You are on page 1of 12

1.

0 SOALAN TUGASAN

Tuliskan satu esei mengenai satu tajuk guru dan cabaran semasa seperti berikut: Hak asasi kanak-kanak di Malaysia dan usaha-usaha dalam melindungi kanakkanak

2.0 PENULISAN ESEI Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai populasi penduduk yang sederhana tinggi. Menurut laporan yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, Malaysia mempunyai seramai 28,908,795 penduduk terdiri daripada berbilang bangsa. Daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia, hampir 40 peratus daripadanya merupakan penduduk yang berumur 18 tahun kebawah. Akta Kanak-kanak 2001 mengkategorikan kanak-kanak

sebagai individu yang berumur 18 tahun kebawah. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pula mendefinasikan kanak-kanak sebagai seseorang yang di bwah umur 18 tahun, melainkan jika undang-undang negaranya mengiktirafkan umur dewasanya sebelum itu. Hal ini bermakna Malaysia mempunyai golongan kanak-kanak yang tinggi jika dibandingkan dengan kelompok umur yang lain. Kanak-kanak juga merupakan aset penting bagi sesebuah Negara kerana mereka akan menjadi individu-individu terpenting dalam meneraju Negara pada masa akan datang. Negara yang mempunyai kanak-kanak yang berkualiti mempunyai harapan cerah untuk terus membangun dengan pesat. Walaubagaimanpun, kanak-kanak juga selalu diancam dengan pelbagai ancaman. Kanak-kanak merupakan golongan yang lemah dan senang untuk dipengaruhi. Terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab menggunakan kanak-kanak bagi mendapat kepentingan diri. Pihak tidak bertanggungjawab ini beranggapan kanak-kanak perlu bergantung kepada orang dewasa untuk menjalankan urusan seharian. Jadi pihak ini sewenangnya menggunakan kesempatan yang ada untuk mengekploitasikan kelemahan kanak-kanak. Oleh itu, kanak-kanak seharusnya dilindungi dengan undang-undang yang sah supaya mereka tidak dipergunakan sewenangnya. Berbicara mengenai hak asasi kanak-kanak ini, seluruh dunia telah mengambil inisiatif untuk melindungi kanak-kanak. Pada 20 November 1989, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) telah dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kali ke-44. Dokumen
2

Hak Asasi Kanak-kanak yang dibentangkan dalam konvensyen ini telah menekankan hak pelindungan kanak-kanak daripada 4 aspek iaitu pengabaian, penderaan, ekploitasi dan jaminan kanak-kanak mendapat haknya. Apakah yang terkandung dalam aspek-aspek ini? Kita perlu memahami dengan mendalam aspek-aspek yang terkandung dalam hak pelindungan kanak-kanak ini. Pengabaian merujuk kepada kegagalan secara berterusan dan serius untuk menyediakan keperluan asas fizikal, emosi dan pembangunan dari segi kesihatan, pendidikan, perkembangan emosi, nutrisi, tempat perlindungan dan kehidupan yang selamat untuk kanak-kanak. Pengabaian boleh mendedahkan kanak-kanak kepada segala bentuk bahaya, termasuk mengancam nyawa mereka. Aspek penderaan pula merangkumi penderaan fizikal, emosi dan seksual. Penderaan fizikal menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi fizikal menyebabkan kecederaan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh kanak-kanak itu akibat kekerasan atau penggunaan agen yang disengajakan kepada tubuh kanak-kanak itu. Penderaan emosi menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak dicederakan dari segi emosi yang menyebabkan gangguan yang boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi kanak-kanak itu seperti kecelaruan mental atau tingkah laku, keresahan, kemurungan, penyendirian dan perkembangan lambat. Penderaan seksual menurut Akta Kanak-Kanak 2001 adalah apabila seseorang kanak-kanak teraniaya dari segi seks jika dia mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi apa-apa maksud atau eksploitasi seks oleh mana-mana orang bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain. Aspek eksploitasi pula merupakan penggunaan kanak-kanak dalam aktiviti yang membolehkan pihak lain mendapat faedah dari segi kewangan, seksual, politik serta kepentingan lain yang boleh mengancam kesejahteraan fizikal dan psikologikal mahupun kelangsungan hidup kanak-kanak. Akhir sekali aspek jaminan kanak-kanak mendapat haknya. Hal in bermaksud setiap kanak-kanak tidak mengira bangsa dan agama berhak

