awak dengan hantu lebih kurang sama aja,kalau saya tak takutkan awak,maknanya saya tak takutkan hantulah.. Hannah ketawa kecil.Aik? dia ketawa?kata takde mood .. bukan senang nak tengok dia ketawa..dah tak marahlah kut..lega! Tiba-tiba lampu terpadam.Suasana jadi gelap. Uwais!!! jerit Hannah. Eh,apasal lampu padam? bukan saya yang tutup Hannahini macam..black out! Uwais berbicara dalam gelap. Uwais!! awak kat mana? suara Hannah kedengaran cemas. Saya kat dalam bilik ni lagilah..saya pergi cari lilin jap,mak mesti tak sedar black out ni sebab mungkin dia dah tidur..Kebetulan Uwais ada menyimpan lampu suluh dalam laci.Suasana bilik sedikit terang bila lampu suluh itu dibuka. Saya takut! awak janganlah tinggalkan saya.. Hannah yang tadi teraba-raba dalam gelap dapat melihat Uwais.Cepat-cepat dia memaut lengan Uwais. Saya pergi ambil lilin aja..awak duduklah dalam bilik ni sekejap.. Apa kena dengan dia ni? macam budak kecil pulak.. ada ke takut dengan gelap! Tak nak! tak payahlah pasang lilin..bahaya tahu tak? nanti kalau terbakar macamana? kita tunggu ajalah,kejap lagi mesti ada elektrik.. pegangan Hannah makin kemas.Betul punya takut ni..hairan sungguh! macamana dia boleh fobia dengan gelap ni? macamana saya nak bentang narita kalau bilik ni gelap.. Uwais terpaksa membiarkan lengannya dipaut.Aku dah mengantuk ni..Hannah ni pulak,tiba-tiba jadi pelik.. Errreemmm..awak tidur atas katil boleh? Hah? kan awak tak nak saya tidur satu katil dengan awak..biar betul awak ni.. Betullah..saya lagi rela tidur sebelah awak daripada tidur atas katil tu dalam gelap sorangsorang.. Uwais tak tahu nak cakap apa.Macam tu pulak? kan bagus kalau hari -hari kawasan Bukit Istana tu black out..heheh..dia senyum dalam suasana suram itu. Tapi dengan syarat..awak jangan nak ambil kesempatan pulak Siapa yang ambil kesempatan pada siapa sekarang ni? sindir Uwais.Hannah diam..aku jugak yang kena..tak suka betul bila Uwais memang selalu betul..kenapa dia takut gelap? dia sendiri tak mahu ingatkan peristiwa ngeri itu.Kemalangan yang meragut nyawa kedua ibu bapanya..kereta yang terbabas ke dalam gaung..bagaimana dia yang terselamat tetapi berada di dalam kereta yang hampir meletup dan suasana malam yang gelap bersama mama dan papa yang dah tak bernyawa..dia menangis sekuat-kuatnya bila mama dan papa sudah tidak bergerak..kalau tak kerana bantuan dari orang yang tidak dia kenali itu,sudah tentu dia dan kedua mayat orang tuanya hangus terbakar dalam letupan.Hampir 3 bulan dia trauma kalau tak kerana dia dihantar keluar negara,tidak mungkin dia pulih walau bukan sepenuhnya.. Uwaispanggil Hannah.Uwais yang sudah berbaring di sebelah kanan tidak menjawab.Dia dah tidur ke? Ya Allah..dalam gelap macam ni boleh dia terus lena? aku ni macamana? Uwais..awak dah tidur ke? senyap.Hannah mula takut.Dia baring lebih rapat dengan Uwais.Lengan Uwais dipaut kemas.Pinjam lengan awak boleh? bukan nak ambil kesempatan tau..terpaksa!

Suami yang Kubenci 18


by E-man Sufi Sayup-sayup kedengaran suara azan subuh.Uwais terjaga,sebaik dia membuka mata,pandangannya tertancap pada seraut wajah yang begitu hampir dengan wajahnya.Matanya langsung tak berkelip.Diperhatikan raut wajah Hannah yang masih tidur.Uwais tersenyum bila menyedari Hannah yang tidur dalam keadaan mengereng ke kanan itu sedang memeluk pinggangnya.Agaknya dia ingat aku ni teddy bear gergasi kat bilik dia tu ke? Hannah..Hannah..patutlah lena sangat tidur aku malam tadi walauun dalam terang macam ni..sampaikan elektrik dah ada pun aku boleh tak sedar? Jangan ambil kesempatan konon..aku ke dia yang tengah ambil kesempatan nih..kalau dia sedar ni,maunya dia tolak aku sampai jatuh katil..bahaya nih,baik aku bangun cepat. Uwais cuba bergerak untuk bangun tapi pelukan Hannah itu buat pergerakannya terbatas.Macamana aku nak bangun ni? Tiba-tiba Hannah sedikit bergerak dan spontan Uwais berbaring semula dan berpura-pura tidur. Hannah membuka mata.Serta merta matanya membulat bila menyedari tangannya bukan lagi memuat tangan Uwais seperti malam tadi tapi dah sampai tahap memeluk pinggang lelaki itu.Arrgghh!! malam tadi aku tidur macam ni ke? Aku peluk dia ke? Macamana aku boleh lena tidur dalam gelap malam tadi? Agak-agak dia sedar tak? Hannah segera melepaskan pelukannya.Dia bangun dan duduk sambil memerhatikan sekujur tubuh Uwais yang masih lena.Langsung dia tak perasan sebenarnya,Uwais hanya berpura-pura tidur.. Hannah menyelak rambutnya,dia menopang dagu dan memerhatikan wajah Uwais.Nasib dia tidur,harap-haraplah dia tak sedar yang aku tidur peluk dia malam tadi.Macamana boleh terpeluk ni? Alahai..malunya,kalaulah dia tahu manalah aku nak sorokkan muka akumesti dia ingat aku nak ambil kesempatan Hannah merenung lagi..hmmmaku tak sedar pulak yang selama ni penjual burger ni handsome.Kalau tak perangai suka cari pasal dia tu,aku rasa dah lama aku sangkut dengan dia ni..nak kata berduit memang tak lah..kerja pun jual burger aja pun..tapi,aku tengok dia ni taat pada agama..pada mak dia..abang yang prihatin..kalau buat salah pun,mesti minta maaftakdelah teruk pun.Hannah mendekat..dia senyum bila melihat ada parut kecil di dahi Uwais.Mesti parut budak nakal ni..kalau dah besar panjang macam ni nakal masa kecil dulu lagilah Uwais yang sebenarnya membuka sedikit kelopak matanya rasa pelik melihat gelagat Hannah yang masih memerhatikan wajahnya.Apa pulak dia pandang kat muka aku ni? Nak buat kajian ke? Aku tak pernah buat plastic surgery la..muka ory ni.. Tak habis lagi ke awak nak belek muka saya ni? Tahulah saya handsome Arghhh!!..awak sedar rupanya? Hannah terjerit kecil. Alamak! Macamana boleh terlepas cakap pulak ni? Uwais terus membuka mata dan tersengeh.Muka Hannah sudah merah kerana malu

Uwais yang baru saja turun dari motosikal menghampiri maknya yang sedang berbual dengah Hannah di pangkin bawah pokok mempelam. Mak! Cuba mak pandang muka saya ni? Ada apa-apa yang tak kena ke mak? Apa pulak yag tak kena? Elok aja mak tengok? Ada mata,hidung,lubangnya pun cukup..mulut pun tak sumbinghandsome aja anak mak ni..Sarimah mengusap pipi Uwais yang tersenyum.Lesung pipit di kedua pipi anaknya itu menyerikan lagi ketampanannya..saling tak tumpah dengan wajah arwah suaminya masa muda-muda dulu.. Hannah mengerling Uwais.Tadi dia sedang berbual dengan mak mertuanya yang sedang menyapu sampah.Awal pagi lagi Uwais tidak kelihatan.Sebaik saja dia keluar dari bilik mandi,dia lihat bilik sudah kosong.Bila ditanya pada mak mertuanya itu,rupanya Uwais sudah ke surau.Lega sedikit hatinya kerana tak perlulah dia berdepan dengan Uwais.Pasal kes kemalangan atas katil pagi tadi masih lagi tergantung.Apa tidaknya,dek kerana terlalu malu dan bengang dengan

Uwais,ditolaknya lelaki itu sampai terjatuh dari katil.Padan muka! Saja nak malukan aku kan..rasakan! Bukan apa makmalam tadi saya mimpi buruk cerita Uwais.Cerita yang sebenarnya saja direka untuk mengusik Hannah. Mimpi apa? Ada harimau tengok muka saya makmacam nak dimakannya saya Ishseram jugak mimpi kau ni ya? Iya mak..maunya tak seramharimau betina pulak tu makpunyalah takut,sampai saya jatuh katil mak.. Nasib baiklah kau jatuh katil,kau pun sedarkalau tidak,apalah agaknya jadi dengan kau dalam mimpi tu.. Agaknya mak..harimau tu teringin nak cium anak mak ni..Uwais mengekek ketawa.Sarimah pun sama.Hannah memang faham sangat yang Uwais memang sengaja nak sindirnya pasal kes malm tadi.Ada ke patut samakan aku dengan harimau betina? Hannah..Uwais ni,dengar boleh..percaya janganada aja lawak temberang dia pagi-pagi macam ni..nak auta mak lah tu.. Sarimah menepuk lengan Uwais. Alah makUwais saja nak buat mak happy pagi-pagi niUwais mengambil penyapi di tangan maknya. Sayangtolong mak sapu sampah ni,belum habis lagi ni..tu hah,bawah pokok jambu tu..kan banyak daun Ewahsedap aja kau mengarah isteri kau ya? Takpelah mak..Hannah ni isteri solehah mak..taat dan sayangkan anak mak ni..rajin pulak tu..sebab tu saya sayang dia mak Uwais memandang padanya.Hannah tak menjawab,dia sekadar mengambil penyapu lidi yang dihulur.Hmm..semua benda aku buat..sekarang,kena jadi tukang sapu pulak? Hannah terpaksa menahan rasa.Uwais memang suka membulinya bila ada kesempatan.Nak pulak depan mak dia..sayang kononentah-entah tipu,depan mak dia bolehlah cakap macam tu..dalam hati dia sikit pun takde untuk aku..alahaiapasal aku pulak yang berharap ni? Tak suka betul macam ni..takkanlah aku dah jatuh hati kat penjual burger ni? Korang berdua nak balik pukul berapa? petang nanti mak..kejap lagi saya nak bawa Hannah pergi dusun kita Kau nak buat apa? Kan banyak nyamuk dalam dusun tu takpelah mak..saja,nak buat tadabbur alam atau makna lainnya..menghayati alam sekitar.budak sekolah panggil lawatan sambil belajar..nak perkenalkan pokok-pokok kat dusun tu pada menantu mak ni hah..kalau mak nak tahu,pokok mempelam ni dia tak kenal mak..semalam dia ingat pokok ni pokok jambu mak.. Hannah yang sedang menguis-nguis daun dengan penyapu lidi rasa nak menjerit waktu tu jugak.Bila masa aku cakap macam tu? Waaaaa.memang saja reka cerita nak kenakan aku..memanglah aku tak tahu pokok ni pokok apa,tapi aku tak cakap pun pokok ni pokok jambu..tak suka kena buli macam ni! Ingat aku ni bodoh sangat ke? Tak pun..aku CEO tau! Iya?alahai..kesian menantu mak ni..lama sangat kat luar negara tu ya Hannah?Sarimah tersenyum saja.Hannah senyum paksamalu tak dapat nak katalahUwais yang duduk di sebelah maknya membuat isyarat goyang ibu jari tanda padan muka pada Hannah..Dia angkat kening bila Hannah menghentak-hentak penyapu lidi dengan tapak tangannya.Lagaknya itu seolah-olah nak aja dikejar Uwais dengan penyapu!

Suami yang Kubenci 19


by E-man Sufi Pap!! pap!! Ieeebuat apa kita datang tempat ni..banyak nyamuk lahtengok,habis lengan saya dah merah..Hannah menggaru pangkal lengannya yang sudah beberapa kali digigit nyamuk.Walaupun baju t-shirt Anis yang dipinjamnya itu berlengan panjang tapi masih gagal menghalangnya dari tidak digigit. Uwais seperti biasa buat muka tak tahu sahaja.Baru kena gigit sikit dah komplen..takde ikhtiar hidup langsung.Inilah orang kaya Apa salahnya nyamuk tu gigit,bukan nyamuk aedes pun,nyamuk biasa ajacubalah buat amal sikit pagi-pagi ni.. Uwais mengatur kemas langkahnya.Bunyi kicauan burung dari atas pokok menarik perhatiannya untuk mendongak ke atas,kelihatan sekumpulan burung kelicap sedang mencari makan di awal pagi sebegitu. Buat amal apa pulak? saya cakap pasal nyamuk bukan pasal rumah kebajikan bicara Hannah membuatkan dia kembali menatap wajah isterinya itu.Mata coklat itu sudah membulat,tanda tidak puas hati dengannya.Dia suka melihat mata Hannah..cantik,mana-mana lelaki pun pasti akan jatuh hati dengan Hannah..tapi kalau tengok pada sikap angkuh dan sombongnya,dia sendiri kadang-kadang hilang sabar. Maksud saya,derma darah Uwais ketawa.Hannah terus sahaja berjalan mendahului Uwais..derma darah pada nyamuk buat apa? Awaklah derma darah awak kat nyamuk-nyamuk ni semua..apasal saya pulak? Darah saya tak sedap..darah awak lain,darah awak kan darah mahal..sebab tu nyamuk-nyamuk ni asyik gigit awak aja.. Ada aja point awak kan? bilalah awak nak berhenti sindir saya hah? Okey..okeysaya tak usik dah..Uwais angkat tangan macam orang angkat sumpah. Kita nak pergi mana ni? awak cakap kat belakang rumah ni ada dusun? saya tak nampak apa-apa pun..tanah paya aja kat sini..Hannah melihat sekeliling.Memang ada banyak pokok,tapi jauh di seberang kawasan paya itu.Dia Cuma nampak beberapa ekor kerbau sedang berkubang. Wah,awak memang tahu pasal tanah ya? Tengok oranglah..saya ni CEO syarikat hartanah ,kalau setakat tanah paya macam ni,saya tengok pun saya boleh tahu,tanah kawasan ni bekas tapak sawah padi kan? Memang betulpandai jugak awak kan? Hallosaya ada master dari University of London tau Uwais angguk saja.Huh! berlagak betul dia nimacamlah hebat sangat ada master dari University kat UK tu..lainlah kalau ada Phd. dari University Of Planet Marikh ke..nak jugak aku terkejut..terjun paya ni pun takpe Hmm..memang hebatlah tu..sekarang saya nak tanya Puan Hannah Maryam binti Umar Muhkriz yang bijaksana..pokok kat tepi kita ni pokok apa? Hannah menoleh ke sebelah kirinya.Ada serumpun pokok buluh. Ini? tanya budak tadika pun tahu..inilah pokok bamboo..emm..orang kita panggil..pokok buluh..kan? Uwais senyum.Bukan apa,cara Hannah menjawab nampak teruja sangatdah tu,dia layan jugak nak jawab soalan poyo aku tu tadi..lurus jugak isteri aku ni.. Uwais mendekati sebatang pokok duku yang sedang berbuah lebat.Dipetiknya beberapa biji buah yang sudah hampir masak itu. Yang ni? diberikan sebiji pada Hannah.Buah kecil berbentuk bulat itu dibelek Hannah.Ishbuah apa ni? aku rasa macam pernah makan tapidah lama dulu,tak ingat lah pulak..apa ya? berkerut-kerut dahi Hannah. Hah! saya tahu..inilah buah ciku..jawabnya yakin.Siap tayang muka konfiden pulak tu.Berderai tawa Uwais.. Ciku? Betul la kan Hannah tak puas hatirasanya betul la tuada ku..ku..kat belakang..cikulah!

sebenarnya dia bukan ambil kisah sangat pasal buah-buahan tempatan ni..kalau dia tahu pun buah petai,sebab dia memang anti buah jenis ulam tu..tapi yang ini..tak pastilah pulak! Ini buah dukulah sayangbukan ciku.. Lebih kuranglah tu..Hannah tetap tak mahu mengalah.Bukan salah aku kalau tak betul jawab..dia ni pun satu,kalau iyapun sebenarnya nak ajak aku dating..bawaklah tempat yang romantic..ini tak! ada ke bawa pergi dusun? memang macam ni agaknya kalau dating dengan budak kampung..takde taste langsung! Hmmm..jom kita pergi kat kawasan sebelah sana..awak pernah makan bunga tak? Hah? awak ingat saya ni kambing ke nak makan bunga? mestilah tak pernah! Lah..bukan ke?Uwais ketawa.Belum habis ketawa dia rasa sesuatu melantun di kepalanya. Aduh Hahgelaklah lagi.. rupanya Hannah telah membaling buah duku yang diberikannya tadi.Uwais meraba-raba dahinya.Lagaknya seperti dia berasa benar-benar sakit akibat terkena balingan itu.. Errsakit ke? Hannah jadi cuak.Kuat sangat ke aku baling buah tu tadi..takkanlah sakit..dah la buah tu kecil aja saiznya..tapi manalah tahu kalau-kalau boleh luka.. Sakitlah..Uwais bersuara seperti marah.Hannah serba salah.Dia mendekat. Mari saya tengoksorrylah! saya bukan sengaja..separuh sengaja je tadi.. Tu dia!!!..hah,menjadi jugak taktik aku..berjaya jugak aku buat dia minta maaf.. Takde luka pun? benjol pun tak.. Hannah mengusap dan membelek dahi Uwais. Memanglah tak..siapa cakap ada? Uwais senyum nakal.Hannah baru perasan yang dia kena tipu lagi dengan taktik nakal Uwais yang sepatutnya dia dah boleh baca.Mata mereka berpandangan.. Mengadalah awak ni..Hannah spontan menampar lembut pipi Uwais.Dia malu sebenarnya bila Uwais merenungnya begitu.Degupan jantungnya mula berdetak kencang.. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Betul ke bunga ni boleh makan? Hannah seperti tak percaya bila Uwais mengatakan biji yang dikeluarkan dari bunga teratai yang diambil dari paya itu boleh dimakan. Iya sayang Hannah sudah dua kali perasan Uwais memanggilnya sayang walaupun tanpa kehadiran mak mertuanya..Entahkan tak sengaja atau sengaja yang pasti dia suka cara Uwais melafazkannya..tak percaya,saya makan ya? Uwais mahu memasukkan isi bewarna putih itu ke dalam mulutnya. Eh..janganlahkan bunga ni dari paya..kotorlah awak..nanti awak sakit macamana? Taklah..higernic ni..kecil-kecil dulu saya selalu makan biji teratai ni..Uwais masih juga mahu memakannya. Hmmm..ok aja? bukan beracun pun.. Hannah rasa lega..tapi tiba-tiba Uwais memegang bawah lehernya. Kenapa ni awak? itulah..saya cakap jangan makan buah tu.. Hannah cemas bila Uwais sudah melutut dan seperti sesak nafas. Awaktolonglah jangan nak takutkan saya..Hannah memegang kedua pipi Uwais yang kelihatan lemah.Ya Allah! apa aku nak buat ni? keracunan ke Uwais ni? Huurrhhhhggghak..hak..hak Uwais bangun tiba-tiba dan ketawa sama seperti di bawah pokok duku tadi.Hannah ketap bibir,dia mencekak pinggang.Demi Allah,kalau Uwais tak bangun dan ketawa tadi..dia dah hampir saja menangisUwais memang melampau!!! ini bukan bergurau lagi dah Awak ni kanmemang melampau tahu tak Takpelah,dapat jugak saya tengok muka risau awak tu..sayang jugak awak kat saya kan? Ieeetolonglah! jangan nak perasan ya..dah lah.saya tak naklah ikut awak lagi..saya nak balik! Eh..nantilah dulu Uwais mengejar Hannah.Pergelangan tangan Hannah dipegangnya. Saya janji saya tak main-main lagi dah..betul! jom..saya nak tunjukkan awak sesuatu..Uwais menarik tangannya.Mereka melewati kawasan tali air yang merentangi tanah paya itu. Awak nak tunjuk apa? tu Uwais menunjukkan ke arah tali air yang selebar satu meter itu.Apa kes pulak dia tunjuk kat aku

tali air ni? Seketika Uwais menghilang dan kembali bersama sebiji botol kaca dan penangguk.Agaknya tadi Uwais pergi ke sebuah pondok yang tidak jauh dari situ.Uwais menyinsing kaki seluar beggy yang dipakainya.Kemudian dia terjun ke dalam tali air itu. Awak nak buat apa? kalau nak mandi pun takkanlah dekat sini..Hannah menggeleng.Biar betul suami aku niaku tahulah dia suka memancing,takkanlah dekat tali air ni pun dia nak buat aktiviti tangkap ikan? Memang betul tekaannya.Uwais memang sedang menangguk ikan di dalam tali air tu tapi sesuatu yang membuatkan dia teruja bila Uwais memasukkan seekor ikan kecil ke dalam botol kaca itu.Ikan kecil yang berwarna biru dan berekor ungu itu kelihatan meliar berenang di dalam bekas itu.Ekornya kembang seakan ikan emas tetapi saiznya yang kecil dan comel itu lebih menarik lagi. Cantiknya..Hannah membelek botol yang berisi ikan itu.Uwais sudah naik ke darat tetapi kakinya masih di dalam tali air.Dia sekadar duduk di tebingnya untuk melepaskan penat. Hmmmnasib baik dapat,bukan senang nak dapat ikan ni tau..cantik kan? jarang boleh dapat warna macam ni.. Ikan apa ni? Ikan lagakalau jual bolehlah dapat seratus dua.. Ikan ni? hmmboleh tahan juga ya? Kalau awak nak tahu,dulumasa kecil-kecil,saya selalu ke sini..kadang-kadang,masa arwah ayah bersihkan dusun,dekat sinilah saya berkubang..bila ayah meninggal,masa tu saya masih di sekolah menengah..mak ambil alih tugas ayah..kadang-kadang bila tak cukup duit belanja,atau saya perlukan duit untuk beli sesuatu saya akan datang ke sini..saya tangguk ikan ni sampai saya dapat..kemudian saya jual..dan duitnya saya simpan.. Uwais menarik nafas,Mengingati kenangan zaman kanak-kanak yang tak pernah pudar dari ingatannya.Hari ni dia berkongsi kisah zaman kanak-kanak itu dengan Hannah..supaya Hannah mengenali dirinya ..mengenali dunianya.. Awak jual ikan ni untuk dapatkan duit belanja? Hannah merenung botol kaca di tangannya.Sayu pulak dia dengar cerita Uwais.Dia tak pernah rasa susah sampai terpaksa berpanas atau bermandi peluh untuk dapatkan duit.Hanya untuk dapatkan sedikit duit,Uwais perlu berpenat lelah begitu? Hmmm..kita langsung tak sama kan?datang dari dua dunia yang berbeza? saya yang bermandikan lumpur dengan awak yang bermandikan dengan wang ringgit..saya memang tak boleh salahkan awak kalau awak tak pernah sukakan sayaUwais bangun dan menyapu pakaiannya yang kotor.Hannah terusik dengan ayat itu..seperti nak saja dia luahkan sesuatu yang terbuku dalam hatinya. Dia rasakanyang dia dah mula sukakan Uwaisnamun untuk meluahkan rasa itu terlalu sukar baginya,lagipun dia tidak pasti suka atau cinta? Ikan tu,saya hadiahkan untuk awakmaaflah sebab saya tak mampu bagi hadiah yang mahal.. Kenapa pulak nak minta maaf,ada saya cakap saya tak suka? inilah hadiah yang paling baik yang pernah saya terima..sebab awak sendiri yang dapatkan ikan ni.. Hannah mengukir senyum. Uwais seperti tak percaya dengan apa yang dia dengar.Adakah luahan itu datang dari hati yang ikhlas. Awak suka? Mestilahjomlah balik! hari dah panas ni,nanti terbakar kulit saya Hannah menarik lengannya. Nantilah kejap..saya kena hantar kawan baik saya balik rumah dia.. Kawan mana pulak ni? Hannah pelik.Rasanya aku dengan dia aja kat sini.. Ni hah..Uwais meraba betisnya,seekor lintah ditarik dan dicampakkan ke dalam tali air.Hannah terjerit bila melihat ada kesan tompokan darah di betis Uwais. Awakbetis awak keluar darah tu.. Takpelahdarah kotor ni,takkanlah awak tak tahu yang lintah boleh digunakan rawatan sama macam buat bekam? Whateverlah! yang penting awak tak apa-apajawab Hannah.Uwais membiarkan Hannah melangkah mendahuluinya.Jawapan Hannah tadi melapangkan hatinya.Mungkinkah doanya selama ni sudah dimakbulkan? Hannah dah mula terima aku ke?

Suami yang Kubenci 20


by E-man Sufi Dah pukul berapa ya? Uwais meraih pergelangan tangan Hannah.Dia melihat jam tangan Rolex yang dipakai Hannah sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi.Ketika itu mereka berdua sudah sampai di depan rumah.Entah kenapa Uwais rasa macam ada sesuatu yang tak kena.Seperti ada kerja yang dia lupa nak buat.. 10.30? alamak..saya sepatutnya ambil Anis kat sekolah nimalam tadi dia mesej bas sekolah sampai dari KL pukul 10.00 pagi Uwais baru teringat.Adoilahdating dengan Hannah punya pasal kan aku dah terlupakan Anismesti dia dah lama tunggu.Handset dah la tak bawa tadi.. Macamana awak boleh lupa ni? kasihan kat Anis,kalau saya memang tak suka kalau orang buat saya tunggu..nak pulak yang tak menepati waktu.. sempat pulak dia kena bebel dengan Hannah.Baru saja Uwais nak melangkah masuk ke dalam rumah,sebuah kereta Myvi putih muncul dan berhenti berhampiran pokok jambu di halaman rumah. Siapa tu awak? Tanya Hannah. Itu macam kereta Batrisya jawab Uwais.Dia melihat Anis keluar dari perut kereta bersama 2 orang lagi perempuan dan seorang remaja lelaki. Itu kan Anis..dan adik-adik awak? Uwais segera mendapatkan mereka.Hannah meletakkan botol kaca yang dibawanya tadi di atas pangkin. Assalamualaikum Anis memberi salam.Dia berjalan beriringan dengan Cikgu Batrisya.Sementara Mastura dan Baihaqi mendapatkan kakak mereka.. Waalaikumussalam jawab Uwais. Abangkenapa tak datang ambil Anis..Kawan lain semua dah balik,nasib baik ada Mastura dengan Putera temankandan kebetulan pulak Cikgu Batrisya ada kelas tambahan kat sekolah tadi.. Abang terlupaterima kasih ya Syamenyusahkan Sya aja kena hantar diorang ni balik.. Uwais lega bila adik-adiknya itu selamat sampai di rumah. Perkara kecil aja..lagipun rumah Sya dengan rumah abang ni sebelah menyebelah ..bukan Sya kena pergi ke tempat lain pun.. Cikgu Batrisya membalas senyuman Uwais. Haah Abang Longpenat tau kitorang tunggu..nasib baik Cikgu ajak kitorang tumpang..sampuk Putera. Kenapa korang berdua tunggu Abang Uwais jugak? takkan Abang Din tak datang ambil, ehapsal korang berdua pergi KL tak cakap kat Along? Hannah bertanya kerana dia langsung tidak tahu kedua adiknya itu turut mengikuti program motivasi yang disertai Anis.Sesekali matanya mengerling Cikgu Batrisya yang berdiri berhampiran Uwais.Cikgu ni dah hantar adikadik aku balik tak reti-reti nak balik rumah sendiri pulak ke? takkan nak melekat kat sini pulak kutsiap berbalas senyum dengan suami aku pulak.. Alahrelekslah Along,Tuk Ayah dah bagi kebenarankitorang pergilah..sepatutnya memang abang Din ambil kitorang tapi Anis cakap abang Long nak datang ambil,lagipun elok jugak kitorang datang sini..dapat jumpa Along..nak harapkan Along balik rumah Tuk Ayah? hmmmsebulan sekali..jawab Putera.Dia duduk di pangkin tapi matanya terpandang pula botol kaca berisi ikan laga di situ.Mahu diambilnya tapi spontan ditepis oleh Hannah.Terlongo sekejap Putera..sejak bila pulak Along ni suka bela ikan? bukan dia geli dengan benda hanyir ke? Mana dapat ikan ni Along ?..comellah.. tanya Putera. Cantik! Mastura turut memerhatikan ikan laga itu. Iyalahekor warna ungu ni susah nak dapat Anis mengambil botol itu dan dibeleknya.Kemudian ditunjukkan pada Cikgu Batrisya.Hannah hanya memerhati.Suka hati aja tayang ikan aku tu kat Cikgu yang tak reti nak balik rumah ni erk? Ini mesti abang Uwais yang tangguk kat belakang rumah kan? hmmmberkubang dalam tali air macam zaman sekolah dulu ya? Cikgu Batrisya meneka. Haah..tadi abang bawa Hannah pergi sana.. Uwais angguk kemudian duduk di sebelah Putera. Sya ingat lagi,dulu masa zaman sekolah abang dengan abang Hafiz suka sangat pergi sana..dah tu,dapat ikan laga yang cantik-cantik pulak tu..sayangnya ikan laga yang abang pernah hadiah kat Sya dulu tu dah maticomel sangat ikan tu..warna biru ekor merah.. Cikgu Batrisya

mula bercerita. Sya ingat lagi? dah lama tuabang pun dah lupa Uwais ketawa.Memang dia berkawan rapat dengan Hafiz,abang kepada Batrisya..sebab itu kemana mereka berdua pergi..Batrisya pun mesti ikut sekali. Uwais langsung tak perasan yang Hannah sebenarnya panas hati dengan cerita itu. Ohmaknanya,aku ni orang yang kedualah dapat hadiah ikan ni? huh! rupanya..dia dah pernah dating dengan Cikgu ni kat tali air tu masa zaman sekolah dulu? Hannah rasa menyampah pulak tengok Cikgu itu.Walaupun memang tiada tanda-tanda menggoda Uwais mahupun tergedik-gedik tapi dia memang tak boleh terima cara tutur kata Batrisya yang terlalu lemah lembut itusiap panggil abang lagi tuyang Si Penjual Burger ni pun satu,bukan main lagi melayanmarahnya pada Uwais pula.Apa tidaknya,sebaik sahaja nampak guru muda itu,mata Uwais hanya tertumpu pada guru itu sahaja.Dia yang tercangak kat sebelah langsung tak dipedulikan! Cantik sangat ke cikgu ni? Mestilah ingat. lembut sahaja suara Cikgu Batrisya.Makin meluat Hannah mendengarnya... Oh ya, sebenarnya kan Sya memang nak jumpa dengan abang..ada sesuatu yang Sya nak beri pada abangalah, dalam keretalah pulak..jom,Sya tunjukkan.. gamit Cikgu Batrisya.Tanpa berlengah Uwais bangun dan mengekori cikgu itu.Ewahmacam lembu kena cucuk hidung! dah tak ingat isteri dia kat sini? inilah lelaki..pantang ada perempuan cantik! cantik ke? huh, aku lagi cantiksetakat cikgu kampung macam ni, see my facelah! terpaksa menyedapkan rasa cemburu di hati..namun begitu..Hannah tetap sebal sebab dia akui Cikgu Batrisya yang berbaju kurung dan bertudung itu punya daya tarikannya sendiri..kalau tak! takkanlah Uwais pun tak berkelip pandang kat dia? Bilalah cikgu ni nak balikkang tak pasal-pasal aku hilang pedoman kat sini..macam dah takde lelaki lain, penjual burger ni jugak yang kau pilih..suami aku pulak tu! tak boleh jadi niapsal dia tak cari aja penjual burger lain..kan ramai kat sekitar kawasan Kuantan ni? tahulah suami aku tu handsome! Baik kan cikgu Sya tu? dah tu lemah lembut..sopan santunkalau kita ada abang,bolehlah kita suruh cikgu tu jadi kakak ipar kita kan Putera? Mastura meluahkan rasa terkilannya.Memang dia sukakan tingkah laku Cikgu Batrisya,lagipun di sekolah..memang Cikgu itu selalu dapat pujian pelajar-pelajarnya..bukan sahaja prihatin tapi sangat penyabar orangnya. Memang pun,kalau Anis ada lagi sorang abang,dah lama suruh pinang aja Cikgu Sya tu sampuk Anis pula.Berdesing telinga Hannah mendengar keinginan yang datang dari dua orang adiknya itu.Sudahlah dia sakit mata memandang Uwais yang sedang berbual dengan Cikgu Batrisya di sisi kereta cikgu itu.Entah apa yang dibualkan sampai jauh macam tu,siap bergelak ketawabenda apa yang beriya sangat cikgu tu nak bagi kat Uwais? sungguh dia tak suka situasi yang dilihatnya..entah-entah diorang ni bercinta sebelum Uwais ambil dia jadi isteri..manalah tahu? kalau tak takkan asyik menempel aja kat rumah mak mertuanya ni.. Ek ellehapa susah..tak payah nak ada dua tiga orang abang..tu hah! abang Long kan adasuruh ajalah dia ambil Cikgu jadi isteri nombor dua..tak dapat jadi kakak ipar..jadi madu kakak kita pun okey apa Putera ketawa galak. Niatnya sekadar nak melawak tapi salah timinglah pulak.Dengar saja usul tak bernas Putera itu spontan Hannah menarik telinga kiri Putera. Apa putera cakap tadi? ulang sekali lagi? Hah,padan mukapulas lagi Along..suka-suka aja nak suruh Abang Long kahwin lagi..ingat kita kaum perempuan ni suka dimadu? Mastura tumpang sekali memulas telingan sebelah kanan. Adehsakitlah! orang gurau aja Anis menutup mulut menahan tawa melihat Putera yang kena buli dengan dua kakaknya. Rasakan. Hannah melepaskan telinga Putera yang sudah merah. Padan muka Mastura turut melepaskan telinga Putera. Sakitlahcakap kat Abang Long! Along ni garang macam harimau ugut Putera. Cakaplah! dengan telinga dia sekali Along pulas Hannah mencubit pipi Putera yang mencuka. Apahal ni? Hannah kaget bila Uwais tiba-tiba ada di sebelahnya.Dia lihat kereta Myvi sudah pun dipandu keluar dari halaman rumah.Elok pun dah balikbuat sakit mata aku aja ada kat sini Abang Long..tengoklah Along dengan Angah ni..diorang pulas telinga Putera sampai merah macam ni.. adu Putera.Uwais terkejut melihat kedua telinga Putera memerah. Kenapa pulak?

Alah..orang gurau aja..Along tu yang marah sangatPutera cuma cakap nak suruh Abang Long ambil mmm.mmmm Belum pun sempat Putera menghabiskan aduannya,Hannah sudah terlebih dahulu menutup mulut adiknya itu dengan tangannya. ambil apa? apasal awak tutup mulut dia?Uwais rasa pelik.Hannah tak tahu nak bagi alasan apa.Tak rela kalau Uwais tahu yang dia marah sebab cemburukan cikgu Batrisya tadi. Ambil buah mempelam..dia nak suruh abang ambil buah mempelam ni hah..tapi Hannah tak nak menyusahkan abang sebab tu kitorang pulas telinga dia..err..sebab dia mengada-ada aja..bukan dia nak makan sangat punkan Mastura? Alahai.. alasan aku ni macam tak kena aja? whateverlahjanji dia tak tahu sebabnya.. Haahtak percaya tanya Aniskan Anis? Mastura pula mengharapkan pengakuan Anis. Anis sekadar angguk.Uwais kerut dahi.Pasal tu pun Putera kena pulas telinga?apa yang susah sangat? jolok ajalah buah mempelam ni macam tak patutlah pulak! Sya bagi apa kat awak? tanya Hannah.Ketika itu adik-adiknya sudah dibawa Anis masuk ke dalam rumah.Uwais pula sedang menjolok buah mempelam.Alahaitak pasal-pasal dia jolok juga buah ni Takde apajawab Uwais acuh tak acuh.Hannah tak puas hati.Takkan takde apa-apa..rasanya dia memang nampak seperti ada sesuatu yang diberikan Batrisya pada Uwais tadi.Sesuatu seperti sampul surat.Mana dia sorok ya? entah-entah surat cinta tak? dia mula curigaapa hubungan Uwais dengan Batrisya sebenarnya?

Suami yang Kubenci 21


by E-man Sufi Hannahboleh saya masuk? Uwais berdiri di muka pintu bilik tidur Hannah.Sebaik saja sampai di rumah mewah itu,Hannah terlebih dahulu memasuki bilik tidurnya.Dia pula pergi ke belakang rumah untuk mengambil beg pakaian Hannah yang disoroknya di dalam stor semalam. Masuk ajalah jawab Hannah mendatar.Uwais rasa hairan pula dengan perubahan mendadak sikap Hannah.Nampak seperti Hannah marahkan sesuatu.Apa yang dia dah buat? agaknya,Hannah masih marah pasal beg pakaian di tangannya itu. Saya nak pulangkan beg awak niSebenarnya,memang saya sorokkan..kat stor belakang rumah beritahu Uwais. Hannah yang sedari tadi sibuk memeriksa e-mail melalui PDAnya menoleh pada Uwais.Rasa marahnya pada Uwais masih belum hilang.Bukan pasal beg pakaian yang dipulangkan Uwais itu tapi kerana sikap berahsia lelaki itu padanya.Kenapa nak berahsia sangat pasal surat yang diberikan Cikgu Batrisya? Hmmmletak ajalah kat mana-mana jawab Hannah dan terus memeriksa kotak e-mailnya. Dia tekun meneliti beberapa soft copy laporan kewangan yang dihantar Maira melalui e-mail. Kemudian mengemaskini beberapa perubahan jadual sepanjang minggu akan datang yang banyak berubah kerana beberapa appointment masih berstatus KIV.. Tumpuan Hannah sepenuhnya hanya pada PDA sebesar telapak tangan itu.Uwais garu kepala..kenapa dia buat muka selamba aja? biasa tu mesti dia marah-marahUwais mendekati almari pakaian.Seperti tadi Hannah yang duduk di atas katil itu masih tak pedulikan kewujudannya di bilik itu.Uwais langsung tak suka situasi sepi begitu.Betapa susahnya dia nak tarik perhatian isterinya ini,tak kisahlah nak bertekak ke,nak kena cubit ke..pukul..baling..asalkan Hannah ada interaksi dengannya..dia betul-betul tak faham kenapa Hannah bersikap dingin sama seperti pertama kali mereka berjumpa dulu.Pagi tadi okey ajaapasal sekarang dah macam patung cendana pulak aku tengok. Hmm..aku tahu, mesti sebab dia tengah sibuk buat kerja pejabat yang tak siap lagi kut..dia perasan sangat,Hannah dan PDA jenama Apple itu memang tak dapat dipisahkan.Kalau aku ada doraemon dah lama aku mintak alat supaya boleh bertukar jadi PDA..bolehlah selalu dapat perhatian Hannah ni..heheh.. Aku ni sebenarnya nak kena pindah balik ke tidak ni? dari tadi dia asyik dengan benda alah tukalau aku stay nanti dia kata aku nak ambil kesempatan..biasalah tu! aku ni lelaki..normal pulak tu.Takkanlah aku dengan rela hati nak duduk bilik berasingan dengan isteri sendiri? ambil kesempatan dengan isteri sendiri takkanlah berdosa..tak boleh jadi,takkan aku nak buat poyo aja dalam bilik ni.. Hannah,saya nak buka almari boleh? Tanya Uwais.Hannah mendongak dan memandangnya dengan wajah tanpa perasaan.Nak kata marah..airmukanya tenang sahaja. Buka ajalah Uwaisku sayangnak buka almari pun kena ada kebenaran ke? dari tadi tercegat kat situ kenapa? tak reti-reti nak pergi mandi ? emmmtapi bukan aku ke yang patut sediakan dia tuala dengan pakaian bersih? kalau aku buat macam tu kan nampak macam aku ni nak tarik perhatian dia.hmmm..tak naklah! Boleh tak? Uwais tanya lagi bila Hannah kelihatan seperti memikirkan sesuatu. Hah? emm..buka ajalah.. jawab Hannah. Uwais segera membuka almari dan diambil semua pakaian-pakaiannya yang bersangkut.Dalam hati dia berharap Hannah memerhatikan perbuatannya itu.Bukanlah dia nak sangat pun buat begitu,sekadar untuk mendapatkan jawapan pasti dari Hannah..terus tinggal di bilik itu atau pindah semula ke bilik tetamu di tingkat bawah? Awak nak buat apa tu? Hannah baru teringat yang Uwais hanya tinggal sementara sahaja di biliknya .Itu permintaannya 2 hari lepas.Sekadar untuk lakonan semata-mata . Pindah semula ke bilik saya lahkan kontrak saya dah tamatmak pun dah balik.. Uwais ukir

senyum tapi dalam hatinya sangat mengharapkan Hannah menahan dia dari berpindah semula. Oh..haah..saya pun dah lupa.. Hannah sekadar angguk.Aik? takkan itu aja? tak nak halang abang ke sayang? tak kasihankah kau pada lelaki tampan kat depan kau ni Hannah oi pernah tak kau fikir,takkanlah sampai tua kita nak macam ni? kalau aku kata dia ni tak bijakada Master..CEO lagi..tapi apasal perkara penting macam ni dia boleh buat bodoh aja? pagi tadi kau dah buat aku perasan yang kau suka kat aku..tapi sekarang,dah bertukar pulak? Hannah mengerling Uwais yang masih terkial-kial mengeluarkan pakaian dari dalam almari besar itu.Dia terasa hati dengan tindakan Uwais itu.Amboibelum setengah jam sampai rumah dah sibuk nak pindah! panas sangat ke kalau tinggal kat dalam bilik ni dengan aku? ada ke aku suruh dia keluar dari bilik ni?..hiii...tak suka tau! nak sangat pindah kan? pergilah!!! tak payahlah nak tayang muka handsome tu kalau memang sengaja nak sakitkan hati akutak cukup nak berdrama korea dengan Cikgu Batrisya plus pulak lagi dengan surat misteri tu..sekarang,nak lagi tambah sakit kat hati aku ni? Uwais hampa bila Hannah masih terus dengan kerjanya.Hmmm..memang dah nasib aku agaknya.Wahai Hannah pujaan hatiku boleh tak kau cakap yang kau nak aku tinggal terus dalam bilik ni? takkanlah sikit pun kau takde perasaan kat aku? Akhirnya terpaksa jugak Uwais melangkah ke muka pintu. Awak.. panggil Hannah.Uwais segera berpaling.Dia panggil aku kan? harap-harap dia tak bagi aku keluar.. Ya? Uwais tayang muka paling handsome.Menanti dengan penuh harapan Keluar nanti tutup pintu ya dan seperti tadi..Hannah tetap setia pada PDA di tangannya.Warrghhhh!!!!!! aku makan jugak dia ni karangpenat aja senyum kat dia..ada ke itu yang dia suruhbukan setakat tutup pintu,nak aja aku pecahkan pintu ni!!! Dengan berat hati.Uwais keluar dan menutup pintu bilik itu.Sebaik saja Uwais keluar,Hannah mencampakkan PDA.Melantun gajet itu di atas katil. Apasal dia keluar jugak? kenapa dia tutup pintu tu? tak boleh ke dia cakap yang dia nak tinggal terus dalam bilik ni? memang tak payah pakai talian hayat, sure aku bagi dengan rela hati..tapi langsung dia tak tanya!! Ieeeeee.tak suka! tak suka! tak suka! Hannah mencapai teddy bear di atas katil.Mahu melepaskan kemarahannya pada Uwais.Terus dibalingnya ke muka pintu..tak dapat Uwais pintu yang ditutup Uwais pun jadilah..sebiji...sebijik lagitak puas hati jugak..ambil lagi, dan baling lagi..sekuat hati danpintu dikuak dari luar.. Aduh!!!! Tepat ke muka Uwais yang muncul semula secara tiba-tiba.Hannah gigit jari.omg!! Apa awak ni? main baling-balingYa Allah, bersepah-sepah teddy bear ni kenapa?Uwais yang mahu mengambil beberapa barangan yang masih tinggal terkejut dengan keadaan teddy bear yang bersepah sana sini. Errrsaja suka-suka..saya buat senaman balingan tadi,mana saya tahu awak masuk balik.. yang awak masuk semula tak bagi salam kenapa? kan dah kena Hannah segera mencipta ayat cover. Padan muka! siapa suruh awak keluar dari bilik ni? dapat isteri cantik macam aku ni pun takkan tak tergoda kut? perlu ke aku yang kena goda dia dulu?sorry to say la Uwais..bab-bab menggoda ni aku memang failed!

Suami yang Kubenci 22


by E-man Sufi Jam sudah menunjukkan pukul 7.00 pagi.Hannah bergegas menuruni anak tangga dan mahu menuju ke dapur tapi langkahnya terhenti bila terpandangkan pintu bilik Uwais yang masih tertutup rapat. Dia tidur lagi ke? tanya Hannah dalam hati. Hannah mengatur langkah ke bahagian dapur kering.Dia mahu menyediakan sarapan pagi kurang dari 15 minit memandangkan dia sudah lewat ke pejabat.Dia paling tidak suka jika terperangkap dalam trafik jam apatah lagi pada pagi Isnin begitu. Rajin pulak awak masuk dapur hari ni? teguran di belakang buat Hannah berpaling.Dia yang tadi sedang mengambil kotak bijirin dari rak cabinet terpegun seketika memandang kea rah Uwais.Maunya dia tidak terpaku begitu.Uwais pagi itu berpakaian kasual.Berkemeja stripe dan berseluar slack,rambutnya juga disikat rapi.Alahai,handsomenya dia pagi nitapi apa kes pulak dia nak pakai macam ni? Salah ke? Hannah meletakkan kotak bijirin di atas meja.Kemudian dia menuang susu coklat ke dalam gelas di hadapan Uwais. Takdelahbaguslah,hahtak nak tanya saya nak sarapan apa pagi ni? Uwais sengeh.Saja nak bermanja tapi tak tahulah dia nak layan ke tidak..semalam dah takde peluang,manalah tahu pagi ni dia bertuah. Awak nak makan apa? Nasi Goreng Uwais menjawab sambil menarik kerusi.Hatinya berbunga riang.Bukan senang nak dapat peluang begini..biasanya,dia sarapan sendirian setiap pagi. Nasi goreng? mana sempat,saya dah lewat ni..roti ajalah.. Uwais angguk saja.Roti pun rotilah..nak buat macamana, CEO kan,manalah sempat nak memasak pagi-pagi ni..Hannah menyapu jem pada roti dan diberikan pada Uwais. Diambil juga Uwais huluran itu.Bagi macam tu aja? ingatkan nak suapkan kehuh,mimpilah dia nak buat macam tu.. Awak pakai macam ni nak pergi mana? Tanya Hannah sebaik duduk berhadapan Uwais. Kerja jawab Uwais sepatah. Hannah ketawa kecil.Uwais merenungnya. Kenapa awak ketawa? Macamana saya tak ketawa,biasa tu awak pakai t-shirt aja pergi kerjatiba-tiba hari ni awak pakai kasual macam ni..cara baru nak tarik pelanggan beli burger awak tu ke? lagipun, bukan awak berniaga lewat petang sampai malam ? dah tukar timing ? Uwais tenang saja.Walaupun dia terasa hati dengan ketawa berbaur ejekan itu.Dia sudah faham sangat dengan perangai Hannah yang memang suka merendahkan pekerjaannya sebagai penjual burger. Saya baru ditawarkan kerja.. beritahu Uwais.Semalam Batrisya menyerahkan surat yang ditawarkan pihak sekolah kepadanya. Ditawarkan kerja? Hannah berhenti mengunyah.Dia teringatkan surat yang diberikan Cikgu Batrisya pada Uwais semalam.Mungkinkah surat itu ada kaitan dengan tawaran kerja yang dikatakan Uwais tadi. Kerja apa? Kerja biasa aja..Uwais malas nak bercerita.Dia yakin sangat,kalau dia beritahu pun Hannah pasti akan merendah-rendahkannya.Dia pun ada ego sendiri sebagai seorang lelaki dan suami.Walaupun kerjanya tak sehebat mana,alangkah baiknya kalau sebagai seorang isteri, Hannah memebri sokongan.Dia bukan buat kerja haram..jauh sekali yang menyusahkan orang lain.. Tahulah kerja biasa..tapi kerja apa? Hannah mula geram.Suka sangat nak berahsia tu kenapa? ini mesti ada kaitan dengan Cikgu tu Guru ganti Uwais beritahu juga.Seperti yang dia jangka,Hannah ketawa lagi. Guru ganti? awak nak ajar apa? cara-cara buat burger ke? Senyuman Hannah memang menyakitkan hati Uwais.Kenapalah aku boleh jatuh sayang kat dia nidahlah suka merendahrendahkan orang,macam dia tu bagus sangat aja..mujurlah lahir jadi anak orang kaya,kalau lahir

sebagai anak orang kampung macam aku ni,kau tahulah susahnya nak berusaha sendiri cari kerja. Iyalahsaya buat apa pun mesti awak gelak kan? penjual burger macam saya ni kan tak layak jadi cikgu mujurlah ada Batrisya yang percayakan saya daripada saya duduk tak buat apaapa sebelah siang baik saya gantikan kawan dia yang baru bersalinbersusah payah dia sarankan saya pada pengetua sekolah dia Oh..jadi Batrisya yang dapatkan awak kerja ni? Elehsetakat kerja guru ganti aja pun dah takde post yang lebih baik dari tu ke yang dia boleh carikan untuk awak? Hannah mula rasa cemburu lagi.Lagi-lagi cikgu Batrisyamacam dah takde orang lain.Kalau setakat nak kerja,dia pun boleh bagi..tapi, kelulusan apalah Uwais ada,kerja pun jual burger,sure SPM pun cukup makan aja ni..paling tidak dia hanya boleh bagi jawatan kerani sahaja di syarikatnya.No way! mana dia nak letak muka kalau semua staf tahu? Cakap ajalah apa awak nak Uwais seperti merajuk.Hannah ketap bibir.Mula rasa bersalah.Dia kecil hati ke? Aku bukan apa,kalau dia kerja jadi guru ganti tu,mestilah satu sekolah dengan Batrisya kan? takkan aku nak biar cikgu tu dapat peluang nak berjumpa dengan suami aku ni tiap hari Saya rasakan, tak payahlah awak terima post tu,berapa sangatlah yang awak boleh dapat..sudahlah kerja banyak,gaji pun tak banyak mana..Hannah cuba membatalkan niat Uwais.Dia tak dapat bayangkan setiap hari Uwais bersama Batrisyadi dalam bilik guruentahentah..mejanya pun berdepan aja..boleh terima lagi,kalau bersebelahan macamana? Tak baik awak cakap macam tu, jadi seorang pendidik ni mana boleh pentingkan semua tu lebih daripada apa yang sepatutnya dilakukan..kalau semua orang fikir material aja,siapa yang nak jadi guru? lagipun..saya tak rasa pun gajinya tak seberapa..mungkin taklah semahal gaji awak tapi masih boleh hidup selesa..tengok aja Batrisya tu, sederhana macam dia kan bagus? Hannah rasa meluat dengan pujian Uwais pada Batrisya.Batrisya itu..Batrisya inipendek kata semuanya yang bagus ada pada Batrisya.Bukan Uwais saja,adik-beradiknya pun memuji Batrisya..habis,aku ni siapa yang nak puji? nampaknya memang tiada harapanlah untuk dia menahan Uwais dari pergi ke sekolah itu. Sudahlah,saya dah lewat ni nanti tertunggu pulak Batrisya kat sekolah tu,saya tak naklah mungkir janji.. Uwais sudah bangun.Dia menanti juga kalau-kalau Hannah mahu bersalam dengannya sebelum ke tempat kerja.Melihatkan Hannah yang seperti tidak peduli,Uwais terus saja berlalu. Awak panggil Hannah.Uwais berpaling. Good Luck..Ucap Hannah.Walaupun sebenarnya dia tak rela nak membiarkan Uwais pergi tapi terpaksa juga dia telan rasa kecewanya. Saya pergi dulu ya? Uwais senyum dan pergi.Dalam hati dia rasa gembira,setidaknya ada kata semangat juga dari Hannah. Hannah hilang selera untuk bersarapan pagi .Semuanya kerana Cikgu Batrisya.Kenapa nama cikgu itu juga yang disebut Uwais? Tak sensitive langsung dengan perasaan aku yang memang muak dengar kebaikan cikgu tu..Kalau cikgu tu dah terlalu bagus sangat pada pandangan dia,kenapa tak nikah aja dengan cikgu tu dulu? kenapa setuju juga kahwin dengan aku? Huh,tak pentingkan duit kononkalau tak sebab duit, tentu Uwais tak ambil dia jadi isteri..dia tak semudah tu untuk lupa..ketika perbualan antara Tuk Ayah dan Uwais seminggu sebelum mereka bernikah..ada kaitan dengan jumlah wang bernilai 50 ribu ringgit Cuma dia sendiri tak tahu,apakah rahsia antara Uwais dan Tuk Ayah dan wang berjumlah 50 ribu itu untuk apa? Bila diingatkan semua itu,bencinya mula datang lagi tapi bila teringatkan sikap dan cara Uwais melayaninya..perasaan sayang pula yang bersilih ganti..dia masih tak dapat memastikan.Siapa Uwais Ukasyah di hatinya? kalau nak kata dia tiada perasaan pada Uwais kenapa mesti dia nak cemburukan Batrisya? masa dia dengan Tengku Muiz dulu tak pernah pulak dia rasa macam ni.. Hannah segera beredar dari dapur bila tersedar yang dia sendiri sudah lewat ke pejabat.Dia melewati ruang tamu.Ketika mahu mengambil kasut di dalam almari, dia terpandangkan sesuatu di atas meja kopi.Hannah mendekat dan melihat sebuah fail bewarna biru di atas meja. Fail apa pulak ni? Uwais punya agaknya..hmmm..itulah,cuai sangat..kan dah tertinggal,baru hari pertama kerja dah buat silap.. Hannah menggeleng.Fail itu diambil dan dibukanya.Hannah meneliti CV yang terkandung dalam kertas bersaiz A4.Diteliti satu persatu.Dahinya

berkerut,seperti tidak percaya apa yang dia baca.Bila dia menyelak helaian seterusnya,terdapat Sijil pengiktirafan akademik dari sebuah Universiti bahkan dalam jurusan pengurusan perniagaan. University Of Jordan? biar betul? Hannah terpaksa meletakkan semula fail itu bila dia sudah semakin lewat.Kenapa dia tak tahu yang selama ini Uwais pernah belajar di Amman ,Jordan? University Of Jordan merupakan salah satu University terkemuka di timur tengah dan Tanah Arab.Tapi kenapa pulak dia jadi penjual burger? bermakna dia silap menilai Uwais selama iniaku tak sangka pulak penjual burger pun boleh ada degree..dari overseas pulak tu..

Suami yang Kubenci 23


by E-man Sufi Aku tengok kau ni asyik termenung aja daripada tadi ada masalah ke? Maira menyentuh bahu Hannah yang sedari tadi melamun.Sampaikan semua yang hadir dalam mesyuarat pagi itu sudah keluar pun Hannah masih lagi duduk di kerusinya. Kau cakap apa tadi? Hannah memandang Maira.Kemudian matanya melihat sekeliling ruang bilik mesyuarat.Dah kosong? bila diorang keluar? Semua dah keluar,aku pun dah nak keluar ni..kau tu,nak bertapa dalam bilik ni ke? Maira mengusik. Aku tak perasan pulak semua orang dah keluar.. Macamana nak perasan kalau kau tu jauh sangat termenungnyahah, biar aku teka..kau ingatkan abang sayang kau tu ya..apa kau panggil dia? Si Penjual Burger..kan? Takdelah! Hannah menafikan walaupun tekaan itu seratus peratus betul. Aku hairanlah dengan kau ni..dah tinggal serumah pun takkan takde feel lagi? Malaslah aku nak layan soalan kau ni Malas ke malu Maira masih membuat provokasi.Wajah Hannah yang sudah merona merah itu jelas sekali kerana usikannya tadi. Kita ni bukannya orang lain..walaupun sepupu tapi dah macam adik-beradik tak payahlah kau nak berahsia pasal perasaan kau tu lagi,orang kalau dah asyik termenung tu namanya angau..mengaku ajalah,dengan aku kau simpan aja ego kau tu..apa kata kalau kita bercakap dari hati ke hati Maira memainkan buah caturnya.Hannah lama berfikir.Betul jugak.Dalam banyakbanyak sepupu yang aku ada,dia ni aja spesis yang boleh dipercayai.. Emm..kalau aku tanya sesuatu boleh? Tanyalah..anggaplah aku ni sebagai kaunter pertanyaan..tanyalah? Maira teruja.Hannah mengerut dahi.Overlah pulak Maira ni Macam ni,katakanlahbukan betul tau! konon-kononlah kan, emmmkau nampak Abang Asad kau tu dengan perempuan lain, apa kau rasa? Abang Asad dengan perempuan lain? kau nampak di mana? Kau ni,kan aku kata tadi..konon-kononnyalah..bukan betul pun.. Oh, kau pun satu..kalau ya pun nak buat contoh janganlah guna suami aku tu..Tapi takpe,biar aku jawab pasal kau dah tanya kan? kalau dengan Mak Cik-Mak Cik aku tak hairan pun,lainlah kalau dengan anak dara yang cun melecun..mestilah aku cemburu tahap gunung berapi nak meletup.. Maksudnya kau cemburulah ya? Apalah sengal sangat kau ni,dah nama isteri kalau nampak suami dengan perempuan lain mestilah cemburu..itu tandanya sayang,takkan aku nak biar aja..takde maknenya aku nak tengok aja..nak bertepuk tangan lagilah mustahil..Yang kau tanya soalan macam ni kenapa? Oooini mesti kau nampak Uwais dengan perempuan lain ya? cantik tak perempuan tu? Hannah tak menjawab.Cantiklah jugaktapi cantik aku lagilah Diam tu betul la kan? dah tu,kau tak tanya dia siapa perempuan tu? itulah kauada suami kau tak suka,kau abaikan dia..sekarang kan dah ada yang nak pikat suami kau yang handsome tu.Kalau aku jadi perempuan tu pun memang takkan lepas peluang.. nak pulak kalau tahu yang lelaki tu diabaikan isterinya.. Ieeekau ni memang batu apilah! saja je nak bakar hati aku kan? ada ke aku cakap yang Uwais tu dengan perempuan lain? pandai aja kau kandah, pergi buat kerja nak muntah pulak aku dengar ayat kau tu,macam perempuan miang tahu tak.. marah Hannah.Maira ketawa kecil. Aku bukan apa,kalau betul Uwais ada perempuan lain..baru padan dengan muka kau..jual mahal sangat!..kau fikirlah sendiri.. Maira tersenyum bila Hannah mula tayang muka cemberut.Biarkan Hannah marah.Biar Hannah sedar,kalau betul itu terjadi bukanlah salah orang lain tapi salah dia sendiri.Ada suami tak reti nak jaga elok-elokasyik nak pertahankan ego dia aja.. Excuse me Puan Hannah.. Tiba-tiba muncul Aisyah,setiausahanya di muka pintu . Pengurus Jabatan Sumber Manusia dah sampai,Puan nak jumpa dia sekarang ke? beritahu Aisyah lagi.

Dah sampai? okey,suruh dia tunggu saya dalam bilik saya ya? Okey.. Aisyah berlalu pergi. Buat apa kau nak jumpa Pengurus HR? Tanya Maira. Adalah Hannah senyum penuh makna.Berdasarkan pada jawapan Maira tadi, memang dia tak boleh biarkan lagi Uwais semakin dekat dengan Batrisyasatu peluang saja sudah cukup untuk buatkan dia tak senang duduk. ++++++++++++++++++++++++++ Tiada kekosongan? Hannah rasa kecewa. Memang tiada Puan.Lagipun, bukankah Puan sendiri yang memberi arahan pertukaran portfolio setiap jabatan? kita baru sahaja membuat pembubaran jawatan dan kenaikan pangkat pekerja.Jadi..buat masa sekarang,syarikat memang tiada jawatan kosong apatah lagi untuk jawatan pengurus atau pegawai kanan.. Kalau macam tu,awak berikan saya laporan prestasi kesemua pegawai kanan syarikat.. Untuk apa Puan? Saya nak berhentikan mana-mana staf yang bermasalah..jadi,barulah ada jawatan kosong kan? Maaflah puan..setakat yang saya tahu,memang tiada pegawai kita yang bermasalah..Sejak Puan jadi CEO di sini, tiada seorang pun yang berani melanggar etika dan polisi syarikat.. jawab pengurus itu.Siapa yang berani nak langgar etika kerja di syarikat itu kalau punya majikan setegas dan segarang Hannah Maryam..tapi itulah kelebihan cucu Tan Sri Idris ini,dia tak peduli kalau orang tidak suka pada sikapnya itu tapi yang penting tiada siapa yang berani melawan cakapnya. Hannah mengeluh.Takkan takde langsung? kalau macam ni, memang takde harapanlah aku nak bawa masuk Uwais dalam Syarikat ni..Tak boleh! aku takkan kalah dengan Batrisya,kalau cikgu tu boleh dapatkan jawatan guru ganti di sekolah untuk Uwais, takkanlah aku yang jadi CEO ni tak boleh buat lebih baik dari tu? Hannah mula berfikir.Dia memang tak boleh buang pekerja sesuka hati tetapi sebagai CEO dia berkuasa mewujudkan apa sahaja jawatan yang dia mahukan berdasarkan keperluan syarikatdan untuk Uwais Ukasyah,sudah tentulah jawatan yang terbaik dan selayaknya. Ada apa-apa lagi puan? Hannah merenung wajah lelaki berkumis di depannya.Pengurus yang berusia lewat 40-an itu masih setia menanti arahannya. Memang ada Apa lagi yang puan nak tahu? Bukan nak tahu tapi nak awak buat sesuatu.. Hannah tersenyum kerana dia sudah memikirkan sesuatu yang sangat bersesuaian dengan Uwais Ukasyah.Dia masih boleh ingat kandungan CV yang dibaca pagi tadi,ada beberapa kelebihan Uwais yang boleh diguna pakai.. antaranya,Uwais menguasai bahasa Arab..memang dia terkejut dan tak sangka tapi dia sukakan kelebihan Uwais yang satu ini sebab dia sendiri tidak ada kelebihan itu.. Buat apa puan? Wujudkan satu jawatan kosong dalam jabatan Komunikasi Korporat.. Saya tak fahamjawatan apa? Pegawai Perhubungan Komunikasi dan diplomatik.. Tapi untuk apa? Wakil khas syarikat untuk berurusan dengan pelabur dari timur tengah..saya dapati kita kekurangan kakitangan yang fasih berbahasa arab dan kebanyakkan pelabur kita dari timur tengah kurang fasih berbahasa inggeris..jadi,saya tak mahu nampak kekurangan servis kita di situ..penting untuk pelabur faham apa yang kita perlukan dan sebaliknya.. Ya,memang betul tu puan..sejak kebelakangan ni kita banyak menerima pelabur dari Dubai dan Qatar..tak kurang juga dari Jordan dan Arab Saudi..kalau macam tu, perlukah saya buat iklan untuk temuduga? Tak,awak buat surat tawaran jawatan.. Ohmaknanya dah ada oranglah untuk jawatan ni? tapi, siapa puan? Untuk suami saya Uwais Ukasyah bin Muhammad Akheeruddin, saya nak surat tawaran tu sampai di atas meja saya sebelum waktu balikboleh?

Dah tentu puan.. Lelaki itu angguk tanda faham.Tiada lagi persoalan dan Hannah rasa tak sabar untuk pulang ke rumah dan menyerahkan surat tawaran dari syarikatnya kepada Uwais..Dia nak tengok riaksi Uwais, tentu Uwais suka sebab bukan sebarangan jawatan yang dia tawarkan,kalau nak dibandingkan dengan guru ganti tu,bagaikan langit dengan bumi..Bagus juga dia dapat tahu berkenaan kelulusan Uwais pagi tadi.Kalau tidak, terpaksalah dia menahan rasa sakit hatinya pada cikgu Batrisya. Huh, jangan haraplah kau nak dapat satu sekolah dengan suami aku tu,usahkan satu sekolah,satu bangunan,satu bumbung ,satu bilik guru,satu meja hatta satu kantin sekali pun memang takkan ada! kira hari ni,aku bagi peluang ajalah untuk kau tunjuk prihatin kat Uwais aku tu..

Suami yang Kubenci 24


by E-man Sufi Hannah menekan-nekan alat kawalan jauh astro.Argghhbosannya ! Tiada satu pun channel yang menarik minatnya untuk menonton.Dia merenung Blackberry di atas meja.Mana Uwais ni? dah pukul 4.30 petang pun tak balik lagi? Bukan sessi persekolahan tamat pukul 1 petang ke? Hari tu dia bekerja setengah hari sahaja.Teruja sangat nak beri Uwais surat tawaran syarikatnya sampaikan semua temujanji dan mesyuarat pada sebelah petang disuruhnya Aisyah KIV sahaja. Hmmmni yang buat aku rasa syak yang bukan-bukan kat dia ni, entah-entah dia pergi dating dengan cikgu tu tak? omelnya sendirian.Terbayangkan wajah Cikgu Batrisya yang lemah gemalai itu buat dia tak senang duduk.Dia sudah bosan menunggu Uwais yang masih juga belum pulang.Dia paling tak suka menunggu sesiapa bahkan untuk dia berbuat begitu bukanlah satu perkara yang mudah tapi hari itu dia dengan rela hati membuang rasa egonya itu semata-mata untuk Uwais..Hmmm usahkan dia,kura-kura dia tu pun tak muncul-muncul jugak.Takkanlah kurakura tu mogok kat tengah jalan kut? Baru sahaja Hannah nak mencapai Blackberry di atas meja, telinganya menangkap bunyi deruan enjin motosikal di luar rumah.Hannah segera bangun dan keluar.Dia lihat Uwais sedang turun dari motosikal EX5. Dah balik punsuka! Hmmmpergi kerja naik kura-kura balik rumah naik unta pulak ke? usiknya seraya memandang motosikal Uwais yang sudah agak lama itu. Uwais yang kelihatan penat hanya memandang sahaja Hannah mendekatinya.Aku ni sudahlah penat..ada dia nak tanya? dah tu..siap perli lagi.. kura-kuralah..untalah..ingat apa, aku bukak zoo dalam rumah ni? nasib baik hari ni aku rindu kat kau, macamanalah seharian kat sekolah tu pun aku boleh teringatkan kau ? Awal awak balik? Uwais meletakkan topi keledar dalam raga motosikal. Memang dia dah perasan kereta Hannah ada di garaj, hairan jugaisterinya ini seorang yang gila kerja tapi kenapa awal pulak Hannah balik? Saja..tiba-tiba hari ni saya dapat penyakit malas nak kerja..emmm..mana kura-kura awak? Hannah ukir senyum.Uwais terpana sekejap, Hannah memang punya senyuman yang menawan cuma Hannah susah nak senyum..Uwais yang tadi memang kurang senang dengan gelaran kura-kura itu tak jadi nak marah.Macam kena pukau pulak! Kura-kura saya sakit jawab Uwais. Dia mengatur langkah masuk ke dalam rumah.Hannah mengekorinya.Uwais masih tak faham.Dia balik awal lepas tu, mood dia nampak baik sebab dia murah senyum dengan aku..lagi satu, bukan ini first time dia sambut aku balik ke? selama ni mana pernah dia buat macam niApsal aku rasa macam ada kelainan pulak hari ni ya? Ohsebab tu awak ambil unta tu kat rumah mak ya?Suara Hannah kedengaran manja. Iya sayang. kalau tak macamana saya nak balik,kura-kura tu rosak di sekolah.. Uwais duduk di sofa.Hannah duduk di sebelahnya.Siap menopang dagu memandang Uwais.Senyuman masih tak lekang di bibirnya.Uwais rasa makin hairan.. mata Hannah yang coklat itu direnungnya.Apasal aku rasa dia nampak lebih cantik dari hari-hari biasa ni? tadi aku panggil dia sayang pun dia macam okey aja,kalau tak..macam nak termuntah dengar aku panggil macam tu..siap bagi jelingan maut lagi. Kalau rosak di sekolahawak balik ke rumah mak naik apa? awak tumpang Abang Din ya? tanya Hannah.Sejak mereka bernikah,Anis pulang dari sekolah dihantar oleh Abang Din yang menjemput Putera dan Mastura.Lagipun sejak mereka tinggal di rumah sendiri,Uwais tidak lagi mengambil Anis dari sekolah seperti dulu lagi. Tumpang Abang Din? taklah diorang tu dah balik masa kereta saya rosak.. Habis tu? awak jalan kaki? Tak..saya balik dengan Batrisya,kan rumah dia sebelah rumah mak ajaJawab Uwais selamba.Sebut aja nama Batrisya, wajah Hannah berubah Dah takde orang lain ke? cikgu tu jugalah yang jadi pilihansabar..sabar..kalau aku melenting nanti,rosaklah planning aku kan? Ohhnasib baik Batrisya ada kan? Hannah rasa berat hati nak menuturkan ayat itu. Haah..kalau tak,jenuh jugalah nak jalan kaki.. Balas Uwais. Hannah makin cemburu. Lepas mandi dan solat nanti saya nak pergi semula ke sekolah..tadi kawan saya dah baiki kura-

kura saya tuDari sana saya terus pergi ke gerai burger dan mungkin saya balik lewat malam nanti. Uwais bangun selepas menanggalkan stokin. Nanti kejap.. Hannah menarik tangannya.Uwais kerut dahi.Dia duduk semula. Kenapa? Emmmsebenarnya,saya ada sesuatu nak tunjukkan pada awak.. Apa? Sini Hannah menarik tangannya supaya bangun.Uwais ikut saja.Dia dibawa Hannah ke ruang makan. Sebelum tu,apa kata kalau kita minum petang dulu..awak mesti lapar kan? pelawa Hannah tanpa disangka. Uwais lihat di atas meja sudah tersedia hidangan minum petang.Ada pelbagai jenis kuih dan air kopi panas. Awak buat semua ni? Uwais seperti tak percaya.Pagi tadi Hannah sediakan sarapan pagi dan sekarang minum petang pula. Kuih saya belilah awak mana saya tahu nak buat kuih ni semua..tapi kalau air tu memang saya yang buatkan..cepatlah duduk Arah Hannah.Dia menarik kerusi untuk Uwais.Sebenarnya,Uwais sudah pun makan di rumah maknya sebelum pulang ke rumah. Ikutkan,dia memang sudah kenyang tapi dia tidak mahu lepaskan saat indah yang sedang dilaluinya itu.Hannah sediakan minum petang untuknya? Uwais rasa terharu.Sungguh, kalau tak sebab dia masih belum pasti dengan perasaan Hannah padanya,dah lama dia peluk Hannah kat situ juga..tapi kalau dia buat juga macam tu..silap-silap penampar pulak yang dia dapat. Kenapa awak baik sangat hari ni? luah Uwais.Dia dah tak sanggup nak mencari jawapan pada perubahan mendadak Hannah.Dia bukan tak kenal perangai Hannah yang pandai berlakon bila ada sebab tertentu.Dia mahu pastikan,yang sedang berlaku di hadapannya ini lakonan atau memang sebenarnya sudah ada tanda-tanda perubahan pada Hannah? Selama ni saya memang baik apabila masa pulak saya jahat? Hannah tak puas hati dengan soalan Uwais tadi.Amboi..macamlah aku ni zalim sangat selama ni.. Bukan itu maksud saya tapi.. Awak ni, saya marah awak tak suka,saya kutuk awak lagilah awak tak suka kan? kalau saya buat macam ni pun awak tak suka juga ke? pintas Hannah.Dia menuangi kopi ke dalam cawan. Mestilah saya sukasuka sangat-sangat,kalau hari-hari macam ni kan bagus..Uwais rasa gembira.Dia mencapai cawan berisi air kopi itu dan diminumnya. MasyaAllah manisnya kopi ni? gula tumpah ke apa? Sedap tak? Hannah kelihatan teruja nak tahu. Sedap.. Uwais berusaha minum sampai habis.. Hmmm..kalau macam ni hari-hari,dapat sakit kencing manislah jawabnya.. Awak.panggil Hannah. Uwais menentang pandangan mata Hannah yang masih tersenyum. Hmmm.. Uwais angkat kening.Hannah seperti mahu mengatakan sesuatu. Tadi saya kata nak tunjukkan sesuatu pada awak kan? Bukan ini ke? Uwais mencapai kuih karipap.Dia fikir minum petang yang disediakan Hannah itu adalah sesuatu yang dimaksudkan. Bukanlahyang ini.. Hannah menunjukkan sampul surat bewarna coklat.Uwais lama memandang sampul surat itu.Surat apa pulak ni? takkanlah surat nak mintak cerai? Nauzubillahdia tak pernah terfikir untuk berpisah dengan Hannah dan dia selalu berdoa niat itu tidak pernah terlintas di fikiran isterinya itu.Mungkin dia tak kaya,tapi dia sedang berusaha untuk menjadi suami yang baik kepada Hannah. Surat apa ni? suara Uwais bergetar.Dia rasa bimbang pula. Bukalah Hannah menopang dagu.Tak sabar menanti riaksi Uwais.Surat sudah dibuka,berhatihati Uwais membaca kandungan itu .Dahinya berkerut dan sesekali dia memandang wajah Hannah. Pegawai Perhubungan Korporat dan Diplomatik? awak buat lawak apa ni Hannah? penjual burger macam saya ni nak jadi pegawai? awak sedar tak apa yang buat ni Uwais senyum sinis.Hannah sengaja nak main-main ke? selama ni tak pernah pun Hannah suarakan hasrat nak ambil dia bekerja di syarikat keluarganya itu bahkan dia sendiri tak pernah terlintas nak

bermajikankan isteri sendiri. Lawak apa pulak, awak sendiri dah bacakan yang tawaran tu untuk awak..sebenarnya pagi tadi saya dah tengok CV awak dalam fail yang awak tertinggal atas meja,sosaya fikir, ada baiknya awak kerja dengan saya daripada jadi guru ganti tu..macamana,awak setuju kan? Muka Hannah kelihatan penuh harapan.Kalau boleh dia dah tak mahu lagi Uwais dekat dengan Batrisya.Kalau dekat dengan aku lagi bagus kan disimpan rasa itu dalam hatinya. Uwais tak terus menjawab.Jadi,itulah sebabnya Hannah melayan dia dengan baik? sebab Hannah dah tahu tentang ijazah yang dimilikinya..sebab penjual burger yang hina ni boleh dijadikan lebih sempurna di syarikatnya itu..Tiba-tiba dia rasa kecewa.Kalaulah Hannah tidak tahu semua tu, adakah masih mulia dia di mata Hannah? Uwais rasa hilang semua rasa gembiranya tadi.Kopi yang manis sudah dirasakan bersisa pahit di tekaknya. Sudahlah mereka berkahwin kerana dia mahu membalas jasa Tuk Ayah yang menyelesaikan semua hutangnya, hingga saat inipun dia rasa malu dengan diri sendiri kerana memiliki Hannah atas sebab duit. Kalau dia terima tawaran Hannah kali ini, bermakna dia terpaksa telan kata-kata orang sekeliling bahawa kedudukan tingginya itu hanya kerana isterinya CEO syarikat.Mana dia nak letak maruahnya sebagai suami dan lelaki.. dan bagaimana pula dia nak buktikan pada Hannah, dia boleh berjaya atas usaha sendiri? biarlah susah,biarlah bertahun memakan masa..dia akan lebih berpuas hati dan mampu tersenyum,bila hari itu tiba. Cukup Hannah sebagai isterinya yakin, percaya dan mendoakan kejayaan buatnya. Terima Kasih sebab sudi nak tawarkan saya jawatan besar macam ni tapi saya minta maaf saya tak pernah terfikir untuk bekerja di syarikat awak Uwais melipat surat tawaran itu dan dimasukkan semula ke dalam sampulnya.Dia harap Hannah tak berkecil hati.Tiba masanya nanti dia akan beritahu juga pada Hannah,dia sebagai suami tetap ada perancangan sendiri untuk masa depan mereka. Hannah terpaku.Terasa seperti jantungnya disentap.Wajahnya yang putih bersih mula memerah kerana dia sememangnya sedang marah.Kenapa mesti Uwais menolak?? apa yang kurang pada tawarannya itu. Sungguh dia rasa egonya telah direndahkan hingga ke tapak kaki!! bahkan dia rasa lebih perit bila antara tawaran dia dan bantuan Batrisya.dia tidak menjadi pilihan! Sampai hati awak Uwais kalau tak kerana egonya yang masih berbaki, sudah pasti di depan Uwais itu juga dia menangis kerana malu dan sakit hati! Ditahan juga supaya airmatanya tidak tumpah.

