P. 1
Teknik Permainan Hoki

Teknik Permainan Hoki

|Views: 65|Likes:
Published by Ramizah Mujeeb

More info:

Published by: Ramizah Mujeeb on Sep 11, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/21/2013

pdf

text

original

TEKNIK PERMAINAN HOKI

SHARIFAH ZULIANA BT SYED JAAFAR DPLI-PJ 2 860718-59-5112

1.0

CORETAN SEJARAH HOKI Hoki atau nama baratnya ‘Hockey’ mula menjadi permainan yang diamalkan oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M. lagi. Namun, permainan ini tidak mendapat pendedahan yang baik, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia pertama kali

diperkenalkan di England.

Dalam pada itu, sebagai permainan, hoki sudah mula diterima di mata dunia. Tika itu, undang-undang mula direka. Walaupun usaha ini memakan masa yang lama, namun ia mendatangkan pelbagai kebaikan dan manfaat , dan dengan adanya undang-undang dan peraturan ini, maka dapatlah permainan ini dimainkan dengan lebih teratur dan selamat.

Permainan hoki ini pernah memasuki acara dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Pada mulanya, permainan hoki ini dimainkan oleh pegawai-pegawai barat yang berkhidmat di Tanah Melayu,dan masih belum menjadi penerimaan penduduk tanah air. Namun begitu, mulai tahun 1920, permainan hoki ini mula menarik minat masyarakat kita untuk mempeloporinya.

Pada tahun 1923, negara kita Malaysia telahberjaya menubuhkan pasukan sendiri dan sebagai usaha mengadakan perlawanan

persahabatan dengan negara India yang baru sahaja menang dalam Sukan Olimpik. Perlawanan ini membantu pasukan Malaysia untuk mengadakan perlawanan seterusnya.

Kini, permainan hoki menjadi salah sebuah permainan yang diminati serta diterapkan dalam sukan peringkat sekolah serta kebangsaan seterusnya peringkat dunia. Malaysia punyai pemain hoki yang hebat dan mampu untuk berjaya dalam pertandingan yang dipertandingkan.

2.0

TEKNIK PERMAINAN HOKI

2.1 Perkembangan Teknik Asas         Dalam fasa ini pelatih didedahkan kepada kemahiran yang hendak diajar berdasarkan kepada objektif latihan. Pelatih diajar cara atau teknik yang betul. Tunjukcara dan arahan yang jelas hendaklah dinyatakan. Ansurmaju diadaptasikan supaya pelatih lebih bersedia. Jurulatih hendaklah mencipta dan memilih aktiviti -aktiviti yang menggalakkan untuk menghasilkan latihan yang berkesan. Mengadakan sesi latihan secara teratur. Jurulatih hendaklah menggalakan penglibatan pelatih

sepenuhnya. Jika aktiviti itu berkumpulan, kumpulan itu hendaklah kecil supaya tiap pelatih mendapat latihan yang kerap. 2.2 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS HOKI 2.2.0 Menimang Bola Menimang bola adalah satu kemahiran yang boleh membantu koordinasi mata serta tangan dan memperkenalkan bahagian kayu yang patut digunakan. Ia juga menggalakkan pemain memandang bola dan

memperkenalkan pegangan ( grip )asas.1. Pegang kayu dengan tangan kiri di bahagian atas dan tangan kanan dipertengahan batang kayu. Tangan di sebelah bawah hendaklah dalam posisiuntuk

mengawal kayu.2. Ketuk bola ke udara dengan bahagian muka rata kayu. Jangan ketuk bola lebih tinggi dari 25 cm.

2.2.1 Kemahiran Memukul Pemain boleh memukul bola dengan kayu hoki dalam keadaan statik atau dinamik. Kita boleh menggunakan kedua-dua belah tangan atau sebelah tangan semasa memukul bola.

Hantaran dengan pukulan merupakan satu cara hantaran yang kuat kerana bola itu bergerak dengan pantas ke arah yang diperlukan. Ketepatan arah yang boleh dicapai dengan latihanlatihan yang kekal dan ini sentiasa perlu ditekankan.

Tangan kiri menggenggam di bahagian atas atau hujung kayu sementara tangan kanan di bawahnya. Kedua-dua ’V– yang

dibuat dengan ibu jari dan jari telunjuk dari kedua-dua tangan adalah selari. Tangan kiri ditegakkan supaya perlaksanaan lancar hayunan kayu ke belakang dan mengikut rentak ke hadapan diadakan.

Pemain berdiri dengan kaki kangkang supaya anda berada di dalam keadaan yang selesa. Letakkan bola lebih kurang 20cm dari kaki kiri. Bahu kiri ke arah gerakan atau pukulan. Pada masa hantaran atau pukulan dibuat, mata hendaklah memandang bola dan lutut dibengkokkan sedikit.

Kedudukan bola janganlah jauh ataupun dekat sangat dengan kaki kiri. Sekirannya bola dalam kedudukan dekat sangat dengan kaki kiri,kemungkinan pemain berkenaan memukul kakinya sendiri. Kedudukan bola juga bergantung kepada ketinggian pemain berkenaan.

Kayu dihayunkan terus ke belakang dan bergerak terus dalam satu garisan lurus dengan kaki kiri. Pada masa kayu kena pada bola, muka kayu hendaklah dalam keadaan ’Vertical–supaya

pukulan tepat boleh berlaku. Gerakan tangan adalah bebas dan tidak menyentuh mana-mana bahagian badan atau sebarang jenis halangan sama ada pada masa menghayunkan ke belakang atau mengikut lajakan ke hadapan.

