You are on page 1of 8

Hakikat mengundi dan hukumnya

Mengikut pandangan fikh Islam.






Mukaddimah

Segala puji bagi Allah Taala yang telah menetapkan setiap kejadian itu terdapat hukum
hakam. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita Imam kepada ijtihad,ahli
keluarga baginda dan para sahabat.

Sesungguhnya perbincangan politik adalah perbincangan yang sangat penting
kerana ia melibatkan masa depan umat Islam . Kita menghadapi menghadapi 2 masalah
yang besar iaitu golongan yang tidak langsung mengambil berat tentang politik
tenggelam di dalam ibadat sehingga apa yang berlaku disekelilingnya mereka tidak
menye menyedari apa-apa. Dan satu golongan lagi, golongan tenggelam di dalam dunia
politik sehingga kehidupannya kesemuanya adalah politik,tidak kebajikan atau dakwah.

Tetapi alhamdulillah,manhaj yang saya telah pegang hampir 11 tahun iaitu
manhaj wasatiyah telah mengajar kita agar berlaku adil di dalam setiap perkara yang
kita lakukan.

Sesungguhnya manhaj Islam dan wasatiyah di dalam pendekatan di dalam
bidang politik,muamalat,undang-undang dan seumpamanya cukup dengan meletakkan
prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah umum dan menghuraikan dengan detail pada
sebahagian masalah dan meninggalkan ruang-ruang kosong untuk para fuhaqa
berijtihad
1
.

Sheikh Syaltut berkata Apabila Allah ingin ketetapan di dalam Syariatnya, Dia
akan menghuraikan secara detail dan apabila Dia inginkan perubahan di dalam
SyariahNya,Dia akan mengumumkannya.

Berdasarkan kaedah-kaedah ilmu yang diletakan oleh para ulama kita yang
agung,kita berjalan dan mengkaji, kita tidak terkeluar daripada manhaj mereka
walaupun kemungkinan pendapat berlainan dengan mereka. Kelainan ini bukanlah
perbezaan dalil tetapi perbezaan zaman dan maslahah.

Mudah-mudahan kertas kerja yang kecil ini yang berdiri di atas asas Syarie dapat
memberi cahaya kepada peserta dan pembaca, sekiranya terdapat kesalahan,pembahas
memohon keampunan kepada Allah Taala. Sesungguhnya Dia menerima taubat hamba-
hambanya yang kembali kepadaNya. Amin.

Fauwaz Fadzil

Pengkaji Fikh Islami

1
Lihat Manhajul fikh Islami wal ijtihad walbahsi oleh Sheikuna Dr Ali Alqurrah Daghi ,s46

Bangi, Selangor.




Definisi mengundi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan mengundi.

Mengundi bererti: Memberi undi kepada calon yang dicalonkan untuk mewakili rakyat
ke Parlimen atau Dun
2
.


Hukum mengundi mengikut pandangan Fikh Islam.

Pengundian di dalam pilihanraya ini kita boleh bahagikan kepada 3 pendapat
berdasarkan ihtimal akli dan fikhi:

1: Pendapat pertama: Mereka berpendapat bahawa mengundi adalah fardu ain ke atas
setiap muslim kerana pengundian merupakan penyaksian yang wajib dilaksanakan
berdasarkan firman Allah Taala:

,!, ',.:l :| !. `s:

... dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi.(al-Baqarah:282)
.


Kefahaman ayat: Semua orang sudah mencapai 21 tahun diseru untuk mengundi, dan
undian dianggap sebagai penyaksian, maka semua yang mencukupi sifat mengundi
diwajipkan mengundi secara fardu ain.


2: Pendapat kedua: Ia adalah fardu kifayah, ini kerana keadaannya hampir sama seperti
berperang dan amal-amal yang lain. Sekiranya sekumpulan manusia sudah memenuhi
kehendak tuntutan maka di gugurkan ke atas golongan lain.

3: Pendapat ketiga: Mereka berpendapat bahawa hukum mengundi adalah haram
kerana piliharaya itu sendiri adalah perkara yang bidaah maka mengundi juga termasuk
di dalam perkara yang terlarang.

Pendapat yang terpilih: Ialah pendapat pertama kerana semua rakyat diseru untuk
menyampaikan undi mereka, sabda Nabi yang bermaksud:

Apabila kamu diminta keluar berjihad maka keluar semua berjihad.
3




2
Definisi ini berdasarkan pengamatan pengkaji
3
Riwayat al Bukhari

Di antara perkara yang wajib diberi perhatian oleh pihak suruhanjaya
pilihanraya:

Berdasarkan pengamatan pembahas, kita mendapati beberapa kewajipan Syarie yang
perlu dilakukan oleh SPR:

1: Memastikan berlaku adil kepada semua parti politik yang bertanding.

2: Tidak membenarkan pengundi-pengundi hantu mengundi.

3: Tidak membenarkan orang mengundi melainkan pada waktu yang telah ditetapkan
4
.