Suami yang Kubenci 25


by E-man Sufi Uwais keluar dari bilik usai menukar pakaian dan solat Asar. Selepas minum petang tadi, dia segera masuk ke bilik untuk membersihkan diri.Sementalah pula sewaktu di meja makan tadi Hannah tidak langsung bersuara selepas dia memutuskan untuk menolak tawaran bekerja di syarikatnya. Uwais tahu Hannah sedang marah.Dia perasan situasi itu bila tiada lagi senyuman di bibir Hannah.Untuk mengelak daripada berlaku pertengkaran dia bertindak untuk masuk saja ke biliknya. Sebaik melewati ruang tamu,Uwais melihat Hannah sedang duduk di ruang tamu.Hannah sedang merenung sampul surat coklat yang dipulangkannya tadi. Aku dah buat dia kecil hati ke ? alahaikesian pulak aku tengok, macamanalah aku boleh tertinggal fail tu pagi tadi? Saya tak faham kenapa awak tolak tawaran sebaik ni awak sedar tak yang awak dah kira beruntung sebab dapat peluang untuk bina kerjaya awak.. di luar sana, ada berapa ramai lagi graduan yang menganggur? Bicara Hannah bila mata mereka bertentangan.Ini yang aku tak sedap hati ni,tengok pada gaya airmuka dia yang serius , memang nak ajak bertengkarlah tu Tapi saya bukan penganggur Hannah,saya masih juga bekerja kan.. Uwais bersuara perlahan dan lembut sekali. Huh,jual burger tu? itu yang awak banggakan sangat..atau kerja jadi guru ganti yang entah berapa bulan tu? takkanlah awak takde cita-cita nak lebih maju dengan kerja ya yang lebih baik? Hannah sudah bangun. Uwais dapat rasakan kalau dia terus berada di ruang tamu itu,Hannah pasti akan terus memprovoknya sedangkan dia memang tidak mahu lagi ada isu untuk bertengkar dengan Hannah. Memang saya nak jadi orang yang berjaya, tapi dengan usaha sendiriboleh tak kalau awak bagi saya ruang dan peluang? Uwais mengatur langkah untuk keluar tapi Hannah bertindak berdiri di depannya. Peluang? surat tawaran ni, bukan satu peluang ke? ..awak fikir dengan jual burger tu awak boleh kaya? setahun pendapatan awak belum tentu menyamai sebulan gaji sayalah.. Hannah mula melepaskan geramnya. Dia takkan puas hati selagi Uwais tak memberikan alasan yang kukuh kenapa tawarannya ditolak? Uwais bungkam. Terasa panas telinganya bila ayat berbaur angkuh itu ditujukan padanya. Hannah tetap sama saja, rasa sombong dalam jiwa isterinya ini memang susah untuk dibuang..bagaikan karat pada besi yang sukar untuk dihilangkan. Saya tahu, memang saya takkan setanding dengan awak..Hannah, itu syarikat awak kedudukan awak di sana sebab itu hak awak..dunia awak.. tapi bukan dunia saya, saya tak nak bekerja di syarikat awak bahkan mana-mana syarikat pun, saya pun ada cita-cita saya sendiri, boleh tak awak faham? Memang saya tak faham! awak terima tawaran kerja dengan gaji yang murah tu dan tolak tawaran saya, kenapa? gaji lima ribu yang saya tawarkan tu tak memuaskan awak ke? okey, fine! berapa yang awak nak syarikat saya gajikan awak? 10 ribu? cukup? Hannah saya tak naktolonglah, jangan paksa saya boleh tak? masih lagi Uwais lembut berbicara sekalipun hatinya mula disapa amarah.Kenapa Hannah selalu meletakkan nilai dirinya dengan duit? Kenapa tak boleh? kenapa bila saya nak awak lakukan sesuatu untuk saya,awak tak pernah boleh..tapi bila awak nak saya lakukan ikut kehendak awak..pernah saya tak buat? hingga tahap sesuatu yang saya benci pun saya terima Uwais awak memang tak adil!! marah Hannah,dia mahu Uwais sedar,dia lakukan semua tu kerana dia mula sayangkan Uwais.Tak bolehkah Uwais terima tawarannya juga kerana rasa yang sama.Atausebenarnya Uwais memang tiada perasaan padanya,hanya sikap tanggungjawab sebagai suami..manalah tahu,Uwais tolak sebab mahu sentiasa bertemu dengan Batrisya.. .Uwais tak jadi keluar dari rumah.Suara Hannah yang meninggi padanya tadi buat langkahnya mati. Ini memang dah melampau! aku kalau sabar pun ada batasnya. Tak adil? awak kata saya tak adil? selama ni,apa yang berlaku dalam perkahwinan kita memang

tak pernah adil Hannah Awak nafikan hak saya sebagai suami, siapa yang tidak adil? suami isteri tidur dalam bilik berasingan ..awak hina,kutuk pekerjaan saya, siapa yang tak adil? awak putuskan semua keputusan dalam rumahtangga kita ni, siapa yang tak adil? sekarang saya nak tanya awak..saya suami atau awak yang suami? Hannah diam. Terkejut sebenarnya bila Uwais meninggikan suara.Tak suka kena marah macam ni! Oh..jadi awak nak salahkan sayalah? Hannah juga tak mahu mengalah.Dia menolak dada Uwais yang berdiri begitu hampir dengannya.Uwais terdorong ke belakang.Ewah main kasar nampak? Bukan awak..tapi saya sendiri yang salah!! sebab saya gagal ubah sikap angkuh awak ni..sebab saya gagal jadikan awak seorang isteri yang hormat pada suami, yang jadi penyejuk hati suami..yang taat pada suami.. sekalipun saya terlalu sayang dan cintakan awak, kenapa Hannah? cinta saya ni kotor ke? hina ke? tak boleh ke awak terima cinta penjual burger ni dengan rasa ikhlas di hati awak..saya mesti jadi pegawai tinggi ke baru awak nak terima saya tanpa rasa malu dengan sesiapa? awak pun sebenarnya malu kalau berjalan dengan saya di khalayak ramai? betul kan? Uwais menarik nafas dalam-dalam.Kan aku dah betul-betul marah.. kejap lagi kalau dia balas balik aku nak buat apa pulak lagi? tampar memang takde dalam senarai agama islam pun melarang pukul isteri.. Hannah terkebil-kebil memandang Uwais. Uiks..betul ke apa yang aku dengar tadi tu? Boleh tak kalau repeat balik ayat yang tengah tadi tu? kalau tak silap dia cakap dia cintakan aku kan? ieeetak romantic langsung dia ni, ada ke buat pengakuan dalam keadaan marah macam ni? tak jadilah pulak aku nak ajak bergaduh.. lagipun, memang aku banyak buat salah sebelum ni tapi.. takdelah teruk sangat kut.. Ohh..jadi maksud awak saya tawarkan kerja ni sebab saya malu yang awak ni penjual burger? awak ni memang sengal kan? memang dulu saya malu, tapi sekarang saya dah boleh terima, Actually Encik Uwais Ukasyah..kalau kerja dengan saya tapi masih juga nak buka gerai burger tu,go onsaya tak halang pun.. kan saya dah kata, saya nak awak dapat peluang untuk cipta kerjaya itu aja..lagipun, takdelah teruk sangat rasa burger awak tu sedaplah jugak.. Akui Hannah.Dia sedikit menunduk kerana malu pula nak mengaku secara bertentang mata dengan Uwais. Tapi kerja guru ganti tu memang aku tak suka! Kan saya kata tak nak saya tak nak boss yang garang macam awak ni.Sudahlah kat rumah pun awak yang nak berkuasa.. tak rela saya kena jerkah dengan awak di pejabat tu kalau saya buat silap.. Uwais sudah mengendurkan suaranya.Hmm, nak marah memang tak sampai hati, tapi kalau nak dibentuk pula terpaksa makan hati..keras kepala, tak nak mengalah, susah nak mengaku salah,dia aja yang betul..macamanalah aku nak buat dengan dia ni Tadi awak kata awak sayangkan saya kan? Dah tu kenapa? tanya Uwais pula. Aku dah mengaku tapi dia ni buat muka selamba aja, takkan tak nak cakap yang dia pun ada perasaan kat aku ni? macamlah aku tak tahu Hannah,yang selama ni kau sebenarnya cemburu dengan Batrisya kan? kalau dah ego tu memang tak boleh blah.. Kalau macam tu, awak terima ajalah..bukti sayang awak pada saya.. Hannah sekadar menggunakan peluang yang ada. Ahah..awak nak ambil kesempatan la ni.. tak nak! dan jangan pandai-pandai gunakan kasih sayang saya untuk kepentingan ego awak ya.. Uwais mencekak pinggang. Saya tak kira..awak kena terima juga kalau tak Hannah cuba membuat ugutan.Kalau tak apa ya? aku ni main cakap ajaerr..idea..idea.. Kalau tak apa Hannah Maryam? tak payah nak ugutlah Okey,kalau tak..saya nak balik rumah Tuk Ayah..tinggallah awak sorang-sorang kat rumah ni Ellehbaliklah!! saya bagi keizinan..dipersilakanlah ya, nanti kalau dia tanya kenapa awak balik sana sorang-sorang awak nak jawab apa? selain daripada gelap awak kan takut sangat kalau Tuk Ayah tahu yang selama ni awak berlakon aja depan dia..kan? tak takut kalau tembelang awak pecah ke? jangan salahkan saya kalau rahsia awak terbongkar.. Uwais tahu sangat,takkan beraninya Hannah buat begitu. Jangan cabar saya Uwais.. Hannah makin buntu.Degil betul lah dia ni.. peduli apa kalau Tuk

Ayah tahu.Sekarang,aku memang dah sayang dia pun kan? dia aja yang poyo..tak faham ke yang aku dah mula nak berbaik dengan dia? Awak memang takkan pergi pun.. Uwais keluar dari rumah.Dia sudah menuju kea rah motosikalnya.Kalau dia terus layan kerenah Hannah,sampai malam pun dia masih di situ. Okey, kalau awak tak nak terima tawaran tu saya tak nak bercakap dengan awak !! Hannah mencuba lagi. Iya?..eh, kunci motor saya tadi mana? Uwais meraba-raba poket seluarnya. Manalah tahu,awak yang pegang.. Hannah turut tercari-cari di lantai,manalah tahu kalau terjatuh. Hah.kata tak nak bercakap dengan saya Uwais ketawa mengejek sambil mengeluarkan kunci motosikal dari poket seluar.Dia terus menghidupkan enjin motosikal nya dan ditunggang keluar dari perkarangan rumah. Hannah ketap bibir.Kalau bab nak mengenakan orang serahlah pada diageramnya aku!!! tengoklah nanti Uwaisku sayang kau dah buat aku sentap hari ni kan, nasib baik kau cakap kau cintakan aku..kalau tak dah perang besar taditapi, pasal tawaran kerja tu,jangan ingat aku mudah mengalahcabar sangat kan? kau tak tahu pun yang sebenarnya Tuk Ayah dah out station ke Hong Kong selama 2 minggu..so, ada aku kisah nak keluar dari rumah ni? lagipun, kau sendiri yang izinkan..wait and see!

Suami yang Kubenci 26


by E-man Sufi Mastura mencuit Putera yang sedang tekun menyiapkan kerja sekolahnya. What? marah Putera. Daripada tadi lagi kakaknya itu asyik mencuit-cuit.Nak buat kerja sekolah pun tak senang Syhhhhperlahanlah sikit suara tu.. Bisik Mastura. Apa dia? Angah ni nak study ke nak berborak? nampak dek Along nanti,Putera jugak yang kena marah.. Nak cakap pasal Alonglah ni jawab Mastura.Matanya terarah pada Hannah yang duduk menonton TV di ruang tamu.Kalaulah boleh dikatakan menonton sedangkan siaran TV itu ditukar setiap 5 saat Haah la, dari petang tadi lagi Putera nak tanya Angah..apasal kuku besi ni balik sini sorangsorang ya? apasal Abang Long tak ikut? Tau takpetengoklah tu,dari tadi dia asyik tekan remote control tu..macam nak lepas tension aja Angah tengok.. Tu la pasal Angah, kalaulah TV tu ada otak..dah lama gila Putera menahan tawa.Dia menutup mulutnya kerana takut tawanya meledak.Mastura senyum sahaja. Nasib baik Tuk Ayah takde,kalau tak dah lama kena soal siasat tu tambah Putera lagi. Korang berdua ni study ke mengumpat? jangan ingat Along tak nampak yang korang tengah berborak kat meja tu Putera dan Mastura terus menghadap buku bila suara Hannah kedengaran . Mana ada berborak AlongPutera tanya Angah pasal jawapan soalan latihan ni Ni la yang aku tak suka bila Along balik.Mesti kena paksa siapkan kerja sekolah,study..Tuk Ayah takde ni, baru bercadang nak pergi melepak kat luarmemang takde harapanlah! Hannah merenung kedua adiknya dari jauh.Memang dia perasan kedua adiknya itu sejak di meja makan lagi asyik pandang-memandang, pelik agaknya kerana petang tadi dia balik sendirian.Sampai Mak Awa pun bertanya, kenapa Uwais tak balik sama tapi dia malas nak jawab soalan itu.Didiamkan sahaja.Mujurlah Tuk Ayah takde,kalau tak mesti dia terpaksa mereka banyak alasan. Hannah menutup TV.Bukan dia nak tengok pun,jarinya pun dah penat menekan alat kawalan jauh.Dia geram sebenarnyasekarang dah hampir pukul 11 malamusahkan satu panggilan,satu sms pun Uwais tak hantar.Belum balik rumah lagi kut Hannah senyum sendirian,agak-agaknya macamanalah cara Uwais nak pujuk dia nanti..tapi nak ke dia pujuk aku? dia tu bukannya romantik pun..ajak dating pun dekat dusun..luahkan cinta pun dalam keadaan marah.. entah-entah dia buat tak tahu aja.. Mana Uwais ni? cepatlah datang pujuk aku.. Angah, tengok tuAlong senyum sorang-sorangieee, biar betul Along ni, dah macam orang angau aja.. Putera mencuit Mastura pula.Keduanya memandang ke arah Hannah yang duduk di sofa sambil menopang dagu.Pandangannya entah ke arah mana mereka pun tak pasti. Haah la macam berangan aja tuhah, mesti dia teringat kat abang Uwais kut.. Agaknya, Angah orang kalau bercinta memang jadi macam tu? Entahmanalah Angah tahu,bukan pernah bercinta pun.. Tak pernah ke? kesiannya Angah, takkan takde yang usha kut Banyaktapi semua poyo buat apa, lainlah yang minat Kat Angah tu handsome macam Abang Long tu..tapi kan, Angah peliklah.. Pasal apa? Angah ingat lagi masa first time Along tu jumpa dengan Abang Long..Ya Allah, punyalah garang Along tu marah-marah kat Abang Long..lagi satu masa Angah bawa Along pergi makan kat gerai Abang Long..memang dasyat diorang tu bergaduh.. tak sangkalah pulak jadi suami isteri..kan? Dah nasib Abang Long agaknya.. Putera sekali lagi menutup mulutnya.Kali ni kalau Hannah sedar mereka berbual lagi mesti dia kena tarik telinga..Nasib baik dia tengah berangan. Angah Hmmm..

Ceritalah kat Putera pasal tragedy kat gerai burger tu.. Okey..okeyjap, kena survey dulu..nanti kantoi pulak Mastura memandang Hannah yang masih melamun seperti tadi. Releklah angah,itu kurang-kurang 2 jam baru sedar tu agaknya skang dia tengah menari keliling pokok dengan Abang Long.. Ceritanya macam ni. Hannah Mastura membuka episode kedua riwayat cinta antara Hannah Maryam dan Uwais Ukashah ++++++++++++++++++++++++++++ PERTEMUAN KEDUA HANNAH MARYAM DAN UWAIS UKASYAH. Cepatlah Along, nanti tak dapat meja pulak..malam -malam macam ni orang ramai lepak kat sini Mastura menarik tangan Hannah yang seakan berat langkahnya. Mas takde tempat lain ke nak makan? gerai burger macam niieeee,tolonglah! Hannah masih berdiri di sisi meja. Mastura sudahpun menarik kerusi plastic dan duduk. Sebenarnya,dia mahu berjumpa dengan abang kepada Anis,pasal kes jatuh motosikal tempohari,dia rasa tak sedap hati kalau tak minta maaf. Duduklah Along.For my sake please? nanti lain kali kita pergilah tempat lain,kat sini burger dia pun okey apa pujuk Mastura. Hannah duduk juga.Kasihan pulak pada Mastura yang teringin nak makan burger. Ya cik? nak makan apa? satu suara garau menyapa.Lelaki yang memakan apron itu direnungnya.Macam kenal aja dia memang yakin lelaki yang berjanggut sejemput itu pernah dia jumpa tapi di mana ya? Abang Uwais kan? sapa Mastura. Ya sayakita pernah jumpa ke? tanya Uwais.Wajah kedua gadis berambut panjang itu diteliti. Saya Mastura,kawan Anishari tu yang masa balik sekolah, abang dengan Anis terbabas kat tepi jalankami minta maaf sangat pasal hal tu mohon Mastura. OOkorang yang naik kereta Audi tu kan? baru ingat harap-harap takdelah jadi kat orang lain pulak ya? entahkan nasihat entahkan menyindir,Mastura angguk juga.Dia perasan airmuka kakaknya yang duduk di sebelah itu sudah berubah.Janganlah diorang bergaduh lagi. Mas, takde kedai lain ke kau nak bawa Along hah? kedai mamat poyo motor cabuk ni jugak yang kau pergikalau Along tahu gerai buruk ni tempat kerja dia, tak nak Along datang sini.. Hannah seakan berbisik tapi Mastura agak,Uwais yang berdiri agak hampir itu pasti boleh dengar juga kutukan kakaknya itu. Ehem. nak makan kat sini ke nak bungkus? Tanya Uwais. Makan sini jawab Mastura. Bungkus jawab Hannah pula.Wajahnya mencuka. Jawapan serentak itu buat Uwais keliru.Mastura tak mahu jadi salah faham lagi bila keadaan seperti makin tak kena. Makan kat sini aja bang..Burger keju special dua ya? pesan Mastura.Uwais angguk. Minum? Along nak minum apa? Hannah geleng.Mastura senyum tawar pada Uwais.IeeeAlong ni tak habis-habis nak buat hal.menyesal pulak aku bawa datang sini.. Milo Aisdua.. hentam ajalah apa yang dia nak, memilih sangat! 15 minit kemudian, hidangan burger sampai di meja mereka.Namun begitu,Uwais hanya menyiapkan pesanan Mastura sahaja.Begitu juga dengan minuman. Satu lagi mana bang? tadi kan saya pesan dua tanya Mastura dengan senyuman dan suara yang ramah.Hannah pula merenung Uwais dah tahap nak telan.Apasal aku rasa macam penjual burger ni nak kenakan aku ya? Ramai pelangganlah dik,kejap lagi ya? beritahu Uwais.Mukanya selamba sahaja.Dia terus pergi ke bahagian dapur.Hannah memandang sekeliling.Hanya ada dua tiga pelanggan aja. Gerai nak melingkup macam ni kata ramai pelanggan?

Sabarlah Along, dia kan kerja sorang aja malam ni..kawan-kawan Angah cakap,biasanya dia dengan kawan dia yang berniaga kat sini Peduli apa? kalau kita dah buat pesananpandai-pandailah nak bagi servis,nak makan burger kena tunggu sampai setengah jam ke? lembab! marah Hannah. Mereka masih menanti.Sudah melewati hampir 40 minit dan hidangan burger keju yang diharapkan masih belum sampai.Mastura rasa makin resah.Apa tidaknya, bukan dia saja Hannah pun nampak Uwais sedang bermain gitar di bahagian belakang gerai. Kau tengok? pelanggan mana ada..kita aja yang tinggal kat gerai ni,mamat tu pun siap main gitar lagimemang sah dia nak kenakan Along ni Mas.. Kejap AlongMas panggil.. Abang Uwais!!!..Mastura melambai pada Uwais.Lelaki itu bangun dan menghampiri. Nak bayar ke dik? wajah selamba itu bertanya. Errr..bukan, saya tak makan pun lagi Lah,kenapa tak makan? Abang Uwais lupa ke? tadi kan saya order dua set burger kejutapi baru satu set yang sampai.. Dua? Uwais mengerut dahi. Ehtak payah nak buat lupalah! tadi kata ramai pelanggan..sekarang ni saya tengok,kami berdua aja kat sinitapi awak pergi melalak kat belakang tu apasal? macam ni ke layan pelanggan..patutlah gerai macam tak laku! AlongMastura mula tak selesa. Oi cik adik, gerai saya ni laku ke tak laku ke,suka hati sayalah? bukan saya paksa pun awak datang sini..pakaian macam nak pergi hotel lima bintang tapi makan kat gerai.. Ewahmulut memang takde insurans ya? kalau bukan adik saya ni yang beriya-iya nak makan kat gerai buruk ni..saya pun takde seleralah! Kalau macam tu baliklah..biar adik awak aja yang makan kat sini..sebab tu saya buatkan untuk dia aja, sebab burger saya pun tak nak lah masuk dalam perut orang sombong dan berlagak macam awak ni.. Errrkejap-kejap..saya rasa ada salah faham sikit aja ni,pasal burger aja pun kan.. Mastura cuba menenangkan keadaan. Bukan pasal burger tapi pasal perangai kakak awak ni yang berlagak,dah la hari tu punya kes tak minta maaf,datang gerai orang boleh pulak mengutuk Hallo..dah memang gerai awak ni buruk dan low class..takde maknenya saya nak puji.. Ieeeperempuan ni, kecik aja aku nampak..ada jugak yang kena sumbat mulut dengan botol sos ni karang Apa awak cakap? nak sumbat mulut saya dengan botol sos? ingat mulut saya ni tong sampah ke? Bukan ke? apasal mulut awak macam bau longkang aja? Sabar-sabarjangan panaskan keadaan sampuk Mastura. Hannah makin bengang.Tak pernah lagi ada lelaki yang kurang ajar dengannya begitu.Tanpa berlengah,dia mencapai gelas minuman Milo Ais di depan Mastura dan disiram ke atas kepala Uwais.. Memang dia ni dah panas punhah, nahMandi air milo ni..! suka hati aja cakap mulut orang bau longkang Uwais rasa kepalanya sejuk.Dia meraba rambutnya yang sudah basah dan melekit.Wajahnya pula sudah separuh bewarna coklat.Hannah senyum puas hati. Mas,jom kita balik..tak kuasa Along nak layan penjual burger niieeeHannah sudah mahu berlalu. Nanti dulu! jerit Uwais.Hannah yang sudah mahu pergi berpaling dan. Nah..krim muka awak tertinggal.. terdengar ketawa galak Uwais.Di tangan lelaki itu ada botol bewarna hijau. Apa tidaknya, muka Hannah sudah pun dipercikkan dengan mayonis.Dah macam kek yang bersalut krim putar.Mastura menutup mulut.Astaghfirullah. apa dah jadi dengan diorang ni? Whats the hell is this? Mastura. tengok ni,rosak muka Along.. jerit Hannah. Padan Muka! ingat kau cantik sangat?

Youidiot!!! Hannah mengambil pinggan burger. Dia memang terlalu marah saat itu.Mastura pula terkaku kerana dia terlalu terkejut dengan peperangan yang berlaku di depannya. PAP! tepat dilenyek ke muka Uwais yang tadi ketawa tak berhenti.Tak puas dengan itu.Ditenyehnya burger itu hingga hancur dan Uwais tak mampu berbuat apa-apa kerana matanya sudah pedih terkena sos. Woi!!! apa ni? pedihlah! Uwais menyapu mukanya yang dipenuhi dengan sos dan sisa keju.. Mastura! cepat lari lah!! Hannah menarik tangan Mastura dan segera meninggalkan gerai itu..Sempat pula dia melarikan sekotak tisu untuk dibersihkan wajahnya nanti. Abang Uwais? Lantaklah mamat tu,peduli apa! ++++++++++++++++++++++++ Amboi.meriahnya ketawa,korang bercerita apa sampai suka sangat tu Putera? Putera yang terbahak ketawa mendengar cerita Mastura tadi terdiam.Dia perlahan-lahan menarik bukunya.Mastura memberi isyarat senyap pada Putera. Mereka hampir tak sedar yang Hannah masih berada di ruang tamu. Hannah mengerut dahi.Apalah yang diketawakan Putera tadi? macam tak ingat duniakacau daun aja..nak berangan pun tak senang.Hannah melihat jam di dinding.Dah pukul 12.10 pagi? Blackberrynya berbunyi dan tertera nama Penjual Burger. Arrgghhhhhh dia menjerit dan melompat bangun dari sofa.Akhirnya dia call jugak!! Terkejut Putera dan Mastura.Apahal Along sampai macam tu sekali gembiranya? detik hati keduanya.Mereka saling berpandangan.Mastura menggeleng bila Putera menghantar isyarat kenapa? Hannah kembali duduk bila sedar adik-adiknya memerhati.Dia menyimpan rasa terujanya tadi. Takde apa-apalah..korang pergi tidurlah! dah lewat ni,esok kan sekolah? saja nak cover lepas lakunya tadi.Nanti apa pulak adik-adiknya fikir. Along tak suruh pun..jawab Putera. Banyak bunyilah budak ni,dah..pergi tidur.. Arahnya. Blackberry Along tu berbunyi,kenapa tak jawab? soal Putera.Mastura sudah pun masuk ke biliknya kerana sudah mula rasa mengantuk. Sibuk ajalah Putera ni..pergi tidurlah.. Putera mencebir.Entah apa-apa Along ni, dapat call menjerit tak ingat dunia tapi tak nak jawabsihat ke tidak Along aku ni?

Suami yang Kubenci 27


by E-man Sufi Uwais mematikan enjin kereta sebaik sahaja mini cooper itu diparkir.Matanya terarah pada beberapa orang pelajar perempuan berseragam putih biru yang melewati keretanya.Waktu masih awal pagi ketika itu.Suasana sekolah mula dibanjiri dengan beberapa kereta yang keluar masuk di perkarangan sekolah. Abang, Anis masuk kelas dulu ya? Anis yang duduk di sebelah sudah membuka pintu kereta.Uwais angguk sahaja.Dia masih bersandar di kerusi bahagian pemandu dan langsung tidak berniat untuk keluar dari kereta.Mata Uwais hanya memerhatikan Anis menghilang di sebalik bangunan bercat kuning putih itu. Uwais menguap dan pantas tangannya menutup mulut.Sebenarnya dia masih lagi rasa mengantuk kerana tidurnya yang tidak lena malam tadi. Balik sahaja dari gerai burger,dia hairan bila melihat rumah gelap gelita.Hatinya rasa tak sedap kalau-kalau berlaku bekalan elektrik putus sedangkan Hannah takut berada dalam gelap. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah terus dipanggilnya Hannah tapi tidak berjawab.Bila dia memetik suis lampu ternyata bekalan elektrik ada seperti biasa.Barulah dia sedar yang rupanya Hannah betul-betul keluar dari rumah.Ke mana dia tak pasti.Kalau Hannah balik ke rumah Tuk Ayah ternyata Hannah memang telah menyahut cabarannya.Memang keras kepala dan tak nak mengalah sanggup pulak dia tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah besar tu.. Uwais mengeluarkan Handset Nokia C3 dari dalam saku seluarnya.Dah banyak kali dia call Hannah tapi tak berjawab.Memang sengajalah tu! paling dia geram bila dihantar sms bertanya ke mana Hannah pergi boleh pula dibalas dengan teks yang menyakitkan hati. Awk ni sp? do I know u? Padahal Hannah memang ada nombor talian prabayar miliknya.Kalau aku dapat dia nanti siaplah Uwais cuba lagi mendail nombor talian Hannah tapi tetap tidak dijawab. Takpetakpe tak nak angkat ya? Uwais mengurut goatee.Berfikir-fikir di mana kedudukan Hannah mustahil Hannah berani balik rumah Tuk Ayah kalau dia tak ikut sekali.Pelik takkan dia pergi tidur kat hotel kut? kat rumah mak aku pun takde manalah isteri aku ni? Uwais keluar dari perut kereta. Dia melihat kea rah pintu pagar sekolah.Matanya membulat bila ternampak sebuah kereta mercedez Benz 64 K yang berhenti di perkarangan sekolah.Dia memang kenal kereta tu.Salah satu daripada kereta milik Tan Sri Idris. Namun begitu,Uwais nampak bukan Tuk ayah yang berada di sisi kereta mewah itu tapi isterinya Hannah Maryam.Kelihatan Putera dan Mastura bersalaman dengan Hannah. Tanpa berlengah Uwais bergegas mengatur langkahnya ke arah kereta itu. Walau macamanapun dia mesti berjumpa dengan Hannah. Mungkin kerana dia terlalu gopoh dan tanpa sengaja dia terlanggar Cikgu Batrisya yang entah dari mana tiba-tiba muncul bersama sekotak kertas soalan peperiksaan. Berterabur semua kertas soalan peperiksaan di atas jalan. Sorry..sorry Sya, abang tak sengaja.. Uwais segera membantu Batrisya mengutip kertas soalan yang jatuh.Beberapa orang pelajar yang lalu lalang turut membantu. Ya Allah, kenapa kalut sangat ni Cikgu Uwais? Batrisya tersenyum melihat Uwais yang kelam kabut mengutip kertas.Uwais membantu Batrisya menyusun semula kertas soalan itu. Sehelai daun gugur dan jatuh di atas kepala Cikgu Batrisya yang bertudung biru hari itu.Spontan Uwais mengambil daun itu dan dibuangnya. Ada sesuatu atas kepala Sya.. beritahu Uwais.Dah macam iklan syampoo aja aku rasa. Ya ke? Batrisya menyapu perlahan bahagian kepalanya yang ditutupi tudung. Abang dah buangkan.. Uwais senyum juga sekadar menutup malunya kerana kekalutannya tadi.Dia memandang lagi ke arah kereta Mercedes Benz .Kali ini dadanya berdegup kencang bila matanya bertemu pandang dengan Hannah. Alahai.dia nampak aku dengan Batrisyalah pulak.. +++++++++++++++++++++++++ Petang ni kitorang ada aktiviti kokurikulum, Along atau Abang Din yang nak ambil kitorang hari ni? Putera bertanya pada Hannah yang sedang membetulkan tali lehernya.

Along busy hari ni.. Hannah menghulurkan tangan dan Putera segera menyalaminya. Kitorang balik dengan Abang Long ajalah kakya? pinta Mastura yang sudah pun menggalas beg sekolahnya.Beberapa buku rujukan STPM digenggam kemas. Suka hati koranglah jawab Hannah.Dia bersemangat nak menghantar adik-adiknya ke sekolah pagi itu.Tujuannya bukan apa,manalah tahu terserempak dengan Uwais.Malam tadi hampir 20 panggilan Uwais tidak berjawab.Sms yang banyak dihantar pun hanya satu yang dibalas. Kitorang masuk kelas dulu ya Along? beritahu Mastura dan mengatur langkah kecuali Putera yang masih berdiri di hadapannya dan menadah tangan. Apa? Hannah mengerut dahi.Tak faham. Nak duit Duit saku yang Tuk Ayah bagi dah habis? Putera angguk.Hannah segera mengambil beg tangan dan dikeluarkan not 50 dari wallet. Nah nanti aktiviti kokurikulum tu,janganlah berjemur sangat tengah panas..dah makin gelap kulit adik Along ni.. sempat dia mengusap pipi Putera yang tersengeh. Okey pergi dulu Along Putera melambai tangan pada Hannah. Hannah memerhatikan kelibat Putera menghilang.Hmmm mana Uwais aku ni? tak nampak pun.. dia mencari-cari kereta Uwais antara kereta-kereta yang diparkir di kawasan berhampiran. Huh, ada pulak kura-kura tu kat situ tapi mana pulak tuannya? matanya nampak mini cooper Uwais tidak jauh dari situ .Hannah mengeluh bila dia gagal mencari kelibat Uwais dalam kalangan pelajar yang lalu lalang. Baru sahaja dia nak masuk ke dalam kereta,pandangannya terarah pada seseorang yang memakai kemeja biru laut.Tengok pada sosok dan rambutnya dia kenal sangat yang itu adalah Uwais dan yang seorang lagi tu Cikgu Batrisya? spontan dia keluar balik dari kereta. Ni yang buat mood baik aku hilang pagipagi macam ni. Hannah hampir ternganga melihat aksi mesra tak ingat Uwais yang mengusap kepala Batrisya.Sepertinya Uwais membuang sesuatu yang jatuh ke atas kepala cikgu itu.Daun barangkali..Siap senyum-senyum pulak tu ieee buat aksi mesra kat perkarangan sekolah? suami siapalah yang gatal sangat tu? kan bagus kalau ada yang report kat pengetua,biar padan muka Cikgu Batrisya kena ambil tindakan.Uwais pulak, buang aja daripada jawatan guru ganti tu..bagus juga,biar dia terima aja jawatan yang aku tawarkan tu geramnya!!!! kepala aku kan ada, yang sibuk nak usap kepala perempuan tu kenapa? menyampah! Hannah rasa nak aja dia panggil Uwais waktu tu tapi ditahan rasa cemburunya.Mata mereka kebetulan bertentangan.Dengan wajah cemberut dan lemparan jelingan maut Hannah terus masuk ke dalam kereta dan dihidupkan enjinnya. Baru sahaja dia memasukkan gear,Uwais sudah pun membuka pintu di sebelah penumpang dan masuk. Awak tak jawab call saya kenapa? Uwais termengah-mengah kerana dia terpaksa berlari sepantas mungkin untuk masuk ke dalam kereta yang hampir meluncur pergi.Nasib baik sempat.Loceng berbunyi dan dia nampak Batrisya sudah mengatur langkah ke bilik guru.Dia tak peduli dengan loceng permulaan pembelajaran itu.. Hannah tak menjawab. Jawablah! dah tak nak bercakap dengan saya lagi dah? oooini pasal ugutan semalam la ya? hmm..berani pulak awak balik rumah Tuk Ayah ya? Hannah masih tak menjawab. Wajahnya masih cemberut. Awak ni kenapa? saya bercakap dengan awak ni kan? Uwais mengeluh.Hannah mencapai Blackberry dalam beg tangan dan ditaip sesuatu.Kemudian ditayangkan skrinnya pada Uwais. sy dh lmbt nk pg krja.. so, get out from my car.. baca Uwais.Amboi..sedapnya bahasa! menghalau tu aku ni punyalah rindu kat dia.. Kalau saya tak nak? Uwais sengeh.Hannah mengecilkan matanya.Dah la pakai baju sama warna dengan cikgu tu, ieeee memang dah berjanji agaknya! Hannah terpaksa menaip lagi teks yang baru kerana dia memang tidak mahu bercakap dengan Uwais.Sebab itulah semua panggilan Uwais tak dijawabnya. Awk dh patut msuk kls kn..pgilah cepat! Uwais ketawa bila membaca teks itu.

Best pulak bila awak tak bercakap kan? takdelah penat saya nak bertengkar dengan awak.. Hannah ketap bibir.Kalau dia lama lagi dalam kereta ni, mahunya aku langgar pantang ni karang Okeylah, tapi.. bila awak nak balik rumah? bosanlah saya kalau awak takde.. takkan saya nak bergaduh dengan teddy bear awak pulak kan.. Hannah geleng.Dia terus menaip menggunakan Blackberrynya. Sy xkn balik selagi awk x terima twrn tu! Macam tu sekali? awak tak takut Tuk Ayah marah ke? I dont care!! now..get out!! x faham bhs Melayu ke? Nak faham apa? kan awak type dalam bahasa Inggeris? Uwais sengeh.Suka pulak dia tengok Hannah tahan marah dan boleh pulak tak bercakap.Bagus juga erk? boleh dia belajar bersabar.. Hannah hampir sahaja tergelak sebenarnya.Ada sahaja akal Uwais nak kenakannya.Cepatlah keluar, memang tak romantiklah suami aku ni,ada ke nak pujuk aku balik dalam kereta? kat sekolah pulak tu? Nanti saya datang rumah Tuk Ayah.. kalau nak merajuk pun,janganlah lama sangatsaya rindulah nak dengar suara awak.. Uwais berterus terang.Dia membuka pintu kereta.Hannah buat muka tak tahu. Takde perasaanlah konon Uwais masih juga belum keluar.Dia seperti memikirkan sesuatu. Hannah panggil Uwais lembut.Hannah memandangnya.Tanpa dia sangka Uwais mendekat dan satu ciuman hinggap dipipinya. Abang pergi dulu ya sayangTunggu abang datang tau Ucap Uwais dan kemudian keluar.Sempat dilambai tangannya pada Hannah sebelum berlari anak menuju ke arah bangunan yang tidak jauh dari situ.Hannah terkaku seketika. Omg!! dia kiss pipi aku ke tadi?? aku tak mimpi kan?

Suami yang Kubenci 28


by E-man Sufi Kenapa ni? dari tadi lagi Mak Awa tengok, macam ada yang tak kena aja? Hannah ada hilang barang ke? Tanya Mak Awa bila melihat Hannah sejak tadi ke hulu ke hilir di halaman rumah.Dia yang sedang memotong daun pokok bonsai naik pening melihat gelagat Hannah itu. Takdelah Hannah menggeleng, kemudian duduk di gazebo.Mana diorang ni tak balik-balik lagi? penat aja aku balik awal hari ni.. apa nak jadilah dengan aku ni, sejak akhir-akhir ni asyik malas nak kerja aja..tengok laptop nampak muka Uwais, tengok PDA pun muka dia jugak yang aku nampak.. dah kronik ke aku ni? Hannah nak minum petang ke? Mak Awa siapkan.. Eh, takpelah Mak Awa saya nak tunggu adik-adik saya balik, nanti boleh makan sekali.. Itu ayat tersurat, yang tersirat Mak Awa tak tahu, sebenarnya saya nak tunggu abang Uwais saya balik,bolehlah nanti saya tengok muka dia, tak payah minum petang pun takpe..sure kenyang.. Mastura dengan Putera tu selalu balik lambat kalau hari Selasa dan Rabu..kadang-kadang sampai pukul 6.30 petang.. Sekarang dah pukul 6 petang pun,kejap lagi baliklah tu.. bosanlah pulak duduk saja, biar saya tolong Mak Awa siram pokok bungalah ya? Wah..tetiba rajin pulak hari ni.. Tak payahlah,nanti basah pulak baju Hannah.. Takpelah..saya nak siram pokoklah Mak Awa bukannya nak mandi.. Hannah sudahpun membuka paip air. Getah paip ditarik dan kemudian pokok-pokok bunga yang ditanam Mak Awa disiramnya. Cantiklah pokok bunga mawar ni Mak Awa.. Susah nak hidup tu, dulu masa ada arwah mama Hannah, dia suka sangat bunga mawar..macam-macam jenis dia suruh Mak Awa tanam.. Tapi sebelum ni saya tak perasan pun Mak Awa ada tanam pokok-pokok bunga mawar ni? Macamana nak perasan,Hannah balik dari UK saja terus tinggal di Kuala Lumpur, kalau Tan Sri tak serahkan syarikat pada Hannah, entah-entah.. Hannah langsung tak menjengah kami kat sini.. Hannah sedikit tersentuh dengan luahan itu. Teruk sangat ke perangai aku ni? Tak baik tau Mak Awa cakap macam tu,bukan saya tak nak balik tapi Iyalah sini kampung, tak sama macam bandar besar kan? jauh sekali nak sama dengan luar negara tu.. Biarlah Mak Awa berterus terang, sebenarnya Tan Sri kecil hati dengan Hannah sebelum ni.. Maksud Mak Awa? Hannah terkejut.Selama ni dia tak pernah terfikir Tuk Ayah ada memendam rasa dengan perangainya itu. Iyalah, balik aja dari luar negara, Hannah beritahu yang Hannah dah bertunang kat sana takkan Hannah dah lupa yang pada awalnya Tan Sri nak jodohkan Hannah dengan Fawaz? Mak Awa, Hannah dengan Abang Fawaz tu sepupu.. macam dah takde orang lain nak dijodohkan..lagipun, Hannah dah anggap dia tu macam abang sendiri.. Tapi dia tak,dari kecil lagi dia dah sukakan Hannah, tengok sekarang ni..sebab dapat tahu Hannah dah bertunang dengan Tengku tu..dia sampai menghilang entah ke mana.. sampaikan kenduri nikah Hannah dengan Uwais pun dia tak balik.. Emm..Tuk Ayah tu memang suka nak cari jodoh kat Hannah.. mula-mula Abang Fawaz..lepas tu, Uwais.. keluh Hannah. Tapi pilihan yang kedua ni aku suka! Mujurlah dapat yang baik macam Uwais tu, kalau jadi Hannah dengan Tengku Muiz tu dulu? belum apa-apa dah buat hal.. lelaki macam tu yang Hannah nak sangat? Itu dulu Mak Awa! sekarang tak saya dah stuck dengan penjual burger pujaan hati saya tu.. datanglah seribu yang lebih hebat dari Tengku Muiz pun.. saya nak Uwais jugak! akuinya dalam hati. Mak Awa tanya sikit boleh? Apa dia? Macamana Tuk Ayah kenal dengan abang Uwais? Oh.., kalau tak salah Mak Awa, Uwais pernah tolong Tuk Ayah masa dia kena serangan jantung dalam kereta.Kebetulan kereta berhenti dekat dengan gerai burger dia.. Uwais hantar Tuk Ayah

Hannah ke hospital itu ajalah yang Tan Sri ceritakan pada Mak Awa..dia tak pernah ceritakan apa-apa pada Hannah ke? Hannah geleng. Tak sangka, Uwais tu hero penyelamat Tuk Ayah.. patutlah jadi pilihan hati Tuk Ayah,sekarang dah jadi pujaan hati aku pulak.. Tak pernah pun, masa dah terdesak nak cari pengganti dulu tu,Tuk Ayah terus kenalkan macam tu aja.. nasib baiklah abang tu baik kan Mak Awa? puji belakang dia takpe, kalau depan dia aku cakap macam ni mesti dia perasan habis nanti Haah..memanglah tak kaya, tapi kaya budi bahasa..dalam kampung ni, sebut aja nama Uwais tu, beratur anak dara nak offer diri jadi isteri dia..penjual burger pun, kalau baik tingkah laku,siapa yang tak nak Hannah oi..Mak Awa ni kalau ada anak yang belum nikah lagi,dah lama jadikan menantu.. Hah? takkanlah ramai sangat yang nakkan Uwais aku tu? tak cukup dengan Cikgu Batrisya yang sebelah rumah tu,ada lagi perempuan lain? penjual burger pun laris di pasaran kampung ni erk? Ahh..tu kereta Uwais kan? dah balik pun budak-budak tu..Mak Awa ke dapur dululah, nak siapkan minum petang Hannah memandang ke arah pintu pagar rumah agam itu.Kelihatan kura-kura milik Uwais sudah pun masuk ke perkarangan rumah.. sukanya! abang dah balik ++++++++++++++++++++++++++++++ Sejak bila Tuk Ayah ambil tukang kebun baru Putera? Uwais sengaja menguatkan suaranya sebaik sahaja mereka duduk di gazebo.Dia senyum memerhatikan Hannah yang sedang menyiram bunga tanpa mempedulikan kepulangan mereka. Putera sengeh.Tak berani nak bagi jawapan sebab di sekolah tadi, Alongnya dah baik hati bagi 50 ringgit. Hannah buat tak tahu.Terpaksa, kan tengah puasa bercakap dengan dia kan? tapi tersiksa jugak diam macam ni Mak Awa mana Along? tanya Hannah.Pelik juga, sejak bila Along ni rajin buat kerja siram menyiram ni semua. Biasa tu takut kecut jarilah, tak nak baju basahlah.. Kat dapur jawab Hannah sepatah.Itupun sebab Mastura yang tanya. Lah..boleh bercakap rupanya tukang kebun ni? ingatkan OKU.. Uwais menyampuk.Putera dan Mastura tergelak juga akhirnya . Hannah masih seperti tadi.Uwais tak puas hati nak menguji kesabaran aku betul! Tu, pokok kat hujung sana..macam tak kena siram pun..apa punya lembablah tukang kebun ni.. Uwais provoke lagi. Mastura..Putera..pergi masuk dalam ,tukarlah dulu baju sekolah tu arah Hannah. Budak berdua ni pun satu, cubalah bagi peluang kat Along korang ni berdating kat taman ni..menyibuk ajalah! Mastura segera menarik tangan Putera yang masih buat tak tahu.Dia sudah dapat agak yang kakak dan abang iparnya itu perlu diberi privacy. Kejap lagi la Angah..orang penatlah! Jomlah! Uwais sekadar memerhatikan Mastura dan Putera masuk ke dalam rumah. Ehem orang di sana sudah-sudahlah siram pokok bunga tu, nanti terlebih minum pulak pokok-pokok tu.. Hannah buat tak tahu, dia masih lagi menyiram pokok bunga yang memang sudah terlebih siram itu.Uwais bangun dan mendekat.Getah paip dirampasnya.Hannah cekak pinggang tapi masih tak bercakap. Tak payahlah nak mogok lagi, saya dah tak sanggup cakap sorang-sorang tau.. Hannah mencebir.Ohh..melawan ya? Okey tak nak bercakap sangat kan? Uwais pantas saja menyiram Hannah dengan air dari getah paip penyiram. Uwais!!! apa ni? basahlah baju saya! jerit Hannah. Hah..bercakap punUwais ketawa tapi Hannah pula merampas getah paip dan kali ini Uwais pula yang disiram.Basah lencun kemeja Uwais disiramnya. Padan muka! siapa suruh buat orang dulu.. Hannah ketawa dan masih juga dihalakan getah

paip pada Uwais. Suka sangatlah.. Uwais membiarkan Hannah terus menyiramnya.Gelak tawa Hannah buat dia tersenyum.Hari-hari pun aku rela kena siram asalkan dia boleh ketawa macam ni..Hai pujaan hati! Dah puas? tanya Uwais bila Hannah sudah menjatuhkan getah paip.Hannah angguk dan senyum comel. Alahai, basah habis baju dia tapi langsung tak marah Sekarang macamana nak masuk dalam rumah,sayang dah basahkan pakaian abang macam ni Tak payah masuk,duduk aja kat sini..sampai kering jawab Hannah.Dia menyapu rambutnya yang basah.Uwais merenung Hannah lama. Sampai hati nak jemur aku kat sini.. Kalau tak masuk, baik abang balik rumah mak ajalah.. Uwais berpura-pura merajuk dan mahu mengantur langkah ke kereta. Cepet -cepat Hannah menarik tangannya. Awak saya gurau ajalah, jomlah masuk.. Hannah kaget bila Uwais betul-betul nak balik. Tak nak..sayangkan nak jemur abang kat sini.. Masuklah Hannah tetap menarik Uwais tapi tak bergerak kerana Uwais mengeraskan badannya.Ieee.. dia ni kan, suka tau main-main macam ni.. Uwaisjomlah masuk..pujuk Hannah.Uwais buat-buat tak dengar.Ieee aku nak cakap macamana lagi? dia punya nakal tu dah buat aku langgar pantang,sekarang ni dia nak aku buat apa lagi? suka tau paksa aku ikut apa yang dia nak.. Awak..cepatlah! boleh tak jangan degil..macam budak-budak Hannah tetap mencuba,tapi Uwais masih tak bergerak jugak.Penatlah! okey aku tahu, dia nak aku cakap macam ni kan? Abang. jomlah masuk..kita minum petang ya? abang lapar tak? Apa dia? tak dengarlah..boleh ulang balik tak? Uwais senyum.Yes!! dia panggil aku abang Hannah menghela nafas. Tak dengar ke, saja-saja buat tak dengar? mengadalah tu.. Tak nak masuk sudah.. Hannah melepaskan lengan Uwais.Ingat senang ke aku nak sebut perkataan abang tu.. malu tahu tak? Nak..nak.. tunggulah abang sayang..Uwais mengejar langkah Hannah. Kalau setiap masa panggil macam tu kan bagus..sejuk hati suami Bisik Uwais di telinga Hannah. Baru sahaja mereka nak masuk ke dalam rumah.Sebuah teksi masuk ke perkarangan rumah agam itu.Langkah Uwais dan Hannah mati. Siapa pulak tu? Tuk Ayah agaknya.. Tuk ayah? dari mana? Opss..tak cakap lagi ya? Tuk Ayah out-station ke Hong Kong.. Hannah senyum menampakkan barisan giginya yang cantik. Patutlah berani sangat balik sini..pandai isteri abang ni ya? Hidung Hannah dicuit sedikit. Seorang lelaki tinggi lampai keluar dari perut kereta.Hannah terkesima bila lelaki yang sudah mengatur langkah ke arah mereka itu dikenalinya Abang Fawaz?? Hannah senyum dan kelihatan teruja. Uwais kerut dahi. Abang Fawaz? siapa? tak pernah dengar pun nama ni? dia memerhatikan sosok tinggi lampai itu yang kini betul-betul di hadapan mereka. Orangnya bukan sahaja tampan tapi dari pakaiannya pun Uwais dah dapat agak lelaki itu spesis Hannah.. Apsal aku rasa macam tak sedap hati aja ni?

Suami yang Kubenci 29


by E-man Sufi My sweet Hanny, How I miss you dear. Pelukan Fawaz yang mendadak itu tak mampu untuk Hannah elak.Sekejapan sahaja dia sudah berada dalam dakapan Fawaz yang tinggi lampai itu. Ya Allah! abang Fawaz ni biar betul! suami Hanny ada kat sebelah ni abang Fawaz oi. Awak! bukan salah saya tau! sempat dia memandang raut wajah Uwais yang berubah. Uwais terpaku menyaksikan aksi di depannya. Honey?? nama dia Hannah la, bukan Honey..suka-suka nak panggil isteri orang macam tu! datang tak dijemput, bagi salam pun tak..tau-tau kau peluk isteri aku.. aku sendiri pun takde peluang nak buat macam tusiapa dia ni??? Uwais rasa bajunya yang basah boleh jadi kering kerana panasnya melihat kemesraan yang tak pernah dijangkanya itu. Err..abang Fawaz pergi mana selama ni? Hannah cepat-cepat menolak perlahan tubuh Fawaz. Memang betul mereka rapat, setakat bertepuk tampar tu memang biasa tapi dia memang tak pernah berpeluk dengan Fawaz sebelum ni,usahkan Fawaz..masa dengan Muiz dulu pun setakat berpegang tangan aja..dia pun reti jugak malu walaupun tak mengamalkan budaya Melayu seratus peratus. Pergi mana? bawa dirilah..ya la kan, orang tak suka..buat apa tinggal sini lagi.. jawapan Fawaz seperti jauh hati. Tak nak jemput masuk ke? Tanya Fawaz.Dia perasan ada lelaki yang tidak dia kenali di situ.Namun begitu, dia tiada hati untuk berkenalan dengan sesiapa ketika itu. Perhatiannya hanya pada Hannah Maryam yang sekian lama dia impikan untuk menjadi suri dalam hidupnya beberapa hari yang lepas, dia terserempak dengan Tengku Muiz di Dubai..dia tak menyangka perkahwinan antara Muiz dan Hannah tidak pernah berlaku dan Muiz sendiri tidak mahu bercerita kenapa. Dia tidak tunggu lama untuk terus menempah tiket balik ke Malaysia setelah hampir 8 bulan menghilangkan diri daripada keluarganya.. harapannya Cuma satu..kalau Muiz tiada lagi dalam hidup Hannahjadi, siapa lagi yang lebih layak selain dia untuk menjadi arjuna pelindung seumur hidup Hannah Maryam. Masuklah,buat apa berdiri lagi kat sini.. pelawa Hannah. Jom.. Spontan pula Fawaz menarik tangannya dan masuk ke dalam rumah.Hannah tak tahu nak kata apa, dia lihat Fawaz begitu teruja sekali tanpa sempat dia nak kenalkan Uwais pada lelaki itu. Uwais terkebil-kebil melihat Hannah dan Fawaz yang sudah masuk. Habis, aku ni macamana? sampai hati Hannah tinggalkan dia di luar, sudahlah pakaiannya basah..sekarang tak dipedulikan pula.. Baru saja Uwais nak melayan rasa sedih, tiba-tiba Hannah muncul. Opssssorry, tertinggal pulak..jomlah masuk, mandi dan tukar baju Hannah senyum. Ingatkan dah tak peduli.. suara Uwais seakan merajuk. Ieee awak cemburu dengan abang Fawaz ya? usik Hannah.Uwais langsung tak senyum. Dia tu abang sepupu sayalah, jomlah masuk pujuk Hannah lagi.Kan dah merajuk Uwais aku ni, abang Fawaz pun satu..agak-agaklah kalau nak peluk tu..aku ni dah jadi isteri penjual burger,mana boleh main peluk sesuka hati. Tapi dia peluk sayang tadi..selamba aja Uwais cekak pinggang.Memang tak puas hati..suami mana pun akan bengang kalau ada orang peluk isteri dia kan? Memanglah,tapi bukan saya yang suruh.. Abang Fawaz tu yang tiba-tiba tarik saya macam tu Memang abang cemburu Hannah takkan abang nak biar orang peluk sayang abang ni kan? depan abang pulak tu Uwais memang tak perlu rasa malu untuk mengaku.Sebagai lelaki dan suami,dia mahu Hannah faham rasa hatinya. Okey..okey..abang Fawaz tak sengaja agaknya lain kali saya akan pastikan ,abang aja yang boleh peluk saya.. Alamak! terlepas cakaplah pulak. Apa dia? Takde apalah Hannah menggeleng.Wajahnya memerah kerana Uwais memang dengar

dengan jelas apa yang dia cakap tadi. Saja je kan..nak buat aku rasa berdebar-debar.. Uwais senyum nakal.Nampak macam dia baru saja dapat isyarat lampu kuningtakpe..takpesabar tu separuh daripada iman..lambat atau cepat dia yakin, Allah akan memberikan ruang yang terbaik untuk dia dan isterinya itu.Hannah menarik tangannya dan mereka masuk ke dalam rumah. Pedulikan siapa Fawaz..saat itu Uwais hanya mahu detik-detik dalam hidupnya hanya dengan Hannah! +++++++++++++++++++++++++++++++ Pergi mandi..nanti saya letak baju awak atas katil ya? Hannah menghulurkan tuala pada Uwais .Tanpa banyak cakap Uwais mengambilnya. Tolong bukakan butang baju abang boleh tak sayang? Uwais sengaja nak bermanja. Ai.. dah tak pandai nak buka sendiri? Hannah dapat rasa Uwais memang sengaja. pandai tapi rasanya sayang abang ni lagi expert bab buka butang baju ni.. Uwais cuba mengingatkan saat kali pertama mereka tinggal satu bilik dulu. suka mengada-ngadakancubit baru tahu.. Hannah mengusap sedikit dagu Uwais. Tak nak la cubit..sakit, kalau nak cium ke lainlah..anytime..Makin galak Uwais mengusik. Ya Allah, gatalnyasuami siapalah ni.. Suami Hannah Maryam lah..yang handsome tu.. Hannah ketawa.Tangannya membuka butang baju kemeja Uwais satu persatu. Sayang HmmmHannah yang tadi hanya memandang kea rah butang baju Uwais mendongak.Mata mereka bertentangan dan dia lihat Uwais senyum.Lesung pipit kelihatan terselah di kedua pipinya.Ya Allah handsomenya suami aku ni..aku tak rela kalau ada perempuan lain yang nak rebut dia daripada aku..macam ni ke rasa jatuh cinta? Sayang tahu tak..abang kan, suka sangat tengok mata sayang ni..cantik! puji Uwais. Mestilah kena puji..biar Hannah tahu, aku ni romantiklah juga walaupun penjual burger.. Hannah terpaku,jiwanya dah mula terbuai dengan pujian Uwais saya pun suka tengok senyuman abangmacam nak tercabut jantung tau! Uwais merapatkan lagi jarak antara dia dan Hannah.Makin rapatHannah tak mengelak..Uwais makin beranirapat lagi hingga hidung mereka hampir berlaga. Saat bibir mereka hampir bertaut. Tuk! tuk!tuk! Hanny!!... terdengar laungan suara kasar dari luar bilik. Siapa pula tu? Uwais mengerut dahi. Kacau daun betul! Abang Fawaz agaknya.. Memang dialah tu,kan dia sebut Honey.. suka-suka panggil isteri orang macam tu.. H.A.N.N.YHanny dah memang dia panggil macam tu dari kecil.. takkanlah nak jadi isu.. Uwais mencebir. Biar abang pergi jumpa dia? nak apa sibuk sangat cari sayang ni? eh, dia tak reti nak berehat ke? Tak payahlah nanti dia ingat kita buat apa pula dalam bilik ni..tengoklah keadaan awak tu Hannah tunjuk pada baju kemeja Uwais yang sudah terbuka luas. Alahai,seksinya suami aku ni.. Baguslah, biar dia tahukita pun nakkan privacy.. Ish..tak naklah, buat malu aja Nak malu apa..bukan buat maksiat pun..inilah dia,kalau dengan suami aja ada dalih..kalau dengan bukan muhrim tu,berpeluk tak kisah pulak ya? depan suami pulak tu.. Hannah membulatkan matanya bila disindir Uwais. Amboi aku jugaklah yang salah Faham..tak payahlah nak ungkit, lain kali saya takkan biarkan perkara macam tu jadi lagi.. Hanny!!! terdengar lagi laungan itu.Uwais cekak pinggang.Aku memang tak boleh blah dengan abang Fawaz ni, dia ingat isteri aku ni apa? dah macam isteri dia pulak! Awak pergilah mandi Hannah menolak tubuh Uwais supaya masuk ke bilik air.Terpaksa jugaUwais turutkan.Ikutkan hati nak aja dia bercakap sendiri dengan Fawaz.. Hannah ada suami yang perlu diberi perhatian.. sendiri mau ingatlah! Hannah buka pintu.Fawaz sudah berdiri di depannya. Sorrylah ganggu..err..nak minta tolong dengan Hanny..hantar abang pergi rumah Maira boleh? dah lama abang tak jumpa adik dan anak-anak saudara abang tu..

Diorang tak tahu abang balik ke? Fawaz geleng. Tapi hari dah lewat petang ni.. sekejap aja..please.. rayu Fawaz. Hannah agak keberatan.Dia baru sahaja nak berbaik dengan Uwais..nanti kalau Uwais cari dia macamana? kalau Uwais merajuk? marah ke? tadi pun Uwais dah tak puas hati..maunya tak, hampir saja ciuman pertama mereka terjadi Fawaz dah buat spoil.. Okey..abang tunggu kat depan rumah ya? Fawaz angguk.Hannah tutup pintu.Perlu ke cakap kat Uwais? tapi dia tengah mandi sekejap aja takpe kut..Hannah keluar dari bilik setelah meletakkan pakaian bersih untuk Uwais di atas katil. 20 minit kemudian Uwais keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Hannah? panggilnya tapi dia lihat bilik itu kosong saja.Hannah tidak kelihatan di mana-mana. Uwais menghampiri katil dan dia lihat terdapat sehelai baju T-shirt Polo Sport dan sehelai kain pelekat. Uwais senyum sendirian.Nampaknya Hannah sudah tahu yang kebiasaan dia memakai kain pelekat untuk memudahkan dia solat Maghrib nanti. Agaknya dia tunggu aku kat meja makan kut walaupun hari sudah hampir pukul 6.45 petang tapi dia masih belum makan dan terasa lapar.Uwais segera menyarung baju.Kemudian dia keluar dari bilik.Kebetulan dia bertembung dengan Putera yang juga baru keluar dari biliknya. Putera nampak Along tak? tanya Uwais. Along? oh, dia suruh Putera beritahu Abang Long..dia pergi hantar abang Fawaz ke rumah Kak Maira.. mereka sama-sama duduk di ruang tamu. Buat apa? tanya Uwais lagi. Dia memang tak suka cara Fawaz yang sesuka hati mengajak Hannah ke sana sini. Sepatutnya mintalah izin darinya dulu. Kak Maira tu kan adik Abang Fawaz.. dia rindukan adik dia tu agaknya.. Emmm.. Abang Fawaz tu rapat ke dengan Along? aku kena siasat ni.. Memang rapat pun,kira macam bodyguard Alonglah.. satu sekolah dengan Along tu bang..dari sekolah rendah sampailah ke University..tapi, lepas Along bertunang.. dia terus lesap.. sekarang baru dia ada balik.. Putera pun pelik..apa yang sebabkan dia balik tiba-tiba Cerita Putera lagi.Uwais menghela nafas berat. Kalau baik dari kecil sekalipun,hormatlah sikit..Hannah tu isteri orang.. memang tak manis kalau ada yang nampak Hannah ke sana ke mari dengan lelaki lain..Memang wajar sangatlah kalau dia nak cemburu,Fawaz abang sepupu bukan abang kandung! ++++++++++++++++ Abang Fawaz pergilah rehat ya..tadi petang Hanny dah suruh Mak Awa kemaskan bilik abang.. Hannah menutup pintu kereta. Eh, lepas abang mandi nanti temanlah berborak ,dah lama kita tak berbual Fawaz segera menyamai langkah Hannah yang mahu masuk ke dalam rumah.Lama juga mereka di rumah Maira..hampir pukul 9 malam barulah Maira benarkan mereka balik.Cuma tadi dia pelik bila Maira ada bertanya Hannah kenapa seseorang bernama Uwais kalau dia tidak salah..ya! Uwais..kenapa tidak ikut mereka berdua datang sekali..siapa pula Uwais? Esok ajalah bang, dah pukul 9 malam ni.. Hanny penatlah Okey..sorry..abang happy sangat dapat jumpa Hanny..banyak benda nak tanya..esok ya? Hannah angguk.Mereka masuk ke dalam rumah.Hannah nampak Putera sedang membuat kerja sekolah di meja studynya. Rajin adik abang study? Fawaz sempat menepuk bahu Putera sebelum dia berlalu ke biliknya. Putera..Abang Long mana? tanya Hannah. entah..dalam bilik Alonglah agaknya Tadi dia makan malam tak? Makan..tapi abang Long macam badmood aja,Along tu lah..sian dia tunggu Along tak balik balik..apasal lama sangat? Hannah tak jawab.Bukan dia nak lama-lama di rumah Maira,lagipun setiap hari dia berjumpa dengan Maira di pejabat tapi Fawaz yang begitu lama bercerita itu dan ini pada Maira, dia pun tak sampai hati nak ajak Fawaz balik cepat.

Hannah masuk ke bilik tidurnya.Dia lihat Uwais terlena di sofa .Pen merah masih berada di jarinya.Hannah menyusun buku-buku kerja pelajar Uwais di atas meja. Tanda buku kerja sampai tertidur..sian Uwais aku ni..mesti penat, nasib baiklah dia tak pergi gerai malam ni.. Awakbangunlah! kenapa tidur macam ni? dia menggerakkan Uwais.Perlahan Uwais membuka matanya. Emmm..sayang dah balik? dah pukul berapa ni Uwais menggosok matanya yang terasa silau kerana cahaya lampu. Pukul 9 malam.. jawab Hannah.Dia duduk di sebelah Uwais. Mengantuknya.. Uwais melentokkan kepalanya di bahu Hannah. Aik? sempat lagi landing atas bahu aku? Bangunlahtidur atas katil.. Uwais spontan mengangkat kepala. Tidur kat mana? Atas katil.. Hannah sudah bangun dan membuka almari.Uwais masih mamai. Katil sayang tu ke? Iya sayang.katil mana lagi sayang? Tanya Uwais lagi.Hannah senyum kerana dia rasa seperti soalan itu pernah dia tanyakan pada Uwais sebelum ni..sekarang dah terbalik pulak? takkanlah saya nak tidur dalam bilik air..sebelah awaklah.. Hannah mengeluarkan tuala dari dalam almari,dia mahu membersihkan diri.Hannah menuju ke bilik air. Habis tu,kenapa sayang bawa selimut tu? Ini tuala mandi lah..Hannah ketawa.Mamailah tu! Ooonak abang tunggu sayang ke? mata Uwais dah membesar. direnung Hannah dengan pandangan penuh makna.Amboi..amboi..tadi aku nampak macam mengantuk sangat! dah tak ngantuk ke? penat semua dah hilang? Hannah membalas dengan jelingan menggoda. Tunggulah kalau sudi.. Hannah segera masuk ke dalam bilik air.Uwais turut tersenyum.Yes! tadi tu nampaknya isyarat lampu hijau kan? Alhamdulillah.. akhirnya! err..kejap..aku nak ingatkan balik doa malam pertama tu..

Suami yang Kubenci 30


by E-man Sufi Wajah tampan itu direnung lama.Hanya dalam jarak sejengkal sahaja.Hannah menyentuh dahi Uwais yang masih lena dengan hujung jari telunjuknya,merayap hingga ke batang hidung Uwais yang mancung terletak.Hannah senyum bila Uwais langsung tak sedar. Lenanya dia tidur? Hannah mencapai alat kawalan lampu meja tepi katil.Dia meningkatkan lagi kecerahan lampu,Hmmm..barulah boleh nampak jelas muka suami aku ni.. Mengingatkan apa yang berlaku malam tadi buat dia rasa tersipu malu.Tanpa paksaan dia menjadikan dirinya bidadari buat Uwais di syurga,dan pujaan hati Uwais di dunia nyata mereka.Kali pertama dia rasa hatinya tenang untuk disentuh seorang lelaki. Dan saat dia membuka kelopak matanya pagi ini, dia tidak merasa menyesal untuk mengakui,kini dia mahu menjadi isteri Uwais dalam erti kata sebenar.Bukan lakonan mahupun untuk menjaga kepentingan peribadinya. Hannah merapatkan wajahnya ke telinga Uwais. I love You. ungkapnya.Namun Uwais tidak mendengar ungkapan itu,biarlah.. susah untuk dia mengaku berdepan..namun lebih susah untuk dia pendamkan, mungkin dengan cara itu dia akan rasa lebih lega.. Laungan Azan kedengaran. Uwais mula sedikit bergerak, mungkin kerana suara azan itu buat Uwais tersedar.Hannah tak tahu nak buat apa. Spontan Hannah berbaring dan melingkarkan tangannya pada pinggang Uwais. Tak nak lah dia tahu yang aku lebih dulu tersedar tadi.. Hannah memejamkan matanya.Berpura-pura tidur. Uwais membuka mata.Lama matanya terkebil-kebil memandang syiling. Kenapa aku rasa tenang sangat pagi ni? Oh ya, malam tadi aku dengan Hannah kan dah Dia berpaling dan melihat Hannah sedang lena.Kenapa tadi aku rasa macam dengar suara dia berbisik kat telinga aku ya? aku dengar dia cakap I love you..aku mimpi ke tadi? Uwais rasa mungkin dia bermimpi sahaja.Hannah susah nak luahkan perasaannya.Tapi kalau tunjuk lagak tu memang takde orang lain boleh lawan..Hannahlah orangnya.. Uwais senyum sorang-sorang. Hmmm..sekarang, sayang dah betul-betul jadi hak abang kan? dia takkan lupa saat indah malam tadi. Terima Kasih Ya Allah kerana mempermudahkan segalanya.Dia tak pernah menyesal memiliki Hannah sebagai isteri,sekalipun sifat Hannah banyak yang tidak kena..dia senang hati dan berlapang dada menerimanya, tiada manusia yang sempurna..kalau Hannah umpama api, dia akan menjadi air yang akan memadamkan bahangnya. Menjadi suami yang baik bukan mudah..dia sendiri tidak memiliki kesempurnaan akhlak rasulullah sehingga mengimpikan isteri semulia Aisyah Humaira..Hannah Maryam sudah cukup buatnya. Kesabaran yang selama ini membuahkan hasil.Walaupun memakan masa yang lama tetapi tetap ada keindahan dan kemanisan dari kesabaran itu. Dia tidak perlu mencaci atau memaki seorang isteri yang sentiasa merendahkan dirinya.Baginya, lelaki yang menghina seorang wanita yang dijadikan Allah sebagai pelengkap dalam hidupnya tidak ubah menghina diri sendiri. Perempuan itu asalnya dari tulang rusuk kiri lelaki..jika dihina dan dicaci bukankah sama seperti menghina diri sendiri? Uwais menyentuh pipi Hannah lalu diciumnya kejap. Hannah yang berpura-pura tidur masih berasa dadanya berdegup kencang sekalipun malam tadi mereka telah melalui saat yang lebih dari sekadar sentuhan.. Bangun sayangdah subuh ni bisik Uwais di telinga Hannah. Hmmmm.. Hannah pura-pura membuka mata.Alahai..aku malu sebenarnya,macamana aku nak pnadang muka dia pagi ni? ieeeekenapalah aku rasa macam ni! mengantuklah Hannah betul-betul tak sanggup nak bertentang mata dengan Uwais. Sayang. bangunlah..Assolatul khairu minan naumsolat tu kan lebih baik dari tidur..cepatlah, nanti terlepas subuh pulak Uwais masih tersenyum.Apasal aku rasa dia macam malu nak pandang aku ni? tadi mata tu dah terbuka boleh pejam balik..ya ke mengantuk? Abang pergilah mandi dulu Apa dia? Uwais sengaja buat-buat tak dengar.

Abang pergilah mandi dulu Hannah sudah membuka matanya.Selalu macam tu tau! sajalah tu.. Tak nak ikut abang mandi? saya mengantuklah Hannah menarik bantal Uwais dan menutup mukanya.Uwais ketawa kecil.Dia menggeleng melihat gelagat Hannah.Pandai pulak dia malulayan ajalah! ++++++++++++++++++++ Tak kerja ke? Uwais menyarung kemeja putih berjalur yang diberikan Hannah padanya.Dia hairan melihat Hannah masih memakai t-shirt dan seluar track. Tak.. Kenapa? Nak temankan abang Fawaz Tuk Ayah kan takde, takkan nak tinggal dia sorang-sorang..tak baiklah layan tetamu macam tu..nak pulak kalau saudara mara kita.. Hannah membetulkan kolar baju Uwais. Hmmm kan handsome abang pakai kemeja stripe ni,nasib baik padan Hannah gembira kerana akhirnya Uwais mengalah juga setelah hampir 5 minit dia mendesak Uwais memakai kemeja itupun bersyarat.Dia kena membiasakan dirinya memanggil Uwais abang jika tak,Uwais takkan pakai walau satupun pakaian yang dia belikan. Lain kali tak payahlah belikan pakaian mahal macam ni, abang ni guru ganti aja pun bukan orang korporat Uwais rasa tidak selesa bila Hannah terlalu banyak membeli pakaian mahal untuknya.Dari T-shirt hinggalah kemeja semua nya yang berjenama dan mahal.Sehelai saja mencecah harga 300 ringgit! Okey apa, kenalah nampak bergaya.. abang ni, takkan nak pakai baju beli kat pasar malam kut..agak-agaklah, suami Hannah Maryam kenalah ada citarasa.. Hannah berpuas hati melihat Uwais yang tampan memakai pakaian dari jenama Ermenegildo zegna yang dibelinya. Cubalah sayang fikir,kalau abang pergi gerai burger takkan nak pakai baju berjenama macam ni jugak? Yang tu sesuailah dengan baju pasar malam abang tu Hannah selamba mengejeknya. Bila pulak abang beli baju kat pasar malam? Uwais tak puas hati.Macamlah aku ni takde citarasa langsung. Teka aja..takkan marah kutabang marah ya? Hannah cuit hidung Uwais. Taksayang lagi ada..dah faham sangat, memang suka nak bertikam lidah kan? Uwais menarik Hannah. Pinggang Hannah dirangkulnya kemas. Mana ada.. Hannah menyandarkan kepalanya di dada Uwais.Pagi-pagi macam ni, berperasaan pulak Uwais aku ni nak beromantik. Dah pukul 7.00 la sayang tak nak pergi sekolah lagi ke? adik-adik aku sure dah tunggu kat luar tu..sarapan pun tak sempat ni.. Tengok, tak nak mengaku jugak..takpelah, kalau abang handsome macam ni hari-hari,ramailah perempuan kat luar tu yang minatlelaki bercitarasa tinggi kan, mesti ramai yang berminat.. Mana boleh! abang jangan nak mengada-ngada tau, tak kiralah cikgu Batrisya tu pun jangan ada hati nak menggatal dengan dia, pergi sekolah tu nak mengajar aja kan? Hannah memegang kedua pipi Uwais.Dia jelas memberi amaran.Uwais ketawa. Siap gertak tu takutnya abang.. Main-main pulaksaya serius tau!, abang kalau berani menggatal, siaplah..kura-kura abang tu saya bakar hidup-hidup.. Ya Allah.. ganasnya!.. Uwais ketawa .Wajah Hannah mencuka. Pantang betul aku kalau cakap pasal perempuan lain. Ingat apa? aku takde perasaan? Dah la, abang dah lewat kan? cepatlah keluar..sarapan pun belum lagi malas nak bergaduh.. nanti hilang mood nak bermanja.. Macamana tak lewat, malam tadi Hannah ajak abang tidur lewat.. Ieeee tak payahlah cakap pasal tu.. Hannah mahu mencubit lengan Uwais tapi lebih dulu Uwais mengelak. Nak malu sangat kenapa? elleh..malu tapi mahu la tu okey..okey..okey Uwais rasa sudah cukup dia mengusik.Lebih-lebih nanti mengamuk pula Hannah,bukan senang nak dapat mood baik macam ni..

