You are on page 1of 13

Praktikal 2: Daya dan Gerakan Hasil Pembelajaran:1) Mengenal pasti daya-daya yang berbeza dalam konteks berlainan.

2) Mengukur pecutan objek yang jatuh bebas. Bahan: Aktiviti 1: Prosedur: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Satu blok kayu diletakkan di atas lantai. Tolakan kecil diberikan pada blok kayu itu dan pemerhatian anda direkodkan. Sebiji bola ping pong dibaling ke udara. Pemerhatian direkodkan. Dawai diikatkan dengan tegang di antara dua paku yang telah diketuk ke dalam blok kayu. Dawai itu disentuh. Pemerhatian direkodkan. Satu bola ping-pong diletakkan ke dalam sebuah bikar yang berisi air. Bola itu cuba ditolakkan ke dalam air. Pemerhatian direkodkan. Sebuah buku diletakkan di atas tangan anda. Pemerhatian direkodkan. Inferens-inferens dinyatakan bagi setiap pemerhatian yang dibuat. Blok kayu, bola ping pong, dawai yang diregangkan atas blok kayu, bikar dan buku Mengenal pasti daya-daya yang berbeza dalam konteks berlainan.

Langkah berjaga- jaga: 1. Pastikan permukaan lantai tidak terlalu kasar kerana akan mempengaruhi pergerakan blok kayu. 2. Perhatikan dengan teliti keadaan bola ping pong apabila berada pada ketinggian maksimum. 3. Dawai mestilah berada dalam keadaan tegang. 4. Kuantiti air mestilah sesuai bagi mengelakkan air tumpah semasa menolak bola ping pong ke dalam air. 5. Kedudukan buku perlu diletakkan dalam keadaan stabil.

Keputusan : Jadual 1 : Pemerhatian dan inferens kepada aktiviti yang dilakukan. Aktiviti Satu blok Pemerhatian kayu - Blok bergerak mengikut arah daya yang dikenakan. awal gerakan dan semakin perlahan pada akhir gerakan, kemudian blok tersebut berhenti. Sebiji pong udara. bola dibaling ping - Bola ping pong melambung ke di udara secara perlahan.
- Apabila sampai kepada

Inferens - Objek mengalami daya tolakan dan daya geseran. - Daya tolakan lebih besar berbanding daya geseran menyebabkan blok tersebut boleh bergerak. - Objek mengalami daya graviti semasa bola ping pong jatuh. - Objek mengalami daya geseran semasa bola dilambung. - Daya tegangan menyebabkan dawai terasa tegang bila disentuh. Ketegangan tali menyebabkan dawai bergetar. - Daya apungan mengakibatkan bola ping pong terapung.

diletakkan di atas diberikan pada blok kayu itu.

lantai. Tolakan kecil - Blok kayu bergerak laju pada

ketinggian maksimum, bola tersebut jatuh kembali ke Dawai antara lantai dengan cepat. diikatkan - Dawai menjadi semakin tegang apabila disentuh. menghasilkan getaran. dua paku - Selepas dilepaskan, dawai

dengan tegang di yang telah diketuk ke dalam blok kayu. Dawai itu disentuh.

Satu bola ping-pong - Bola ping pong itu sukar diletakkan ke dalam berisi air. Bola itu cuba ditolakkan ke dalam air. Sebuah tangan. untuk ditolak ke dalam air. akan kembali terapung ke permukaan air. sebuah bikar yang - Apabila dilepaskan, bola

buku - Buku dalam keadaan pegun dan stabil. (tiada gerakan yang berlaku.)

- Keseimbangan berlaku.
- Berat

daya adalah daya adalah

diletakkan di atas

buku dengan bersih

sama normal.
- Daya

sifar.

Aktiviti 2:

Mengukur pecutan objek yang jatuh bebas.

Bahan-bahan: Jangka masa detik, pita detik, pengapit, bekalan kuasa, dawai penyambung, pemberat 300 g, 450 g dan 600 g dan selotape. Prosedur: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Satu bangku dietakkan di atas meja. Jangka masa detik diapitkan di atas bangku. Satu pita detik dilalukan melalui jangka masa detik dan satu pemberat berjisim 300 g dilekatkan di hujungnya. Jangka masa detik dihidupkan dan pemberat dibiarkan jatuh bebas ke bawah. Pita detik dipotong sepotong setiap 2 detik dan disusun untuk menghasikan satu carta pita. Langkah 3 ulangi untuk jisim-jisim 450 g dan 600 g. Binakan carta pita dan tentukan pecutannya untuk setiap jisim yang digunakan,.

Langkah berjaga- jaga: 1. Pastikan panjang pita detik sesuai untuk membuat pengukuran. 2. Pastikan jangka masa detik dapat berfungsi dengan baik sebelum digunakan. 3. Pemberat mestilah dilepaskan apabila jangka masa detik telah dihidupkan.

