You are on page 1of 17

ASAS ASAS PRINSIP ISLAM(CiTU)

Tajuk Pensyarah Kelas

: : :

Terjemahan Surah Yaasin Ayat 67-69 Ustaz Hisam Bin Satari BM111 2A

NAMA MOHD FIRDAUS BIN AZIZ MUHD NABIL BIN JAMALUDDIN AHMAD MUHD NAZRIN BIN KAMSUL MUHD RIDZUAN BIN LATIF

ID PELAJAR 2011792509 2011908121 2011916423 2011342563

ISI KANDUNGAN
Kandungan Muqaddimah Muka Surat 2

Penghargaan

Kajian dan Pentafsiran : Surah Yasin Ayat 67 Surah Yasin Ayat 68 Surah Yasin Ayat 69 4 10 13

Penutup

15

Rujukan

16

MUQADDIMAH
SURAH YASIN AYAT 66 69

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani. Segala puji hanya bagi Allah S.W.T, Tuhan yang mencipta sekalian alam. Selawat dan salam diucapkan ke atas nabi junjungan, Nabi Muhammad S.A.W. serta ahlul bait dan sahabat sekalian. Surah Yasin merupakan surah yang ke-36 daripada 114 surah yang terdapat dalam al-Quranul-karim. Surah ini mengandungi 83 ayat, yang semuanya diturunkan ketika Nabi Muhammad S.A.W. berada di Mekah, kecuali ayat yang ke-12, yang diturunkan di Madinah selepas Baginda berhijrah ke sana. Antara tujuan Allah menurunkan surah Yasin adalah untuk menambahkan keyakinan dan semangat baginda Rasulullah S.A.W. terhadap perjuangannya yang suci itu, khususnya ketika keadaan menjadi semakin mencabar akibat halangan dan tentangan kaum Quraisy terhadapnya kian memuncak dan semakin ganas. Selain itu, tujuan surah ini diturunkan adalah untuk menambah ilmu pengetahuan umat Islam sendiri tentang akidah tauhid, tentang sejarah perjuangan para anbiya dan para pengikut mereka yang beriman dan taat, dan juga tentang fenomena-fenomena alam semesta yang maha luas ini, khususnya alam ghaib yang amat kompleks itu. Ini penting kerana pada peringkat permulaan wahyu diturunkan, manusia sangat cetek dan sikit sekali ilmu pengetahuannya terhadap agama, akhlak dan taqwa. Surah ini mengandungi beberapa fasa. Fasa kelima terdiri daripada ayat ke-45 hingga ayat ke-68. Dalam fasa ini, Allah menceritakan kisah hari kiamat, kebangkitan semula manusia daripada kubur, mahsyar, syurga dan neraka, serta keadaan penghuni di dalamnya. Tujuannya supaya manusia sedar bahawa hakikat kehidupan yang mesti dilaluinya adalah dalam dua peringkat, iaitu di dunia dan di akhirat. Kehidupan di dunia adalah untuk beramal dan beribadat kepada Allah S.W.T, manakala kehidupan di akhirat pula adalah untuk menerima ganjaran dan hukuman daripada setiap amalan yang dilakukan.
2

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah S.W.T atas kelancaran dalam menghasilkan tugasan kerja kursus ini. Dengan kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami, Ustaz Hisam bin Satari diatas bimbingan dan dorongan beliau sepanjang usaha kami untuk melengkapkan folio ini. Tidak lupa juga kepada rakan rakan yang sudi memberi pertolongan kepada kami. Sesungguhnya jasa baik kalian tidak akan kami lupakan.

KAJIAN DAN PENTAFSIRAN


Surah Yassin Ayat 67

Dan sekiranya Kami kehendaki, nescaya Kami menghapuskan sahaja daya penglihatan pada mata mereka. Sekiranya Kami berbuat demikian nescaya mereka akan terus meraba-raba untuk mencari jalan keluar, maka bagaimanakah agaknya mereka akan dapat melihat semula?(66). Dan sekiranya Kami kehendaki , Kami juga boleh menjadikan mereka kaku ditempat mereka, lantas mereka tidak dapat maju ke hadapan atau mundur ke belakang (67).