2.2.2 Kemahiran Asas Menolak Kemahiran ini boleh dilakukan dalam 2 cara, iaitu secara tolakan biasa dan tolakan kias. Menolak adalah kaedah penghantaran yang paling pantas kepada rakan. Sasaran hantaran bola disembunyikan hingga ke saat-saat akhir, untuk menggelirukan pihak lawan. Dalam keadaan kritikal, tolakan merupakan kaedah paling selamat dan boleh dibuat dengan mudah dan pantas.

Kemahiran ini boleh dilakukan daripada kedudukan yang sukar apabila kemahiran memukul tidak sempat untuk dilakukan. Kepentingan kemahiran ini adalah berguna untuk melakukan ‘clearance’ cepat atau jaringan. Kemahiran menolak ini mempunyai hantaran lengkung yang luas dan boleh dilakukan semasa pemain sedang bermain. Ini kerana pemain tidak menggunakan hayunan ke belakang, menyebabkan kesukaran pihak lawan melihat dan menjangka bila dan ke arah mana hantaran akan dibuat.

Teknik memegang kayu hoki untuk kemahiran menolak adalah tangan kiri memegang kayu di bahagian atas, sementara kedudukan tangan kanan ialah 15-30sm di bawah tangan kiri. Kayu hendaklah dipegang dengan kuat. Bahu kiri hendaklah menghala ke sasaran bola atau target. Kedudukan kaki adalah selesa untuk memberikan keseimbangan. Lutut dibengkokkan menghampiri kayu supaya dapat diletak dengan bola.

Kedudukan bola ialah 15sm daripada kaki kanan atau

30sm dari kaki kiri. Badan dibongkokkan ke hadapan supaya mata dapat melihat bola dengan tepat.

2.2.3 Kemahiran Asas Menahan Menahan atau menyerkap bola hoki dilakukan dengan pelbagai cara bergantung pada pergerakan bola. Pemain berdiri dalam keadaan yang selesa pandang arah bola, memegang kayu hoki dengan genggaman terbuka. Bahagian permukaan rata kayu hoki menghadap bola dan letakkan kayu hoki di hadapan dengan badan dibongkokkan sedikit, apabila bola menghampiri,pemain perlu menahan bola.

2.2.4 Kemahiran Asas Menggelecek Mengelecek bolah dilakukan dalam 2 cara iaitu kelecek rapat (secara golekan) dan kelecek longgar. Menggelecek bola ke arah dan ke atas penghalang.

Menggelecek rapat Menggelecek rapat digunakan apabila pemain hendak mengawal bola dengan rapi. Ia digunakan apabila pemain itu tidak dapat memastikan keadaan atau situasi semasa bermain samada selamat atau tidak untuk mendedahkan bola kepada pihak lawan.

Pegangan kayu tangan kiri di bahagian atas kayu dan tangan kanan di bawah sedikit. Tangan kiri memegang kayu dengan kuat sementara tangan kanan membantu mengawal bola sahaja.

Bola hendaklah sentiasa berada lebih kurang 30-40 cm di luar kaki kanan dan berada di hadapan badan. Sekirannya kedudukan bola terlalu dekat ia akan mengganggu pergerakan dan jika ia terlalu jauh akan menjadi susah untuk mengawalnya. Badan dibongkokkan sedikit supaya berada dalam keadaan selesa semasa membawa bola. Gerakan kaki adalah seperti

seorang berjalan atau berdiri. Kaedah ini menggalakkan seseorang pemain bergerak dengan pantas daripada gerakan biasa dan akan dapat mengatasi kawasan permainan yang lebih luas. Kayu pemain mesti menyentuh tanah supaya ia dapat melihat kehadapan semasa ia berlari dan menggelecek bola.

Menggelecek Indian Menggelecek Indian sangat berguna jika pemain hendak menukar arah daripada kanan ke kiri atau sebaliknya, dan melalui cara ini pemain boleh melarikan diri daripada pihak lawan.

Pemain-pemain

mestilah

melaksanakan

kelecek

India

di

hadapan badan dengan cara menggerakkan bola ke hadapan dan ke belakang melintang badan dan dengan cara silih berganti memainkan bola menggunakan hadapan dan kilas kayu. Tangan kiri sentiasa menggerakkan kayu belakang dan ke hadapan ke atas bola. Tangan kanan membenarkan kayu diputar bebas dan digabungkan dengan tangan kiri untuk melakukan ketekan untuk menukar arah gerakan bola.

2.2.5 Kemahiran Asas Flik Flik dilakukan dengan cara memindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri dengan pantas. Pemain berdiri dalam keadaan keadaan selesa, bengkokkan lutut dan letakkan bahagian permukaan rata kayu hoki di belakang bola. Pegang kayu hoki dengan genggaman terbuka, condongkan bahagian permukaan rata kayu hoki di belakang bola, Kuncikan siku, kemudian pemain dikehendaki memandang bola. Kilaskan pinggang, dan tolak bola dengan tangan kanan.

RUJUKAN

Mohd Said Bin Hj Sebran (2000), Diakses pada 10 Ogos 2012, http://www.scribd.com/doc/87604245/5/CARA-BERMAIN-HOKI

Syazrina (2011), Diakses pada 10 Ogos 2012,
http://www.scribd.com/doc/54686487/Kemahiran-Asas-Dalam-Hoki

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->