Perbincangan:

Dalam topik daya dan gerakan ini, kita perlulah memahami terlebih dahulu definisi daya dan gerakan tersebut. Daya secara mudahnya adalah sesuatu tolakan atau tarikan yang bertindak ke atas sesuatu objek. Daya yang bertindak ke atas sesuatu objek akan menyebabkan objek itu mengalami pecutan atau berubah halaju. Daya merupakan satu kuantiti vektor. Mengikut Hukum Newton kedua, daya adalah:

dimana adalah Daya adalah Jisim adalah Pecutan Daya boleh menyebabkan berlakunya perubahan gerakan pada objek seperti menghentikan gerakan, mengubah arah dan mengurangkan kelajuan. Eksperimen pertama memerlukan kami mengenal pasti daya-daya yang berbeza dalam konteks berlainan. Terdapat beberapa jenis daya di sekeliling kita seperti daya graviti, daya keapungan, daya normal, daya geseran dan daya tegangan. Dalam aktiviti ini kami dikehendaki menolak sebuah blok kayu. Berdasarkan pemerhatian, blok kayu itu bergerak , tetapi berhenti tidak lama kemudian. Blok tersebut bergerak pada awalnya kerana daya tolakan yang dikenakan adalah lebih besar berbanding daya geseran. Selepas itu blok tersebut berhenti kerana daya geseran adalah lebih besar daripada daya tolakan blok tersebut. Daya geseran wujud antara dua permukaan yang bersentuhan dan arah daya geseran setentang dengan arah gerakan objek.
Daya tolakan Daya geseran

Seterusnya, bola ping pong dilambung ke atas. Berdasarkan pemerhatian, bola ping pong naik ke atas dengan perlahan dan berhenti pada ketinggian maksimum. Kemudian bola tersebut jatuh dengan cepat. Bola tersebut naik dengan perlahan kerana terdapat geseran ataupun rintangan udara. Selepas itu bola jatuh dengan cepat kerana daya tarikan graviti yang menariknya ke pusat Bumi. Daya tarikan graviti di permukaan Bumi adalah seragam bagi semua objek iaitu 9.8 ms.

Dalam aktiviti berikutnya, kami dikehendaki menyentuh dawai yang diikat tegang antara dua paku. Apabila disentuh, dawai terasa semakin menegang. Hal ini berlaku kerana terdapat daya tegangan yang dikenakan ke atas dawai tersebut. Selai itu, dawai tersebut turut bergetar selepas disentuh. Ketegangan dawai menyebabkan berlakunya getaran. Getaran adalah gerakan bolak-balik yang berlaku di sekitar titik keseimbangan di mana kuat lemahnya dipengaruhi besar kecilnya tenaga yang diberikan. Aktiviti seterusnya ialah menolak bola ping pong ke dalam air. Bola tersebut sukar untuk ditolak masuk ke dalam air dan bola kembali terapung ke permukaan air apabila dilepaskan. Hal ini terjadi kerana daya apungan telah menolak bola tersebut ke permukaan air. Daya apungan, , adalah daya yang bertindak ke atas objek yang terendam dan mengarah keatas. Jika daya apung adalah lebih besar daripada berat, maka objek akan timbul dan sebaliknya. Selain itu, bola ping pong tersebt juga mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berbanding ketumpatan air kerana terdapat ruang udara di dalam bola ping pong tersebut. Objek yang mempunyai ketumpatan yang lebih rendah berbanding cecair akan terapung di dalam air. Formula bagi daya keapungan ialah: dimana ialah ketumpatan bendalir ialah isipadu bendalir yang terganjak oleh isipadu objek yang tenggelam ialah pecutan graviti Dalam aktiviti terakhir bagi eksperimen 1, sebuah buku diletakkan di atas tangan. Buku tersebut berada dalam keadaan stabil dan tidak bergerak. Keseimbangan daya telah berlaku di mana daya normal adalah bersamaan dengan berat objek. Maka, daya bersih yang diperolehi adalah sifar.
Daya normal

Berat

Dalam eksperimen kedua, kami dikehendaki mengukur pecutan objek yang jatuh bebas. Setiap objek di sekeliling kita akan ditarik ke pusat bumi oleh satu daya yang dikenali sebagai daya tarikan graviti. Daya tarikan graviti ialah suatu kuantiti vektor Daya ini akan menyebabkan objek akan jatuh ke arah Bumi apabila dilepaskan. Magnitud daya tarikan graviti bergantung kepada jisim jasad dan jarak dari pusat Bumi.