Kewajipan bagi mereka yang terlepas mengundi:

Bagi mereka yang tidak dapat mengundi kerana sebab-sebab tertentu dan mencapai
umur 18 tahun (umur IQ) mereka juga tidak terlepas daripada kewajipan-kewajipan
yang berkaitan dengan mengundi, ini berdasarkan dalil- dalil Syarie:

Dalil al Quran:

Bertaqwalah kepada Allah sekadar yang termampu.


Dalil Hadis: Riwayat al Bukhari dan Muslim




Terjemahan: Dan apa aku perintah kamu kalian dengan sesuatu, maka lakukan sekadar
termampu.



Kaedah-kaedah fikh:

1:

Terjemahan: Sesuatu yang mudah tidak gugur kewajipannya dengan sebab terdapat
perkara yang susah.

2:
Terjemahan: Apabila sesuatu yang utama tidak ada, maka berpindah kepada gantinya.


4
Dengan kita menyatakan bahawa hari mengundi itu sebagai wajib mudaiyaq( ) tidak boleh
dilakukan pengundian sebelum dan selepas waktu mengundi.

Ruang-ruang kewajipan yang boleh dilakukan:

1: Berdoa kepada Allah agar memenangkan Islam dan kebenaran.

2: Melakukan dakwah yang termampu untuk memenangkan Islam dan kebenaran.

3: Memberi bantuan kewangan kepada pihak membawa risalah Islam dan kebenaran.




Hukum pengundi palsu, adakah sah undiannya?

Di antara perkara yang wajib di tonjolkan, adalah masalah pengundi palsu. Apakah
hukum mengundi mereka?

Secara kaedah usul, hukum pengundi adalah tidak sah kerana ia telah merosakkan
syarat kelayakan iaitu mesti menjadi warga negara Malaysia, mana-mana pengundi luar
dari Malaysia yang mengundi maka undinya tidak sah kerana tidak mempunyai
kelayakan( )
5
dan dia mencemarkan syarat sah .

Maka di sini, kita ingin menyatakan penglibatan pengundi hantu adalah haram dan tidak
sah, dan menjadi kewajipan ke atas SPR meningkatkan kualiti pengawalan daripada
penglibatan pengundi hantu atau palsu agar proses mengundi berlaku mengikut
kehendak Syarie.


Adab-adab mengundi

Di sini kita menyebutkan adab-adab yang perlu dihiasi oleh para pengundi ketika
menjalankan pengundian:

1: Niat untuk menunaikan kewajipan kerana Allah

2: Berpakaian yang menetapi syarie dan tidak bertabarruj.

3: Mengelak diri daripada mengutuk parti lawan ketika menjalani kewajipan mengundi.

4: Membaca Basmalah ketika ingin mengundi.

5: Melemparkan senyuman kepada mereka yang perlu diberi senyuman.

6: Menganggap mengundi adalah satu tanggungjawab.

7: Mengetahui bahawa memilih calon yang jahat membawa kepada kerugian umat.

5
Lihat kitab-kitab usul seperti at taudih, kasyful asrar,usul fikh islami ,al wajiz oleh Abdul Karim Zaidan
yang membincangkan perbahasan al ahliyah dan kita boleh mengambil faedah yang cukup banyak untuk
membuat pelbagai syarat kelayakan di dalam sektor pekerjaan,politik,jenayah dan seumpamanya.

8: Tidak mengikut hawa nafsu dan tidak mengampu.

9: Berusaha memilih calon yang terbaik.

10: Utamakan maslahah umat ke atas maslahah parti atau individu.

11: Berusaha memperkasakan kumpulan yang memperjuangkan Islam dan kebenaran.



Kategori mengundi( Takyif):

Di sini terdapat dua pendapat ulama di dalam mentakyifkan mengundi:

1: Wakalah

2: Syahadah(Penyaksian)

Huraian:

Wakalah: Bererti memberi mandat kepada orang lain melakukan kerja yang
sepatutnya dia lakukan.

Maka dalam aspek gambaran undi, pengundi memberi mandat dan perwakilan kepada
calon untuk melakukan agenda rakyat, dan pengundi akan memilih seseorang baginya
yang berkemampuan dan amanah.

Maka di sini kita terangkan bahawa mengundi dari sudut takrij dan takyif fikhi boleh
dikatakan sebagai wakalah. Maka sebarang hukum dengan undi merujuk kepada
hukum- hakam wakalah.

Syahadah: Memberi penyaksian terhadap kelayakan seseorang untuk diundi.

Dan disyaratkan kepada orang mengundi mempunyai kelayakan sepertimana di dalam
penyaksian di mahkamah.

Orang yang mengundi ini merupakan saksi yang bertanggujawab memberi penyaksian
dan bertangguhawab pada hari kiamat berdasarkan apa yang dia pilih, firman Allah
Taala di dalam surah an Nisa


Maka mengundi dari sudut takrij atau takyif yang kedua merujuk kepada hukum
syahadah. Maka ia mengikut konsep syahadah seperti yang dibincangkan oleh fikh
Islami.


Adakah orang awam atau orang jahil seperti buta huruf turun mengundi:

Di sini terdapat perbahasan dikalangan manusia:

-Sebahagian pendukung gerakan Islam berpendapat bahawa orang jahil, tidak boleh
mengundi. Mungkin alasan mereka kerana orang jahil tidak mempunyai kelayakan
untuk mengenal siapa yang terbaik diundi dan kadang-kadang boleh membawa
kemudaratan dengan golongan seperti mudah dibeli dan ditipu.

