You are on page 1of 8

INSTITUT PERGURUAN GURU KAMPUS KENT TUARAN KERTAS KERJA PERTANDINGAN FUTSAL 2012

ANJURAN : PISMP PAI AMBILAN JANUARI 2012 TARIKH : 8 HINGGA 9 SEPTEMBER 2012 TEMPAT : GELANGGANG FUTSAL IPG KAMPUS KENT
1

1.0 PENDAHULUAN Pertandingan ini adalah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Gerko Permainan Futsal Semester 2 tahun 2012. Pertandingan ini disertai oleh pelajar daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Kent. Setiap kelas wajib menghantar satu wakil kumpulan pertandingan ini akan diadakan di gelanggang futsal IPG Kampus Kent. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam kokurikulum.

2.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin dalam sukan yang perlu ada dalam setiap bakal guru. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental peserta. Aktiviti sukan diadakan dalam program ini agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga dapat memberikan peluang kepada setiap individu dan kumpulan dalam merancang strategi bagi memperoleh sebuah piala kemenangan hasil daripada semangat kerjasama kumpulan yang diterapkan sepanjang aktiviti ini.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan. 3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah pasukan. 3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan. 3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini. 3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri. 3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, jasmani,emosi, rohani dan sosial.

4.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

4.1 TARIKH 8 hingga 9 September 2012 4.2 TEMPAT Gelanggang Futsal IPG Kampus Kent, Tuaran 4.3 SASARAN Semua kelas dikehendakai menghantar satu wakil

5.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG Pn. Mary Teresa Kinajil Pengarah IPG Kampus Kent PENASIHAT Romli bin Darus Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent

PENGERUSI Simon Gihol Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Kent PENYELARAS PROGRAM Christopher James Ansun Pensyarah Penasihat Gerko Permainan Futsal

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI Mohamad Hazizi bin Yusof TIMBALAN PENGERUSI Hazman bin Yaplin SETIAUSAHA Zahiruddin bin Juatin BENDAHARI Ridzuan bin Jakir PROTOKOL Fammyezza Farhanna Binti Ahmat Harlenny binti Ansom
4

PERALATAN &TEKNIKAL Mohammad Khairuddin bin Ramlee Muhammad Umar bin Udin PERSIAPAN TEMPAT Muhammad Ikmal bin Rosli Siti Azimah binti Abduh DOKUMENTASI & PUBLISITI Afiqah Binti Arshad Shahzrulnizzam bin Jamal SIJIL CENDERAHATI Nurul Hani binti Jusidin Nuraihan bin Olis

7.0 PERJALANAN PERTANDINGAN BIL 1. TARIKH ( HARI ) AKTIVITI 8 SEPTEMBER Pendaftaran dan perlawanan CATATAN

peringkat kumpulan 2. 9 SEPTEMBER Perlawanan peringkat separuh akhir dan akhir

8.0 TENTATIF PROGRAM 8 SEPTEMBER 2012 MASA 8.00 9.00 A.M 9.00 9.30 A.M 9.30 12.00 P.M 12.00 1.30 P.M 1.30 5.00 P.M AKTIVITI Pendaftaran pasukan Cabutan undi kumpulan Perlawanan peringkat kumpulan dimulakan Rehat Perlawanan peringkat kumpulan diteruskan CATATAN

9 SEPTEMBER 2012 MASA 8.00 9.00 A.M 9.00 10.00 A.M 10.00 11.00 A.M 11.00 12.00 P.M 12.00 1.00 P.M AKTIVITI Perlawanan separuh akhir pertama Perlawanan separuh akhir kedua Perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat Perlawanan penentuan juara dan naib juara Penyampaian hadiah CATATAN

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAAN BIL 1. 2. 3. 4. PERALATAN Sijil Seal sijil Air mineral Kertas A4 KUANTITI 150 KEPING 150 KEPING 120 BOTOL 1 RIM CATATAN

BIL 1.

PERKARA HADIAH ( HAMPER ) JUARA NAIB JUARA KETIGA : RM 100 : RM 70 : RM 50

JUMLAH

RM 100 RM 70 RM 50 RM 220

JUMLAH KESELURUHAN :

10.0 PENUTUP Diharap agar setelah program ini dijalankan, maka semua pelatih guru IPG Kampus Kent dapat mengenali dan meminati aktiviti sukan dan permainan terutamanya dalam sukan futsal. Selain itu, pelajar juga diharapkan agar dapat mengetahui dengan lebih mendalam peraturan permainan dalam sukan ini dan dapat mengaplikasikannya dalam permainan sama ada semasa pertandingan mahupun sebaliknya.

Disediakan oleh : ( ZAHIRUDDIN BIN JUATIN ) Setiausaha Gerko Futsal IPG Kampus Kent

Disokong oleh : . (SIMON GIHOL) Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Kent

Disokong oleh: .. ( CHRISTOPHER JOHN ANSUN ) Pensyarah Penasihat Gerko Permainan Futsal

Diluluskan Oleh: .. ( MARY TERESA KINAJIL ) Pengarah, IPG Kampus Kent Tuaran.

You might also like