Penjelasan: Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah boleh membantu rasul-Nya mencapai kemenangan dengan cara mudah seperti mengizinkan mereka menggunakan mujizat yang dikurniakan kepada mereka, dengan tujuan untuk melemahkan musuh sama ada dalam bentuk fizikal ataupun mental. Dengan itu semua musuh akan berasa lebih takut dan gerun untuk menentang mereka. Kejayaan yang dicapai dengan cara itu tidak dianggap sebagai hasil perjuangan yang dituntut oleh Allah, sebaliknya sebagai kemenangan percuma yang tidak mempunyai nilai sama sekali disisi Allah.

Oleh yang demikian, Kami jadikan musuh yang menentang setiap nabi itu terdiri daripada manusia dan jin yang saling bantu-membantu menggodanya. (Tetapi yakinlah bahawa sekiranya Tuhanmu mahu terus menjagamu, nescaya mereka tidak mampu melakukan sesuatu terhadapmu. Oleh itu, biarkanlah mereka melakukan apa yang mereka mahu. Apa pun jaminan yang diberi oleh Allah bagi memelihara agama-Nya namun para rasul berjuang bagi mendaulatkan agama Allah. Mereka tetap diminta supaya mengorbankan fikiran, tenaga, harta benda, malah jiwa raga
4

untuk agama kerana kemenangan tidak akan dapat dicapai dengan kuasa ghaib tanpa perjuangan.

Apa pun jaminan yang diberi oleh Allah bagi memelihara agama-Nya , namun para rasul dan para daie wajib berjuang bagi mendaulatkan agama Allah. Mereka tetap diminta supaya mengorbankan fikiran, tenaga, harta benda, malah jiwa raga untuk agama kerana kemenangan tidak akan dapat dicapai dengan kuasa ghaib tanpa perjuangan.

Beritahu mereka bahawa sekiranya mereka lebih mencintai ibu bapa, anak-anak, saudara-mara, isteri dan keluarga mereka daripada Allah dan rasul-Nya, lalu menghalang mereka daripada berjihad bagi membela agama, atau sekiranya mereka takut harta benda yang telah terkumpul itu habis kerana berjihad, juga jika mereka berasa bahawa perniagaan yangbanyak memberi keuntungan itu akan rugi kerana berjihad, maka biarkanlah mereka berkhayal sehingga Allah menentukan padahnya terhadap mereka. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasiq. Jihad tidak boleh dilengahkan. Seseorang muslim tidak boleh menunggu saat dan ketika yang difikirkan sesuai untuk berjihad. Malah, menangguhkan jihad untuk membela Islam adalah menjadi kesalahan di sisi agama. Jihad boleh dilakukan dengan apa juga cara yang termampu. Amalan jihad membela Islam wajib ditunaikan apabila seseorang itu mencapai umur baligh. Waktu yang paling sesuai untuk berjihad ialah ketika muda kerana seseorang itu mempunyai tenaga dan fikiran yang kuat. Kita tidak perlu menunggu sehingga mencapai usia tua untuk memulakan jihad, kerana tenaga dan fikiran sudah mula lemah. Jihad tidak boleh dilengahkan. Seseorang muslim tidak boleh menunggu saat dan ketika yang difikirkan sesuai untuk berjihad. Malah, menangguhkan jihad untuk membela Islam adalah menjadi kesalahan di sisi agama. Jihad boleh dilakukan dengan apa juga cara yang termampu. Amalan jihad membela Islam wajib ditunaikan apabila seseorang itu mencapai umur baligh. Waktu yang paling sesuai untuk berjihad ialah ketika muda kerana seseorang itu mempunyai tenaga dan

