You are on page 1of 32

1

BAHAGIAN 1

PENDAHULUAN

1.1

PENGENALAN Latihan industri (LI) merupakan komponen program pengajian yang memberi

pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan agar lebih bersedia dengan suasana kerja yang bakal mereka ceburi. Selain daripada itu program LI adalah untuk memperkasakan kompetensi dan kemahiran pekerjaan pelajar dan seterusnya dapat mempertingkatkan kebolehan pasaran pelajar. Secara dasarnya, program LI ini merupakan satu program yang menempatkan pelajar untuk menjalankan latihan praktikal, amali atau klinikal dalam satu-satu organisasi luar UKM yang dipilih dan diselia dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum pelajar dianugerahkan ijazah.

1.2

TUJUAN LATIHAN INDUSTRI Matlamat LI adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang

sebenar sambil mempraktikkan pengetahuan secara teori kepada amalan serta mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang profesion masingmasing. Latihan Industri juga bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai kompetensi yang diperlukan oleh majikan di samping memberikan pengalaman keusahawanan.

1.3

OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Objektif utama program LI adalah untuk : a. memberikan peluang kepada pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran akademik dalam alam pekerjaan sebenar. b. memberi peluang kepada pelajar belajar dari pengamal dalam bidang masingmasing. c. mempertingkatkan kemahiran generik dan profesional seperti kemahiran

interpersonal, bekerja secara berkumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran keusahawanan. d. menghayati nilai etika profesion masing-masing. e. mempertingkatkan peluang pekerjaan. f. memberikan pengalaman pembelajaran dalam dunia industri dan g. merapatkan jalinan hubungan universiti dengan industri. Latihan industri ini penting kepada siswazah untuk keyakinan diri, meluaskan pergaulan sama ada secara korporat atau tidak, menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja, menilai kebolehan diri di alam pekerjaan dan memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan, kesanggupan dan sikap kepada bakal majikan serta dapat menyediakan laporan rasmi selepas tamat latihan.

1.4 1.4.1

LATAR BELAKANG PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT Lokasi Daerah

Daerah Hulu Langat terletak di dalam kawasan Lembah Klang dan bersempadanan dengan: a. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Daerah Gombak di sebelah Barat Laut; b. Daerah Petaling di sebelah Barat;

c. Daerah Sepang di sebelah Barat Daya; d. Negeri Pahang di sebelah Timur Laut; dan e. Negeri Sembilan disebelah Selatan dan Timur 1.4.2 Profil Daerah Keindahan Daerah Hulu Langat dicerna oleh ungkapan "kampung di tengah bandar besar". Ini kerana suasana tradisi dan keindahan kampung masih tetap wujud di sini meskipun dihimpit oleh pembangunan yang agak pesat dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kedudukannya yang hampir dengan Persekutuan Putrajaya. Daerah Hulu Langat merupakan satu daripada 9 daerah yang terdapat di Negeri Selangor. Ia merupakan daerah ke 5 terbesar di Negeri Selangor. Daerah ini terletak di dalam kawasan Lembah Klang. Daerah ini mempunyai 7 buah Mukim yang diwartakan di bawah Kanun Tanah Negara iaitu : a. Ampang dengan keluasan 3,901 hektar. b. Beranang dengan keluasan 6,184 hektar. c. Cheras dengan keluasan 5,973 hektar. d. Hulu Langat dengan keluasan 29,542 hektar. e. Hulu Semenyih dengan keluasan 18,405 hektar. f. Kajang dengan keluasan 9,340 hektar. g. Semenyih dengan keluasan 9,599 hektar.

1.5

SEJARAH PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT Ditubuhkan pada 1884 di Bandar Kajang. Pada 1 Januari 1992 pejabat telah

berpindah di pejabat baru di Bandar Baru Bangi sehinggalah ke hari ini. Dirasmikan oleh Almarhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj pada 25 Mac 1992.

1.6

VISI,MISI DAN MOTTO PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT

Visi, misi dan motto Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat adalah untuk : a. Visi Menjadikan Sebuah Daerah Yang Termaju Dan Sejahtera Menjelang Tahun 2015.

b. Misi Merancang, Mengurus Dan Memantau Pentadbiran Daerah Bagi Mencapai Pembangunan Yang Holistik Dan Seimbang Dari Segi Ekonomi, Sosial, Fizikal Dan Pembangunan Insan Melalui Perkhidmatan Yang Berkualiti.

c. Motto Kejujuran dan Ketekunan Dirpelihara oleh Allah S.W.T

1.7

OBJEKTIF DAN FUNGSI UTAMA PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT

