You are on page 1of 14

Seni Visual

Oleh : Nurul Diana binti Dawam

Maksud Seni
Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1988), Seni bermaksud kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-indah.

Berdasarkan Ensiklopedia Malaysiana (1996:453), Seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan

atau pendengaran.

Maksud Seni Visual


Visual bermaksud sesuatu yang

nampak atau tampak.


sesuatu yang boleh dinilai dan dilihat oleh mata manusia. wujud atau terbit daripada idea atau pengalaman atau rangsangan individu.

Maksud Falsafah
Dipinjam daripada bahasa Yunani

(Greek) iaitu philosophia. Philo


bermakna cinta akan, manakala sophia bermaksud ilmu, hikmah, ataupun bijaksana.

Dalam ungkapan Arab pula disebut ulum alhikmah (sophia) yang bererti kebijaksanaan.

Ahli falsafah mengambil kata Yunani


(philosophos) iaitu al-hakim yang bermaksud orang bijaksana.

Dalam jamak, al-hukama bermaksud ahli fikir


yang membicarakan hal-hal kemanusiaan, fenomenologi, metafizik, dsb..

Falsafah dimaksudkan sebagai usaha tertib, berkaedah, yang

dipertanggungjawabkan secara
intelektual bagi melakukan apa yang sebetulnya diharapkan daripada setiap orang yang tidak hanya mahu menurut saja, yang tidak mahu menelan mentah-

mentah apa yang sudah dikunyah


sebelumnya oleh pihak lain.

Maksud Pendidikan
Menurut Yunani ialah pedagogi, iaitu

ilmu menuntun anak.


Dalam Kamus Dewan, pendidikan berasal daripada kata dasar didik (mendidik), iaitu memelihara dan memberi latihan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran

Pendidikan pula bererti proses mengubah sikap dan tata laku seseorang ataupun kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia

melalui upaya pengajaran dan latihan,


proses perbuatan, dan cara mendidik.

Prof. Syed Mohd. Naquib al-Attas mendefinisikan pendidikan sebagai usaha ataupun proses menitiskan sesuatu ke dalam diri manusia.

al-Ghazali mengatakan Pendidikan itu


ialah mengeluarkan perangai yang buruk yang ada pada manusia dan menyemaikan perangai dan sifat yang baik.

Abdul Halim el-Muhammady pula menulis Pendidikan islam itu adalah proses mendidik dan melatih akal, jasmani, rohani, dan emosi manusia

berasaskan sumber wahyu, Quran dan


Sunnah, pengalaman salaf al-soleh serta ilmuwan muktabar dengan matlamatnya

bagi melahirkan insan yang soleh. .

Maksud Pendidikan Seni


Pendidikan seni adalah program

pendidikan yang bersistem, terancang


dan prestasinya boleh diukur bagi memenuhi keperluan individu.

Menurut Feldman (1996), sebagai usaha


yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, disamping mengetahui tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni.

Maksud Teori
Pendapat yang dikemukakan mengenai

suatu perkara, kejadian, dan


sebagainya. Asas-asas dan hukum-hukum umum yang menjadi dasar pembentukan kesenian ataupun ilmu pengetahuan.

Cara-cara dan aturan-aturan bagi melakukan sesuatu. Kesimpulannya, asas-asas dan prinsipprinsip yang menjadi dasar

pembentukan, pembinaan,
perkembangan sesuatu bidang pengetahuan.

You might also like