You are on page 1of 21

ISI KANDUNGAN ISI PENGENALAN 1.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI DAN KHAT 1.

1 TULISAN JAWI DI MALAYSIA 1.2 TULISAN KHAT DI MALAYSIA 2.0 MENTRANSKRIPKAN CERPEN 3.0 PENULISAN KHAT 3.1 KHAT NASAKH 3.2 KHAT RAKAH 3.3 KHAT THULUTH 4.0 REFLEKSI 5.0 PENUTUP 6.0 BIBLIOGRAFI 7.0 LAMPIRAN 18 19 20 21 6 14 MUKA SURAT 1 2

PENGENALAN

Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa adanya ilmu pengetahuan seseorang itu tidak akan dapat memajukan dirinya selaras dengan peredaran zaman. Ilmu membantu setiap individu untuk mencapai kejayaan dari pelbagai aspek seperti kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, sosial, politik, ekonomi dan sebagainya. Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang khalifah di muka bumi ALLAH ini, terlalu banyak dan luas ilmu yang perlu dituntut. Ilmu yang Allah kurniakan terlalu luas meliputi seluruh aspek kehidupan manusia. Namun begitu, sebagai seorang penganut agama islam, kita mestilah mengetahui dan mendalami mengenai ajaran agama tersebut. Melalui pembelajaran pada kali ini, pengkaji akan mengetahui mengenai sejarah perkembangan tulisan jawi dan khat yang terdapat di Malaysia. Melalui kajian ini juga, seseorang individu akan dapat mengupas dengan lebih terperinci mengenai tulisan jawi dan khat. Sebenarnya terdapat banyak keindahan dan keunikan dalam islam salah satu daripadanya ialah tulisan jawi dan khat. Jika kita lihat tulisan jawi dan khat ini banyak digunakan sebagai perhiasan samada di dinding- dinding masjid mahupun di dalam Kabah. Selain itu, tulisan jawi ini juga mula diperkenalkan seiring dengan ajaran AlQuran. Kita sebagai umat islam perlu berbangga kerana dengan pengunaan tulisan jawi islam itu mampu dikenali di seantero dunia. Ini kerana bukan umat islam sahaja yang mempelajari dan menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan perantaraan mereka namun pelbagai bangsa juga mempelajari tulisan jawi ini meskipun tidak menganuti agama islam. Ini dibuktikan dengan beberapa prasasti mengenai tulisan jawi pada zaman Alam Melayu lagi. Apabila tulisan jawi tersebar meluas, maka wujud pula tokoh-tokoh yang menghasilkan seni tulisan jawi dalam pelbagai bentuk yang dikenali sebagai tulisan khat. Secara harafiahnya, melalui kajian ini dapat kita kenal pasti sejarah perkembangan tulisan jawi yang mempunyai kaitannya sendiri dengan

perkembangan tulisan khat. 1 SOALAN A

Tuliskan Jawi dan khat merupakan warisan umat Islam yang semakin dipinggirkan, namun terdapat usaha-usaha menigkatkan semula martabat tulisan Jawi. 1.0 1.1 Huraikan sejarah perkembangan tulisan Jawi dan khat di Malaysia. SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN JAWI