Objektif Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat adalah untuk : a. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan melalui

pemantapan keupayaan dan kapasiti organisasi. b. Meningkatkan kecemerlangan organisasi dengan memperkasakan tadbir urus organisasi dan pembudayaan nilai-nilai murni. c. Mempertingkatkan kepuasan pelanggan dalam semua bidang berkaitan tanah dengan memperkukuhkan pengurusan dan pentadbiran tanah secara

menyeluruh. d. Memperbanyakkan kemudahan awam dan infrastruktur asas serta menggiatkan pembangunan bandar dan desa serta pengukuhan sosio-ekonomi secara holistik dengan mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

e. Mempertingkatkan keselamatan dan ketenteraman awam dengan mengekalkan perpaduan dan keharmonian masyarakat. Fungsi utama Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat adalah : a. Mentadbir pentadbiran daerah ke arah kesejahteraan rakyat. b. Mengurus pentadbiran tanah termasuk kutipan hasil dan cukai tanah. c. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan tanah dan, d. Mengurus pelaksanaan pembangunan Daerah. Pegawai Daerah berperanan sebagai perancang, penyelaras, pemantau dan pelaksana projek dan program di peringkat daerah. Pegawai Daerah juga menganggotai Jawatankuasa Tetap di peringkat Negeri. Beliau juga berperanan menyelaras program-program anjuran kerajaan persekutuan di peringkat daerah termasuk juga Pihak Berkuasa Tempatan.

1.8 1.8.1

FUNGSI UNIT PENTADBIRAN PEJABAT DAERAH HULU LANGAT Bahagian Khidmat Pengurusan

a. Unit Pentadbiran & Kewangan Mengurus hal ehwal pentadbiran dan kewangan secara efektif dan efisyen supaya dapat meningkatkan kualiti pengurusan pentadbiran peringkat daerah. Mengawal disiplin dan memproses tindakan tatatertib. Menyelaras kursus-kursus, seminar dan bengkel bagi meningkatkan kefahaman tentang dasar dan peraturan kerja semasa. Menyelaras Penilaian Prestasi Tahunan untuk Panel Pengurusan Sumber Manusia (PPSM)

b. Unit Majlis & Keraian Menyelaras, mengatur dan melaksanakan program-program berbentuk

sambutan, keraian dan majlis rasmi Kerajaan Negeri & Persekutuan di peringkat daerah, mukim dan kampung termasuk yang melalui bahagian pembangunan. Menyelaras dan mengadakan pelbagai mesyuarat peringkat di Daerah.

c. Unit Keselamatan Membantu KPPD Khidmat Pengurusan sebagai S/U Keselamatan Daerah dalam penyampaian bantuan bencana daerah. Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Keselamatan Daerah, J/K Pengurusan dan Batuan Bencana, J/K menangani Gejala Sosial, J/K Pendatang Tanpa Izin, J/K Hal Ehwal Pengguna, J/K Perpaduan, J/K Penyakit Berjangkit. Merancang dan melaksanakan kempen-kempen bersama dengan agensi-agensi berkaitan. Menyediakan laporan pemantauan dan menilai impak pelaksanaan dasar kerajaan dan program pembangunan untuk disampaikan kepada MKN. Pengerusi Gerak Saraf Negara.

d. Unit Teknologi Maklumat Memberikan khidmat sokongan teknikal dalam teknologi maklumat dan komunikasi kepada penjawat awam dan komuniti ke arah merealisasikan program kerajaan elektronik di peringkat daerah. Menyelaras dan mengawal penggunaan sistem, peralatan server dan lain-lain yang berkaitan. Membangun dan mengemaskini Laman Web Jabatan dan Sistem HRMIS. Menyediakan latihan untuk semua pegawai dan anggota termasuk latihan pengguna.

1.8.2

Bahagian Pengurusan Tanah

a. Pembangunan Tanah Permohonan penyerahan balik dan pembermilikan semula tanah. Permohonan serentak pecah sempadan dan ubah syarat tanah. Permohonan ubah syarat, pecah sempadan/bahagian tanah. Permohonan penyatuan tanah. Memproses permohonan penukaran jenis penggunaan tanah dari pada pertanian kepada industri. Pemberian milik tanah di bawah Akta Tanah. Memproses permohonan pecah sempadan/bahagian, pemberian milik tanah dan penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik.

b. Pelupusan Permohonan tanah biasa oleh orang perseorangan/ swasta, Jabatan Kerajaan yang kurang dari 10 ekar. Permohonan tanah besar-besaran berkelompok. Permohonan untuk Lesen Pendudukan Sementara (LPS). Permohonan untuk Sijil Kebenaran Carigali (SKC) dan Pajakan Lombong (SL/PL). Permohonan tanah di bawah dasar penswastaan. Permohonan rayuan pengurangan premium. Permohonan pecah bahagian bangunan dan pendaftaran hakmilik strata.

c. Pendaftaran Mendaftar hakmilik tanah. Mendaftar urusniaga dan bukan urusniaga. Menerima suratcara urusniaga / bukan urusniaga. Menyemak dokumen untuk menentukan kelayakan pendaftaran selaras dengan peraturan dan perundangan.