-Dr Akram Kassab berkata, tidak boleh kita menghalang golongan tersebut daripada
mengundi,sebaliknya kita perlu memberi peluang kepada mereka dengan
meningkatkan kualiti mereka.

Dalil-dalil yang diberikan oleh Dr Akram:

>!: _ .



dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. (as-
Syuara:59)



Hadis: Riwayat al Bukhari



Terjemahan: Berikan cadangan kepada ku wahai orang ramai sekalian

Bagi pembahas, memberi peluang kepada orang jahil mengundi adalah salah satu
pembinaan tamadun yang baik kerana kita memberikan semua pihak kebebasan
memilih, walaupun sesorang itu jahil tetapi dia masih ada akal untuk menilai.

Hukum orang bukan Islam mengundi?

Secara ringkasnya, tidak ada halangan untuk orang bukan Islam mengundi sekiranya
kita mentakhrijkannya sebagai wakalah. Maka secara hukumnya tiada masalah orang
bukan Islam mewakilkan orang Islam di dalam melakukan perkara yang berkaitan
dengan agama mereka.

Tetapi sekiranya kita mentakhrij dan mentakyifkanya sebagai syahadah, maka
syahadah berhajat kepada syarat Islam mengikut pandangan kebanyakan ulama. Maka
mengikut pandangan ini orang bukan Islam tidak boleh memberi undi.

Tetapi secara mudahnya, kita mengambil pendapat yang membolehkan orang bukan
Islam memberi undi untuk memberi ruang kepada mereka memilih pemimpin yang
mereka rasakan adil bagi pandangan mereka dan juga berdasarkan kaedah

Apa yang diberikan kepada kita diberikan kepada mereka,apa yang dibebankan ke
atas kita dibebankan ke atas mereka.


Hukum membeli undi:

Dr Akram Kassab menyatakan bahawa pembelian undi adalah haram dan merupakan
jenayah yang ditolak oleh Syarak dan qanun(undang-undang)
6
.

Bahkan pembelian undi dianggap rasuah yang dilaknat oleh Nabi. Sabda nabi saw:



Terjemahan: RasulAllah melaknaktkan orang memberi rasuah dan menerima rasuah.

Sabda Nabi lagi:




Tidak akan masuk syurga setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram dan
setiap daging yang tumbuh dari yang haram, neraka lebih layak baginya.

Bahkan pembelian undi telah menyebabkan tidak sah undi dan pembatalan
kemenangan.


Hukum menerima wang pembelian

Di dalam masalah ini terdapat 3 ihtimal
7
fikhi:

Pendapat pertama: Menyatakan bahawa menerima wang pembelian undi berdasarkan
hadis yang menyatakan penerima rasuah turut mendapat laknat.

Pendapat kedua: Menyatakan bahawa menerima wang yang diberikan itu adalah harus
seperti yang difatwakan oleh Imam al Qaradawi
8
. Kerana di sana mungkin mereka
berhajat kepada tersebut untuk kegunaan asas kehidupan. Pendapat ini kita boleh
masukkan di dalam kaedah

" "

Terjemahan: Keperluan yang membebankan diletakkan kedudukan darurat sama ada ia
berbentuk umum atau khas(individu atau kumpulan tertentu).

Pendapat ketiga: Mereka berpendapat secara lebih mendalam, bagi mereka yang tidak
ada hajat dan mempunyai kewangan yang baik diharamkan menerimanya, tetapi bagi

6
Al intikhabat , dr Akram Kassab, ms 100.
7
Ihtimal fikhi ini adalah pendekatan yang digunakan oleh imam Ibnu Qudamah di dalam kitabnya al
mugni, ihtimal fikhi ini merupakan akal besar seorang faqih yang melihat pandangan daripada pelbagai
sudut.
8
Berdasarkan siri ucapan Imam al Qaradawi melalui tayangan youtube.
mereka yang susah mereka boleh menerimanya untuk menunaikan hajat kehidupan
mereka. Ini merupakan pendapat yang mulia() yang menggabungkan dua dalil iaitu
dalil yang mengharamkan dan dalil yang membolehkan.

Penutup:

Di sini kita simpulkan perbahasan kita kepada beberapa perkara:

1: Mengundi merupakan hak rakyat untuk memilih pemimpin

2: Di sana terdapat perbezaan pendapat dari sudut fikh kepada tiga pendapat

3: Di dalam mentakyif undi dua cara samada dimasukkan ke bawah konsep syahadah
dan satu lagi konsep wakalah.

4: SPR mempunyai kewajipan yang perlu ditunaikan.

5: Di sana terdapat adab-adab yang perlu dihiasi oleh pengundi.

6: Orang jahil dan orang bukan Islam berhak untuk mengundi menunaikan hak warga
Negara.

Mudah-mudahan Allah Taala menerima amalan yang kecil ini dan para peserta
mendapat faedah daripada kertas ini.

You might also like