fikiran yang kuat. Kita tidak perlu menunggu sehingga mencapai usia tua untuk memulakan jihad, kerana tenaga dan fikiran sudah mula lemah. Mujizat Mukjizat merupakan kejadian/kelebihan di luar akal manusia yang hanya dimiliki oleh para rasul kurniaan dari Allah S.W.T. Sedangkan apabila ada seseorang yang memiliki sesuatu yang luar biasa itu tidak boleh dikatakan sebagai mukjizat melainkan karomah Kemudian ada pula istilah irhasat dan khawariq, irhasat adalah petanda yang terjadi untuk menunjukkan tanda kelahiran seorang nabi (sebelum kenabian). Sedangkan khawariq adalah kejadian yang terjadi dalam keadaan yang luar biasa.[5] Mukjizat biasanya mengenai tentangan terhadap hal-hal yang sedang menjadi ikutan pada zaman diturunkannya mukjizat tersebut. Misalnya pada zaman Nabi Musa A.S,ikutan yang sedang terjadi adalah ilmu sihir maka dengan mukjizat tongkat Nabi Musa A.S ianya berubah menjadi ular besar dan mengalahkan ilmu sihir orang lain yang ada di sekitarnya. Juga pada zaman Nabi Isa A.S, ikutan yang sedang berkembang adalah ilmu kedoktoran dan perubatan, maka pada saat itu mukjizat Isa adalah bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal yang merupakan puncak daripada ilmu perubatan. Demikian juga pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ikutan yang sedang berkembang adalah ilmu sastera. Maka disaat itulah diturunkan Al-Quran sebagai mukjizat Muhammad. Nabi yang pada saat itu tidak boleh membaca dan menulis tapi boleh menunjukkan Al-Quran yang diyakini oleh umat Muslim, memiliki nilai sastera tinggi, tidak hanya dari cara pemilihan kata-kata tapi juga kedalaman makna yang terkandung di dalamnya sehingga Al-Quran dapat terus digunakan sebagai rujukan hukum yang tertinggi sejak zaman masa beliau hidup hinggalah akhir zaman.

Antara Mujizat yang Dimiliki oleh Para Rasul:_ 1. Nabi Daud A.S memiliki suara merdu sehingga makhluk lain pun ikut bertasbih bersamanya, sanggup berbicara dengan burung, dan berhasil

mengalahkan Jalut seorang pahlawan berbadan sasa dari negara Palestin, sanggup melembutkan besi dengan tangan kosong.

2. Nabi Ibrahim A.S tidak hangus dibakar, kerana api yang membakarnya berubah menjadi dingin. 3. Nabi Yusuf A.S memiliki ketampanan luar biasa dan mampu menafsir mimpimimpi.

4. Nabi Saleh A.S berupa unta betina yang tidak boleh disembelih, sebagai hujjah atas kaumnya 5. Nabi Yunus A.S boleh hidup di dalam perut ikan paus selama tiga hari. 6. Nabi Sulaiman A.S boleh berkomunikasi dalam bahasa haiwan, menguasai bangsa jin dan mampu menundukkan angin, memiliki permaidani yang terbuat dari sutera hijau dengan benang emas. 7. Nabi Musa A.S berupa tongkat,tangan, belalang, kutu, katak, darah, topan, belahan laut, dan peristiwa-peristiwa di Bukit Thur.

8. Nabi Isa A.S berupa kemampuan menyembuhkan orang buta, menyembuhkan penderita kusta dan menghidupkan orang mati.

9. Nabi Muhammad S.A.W berupa Isra dan Miraj membelah bulan untuk membuktikan kenabiannya terhadap orang Yahudi , bertasbihnya kerikil di tangannya, batang kurma yang menangis, pemberitahuan Nabi Muhammad S.A.W tentang peristiwa-peristiwa masa depan ataupun masa lampau, tetapi mukjizat yang terbesar adalah Al-Quran.

Bentuk mukjizat Mukjizat-mukjizat tersebut tidak lepas dari bentuk-bentuk berikut ini:

Ilmu, seperti pemberitahuan tentang hal-hal ghaib yang sudah terjadi ataupun yang akan terjadi, umpamanya pengkhabaran Nabi Isa A.S kepada kaumnya tentang apa yang mereka makan dan apa yang mereka simpan di rumah-rumah mereka. Sebagaimana pengkhabaran Nabi Muhammad S.A.W tentang fitnahfitnah atau tanda-tanda hari kiamat yang bakal terjadi, seperti yang diterangkan dalam hadits-hadits.