Membuat catatan memorial pendaftaran ke dalam dokumen Hakmilik Daftar Komputer. Menyedia dan mendaftar hakmilik sementara dan hakmilik kekal. Menyediakan Sijil Carian Rasmi dan Carian Persendirian bagi tanah milik. Menyemak dan menjilid dokumen hakmilik, suratcara urusniaga dan bukan urusniaga.

d. Perundangan Menyemak semula prosedur-prosedur kerja supaya prosedur kerja yang diguna pakai di Bahagian Tanah adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada dan bukannya berdasarkan tradisi / amalan biasa. Memantau perjalanan kes-kes saman berkaitan dengan Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat di Makhamah. Mewujudkan kesedaran dikalangan kakitangan dan pelanggan Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat akan kepentingan mematuhi peruntukkan undangundang dan kesan sekiranya melanggar peruntukkan tersebut. Memantau aktiviti-aktiviti penguatkuasaan undang-undang dibawah Kanun Tanah Negara 1965. Menyelaras hal-hal perundangan di daerah dengan pihak Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri dan Bahagian Dasar dan Perundangan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor. Menjadi urusetia Inventori masalah Rakyat (IMR). Menyelaras aduan-aduan awam terhadap urusan-urusan berkaitan tanah dan Pentadbiran Daerah Hulu Langat.

e. Teknikal & Penguatkuasaan Menyiasat dan menyediakan laporan aduan orang ramai. Membuat laporan tanah mengenai permohonan permit pengeluaran bahan batuan, permohonan tanah melalui penswastaan dan pengambilan balik tanah. Urusetia Jawatankuasa Khas Pengambilan balik tanah.

Menjalankan penguatkuasaan terhadap pengeluaran bahan batuan tanpa permit. Menyediakan pelan tapak cadangan pembangunan.

f. Hasil Menyelaras, memungut hasil dengan cara lebih berkesan. Melicinkan perjalanan sistem pembayaran cukai/hasil setempat. Menyelaraskan Laporan Pungutan Hasil bulanan. Mengumpul maklumat berkaitan hasil tanah bagi tujuan pemantauan. Merangka dasar dan perancangan kutipan tahunan hasil tanah.

1.8.3

Bahagian Pembangunan

a. Pembangunan Fizikal Menyelaraskan perancangan dan pelaksanaan bagi sektor infrastruktur daerah. Merancang dan melaksanakan aspek-aspek teknikal projek-projek Pejabat Daerah. Menyelaras dan memantau pelaksanaan projek yang telah siap untuk pembayaran. Menyelaras dan mengawasi projek persekutuan, negeri dan swasta. Mengurus, menyedia dan memperakui Spek Kerja dan pelan-pelan kejuruteraan awam. Merancang dan menyelaras perancangan Pembangunan Fizikal Daerah. Menganggotai Mesyuarat Perancangan Infrastruktur PBT dan JPBD. Menyelaras dan mengawasi Perancangan Pembangunan Tempatan bersama PBT. Menyelaras pembangunan agensi-agensi pusat di peringkat daerah. Menyemak permohonan Tukar Syarat Tanah supaya bersesuaian dengan Rancangan Pembangunan Tempatan. Memantau pelaksanaan kemajuanprojek persekutuan di daerah melalui SPPII.

10

b. Pembangunan Masyarakat Mengurus pelantikan dan penamatan Ketua-ketua Kampung Tradisi. Mengurus pelantikan dan penamatan perkhidmatan Ketua-ketua Kampung Baru Cina. Pelantikan JKKK bagi Kampung-kampung Tradisi dan Kampung-kampung Baru Cina. Penyediaan profil Kampung Tradisi dan Kampung Baru Cina. Penyediaan Baucer Pembayaran Elaun Ketua-ketua Kampung dan Elaun Mesyuarat Pengerusi JKKK. Merancang Program Pembangunan Ekonomi Masyarakat (Daerah). Menguruskan Program Bantuan Pelaburan kpd Penduduk Termiskin melalui Skim ASB/ASW Merancang dan melaksana Program Minda Insan di kalangan penduduk termiskin. Merancang dan mengurus pelaksanaan Program Latihan Kepimpinan Masyarakat Setempat. Merancang dan melaksana Program Pembangunan IKS. Menyelenggara aktiviti pertubuhan sukarela peringkat daerah. S/U J/K Sambutan Upacara Keagamaan Daerah meneruskan pemulihan dan pertumbuhan sosial ekonomi melalui perkhidmatan mesra rakyat.