Tau pun.. Hannah mengerling manja. Meh abang sayang sikitkalau tak nanti abang rindu tahap kronik Uwais kembali mendekati Hannah dan Hannah membiarkan Uwais mencium dahi dan pipinya. +++++++++++++++++ Fawaz keluar dari biliknya.Dia tak sabar nak berjumpa dengan Hannah.Terlalu banyak yang dia nak bualkan dan sudah tentulah perkara pertama yang akan ditanya kenapa Hannah tak jadi berkahwin dengan Muiz. Sejak dari kecil dia selalu berusaha buat Hannah sukakanya tapi suka Hannah bukan suka seorang perempuan pada seorang lelaki tetapi tidak hanya kasih daripada seorang adik pada seorang abang.Itu yang buat dia terlalu kecewa. Dia rasa kecil hati bila Hannah memilih Muiz.Dia sedar yang dia tidak standing Muiz tapi setidaknya, dia masih mampu menjadi pesaing yang baik.Dia rasa dia juga ada kelebihan.Dia seorang Pengarah Urusan di syarikat hak milik sendiri bahkan bertapak di Emiriah Arab Bersatu.Dia memiliki rangkaian kedai emas terkemuka di Dubai, selama ini dia menghilang kerana sibuk memajukan dirinya. Kalau Muiz bukan pilihan Hannah lagi.Tidak salah kalau dia mencuba.. Fawaz mengatur langkah ke bilik Hannah,baru sahaja dia nak mengetuk pintu bilik itu terbuka.Fawaz terpaku bila melihat Hannah keluar sambil berpegangan tangan dengan seorang lelakiini kan lelaki semalam tu? Eh, abang Fawazdah sarapan? sapa Hannah.Uwais disisinya menutup pintu bilik. Be..belum..tunggu Hannylah.. Fawaz sampai tergagap pula. Sorry,lambat sebab nak siapkan suami Hanny ni..dia nak pergi kerja.. Siapa..suami? Fawaz terkejut. Tapi kan dia tak jadi kahwin? kalau tak jadi kenapa pulak boleh ada suami? Fawaz masih keliru,ditambah lagi dengan rasa hampa..sungguh dia berasa sentap! Sekejapan saja semua harapan dan angan-angannya hancur berkecai! kenapa dia tak tahu yang Hannah sebenarnya dah kahwin? tak guna Muizdia Cuma cakap kat aku yang dia dan Hannah tak jadi kahwin tapi dia tak cakap yang Hannah kahwin dengan lelaki lain!! Iyalahlupa nak kenalkan, ini suami HannahUwais nama dia..abang, yang ni Fawaz..dia tua dua tahun aja dari abang.. terang Hannah pada Uwais.Fawaz merenung Uwais dengan pandangan tak percaya.Jadi..inilah Uwais?? siapa dia ni? macamana dia boleh jadi suami Hannah? Arrrgghhh!!!! kenapa boleh jadi macam ni?? Nak pergi kerja ke? Fawaz berusaha mengukir senyum dan menghulur salam. Ha..ahh..Uwais angguk dan berjabat tangan dengan Fawaz.Mata Uwais perasankan Fawaz menyapu tangannya pada seluar selepas mereka bersalaman.Ish..perasaan aku aja agaknya,tak baik buruk sangka.. Jomlah sarapan sekali.. pelawa Fawaz. Kalau kau nak berambus pergi kerja pun takpe Dah lambat lah.. Uwais menolak.Memang dia dah lambat pun,tentu Putera dan Mastura dah tunggu. Ohh.. Fawaz sekadar angguk.Elok sangatlah tu Abang pergi dulu ya sayang? Abang.. Hannah memaut tangan Uwais yang sudah mahu pergi.Tanpa berlengah tangan Uwais diciumnya.Uwais senyum..Alhamdulillah, satu lagi perubahan.. Fawaz rasa hatinya bagaikan dicucuk-cucuk dengan jarum..sakit tak terkata.Dulu Muiz dan sekarang Uwais yang datang entah dari mana ni pulak yang jadi penghalang aku.. Pergi dulu Abang Fawaz.. Uwais meminta diri. Okey.. Fawaz senyum palsu.Abang Fawaz konon..Siapa nak jadi abang kau??

Suami yang Kubenci 31


by E-man Sufi Apa? penjual burger? airmuka Fawaz kelihatan tegang. Sedikit terkejut Hannah dengan reaksi Fawaz sebaik saja dia menceritakan siapa Uwais sebenarnya dan bagaimana mereka boleh berkahwin. Iyalah,penjual burger.. jawab Hannah bersahaja. Ketika itu dia dan Fawaz sedang bersarapan. Terlintas fikiran Hannah mengingati Uwais. Kesiannya Uwais aku tu, tak sempat nak sarapan.. Penjual burger? tanya Fawazlagi. Nampak benar dia tak percaya. Hannah mengerut dahi. Berapa kali aku nak cakap? takkanlah aku sebut penjual burger bunyinya penjual tempe pulak? apa-apa ajalah abang Fawaz ni.. yang dia sentap sangat tu kenapa? Iya abang Fawaz, siang dia mengajar di sekolah..malam dia berniaga burger.. Macamana pulak Hanny boleh kahwin dengan lelaki macam tu? abang kenal Hanny, lelaki low kelas macam tu, tak tersenarai pun sebagai kawan, suami apatah lagiCEO kahwin dengan penjual burger? abang tak sangka citarasa Hanny dah sama macam Maira.. Fawaz senyum sinis. Dia memang tak boleh terima adiknya Maira berkahwin dengan Asad yang hanya kerani cabuk sekolah. Kenapa? CEO mesti kena kahwin dengan CEO jugak ke? Hannah tak puas hati dengan sindiran Fawaz. Bila dia fikirkan balik, dulupun dia berfikiran yang sama dengan Fawaz..setiap hari bila dia pandang Uwais rasa macam pandang sampah tepi jalankalau bertengkar mesti nak menghina pekerjaan Uwais,padanya penjual burger tidak layak untuknya yang datang daripada keluarga ternama. Maksud abang , dah takde lelaki lain ke? takkanlah dah terdesak sangat? Abang Fawaz mahunya tak terdesak kalau seminggu lagi tarikh nikah Hanny dengan Muiz tu, tiba-tiba dia kena tangkap khalwat masuk surat khabar pulak tu..malu abang tahu tak! dah tu, kad jemputan semua dah edartakkanlah sampai tarikh nikah tu semua orang datang tapi nikahnya tak jadi? Itu lagi satu halkalau abang tahu itu sebabnya Hanny tak jadi nikah dengan Muiz..masa di Dubai that day, abang kerjakan dia cukup-cukup.. Fawaz menghentak meja dengan penumbuknya.Hannah telan liur,Uikslebih-lebihlah pulak abang Fawaz ni.. Kalau iyapun dah terdesak sangatkenapalah Hanny kahwin dengan lelaki macam tu? takde masa depan tahu tak? orang kalau nak cari suami,carilah yang stabil.. Fawaz merenung Hannah. Macam aku ni baru betul.. yang terbaik ada depan mata tak nampak tapi penjual burger tu dia boleh pulak terima? Abang Uwais tu Tuk Ayah yang pilih cerita Hannah lagi. Habis tu..kenapa tak bantah? Nak bantah apa, Tuk Ayah cakap dia dah tak nak dengar apa-apa alasan lagi dah..abang Fawaz kan tahu,masa di UK dulu,Hanny bertunang dengan Muiz tak cakap dengan Tuk Ayah..balik Malaysia aja, Tuk Ayah marah-marah bila dapat tahu hal tu, terus dia paksa Hanny nikah cepat dengan Muiz tapi lain pulak kisahnya rancang dengan orang lain tapi jadinya dengan orang lain.. Salah siapa? Hanny memang saja cari pasal elok-elok Tuk Ayah nak jodohkan kita.. Hanny tak nak..pilih Muiz tu kononnya sebab dia anak orang ternama..ada title Tengku..tapi sekarang apa jadi? dapat suami penjual burger Hannah hilang kata-kata.Dia memang cuak kalau Fawaz ungkit tentang keinginan Tuk Ayah yang dulu nak jodohkan mereka berdua.Dia sayang dan hormatkan Fawaz kerana lelaki itu adalah lelaki kedua yang sentiasa ada bersamanya selepas Tuk Ayah.Dia tidak ada ayah untuk bermanja, Tuk Ayah pula jauh di Malaysia.Bersama Fawaz dia rasa terlindung dan selamat.Sebut sahaja apa yang dia mahu,tidak pernah Fawaz gagal untuk dapatkan..setiap kali hari lahirnya,Fawazlah orang pertama yang akan mengucapkannya..Fawaz sentiasa mendahului sesiapa sahaja.Sekalipun ketika dia memilih Tengku Muiz..Fawaz tetap juga setia menjaganya..Cuma bila dia memutuskan untuk bertunang dengan Muiz..Tiba-tiba Fawaz menghilang tanpa berita.. Hanny tahu abang merajuk dengan Hanny kan? sebab Hanny bertunang dengan Muiz dulu tu?

abang.Hanny sayang abang, tapi Hanny tak boleh terima abang sebagai suami.. Tapi penjual burger tu boleh pulak Hanny terima? abang dengan Uwais tu, siapa yang lebih layak? Fawaz tidak ada selera untuk makan. Cinta tak boleh dipaksa abang Fawaz kalau dah Allah nak tanamkan rasa sayang dalam hati, tak kira siapa orang tu..kita tetap akan sayang.. Hannah tak mahu melukakan hati Fawaz tapi dia nak buat macamana? kalau masa sebelum Uwais wujud dalam hidupnya pun dia dah memang menolak Fawaz inikan pulak bila Uwais dah dinaiktaraf sebagai penjaga hatinya.. dah memang tak boleh nak buat apa lagi dah..cintanya pada Uwais dah tahap kronik! Huhsekarang bolehlah cakap macam tu.. Maksud abang? Siapapun kalau dapat kahwin dengan orang cantik dan kaya macam Hanny ni takkan menolak..nak pulak kalau yang jenis miskin papa kedana.. cuba kalau Hanny ni bukan sesiapa, nak ke Uwais tu terima? pernah tak Hanny fikir tu semua? Fawaz cuba menanam rasa syakwasangka dalam hati Hannah. Tak baik abang tuduh suami Hanny macam tu, abang tak kenal dia..abang tak boleh cakap macam tu Suara Hannah bergetar.Ikutkan hati nak aja dia marahkan Fawaz yang semudah itu menilai Uwais.Dia sudah mula mengenali Uwais. Suaminya seorang yang sederhana. Tak pernah pun mengambil kesempatan padanya, tapi dialah yang sebenarnya melayan buruk suami sendiri.Kalau betul Uwais nak hidup senang , kenapa Uwais tolak tawaran kerja daripadanya.Walaupun dia tahu perkahwinan dia dan Uwais ada kaitan dengan duit 50 ribu daripada Tuk Ayah tapi hanya setakat itu.Kalau betul pun Tuk Ayah bayar Uwais untuk menikahinya,dia tak ambil peduli lagi.. dia tak mahu tahu lagi pasal hal tu..yang dia tahu Uwais dah jadi hak miliknya dan dia takkan benarkan sesiapapun menghina dan merendahkan Uwais So, Hanny kenal sangatlah suami Hanny tu? berapa lama Hanny nikah dengan dia? sebelum nikah pun tak pernah kenal kan? Penting ke berapa lama? masa tak jadi penyebab sama ada seseorang tu boleh dipercayai ataupun tak,kadang-kadang orang yang dah lama kita kenal pun boleh tikam kita dari belakang abang Fawaz Tegas suara Hannah mempertahankan kepercayaannya pada Uwais.Bukan dia nak kurang ajar dengan Fawaz sebagai lelaki yang dianggap abang itu tapi kalau dah sampai cuba menanam duri dalam hatinya, dah tentulah dia takkan berdiam saja.Tak baik betul abang Fawaz ni, tak suka tau kutuk abang Uwais Hanny macam tu Fawaz terkedu.Pedas sungguh kata-kata Hannah itu.Walaupun tidak ditujukan padanya secara langsung,entah kenapa dia pula yang terasa..bak kata pepatah..siapa yang makan cili dia yang akan rasa pedasnya! +++++++++++++++++++++++++ Ehehada orang tu kan,asyik senyum aja..sampaikan tulis BRM pun tersenyum-senyum jugak? Teguran Batrisya itu buat Uwais ketawa.Dia meletakkan pen dan mendongak pada Batrisya yang duduk hanya bersebelahan dengan mejanya. Apa tak senyumnya kalau dah sepanjang hari hanya teringatkan Hannah Maryam.. Cikgu Batrisya baru habis kelas ya? usik Uwais.Batrisya membalas senyumannya.Dia seperti mendengar loceng tamat waktu pembelajaran sebentar tadi. Cikgu Uwais!! takde kelas ke? sempat Uwais disapa salah seorang guru muda yang baru saja masuk ke dalam bilik guru itu. Takdelah! dah habis, kelas sikit aja hari ni jawab Uwais sambil mengangkat tangan. Patutlah nampak free aja bercinta kat situ.. sempat pula guru lelaki itu mengenyit mata padanya.Uwais menggeleng.Ingat apa? aku ni bukan suami yang suka menggatal kat luar tau! Cikgu Badri.. Batrisya ni dah macam adik saya, janganlah salah faham.. Uwais tak mahu kalau jadi fitnah pula nanti. Gurau ajaCikgu Batrisya tak ambil hati kan? Tak baik tau Cikgu Badri cakap macam tadi tu.Cikgu Uwais kita ni dah ada isterikalau isteri dia dengar macamana? saya juga yang kena tuduh.. Batrisya tarik muka. Ya la kau Badri, tak baik tau..kasihan Batrisya ni, kalau kau nak ngurat..usha sendirilah..

sampuk Cikgu Raihan yang duduk di meja berhampiran.Terdiam Cikgu Badri kerana bertubi-tubi dipersalahkan.Aku bergurau ajalah Batrisya menyusun beberapa buah buku kerja yang berada di atas mejanya. Sya baru balik dari bilik Pengetua tadi..ada hal penting yang dibincangkan wajah Batrisya agak serius ketika itu.Seperti ada sesuatu yang berat di fikirannya. Pasal apa? Karnival Ilmu kan tak lama aja lagi..minggu depan Oh, ya.. Sya jadi ketua Unit Perayaan kan? nampaknya, sibuklah Sya ya sepanjang minggu ni? Sibuklah juga, tapinak mintak tolong sikit dengan orang tu Batrisya pandang Uwais. Orang mana? Uwais sengaja buat-buat tak faham. Orang yang depan Sya ni lah.. Laabang ke? Dengan Cikgu Uwais la, sebab problem ni, dia aja yang boleh selesaikan.. Batrisya berterus terang. Iya? huhmacam hebat aja bunyinya tu? nak suruh abang buat apa? Macam ni, Pengetua cadangkan Tan Sri Idris sebagai perasmi karnival tu, tapi..Putera ada cakap yang Tuk Ayah dia tu pergi ke Hong Kong.. Betul la tu..tak silap 2 minggu..lama tu, sempat ke? Tu la pasal..kalau Tan Sri takde, boleh tak kalau isteri abang Uwais yang jadi perasmi? dan kalau boleh nak minta syarikat dia tu jadi main sponsor untuk karnival tu.. Emmmnak Hannah jadi perasmi? boleh aja..dia tu memang muka perasmi, hari-hari pun kerja dia buat perasmian pecah tanah projek syarikat diaInsyaAllah, nanti abang tanya dia.. Uwais ketawa kecil. Ewah-ewah..pandai-pandai aja kau setuju sendiri ya Uwais..kalau Hannah tak nak macamana? apa susah..ambil aku ajalah jadi perasmi.. Bolehlah ya? terima kasih banyak-banyak.. Batrisya rasa lega. Terima Kasih aja,takkan takde upah kut.. Nak upah? errhah, Sya belanja abang makan burger kat gerai abang tu,okey? Batrisya memang dah tahu, mesti ada udang di sebalik mee ni..abang Uwais ni memang suka menyakat orang..agak-agaknya hari-hari dia usik Hannah kat rumah. Apalah Sya ni, tak berbaloi langsung..kurang-kurang bagilah abang satu tapak gerai jualan masa karnival tu, dapatlah jugak abang buat duit lebih kan.. ooocakaplah awal-awal,kalau yang tu..percuma aja Sya bagi.. Cantek la tu Uwais memang berharap untuk menyertai salah satu gerai jualan pada hari karnival itu nanti.Lagipun, dia memang teruja nak menyertai pelbagai program menarik bersama ibu bapa dan pelajar.Boleh dia bawa Hannah sekali..alang-alang dah datang,elok sangatlah kalau Hannah jadi perasmi . Oh ya, ini ada surat rasmi permohonan jadi perasmi untuk Karnival tu..dan surat permohonan untuk berikan sumbangan dan sebagai penaja utama karnival tu..tolong bagi pada Hannah ya? harap-harap dia sudilah..lagipun,adik-adik dia kan terlibat dalam aktiviti karnival tu.. Batrisya begitu berharap kerana dalam sekolah di kawasan kampung itu,hanya keluarga Tan Sri Idris sahaja yang berpengaruh dan sentiasa menghulurkan bantuan pada pihak sekolah. InsyaAllah Sya Uwais mengambil surat yang diberi Batrisya.. Inilah namanya takde beban batu digalas.Tolong-tolong jugatapi yang nak ditolong ni Batrisya, Hannah pulak dah memang tak boleh dengar nama Batrisya ni disebut-sebut..nak buat macamana, Sya dah tolong aku,mestilah aku kena tolong dia pulak kan..Hmmm..apa aku nak cakap dengan pujaan hati aku tu nanti ya? Harap-haraplah mood dia baik..Amin..

Suami yang Kubenci 32


by E-man Sufi Hanny, jom temankan Abang Fawaz pergi kelab? kita lunch di sana, lepas tu kita pergi tunggang kuda..petang nanti kita terus aja main golf..abang dah lama la tak pergi kelab.. Tak bolehlah Abang Fawaz, kejap lagi Abang Uwais dengan adik-adik Hanny balik dari sekolah..Alah, tak payahlah lunch kat kelab tu..Hanny kan dah masak untuk lunch? Hanny memasak? Err..takdelah,sebenarnyahari ni Hanny belajar memasak dengan Mak Awa.. wajah Hannah begitu ceria .Fawaz sedikit terkejut.Dia belajar memasak? bukan dia tak suka buat kerja dapur ke? masa di UK dulupun, asyik makan kat luar..apa dah jadi dengan Hanny aku ni? mesti Uwais tu yang suruh! Ohh..patutlah abang Fawaz pelik bila tengok Hanny melekat aja di dapur tu..belajar memasak ya? hmm.. buat apalah susah-susah, kalau pakai pembantu rumah kan senang.. Kenalah juga selalu turun ke dapur abang Fawaz, Mak Awa cakap..suami elok makan makanan daripada air tangan isteri.. Sebab tulah beriya-iya sangat belajar memasak tu..tengoklah nanti, kalau tangan tu jadi kasar macamana? Fawaz senyum sinis.Sebenarnya dia cemburu bila Hannah sanggup lakukan sesuatu yang tidak pernah disukainya semata-mata untuk suami yang seperti Uwais.Itulah, kahwin dengan lelaki miskin tu buat apa?pembantu rumah pun tak boleh nak gajikan agaknya.. Takdelah kasar manapun,bukan buat kerja berat ..lagipun, untuk suami kan.. Hannah membelek jemari dan tangannya. Okey aja? Abang Fawaz ni,saja nak takutkan aku agaknya.. Hmm..kalau abanglah, takdenya abang nak suruh isteri abang buat kerja dapur.. dangkal suara Fawaz.Dia memang rasa sakit hati melihat riaksi Hannah yang begitu bersahaja,seolah-olah apa yang dilakukan itu sesuatu yang sangat hebat. Okeylah tu, isteri abang kantapi Hanny isteri abang Uwais.. Haishhtercakap macam tulah pulak..Hannah tenung wajah Fawaz yang sedikit berubah.Ish..takkan terasa? aku pun satu,ingat abang Fawaz ni macam Uwais? kalau aku kutuk berbakul pun buat tak tahu aja.. Err..abang Fawaz tak payahlah pergi kelab, makan kat rumah ya? takkan tak sudi nak makan masakan Hanny Hannah seakan memujuk.Dah satu kerja pulak aku nak kena pujuk Abang Fawaz ni Okey jugak..jom? abang dah lapar sangat ni.. Fawaz angguk dan sudah bersedia untuk menjengah meja makan. Nantilah dulu, kan suami Hanny tak balik lagi..kita tunggulah kejap lagi Hannah menahan.Takkan Abang Fawaz pulak yang nak rasmikan masakan aku hari ni, istimewa untuk Uwais tu.. Dah pukul berapa ni? laparlah! kejap aja..tak lama pun,sekarang dah pukul 1.15.. Itupun dah lewat untuk lunch tau? abang tak kira, abang nak makan dulu..Uwais tu boleh aja makan bila dia balik nanti.. Fawaz naik menyampah pula bila Hannah beriya benar hendak menunggu Uwais.Elok kalau aku makan dulu,padan muka Uwais sebab aku akan makan dulu masakan Hannah yang kononnya untuk dia .. Abang Fawaz, janganlahcubalah bawa bersabar.. Hannah menarik lengan Fawaz sekuat hatinya.Lelaki itu ketawa bila Hannah berusaha menahannya.Kedua mereka dah macam main tarik tali pula hingga Hannah tidak sedar yang Uwais dah pun berada di muka pintu!! ++++++++++++++++++++++++++++++++ Assalamualaikum Uwais memberi salam.Matanya masih tak lari daripada memerhatikan Hannah dan Fawaz di ruang tamu. Amboibukan main lagi bergurau senda masa aku takde kat rumah erk? itu bergurau adik beradik ke apa salah ke kalau aku syak? Waalaikumussalam.Hannah menjawab.Dia sendiri terkejut bila Uwais dah terjengul di muka pintu.Aik? bila dia balik, tak dengar pun bunyi kura-kura tu? aku tak perasan kutieee,ini semua abang Fawaz punya pasal!

Abang dah balik? Hannah segera mendapatkan Uwais yang sedang menanggal kasut. Tak, baru nak pergi jawab Uwais selamba.Memang begitulah sikapnya kalau dia nak tunjukkan yang dia sedang marah. Hannah mengerut dahi.Semacam aja bunyi jawapan tu..Uwais masuk ke dalam rumah.Walaupun dia rasa marah dan cemburu dengan apa yang dia lihat sebentar tadi,dia tidaklah cepat melatah. Mana Putera dengan Mastura? tanya Hannah bila melihat hanya suaminya saja yang pulang tengahari itu. Uwais tak jawab. Malas dia nak beritahu Mastura dan Putera ada kelas tambahan. Dia spontan memaut pinggang Hannah dan dicium pipi isterinya itu. Rindu abang tak hari ni? Uwais berbisik sambil matanya merenung Fawaz yang masih berada di ruang tamu.Mata mereka bertemu.Pandangan Uwais menghantar isyarat bahawa wanita yang berada dalam rangkulannya itu adalah isterinya dan Fawaz perlu tahu di mana kedudukannya di hati Hannah! Boleh tak kau faham abang Fawaz ? jangan nak menempel dekat isteri aku boleh tak? Rindu! jawab Hannah tanpa selindung.Uwais senyum puas hati. Ya ke? kalau rindu mana kiss untuk abang? tanya Uwais dengan pandangan nakal.Dia dah malas nak pedulikan Fawaz yang masih tak reti nak pergi dari situ.Aku nak bermanja dengan Hannah pun tak senangnaik cuak pulak aku dengan dia ni..nak halau kang,bukan rumah aku..lagipun, tak baiklah pulak tapi..orang macam ni pun ada ya? tak faham betul aku! abang ni,agak-agaklahabang Fawaz kan ada kat ruang tamu tu.. Hannah bersuara perlahan dan memukul perlahan dada Uwais. Dah tu, bawalah abang masuk bilik.. Uwais angkat kening.Hannah naik malu pula kalau-kalau Fawaz dengar ayat gatal Uwais tadi tu.. Ieeeabang ni kan, memang suka sangat mengada-ngada kan? dicubitnya pipi Uwais yang tersengeh. Hanny, bila nak makan ni? tadi kata nak tunggu Uwais balik..kan dia dah balik tu Fawaz dah tak sanggup nak tengok aksi romantik meluat tahap nak muntah yang berlaku di depan matanya.Kalaulah boleh dia kata cut untuk hentikan adegan menyakitkan hati dan matanya itukenapalah semuanya realiti!! Err..abang nak makan dulu ke nak mandi dulu..hari ni,Hannah masak untuk abang tau.. beritahu Hannah.Ada riak tak sabar di wajah itu. Uwais teruja mendengar Hannah memasak untuknya tapi bila tengok muka Fawaz ,seketika dia berfikir.Huh, apasal aku rasa macam nak sekolahkan seseorang je hari ni? Hannah pujaan hati aku ni dah 60% berjaya dipulihkan.. Abang nak mandi dululah,lepas solat nanti kita makan sama-sama.. jawab Uwais kemudian kembali memandang Fawaz yang sudah duduk di sofa. abang Fawaz tunggu saya kejap ya? Dia senyum tapi Fawaz pandang macam nak telan dia hidup-hidup. Eleh..ingat aku hairan kau pandang aku macam tu? dah lali lah masa dengan Hannah dulu..sekarang, kau tunggulah aku sampai keluar tanduk! aku nak kau belajar bersabar tutak nak ke dapat pahala? Fawaz tayang wajah sinis.Bengkak rasa hatinya dengan lagak Uwais.Baru jadi menantu dalam keluarga ni dah berlagak..takpe,kau tengoklah nantitunjuk baik kononkau siapa nak suruh aku tunggu kau? +++++++++++++++++ Betul ke Sayang memasak? Uwais mengelus jemari Hannah.Dibeleknya seketika.Takde luka pun? Tengok apa? Hannah pelik.Uwais begitu ralik membelek jemarinya. Manalah tahu kalau-kalau jari sayang dah hilang satu..bukti tu, baru betul abang percaya sayang memasakusiknya.Hannah menarik jemarinya.Patutlah! ada aja yang dia nak usik aku kan? Nak kena putus jari dulu baru nak percayalah? tak suka tau, orang dah susah payah,cakap macam tu.. Hannah tayang wajah cemberut. Sedih! sampai hati Ala..ala..ala..terasa hatilah pulak sayang abang ni, gurau ajalah..mestilah abang percaya,kiranya dah makin majulah ya sebab jari tu tak luka.. pujuk Uwais. Tapi ayatnya itu tetap seakan mengusik.Hannah diam,dia duduk di sofa. Uwais garu kepala.Tak jalanlah pulak ayat aku tadi Sayangabang nak mandi ni Uwais duduk di sebelah Hannah yang berpura-pura membelek

majalah Solusi.Langsung dia tak perasan yang majalah itu dipegang terbalik. Mandilah,siapa larang abang mandi Mana tuala? buat tak tahu pulak dia Ambil sendiri.. sengaja buat tak peduli. Nak pujuk aku ke tak nak ni? penat ajalah aku merajuk! Uwais menggeleng.Uiksbetul punya merajuk ni,dulu takde pulak dia buat perangai merajuk macam ni..nak bermanja dengan akulah tu.. Uwais perhatikan Hannah.Bukan main lagi lagaknya,kononnya khusyuk sangatlah tu membaca tapi tak pernah lagi aku tengok orang baca majalah terbaliklawaklah pulak aku rasa.. Orang kalau jadi CEO memang bijak ya? sampai majalah pun boleh baca terbalikdasyat betul Uwais ketawa bila tak tahan melihat Hannah yang begitu tekun. Nampak sangat tipu Abang!!!..tak suka tau,bukannya nak pujuk..nyampah! Hannah bangun dan mencapai bantal kecil di atas sofa dan dibalingnya pada Uwais.Macamana aku tak perasan terbalik..kantoi! buat malu jek..spoil mood nak merajuk.. Tak kena! Uwais berjaya menyambut bantal itu.Dah tahulah,sayang memang suka main balingbaling kan? Senyum nakalnya memang buat Hannah tambah geram.Kenapalah perangai dia ni nakal Abang..kalau mengelak kali ni,siap abang! Hannah memberi amaran.Uwais angkat tangan tak ubah macam berdepan dengan polis. Hand s up! dia menggeleng tanda yang dia tidak akan mengelak. bukan takut isteri ya,dia yang tak takutkan aku Buk! sebiji bantal melayang ke muka Uwais. Hannah tepuk tangan. Padan muka abang! puas hati kerana balingannya tepat.Sampai kusut rambut Uwais dibuatnya. Oh,padan muka yaberdosa tau buat suami macam ni.. Uwais turun tangan.Hannah senyum comel.Dia mendekat dan duduk di ribaan Uwais. Abang tak marah kan? dicuit hidung Uwais. Marahlah..siapa cakap tak marah.. Uwais buat muka serius. Sorry Hannah buat muka simpati. Apa dia? tak dengarlah.. Sorry..sakit ya? Hannah mengelus kedua pipi Uwais. sakitlah.. Uwais buat muka sakit. Memang nampak sangat dibuat-buat. nak ubat istimewa tak? Hannah melayan saja gelagat Uwais. Bantal lembut macam tu tipulah sakittapi sebab mengada kan, layan ajalah.. nak.. Uwais angguk. Bukan main teruja lagi..aku tahu ubat istimewa tu apa.. Hannah mencium kedua pipi Uwais,kemudian mata,hidung dan bibir mereka bertemu tanpa ada ketukan di pintu yang mengganggu! sayangtu ada lima biji bantal lagi,tak nak baling ke..abang ok je.. nakal Uwais masih tak berhenti. Dah, tak payah nak mengada..dah lewat dah ni, Abang Fawaz tunggu kat luar tu..abang tak mandi-mandi lagi.. Hannah menarik goatee Uwais kerana faham sangat lirikan mata Uwais.Pantang dilayan! Adeh!! Macamana nak mandi,sayang tak buka butang baju abang lagi.. uwais tunjuk muncung panjang.Lagak macam budak tadika merajuk kena marah dengan cikgu Hannah mengecilkan matanya. Alahai buah hati pengarang jantung aku ni,manjanya. mengalahkan budak kecil! ikat muncung tu baru tau Seperti biasa,dan dah macam rutin yang perlu dia lakukan,butang baju kemeja Uwais dibukanya satu persatu ++++++++++++++++++++++ sedap tak? rasanya sudah kali ke tiga soalan itu ditanya Hannah. Uwais tak menjawab.Dia memandang Fawaz yang duduk berhadapan dengannya.Dia lihat Fawaz makan dengan berselera.Entah betul atau pura-pura Sedaplah Hannypandai Hanny memasak.. puji Fawaz. Uwais lihat beriya-iya Fawaz menyudu kuah gulai pucuk ubi kayu yang dihidang. Isteri aku ada tanya pendapat dia ke? sedap..sedaptapi dari tadi aku tengok nasi tu tak luak pun,action aja yang lebih. Auta punya orang! kau takde deria rasa ke apa? kuah tu masinlah sengal! Abang sukalah sambal udang ni Hannydah lama abang tak makan..sedap sangat Fawaz memuji lagi.Uwais masih diam,dia tetap meneruskan kunyahannya. Ikutkan hati aku,nak aja aku

sumbat sepinggan sambal udang kat depan aku ni dalam mulut dia. Apsal kau tipu isteri aku hah? sambal udang ni terlebih letak asam jawa..dah tu, letak lagi asam keping! tak cukup tu, telinga kau tak rasa nak berasap ke sebab pedas? ini memang sah dia tak ikut petua Mak Awa, lain yang disuruh buat..lain yang dia buat..maklum ajalah,Hannah bukan suka orang arah dia itu dan ini..main taranm dia aja!..alahai isteriku Hannah Maryamsayang nak dengar abang cakap yang betul ke yang tipu? kalau abang tipu macam Si Poyo depan kita ni, sampai bila pun sayang takkan pandai..tapi kalau abang cakap yang betul,Si Poyo ni pulak dah berlebih-lebih memuji..apsal la kau wujud dalam rumah di wahai abang Fawaz! Abang.cakaplah,sedap ke tak? Desak Hannah.Daripada tadi Uwais diam sahaja.Nak kata tak sedap,dia tengok Uwais dah dua kali tambah. Abang Fawaz pulak tak berhenti memuji.Dia hairan jugak,yang dia masak tu masakan kampung sebab itu kesukaan Uwais tapi apsal pulak abang Fawaz yang nampak teruja padahal abang Fawaz lebih kurang dia aja..mana suka masakan kampung ni..konfius betul! Abang tengah makan ni kan, biarlah abang selesai makan nanti baru abang komen.. Uwais memberi jawapan selamat.Memang masakan Hannah ada yang kurang dan terlebih tapi itu tak bermakna dia tak suka.Kalau masak ikhlas daripada hati, kalau rentung pun dia rela makan..asalkan Hannah lakukan untuknya.Namun begitu,dia takkan sekali-kali menipu kerana manusia belajar daripada kesilapan..Cuma aku memang tak boleh blah dengan hamba Allah depan aku ni, kalau terajang orang tu tak berdosa dan menyalahi undang-undang serta moral manusia,dah lama aku kick dia ni sampai Serbia! menyemak aja kat sini.. Hmmmkenyanglah Hanny..bertuahnya abang hari ni.. pujian Fawaz masih tak berhenti. Abang Fawaz..boleh tak berhenti menipu isteri saya? kalau abang terus bagi pujian yang tak ikhlas macam ni,tak ubah macam sokong membawa rebah! macamana Hannah nak pandai memasak kalau gulai masin abang cakap sedap? Tegur Uwais.Dia dah tak tahan dengan pujian melampau-lampau Uwais.Bukan dia cemburu,kalau setakat nak puji macam tu dia pun boleh tapi kesannya nanti sampai ke sudah Hannah akan memasak dengan skill yang sama,yang azab bukan Si Poyo depannya ni,bayangkan kalau 20 tahun akan datang dia makan masakan yang masin? ape jadi? macam-macam penyakit boleh dapat.. Tak sedap apa pulak? bila masa aku tak ikhlas puji dia? kau ni apa hal Uwais? isteri kau dah penat-penat masak untuk kau hari ni,kau boleh cakap macam tu? kalau betul pun tak sedap,tak boleh ke kau buat-buat sedap? Tau takpe..pasal saya bukan jenis yang suka berpura-pura marah Uwais. betul la tak sedap? Hannah berkecil hati.Patutlah Uwais senyap saja dari tadi.Dia tak perlukan pujian Fawaz tapi dia mahu Pujian daripada Uwais tapi mendengarkan cakap Uwais tadi..dia kecil hatikenapalah dia masak tak sedap? memang takde bakat agaknya! dia rasa nak menangis kerana usahanya hari itu tidak membuahkan hasil yang baik.. Bukan macam tu sayang..abang tak cakap pun tak sedap..maksud abang.. tak sempat Uwais habiskan ayatnya Hannah berpaling. Mak Awa,tolong kemas meja makan ni ya? teriak Hannah pada mak AwaHannah sudah bangun dari kerusi.Dia terus berlalu tanpa menghiraukan panggilan Uwais. Sayang! dengar dulu apa abang nak cakap ni.. Uwais menghela nafas.Bukan tak sedap..tapi abang nak sayang faham, tak semestinya apa yang kita buat akan sempurna..apatah lagi pada kali pertama..kalau hari ni ada silap,hari lain kan boleh dibaiki..itu yang nak dia jelaskan pada Hannah.Kalau dia tipu,tentu Hannah akan memasak dengan cara yang sama sebab Hannah tak tahu di mana silapnya. Kau ni Uwais..memang tak pandai ambil hati isteri.. Fawaz menggeleng dengan pandangan jengkel padanya.Uwais ketap bibir.Sabar ajalah! baru dua hari sampai dia dah buat aku rasa macam nak belasah orang! Abang Fawaz jangan jadi batu api boleh tak? isteri sayaitu urusan saya,yang abang sibuk sangat kenapa? kalau abang tak suka saya,itu hak abang tapi jangan pandai-pandai nak jadi duri dalam daging antara Hannah dengan saya..Uwais bangun selepas meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Fawaz buat muka tak bersalah.Peduli apa aku! padan dengan muka kau,tadi berlagak sangat bermanja dengan Hannah tu depan aku,kau tak tahu yang Hannah tu kuat merajuk ke? bodoh! Uwais terdengar bunyi enjin kereta sebaik saja dia ke ruang tamu.Dia bergegas keluar dari rumah

bila perasankan kereta Audi A4 milik Hannah sedang dipandu keluar dari garaj. Hannah! nak pergi mana? Uwais berlari mengejar kereta Hannah tapi dia gagal bila kereta itu meluncur pergi.Uwais meraup rambutnya.Sekarang dia faham satu perkara yang dulunya tak pernah ditunjukkan Hannah.Isterinya itu sebenarnya seorang yang sensitive dan cepat merajuk.Malangnya dia bukan lelaki yang pandai memujuk apatah lagi lelaki yang pandai berkata-kata manisdia hanya tahu berterus terang dan tak pandai berpura-pura..Macamana nak buat ni? usahkan nak bincang pasal permintaan Batrisya, nak tunjuk surat pun tak sempat Ke mana pulak isteri aku ni pergi. Harap-harap dia keluar sekejap aja

Suami yang Kubenci 33


by E-man Sufi Sarimah yang sedang menonton sinetron di kaca TV menjenguk melalui tingkap apabila mendengar bunyi deruan enjin kereta di halaman rumah.Dia mengukir senyum bila melihat kereta mewah menantu kesayangannya sudah berhenti di laman rumah.Hannah? mimpi apa pulak menantu aku datang tengahari buta ni.. Dia segera bangun dari kerusi dan membuka pintu utama rumahnya. Assalamualaikum mak.. Hannah memberi salam sebaik sahaja dia menutup pintu kereta. Waalaikumussalam Sarimah menyambut kedatangannya.Seketika mereka berpelukan dan seperti kebiasaan Sarimah akan mencium kedua pipi menantunya itu. Tak kerja ke hari ni? Tanya Sarimah sebaik saja mereka masuk ke dalam rumah.Lihat pada pakaian santai menantunya itu,dia tak rasa Hannah baru balik dari pejabatnya. Cuti.. jawab Hannah lalu duduk di kerusi. Kenapa? sakit ke? hahtak sedap badan ya? ada rasa mual-mual dah ke? Ish..takdelah mak..belum lagi..cepat-cepat Hannah geleng.Mak mertua aku ni pun, kalau aku datang aja takde soalan lain nak ditanya..sabarlah dulu Mak ya! Manalah tahu dah dapat penyakit buatan orang tu Sarimah berbahasa.Hannah berfikir seketika.Penyakit buatan orang? Siapa pulak yang nak mandremkan aku? Eh, setakat ni rasanya takde lagi orang yang dengkikan Hannah mak..kalau ade yang sakit hati pun,minta-minta taklah sampai nak buat benda tahyul tu kat Hannah mak.. Sarimah terlongo sekejap.Hmm..apa pulak yang menantu aku ni merepek.Lain aku cakap lain pulak yang dia fahamangguk ajalah.. Haah..eloklah kalau macam tu Sarimah tak mahu memanjangkan cerita pasal penyakit buatan orang tu. Maklum ajalah,menantunya ni kurang arif dengan kiasan.. Anis mana mak? Belum balik lagi,ada kelas tambahan katanya.. Hannah angguk.Patutlah Mastura pun tak balik lagi tadi. Mak tengok muka Hannah ni sedih aja, kenapa? Uwais mana? tak ikut sekalike dia tak balik sekolah lagi.. Dah balik,ada kat rumah Tuk Ayah Hmmmsuara tu macam sayu aja mak ni orang lama, tengok pada airmuka tu, macam ada yang tak kena, Hannah bergaduh dengan anak bertuah tu ya? Bukan bergaduh mak.. Habis tu? Merajuk dengan abang tuHannah kecil hati dengan abang Uwais mak Dia buat apa? cakap dengan mak..tahulah mak ajar dia nanti, Oo..berani dia kecilkan hati menantu kesayangn mak ni ya..jaga dia Hari ni Hannah memasak..tapi abang Uwais cakap tak sedap..tu pasal sedih ni mak..sebab tu Hannah datang sini,mak aja tempat Hannah nak mengadu Hannah berusaha menyedihkan lagi wajahnya.Sempat pulak dia mencapai kotak tisu di atas meja.Sarimah menggeleng.Kesian menantu aku.Uwais ni memang nak kena, isteri dah memasak suka hati dia cakap tak sedap agaknya selama ni dia nak komen masakan aku tapi tak berani,dapat isteri..hah,tunjuk bakat jadi pengkritik ya? Dia cakap tak sedap? Sebenarnya,Hannah bukan reti sangat memasak mak.. Hannah berterus terang.Sarimah tetap senyum.Selama ni pun,dia memang tahu dan boleh agak tapi dia faham bukan semua wanita berkerjaya mampu jadi begitu sempurna dalam rumahtangga. ewahdia masak sedap sangat ke? dah pandai jadi pengkritik pulak ya, hah..minta sini handset Hannah.. Hah? Hannah terkebil-kebil. Handset, mak nak call Uwais..Handset mak dah habis kredit, tak topap lagi.. Kejap mak ya.. Hannah mencari-cari Blackberry dalam tas tangan.Kemudian diserahkan pada mak mertuanya itu.

Ishmacamana nak guna ni? manalah mak reti,Hannah dailkanlah.. Sarimah menyerahkan semula gajet itu kepada Hannah. Hannah ketawa kecil. Kelakar betul mak mertua aku ni lebih kurang jugaklah dengan pujaan hati aku tu..anak bertuah mak tu lah.. Mak nak cakap apa dengan abang? Mak nak bagi tazkirah sikit.. Mak janganlah marah abang ya? pinta Hannah.Tak naklah dia kena marah..mak mertua aku ni boleh tahan garang..tapi sekali sekala dapat kenakan dia best jugak..asyik aku aja yang kena kan.. ++++++++++++++++++++++ Kau nak pergi mana? Fawaz mengekori Uwais yang baru keluar dari rumah. Cari Hannah.. Aku nak ikut! Fawaz segera menyarung kasut.Uwais yang sudah jauh melangkah berhenti dan berpaling. Abang Fawaz jangan nak menyibuk boleh tak? Aku tak kira,aku nak ikut jugakkau punya pasal Hanny merajuk.. Fawaz tetap selamba.Memang takde perasaan betul! Uwais cekak pinggang.Aku memang makan hati dengan dia ni,dah la tak reti bahasa..muka tembok pulak lagi.. Kau tengok apa? kau bagi ke tak..aku nak ikut jugak.. Fawaz sudah membuka pintu kereta mini cooper dan memboloskan dirinya di tempat duduk sebelah pemandu.Uwais mendongak ke langit. Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yang tinggi! kalau tidak, ada juga yang kena sumbat dalam bonet kereta ni karang.. Cepatlah!! arah Fawaz.Uwais buka pintu kereta dan masuk.Dia menghidupkan enjin mini coopernya tapi tak hidup pula. Apa hal pulak? kereta kau ni buruk betulaku tak pernah jumpa kereta yang lagi buruk daripada ni.. kau ni takde duit sangat ke nak beli kereta baru?kau tengok,nak hidup enji pun tak boleh.. Uwais ketap bibir.Kalau telinganya boleh dicabut,dah lama dia tanggalkan..Wargh!!!! kenapalah ade spesis macam ni, kalau Hannah dulu aku boleh terima sebab dia isteri aku tapi Abang Fawaz ni dah macam musuh dalam selimut! Bisinglah! kalau nak ikut,duduk diam-diam boleh tak? Uwais sekali lagi cuba menghidupkan enjin keretanya tapi tak boleh hidup juga.Waaaakenapalah kura-kura comel aku ni buat hal! Aku cakap benda betul apa, terima ajalah hakikat yang kereta kau ni memang buruk.. kalau buruk tak payahlah naik.. marah Uwais. Suka hati akulah nak naik ke tak.. Fawaz mencebir. Tiba-tiba handset Uwais berbunyi.Dikeluarkan dari saku seluarnya.Tertera nama Sayang di skrin. Siapa call? Hanny ke? Fawaz cuba menelek skrin handset Uwais tapi tak berjaya bila Uwais menghalang dengan tangannya. TakPerdana Menteri! jawab Uwais dan keluar kereta.Sibuk aja! Sayang? kat mana ni? Uwais terus bertanya hingga terlupa untuk memberi salam. Banyaklah kau punya sayang!! sergahan itu buat dia terkejut. Uikss mak akulah! Err..Assalamualaikum mak.. Waalaikumussalamhah, mak nak beritahu ni, menantu mak ada di rumah ni.. katanya dia kecil hati dengan kau,apa kau dah buat dengan dia? garang betul suara maknya di talian.Naik kecut jugak perut Uwais mendengarnya.Nasib baik dah biasa.. Buat apa pulak mak? buat biasa aja..dah nama isteri saya, buat macam isterilah mak.. Uwais ketawa.Oh, dia lari rumah mak ya.ni mesti dia dah mengadu pasal aku kat mak. Ada aja jawab kau ya? kenapa kau cakap masakan dia tak sedap? tinggi sangat ke citarasa kau tu..mak ni, masa arwah ayah kau ada dulu,sekali pun dia tak pernah cakap macam tu tau walaupun ada masanya memang mak sengaja masak masin.. Mana ada saya cakap tak sedap mak,saya cuma cakap masin aja.., menantu mak tu sensitive sangat,belum abis cakap dah merajuk..mak, suruh Hannah balik mak ya? kesian anak mak ni kena tinggal.. Uwais minta simpati.Mana taknya,tak sampai sejam Hannah lari dia dah rindu.

Takdenya mak nak kesiankan kau..ni, kau pandai-pandailah hidup sendiri dua tiga hari ni,mak nak Hannah tinggal kat rumah mak ni, pasal kau banyak sangat komen kan? hah, biar mak ajar dia memasak sampai kau puas hati.. Okeylah tu mak..cantek!! mak memang terbaik dari ladang Uwais gelak lagi. Bertuah punya anak..kau ingat mak ni lembu ke apa? Sorry mak..tak sengaja.. Ish..ishsejak dapat menantu ni,makin garang pulak mak aku ni. Disebabkan kau memang suka usik menantu mak ni sampai dia merajuk,mak nak denda kau..jangan balik rumah mak ni sampai mak izinkan kau,sampai mak dah yakin Hannah ni boleh memasak macam yang kau nak.. Mana boleh mak, takkan mak nak kuarantin Hannah tu kat sana? Uwais cuak. Apa kes pulak tak bagi balik rumah mak? tak sedap hati dah ni.. Kuarantin ke..apa ke..mak tak peduli,kau jangan datang sinisementara dia jadi anak murid mak,jangan haraplah kau nak bercinta dengan dia.. Suara maknya dah macam ala Nyonya Mansur dalam filem Ibu Mertuaku..tapi aku ni anak dia? apasal aku pulak yang dah macam menantu ni? Mak..saya tahulah mak dulu guru memasak Gerakan Persatuan Wanita, tapi mak..takkanlah mak nak buka akademi memasak pulak kat rumah tu..nak halang saya jumpa Hannah lagi,tak adil mak.. rayu Uwais.Dia tak sanggup kalau tak jumpa Hannah selama beberapa hari.Orang baru nak bercinta! Adil..madil..kau jangan banyak cakap, ini keputusan mak..sebarang surat menyurat tidak akan dilayan..kalau kau nak datang boleh,tapi sampai depan rumah je..kau bercintalah ikut tingkap,jangan kau panggil Hannah guna botol sudah..kau nak call ke sms ke suka hati..mak tak kisah,tapi Hannah ade pesanan ni..dia malas nak layan kau! Alah mak nisampai hati.. Uwais makin sedih.Hannah pun sama, berpakat dengan mak nak dera perasaan aku! Kau nak sangat buli Hannah kan? sekarang mak buli kau..Assalamualaikum.. talian dimatikan. Waalaikumussalam..Uwais bersuara lemah. sampai hati mak! jangan pisahkan aku dan dia Tuhan tolonglah, kucinta dia..biarkan kami tetap bersama sedih! oi!!! jadi ke tak cari Hanny ni? Fawaz berteriak dari dalam kereta.Bosan betul aku dengan abang Fawaz ni!! Tak jadi.. Uwais takde mood.. Dalam kepalanya hanya memikirkan Hannah..Hannah..Hannah.. Kenapa pulak? Hannah dah pergi Afrika!! jawabnya selamba lalu masuk semula ke dalam rumah.3 hari?? tidak!!! Hah?? Fawaz garu kepala. Biar betul!! Hannah pergi Afrika?

Suami yang Kubenci 34


by E-man Sufi Pagi itu Uwais sudah bersiap awal untuk ke sekolah.Tujuan bersiap awal bukan untuk ke sekolah sangat pun tapi dia nak tumpang Abang Din yang akan singgah untuk mengambil Anis di rumah maknya.Memandangkan kura-kura comelnya rosak lagi,terpaksalah dia ambil motorsikal di rumah maknya.Bukan terpaksa tapi bersyukur sebenarnya.Elok juga mini cooper itu rosak,adalah dia alasan nak menyinggah ke rumah maknya itu. Di meja makan,Uwais hanya nampak Mastura dan Putera sedang sarapan.Lega sebab dia tak nampak Fawaz di situ. Huh..mesti dia tidur lagi ni.. elok juga,menyemak aja kat dapur ni, buat spoil selera aku aja..Ahhh,memang takde selera pun..Hannah takde macamana nak makan? kenapalah Hannah tak jawab call aku? tak rindu ke sayang kat abang? sampai hati dera perasaan abang macam ni. Abang Long kenapa tengok mee goreng tu macam tu? tak nak makan ke? Mastura menegur bila melihat abang iparnya itu sekadar merenung mee goreng di hadapannya.Uwais geleng. Takde seleralah..jawapan itu buat Putera ketawa. Itulah, lain kali cakaplah lagi masakan Along tak sedap,kan dah kena Mana Putera tahu Along merajuk pasal tu? Abang Long, kitorang ni pun ada wartawan peribadi tau.. Ini mesti Anis yang cakap kan? tak adil betul! apasal korang semua berpakat nak kenakan abang ni? Anis pun sama..Abang call dia nak cakap dengan Along korang tu,bukan main lagi dia..mengantuklah..jangan kacau dia nak study la..bergossip dengan korang boleh pulak ya? Bukan Putera Abang Long..ni, Angah yang bergossip dengan Kak Anis malam tadi..Putera Cuma skodeng dengar je.. Ewah..banyaklah kau punya skodeng..kau pun sama aja, siapa yang call berbual dengan Along malam tadi? kau kan? marah Mastura pada Putera yang menyengeh. Sudah..tak payah nak bergaduh depan rezeki.. Uwais menggeleng.Elok sangatlah, dengan mak,adik-adik aku ni..semua sebelahkan Hannah,aku ni siapa nak sokong? Puteraabang Fawaz ada tanya pasal Along tak? Tak ada,kenapa? Nanti kalau dia tanya,korang cakap tak tahu ya? kalau dia minta nombor telefon Along pun korang jangan bagi tau.. Kenapa pulak? Jangan banyak tanyalah..cepat makan tu,Abang Din dah lama tunggu agaknya tu Kita tak pergi dengan kereta abang Long ke? Kereta abang rosak Uwais bangun.Dia hanya menghabiskan secawan teh dan memang tiada hati untuk bersarapan lagi.Bila dia sampai di anak tangga berhampiran ruang tamu,dia bertembung dengan Fawaz. Ya Allah jumpa jugak aku dengan dia ni.. Kau nak pergi sekolah ke? tanya Fawaz yang hanya berseluar pendek dan memakai baju tanpa lengan.Tengok pada muka memang sah tak mandi lagi.. Dah tu, takkan aku nak pergi masjid pulak..subuh dah lama habis Ada sedikit sindiran dengan jawapan itu.Fawaz menguap beberapa kali.Dia memandang Uwais bersahaja.Nak perli aku tak solat subuhlah tu,perasan kau tu ustaz ke? Bukan kereta buruk kau tu rosak ke? Fawaz mendekati Uwais yang sedang menyarung kasut. Kalau rosak kenapa? tak payah pergi kerja? Marahlah pulak Fawaz ketawa mengejek.Suka betul dia dapat buat Uwais bengang pagi-pagi begitu. Semalam kau cakap Hannah pergi Afrika, betul ke? tanyanya lagi. Nak percaya ke tak..itu abang Fawaz punya pasal..saya nak pergi kerja.. Uwais nampak sangat tidak mahu melayan soalannya. Ellehsombong kau ya? ingat aku bodoh nak percaya? kalau nak tipu,tipu orang mati..orang hidup ada otaklah boleh fikir.. Lah, Abang Fawaz ni hidup lagi ke? lebih kurang sama aja dengan orang mati.. Maksud kau aku ni takde otak lah? Fawaz mencekak pinggang.Marah nampaknya.Uwais buat

tak tahu saja. Saya ada cakap ke? Uwais senyum sinis.Dia terus pergi mendapatkan Abang Din yang menanti di sisi MPV Xsara Picasso. ++++++++++++++++++++++++++++ Hannah..marilah sarapan,apa yang kau menungkan dekat pintu tu tegur Sarimah.Hannah yang ayu memakai kain batik dan baju kurung Kedah berpaling padanya. Takde apa mak saja tengok suasana pagi ni.. Hannah memberi alasan.Sarimah menuangkan air kopi yang dibancuh Hannah ke dalam cawan.Pelajaran pertama pagi itu,dia ajarkan Hannah cara membuat air,bukan apa..dia terkejut juga bila Hannah memberitahu yang selalunya dia menggunakan 7 sudu gula dalam minuman.Kalau macam tu hari-hari,cepatlah anak aku dapat kencing manis. Selamat pagi mak..Kak Hannah.. Anis menyapa sebaik muncul bersama beg galas dan beberapa buah buku di tangan. Hannah mengukir senyum pada Anis. Cantiknya bila dia lihat adik iparnya itu berpakaian kemas dengan seragam sekolah dan bertudung.Terdetik di hatinya,kalau dia pakai tudung..agak-agak macamana ya? kalau pakai tudung tu sebab nak cantik atau nak tutup aurat? mesti dengan rela hati ke? tak panas ke? banyak pula soalan yang bermain di fikirannya.Takpelah,nanti kalau perang dingin aku ni dah tamat..bolehlah aku tanya dengan abang Uwaismana dia ni,takkanlah tak nak datang langsung,kalau mak larang datang pun takkanlah abang tak nak curi-curi datang..panjatlah ikut tingkap ke, guna tangga ke..ini tak..pakai call aja buat apa? tak ekstrim langsung! kalau dah bercinta mesti sanggup buat apa saja..tapi abang Uwais aku ni tak nampak batang hidung pun..abang tipu! Hannahsudahlah tu,tak payah nak di tunggu anak bertuah mak tu..mari kita makan ya? hah, hari ni mak buat nasi lemak.. Sarimah kasihan pulak melihat riak sedih di wajah menantunya itu.Orang bercintalah katakan..boleh tahan hebat anak aku tu ya? Pin! Pin! Baru sahaja Hannah nak berlalu dari muka pintu dapur itu,dia terdengar bunyi hon kereta.Sangkanya Uwais tapi bukan kura-kura hijau yang dilihatnya tapi MPV yang biasa dipandu Abang Din. Anis..abang Din dah datang tu beritahu Hannah. Aik? bukan abang ke? Anis mendekati Hannah yang masih berdiri di muka pintu. Bukan..suara itu kedengaran sedih. Tapi itu kan abang..Mak! abang datang mak! teriak Anis bila nampak Uwais turun dari MPV.Sarimah segera bangun dari kerusi.Hmm..memang aku dah agak,mesti dia datang jugak.. Hannah segera beredar dari muka pintu.Dia pergi ke bilik tidur Uwais.Tingkap bilik Uwais dibukanya.Dari situ dia boleh nampak Uwais dengan lebih dekat.. ++++++++++++++++++++++++++++ Uwais keluar dari perut MPV.Dia nampak maknya sudah bercekak pinggang di muka pintu.Dia mencari kelibat Hannah tapi tiada.Tiba-tiba tingkap di biliknya dibuka.Hannah kelihatan di situ.Alahai..comelnya dia pakai baju kurung Kedah..isteri siapalah ni.. Sayang Uwais melambai.Hannah senyum dan membalas lambaiannya. Hah..berdiri dekat bawah pokok tu aja,jangan nak lebih-lebih.. Sarimah menahan bila Uwais mahu menapak.Anis sudah keluar dari rumah dan masuk ke dalam MPV.Seketika kemudian MPV itu berlalu pergi. Tak pergi sekolah ke? Tanya Sarimah.Pelik bila MPV itu pergi meninggalkan Uwais. Pergi,orang nak ambil motor mak..kereta rosak jawab Uwais tapi matanya masih memandang ke tingkap biliknya.Hannah sudah menopang dagu di situ.Dah mula main tenung-tenung mata. Bercakap tu pandang mak..tengok menantu mak macam nak telan tu kenapa? pagi-pagi buta lagi dah angau.. sindiran maknya itu buat Uwais beralih pandang. Hannah menahan tawa bila Uwais kena marah.Amboi,sukanya sayang tengok abang kena marah ya? Pandang maklah ni..cantiklah mak pagi ni puji Uwais.Memerhatikan Maknya yang masih setia di muka pintu.Dah macam jaga pun ada..mak..makingat aku nak rempuh masuk agaknya..anak

mak ni gentleman lah.. Dah..tak payah nak bodek...Hannah,tolong ambil kunci motor Uwais ni,ada mak sangkutkan kat dinding bilik tu.. arah Sarimah.Hannah menghilang seketika. Kau dah makan Uwais? Belum maklapar ni mak.. Uwais memegang perut dengan dahi berkerut.Ala-ala kena gastriklah konon.Manalah tahu,maknya kasihan dapatlah dia masuk dalam rumah.Bolehlah Hannah temankan dia makan,lambat pergi sekolah pun takpe! Mak memang dah tapaukan nasi lemak untuk kau..Sarimah mengambil mangkuk tingkat di atas meja makan.Kemudian dia menyarung selipar dan menhampiri Uwais yang berdiri di tengah laman.Diserahkan mangkuk tingkat itu pada Uwais. Jangan tak makan pulak.. nanti kena gastrik Terima Kasih mak.. ingatkan dapatlah masuk tapi takpelah..sayang mak! Hmm.. Kunci ni ke mak? Hannah muncul di tingkap bersama segugus kunci di tangannya. Ya..turun sekarang, bagi kunci tu pada Uwais..mak nak pergi lepaskan ayam dalam reban..jangan lama-lama sangat..5 minit aja..faham tu Romeo? Sarimah mengerling Uwais yang tersengeh. Faham..Faham.. Mak memang sporting walaupun garang.. Sarimah menghilang ke belakang rumah.Tinggal Uwais dengan pujaan hatinya sahaja. Nah.. Hannah menghulur kunci.Uwais memegang jemarinya.Dahi Hannah dicium kejap. Kenapa sayang buat abang macam ni? tak baik tau..biar abang tinggaL sorang-sorang Siannya..bukan lama,3 hari aja kan? Hannah memegang pipi Uwais.Seketika kolar baju dan tali leher Uwais dibetulkan. 3 hari dah macam 3 tahun,sayang janganlah merajuk macam ni..abang tak pandai nak pujuk Uwais bersuara sayu.Iyalah tuHannah rasa,dia tak boleh layan sangat manja Uwais,tak sesuai nak bercinta waktu ni..Uwais kena pergi kerja..dia lain,semalam lagi dia dah beritahu Aisyah yang dia cuti sampai Ahad. Mak kata 5 minit aja kan..dah,pergi sekolah cepat..dah lewat ni.. Hannah mencium kedua pipi Uwais dan masuk ke dalam rumah.Ketika itu mak mertuanya muncul semula.Sempat Hannah melayangkan flying kiss pada Uwais.Dengan lagaknya,Uwais melompat seakan menyambut dan diletakkan tangannya ke dada.Sarimah menggeleng melihat gelagat anak menantunya itu.Macam-macam gaya orang bercinta ni.. Hah..flying kiss mak kau tak nak ke? usiknya pada Uwais yang sudah duduk di atas motosikal.Uwais hanya ketawa bila sedar yang maknya nampak aksi angaunya tadi. "pergi dulu mak..jaga isteri saya baik-baik ya mak?" "iya..mak tahulah..."

Suami yang Kubenci 35


by E-man Sufi Wangi tak? Wangidaun apa ni mak? Hannah membelek daun yang panjang itu.Daun itu diberikan mak mertuanya supaya dihidu.Ketika itu mereka berada di kebun sayur yang tidak jauh dari rumah. inilah daun pandankegunaannya untuk mengharumkan masakan ataupun minuman..banyak lagilah manfaatnya.. Hannah angguk.Dihidu lagi daun pandan itu,memang wangi..Dia melihat beberapa rumpun daun pandan ditanam di kawasan tanah yang sedikit berair. Daun ni ke yang mak letak dalam nasi lemak tadi? Iyahah,pandai menantu mak.. puji Sarimah.Hannah senyum bangga .Bukan senang nak dapat pujian daripada mertua kan?.. Elok-elok jalan dalam kebun ni, tanahnya lembab sikit..takut terpijak tanah selut,kotor pulak kaki tu nanti Pesan Sarimah.Maklum sahaja,menantunya itu bukan orang kampung, risau juga dia kalau Hannah tak biasa. Hannah mengekori mak mertuanya itu.Pelbagai jenis tanaman ada dalam kebun itu.Kalau setakat sayur mentimun,kacang panjang,terung tu dia tahulah juga tapi ada beberapa tanaman yang dia tak tahu namanya.. Mari tolong mak petik sayur kangkung..ajak Sarimah.Mak mertuanya itu sudah melangkah ke kawasan berair.Tanaman kangkung yang hidup subur itu ditanam di dalam kawasan seperti saliran air tetapi dijaga dengan bersih.Hannah membelek daun sayuran itu.Tiada langsung kesan dimakan ulat.Segar dan menghijau. Hah,apa lagipetiklah sayur tu.. Hannah tanpa berlengah menarik batang kangkung itu,tercabut sampai ke akarnya.Dia terdengar tawa mak mertuanya. Sayang oibukan macam tu..kalau Hannah buat macam tu,alamatnya..habislah semua sayur kangkung mak dalam kebun ni.. Sarimah memang sengaja nak tengok Hannah pandai ke tidak. Tengok sini mak buatnak petik sayur kangkung bukan susah,kalau buat macam Hannah tadi tu namanya cabut..patahkan dari batangnya macam nisebab apa,nanti dari bekas kesan patah tu,boleh tumbuh anak kangkung yang baru..kalau tengok kangkung ni ada dua jenis,satu yang tumbuh merayap,satu lagi tumbuh menegak..ikut kata orang lama macam mak ni,yang merayap ni lebih sedap daripada yang tumbuh menegak bila dimasak..tapi mak rasa,sama aja rasanya..dah namanya kangkung,takkan nak rasa kobis pulak kan ajar Sarimah.Dia menunjukkan cara memetik sayur kangkung yang betul.Hannah ketawa mendengar celoteh mertuanya itu. Oh,macam tu ya mak Barulah aku tahu,ish..nak petik sayur kangkung pun kena ada skill rupanya ya? belum cara nak masak lagibagi aku,ini rumit daripada kerja kat pejabat..kiranya,Mak mertua aku ni lagi hebatlah daripada aku ya? Semua sayur-sayuran ni mak tanam sendiri ya? tanya Hannah sambil memetik kangkung seperti yang diajar mak mertuanya.Ada yang panjang dan ada juga yang pendek.Belasah ajalah! Iyalah,mak boring duduk saja,kat kebun ni la tempat mak melepaskan tension..mahunya tak bosan Hannah,mak ni sorang aja kat rumah bila Anis ke sekolahUwais pulak daripada pagi sampai ke malam,kerja memanjang..mengalahkan menteri Takpelah mak,abang kan kerja cari duit..bukan dia buat kerja yang bukan-bukan.. Chewah! sejak bila pulak aku dah jadi penyokong kuat Uwais ni? bukan aku ke yang tak suka kerja jual burger tu? Kalau dah cinta tu,boleh tukar jadi apa aja kan? batu pun boleh jadi emas.. Hmmm..mak bersyukur,Uwais tu walaupun kerjanya taklah besar mana tapi dia banyak berusaha.Dulu masa ayahnya meninggal..dia berubah mendadak..Mak sendiri rasa bimbang,Uwais tu anak lelaki,rapat pula dengan ayahnya.Masa ayahnya meninggal dulu, setiap petang dia duduk dekat tali air belakang rumah tu.Apa tidaknya, hari-hari dia temankan ayahnya mengerjakan sawah padi kat tanah paya tu..seminggu Hannah, dia menangis kat tali air tu mengenangkan ayahnya.. Sarimah menyeka airmata yang mula membasahi kelopak.Hannah turut rasa sebak.Kasihan abang dia dapat rasakan kesedihan itu kerana dia sendiri pernah

mengalami kehilangan kedua ibu bapanya dalam kemalangan. Adakalanya, mak tak mampu nak sediakan keperluan yang sempurna untuk dia macam kawankawan dia yang lain..Lepas ayah mertua Hannah meninggal, sebab penyakit lelah,mak kerja jual nasi lemak dengan kuih..Mak buka gerai depan rumah tu..nak harapkan duit pencen arwah,berapa sangat..arwah kerja posmen aja..Uwais pulak nak ambil SPM masa tu,macammacam dalam kepala mak ni,mana nak bayar yuran..buku-buku dia lagi..mak nak dia belajar sampai berjaya,mak tak nak dia jadi orang yang tak berilmu.. Cerita Sarimah lagi.Ketika itu mereka sudah pun keluar dari kebun.Kemudian mereka duduk di atas pangkin bawah pokok mempelam.Sarimah menyambung lagi ceritanya dan Hannah memang teruja nak mendengar kisah suka duka pujaan hatinya dibesarkan. satu hari,mak dapat tahu yang dia dah seminggu tak pergi kelas tambahan..rupanya, dalam seminggu tu dia pergi menangguk ikan laga kat tali air sana..hari tu,mak marah betul dengan dia.. mak turut dia kat tali air tu, masa tu dia berdua dengan Hafiz, abang cikgu Batrisya tu..berkubang kat tali air tu cari ikan laga..disebabkan geram sangat, mak rotan dia dengan ranting buluh..berbirat badan dia, langsung dia tak menangis..Lepas tu,mak berhenti rotan dia bila Hafiz beritahu..dia bukan tak pergi kelas..tapi,cikgu tak benarkan dia masuk sebab dia tak bayar yuran..jadi,sebab nak bayar yuran..dia cari ikan laga tu untuk dijual..dia tak nak minta dengan mak sebab dia tahu, mak takde duit masa tu..Sarimah masih tak lupa,hari di mana dia merotan Uwais sekuat hatinya.Meronta-ronta Uwais minta ampun padanya,kalau tak kerana Hafiz yang menahan dan menghalang.. Hannah tahan sebak.Berusaha dia menahan rasa sedih dihatinya.Namun tumpah juga manicmanik kaca dari kelopak matanya.Langsung diseka,dan dia memaut lengan mak mertuanya itu. Mak tak payahlah sedih lagi,mak dah berjaya besarkan abang Uwais dengan baik.. Mak ni garang Hannah..tapi Uwais tu anak lelaki kesayangan mak..dia tu nakal,tapi dia anak yang baik..Hannah janji dengan mak..jaga Uwais baik-baik ya nak,dia tu Cuma ada mak dengan Anis..sekarang dia dah jadi hak Hannahsayanglah anak mak tu,walaupun mak tahu dia tak padan dengan Hannah Makjanganlah cakap macam tu.. Hannah janji mak,Hannah akan jadi isteri terbaik untuk abangHannah terima dia apa adanya mak..Hannah sayang abang Uwais,Hannah sayang mak.Hannah sayang keluarga kita..mak jangan sedih ya? Hannah rasa tersentuh bila mengenangkan selama ini dia selalu menghina Uwais.Memperkecilkan suaminya itu,tidak peduli dan banyak lagi. Isteri apa aku ni? Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa yang dah aku lakukan pada abang selama ni.. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Malam itu Hannah membelek album gambar lama keluarga Uwais.Seronok bila mendengar banyak cerita tentang Uwais semasa kecil. Kak Hannah tengok gambar ni,handsome kan? Anis menunjukkan sekeping gambar Uwais sewaktu di sekolah menengah.Berpakaian kemas seragam sekolah bersama seorang gadis. Siapa sebelah abang Uwais ni? Itu kan cikgu Batrisya? Seperti biasa hatinya akan berdetak rasa cemburu.Hanya cikgu itu saja yang mampu buat dia rasa gelisah.Bukan dia nak buruk sangka dengan guru muda itu tapi sebagai perempuan dia tak mampu menolak rasa curiga..seorang gadis cantik hanya berkawan baik dengan seorang lelaki tampan?,siapapun susah nak percaya.. Asyik melayan perasaan Blackberry di atas meja berbunyi.Hannah cepat-cepat mencapai gajet itu.Alamak..abang call la pulak? macamana ni,mak ada kat sini Sarimah yang sedang menonton TV mengerling.Huhitu tak lain anak bertuah akulah tu,aishtak boleh hidup kalau sehari tak bercakap dengan Hannah..betul punya angau budak tu.. Hannah masuk bilik dulu ya mak? dah mengantuklah.. Iyalaheloklah Hannah pergi tidur.. Ewahmengantuk ya? mak ni pun dulu bercinta Hannah oi,lagi hebat daripada korang berdua.. Hannah cepat-cepat masuk bilik ke dalam bilik tidur Uwais. Assalamualaikum..abang jawabnya sambil duduk di birai katil. Waalaikumussalamkenapa lambat jawab? tadi mak ada kat depan sayalah..sekarang,dah masuk bilik abang..

Sayangbuka tingkap Hah? buat apa nak buka tingkap? nanti masuk nyamuklah! Buka ajalah..abang ada kat luar rumah ni.. Apa? abang ada kat luar? Hannah segera bangun dan membuka tingkap.Memang betul,Uwais dah tercangak di halaman rumah. Abang! Hannah sedikit terjerit tapi Uwais memberi isyarat supaya dia memperlahankan suara.Hannah mematikan talian.Dalam suasana terang bulan itu dia lihat Uwais menghilang entah kemana tetapi muncul bersama tangga yang entah dari mana diambilnya.. Uwais menyandarkan tangga pada diinding rumah.Dipanjatnya secepat mungkin. Abangkalau jatuh macamana? Hannah memegang tangan Uwais yang memaut ambal tingkat. Taklah,abangkan heroUwais sengeh. Kalau mak tahu ni,mesti dia marah..kalau ikut pintu depan tak boleh ke? Mak mesti tak bagi abang jumpa sayang,silap-silap kena halau balik..macam ni okey apa, ada macam romeo tak? Banyaklah abang punya Romeo.. Alah,janganlah marah sayang..abang ada bawa ni untuk sayang Uwais mengeluarkan sesuatu dari belakang bajunya.Sekuntum bunga mawar merah. Abang petik yang dekat taman rumah Tuk Ayah tu.. Bunga Mak Awa tanam tu? Hannah ketawa. Romantiklah pulak Uwais aku ni,siap bawa bunga bagai..aduhai hati,pujuklah perasaan aku ni yang dah terlalu jatuh cinta! How sweetsayang abang Hannah mencium lama pipi Uwais. Kalau sayang, janganlah buat abang macam ni lagi ya? Janji,lepas ni..Hannah tak tinggal abang lagi dah.. Sayang rindu abang tak? Rindu sangat Malam ni,tidur mimpikan abang ya? sedih sungguh suara itu. Alah..janganlah sedih.. pujuk Hannah.Dia senyum lalu mencuit hidung Uwais. Abang kena balik ni,nanti mak dapat tahu pulak abang buat kerja tak bermoral ni.. abang bukan panjat tingkap rumah orang,rumah abang jugak kan..jumpa isteri abang kan tak berdosa pun..tapi jangan buat kerja ni kat rumah jiran sebelah pulak Hannah memberi amaran.Uwais senyum saja.Sempat lagi dia nak cemburukan Batrisya Abang letak motorsikal kat mana? Tu..dekat depan sana +++++++++++++++++++++++++++ Anis, tadi petang mak suruh Anis tutup pintu reban ayam..Anis buat tak? Tanya Sarimah yang baru keluar dari bilik.Mukanya kelihatan putih dengan bedak sejuk. Alahai..mak,Anis lupalah Mak.. Anis yang sedang mengulangkaji pelajaran baru teringat pesanan maknya petang tadi. Hmm..belum tua dah lupa..sudah,pergi ambilkan mak lampu picit kat dalam bilik Anis tanpa berlengah pergi mengambil lampu picit.Kemudian diserahkan pada maknya itu.Sarimah keluar ikut pintu hadapan rumah.Sewaktu dia menyarung selipar,dia perasankan sesosok tubuh yang sedang bersidai atas tangga di tepi bilik anaknya,Uwais. Aik? Jebon mana pulak yang panjat tingkap rumah aku ni? Dia mengatur langkah perlahanlahan.Senyap tanpa dikesan kehadirannya.Melalui cahaya bulan mengambang malam itu.Dia jelas sekali melihat Uwais yang sedang bermadu asmara dengan menantunya.Astaghfirullahalazim rupanya Jebon peliharaan aku yang buat kerja panjat memanjat ni.. Bukan main dia tengok Uwais dan Hannah bergelak tawa, belai membelai..naik berbulu mata aku tengok aksi korang bercinta! Hannah..HannahMengantuk sangat katanya ya? rupanya duk berbulan madu di tingkap rumah aku..Siap ada bunga pulak tu.. yang Si Jebon ni pun satu, tak reti nak bersabar langsung! jaga kau Abang balik dulu ya sayang? Uwais mencium dahi Hannah dan perlahan-lahan menuruni anak tangga.

Baik-baik sayang.. Hannah risau kalau-kalau Uwais terjatuh.Betul punya Romeo suami aku ni! Hahdah lama kau buat kerja ni Uwais?? suara sergahan kedengaran sebaik saja Uwais berpaling dan dia betul-betul terkejut bila melihat wajah putih melepak dan bertompok di depannya. Mak!!!! jeritnya bagaikan ternampak hantu. Longlai tubuh Uwais terjelepok.Dekat situ juga dia pengsan! Abang!! jerit Hannah.Dia pun terkejut bila mak mertuanya muncul tiba-tiba begitu.Dengan muka penuh dengan bedak sejuk pulak tu..maunya Uwais tak terkejut! Hannah tanpa berlengah berlari keluar dari bilik. Sarimah terlongo,dia menyuluh tubuh Uwais yang terduduk tepi tangga kayu. Boleh pulak dia pengsan? buruk sangat ke muka aku ni?

