You are on page 1of 6

LAMPIRAN A

JADUAL PELAKSANAAN PENEMPATAN & PERMOHONAN MURID KE SEKOLAH MENENGAH (KELAS PERALIHAN / TINGKATAN SATU/SBP/SMKA/KAA/RKN/RKD) BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2013

BIL
1

PERKARA
MENGEMASKINI DAN MENGESAHKAN DATA MURID TAHUN ENAM , IBUBAPA/PENJAGA DI DALAM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) TAKLIMAT CARA PERMOHONAN ATAS TALIAN KE SEKOLAH MENENGAH (KELAS PERALIHAN/TINGKATAN SATU) MELALUI APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) PERMOHONAN PENEMPATAN KE TINGKATAN SATU SECARA ATAS TALIAN MELALUI APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) -SEMAKAN PERMOHONAN PENEMPATAN KE TINGKATAN SATU MELALUI APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) -MELULUS DAN MENCETAK SENARAI SEPADU PERMOHONAN PENEMPATAN KE TINGKATAN SATU

TINDAKAN
PKHEM/GKHEM/GURU KELAS

TARIKH
3 14 SEPT. 2012

3 14 SEPT. 2012 PPD

PKHEM/GKHEM/GURU KELAS

15 30 SEPT. 2012

PPD

1 15 OKT. 2012

PPD

1 15 OKT. 2012

MENERIMA SENARAI SEPADU, MENCETAK & MENGEDAR SURAT PENEMPATAN MASUK KE TINGKATAN SATU PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN MELALUI APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) KE SBP/SMKA/KAA/RKN/RKD PENEMPATAN MURID KE KELAS PERALIHAN / TINGKATAN SATU DI SEKOLAH MENENGAH YANG BERKENAAN PENDAFTARAN MURID KE KELAS PERALIHAN / TINGKATAN SATU DI SEKOLAH MENENGAH YANG BERKENAAN

GURU BESAR

16 19 OKT. 2012

PKHEM / GKHEM / GURU KELAS / IBUBAPA

16 30 OKT. 2012

GURU BESAR / PENGETUA

1 NOV. 2012

GURU BESAR / PENGETUA

5 9 NOV. 2012

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Kami : J.Pel.Pk. (SM) 2873/1 ( 2 ) Tarikh : 5 September 2012 Semua Guru Besar SK / SJK(C) / SJK(T) Negeri Perak. Tuan, PENEMPATAN MURID KE KELAS PERALIHAN / TINGKATAN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2013 Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas. 2. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa penempatan murid sekolah rendah ke sekolah menengah (Kelas Peralihan / Tingkatan Satu) akan dilaksanakan mengikut kaedah-kaedah sebagaimana taklimat yang telah diberikan oleh pihak PPD masing-masing melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). 2.1 Bagi sekolah-sekolah yang menempatkan muridnya ke dua(2) buah sekolah menengah atau lebih, pihak tuan adalah dikehendaki menubuhkan Jawatankuasa Penempatan Murid Ke Sekolah Menengah (Kelas Peralihan / Tingkatan Satu) Peringkat Sekolah Bagi Sesi Persekolahan 2013. Jawatankuasa tersebut hendaklah dianggotai oleh : Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha AJK : : : : Guru Besar PK HEM Penyelaras Tahun 6 Semua Penolong Kanan / Guru Kanan Semua Guru Kelas Tahun Enam

Tugas jawatankuasa ini adalah membuat penempatan murid ke sekolah menengah dengan membuat pertimbangan dalam perkara berikut : 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 Lokasi rumah murid (sekolah menengah yang terhampir dengan alamat rumah murid). Kemudahan pengangkutan. Mempunyai abang / kakak yang sedang belajar di sekolah menengah berkenaan. Keistimewaan seperti cacat anggota / kesihatan. *Semua kriteria di atas tertakluk kepada kekosongan tempat.

2.2 Pihak tuan dikehendaki membuat pemilihan murid mengikut agihan yang ditetapkan. Adalah ditegaskan bahawa pihak tuan hendaklah meneliti setiap kes supaya kemasukan murid ke sesebuah sekolah menengah itu berjalan dengan baik dan lancar. Bagaimanapun keputusan muktamad ditentukan oleh JPN / PPD.