mendapat hak-hak mereka dan jaminan ini akan membuatkan pihak yang menafikan hak kanak-kanak boleh didakwa. Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) telah menyenaraikan hak-hak bagi seorang kanak-kanak iaitu hak kehidupan, hak perlindungan, hak perkembangan dan hak penyertaan. Hak kehidupan didefinasikan sebagai jaminan keperluan asas merangkumi makanan, tempat tinggal, air minuman bersih dan jagaan kesihatan. Hak perlindungan pula merangkumi perlindungan daripada diskriminasi, penderaan dan pengabaian, perlindungan untuk kanakkanak tanpa keluarga dan kanak-kanak pelarian. Hak perkembangan adalah berkaitan persekitaran yang selamat, pendidikan, kemudahan dan kebebasan daripada diskriminasi.hal in bermaksud kanak-kanak berhak hidup dalam persekitaran yang harmoni dan aman dan berpeluang mendapat pendidikan secara formal atau tidak formal selain berhak mempunyai kemudahan asas kehidupan. Kanak-kanak juga tidak boleh didiskriminasikan berdasarkan bangsa, agama atau warna kulit. Mereka perlu dilayan secara sama rata. Akhir sekali adalah hak penyertaan dimana kanak-kanak berhak untuk berkembang secara mental, fizikal dan social. Kanak-kanak berhak berkawan dan bermain, menyertai kelab dan persatuan serta berhak mengutarakan pandangan mereka. Hak kanak-kanak perlu dipandang serius oleh semua pihak kerana kanak-kanak tidak mampu membela diri mereka sendiri. Malaysia juga tidak memandang mudah mengenai Hak Asasi Kanak-

kanak dan menyedari kepentingan kanak-kanak terhadap kemajuan sesebuah Negara. Komitmen Malaysia dapat dilihat dengan usaha Malaysia mengesahkan dan menandatangani beberapa konvensyen. Antara konvensyen tersebut adalah: i. ii. Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak pada 19 Mac 1995. Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4 Ogos 1995 iii. Kenvensyen Pertubuhan Buruh Antaranbangsa 138 (minimum umur untuk bekerja) 1997.
4

iv.

Kenvensyen Pertubuhan Buruh Antaranbangsa 182 (bentuk buruh kanakkanak yang paling teruk) pada 10 November 2000. Walaubagaimanapun, Malaysia tidak lari daripada mengalami masalah

berkaitan hak asasi kanak-kanak ini. Menurut artikel yang ditulis pada 3 September 2012 dalam laman sesawang Malaysiakini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menemui sekurang-kurang 18 isu yang didakwa "tidak selari" dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak yang

ditandatangani kerajaan Malaysia pada 1995 sejak lima tahun kebelakangan ini. Isu-isu tersebut dirumuskan selepas suruhanjaya itu membuat tinjauan terhadap kanak-kanak Orang Asli di pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak, sekolah agama rakyat (SAR) di Pahang dan Selangor serta sekolah kebangsaan Tamil di kawasan ladang dan estet di Perlis dan Kedah bermula tahun 2007. Antara isu yang diterokai berkaitan pengangkutan dan jalan perhubungan murid di kawasan ladang dan pedalaman ke sekolah, kemasukan sekolah tanpa sijil kelahiran atau kad pengenaan dan kekurangan kemudahan fizikal dan kelengkapan