Suami yang Kubenci 36


by E-man Sufi Uwais membuka mata bila terasa ada tangan menyentuh wajahnya. Hahdah sedar pun Romeo terdengar suara garang maknya.Uwais terkebil-kebil. Aku kat mana ni? Abang okey ke? Hannah berada di sisinya.Baru Uwais ingat tadi dia terkejut sebab nampak hantu tompok! mana pergi hantu tu? Ya Allah..mak ke? Uwais lihat maknya yang duduk di kerusi.Muka maknya itu putih sahaja..lah,bedak sejuk rupanya.Tapi,aku rasa tadi aku pengsan kat luar rumah kan? Rupanya dia berada di ruang tamu.Dibaringkan di atas kerusi dan kepalanya dipangku di ribaan Hannah. Apa punya Romeolah kau ni Uwais, baru nampak muka mak dengan bedak sejuk ni pun kau dah pengsan? satu kerja pulak kami bertiga ni kena angkat kau masuk ke rumahkalau ringan takpelah jugak.. Uwais sengeh saja bila mendengar bebelan maknya. Mana tak pengsan mak..dah macam hantu tepung gomak, mak buat apa malam-malam kat luar tu mak..sejak bila mak naik taraf jadi jaga.. Uwais merenung Hannah.Berada di ribaan Hannah sebegitu tak ubah macam dibelai bidadari syurga.Apatah lagi sedari tadi Hannah mengusap dahi hingga ke rambutnya. Apa jaga? kau ingat mak takde kerja lain nak buat?Kau tak payahlah nak berdrama swasta..alasan aja,entah-entah tadi kau buat pengsan aja tak? hiii geram betul mak dengan kau ni Uwais, dah lama kau buat kerja panjat tingkap rumah ni? tak senonoh tahu tak? kalau jiran nampak macamana? silap-silap kau kena kekah dengan parang..kalau mak tak kenal kau tadi,dah lama mak tembak dengan senapang gajah! Uwais telan liur.Uiimasa bila pulak mak aku ni masuk RELA? dalam rumah ni pun,manalah ada senapanggajah apatah lagi.. Adalah jugak sekali dua makjawab Uwais selamba.Berbaloi jugak aku pengsan,dapat aku berbaring di ribaan bidadari syurga aku ni Apa bang? pernah sekali dua? tingkap rumah siapa yang abang pernah panjat? ieee..gatal ya? pernahlah abang intai anak orang lain ya? Hannah memukul lengan Uwais. Aduh..sakitlah sayang, betul la..memang pernah pun abang panjat tingkap tu masa nak cat rumah hari raya tahun lepas jawab Uwais.Dia segera bangun. Anis ketawa melihat gelagat abangnya itu.Padan muka abang Uwaistakde kerja cari kerja..kan dah kena! Kalau ya pun kau nak jumpa Hannah,tak boleh ke ikut pintu depan? ini tak,tangga kat bawah rumah tu jugak yang kau angkutteruk betul perangai kau ni..nak jadi Romeo tu mak tak kisah sangat,ini dah macam Jebonmemalukan keturunan aku aja.. Tapi mak, Hannah cakap takpe buat macam tu sebab saya bukan panjat tingkap rumah orang lain,lagipun yang saya nak jumpa isteri sendiri.. okey apa..Jebon handsome tu mak.. Uwais senyum nakal.Sempat pulak dia nak kenakan Hannah.Ayat cover nak bela diri pun ya jugak. Hannah membulatkan mata bila Uwais jawab begitu.Memang betul aku ada cakap macam tu tapi apsal pulak aku yang dikaitkan sekali? waaaaabang memang sengaja nak kenakan orang kan? abislah aku sekali kena marah! Elok sangatlah, Sorang Romeo,sorang Juliet ya?wah bukan main lagi, kalah Uda dan Dara..orang lain pun bercinta jugak tapi korang berdua ni dah tahap angau kenapa? Ya Allah, mujurlah laki bini..kalau tak bernikah lagi aku tak tahulah nak cakap apa Mana ada mak! abang ni yang pandai-pandai datang malam-malam lepas tu panjat tingkap tu,Hannah tak suruh pun mak..Hannah dah suruh dia balik,dia yang tak nak..dia cakap dia nak tidur kat sinitapi Hannah tak bagi Uwais terbatuk-batuk kecil.Bila pulak dia cakap macam tu?Bukan main tadi membelai aku macam tak bagi balik.. Ewah nak selamatkan diri nampak? takut kena marahlah tu.. Sudah..tak payah nak bagi alasan..dua-dua pun sama..tak tahulah nak buat macamana dengan kau ni Uwais.. dah, pergi masuk tidur! Apa mak? Uwais macam tak percaya. Mak kata pergi masuk tidurkau nak mak ubah fikiran ke? Eleh..buat-buat terkejut pulak.Nasib

baiklah aku ni sporting Tidur dalam bilik saya ya mak? Dah tu, kau nak tidur kat bilik mak ke? Uwais ketawa.Yes!! akhirnya, dapat jugak tidur kat sini..tak sia-sia panjat tingkap tadi! Sarimah tayang muka serius.Uwais berhenti ketawa.Erk! seriusnya muka makdah la muka penuh dengan bedak sejuk..dah macam zombie kampung pisang pulak..Otak!! heheh.. Err..masuk tidur dulu ya mak.. Uwais bangun dan mengatur langkah untuk ke bilik.Sarimah angguk saja.Pantang dapat izin,laju aja kau ya? Hah..nak tinggal isteri kau kat sini? tak nak ajak masuk sekali? dah beriya-iya panjat tingkap tadi tu Sarimah menyindir.Uwais tetap senyum.Sarimah menggeleng lagi.Mengalahkan pengantin baru! aku seligi baru tahu..anak siapalah ni.. Errr..sayang,jom masuk tidur.. Gamit Uwais.Hannah rasa mukanya memerah sebab malu. Ini semua abang punya pasal,buat malu aja kat mak! Terima kasih mak..maklah harapan bangsa Uwais memberi tabik spring kepada maknya. Banyaklah kau punya harapan bangsa Balas Sarimah.Gatal sungguh anak aku,tapi kalau macam ni punya perangai..cepatlah aku dapat cucu.. Uwais dan Hannah sudah masuk ke dalam bilik.Tinggal Sarimah dan Anis saja di ruang tamu. Hah..kau esok-esok Anis,jangan buat kerja macam diorang berdua tukau buat macam tu,siaplah! Ish..apa mak ni, ke situ pulak Anis muncung panjang.Tak pasal-pasal pulak aku pun kena! ++++++++++++++++++++++++++++ Pagi yang ceria.Pagi yang bahagia.Pagi yang segala-galanya indah di mata Selamat pagi mak! sapa Uwais sebaik saja dia masuk ke dapur.Lengkap memakai sepasang baju Melayu bewarna merah hati! umpama menzahirkan rasa cinta yang makin hari makin mekar di hati.Bersiap pun bukan main awal lagibaru pukul 6.30 pagi! Hmm..amboi, kacaknya anak mak pagi nimacam nak pergi bernikah lagi Uiks..mak jangan main-main, harapan pun jangan bagi mak..tu,pujaan hati saya tu bukan boleh dengar perkataan nikah lagi..trauma Uwais gelak.Hannah yang sedang mengacau air mencekak pinggang.Sarimah turut ketawa. Eh..ehada orang belajar buat air lah Uwais mendekati Hannah.Sengaja dia menelek ke dalam teko minuman.Air apalah yang dia buat Janganlah kacau.. marah Hannah.Ala-ala merajuk manja.Makin galaklah Uwais nak mengusik. Bila pulak abang kacau,kan sayang yang kacau air tu..bukan abang mengadalah abang ni..cubit baru tau, mak. tengok abang ni, suka usik Hannah.. Adu Hannah pada Sarimah yang sedang mengasingkan pakaian kotor dalam bakul. Mak dah boring tengok muka dia Hannah..dari bayi sampailah dah besar macam ni..kau ajalah yang ambil alih pulak.. Sampai hati mak cakap macam tu Elleh, terasa hatilah konon Hannah ketawa. Padan muka abang bisiknya di telinga Uwais. Ohh..suka sangat kalau abang kena marah dengan mak ya? Tahu takpe.. Nasib baik kat rumah mak,kalau kat rumah kita tahulah abang nak buat apa kat sayang.. bisik Uwais.Hannah spontan mencubit pinggang Uwais. Gatal Adoi.cukuplah sayang,abang tahulah sayang suka tinggalkan love bite kat badan abang ni.. Hannah rasa nak menjerit dengan kata-kata Uwais itu.Merah padam mukanya.Pantas saja Uwais menjauhkan diri bila Hannah dah bersedia dengan sudip di tangannya.Tahu pun takut Makbutang baju Melayu saya mana mak? tanya Uwais. Dia membiarkan Hannah sibuk di dapur menggoreng cekodok pisang.Wah.. makin maju nampaknya! macam ni baru isteri aku! Hai,dialog kau pun dah macam P.Ramlee dalam madu tiga ya? kenapa kau tak tanya dengan Hannah aja? jawab Sarimah.Uwais ketawa lagikali ni dia nampak Hannah makin tajam

merenungnya. Nak tanya Hannah? baju Melayu pun dia baru kenal mak,inikan pulak butang baju Melayu Hannah yang mendengar jawapan itu mengecilkan matanya.Uwais sengeh.Senyuman Uwais jelas memang nak mengusiknya lagi.Oh, aku tak kenal butang baju Melayu ya? tapi kalau bab nak buka butang baju..aku jugalah yang disuruhnyaabang ni memang nak kena! Kejap mak pergi ambil Sarimah berlalu ke biliknya. Abangsini panggil Hannah.Uwais geleng. Sinilah..geram pulak Hannah. Sayang mesti nak cubit abang kan? Tak sayangbukan nak cubit, tak nak ke morning kiss untuk hari nisementara mak tak nampak ni Uwais tak tunggu lama.Terus datang pada Hannah. Pandainya cakap Hannah tak kenal butang baju Melayu ya? lepas ni Hannah tak nak lagi buka baju abang..buka sendiri! marah Hannah. Marahnya isteri abang kalau tak nak,kenalah abang cari orang yang sudi Apa dia abang? cakap sekali lagi? Hannah bersedia nak mencubit lagi. Takde..takde..abang gurau ajalah..tak naklah cubit..sakit Cakap lagi macam tu,Hannah tinggal abang lagi lama dari 3 hari ugut Hannah. Tak naklah.. Hannah buat tak peduli.Dia mengangkat cekodok pisang dari dalam kuali. Sayang..abang nak rasa boleh? Uwais cuba menarik perhatian.Dah merajuklah pulak.Pantang betul kalau aku usik..asyik nak merajuk aja sayang aku ni.. Ambil sendiri.. Hannah seperti tidak mahu melayannya. Panas.. Hannah mencapai tisu di atas meja makan.Dia mencapai sebiji cekodok pisang itu lalu ditiupnya.Kemudian dicubit kecil dan disuakan ke mulut Uwais tapi ditarik semula. Nak suap ke tak ni? Uwais tayang muncung.Buat dah perangai manja mengalahkan budak tadika dia tu. Abangkalau ya pun duduklah dulu,Cikgu apa makan berdiri ni.. Tegur Hannah lembut. Alamak..terlupa la sayang,exited ni pasal sayang nak suapkan..Uwais cepat-cepat duduk.Dia membuka mulut dan Hannah menyuapkan cekodok itu ke dalam mulutnya. Macam bagi makan anak burung pulak.Alahai suami aku ni..macam-macam kerenah! hmm..sedap tak? Hannah tanya dengan perasaan berdebar.Disapu tubir bibir Uwais yang sedikit comot. Sayang yang bancuh ke tadi? Iyalah..mak yang tunjukkan dan beritahu sukatan.. Sedap.. Uwais makan dengan berselera.Kuih kegemaran aku ni Ya ke? abang tipu..nak ambil hati aja kan? Betulsedap macam mak buat!..Uwais meyakinkan.Aku cakap betul dia pulak tak percaya.Dah macamana? Betul? Hannah inginkan kepastian. Demi Allah sayangini yang buat abang tambah sayang ni Uwais senyum.Uwais mengambil satu biji lagi cekodok di dalam pinggan. Abangnanti petang lepas solat Jumaat, abang singgah rumah kita ya? dah lama tak tengok ikan laga Hannah tu pun, dah lama tak bagi makan..mati pulak nanti Hannah baru teringatkan ikan laga yang dihadiahkan Uwais. Hmmm..jawab Uwais.Dia tak henti-henti mengunyah cekodok pisang.Hannah tengok dah tinggal separuh dalam pinggan.Sedap sangat ke? Uwais sedang berfikir.Patut ke aku beritahu pasal Karnival tu sekarang ya? mood dia tengah baik ni..tapi,nantilah Karnival tu pun lambat lagi,Batrisya pun belum tanya pasal tu Abangdengar tak?Hannah mencuit hidung Uwais.Dia suka bila Hannah buat begitu,dah jadi macam habit pulak. Dengarjanganlah kacau..abang tengah makan ni jawab Uwais lagi. Ya Allah, dah habis? Hannah baru perasan cekodok dalam pinggan dah licin..cepatnya habis? Kan abang dah katasedap..Uwais senyum..senyum bahagia!

Suami yang Kubenci 37


by E-man Sufi Fawaz menguap beberapa kali.Matanya masih lagi merasa mengantuk.Dia keluar dari bilik tidur.Suasana rumah sunyi sepi.Mesti Putera Baihaqi dan Hannah Mastura dah pergi sekolah.Uwais? yaapsal aku tak nampak dia malam tadi? hmmm hairan betul aku,mana dia pergi ya? aku tunggu sampai lewat malam tak balik-balik.. ini mesti ada yang tak kena ni..kereta buruk dia tu ada pulak tersadai kat luar.. Fawaz sempat menelek ke luar rumah melalui tingkap.Memang ada kereta Mini Cooper hijau di garaj.Masih rosak lagi agaknya,memang layaklah..kereta terlampau buruk,elok jual timbang kati aja.. Fawaz terasa perutnya sudah lapar dan pantas saja kakinya mengatur langkah ke meja makan.Dia nampak mak Awa sedang mengemop lantai di dapur basah. Mak Awa masak apa untuk sarapan pagi ni? tanya Fawaz. Mak Awa buat nasi goreng aja.. jawab Mak Awa. Takde benda lain ke Mak Awa? Fawaz mengeluh.Macam ni baik aku pergi sarapan kat hotel! dia mencapai sekeping roti. Barang dalam peti ais dah habis Beritahu Mak Awa. Kenapa tak pergi beli? Fawaz tak puas hati.Apalah Mak Awa ni,kerja senang macam tu pun aku nak kena beritahu ke? Memang nak pergi beli tapi takde orang nak hantar..Din hari ni nak ke Kemaman sekejap lepas hantar Putera dan Hannah ke sekolah Mak Awa selesai mengemop lantai.Kemudian menuju ke sinki dan mencuci beberapa biji cawan. Uwais tu kan ada? kenapa Mak Awa tak suruh dia aja? Uwais kan tak balik malam tadi, agaknya dia tidur di rumah mak dia..Hannah kan ada di sana Fawaz yang sedang mengunyah roti tersedak.Cepat-cepat dia menuang susu kotak ke dalam cawan dan diminumnya.Oh, maknanya memang Hannah tak ke Afrika la? memang sah Uwais tu nak tipu aku..yang dia sorok Hannah kat rumah mak dia tu apa hal? Mana Mak Awa tahu Hannah ada kat rumah mak Uwais tu? Malam tadi Mak Awa dengar Putera berbual dengan Mastura..katanya,Hannah ada di rumah mak mertuanya tu,belajar memasak Belajar memasak? lagi? berapa banyak guru Hanny ni nak pakai? dengan Mak Awa aja tak boleh ke? Emmm..jauh ke rumah mak mertua Hanny tu Mak Awa? Fawaz bula berfikir, kan lagi elok kalau aku pergi jumpa Hanny kat sana? aku pun dah bosan duduk sorang aja kat rumah ni,Uwais pun takde..kalau tak,boleh juga aku kacau budak kampung tu.. Jauh tu tak juga kenapa? Mak Awa tahu rumahnya? Tahu Macam ni,biar saya hantar Mak Awa pergi pasartapi Mak Awa mesti tunjukkan saya di mana rumah mak mertua Hanny tu boleh? Eh..boleh..elok sangatlah tu,Fawaz hantarkan aja Mak Awa ke pasar nanti tahulah Mak Awa balik sendiri.. Fawa angguk.Hehehoh, kau nak sorok Hanny dari jumpa aku ya Uwais? kau ingat aku bodoh? Ini Fawaz latak pernah putus asa +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Sarimah sedang menyapu sampah di halaman rumah sewaktu matanya tertancap pada sebuah kereta Mercedes Benz yang masuk ke perkarangan rumahnya. YB mana pulak yang bertandang rumah aku ni? sejak akhir-akhir ni banyak pulak kereta mewah yang datang bertandang.Kereta itu berhenti berhampiran kereta menantunya.Seorang pemuda berkacamata hitam keluar. Sarimah berhenti menyapu. Hai, bukan main segak lagi orangnya.Nak kata YB,setahu aku lebih kurang sebaya aku aja..ini muda belia..handsome pulak lagi.. Assalamualaikum Mak Cik.. Waalaikumussalamanak ni siapa?

Saya Fawaz..Err..saya nak tanya..Hanny ada Mak Cik? Honey? Eh, Mak Cik tak jual madu lebah nak oi... Sarimah rasa pelik.Aku ni walaupun sekolah sampai SRP aja tapi aku tahulah Honey tu maksudnya madu.Apa kejadah pulak orang bandar datang cari madu sampai ke rumah aku? bila pulak aku ni buat bisnes jual madu lebah? tak faham betul aku.. Fawaz kerut dahi.Madu lebah? alamak! Mak cik ni salah faham la pulak Maksud saya..Hannah Maryam.. Oo..Hannah! cakaplah betul-betulnak buat apa cari dia? Sarimah tayang muka curiga.Apa kes pulak lelaki muda,handsome pulak lagi datang cari menantu aku ni? Emm..saya ni sepupu dia Mak Cik.. Oh,anak ni cucu Tan Sri jugalah ya? Ya Mak Cik..saya ni,cucu sulung dia.. Iya? tapi macam tak pernah nampak pulak masa Hannah dengan Uwais bernikah hari tu.. Memang tak nampak Mak Cik..saya ada di Dubai masa tu..Banyak pulak tanya Mak Cik ni mana Hanny ni? dekat rumah kampung ni ke dia tinggal? biar betultak panas ke? entah-entah Hanny kena dera macam Cinderella tak? kena cuci pinggan mangkuk..buat kerja dapur semua..alahai,kesian Hanny aku..mata Fawaz melilau kalau-kalau ternampak Hannah. Kejap yaHannah ada dalam rumah.Dia sibuk buat kerja pejabat dia..orang zaman sekarang ni, kat mana-mana pun boleh bekerja ya? Sarimah memang tidak mahu mengganggu Hannah yang tadi dilihatnya sedang menghadap computer riba.Pelik juga dia tengok bila Hannah bercakap sesuatu melalui computer itu.Rupanya baru dia faham bila Hannah beritahu yang dia sedang berbincang dengan ahli lembaga pengarah syarikat melalui jaringan internet.Hebat betul menantu aku tu! Hannah!! keluar sayang..ini hah, ada orang datang cari Hannah ni Laung Sarimah.Fawaz terkebil-kebil memandang.Uikskuat betul volume suara mak cik ni! Elok juga kau datang..siapa nama tadi? Mawaz? Fawaz Mak Cik ada ke Mawaz? nama aku sikit punya sedap! Hah..Fawaz, nilepas kau jumpa Hannah nanti,Mak Cik nak mintak tolong boleh? Tolong apa Mak Cik? Tolong kaitkan buah kelapa tu hah Sarimah menunjuk kea rah sebatang pokok kelapa yang tinggi melangit. Hah?? Fawaz telan liur.Kait? aduhsatu kerja pulak aku kena buat! apsal tak suruh anak dia aja? CEO macam aku ni mana buat kerja kait buah kelapa? Ada apa mak?? Hannah muncul di beranda rumah. Fawaz lihat Hannah berbaju kurung warna putih.Lama dia memandang,cantik!! teringat masa Hannah sebelum pergi ke luar negara dulu, Hannah memang cantik bila berbaju kurung Ni, sepupu Hannah ya? Sarimah mengerling Fawaz.Hai, semacam aja pandang menantu aku tu? ini kalau perasan dek anak aku ni.. Laabang Fawaz rupanya? sampai pulak abang kat rumah mak mertua Hanny ni? macamana abang datang sini? Hannah segera menyarung selipar dan mendapatkan Fawaz. Naik kereta Tuk Ayah..Abang tanya Mak Awa..tadi abang hantar dia pergi pasar..dalam perjalanan tadi,dia tunjukkan rumah ni.. Hannah,ajak sepupu Hannah ni naik..Mak nak habiskan menyapu daun-daun gugur ni..hah, Mawaz.. Fawaz Mak Cik.. Ahhh!!! geram pulak aku kat Mak Cik ni! Hannah ketawa. Fawaztersilap pulak..jangan lupa,nanti tolong Mak Cik ya? Iyalah Mak Cik..Fawaz terpaksa angguk.Takkan nak kata tak boleh depan Hanny? Mak Hanny minta tolong apa? Tanya Hannah sewaktu dia dan Fawaz masuk ke dalam rumah. Kait buah kelapa! Kait buah kelapa? abang Fawaz pandai ke? Alah! setakat buah kelapa.. Fawaz seperti biasa.Auta aja lebih Hannah menahan tawa.Kalau aku ketawa kuat kang kecik ati pulak.Biar betul abang Fawaz ni? setahu aku,pujaan hati aku aja yang serba boleh dalam kerja-kerja macam tu..ini abang Fawaz?

+++++++++++++++++++++ Pukul 12 tengahari Uwais pulang dari sekolah.Dia pulang sendirian kerana Anis mahu singgah di rumah Tuk Ayah untuk mengulangkaji pelajaran bersama Mastura. Sebaik saja dia memberhentikan motosikal.Dia terpandang kea rah sebuah kereta Mersedez Benz yang memang dikenalinya. Siapa yang bawa kereta ni? satu-satunya orang yang dia syak tak lain tak bukanAbang Fawaz?? kat sini pun dia boleh datang? ieeetahu aja dia Hannah ada kat mana!! Uwais turun dari motor.Dia dapat mendengar gelak tawa dari arah tepi rumah.Kebetulan pulak dia nampak Hannah keluar dari dalam rumah bersama sedulang minuman. Abang dah balik? sapa Hannah.Uwais cepat-cepat mendekati Hannah.Dia mencium dahi Hannah kejap. Sayang buat air untuk abang ya? bertuahnya abangbaru turun motorsikal isteri dah sambut dengan minuman..macam ni baru isteri abang.. Uwais mahu mencapai gelas berisi minuman sejuk itu. Eh..abang..nanti dulu! yang ni bukan untuk abanglah!! Bukan untuk abang?? dah tu untuk siapa? Ini untuk abang Fawaz..tadi dia penat kait buah kelapa,Mak suruh Hannah buat air untuk dia..kejap Hannah hantar air ni,lepas tu Hannah buat air untuk abang ya? Tak payahlahsuara Uwais seperti jauh hati.Dia mengatur langkah kea rah tepi rumah. Fawaz..Fawaz..Fawazmemang tak boleh blah!! Abangpanggil Hannah tapi Uwais buat tak dengar. Alahaimerajuklah pulak! Hah..dah balik pun Romeo! Sarimah yang kelihatan rancak berbual dengan Fawaz baru perasan yang Uwais dah balik dari sekolah.Aik? apsal masam aja muka anak bertuah aku ni? Bila Abang Fawaz datang? tanya Uwais .Dia agak terkejut juga melihat Fawaz yang tak berbaju itu sedang menyiat kulit kelapa menggunakan alatan kayu yang ditajamkan di hujungnya. Aku datang pagi tadi Fawaz ni tolong mak kait kelapa..banyak juga dia dapat kait,ni..tadi..mak ajar dia cara kupas kulit kelapa ni..sekejap aja dah pandai..Mak Cik kagum betul dengan Fawaz ni,bukan setakat CEO..buat kerja kampung pun pandai.. puji Sarimah. Macam nak tercabut telinga Uwais mendengar pujian yang melambung maknya itu pada Fawaz yang tersenyum dengan riak muka bangga.Ellehkupas kelapa aja pun!!! Cemburu betul Uwais dengan pujian itu. Abang Fawaz..ni air.. Sirap aja? Cappuchino takde ke? Tanya Fawaz.Namun gelas yang dihulur Hannah diambil juga dan diminumnya. Kapur cina? air apa pulak tu? tak pernah Mak cik dengar.. tanya Sarimah.Pelik betul budak ni..kapur pun nak minum? Uwais ketawa terbahak-bahak.Adoilah mak aku..kapur cina? memang padanlah dengan Abang Fawaz yang menyebok ni..nak aja aku sapu muka dia dengan kapur kasut adik aku!! Mak..Kapur cina tu minuman orang Dubai mak..mahal harganya mak..kita tak mampu beli,padan minum air sirap aja..sindir Uwais.Hannah menepuk lengannya. Apa abang ni cakap macam tu.. Hannah perasan yang Uwais jelas cemburukan Fawaz.Hmm.. elok jugak Abang Fawaz datang.Dapatlah aku tengok perangai Uwais aku ni bila cemburu..asyik aku aja yang makan hati dengan cikgu tu.. Uwais mencebir.Bengang pulak bila Hannah bela Fawaz. Sudah minum Fawaz? hah..eloklah pergi mandi,lepas ni bolehlah kau dengan Uwais pergi solat Jumaat Fawaz yang sedang minum tersedak.Solat Jumaat? Errr..saya takde baju Melayu Mak Cik Fawaz memberi alasan.Uwais senyum sinis.Alasan tak nak pergi solatlah tu! Takpe abang Fawaz..saya ada banyak..boleh aja bagi abang pinjam.. Uwais menawarkannya dengan ramah.Dalam hati dia nak aja dia menjerit..boleh tak kau balik aja ke Dubai?? Okeylah..Fawaz jawab perlahan.Siapa nak pinjam baju kau? ieee..terpaksa aku pakai baju kampung dia tu! ++++++++++++++++++++++++++++ Selesai mandi Uwais dan Fawaz sudah siap memakai baju Melayu.Uwais tengok bajunya yang

dipakai Fawaz agak singkat kerana sosok Fawaz yang tinggi lampai.Tapi dia tak nafikan,Fawaz yang punya gaya tarikan seorang model itu memang segak kalau pakai apapun.. Uwais masuk ke dalam bilik seketika untuk mengambil butang baju Melayu.Dia mahu Hannah memakaikan butang baju Melayu itu.Sebelum pergi ke sekolah pagi tadi dia sudah ajarkan Hannah cara-caranya. Sebaik saja dia keluar dari bilik, Hannah juga baru muncul dari arah ruang dapur. Sayangtolong pakaikan butang baju ni? pinta Uwais dengan lirikan menggoda.Hannah senyum dan baru saja nak rapat dengan Uwais, Fawaz yang berada di ruang tamu memanggilnya. Hanny!! tolong abang pakaikan butang baju ni..abang tak pandai la! dah lambat ni pinta Fawaz pula.Hannah terkesima seketika.Mana satu aku nak buat ni? dia merenung Uwais. Hmmmmasa untuk tengok abang sayang aku ni cemburu! Abang tahu pakai kan? abang pakai sendiri ya? Hannah nak tolong abang Fawaz kejap..sian kat dia..nanti lambat pulak abang dengan dia pergi solat.. Hannah selamba meninggalkan Uwais yang terlongo berdiri di hadapan biliknya.Dia rasa nak menjerit bila Hannah pergi mendekati Fawaz dan memakaikan butang baju Melayu itu untuk Fawaz yang mengangkat kening padanya!!! Wargghhhh!!! tidak!!!! aku tak rela!!! Sampai hati sayang tak pedulikan abang

Suami yang Kubenci 38


by E-man Sufi Dah siap..Hannah selesai mengancing butang baju Melayu cekak musang yang dipakai Uwais. Hannah merenung wajah Uwais yang masih cemberut.Marah lagilah tu Selepas dia memakaikan butang baju Melayu yang dipakai Fawaz,dia lihat Uwais masih berdiri di depan pintu bilik.Kemudian Uwais masuk ke dalam bilik dengan wajah mencukanya.Dia kemudian turut masuk bila Fawaz sudah lama menanti Uwais yang masih tak keluar.Rupanya buah hati pengarang jantungnya itu merajuk gara-gara "butang baju" AbangHannah dah selesai kancing butang baju Abang ni,tak nak pergi lagi ke? dah nak pukul satu ni Hannah mencuit hidung Uwais yang dari tadi tak bercakap.Alahai..marahnya sayang aku ni..Uwais masih duduk.Hannah yang berlutut di depannya itu seakan tidak mahu dipandang. Apa cuit-cuit ni,batal wudhu abang.. Uwais mengerut dahi.Muncung panjang bila Hannah mencuit hidungnya.Hannah ketawa.Ya Allah. marahnya Nak cuit pun tak boleh? Eleh apa susah, air kolah kat masjid tu kan banyak.. Uwais tak menjawab. Abang marah sangat ni kenapa? abang cemburu dengan abang Fawaz ya.. Hannah ketawa lagi.Uwais mengerlingnya.Uikss siap jeling tu Memang pun!! sukalah kan Ieeee.abang bila marahkan..handsome sangat, tapi. kalau abang senyumkan..laaaaagi handsome Hannah cuba memujuk tapi Uwais tetap macam tu jugak..langsung tak nak senyum. Aiipayah jugak ya? emmm..takpe,cuba cara ni pulakHannah tak putus asa,waktu makin berjalan ni..kalau Uwais masih duduk alamatnya,orang dah habis khutbah baru Uwais sampai..itupun kalau dia nak pergi..buatnya dia tak nak? lepas tu mak mertuanya mengamuk? ieeee..ngeri!! Hannah bangun dan kemudian mencari-cari sesuatu.Habis bantal yang tersusun rapi diserakkannya.Uwais pelik. Apa pulak yang dicarinya tu? dah tak nak pujuk aku ke? Cari apa? tanya Uwais.Hannah tetap mencari sesuatu yang dia sendiri tak tahu sebab Hannah tak menjawab soalannya tadi. Sayang cari apa? Uwais makin pelik.Beriya-iya sangat tingkah Hannah sampaikan poket baju Melayunya pun Hannah periksa! Tak jumpalah Hannah duduk di sebelah Uwais.Wajahnya resah.Uwais makin pelik ,tak jadi pulak dia nak merajuk..apa yang Hannah cari? Tak jumpa apa sayangbagitau abang,biar abang tolong cari.. Lesung pipit abanglah jawab Hannah selamba.. Uwais ketawa..mulanya perlahan kemudian semakin kuat hingga berair matanya.Hinggalah dia berhenti dan tersenyum hingga menampakkan kedua lesung pipitnya di pipi.Ada ke cari dalam poket baju aku? Hahhdah jumpa pun..kat sini rupanya Hannah memegang kedua pipi Uwais.Thanks God!! susahnya nak buat dia ketawa sampai kena berlakon pulak..nasib baik aku pandai berlakon! Pandai sayang abang ni kan? saja nak buat abang ketawa ya? Uwais meraih tangan Hannah dan dicium tapak tangan isterinya itu. Abang tu yang marah-marah..merajuk pulak tu..dengan abang Fawaz pun nak cemburu.. Sayang dulukan dia daripada abang..suami mana yang tak cemburu siannyaokeylah,nanti sayang dulukan abang ya? tak nak lah merajuk macam tadi tu.. Uwais!!! dah lambat ni, cepatlah!! terdengar laungan Fawaz dari luar bilik. Dengar tusibuk aja marah Uwais.Hannah ketawa. Abang Fawaz memang macam tu,tapi dia bukan jahat..abang layan ajalah perangai dia tu.. ya? Uwais diam.Tak jahat apa!! dia tu nak mengurat sayang.takkanlah tak perasan! ke buat-buat tak tahu? Perangai menyibuk tak boleh blah dia tu aku nak layan? banyak lagi kerja lain! ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ ++++++ Nak pergi naik motorsikal ni ke? mata Fawaz memandang lama pada motorsikal EX5 milik

Uwais.Topi keledar yang dihulur Uwais masih belum diambilnya. Dah tu? Uwais kerut dahi.Mulalah aku naik bengang dengan dia nimengada-ngada..kau ingat kau Hannah aku nak layan? Mangkuk tingkat betul! Weikan ada dua biji kereta depan kita ni? yang kau nak naik motor buruk ni apahal? kau ni memang suka benda buruk ke? Fawaz mencekak pinggang.Nasib baik Hanny dalam rumah,dapatlah aku kutuk motor buruk budak kampung ni.. Ooo..abang nak kata Hannah tu pun buruklah ya? Bila pulak aku cakap macam tu? Alah..Hannah tu kau dapat sebab nasib kau baik ajaHannah tu yang malang sebab dapat kau jadi suami dia.. Lantak abang Fawazlah ..tak kuasa dah saya nak layan.. Uwais letak topi keledar atas pangkin.Ikutkan hati nak aja aku tinggal dia nimulut macam bau longkang!!! Siapa suruh kau layan aku Oiii!!!!! bertuah punya budak, sampai bila korang nak melangak bawah pokok mempelam aku tu!!! korang nak solat Jumaat tak cukup rukun ke? dah pukul berapa ni? nanti terlepas khutbah pulak!! Laungan Sarimah dari dalam rumah buat Uwais dan Fawaz macam lipas kudung.Bergegas Uwais lari mendapatkan motorsikal.Fawaz pulak cuba mencapai topi keledar di atas pangkin tapi terjatuh pulak dan bergolek betul-betul di kaki Sarimah yang pun keluar dari rumah.Gulp!!! Fawaz telan liur bila Sarimah mencekak pinggang.Mahu tak mahu dia beranikan diri mengambil topi itu.Erkk!! garangnya Mak Cik nimama aku tak garang macam ni.. Cepat!!!! jangan sampai kepala korang berdua bergolek macam topi keledar ni..boleh pulak bersembang ? orang dah nak solat kat masjid tu! jerit Sarimah lagi. Uwais segera menghidupkan enjin motorsikal tapi tak nak hiduplah pulak.Motor ni pun terkejut dengan jeritan mak aku agaknya.. Bukan salah saya mak cik! Uwais ni..saya ajak dia pergi naik motor tapi dia nak naik kereta..tu yang kitorang berbincang lama tu.. Fawaz mereka alasan.Dia segera memakai topi keledar. Tebiat apa nak naik kereta Uwais oiii..kau dah ilang ingatan ke? kan ke kau pergi naik motor selama ni? waktu macam ni jalan sesak..ieeeeeapa lagi tu Uwais? Motor tak nak hidup mak!! Uwais sudah takut melihat maknya yang dah mula bertukar hampir menjadi Mak Lampir...Dah tu, kena fitnah pulak dengan Fawaz..bila masa aku nak pergi naik kereta!!!!! Mari sininak aku jugak yang buat kerja senang macam ni..kau ni Uwais,kurang vitamin ke apa? Sarimah memberi isyarat supaya Uwais turun dari motosikal.Cepat-cepat Uwais turun.Sarimah pula ambil alih dan akhirnya motorsikal itu berjaya dihidupkan dengan mudah. Tengok? macam ni namanya professional Sarimah turun dari motorsikal.Fawaz ternganga Mak memang terbaiklah mak tanpa mak,siapalah motorsikal ni.. Dah..tak kuasa aku nak melawak dengan kau..pergi cepat!!!!!!!!! Yelah..yelahcepatlah naik abang Fawaz arah Uwais yang sudah berada di atas motosikal dan siap memakai topi untuk keselamatan.Fawaz segera naik.Dipegang kemas pinggang Uwais. Ni apa pegang-pegang pinggang orang ni.. Uwais rasa rimas.Kalau Hannah lainlah cerita..bersemangat jugak kena peluk macam tu..ini abang Fawaz..ieee..geli aku!! Aku gayatlah!!!! Fawaz tak peduli.Dia tetap memeluk pinggang Fawaz. Apa lagi tu??? Sarimah bertambah geram. Pergi dulu mak!! Uwais terus menekan gear dan motorsikal itu dipecut laju. Hati-hati bawa motor tu Uwais!!!!!! laung Sarimah.Bergema satu kawasan rumahnya hingga Hannah yang berada di dalam bilik menjenguk ke tingkap. Kenapa mak? Itu hahbertuah dua orang tu, lambat nak pergi solat Hannah memandang ke arah jalanraya.Masih boleh nampak Uwais dan Fawaz yang menaiki motorsikal.Comelnya..macam adik dengan abang! ++++++++++++++++++++++++++++++ Balik dari solat Jumaat.Seperti yang dipesan Hannah padanya.Uwais singgah di rumah mereka yang terletak di Bukit Istana.Terpaksa diangkut Fawaz sekali walaupun memang malas dia nak ajak. Ini ke rumah kau? tanya Fawaz.Dia duduk di sofa.Siap baring lagi..Uwais menggeleng.Suka hati

dia..ingat rumah kau ke? Nak minum tak? tanya Uwais. Elok jugak..kau buatkan aku fresh oren..jangan manis sangat tau? Amboi..banyak cantik muka abang Fawaz nak fresh oren? air sejuk cukup ahh.. Aku memanglah tak cantik..aku handsome..handsome daripada kau pulak tu.. Kalau nak minum ambil sendiri Uwais teringin betul nak tolak Fawaz supaya jatuh dari sofa.Menyampah aku!! Aku baritahu Hanny kau tak layan aku macam tetamu.. Ieeee..Uwais pergi juga ke dapur.Agaknya ada lagi minuman Marigold dalam peti ais. Woi Uwaisikan apa yang kau bela ni? dah mati pun..busuklah!! Fawaz terpandang akuarium kecil di atas meja tepi rak TV. Hah? mati? biar betul!! Uwais baru teringatkan ikan laga Hannah.Masuk aja dalam rumah,dia terlupa nak tengok sebab melayan perangai mengada Fawaz.Uwais tak jadi buka peti ais..dia terus mendapatkan Fawaz yang sedang membelek akuarium dengan menutup hidungnya. Mati? tanya Uwais. Betul la..kau tengok tu..dah terbalik ikan ni..ikan apa ni? Habislah!!!! Uwais kelihatan cemas. Kenapa? ikan aja pun..beli ajalah yang lain..Fawaz mencapai remote TV. Ini ikan Hannah ladia sayang ikan ni..matilah pulak,mesti sebab dah berapa hari tak makan.. Uwais rasa kesal.Macamana nak beritahu Hannah? Ikan Hanny? kau buat lawak ke apa? sejak bila dia suka bela binatang hanyir macam ni? Fawaz ketawa.Ingat aku nak percaya..Uwais tak pedulikan gelak Fawaz.Dia memandang sayu pada ikan laga yang sudah mati ituSian ikan nikesian jugak kat sayang akumesti dia sedih ikan ni dah mati

Suami yang Kubenci 39


by E-man Sufi Dah dekat pukul 3.30 petang ni hah manalah budak-budak bertuah ni tak balik lagi Sarimah mengomel sambil mengangkat bakul berisi kain kering yang baru diangkat dari ampaian. Abang singgah kat rumah agaknya mak..Hannah ada pesan suruh tengokkan rumah sebab dah berapa hari tak balik sana iya ke..patutlah.. Sarimah membuka radio kemudian duduk di tiang seri rumahnya itu. MALAM KU BERMIMPI HAI DENGAN SATU BINTANG BERKATA-KATAKU DI JENDELA KU LIHAT KANDA TERSENYUM MEMANDANG ASMARA BERGELORA MERESAP KE DADA Lagu nyanyian Saloma dan P.Ramlee itu bergema dari radio yang dipasang oleh Sarimah.Klasik FM memang menjadi pilihan halwa telinganya di waktu petang sebegitu.Hannah yang sedari tadi duduk menghadap laptop di ruang tamu mengerling pada mak mertuanya yang sedang melipat kain di tiang seri rumah.Dia tersenyum dan hampir saja ketawa kerana mak mertuanya yang turut menyanyikan lagu itu.Dia sendiri dah tak boleh beza mana satu suara yang keluar dari radio dan mana satu suara mak mertuanya..sedap dan mendayu-dayu.Boleh tahan suara mak mertua aku ni.. Sedaplah suara mak lagu siapa ni mak? La..takkan tak tahu, inikan lagu Puan Sri Saloma dan Tan Sri P.Ramlee..mak memang minat sangatkalau karaoke kat rumah ni memang mak nak nyanyi lagu diorang berdua ni aja..Uwais sampai naik rimas..kadang tu mak paksa dia berduet dengan mak.. bukan main lagi Sarimah bercerita tapi tangannya tetap lincah melipat pakaian. OO..Hannah angguk.Aku manalah pernah dengar lagu lamaKaraoke? dasyat jugak mak mertua aku ni.Matanya terarah pada Set karaoke di rak TV. Mak suka menyanyi jugak ke? Ishmak ni setakat menyanyi di dapur aja..karaoke tu kalau boring menjadi aja..apa,ingat orang tua macam mak ni tak tension dengan kerja-kerja rumah ni semua? Sarimah ketawa.Hannah pun ketawa juga. Alahai.. mak mertuaku! Dulu masa muda belia macam Hannah ni, mak ni selalu kena tegur dengan arwah Tuk Wan Uwais..bukan apa,asyik menyanyi aja kat dapur..tahu ajalah,kalau suka menyanyi di dapur nanti kahwin dengan orang tua katanyatapi,mak kahwin bukan setakat muda..macamana Hannah tengok muka Uwais tu..macam tu la arwah ayahnya masa muda..Cuma rambutnya tu..ada jambul la..tu yang mak terpikat tu.. Sarimah rancak bercerita kisah zaman muda.Hannah menutup laptop.Dia bangun dan duduk berhadapan dengan Sarimah. Mak kenal arwah ayah macamana ya? mula jumpa masa dalam satu majlis kenduri kahwin..dia ahli kugiran,pemain gitar.. O..abang tu pun pandai main gitar kan mak? Hannah nampak ada gitar kat rumah.. Memang pandai..dia belajar dengan arwah dulu, pendek kata..memang banyak ikut perangai ayahnya tu.. Hannah senyum.Ada jugak ikut perangai mak yang suka buat scene of humor tu.. Lagi mak..ceritalah pujuk Hannah.Sarimah mula bersemangat.Maklum ajalah,mengimbas kembali zaman cinta pertama dan terakhirnya tu..terujalah pulak! Dia kenyit mata kat mak masa mak terpandang kat dia..tapi mak tak layan..walaupun handsome.. Mak jual mahal ya.. Hannah mengusik. Eh,mestilahtapi dalam hati tu dah rasa macam Saloma dengan P.Ramlee pun ada.. Sarimah ketawa lagi.Hannah merenung wajah mak mertuanya itu.Tidak nampak tua seperti usianya yang sudah menjangkau 50 tahun..Bila ketawa dan tersenyum masih jelas kelihatan lesung pipit di pipi kanannya..tentu masa muda dulu mak mertua aku ni cantik kalau tak takkan abang Uwais aku tu handsome..adik ipar aku tu pun lawa apa..

Satu hari, mak dapat suratyang pelik tu takde nama dan alamat..tapi bila buka surat tu,rupanya surat cintadaripada abang posmen.. Abang posmen? Iyalaharwah ayah tu kerja posmen..hari-hari hantar surat kat mak..surat cinta,sampai sekarang mak simpan..ya lah, walaupun dia dah takde tapi kasih sayang dia tak pernah mati..sampai sekarang mak masih cintakan arwah Hannah terharu mendengarnya.Pertemuan pertama yang membawa kepada utus mengutus surat cinta dan kemudian berkahwin hingga salah seorang dari mereka telah dipanggil Ilahi tapi cinta itu tak pernah mati..Langsung tak sama dengan kisah cintanya..Hannah teringat pada pertemuan pertamanya dengan Uwais ,berlaku pertengkaran kecil..kemudian diikuti pertemuan kedua..berlaku pergaduhan yang agak menakutkan..dia masih tak lupa bagaimana dia menyiram Uwais dengan milo ais..tak cukup tu..ditenyeh pula dengan burger kejuAkhirnya, mereka berdua dipertemukan oleh Tuk Ayah..masih segar diingatannya pertengkaran hebat antara dia dan Tuk Ayah kerana dia berkeras menolak untuk dijodohkan dengan seorang penjual burger ! +++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Takkan batal? Tuk Ayah, nak buat majlis apa lagi kalau pengantin lelaki dah takde? Hannah betul-betul tak faham.Mula-mula Tuk ayah putuskan pertunangannya dengan Tengku Muiz.Dia pun memang setuju.Dah tak hard-up dia nak bersuamikan lelaki tak bermoral macam tu.Ieee kalau aku tahu perangai dia macam tu, dari dulu lagi aku dah reject..sekarang ni,aku jugak yang dapat malu! Kalau takde,kita adakanselamba jawapan itu.Tuk ayahnya yang sedang membelek akhbar di pandang dengan perasaan terkejut,hairan dan tak sedap hati. Ewah..sedapnya Tuk Ayah aku ni bercakapkalau takde kita adekan? ingat aku nak kahwin pondok-pondok ke? Tuk Ayah,Hannah tahu semua orang tertekan..malu dengan apa yang Muiz tu dah buat tapilawak yang Tuk Ayah buat ni tak lucu pun.. Bila pulak Tuk Ayah buat lawak Hannah.. Tadi tu?.. dah la Tuk Ayah, Hannah dah ambil keputusan untuk batalkan semua tempahan yang kita dah buat dah takde hati nak kahwin Hai..senangnya nak batalkan macam tu aja ya? kau ingat muka Tuk Ayah ni tebal macam dinding rumah ni? kau jangan nak mengada-ngada Hannah Maryam Atuk kata jangan batal!!.. seminggu aja lagi majlis tu,saudara-mara kita semua dah buat persiapan,tetamu pun dah dapat jemputan.. Hannah nak nikah dengan siapa? Bentak Hannah.Tuk Ayah aku ni dah kenapa pulak? Hatinya dah mula cuak.Siapa pulak yang dia kena nikah? dia bukannya terdesak sangat pun! Dengan pilihan Tuk Ayah.Sekarang masa untuk kau dengar cakap Tuk Ayahdari kecil sampai ke besar asyik ikut cakap kamu aja..nak itu,nak ini..sampaikan kau bertunang di UK punikut kepala kau aja ya? sekarang ni siapa yang kena tanggung malu? Aku ni Hannah!! ada kau fikir semua tu? Hannah terkedu.Tak pernah dia kena marah dengan Tuk Ayah sebegitu.Dia tahu dia dah malukan keluarganya tapi bukan salah dia..semua tu salah Muiz!! bukan dia yang kena tangkap khalwat..tapi nak buat macamana..kerana nila yang bukan setitik itu..memang sah-sahlah rosak susu sebelanga! Tuk Ayah nak suruh Hannah nikah dengan siapa? Hannah tak nak kahwin dengan orang yang Hannah tak suka.. O..jadi kau fikir Si Muiz keparat tu sukakan kau la? kalau dia cintakan kau takdelah dia nak buat tak senonoh dengan budak sekolah tumacam tu nak jadi menantu dalam keluarga ni? langkah mayat aku dulu!! dulu masa aku nak jodohkan kau dengan Fawaz bukan main lagi kau tak nak..bolehlah aku terima kalau sebab kau anggap dia abang tapi kali ni aku tak nak dengar apaapa alasan lagi..sampai tarikh nikah nanti,kau mesti kahwin dengan Uwais! Uwais? Hannah tambah terkejut mendengar nama tu apasal macam pernah dengar nama tu? kalau tak salah aku nama tu sama dengan nama penjual burger kurang ajar tu! Hatinya makin

resah.Takkan kut..dalam Malaysia ni ada ramai nama yang serupa. Siapa Tuk Ayah? Uwais baik budak tu HannahTuk Ayah percaya..kalau kau kahwin dengan dia..InsyaAllah kau bahagia.. Hannah tak nak Tuk Ayah!! Degil betul budak ni Tuk Ayah tak peduli..kau kena ikut jugak..kahwin dengan pilihan Tuk Ayah! marah Tn Sri Idris hingga bergema suaranya satu rumah.Hannah diam.Dia rasa nak menangis kerana membayangkan dia terpaksa berkahwin dengan orang yang dia tidak kenal! keinginan Tuk Ayah ini lebih dahsyat daripada berita Tengku Muiz ditangkap khalwat! Dengar sini Hannah..kalau kau degil lagi, Tuk Ayah akan batalkan hasrat Tuk Ayah nak lantik kau jadi CEO syarikat orang yang tak bertanggungjawab macamana nak jadi CEO? yang dah malukan keluarga? Apa kena mengena dengan tu pulak? itu kan memang hak Hannah? mana boleh Tuk Ayah ugut macam tu? Dia sudah mula tak puas hati.. mana boleh Tuk Ayah ketepikan dia sebagai CEO sedangkan itu warisan arwah papanya.Dia anak pertama jadi dialah yang berhak! Tuk Ayah Cuma pemegang amanah saja.. Kau berani nak membantah lagi? kau betul-betul nak Tuk Ayah buat macam tu ke? memang betul hak kau dalam syarikat tu warisan daripada arwah papa kau tapi..saham Tuk Ayah lebih besar dalam syarikat tu..Tuk Ayah ni pengerusi Hannah..kau betul nak Tuk Ayah singkirkan semua hak kau dalam tu? jangan lupa..kau ada dua orang lagi adik.. Tan Sri Idris senyum sinis.Bukan sengaja dia nak mengugut tapi dia sendiri dah lama makan hati dengan perangai keras kepala cucunya itu. Hannah mengeluh.Kenapalah sekarang Tuk Ayahnya dah berubahagaknya terlampau marah dengan apa yang telah terjadi.Dia tak boleh biarkan cita-cita dia sebagai CEO terkubur macam tu aja..dia belajar bersungguh-sungguh hanya dengan satu impian..dia mahukan semua haknya! Kalau dah macam tu,terpaksalah Hannah setuju.. jawabnya lemah.Sungguh dia rasa dia mangsa keadaan.. Huh..itu yang kau nak dengarkau jangan sedih..Orang yang Tuk Ayah pilih ni Tuk Ayah dah siasat latarbelakang dia.. baik dan bertanggungjawab.. Tan SriTetamu yang Tan Sri tunggu dah sampai..Mak Awa muncul dan mencelah perbualan mereka. Eloklah tu..suruh dia masuk..Arah Tan Sri Idris. Siapa Tuk Ayah? Siapa lagibakal suami kaulah..Tuk Ayahnya senyum lebar. Assalamualaikum Tuk satu suara kedengaran menyapa. Hah..mari sini Uwais..baru balik kerja ke? Haah baru balik dari kelas tusyen.. Hannah terkebil-kebil memandang kemesraan kedua lelaki di hadapannya itu.OMG!! memang dia ke?? penjual burger tu? Ini ke orangnya Tuk Ayah? Hannah terus saja bertanya. Awak?? Hannah merenung Uwais yang kelihatan turut terkejut. Tidak!!!! aku tak rela nikah dengan Penjual Burger nimacam ni kata baik? bertanggungjawab? aku boleh bahagia? Kamu berdua dah kenal ke? elok sangatlah tu... Tan Sri Idris ketawa.Hannah tak cakap apa-apa walaupun dia terlalu ingin menjerit dan mengatakan dia tidak mahu bahkan tidak rela tapi mengenangkan jawatan CEO yang dicitakan sangat tu..dia putuskan untuk berdiam sahaja.. Memang kenal..kenal sangat,cucu Tuk Ayah ni pelanggan gerai saya..pelanggan setia pulak tu Kata-kata Uwais itu buat dia rasa nak termuntah.Dia tahu itu sindiran sebenarnya.Kenapa lelaki tu boleh berlagak tenang? Kenapalah penjual burger ni yang dipilih Tuk Ayah..kalau beginilah jadinya,betul-betul dikatakan pelamin anganku musnah! +++++++++++++++++++++ Jauh menung Hannah? sentuhan di bahunya mematikan lamunan.Dia tengok mak mertuanya sudah selesai melipat kain.Bahkan sudah bangun masuk ke bilik untuk menyimpan pakaian yang dilipatnya itu.

Dengar bunyi motosikal tu..dah balik agaknya bertuah berdua tu..cuba kau tengok Hannah? Arah Mak mertuanya.Memang betul kedengaran bunyi motosikal.Hannah segera menjenguk di tingkap.Memang betul,Uwais suaminya sudah balik.Dia terkenangkan kata-kata Tuk Ayahnya..kau jangan sedih Hannah..lelaki yang Tuk Ayah pilih ni orangnya baik Hannah senyum pada Uwais yang melambai padanya.Kalau dulu dia kata dia tak kan bahagia tapi sekarang dia akui dia terlalu bahagia bersama penjual burger pujaan hatinya..Terima Kasih Tuk Ayah! walaupun permulaannya tidak begitu indah..

Suami yang Kubenci 40


by E-man Sufi Hanny..janganlah sedih lagi..nanti abang Fawaz belikan ikan lain ya? yang lagi cantik..yang lagi mahal.. Fawaz merenung wajah sedih Hannah.Uwais pula baru selesai menanam bangkai ikan yang sudah arwah itu.Dibawa pulang untuk dibuktikan pada Hannah.Kalau dia beritahu saja yang ikan itu sudah mati tentu Hannah tak percaya pula. Hanny tak nak ikan lain.. jawab Hannah.Dia berlalu pergi dan masuk ke dalam rumah.Tanpa menegur mak mertuanya yang berada di ruang tamu Hannah terus saja masuk ke bilik. Sarimah yang sedang menonton TV hanya memandang simpati.Hmmmkesian menantu aku,dah mati pulak ikan kesayangannya tu..perlu ke aku ajak dia karaoke? manalah tahu,boleh hilang sedihnya tu.. ini semua abang Fawaz punya pasal! marah Uwais.Ketika itu dia dan Fawaz sudah berada di beranda rumah. Kenapa aku pulak? bukan aku yang bunuh ikan tu! Kalau abang Fawaz tak sibuk-sibuk buka mulut masa kita sampai tadi,takdelah Hannah terkejut macam ni..kan dia dah sedih sangat tu.. Geram betul Uwais.Dia bercadang untuk beritahu Hannah dengan caranya sendiri tapi abang Fawaz yang memang suka menyibuk itu awal-awal lagi sudah memberitahu Hannah sebaik saja turun dari motosikal.Mahunya Hannah tak terkejut? elok-elok senyum sambut dia balik terus bertukar mendung kerana diberitahu ikannya mati.Langsung dia tak berpeluang nak slow talk..nak aja aku tanam abang Fawaz ni sekali dengan ikan tu! Hanny sayang sangat ikan kecil tu kenapa? mahal sangat ke ikan tu?kau cakap dengan aku dari mana dia beli ikan tu? aku belikan nanti..yang sama..serupa macam tu.. Fawaz mula tunjuk lagaknya. Abang Fawaz memang tak habis lagi nak tunjuk lagak? Hannah sayang ikan tu bukan sebab ikan tu mahal..tapi sebab saya yang hadiahkan..saya yang tangkap sendiri ikan tu..nak tunjuk kasih sayang pada seseorang kita tak perlukan wang ringgit..yang kita perlu ada cuma hati! Uwais terus mendaki anak tangga. Setakat ikan macam tu.. seratus ekor pun aku boleh hadiahkan pada Hanny..Aku pun boleh tangkap sendiri Uwais berpaling.Panas betul hatinya dengan perangai berlagak sombong lelaki itu. Baik!! kalau macam tu.. kita tengok esok, saya cabar abang Fawaz dapatkan ikan laga tu di tali air sana..tak payah seratus..seekor pun cukup.. Uwais mencabar.Takpe..kau berlagak sangat kan? aku nak tengok kau berkubang dalam tali air tu.. Okey!!..aku jamin..aku boleh dapat lebih daripada tu.. Fawaz mendaki anak tangga,dia sengaja melanggar bahu Uwais hinggakan Uwais hampir terjatuh kalau tak kerana Uwais memegang ambal pintu.Sabar ajalah!! Mak cik..Hanny mana? tanya Fawaz. Dalam bilik dialah..yang kau sibuk mencari menantu aku kenapa? tanya Sarimah.Fawaz sengeh dan duduk di kerusi. Err..saja tanya..emmm..mak cik, saya laparlah.. iya tak iya..mak cik pun terlupa nak ajak kau makan..tadi Hannah dah hidangkan,dia pun belum makan tu..tunggu Uwais katanya..hah,Uwaisajaklah Fawaz ni makan.. arah Sarimah pada Uwais yang baru nak masuk ke biliknya. Suruhlah dia makan sendiri mak..dia ada tangan dengan kaki..pergi ajalah ke dapur tu,saya nak pujuk Hannah ni..Uwais memulas tombol pintu dan masuk ke biliknya. Betul jugak, kau pergi ajalah makan sendiri..Mak Cik pun tengah syok tengok TV ni..alah,kau tak payah malu-malulah..buat macam rumah sendiri aja.. Takkan saya nak makan sorang mak cik.. Dah tu,kau nak aku temankan? Iyalah..takkan mak cik sampai hati nak biar tetamu makan sorang-sorang.. Ewah..kau pun boleh tahan mengada ya? Fawaz ketawa.Sebenarnya aku nak bodek mak cik ni supaya aku dapat tidur kat sini malam ni!

kalau nak minta dengan Uwais tu mesti dia tak bagi punya +++++++++++++++++++++++++++++++ Abangikan comel tu dah mati Hannah memaut lengan Uwais yang baru duduk di birai katil.Disandarkan kepalanya pada bahu Uwais.Perlahan jemarinya menyeka airmata.Uwais rasa luluh hatinya kerana pertama kali dia lihat Hannah menangis di hadapannya. Nak buat macamana,dalam dunia ni takde benda yang kekal pun.. pujuk Uwais.Dah la aku ni tak pandai nak pujuk sangat pun.. Memanglah..tapi saya sayang ikan tu,kan ikan tu hadiah pertama abang? Okeylah..nanti abang bagi hadiah lain pulak tapi tunggu hari lahir sayanglah..Usik Uwais.Namun Hannah masih berwajah mendung. Tak nakikan tu cantik..comel sangat! saya suka ikan tu..kalau tengok ikan tu,saya selalu ingat kat abang tau.. Iya? abang ni comel macam ikan tu la ya? Uwais mengekek ketawa.Ada ke samakan aku dengan ikan tu? emmm..bolehlah! Abang niorang tengah sedih ni tau Sorry..sorry..sorrysayang janganlah sedih lagi,esok kita pergi cari ikan tu lagi nak? Hah? betul ke bang? emm..boleh dapat lagi ke? abang kata susah nak dapat.. Hannah rasa tak sabar pula.Dia memang suka pergi ke tali air tu..rindu pulak nak pergi sana.. InsyaAllah..kenalah usaha,lagipun abang ni otai penangguk ikan laga.. Uwais tepuk dada. Iyalah tu Hannah tarik hidung mancung Uwais.Dia tersenyum,wajahnya tidak mendung lagi. Senyumlah selalu macam tuisteri abang kan lagi cantik kalau senyum.. puji Uwais.Hannah terus ukir senyum.Alahai..cantiknya ! berdegup kencang jantung Uwais. Abang belum makan kan? tanya Hannah.Memang waktu Uwais balik tadi dia nak ajak Uwais makan tapi tiba-tiba Abang Fawaz beritahu yang ikan peliharaannya dah mati..maunya dia tak sentap! ikan laga tu hadiah pujaan hati aku.. Belum..lapar ni,sayang masak apa? Uwais pegang perut. Tadi mak ajar saya masak gulai telur itik.. cerita Hannah teruja.Walaupun dia tak pernah makan gulai itu dan memang bukan makanan pilihannya tapi mak mertuanya beritahu itu antara kegemaran Uwais.Sayang punya pasal..apa pun dia sanggup buat! Iya? pandai ke sayang pecahkan telur itik tu? Pandailah..kalau tak percaya,jom kita pergi makan Hannah tak sabar pula nak tunjuk hasil dari air tangannya yang kedua. Abang nak kena komen lagilah ni.. Iyalahkalau tak sedap jangan tipu tau.. Tak..abang tahu,mesti sedap punya..tengoklah siapa gurunya..Mak Cik Sarimah tu,serba boleh..terbaik tu hah, tadi kan mak cerita pasal kisah cinta dia dengan arwah ayah.. Hannah tambah kelihatan ceria.Lega hati Uwais.Eloklah kalau dia lupa dulu pasal ikan tu.. Dengan sayang pun dia cerita? hmmm..mak..mak.. tu tak lain cerita pasal surat cinta dialah tu.. Abang pun tau? Maunya tak? mak tu..tiap-tiap malam baca surat arwah ayah tu.. Uwais mengelus rambut Hannah yang terjuntai di dahi. Kalau macam tu,saya pun nak abang tulis surat cinta macam arwah ayah jugaklah..nanti kalau abang dah takde,bolehlah say abaca surat tu..macam mak buat sekarang..Hannah ketawa.Sengaja mengusik..dia seakan menulis di telapak tangan Uwais dengan jari telunjuknya. Sampai hati minta abang mati cepat.. Eh..taklah..tak nak cakap macam tu..saya sayang abang sangat-sangat Hidung Uwais dicuit. Apa dia? tak dengar Uwais sengeh.Sengaja nak suruh Hannah ulang.Bukan senang nak dengar kan.. malaslah nak cakap banyak kali..jomlah pergi makan,kata lapar Hannah menarik hujung lengan baju Melayunya. Tak nak..abang nak dengar lagi apa sayang cakap tadi Uwais geleng.Dia berbaring di atas katil.Hannah kerut dahi.Orang ajak makanlah! bukan ajak tidur!

Uwais sudah pejam mata.Kalau dibiarkan nanti tertidur betul pulak. Saya sayangkan Uwais Ukasyah..saaayaaangg sangat-sangat, puas hati? bisik Hannah di telinga Uwaisl Alamak..rasa kenyanglah pulak..banyak sangat sayangnya tu Uwais ketawa nakal.Hannah bangun dan terus menarik tangannya supaya segera bangun. Cepatlah. rengek Hannah manja.Uwais segera bangun. Abang pun sayangkan Hannah Maryam jugaksaayaaanng sangat-sangat luahnya pada Hannah yang turut tersenyum. Suka! +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Apa? tidur sini? Uwais terkejut bila maknya memberitahu Fawaz akan tidur di rumahnya malam nanti.Patutlah lepas makan tadi tak reti-reti nak balik! memang tension betul aku dengan abang Fawaz ni.. Biarlah..sian Fawaz ni,dia cakap dia tak pernah rasa suasana kampung.. Mak Cik Sarimah duduk di kerusi.Uwais pula melihat Fawaz dan Hannah yang sedang berbual di dapur.Sibuk aja nak tolong isteri aku basuh pinggan..ieeekalau tak sebab Hannah suruh aku rehat aja,nak aja aku halau abang Fawaz tu dari dapur. Macamana masakan Hannah tadi? kau ada nak komplen apa-apa? Takde mak..memang superb! Tahupun kau..lepas ni kalau kau komplen lagi apa dia masak..maknenye kau menghina mak Yelah..yelah orang tak komplen lagi dah..tak sangguplah mak nak kena tinggal lamalama..Hannah tu kuat merajuk mak bicara Uwais perlahan. Padanlah dengan muka kau tu, suka sangat menyakat dia..siapa suruh..dah lah, mak teringin nak nyanyilah..kau pasang set karaoke tu.. Alah mak ni, saya dah bosanlah mak berduet dengan mak..mak nyanyi sorang-sorang ya? saya mengantuklah mak.. Ewah..kau jangan nak jadi macam ular sawa ya? lepas makan nak tidur,pantang aku tau tak? Uwais tayang muncung. Dah,jangan nak buat muka..cepatlah! mak nak nyanyi lagu Bulan dipagar Bintang Adoilah..apa kata mak ajak Fawaz aja nyanyi dengan mak.. Budak bandar tu? kau ingat dia tahu lagu ni semua ? Gulai telur itik tadi pun dia nak makan mak tengok muka dia pucat semacam aja..Hannah pun sama,dia yang masak tapi makan sayur goreng aja? pelik betul! Mak..diorang tu spesis yang sama mak..tapi mak jangan bimbang,tak lama lagi Hannah tu saya transformasikan dia..bukan setakat telur itik mak..gulai ikan patin yang dia tak suka sangat tu,tengoklah..jadi makanan kegemaran tu nanti..Uwais senyum penuh makna.Mak tak tahuanak mak ni dulu pun dia benci sangat mak tapi sekarang kalau tanya..panjang sangat sayangnya! Kau tersengeh apa lagi tu? Ya Allah! isteri kau ada kat dapur tu pun kau boleh angau lagi? Iyalah mak..orang nak pasanglah ni..mak ni, teruja pulak dia! Kau jangan banyak cakap, mak dah lama tak nyanyi ni..sejak kau pindah mana ada mak karaoke lagi dah Satu dua lagu aja tau mak..nanti roboh pulak rumah ni Uwais masih mahu mengusik. Kau kalau tak dengki dengan suara sedap mak tak boleh ke? Sarimah menepuk peha Uwais. Uwais ketawa besar.Bila masa pulak aku dengkimak..mak.. Mak Anis tak balik lagi? tanya Uwais setelah selesai memasang set karaoke pada TV. Tak ..katanya tidur sana..tadi dia telefon mak Pulak? eloklah..yang dalam rumah ni pergi tidur rumah Tuk Ayah..yang dari sana pulak datang nak tidur sini? Uwais menggeleng.Mengenangkan Fawaz buat dia rasa bengang.Sekali lagi dia menjenguk ke dapur.Entah apalah yang rancak sangat dibualkan Hannah dengan Abang Fawaz.Tapi takpelah..daripada dia sedih pasal ikan tu,lebih elok kalau bersembang dengan Abang Fawaz tu.lagipun, Hannah sayangkan aku..dah takde makna aku nak cemburukan Abang Fawaz Cuma meluat aja dengan perangai dia tu!

Suami yang Kubenci 41


by E-man Sufi Ya Allah..dah macam hantu bungkus.. Uwais menggeleng melihat Fawaz yang masih berselubung.Dia baru saja keluar dari bilik air.Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pagi.Bermakna waktu Subuh hampir berada di penghujung. Abang Fawaz dah bangun ke ? Tanya Hannah.Dia menjenguk ke bilik yang diduduki Fawaz.Bilik tetamu itu terletaknya di bahagian dapur. Uwais geleng.Dia menujukkan telunjuknya ke arah Fawaz yang masih lena,siap berselubung satu badan dengan selimut tebal.Malam tadi bukan main komplen,bilik sempitlah..katil kecil la..pagi ni kau baik punya tidur erk? Biar saya kejutkan dialah.. Ehtak payahbiar abang yang kejutkan Uwais menahan Hannah dari terus menghampiri katil.Bukan apa,buatnya Fawaz mengigau ke.. manalah tahu,silap-silap terpeluk sayang aku ni..mana boleh! Sayang pergi tolong mak siapkan sarapan ya? Uwais menyentuh pipi Hannah. Abang nak makan apa pagi ni? Abang nak makan lempeng kelapa lasayang boleh buat tak? Mana pandai..tapi saya suruh mak ajarkan ya? Hah..macam ni la isteri abang Mestilah..isteri abang kan sayangkan abang..Hannah senyum comel.Sempat dia cuit hidung Uwais sebelum keluar dari bilik.Uwais mencekak pinggang.Dia mengurut dagu seketika.Agakagak Si Sengal ni nak ke bangun kalau aku gerak dia ni? Dia mendekati Fawaz. Abang Fawaz..bangunlah! dah Subuh ni.. Uwais menarik selimut yang menyelubungi seluruh tubuh Fawaz.Langsung tak bergerak. Biar betul dia ni! hidup ke lagi ni? Abang Fawazbangunlah!! Solat Subuh! dah nak abis waktu nih.. kejut Uwais lagi.Dia menarik kuat selimut Fawaz tapi kali ini terdengar dengusan Fawaz yang menarik balik selimutnya. Aku nak tidur ni!!! jangan kacaulah marah Fawaz.Kalau tadi selimut menutupi seluruh tubuhnya tapi sekarang sudah separas dada sahaja.Fawaz tidur terlentang dengan mulutnya sedikit ternganga.Uwais geleng kepala.Baik punya tidur dia nih..siap ternganga lagi? nasib baik tak berdengkur! Uwais menggeleng lagi.Teruk..terukpatutlah kat rumah Tuk Ayah dia bangun lewat..memang bukan setakat Subuh Gajah dia ni..langsung terlepas Subuh agaknya! Uwais keluar dari bilik itu. Hah! dah bangun Fawaz tu? Sarimah yang sedang mengajar Hannah cara-cara membuat lempeng kelapa menyoal Uwais yang keluar dari bilik. Belum mak, punya susah nak kejutkan dia Abang Fawaz tu memang susah nak bangun tidur mak..dari kecil lagi dia memang macam tu beritahu Hannah. Habis tu,solat Subuh dia macamana? tanya Sarimah. Hannah tak menjawab.Dia berpandangan dengan Uwais..aku nak jawab apa ya? Abang Fawaz dengan aku pun lebih kurang ajanasib baiklah aku nikah dengan suami soleh..kalau tak sampai bila pun aku tak berubah agaknya. Hmm..Uwais..kau tolong ajarkan Hannah ni goreng lempeng.. Saya ajar dia mak? boleh..Uwais senyum nakal.Dia angkat kening pada Hannah. Kau ajar dia goreng lempeng,bukan ajar dia bercinta..faham? nanti tak pasal-pasal hangus pulak lempeng tu karang..dengan kau aku goreng jadi lempeng nanti! Sarimah memberi amaran.Hannah ketawa.Uwais angguk dengan wajah penuh keinsafan..takut sebenarnya! Mak nak pergi mana mak? tanya Uwais bila lihat maknya itu mahu berlalu.Itupun selepas mencapai sebotol garam halus. Mak nak pergi gerakkan Fawaz tu.. Garam tu nak buat apa mak? Abang tahu,kalau sayang nak tahu..tu la cara mak gerakkan abang dari tidur masa sekolah dulu..sebab abang dulu pun payah bangun jugak..lepas mak buat petua turun temurun nenak moyang dia tu,sampai sekarang abang boleh bangun awal sayang.. Iya? mak buat macamana?

Adalahbiarlah mak dengan kerja dia..kita buat kerja kita ya? Uwais sengehdia kenyit mata pada Hannah.Tangannya memaut pinggang Hannah tapi Hannah menolak perlahan. Abang ni,ingat tak mak pesan tadiajar saya goreng lempeng..bukan bercinta.. Iya ke? bukan mak suruh ajar cara-cara bercinta ke? Uwais mengecilkan matanya.Berpura-pura keliru.Hannah segera memanaskan kuali.Uwais masih nak mengusik,Dia mendekatkan wajahnya ke pipi Hannah..hampir saja pipi itu diciumnya Hannah spontan menayangkan sudip di tangan. Abang nak kena goreng jadi lempeng ke? Tak nak Uwais cepat-cepat geleng dan segera menjarakkan diri. Tau pun.. Hannah senyum..Gatal! nasib baik menggatal dengan isteri sendiri..kalau dengan orang lain macam ni, tak payah mak,aku sendiri goreng dia macam lempeng! +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Sarimah masuk ke dalam bilik bersama dengan botol berisi garam halus.Dia lihat Fawaz tidur dengan lenanya. Amboi..siap ternganga tu..berapa kilo air liur basi dah diproses gamaknya..bertuah sungguhlah budak ini..agaknya, dah lama sangat duduk sendiri kat negara orang..ikut suka kepala kau aja nak bangun pukul berapa ya? ini hah! pakar dalam bidang mengejutkan manusia dari tidur.. Fawaz!!!! bangun!!!..hari dah nak tengahari dah ni kau nak bangun pukul berapa? ayam itik aku pun reti bangun sendiri tau! leter Sarimah dengan suaranya yang memang semulajadi loud speaker..Dia menarik selimut Fawaz tapi seperti Uwais tadi..Fawaz menarik semula selimutnya. Hai..suara aku yang mantap ni pun takde kesan apa-apa kat telinga dia? pakai gegedang jenama apa budak ni?jenama mahal gamaknya..maklumlah,kaya raya! Fawaz!!!! bangun!!! jeritnya lagi.Fawaz tetap tidur dengan lenanya.Owhkau tetap lena ya..takpe..mulanya aku tak sampai hati..tapi tengok macam ni punya gaya kau tidur, teruja pulak aku nak mengamalkan petua tujuh keturunan aku nih.. Tanpa berlengah.Sarimah membuka penutup botol garamnya.Garam itu diambil secubit lalu diletakkan ke dalam mulut Fawaz yang ternganga.Mulanya berkeriut juga wajah Fawaz bila lidahnya terasa kelainan luar biasa itu tapi Fawaz tetap lena.. Ya Allah budak ni takde deria rasa ke apa? hah..kalau macam ni terpaksalah aku letak banyak..harap-harap takdelah penyakit darah tinggi budak ni Sarimah dengan perasaan teruja yang membuak menyumbat terus mulut Fawaz dengan garam .Rasakan! payah sangat nak bangun ya? Ptuih!! puih!puihh! Warghhh..uwekkapa ni? mmmmm..masinnya!!! Fawaz segera bangun bila terasa masin yang melekat sampai ke tekak. Hah!! bangun pun kau! Apa ni mak cik? masin ni? Fawaz yang sudah bangun segera menyapu mulutnya..Dia terkejut bila melihat Mak Cik Sarimah yang dah bercekak pinggang di depannya. Masin ya? ai..air liur basi sendiri pun dah tak tau rasa macamana? Fawaz kerut dahi.Air liur basi rasa macam ni ke? masinnya air liur aku? Bangunlah!!! Ya AllahSubuh dah nak habis ni Fawaz oi!!!..baik kau bangun sekarang,kalau tak..mak cik clearkan bilik ni sekali dengan kau! Okey..okey..okey..saya nak bangunlah ni..Fawaz bingkas bangun macam lipas kudung.Dia terjun dari katil dan berlari keluar setelah mencapai tuala mandi.Dia menuju ke bilik air tapi. Dum!!! Auchhh!!!! jerit Fawaz.Berpinar matanya yang sememangnya masih mamai.Rupanya dia terlanggar pintu bilik air yang ditutup. Yang kau main redah aja pintu bilik air tu kenapa? Sarimah terkejut juga dengan bunyi dentuman yang kuat itu. Manalah saya perasan mak cik.. Fawaz segera membuka pintu bilik air dan masuk.Di luar dia dapat dengar ketawa Hannah dan Uwais. Malunya!!! kenapalah aku bangun lambat.. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Kita nak pergi mana ni? tanya Fawaz.Dia menampar-nampar nyamuk yang sesekali mengigit lengannya .