2.3 Pihak tuan juga dikehendaki memperingatkan kepada ibubapa / penjaga murid bukan warganegara agar membuat permohonan kebenaran belajar yang baru dengan menggunakan borang Bahagian I Permohonan Penerimaan Masuk Murid Bukan Warganegara ke Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan dan dipanjangkan kepada Pengarah Pelajaran Negeri Perak (U.P : Penolong Pengarah Unit Perhubungan & Pendaftaran) melalui Guru Besar atau Pengetua sekolah. 3. Setelah pihak PPD selesai membuat kelulusan permohonan ke Sekolah Menengah (Kelas Peralihan / Tingkatan Satu), pihak tuan akan menerima Senarai Bersepadu Penempatan Masuk Sekolah Menengah sebagai rujukan bagi tujuan mengeluarkan surat tawaran. 4. Penempatan ini perlu dibuat mengikut kaedah yang ditetapkan supaya ibubapa atau waris murid tidak perlu datang ke Jabatan Pelajaran Negeri Perak atau Pejabat Pelajaran Daerah hanya semata-mata untuk mendapatkan maklumat penempatan anak-anak atau jagaan mereka. 5. Bersama-sama surat siaran ini, disertakan Lampiran A - Jadual Pelaksanaan Penempatan Murid Ke Sekolah Menengah (Kelas Peralihan / Tingkatan Satu) bagi SK, SJK(C) dan SJK(T), manakala permohonan ke SBP / SMKA / RKN / RKD hanya melibatkan SK sahaja sebagai rujukan pihak tuan. 6. Pihak sekolah diminta agar mengambil maklum akan perkara ini dengan teliti dan mengambil tindakan yang sewajarnya berkaitan perkara tersebut. Surat siaran ini boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan Pelajaran Perak di alamat http://www.pelajaranperak.gov.my/ Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Unit Sekolah Menengah (Pengurusan Murid) di Jabatan Pelajaran Perak atau Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Kerjasama dan tindakan tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(ABD. MAJID BIN YUSOF, PMP., AMN., AMP.) Ketua Sektor Pengurusan Sekolah b/p Pengarah Pelajaran Perak. s.k : 1. Timbalan Pengarah Pelajaran Perak 2. Semua Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Perak 3. Semua Pegawai Pelajaran Daerah

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj. Kami : J.Pel.Pk. (SM) 2873/1 ( 3 ) Tarikh : 5 September 2012 Semua Guru Besar SJK(C) / SJK(T) Negeri Perak. Tuan, KEMASUKAN MURID-MURID SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC) DAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) KE SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANPA MELALUI KELAS PERALIHAN BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2013 Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas. 2. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa murid-murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dibenarkan terus memasuki Tingkatan 1 (Satu) Sekolah Menengah Kebangsaan bagi sesi Persekolahan Tahun 2013 tanpa melalui Kelas Peralihan berdasarkan kepada syarat-syarat berikut : 2.1. 2.2. 2.3. Telah mengambil Peperiksaan UPSR pada tahun 2012 Lahir pada tahun 2000 Lulus sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu: i. ii. iii. Bahasa Melayu Kertas 021 dan 022 Bagi murid SJKC atau Bahasa Melayu Kertas 031 dan 032 Bagi murid SJKT atau Bahasa Melayu Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) di Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) dan berkebolehan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu khususnya kemahiran bertutur dan menulis.

3. Bagi melaksanakan urusan kemasukan murid-murid ke Tingkatan 1 (Satu) tanpa melalui Kelas Peralihan, semua sekolah rendah yang berkenaan dikehendaki menubuhkan

Jawatankuasa Kemasukan Murid-Murid Ke Tingkatan 1 (Satu) Tanpa Melalui Kelas Peralihan (Peringkat Sekolah) yang dianggotai oleh : Pengerusi Setiausaha Ahli Jawatankuasa : : : Guru Besar Guru Penolong Kanan Pentadbiran i. Ketua Panitia Bahasa Melayu ii. Dua orang Guru Bahasa Melayu

Tugas Jawatankuasa ini adalah melaksanakan dan bertanggungjawab terhadap kemasukan murid-murid ke Tingkatan 1 (Satu) berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan di Para 2. 4. Syarat-syarat di Para 2.3 adalah muktamad dan gred lain-lain mata pelajaran TIDAK DIAMBIL KIRA dalam membuat keputusan. Pihak sekolah diminta agar mengambil maklum akan perkara ini dengan teliti dan mengambil tindakan yang sewajarnya berkaitan perkara tersebut. 5. Surat siaran ini boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan Pelajaran Perak di alamat http://www.pelajaranperak.gov.my/ . Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan berhubung perkara ini, sila hubungi Unit Sekolah Menengah (Pengurusan Murid) di Jabatan Pelajaran Perak atau Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Kerjasama dan tindakan tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan.

Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

(ABD. MAJID BIN YUSOF, PMP., AMN., AMP.) Ketua Sektor Pengurusan Sekolah b.p Pengarah Pelajaran Perak. s.k 1. 2. 3. Timbalan Pengarah Pelajaran Perak Semua Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Perak Semua Pegawai Pelajaran Daerah

You might also like