persekolahan serta kegagalan mendapat air bersih. "Kanak-kanak perlu diberi perlindungan, perkembangan, penghidupan dan penyertaan. Dalam membuat peraturan, polisi atau pelaksanaan perlu mengambil kira perkara ini. "Tidak boleh ada diskriminasi, apa sahaja yang dibuat mestilah mengambil kira kepentingan kanak-kanak," kata Pegawai Bahagian Pendidikan dan Perhuhungan Awan Suhakam Hasmah Abd Manaf. Banyak usaha yang telah dilakukan bagi menjamin hak asasi kanak-kanak di Negara ini. Tanngungjawab menjamin hak kanak-kanak bukan tergalas pada pihak tertentu sahaja malah semua warga negara perlu menggalas

tanggungjawab ini daripada pihak tertinggi hingga ke akar umbi. Usaha-usaha dalam menjaga hak asasi kanak-kanak ini merangkumi usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan, sekolah dan masyarakat. Ketiga-tiga pihak ini merupakan tunjang dalam mengawal isu-isu yang berlaku supaya tidak menjadi serius.

Terlebih dahulu mari kita tinjau apakah usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam menjaga hak asasi kanak-kanak di negara ini. Kerajaan Malaysia telah menggubal beberapa undang-undang bagi melindungi hak kanakkanak di Negara ini. Antara undang-undang yang telah digubal adalah: a) Akta Pelindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468). b) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) c) Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952 d) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002) Apakah fungsi dan ruang litup bagi undang-undang yang digubal ini? Mari kita kupas serba sedikit bagi memberi sedikit kesedaran terhadap kita semua. Akta Pelindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468) memperuntukkan pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan serta mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Contohnya penderaan fizikal, emosi atau seks, pengabaian sehingga kanak-kanak terjerumus dalam gejala sosial serta pengabaian daripada hak keperluan asas seperti makan, pakaian dan tempat tinggal. Akta ini sangat penting untuk mengawal kes-kes pencabulan hak kanak-kanak. Menurut sumber daripada jabatan peguam Negara, statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) turut menunjukkan penderaan kanak-kanak di negara ini semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti dilaporkan antara 2006 hingga 2008. Pada 2008 saja, sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak di negara ini dilaporkan dan didapati kes dera paling biasa yang berlaku terhadap kanak-kanak di Malaysia adalah pengabaian. Selain 952 kes membabitkan pengabaian kanak-kanak, statistik turut

mendedahkan 863 kes penderaan fizikal, penderaan seksual (733 kes) manakala 58 kes lagi terdiri bayi yang ditinggalkan. Paling menyedihkan, statistik menunjukkan satu daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan menjadi mangsa deraan sepanjang 2008 sebenarnya didera oleh ibu bapa mereka sendiri, apabila 772 kes membabitkan ibu manakala 494 dilakukan oleh bapa.

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) pula menegaskan tentang pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman asuhan kanak-kanak. Akta ini dikhususkan untuk melindungi kanak-kanak yang berumur 4 tahun kebawah dalam beberapa aspek penting iaitu kesihatan, keselamatan dan pendidikan semasa berada di taman asuhan kanak-kanak. Terdapat banyak kes berkaitan salah laku dan kecuaian taman asuhan kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan, kecacatan malah kematian terhadap kanak-kanak yang diasuh. Contohnya, menurut sumber daripada Berita Harian bertarikh 17 September 2012, dua bayi telah meninggal dunia akibat tersedak susu di Kuala Lumpur. Seterusnya Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952 bertujuan mengawal proses permohonan pengambilan anak angkat sejajar dengan Ordinan Mengangkat Anak 1960 (Adoption Ordinance) dan Peraturan-Peraturan

Mengangkat Anak 1961 (Adoption Rules 1961). Perundangan ini bertujuan menjamin kebajikan anak angkat pada masa hadapan. Selain itu, perundangan ini juga mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan anak angkat untuk kepentingan diri seperti pemerdagangan bayi. Sebenarnya, usaha untuk mengambil anak angkat adalah digalakkan dalam membela nasib kanakkanak kurang bernasib baik. Menurut akhbar Harian Metro bertarikh 2 April 2012, Pengarah JKM Wilayah Persekutuan, Noormah Abdul Rauf berkata, tiada masalah besar sekiranya rakyat tempatan mahu mengambil anak angkat, malah pihaknya sentiasa mengalu-alukan ibu bapa yang mahu membela kanak-kanak malang. Oleh itu, gunalah saluran yang betul bagi mendapatkan anak angkat. Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002) telah menyatukan tiga undangundang yang terdahulu iaitu Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Mahkamah Juvenil. Penggubalan akta ini adalah usaha untuk memastikan perlindungan, pemulihan dan pembangunan diberi perhatian serius oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak. Terdapat pelbagai kepentingan akta ini dan salah satu contoh adalah berkaitan media massa. Media massa samada media cetak atau
7