11

1.9

CARTA ORGANISASI UTAMA PEJABAT DAERAH / TANAH HULU LANGAT

Berikut adalah carta organisasi utama terkini Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat : Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. Jawatan Pegawai Daerah Hulu Langat Ketua Pen. Pegawai Daerah (Kidmat Pengurusan) Ketua Pen. Pegawai Daerah (Pengurusan Tanah) Ketua Pen. Pegawai Daerah (Pembangunan) Pen. Pegawai Daerah (Pentadbiran Kewangan) Pen. Pegawai Daerah (Pelupusan Tanah) Pen. Pegawai Daerah (Pembangunan Tanah) Pen. Pegawai Daerah (Pendaftaran) Pen. Pegawai Daerah (Pendaftaran) Pen. Pegawai Daerah (Penguatkuasaan) Pen. Pegawai Daerah (Hasil) Pen. Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat) Pen. Pegawai Daerah (Pembangunan Fizikal) Setiausaha Keselamatan Daerah Nama Tuan Haji Haris B. Kasim Luraashy Bt.Hassim Ahmad Suaidi B. Abdul Rahim Norfaizah Bt. Omar Aireen Umimaisarah Bt. Hamdan Mohd Rashidi B. Ruslan Norfauzah Bt. Ahmadan Nurul Fatanah Bt. Kamarul Mohd Fadhil B. Mohamad Jamin Mohd Azhar B. Daud Teepah A/P Athimoolam Khairul Fadhli Bin Mahmud -Kosong-Kosong-

12

Carta 1 : Carta Organisasi Pentadbiran Utama Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat .

13

BAB 2

BIDANG TUGAS LATIHAN INDUSTRI DI ORGANISASI

2.1

SKOP / SPESIFIKASI TUGAS Sepanjang pelatih menjalani latihan industri di organisasi, pelatih telah

ditempatkan di Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat. Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat merangkumi empat unit utama iaitu unit pentadbiran dan kewangan, unit keselamatan, unit majlis keraian dan unit teknologi maklumat. Pelatih telah diberikan tugasan untuk membantu Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada bahagian ini untuk diselesaikan dan sebagainya.

2.2

TUGASAN HAKIKI Tugasan hakiki atau sebenar yang pelatih lakukan ialah melaksanakan sistem

kad perakan waktu (punch card). Punch card merupakan perkara yang wajib dibuat bagi semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat bagi merekod kedatangan harian mereka. Kerajaan telah memutuskan supaya semua pejabat dan agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan menggunakan kad perakam waktu untuk mengawal waktu pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan datang dan pulang dari pejabat. Tujuannya ialah untuk menjamin supaya mereka menjalankan tugas dengan dedikasi dan tekun selama tidak kurang dari jumlah waktu pejabat yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi mereka.

14

2.3

TUGASAN HARIAN Latihan Industri bagi pelatih di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat telah

bermula pada 2 Julai 2012 dan berakhir pada 30 Ogos 2012. Latihan ini memakan masa selama lapan minggu. Sepanjang tempoh latihan tersebut, pelatih telah diberikan tugasan untuk membantu bahagian khidmat pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada bahagian ini untuk diselesaikan dan sebagainya. Secara dasarnya, skop dan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada pelatih adalah terlalu rencam dan pelbagai. Pelatih bertanggungjawab membantu dalam melaksanakan tugas-tugas Perkeranian dan Operasi (P/O) di peringkat kumpulan sokongan Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (tidak terhad kepada, tugastugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan / komunikasi). Selain daripada membantu menjalankan deskripsi tugas kumpulan sokongan, pelatih juga telah ditugaskan dalam membantu menjalankan penyeliaan tugas dan dokumen perkhidmatan serta kewangan selaras dengan fungsi jabatan berkenaan. Berikut adalah antara tugasan yang telah dilakukan oleh pelatih sepanjang menjalankan latihan industri di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat : a. Draf kertas Kerja Pengukuhan Perjawatan PDHL 2012. b. Draf set soalan selidik yang digunakan khas dalam menilai keberkesanan program yang dijalankan di PPDHL. c. Analisa pengukuran kursus yang telah diadakan di PDHL (Februari hingga Julai) 2012. d. Semakan senarai daftar kad kawalan stok. e. Semakan senarai baucar bayaran. f. Semakan senarai tuntutan perjalanan.