Tulisan jawi telah lama berkembang di Malaysia sejak kedatangan islam ke tanah melayu. Hal ini berkait rapat dengan kedatangan islam ke nusantara. Pada awalnya, tulisan jawi dikatakan berasal daripada kedatangan islam ke kepulauan melayu pada 55 hijrah. Selain itu ada juga yang berpendapat pada 505 hijrah berasal daripada tulisan arab berasaskan al-Quran dan hadis. Namun tidak ada rekod yang membuktikan bahawa tulisan Jawi dibuat oleh orang Melayu. Pada pertengahan abad ke-20, muncul seorang insan yang ingin mengkaji iaitu Zainal Abidin Ahmad atau dikenali sebagai Zaba. Beliau telah berusaha bermula dari tahun 1918 bagi mengumpulkan banyak perkataan Melayu. Kemudian tulisan jawi telah digunakan sebagai tulisan rasmi bagi beberapa buah negara seperti Brunei, Malaysia, Filipina dan Indonesia. Perkembangan tulisan ini bermula sejak kerajaan islam pasai lagi. Kemudian tulisan ini disebarkan ke kerajaan Melaka, kerajaan johor dan acheh pada abad ke-17. Tulisan jawi adalah yang terawal sampai di Malaysia berbanding tulisan rumi berdasarkan Penemuan batu bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M dan tulisan rumi pada kurun ke-19. Selain itu, penemuan batu bersurat ini juga dapat membuktikan bahawa agama Islam telah bertapak kukuh di alam Melayu. Di dalamnya mengandungi hukum pelaksanaan hukum hudud dan undang-undang jenayah bagi sesebuah negara Islam. Selain itu, terdapat juga penemuan manuskrip yang tertua di dalam tulisan Jawi iaitu Aqaid An-Nasafi pada 998H bersamaan 1590M. Berdasarkan penemuan kedua-dua bahan ini,agama Islam memainkan peranan yang sangat penting dalam kegiatan penulisan. Tambahan pula, dengan kreativiti masyarakat Melayu memanfaatkan huruf-huruf Arab sehinggalah terbentuknya tulisan Jawi. Oleh itu, berlaku penggunaan abjad yang dipinjam daripada abjad arab telah membawa kepada satu perubahan kepada abjad Jawi. Semasa penggunaan abjad Jawi ini, terdapat juga pinjaman daripada tulisan Parsi-Hindi yang memang wujud. Setelah itu, wujudlah huruf-huruf seperti CA-JIM, NGA-GHAIN, PA-FA, GA-KAF, VA-WAU, dan

NYA-THA daripada pinjaman tersebut. Selain itu terdapat juga kewujudan dalam penggunaan abjad vokal seperti alif ( ,) wau ( ) dan ya ) .)

Gambar 1.1 menunjukkan batu bersurat Terengganu yang bertarikh 702 hijrah. Tulisan jawi juga digunakan dalam pelbagai urusan termasuklah urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Hal ini kerana pihak istana pada zaman dahulu juga menggunakan tulisan Jawi sebagai bukti segala aktiviti yang ada berkaitan dengan pentadbiran, perundangan, bahasa, hubungan perdagangan antarabangsa dan diplomatik. Oleh itu, tidak hairanlah istana menjadi salah satu tempat perkembangan persuratan Melayu seperti manuskrip dan kitab-kitab agama berjalan dengan rancaknya dengan menggunakan tulisan Jawi. Hal ini dapat dibuktikan dengan kewujudan pusat-pusat penulisan manuskrip di istana-istana raja. Oleh itu, raja-raja mempunyai jurutulis sekiranya terdapat perkara untuk diperkenankan oleh raja tersbut.

Gambar 1.2 menunjukkan pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu. Gambar di atas menunjukkan bahawa tulisan jawi memainkan peranan yang sangat penting pada zaman dahulu sehingga digunakan dalam urusan rasmi negara. 3 Menurut Amat Jauhari (1999) dalam buku yang ditulis oleh Abd Rahman Hamzah(2008) tulisan jawi juga digunakan bukan sekadar pada penulisan sahaja, tetepi tulisan ini juga digunakan pada mata wang. Hal ini membuktikan tulisan jawi sangat penting pada waktu dahulu sehingga terdapatnya tulisan jawi selain daripada penulisan. Mata wang yang menggunakan tulisan jawi pada masa dahulu adalah seperti mata wang kedah. Terdapat keunikan pada pemerintahan pada masa yang lalu kerana setiap pemerintah akan menggunakan ukiran duit yang berbeza. Contohnya seperti mata wang pada zaman Sultan Sulaiman Shah pada tahun 1620 dan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dari tahun 1661 sehingga 1687.