Kemampuan dan kekuatan, seperti mengubah tongkat menjadi ular besar, yakni mukjizat Nabi Musa A.S yang diutuskan kepada Firaun dan kaumnya. Kemudian penyembuhan penyakit kulit, buta, serta menghidupkan orang-orang yang sudah mati, yang kesemuanya adalah mukjizat Nabi Isa A.S. Juga terbelahnya bulan menjadi dua yang merupakan salah satu mukjizat Muhammad.

Kecukupan, misalnya perlindungan bagi Nabi Muhammad S.A.W dari orangorang yang ingin membuat jahat kepadanya. Hal ini sering terjadi, ketika di Mekah sewaktu malam hijrah, ketika di dalam gua, lalu dalam perjalanan ke Madinah ketika bertemu dengan Suragah bin Malik, lalu di Madinah ketika orangorang Yahudi ingin menculiknya dan lain-lain. Contoh-contoh ini yang diyakini oleh umat Islam menunjukkan bahwa Allah mencukupi rasul-Nya dengan perlindungan, sehingga tidak memerlukan perlindungan makhluk lain.

Dari tiga jenis mukjizat para nabi di atas jelaslah bahawa pada hakikatnya bertujuan untuk membenarkan kerasulan para rasul, dengan kemampuannya melebihi kemampuan masyarakatnya. Masyarakatnya tidak berdaya (ajaza) menentang para rasul, sehingga mereka menerima kebenaran ajaran yang dibawa para rasul. Para nabi memiliki mukjizat yang berbeza sesuai dengan keadaan masyarakatnya. Nabi Musa A.S, kerana masyarakatnya sangat bijak dalam ilmu sihir, maka mukjizatnya ialah kemampuan mengubah tongkat menjadi ular besar, yang mampu menelan semua ular yang dimunculkan para penyihir Firaun. Nabi Isa A.S, kerana masyarakatnya bijak dalam bidang perubatan, mukjizatnya ialah kemampuan menyembuhkan orang buta sehingga mampu melihat kembali.

Sedangkan Muhammad, kerana masyarakatnya yang bijak dalam bidang sastera, maka mukjizatnya ialah Al-Quran, yang melebihi sastera Arab gubahan para sasterawan yang dianggap tidak ada yang mampu menyaingi Al-Quran ketika itu. Bagaimana canggihnya kemampuan sasterawan Arab, namun mereka tidak mampu (tidak berdaya) menyerupai al-Quran.

Surah Yassin Ayat 68

Dan barang siapa yang Kami panjangkan umurnya niscaya Kami kembalikan dia kepada kejadian(Nya). Maka apakah mereka tidak memikirkan?

Penjelasan: Kembali kepada kejadian utama di seperti di zaman azali dahulu dan kembali menjadi lemah dan kurang akal. Umur seseorang yang semakin meningkat itu akan menjadikan mereka lebih mirip kelakuannya seperti kanak-kanak, mereka menjadi nyanyuk, asas-asas kehidupan perlu diingatkan setiap kali. Kehidupan adalah diibaratkan sebagai karma ataupun roda yang akan berpusing-pusing. Allah S.W.T Maha Berkuasa,mampu menjadikan mereka nyanyuk kepada sesiapa yang Kami panjangkan umurnya. Kita diharuskan memohon doa agar dilanjutkan usia, tetapi janganlah hendaknya umur yang panjang itu disia-siakan tanpa menyumbang kepada kepentingan agama. Umur panjang yang dihabiskan hanya untuk mencari kemewahan duniawi tanpa menyumbang kepada kepentingan agama dianggap tidak bernilai, sebaliknya sia-sia sahaja. Apalagi jika sampai ke tahap nyanyuk. Pada ketika itu, semua yang ada pada diri seseorang itu sudah tidak berguna lagi. Justeru, Rasulullah S.A.W pernah berdoa: Ya Allah! Aku memohon perlindungan daripada mencapai Umur tua yang boleh menyebabkan nyanyuk.