Abang Fawaz ni ikut ajalah jawab Hannah.Dia berpegangan tangan dengan Uwais yang berjalan dihadapnnya. Banyak nyamuklah Hanny.. keluh Fawaz.Sudahlah dia pakai baju tanpa lengan,dah tu berseluar pendek separas lutut pula.Dia tengok Uwais bersahaja tanpa digiti nyamuk.Apa taknya,Uwais pakai seluar track dan baju berlengan panjang.Hanny pun sama! Takpelah..sekali sekala abang Fawaz derma darah.. Hannah ketawa.Dia berpandangan dengan Uwais yang tersenyum.Macam pernah dengar je ayat tu! Abangabangberhenti kejap Hannah menarik tangan Uwais.Dia mematikan langkahnya. Kenapa sayang? Tubuah tu..dah masak ke?tanya Hannah sambil telunjukkan dihalakan kea rah pokok Duku yang berbuah lebat. Owh..buah ciku tu? Uwais ketawa.Hannah memukul bahunya. Tak suka taumanalah saya tahu yang ni bukan buah ciku..Hannah sudah pun mendekati pokok Duku itu dan memetik buahnya. Mana? ini? bukan buah ciku ni Hanny..inilah buah Rambai kalau nak tahu Fawaz memberitahu dengan wajah yang penuh yakin tapi sebenarnya auta! Uwais mengekek ketawa.Hingga dia hampir terduduk.Memang sengal betul Fawaz ni..ada ke buah Rambai..yang tak boleh tahan tu,muka dia bukan main lagi berlagak betul! poyolah Abang Fawaz ni.. Bukanlah..ini buah Dukulah abang Fawaz beritahu Hannah.Fawaz mengerut dahi.Ceh,patutlah Uwais ni beriya sangat gelak..takpe,aku kena buat selamba aja..jatuh pulak airmuka aku yang handsome ni karang.. Ya ke? Abang pun tak ingat sangat jawabnya selamba.Fawaz memetik sebiji dan mahu dirasa buah yang hampir masak itu tapi Fawaz yang sentiasa berlagak pandai itu tersalah pula cara memakan buah Duku.Uwais tak sempat menegur tindakan Fawaz yang mengigit buah Duku itu! Puiihh!!! apasal pahit ni?? Dia meludah dan membuang buah Duku itu. Uwais gelak lagi..Adehlah!!! tolonglah hentikan lawak yang poyo ni abang Fawaz!! Bukan macam tu la Abang Fawaz..kita kena tekan hujung dia macam ni..kemudian,bila dah terbelah..baru kita buka..mana ada orang makan dengan gigit macam tu,memanglah termakan getahnya! Hannah turut ketawa.Dia mendapatkan Uwais yang sudah mengatur langkah.Masih terdengar tawa Uwais.Fawaz menyapu mulutnya.Apasal tak cakap awal-awal? kenapalah malang sangat nasib aku hari ni! +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Dapat tak? Tanya Hannah.Dia tengok Uwais sudah berpeluh.Kasihan pulak,sudah hampir 15 minit Uwais berada di dalam tali air itu tapi masih belum dapat seekor pun ikan lagakalau siput tu banyaklah! Takdelah sayangikan laga ni dah boleh hidu bau abang kut..Uwais berseloroh.Dia masih berusaha menangguk.Fawaz yang duduk di bawah pokok pisang hanya memerhati. Uwais? bila giliran aku ni? kau bukan dapat pun..biar akulah yang tangguk! aku ni ikan tu belum kenal lagi..mesti ikan tu jatuh cinta dengan aku.. Fawaz ketawa.Uwais senyum juga.Eloklah..aku nak tengok..ikan ke benda lain yang jatuh cinta dengan kau kejap lagi.. Abangberhentilah dulu,tak dapat pun takpe..abang naiklah.. Hannah meminta Uwais naik saja ke darat.Bukan apa,dia rasa risau pula kalau lintah yang datang mengigit Uwais nanti..geli pun ada.. Oklah!! abang Fawaz pulaklah..Uwais segera naik.Belum pun sempat dia serahkan penangguk,Fawaz dah rampas dan terjun dalam tali air itu. Yiiieee Haaah!!! jerit Fawaz.Uwais sengeh.Seronoklah..kau tengoklah kejap lagi.. Fawaz mula menangguk.Sekali..dua kalitiga kalitakde!! usahkan ikan..siput pun tak dapat!..Fawaz tak putus asa..cuba lagi! Uwais menyingsing kaki seluar traknya.Terdapat seekor lintah pada betisnya. Abang!!! binatang penghisap darah tu gigit abang lagi ke? jerit Hannah dengan muka cemas.Uwais buat selamba.Ini yang aku tak tahan ni..sayang aku ni memang penggeli dengan binatang penghisap darah ni..

Lintahlah sayang beritahu Uwais.Dia membiarkan saja lintah itu menghisap darah kotor di dalam badannya. Woit!!!! benda apa tu Uwais? Fawaz terkejut bila melihat sesuatu yang panjang pada betis Uwais.Dah tu..dia tengok ada darah yang mengalir sedikit dari betis Uwais. Inilah lintah..jawab Uwais sambil senyum nakal.Abislah kau!! Mana kau dapat binatang tu? Fawaz mula cuak. Dekat mana lagi..dalam tali air tu la Uwais masih tayang muka selamba.Dia menarik lintah dari kakinya dan dibuang ke dalam tali air.Fawaz spontan melompat naik ke darat.Terelpas penangguk dari tangannya.Dalam tali air?? Warggghhhh!!!!! apa ni? apa ni? Uwais!! tolong aku Uwais!! jerit Fawaz bila dia lihat ada lima ekor binantang yang sama pada kaki dan betisnya!! Abang! lintah tu gigit abang Fawaz! Hannah turut menjerit tapi Hannah lebih geli melihat lintah itu.Dipautnya lengan Uwais. Abang..tolonglah Abang Fawaz tu.. Hannah kasihan melihat Fawaz yang sudah terduduk dan menghentak-hentak kakinya. Tolong? Abang busylah..nak cari ikan laga untuk sayang..Uwais buat tak tahu.Dia turun semula ke dalam tali air. Uwais!!!! woitolonglah aku buang binatang ni!! Fawaz betul-betul gelid an takut.Kenapa binatang ni melekat? Habislah..darah aku!! Hannytolonglahbuangkan benda ni Dia merayu pada Hannah. Errr,nak tolong macamana? Hanny gelilah abang Fawaz.. Hannah menggeleng. Abangtolonglah abang Fawaz ni rayunya lagi pada Uwais yang sibuk menangguk ikan.Uwais memang sengaja.Padan muka..Elleh! bukan mati pun..lintah tu nak hisap darah kotor aja..dah busuk sangat hati tu..mesti darahnya pun kotor! TolonglahFawaz sudah pucat lesi kerana takut dan geli. Kenapa ni? dari jauh saya dengar ada orang menjerit! Tiba-tiba Batrisya muncul.Di tangannya ada beberapa helai daun pisang.Memang dia pergi ke kebun ayahnya yang tidak jauh dari situ.Dia mengambil daun pisang untuk digunakan sebagai pembungkus lepat ubi.Dia bercadang untuk membuat lepat ubi petang nanti.Tengah memotong daun pisang dia terdengar jeritan dari arah tali air. Sya!! tolonglah Hannah mendapatkan Batrisya. Tolong apa Hannah? Batrisya terkejut melihat keadaan Hannah yang cemas.Uwais pula buat tak tahu saja. Hai Sya!! Uwais mengangkat tangan padanya. Tu..abang Fawaz..kena gigit lintah! beritahu Hannah.Batrisya mengerut dahi bila melihat seorang lelaki menghentak-hentak kakinya ke tanah.Dah macam berguling-guling pun ada. Lintah aja pun.. Batrisya menggeleng.Pertama kali aku tengok orang lelaki gelikan lintah.Menangis-nangis pulak tu..siapalah makhluk Allah ni! Yes!!! Syukur Alhamdulillah..sayang..abang dapatlah ikan laga,warna merah!! jerit Uwais.Hannah tak tunggu lama, dia terus mendapatkan Uwais.Maka tinggallah Fawaz dengan jeritannya yang sudah tidak dipedulikan.Batrisya pandang simpati pada lelaki di hadapannya itu..sungguh menyedihkan!.Dah..aku jugak ke yang kena tolong ni??

Suami yang Kubenci 42


by E-man Sufi Encik jangan bergerak..bawa bertenang.. Batrisya meletakkan daun pisangnya di atas rumput.Matanya mengerling Uwais dan Hannah yang lebih tertumpu pada ikan laga yang berjaya ditangkap Uwais. Kalau tunggu Hannah dengan Uwais,makin kuat pulak lelaki ni menjerit nanti..kelakar la pulak, tak pernah aku tengok orang lelaki melalak macam budak kecik. Fawaz berhenti menghentak kakinya.Lagipun buat penat aja kerana binatang di kakinya itu tetap melekat.Siapa pulak perempuan cun ni..cover..cover..sampai hati Hanny dengan Uwais biarkan aku macam ni..kejam! Fawaz meraup wajahnya.Dia sebenarnya nak menyeka airmata yang berjurai-jurai di pipi.Maunya aku tak takut..ieee gelilah!! lain kali aku tak nak lagi terjun dalam tali air tu! Okey..emm..sekarang ni Encik nak biarkan lintah ni jatuh sendiri lepas kenyang atau nak saya tarik? Tanya Batrisya yang sudah menghampirinya. Fawaz terlongo.Pulak? kena buat pilihan jugak ke? yang aku tahu aku nak binatang spesis Pontianak ni pergi main jauh-jauh..jangan hisap darah aku!! wahai cik yang baik hati..tolonglah selamatkan aku! Buanglah!! benda ni tengah hisap darah saya macam drakula.. Suara Fawaz seakan merayu.Batrisya tanpa berlengah menarik salah seekor dari lintah yang begitu berselera menghisap darah Fawaz. Arrggghhh!!!! sakitlah!!! jerit Fawaz bila gigitan lintah itu terlepas dari betisnya. Memanglah sakitsebab lintah ni belum kenyang lagi,gigitannya kemas..Encik tahan sikit ya? Sungguh lembut suara gadis bertudung itu.Fawaz terkedu..Lembutnya perempuan ni..dia ni kerja jururawat ke? dia memerhatikan raut wajah di depannya itu.Cantik! seketika dia terlupa pada lintah di kakinya. Tinggal empat ekor aja lagi..tahan tau Batrisya ukir senyum.Dia tanpa bicara lagi terus membuang kesemua lintah-lintah itu dan dicampakkan semula ke dalam tali air. Encik jangan bimbang,lintah-lintah ni cuma hisap darah kotor aja..dan takkan dapat penyakit apa -apa pun..Fawaz angguk. Sebelum ni tak pernah tengok lintah ke? tanya Batrisya.Siapa lelaki ni ya? tak pernah nampak pun,tengok pada gaya macam orang luar.. abang Hannah agaknya.Dia teringat tadi Hannah membahasakan lelaki itu abang.. Fawaz geleng.Dia rasa lega kerana kesemua lintah-lintah itu telah pun dibuang.Kalaulah bukan kerana gadis di depannya ini yang membantu,tentu sampai ke sudah dia tanggung rasa geli gelemannya tadi. Kejap ya? Batrisya bangun.Fawaz hairan.Dia nak ke mana pulak tu? Pelik bila tengok Batrisya pergi ke arah semak samun berdekatan kemudian kembali bersama beberapa helai daun yang dipetiknya. Nak buat apa dengan daun tu? tanya Fawaz. Ini daun Kapal Terbang..boleh hentikan pengaliran darah dari tempat luka..beritahu Batrisya.Dia melumatkan daun itu dengan kedua telapak tangannya,kemudian dilekapkan pada bekas-bekas gigitan lintah pada kaki dan betis Fawaz yang masih mengalir sedikit darah. Terimah Kasih..Ucap Fawaz.Dia senyum pada Batrisya dan bila gadis bertudung itu turut membalas senyumannya Fawaz rasa degupan jantungnya yang tadi sudah reda kembali berdetak tapi rentaknya rasa semacam pulak!..Boleh senyum lama lagi tak? Sama-sama..jawab Batrisya lalu bangun.. Fawaz seperti tersedar dari lamunan bila melihat Batrisya sudah bangun.Wait!! nama awak siapa?? nak dia bertanya tapi Sya!! dari mana tadi? Uwais sudahpun menghampiri Batrisya.Sya?? itu aja ke nama dia? Sya ape? Syakirah? Syarifah? Arghh!!! Uwais nikacau daun ajalah!! aku nak berkenalan dengan penyelamat jiwa aku pun tak senang! ++++++++++++++++++++++++++++++++++ Cantik!!

Suka tak? Mestilahsaaayang abang! Hannah mengusap pipi Uwais yang sudah naik ke darat.Uwais memasukkan ikan laga berwarna merah itu ke dalam botol kaca yang dibawanya. Takkan sayang aja..bagilah kiss ke Uwais sengeh. Abang ni,kalau ya pun takkan kat sini Hannah menampar lembut pipi Uwais yang tersenyumsenyum.Mata nakal Uwais itu buat dia sentiasa terpikat.Hannah baru teringatkan Fawaz,dia berpaling memandang Fawaz yang sedang dibantu Batrisya.Aik? Batrisya pegang lintah? OMG! dia tak geli ke? membulat matanya memandang tindakan berani Batrisya itu. Abangtengok tu Hannah mencuit Uwais. Apa? TuHannah menunjuk kea rah Cikgu Batrisya yang sedang menarik lintah.Uwais turut memandang.Dia tidak begitu hairan pun..sememangnya dari kecil lagi Batrisya selalu mengikut dia dan Hafiz bermain di tali air.Setakat lintah dan macam adik-beradik dengan mereka. IeeeSya tak geli ke dengan binatang penghisap darah tu? LintahUwais ketawa.Susah-susah aja nak sebut panjang macam tu.Binatang penghisap darah! Adoilah..sayang aku ni..Uwais meletakkan botol berisi ikan di atas tanah. Whatever! tapi ieeee..kalau saya, tak sanggup..tengok pun geli,inikan pulak nak pegang.. Hannah menggeleng dengan wajah berkerut. Itulahselembut-lembut Sya tu ada beraninya taubukan macam sayang tu, garang macam harimau..tapi tidur dalam gelap pun takut..nasib baik ada abang.. Apa abang cakap? Hannah ketap bibir.Spontan jemarinya mencubit pinggang Uwais. Adeh.sakit sayangbetul la abang cakap.. Uwais menahan sakit.Amboi..pantang aku kutuk cepat aja jari dia..macam penyepit ketam! Menyampah tau! jangan sampai abang tidur kat luar nanti Tak nak lahnanti kalau rumah mak black out lagi macamana? ketawa Uwais kedengaran.Hannah cekak pinggang.Marahnya tak jadi bila terpandangkan Batrisya dan Fawaz yang sedang berbual.Siap berbalas senyum pulak tu. Abangtengoklah tu..Dia menarik baju Uwais. Apa lagi? bosanlah asyik tengok muka abang Fawaz tu,abang nak tengok muka sayang abang ni.. Yang tu bila-bila pun bolehyang ni memang tak disangka-sangka..Hannah menolak pipi Uwais supaya menoleh pandang pada Fawaz dan Batrisya. Abang nampak tak? ehehmacam sepadan aja kan Sya dengan Abang Fawaz tu? Hannah senyum.Okey apa..kalau Batrisya dengan Abang Fawaz,takdelah aku nak fikir yang bukan-bukan lagi.. Batrisya? dengan Abang Fawaz? sepadan? Cehmacam langit dengan bumi..Sya tu baik,lemah lembut,sopan santun..taat beragama..Abang Fawaz tu,nak bangun solat Subuh pun payah..dah tu,berlagak lagi..harapkan kaya aja..silap-silap nanti,dia mainkan perasaan Sya tu,macamana? Uwais tak setuju.Kalau orang lain dia tak kisah.Ini abang Fawaz? dia bimbang kalau-kalau Batrisya yang polos itu hanya diambil kesempatan.Lelaki kaya..kacak lagi..sudah tentu ramai perempuan yang terkejar-kejar..Kasihan pada Batrisya nanti.Sedangkan dia pun banyak bersabar dengan kerenah Hannah dulu.Dia lelaki,tapi Batrisya perempuan..hati perempuan lebih rapuh dan mudah terluka..lainlah kalau Abang Fawaz boleh berubah macam pujaan hatinya.. Hannah diam.Dia terasa hati dengan kata-kata Uwais tadi.Bukankah perangai Abang Fawaz dengannya lebih kurang sama saja.Kalau Uwais memandang rendah pada peribadi abang Fawaz..maknanya,Uwais juga memandang dia sama seperti itu.Dia sedar dia tak seperti Batrisya..sekarang pun dia sedang berusaha untuk berubah kea rah lebih baik lagi.. Uwais sudah melangkah mendekati Batrisya. Sya! dari mana tadi? soal Uwais pada Batrisya.Hannah hanya memerhati.Kalau Batrisya yang sempurna pada mata abang tu tak sepadan dengan abang Fawaz,habis tu..dengan siapa dia sepadan? dengan abang? Hannah rasa walang.Entah-entah memang betul abang ada hati dengan Batrisya tu sebab tu abang tak setuju dia dengan abang Fawaz kan? kan? Hannah tak relaHannah nak abang jadi hak Hannah sorang aja!.. Hannah mengambil botol berisi ikan laga yang ditangkap Uwais tadi.Dia menyeka airmata yang

bergenang di kelopak.Bencinya..kenapalah sejak jatuh cinta dengan abang ni asyik nak menangis aja? Kalau dulu dia memang payah nak menangis tapi hanya seorang saja yang mampu buat dia ketawa..menangis..merajuk..pujaan hatinya..Uwais Ukasyah! Hannah memandang lagi pada Uwais yang sedang berbicara sesuatu dengan Batrisya.Memang dia cemburukan Batrisya tapi dia tahu..Cikgu itu tidak bersalah..nak buat macamana..dah memang itu yang dia rasa! ++++++++++++++++++++++++++++++++++ Ambil daun pisang kat kebun..tapi dengar orang menjerit pulak Oh..nak buat apa? uwais mengerling Fawaz yang sedari tadi memandang Batrisya.Ewahnaik juling mata dia pandang anak dara orang! Lepat Ubi.. jawab Batrisya.Dia perasan lelaki yang ditolongnya tadi masih memandang padanya.Apa kes pulak mamat tu pandang aku semacam aja? tak letih ke asyik senyum dari tadi? aku pun tak larat nak balas ni.. Sedap tu,nanti dah siap..hantar ke rumah abang sikit ya? dah lama tak makan Lepat Ubi InsyaAllah..emm..Abang,pasal perasmi Karnival Ilmu tu..abang dah tanya dengan Hannah ke? kalau belum..biar Sya tanya sendiri ajalah Ehtakpe..takpe..abang memang nak beritahu hari ni..Sya serahkan pada abangtahulah abang buat kerja abang.. Bukan apa,mana tahu nanti dia sibuk ke..masa dah nak dekat ni..nanti tak sempat cari orang lain.. Jangan risaulah..mesti jadi punya Okeylah..Sya balik dululahdah nak masuk tengahari ni,nak memasak lagi.. Hmm..eloklah tu Uwais angguk.Aku pun dah tak larat tengok Abang Fawaz ni dari tadi asyik tenung Sya ajaulat bulu dah naik daun la tu! Hannah!! Saya balik dulu ya Hmmm..terima kasih sebab tolong abang Fawaz.. Hannah membalas senyuman Batrisya.Eloklah kau balik Sya,aku pun dah tak sanggup nak tahan rasa cemburu aku ni. Batrisya angguk.Oh..nama Encik tu Fawaz rupanya..dia terus berlalu pergi. Jom..kita pun balik sayang ajak Uwais.Aik? apasal cemberut aja muka sayang aku ni? ini tak lain cemburukan Batrisya la ni.. Wei!! aku ni macamana? Fawaz yang masih duduk di atas tanah melaung padanya. Macamana apa? jalan ajalah,takkanlah kena gigit lintah pun dah tak boleh berjalan..Uwais rasa Fawaz sengaja berlebih-lebih.Macamlah kaki dia tu patah! Hanny..tolonglah abang..sakit ni..Fawaz menghulur tangan pada Hannah.Minta dibantu untuk bangun.Kenapa cik jururawat tu dah balik? kurang-kurang bagitahulah tinggal kat mana.. Ehhh..tak payah..biar abang aja yang tolong,Abang Fawaz ni berat sayang..Uwais cepat-cepat menarik tangan Fawaz sebelum Hannah menghulurkan bantuannya.Mengadalah tu! ada hati nak bermanja dengan isteri aku..aku campak dalam tali air tu karang baru tahu!!

Suami yang Kubenci 43


by E-man Sufi Kenapa niabang tengok dari tadi sayang senyap aja tak gembira ke dengan ikan yang abang dah dapatkan tu? Uwais mengusap rambut Hannah yang sedang memeriksa PDAnya.Bila Hannah tak menjawab.Uwais duduk di birai katil. Waktu memasak di dapur tadi pun Hannah tak banyak bercakap.Hanya dia dan Maknya saja yang rancak berbual.Fawaz pula,sebaik saja sampai di rumah terus masuk ke dalam bilik.Membutalah tu..alasan kononnya kaki dia sakit, takdelah kena bebel dengan mak.. Lepas makan tengahari pun Abang Fawaz masih nak sambung tidur.Kaki tidur rupanya Abang Fawaz..macamanalah boleh jadi CEO..sampaikan maknya pun dah malas nak pedulikan Abang Fawaz yang selamba badak tidur,mustahil pulak maknya nak habiskan sebotol garam sematamata nak suruh Abang Fawaz tak tidur .. Abang Fawaz tu memang suka tidur ya sayang? Uwais sengaja menarik minat Hannah untuk berbual. Hmmmm.. Hannah sekadar angguk.Uwais sudah dapat agak,Hannah mesti marahkannya..kalau dulu sudah pasti dia akan ditengking dan dikutuk habis-habisan tapi sekarang dah lain..Hannah kalau marah mesti menghadap PDA..lepas bercakap nak tak nak aja.Mood tak baik dia dah datanglah tu! Marah dengan abang ya? Uwais senyum.Dahi Hannah dikucup kejap.Kemudian dia mengambil bantal,dengan selamba diletakkan di ribaan Hannah.Dia lantas berbaring di ribaan Hannah. Untungnya jadi PDA tu ada orang tengok sampai tak berkelip..agaknya,PDA tu lagi handsome daripada abang kut..Usiknya.Hannah ketawa juga.Memang dia masih berkecil hati dan rasa cemburu pada Batrisya masih belum hilang tapi melihat saja raut wajah Uwais yang sentiasa tenang itu buat dia rasa kemarahannya lenyap begitu saja.. hebat betul kuasa cinta! Orang tengah susun jadual la, kan saya dah banyak sangat cuti..banyak temujanji yang status KIV..kenalah set up balik tarikh yang sesuai.. Hannah merenung wajah Uwais.Hidung Uwais dicuitnya sebelum dia kembali menghadap PDA. Ya ke? maknanya..lepas ni sayang busy la ya? Mestilah tapi abang jangan risau..masa untuk sayang saya ni..tetap ada Hannah menjeling dan memberi senyuman menggoda.Aduh!! tak tahan betul akunasiblah tak tercabut jantung! Emm..sayang panggil Uwais. Nak apa,lapar lagi ke? tadi kan dah makan.. Bukanlah, abang ada sesuatu nak cakap ni.. Pasal apa? Emmm..Abang ada beri sesuatu yang penting ni.. Uwais bangun dari baringan.Hannah meletakkan PDAnya.Dia memerhatikan sahaja Uwais yang sedang membuka beg galas yang selalu dibawa pergi ke sekolah. Ini..ada surat..Uwais kembali duduk di sisinya.Surat bersampul putih itu dibuka Hannah.Surat Rasmi itu dibaca dengan teliti.Rupanya surat permohonan supaya dia menjadi perasmi program di sekolah .Hannah membaca nama pengirim yang mewakili pihak sekolah.Batrisya Suffiyah binti Safuan? Kenapa abang yang beri surat ni? bukan sepatutnya pengarah program ke yang jumpa saya? Hannah melipat surat.Pantang dia kalau urusan rasmi dilakukan secara tidak formal begitu.Sesuatu yang penting,melibatkan urusan sekolah bahkan ada permohonan untuk menjadi penaja rasmi,perlu dibincangkan secara serius.Dia sendiri perlu meneliti kertas kerja program tersebut. Emm..memang Sya nak jumpa sendiri dengan sayang tapi.. Sebab ada abang? Hannah memotong percakapan Uwais.Patutlah bukan main lagi berbual dengan Batrisya tu.. kenapa Sya tak cakap sendiri dengan aku? Janganlah salah faham..Kasihan pada Sya,dia tu baru setahun jadi cikgu,dah kena jadi pengarah program..manalah dia tahu benda macam ni kena ikut cara formal..lagipun,kalau dia nak jumpa sayang..kena buat temujanji dulu,kalau sayang busy kena tunggu tarikh yang sesuai kan? sebab tu abang nak tolong dia..abang hari-hari jumpa sayang.Tak tahulah kan,kalau abang

pun kena buat temujanji juga atas urusan ni.. Uwais sedikit jauh hati.Wajahnya nampak seakan kecewa. Ada pulak macam tu, kalau dengan abang..bila-bila pun boleh jumpa sayalah..kenapa pulak nak kena buat appointment dengan isteri sendiri kan? saya kan hak abang..Hannah mengambil bantal dan diletakkan di ribaannya.Bantal itu ditepuk perlahan sebagai isyarat yang dia mahu Uwais berbaring semula. Uwais senyum semula.Ini baru dikatakan orang mengatuk disorongkan bantal..heheh.. Dah tu,macamanalah? sayang setuju tak jadi perasmi? sayang busy ke masa tarikh tu?Tanya Uwais sambil rambut panjang Hannah dipintal dengan jarinya. Amboi..banyaknye tanya..macam dia pulak pengarah..Hannah ketawa kecil.Pipi Uwais dicubitnya. Iyalah..masa dah dekat ni,Batrisya dah tanya..dia berharap sangat sayang boleh gantikan Tuk Ayah.. Okey..okey..kalau ikutkan memang saya sibuk tapi abang punya pasalsaya akan pastikan tarikh tu saya free.. Betul? Iya sayangnanti saya sendiri jumpa dengan Sya Hmm..sayang isteri abang yang baik hati ni.. Abang mengantuk ya? Hannah lihat Uwais bercakap dengan mata terpejam.Jarinya pun dah berhenti memintal rambutnya. Hmmm.. jawab Uwais perlahan. Abang tidurlah ya? saya belum habis susun jadual kerja saya ni..Hannah mencium dahi Uwais kemudian mencapai PDA dan kembali menyambung kerjanya tadi. ++++++++++++++++++++++++++ Fawaz menguap luas.Dia mengeliat beberapa ketika sebelum bangun dari katil.Matanya terbuka sedikit.Sedapnya tidurkat kampung ni,tenang aja..tak panas sangat walaupun takde penghawa dingin.. Fawaz melihat pada betis dan kakinya.Ieeeeedia berasa geli bila teringatkan lintah yang menggigitnya pagi tadi. Dah pukul berapa ni?..laparlah.. Dia melihat jam di tangan.Sudah pukul 4.45 petang.Fawaz keluar dari bilik.Dia memandang segenap ruang dapur yang sentiasa kemas itu.Senyap aja? Mana Mak Cik Sari? Uwais dan Hannah pun takde ke? Dia pergi pula ke ruang tamu.Memang tiada sesiapa di dalam rumah.Hanya dia sendirian! Mana diorang ni? sampai hati tinggalkan aku sorang-sorang kat dalam rumah ni Fawaz mencakak pinggang.Dia tak puas hati bila ditinggalkan sendirian.Lapar punya pasal dia pergi semula ke dapur.Membasuh muka di sinki.Tetapi rambutnya masih juga kusut masai.Ahh..lepas makanlah mandi! Fawaz buka tudung saji.Malangnya,tiada apa-apa di situ.Hanya meja kosong! Aik? takkan lauk tengahari tadi dah habis? ini mesti Uwais yang makan habis ni.. marahnya.Fawaz garu kepala.Dia pandang pada periuk atas dapur.Agaknya ada lagi dalam periuk tu.Dia masih teringatkan betapa lazatnya masakan Tom Yam Mak Cik Sarimah tengahari tadi.. AssalamualaikumMak Cik Sari!! Fawaz terdengar ada suara memanggil dari luar rumah.Siapa pulak yang datang ni? aku nak makan pun tak senanglah! Assalamualaikum.. Waalaikumussalam..cari siapa? tanya Fawaz agak kasar sebaik saja pintu dibukanya.Dia menenyeh matanya yang silau kerana suasana terang di luar rumah. Mak cik Sari ada? Batrisya yang datang bertandang sedikit terkejut bila disergah tiba-tiba begitu.Iee..kasarnye dia ni? Fawaz turut terkejut bila sedar yang datang itu ialah..penyelamat jiwa! Terus dia membetulkan rambutnya yang kusut.Tangan kanannya memegang tepi pintu.Beraksi lagak seorang lelaki macho! Emm..Mak Cik Sari takdesaya ada jawabnya sambil tersengeh.Batrisya kerut dahi.Baru bangun tidur agaknya Encik ni..

Abang Uwais dengan Hannah? Pun takde..kan saya dah kata..dekat dalam rumah ni,Cuma ada saya aja..jawab Fawaz.Tak nak jumpa saya ke? Takpelah..saya nak hantarkan kuih ni aja..Batrisya menghulur pinggan berisi kuih Lepat Ubi.Fawaz memandang saja huluran itu.Kuih? Kalau ya pun masuklah dulu pelawa Fawaz.Kononnya nak berbudi bahasa tapi kalau dah namanya seorang Fawazberlagaklah macamanapun! Eh..takpelah..Batrisya cepat-cepat geleng.Biar betul dia ni! nak ajak aku masuk? kan takde orang dalam rumah? tak pasal-pasal pulak jadi skandal nanti.. Takkan tak sudi kutFawaz kerut dahi.Bukannya aku makan orangaku ni baiklah..gentleman lagi.. Bukan..emm..Encik kan lelaki,saya perempuan..tak manis kalau berdua-duaan dalam rumah Apa masalahnya,bukan ada orang nampak pun..Fawaz senyum selamba.Aduhai Fawazlangsung tak sensitif dengan larangan agama dan adat budaya! Ambil la kuih ni Encik, eloklah saya balik aja..Batrisya tak sedap hati.Sudahlah lelaki di depannya itu memandangnya semacam saja..takutlah jugak! Nantilah dulukalau tak nak masuk,jom kita duduk di bawah pokok tu? kat luar rumah takpe kan? Fawaz perasan gadis itu tidak selesa. Err..Batrisya serba salah. Jomlah..saya laparlah,boleh saya makan kuih awak ni..Fawaz sudah menyarung sandelnya dan mengatur langkah ke bawah pokok mempelam.Batrisya merenung pinggan berisi kuih di tangan.Mahu tak mahu dia ikut juga. Kenapa awak duduk jauh sangat? saya tak makan oranglah..tanya Fawaz bila Batrisya duduk begitu jauh darinya.Pinggan berisi kuih Lepat Ubi diletakkan Batrisya di tengah-tengah. Semua orang pergi mana? tanya Batrisya. Tak tahu..Fawaz jungkit bahu.Matanya ralik merenung Batrisya.Cantiklemah lembut..baik lagi..kenapa kita tak pernah jumpa ya? Nama awak siapa? Batrisya.. Tinggal kat mana? Turumah batu sana..tu la rumah saya Jawab Batrisya lagi.Dah macam sesi interview pulak.Fawaz angguk.La..jiran sebelah rupanya! Kerja jururawat ke? Eh..tak..saya mengajar di sekolah Oh..awak cikgu ya? Batrisya angguk.Matanya sesekali sahaja memandang leleki di sebelahnya itu.Fawaz senyum.Pemalu agaknya perempuan ni.. Encik tak nak rasa kuih ke? Batrisya tak tahu nak cakap apa.Segan pulak bila berdua begitu.Dahlah tak kenal pun..Mana Mak Cik Sari ni? cepatlah balik.. Nama saya Fawaz..beritahu Fawaz.Batrisya sekadar angguk.Tak tanya pun! Panggil saja abang Fawaz.. sambung Fawaz lagi,matanya masih memandang Batrisya sambil tangannya mencapai kuih.Mata mereka bertentang dan Batrisya senyum padanya.Fawaz terpana dan kuih ditangan terus mahu dimasukkan ke dalam mulutnya.Batrisya yang melihat aksi yang agak ngeri itu spontan terjerit kecil. Abang Fawaz!! Ya?? Fawaz turut terkejut bila Batrisya menahan tangannya.Handsome sangat aku ni agaknya sampai begitu teruja dia nak pegang tangan aku! Jangan makan.. Hah? tadi kan Sya suruh abang makan? Ewahpandai-pandai aja aku membahasakan diri aku abang..ahhh!!! apa ingat Uwais aja ke boleh nak beromantik dengan Hanny? aku pun nak bercinta jugak! kalau Hanny dah tak nak..yang ni pun jadilah..daripada takde langsung..umur aku pun dah 30 tahun! Memanglah tapi,mana ada orang makan kuih ni sekali dengan daun pisang tu! jawab Batrisya.Dia tutup mulut dengan telapak tangan kerana hampir saja dia ketawa.Fawaz terkedu.Bukan ke? aduh!! malunyakalau macam ni selalu,hilanglah paras macho aku selama

ni Macam niabang Fawaz kena buka dulu daun pisang ni,kemudian baru makan lepat Ubi kat dalamnya,daun pisang ni Cuma pembugkus ajalah..Abang ni tak pernah makan kuih ni ke selama ni? Mana pernah..kalau ada pun,dah lupa..Jawab Fawaz.Penerangan Batrisya yang begitu jelas dan siap tunjuk caranya itu memang menarik hatinya.Cikgulah katakan! wahai cikgu Batrisya..sudikah jadi guru di hati Abang Fawaz? tolonglah ajarkan Abang Fawaz tentang cinta!! Amboi!!! kusangkakan siapalah tadi berdating kat depan rumah aku nirupanya Uda dan Daralengkaplah pakej kat dalam rumah aku ya? dah ada Romeo dengan Juliettambah pulak dengan Uda dan Daraini apa? Sarimah muncul dari belakang.Terus saja dia duduk diantara Batrisya dan Fawaz yang sudah kelam kabut.Dari jauh Fawaz nampak Uwais dan Hannah membawa penyapu lidi dan pongkes.Ladiorang kat belakang rumah aja? Eh..Mak Cik Sari..err..tu,Lepat Ubi! Sya bawakan untuk Mak Cik merah padam muka Batrisya.Demi Allah Mak Cik,Sya tak berdating pun! Ohlepat Ubi ke Lepat Cinta? Untuk Mak Cik ke untuk siapa? Sarimah senyum penuh makna.Ada apa-apa ke budak berdua ni? Elok sangatlah dua-dua pun bujang lagi! Merepeklah Mak Cik ni..Sya balik dulu ya Mak Cik.. Batrisya malu bukan kepalang.Menyesal pulak aku duduk dekat sini dengan Abang Fawaz..tak pasal-pasal Mak Cik Sari salah faham! Dah nak balik? Sarimah sengaja mengusik lagi. Sya!! tunggu kejap! Hannah menahan Batrisya yang mahu pulang.Dia segera mendapatkan Batrisya.Sementara Uwais mendekati Fawaz yang sedang makan Lepat Ubi.Tak boleh jadi ni,aku yang suruh Sya hantar kuih tu.. Wei! janganlah ambik semua! marah Fawaz bila Uwais mencapai pinggan berisi kuih. Kuih ni saya yang nak makan..Abang Fawaz kan tak makan kuih kampung! Ahhh!! bagilah aku separuh! takkan kau nak makan semua! Fawaz cuba merampas tapi Uwais buat main-main dengannya.Uwais angkat kening bila Fawaz gagal merampas pinggan itu. Takde..takde..semua ni saya yang punya..nak makan dengan Hannah kat dalam rumah! Uwais sorok pinggan di belakangnya.Hanya daun pisang yang sudah tidak berisi saja diberi pada Fawaz. Ini Abang Fawaz boleh ambik..makanlah! Ewah..ewahselamba aja korang berdua bergaduh macam budak-budak depan aku ya? Uwais!!! kau kutip balik daun pisang tu!! dah elok aku sapu sampah kau nak buat sampah lagi ya? Yelah..yelahUwais cepat-cepat kutip daun pisang yang bersepah.Fawaz ketawa galak.Padan muka kena marah! Fawaz?? kau nak mak cik sumbat mulut kau dengan daun pisang? kau ni dah mandi ke belum? Ya Allah..dah macam sampah masyarakat aku tengok! ini kan baju pagi tadi? kau ni pun..kalau nak berdating dengan anak jiran aku pun..bawak-bawaklah mandi dulu! Nak pergilah ni..Fawaz menunduk dan terus bangun dari pangkin.Malunya!! dah la suara mak cik kuat! harap-harap Batrisya tak dengar! Padan Muka! Uwais ketawakan Fawaz pula.Tanpa sedar maknya menghampiri dan mengambil pinggan ditangannya. Kau tu yang padan muka! mari sini kuih tu.. Sarimah sempat memulas telinganya. SakitUwais tayang muncung.Dia memandang Hannah yang turut memerhatikan gelagatnya itu.Sayangsakit! mak tarik telinga! ada pandangan mengadu dihantar pada Hannah tapi dia lihat Hannah ketawa sambil mengangkat Thumbs up padanya! +++++++++++++++++++++++++++++++++ Macam-macamlah diorang ni Hannah berhenti ketawa.Dia memandang Batrisya yang turut tersenyum melihat gelagat di hadapan mereka tadi. Ada apa Hannah? Pasal Karnival Ilmu tu..Abang Uwais dah bagi tahu Oh..jadi,emmm..Hannah boleh tak? Boleh,,tapi dengan syarat! Syarat? Pertama awak kena datang office saya Isnin depan,bawa kertas kerja program sekali dengan

pampletnya..dan satu lagi.. Hannah membisikkan sesuatu ke telinga Batrisya. Apa? Awak nak Syhhh..ini rahsia kita berdua saja tau! Hannah bersuara perlahan.Batrisya angguk dan senyum. Boleh? Hannah angkat kening. Mestilah boleh.. jawab Batrisya. So,give me ten!! Hannah ukir senyuman. Hannah dan Batrisya melagakan tapak tangan mereka.Dari jauh Uwais dengar keduanya ketawa riang.Apa hal? happy semacam aja?

Suami yang Kubenci 44


by E-man Sufi Hari sudah merangkak senja.Siang mula melabuhkan tirainya dan malam pula sedang menyapa. Cepatlah,dah lambat ni.. dah nak masuk waktu maghrib pun hah Sarimah sudah berada di muka pintu dapur.Dia sudah siap memakai telekung untuk ke surau.Hannah juga sudah keluar dari bilik dan Uwais mengekorinya. Sayang,tunggulah abangUwais cuba menyaingi Hannah. Abang jangan nak rapat-rapat sangat ya..tersentuh saya,batal pulak wudhu kita.. Hannah mengerling Uwais yang senyum nakal. Takpe..air kolah kat surau tu banyak.. Ya lah,abang senanglah nak ambil wudhu kat situ..saya ni? Tak kuasa aku nak mengagau cari bilik air! Abang sayang aku ni bukan boleh percaya,silap-silap kang dia pegang pipi aku ni..aish.. baik aku dengan mak.. Hah,UwaisFawaz mana? kau pergi tengok? mak dengan Hannah pergi dulu,kau pergi dengan dia.. Sarimah sudah keluar selepas mencapai lapu picit di belebas. Mak cik!! tunggulah sayaFawaz keluar dari biliknya.Dia sudah siap memakai kain pelekat bersama baju Melayu Uwais yang dipinjam lagi.Melihat saja pada Fawaz meledak tawa Uwais.Begitu juga dengan Hannah dan Sarimah.. Ya RabbiFawaz oi,mak cik memang bangga bila kau nak pakai kain pelekat tu..dah ada gaya hero idaman Malaya..tapi,kau ni pakai kain pelekat ke pakai samping? Sarimah menggeleng.Kesian aku tengok budak ni Kenapa? Fawaz pandang Uwais.Dia merenung kain pelekat yang dipakai Uwais..kenapa tak sama dengan aku pakai? Apa tidak lainnya.Fawaz memakai kain pelekat itu senteng hingga ke paras betis.Yang penting dia selesa nak berjalan.Memang dia tak tahu pun tapi rasanya,dah betullah dia pakai begitu.. Itulah,lain kali tanyalah saya macamana nak pakai,dah macam doti pun adakalau macam ni pakainya..bukan hero Malaya dah mak..ini dah macam Padayappa! meledak lagi tawa Uwais. Abangtak baiklah ketawa kat abang Fawaz macam tu,abang pergilah ajar dia..saya dengan mak pergi dululah.. Hannah sendiri sebenarnya terpaksa menahan tawa kerana tak sampai hati bila abang Fawaz tayang muka sedih..dia faham bukan mudah untuk berubah! Uwais senyap.Wallamaksekali kena sound dengan pujaan hati dainsaf..insafHai, abang Fawazabang Fawaz..kusangkakan kau bijak selama ni,rupanya kau sedikit sengal! Jom cepat,masuk dalam..saya ajarkan..Ajak Uwais.Fawaz menurut saja.Mereka masuk ke dalam bilik. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Cepatlah jalan abang Fawaz!! dah lambat ni Aku tahulah,kau ingat senang ke nak jalan pakai kain ni! dengusan Fawaz kedengaran.Dia membetulkan kopiah di atas kepalanya.Uwais ketawa kecil.Dah macam ahli kumpulan nasyid pulak aku tengok! Apa gelak? marah Fawaz. Ek ellehgelak sikit pun nak marah..Uwais mencebek.Dalam perjalanan ke surau yang tidak jauh dari rumah itu.Mereka berdua terserempak dengan Cikgu Batrisya dan maknya yang turut mahu ke surau. Assalamualaikum Mak Cik Zai! Sya sapa Uwais. Waalaikumussalamnak ke surau juga ya Uwais? Ya Mak cik jawab Uwais. Mak dengan isteri Uwais mana? tak pergi sekali? Diorang dah pergi dulu.. Fawaz pula yang menjawab.Uwais mengerlingnya.Mulalah tu nak buat perangai menyibuk dia tu.Mentanglah ada Sya kat sinibaru kenal pagi tadi dah jadi macam ni? tak faham betul aku..ini cinta pandang pertama ke cinta kilat? Fawaz tak sangka pula akan bertembung dengan Cikgu Batrisya ketika melewati hadapan rumah gadis itu.Alahai..bakal isteri aku dengan bakal mak mertua aku la..kena tunjuk aksi lelaki mithali

nih! Yang ini siapa? Tanya Zainab pada Uwais.Batrisya yang berada di sisinya turut memandang Fawaz yang sedang membetulkan kopiahnya.Eh..ehhandsomenya abang Fawaz ni pakai baju Melayu Emm..Saya Fawaz Mak Cik..saya ni,sepupu Hannah..isteri Uwais ni Beritahu Fawaz.Saya pun bercadang nak jadi menantu mak cik..boleh? Uwais menyiku Fawaz yang kelihatan begitu teruja memperkenalkan diri.Kalau ya pun angaukan anak Mak Cik Zainab ni..control la sikit..menyengeh macam kerang busuk! Oh..patut tak pernah nampak..hah, jomlah cepat..dah nak masuk waktu ni ajak Mak Cik Zainab. Abang Fawaz..jalan kat depanlah..mana boleh jalan belakang perempuan!! bisik Uwais tetapi ditekan suaranya bila Fawaz mahu beriringan dengan Batrisya.Ditarik Fawaz supaya mendahului Batrisya dan maknya itu. Kau nitak sporting langsung! marah Fawaz dalam nada berbisik.Langkah mereka begitu pantas hingga jauh meninggalkan Batrisya dan ibunya di belakang.Surau juga sudah kelihatan di depan mereka. Abang Fawaz jangan nak menggatal kat sini..abang tahu tak Sya tu anak siapa?? Anak siapa? ayah dia YB ke? Hahbanyaklah abang punya YB..ayah dia tu,bekas peguam syarie..sekarang ni dia jadi imam kat kampung ni..nak sangat mengurat anak imam? dah cukup ilmu di dada ke? Uwais senyum sinis.Ada hati sangat kat anak Imam kan? hah tengok,apa yang abang Fawaz sanggup buat? Fawaz terdiam.Apa? anak imam? biar betul? Oh My!!..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Uwaiseloklah kau pun dah sampai..apa lagi, dah lama Pak Cik tak dengar kau azansilalah Suruhan Imam Safuan itu bukanlah satu masalah besar bagi Uwais.Namun begitu,ketika dia memandang Fawaz yang terkebil-kebil merenung wajah bersih Imam Safuan.Terfikir sesuatu di benaknya. Abang Fawazlah azan boleh? pertanyaan Uwais itu buat muka Fawaz serta merta berubah.Apa? Azan? Warghhh!!! Uwais kau memang sengaja nak kenakan aku depan Pak Imam A.K.A bakal pak mertua aku ni kan? kan? Hah,tak kisahlah sesiapapuneloklah orang muda macam kamu berdua ni nak tunjukkan kebolehan..kami yang dah tua ni pun memang nak cari pelapis.. Imam Safuan tersenyum. Err..uhuk! uhuk!! ehemmm..ehemmm! sayasaya..minta maaflah Pak Cik Imam..sebenarnya saya ni sakit tekak.. Fawaz memegang bawah lehernya.Sesekali dia batuk.Uwais menahan tawa.Aku dah agakada aja tektik auta dia tu..hmmm..macam ni nak jadi menantu Imam? Abang Fawaz..abang Fawaz. Takpelah,biar saya aja..Uwais tanpa berlengah terus mencapai pembesar suara lalu melaungkan azan.Fawaz terpegun mendengar suara Uwais. Hmmm..kalaulah aku pun pandai azan macam Uwais nitakdelah aku kena tanggung malu macam ni! Selesai solat Maghrib,Fawaz yang duduk di sebelah Uwais segera bangun. Nak pergi mana? tanya Uwais. Tandas! jawab Fawaz sepatah.Dia terus pergi. Hahah..kau tak tahu,sebenarnya aku ada rancangan lain! Lebih kurang 20 minit kemudian Fawaz muncul semula.Itupun ketika Imam Safuan sedang memberi ceramah. Lamanya pergi tandas? Sibuklah kau Fawaz terus menumpukan perhatian pada ceramah Imam Safuan.Uwais rasa hairan.Bukan apa,Fawaz kelihatan tersenyum-senyum.Pelikkeluar tandas pun takkanlah senyum beriya sangataku macam tak sedap hati ajaabang Fawaz ni bukan boleh percaya!

Suami yang Kubenci 45


by E-man Sufi abang. Kenapa sayang? Uwais menyoal Hannah yang kelihatan mencuka dan mencari-cari sesuatu di kawasan laman surau.Terkejut juga bila nampak isterinya itu melilau di situ. Sandel saya hilang!! Hannah seperti ingin menangis.Sandal Arizona yang selalu dipakai untuk aktiviti santai tu dah hilang! Hilang? macamana boleh hilang? Uwais garu kepala.Jemaah lain sudah berpusu-pusu keluar dari surau. Mestilah ada orang ambil,takkanlah sandal tu jalan sendiri..abang ni pun..Hannah memukul lengan Uwais.Suaminya itu ketawa kecil.Ya tak ya..siapalah malaun yang dah tibai sandal mahal sayang aku ni.. Itulah,lain kali pakai selipar Jepun aja..takdelah kena curi Uwais menarik sedikit telekung yang dipakai Hannah.Comelnya..kalau pakai tudung isteri aku ni..mesti sejuk mata memandang.. Abang.macamana ni? orang nak balik takkanlah berkaki ayam aja.. Lahsandal sayang hilang kaki sayang dah bertukar jadi kaki ayam ke? Uwais buat-buat terkejut.Dia menunduk untuk melihat kaki Hannah. Ieeeesempat lagi nak main-main..Hannah memukul lagi lengan Uwais.Aku punyalah geram dengan pencuri tu,dia boleh lagi nak usik aku Hah!! ada jumpa sandal tu Hannah? Mak Cik Sarimah muncul.Wajahnya nampak begitu marah.Uwais telan liur.Uikssandel manantu dia hilang,macam tu sekali reaksinya? habislah kalau pencuri tu dapat kat mak aku Takde makHannah geleng. Siapalah pencuri berprofile tinggi tu ya? kalau aku dapataku salai hidup-hidup..yang aku geram tu,bukan sandal Hannah ni aja..Selipar Jepun Batrisya pun hilang juga..makin menjadi-jadi pulak kes curi selipar di surau ni ya? Selipar Sya pun hilang ke mak? Tanya Hannah. Iyadia tengah carilah tu..katanya,tadi dia ada pergi tandas dengan Hannah ya? Haah..tadi Hannah pergi tandas dengan Sya..Hannah angguk. Takde lain..pencuri tu rembat sekali la tu Uwais mencekak pinggang.Pelik! Ironi sungguh,macamana selipar Jepun Sya pun boleh kena rembat sekali? berbaloi ke kalau jual di pasaran gelap? Tak jumpalah Mak Cik Sari..Batrisya muncul.Wajahnya nampak sedikit kecewa.Siapalah insan yang susah sangat tu? Memang kerap pulak jadi macam ni Sari ya? Mak Cik Zainab menyampuk.Dia sudah putus asa mencari selipar anak gadisnya itu.Kasihan Batrisya,jauh juga nak menapak tanpa selipar untuk sampai ke rumah. Inilah yang saya geram sangat ni Nab.Dah takde benda lain ke nak ambil?.Sarimah makin geram.Pandai pulak pencuri tu ya? diambilnya hak milik perempuan cantik macam menantu aku dengan Sya ni..selipar aku tak nak pulak diambilnya? apa..aku ni tak cantik ke? Kenapa ni? Fawaz yang baru keluar dari surau muncul bersama Imam Safuan.Dia baru selesai membantu Imam Safuan menutup kipas dan lampu.Maklumlah,nak jadi menantu mesti kena tunjuk baik.Nak anak..mesti kena pikat mak bapak dia dulu.. Sandal Hannah dengan Selipar Sya ni dah hilangberitahu Uwais.Dia memandang Fawaz yang bersahaja.Bukan main lagi rajin ya? siap tolong Pak Cik Safuan tu.. Hilang? ini tak lain kerja pencurilah ni..tak pun,orang yang hilang selipar tapi dia saup aja orang punya..Imam Safuan menggeleng kesal.Memang selalu juga kes begitu berlaku di surau itu. Entah-entah kena sorok tak? Uwais meneka. Ehem..Macam ni la,cari pun tak jumpa juga..hari pun dah nak pukul 9.30 ni..saya rasa elok saya dengan Uwais saja yang carikan..biarlah Hannah balik pakai selipar Uwais..emmm..Sya boleh pakai sandal saya tapi besar sikitlah.. Fawaz memberi cadangan. Elok juga tu.. memang bijaklah idea kau ya Fawaz? hah..apa lagi..Jomlah kita balik..Sarimah bersetuju dengan cadangan Fawaz itu.

Takpe ke abang balik tak pakai sandal? Batrisya serba salah. Eh,takpe..takpe..abang tak kisah..Jawab Fawaz.Dia sudah meletakkan sandal Dr. Cardin miliknya di kaki Batrisya.Dia senyum penuh makna bila Batrisya menyarung juga sandal itu.Walaupun bila dipakai sandal itu terlalu besar dengan kaki Batrisya..dah macam pakai kasut Mc. Donald! Abang!..tak nak bagi selipar abang ke? Hannah menarik lengan baju Melayu Uwais. La..abang baru fikir nak cempung aja sayang sampai rumah..Uwais berbisik di telinga Hannah. Abang ni,menggatal tak kira tempat! Hannah mengerlingnya. Ye la..ye la..mesti nak kena cari jugak ke?Uwais rasa malas pula.Satu kerja nak kena cari..beli lain ajalah! Abang ni, tak nak bersusah langsung..kata sayang! tengok abang Fawaz tu,sanggup balik kaki ayam semata-mata nak cari selipar Sya.. Alah..ini bukan cerita Cinderella nak cari kasut bagai.. Iee..ada aja jawab dia..abang memang tak romantik..berilah cepat selipar tu.. Hannah tayang muka cemberut.Uwais dengan muka selamba menanggalkan seliparnya.Tak suka bila abang tayang muka macam tu! Terima Kasih ya Fawaz.. Sama-sama mak cik..jalan elok-elok ya.. Pak cik baliklah dulu ya Fawaz.. Ya..ya..Pak Cik Imam..jangan risaulah,kalau saya dapat pencuri tu..saya taulah nak ajar macamana Fawaz berbicara penuh tulus dan bersemangat.Tak ubah macam pemuda harapan bangsa! Akhirnyatinggallah Fawaz dan Uwais saja di tangga surau yang sudah sunyi sepi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Abang Fawaz yang ambil? Ya Allah! abang Fawaz dah hilang akal ke apa? memang tak bermoral betul la abang ni Uwais duduk di anak tangga surau.Dia menanggalkan kopiahnya.Fawaz turut duduk di sebelahnya sambil ketawa.Sepasang selipar dan sandal berada di tangannya.Diambil dari bawah pasu bunga besar berhampiran kolah. kau tak nampak ke..kalau aku tak buat macam ni,takdelah Sya tu balik pakai sandal aku..kan ke romantik tu Romantik apanya? sorok selipar dia,kalau dia tahu buruk benar perangai abang Fawaz ni,macamana? Kau ni,tak sporting langsung..bagilah ruang kat aku nak mengurat cikgu tu..kau ada Hanny,duduk diam-diam tengok dah la Okey,kalau ya pun..kenapa abang tak buat-buat jumpa aja selipar tu tadi? tak payahlah kita tersadai kat sini..nak carikan konon.. Kalau aku buat macam tu,tak dapatlah aku jumpa dia lagi esok..kau ingat senang ke? dia tu dah la pemalu..bila dia pinjam sandal aku tu,tentu dia pulang balik kan? masa tu..aku dapat jumpa dia lagi.. beritahu Fawaz.Uwais senyum juga.Boleh tahan bijak jugak otak angau dia nitapi part sorok selipar ni memang aku tak setuju! apsal Hannah pun kena jugak? Kenapa abang Fawaz ambil sandal isteri saya sekali? Fawaz ketawa. Sebenarnya..aku rancang nak ambil selipar Sya aja tapi bila fikir balik..mana boleh aku sorang aja balik tak pakai sandal..so,aku pun ambil sekali sandal Hanny..kau pun kenalah balik kaki ayam jugak Fawaz ketawa lagi dan lagi..Uwais ketap bibir.Kurang asam jawa betul!! apsal aku pun kena sekali..memang saja nak kenakan aku sekali.. Dah tu,tunggu apa lagi? hari dah lewat ni,perut saya pun dah lapar..jomlah balik! ajak Uwais.Dia sudah berdiri dan bersedia untuk mengatur langkah .Fawaz turut bangun dan lengannya memaut bahu Uwais. Oi..kau..tak marahkan? Dia sengeh.Uwais tayang muka tak puas hati. Hmm..tak! sebab orang kena penyakit angau kan.. Hah..macam ni baru suami adik aku..Fawaz menepuk-nepuk bahu Uwais.Mereka beriringan pulang ke rumah dalam keadaan berkaki ayam.

Aku rasa nak tulis suratlah kat cikgu tu.. Tulis surat? wei..ni zaman internetlah..orang dah pakai e-mail Ah..ni cara aku..aku dengar mak kau cerita,dia dulu masa bercinta dengan ayah kau pakai surat ya? Haah..ayah saya tu posmen Boleh tak pinjamkan aku surat cinta mak kau tu.. Hai..dah teruklah abang Fawaz ni.. Ahh..kau dengan Hanny pun sama ++++++++++++++++++++++++++++++ Uwais termenung di tepi tingkap.Hari sudah makin larut malam.Dia tersenyum sendirian bila teringatkan Fawaz.Apalah agaknya abang Fawaz tengah fikir sekarang ni.Jangan dia tambah angau tengok selipar Jepun Sya tu sudahlah! Abang kenapa senyum sorang-sorang kat tingkap tu? hahsaya tahu, abang teringatkan saya kan? Hannah yang baru masuk ke dalam bilik menegur Uwais. Memang pun lama abang tunggu kekasih abang tu kat sini..tak muncul-muncul.. Uwais beralih duduk di katil.Hannah duduk di sebelahnya. Mana abang jumpa sandal saya tu? tanya Hannah.Masa makan malam tadi tak sempat dia nak tanya bila melihatkan Uwais dan Abang Fawaz begitu lapar dan penat.Kasihan suami aku balik tak pakai selipar. Kalau sayang nak tahu..sebenarnya,sandal tu abang Fawaz yang ambil Hah? abang Fawaz?Hannah terkejut .Uwais angguk.Dia bersandar pada kepala katil. Penyakit cinta pandang pertama dia tu la..semuanya sebab Sya..tak pasal-pasal abang pun kena sekali Uwais ketawa. Saya dah agak,abang Fawaz tak pernah buat perangai pelik macam ni..nak pergi surau,siap tolong kemas dan tutupkan lampu kipas semua..kan saya dah cakap,diorang tu sesuai.. Hmmm.. tengoklah macamana..tapi,memang kelakarlah..ada ke selipar Jepun Sya tu dia nak ambil?..agaknyalah,sebab Sya selamatkan dia daripada lintah tu ke yang dia angau sangat dengan Sya tu? Agaknyalahorang kalau nak jatuh cinta,macam-macam caralah abang.. O..habis tu sayang masa mula-mula nampak abang dulu macamana? Hannah berfikir seketika. Bila ya first time kita jumpa? masa motorsikal buruk abang tu terbabas ya? Hannah tayang muka comel bila Uwais tarik muka sebab Hannah kata motorsikalnya buruk! Bukantakkan tak ingat? abang boleh aja ingat..tak perasankan abanglah tuUwais seperti merajuk.Hannah kerut dahi.Bila ya? Masa bila ya?saya ingat masa tu ajalah..memang menyampah sangatlah saya dengan mamat yang bawak EX5 cabuk lepas tu bukan main lagi berlagak tu bila orang nak bayar ganti rugi.. Hannah beriya bercerita.Uwais kerut dahi.Amboi..sesedap rasa aja dia kutuk aku depan-depan ya? Ye la..siapalah abang ni kan? Alahai..sayang saya ni,orang usik sikit pun terasa ya? Hannah mencuit hidung Uwais. Sayang tak ingat ke? masa tu abang tunggu Anis balik sekolah..masa tu sayang duduk kat gazebo,sayang guna lappy masa tu..ingat tak? Oh..ingat..ingat..memang saya perasan masa tu ada lelaki naik motorsikal buruk lepas tu Ya Allah,ada hati nak senyum kat sayanak mengurat la tu,mentang-mentanglah saya cantik Uwais ternganga.Sedarkah kau wahai Hannahku sayang..lelaki yang kau kutuk tu adalah aku?Huhsampai hati! Patutlah bagi jelingan maut kat abangye la, abang sedar diri Uwais ambil bantal dan menutup mukanya.Hannah ketawa.Ya Allah! merajuk macam perempuan.. Abang ni,orang bergurau ajalah..memanglah masa tu saya fikir macam tu,tapi sekarang dah tak..abanglah yang paling handsome tau..saya tak nak orang lain..saya nak sayang saya ni sorang aja! kongsi pun tak boleh tau! Hannah menarik bantal. Cak!! diagah Uwais macam mengagah anak kecil.Uwais ketawa.

Betul? Iyaabang tak nak tidur lagi ke? mengantuklah.. Takkan dah nak tidur kut..kata tadi nak abang..Uwais melirik pandangan nakal.Hannah mengecilkan mata.Dia turun tersenyum. Ada sesiapa yang nak tolong tutup lampu tak? Saya..saya.. Uwais tanpa berlengah terus bangun dari katil dan bergegas mahu menutup lampu.Hai suami aku ni,pantang dapat lampu hijau!

Suami yang Kubenci 46


by E-man Sufi Kau ni kenapa Fawaztermenung kat tangga rumah aku ni? cubalah bawa senyum sikit..dah macam orang mati bini aku tengok.. Sarimah menepuk bahu Fawaz yang duduk di anak tangga rumahnya.Mata Fawaz merenung selipar Jepun milik Batrisya yang dicurinya malam tadi. Hmmm..dia tunggu seseorang tu mak..kononnya, berharaplah orang tu pulangkan sandal dia tu Uwais yang sedang memasukkan beberapa barangan ke dalam kereta menyampuk.Fawaz menjegilkan mata padanya. La..kau tunggu Sya ke Fawaz? pagi tadi masa nak lepaskan ayam itik mak cik kat reban..mak cik nampak dia dah keluar bawa Myvi dia tu Ya ke mak cik? Fawaz kerut dahi.Alahai..melepaslah peluang aku. Dah la tu abang Fawaz, jomlah balik rumah Tuk Ayah..ajak Hannah. Mak pun ikut sekalilah ya? Anis dah ada kat sana..mak pun ikut sekalilahtakkan mak tinggal sorang kat rumah ni..jomlah mak ya? Hannah memujuk Sarimah.Dari waktu menyiapkan sarapan pagi tadi dia mengajak mak mertuanya itu tapi masih tiada kata putus. Ayam itik aku siapa nak tengokkan nanti? Mak Nab kan ada selalu kalau mak takde,dia yang tolong kan? sampuk Uwais. Lambat lagi ke Tan Sri balik? Seminggu lagi Sian kat kitorang ni mak.. kalau ade mak,boleh jaga kami ni hah Uwais tayang muka sedih.Sesekali dia melihat pada Fawaz yang dari tadi berdiam saja.Takde lain matanya hanya memandang pada selipar Jepun di tangannya. Ya Allahdah teruk abang Fawaz ni, buatnya Batrisya tu tak nak kat diasilap-silap boleh meroyan nih.. Kau bercakap macamlah korang berdua ni budak tadika nak kena berjaga bagai.. Sarimah mencebir.Uwais dan Hannah ketawa. Bolehlah makkat sana ada Mak Awa..lagipun,sunyilah kalau takde mak.. Sunyi apanya,itu hah..penyibuk besar sebelah kau tu,dia sorang aja dah cukup buat hidup kau tak sunyi Hannah oi.. Abang lainmak lain.. Apa yang lainnya? Sarimah ketawa. Mak perempuan saya lelaki..Uwais jawab selamba.Hannah memukul lengannya..bukan tu la maksud saya! MakbolehlahHannah tayang muka sedih. Yelah..yelahnanti mak kemaskan pakaian.. Amboi makkalau Hannah merayu terus mak setuju..cuba kalau saya.. Kau lain..Hannah lain.. Apa yang lain mak? Saya pandaiabang biasa-biasa je..jawab Hannah selamba.Uwais muncung panjang.Dah nak mulalah tu..merajuk macam budak kecik! Yang kau ni Fawaz,dari tadi sibuk tenung selipar tu kenapa? Ya Allahkau ni dah kena penyakit angau ni..nak mak cik rebus selipar tu bagi kau minum airnya? jerkah Sarimah yang sudah bangun dari duduknya.Terkejut Fawaz sampai terlepas selipar di tangannya. Hannah dan Uwais ketawa melihatkan gelagat Fawaz.Selipar yang jatuh diambil semula. Saya rela kena penyakit ni mak cik saya tak nak sembuh dari penyakit nimata Fawaz merenung kea rah rumah Batrisya.Bak kata orang lamakalau tak dapat tengok orangnya,tengok bumbung rumah pun jadilahSarimah menggeleng..teruk..teruk..dia masuk ke dalam rumah.Penat aku nak melayan kerenah budak-budak ni! Abang Fawaz..sudahlah! kita balik ya? nanti saya bagi abang Fawaz nombor handset Sya ya?Uwais kasihan pulak melihatkan begitu teruk sekali keadaan Fawaz.Kalau Batrisya tahu ni..buat malu aja! Betul ke??? mata Fawaz bersinar.Dari beranda rumah dia melompat dan berlari mendapatkan Uwais. Abang Fawaz nak buat apa ni? Uwais cemas.Rupanya Fawaz hanya nak memeluknya sahaja.

Terima Kasihlah Uwais!!! kaulah adik ipar aku yang paling best di dunia..Fawaz memeluknya erat.Iee..geli betul aku dengan perangai abang Fawaz ni la.. Ya..yasaya fahamUwais menepuk belakang Fawaz.Hannah yang melihat menutup mulut menahan tawa.Abang layan ajalah! Romeo dah berkawan baik dengan Uda la pulak.. ++++++++++++++++++++++++++++++++ Hari ni, saya balik lambat tau Hannah mengemaskan lagi tali leher yang dipakai Uwais. Pukul berapa? janganlah lambat sangat.. Uwais mencium pipi Hannah. Tak tahulah,tapi saya cubalah jugak habiskan semua kerja saya yang dah banyak terbengkalai tu.. Rindukan abang tau pesan Uwais. Iya..rindu baaanyakkk Hannah menarik tangannya.Mereka keluar dari bilik. Kereta abang rosak lagi kan? hari ni abang bawa kereta saya ya? Eh..tak payahlah,kereta tu cantik sangat..nanti abang rasa tak selesalah kalau kawan-kawan di sekolah tu tengok..abang ni Cuma guru ganti aja,nanti ada yang kata abang ni berlagak pulak Abang ni apa salahnya, kereta saya kan dah macam kereta abang jugak? Takpelah,abang naik dengan Abang Din aja..sayang pergi kerja dengan kereta sayang tu ya?Uwais menolak dengan lembut.Hannah seperti tidak puas hati,tapi bila Uwais mengusap pipinya,dia senyum dan angguk juga. Apa kata kalau Kalau apa? Emm..takde apalah Hannah geleng.Apa kata kalau saya belikan abang kereta mini cooper model baru? hmmm..kalau aku cadangkan macam tu,jawapannya mesti..takpelah! tak payahkan? Amboi Romeo dengan Juliet nidah nak pergi kerja pun berkepit lagi ya? Sarimah menyapa.Dia baru muncul dari arah dapur. Hannah ni mak..bukan boleh kalau saya jauh dari dia..menangis mak.. Ieeeemana ada, abang ni yang menangis mak kalau Hannah takde Abang menangis? eh, Uwais Ukasyah tak menangis depan perempuan tau..kalau yang menangis tu..abang FawazUwais ketawa mengekek. Ewah..sedapnya kau mengata orang ya? tak menangis depan perempuan konon..habis yang masa kecil dulu kau melalak depan mak tu kenapa? mak ni bukan perempuan ke? Errada ke? Uwais buat-buat tak ingat.. Sudah..jangan nak auta kat depan isteri kau,pergi sarapan cepat..nanti lambat pulak pergi sekolah..mak nak pergi kejutkan Fawaz ni..apa lah budak sorang tu,lepas solat subuh tadi tidur balik agaknya..tak keluar pun dari bilik Hmm..entah-entah dia tengah tenung selipar keramat tu tak mak?Uwais ketawa lagi. Abang!..tak baiklah ketawakan abang Fawaz..sian kat dia..abang tu pun satu,kata nak bagi nombor Sya pada abang Fawaz? Abang dah bagi malam tadi Ya ke? Iyanak call ke tak itu terpulang pada dialah..entah-entah dia tak berani nak call Sya tak sayang? Ye la tu..mana abang tahu? Abang agak aja,Abang Fawaz tu,nampak aja macho tapi bukan pandai sangat mengayat tu Ooo..jadi yang pandai mengayat tu abanglah? Perlu ke abang nafikan lagi? tengoklah siapa yang jatuh cinta dengan abang? Hannah MaryamUwais angkat kening dengan senyuman bangga.Hannah ketawa.Elleh banggalah sangat..seingat aku first time cakap cintakan aku pun masa tengah marah..Hmm..aku iyakan ajalah! Jangan berani mengayat perempuan lain pulak! Hannah membari amaran.Dia menarik tangan Uwais yang angguk tanda faham.Mereka menuju ke meja makan. Nanti jangan lupa call abang tau? kalau busy sangat,sms pun takpe.. Iya

Mesti buat jugak..sayang tu kalau busy abang call bukan nak jawab Iyalah sayang tengok? siapa sebenarnya yang tak boleh berjauhan ni? aku ke dia? ++++++++++++++++++++++++++++++++ Fawaz garu kepala yang tidak gatal.Sesak betul! kenapa payah sangat ni? Dia menarik nafas.Dari tadi dia cuba untuk membuat panggilan ke talian Batrisya tapi akhirnya dimatikan panggilannya.Aku nak cakap apa dengan dia? Awak dah sarapan?..errr..saya belum..sebab takde selera..asyik teringatkan awak aja Fawaz membuat praktikal dengan meletakkan I Phone di telinganya.Tak bolehtak boleh Assalamualaikum..Sya ya? sayalah..abang Fawazemmmawak free tak hari ni..kita keluar makan nak? Fawaz menghela nafas.Kalau aku tanya macam tu,mesti dia tak naknanti dia fikir aku ni lelaki gatal pulak..takkan aku nak ajak anak Pak Cik Imam keluar pergi dating..lagipun,memanglah dia tak free..hari ni kan dia kerja? sengal betul la!! Fawaz!! pintu dikuak.Fawaz yang duduk bersandar di katil terkejut bila dipanggil kuat begitu. Ya Mak Cik? Fawaz bangun.Sarimah sudah masuk ke biliknya. Ingatkan kau tidurkenapa terperap aja dalam bilik ni Fawaz? tak lapar ke? tak nak sarapan? Sarimah duduk di birai katil.Fawaz kelihatan sugul.Kalau dah kena penyakit angau ni memanglah payah nak ubat melainkan menikah aja! Takde seleralah mak cik.. Kenapa? kau tak sihat? Saya sakit mak cik.. Sakit angautu,benda alah kat tangan kau tu,gunalah..telefon Sya tu..cakap terus terang..buat apa nak selindung lagi perasaan tu Nanti kalau dia terkejut macamana? baru kenal dua hari dah jatuh cinta..kalau saya bertepuk sebelah tangan macamana? Tangan mak cik kan ada..mak cik bersedia bertepuk tangan dengan kau..Sarimah sempat mengusik.Fawaz senyum sedikit tapi tak mampu menutup rasa resah dihatinya. Mari sini handset kau tu..kau telefon Sya,biar mak cik yang bercakap Mak cik nak cakap apa? Ehaku ni otai tahu tak? kau tak tahu macamana hebatnya masa zaman aku bercinta dulu..cepatlah! Fawaz membuat panggilan ke talian Batrisya.Dalam hati dia berdebar-debar.Apalah yang Mak Cik Sari nak cakapkan agaknya.Handset bertukar tangan. Assalamualaikum!! Sya ya? Waalaikumussalam..Mak Cik Sari kan? tapi..kenapa nombor lain Mak Cik? Ini nombor Fawaz..mak cik pinjam handset dia ni hah.. Ooo..mak cik nak apa call saya pagi-pagi ni? Dah nak pergi sekolah ke? Ya Mak Cik Macam ni,Fawaz ni hah..dia nak buat baju Melayu,tapi..mak cik tak sempat nak belikan..maklum ajalah,Uwais dengan Hannah dah sibuk hari ni bekerja..Fawaz ni pulak,tak ingat jalan..dah lama tinggal kat Dubai sana..jadi,boleh tak kalau mak cik minta Sya tolong belikan kain untuk baju Melayu dia tu? lepas tu bolehlah Sya jahitkan sekali Owh..abang Fawaz nak buat baju Melayu..boleh tu boleh..tapi saya tak tahulah nak pilih,takut nanti tak berkenan pulak Ish..Fawaz kata tak kisah.. Kalau dah sukakan orangnya..apa yang dipilih pun mestilah suka Sya oi..bertuah Fawaz ni aja yang berat mulut nak cakap! Fawaz yang mendengar perbualan itu terkebil-kebil.Pergh!! mak cik memang otai!! saya suka idea tu mak cik!! dapatlah aku baju Melayu jahitan Sya! Yiieee Haaahh!!!! Warna apa? suara Batrisya begitu lembut di talian.Sarimah berfikir.Dia merenung Fawaz yang tersenyum-senyum.Amboi sukanya Warna apa? alah..mak cik lupa pulak nak tanya Fawaz..dia pergi sarapanlah pulak..nanti,Mak Cik suruh dia call Sya balik ya? Okey..pasal ukuran dia macamana mak cik?

Sya boleh datang rumah Tan Sri tak? ambilkan ukuran..takpelah,mak cik ada di sini..lepas sekolah nanti datanglah! Tak boleh mak cik..saya ada hal dengan Hannah..dia suruh saya pergi pejabat dia,nak bincang pasal karnival La..ya ke..sibuklah ya hari ni? Memang sibuk sangat mak cik.. Nanti, Fawaz telefon..Sya bincanglah dengan dia ya? sian dia..teringin sangat nak pakai baju Melayu.. Kenapa dia tak beli aja Mak Cik? soalan itu buat Sarimah sedikit sentap. Errr..entah..katanya nanti tak selesa pakai.. Mesti pandai meyakinkan target..wah,aku ni dah macam Nora Zain pun ada.. Ya tak ya kan..ada apa-apa lagi mak cik nak saya tolong? Itu ajalah..Assalamualaikum.. Waalaikumussalam..Sarimah menyerahkan handset pada Fawaz. Mak cik memang hebatlah! Fawaz membuat tabik spring pada Sarimah. Kan aku dah kataaku ni otaitengoklah siapa anak aku..sekarang kau pergi makan sampai kenyang..nanti,kau call dia balik..cakap nak bincang pasal baju tu,lepas tu kau minta dia datang sini ambil ukuran baju tu.. Sya tu,pandai menjahit ya mak cik? Fawaz senyum.Terbayang wajah ayu Batrisya. Pandailah jugak sebab mak dia tu tukang jahit..anak dara kampung ni,memang serba boleh.. Bertuahlah siapa dapat Sya tu kan mak cik? Tahu takpe,kalau dah berkenan sangat..suruhlah mak ayah kau tu masuk meminang.. Takpe ke mak cik? Fawaz nampak teruja. Ape pulak tak bolehtapi risiklah dulu tuan punya badan..manalah tahu dah berpunya Kalau dah ada macamana? cuak pula dia rasa. Macamana lagi? kau balik ajalah ke Dubai..kahwinlah dengan minah Arab .. Sarimah ketawa.Dia menepuk bahu Fawaz.Tak nak!! saya nak kahwin dengan Sya jugak! siapa lelaki yang berani nak potong jalan aku? mintak-mintaklah takde..kalau ada dan saingan tu pulak macam Uwais..alamatnya,tak kahwinlah aku !