elektronik

dilarang

menyiarkan

gambar

kanak-kanak

yang

mengalami

pencabulan hak asasi kanak-kanak bagi melindungi kepentingan dan kebajikan kanak-kanak selaras dengan obligasi negara di bawah Konvensyen Hak KanakKanak (Convention on the Rights of Children). Artikel daripada laman sesawang kl-today.com bertarikh 7 Ogos 2011 menyatakan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 601] memperuntukkan sekatan ke atas laporan dan penyiaran media gambar kanak-kanak sebagai mangsa dalam kes jenayah disiarkan dalam apaapa akhbar atau majalah atau disampaikan melalui apa-apa perantara elektronik. Selain usaha yang dilakukan kerajaan, Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) di Negara ini juga telah menjalankan pelbagai program dan kempen seperti Get On Board-Raise Your Hand. Stop Child Abuse Now kempen ini bertujuan memastikan golongan masyarakat terbabit secara langsung menghalang dan menyelamatkan mana-mana kanak-kanak daripada didera (Berita Harian, 17 September 2012). Kempen ini memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan tanggungjawab dan kuasa masyarakat dalam menghentikan pencabulan hak kanak-kanak. Kita seharusnya menyokong dan mengambil bahagian dalam kempen seperti ini. Kanak-kanak menghabiskan banyak masa mereka di sekolah. Oleh itu, sekolah merupakan institusi yang sangat penting dalam usaha melindungi hak asasi kanak-kanak. Pendidikan wajib telah dilaksanakan iaitu setiap kanak-kanak berumur 6 tahun dan perlu menjalani pendidikan rendah selama enam tahun. Hal ini termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 bermula pada tahun 2004. Kurikulum dan kokurikulum yang dirancang dan digunapakai membolehkan hak

perkembangan kanak-kanak ditunaikan. Selain itu, Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah diberi kepada murid yang layak. RMT dapat membantu membekalkan makanan berkhasiat kepada murid yang kurang berkemampuan dan menunjukkan bahawa hak kehidupan kanak-kanak ditunaikan. Guru juga diberi pendedahan mengenai hak asasi kanak-kanak ini. Oleh itu, secara tidak langsung guru dapat membantu menjaga hak kanak-kanak. Contohnya,
8

sekiranya murid datang ke sekolah dan berkelakuan tidak normal, guru patut mengenalpasti punca masalah tersebut. Guru patut merujuk kepada pihak sekolah dan seterusnya berhubung dengan pihak ibubapa sekiranya melibatkan murid. Masyarakat juga bertanggungjawab magi memastikan hak asasi kanakkanak ini terbela. Oleh itu, penyertaan masyarakat amat dialukan. Oleh itu, Pasukan Pelindung Kanak-kanak dab Pusat Aktiviti Kanak-kanak telah ditubuhkan bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kepada keluarga dan kanak-kanak yang terdedah kepada keganasan seksual, penderaan dan sebagainya. Perkhidmatan yang diberikan termasuklah kaunseling, kursus keibubapaan serta penjagaan kanak-kanak. Selain itu, Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-kanak Negara telah ditubuhkan. Antara objektif pelan tindakan ini adalah: 1) Meningkatkan kesedaran dan komitmen pelbagai pihak terhadap usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama 2) Mewujudkan persekitaran yang selamat dan mesra kanak-kanak 3) Menggalakkan organisasi yang berhubung secara langsung dan tidak langsung dengan kanak-kanak mewujudkan dasar perlindungan kanakkanak organisasi masing-masing 4) Melindungi setiap kanak-kanak daripada sebarang bentuk pengabaian, penderaan,keganasan dan eksploitasi 5) Menetapkan hanya individu yang bersesuaian sahaja boleh berurusan secara langsung dengan kanak-kanak 6) Meningkatkan khidmat sokongan bagi menangani pengabaian,

penderaan, keganasan dan eksploitasi terhadap kanak-kanak 7) Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan bagi menambah baik perlindungan terhadap kanak-kanak