Ayat ini memberitahu, bahawa sekiranya kita dipanjangkan umur, tabiat perihal dan perilaku kita akan berputar kebelakang, bermaksud tingkah laku kita akan kembali kepada anak-anak kecil sedikit demi sedikit dan perlahan demi perlahan tanpa kita sedarinya.
10

Kitaran hidup manusia

Alam roh > Alam rahim > Alam dunia > Alam barzah > Alam akhirat

Manusia di kategori di alam rahim dan alam dunia.ketika berada di alam rahim manusia menjalani beberapa proses dan peringkat sebelum lahir ke bumi. Antara peringkatnya adalah :

1. NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan : 2 yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat 2. ALAQAH(segumpal darah) : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah SWT yang bermaksud : Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Surah al-Mukminun : 14

11

3. MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging. Surah al-Mukminun : 14

4. IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud : Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging 5. NASYAH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

12

Surah Yasin Ayat 69

(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;

Penjelasan: Abad ke-7 Masihi merupakan kemuncak kemajuan peradaban Timur.Seiring dengan itu bidang-bidang lain seperti kebudayaan dan sastera turut berkembang maju dengan pesatnya. Perkembangan sastera Arab pada masa itu dikatakan setanding dengan perkembangan sastera di Parsi, Rom, India dan Cina. Perkembangan tersebut menyebabkan para sasterawan Arab disanjung tinggi dan didewa-dewakan sebagai jaguh ulung oleh masyarakat yang bertamadun pada waktu itu khususnya masyarakat Arab sendiri. Bagi membolehkan seseorang itu ditabal sebagai sasterawan ulung, para budayawan menganjurkan pelbagai pertandingan, termasuk pertandingan bersyair di Suq Ukaz pada musim haji. Para penyair yang ingin mengambil bahagian mestilah mempunyai kelayakan yang cukup dan berkemampuan untuk menampilkan seribu bait syair atau sajak dengan gaya bahasa yang teratur dan isi yang padat lagi menarik. Syair atau sajak tersebut mestilah diproklomasikan di khalayak ramai secara spontan. Karya penyair yang berjaya disebut al-Muallaqat --Muallaqat, kemudian ditulis dengan air emas dan digantung di dinding Kabah sebagai bahan berharga yang perlu ditatapi dan dipelajari oleh orang ramai. Antara tokoh penyair yang terkenal ialah mruulqis, al-Bukhturi, Ibn Zuhair.

13

Syair mereka terkenal sehingga kini dan masih dipelajari oleh para pelajar dalam bidang sastera Arab di beberapa buah university terkenal di dunia. Keindahan bahasa syair yang diagung-agungkan oleh masyarakat Arab ketika itu terhakis apabila Nabi Muhammad S.A.W membacakan ayat-ayat al-Quran. Gaya bahasanya indah, isinya padat dan analoginya tepat lagi menarik. Tiada siapa daripada kalangan penyair yang termasyhur di seluruh Semenanjung Tanah Arab yang mampu menyainginya. Oleh itu, orang yang terbuka pintu hatinya ketika mendengar kalimah-kalimah alQuran itu terus menerimanya sebagai kalam Tuhan sementara orang yang hatinya terus diselubungi kekufuran menggelar baginda Rasulullah S.A.W sebagai penyair yang menggunakan kuasa sihir untuk memukau para pendengar, Allah S.W.T menyanggah tuduhan mereka yang mengatakan Nabi Muhammad sebagai penyair itu dengan sekeras-kerasnya. Watak nabi dengan watak penyair mempunyai perbezaan yang amat jauh sekali. Ada sesetengah penyair yang dianggap agung itu mempunyai watak ganjil seolaholah seperti orang yang tidak siuman. Keunikannya hanya timbul ketika dia bermadah sahaja.

Namun apa yang diketengahkan hanyalah khayalan dan cetusan rasa hatinya dalam gaya seni yang berasaskan perkara yang dilihat dan dirasainya sahaja. Lantaran itulah hujah-hujahnya kadangkala betul dan kadangkala salah. Watak nabi lemah lembut, mulia dan suci. Baginda tida berbicara kecuali yang benar. Saranannya adalah wahyu Tuhan. Oleh sebab itu, dalam ayat ke-69 di atas Allah menyanggah dengan sekeras-kerasnya dakwaan mereka yang cuba menyamakan Nabi Muhammad S.A.W dengan penyair-penyair yang cuba mencabar al-Quran itu.