Gambar 1.3 menunjukkan penggunaan tulisan jawi pada mata wang Kedah. Menurut Abd Rahman (2008)) mata wang berupa emas dan perak yang terukir tulisan Jawi padanya memberikan nama raja-raja Melayu yang memerimtah pada zaman tersebut.

Gambar 1.4 menunjukkan batu nisan. Menurut Abd Rahman Hamzah (2008), banyak batu nisan tulisan Jawi atau Arab yang dapat membantu para pengkaji sejarah menghuraikan tentang maklumat Rajaraja kerajaan Melayu Islam pada zaman Melayu termasuk di Semenanung Tanah Melayu, Banda, Acheh, Kemboja , Brunei Darus Salam, Sumatera Barat, Sumatera Selatan dan Kalimantan. Selepas 200 tahun tulisan ini mencapai kegemilangan bersama kedatangan Islam, tulisan mula luntur akibat kedatangan British ke tanah Melayu pada tahun 1511. Walaupun, masyarakat Melayu masih menggunakan tulisan Jawi dalam aktiviti seharian seperti pengajaran dan pembelajaran misalnya di sekolah-sekolah pondok yang dijadikan sebagai tulisan rasmi mereka. Namun perkembangan tulisan Jawi ini mula merisaukan pihak penjajah dan mereka telah berusaha untuk menghapuskan tulisan Jawi daripada masyarakat Melayu. Oleh yang demikian, British mula mengorak langkah dengan memperkenalkan tulisan rumiyang dipanggil sebagai Roman secara berperingkat bagi bertujuan menghapuskan tulisan Jawi dengan menubuhkan sekolah Vernakular. Orang pertama menjadi perintis untuk menukar penggunaan masyarakat Melayu terhadap tulisan Jawi ialah Cornelis De Houtman pada tahun 1598M / 928H. Kemudian kerja ini disambung oleh disusuli John Crawford pada tahun 1852M / 1182H. Tambahan pula, pihak British telah membuat kajian mengenai kelemahan tulisan Jawi bagi membuat masyarakat Melayu dapat membezakan tulisan Jawi atau Roman lagi baik.

1.2

SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN KHAT

Tulisan khat mula datang ke Tanah Melayu pada abad ke-7 Masihi lagi hasil daripada dakwah dan perniagaan yang berhimpun di Gujerat. Khat adalah satu perkataan dari arab yang member maksud garisan. Manakal seni khat pula memberi maksud garisan indah yang membentuk tulisan. Terdapat juga maksud lain mengenai seni khat iaitu tulisan-tulisan yang terikat dengan kaedah dan peraturan yang telah dibuat kajian dan telah ditetapkan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Kemudian terdapat satu tempat yang telah menjadi pusat penyebaran dan permulaan seni khat di Tanah Melayu iaitu Perlak, Sumatera. Melaka telah mengambil alih peranan pusat perniagaan dan penyebarab Islam di Tanah Melayu sehingga kurun ke-15. Hali ini terbukti apabila penemuan batu bersurat Terengganu yang bertarikh (1303 Masihi ). Ketika zaman keagungan Kerajaan Melayu Islam, seni khat telah digunakan pada duit syiling dan batu nisan. Namun pada zaman ini, seni khat juga digunakan pada pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri dengan menggunakan ayat al-Quran. Selain itu, cokmar juga terdapat kesenian khat yang terukir padanya. Penulisan khat pada zaman dahulu di Tanah Melayu, mereka hanya menggunakan batang pokok resam sebagai bahan utama bagi menghasilkan seni tulisan khat. Namun pada hari ini, kemajuan yang terjadi menyebabkan penggunaan batang pokok resam sebagai bahan utama untuk penulisan khat sangat sedikit. Penggunaan batang resam menghasilkan khat dengan hujun batang resam ditiruskan dan dicelup pada dakwat sebelum menulis khat pada kertas. Perkembangan seni khat di Tanah Melayu diteruskan lagi dengan pembelajarannya di sekolah-sekolah pondok,arab dan lain-lain lagi. Pada masa dahulu terdapat ramai guru yang dilahirkan bagi mengajar Jawi dari Maktab Perguruan Sultan Idris dan Tanjung Malim. Namun seni khat juga mempunyai sekolah-sekolah yang telah melahirkan penulis-penulis khat dari tanahair sendiri iaitu dari sekolah-sekolah arab seperti Madrasah Al-Attas Johor, Madrasah Muhammadiyyah Kelantan, Maktab Mahmud Kedah, Sekolah Sultan Zainal Abidin Terengganu dan banyak lagi. 6