15

g. Draf surat rasmi jabatan dan urusan minit surat masuk jabatan. h. Melakukan kerja-kerja fotostat dan menghantar faksimili. i. Perkhidmatan kaunter pertanyaan / menjawab panggilan telefon. j. Menjadi peserta / wakil dalam majlis anjuran PDHL ataupun majlis anjuran pihak luar. Pelatih turut diberikan peluang untuk sama-sama terlibat dengan kursus dan program latihan pengurusan anjuran Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat. Kursus seumpama ini membekalkan pelatih dengan pelbagai ilmu serta kemahiran pentadbiran. Selain itu, selepas menghadiri kursus dan program latihan ini, pelatih dapat menyesuai dan menerapkan diri dengan suasana dan budaya kerja di jabatan, meningkatkan pengetahuan tentang perjawatan sedia ada dan menjalankan kerja harian mengikut sistem dan prosedur kerja yang betul mengikut piawaian Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat. Berikut antara beberapa kursus anjuran Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat yang diikuti oleh pelatih sepanjang tempoh latihan industri di jabatan berkenaan : a. Kursus Kewangan - Elaun Dalam Perkhidmatan Am b. Kursus Pengenalan Urus niaga Di Unit Pendaftaran PDHL c. Kursus Fail dan Rekod (Arkib Negara Malaysia) d. Kursus Pengurusan Keselamatan (Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia)

2.4

TUGASAN KHAS Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat melalui

unit majlis dan keraian telah diperluaskan skop tugasnya untuk menyelaras aktiviti korporat, hubungan pihak luar dan mengukuhkan governan serta penyampaian perkhidmatan di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat. Unit majlis dan keraian ini

16

diletakkan terus di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan dan mempunyai fungsi utama seperti berikut: a. Perancangan, perhubungan dan komunikasi korporat. b. Menguruskan dan menyelaras hubungan kerjasama pihak luar dengan PDHL. c. Menyelaras dan memastikan program / majlis anjuran PDHL berjalan lancar dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pelatih telah diberikan kesempatan untuk sama-sama terlibat dengan beberapa program dan majlis anjuran unit ini. Pelatih berperanan mengendalikan dan menyelaras aktiviti yang berkaitan dengan dibantu oleh pegawai yang telah dilantik menganggotai Ahli Jawatankuasa Pelaksana (AJK) setiap aktiviti yang dijalankan. Berikut antara beberapa program dan majlis yang disertai pelatih sepanjang menjalani latihan industri di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat: a. Urus setia Pelaksana Program CSR (Corporate Social Responsibility) Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dengan mewujudkan perpustakaan mini di kawasan Kampung Batu 20 Mukim Hulu Langat. b. AJK cenderamata bagi Majlis Berbuka Puasa Solat Tarawih dan Khatam AlQuran Peringkat PDHL 2012. c. Wakil peserta Program Bicarawara i-Ramadan Anjuran Bahagian Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. d. Urus setia Pelaksana Majlis Berbuka Puasa Bersama Sultan Selangor di Masjid Jamek Sg. Ramal Luar. e. Urus setia Pelaksana Majlis Hari Raya Peringkat PDHL 2012. f. Urus setia Pelaksana Program Keselamatan Jalan Raya Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di SMK Cheras Jaya, SMK Taman Tasik Ampang dan Plaza Tol Grand Saga (Batu 9, Hulu Langat). g. Wakil Peserta Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat sempena Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 55 dan hari Malaysia Peringkat Negeri Selangor Tahun 2012 Anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

17

BAB 3

PENILAIAN KRITIS TENTANG TUGAS YANG DILAKUKAN SEMASA MENJALANI LATIHAN INDUSTRI

3.1

KESESUAIAN LATIHAN DENGAN BIDANG PENGAJIAN Secara keseluruhannya, walaupun skop dan bidang tugas yang

dipertanggungjawabkan organisasi kepada pelatih adalah terlalu rencam dan pelbagai, namun ia tetap mempunyai perkaitan dengan pembelajaran di kampus. Latihan industri ini telah memberikan peluang kepada pelatih untuk mengaplikasikan serta mempraktikkan ilmu khususnya dalam bidang pengajian di universiti.

3.1.1

Komponen Latihan Terhadap Aspek Pembangunan Manusia Pelatih telah diberikan latihan secara tidak langsung melalui penyertaan

terhadap kursus dan program latihan yang dianjurkan pengurusan PDHL apabila berada dalam organisasi tersebut. Latihan pengurusan ini mampu membekalkan pelatih dengan pelbagai ilmu serta kemahiran pentadbiran. Pembangunan manusia adalah aspek penting untuk mengukur tahap kemajuan dan juga memastikan organisasi terus efisien. Organisasi yang baik perlu memberi penekanan terhadap pembangunan manusia terutamanya peningkatan kemahiran pekerja dengan memberi peluang kepada pekerja untuk mengikuti program-program latihan dan kursus-kursus pembangunan. Penganjuran program-program latihan dan kursus-kursus pembangunan akhirnya akan menghasilkan pekerja mahir, terlatih dan bermotivasi.