Nabi Muhammad terkenal sebagai seorang yang pintar dan mampu bertutur dengan pelbagai dialek suku kaum yang terdapat di Semenanjung Tanah Arab. Baginda memang mampu menandingi semua jaguh sastera melalui syair dan sajak. Namun begitu, dalam ayat di atas Allah menegaskan bahawa Dia tidak mengajarnya syair. Malah Dia tidak mahu Nabi Muhammad menjadi penyair.
14

PENUTUP
Kesimpulannya, surah Yasin diturunkan selepas surah Jin, iaitu selepas kembalinya Rasulullah S.A.W dari Taif. Peristiwa di Taif sungguh menyayatkan hati baginda kerana baginda telah dihina dan diperlekehkan oleh masyarakat di sana tanpa perikemanusiaan. Dalam suasana yang gawat itu baginda tidak dapat berbuat apaapa kecuali menghadapkan mukanya kepada Allah S.W.T untuk berdoa dan merayu agar diberi pertolongan. Sambil berdoa dan merayu, Baginda membuat pengakuan untuk terus berjuang dengan gigih dan penuh kesabaran sehingga mendapat penentuan daripada Allah S.W.T. Hasil daripada doa dan rayuannya itu, Baginda telah dihiburkan oleh Allah S.W.T dengan kedatangan sekumpulan makhluk jin untuk menerima seruanNya ketika baginda singgah di Nakhlah semasa dalam perjalanan balik ke Mekah. Seterusnya baginda menerima wahyu yang terkandung dalam surah ini. Wahyu yang terkandung dalam surah Yassin ini sebanyak 83 ayat ini mengandungi banyak pengajaran. Sekiranya dihayati sudah pasti banyak kemajuan yang dapat dicapai dalam hidup ini kerana mesejnya sangat jelas. Antaranya ialah supaya kita dapat memantapkan iman terhadap ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Ajaran ini adalah ajaran agama Allah yang terakhir diturunkan untuk seluruh umat manusia. Bimbingannya dapat menjamin kebahagiaan hidup kita. Pada umumnya, kehidupan menurut ajaran agama ini terbahagi kepada dua, iaitu kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat. Kehidupan didunia ini merupakan kehidupan sementara. Dalam melayari hidup di dunia ini, kita diibaratkan seperti sebuah kapal yang sedang melayari perjalanan yang jauh. Dunia ini pula diibaratkan seperti sebuah pelabuhan yang menjadi tempat persinggahan sementara bagi kapal untuk mengambil bekalan minyak dan makanan yang perlu dibawa bersama untuk meneruskan perjalanan menuju ke suatu destinasi yang masih jauh. Oleh yang demikian, kita di gesa oleh Allah S.W.T supaya menyediakan bekalan yang secukupnya untuk di bawa ke alam akhirat.Perjalanan menuju akhirat merupakan perjalanan yang sangat jauh dan di luar jangkaan kita.
15

RUJUKAN
BUKU ILMIAH

Ridayh.Muhammad Nasib Ar-Rifai, 2000. Ringkasan Tafsir Ibnu Tatsir (Kemudahan Dari Allah) , Maktabah Maarif

sayyid quthb,. 2004. Tafsir Fi Zhilalil Quran,Darusy Syuruq, Burut

Abdullah Basmieh Sheikh, 1980. Tafsir Pimpinan al-Rahman. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

William K. Purves dan Gorden H. Orarians,1983. Life : The Science Of Biology. New York: Senior Associates Inc

The Bilingual Encyclopedia,1975. Petaling Jaya: Preston Corporation Sdn. Bhd.

World Book International,1991.Chicago. World Book Inc.

LAMAN SESAWANG : http: www.kajianIslam.wordpress.com/kematian. http://pakarhowto.com/info-berguna/rahsia-asal-kejadian-manusia-mengikut-alquran.html http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2009/12/tafsir-surah-Yaasin.pdf

16

You might also like