You are on page 1of 11

Cara Membaca Kompas Kompas adalah alat untuk menentukan arah mata angin.

Bahagianbahagian kompas yang penting antara lain: 1. Dial, iaitu permukaan di mana tertera nombor dan huruf seperti padapermukaan jam. 2. Visir, iaitu pembidik sasaran 3. Kaca Pembesar, untuk pembacaan pada angka 4. Jarum penunjuk 5. Tutup dial dengan dua garis bersudut 45 6. Alat penggantung, dapat juga digunakan sebagai penyangkut ibu jari untuk menopang kompas pada saat membidik.

Angka-angka yang ada di kompas dan istilahnya North North East East South East South South West West North West Cara Menggunakan Kompas = = = = = = = = Utara = 0 Timur Laut Timur = 90 Tenggara = 135 Selatan = 180 Barat Daya Barat = 270 Barat Laut = 325 = 45

225

1. Letakkan kompas anda di atas permukaan yang rata. setelah jarum kompas tidak bergerak lagi, maka jarum tersebut menunjuk ke arah utara magnet. 2. Bidik sasaran melalui Visir dengan kaca pembesar. Miringkan sedikit letak kaca pembesar, kira-kira 50 di mana berfungsi untuk membidik ke arah Visir dan mengintai angka pada dial. 3. Apabila Visir diragukan karena kurang jelas dilihat dari kaca pembesar, luruskan saja garis yang terdapat pada tutup dial ke arah Visir, mengikut dengan sasaran tilik agar mudah dilihat melalui kaca pembesar

Sejarah awal kompas ialah ia telah dicipta secara sainstifik dizaman dinasti song di negeri China pada abad ke sebelas.Namun begitu terdapat catatan sejarah ia telah dicipta lebih awal iaitu pada abad ke empat berdasarkan sastera kuno cina dalam buku 'Book of the Devil Valley Master' .Pengunaan kompas oleh pelayar eropah hanyalah pada 1300 masihi. Tujuan sebenar kompas dicipta ialah sebagai alat bantuan ahli pelayaran untuk mendapat arah sebenar di muka bumi. Pengunaan kompas penting bagi ahli pelayaran ia adalah alat paling tepat untuk memunjukkan arah di muka bumi. Secara asasnya, kompas diperbuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetosfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut. Setelah anda tahu sejarah kompas, kita lihat pula jenis-jenis kompas idan gambarnya. Ia digunakan sejak zaman berzaman sehingga lahirnya kompas yang moden (jenis prismatik dan biasa), jenis kompas tersebut ialah kompas pelaut, kompas gegasing, kompas falak dan kompas moden berasaskan cecair ,magnet dan teknologi GPS lihat gambar dibawah:

Kebaikan dan kekurangannya: Kebaikan: 1.Kompas boleh digunakan sebagai penyelang (protector) bagi tujuan menyukat sudut(bering) 2.Jarum Utaranya cepat dan mudah berhenti 3.Ringan dan mudah dibawa dan digunakan. Keburukan: 1.Kompas hanya dapat sudut hampir ke 1.4 darjah sahaja (25 mills) Kegunaan Kompas: 1.Mencari arah Utara 2.Menentukan kedudukan peta 3.Menyukat bering (sudut) Teknik menggunakan kompas: Perkara pertama ,apabila mahu menggunakan kompas ialah belajar mencari arah utara, selatan,barat dan timur juga arah lain seperti barat daya dan lainlain. Namun arah Utara yang paling penting. Pada kompas terdapar jarum yang diwarnakan merah dan putih, Jarum kompas yang berwarna merah hendaklah sentiasa menunjukan arah utara (jika kompas jarum kompas anda (warna merah) tidak menunjukan arah utara, adnda harus 'adjust' agar keUtara.Secara asas kompas memgandungi 16 petujuk mata angin,lihat gambar dibawah:

UTL-Utara Timur Laut TTL-Timur Timur laut TT- Timur Tenggara ST-Selatan Tenggara UBL-Utara Barat Daya BBL-Barat Barat Laut BBD-Barat Barat Daya SBD-Selatan Barat Daya