18

Latihan merupakan salah satu fungsi utama dalam pembangunan manusia yang perlu dijadikan falsafah berterusan bagi sesebuah organisasi. Individu yang melalui tempoh tertentu bekerja dalam sesebuah organisasi biasanya akan mempunyai keinginan untuk meningkatkan kemampuan bekerja, kemahiran dan pengetahuan mereka dan jawapannya adalah melalui latihan. Perubahan yang berlaku dalam organisasi misalannya dalam konteks teknologi dan persaingan menyebabkan fungsi latihan banyak kebaikan dan faedahnya. Realiti menunjukkan banyak organisasi pada masa kini mementingkan elemen latihan dalam perkembangan kakitangannya, kerana melalui latihanlah pekerja dapat mengikuti arus perubahan dalam pelbagai aspek dan bidang yang sentiasa berlaku dalam organisasi. Selepas menghadiri kursus dan program latihan ini, pelatih dapat menyesuai dan menerapkan diri dengan suasana dan budaya kerja di jabatan, meningkatkan pengetahuan tentang perjawatan sedia ada dan menjalankan kerja harian mengikut sistem dan prosedur kerja yang betul mengikut piawaian Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat.

3.1.2

Komponen Manusia

Pembangunan

Komuniti

Terhadap

Aspek

Pembangunan

Program CSR adalah suatu insiatif yang telah diambil oleh Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat madani di seluruh Negeri Selangor. Menurut World Business Council for Sustainable Development, Corporate Social Responsibility (CSR) ini di definisikan sebagai; komitmen sesebuah organisasi terhadap masyarakat. Komitmen itu dilakukan bagi meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup semua pihak baik pekerja dan ahli keluarganya, komuniti mahupun persekitaran secara nilainya. Tujuan program CSR ini adalah untuk memberikan hak dan peluang yang sama rata kepada rakyat di Negeri Selangor menyertai gelombang pembangunan serta

19

teknologi maklumat yang sedang melanda dewasa ini. Dengan adanya infrastrukturinfrastruktur seperti ini terutamanya di kawasan luar bandar, ianya akan dapat mengurangkan jurang sosial di antara masyarakat bandar dan juga masyarakat luar bandar. Pelatih telah terlibat secara langsung dengan program CSR Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat. Cadangan program adalah mewujudkan sebuah ruang perpustakaan mini di Balai Raya Kg. Batu 20 Mukim Hulu Langat. Program ini berjaya dilaksanakan dan perpustakaan mini Balai Raya Kg. Batu 20 Mukim Hulu Langat ini telah selamat dirasmikan oleh YB Che Rosli Ahli Parlimen Hulu Langat. Pelatih juga turut terlibat dalam Program Keselamatan Jalan Raya anjuran Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat. Program ini bertempat di dua sekolah menengah di kawasan Hulu Langat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik Ampang dan di Plaza Tol Grand Saga (Batu 9, Hulu Langat). Program yang dikendalikan Majlis Keselamatan Jalan Raya Daerah Hulu Langat ini telah mendapat kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat (PPDHL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Program ini berobjektifkan membantu masyarakat memahami undang-undang jalan raya dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk meningkatkan keselamatan jalan raya selain meningkatkan kesedaran jalan raya dalam kalangan orang awam. Secara external, penerapan program CSR dalam budaya kerja adalah untuk memperkaya masyarakat khususnya dalam konteks pembangunan komuniti. Ini ternyata penting kerana apabila timbulnya konflik dalam masyarakat, program CSR boleh membantu mewujudkan suasana persekitaran harmoni melalui kempen-kempen yang dijalankan. Ini juga membuktikan tanggungjawab korporat bukan sahaja untuk memastikan sistem pentadbiran yang teratur atau mewujudkan sistem atau tata kerja yang beretika malah organisasi korporat ini juga berperanan untuk membangunkan masyarakat yang madani selain memperkemas kualiti hidup sedia ada secara amnya.

20

3.2

HASIL PEMBELAJARAN LATIHAN INDUSTRI

Setelah menyelesaikan latihan industri, pelatih berupaya: a. mempraktikkan teori dan pengetahuan akademik yang dipelajari di tempat kerja di bawah penyeliaan; b. mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan pengalaman praktikal yang berkaitan dengan bidang pengajian; c. berinteraksi, berkomunikasi dan bekerja secara berkumpulan secara berkesan dengan pelbagai pihak; d. memberi pandangan secara kritis, berkeyakinan, inovatif dan mampu menyelesaikan masalah secara profesional; e. mempamerkan etika dan integriti yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan; dan f. menjelaskan pengurusan organisasi.