Suami yang Kubenci 47


by E-man Sufi Assalamualaikum.. Waalaikumussalam..boleh saya bantu cik? Emm..saya Batrisya..saya datang ni nak jumpa dengan Puan Hannah Maryam.. Oh..Cik Batrisya ya? Puan Hannah ada pesan kalau cik datang,dia minta cik tunggu di bilik dia..sekarang ni dia tengah meeting,mari..saya bawa cik ke bilik dia.. Terima Kasih.. Sama-sama.. Batrisya mengikut arah langkah Aisyah yang membawanya ke bilik Ceo.Batrisya terpegun melihat bilik yang luas serta kemas itu.Meja kerja yang luas lengkap dengan perabut mewah dan TV plasma juga perpustakaan mini yang dilengkapi pelbagai jenis bahan bacaan. Cik Batrisya duduk dululah ya,saya rasa tak lama lagi tamatlah meeting tu.Sementara menunggu Puan Hannah,Cik boleh menonton TV ataupun membaca apa yang cik sukalah..emm..cik nak minum apa? Eh,tak payah..terima kasih..Batrisya menolak. Okeylah..kalau macam tu,saya keluar dululah..Aisyah berlalu pergi. Dia duduk di sofa.Rasa janggal pula tinggal sendirian di dalam bilik luas sebegitu.Batrisya mengambil salahsatu dari majalah yang terdapat di rak.Kemudian dibeleknya.Asyik membaca,tiba-tiba handsetnya berbunyi.Terus sahaja dikeluarkan gajet itu dari tas tangannya. Ini kalau tak silap nombor yang mak cik sari guna pagi tadi..Dia terlupa untuk menyimpan nombor talian Fawaz dan dia juga sebenarnya sudah terlupa yang lelaki itu akan menelefonnya untuk berbincang soal baju Melayu. Assalamualaikum..Batrisya segera menjawab panggilan.Terdengar batuk-batuk kecil di talian. Waalaikumussalam..emm..Sya ke? Ya saya abang Fawaz.. Batrisya senyum.Kenapa dia rasa suara kasar di hujung talian itu sedikit bergetar.. Oh..Sya dah kenal abang ke? Kan Mak Cik Sari dah call pagi tadi,Sya ingat nombor ni..abang Fawaz punya kan? Haah..pandailah Sya.. ada tawa kedengaran.Tapi kedengaran seperti dibuat-buat. Abang Fawaz nak cakap pasal baju tu ya? Haah..emm..err..apa ni..alah..lupalah pulak.. Abang nak beritahu pasal warna apa yang abang nak saya beli ya? Batrisya mengerut dahi.Apa kena dengan abang Fawaz ni? gelabah aja..pelik! Betullah tu.. Abang nak warna apa?Batrisya menyoal dengan penuh sabar.Sepatutnya,tak perlulah dia tanya banyak kali,kalau abang Fawaz cakap terus kan senang.. Emm..warna putih! Warna putih? Batrisya tambah pelik.Bukan warna putih tu untuk orang lelaki yang nak akad nikah ke? selalunya macam tu la..agaknya abang Fawaz ni nak kahwin kut Iya..warna putih.. Abang Fawaz nak kahwin ya? spontan pula dia bertanya.Terdengar lagi batuk-batuk di talian. Ehem.errmmerr..uhuk..uhuk.. Abang Fawaz tak sihat ke? Teruk juga batuk abang Fawaz ni. Adalah sikit..emm..pasal ukuran tu..Sya datang rumah Tuk Ayah abang..ambil ukuran ya? Hari ni saya sibuklah..esok boleh tak? tanyanya lembut. Sibuk sangat ke? tak boleh ke kalau hari ni? suara Fawaz seperti begitu berharap.Kasihan pula Batrisya mendengarnya.Agaknya,abang Fawaz nak cepat siapkan baju tu kut..betul agaknya dia nak kahwin.. Memang sibuk..saya ada urusan penting..tapi saya akan belikan kain untuk baju tu ..warna putih ya? Ya..emm..esok ya? janji tau? InsyaAllah..Hai..nak datang ambil ukuran pun kena buat janji ke?

Okeylah..emm..jaga diri baik-baik ya.. Hah? emm..okey..terima Kasih.. Kasih diterima Apa dia abang Fawaz? Tak..sama-sama..Assalamualaikum.. Waalaikumussalam..Batrisya mematikan talian.Kasih diterima? aku dengar dia cakap macam tu tadi..Abang Fawaz tu peliklahAlahai, aku terlupa pulak nak cakap pasal sandal dia tu..esoklah aku pulangkan sekali.. Eh..ada orang rupanya..Tiba-tiba ada suara yang menyapa.Batrisya berpaling.Seorang wanita yang baru masuk sedang memandangnya tanpa berkelip.Dah kenapa pulak ya? rasanya aku tak pakai baju terbalik? Cik ni siapa ya? wanita itu menyoal. Emm saya Batrisya..saya ada urusan dengan Puan Hannah.. jawab Batrisya dengan senyuman tak lekang di bibirnya.Malahan suaranya dan tuturnya sungguh lembut sekali. Owh..emm..takpelah..Wanita itu meletakkan sesuatu di atas meja kerja Hannah.Sewaktu wanita itu mahu pergi mereka sempat berbalas senyuman. +++++++++++++++++++++++++++++++ Hannah! Ya Allah! kau ni kenapa? kalau iyapun..bagilah salam ke..ini tak,aku baru keluar dari bilik mesyuarat kau dah sergah aku macam ni..lama-lama aku boleh dapat sakit jantung tahu tak? marah Hannah pada Maira yang muncul secara tiba-tiba dan terus memaut lengannya. Sorry..amboi..bukan main lagi kau sekarang ya..kalau nak tegur siap kena beri salam..Maira senyum .Sekadar mengusik. Kau nak apa sebenanrnya ni? pelik aja aku tengok?Hannah mengatur langkah.Dia mahu menuju ke biliknya. Puan..tetamu Puan tunggu tu dah datang..beritahu Aisyah padanya sebelum sempat dia masuk. Haahlah Hannah..tadi masa aku nak letak cek yang kau nak tu atas meja kau..aku nampak ada seseorang tau..Ya Allah,cantiknya perempuan tu..muka dia,polos sangat..lembut pulak tu..siapa dia tu? kawan kau ke? setahu akulah kan..kau bukan ada ramai kawan pun kat Malaysia ni..kalau yang kat oversea tu pulak..mustahil la macam perempuan di dalam bilik kau tu.. Hannah mengecilkan mata.Amboi..sempat lagi nak menyindir aku tu.. Kalau kau nak tahu,itulah bakal kakak ipar kau jawab Hannah selamba.Dia mahu masuk tapi Maira menarik tangannya. Apa? Serius kau Hannah? perempuan cantik tu..errr..pakai tudung tu? bakal kakak ipar aku? maksud kauAbang Fawaz? Kau ada abang lain lagi ke? Ishperempuan tu..anak Dato ke? atau..anak mana-mana Tan Sri? Takdia cuma anak bekas peguam Syarie yang sekarang dah pencen dan jadi imam..beritahu Hannah. Anak tuk imam?..maksud kau.Abang Fawaz aku tu ke dengan perempuan tu? Maira masih tidak percaya..apa sudah jadi? Ya Allah..berapa kali aku nak cakap..Abang Fawaz Aiman kau tu la..dah kemaruk angau dengan Batrisya Sufiyyah..perempuan cantik..polos..lemah lembut..yang kau cakap tu..tak nak ke? Katakan ini semua bukan mimpimestilah nak!! gila kau tak nak!!Maira menggeleng sambil menampar pipinya.Abang aku yang sombong bagak tu nak kahwin dengan perempuan biasa? apadah jadi ni? kalau betul..inilah berita paling panas dan menakjubkan..kena bagitahu mama dengan papa nihdoa dah dimakbulkan..mama dengan papa bakal dapat menantu solehah! walaupun anak mereka itu..emm..aik? kejap..nak ke perempuan tu dengan abang aku? Sekarang..boleh aku masuk? Hannah angkat kening.Maira ketawa kecil. Boleh..boleh..silakan.. Tak nak masuk sekali..berkenalan dengan bakal kakak ipar? muda dari kau lagipandai tak abang Fawaz pilih..cikgu tau.Dia pula ketawa melihat keterujaan Maira. Iya?? Ya Allah..aku nak pergi minum air..hauslah!! memang aku suka sangat..eh,kirim salam

dengan bakal kakak ipar aku yang muda tu ya? iyalahkau berdoa ajalah supaya jadi.. Belum jadi lagi ke? Maira rasa kecewa pula.Sekali tengok aja pada perempuan tadi dia memang dah berkenan..samalah pulak citarasa dengan abang aku tu.. Belum sebab abang kau tu lembab..so,harap-harap takde aral yang mendatang Amin!!! Maira menadah tangan dan menyapu mukanya. +++++++++++++++++++++++++++ Assalamualaikum..Sorry ..dah lama ke tunggu? Hannah menghampiri Batrisya yang kelihatan sedang membaca. Waalaikumussalameh,dah habis meeting ya? Dah.. Busy ke hari ni..maaflah kalau urusan saya ni menambahkan lagi kesibukan awak Eh..takdelahlast meeting untuk hari ni..sekarang dah dekat pukul 3 petang dah kan? emm..so,ada bawa kertas kerja program tu tak? Ada..Batrisya menyerahkan sebuah fail kepada Hannah. Sebenarnya,ini cuma prosedur aja..Hannah membelek kertas kerja tersebut.Dia melihat tentatif program dan bajet yang disenaraikan. Kenapa bajet sikit sangat? 3500 ringgit sahaja? Emm..sekolah dah takde duit..duit PIBG pun tak banyak..sebab tu kena cari penaja..sumbangan pun tak dapat banyak manaSuara itu kedengaran sedih saja. Oh..okeylah..sebenarnya saya dah siapkan cek..kejap ya Hannah bangun dan mengambil cek yang ditinggalkan Maira di atas meja.Kemudian dia kembali ke duduk di sofa. Ini cek sepuluh ribu ringgit..dan semua resit pembelian cenderahati,awak boleh letakkan atas nama syarikat saya..nanti Maira,pengurus kewangan saya akan uruskanlah..kalau masih lagi perlukan apa-apa,saya cadangkan awak jumpa abang Fawaz,dia tu ramai kawan perniagaan..kalau awak nakkan penaja barangan atau cenderahati..dia boleh uruskan Abang Fawaz? ish..tak naklah menyusahkan dia.. mendengar nama Fawaz tiba-tiba dia jadi malu.Bukan apa,kenapa sejak dua tiga hari kebelakangan ini,nama Fawaz itu begitu sinonim dengannya? hari ini sahaja dia kerap menyebut nama Fawaz! Takpepercayalah,dia akan tolong awak..Bila-bila masa aja Sya! kau cakap aja nak apa..dijamin dapat! Terima Kasihlah..saya hargai sangat bantuan awak ni.. Its okeylah..kita bukannya orang lain..ayat itu penuh makna. lagipun,awak kata nak tolong saya juga kan? sambung Hannah lagi. Owh..pasal hari tu ya? mestilah boleh..saya doakan..awak istiqomah melaksanakannya.. Batrisya memegangan tangan Hannah,seakan memberi kekuatan untuk Hannah berusaha. Sebenarnya,saya berdebar jugak..maklumlah,tak pernah pakai tudung.. Hannah melepaskan nafas supaya hilang rasa bedebarnya.Bukan mudah juga untuk dia ambil keputusan memakai tudung. Takpe..kalau adik-adik kecil yang pergi sekolah tu pun boleh tahan..kenapa tak kita orang dewasa.. Batrisya memberi kata-kata semangat. Ye la kan..InsyaAllah saya cuba.. Eh..kita dah lambat ni..jom kita pergi? Ajak Batrisya.Selain dari mahu membantu Hannah membeli tudung.Dia mahu membelikan kain untuk baju Melayu abang Fawaz.. Hannah mengambil tas tangannya.Dia kemudian mencapai Blackberry di atas meja.Diperiksa seketika dan terdapat 25 miscall serta 10 mesej dan semuanya daripada pujaan hatinya.Alamak!! terlupalah nak call dia..mestilah dia merajuk tu nanti! nak call tak sempat..balas mesej? emm..nantilah! Sya dah tunggu dari tadi.. Jom..Hannah mengajak Batrisya pergi tanpa membalas satu pun mesej Uwais.

Suami yang Kubenci 48


by E-man Sufi Uwais! Fawaz! korang berdua ni tak nak makan ke? dah nak pukul 3 petang hah,tak lapar ke? Sarimah duduk di sebelah Uwais yang tersandar di sofa.Matanya merenung handset di tangan.Sementara Fawaz pulak sejak dari tadi membelek selipar Jepun yang dicurinya.Ya Allah!! sesak aku dibuatnya..apalah nak jadi dengan korang berdua ni? Fawaz? sudah-sudahlah..kan Batrisya dah kata nak datang esok? kau tunggu ajalahnaik sakit mata aku ni tengok kau membelek selipar tu..daripada kau belek selipar tu baik kau pergi makan Tak laparlah Mak Cik Fawaz mengambil tuala putih kecil dan digosok selipar itu supaya bersih.Sarimah sempat ketawa melihat gelagatnya..selipar tu pun dicucinya? Kalau orang angau selalu tu makan tak kenyang..tapi kau ni makan sikit pun dah kenyang ya? huh! pelik pada orang Cakaplah apapun mak cik Fawaz buat tak peduli. Kalah orang kena ubat pengasih..teruk betul! bebel Sarimah.Dia berpaling pada Uwais yang sedari tadi diam sahaja.Wajah Uwais yang mencuka itu buat dia tambah hairan. Yang ini sorang lagi!! dari balik sekolah asyik membelek benda alah tukau kenapa Uwais? dah tu,muka dah macam tapai basi! cuba kau beritahu mak ni..apa masalah kau ni? dia menepuk peha Uwais.Terkejut Uwais dibuatnya. Mana ada.. Uwais tarik muka. Kau tu keluar dari perut aku,tengok muka kau pun aku dah tahu..ini mesti ada tak kena ni..baik kau cakap dengan mak.. Hannah mak..saya call dia tak jawab..Sms pun tak balas.. beritahu Uwais.Kata nak call tapi takde pun! konon kalau sibuk tetap ada masa untuk sayang dia ni..tipu!!! Dia sibuklah tu,kau janganlah jadi budak-budak Mak tak faham.. Tak faham apa? mak ni pun pernah bercinta jugak..masa ayah kau pergi kerja dari pagi sampai ke petang..takdenya mak nak komplen.. Alah..masa zaman mak mana ada handset ni semua..cuba kalau ada? hah..setiap masa spy arwah ayah..Uwais senyum nakal.Hilang wajah cemberutnya. Banyaklah kau punya spy..kau ingat aku ni adik beradik James Bond ke? Sarimah menarik telinga Uwais. Sakitlah mak.. Uwais muncung panjang. Kau jangan nak mengada..kalau dengan Hannah bolehlah kau mengada-ngada..ini mak,sekarang kau pergi ajak Fawaz makan.. Mak,Hannah tak call ni mak..Uwais mengadu lagi.Minta simpati.. Padanlah dengan muka kau..sepanjang masa nak berkepit dengan isteri.. Sarimah tak kuasa nak melayan rengekan Uwais. Mak ni asyik back up Hannah aja..saya ni yang anak mak.. Uwais tak puas hati. Eh..anak ke..menantu ke..sama aja aku layan..pergi makan Uwais..kalau kau sakit nanti,Hannah juga yang susah.. Ye la..Ye laAbang Fawaz,Jom makan.. ajak Uwais.Dia memandang Fawaz yang setia dengan lambang cintanya itu. Tak lapar.. Jawab Fawaz. Lapar ke tak kau pergi makan sekarang!! kalau tak,aku ambil selipar tu aku bakar,kau nak? jerkah Sarimah.Aku dah geram sangat niaku gulai jugak budak ni kang! Fawaz geleng.Dia cepat-cepat memeluk selipar Jepun.Seakan bimbang dirampas.Uwais ketawa. Jom Uwais makan! Fawaz bangun dan mahu berlalu ke dapur. Simpan dululah selipar tu! tak selera saya nak makan karangtegur Uwais.Fawaz tayang penumbuk padanya sebelum pergi ke biliknya.Kalau aku sorok selipar tu baru tahumenggagau cari satu rumah! Dah teruk ni mak..saya rasa,elok mak telefon Mak Ngah Suria..beritahu anak dia ni dah kronik Mak fikir pun macam tu jugak,nak beritahu Tan Sri dia tiada Sarimah turut risau melihatkan

perangai Fawaz.Mesti kena buat sesuatu! +++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Abang Uwais mana mak? Tanya Hannah sambil meletakkan beg-beg kertas di atas sofa. Entah..tadi dia dengan Fawaz tengok bola..di tingkat atas..Jawab Sarimah. Banyaknya Hannah beli barang? Tanya Mak Awa yang turut membantu Hannah mengeluarkan barangan yang dibelinya dari dalam kereta. Bukan barang Hannah aja..untuk semua..mak,ini Hannah ada belikan mak kain pasangtengoklah..cantik tau! Hannah mengambil salah satu daripada beg kertas yang terkumpul di situ. Iya..terima kasihlah nak oi..ingat kau kat mak ya Sarimah terharu. Mestilah makhari-hari pun Hannah ingatkan mak tau..Hannah memeluk dan mencium pipi mak mertuanya itu. Ya Allah..Sutera..mahal ni Hannah..Sarimah terpegun melihat kain sutera bercorak batik itu. Cantiklah Sari..puji Mak Awa. Untuk mak Hannah..dan semua yang Hannah sayang,mestilah yang terbaik..untuk Mak Awa pun ada..ini dia.. Hannah senyum comel.Diserahkan beg kertas pada Mak Awa. Untuk Mak Awa pun ada? Terima Kasih.. Sama-sama Wah!! banyaknya beli barang? penyakit shopaholic Along tak hilang lagi erk? Putera yang baru muncul bersama Mastura dan Anis terus duduk dan membelek beg-beg kertas itu. Patutlah balik lambat,pergi shopping rupanya..sampuk Mastura. Okey galz..untuk korang berdua pun ada.. Ada? ni yang sayang Along lebih ni..Mastura mengambil beg kertas yang dihuluru.Begitu juga dengan Anis. Terima Kasih kak Hannah.. ucap Anis. Sama-sama ..dah,pergi tengok kat bilik ya?kalau tak sesuai pakaian tu,boleh tukar.. Okey!! thanks Along! Jom Anis..Mastura menarik tangan Anis dan mereka naik ke tingkat atas. Beritahu Abang Uwais korang..Kak Hannah korang ni dah balik!!Jerit Sarimah.Putera yang duduk di sebelahnya ternganga. Mak cik..saya rasa tak payah diorang beritahu..jeritan Mak Cik tadi tu dah mampu mencapai tahap sampai ke langit yang ketujuh Usik Putera. Bertuah punya budak..Sarimah ketawa dan mencubit pipi Putera yang menyengeh. Along..semua orang ada,Putera punya mana? Adalah sayangni..Hannah menyerahkan beg kertas pada Putera. Wahsayang akak banyak.. Oo..selama ni sayang sikitlah? Banyak..ni lagi banyaklah..juta-juta..nak masuk biliklah tengok! Putera segera beredar ke biliknya. Sukanya budak-budak tu..mesti Hannah penat berjalan kan? dah minum petang ke? Dah..penatlah jugak..satu ECM tu Hannah redah..lepas tu pergi Euro Moda lagi..sempat singgah butik kejap,ambil baju-baju kurung yang Hannah tempah.. cerita Hannah.Dia berhenti bercakap bila nampak Uwais dan Fawaz datang.Hati Hannah mula cuak bila lihat wajah Uwais serius sahaja.Errkkmesti dia marah! alahaimacamana ni?

Hanny, lambat balik? Fawaz menyapa. Pergi Shoppinglah..nak tahu dengan siapa? dengan Batrisya.. Iya? wajah Fawaz ceria.Terus duduK berhadapan dengan Hannah. Iya..nak tahu dia beli apa? dia belikan kain baju Melayu untuk abang Fawaztapi kenapa warna putih pulak? abang kan suka warna Hitam? Itulah,Hannah tak dapat agak ke? Sarimah menyampuk.

Agak apa mak? Tanya Hannah.Sesekali matanya melirik pada Uwais yang sedang berbicara dengan seseorang dengan menggunakan handset. Baju Putih tu untuk orang bernikahdia nak nikahlah tu..bezanya,tukang jahit baju dia tu,bakal pengantin perempuan..tak macam tu Fawaz? Wahmak cik memang superb la.. tak sangka mak cik boleh agak! Fawaz ketawa besar.Memang itulah tujuannya. O..macam tu ke? Hannah senyum. Kan mak cik dah cakap..mak cik ni otai.. Memang otaiFawaz ketawa lagi.Senang hati sungguh! Fawaz dah nak kahwin ke? Tanya Mak Awa. Iya Mak Awa..cadangnya macam tu la,kalau Mak Awa tengok calonnya..mesti setuju punyalah! jawab Fawaz yang begitu teruja. Kalau macam tu,bawalah datang sini..Mak Awa pun nak kenal.. Esok..dia nak datang esok,nak ambil ukuran baju..beritahu Fawaz. Abang Fawaz, boleh tolong hantar saya pergi gerai tak? tanya Uwais yang baru selesai berbicara di telefon. Boleh! wah..aku pun nak tengok gerai burger kau..tapi kau mesti belanja aku makan burger.. Dah petang ni Uwais..nak malam pun,mesti nak pergi juga ke? Takpelah mak..dah lama tak pergi,takkan nak biar Wahab tu aja yang berniaga..nanti kami solat di masjid aja..jom abang Fawaz ajak Uwais.Saja dia tak pedulikan Hannah.Biar Hannah tahu,siksanya satu penantian..baik punya shopping ya sayang? untuk abang takde ke? Errabang..saya nak ikut jugak! Hannah bersuara.Direnung Uwais yang seperti tidak peduli kewujudannya di ruang tamu itu.Kenapa dia tak pandang aku? kenapa dia tak tegur pun? waaaaa.tak suka! tak suka! tak suka! Tak payah..duduk aja di rumah temankan mak, baru balik kerja,shopping lagi..takkan tak penat kan? nada itu seperti menyindir.Uwais terus sahaja keluar. Abang Fawaz bawa kereta ya? kereta saya tak siap baiki lagi Okey! jawab Fawaz.Hatinya yang begitu gembira hari itu mengiyakan saja apa yang disuruh Uwais..kalau tidak pasti ada juga perbalahan kecil. Hannah terkedu.Dia rasa nak menangis kerana tak dipedulikan.Takkan sebab tak jawab call pun abang nak marah sampai macam ni? orang bukan beli benda yang bukan-bukan..orang pergi beli tudung!!! Dah..pergi mandi..lepas tu rehat..jangan peduli sangat dengan angin Uwais tu.Anak mak tu,bukan pemarah sangat pun..saja auta tu!..pujuk Sarimah.Geram pulak aku dengan Uwais ni! Abang Uwais marah Hannah kan mak? suara Hannah sayu. Tak..dia merajuklah tu,hari ni asyik tengok handset aja..sebab Hannah tak telefon dia.. Hannah pergilah rehat..Mak Awa nak pergi siapkan makan malam..Mak Awa berlalu dari situ. Mak nak pergi tolong Mak Awa..Hannah pergi masuk bilik ya? Hannah angguk.Abang.nak ikut!!! geram bila Uwais tak benarkan dia ikut pergi ke gerai..orang pun rindukan abang..sedih!

Suami yang Kubenci 49


by E-man Sufi Hannah melirik jam di atas meja tepi katil.Dah nak pukul 11 malam? hmmm..pujaan hati aku ni tak reti-reti nak balik ke? Tanpa berlengah dia mencapai Blackberrynya yang diletakkan berdekatan jam.Dah banyak kali sebenarnya dia mendail nombor talian handset Uwais tapi tak berjawab.SMS pun tak berbalas.Uiks..memang sah dia nak lancarkan perang dingin ni! Ieee tak nak jawab ke? Hannah menahan geram.Agaknya macam tu la perasaan Uwais bila dia tak jawab call siang tadi.Orang dah menyesal la nih..cepatlah jawab! Hannah kecewa bila Uwais tetap tidak menjawab panggilannya.Okey! cuba SMS lagilah! Hannah segera menaip SMS untuk dihantar pada Uwais. Syg x nk balik lg ke?? dh lewat ni,esok kn nk kn pg skolah? Hannah berfikir seketika.Macam ni boleh kut..tapi,aku rasa mesti dia nak aku minta maaf kan? yang tu boleh buat bila dia balik nanti,yang penting mesti minta dia balik dulu.. Hantar menghantar sms itu.Lama dia menanti balasan..seminit..dua minitlima minit..Argghh!! betul la penantian itu satu penyiksaan!! patutlah dia marah sangat! Hannah merenung Blackberry sambil berdoa dan berharap aka nada balasannya nanti.Irama lagu pujaan hati kedengaran. Arghh!!! jerit Hannah bila tertera perkataan 1 message received.Dengan penuh teruja dia membuka kotak inbox tapi wajahnya yang ceria bertukar kelat bila membaca SMS itu.. NOMBOR TELEFON ANDA TELAH BERJAYA MEMENANGI WANG TUNAI 10 000 RINGGIT SILA HUBUNGI +60123456789 SKRG!! Waaaa aku rasa macam nak tembak orang yang hantar mesej macam ni!! aku dah cukup duitlah nak hidup..aku tak nak duitlah!! aku nak pujaan hati aku..Uwais Ukasyah!!! Hannah mencapai teddy bear di sebelahnya.Disebabkan dia sedang mengalami tekanan rindu tahap kronik seperti kebiasaannya dia akan melemparkan anak patung beruang itu ke arah pintu untuk melegakan hatinya. Lain kali ..kalau orang call jawablah!! Marahnya sambil membaling teddy bear itu ke arah pintu.Kan bagus kalau Uwais muncul disebalik pintu itu seperti kebetulan sebelum ini.Mesti dia akan ketawa bila anak patung itu tepat mengenai Uwais.Lama Hannah memandang pintu yang tertutup rapat itu.Sayangnya,tiada Uwaisnya yang muncul walaupun dia terlalu berharap. Sekali lagi Blackberrynya berbunyi nada dering lagu pujaan hati.Dia tidak teruja seperti tadi, entah SMS apa pulak kali ni..Lambat-lambat dibuka inbox tapi bila tertera nama Pujaan Hati dia tanpa berlengah membacanya. X tau blk pukul brp.. abg busy! syg tidolah dulu..:P Ewahsiap jelir lidah tu! memang sengaja ni..entah-entah takde pelanggan pun! mesti balas balik ni..tak kira! abang mesti balik jugak sekarang! Kn ada abg Wahab? klu susah sgt, tutup aja awal mlm ni.. Sy x boleh tido klu abg xde..;) plzplz..plz.. Hannah senyum.SMS segera dihantar.Kurang 1 minit sudah ada balasan. Mn boleh tutup suka hati..kesian la planggan abg.. Ye la tu x boleh tdo klu abg xde..:P

Ish!! tak percaya pulak dia..tak suka! tak suka! tak suka!..mesti buat tektik drastik nih..idea! idea! idea! Hannah bangun dari katil dan kemudian keluar dari bilik.Dia lihat adik-adiknya sedang mengulangkaji pelajaran diruang tamu. Anis! mak mana? Mak dah tidurlah kakkenapa? tanya Anis yang sedang berbincang sesuatu dengan Mastura. Emm..takde apa..macam ni,kalau abang Uwais Call nantikorang jangan jawab tau? Kenapa Along? tanya Putera. Jangan banyak tanyalah..nanti Along bagi duit 50 ringgit sorang..syaratnya,jangan jawab call,faham? Uiks..buat kerja senang macam tu pun boleh dapat 50 ke? Nak ke tak nak? Mestilah naklagipun handset kitorang dalam bilik la Along sampuk Mastura sambil ketawa.Apalah rancangan Along agaknya.Ikut ajalah! Sekarang Along nak korang bertiga masuk tidur,kalau nak study..buat dalam bilik..?Arahnya. Boleh tidur awal la ni? Tanya Putera.Biasa tu pukul 12 malam baru Along izinkan masuk tidur.. Iyalagi satu,esok..kalau Abang Uwais tanya sesuatu yang dia nak korang pastikan betul ke tidak..korang iyakan aja..faham? Iyakan apa Along? yang tu tak berapa nak faham Tak payah susah-susah..korang cakap iya aja..nak duit ke tak.. Nak..nak..Putera angguk.Hannah kembali ke biliknya. Okey..now what? Dia berfikir seketika.Kemudian menaip SMS baru untuk membalas mesej Uwais tadi. kejap lg sy call..abg jgn x jwb pulak klu x jwb mmg abg x sygkn sy! Setelah pasti SMS yang dihantanya diterima Uwais.Hannah membuat panggilan ke talian hendset suaminya itu.Kurang dari 30 saat,panggilannya dijawab.Oh My! Dia sayangkan aku lah!! Assalamualaikum.. Hannah melembutkan suaranya. Waalaikumussalam..hmmm,nak apa lagi ni? kan dah lewat ni.. Tau pun lewat,orang di sana tu tak reti nak balik ke? Kan dah cakap..malam ni ramai pelanggan.. Mana lebih penting..pelanggan abang tu ke..sayang abang ni? Nak cakap apa lagi ni? ada orang nak beli burger lah! Uwais seperti tidak mahu melayannya.Sampai hati!!! tak kiramesti nak buat abang balik jugak!! Hannah menarik nafas! terpaksalah aku tipu sunat walaupun tipu sunat tu takde dalam hukum..Wahai suamiku sayang,ampunkanlah dosa isterimu ini.. Arrrrgggggggghhhhh!!!!! Hannah menjerit tetapi tidaklah terlalu kuat dan masih tidak mampu menandingi jeritan mak mertuanya..agak-agak boleh didengar dalam sudut biliknya sahaja. Kenapa Sayang??? Uwais kedengaran cemas. Hannah menahan tawa.Control! control!! kena buat betul-betul real ni.. Sayang?? jawablah! kenapa sayang menjerit ? Abang!!! Black out!! tolonglah!! gelap ni!! Hannah membelek wajahnya di cermin.Dia kemudian mencapai botol losyen.Hmm..takut sangatlah kan! Hah?? black out? dah tu? Suara Uwais memang betul-betul cemas.Tau pun! tak reti-reti nak balik lagi ke? sayang abang dalam kesusahan nicepatlah! Saya takutlah abang!!! cepatlah balik Hannah buat suara cemas.Kemudian dia pura-pura menangis ketakutan padahal waktu itu dia sudah duduk di atas katil dan sedang menyapu losyen pada tangannya. Mak mana? panggil mak! Semua orang dah tidurlah!!..hahabang! saya takut sangat ni..macamana ni? gelap! tak nampak! Sabar ya sayang ya? abang balik sekarang! jangan menangis sayang ya? pujuk Uwais.Hannah menutup mulut menahan tawa.Ya Allah,kesianlah pulak!

Cepat balik abang ya? Iya..iya..sekarang jugak abang balik jawab Uwais.Hannah mematikan talian.Akhirnya!! +++++++++++++++++++++++++ Kata takde elektrik? Wajah Uwais serius.Ini terang benderang aja aku tengok? Dia memandang Hannah yang menyambutnya di muka pintu.Fawaz yang sudah kelihatan mengantuk turut memandang suasana rumah yang terang. Haahlah Hanny,kata black out? Itu 20 minit tadisekarang dah adalah.. jawab Hannah dengan muka selamba. Hmm..baguslah tu,abang Fawaz mengantuklah..nak tidur dululah,lagipun..esok nak bangun awal..Cikgu Sya kan nak datang..Fawaz sengeh. Dia datang lepas waktu sekolah la Abang Fawaz..bukannya waktu sarapan.. Hannah ketawa.Uwais kerut dahi.Tadi kat talian bukan main lagi aku dengar dia menjerit,siap menangis tuapasal aku rasa macam lakonan semata-mata aja ni? sayang aku ni kalau dah berlakon,memang tak boleh nak beza dah.. Tak kisahlah,yang penting dia nak datang esok..Good night! Fawaz berlalu ke biliknya. Good night!! tidur tu jangan peluk selipar tau sempat Hannah berpesan pada Fawaz. Hmmm abang tak puas hati lagi ni,betul ke tadi black out? atau..sayang sengaja nak suruh abang balik? tanya Uwais.Hannah yang sedang menutup mulut kerana menguap direnung.Alamak! nak juga tanya pasal black out tu? kena buat-buat mengantuk nih! Abangjom tidur,mengantuklah.. Hannah dengan selamba memaut pinggang Uwais.Disembamkan mukanya ke dada Uwais.Janganlah kantoi!! Hannah ketap bibir,mintakmintak dia tak tanya lagi dah.. Dah nak tidur kat sini pulak ke? kata mengantuk,jomlah masuk bilik..sayang peluk abang macam ni,macamana nak berjalan..ke nak tidur sambil berdiri pulak? Mengantuklah..dah tak larat buka mataabang dukung ya? Hannah sudah terlentok di dadanya. Pulak? Uwais menggeleng.Dia mengucup ubun-ubun kepala Hannah.Ada-ada ajalah sayang aku ni..Uwais tanpa berlengah mencempung tubuh Hannah.Tangan isterinya itu sudah merangkul batang lehernya.Rambut Hannah yang panjang itu menutupi sebahagian wajahnya hingga Uwais menyangka Hannah sememangnya sudah tertidur.Ngantuk sangat ke? tadi okey aja berbual dengan Abang Fawaz tu? Nasib baik ringan.. omel Uwais. Terasa dadanya dipukul perlahan. Aik? ingatkan dah tidurUwais sengeh.Aku ni punyalah nak merajuk tapi dia boleh buat tak tahu ajasusah betul kalau dah sayang sangat ni,aku jugalah yang kena mengalah!

Suami yang Kubenci 50


by E-man Sufi Hari ni saya hantar abang pergi sekolah ya? Hannah mendekati Uwais yang sedang menghadap cermin.Pagi itu Uwais tidak banyak cakap.Tali lehernya pun tidak minta dipakaikan.Merajuk yang sengaja dibuatlah tu! Tak payahlah,sayang kan busy sekarang ni..nanti kalau sayang hantar abang pergi sekolah lambat pulak sampai pejabat kan? Uwais membiarkan Hannah menolak tangannya yang sedari tadi cuba menyimpul tali leher tapi masih tidak menjadi.Hannah sudah berdiri di hadapannya.Wajah itu direnung lama.Hari itu Hannah memakai baju kurung Pahang untuk ke pejabat.Cantik! tapi lagi cantik kalau Hannah memakai tudung seperti Batrisya.Mahu dia luahkan saranan itu kepada Hannah tapi dia tidak tahu ayat apakah yang terbaik untuk dicakapkan supaya Hannah tidak berkecil hati.Dia faham,bukan satu perkara yang mudah untuk mengubah sesuatu yang menjadi kebiasaan. Hmmmacam nak sindir saya aja kan? Ehada orang yang sentap ke? Uwais sengeh.Hannah senyum saja.Tangannya lincah mengikat tali leher Uwais. Pasal semalam tu,saya minta maaf.Bukan sengaja pun,kan saya dah cakap saya sibuk sekarang ni..kalau tak jawab tu,bukan saya tak nak tapi abang kena fahamlah kan Sibuk pergi shopping Abang, dah la marah tusaya tak sukalah kalau abang merajuk..nanti muka abang ni jadi tak handsome tau..Hannah mencuit hidung Uwais selepas membetulkan kolar baju yang dipakai suaminya itu. Hmm..abang tak merajuk lagi kalau sayang abang ni bagi seven kiss tiap-tiap hari,kira penalti la kan..siapa suruh tak jawab call semalam.. Uwais angkat kening.Tengok pada senyuman Uwais yang semacam itu Hannah sudah agak.Ada la bendanya tu.. Seven kiss? Ellehnak ambil kesempatan la tu..alasan! Hannah mencubit kedua pipi Uwais. Orang nak kiss bukan cubitlah.. Uwais memegang kedua tangan Hannah dan diletakkan di bahunya. Okeylahnasib sayalah kan,dapat suami yang suka mengada-mengada macam ni..Hannah lihat Uwais tersengeh nakal. Seven kiss yang macamana ni? Hannah mengerut dahi.Uwais menunjukkan satu persatu tempat yang perlu diciumnya.Bermula dengan dahi,kedua mata,batang hidung,kedua pipi dan berakhir di bibirnya. Cepatlah!! desak Uwais.Hannah tak tau nak cakap apa.Gatal sungguhlah anak lelaki Sarimah ni, satu kerja pulak aku kena buat macam tu tiap-tiap pagi.. Hannah tanpa berlengah melayangkan ciuman di tempat yang dimaksudkan Uwais tadi. Dah..puas hati? Hannah mengecilkan mata bila Uwais menggeleng. Lain hari tempat yang terakhir tu lama la sikit..5 minit ke Uwais tayang senyuman nakalnya lagi.Hannah turut senyum tapi senyum ada makna tu Ieeeenak tambah lagi tak..yang ni? boleh? Hannah mencubit pinggang Uwais.Geram pulak dengan permintaan Uwais yang macam-macam itu. Tak nak! tak nak! yang ni kalau boleh jangan ada langsung..Uwais gagal mengelak.Mahu tak mahu terpaksa juga menahan cubitan Hannah itu. Nak minta apa-apa lagi? Dah cukuplah sayangsakit! Uwais geleng.Hannah ketawa.Padan muka! Abang pergi sarapan dululah ya? Hannah nak bersiap sekejap Hannah menarik tangan Uwais. Kita sarapan sama-samalah sayang.Nak bersiap apanya lagi..dah cantik la,tak payahlah nak touch-up lebih-lebih..sayang abang ni dah cukup cantik pun Uwais memeluk Hannah dari belakang tapi Hannah segera meleraikan pelukannya itu. abang pergi dulu ya? makan kenyang-kenyang tau..kejap aja,nanti saya datanglah..lepas tu saya hantar abang ..Uwais sudah ditolak keluar dari bilik.Kemudian pintu bilik itu ditutup.Aku tahulah dia nak suruh aku sarapan tapi apasal pulak dah macam menghalau ni? bukan tadi dia dah bersiap ke? Uwais menggeleng.Dia segera mengatur langkah ke dapur.Tak faham aku dengan

kerenah orang perempuan ni! ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Selamat Pagi Abang Long sapa Putera sebaik sahaja dia melihat abang iparnya itu muncul di dapur. Angah..jangan lupa pasal pesan Along malam tadi..sempat dia berbisik ke telinga Mastura. Itu kalau dia tanya,kalau dia tak tanya..kita diam ajalah..nanti tak pasal-pasal buat dosa kering jawab Mastura perlahan.Dia dan Anis berpandangan. Apa hal korang berdua ni,berbisik bagai..macam ada agenda sulit aja.. tegur Uwais.Dia menarik kerusi dan duduk di sebelah Anis. Hannah mana Uwais? tak nak sarapan ke? Sarimah menuangi air teh ke dalam cawan di hadapan Uwais. Biasalah mak,orang perempuan..selagi tak puas hati selagi tu nak duduk depan cermin Eh..mak ni pun perempuan,tak payah duduk lama depan cermin,sentiasa berpuas hati dengan kecantikan mak yang semulajadi ni.. Sarimah senyum.Uwais ketawa. Mak tak payah cakaplah..kalau arwah ayah ada..saya rasa,mak dah macam perempuan sihir cerita snow white tu..wahai cermin sakti..siapakah yang lebih cantik daripada Sarimah dalam dunia ni? Uwais membuat suara ala alih suara rancangan di televisyen.Meledak tawa Putera melihat aksi Uwais itu.Begitu juga Mastura dan Anis.Sarimah mencebir.Ada ke samakan aku dengan perempuan sihir? tak layak ke aku ni jadi Snow White? Nanti kan mak,cermin tu jawab macam niSarimah yang mana satu? ada ramai Sarimah dalam dunia ni..Sarimah pelakon? pengacara?penyanyi? Uwais mengekek ketawa.Suka betul dapat mengusik maknya pagi itu. Kau jangan nak buat lawak pepagi macam ni,nanti air teh ni mak tak tuang dalam cawan dah,mak terus tuang dalam mulut kau tu aja..nak? Uishh..mak ni ganas lah.. Maunya tak,kalau kau nak puji mak ni takpelah jugakmenghabiskan masa aku aja melayan kau Mak,Abang Fawaz tak bangun lagi ke mak? tanya Uwais.Baru dia perasan Fawaz tiada di meja makan. Itulah kau,tak tahu perkembangan semasa..aku jugak yang kena cerita.. Ce cite..ce cite..Uwais sengeh.Putera makin galak ketawa. Kau cakap macam tu lagi,aku jadikan kau betul-betul macam Si Husin tu..hangin betul akulah..tengah serius ni tahu ? marah Sarimah.Putra yang ketawa disumbat mulutnya dengan roti.Rasakansuka sangat dia! Yelahce cierr..teruskan mak..teruskanUwais terpaksa buat muka serius.Sarimah duduk di sebelah Putera yang berusaha mengunyah roti yang disumbat. Makan sampai habis roti tubukan main lagi ketawa kau ya? Padan muka! Mastura sempat mengusik Putera. Apa cerita mak dengan abang Fawaz tu? tebiat apa lagi yang dia dah buat kali ni.. Uwais bertanya. Dia pagi ni pergi solat di surau kampung kita ni..hai, sejak akhir-akhir ni rajin betul dia ke surau tu Hmmmrajin ada makna tu mak! nak bodek Pak Cik Safuan la tu mak..kalau dah rajin sangat,suruh aja dia bersihkan satu surau tu.. Ini bukan soal nak membodek..ini soal Fawaz tu dah betul tergilakan Batrisya tu.. Hah?? Abang Fawaz sukakan Cikgu Sya? Mastura dan Anis bertanya serentak. Aik? kaki gossip macam Angah ni tak tahu lagi ke? Putera sempat membalas usikan Mastura padanya tadi. Kau diamlah! betul ke mak cik?Tanya Mastura. Iya Sejak bila? Abang Fawaz tu baru seminggu kat sini.. Mastura rasa pelik.Jatuh cinta apa dalam masa tak sampai seminggu..dasyat tu!

Cinta kalau nak datang tak kenal masa Mastura oiCinta pandang pertama katanya..Balas Sarimah.Dia terpandangkan Anis yang menutup mulut kerana menguap. Anis? mengantuk ke? jangan tidur dalam kelas pulak nanti..itulah,malam tadi mak suruh tidur awal kau masih nak membaca jugak Tegur Sarimah.Bimbang juga kalau Anis tidur dalam kelas nanti. Kan malam tadi black out? kenapa tak tidur aja? tanya Uwais.Putera sedikit tersedak dan segera mencapai minumannya. Black out apanya? setahu mak ada aja elektrik malam tadi.. Mana ada mak cik..kan mak cik tidur awal? Putera menyampuk.Habislah kalau abang iparnya tahu yang semua tu konspirasi semata-mata. Malam tadi abang ada call hanset korang bertiga tapi tak berjawab.Ingatkan semua dah tidur..mana satu betul ni,ada ke takde elektrik malam tadi? Uwais rasa seperti ada yang tak kena pula bila melihat Putera seperti menggelabah.Hannah beriya sangat malam tadi,siap menjerit dan menangis.Mahunya dia tak cuak? bukan dia tak tahu yang pujaan hatinya itu takutkan suasana gelap gelita.Bergegas dia pulang ke rumah. Anis,kau dah siap makan kan? jomlah kita pergi..abang Din mesti dah tunggu..Mastura sudah mahu bangun.Baik selamatkan diri! Nanti dulu,awal lagi ni..jawab dulu soalan Abang ni,kalau ada elektrik,kenapa korang bertiga tak study kat ruang tamu malam tadi? kalau takde elektrik pulak..macamana Anis boleh study dalam bilik? takkan pakai lilin atau pelita pulak? luar biasa sangat rajinnya tu.. Emm..macam ni,emmm..hah,mula-mula black out..kitorang masuk bilik..then,ada balik elektrik tu..Anis pun study semula la kut..tapi Mastura dah tidur Abang Long.. jawab Mastura tapi suaranya seperti tidak meyakinkan. Betul Anis? tanya Uwais.Wajahnya serius.Anis sekadar angguk tapi sememangnya Anis tidak pandai menipu bila matanya terkebil-kebil dan seperti ketakutan. Mak Awamalam tadi betul ke takde elektrik? dia bertanya pula pada Mak Awa yang sedang membersihkan dapur. Eh,setahu Mak Awa okey aja..malam tadi Mak Awa tidur lambat..mengaji sekejap..dalam pukul 12 baru tidur..rasanya,bilik pun tak panas malam tadi,penghawa dingin berfungsi aja..masa bila pula takde elektrik? terang Mak Awa. Korang bertiga tipu abang kan? Tanya Uwais. Taklah Abang LongPutera geleng.Anis dan Mastura senyap sahaja.Uwais yakin,Hannah yang merancang semua tu malam tadi.Pandai betul dia berlakonsiaplah! Yang kau marah sangat ni kenapa Uwais? pasal elektrik pun kau nak kecoh ke? tanya Sarimah bila air muka Uwais seperti menahan marah. Ni,budak bertiga ni mak..dah pandai menipu,takde lainadalah mastermindnya tu.. Uwais segera bangun. Mastermind apa bendanya? Tak fahamlah mak..dah nak ke mana tu,makan pun tak lagi Jumpa menantu kesayangan mak tu lah..korang bertiga jangan ingat terlepas ya? dah..pergi sekolah cepat! arah Uwais.Terkocoh-kocoh Putera bangun dari kerusi.Alamak! melayanglah 50 ringgit jawabnya! dah kantoi! patutnya Along berpakat dengan Mak Cik Sari dan Mak Awa sekali.. kurang-kurang bagilah 100 sorang ke..kan dah pecah rahsia! +++++++++++++++++++++++++++++++++ Sayang!! buka pintu niUwais cekak pinggang.Apa yang lama sangat dalam bilik ni? tak siap lagi ke? dah tu,dikunci pulak dari dalam! ni yang buat aku nak marah ni.Tak kira,mesti kena marah jugakada ke aku ni ditipunya? Arghhh!! kalau dia senyum secantik bidadari pun aku takkan termakan godaan..siaplah dia,suka hati aja dia kenakan aku! Hannah! bukalah pintu ni,abang nak masuk ni sayangUwais mengetuk-ngetuk pintu.Geram betul aku,menipu satu hal..pandai pulak dia berlakon tu..tak rasa bersalah langsung! memang nak kena ni..pantang betul aku kalau kena tipu,nasib baiklah bukan anak murid aku..kalau tak, dah lama aku rotan! Pintu dibuka.Uwais menarik nafas.Bersedia untuk meluahkan rasa tidak puas hatinya! Abang ni kenapa? ketuk pintu macam nak roboh aja.. Hannah muncul dihadapnnya. ZUP!!! Uwais rasa jantungnya tersentap.Subhannallah!!! isteri aku ke ni? dia mengintai ke dalam bilik.Lagaknya seperti mencari-cari sesuatu.

Abang cari siapa? Hannah mengerut dahi. Awak ni siapa? Hannah mana? tanya Uwais.Wajahnya serius sahaja.Hannah ketawa lalu memukul lengannya.Soalan tak berapa nak cerdik! Menyampah tau tanya macam tu..Hannah mengerling Uwais yang masih tak berkelip memandangnya.Betul apa yang ini,memanglah rupanya sebiji isteri aku tapi. Ini isteri abang ke? Hannah Maryam ke? Tanya Uwais.Mahunya dia tak berkelip memandang.Mahunya dia tak terus bertanya.Di depannya ini wanita yang bertudung, sudahlah cantik bertudung..berbaju kurung..bila dia senyum..Subhanallah!!..kalau mati pun dia tak menyesal! terbang semua rasa geram dan tak puas hati.Ai! rasa nak melompat pun ada! Abang ada isteri lain lagi ke? sayalah ni,Hannah Maryam..dah tak kenal isteri sendiri lagi dah? Hannah mengusap pipi Uwais.Sengaja ke tidak agaknya bertanya macam tu? lain sangat ke aku bila pakai tudung? Cantiktapi,sayang tak cakap pun dengan abang nak pakai tudung? Kenapa? mesti kena minta izin dulu ke? Eh..tak..benda baik macam ni,tak payahlah minta izin abang..Abang suka sangat..Terima KasihUwais senyum.Isteri aku dah pakai tudung? Alhamdulillah.. Sebab apa abang cakap terima kasih? Hannah mengerut dahi.Tak faham! Sebab dah ringankan beban abang kat akhirat nanti.. Senyum Uwais makin lebar.Masih tak puas memandang isterinya itu.Alahai. sabar Uwais,jangan kau pengsan kat sini pulak! bukan tadi aku nak marah dia ke? tak sampai hatilah pulak! tadi abang beriya sangat ketuk pintu kenapa? macam nak marah aja..saya lama sangat ya? bukan senang jugak nak pakai tudung ni..nak pulak,saya yang tak biasa ni..itupun Sya yang ajarkan.. Cerita Hannah. Eh..tak..bila pulak abang nak marah.Abang pelik aja,biasa sayang tak kunci pintu pun..ada kejutan rupanya.. Ingatkan abang nak marah tadi Hannah senyum.Uwais cepat-cepat menggeleng. Takdelah,mana adaUwais menafikan.Memang aku nak marah pun tadi tapi dah tak jadi dah lupakan ajalah pasal elektrik tu! abang dah maafkan sayang pun! Alahai sayang abang cantiknya! janganlah ada lelaki lain yang jatuh hati dengan isteri aku ni! Tak mau..tak mau..tak mau.. Jomlah hantar abang pergi sekolah begitu teruja sekali Uwais.Dia menarik tangan Hannah. Eh!! sabarlah dulu..Saya belum sarapanlah Hannah ketawa.Apa kena dengan suami aku ni? Haah..lupalah pulak..Uwais menepuk dahi.Ishmacamana boleh lupa pulak ni!

Suami yang Kubenci 51


by E-man Sufi Kau buat apa tu Fawaz? Sarimah menepuk bahu Fawaz yang sedang tekun menaip menggunakan komputer riba.Cepat-cepat Fawaz menutup komputer itu. Takde apa mak cik.. dia menggeleng dan berpura-pura menonton televisyen yang dibuka Uwais beberapa minit yang lalu tetapi Uwais sendiri sudah tertidur di sofa. Tak payahlah kau nak tipu mak cikkau tengah menaip surat tadi tu kan..Sarimah duduk di sebelah Fawaz.Matanya terpandangkan Uwais yang terbaring di sofa.Bukan main lagi anaknya itu tidur.Asal balik sekolah aja,takde kerja lain..membuta aja! aku sumbat sekilo garam baru tahu! Ni..Fawaz, mak cik nak beritahu kau sikit..orang kalau nak tulis surat cinta,pakai tulisan tangan..baru nampak telusnya perasaan kau tu..ini tidak,pakai komputer..takde feel tahu tak? Ish..bila pulak saya taip surat cintatadi tu saya nak hantar e-mail pada kawan..Fawaz menafikan.Mak Cik Sari ni..tahu aja semua benda,tak boleh nak berahsia langsung! Kau nak bagi pada Sya ya?Sarimah cuba mengorek rahsia.Nak rahsia konon Mak cik ni..buat saya segan ajalah..malulah saya macam ni Malu konon bagilah mak cik tengok surat kau tu Sebenarnyadari tadi saya cuba nak tulis tapi dari tadi jugak saya taip lepas tu saya padam balik..jadi,inilah hasilnya mak cik..Fawaz membuka laptop.Sarimah memandang skrin komputer yang kosong. Apa benda yang kau taip? mak cik tak nampak apa-apa pun? Tu la pasal,memang saya tak type apa-apa pun mak cik.. Ya Allah..kau ni betul la takde jiwa seni..nak tulis surat cinta pun tak reti? kau ni tak pernah bercinta ke? Err..sebenarnya,saya ni tak ramai kawan perempuan mak cik..sepanjang hidup saya ni,Hanny tu ajalah perempuan yang rapat dengan saya..selebihnya tu,saya habiskan masa dengan belajar dan kerja.. Apa punya boringlah hidup kau ni ya? patutlah umur kau dah 30 pun tak kahwin lagi..kalau orang lain,muka lawa dan kaya macam kau ni..dah lama jadi playboy.. Fawaz ketawa kecil.Sekali kena perli da Nak buat macamana mak cik, saya ni bukannya tahu nak mengurat anak dara orang.. Pandai jugak kau ni merendah diri ya? macam ni la,kalau nak tulis tu biarlah dari hati..tak pentinglah berbunga ke tidak..yang perlu tu,apa yang nak kau luahkan mesti ada kau tulis..hah,kau tulislah pakai tangan..barulah bila Sya tu baca, terharu aja..kan..jangan kau tulis surat macam budak sekolah rendah pulak! Sarimah memberi tips.Fawaz angguk saja.Masalah betul! tulisan aku bukannya cantik pun! Cheese Burger siap!!!! tiba-tiba terdengar jeritan dari Uwais yang tangannya terangkat seketika.Sarimah sedikit terkejut dengan jeritan itu.Fawaz pula mengekek ketawa. Ya Allah, mengigau siang-siang buta ni! Sarimah menggeleng. Dia mimpi tengah menjual burger agaknya Hmm..dah nak petang ni,takde lagi Sya tu datang ya? kau tak call dia Fawaz? Ada..dia cakap ada urusan penting kat sekolah,kalau dia datang punmungkin lewat petang nanti Kau janganlah sedih..mak cik kan ada,nanti kalau dia datang..mak cik tanyalah yang dia tu dah berpunya ke belum.. Betul ke mak cik? emmm..nantikan,mak cik tanyalah pandangan dia tentang sayaya? Iyalah Saya nak masuk bilik dululah..nak tulis surat.. Fawaz kelihatan teruja.Begitu berkobar-kobar nak menulis surat cinta. Eloklah tu..mak cik sokong seratus peratus.. Sarimah menepuk bahu Fawaz sebagai tanda sokongan. Fawaz bangun dan segera berlalu.Sarimah memandang Uwais yang masih lena.Alahai anak aku,letih sangat kau ya Uwais? sampai dah tak sempat masuk ke bilik? Uwais! bangun.tidurlah dalam bilik Peha Uwais ditepuk perlahan.

Dah malam ke mak? Uwais terpisat-pisat bangun.Dia nampak suasana dalam rumah sedikit gelap. Haah.dah maghrib pun..baru aja azan tadi Selamba Sarimah angguk. Ya Allah!! kenapa mak tak kejutkan saya? Uwais melompat bangun.Lamanya aku tidur? sampaikan Asar pun terlepas? Dah kau tidur mengalahkan sleeping beauty tu kenapa? siap mengigau lagi.. Sarimah menahan tawa melihat gelagat Uwais yang mamai berjalan seketika sebelum duduk semula di sofa. Hannah tak balik lagi ke mak? Belum.. Belum? dah nak malam tak balik lagi? Uwais mencari-cari handsetnya.Rupanya di atas sofa.Dia segera mencapainya dan mendail talian Hannah. Assalamualaikum terdengar suara isterinya itu.Aik? cepatnya jawab..takut aku merajuk ke? Waalaikumussalam..sayang? dah nak malam ni..kenapa tak balik lagi? Malam? ehsaya baru aja balik dari site,sekarang baru pukul 3.10 minit petangmalam apanya? abang ni buat trick nak suruh saya balik cepat ke? Tapi mak cakap..Uwais pandang maknya yang ketawa.Sarimah bangun dan mengambil handset di tangan Uwais. Mak saja kenakan dia Hannahbukan apa,dia tidur sampai mengigaukan burger..mak kejutkanlah..nak suruh dia bangun,mak cakaplah hari dah nak maghrib..itu yang cuak sangat dia telefon Hannah ni..maklum la,isteri kesayangan tak balik lagi.. Sarimah bercerita.Terdengar suara Hannah di talian. La..sampai macam tu sekali mak? nasib baiklah dia mengigaukan burger..jangan dia sebut nama perempuan lain sudahlah mak.. Jangan risaulahbertuah mak ni angau dengan menantu mak ni aja..Hannah sibuk ya? teruslah kerja ya? Assalamualaikum.. Waalaikumussalam mak.. Mak! kenapa matikan talian tu? saya nak cakap dengan Hannah Uwais terlongo bila handset diletakkan maknya di atas meja kopi. Tak payah mengadaisteri kau tengah sibuk dengan kerja.Daripada kau tidur,elok kau tolong mak angkat kain kat luar tu..hari macam nak hujan tu..gelap aja hah Mak ni..tak sportinglah! Uwais muncung panjang. Takde makne mak nak sporting dengan kau dah,pergi angkat kain kat luar tu..lepas tu,kau tolong mak buat cucur udang sebab Mak Awa pergi rumah anak dia.. Asyik saya aja,Fawaz kan ada? mak suruhlah dia tolong Ewah..bukan main lagi kau yanak tolong mak pun berkira? Fawaz tu tengah menghadapi saat kritikal kau tahu tak? jangan nak kacau dia Kritikal apanya? entah-entah dia tengah tidur kat dalam bilik dia tu mak.. Sadap you! yang membuta siang hari tu kau..bukan dia..Fawaz tu tengah tulis surat..kau jangan banyak tanya..pergilah angkat kain..ambil bakul kat dapur Shut up la mak Samalah tu.. Sarimah buat tak peduli. Putera kan ada? suruhlah Putera ke..Anis ke..Mastura ke.. Diorang tu pergi kelas tuisyen..Kau nak mak sidai kau macam kain kat ampai sana Uwais? pantang betul aku kalau kerja suka main tolak nama ni.. Ye la..Ye laorang nak pergilah ni.. Uwais mahu berlalu,entah macamana kerana suasana agak gelap dia terlanggar dinding dan kepalanya sedikit terhantuk. Adoi!! Uwais rasa dahinya sakit. Hahkan dah kena,itulahmembantah lagi cakap mak..Allah tu kalau nak tunjuk..sekejap aja Uwais oi.. Sakitlah mak.. Uwais tayang muka simpati.Padahnya tak dengar cakap mak.. Mari sini mak tengok? bertuah betul kau ni la..dinding pun kau boleh langgar..aku ingatkan Fawaz aja yang suka main redah ni..kau pun sama? Sarimah mendekati Uwais selepas membuka lampu.Dibelek dahi anaknya itu. Benjol ke mak? tanya Uwais. Adalah sikit..nanti mak sapu minyak gamat..lepas tu kau tetap kena pergi angkat kain

Kena jugak ke mak? kalau saya ambil MC boleh tak dapat perlepasan.. Kau nak tambah benjol kat dahi tu lagi ke?kau pilihlah nak penumbuk mak yang belah kiri ke kanan Tak nak..tak nak Uwais menggeleng.Mak aku ni brutal macam mafia!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ ++ Sakit sangat ke? Mestilahtengok ni,benjol besar ni wajah Uwais begitu bersungguh-sungguh.Sewaktu dia masuk saja ke dalam rumah,terus Uwais memberitahu yang dia terhantuk dan dahinya benjol. Besar ke? apsal saya macam tak nampak aja benjol tu.. Hmmmaku layan la jugak! dah faham sangat,sengaja nakkan perhatianlah tu Uwais mencapai tangan Hannah,kemudian diletakkan di dahinya. Cuba sayang rasa dengan tangan Hmmm..haah..benjol la kan? tapi sikit aja kutbukanlah cedera parah pun.. Sayang ni memang tak prihatin la.. wajah Uwais cemberut.Hannah senyum comel.Ieeemacam budak-budak! Kau tak payahlah layan perangai mengada dia tu Hannahmasa Hannah belum balik tadi,elok aja dia tolong mak kat dapur,takde pun merengek sakit ke apa.. Sarimah meletakkan dulang berisi juadah minum petang. Memanglah tak..sebab mak bukan nak layan saya pun..mak lagi nak tambah benjol adalahUwais mencapai cucur udang.Digigit selepas membaca Bismillah. Memang pun,sakit tak seberapa..merengek aja yang lebih..sedarlah kau tu dah besar panjangkalaulah esok dah jadi bapak orang,kau nak buat perangai macam ni lagi ke? mengalahkan budak tadika! Dah tu,kalau dapat anak nanti saya dah tak boleh bermanja dengan Hannah la mak ya? kalau macam tu,sayang pregnant 3 atau 4 tahun lagilah Uwais ketawa.Sengaja dia nak melihat riaksi maknya itu.Hannah yang sedang menuangi air teh ke dalam cawan mengerut dahi.Lamanya?? 3 atau 4 tahun lagi? err.biar betul abang ni.. Hannah merenung wajah mak mertuanya yang dah macam harimau kelaparan. Kau ingat aku ni muda lagi ke nak menunggu? esok lusa aku ni belum tahu lagi Uwais oi Mak,saya bergurau ajarelekslah mak..belum setahun lagi kami ni kahwin..kalau ikutkan nak anak,saya dengan Hannah pun nak maksoal anak ni bukan kerja kita mak..rezeki anak Allah yang bagi,takkanlah saya nak suka-suka aja suruh Hannah ni pregnant!..sayang,mengandung sekarang! takkanlah macam tu mak Mak tahulah itu semua kerja Allah,tidaklah aku suruh Hannah ni mengandung serta merta..kau ingat mak ni bendul sangat ke? dah kau cakap nak tunggu 3 ke 4 tahunmestilah aku hangin!!.. Mak jangan risau..Hannah cakap dia sanggup beranakkan anak saya sampai cukup satu team bola sepaknanti bolehlah mak bawa diorang pergi kebun ya? Uwais pandang Hannah.Hihihijangan marah ya sayang? Satu team bola sepak?? Hannah tersedak.Cepat-cepat Sarimah menghulurkan minuman.Bila pulak aku cakap macam tu? Kau ingat Hannah ni kilang ke sampai nak beranak banyak macam tu? mak ni pun berjaya keluarkan dua produk aja tau? itupun satu tak berapa nak berkualiti nak kata sayalah tu Uwais terasa hati. Kau yang cakapmak tak cakap.. Sarimah senyum saja.Alah! merajuk pulak bertuah aku ni Apalah abang ni,ramai tunanti tak muat kura-kura abang tu nak hantar anak pergi sekolah Abang belilah mini van sekolah balas Uwais. Ieeee.abang ajalah yang beranak ramai macam tu! Hannah memukul lengan Uwais yang ketawa galak. Okeylah..kita rancang,4 orang..yang lelaki mesti handsome macam abang..dan yang perempuan cantik macam.

Macam mak dialah kan? Hannah pegang dagunya sambil senyum dan mengerdipkan mata. Takmacam nenek dialahkan mak? Uwais memang tak habis nak mengusik isterinya itu. Ieeeesaja aja tau nak kenakan orang!! Kalau tak sayang siapa lagi abang nak usik,mak? silap-silap dia sumbat mulut abang dengan cucur udang Mak cikSya tak datang lagi ke? Fawaz muncul di ruang tamu. Belumkalau datang,dah lama Mak Cik panggil Dah petang ni, kenapa tak datang lagi? Fawaz duduk dan mencapai kuih cucur udang yang terhidang. Sabarlah abang Fawazbaru pukul 5.30 petang Hannah kasihan pula melihat Fawaz yang ternanti-nanti kedatangan Batrisya. Sya pergi dating agaknya..saja Uwais nak mengusik. Kau tipumana kau tahu Sya pergi dating? Saya tahulah Abangtak payah nak usik dialah.. Okeylah,usik sikit pun nak marahtakut sangatlah Sya tu dah ada boyfriend.. Dengki..kan mak cik? Uwais memanglahdia dengki sebab kau lagi handsome daripada dia.. Ek ellehsaya lagi handsome la mak..tak percaya tanya Hannah..kan sayang? Dah kurang sikit sebab ada benjol kat dahi.. Maknanya akulah lagi handsome....Fawaz ketawakan Uwais yang tayang muka tak puas hati.Handsome tapi sengal buat apa..huh!! Takpe..hari ni bagi kat abang Fawaz menangnanti benjol ni hilangsayalah yang lagi handsome.. Ya Allah..korang berdua ni memang betul-betul perasanlahkuih cucur ni kalau boleh bercakap,x sanggup nak masuk dalam mulut korang tahu tak? syok sendiri! sampuk Sarimah.Asyik nak berebut aja kerjanya! Assalamualaikum!!!! terdengar suara memberi salam. Hah!!! dengar tak? ada orang bagi salam kan? mesti tu Batrisya..takpe,takpe..teruskan makan ya? biar abang Fawaz yang buka pintu Fawaz menawarkan diri dengan bangganya. Memang takde orang lain dah yang layak..Abang Fawaz kan ada degree jurusan penyambut tetamu,dengan segala hormatnya dipersilakan.. Blah la kau..dengki! Fawaz tanpa berlengah terus ke muka pintu.Uwais masih mentertawakannya. Entah-entak orang Kemboja jual kain Hannah senyum saja bila Uwais meneka begitu.Tak baik betul! suka sangat usik abang Fawaz!

Suami yang Kubenci 52


by E-man Sufi Fawaz mengatur langkah ke muka pintu yang tertutup rampat.Suara memberi salam sudah tidak kedengaran.Takkan Batrisya dah balik kut? dia pun tak pasti suara lelaki atau perempuan tadi kerana kedengarannya agak sayup.Fawaz segera membuka pintu. AssalamualaikumSuara garau kedengaran.Seorang lelaki berpakaian comot dan dipenuhi kesan minyak hitam berdiri di depannya.Hek EllehWahab rupanya? Kau Wahabaku ingatkan siapalah tadi.Cari Uwais ke? dia ada kat dalammasuklah Fawaz mempelawa.Manalah buah hati aku nibilalah nak sampai! Tak apalah,aku datang ni nak hantar kereta dia..dah siap aku baiki..Jawab Wahab.Selain daripada rakan kongsi Uwais dalam perniagaan menjual burger,Wahab juga bekerja sebagai mekanik di bengkel ayahnya. Nah,kau tolong berikan kunci kereta dia niaku dah nak baliklah,kau tengok awan tu..dah gelap sangat..bila-bila masa aja hujan akan turun iyalahokeylah..nanti aku beri pada Uwais..Fawaz mengambil kunci yang dihulur.Wahab sudah berlari anak menuju ke arah sebuah motosikal.Seorang remaja lelaki menunggunya di situ. Adik Wahab barangkali.Fawaz lihat ada rintik-rintik hujan sudah membasahi lantai simen.Dia mengalih pandang pada garaj.Semua kereta sudah diletakkan di dalam garaj.Tidak perlulah dia keluar untuk mengalih mana-mana kereta pun.Tapi kalau Batrisya sampai dia nak letak kereta di mana? semua ruang dah penuh tu.. Hujan turun semakin lebat sehingga membasahi rumput-rumput hijau di halaman rumah agam itu.Fawaz masih setia di muka pintu.Matanya memerhatikan pintu pagar yang terbuka luas.Agaknya Batrisya tak jadi datang tak? kalau aku call dia,nampak macam aku mendesak sangat ke? padahal nak ambil ukuran baju aja pun..nanti apa pulak dia fikir.Dah la dia tu tengah sibuk kan? Fawaz menghela nafas kehampaan.Baru sahaja dia nak menutup pintu,matanya tertancap pada sebuah kereta MyVi putih yang masuk ke perkarangan rumah.Diparkirkan di tengah laman.Fawaz senyum.Yiii..hah!!! datang jugak akhirnya.Fawaz hairan kenapa Batrisya masih belum keluar dari perut kereta.Alahaihujan kan,mesti ambil masa nak buka payung lagikesian buah hati aku.. Tiba-tiba handset di dalam poket seluar jeansnya berbunyi.Fawaz segera mengeluarkan I phone 4 dari dalam poket seluar.Tertera nama Batrisya.Aik? rasanya dia boleh nampak aku kat sini,apsal nak call pulak lagi? Kenapa Sya? terus Fawaz bertanya sebaik saja talian dijawab. Abang Fawaz, emm..Sya lupa bawa payunglah..boleh pinjam payung tak? terdengar suara lembut itu berbicara.Alahai sayang abang Fawaz..lupa bawa payung ya.. Sya tunggu ya? abang bawakan payung..Fawaz segera menyarung sandal.Dia membuka almari serbaguna yang diletakkan di tepi ruang legar rumah itu. Aik?? ada satu aja?Fawaz garu kepala.Takkan aku nak kongsi dengan dia kutkalau aku memang nak pun,dia tentu tak nak! uiksdekat tu..hmm..perlukah aku ambil payung dalam kereta? tapidia berfikir seketika. Fawaz tanpa berlengah mencapai payung bewarna merah hati itu.Terus saja dibuka dan dia segera berlari anak mendapatkan kereta Batrisya.Kemudian tingkap kereta itu diketuk perlahan. Errada satu aja ke abang Fawaz? Batrisya bertanya sebaik tingkap dibuka.Tempias hujan sedikit mengenai baju Fawaz.Kongsi payung dengan abang Fawaz? malunyanak pandang dia pun aku segan ni pulak nak berdiri dekat-dekattakkan ada satu payung aja?alahai Sya keluar ajalah..abang payungkan! Sya tak payahlah risau,abang tak berdiri rapat dengan Sya.. arah Fawaz. Tapi Tak payah tapilah..hujan makin lebat ni..desak Fawaz.Hujan memang semakin mencurahcurah.Fawaz juga terpaksa bercakap sedikit kuat kerana melawan deruan hujan Kejap..Batrisya mencapai tas tangan dan beg kertas di tempat duduk sebelah.Dia segera keluar dari perut kereta.Sebaik saja dia keluar dan menutup pintu,dia berpaling pada Fawaz. Abang!..kenapa abangBatrisya tak tahu nak cakap apa.Fawaz sudah kebasahan dalam hujan

tapi tidak dirinya.Payung di tangan Fawaz masih memayungi Batrisya sedangkan dia berdiri dengan jarak yang sedikit jauh dan pakaian Fawaz sudah pun lencun dibasahi hujan.Batrisya rasa serba salah. Takpeabang pun dah lama tak mandi hujan..jom kita masuk? Abang Fawaz,nanti kena demam pulak.. Kalau tak nak abang demam..jom cepat kita masuk! Fawaz ketawa.Dia meraup wajahnya yang dibasahi rintik hujan.Angin yang bertiup buat tubuhnya yang kebasahan mula menggigil kesejukan. Batrisya segera mengatur langkah.Fawaz setia memayunginya.Baiknya abang Fawaz nibertuahlah perempuan yang dia nak kahwin tu..baju melayu tu punya pasal,abang Fawaz sanggup basah dalam hujan! Abang Fawaz! Sya minta maaf ya? menyusahkan aja..terpaksa pulak abang basah dalam hujan tu Batrisya meminta maaf.Ketika itu mereka berdua sudah berada di muka pintu.Fawaz meletakkan payung yang masih terbuka. Bilalah pulak abang terpaksa..kalau pasal Sya, bukan setakat basah dalam hujan..Sya suruh abang minum air hujan tu pun abang sanggup.. Hah?? Abang bergurau ajalah..Fawaz ketawa kecil.Batrisya senyum saja. Abang mesti tak sabar nak kahwin kan? Sya nampak abang ni teruja aja nak buat baju melayu tu Kahwin? Iyalahbaju Melayu putih biasanya untuk majlis akad nikah..sebab tu Sya teka yang abang nak bernikah kan? bertuahnya perempuan tu.. Fawaz terkedu.Pandainya dia agak yang aku nak kahwin? aishtakkan hati aku dengan hati dia sekata kut..kalau macam ni petandanya,mudahlah kerja aku. Memang abang nak kahwintak tahulah perempuan tu bertuah ke tidak dapat abang,tapi abang memang bertuah kalau dapat memperisterikan dia.. Insya Allahkalau dah jodoh tu mestilah sepadan..Allah kan Maha Adil.. Fawaz angguk.Kalaulah kau tahu sayangku Batrisya! kaulah yang abang nak jadikan suri dalah hati niHujan kat luar tu umpama meraikan hasrat hati abang ni.. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Aik? pergi kering balik basah ni apa kes? abang Fawaz mandi hujan tak ajak saya ya? Uwais memandang Fawaz dari atas sampai bawah.Basah satu badan! betul la abang Fawaz ni,tak pernah tengok hujan agaknya.. Jangan nak mengada..hujan sekarang tak sama macam hujan masa abang kecil dulu,nanti macam-macam penyakit pulak dapat..Hannah membantah.Tak cukup benjol kat dahi tu nak cari penyakit lain pulak.Ada-ada aja perangai nakal dia! Betul la Sya rupanya yang datang ya? Sarimah tersenyum melihat kehadiran Batrisya.Gadis itu menyalami tangannya sebelum duduk di sisi. Yang tadi tu bukan Sya la Mak Cik..Wahab yang datang,hantarkan kereta Uwais ni hah..nah,kunci kereta kura-kura kau tudah baik daripada sakit demam kura-kura.. Fawaz menghulur kunci yang dikeluarkan dari dalam poket.Selepas Uwais mengambil kunci itu dia berlari anak ke biliknya untuk mandi dan menyalin pakaian.Nanti lama pulak Sya tunggu! Wahab rupanya..dah okey ya kereta saya? alahai..rindu kat isteri nombor satu tu.. Apa bang? ohabang lagi sayangkan kura-kura tu daripada sayalah ya? Hannah memukul lengan Uwais yang menyengeh. Alah,dengan kereta pun nak cemburu ke..tengok la Hannah ni Sya..kalau Sya kahwin nanti..perkara pertama..kurangkan perasaan cemburu dengan suami tau.. Uwais memandang raut wajah Batrisya yang tersipu malu. Apalah abang Uwais ni,Sya ni lambat lagi kut Sya belum berpunya ke? Mak Cik Sarimah memulakan misi. Belum lagilah Mak Cikada jugak Abang Hafiz nak kenalkan dengan kawan sekerja dia tapi Sya tak terfikir lagi..belum sampai seru agaknya.. jawapan itu agak melegakan hati

Sarimah.Hai..peluang besar ni..cepatlah Fawaz bertindak! nanti tak pasal-pasal jadi rezeki orang lain.. Eh..pada firasat abanglah kan..dah tak lama dah..percayalah! Uwais angkat kening. Pandai-pandai ajalah abang Uwais ni..Wajah Batrisya memerah.Tak pasal-pasal aku pulak yang kena! Yang kau nak usik dia kenapa? tak cukup Hannah..Fawaz..Batrisya ni pun kau nak sakat..kau tringin sangat ke Uwais mak jahit mulut kau tu..nak? tak reti diam..pot.petpot..pet..marah Sarimah.Uwais buat aksi zip mulut.Kemudian dia mencuit Hannah. Apa? Hannah kerut dahi.Uwais tunjuk pada cawan berisi teh panas. Kemudian dia buat aksi nak minum. La..nak air ni? nak minum? cakap aja terus tak boleh? Uwais geleng.Dia tunjuk pula pada maknya yang duduk berhadapan.Kemudian dia tayang muka garang dan siap buat gaya harimau mencakar. Batrisya yang melihat aksi Uwais terpaksa menutup mulut dan menahan tawanya.Hannah turut ketawa dengan usikan bisu Uwais itu.Memang saja nak cari nahas dengan mak! Astaghfirullah budak ini! bercakap dengan tak bercakap..sama aja kau ya?dah macam Mr. Bean pulak aku tengok Uwais tunjuk lagi pada maknya lalu menggoyangkan jari telunjuk.Kemudian dia tunjuk pula benjol di dahi. Tak fahamlah! Hannah kerut dahi.Susah jugak kalau tak bercakap ya? Iyalahiyalahkau boleh bercakap..mak izinkan.. Sarimah pening melayan kerenah Uwais.Dia faham yang Uwais maksudkan tak boleh melawan cakapnya.Tadipun dahinya dah benjol.Ada pulak masanya dia nak jadi lurus macam pembaris . Terima Kasih makUwais sengeh. Uwais..Uwaisada-ada ajalah kerenah kau Maaflah Syakena tungguFawaz muncul semula.Dia sudah berpakaian bersih.T-Shirt bewarna putih dan seluar beggy. Handsomenya abang Fawaz..Puji Hannah.Dia sengaja nak mengusik. Haahlah..Handsomenya abang..kalau saya jadi perempuan,saya dah lama jatuh cinta Uwais berpandangan dengan Hannah.Ada senyuman tersirat yang dikongsi antara keduanya. Kalau kau jadi perempuan..aku pun tak nak..Fawaz ketawa sambil duduk.Uwais terpaksa tayang muka poyo.Hampeh!! nasib baik Batrisya ada,kalau tak dah lama aku kenakan abang Fawaz nitapi takpe,dia pun nak bahagia jugak..maklumlah! penyelamat dia daripada binatang penghisap darah ada kat sini.. Elok kalau kita ambil ukuran sekarang ajalah kan? dah nak petang ni..Sya kena sampai rumah sebelum malam..Batrisya mengeluarkan tali pita pengukur. dan buku nota. Takpe Sya..biar abang Uwais yang tolong ambilkan ukuran..nanti tersentuh pulak kulit abang Fawaz ni kanbatal pulak wudhu dia.. Uwais segera bangun dan mengambil pita pengukur. Oh..emm..takpelah kalau abang nak tolong.. Batrisya ikut saja.Dia pun segan nak dekat sangat dengan Fawaz.Entah kenapalah dia rasa berdebar aja tiap kali Abang Fawaz memandangnya. Hah..cepatlah berdiri abang Fawaz..Uwais ketawa.Wajah Fawaz sudah nampak bengang itu dipandang bersahaja.Arghhh!!!! kau memang nak kena Uwais! aku baru aja nak tengok Batrisya tu dari dekat..warghh!! Mak Cik Sariboleh tak kalau Mak Cik suruh penyibuk ni blah aja masuk bilik? pergilah beromantik dengan Hannah tu! kau kacau aku buat apa? Okey..emmm..panjang 7 meter lebih sikitlahlebar..3 meter Uwais berpura-pura mengukur badan Fawaz. Aik? itu macam bukan ukuran baju aja? abang biar betul?Hannah pelik.Apasal dua aja ukurannya? bukan kena ambil ukuran leher..lengan lagi Mari sini Uwais pita pengukur tu! kalau dilayan kau ni..sampai ke sudah tak ambil ukuran baju Fawaz ni Sarimah bangun dan mengambil pita pengukur dari tangan Uwais. Kau ni pandai ke tak? kau ambil ukuran apa tadi tu? marah Fawaz. Uwais ketawa.Batrisya tersenyum saja.Nakal betul abang Uwais nitak baik! kesian abang Fawaz..Dia tak sampai hati nak beritahu Fawaz. Haah,,,baju apa panjang sampai 7 meter? Hannah tambah hairan bila Uwais ketawa tak berhenti.

