You are on page 1of 1

Faedah Berkebun

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu lapang. Antaranya ialah berkebun. Berkebun dapat mendatangkan banyak faedah kepada kita. Antara faedah yang diperoleh daripada berkebun ialah kita dapat memanfaatkan masa lapang kita. Berkebun dapat menghindarkan kita daripada melakukan perkara yang negatif dan tidak berfaedah. Dengan berkebun, masa senggang kita tidak terbuang begitu sahaja. Berkebun juga dapat memastikan kesihatan tubuh badan kita terjamin. Ini kerana semasa melakukan kerja-kerja perkebunan, peluh dikeluarkan. Maka, sistem peredaran darah badan kita menjadi lebih lancar. Selain itu, berkebun juga dapat menambahkan pendapatan keluarga. Kita bukan sahaja boleh menikmati hasil tanaman, bahkan juga dapat menjual hasil kutipan yang berlebihan itu untuk mendapat sedikit keuntungan. Disamping itu, berkebun juga dapat membantu memelihara alam sekitar sekali gus menghijaukan persekitaran rumah. Keluarga kita juga akan memperoleh udara yang segar hasil daripada penghasilan oksigen daripada tumbuh-tumbuhan. Kesimpulannya, berkebun dapat mendatangkan banyak faedah kepada kita. Jadi, kita haruslah mengamalkannya demi kebaikan semua.

Soalan: Sila cari isi penting karangan yang telah anda tulis.

You might also like