3.3

KEKUATAN

Penyediaan latihan industri kepada mahasiswa institusi pengajian tinggi penting dalam usaha mempertingkat kebolehgunaan tenaga sebagai persediaan berdepan dengan cabaran dunia kerjaya. Berikut antara beberapa kelebihan yang diperoleh pelatih sepanjang menjalani latihan industri di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat : a. Lebih berani, berkeyakinan diri dan berketerampilan ketika berurusan dengan pelanggan. b. Berkemampuan dan bersedia untuk menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian. c. Mempunyai personaliti yang positif dan mempunyai kebolehan berkomunikasi yang berkesan. d. Meluaskan pengetahuan dan kemahiran teknikal dan softskill pelatih. e. Menimbulkan kesedaran dan memupuk minat pelajaran dalam bidang pekerjaan.

21

f. Pendedahan pengamalan etika dan peraturan kerja yang baik. g. Melatih pelatih agar lebih bertanggungjawab dan amanah dalam

melaksanakan tanggungjawab.

3.4

KELEMAHAN

Melalui pemerhatian dan pengalaman pelatih dalam sepanjang proses latihan industri, didapati terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki organisasi untuk masa akan datang. Hal ini penting supaya organisasi dapat melancarkan proses pengurusannya dalam menguruskan pentadbiran dan perkhidmatan yang disediakan. Berikut adalah antara kelemahan organisasi yang di kenal pasti: a. Pengurusan dan pentadbiran secara birokrasi atau red tape. Istilah ini merujuk kepada satu peraturan birokrasi yang sangat berlebihan sehingga menyebabkan kelewatan kepada sesuatu urusan ataupun proses. Contoh bagi menggambarkan masalah red tape di sini ialah apabila seseorang individu ingin mendapatkan khidmat bantuan kebajikan daripada jabatan. Bagi mendapatkan bantuan tersebut, individu itu perlulah mendapat pengesahan daripada beberapa pihak tertentu dari pihak bawahan sehinggalah ke pihak atasan bagi membuktikan bahawa individu tersebut benar-benar layak menerima bantuan. Individu tersebut terpaksa menyediakan dokumen, membuat temu janji dengan pihak-pihak tersebut, membuat perjalanan ke hulu dan ke hilir dan akhirnya dalam jangka masa yang panjang barulah permohonan individu tersebut diluluskan dan memperolehi bantuan kebajikan tersebut.

b. Organisasi terlalu menekankan prinsip orientasi melakukan tugasan tanpa dipengaruhi oleh perasaan. Dalam prinsip ini, orang atasan harus menghindarkan pertimbangan peribadi dalam hubungannya dengan orang bawahan ataupun orang awam yang

22

dilayaninya. Walaupun pada dasarnya prinsip ini bertujuan untuk memberikan perlakuan yang adil terhadap semua orang, namun jika terlalu ditekankan atau tidak disesuaikan mengikut keadaan akan menyebabkan penurunan produktiviti pekerja. Sebagai contohnya di sini, katakan terdapat dua jenis orang bawahan yang mempunyai daya produktiviti yang berbeza, golongan orang bawahan yang pertama mempunyai prestasi kerja yang baik manakala golongan orang bawahan yang kedua pula mempunyai prestasi kerja yang buruk, namun layanan yang diberikan oleh pihak atasan kepada kedua-dua golongan orang bawahan tersebut tetap sama. Keadaan ini akan menyebabkan timbulnya ketidakpuasan hati kepada orang bawahan yang mempunyai prestasi kerja yang baik itu tadi dan ini boleh mempengaruhi prestasi mereka kerana mereka kurang diberi penghargaan.

c. Suasana organisasi langsung tidak menggalakkan yang cergas menonjolkan inisiatif. Organisasi tidak menggalakkan anggota yang ahli menonjol dan menyumbang sepenuhnya keahlian untuk dimanfaatkan oleh organisasi. Malahan ahli kerap ditekan sehingga akhirnya memilih untuk tunduk kepada tekanan budaya kerja yang dominan. Ini seterusnya menyumbang kepada timbulnya ketidakcekapan organisasi.