Seni khat juga telah merentasi pelbagai sempadan benua dan negara sejak 1000 tahun yang lalu. Kemudian seni khat bekembang secara perlahan-lahan sejak dari zaman awal Islam sehingga pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyah. Semasa tempoh ini telah lahir ramai tokoh seni khat yang berjaya menyumbangkan karya tulisan mereaka bagi menjadi garis panduan generasi masa kini. Tanah Melayu telah melahirkan penulis-penulis khat yang terkenal seperti Syed Abdul Rahman bin Hassan Al-Attas, Haji Wan Salleh Fathi bin Wan Isa serta ramai lagi penulis khat yang telah menunjukkan bakat mereka pada masa kini.

Gambar 1.1 Hasil ukiran Ummul Jamal iaitu tulisan Nabati pada 250-271 Masihi.

Gambar 1.2 Hasil tulisan Humairi berserta terjemahan dalam Arab.

Gambar 1.3 Tulisan khat Arab Kufi pada di kubur Thabit bin Zaid pada 64 Hijrah.

Gambar 1.4 Tulisan di Bukit Salaa, Madinah pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

Gambar 1.5 hasil tulisan pada zaman Umaiyyah.

Gambar 1.6 Tulisan Abu Aswad al-Duali yang disertakan dengan titik pada pemerintahan Yusuf Hajaj al-Thaqafi di zaman Umaiyyah.

Gambar 1.7 Tulisan Yaqut al-Mustasimi iaitu pencetus Aqlam Sittah pada zaman Abassiyah.

Gambar 1.8 Tulisan khat Kufi oleh Yusuf Ahmad pada 1303 Masihi di zaman Uthmaniyyah. Terdapat beberapa jenis khat yang terdapat di Malaysia dan negara-negara lain.salah satunya ialah Khat Nasakh. Khat ini mula berkembang daripada bentuk yang kaku
kepada bentuk yang terkini sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. Khat ini telah sampai kepada orang Arab Hijaz pada masa dahulu dan digunakan di jabatan-jabatan kerajaan dalam urusan suratmenyurat pada zaman permulaan Islam. Kemudian semasa pemerintahan kerajaan Abbasiyah kurun

ketiga dan keempat ahli sejarah menjelaskan khat ini semakin baik bentuknya apabila khat Ali bin Muqlah (tahun 272-328H) telah mencipta satu kaedah penulisan Khat Nasakh. Selain itu, zaman Atabikah (545H), khat nasakh telah diperbaiki sehingga dikenali sebagai Khat Nasakh Atabik. Kemudian khat ini digunakan untuk penulisan al-Quran pada zaman pertengahan Islam menggantikan Khat Kufi Klasik. Menurut Hasrul Bin Hashim, khat nasakh terbahagi kepada dua iaitu nasakh Klasik

dan Akhbar. Khat nasakh Klasik telah bermula semenjak zaman pemerinthan Kerajaan Abasiyah lagi. Kaedah ini dibuat oleh Ibn Muqlah. Kemudian khat ini diperkemaskan lagi oleh oran Atabikah.

Khat Nasakh kedua ialah Nasakh Akhbar. Khat yang telah dikembangkan dari segi bentuknya yang jelas dan huruf yang tebal. Selain itu, tulisan ini juga dinamakan tulisan surat khabar kerana penggunaannya meluas dalam bidang akhbar.