Jika objek jatuh ke bawah tanpa dipengaruhi daya-daya luar seperti rintangan udara, objek tersebut dikatakan jatuh secara bebas. Objek yang jatuh bebas ini akan mengalami pecutan. Pecutan ialah kadar perubahan halaju. Pecutan objek jatuhan bebas dikenali sebagai pecutan graviti. Pecutan graviti adalah pecutan yang dihasilkan oleh tindakan daya tarikan graviti ke atas jasad menuju ke pusat bumi. Objek yang mengalami gerakan jatuh bebas mempunyai pecutan yang hampir sama dengan daya graviti jika tiada daya lain yang bertindak ke atas objek. Alatan yang digunakan ialah jangka masa detik dan pita detik. Jangka masa detik ialah alatan yang digunakan untuk mengkaji gerakan sesuatu objek bagi selang masa yang singkat. Alatan ini dapat digunakan untuk menentukan masa, sesaran, halaju purata, pecutan dan jenis gerakan. Bagi menguji nilai pecutan objek yang jatuh bebas ini, tiga pemberat berjisim 300g, 450g, dan 600g telah digunakan. Bagi pemberat 300g, nilai pecutan gravitinya adalah 9.53 ms. Bagi pemberat 450g pula ialah 9.69 ms, dan pemberat 600g mempunyai nilai pecutan 9.53 ms. Nilai pecutan graviti yang diperoleh daripada eksperimen ini ialah hampir kepada nilai pecutan graviti yang sebenar iaitu 9.8 ms. Nilai pecutan graviti dalam eksperimen kurang dari nilai pecutan graviti yang sebenar disebabkan faktor geseran udara, dan geraran antara pita detik dan jangka masa detik. Selain itu, pecutan graviti bagi setiap pemberat adalah hampir sama kerana pecutan graviti tidak dipengaruhi oleh bentuk dan jisim objek. Kesimpulan Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai jenis daya di sekeliling kita. Bagi eksperimen pertama , daya yang bertindak ke atas objek ialah daya tolakan, daya geseran, daya graviti, daya tegangan, daya keapungan dan daya normal. Dalam eksperimen kedua pula, nilai g yang diperoleh adalah hampir sama untuk jisim- jisim pemberat yang berlainan dengan nilai pecutan graviti Bumi. Hal ini kerana nilai pecutan graviti tidak dipengaruhi oleh jisim dan bentuk objek yang jatuh.

Soalan Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran: 1.Adakah nilai-nilai pecutan yang diperoleh dari jisim-jisim yang berbeza sama nilainya dengan g? (Pecutan akibat tarikan graviti bumi)?Terangkan. (6markah) Ya, nilai pecutan yang diperoleh oleh jisim yang berbeza mempunyai nilai yang hampir sama dengan nilai g. Hal ini kerana objek tersebut jatuh secara bebas. Objek yang jatuh secara bebas akan memecut. Pecutan ini dikenali sebagai pecutan graviti. Nilai pecutan graviti tidak dipengaruhi bentuk dan jisim objek yang jatuh jika tiada faktor luar seperti geseran udara yang mempengaruhi kejatuhannya. Nilai pecutan yang diperoleh dalam eksperimen ini adalah kurang daripada nilai g sebenar kerana terdapat geseran udara dan geseran antara pita detik dan jangka masa detik.

2.Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang daya yang bertindak ke atas objek yang jatuh bebas? (5markah) Daya yang bertindak ke atas objek yang jatuh bebas ialah daya graviti. Daya tarikan graviti adalah sama bagi setiap objek. Daya ini akan menyebabkan setiap objek akan jatuh ke permukaan Bumi apabila dilepaskan. Objek yang jatuh bebas ini seharusnya jatuh di bawah tarikan graviti tanpa pengaruh daya- daya luar seperti rintangan udara. Nilai pecutan graviti bagi objek yang jatuh bebas seharusnya sama dengan nilai pecutan graviti yang sebenar. Bagaimanapun, jika terdapat geseran udara, maka nilai graviti objek jatuh bebas akan berkurang sedikit dari nilai yang sebenar. 3.Jika eksperimen ini di jalankan di bulan, adakah nilai pecutan yang diperoleh dari jisim-jisim yang berbeza ini akan sama dengan nilai g? Terangkan jawapan anda. (6markah) Tidak . Saiz bulan adalah lebih kecil berbanding Bumi. Bulan mempunyai 1/4 garis pusat bumi bersamaan 3,476 kilometer . Oleh kerana saiznya kecil, maka tarikan gravitinya juga adalah lebih kecil berbanding Bumi. Nilai pecutan graviti di bulan juga adalah lebih kecil berbanding di Bumi. Nilai pecutan graviti di bulan adalah pecutan

graviti di Bumi. Objek yang jatuh bebas mempunyai nilai pecutan yang sama dengan daya graviti. Oleh itu, pecutan jisim adalah sama bagi semua jisim kerana tarikan graviti yang dikenakan adalah sama bagi semua jisim.