Perkara kedua ialah memahami bahagian-bahagian kompas contoh seperti 2 gambar dibawah. Untuk penulisan ini rencana ini saya menggunakan kompas silva jenis 4 kompas. lensatic (ada juga kompas yang lagi simple dan mudah difahami)

1-Anak panah menunjukkan arah

2-Jarum Kompas 3-Skala 4-Kanta Pembesar 5-Penjangka (roamer) 6.Penunjuk arah perjalanan 7.Tapak kompas (Base plate) 8-Bacaan Bearing (sudut) (compass Housing) 9-Garisan penimur grid 10-Piring kompas

Marching Lensatic Compas Perkara ketiga harus mengetahui memgenai 'bering' (sudut). Bering ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari satu garisan kebisaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yang ditetapkan. Ia menjadi panduan kedudukan sesuatu tempat.Bering dinyatakan dengan angka contoh 250 d 50 ' 35". Perkara keempat harus mengetahui cara memegang,meletak melaraskan kompas. Contoh lihat gambar dibawah: dan

Cara satu: -Jika mengunakan kompas seperti diatas, masukkan jari anda ke "thumb loop", kemudian susun jari anda seperti gambar diatas.

-Jika anda telah mendapat arah yang hendah ditujui, dan hendaklah 'mark' tempat berkenaan, cara memegang kompas sepert diatas, ibu jari dimasukan ke "thumb loop", kemudian susunjari anda seperti diatas.

-Jika kompas jenis Silza, cara memegangnya seperti yang ditunjukan cara memegang seperti diatas. -Teknik lain ialah: 1>meletakan kompas ditapak tangan dan luruskan/ratakan permukaan tangan 2>Meletakan kompas ditempat yang rata Sekian sahaja yang dapat lusuh buat untuk pengatahuan kita semua. ini baru part 1, ia ada part 2, iaitu teknik pengunaan kompas pada peta (penulisan ini adalah sambungan daripada 'Sejarah kompas dan teknik menggunakan kompas dengan betul (asas)-part 1' Peta (map) Sebelum kita teruskan cerita cara menggunakan kompas pada peta, mari kita itu mari kita lihat apa itu peta ?. Ia ialah lukisan diatas kertas atau 'soft copy' gambaran tanah yang diambil dari udara. Ia melalui proses gambar udara yang disatukan dengan maklumat-maklumat yang tepat dan sukatan yang tertentu. Peta mengandugi maklumat keadaan permukaan muka bumi website rasmi lusuh Adventure menjual barang 'camping'

www.lusuh.com.my Tujuan membaca peta 1. Supaya dapat mencari jalan di merata-rata tempat dan mengenali rupa bentuk tanah dan peta 2. Agar dapat memahami keterangan yang terdapat dalam peta 3. Supaya dapat menolong dengan pantas dan tepat dalam memnyampai maklumat memgenai pergerakan dan kedudukan. Jenis-jenis peta -Peta jalan -Peta bandar -Peta pemerintah -Peta fizikal -Peta Topografi Teknik asas menggunakan kompas dan peta Pertama sekali ialah memastikan kemanakah yang hendah anda pergi.(arah yang hendahk ditujui).Ikuti segala prosudure yang telah ditetapkan contoh: (a) perhatikan di peta anda dimanakan arah utara (b) Fahami sedikit bentuk muka bumi yang yang anda akan lalui, (c) Merangcang untuk memudahkan untuk sampai ke distinasi. Sebelum itu kita lihat kembali kompas dan fungsinya, lihat gambar 1 dibawah:

Gambar 1 Langkah Pertama: 1.Letakan kompas anda dipeta, tandakan tempat yang hendak ditujui, berdasar bering yang diberi atau melalui pandangan (ingatan) sahaja, buat satu garisan di peta (jika perlu). Selarikan kompas anda dengan garisan yang anda buat dipeta contoh 'point A' ke 'point B'. peta) rujuk gambar 2 dibawah.