Khat yang kedua ialah khat Rakah. Menurut kamus bahasa Rakah bermaksud cebisan kertas yang ditulis.Khat ini dicipta oleh orang Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah
(850H). Tujuan khat ini dicipta adalah untuk menyeragamkan tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Terdapat beberapa ciri tulisan ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat nasakh. Penggunaan khat ini dalam masyarakat kita tertumpu pada penulisan nota dan tulisan.

Selain daripada khat Nasakh dan Rakah, terdapat juga satu jenis khat lain yang dinamakan khat Thuluth. Khat ini dinamakan Thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pen (qalam) yang ukuran lebarnya menyamai 1/3 (thuluth) mata pen. Ada yang berpendapat bahawa asalnya khat ini ditulis menebal dengan 24 helaian bulu kuda. Kemudian ketika jenis ini ditulis pula dengan menggunaka 2/3 menjadikan namanya Khat Thulutain ( 2/3), kemudian terakhir ditulis dengan menggunakan 1/3 daripada 24 helaian bulu kuda menjadikan namanya Thuluth(1/3) iaitu 8 helaian bulu kuda. Khat ini merupakan khat yang paling sukar dibandingkan dengan tulisan khat yang lain dari segi kaedah, ukuran, gaya memperelok atau kemampuan untuk menghasilkan tulisan yang tepat ukiran dan seninya. Khat ini biasa digunakan dalam menghiasi bangunan ruang-ruang dinding dan kubah di masjid-masjid.

01 SOALAN B Transkripkan sebuah cerpen berunsur Islam kepada tulisan Jawi mengikut sistem ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu sebanyak 300 patah .perkataan

. .- . .

. - . - . . . . . . . . 11 . . - . ! . . . . .

. - . . . - - . . ! . .
21

. ! .

21

. . . . ; . . -

; .

13

SOALAN C Hasilkan penulisan khat dalam bentuk khat Nasakh, khat Rakah, dan khat Thuluth menggunakan surah al-Fatihah dalam al-Quran.

6.0 BIBLIOGRAFI Abd Rahman Hamzah Edisi Pertama (2008). This is title of book Khat dan Jawi Mutiara Kesenian Islam Sejagat. Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia. Nor Azah Abd Aziz, Rozlan Mohamed Noor (2006). This is title of book Bayang di Tirai Belulang. Penerbitan Utusan Publication And Distributors Sdn Bhd. Ibnu Ahmad Al-Kurauwi (2006) http://ibnualkurauwi.wordpress.com/2007/06/19/jawi-di-selamat-pagi-malaysia

Dilayari pada 20 September 2010 Kakitangan Seni Lukis (2008) http://kakitangansenilukis.blogspot.com.2008/o9/sejarah-sei-khat-Islam-istimewa.html Dilayari pada 15 September 2010 Wikipedia- Tulisan jawi (2010) http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisanjawi Dilayari pada 7 September 2010 Mohd.Alwee bin Yusoff (2005) http://myais.fsktm.um.edu.my/73401/1/Jus21-02.pdf Dilayari pada 7 September 2010 Scribd- Sejarah Bahasa Melayu, penterjemahan,Jawi, Istilah (2010) http://www.scribd.com.doc/20778959/sejarah-bahasa-Melayu-penterjemahan-jawiisltilah Dilayari pada 14 September 2010 Kesenian Islam seni Khat (kaligrafi) http://www.scribd.com.doc/2867679/Kesenianislam-seni-khat-kaligrafi Dilayari pada 17 September 2010 Tulisan jawi dan khat Arab (2010) 20

http://www.scribd.com/doc/7878248/Tulisan-jawi-dan-khat-arab Dilayari pada 20 Sepetember 2010 Nies - Jatuh Bangun Tulisan Jawi. http://niesnoraliena.blogspot.com/2009/02/jatuh-bangun-tulisan-jawi.html Dilayari pada 23 September 2010

21

22

You might also like