Bukan ukuran baju..ukuran keranda!! beritahu Sarimah. Hah? keranda? kurang asam kau Uwais!! Ampun abang Fawaz!! saya bergurau aja.. Fawaz baru saja nak menarik baju Uwais tapi Uwais sudah melarikan diri.Ketawanya masih kedengaran walaupun dia sudah berada di tingkat atas. Hannah masuk bilik dululahnak mandi.. Eloklah..kau ajar sikit bertuah mak tu,takde kerja betul! asyik nak mengusik orang aja.. Hannah senyum saja.Nak buat macamana mak..memang macam tu perangai dia..usik nakal aja! kalau dia takde,mak pun tahusunyi hidup kita! ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Bila dah siap nanti..Sya telefon abang ya? Fawaz menatap wajah langit seketika sebelum matanya menjamah raut wajah ayu di depannya.Hujan sudahpun berhenti dan gadisnya itu sudah mahu pergi. Iyaabang jangan risaulah! Sya akan siapkan secepat mungkin Janji Batrisya. Terima Kasih.. Senyuman Fawaz makin melebar. Sama-sama..Oh ya, ini ada jemputan ke majlis karnival ilmu hujung minggu ni..abang datang ya? Batrisya mengambil sampul surat putih di dalam kereta lalu diberikan pada Fawaz. Mestilah abang datangemmm..abang pun ada sesuatu nak berikan pada Sya.. Hah? apa dia? Untuk aku pun ada? hmm..apa pulak agaknya! Fawaz mengeluarkan sampul surat berwarna biru yang disisip di belakangnya. Ini Apa ni? kad jemputan kahwin ya? teka Batrisya. Buka masa Sya sampai di rumah ya? Fawaz tidak mengiya atau menidakkan.Bukan! surat cinta abanglah sayang! Tak boleh tengok kat sini terus ke? Jangan! kat rumahlah.. Fawaz melarang.Malulah kalau baca depan aku! OkeylahSya balik dulu..Assalamualaikum.. Waalaikumussalam! Fawaz menutupkan pintu kereta untuk Batrisya.Sempat dia melambaikan tangan sewaktu kereta itu meluncur pergi. Harap-harap Sya terima lamaran hati abang!

Suami yang Kubenci 53


by E-man Sufi Uwais memerhatikan Hannah yang sedang leka di depan cermin.Hari tu dia dan Ahli keluarganya akan pergi meraikan majlis Karnival Ilmu di sekolah.Dah hampir pukul 8.00 pagi. Dia perlu bawa Hannah ke sekolah segera memandangkan isterinya itu adalah perasmi majlis.Tapi dari tadi sayang aku ni masih tak siap-siap lagi.Takpelah..sekolah bukan jauh sangat pun..Majlis pun mula pukul 8.30 pagi.Masih ada masa. Sayang. Ya.. Ke sini sekejap Hannah yang barus selesai memakai tudung menghampiri Uwais yang duduk di birai katil.Wajah Uwais senyum saja. Ada apa sayangsenyum lain macam aja ni? Lain macam? Iyalahselalu tu kan,saya boleh agak senyum abangsenyum nakal,senyum mengada,senyum handsome tapi yang niabang senyum macam ada dengan pandangan tajam macam tu..nak kata marah orangnya senyum..cakaplah,abang nak beritahu apa? Macam tu ya? tak tahu pulak abang yang sayang selalu nilai senyuman abang ni..Uwais mencuit hidung Hannah.Dia kemudian mengeluarkan sesuatu dari dalam laci. Abang nak bagi nidah lama abang nak bagi..tapi masa kita belum berbaik dulu,abang segan nak bagi..maklumlah,jumlahnya tak banyak mana.. Hannah membuka sampul surat coklat itu.Terdapat sejumlah wang di dalamnya. Duit? Hannah renung wajah Uwais.Pandangan Uwais yang tenang itu menyentuh jiwanya.Uwais meraih jemari Hannah dan diciumnya kejap. Ini nafkah yang patut abang bagi pada isteri abang.Memang tak banyak tapi duit ni hasil titik peluh abang selama ni.Abang tahu,Hannah ada duit sendirilebih daripada apa yang abang ada.Kalau sayang tak nak guna pun,simpanlah.. mana tahu,ada perlunya satu hari nanti.. Terima Kasih abangBuat apalah susah-susah sangat..saya tak minta semua ni.Ada abang yang sayangkan saya pun dah cukup.. Hannah memegang wajah Uwais .Alahai suamiku sayangjanganlah buat aku tersentuh pagi-pagi ni..tak pasal-pasal rosak make up aku ni karang! abang hanya jalankan tanggungjawab abang sebagai suami.Abang minta maaf kalau abang tak dapat nak bawa sayang pergi shopping tiap-tiap bulan,tak dapat bawa pergi melancong ke luar negara macamana suami orang lain..abang kahwin dengan sayang pun macam express aja kan? tak kira bagaimana situasi yang dah kita lalui..abang nak sayang tahu,sebagai suami..abang tulus sayangkan Hannah..abang akan berusaha bahagiakan sayang dan bakal anak-anak kita..sekalipun satu masa nanti antara kita akan ada yang pergi dulu menemui Allah..abang nak Hannah Maryam kekal sebagai apa yang abang lihat sekarang ni.Abang bahagia sayang..kalau dulu mungkin ada sedikit rasa kecewa bila tak dipedulikan tapi hari ni.Demi Allah sayang, abang rela jadi suami yang dibenci andai inilah kemanisan yang Allah berikan berkat dari kesabaran tu..abang dapat isteri yang baik,penyayang,yang baik budi pekertinya..Abang yakin,Hannah Maryam akan jadi ibu yang baik pada anak-anak abang nanti Hannah yang tadi cuba menahan rasa sebak dihatinya menangis juga.Beberapa titis airmatanya jatuh di atas jemari Uwais yang masih menggenggam tangannya. Abang janganlah cakap lagi..tolonglah,kalau abang teruskan lagi..saya meraung kat sini Hannah menyeka airmatanya. Eh,kenapa sayang menangis ni? Uwais kaget.Dah kenapa pulak dia menangis niaku silap cakap ke? Macamana tak menangisabang tu! pagi-pagi lagi dah buat hati saya tersentuh.. Abang cakap apa yang abang rasa aja,manalah abang tahu kalau sayang nak menangis macam ni..tengok,dah rosak make up tu..maskara pun dah bercampur dengan airmata ni..dah macam lady gaga dah hah..Uwais sengeh. Lain kali kalau nak buat saya tersentuh ,janganlah bila saya dah bersiap cantik-cantik macam ni..tengok,kan dah kena ambil masa lagi..Hannah menampar perlahan pipi Uwais.Seperti biasa

Uwais hanya akan ketawa sahaja.Suka buat aku ketawa dan menangisakulah yang sepatutnya bersyukur dapat dia sebagai suami. hah? kena touch up balik ke? alah..dah lambat la sayang..tak kira macamana pun,sayang dah cantik..abang tetap sayang kalau tak cantik pun Uwais menghela nafas bila Hannah sudah kembali membelek wajahnya di cermin.Adoilah! kenapalah orang perempuan macam ni..tak boleh dipisahkan dengan cermin! salah siapa? suka tau buat orang nangis! hari ni saya perasmi,mestilah saya kena nampak elegan..isteri siapa kan..saya isteri Cikgu Uwais Ukasyah tau.. Hannah bercakap dengannya melalui pandangan cermin. tau..abanglah tu Uwais ketawa kecil.Dia bangun dan mengambil kunci keretanya di atas rak buku. Hari ni,abang kena menang banyak hadiah untuk sayamenang semua permainan,kalau boleh saya nak teddy bear besar yang syarikat saya taja tu.. Iyanak penuh satu kura-kura abang tu pun takpe.. Syarikat dia yang taja pun dia nak jugak? tengok cenderahati teddy bear penuh kat bilik guru hari tu pun dah aku agak penajanya siapa..Hannah Maryamlah! lepas tu takde lain,dia guna benda tu untuk main baling-baling dengan aku kan? Kita pergi naik kura-kura tu ke? tanya Hannah. Kenapa? masih lagi tak sudi nak naik kereta tak cantik abang tu? Sudilah.tapi kalau rosak tepi jalan,abang jangan nak suruh saya tolak pulak Hanya tawa Uwais yang kedengaran.Aku tahulah kereta aku tu dah uzur Nanti kalau abang dah cukup duit,abang belilah kereta baru tapi kereta buatan Malaysia ajalah Abang terasa ke? saya bergurau ajalah.. Taklah..cepatlah sayang..abang tunggu kat luar ya? Uwais mendekati Hannah. Boleh cium pipi tak ni? nanti tanggal plak make up tu.. usik Uwais. Hannah pula ketawa.Dia angguk dan membiarkan Uwais mencium pipinya sebelum keluar. ++++++++++++++++++++++++++++++ Batrisya mengeluarkan kotak yang berisi beberapa barangan cenderahati.Beberapa orang pelajar perempuan mengerumuninya untuk membantu. Tolong hantar kotak ni ke dewan ya? serahkan pada Cikgu Aina Baik cikgu..eh! cikguada surat cikgu jatuh ni.. salah seorang anak muridnya mengambil surat itu dan diberikan padanya.Surat? Batrisya merenung surat di tangannya itu.Ya Allahinikan surat abang Fawaz bagi beberapa hari lepas.Macamana aku boleh lupa nak buka? Batrisya baru teringatkan sampul surat biru yang diberika Abang Fawaz padanya.Sibuk dengan urusan karnival dia terlupakan surat yang diletakkan dalam kotak tempohari. Batrisya memerhatikan suasana perkarangan yang dipenuhi dengan khemah-khemah panitia dan beberapa gerai.Dia terpandangkan tapak gerai burger milik Uwais.Hanya ada Putera dan beberapa pelajar di situ.Dia tahu yang Putera ,Mastura dan Anis serta beberapa teman mereka itu akan berniaga di tapak itu menggantikan Uwais yang tentu lebih sibuk menguruskan majlis itu nanti.Ramai pelajar dan ibu bapa masing-masing sudah mula hadir ke tapak karnival.Rataratanya masih berlegar-legar melihat khemah-khemah yang terdapat pameran dan pelbagai acara permainan yang masih belum dimulakan sehingga perasmian diadakan.Ada juga yang terus masuk ke dewan. Surat di tangan terus dibuka.Dahinya berkerut bila melihat bukanlah kad jemputan perkahwinan tapi sekeping kertas yang berupa karangan surat yang dia pun tak tau nak katagorikan surat kiriman rasmi atau tak rasmi! takde format! Surat apa pulaklah yang abang Fawaz ni beri? Batrisya membuka lipatan surat itu.Uiksswanginya bau? Dia lihat ada sedikit debu putih yang jatuh dari lipatan itu.Bedak? aiabang Fawaz ni biar betul! takkan dia beri aku surat cinta? Cepat-cepat dia lihat surat yang bertulis tangan itu tapi agak terkejut juga kerana tulisannya

cantik sedikit daripada tulisan doktor yang susah nak dibaca.Ini tulisan abang Fawaz ke? Alahai dah macam tulisan budak sekolah rendah aja! Lantas surat itu dibaca. Zupp!!! Batrisya seperti tak percaya dengan apa yang dibaca! Assalamualaikum buat ciptaan Allah yang terindah.. Batrisya Sufiyyah,menyebut nama sahaja sudah buat jantung ini berdegup luar biasa pantasnya.Sebelum coretan ini abang panjangkan.Terlebih dahulu abang memohon maaf andai apa yang akan Sya baca nanti diluar jangkaan.Sungguh Batrisya! abang tidak berniat untuk mengguris perasaan mahupun melahirkan rasa kurang senang dihati. Syaini kali pertama abang menulis surat kepada seorang perempuan.Apatah lagi abang memang tak pandai nak menyusun kata mahupun berpuitis mengarang ayat berbungabunga.Ini pun abang dah rasa cukup malu dan abang rasa Sya tentu ketawakan abang

Batrisya berhenti membaca.Memang dia ketawa kecil membaca surat itu.Sudahlah tulisannya terlalu comel.Ayatnya pun terlalu berterus terang!. Seketika dia memandang sekeliling.Nasib baik takde student aku yang perasan aku ketawa sorang kat tepi kereta ni.Dia menyambung semula bacaan. Batrisya, sebenarnya ada sesuatu yang abang mahu luahkan pada Sya.Sesuatu yang tak mudah untuk abang luahkan dengan kata-kata sehingga abang memutuskan untuk menulis surat yang panjang berjela nierrrminta maaf kalau ambil masa yang lama untuk baca ya! Sebenarnya abang cintakan Sya!! sejak kali pertama Sya tolong selamatkan abang dari binatang drakula di tali air tu..Sya ingat tak?? mungkin Sya tak percaya tapi inilah hakikatnya.Abang jatuh cinta pada Sya pada pandangan pertamakalau Sya tanya apa sebabnyaAbang takde jawapan! Cinta tu hadir macam tu aja Abang sedarabang ni tak layak untuk perempuan sebaik Sya..Antara kita bagai langit dengan bumi..macam Beauty and The Beast walaupun hakikatnya abang ni handsome.Mungkin,abang tidak ada ciri-ciri lelaki idaman Sya tapi percayalah Sya.Kejahilan abang adalah sesuatu yang amat abang kesalkan.. Allah itu Maha Pengampun terhadap segala dosa setiap hambanyakenapa tidak Sya juga memberi peluang kepada abang untuk abang buktikan abang juga boleh jadi suami yang baik? bolehlah Syaplease! Kalau Sya sudiabang akan masuk meminang secepat yang mungkin! Kalau suruh jumpa ayah Sya sendiri pun abang sanggupbolehlah ya sayang?? abang tunggu jawapan Sya Tulus dari hati bakal suami Sya.. Fawaz Aiman Sayang? haibelum aku kata setuju dah nak panggil aku macam tu?siap tulis bakal suami pulak tu Abang Fawaz ni, patutlah dia beriya sangat nak buat baju Melayuerrmaksudnya aku ke perempuan yang dia nak kahwin tu? Aku jadi isteri abang Fawaz tualahaiapsal aku rasa berdebar aja ni? terharu pulak tu..dalam banyak-banyak surat cinta..ini surat cinta yang paling comel aku baca..nak bagi jawapan apa? malulah pulak,sukalah jugak Abang Fawaz tu..walaupun kadang-kadang nampak pelik aja kan? tapibukan dia tinggal kat Dubai ke? aku tak nak tinggal sanaaku nak kerja jadi cikgu,nak duduk kat Malaysia! Cikgu Batrisya.Assalamualaikum Waalaikumussalam..Cikgu Bakri! Batrisya terkejut bila Pengetua sekolah muncul di depannya. Jauh menung cikgu? Puas saya cari mana pengarah program..di sini rupanya ya? Errmaaflah Cikgu Bakri,saya tak perasan.. wajahnya memerah.Tak pasal-pasal kena sindir pagi-pagi lagi..

Bukan apa,dah pukul 8.20 nimana perasminya? cikgu Uwais pun tak nampak lagi ni.. kata isterinya dah setuju nak jadi perasmi? Err..ada cikgu..sabarlah ya..hah tu pun kereta Cikgu Uwais..panjang umur..Batrisya rasa lega.Nasib baiklah tak kantoi dengan Pengetua yang aku tengah baca surat cinta tadi.Cepatcepat dia menyimpan surat di dalam kereta. Apa lagi..marilah kita sambut perasmi kita tupanggil kumpulan kompang dan Student yang bertugas bawa bunga manggar..Arah Pengetua bermisai lebat itu. Iya Cikgusekarang juga saya panggil Amboi Pengetua ni,dah macam nak sambut pengantin pulak! idea dialah tu nak berkompang bagai..nak mengampu cucu Pengerusi PIBG ke? Batrisya mahu segera memanggil kumpulan kompang sekolah.Dari jauh lagi dia sudah nampak kereta Mercedes diparkir di sebelah Mini Cooper Uwais. Muncul kelibat Fawaz yang keluar dari perut kereta bersama Mak Cik Sari.Abang Fawaz? dia rasa gementarnya makin bertambah.Mana nak uruskan majlis lagi.Nak berdepan dengan abang Fawaz lagi..jangan aku pengsan sebelum karnival bermula sudahlah!

Suami yang Kubenci 54


by E-man Sufi Mana diorang ni Uwais? dah lama kita tunggu niorang lain dah sibuk main hah..kita duduk melangak kat gerai kau yang penuh dengan budak perempuan ni buat apa..Fawaz sempat mengerling Putera dan kawan-kawannya melayan pelajar-pelajar perempuan yang mahu membeli burger.Hannah dan Batrisya pula masih belum muncul selepas dibawa pengetua ke bilik VIP untuk jamuan selepas tamat Majlis Perasmian.Bukan mereka berdua tidak diajak tapi Uwais yang tak mahu! dia pun tak berapa nak tenteram hatinya bila Batrisya macam buat tak tahu aja.Tak tegur dan seakan dia tidak wujud di karnival itu.Dia marah ke? Aduh! janganlah dera abang macam Sya..kalau sudi katakan sudi..takdelah abang Fawaz ternanti-nanti. Mana tak ramai..kau tengok lah siapa yang ambil alih tempat aku turebutan pelajar perempuan tu Putera? aiboleh tahan ya?handsome tu.. puji Fawaz.Nasib baik Putera tak dengar.Kalau tak mahu terbalik stall burger tu.. Tengoklah siapa kakak dia..Uwais sengeh.Dia maksudkan isterinya Hannah Maryam. Kau tengok pulak siapa cikgu dia..Tawa mereka berdua makin galak.Macamlah Batrisya ada kena mengena dengan ketampanan Putera.. Uiks!! Abang Fawaz tengok tu..Uwais menepuk lengannya.Fawaz memandang ke arah yang ditunjukkan. Mak AihMak Cik Sari!! penuh tangan nampak? teriak Fawaz pada Sarimah yang sedang membawa beberapa beg kertas dan hadiah. Wah..mak dapat kat mana ni?Uwais membantu maknya itu meletakkan barangan itu di atas meja plastik. Mak join permainan tu la.. Mak join? errboleh ke mak jawab soalan? Kau ingat aku ni tak genius ke? kalau aku pergi ponitia.. Panitia mak.. Wat eber la..kalau aku pergi panitia yang jawab soalan bagai tu,boring kau tau tak? Habis tu Mak Cik pergi mana? tanya Fawaz.Ramai betul yang datang ke karnival tu sampai susah dia nak cari kelibat Batrisya.Dia kan pengarah program,tentu sibukmacamanalah aku baru dapat jumpa dia.. Tu hahsebelah sana,ada pertandingan anyam ketupat..mak menang,dapat set Tupper Ware lagi..lepas tu mak pergi Panitia kemahiran hidup ke apa? kena buat jahitan tangan..pun mak menang jugak..dapat hadiah lagi..banyaklah mak pergi..yang korang berdua melangak kat sini buat apa? pergilah tajamkan minda korang yang tepu ni! asyik nak bercinta aja..pergilah! Nak tunggu Hannah mak..jawab Uwais. Kau Fawaz? tunggu Sya? Fawaz sengeh saja. Mak nak pergi mana tu mak? tanya Uwais bila maknya itu yang berpaling seakan mahu pergi dari situ. Nak cari Mak Nab kau..tadi mak nampak dia kat khemah sana..nanti bolehlah mak kenenkan Si Fawaz ni jadi menantu dia.. Cantekmak cik memang superb..nanti saya hadiahkan mak cik set barang kemas terbaik punya Fawaz tayang senyuman yang dah nak sampai ke telinga. Oi..bagi rasuah ke apa? Uwais ketawa bila maknya tunjuk thumbs up. Bukan rasuah..upah sebagai PA kan mak cik? tau takpenak harap kau bagi? bertanduk aku tunggu.. Ye lah..Abang Fawaz kan kaya raya..bagilah satu lori,mesti mak puas hati.. Elleh..usik sikit terasa hati..kau usik dia takpe pulak ya..sensitip! Betul tu Mak Cik ..sensitip..Fawaz meniru gaya cakap Sarimah. Yang kau bercakap macam aku kenapa? ejek Mak Cik ya? Fawaz terkedu.Uwais ketawa.Padan muka! usik aku sangat kan? Malaslah nak layan korang berdua..Sarimah berlalu dari situ.

Bosanlah Abang Fawaz..manalah pujaan hati aku ni..Uwais garu kepala. Kau ni aku tengok,releks aja..kau takde Panitia ke? Errrada tapi,biarlah student yang jaga khemah tu..saya nak menang banyak hadiah untuk isteri saya.. Elleh..aku pun nak menang banyak hadiah jugak untuk.Fawaz nampak Hannah dan Batrisya sedang berjalan kea rah mereka. Untuk siapa? Bakal isteri akulah..tu hah.. Uwais nampak Hannah dan Batrisya. Itu ke orangnyabarulah saya kenal..macam tak padan ajaUwais sengeh.Fawaz menyengkeh kepalanya. Adoi!! Uwais ketap bibir.Selamba pulak dia sengkeh kepala aku.Ingat aku tak bayar zakat kepala ke? ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Kita nak pergi khemah mana dulu ni abang? banyak sangat ni.. Kita pergi Panitia Matematik dululah.. Okeylah..Eh, Jom Sya? Abang Fawaz tak nak ajak ke? tanya Fawaz.Sudahlah Batrisya tu diam aja sedari tadi.Kalau bercakap pun dengan Uwais dan Hannah aja.Kenapa? kenapa? kenapa? Ikut sekalilah..tak tahulah kalau Abang Fawaz nak ajak Sya pergi ke khemah lain kan.. Sya ikut Hannah dengan Abang Fawazlah..jawab Batrisya.Fawaz terlongo.Adoilahsampai hati tak nak berpasangan dengan akuWaaaa..adakah ini tanda-tanda bahawa aku telah ditolak? Jomlah cepat..Masa berjalan ni,nanti habis semua hadiah orang lain dapat..Uwais menarik tangan Hannah.Mereka jalan berdua di hadapan. Fawaz berjalan seiringan dengan Batrisya di belakang. Syapasal surat tu..Fawaz memulakan bicaranya. Kita join permainan yang ada dululah ya..pasal surat tu,kita cakap kemudian.. Jawapan itu buat Fawaz terkedu.Baru aku mula nak bermukaddimah dah kena cut?? Tidak!!!! janganlah siksa jiwa aku macam ni..Janganlah main tarik tali macam ni sayang! Cepatlah jalan abang Fawaz.. Batrisya berhenti melangkah bila Fawaz tiada di sebelahnya. Abang Fawaz!! nak pergi tak? Nak..jawab Fawaz perlahan.Bunyi macam penuh kehampaan. Emm..Abang Fawaz dapatkan banyak hadiah untuk saya boleh tak? Apa?? Fawaz yang tadi rasa kecewa mula berbunga-bunga di hati.Batrisya senyum. Pergh!! cunnya anak Pak Imam ni! Kalau tak dapatkan 10 hadiah..saya tak nak bagi jawapan pasal surat tu.. Batrisya terus berlalu selepas berkata begitu..Fawaz terlongo..cabara tu! takpe Sya sayang..usahkan 10100 pun boleh!!

++++++++++++++++++++++++++++++++ Apa ni abang! tembak anak itik tu pun tak kena? buat malu ajalah! marah Hannah.Usahkan nak jawab soalan..permainan tembak anak itik tu pun Uwais tak boleh selesaikan..kalau kena seekor pun takpe,ini tak..satu pun tak kena! Dah nak buat macamana..abang bukan polis,tentera apatah lagimemanglah tak kena! Uwais memberi alasan.Mereka sudah beredar dari Panitia Matematik tanpa berjaya mendapat apa-apa. Dapat hadiah tak? tanya Batrisya yang muncul di belakang Hannah. Nak dapat hadiah apa..tembak pun tak kena Hannah mencebir.Uwais cekak pinggang. Sayang cakap pandai..apasal tak sayang aja yang tembak tadi.. Sebab saya fikir abang tu terror sangat! rupanya hero kampung aja! tembak anak itik plastic tu pun tak kena..kalau saya dapat senapang mainan tu,saya tak tembak itik tu..saya tembak abang aja terus.. Hannah berjalan pergi ke khemah sebelah.Uwais hampir tenganga.Amboiaku nak ditembaknya? uiks..apasal garang sangat? tahulah menantu Sarimah!...betul punya marah sayang aku ni..dah lama aku tak bergaduh dengan dia macam ni..rasanya macam masa mula-

mula kahwin dululah pulak! Batrisya tak tahu nak cakap apa.Wajarkah aku berjalan dengan diorang ni? daripada aku tengok peperangan suami isteri macam ni baik aku jalan dengan Abang Fawaz lagi baik..malupun takpe! mana pulak hilangnya abang Fawaz ni? Batrisya memandang sekeliling.Dia nampak Fawaz di khemah Panitia Matematik.Fawaz sedang menembak anak-anak itik plastik yang cuba diselesaikan abang Uwais tadi.Bezanya,Abang Fawaz berjaya menembak tepat 10 ekor anak itik plastic itu dengan mudah! Pandainya abang tembak? puji Batrisya sebaik saja dia menghampiri.Ada tepukan daripada beberapa pelajar yang turut berada di khemah itu.Fawaz senyum bangga.Dia pandang pada Uwais yang tidak jauh dari situ.Uwais pula memandang Hannah dan hanya jelingan yang dia dapat! masak aku macam ni..abang Fawaz terror la pulak Abang kena selesaikan permasalahan Matematik ni..kalau betul baru dapat hadiah teddy bear besar ni beritahu pelajar perempuan yang bertugas di khemah itu. Yak ke? ingatkan tembak semua itik dah boleh dapat.. Kena jawab soalan bang..nama pun Karnival Ilmu..kan cikgu? Abang Fawaz selesaikan ajalah..boleh ke tak? nak saya tolong jawabkan? Eh..takpe..senang aja ni.. Fawaz merenung kertas kecil yang diberi.Bukanlah susah pun,hanya soalan perihal pecahan sahaja. Dah siap.. Fawaz menyerahkan kertas itu.Pelajar itu meneliti jawapan. Tahniah..jawapan abang betul!..ini hadiahnya pelajar itu menghulurkan teddy bear. Sya..abang Fawaz dah dapat satu untuk Sya! Fawaz menggoyangkan teddy bear sebesar pemeluk itu. Comel Hmm..tapi ada 9 ekor lagi belum dapat..Fawaz memandang khemah mana yang dia perlu pergi. Kita pergi khemah Panitia sebelah lah..kita tengok apa yang abang Uwais buat tu.. ajak Batrisya. ++++++++++++++++++++++++++++++ Mesti kena celup ke? tanya Uwais? dia lihat baldi yang penuh dengan air sabung yang dicampur nila itu. Kenalah celup cikgu..ada bola ping pong dalam nipada bola tu ada tulis nombor soalan..ada tiga katagori sebab ini khemah gabungan panitia subjek Pendidikan Islam,Syariah Islam dan Sejarah..cikgu cubalah.. Apa kata kalau sayang aja yang celup baldi tu? tadi abang dah main kat Panitia sebelah.. bisik Uwais. Ish..tak naklah! habislah kulit saya nanti..abang ajalah! Lepas tu kalau abang tak dapat jawab mulalah marah.. Kata cikgu..takkan tak dapat..Hannah menyindirnya.Uwais mahu tak mahu menyinsing lengan baju kemejanya separas siku lalu mencelup baldi itu.Sebiji bola ping pong diambil dan diserahkan pada pelajar di depannya. Soalan 13..Siapa yang nak jawab? Hah..isteri cikgu yang jawabberitahu Uwais. AbangHannah mencubit kecil lengannya. Kata ada Master kan..belajar kat UK takkan tak boleh jawab.. saja aja tau..siaplah kat rumah nanti ugut Hannah.Dia mengawal suaranya supaya pelajar Uwais tidak perasan yang mereka berbalah. Soalan Sejarah kak.. Sejarah? alah..senang aja Uwais tepuk tangan.Hannah senyum tawar.Tu tepuk nak kenakan akulah tu.. Sedia kak ya? okey..Beliau diberikan gelaran sebaik-baik raja yang mempunyai sebaik-sebaik tentera..beliau juga bertanggungjawab membuka kota Konstantinopel di Spanyol..siapakah beliau yang dimaksudkan? Hannah telan liur? Mak Aihsoalan sejarah tamadun Islam ke? manalah aku pernah belajar dik oi..dia pandang Uwais yang menyengeh.

Jawablah cepatlama ni..Uwais mengomel. Emm..apa ya? tak ingatlah dik..Hannah terpaksa memberi alasan.Aku tak tahulah! Cikgu jawab boleh? tanya Uwais pada pelajar itu. Boleh cikgu..sesiapapun boleh Senang sangatlah soalan tu..lain kali bagilah yang susah sikitjawapannya Sultan Muhammad Al -Fateh.. Uwais jawab sambil memandang Hannah. Betul..wah..pandailah cikgu.. puji pelajar perempuan itu.Hannah pandang Uwais.Wah!! terrornya suami aku..apsal aku boleh tak tahu jawapan tu? inilah kalau kurang membaca buku ilmiah! Uwais senyum bangga. Ini hadiahnya cikgu..Teddy Bear untuk soalan nombor 13..yang paling besar sekali.. Berikan pada isteri saya.. Nah kak..comelnya teddy bear untuk akak beberapa pelajar lain di Panitia itu tepuk tangan.Hannah ambil juga. Senyumlah sayang..kan abang dah dapatkan teddy bear tu..bisik Uwais.Hannah senyum comel. Hannah dapat teddy bear besar jugak? Batrisya menyapa.Hannah angguk. Sama..Batrisya tayang teddy bear yang diberi Fawaz.Keduanya ketawa. Kita main yang inilah pulak Sya..ajak Fawaz.Dia merenung baldi berisi air sabun yang dicampur nila itu.Menurut keterangan pelajar perempuan itu,baldi itu perlu dicelup untuk mendapatkan nombor soalan. Biar Sya yang celup..Abang Fawaz jawab soalan.. Eh..jangan! kotorlah..biar abang ajalah.. tegah Fawaz. Hannah cuit Uwais. Apa? Tengok? Abang Fawaz siap tak kasi Sya celup air kotor tu..abang? sindir Hannah.Memang tak romantik! Uwais tayang muka selamba.Aku jugaklah yang kena!! yang baik Abang Fawaz ajalah! Soalan nombor 3pendidikan Syariah Islam bangsebutkan syarat sah perkahwinan.. beritahu pelajar itu sebaik saja bola ping pong diberi padanya. Hah??? Fawaz terkejut.Batrisya yang berdiri di sebelahnya menahan tawa.Kebetulan lah pulak!! Boleh ke abang Fawaz? Tanya Hannah.Abang Fawaz dah ambil kursus kahwin belum? Uiksss..sungguh mencabar soalannya..jawablah abang Fawaz! Uwais sengeh.Habislah abang Fawaz..Anak Pak Imam ada kat sini..calon isteri tu! Fawaz pandang Batrisya.Kalau aku tak dapat jawab..mana aku nak letak muka yang handsome ni? syarat sah perkahwinan tu

Suami yang Kubenci 55


by E-man Sufi Syarat sah perkahwinan? Fawaz rasa cuak.Payah juga nak jawab tu.Dia kena huraikan panjang lebar tentang rukun nikah.Dia baru sahaja baca buku tentang munakahat tapi,tidaklah dia ingat kesemua syarat-syarat sah perkahwinan yang ada dibacanya itu. Opss..sorry ya bang..saya tak habis baca soalanberitahu pelajar perempuan di depannya itu. Lah..ini apa baca soalan sekerat aja ni..abang ni dah berdebar tahu takbaca betul-betul la.. Maaf cikgu..saya ulang balik ya? Pelajar itu memohon maaf kepada Uwais.Fawaz makin cuak.Separuh soalan pun dah buat aku berpeluh nak ditambahnya lagi? Sebutkan syarat sah perkahwinan.dalam kurungan..rukun nikah sahaja.. Rukun nikah? tanya Fawaz.Pelajar itu angguk.Serta merta senyumannya terukir.Wahhh!!!! lega.. takdelah kena jawab panjang lebar.Silap-silap tersalah jawab.Malulah aku depan Sya.. Senang aja tu..abang ni tak lama lagi nak naik pelamin Fawaz ketawa sambil mengerling Batrisya. Jawab ajalahkata senang..usik Uwais.Dia tengok Batrisya sudah memerah mukanya.Uikss..malu pulak anak Pak Imam nih! Rukun nikah kan? emm..mesti kena ada pengantin lelaki..kan Uwais? Betul..betul..betul.. jawab Uwais.Hannah senyum saja.Dia juga perasan Batrisya seperti malu malu sahaja. Kalau dah ada pengantin lelaki..mesti ada pengantin perempuan kan? Tepat sekali..kalau takde..nak kahwin dengan siapa? sahut Uwais pula.Dia dan Fawaz senyumsenyum. Pengantin lelaki dah ada..pengantin perempuan pun dah ada..kemudian,mestilah ada walinya yang sah..betul Uwais? Memang betul..tapi wali yang sah la..bukan wali band ya.. Eh..bukanbapak dia..bapak dia..Fawaz mengisyaratkan ibu jarinya ke belakang.Hannah ketawa bila Fawaz buat begitu.Batrisya tak tahu nak buat apa..terpaksalah dia senyum juga menahan rasa malunya itu. Lepas tunak sahkan ikatan tu..mestilah kena ada lafaz ijab dan kabul atau kita panggil akad nikah jawab Fawaz lagi. Aku terima nikahnya Hannah Maryam binti Umar Mukhriz dengan mas kahwinnya 22.50 tunai..contohnya sambung Uwais pula sambil dihulurkan tangannya pada Fawaz.Fawaz menyambutnya.Boleh pulak mereka berdua buat babak pengantin akad nikah! Abang yang tu dah lepaslah..ulang balik buat apa..buat malu ajalah abang ni Hannah mencubit lengan Uwais. Uikss..contohlah.. saja nak Abang Fawaz lagi faham..kan Abang Fawaz? Betul! dan yang terakhir..mestilah ada dua orang saksi yang adilSah? Sah! sah!...Uwais ketawa mengekek. Itulah jawapan abang dik Fawaz pandang pelajar perempuan yang tersenyumsenyum.Beberapa orang kawannya kelihatan sedang ketawa.Lucu barangkali melihat gelagat dia dan Uwais. Memang tepatlah bang!! terbaik. dan hadiahnya..2 ekor teddy bear!! Kenapa dia dapat dua..cikgu dapat satu? Uwais tak puas hati. sebab dapat yang kecil..cikgu dapat yang besar Jangan jeles la brotiga...Fawaz bukan main suka lagi.Diserahkan teddy bear pada Batrisya. 7 lagi kan? dia pandang Batrisya. Iya.. jawab Batrisya lembut. Bagus tak abang jawab tadi? tanya Fawaz. Pandaipandai sangat..puji Batrisya sambil menguntum senyum. Fawaz rasa lega.ada harapan lulus ni! AbangAbang Fawaz dah tiga..kita baru dapat satu..Hannah tayang wajah cemberut. Tapi kita dapat yang besar.. bela Uwais. Diorang pun ada yang besar jugak!

Alahbanyak lagi khemah lain..kita pergi tempat lain pulak ya? Lepas ni kena menang lagi tau! Iya sayang pujuk Uwais.Fawaz dan Batrisya sudah mendahului mereka.Tunggulah sampai Panitia abang nanti.Besar punya hadiah untuk sayang abang!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Uwais mana Hanny? Dia pergi hantar hadiah dengan teddy bear dalam kereta..banyak sangat! Abang Fawaz dah dapat berapa untuk Sya? tanya Hannah.Ketika itu Batrisya sedang berbicara sesuatu dengan seorang guru yang memanggilnya. sembilansatu aja lagi tapi semua Panitia kita dah pergi..Mana ada lagi dah..yang lain semua dah tutup sebab cenderahati dah habis.. Fawaz kelihatan hampa. Siapa cakap dah habis! ada lagilah Uwais muncul di belakang Hannah. Ada lagi ke? rasanya semua khemah kita dah pergi.. Fawaz kerut dahi.Dia dah pergi semua khemah.Dia yakin.. Memanglahtapi ada satu Panitia ni yang hanya buat pameran tertutup..buat dalam bilik khas.. Panitia apa lagi? Muzik dan Pendidikan seni Abang Uwais! Panitia abang kita belum pergi lagi kan? Batrisya bertanya sebaik saja dia menghampiri. Abang ada Panitia jugak ke? Mestilah adacikgu yang abang ganti tu,Ketua Panitia Muziklah sayang Oh..patutlah tahu sangatcepatlah..nak tengok Panitia abang buat permainan apa.. Mana ada permainan Cuma Cuma apa? Ada cabaran sikitAbang Fawaz ada berani? Buat apa? Fawaz tak faham.Kalau susah sangat aku tak nak! Jom masuk tengok ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Dalam bilik yang luas itu kelihatan pelbagai lukisan dipamerkan.Ada ramai juga pelajar dan ibu bapa yang berlegar melihat hasil lukisan pelajar kelab seni lukis yang dipamerkan itu.Uwais membawa mereka ke bilik bersebelahan.Di situ mereka disambut oleh beberapa orang pelajar yang ditugaskan di situ termasuklah Hannah Mastura dan Anis. Selamat datang ke pameran kami Sambut Hannah Mastura. Patutlah Along tak nampak korang berdua.Kat sini rupanya.. Hannah lihat ada pelbagai alat muzik dipamerkan.Termasuklah piano,bass,Hap,drum, violin dan beberapa jenis guitar akustik yang pelbagai warna. Apa permainan kat sini? ingatkan ada karaoke.. Tanya Fawaz. Abang Uwais tak nak buat karaoke sebab dia takut mak tahu tempat ni..habislah!! Anis menjawab dan ketawa mengenangkan maknya yang memang suka berkaraoke itu. Tau takpe..Uwais turut ketawa.Nasib baik mak tak tahu tempat ni.. Habis tu,apa permainan kat sini? boringlah..sampuk Hannah.Batrisya menekan-nekan piano di sisinya.Fawaz mendekati.Membiarkan yang lain terus berbual. Tahu ke main piano? Taklahsaja nak tekan sebab tak pernah tekan benda ni..Batrisya senyum comel.Fawaz turut tersenyum.Alahaikalau macam ni punya parah,mesti kena pinang cepat-cepat! Abang Fawaz! sinilah..panggil Uwais.Fawaz mendekat. Apa? Cabaran Panitia ni mudah ajanyanyi satu lagu menggunakan salah satu daripada alat muzik yang ada nilepas tu,barulah boleh dapat hadiah teddy bear ni dan3 kuntum bunga mawar merah! yang ni..kami sendiri yang beli tau! terang Mastura lagi. Main alat muzik ni? tanya Fawaz. Iyalahtakpe..saya mula dululah..Abang Fawaz fikirlah dulu nak main apa ya? tapi saya

cadangkan abang main guitar ..amacam? Mentanglah kau pandai main..sedaplah kau cakap.. Fawaz cekak pinggang.Uwais angkat kening.Bangga sebab Fawaz takde kelebihan yang dia ada.. Riak!! marah Fawaz.Uwais sempat ketawakannya. Hannah dan Batrisya duduk di kerusi yang disediakan. Lagu ni..khas untuk isteri saya..Hannah Maryam.. ucap Uwais.Beberapa orang pelajar bertepuk tangan. Fewittttt!!!! ada pelajar lelaki yang nakal mengusik. Diamlah! cikgu nak nyanyi ni..kalau korang bising,ganggu feeling cikgu lah.. tegur Uwais. Okey cikgu!! steady jerit seorang pelajar.Kemudian semuanya diam.Hannah yang duduk di sebelah Batrisya senyum pada Uwais yang sempat kenyit mata padanya.Omg!!! dia nak nyanyi lagu untuk aku ? selama ni tak pernah pun dia buat macam niterharu lagi Intro petikan gitar akustik kedengaran.bersama lontaran suara merdu Uwais yang mendendangkan lagu untuk pujaan hatinya. aku tak ingin kau menangis bersedih sudahi air mata darimu.. Uwais merenung Hannah.Mata mereka saling berpandangan..seakan tidak wujud lagi yang lain antara mereka.Hanya ada dia dah pujaan hatinya.. yang aku ingin arti hadir diriku kan menghapus lukamu sayang karna bagiku kau kehormatanku dengarkan, dengarkan aku..

Hannah rasa dadanya sebak.Dia tak peduli lagi kalau ada pelajar yang tengok dia menangis.Oh my!!! kenapalah liriknya sedih sangat.. Seseorang menghulurkan tisu padanya.Dia pandang Batrisya yang tersenyum.Alahaitahu-tahu pulak dia..diambil huluran tisu itu kemudian kembali memandang Uwais yang masih menyanyi untuknya.Fokus!! bukan senang nak tengok sayang aku ni menyanyi depan orang..untuk aku pulak tu! hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu baik-baik sayang ada aku untukmu semua keinginan akan aku lakukan sekuat semampuku, sayang karna bagiku kau kehormatanku dengarkan, dengarkan aku hanya satu pintaku di siang dan malammu baik-baik sayang karna aku untukmu.. kerna aku.untukmu Fewitt!!!!! terbaik cikgu!!! Jeritan itu kedengaran bersama tepukan gemuruh.Uwais meletakkan gitar akustik di tempatnya.Dia mengisyaratkan Mastura membawa teddy bear besar dan 3 kuntum bunga mawar merah padanya.Bila semua barang itu ada ditangannya..dia mendapatkan Hannah. Untuk isteri abang...Abang saaayaaaanngg isteri abang.. Hannah menerima bunga dan teddy bear itu.Dia hanya senyum dan berbisik. Seven kiss untuk abang kat rumah nanti..

Uwais ketawa kecil.Nasib baiklah masa itu Batrisya sudah bangun dan duduk di sebelah Fawaz di bahagian belakang mereka berdua. Abang Fawaz? tanya Mastura. Errabang tak pandai main gitar..tapi..abang nak main piano tu Piano? tanya Uwais.Sedikit terkejut.Uiks..pandai ke? jari nampak keras semacam aja.. Kalau abang nak tahu..dia dari kecil lagi mama dia dah hantar dia ke kelas pianoterror main piano tu..abang? pandai ke..Hannah ketawa bila Uwais mencebir. Iyalahgitar untuk golongan low class macam abang aja kan..Piano tu untuk yang high class macam abang Fawaz tu kan.. Janganlah terasa..saya gurau ajalah..apapun,saya tetap suka bakat abangbisik Hannah.Uwais senyum.Nasib baik pandai pujuk Lagu ni khas untuk seseorang yang sangat bermakna buat saya Alunan piano kedengaran.Suasana yang tadi gamat kembali sepi.Hanya bunyi piano dan suara Abang Fawaz yang menyanyikan sebuah lagu Inggeris. Thats my Abang Fawazbila dah main piano..feeling habis Hannah memandang sekilas Batrisya yang ralik memandang Fawaz.Hmmmcinta sedang berputik ke Dia boleh menyanyi erk? Uwais seperti tak percaya..tapi suara abang Fawaz memang boleh tahan! My morning starts to shine with teardrops in my eyes And here I am alone starting to realize That my days would be brighter, if I could learn to hide The feelings that I have for you keep hurtin me inside Then my day begins with simple thoughts of you Hoping that tomorrow would be me and you Sharing dreams with each other And making them come true Holding one another, saying all I need is you Fawaz memejam mata ketika mengalunkan bait-bait lirik itu tetapi saat dia menyanyikan bahagian chorus.Jemarinya berhenti seketika dan kembali dialunkan sambil membuka mata dan memandang ke arah Batrisyapandangan yang begitu mengharap!

But will you say that you love me And show me that you care Say when I need you, you will always be there But if you go and leave me This I swear is true, my love will always be with you

Batrisya terpaku..kakusayuterharudan segala macam perasaan yang dia rasa.Waktu bagaikan terhenti dan yang dia nampak Cuma Fawaz di situyang mengharapkan sesuatu darinya..Haruskah dia mengatakan ya! ?. Now my nights would end that just one wish that's you To hold me in the dark, help me make it through Cause the pain that's inside me, would simply melt away If I had you here with me and promise me you'll stay

Batrisya rasa nak menangis mendengar lirik itu.Terpaksalah aku tahan juga sebab tisu dah bagi pada Hannah tadi.Bertenangbertenang..student aku ramai kat sini But will you say that you love me And show me that you care Say when I need you, you will always be there But if you go and leave me This I swear is true My love will always My love will always ooh, ooh

Petikan piano semakin perlahan dan akhirnya berhenti. My love will always be.... with you..

Suasana sepi.Mungkin kerana semua orang memang terpaku mendengar lagu itu.Hinggalah Uwais menepuk tangannya. Terbaik Abang Fawaz!!!! Barulah pelajar yang lain turut bertepuk tangan.Fawaz senyum saja dan kemudian berpandangan dengan Batrisya yang membalas senyumannyaseakan senyuman itu jawapan yang masih belum dizahirkan!!

+++++++++++++++++++++

Terima kasih.. ucap Batrisya bila Fawaz sudah memasukkan semua barangannya ke dalam kereta.Rajin betul Fawaz membantunya sekalipun majlis sudah tamat.Sepatutnya Fawaz dah boleh balik. Kasih diterima.. Fawaz senyum saja.Hari itu betul-betul jadi hari senyum untuknya walaupun dia masih berdebardebar menanti keputusan Batrisya.Ramai yang hadir ke karnival sudah pulang.Hanya tinggal para guru dan pelajar yang masih berkemas.Uwais pun sudah dibenarkan balik awal.Hanya dia masih setia di situ hanya untuk satu jawapan! Pasal surat abang tu..Fawaz teragak untuk bertanya. Betul abang nak jadikan saya isteri abang? Batrisya lebih dulu bertanya. Betul Sya.. Yang Abang Fawaz cintakan saya? Demi Allah.. jawab Fawaz tanpa berdalih. Walaupun saya letakkan syarat untuk perkahwinan tu nanti? Syarat apa pun sayang..abang akan tunaikan Janji Fawaz. Tak menyesal ke nanti.. Batrisya minta kepastian lagi. Tak! abang takkan menyesal.. Jawab Fawaz yakin.. Kalau betul Abang Fawaz serius dan tulushantarlah keluarga abang jumpa dengan keluarga sayakeputusan di tangan orang tua saya..kalau mereka setuju..saya sendiri takde halangan..asal abang tahu,cinta saya hanya untuk lelaki yang bergelar suami saya.. jawab Batrisya.

Sya nak abang masuk meminang ke? Batrisya angguk dengan wajah sedikit menunduk.Malu tau OkeySya tunggu..dan doakan yang pinangan abang diterima Fawaz rasa nak menjerit.Batrisya menahan tawa melihat gelagatnya.Tak payah cakap..memang saya dah berdoa pun..

Suami yang Kubenci 56


by E-man Sufi Duduklah dulu Abang Fawaztambah peninglah saya tengok abang tak duduk diam macam tu Uwais menggeleng melihat gelagat Fawaz.Dia bersandar di sofa.Apa kenalah dia hari tu.Sepatutnya dia ikut ahli keluarganya ke rumah Imam Safuan untuk meminang Batrisya.Entah kenapa tiba-tiba kepalanya pening.Terpaksa dia biarkan Hannah saja yang pergi mengikut Tuk ayah,maknya serta kedua ibu bapa Abang Fawaz ke rumah Batrisya.Sudah hampir 3 jam mereka pergi dan masih belum pulang. UwaisAku telefon Hanny ya? tanya apa yang jadi kat sana.. Jangankan Tuk Ayah dah pesan.tak kira macamana pun jangan call..tunggu sampai dia balik! Uwais melarang.Adoilah..apasal pening sangat kepala aku nidah makan ubat pun pening lagi? Cepatlah balik sayangurutkan kepala abang ni.. Kau pening lagi ke? Fawaz mendekati Uwais yang kelihatan lesu sahaja.Kesian pulak dia pada Uwais. Pening..berat semacam aja ni..padahal,saya bukan ada migraine pun.. Kau nak aku picitkan? Takpelah.. Uwais..kau rasa..keluarga Sya terima tak pinangan aku tu nanti? InsyaAllah terimaabang jangan risaulah jawab Uwais sambil memejam mata. Dah lama aku tunggu ni..mula-mula kena tunggu Tuk ayah balik dari Hong Kong..lepas tu kena tunggu Papa aku pulak balik dari UK..dah dua bulan tahu tak? aku risaulahFawaz meluahkan rasa risaunya. Sabaritu saja yang mampu Uwais jawab. Deruan enjin kereta kedengaran di luar rumah. Uwais!!! diorang dah baliklah..beritahu Fawaz.Uwais sekadar angguk.Dia bangun juga dan mengikut Fawaz keluar. Macamana mama? tanya Fawaz tidak sabar.Belum pun Suria dan Halim duduk dia sudah bertanya. Abang Fawaz.. kalau ya pun,biarlah Mak Ngah dengan Pak Ngah duduk dulu.. tegur Hannah.Dia menghampiri Uwais yang kelihatan pucat.Dia sudah mula risau sejak sebelum ke rumah Batrisya lagi. Abang macamana? pening lagi? tanyanya pada Uwais yang diam saja. HmmmUwais angguk.Membiarkan Hannah menyentuh pipi dan dagunya.Nak kata demam tak panas pun. Mak mana?tanya Uwais bila melihat maknya tidak pulang sekali ke rumah Tuk Ayah itu.Padahal maknya datang bersama dia dan Hannah pagi tadi. Mak balik rumah dialah..dia suruh kita tidur sana malam ni..mak pun risau tengok abang tak sihat..tadi dia cakap nak masakkan lauk ikan patin masak tempoyak kegemaran abang.. Jom Hannah bawa abang berehat..abang lapar tak? dah tengah hari nidah makan belum? Tak lapar..nanti makan kat rumah mak ajalah..jawab Uwais lagi.Hannah menarik tangannya dan mereka beredar ke bilik. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Fawaz.duduk dulu perintah Tan Sri Idris yang baru masuk ke dalam rumah.Fawaz yang tadi sibuk bertanya pada orang tuanya tak bertanya lagi. Tengoklah tu bangtak sabar-sabar..Suria menggeleng saja melihat gelagat anak terunanya itu.Dia duduk di sofa diikuti suaminya. Terima ke tak mama? desak Fawaz lagi. Ya Allah budak inicubalah bersabar..biar Tuk ayah yang jelaskan Fawaz terdiam.Tan Sri Idris duduk di sebelahnya. Fawazkau ni,kalau sesuatu..tahunya nak dapat terus..semuanya nak cepat..ini soal kahwin..bukan perkara main-main

Memanglah saya tak main-main tuk.. Kami dah melamar Batrisya tu untuk kau..tapi.dia ada syaratnya.. syarat apa? Batrisya kata..dia hanya akan kahwin dengan kau atas 2 syarat..yang pertama..kau mesti kena pindah balik ke Malaysia sebab dia tak mahu tinggal di Dubaiyang keduakau juga mesti bermastautin di Kuantan ni sebab dia nak tinggal berhampiran dengan mak ayah dia...macamana? kau nak tunaikan janji tu? Alahitu aja? memang saya dah buat keputusan nak balik Malaysia ni terus Tuk Ayah..saya dah bercadang nak jual aja asset saya kat sana Mama dah agaksebab itu kami cakap yang kau dah memang dah setuju dengan semua tu.. sampuk Suria. Jadi macamana? Fawaz makin tak sabar. Tahniahlah anak papa..sekarang kau dah jadi tunang cikgu tu.. Aik? bukan tadi meminang aja ke? Imam Safuan minta ditunangkan terusTuk Ayah kau pun setuju..jadinya, mama dah sarungkan cincin pertunangan ke jari buah hati kau Cikgu Batrisya tucantik budaknyabila tengok tadi,mama pun terus tak sabar nak jadikan menantu..mama setuju ajalah,cincin merisik tu terus jadi cincin tunang Sya tu sekarang tunang sayalah mama ya? Iya..tak payah risau dah..dah takde orang lain boleh kacau.. Mama,papa dengan Tuk Ayah memang bestlah.. Fawaz ketawa girang.Yes!!!! Sya dah jadi tunang aku la Ai..jangan lupa..mak cik Sari kau yang beriya-iya memuji kau depan Imam Safuan tu tausebabkan mereka tu dah berjiran lama..dia terima sebab mak cik Sari kau jamin yang kau ni betul nakkan Batrisya tu..ingat, jaga anak orang tu elok-elok nanti..jadi suami orang nanti..jangan nak buat perangai pulak.. nasihat Suria.Fawaz angguk bersungguh-sungguh. Lagi satu..kami semua dah tetapkan dengan keluarga Batrisya tutarikh nikahnya 6 bulan dari sekarang..abang-abang Batrisya tu tak mahu kamu bertunang lama dengan adiknya tu..jadi,apaapa urusan kau di Dubai tu,mesti kena uruskan cepat.. 6 bulan lagi.kalau macam tusaya kena balik Dubai secepat mungkin..mesti nak uruskan urusan jual beli dan macam-macam lagi.. Papa pun fikir macam tu,hal-hal urusan perkahwinan biar mama kau dan ahli keluarga kita yang uruskan..apapun kau selesaikan urusan kau di sana dulu Halim menepuk-nepuk bahu Fawaz.Dia berlalu untuk mengambil beberapa dari dalam kereta. Hmmmmemm..mama ada ambil gambar Sya masa sarung cincin tadi tak? Ada..mama tahuanak mama mesti nak tengok kan? tapi adik kau yang ambil gambar tutapi Maira dah balik rumah dia sebab anaknya tu tadi meragam..menangis aja kerjanya.. Alah..nanti mama suruh Maira cuci cepat gambar tu tau..nak bawa balik Dubai..kurang-kurang sebulan dua kat sanananti rindulah mama Amboi ..tengok cucu ayah ni..dah pandai rindu-rindu Fawazbila kau balik sini nantikalau nak kerja di syarikat Tuk Ayah pun boleh.. Takpelah tuk..saya dah ada planning dengan Uwais.. Hairancangan apa pulak kau dengan Uwais nak buat? Adalah.nanti Tuk Ayah tahu jugaFawaz senyum.Memang ada sesuatu yang telah dia persetujui dengan Uwais.Hanya dia dan Uwais saja yang tahu.Hannah sendiri pun belum tahu.Perkara itu dibincangkan beberapa hari yang lepas..dia sendiri tak sangka Uwais mempunyai cadangan yang bijak untuk masa depan mereka bersama.. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Bau apa ni mak? tanya Uwais sebaik saja dia masuk ke dapur. Dia baru sahaja sampai dari rumah Tuk Ayah.Pening di kepalanya sudah sedikit berkurangan. Bau apa? tanya Sarimah.Pelik dia tengok Uwais yang beriya tutup hidung. Kuatnya bau tempoyakmak masak apa ni? Uwais menutup hidung.Entah kenapa dia rasa kurang senang dengan bau tempoyak yang

dikeluarkan maknya dari dalam peti ais. Masak gulai tempoyak ikan patin kegemaran kaulah Tapi busuklah mak bau tempoyak ni.. beritahu Uwais.Kuat betul! Abang!! Hannah muncul dan mendapatkan Uwais. Ada apa sayang Abang! mempelam kat depan rumah mak tu berbuah lebatlah abangsaya teringin nak makan..abang boleh tolong jolokkan tak? Ni sejak bila pulak suka nak makan mempelam ni? selama ni tak ada pun nak suruh jolokkandah memang pokok mempelam tu selalu berbuah pun.. Abang niboleh ke tak? Iyalahabang jolokkan petang nanti.. Orang nak sekarang Abang tak berapa sihatlah sayangsuruhlah Anis tolong jolokkan.. Kau ni kenapa Uwais? nak jolokkan buah mempelam rendah macam tu pun susah? besar sangat ke permintaan Hannah tu? marah Sarimah yang sudahpun memadam api dapur. yalahnak pergilah ni..hah,sayang abang nak berapa bakul buah mempelam tu? ke nak satu lori.. dia cuit hidung Hannah. Amboinak perlilah tu..bukan banyak pun..sebiji pun takpe..Cuma nak rasa aja Abang pergi ambil la ni..sayang tunggu sini ajalah..panas kat luar tu..tapi tunggu abang tau,kita makan tengahari sama-sama.. Mak..masak apa ni..sedapnya bau.. Sarimah yang baru mencedok gulai tempoyak itu mengerut dahi.Pelik sungguh akusorang yang suka sangat makan gulai ikan patin ni cakap bau tempoyaknya kuatlah..busuklahni sekarang,yang tak suka makan pulak cakap baunya sedap? Sarimah letak mangkuk berisi gulai ikan patin di atas meja makan.Hannah sudah mendekatinya. Sedapnya bautiba-tiba rasa laparlah mak..saya makan dulu takpe ke mak? Mak tak gorEng ikan lagilah Hannahada sayur aja hah..takkanlah kau nak makan gulai ikan patin ni pulak..kan kau tak suka.. Takpelah mak.. Hannah memang nak makan ikan patin yang mak masak ni punHannah sudah mengambil pinggan. Tak nak tunggu Uwais dulu ke? Laparlah mak..rengek Hannah.Sebenarnya dia rasa tak sabar nak makan gulai tempoyak ikan patin itu. Iyalah..makan dululah nak oi..kesian pulak mak tengok kau ni..macam-macam naknya..Sarimah membiarkan Hannah meneruskan niatnya.Dia berfikir seketika.Tadi Hannah beriya nak makan buah mempelam.Jangan-janganmenantu aku ni mengandung tak? tapi..takde pulak tandatandanya..nak kata dia mual..aku tengok elok aja..takde pulak dia cakap ada benda yang tak kena.. Mak tak nak makan sekali? Makanlah dulu sayang oimak nak goreng ikan kejap.. Sarimah tersenyum melihat gelagat Hannah.Lapar sangat agaknya.Biasa tu dia selagi takde Uwais selagi tu tak nak makan! Sayang.banyak ni cukup tak? Uwais kembali dengan dua tangkai buah mempelam yang masih muda.Dia lihat Hannah sedang makan nasi. Sayang? kan abang suruh tunggu abang..Uwais mendekat.Mempelam diletakkan di atas meja. Sorrylaparlah..abang nak? saya suapkan ya? Hannah menarik kerusi.Uwais duduk di sebelahnya. Sayang makan gulai tempoyak? kata tak suka.. Sedaplah bang..luar biasa pulak rasanya..baunya pun..sampai saya rasa tak sabar nak makan Pulak? Uwais kerut dahi.Tapi kenapa aku pulak yang rasa bau tempoyak ni menusuk hidung? Tak percaya? cuba abang rasaHannah menyuakan sesuap nasi.Uwais membuka mulut.Disuapkan Hannah nasi itu ke mulutnya.Uwais mengunyah perlahan dan tiba-tiba dia bangun dari kerusi dan berlalu ke sinki. Kenapa ni bang? Hannah hairan.Sarimah yang sedang menggoreng ikan turut terkejut.Uwais tiba-tiba muntah di sinki. Kenapa ni Uwais? Ya Allah..budak iniSarimah mendekat.Digosokkan belakang Uwais yang

beriya sangat muntah. Makrasa ikan ni hanyirlah mak..loya tekak saya.. Hanyir apa pulak? biasa tu kau makan..takde pun kau cakap macam ni..mak ni bukan pertama kali tau buat masakan nikau jangan nak mengada-ngada Betul mak! Uwais membuka paip dan membersihkan sinki.Dia kemudian mengelap tangannya dengan kain. Abang ni peliklahselama dia yang suka sangat makan gulai tempoyak..sian mak, dah susahsusah buatkan abang cakap macam tu Maaflah mak..agaknya sebab saya tak berapa sihat kut..Uwais memohon maaf. Mak..ada kicap tak? tanya Hannah.Dia sudah selesai makan dan mencuci pinggan. Ada.. Sarimah mengambil botol kicap dan diberikan pada Hannah. Abang..panggilnya. Nak apa lagi..tanya Uwais.Dia faham sangat.Kalau panggilnya manja semacam aja..adalah yang dia nak tu. Tolong kupaskan buah mempelam boleh? pinta Hannah.Uwais angguk dan mencapai pisau pemotong.Dia duduk semula di meja makan.Namun begitu,dia masih tak selesa dengan bau gulai tempoyak yang masih berada di atas meja.Dikupaskan kulit mempelam untuk isterinya itu.Dia lihat bersungguh-sungguh saja muka Hannah menanti. Masamnya beritahu Hannah bila potongan mempelam diambil dan digigit.Mengecil matanya menahan rasa masam.Memang teringin nak makan tapi masamnya buah ni.. Masam ke? meh abang rasaUwais pula mengambil dan menggigit isi mempelam itu. Tak pun..okey aja..hmmmmsedaplah pulak! Sudahnya Uwais pula yang beriya makan buah mempelam itu.Hannah memerhatikan saja.Aku ke dia yang nak makan sangat ni? Sarimah memerhatikan gelagat kedua anak menantunya itu.Aku rasa macam ada yang tak kena niaku agak ni..hati aku ni rasa macam Hannah ni dah berisi..aku kena suruh Usu Jarah datang rumah ni..periksa Hannah ni iya ke tidak dah mengandung..kalau betul..dapat cuculah aku nampak gayanya!

Suami yang Kubenci 57


by E-man Sufi Pagi itu penyakit Uwais makin teruk sampaikan Hannah terpaksa mengambil cuti.Sebaik sahaja bangun Uwais dah muntah-muntah dalam bilik air.Hannah rasa tak sedap hati pula.Apa dah jadi dengan Uwais? dia bimbang kalau-kalau Uwais keracunan makanan.Lepas solat Subuh pun Uwais masih juga berulang alik ke bilik air. Abangkita pergi klinik ya? Hannah menggosok belakang Uwais. Tak payahlahbukan abang sakit pun,Cuma rasa nak muntah aja..Uwais membasuh mukanya. Abang pening lagi ke? tanya Hannah. Hmm..peninglah jugak.Eh, sayang tak payahlah ambil cuti..pergilah kerja..abang bukan apa-apa pun..masuk angin aja ni..malam tadi kan abang tak makan.. Itulahorang suruh makan tak nak makan.. Dah takde selera nak buat macamana.. Abang cepatlah mandi..lepas tu boleh sarapan..Saya ke dapur,tolong mak ya? Hannah mengusap pipi Uwais yang kelihatan tak bermaya.Uwais angguk saja. muntah lagi Uwais tu Hannah? tanya Sarimah sebaik sahaja dia nampak Hannah keluar dari bilik air. Macam semalam jugak mak.. Hannah kelihatan risau.Dia menghampiri mak mertuanya yang sedang menggoreng jemput-jemput. Saya risaulah maksebelum ni tak pernah pun abang macam tu.. Tak payah risaubukannya penyakit kronik pun..itu penyakit buatan dia sendiri jawab Sarimah bersahaja.Hannah kerut dahi.Penyakit buatan sendiri? tak fahamlah! Sebelum ni abang dah memang ada penyakit macam tu ke mak? tanya Hannah.Manalah tahu,selama ni dia yang tak perasan dan Uwais pun tak nak beritahu. Mak nak tanya Hannah ni bulan ni, ada lewat datang ke? Lewat datang? maksaya ni jarang datang lewat ke pejabat mak..seingat saya,bulan ni tak pernah lagi lewat..hari ni pun saya cuti sebab abang tak sihat.. Sarimah menggeleng.Luruslah pulak jawapannya.Menantu aku ni tak reti kias berkias gamaknya.Maklumlah orang belajar sampai ke luar negara! Tapi mak..apa pulak kena-mengena saya datang lambat ke tidak dengan sakit abang tu mak? Hannah pandang wajah mertuanya yang seperti ingin ketawa. Kau ni Hannahsusah betul nak faham.Maksud makbukan datang ke pejabat kau tumaksud makdatang bulan! orang putih kata apa tu? period? hah.. La..mak nak tanya tu ke? Hannah ketawa.Dia berfikir seketika.Memang dah sebulan dia lewat datang period..tapi dia agak mungkin disebabkan perubahan kitaran.Jadi dia taklah ambil peduli sangat..tapi,bulan ni masih belum ada tanda-tanda yang dia akan period.. Bulan lepas tak period mak..bulan ni pun belum lagi..kenapa mak? Hah!! mak dah agak dah Agak apa mak? Mak rasa..yang kau ni..dah berisi.. Hah?? errmak nampak saya ni dah makin gemuk ke? Hannah tayang muka terkejut.Alamak!! aku tak perasanlah pulak badan aku dah naik..tapi aku rasa macam biasa aja? Ishkalau ikutkan sejak dua menjak..memang selera makan bertambah! Bukan itulah.kau ni payah betul la nak faham..maksud mak..kau ni dah mengandung!! beritahu Sarimah.Suaranya agak kuat hingga Uwais yang baru keluar dari bilik air mendengarnya. Hah?? Hannah kaget.Siapa? aku mengandung? dia seperti tak percaya tapi..ada logiknya juga! Siapa mengandung mak? tanya Uwais.Dia menggosok rambutnya yang basah dengan tuala. Mak Cuma rasakalau betul nak tahu kesahihannya,elok kau bawa Hannah ni pergi klinik..tak pun,mak boleh panggilkan Usu Jarah..bidan kampung ni.. Maksud mak..Hannah mengandung? Uwais kelihatan teruja. Iyalahdah kau tu muntah-muntah aja kerjanya.. Eh,kalau Hannah yang mengandung kenapa pulak saya yang muntah-muntah mak..sepatutnya

dialah.. Uwais garu kepala.Pelik! Apa nak hairan,bukan perkara luar biasa pun..masa mak dulu,arwah ayah kau tu macam ni la alahannya.. Errrmacam tu pun boleh ke? kalau betul Hannah ni mengandungkan anak saya mak..alahan teruk macamana pun saya sanggup mak.. Uwais senyum.Dia menarik tangan Hannah. Nak ke mana pulak tu? tanya Sarimah. Nak bawa isteri saya pergi kliniklah mak..tak sabar dah ni! Kut ya pun..sarapanlah dulu..pagi lagi ni..tak larilah klinik tu.. Sarapan ajalah kat mana-mana nanti.. Uwais dengan selamba mencempung tubuh Hannah. Abang!! apa ni.. Abang risaulah..rumah mak ni tinggi..ada banyak tangga..manalah tahu kalau-kalau sayang tersalah langkah..terjatuh pulak nanti.. Uwais mendukung tubuh Hannah dengan aturan langkah berhati-hati sampai ke bilik dan diletakkan Hannah di atas katil. Abang.belum ada apa-apa pengesahan lagilahmak Cuma agak aja..kalau tak macamana? saya tak naklah abang berharap sangat Takpelahkita pergi klinik ya? mata Uwais seakan bersinar.Hannah angguk dan mencuit hidung Uwais. Abang dah tak sabar nak jadi ayah ya? Mestilah. Uwais ketawa.Wajahnya kelihatan ceria.Hannah gusar juga,kalau semuanya hanya harapan sahaja.Dia tak mahu Uwais kecewa nanti..Ya Allah! jadikanlah harapan suamiku ni sebagai kenyataan..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Dah siap ke? Hannah sekadar memerhatikan Uwais yang sedang menulis sesuatu pada kertas. Belumsikit lagi.. Uwais pandang Hannah yang sudah tersandar di sofa.Sebaik saja balik dari klinik dan mendapat pengesahan doktor yang dia hamil,terus saja Uwais bawa dia balik ke Bukit Istana.Lepas tu disuruhnya pula Abang Din menghantar mak mertuanya ke rumah mereka. Banyaknya abang tulis..sampai tiga helai tu Hannah menggeleng.Apalah agaknya larangan yang perlu dia ikut sampai banyak tu. Layan ajalah Hannah oiorang tengah gembira sangat katakan Sarimah bersuara ketika dia melewati ruang tamu untuk ke dapur.UwaisUwaissuka sangatlah nak jadi ayah..aku pun suka! tak lama lagi dapatlah aku timang cucu. Okeydah!! Uwais pegang kertas di tangannya. Sayang dengar nibukan dengar aja,kena ikut tau! jangan pandai-pandai nak melanggar arahan abang.. Iya sayangsejak balik tadi..abang tak berhenti cakap benda yang sama..cakaplah! apa dia undang-undang baru yang saya kena ikut tu? Banyak ni..eemmm..yang pertama! tak dibenarkan turun naik tangga.. Kalau lif kat pejabat rosak macamana? Tak payah kerja!..hah,mulai hari esok..abang yang akan hantar dan temankan sayang ke pejabat..lagipun,sekarang ni abang memang tak kerja waktu siang kan.. Haidah nak jadi PA pulak ke? Hannah cubit pipi Uwais. Tak kisahlah nak jadi apapun..yang penting,anak dan isteri abang ni sihat sejahtera..Uwais ketawa.Dia tengok balik kertas di tangan. Lagisayang dah tak payah memasak atau buat sebarang kerja rumah..semua tu,biar abang yang buat! sayang Cuma rehat aja..kerja di pejabat tu pun abang nak dikurangkan terutama yang melibatkan kerja luar..sebarang tekanan kerja tak dibenarkan Amboidah macam dia pulak CEO.. Hannah bersandar di bahu Uwais.Dipaut lengan Uwais seeratnya.Allah saja yang tahu betapa dia gembira kerana dia bakal melahirkan anak untuk lelaki yang paling disayanginya itu.Buat ajalah apa-apa larangan sekalipun sayangdengan rela hati isteri abang ni akan ikut. okeyseterusnyamesti makan makanan yang berkhasiat..ikut jadual pemakanan yang betul tau! lagipun,sayang bukan kena alahan apa-apapun kan..semua abang yang

tanggung..kan..kan.. Kalau saya mengidam macamana? abang sanggup carikan? Sanggup sayang..nak makan apapun boleh asalkan halal..maklumlah,abang tak naklah anak abang makan benda yang bukan-bukan.. Okeylagi apa sayangHmmmaku tengok panjang lagi senarai tu..dia sendiri pun tak boleh ingat aku rasa. Mesti selalu baca Quran..terutama sekali surah Luqman..sebab abang nak anak abang jadi anak yang taat dan pandai..Surah Yusuf supaya anak kita rupanya sempurna dan cukup sifatnya ..lagi surah Muhammad..insyaAllah..anak kita mudah dibentuk akhlaknya nanti ,taklah nakal macam ayah dia ni kanabang dah senaraikan surah-surah yang perlu kita bacakan untuk anak kita dengar.. Uwais senyum.Aku nakal ke? dengan mamanya aja..heheh. Err..tapi abang..saya tak berapa pandai mengajilahHannah tayang muka kecewa.Itulah! dulu malas mengaji kan? sekarang siapa yang susah? Abang tahujangan risau,nanti kita baca sama-sama..lagipun,setiap kali sayang nak tidur..abang akan bacakan kat telinga sayang ya? Alahai..sweetnya suami Hannah Maryam ni..semua benda dia dah fikirkan untuk anak dia ni..Hannah cium pipi Uwais. Mestilahsebab abang sayang isteri abang dan anak abang dalam ni..Uwais sentuh perut Hannah. Nama untuk anak kita macamana? Alah..yang tu belum tersenarailah..takpe..banyak masa lagi nak cari..Uwais ketawa lagi.Hannah seronok melihat gelagat Uwais itu.Dia harap kalau anak lelaki,tentulah mempunyai senyuman memikat seperti ayahnya! Lagiapa lagi yang abang tulis? Emm..kejap..Uwais rasa tekaknya meloya seperti pagi tadi. Kenapa? Hannah kerut dahi. Abang rasa.nak muntah!! Uwais segera bangun dan berlari ke dapur.Hannah hanya mampu memerhati.Alahai..kesian pujaan hati aku ninasib baik juga kan? kalau tak..akulah yang terpaksa berlari macam tu!! Sian papa kan sayang? Hannah mengusap perutnya dan tersenyum.