Gambar 2 2.kedudukan anda ialah di 'point A' jangan silap, lebih baik lukis 'arrow' (jika perlu) pada garisan untuk menuju ke 'point B'. 3.Dari 'point A' anda boleh menentukan jarak ke'point B', menggunakan skala pada kompas anda atau berdasar grid yang diberi pada peta (jika ada). Langkah Kedua: 1.Kukuhkan kedudukan kompas diatas peta agar "base plate" kompas tidak lari kedudukan 2.Pusingkan "rotating capsule"@"kompas housing",sehingga penunjuk Utara dan selatan di bahagian atas "rotating capsule"@"kompas housing" sama arah dengan garisan arah Utara di peta. Rujuk gambar 3 dibawah.

Gambar 3

3.pastikan kedudukan anak panah dibahagian bawah "capsule point" sama arahnya dengan arah utara didalam peta. Anda bualah sedikit pembetulan untuk ketepatan jika perlu. Langkah Ketiga: 1.Pegang kompas ditangan anda dan fokuskan dihadapan anda.Pastikan"base plate" dalam keadaan rata ditangan anda dan arah anak panah lurus dan menunjukan tempat yang ditujui.rujuk gambar 4 dibawah.

Gambar 4 2.Pusing badan anda dan sehingga utara dan selatan dibahagian atas "capsul" sebaris atau selari dengan jarum magnatik dan warna penanda merah dibahagian bawah jarum kompas adalah sama arah dengan anak panah. 3.kini arah anak panah pada "base plate" akan terarah ketempat yang anda hendak pergi Perhatian untuk semua: Perhatian satu: Sekarang anda telah fokuskan tempat yang anda hendak pergi. Anda kena pastikan bering yang betul agar tidak tersasar. Dihadapan anda mungkin terdapat halangan contoh paya, kawasan merbahaya dan sebagainya. Jadi untuk mengatasi perkara ini, anda kena "marking" sesuatu objek dihadapan anda contoh pokok atau apa saja, diseberang tempat bahaya yang anda elakan. kemudian pergilah ketempat yang anda "marking" tadi. contoh 1 lihat gambar 5 dibawah:

Contoh 1 (gambar 5) Contoh 2, pula menggunakan teknik bering 90 darjah, katakan anda diberi susut 50 darjah untuk ke tempat yang hendak ditujui. tetapi dihadapan anda ada halagan.ok, untuk mengatasi masalah ialah dari point anda berada, buat satu bering baru iaitu 90 darjah bermakna arah belok itu ialah 50 d + 90 d =140 darjah, dan berjalanlah disamping mengira jumlah langkah anda untuk melepasi sesuatu halangan itu. setelah yakin telah lepas kawasan bahaya itu, kembali semula pada bering 50 darjah disepanjang sempadan halangan.setelah pasti halangan lepas, kembali pula pada menggunakan bering 90 darjah. Untuk kembali kepada perjalanan asal gunakan 'back bering' iaitu 140 d + 180 d = 320 darjah. Perhatitian ingat semula jumlah langkah anda contoh 100 langkath atau 200 langkah kaki , dan pastianda akan tiba tempat yang ditujui. Rujuk gambar 6 dibawah:

Contoh 2 (gambar 6) contoh 3, ialah menggunakan tanda di peta. Apabila terdapat halangan perhatikan peta untuk mencari arah memesong. Tentukan ada dua tanda panduan dipeta dan ditanah yang didapati di sepanjang perjalanan. Satu srbelum halangan dan satu lagi selepas halangan. Semasa tiba awal dihalangan ambil bering tanda pertama dan berjalan kearah tanda panduan tersebut. apabila tibi di tempat ditujui bering pula ketabda panduan kedua selepas halangan dan terus berjalan kesitu. Rujuk gambar 7.

Contoh 3 (gambar 6) Perhatian dua, semasa anda berjlan atau berlari kekasan yang ditujui, kemungkina kompas "capsul", secara tidak sengaja terpusing. oleh itu periksa selalu dari masa kesemasa agar anda tidak tersasar Perhatian tiga: Ingat semua perbezaan diantara jarum magnetik yang pastinya akan menunjuk arah utara dan "derection arrow" (anak panah penunjuk kompas) yang akan menujukan arah yang hendak ditujui. Ok cukup disini yang dapat lusuh ceritakan perkara asas dalam pengunaan kompas di peta.Jika ada kesalahan sila tegur ok. Jika anda hendah lebih ilmu lagi pasal kompas ini,ambil kursus mengenainya.

You might also like