Selain itu, Pasukan Pengesan Penderaan Kanak-kanak dan Kanak-kanak Terabai juga ditubuhkan bagi menyelia dan memantau kes penderaan kanak9

kanak yang dirujuk di hospital. Kebanyakan masyarakat tidak mengambil tindakan yang betul apabila mereka hanya mendiamkan diri apabila berlaku kes pencabulan hak kanak-kanak atas alasan mereka tidak mahu mencampuri urusan keluarga orang lain. Sebetulnya mereka patut melaporkan kesalahan ini bagi menjaga hak kanak-kanak yang menjadi mangsa. Kesimpulannya, setiap individu perlu mengambil inisiatif bagi menaiktaraf pengetahuan tentang hak asasi kanak-kanak serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Hal ini akan menyedarkan setiap individu tentang

tanggungjawab mereka dalam menjaga hak kanak-kanak bukan hanya waris yang berhak diatas seorang kanak-kanak. Selain itu, usaha yang telah dijalankan perlulah konsisten dan bersih bagi membolehkan hak kanak-kanak ditegakkan. Pelan yang telah dirancang rapi memerlukan perlaksanaan yang cekap dan telus daripada pihak atasan hingga ke akar umbi. Kita perlu sedar bahawa pada hari ini kanak-kanak semakin ditindas berdasarkan kes-kes yang direkodkan dan sekiranya semua ini tidak boleh dikawal, siapakah yang bakal mengambil alih kepimpinan negara kita pada masa akan datang.

10

3.0 RUJUKAN

Azizi Ahmad (2010), Hak Asasi Kanak-kanak, diambil pada 24 Julai 2012 daripada http://kheru2006.webs.com/prasekolah/hak_asasi_kanak_kanak.htm

Akmalhana Bt Mohammed (2011), Penderaan Kanak-Kanak. Diambil daripada http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=1135

Dasar Perlindungan Kanak-Kanak Negara, Jabatan Kebajukan Masyarakat Malaysia, diambil daripada http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&catid =35%3Adasarpelan-tindakan&id=673%3Adasar-perlindungan-kanakkanak-negara&Itemid=280&lang=ms

Dato Shahrizat Abdul Jalil (2009), Dasar Kanak-kanak Negara dan Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat diambil pada 28 Julai 2012 daripada http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id= 501%3A1592009-dasar-kanak-kanak-negara-dan-dasar-perlindungankanak-kanak-negara&Itemid=98&lang=ms

Hak Asasi Manusia, Universiti Malaya diambil pada 26 Julai 2012 daripada http://pendidikanmoral.um.edu.my/index.php?page=26

Mustapha Ahmad (2012), Beli anak ikut saluran betul, diambil daripada

11

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20120420065136201204200 65136/Article/index_html

Noor Mohamad Shakil Hameed (2012), Kes Dera Kanak-Kanak Kena Ditangani Segera, diambil daripada http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kesderakanakkanakkenaditanganisegera/Article

Pasukan Perlindungan Kanak-kanak dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat diambil pada 28 Julai 2012 daripada http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=3 28%3Apusat-perlindungan-kanak-kanak&catid=37%3Akanakkanak&Itemid=305&lang=ms

Siar foto kanak-kanak dera salah?, KL-today diambil daripada http://www.kl-today.com/2011/08/siar-foto-kanak-kanak-dera-salah/

Yusairi Ahmad(2012), Dua bayi mati tersedak susu di pusat asuhan, diambil daripada http://www.bharian.com.my/articles/Duabayimatitersedaksusudipusatasuh an/Arti cle/

12

You might also like