Suami yang Kubenci 58


by E-man Sufi Kenapa tak tidur lagi ni? tanya Uwais sebaik sahaja dia masuk ke bilik.Dia mendekati Hannah yang sedang berbaring sambil membelek sebuah album di tangannya. Tunggu abanglah Kan abang dah cakap, sayang mesti kena tidur awalAbang kan selalu balik lewat malam.. Uwais duduk di sisi Hannah.Dia melihat album gambar yang tadinya ralik direnung isterinya. Baru pukul 11 malam..awal pulak abang balik? Balik sebab tak tahan duduk kat gerai tu.. Kenapa? ramai sangat pelanggan ke? Ramai tu biasalahtapiUwais berhenti seketika.Dia bersandar di kepala katil.Dipaut tubuh Hannah supaya bersandar di dadanya. Tapi apa.. Hannah cuit dagu Uwais. Entahlah, abang dah tak boleh nak bau burgerlah sayangtadi abang cuba nak buat burger tapi tiba-tiba abang rasa tak tahan dengan bau cheese tu..nasib baik tak termuntah kat situ..abang pun balik ajalah.. Pulakhmmm..pelik juga ya..siannya suami saya ni..Hannah ketawa.Uwais menarik hidungnya. Sayang tengok apa tadi? Uwais mengambil album di tepi bantal. Saja tengok gambar kahwin kita..tak sangka pulak abang ada simpan gambar-gambar ni..saya jumpa dalam laci almari pakaian kita masa nak kemaskan baju abang tadi beritahu Hannah.Uwais sudah membuka album gambar itu. Memang abang simpanseminggu lepas kita kahwin,jurugambar yang Tuk Ayah minta ambilkan gambar masa hari kita kahwin tu datang jumpa abangdia berikan gambar-gambar ni..dia cakap,pengantin perempuan busy tak boleh nak berurusan pasal gambar ni.. cerita Uwais.Hannah terdiam. Memang seminggu selepas kahwin,dia ada dihubungi jurugambar itu tapi dia buat tak peduli.Kalau dah kahwin pun sebab terpaksa,untuk apa dia ambil kisah pasal gambar-gambar tu.. Saya minta maaf Hannah bersuara perlahan.Dia turut melihat gambar-gambar didalam album itu.Uwais mengeluarkan salah satu daripada gambar-gambar yang ada. Tengok nigambar ni cantik..tapi senyum sayang nisenyum paksa kan? Uwais tunjuk gambar ketika dia dan Hannah selepas majlis akad nikah.Hannah berdiri rapat dengannya dalam pakaian serba putih.Dia ingat lagi,masa tu Maira yang beriya suruh dia dan Hannah mengambil gambar bersama. Alah abang niyang sudah tu sudahlahnak ingat lagi buat apa.Tak suka tauHannah pukul dada Uwais.Dia mengerling Uwais yang ketawa. Bila fikirkan balikmacam tak percaya pulak..cucu Tan Sri Idris yang sombong tu dah banyak berubahlah.abang nak tanya satu soalan boleh? Apa? Hannah tayang muka cemberut.Uwais sengeh. Sayang bencikan abang lagi tak? Mestilah tak..Hannah cium pipi Uwais. Sayang abang tak? Saaayaaanngg sangatkan baby? kita sayang papa kan? Hannah memegang perutnya.Dia ketawa bila Uwais mengerut dahi dengan gelagatnya. Sukanya dia Mestilahtak lama lagi kita akan ada baby..masa tu,abang jangan nak buat perangai budakbudak lagi tausaya tak laratlah nak layan baby kecil dengan baby besar ni..Kali ini dia menarik pipi Uwais pula. Ya Allahtangan ni duduk diam boleh tak..Uwais senyum saja. Tak nak!!! Hannah capai teddy bear gergasi dan dipeluknya.Tidak ada tanda-tanda yang Hannah mahu tidur bila dicapai pula PDA di atas meja tepi.Uwais perhatikan saja gelagat Hannah.Tak boleh jadi nidia kalau dah dapat benda tu,aku pun dia lupa.. Mari sini..abang nak tidurkan baby dengan mama dia yang nakal niUwais menepuk bantal.Dia mengisyaratkan Hannah berbaring.

Tak mengantuk lagilah.. Hannah geleng.Uwais tahu Hannah memang sengaja nak bermanja.Hannah cuba untuk melihat PDA tapi Uwais sudah pun menarik tubuhnya dan dia dibaringkan. Tak nak tidur lagi.Hannah ketawa kecil. Syyhhhhtidurlah..pejam mata tu..tak reti penat ke? pregnant dengan tak pregnant sama aja aktifnya..tahulah takde alahan.. Uwais memeluk pinggang Hannah.Diusap lembut kepala Hannah. Hannah pejam mata.Dia dapat rasakan ciuman Uwais di pipinya.Pelukan Uwais begitu kemas.Dia dapat dengar Uwais membisikkan doa tidur dan beberapa surah pilihan di telinganya hinggalah dia terlena.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Tolong jaga dia. Mata Fawaz terarah pada Batrisya yang sedang berbual dengan Hannah.Hari itu Uwais dan Hannah datang ke rumah Tuk Ayah untuk mengucapkan selamat jalan padanya.Dan yang paling dia terharu.Batrisya awal pagi lagi sudah datang membantu dia mengemas pakaian.Bahkan dia berasa lapang kerana kedua ibubapanya juga sangat sayangkan Batrisya.Terutama mama..bukan main suka lagi Batrisya datang..macam dah betul-betul jadi menantu.. tahulahsekarang ni kerja saya dah lagi turun tarafdah jadi jaga pulak nak kena jaga Hannah dengan baby..sekarang nak kena jagakan buah hati abang Fawaziyalah,takut ada orang lain kebas pulak kan kata-kata Uwais itu buat Fawaz ketawa. Mestilahaku dekat sana lebih kurang dua bulan..jauh tu,manalah tahu kalau ada lelaki lain yang nak mengurat dia..kau ajalah harapan aku.. Jangan bimbanglahInsyaAllah,6 bulan akan datang..Sya tu sah jadi isteri abang.. Terima Kasih. walaupun kau ni kadang-kadang menyakitkan hati aku..tapi sungguh aku cakap ni..kau lelaki paling baik yang pernah aku jumpa..sekarang ni,aku dah tak risau lagi tentang masa depan Hanny..lagipun,bila aku balik nantiprojek akuakultur yang kita bincangkan tu,aku yakin kau boleh buat..Fawaz menepuk bahu Uwais. Saya pun nak ucap terima kasih sebab abang Fawaz setuju nak jadi pelabur projek tu Small matter la..aku ada duit tapi kau ada ideaapa salahnya kalau kita bekerjasama..sekarang kita bukan orang lainkeluarga kau keluarga aku juga..dan kita satu keluarga..ingat,itu pesan Tuk Ayah walau siapapun kita..keluarga perlu diutamakan Kalau tengok pada rupa abang Fawaz kan..memang tak sangka boleh cakap macam tuUwais ketawa.Fawaz tumbuk bahu Uwais.Dia senyum saja.Ingat aku apa? poyo sangat ke? Dah lewat ni abang Fawaz..nak bertolak ke KLIA dah 4 jam.. Aku nak masuk dalam sekejap.. Fawaz mengatur langkah.Dia mahu berjumpa dengan ahli keluarga yang lain sebelum bertolak ke KLIA..hari itu juga dia akan pulang ke Dubai untuk menyelesaikan semua urusan perniagaannya. Sayang..abang masuk sekejap,sayang tunggu ya? sempat dia berpesan pada Batrisya. OMG!! Sayang? Hannah angkat kening pada Batrisya.Gadis itu senyum dengan wajahnya yang memerah.Memang semenjak mereka sudah bertunang Fawaz sudah membiasakan diri memanggilnya begitu. Cik Abang dah nak balik Dubaitinggallah Cik Adik kat Malaysia ni sorang-sorang..Uwais mengusik sebaik saja dia menghampiri kedua wanita itu. Abang Uwais nisaja tau,kalau tak usik saya tak boleh ke? marah Batrisya. Amboisejak bertunang dengan Abang Fawaz ni,dah pandai marah-marah laSya, jangan garang macam orang tu tau..nanti abang Fawaz lari.. Ieeeenak cakap sayalah tu kan? Mana ada..abang tak sebut nama pun.. Uwais buat muka tak bersalah. Menyampah!! Hannah tolak Uwais kerana geram.Dia terus masuk ke dalam rumah. Satu lagi kan Sya..tolonglah jangan ada perangai kuat merajuk macam tu..penat tahu tak nak pujuk.. Uwais segera mendapatkan Hannah.Batrisya ketawa kecil melihat Uwais yang berusaha memujuk Hannah.Dari jauh dia lihat Hannah sedang mencubit Uwais,tak cukup dengan itu

dipukul lengan lelaki itu beberapa kali.Errkk!! memang garang pun..tak pun,pembawakan budak agaknya Ni kenapa senyum sorang-sorang? entah bila Fawaz sudah berada di belakangnya,dia sendiri tak perasan. Takde apalah..emm..Abang dah nak pergi ke? tanya Batrisya.Fawaz angguk. Jaga diri baik-baik.. Hmmm..Fawaz pandang Batrisya lama. Saya ada sesuatu untuk abang.. Apa dia? Fawaz teruja.Batrisya memberi isyarat tunggu.Tunangannya itu pergi mengambil sesuatu dari dalam keretanya. Ini untuk abang.Batrisya menunjukkan sehelai sapu tangan berwarna putih dan berbunga mawar merah.Pada permukaan putih itu terdapat sulaman tangan gabungan singkatan nama antara dia dan Batrisya. Kenapa tak tulis Fawaz dan Batrisya? Fawaz senyum ketika merenung gabungan nama itu. Saja..untuk kita berduabiar kita aja yang tahu..Batrisya membalas senyuman Fawaz.Biar kita saja yang tahuhmmmmFawaz angguk.Rasa hati antara dia dan Batrisya..biar mereka berdua dan Allah saja yang tahudan dua gabungan nama itu adalah simboliknya. Abang sukacantik..terima kasih sayang.. Kasih diterimajawab Batrisya.Fawaz ketawa mendengar jawapan itu. Salam dengan abangdah nak pergi ni..Fawaz mengalas tangan kanannya dengan sapu tangan yang dihadiahkan Batrisya.Dihulurkan tangan yang sudah beralas itu lalu disambut Batrisya.Diletakkan tangannya itu di dahi Batrisya seketika.Seandainya Batrisya sudah sah buatnya.Sudah tentu dahi itu dikucupnya..Sabarlah wahai hati..6 bulan saja lagi!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Abang suruh abang Wahab aja hantarkan ya? Uwais bangun dari sofa.Dia mahu membuat panggilan ke talian Abang Wahab.Baru sahaja balik dari rumah Tuk ayah,Hannah dah buat hal lagi.Kali ni nak makan Cheese Burger yang dia buatkan.Bukan abang tak nak sayangtapi dah tak larat nak muntah! Tak nak!!! nak yang abang buat jugak Hannah menarik tangan Uwais.Bukan main beriya-iya tangannya itu ditarik. Macamana nak buatkan..abang tak boleh baulah sayangtak tahan baunya.. tegas Uwais. Nak cheese burger yang abang buat!!!! Hannah sudah memaut pinggang Uwais.Dia menyandarkan mukanya di dada suaminya itu. Bukan abang tak nak buatabang tak tahan nak bau cheese tu sayangcubalah faham..sayang kan tadi dah makan banyak kat rumah tuk ayah? lapar lagi ke? Uwais mengusap rambut Hannah. Abang sayang saya tak ni? Hannah tarik-tarik bajunya.Banyak pulak soalnya abang ni...Lapar tahu tak! Sayang jawab Uwais lembut.Dia nampak maknya yang sedang menonton TV buat tak tahu saja.Kalau pasal menantu dia..semuanya boleh! bukannya nak tolong pujuk Hannah supaya beralah.Apa beza burger yang dia buat dengan burger yang abang Wahab buatkan? sama ajaCheese Burger jugak! Pleaseplease..pleasenak cheese burger..abang tak kasihan kat baby kita ni? baby nak makan cheese burger Oklah..abang suruhlah abang Wahab bawakan dari gerai.. Tak nak yang abang Wahab buat! orang nak yang abang buatkan Hannah sudah mula menangis.Uwais cuak.Nak makan burger pun sampai menangis? tak faham betul aku orang mengidam ni.. nak cheese burger..rengek Hannah.T-shirt Uwais sudahpun basah dengan airmata Hannah.Jangan nangis boleh tak? mulalah aku rasa jantung aku nak luruh ni..tau aja dia yang aku tak boleh tengok dia nangis! Buatkanlah Uwaismak ni, kalau Hannah nak mak yang buatkan..dah lama mak buatkantapi

dia nak kau jugak yang buatkan burger tu..ikutkan ajalah..kau nak ke anak kau besok,air liur meleleh tepi mulut? Uwais geleng.Wajah maknya yang sudah mula nampak tanda-tanda nak marah itu dipandangnya.Mak pun satu halmanjakan sangatlah menantu dia nitapi betul jugak..kang tak pasal-pasal kempunan sayang aku ni.. Kesian menantu mak tu semalam dia nak sambal petai udang mak dah buatkan..hari ni dia nak burger aja Uwais..apalah susah sangatkau pergi buat sekarang!! macamlah tak boleh kau tutup hidung kau tu dengan kain.. Sarimah sudah mula melenting.Untuk menantu dan cucu aku..jangan nak pandai-pandai kata tak boleh. Dengar tu..mak lagi sayang sayaAbang ni,cakap aja sayangHannah memukul dadanya. Sakitlah sayangabang pun dah macam orang mengandung jugakmuntah aja kerjanya..pening lagi..sayang tu Cuma tahu makan aja,nak itu nak inipulak tu aktif bukan main..asyik nak belasah abang aja.. bebel Uwais.Sekali lagi Hannah memukul dadanya. Mak tengoklah nijangan esok anak saya suka belasah orang sudahlah.. Kau tu pun satu hal..kau kira kau punya alahan aja..itu baru sikit dugaan perempuan mengandung yang kau dapat..Hannah ni nanti,nak kena bawa perut,nak kena tanggung sakit bersalin lagikau tak kasihan ke kat dia? Sarimah bangun .Dia mahu pergi menjenguk Anis di bilik.Sibuk pasal Uwais dan Hannah hampir lupa pulak anak daranya yang sorang itu. Jangan cakap macam tu maktakkanlah saya tak kasihanUwais ketap bibir.Dia rasa bimbang pula bila membayangkan kesakitan yang akan Hannah hadapi nanti.Sarimah buat tak peduli aja.Wah!! mak memang pilih kasih Takpelahabang buatkan ya sayang? Betul? Hannah senyum.Sebenarnya dia saja nak menduga.Bukan main susah dia nak berpurapura menangis.Sayang abang juta-juta! Betulnak buat macamana..sayang dah mengidam sangat kan..itulah,dulu bukan main berlagak..tak nak makan burger abang..sekarang sampai menangis nak makan..Usik Uwais. Ieeeesaja tau nak malukan orang..Hannah cuba memukul dadanya tapi Uwais lebih dulu menahan. Tangan ni..suka sangat pukul abang ni kenapaboleh tak kalau nak marah tu,cium abang ke..bestlah jugak.. Abangcepatlah!! nak burger.. Iyahiiiikuat betul makanlah,muka sayang pun dah makin tembam lah.. Macamana tak tembamanak abang ni,suka sangat makan.. Ellehdia yang nak makan sebenarnya..tapi kan,makin comel pulak sayang abang ni Comel? ini baru nak masuk 3 bulan tau..akan datang lagi luar biasa comelnyaHannah ketawa.Dia tahu berat badannya sudah semakin bertambah tapi dia tak kisah.Selepas bersalin nanti dia sudahpun meminta Aisya menyusun jadual hariannya bersama kosultan perunding imejnya.Penting tau..kalau tak nanti,tak pasal-pasal ada dua,tiga dan empat di belakangUwais aku ni boleh tahan juga gatalnya!

Suami yang Kubenci 59


by E-man Sufi MENJELANG MAJLIS PERNIKAHAN FAWAZ AIMAN DAN BATRISYA SUFFIYAH

Elok-elok Anisjangan sampai comot letak inai tu.. Iyalah kak Sya sayang. Anis senyum.Jarinya berhati-hati meletakkan inai pada jemari Batrisya. merah ke inai ni? tanya Hannah yang duduk di atas katil yang sudahpun dihiasi dengan cadar satin bewarna emas. Merahlah agaknyaHannah tak nak pakai ke? Tak nak lah leceh! AlahAlong tu masa nak nikah dengan abang Uwais dulu,jenuh nak pujuk pakai inaipunyalah tak nak sampai kena paksa dengan Mak Ngah Suria.. Mastura membuka cerita sambil meletakkan inai pada jarinya sendiri. Mana ada. naf Hannah.Sebenarnya perkara itu terjadi bukan kerana dia tidak mahu.Dia sendiri teruja kerana majlis perkahwinan diatur antara dia dan Tengku Muiz.Namun begitu,siapa sangka pengantin lelakinya telah bertukar seminggu sebelum majlis.Dan kerana lelaki itu adalah Uwais Ukasyah,mood nak jadi pengantin bertukar seratus peratus..so,itu yang beriya-iya tak nak berinai sangat! tapi kalau aku tahu betapa berkualitinya sayang aku tu..aku sendiri yang akan pakai inai di jari sendiri..itulah hakikatnya manusia ..memang tak tahu apa-apa melebihi apa yang Allah dah aturkan.. Kandungan Hannah sekarang dah berapa bulan ya? tanya Batrisya.Perbualan mereka tergendala bila pintu bilik diketuk.Sebaik saja pintu dikuak,Putera terjengul di muka pintu. Alongabang Long tanya,Along tak nak balik rumah lagi ke? Kejap lagilahAbang Long mana? dia dah balik dari rumah Tuk Ayah ke? tanya Hannah pula.Setahunya selepas menghantar dia ke rumah Batrisya tadi,Uwais ke rumah Tuk Ayah..katanya nak jumpa abang Fawaz. Abang Long dah balik..dia pergi belakang rumah,tengok orang sembelih kerbau..Abang Long pesan,kalau nak balik rumah beritahu diadia tak nak Along balik sorang Cakap dengan diakalau nak balik nanti,Along call dia..tak payahlah nak hantar posmen.. OkeyPutera terus menghilang. Abang Long tu,risau betul dengan Along kan? iyalahtinggal berapa bulan aja lagi nak jadi ayah..anak lelaki pulak tu Mastura senyum pada Hannah.Dia sendiri teruja nak dapat anak saudara yang pertama dalam keluarganya. Dah berapa bulan ya? tanya Batrisya lagi.Soalan yang tadinya ditanya masih belum dijawab. 7 bulan ..dah nak masuk lapanlah.. jawab Hannah.Dia mengusap perutnya yang sudah semakin sarat.Beberapa bulan yang lepas dia sudah menjalani pemeriksaan imbasan bayi dalam kandungannya.Gembira bukan kepalang Uwais bila dapat tahu bayi yang bakal dilahirkannya itu lelaki.Hari itu juga mereka pergi membeli belah barangan untuk bayi mereka itu.Pertama kali dia lihat Uwais luar biasa gembiranya.Daripada pakaian,keperluan pemakanan,alat mainan dan mandian..semua Uwais yang pilihkan,dia hanya angguk dan geleng saja.Betapa besar hatinya untuk melahirkan zuriat yang pertama itu.Walaupun adakalanya dia rasa gementar untuk menghadapi saat sukarnya melahirkan..doanya semoga segalanya berjalan dengan baik dan selamat.Dah tak lama je lagi.. Dah ada nama ke kak Hannah? tanya Anis pula. Entahlah abang Uwais Anis tukatanya dia dah ada nama untuk anak lelaki dia ni tapi..rahsia katanya..dah lahir nanti baru beritahu jawab Hannah.Dia ketawa mengenangkan Uwais yang bukan main lagi bersemangat nak beri nama pada anaknya itu. Kak Hannah dah tak lama lagiakan datang,cikgu Anis ni pulak.. usik Anis pada Batrisya. Ieeeenakal tau Anis ni,janganlah usik cikgu kita macam tu..tengok..kan dah merah muka dia..Mastura turut tersenyum.

Nasib baik kak Sya pakai inai ni..kalau tak,dua-dua akak cubit tau.. marah Batrisya. Alahpengantin ni sensitive la,relekslahtinggal berapa jam aja lagi.. Hannah pun ikut mengusik.Dia mengalih pandang pada susunan hantaran yang diatur di tepi katil.Semuanya dah disediakan ahli keluarga Batrisya.Di rumah Tuk Ayah juga saudara mara mereka sedang sibuk menguruskan persediaan untuk abang Fawaz.Pagi itu dia dan adik-adiknya bertandang ke rumah pengantin perempuan pula.Sekadar untuk menemani Batrisya yang sudah tentu agak gementar dan berdebar kerana pada sebelah malam nanti,majlis akad nikah akan diadakan di masjid. Majlis akad nikah malam nanti,jangan lupa tau..ambil gambar kak Sya kita ni banyak-banyak pesan Hannah pada Mastura. Mestilah Alongjangan risaulah,Mas akan ambil gambar semua..Along kalau nak bergambar sakan dengan pengantin pun takpe.. Pengantin mestilah sibuk nak bergambar berdua..lagipun,manalah tahu Along tak dapat pergi ke.. Eh..kenapa pulak? kan Hannah cakap nak ada kat sana sekali? Batrisya mengerut dahi. Tak tahulah kan kalau abang Uwais tu tak izinkan..lagipun,sejak dua tiga hari ni..saya cepat sangat letih dan lenguh kaki.. Takpe kak Hannah..Anis kan ada..Anis boleh jaga kak Hannah..kalau lenguh,Anis urutkan ya? Anis pegang tangan Hannah yang tersenyum. Baiknya adik akak.. Anis aja ke? Mas? Samalah..dua-dua mak cik ni baik..Hannah pegang pipi Mastura .Mereka berbalas senyum. +++++++++++++++++++++++++++++ Baju abang kenapa? Hannah terkejut melihat baju Uwais yang penuh dengan darah. Biasalah..abang lapah daging kerbau tadi..beritahu Uwais.Dia menyapu tangannya pada baju dan dihulurkan tangannya pada Hannah yang sedang menyarung sandal. Tak naklah pegang tangan abangbusuk bau darah kerbau Hannah menggeleng. Ada-ada aja sayang nielok-elok pakai sandal tu.. Alah.pakai sandal aja pun..takkan jatuhlah ada aja jawabnya.. Uwais cubit pipi Hannah yang makin tembam.Kemudia ditarik sedikit tudung Hannah .Ketawa Uwais kedengaran bila Hannah buat-buat tutup hidung. Bye kak Hannah.. Di tingkap bilik Batrisya,Mastura dan Anis melambai tangan padanya. Oi..anak dara berdua tak reti nak balik ke? tegur Uwais. Biasalahkitorang kan pengapit pengantin.. Ek ellehpengapit kena cantiklah.. We all cantik apa..tunggulah bila kitorang dah masuk Universiti nanti..beratur lelaki nak mengurat tau jawab Anis. Haahlah Abang Long..nak pulak bila kitorang dah pergi ke overseas nanti..balik bawa balik calon suami Mat Salleh kan Anis? Haah..mata biru lagi.. Ye la tuUwais mencebir. Abang..tak nak balik lagi ke? Naksayang tunggu sini,abang pergi ambil kereta kat rumah mak.. Tak payahlah..susah-susah aja ulang alik..rumah mak tu sebelah ni aja..jalan lima minit dah boleh sampailah.. Abang tak nak sayang letih.. Tak letih mana sangatlah.. Hannah sudah mahu mengantur langkah.Uwais berjalan di sebelahnya. Abang Uwais!!! Uwais berpaling bila ada suara yang memanggilnya. Ada apa Putera? Putera yang termengah-mengah dipandangnya. Abang Hafiz panggil Abang Hafiz panggil? emmm..sayang tunggu sini sekejap ya? jangan balik lagi..tunggu abang..Uwais berlari anak ke belakang rumah Batrisya. Along..Putera nak pergi tengok orang potong daging ya? Along tunggu abang Uwais tau..jangan pergi mana-mana..nanti dia marah

Hannah tak kata apa..dia sekadar memerhatikan kedua lelaki itu menghilang. Aik? Along tak balik lagi? tanya Mastura yang kebetulan melewati tingkap bilik Batrisya. Belumabang Uwais tu..entah apa pulak halnya..dia pergi belakang rumah kejap..Mas,nanti kalau Abang Long datang balik ke sini..cakap,Along balik dulu ya? penatlah nak tunggu.. Okey..tapi jalan elok-elok tau Tahulah..nak jalan pun kena pesan itu ini ke..Hannah menggeleng.Bosan juga kena arah itu dan ini..dia mengatur langkah untuk pulang ke rumah mak mertuanya.Mak mesti tengah sibuk di bahagian memasak agaknya.Hannah dapat dengar riuh rendah suara mak cik-mak cik dari arah khemah sebelah kanan rumah Batrisya. +++++++++++++++++++++ Apa hal Hafiz? Nak pinjam parang kau..aku punya ni tumpul la.. jawab Hafiz.Pemuda berusia sebaya Uwais itu menyisip parang di pinggangnya. Parang aku ni pun tak tajam manalah.. Uwais menanggalkan tali ikatan parang yang tersisip di pinggang.Dia kemudian mengeluarkan parang sederhana besar itu dari sarunggnya. Dah lapah bahagian apa ni? tanya Uwais.Beberapa orang pemuda lain sedang sibuk melapah kulit kerbau dari dagingnya. Peha..cuba kau hiris daging tu..tajam tak,kalau tumpul..aku asahkan ajalah.. Uwais menghiris parangnya pada daging kerbau di hadapannya. Aduh!! entah macamana boleh terhiris pula pada jari telunjuknya sebelah kiri. Aishhhati-hatilah,,,kan dah terhiris jari kau..Hafiz sedikit terkejut. Ini memang tajamlah kalau dah sampai terhiris jari sendiri..Uwais menyapu kesan luka kecilnya itu pada baju. Pinjamlah ya? Pinjamlaheh,aku balik dululah..isteri aku tunggu tu Okey.. Assalamualaikum.. Walaikumussalam.. Uwais kembali ke depan rumah Batrisya tapi dia tak nampak Hannah di laman rumah itu. Hannah!! panggilnya.Cuba mencari kelibat Hannah dalam kalangan orang ramai yang lalu lalang.Dia tak nampak pula Hannah di bawah kanopi-kanopi yang sudah didirikan. Abang Long cari Along ke? dia dah baliklah.. Mastura muncul di tingkap dan memberitahunya. Dah balik? Uwais cekak pinggang.Degil betul! kan aku suruh tunggu tadi..Uwais rasa nak marah,dia mengantur langkah agak tergopoh gapah hingga kakinya tersadung batu. Aduh!! Uwais tengok kakinya yang sedikit luka.Tadi jarisekarang kaki pulak! apa malang sangat aku hari ni..dia menggeleng..MasyaAllah..apa aku merepeknya,luka sikit pun nak mengeluh.. Uwais sampai di rumah maknya.Dia tengok pintu dapur sudah terbuka. Sayang!! panggilnya.Dia masuk ke dalam rumah. Sayang dia mencari Hannah di bilik.Tiada!! mana pulak Hannah ni? Uwais kembali ke dapur.Dia dengar bunyi air paip yang dibuka dari dalam bilik air. Sayang kat dalam ke? Uwais ketuk pintu bilik air yang dikunci dari dalam.Senyap pula..tidak ada bunyi sebarang pergerakan atau sahutan daripada Hannah. Sayang!!! Uwais mula risau.Kenapa Hannah tak menyahut. Hannah!! masih juga tak menyahut.Uwais tak tunggu lama.Terus ditendang pintu bilik air itu.Sebaik saja pintu itu terbuka dia lihat Hannah sudah terbaring di lantai dan darah pekat bercampur air memenuhi ruang lantai mamar. Ya Allah!!! sayang!! kenapa ni?? Rasa tersentap jantungnya melihat keadaan Hannah sebegitu. Uwais bertekuk di lantai.Dipangku Hannah yang longlai dan tidak sedarkan diri. Bangun sayangtolonglah jangan buat abang macam ni..Uwais menangis dan melihat darah sudah penuh ditangannya.Ya Allah!! tolonglah selamatkan isteriku.. Kenapa Abang Long? kebetulan Putera balik ketika itu.Dia sendiri terkejut dengan keadaan kakaknya.

Putera! tolong beritahu Mak Abang cepat!! cakap Along kau jatuh bilik air!! Uwais sudah mencepung tubuh Hannah.Dia sendiri tak tahu bagaimana perkara tu boleh berlaku.Dia cuma mahukan Hannah dan anaknya selamat!

Suami yang Kubenci 60


by E-man Sufi Ruang menunggu itu lengang dan sunyi.Uwais memerhatikan sekelilingnya yang tidak ada sesiapa melainkan dia sendirian di situ.Sesekali dia dengar bunyi derapan kasut tapi tiada sesiapa yang melewati kawasan itu. Sudah hampir dua jam selepas dia menandatangani surat kebenaran untuk pihak hospital melakukan pembedahan untuk menyelamatkan bayi dalam kandungan Hannah. Disebabkan isteri Encik Uwais mengalami pendarahan yang banyak,kami terpaksa lakukan pembedahan untuk selamatkan bayi Encik..lagipun,bayi dalam kandungan isteri Encik tak cukup bulan dan terlalu lemah,kalau kami tak lakukan pembedahan..kemungkinan akan membahayakan nyawa bayi Encik nanti.. dia masih ingat penerangan yang diberikan doktor wanita itu.Dia sendiri dalam keadaan masih terkejut.Dia tak banyak bicara dan tidak tahu apa yang perlu ditanya.Apa yang tahu,dia telah membenarkan pembedahan itu dilakukan.Tapi kenapa sampai sekarang masih tak ada tanda-tanda pembedahan itu sudah selesai. Macamana keadaan Hannah agaknya? Doktor tu kata..bius akan dilakukan sepenuhnya,harapharap Hannah tidak akan merasa apa-apa kesakitan sewaktu pembedahan dijalankan. Uwais rasa handsetnya bergegar.Memang sengaja diletakkan dalam mood silent supaya tidak mengganggu situasi di ruangan itu.Tertera nama Fawaz lalu panggilan dijawabnya. Macamana Uwais? Hanny dah siap operation ke? suara Fawaz kedengaran risau.Entah kali ke berapa Abang Fawaz telefon dia sendiri sudah tidak ingat.Sejak dia bawa Hannah ke hospital dengan bantuan Hafiz dan Putera..dari detik itu jugalah Fawaz tidak henti membuat panggilan.Kalau tidak dia..maknya yang akan jawab. Belum jawab Uwais sepatah.Dia faham semua ahli keluarganya risau.Keadaan sudah berubah hampir seratus peratus..di sana,ada keraian yang sepatutnya menjadi saat paling gembira dalam keluarganya.Dan di sini pula,dia sedang berdepan dengan dugaan yang terlalu berat untuk ditanggungnya. Aku datang sana ya Uwais? aku tahu kau susah hatitakkan aku nak biarkan kau kat sana dalam keadaan risau..aku rasa tak senang hati Uwais.. suara Fawaz kedengaran bergetar.Mungkin sedang menahan rasa sebaknya. Jangan abang Fawaz!! tolonglahmalam ni,tak sampai dua jam dari sekarang,abang akan akad nikah Tapi macamana aku nak teruskan kalau kau takde? aku bimbangkan Hanny..aku bimbangkan anak kau..aku bimbangkan kau jugak.. InsyaAllah takkan ada apa-apa..doakan Hannah selamat..anak saya selamat dan saya doakan abang dipermudahkan urusan malam nanti Uwais sendiri tidak tahu apa yang bakal berlaku.Dia masih berdoa dan mengharapkan keselamatan isteri dan anaknya.Selebihnya,dia sekadar menyedapkan rasa hatinya sendiri. Aku minta maaf Uwais..sebab aku dan Sya tak dapat.. Takpe..percayalah! saya lebih lega kalau urusan abang lebih didahulukan..lagipun,mak saya ada temankan..Tuk Ayah pun baru saja balik..itupun sebab saya nak dia ada dengan abang Fawaz malam nanti.. Aku serbasalah Uwais Abang Fawaz!..kalau betul abang Fawaz risaukan anak dan isteri saya..lepas akad nikah nanti,abang datanglah ke sini..saya harap Hannah dah sedar waktu tu dan dia akan dapat tengok abang dalam pakaian pengantin.. Aku datang Uwaisaku akan bawa Sya sekali..kau tunggu..kau banyakkan bersabar.. Uwais mematikan talian.Dia menyeka airmatanya dengan jari.Ya Allahberat sungguh dugaan ini.. Uwais rasa jemarinya menggigil.Sejak tadi dia cuba bertenang dengan mengambil akhbar untuk dibaca.Namun, hatinya tidak tenang dan dia terlalu risaukan keadaan Hannah dan bayinya. Uwais.. dia rasa bahunya disentuh.Maknya sudahpun di sebelahnya.Memang sedari tadi,maknya ada menemaninya di situ,tapi waktu asar sudah semakin berlalu dan maknya meminta diri untuk pergi menunaikan kewajipannya.

Mak Uwais tak tahan lagi,dia menangis di bahu maknya. Sabar.mak fahamkau pergi salin pakaian ya? kau belum solat lagi Uwais..ingat,dalam keadaan susah atau senang..Allah tempat kita mengadu..kuatkan hati tu,berdoalah..pujuk Sarimah.Dia menyerahkan beg pakaian yang dihantar Anis dan Mastura.Walaupun kedua anak gadis itu mahu menemani abangnya itu di situ,tapi dia melarang..dia mahu mereka berada di majlis Batrisya sebagai wakil keluarga.Biarlah dia dan Uwais saja di situ. Kenapa mesti Hannah makkenapa mesti anak saya.. Uwais meraup wajahnya beberapa kali. Jangan ditanya kenapa nak..itu semua kehendak Allahdan Allah takkan berikan ujian kalau bukan kerana hambanya itu mampu menghadapinya..mak tahu kau tabah Uwais..pergilah menghadap Allah..biar mak tunggu di sini.. Uwais angguk dan mengambil beg pakaian yang diberikan maknya itu.Dia mahu membersihkan diri dan menghadap Ilahi.Dia mahu berdoa agar segalanya baik-baik saja. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ Hampir jam 8 malam,barulah doktor yang bertanggungjawab melakukan pembedahan ke atas Hannah keluar dari bilik operasi. Macamana doktor.. Uwais terus bertanya. Emm..mari ikut saya ke bilik..kita bercakap di sana Tapi isteri dan anak saya macamana? Sabar Encik Uwais..yang itu jururawat akan uruskan..saya ada perkara yang nak disampaikan..tapi biarlah dalam keadaan yang tenang..mari.. ajak doktor perempuan yang memakai tanda nama Azrin Mak saya boleh ikut? Emm..okey..mari mak cik..Doktor itu mengukir sedikit senyuman.Uwais dan maknya mengikuti doktor itu ke sebuah bilik di paras yang sama. Jemput duduk.. pelawa doktor itu.Uwais tak banyak tanya terus saja duduk.Begitu juga dengan Sarimah. Doktor..isteri dan anak saya selamat ke? tanya Uwais.Dia sudah tidak mampu bersabar lagi. Alhamdulillah..saya dah berjaya keluarkan bayi dalam kandungan Puan Hannah.Dia juga dalam keadaan stabil Cuma masih belum sedar disebabkan kesan bius.InsyaAllah lebih kurang 6 jam lagi dia akan sedar..tapi.. Tapi apa pulak doktor? Uwais makin tak sedap hati. Uwaissabar..Sarimah menepuk bahu Uwais.Nak sabar macamana lagi mak? doktor ni cakap lambat sangat!! Bayi Encik Uwais dan Puan Hannah tak cukup bulan dan terlalu lemah..kami akan berusaha untuk memantau tahap kesihatan bayi Encik tu tapi satu perkara yang perlu saya tekankan di sini..Encik Uwais dan isteri perlu juga bersedia sekiranya.. Sekiranya?? Sekiranya bayi Encik tidak dapat diselamatkan..kami masih membuat pemantauan dalam tempoh 48 jam..kebarangkalian akan berlaku jangkitan kuman atau serangan demam kuning dan kemungkinan besar juga bayi Encik Uwais ada masalah jantung.. Apa??Uwais rasa nafasnya sesak.Kejutan apa lagi yang perlu dia dan Hannah lalui..baru saja dia berasa lega dengan keadaan Hannah.Dia rasa matanya berpinar dansegalanya gelap! Uwais!! Ya Allah..kenapa ni nak? Sarimah menepuk-nepuk pipi Uwais yang tidak sedarkan diri. Bertenang mak cik..anak Mak Cik Cuma pengsan aja..Doktor Azrin segera memanggil jururawat untuk mendapatkan bantuan. ++++++++++++++++++++++++++++++++

Dah cukup? Rasanya dah cukuplah..nanti bila kak Hannah sedar..dia boleh tengok gambar-gambar ni.. Mastura membelek kamera digital di tangannya.Detik lafaz nikah abang Fawaz pun sudah

dirakamkannya.Dia mahu melaksanakan amanah yang diberikan oleh kakaknya.Dia mahu bila Alongnya sedar nanti,Along dapat tengok detik bersejarah itu sekalipun dia tidak dapat bersama melaluinya. Abang Fawaz dan Cikgu Batrisya tetap berusaha memberikan gambaran yang menarik untuk dirakamkan sekalipun senyuman mereka seakan terpaksa dan menyembunyikan kerisauan.Alhamdulillahsemuanya dah selesai,sekarang masa untuk beri sokongan pada abang Long ! Aniskau rasa Along okey ke? Mastura bertanya pada Anis. Mestilah okey..tadi Mak ada call..Kak Hannah dah selamat jalani pembedahan..baby boy dah lahir.. beritahu Anis.Hanya itu yang diberitahu oleh maknya di talian.Apapun,berita itu cukup menggembirakan dan melegakan hati mereka. Mas..Anismari kita pergi hospital! ajak Fawaz.Dia kelihatan segak memakai baju Melayu bewarna putih.Begitu juga dengan Batrisya.Majlis akad nikahnya baru saja selesai dengan baik. Malam ni jugak? Tuk ayah benarkan ke? tanya Mastura.Dia lihat Tuk ayahya sedang berbicara sesuatu dengan abang Din. Dah..kita semua pergi sekali..Abang Din hantarkan.. beritahu Fawaz.Dia sudah menarik tangan Batrisya. Putera mana? tanya Mas bila melihat kelibat adiknya itu tiada. Putera baru pergi dengan abang Hafiz beritahu Batrisya. Kalau macam tu,baik kita pergi sekarang..tapi boleh ke melawat waktu ni? dah nak pukul 10 malam ni tanya Anis pada Fawaz. BolehKMC tu kan hospital swasta..lagipun tuk ayah dah buat tempahan wad VIPahli keluarga dibenarkan melawat 24 jam.. Tunggu apa lagi..marilah cepat..Mas dah tak sabar nak jumpa Along.. Hampir setengah jam perjalanan mereka sampai di Kuantan Medical Centre.Sebaik tiba di wad yang menempatkan Hannah.Sarimah dan Putera sudah berada di bilik itu dan sedang menjaga Hannah. Macamana dengan Along ? bisik Mastura ke telinga Putera. Belum sedarsebab masih ada kesan bius.. Abang Uwais? tanya Fawaz pula.Dia lihat Hannah yang berwajah pucat sedang terbaring lesu dengan darah masih dimasukkan ke dalam badannya.Tentu Hanny sudah kehilangan banyak darah. Abang Uwais pergi tengok anak dia..Abang Hafiz baru pergi jenguk dia.. Mari sayangkita pergi tengok baby..ajak Fawaz.Dia menarik Batrisya. Nak ikut jugak..Mastura mengekori Fawaz tapi Anis ditahan oleh maknya. Kenapa mak? Anis hairan. Mak nak beritahu Anis sesuatu..Sarimah menarik Anis dan disuruhnya duduk.Putera angguk pada Anis.Sebenarnya dia sudah tahu apa yang mahu dijelaskan mak cik Sarimah kerana dia sudahpun diberitahu. +++++++++++++++++++++++++++++ Allahu Akbar Allahu Akbar sayu kedengaran suara Uwais mengalunkan azan.Tidak semerdu seperti kebiasaannya bila nada suaranya bersatu dengan tangisan yang perlahan. Fawaz dan Batrisya terpaku.Mereka berdua telah ditahan oleh Hafiz daripada terus masuk ke bilik yang menempatkan bayi itu.Uwais kelihatan sedang menghadap sebuah incubator yang di dalamnya ada seorang bayi yang masih merah dan begitu kecil sekali. Anak Uwais? tanya Fawaz pada Hafiz,abang iparnya. Ya..tapi,doktor kata..anak tu mungkin takde harapan untuk terus hidup..tadi,Uwais pengsan bila dapat tahu hal ni.. Kenapa boleh macam tu? kan ramai bayi yang lahir tak cukup bulan tapi boleh selamat? Fawaz tak puas hati. Bayi Hannah ni terlalu lemah..baru sejam lepas doktor buat pemeriksaan..katanya,bayi tu ada masalah jantung.. ternag Hafiz.Fawaz terkaku dan hilang kata-kata. Ya Allah..Batrisya pekak mulut.Dia memaut lengan Fawaz kerana hampir longlai dia mendengar

berita itu. Mastura yang mendengar turut terkaku.Dia pandang Uwais melalui dinding kaca.Dia dapat lihat abang iparnya itu merenung sayu anaknya.Dia rasa sebak dan mula menangis.Kasihan Alongmacamana kalau dia dapat tahu pasal ni? Uwais habis mengalunkan azan.Dia memandang anak lelakinya itu dengan rasa sebak.Anak yang papa sayangtolonglah bertahan sayang..bertahanlah sehingga kau mampu untuk menyusu dari mama..bertahanlah hingga mama mampu mendakapmu sayang..percayalah! papa akan curahkan segala kasih sayang papa hingga tidak aka nada kekurangan sedikitpun yang kau rasakan..tolonglah bertahanYa Allah..seandainya Kau mengambil dia dariku..berilah segala kekuatan yang mampu aku tahan daripada kesakitan dan kekecewaan kehilangan itu..sungguh aku takut ya Allah..Apa yang patut aku katakana pada isteriku bahawa jantung hati kami ini kau pinjamkan hanya untuk berapa ketika sahaja..mati itu pasti..dan aku berpegang pada peringatan Jibril kepada RasulmuCintailah sesiapa sahaja yang kau mahukan di dunia ini namun harus diingat..satu hari..kau pasti akan berpisah dengannya.hakikat itu terlalu pedih ya Allah!!

Suami yang Kubenci 61 (Pra-Ending)


by E-man Sufi Uwais Hafiz memanggil Uwais yang sedang bermenung di tepi pintu.Namun panggilannya itu tidak ada tindak balas daripada Uwais.Hafiz pandang Fawaz yang baru sahaja muncul dari arah dapur. Macamana Hafiz? dah boleh kita bergerak sekarang? tadi..Abang Din dah telefon..tanah kubur dah siap digali.. bisik Fawaz.Dia melirik jam di dinding.Sudah pukul 9 pagi.Dia sempat memandang kea rah rumah mertuanya yang tidak jauh dari rumah Uwais.Masih awal untuk kenduri bermula.Dia tahu situasi antara kedua rumah yang berjirang itu berbeza.Di sana dia sepatutnya meraikan majlis perkahwinannya.Namun begitu, apa yang berlaku di sini lebih perlu diberi keutamaan.Apatah lagi Uwais masih lagi dalam keadaan terkejut apabila waktu Subuh tadi, anak lelakinya disahkan meninggal dunia.Hanya beberapa jam sahaja Uwais dapat menatap tubuh bernyawa bayinya itu.Dan yang lebih menyedihkan mereka sekeluarga sehingga jenazah bayi itu dibawa pulang untuk dimandikan dan dikafankan, Hannah masih lagi belum sedar dari tidurnya. Uwais panggil Hafiz lagi.Begitulah keadaan Uwais usai mereka menunaikan solat jenazah tadi.Fawaz sudah menghilang ke dalam bilik.Kemudian kelihatan Fawaz keluar bersama jenazah bayi kecil yang telah dikafankan.Begitu kecil dalam dakapan Fawaz hingga kelihatan seperti Fawaz memeluk sebiji bantal kecil. Uwais Ukasyah! Tan Sri Idris yang turut keluar dari bilik bersama Imam Safuan memanggil Uwais.Suaranya yang kedengaran tegas itu barangkali mampu menyentak lamunan Uwais. Ya tuk..Barulah Uwais kelihatan seperti tersentak dan tersedar.Dia bangun dari duduknya dan mendekati Fawaz. Dah masanya kita tanam jenazah bayi ni.. Imam Safuan memegang bahu Uwais yang sekadar angguk.Sesekali Uwais menyapu kelopak matanya dengan tangan. Biar saya bawa jenazah anak saya pinta Uwais pada Fawaz.Dengan penuh hati-hati Fawaz menyerahkan jenazah kecil itu.Uwais mendakap jenazah yang berbalut kain putih itu.Diciumnya seketika dengan sedaya upaya menahan dari tumpahnya airmata.Maafkan abang Hannahmaafkan abang sebab tak sempat nak tunjukkan bayi kita pada Hannah.. Kita pergi sekarang Uwais..Hafiz mengajak Uwais supaya segerakan pengembumian anaknya itu.Fawaz sudahpun turun dari rumah dan menghidupkan enjin kereta. Hampir pukul 10.30 setengah pagi.Jenazah bayi Uwais selesai ditanam.Selepas bacaan doa,mereka sekeluarga yang terlibat dalam urusan pengkebumian itu perlu segera pulang ke rumah kerana masih ada majlis yang perlu diselesaikan. Fawazajak Uwais balik..Tan Sri Idris tahu Uwais bersedih tapi hidup mesti diteruskan.Dia sendiri mahu ke hospital untuk menjenguk Hannah.Biarlah kenduri perkahwinan Fawaz diuruskan ibubapanya..Hannah perlukan dia dan Uwais kerana Hannah tidak ada ibu bapa lagi..dan sekarang, Hannah juga tidak memiliki anaknya juga..Dia hanya mampu berdoa supaya kedua cucunya itu tabah dan bersabar. Terima kasih banyak imam.. Tan Sri Idris memeluk batang tubuh Imam Safuan yang banyak membantu sekalipun dalam kesibukan kenduri perkahwinan anaknya. Tak apa Tan Sri..kita bukannya orang lain.. Saya sendiri tak tahu nak cakap apa..dalam keadaan kita yang nak meraikan pernikahan Batrisya dan Fawaz..dalam masa yang sama..Uwais dan Hannah pula diuji begini.. Pasti ada hikmah Tan Sribagi orang-orang yang bersabar,tentu ada ganjaran yang Allah berikan atas ujiannya..lumrah kita manusia diuji ketika bergembira..dan ada ketikanya kita mendapat kegembiraan ketika kita sedang berduka..bersabarlah..seperti Firman Allah..sesuatu yang buruk itu boleh jadi baik bagi kamu..dan barangkali yang baik itu sesuatu yang buruk bagi kamu..sesungguhnya Aku lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa.. Ya..betul tu imam..saya harapkan kedua cucu saya ni..banyak bersabar Tan Sri Idris mengisyaratkan Fawaz segera mengajak Uwais pulang. Mari kita balik Uwaiskau pun kena pergi ke hospital..bila Hannah sedar nanti,tentu dia nak jumpa kau pujuk Fawaz bila Uwais masih berdiri sambil memerhatikan kubur anaknya yang

masih merah.Papa balik ya sayangInsyaAllah,akan tiba masanya..Allah akan temukan kita.. Airmata Uwais tumpah lagi.Bagaimana nak dia sampaikan berita kematian anaknya itu pada Hannah? apa yang nak dia cakapkan? tentu Hannah sedih nanti..tentu Hannah terkilan kerana tidak sempat melihat wajah bayinya.Bukan dia tidak mahu merakamkan wajah terakhir anaknya itu tapi seandainya hanya menambahkan lagi kesedihan di hati Hannah nanti..lebih baik raut wajah comel itu menjadi ingatannya saja..Mungkin tindakan itu kejam tapi dia tidak pasti sejauh mana ketabahan Hannah berbanding dirinya.Kalau dia seorang ayah hampir tewas dengan kesedihan..inikan pula Hannah yang 7 bulan bersama bayi itu di dalam kandungannya..mereka umpama dua jasad satu nyawa.. Handset Uwais berbunyi dan dia agak lambat menjawab panggilan yang datang dari talian maknya. Ya mak Dah selesai ke? Sudah.. jawab Uwais dengan suara yang lemah.Ketika itu dia sudah beriringan bersama Uwais ke kereta. UwaisHannah dah sedardia sebut nama kau aja..datang cepat ya? mak tak sampai hati nak beritahu.. Uwais rasa jantungnya berdegup kencang.Lemah semangatnya bila memikirkan betapa sukarnya berdepan dengan Hannah nanti.

++++++++++++++++++++++++ Dia mendengar tangisan anak kecil itu.Dari mana arahnya? Hannah tak tahu dia berada di mana..yang ada di hadapannya hanyalah padang rumput hijau yang seluas pandangan. Dia masih mendengar tangisan itu lagi.Hannah masih tercari-cari.Dia tak fahamkenapa dan di mana dia berada? Sayang. suara yang sudah sebati dengan halwa telinganya itu buat dia berpaling. Abang!! Hannah senyum.Dia berlari mendapat Uwais yang tidak jauh dari situ. Uwais yang memakai sepasang baju Melayu putih itu sedang memangku bayi yang dibaluti kain putih. Baby tu Anak kita sayangUwais senyum.Hannah tak faham..adakah dia dah melahirkan bayinya tapi kenapa dia tak ingat apa-apa? Anak kitaboleh saya tengok? Hannah senyum.Kalau Uwais kata bayi itu anak mereka,dia mahu mendakapnya.Anak lelaki yang dia tunggu selama ni. Tak boleh sayangUwais geleng. Kenapa? Sebab kami akan bawa bayi ni pergi.. satu suara lain pula kedengaran.Suara yang selalu dia rindui.Ya! itu suara mama.. mama!! Hannah terkejut bila tiba-tiba mama dan papanya muncul.Dia kaget bila Uwais menyerahkan bayi itu kepada kedua orang tuanya.. Selamat tinggal sayang mama dengan papa nak bawa anak saya pergi mana? jerit Hannah.Dia pandang Uwais yang berwajah muram. Kenapa abang bagi mama bawa anak kita pergi? Hannah makin tak faham.Apa semua ni? tibatiba semuanya hilang dan dia rasa pandangannya silau.. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Abang.. suara perlahan itu mengejutkan Anis dan Mastura yang sedari tadi menunggu Hannah . Along? Mastura bergegas bangun dari kerusi dan mendapatkan Hannah sementara Anis keluar

untuk mencari maknya. Abang. Hannah rasa kepalanya pening.Dia mengerut dahi bila melihat Mastura ada di sisinya.Aku di mana sebenarnya ni? seingatnya..dia baru balik dari rumah Batrisya kemudian sampai di rumah dia mahu mengambil wudhu di bilik air.Selepas itu.ya, dia ingat yang dia terjatuh kerana bilik air itu agak licin..dia masih rasa betapa sakitnya kerana jatuh terduduk di atas lantai..walaupun dia berusaha menjerit memanggil Uwais..tapi tiada siapa yang datang hinggalah pandangannya gelap! Alongjangan banyak bergerak.. dia dapat dengar arahan adiknya itu. AngahAlong kat mana ni? Along kat hospital.. Hospital? abang Long mana? Along sabar ya? Along rehatlah..sekejap lagi Abang Long sampai.. Mastura serba salah.Dia tak tahu nak jawab apa lagi.Kalau dia cakap apa yang dah berlaku,dia bimbang Alongnya akan terkejut nanti. Hannah? syukurlahdah sedar pun anak mak Sarimah masuk ke bilik itu dan segera mendapatkan Hannah.Diusap lembut dahi Hannah yang masih kelihatan tidak bermaya. Makkenapa semua ni mak..Hannah agak hairan kerana lengannya terdapat saluran yang menyalurkan darah.Dia masih tidak berdaya untuk bergerak.Hannah rasa seperti ada yang tidak kena.Kenapa dia tidak dapat rasa pergerakan bayi dalam kandungannya? Hannahsemalam Hannah jatuh di bilik air..Uwais bawa Hannah ke hospital..Hannah banyak hilang darah jadi doktor terpaksa buat pembedahan untuk keluarkan bayi dalam kandungan Hannah.. Ya AlongAlong baru aja selesai jalani pembedahan semalam.. Jadi..anak Along dah lahir la kan..Hannah senyum dengan wajah yang masih pucat.Tak kira sama ada normal atau pembedahan yang pasti anaknya sudah melihat dunia.Jadi,apa yang dia alami tadi mimpi atau nyata? kalau nyata kenapa dia terbaring di atas katil ni dan mana Uwais? mana anaknya? Baby sihat ke mak? tanya Hannah.Sarimah dan Mastura berpandangan. Emm..Hannah rehatlah ya? mak nak pergi cari Anis..ke mana pulak budak tu pergi..Sarimah mahu mengelak dari memberi jawapan.Dia mahu menelefon Uwais supaya datang segera.Dia harap pengkebumian jenazah cucunya sudah selesai. MakHannah cuba memanggil mak mertuanya itu tapi dia rasa suaranya begitu perlahan.Dia hanya mampu memandang mak mertuanya berlalu.Kenapa tak jawab? AbangAbang pergi mana..kenapa abang takde kat sini? Along jangan banyak bergerak.Nanti jarum ni tercabut..Along dah hilang banyak darah.. Mastura membetulkan kedudukan tangan Hannah. Angahbaby Along macamana? ErrAlong jangan banyak bercakap..tunggu abang Uwais ya? Mastura mula menggelabah.Mak cik Sari! kenapalah tinggalkan saya kat sini..macamana nak jawab ni? Puan Hannah dah sedar ke? Tiba-tiba Doktor Azrin muncul.Mastura rasa lega. Ya Doc..kakak saya dah sedar Puan Hannah jangan banyak bergerak yasaya nak buat pemeriksaan sekejap aja..Doktor itu berbicara lembut sekali.Hannah diam saja.Dia tidak bergerak dan membiarkan doktor memeriksanya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++ Dia dah sedar mak? Iya Uwaisdia tanya keadaan anak dia..mak dah ceritakan yang dia baru lepas dibedah tapi mak tak cakap yang anak kau dah takde.. beritahu Sarimah sebaik sahaja Uwais dan Tan Sri Idris tiba. Masuk Uwais Tapi Tuk Ayah..kalau dia tanya..

Jangan berbohong dengan dia..tak kira sama ada sekarang atau kemudian..hakikatnya tetap sama Abang LongMastura keluar dari bilik Hannah ditempatkan.Di belakangnya Doktor Azrin juga turut keluar setelah selesai memeriksa keadaan Hannah. isteri saya okey ke doktor? tanya Uwais. Alhamdulillahdia dalam keadaan stabil dan semakin baik..cuma perlu banyak berehat memandangkan dia dah banyak kehilangan darah..jangan bimbang..saya akan pastikan yang Puan Hannah semakin pulih dan dibawa pulang secepat mungkin..saya ucapkan Takziah atas kehilangan anak Encik Uwais tapi InsyaAllahada rezeki lain kan..Puan Hannah masih boleh pregnant,lagipun dia tidak mengalami apa-apa kecederaan pada rahimnya dan memandangkan usianya yang masih muda..Encik Uwais dan isteri masih berpeluang punya zuriat lagi.. Doktor..kalau isteri saya tanya tentang anak kami.. Saya fahamdalam situasi begini..Encik Uwais perlu beri dia sokongan..kalau boleh,jangan tunjukkan kesedihan di depannya..itu boleh mempengaruhi emosi sedihnya..saya dah ceritakan semuanya pada dia..bahkan saya sudah fahamkan dengan jelas sebab kematian anak encik..Alhamdulillah dia dapat terima dengan sabar..tapi, saya tak nafikan yang dia dalam keadaan terlalu sedih.. terang doktor Azrin.Menghadapi kes sebegitu bukan pertama kali baginya.Dia sudah melihat situasi yang sama berkali-kali hingga menjadi lali. Masuklah dan tenangkan dia.. Terima kasih doktor.. Pergilah Uwais..kami tunggu di luar ni.. Tan Sri Idris menepuk bahu Uwais. +++++++++++++++++++++++ Sayang.. Uwais menyapu airmata yang mengalir di pipi Hannah.Isterinya itu tidak bergerak.Hanya tangisan kecil kedengaran.Uwais mencium dahi Hannah. Sabar sayangDibisikkan ke telinga Hannah.Uwais mengetap bibir.Jangan menangis Uwais!!! dia menggenggam tangannya sekuat mungkin supaya dia mampu menahan rasa sedih mendengar tangisan Hannah. Anak kita comel tak bang? tanya Hannah. Comel sayang.macam papa dia..Uwais cuba senyum.Dia menyembunyikan wajahnya ketika berasa airmata mula mahu menitis. Abang sempat azankan dia tak? Sempat sayangUwais angguk. Bila saya keluar nantiabang bawa saya pergi ziarah kubur anak kita ya? Uwais angguk juga.Dia tidak mampu lagi menahan perasaannya.Sekuat manapun dia cuba sembunyikan perasaannya di depan Hannah..dia tetap gagal. Saya minta maafHannah cuba memegang wajah Uwais tapi dia tak berdaya nak mengangkat tangannya.Uwais pegang jemari Hannah dan diletakkan pada pipinya. Tak perlu minta maaf sayangsemua ni dah takdir.. Abang tentu kecewa kan? Tak sayangabang bersyukur,Allah masih berikan kesihatan dan keselamatan pada isteri abang Kalau tak..kenapa abang menangis? Hannah sapu airmata pada kelopak mata Uwais. Abang menangis ke? mana ada..Uwais cepat-cepat menyapu kesemua airmatanya hingga kering. Abang janganlah sedihabang banyak bersabar ya? Uwais angguk dan senyum.Ya Allahsepatutnya aku yang tenangkan dia tapi kenapa dia pulak yang tenangkan akuterima kasih ya Allah kerana kau berikan hati yang kuat untuk dia berdepan dengan semua ni.. Hannah pandang wajah Uwais.Dia tahu Uwais sedih sama sepertinya.Selepas kematian kedua ibubapanya,kematian anaknya ini adalah perkara yang cukup menyedihkannya.Apatah lagi dia tidak dapat menatap wajah comel itutapi dia percaya,pasti ada hikmahnya!

Suami yang Kubenci 62 ( Episod Akhir )


by E-man Sufi Bunyi kicauan burung dari arah rimbunan pokon durian menggamit perhatian Hannah yang sendirian di pondok.Seketika dia tersenyum sebelum perhatiannya dicuri pula oleh tangisan anak kecil di dalam dakapan Batrisya yang baru muncul dari arah sebalik pondok. Alalala.kenapa ni? Hannah menepuk perlahan kedua tangannya. Tolong dukung saya kejap ya Mak LongBatrisya ketawa kecil lalu menyerahkan anak kecil itu kepada Hannah. nak kena tukar pampers la tudah penuh.. Fawaz pula tiba.Lelaki itu sedang menolak kereta sorong yang dipenuhi buah durian. Banyak buah durian gugur mak? tanya Hannah pada Sarimah yang sudah duduk di sebelahnya.Mak mertuanya itu sempat mengagah anak kecil dalam dukungan Hannah. Banyak tapi Si Fawaz ni hah..dah tak larat nak kutip..cucu nenek ni pulak menangis..lagipun banyak nyamuk kan Jannah? nasib baik cucu comel nenek ni tak kena gigit.. Mari sini anak abahkita tukar pampers.. Fawaz mengambil anak kecilnya dari dukungan Hannah.Dia membawa anak kecil itu kepada Batrisya yang sudah bersedia untuk menukar lampin anaknya. Wahabang Fawaz memang terror bab jaga anak ni kan mak? kalau macam ni..tak susahlah kalau Batrisya selalu kena hantar pergi kursus.. usik Hannah.Batrisya dan Fawaz ketawa.Bahagia sungguh kedua pasangan itu apabaila baru sahaja dianugerahkan Allah seorang bayi perempuan yang diberi nama Sumayyah Jannah itu.Bila melihat anak kecil itu,hatinya dipagut rasa rindu dan sedih.Dia teringatkan arwah anak lelakinya dahulu.Anak yang Uwais namakan sebagai Unais Ukasyah itu tidak sempat ditatapnya.Bukan mudah untuk dia menerima hakikat kehilangan itu meskipun sudah lebih 4 tahun ianya berlalu. Namun begitu,dia percaya Allah tidak menguji hambanya dengan sia-sia.Allah ambil Unais daripadanya tapi Allah juga memberikan anugerah yang terbaik pada dia dan Uwais.Kata orang lama..yang patah itu pastinya akan tumbuh yang baharu dan hilang itu pasti akan berganti. mama! mama! mama! Hannah berpaling dari memandang Fawaz yang sedang menukar lampin anaknya.Dari arah tali air dia lihat pula seorang kanak-kanak perempuan sedang berlari mendapatkannya. Amboicucu nenekapa benda yang dibawanya tu? Sarimah turut tersenyum melihat anak itu. Mama! engok niomel ahhh sebiji botol kaca berisi seekor ikan laga ditunjukkan pada Hannah dan Sarimah.. Eh..ehcomelnya ikan diapapa tangkap ya sayang? Hannah yang duduk di tangga turun lalu menghadap anak perempuannya yang berusia 4 tahun itu. Papa angkap..jawab anak itu yang masih agak pelat. Mari nenek nak tengok ikan Adik tu.. Sarimah menggamit cucunya. Niomel tak nek? ane biyu.. Warna biru..Hannah ketawa bila mak mertuanya mengerut dahi mendengar tutur kata anak perempuannya itu. Ohhaahcomel..macam Nafisa jugak kan? Aya omel nek? Comel Sarimah mengangkat anak itu lalu duduk di ribaannya. Anak kecil itu ketawa hingga senyumannya menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya.Hannah terpaku seketika.Alahaisebiji senyuman papanya. Sayang.Abang mana? Ngan papa.. jawab anak itu pendek.Ralik pula melihat ikan laganya.Sama dengan ikan laga yang pernah dihadiahkan Uwais padanya dulu.Ikan laga yang dah mati sebab kelaparan! Ibu! ibu! ibu! abah! abah! ... kali ini mereka dipondok menunggu durian itu dikejutkan pula dengan jeritan halus yang juga datang dari arah sungai.Jaritan yang bergabung dengan hilai tawa itu menggamatkan suasana. Kenapa Fawza? Batrisya terkejut bila dirinya didakap erat.Anak lelakinya Muhammad Fawza sedang menangis dan dibelakangnya hero dalam keluarga mereka sedang ketawa sambil

mengacah anak lelakinya dengan seekor lintah. Daqiq!! Ya Allah.buang binatang tu! Hannah cekak pinggang.Kalau dah suka buat Fawza menangis tu memang takde orang lain.Mata nakal anak lelakinya yang seorang itu dipandang.Mata coklat dengan wajah yang saling tak tumpah seperti ayahnya itu nampak bersahaja.Seperti selalunya anak itu akan tayang muka selambanya.Ini sorang lagi! perangai sebiji papanya.Kalau tak kacau orang memang bukan dialah! Wargh!!! ditayang lagi lintah di tangan pada Fawza yang sudah berlari mendapatkan abahnya. Abah!!! engok aqiq tu..Adu Fawza.Daqiq masih mengekek ketawa.Walaupun dari segi saiz Fawza lebih tinggi darinya tapi anak itu begitu berani memegang lintah. Takde maknanya nak mengadu dengan abah tu Fawzaabah pun takut.. ejek Batrisya.Dia senyum pada Fawaz yang tak bertindak apa-apa.Sudah tu,boleh plak dia peluk anaknya tu.Dah macam sama-sama takut pulak! Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi Batrisya oiorang kalau tengok gaya Fawza ni takutkan lintah pun dah tahu anak siapa.. sampuk Sarimah.Dia pandang pada cucu lelakinya.Wah! hero nenek memang jaguh kampung..bukan setakat lintah..tali air tu dah jadi macam kolam renang dia.. Daqiq...buang binatang tu sekali lagi Hannah mengarah. Tak nak!..warghbagi kat mama Daqiq ketawa lalu mengacah lintah di tangan pada Hannah. Arghhh!!! Hannah tak jadi nak mendekati Daqiq.Ieeeekenapalah anak lelaki aku ni suka sangat dengan binatang penghisap darah tu.Hannah tarik nafas.Berdepan dengan kedua anak kembarnya itu memang agak memenatkan.Kalau anak perempuannya dia tidak begitu bermasalah kerana perangainya yang tidak begitu agresif.Maklumlah perempuan.Puteri papa yang sopan santun dan comel tapi kalau yang ini memang seratus peratus perangai papanya! aku ni mama dia pun nak diusiknya. Buanglah sayangmama tak sukalah abang pegang binatang tu..geli tahu tak! Cuma main ikan macam adik ni.. pujuk Hannah.Naik geram pulak dia bila Daqiq masih bermain dengan lintah yang panjang itu. Ya la Daqiq..Uncle pun geli dengan binatang tu..nanti dia sedut semua darah Daqiq macamana? tokok Fawaz pula.Batrisya senyum saja.Iyalah tutakut darah Daqiq kena sedut ke darah abang? Apa yang kecoh sangat niUwais muncul.Pakaiannya separug basah.Seluar panjang yang dipakai dilipat hingga paras lutut.Hannah lihat ada kesan darah pada kaki Uwais.Mesti kena hisap darah dengan binatang tu! jangan dia hisap darah anak aku sudahlah! Abang! kenapa biarkan Daqiq main binatang tu? marah Hannah.Uwais buat tak tahu saja. Binatang apa Daqiq? tanya Uwais.Dia gosok kepala Daqiq yang ketawa. Pengicap dayah.. Daqiq letak lintah atas tapak tangan. Uwais ketawa mengekek.Dia memang akan selalu bertanya begitu dan jawapan yang diberikan oleh anaknya yang masih pelat itu sangat menggelikan hatinya. Suka pulaksuruhlah dia buang binatang tu.. Biarlahjawab Uwais pendek.Dia menghampiri anak perempuannya. Omel..beritahu anaknya itu padanya. Hmmm..comel..macam mama bila marah kan? Uwais senyum.Hannah ketap bibir.Aku ni punyalah beriya nak marah dia boleh buat tak tahu aja? Sudahlah Uwais..kau ni pun,anak dengan papanya sama aja nak buat mamanya marah..Daqiq, buanglah binatang tu,kesian dia..nak hidup juga..kalau main macam tu nanti matimari kita makan durian nak? Fawza? sudahlah menangis tu Nak!! jerit Daqiq.Spontan dia buang lintah di tangannya itu. Cuci tangan dulu Hannah mengambil botol minuman mineral.Dia membasuh tangan anak lelakinya. Anak mama ni kannakal tau,tak mahulah nakal-nakal macam papa tuya sayang? dia mencium pipi Daqiq yang senyum.Hmmm..kalau ada lesung pipit macam adik dia mesti bertambahlah comelnya hero aku ni.. Apa sayang? nakal macam abang? Uwais seperti tak berpuas hati. Takkan tak sedar kut..anak siapa kan sampuk Fawaz. Alahyang takut lintah tu anak siapa pulak..nasiblah dapat penyakit keturunan abah dia tu,kalau

ikut ibu dia mesti hero macam anak saya.. jawab Uwais.Dia angkat kening pada Batrisya yang sekadar tersenyum.Fawaz mencebir.Sajalah tu nak malukan aku depan Batrisya. Bukan takutlah..geli aja..yang penting, anak aku handsome macam abah dia.. Fawaz sudah mendukung Fawza.Dia kemudian menarik tangan Daqiq untuk diajak menikmati buah durian yang sudah dibelah oleh Sarimah. Daqiq..ambil balik lintah tu..bagi kat Uncle Fawaz..kita tengok,orang handsome macho tak kalau takut lintah Abangjangan nak mengajar anak buat nakal erk.. Hannah mencubit lengan Uwais.Dia duduk di sebelah suaminya itu.Uwais memeluk bahu Hannah. Tak nak makan durian? tanya Hannah. Dah tau nak tanya lagi ke? Uwais memerhatikan kemeriahan keluarga besarnya itu menikmati durian di atas pondok.Riuh rendah suara maknya yang bersatu dengan suara -suara Si Kecil yang gembira.Seronok sangatlah dapat makan buah tu. Kalau macam tu,tinggal la sorang-sorang kat tangga ni..saya nak makan.. Hati-hati naik tangga tu..pesan Uwais.Dia memegang tangan Hannah dengan riak bimbang. Uwais!! tak nak makan ke buah ni? ajak Fawaz.Hannah sudahpun duduk di sebelah Batrisya. EhHanny kan tak suka buah ni? kata busuk baunya.. dia pelik pula tengok Hannah yang mahu turut serta. Hmmmjanganlah pelik pulak Fawazkalau nak tahu,Hannah ni bila tiba waktu dia suka makan durianmaknanya apa Batrisya? sampuk Sarimah. Maknanyasekejap lagiBatrisya berhenti seketika dan berpaling pada Uwais yang tiba-tiba bangun sambil menutup hidungnya.Uwais berlari ke bawah pokok duku dan termuntah di situ. Ada orang yang muntah-muntah..Batrisya mencuit Hannah.Mereka ketawa.Dia memang sudah tahu beberapa hari lepas bila Hannah menelefonnya dan memberitahu khabar gembira itu.Cuma dia belum beritahu pada Fawaz . Mama.papa untah.. beritahu Daqiq.Ternganga tengok ayahnya muntah. MaknanyaHanny dah.. Dah nak masuk dua bulan abang Fawaz..takkan abang Fawaz tak perasan sejak datang pagi tadi saya kena kuarantin kat pondok ni..kira oklah yang kali ni saya dapat datang sini..masa Daqiq dengan Nafisa dulu..nak pijak bumi pun susah.. Hannah pandang Uwais.Sorry abang! terpaksa lalui lagi.. SayangHanny dah nombor tiga..kita bila lagi? Fawaz sengeh. Agak-agaklah abang niJannah baru nak masuk 2 tahun.. Batrisya tersipu-sipu malu. Kalau Hanny..tak kisahlah nak pregnant ni.. tapi yang tak larat tu bukan sebab bawa perut sarat ke apapantang larang masa pregnant tu..Ya Allah,tahu ajalah orang tunasib baik ada mak..kalau tak rasa macam dalam penjara.. Ehem..ehem..banyak komplen nampak..kira baik apa orang tu yang tanggung alahan kan.. Uwais yang sudah duduk di tangga sambil menutup sedikit hidungnya bersuara.Hannah senyum padanya.Alamak! dia dengarlah pulak!

+++++++++++++++++++++++++++++++ Uwais memerhatikan kolam-kolam ikan dan udang di hadapannya.Seluas matanya memandang,projek aquakultur perkongsian antara dia dan Abang Fawaz itu semakin maju.Apatah lagi bila tanah milik peninggalan arwah ayahnya itu disatukan dengan tanah warisan Batrisya dari keluarganya.Tanah paya yang dulunya hanya dipenuhi teratai kini sudah tiada lagi.Digantikan dengan kolam-kolam penternakan ikan dan udang.Hasilnya,dia sekarang adalam pembekal ikan air tawar bukan saja di dalam Malaysia tapi juga di luar negara. Malahan atas usaha isterinya.Dia sudahpun memiliki syarikat sendiri.Dia memang tidak ada pengalaman tentang perniagaan tapi untungnya dia memiliki seorang isteri sebijak Hannah Maryam.Tempat dia di tanah itu,dan tempat Hannah di pejabat..mereka berdua hanya perlu bersatu untuk melestarikan impian untuk anak-anak mereka. 4 tahun ini tiada lagi riuh rendah gurauan Putera,Mastura dan Anis. Putera sekarang belajar di UIAM cawangan Kuantan.Tak lama lagi,akan lahir seorang doktor dalam keluarga

mereka.Mastura dan Anis pula berjaya menjejakkan kaki mereka ke University Of London..semua perbelanjaan pembelajaran mereka ditanggung di bawah dana keluarga yang ditubuhkan Hannah.Agaknya,tahun depan bila mereka balik..ada bakal menantu bermata biru yang akan dibawa balik.Habislah mak aku..kalau betul,tunggang langganglah nak cakap orang putih! Ketiadaan gurauan dan usik-mengusik mereka digantikan dengan kehadiran buah hatinya . Allah ambil Unais Ukasyah darinya tapi berkat kesabaran dia dan Hannah,Allah berikan dua cahaya mata kembar yang satunya lelaki dan satu lagi perempuan.Syukurnya melangit pada Allah,nikmat zuriat yang terindah dalam hidupnya..hilang satu Allah gantikan dua! Daqiq Mumtazul Hayatnama itu bermaksud Detik Kecemerlangan Hidup ..lahirnya anak itu disaat dia berjaya mencapai cita-citanya untuk berbudi kepada tanah di hadapannya ini.Kini,sejak kelahiran Daqiq, dia sudah melangkah satu tapak lagi ke hadapan.Dalam tempoh dua tahun lagi,Chalet-chalet akan dibina tidak jauh dari dusunnya.Dia mahu membina Homestay pula. Hannah Nafisatul Ilminama itu dia pilih untuk menggambarkan betapa dia menghargai kehadiran Hannah dalam hidupnya.Hannah sempena nama mamanya dan Nafisatul Ilmi bermaksud Nafas Ilmu .Dia mahu anak perempuannya itu menjadi tunjang ilmu.Membesar sebijak mamanya..dan menjadi seperti mamanya yang sekarang.. Jauh menungUwais terasa tangannya dipaut. Anak-anak mana? tanya Uwais. Mak dah bawa balik..diorang semua dah balik..kita nak tunggu sini lagi ke? dah pukul 4 petang dah nibiarlah pekerja abang aja yang uruskan kolam-kolam tu Kenapa? penat ya? Adalah sikit..Hannah cuit hidung Uwais. Terima Kasih sayang.terima kasih sebab menjadi sebahagian daripada hidup abang..terima kasih kerana menjadi pelengkap dalam kehidupan abang yang banyak kekurangan ni..Uwais memaut tubuh Hannah dan dicium dahi isterinya itu. Abang nak tahu.dari hari pertama kita jumpa..dekat sekolah tu,sebenarnyasaya tak pernah terfikir lelaki yang saya jeling tu akan jadi lelaki paling saya sayang dalam dunia niwalaupun permulaan kita tak begitu indah tapi hari ni..saya mengaku depan abangsaya menyesal sebab pernah jadikan abang sebagai suami yang saya benci..Demi Allah,sekarang saya cinta abang dunia akhirat..Hannah memeluk Uwais seerat mungkin. Dalam hati abang..hanya Hannah Maryam yang abang cinta dan sayangsampai jasad abang dimamah tanah sekalipun..hanya Hannah pilihan abangdan abang minta,di sana nanti..Hannah Maryam ini juga yang Allah jadikan teman abang..isteri abang di dunia dan akhirat.. Uwais mendakap tubuh Hannah.Dia bermohon hasrat hatinya itu dimakbulkan Allah.Dia bahagia walaupun mungkin akan datang masih ada dugaan buatnya.Dia tidak berasa gentar lagi kerana adanya Hannah Maryamnya di sisi. Hannah memejam mata.Semoga Allah memakbulkan semua permintaan abangsuami yang Hannah Maryam sayangUwais Uksyah..pujaan Hatiku!

You might also like