Nyatakan apa yang telah anda pelajari daripada dua aktiviti-aktiviti ini. Melalui dua aktiviti ini, saya lebih mengenali daya dan gerakan. Daya boleh menyebabkan berlakunya perubahan gerakan pada objek seperti menghentikan gerakan, mengubah arah dan mengurangkan kelajuan. Saya juga belajar mengenal pasti daya yang bertindak terhadap setiap pergerakan yang dilakukan. Terdapat belbagai daya yang ada di sekeliling kita tanpa kita sedari. Setiap pergerakan yang kita lakukan hampir semuanya melibatkan penggunaan daya. Dalam aktiviti kedua , saya dapat memahami konsep jatuhan bebas. Saya juga memahami nilai pecutan graviti dengan lebih mendalam melalui aktiviti ini. Selain daripada itu, saya juga dapat belajar membuat pemerhatian yang tepat dan belajar menggunakan alatan seperti jangka masa detik dan sumber kuasa . Melalui aktiviti yang dijalankan, saya dapat meningkatkan lagi kemahiran saintifik dan kemahiran proses sains saya.

Refleksi Dalam praktikal 2 ini, kami membuat aktiviti berdasarkan tajuk daya dan gerakan. Tajuk ini memerlukan kami memahami daya dan gerakan dengan lebih mendalam. Banyak pengetahuan yang saya peroleh semasa menjalankan aktiviti ini. Terdapat dua aktiviti yang perlu kami jalankan dalam praktikal ini. Bagi aktiviti pertama, kami dikehendaki mengenal pasti daya- daya yang berbeza dalam konteks berlainan. Melalui aktiviti seperti menolak blok kayu, melambung bola ping pong, menekan dawai, dan sebagainya, kami dapat mengenal pasti daya daya berbeza yang dikenakan ke atas objek bagi setiap aktiviti. Dalam aktiviti kedua pula, kami perlu mengukur pecutan objek yang jatuh bebas. Kami menggunakan alatan seperti pemberat jisim yang mempunyai jisim berbeza, jangka masa detik, pita detik dan lain- lain. Aktiviti pertama memerlukan kami membuat pemerhatian dengan teliti. Selain itu, kami perlu membuat inferens berdasarkan pemerhatian yang dibuat. Kami belajar bagaimana untuk membuat inferens yang logik dan sesuai. Aktiviti kedua pula memerlukan kami gunakan. Antara masalah yang kami hadapi semasa menjalankan aktiviti pertama ialah, saya tidak tahu perkara yang saya perlu tekankan semasa membuat pemerhatian bagi menentukan daya yang betul bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Bagi mengatasi masalah ini, setiap aktiviti ini kami ulangi dan kami merekod pemerhatian yang dibuat. Saya juga telah membuat pembacaan dan berbincang dengan rakan kumpulan bagi mendapatkan pemahaman yang lebih jelas berkenaan konsep daya dan jenis- jenis daya ini. Selain itu, kami juga menghadapi masalah teknikal. Kami tidak dapat menghidupkan jangka masa detik seperti yang sepatutnya. Kami telah membuat pertukaran jangka masa detik dan bekalan kuasa beberapa kali bagi memastikan jangka masa detik yang akan kami gunakan berfungsi dengan baik. Akhirnya kami berjaya menghidupkan jangka masa detik tersebut. Melaui masalah yang dihadapi ini, saya dapat mempelajari satu lagi kemahiran manipulatif iaitu kemahiran menggunakan alatan. Kemahiran ini penting bagi memastikan setiap eksperimen yang dijalankan berjaya. Kami juga menghadapi masalah kekurangan peralatan. Alatan seperti pemberat jisim tidak mencukupi. Hanya terdapat beberapa pemberat jisim sahaja di dalam membina radas dan menggunakan alatan yang jarang kami

makmal dan tidak mencukupi bagi setiap kumpulan mendapatkannya. Bagi mengatasi masalah ini, kami bergilir gilir menggunakan alatan ini dengan kumpulan lain. Selain itu, terdapat juga kumpulan yang bergabung dengan kumpulan lain bagi memudahkan kerja. Kemahiran meneliti dan memahami pita detik amat penting dalam aktiviti kedua. Kami dikehendaki mencari nilai pecutan berdasarkan titik- titik yang terdapat pada pita detik. Saya belajar memahami dan membuat pengiraan pecutan dengan sistematik menggunakan pita detik dan jangka detik. Semasa membuat pengiraan, barulah saya faham bagaimana nilai pecutan jisim ini hampir sama dengan nilai pecutan graviti yang sebenar. Sebagai penutup, saya sangat bersyukur berpeluang menjalankan aktiviti ini kerana banyak kemahiran proses sains dan kemahiran saintifik yang saya perolehi. Semoga segala pengetahuan yang saya perolehi akan dapat saya aplikasikan dalam proses pembelajaran saya.

Rujukan

You might also like