23

BAHAGIAN 4

CADANGAN DAN KESIMPULAN

4.1

CADANGAN MENINGKATKAN PRESTASI ORGANISASI Pelaksanaan reformasi pentadbiran perlu dibuat melalui perkongsian idea dan

keputusan bersama di antara semua pihak dalam organisasi. Tindakan susulan dan tindakan seterusnya dibuat untuk mencapai matlamat yang digariskan. Penyebaran maklumat dan lawatan inspektorat perlu untuk memastikan pelaksanaan sistem menurut perancangan diatur. Kesemua langkah ini adalah untuk menjamin kejayaan dan sokongan padu daripada kakitangan terhadap pembaharuan yang dibuat. Perkhidmatan yang berkualiti harus mengejar pembaharuan. Ia bukan mudah untuk dicapai, perancangan yang teliti harus dibuat secara teratur, tertib, tidak terlalu drastik dan boleh dibuat secara incremental dalam bentuk penyelesaian masalah bagi mencapai matlamat kemajuan global. Program dan projek pembaharuan dalam pentadbiran perlu dilaksanakan dengan displin dan penuh komitmen, gigih berdasarkan prinsip follow up dan follow through untuk mencapai pembaharuan yang berkekalan dan perkhidmatan awam yang progresif dan dinamik. Kursus, latihan dan taklimat yang berkaitan dari masa ke semasa kepada kakitangan di semua peringkat adalah penting untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran, motivasi, produktiviti, dan mutu kerja kakitangan serta meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab mereka. Abad 21 adalah era pekerja berilmu, pengetahuan dan pendedahan mengenai pembaharuan serta sistem baru perlu dilakukan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan awam. Peraturan dan pembaharuan yang dibuat tidak akan terlaksana sekiranya kakitangan tidak peka terhadap perubahan dan kehendak awam. Semua kakitangan

24

awam perlu mengubah sikap, memikul tugas dengan amanah, akauntabel, jujur dan ikhlas. Setiap kakitangan patut menyemai prinsip dalam diri masing-masing bahawa tugas yang mereka sandang adalah amanah yang perlu ditunaikan. Mereka perlu meningkatkan lagi sifat dedikasi, minat, kesungguhan kerja dan memupuk sifat responsif terhadap kehendak pelanggan. Sikap pekerja adalah faktor utama dalam mengukur kejayaan reformasi pentadbiran. Pekerja hendaklah sentiasa berfikiran terbuka, peka kepada perubahan yang dibuat dan boleh menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut. Mengubah minda kakitangan amat penting. Ini kerana kepercayaan dan inilah yang membentuk tingkahlaku. Kakitangan perlu berubah kepada nilai-nilai baru untuk mempelajari kemahiran yang pelbagai dan bersedia untuk menerima budaya kerja yang baru. Pembesaran kerja (enlargement), pengkayaan kerja (enrichment) dan penurunan kerja (empowerment) merupakan keperluan mutlak dan boleh

meningkatkan motivasi kakitangan. Ini kerana pekerja yang diberi peluang untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan bidang tugasnya, akan merasa diperlukan, diiktiraf dan dihargai di dalam organisasi apabila pendapat mereka diterima pakai. Kualiti perkhidmatan awam dapat ditingkatkan sekiranya pihak atasan lebih memahami kehendak jentera penggeraknya. Kepentingan dan kebajikan perlu diseimbangkan di antara kakitangan dan pelanggan. Ini secara langsung dapat menyelesaikan masalah dalaman organisasi dan meningkatkan kepuasan bekerja dikalangan kakitangan. Dengan ini pekerja dapat keselesaan yang sewajarnya dan dapat menghasilkan kerja yang berkualiti. Pihak pengurusan atasan juga perlu menunjukkan contoh terbaik dalam menjayakan reformasi pentadbiran ini. Kepimpinan melalui teladan perlu diamalkan. Gaya baru kepimpinan amat perlu seperti mengubah fungsi daripada kaedah yang memberikan arahan dan kawalan kepada kaedah kerja berpasukan (team work). Membina hubungan baik dengan pekerja sukar kerana melibatkan emosi dan perasaan. Pemimpin berurusan dengan pekerja berilmu, oleh itu mereka perlu lebih kretif dan inovatif dalam setiap tindakan yang diambil. Ini dapat mengelakkan pertukaran kerja

25

di kalangan kakitangan. Komunikasi di antara kakitangan pelbagai peringkat amat penting untuk menyelesaikan masalah yang akan timbul dan akan timbul. Peluang perlu diberi kepada pegawai kanan dan kakitangan membincangkan masalah kerja. Hubungan baik di antara pihak atasan dan bawahan serta persefahaman di antara kedua-dua pihak, salah satu faktor penting dapat meninggikan kualiti perkhidmatan awam. Untuk mencapai tahap world class, Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat mesti mempunyai benchmark, tanda rujukan atau standard yang mesti dicapai. Warga Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat mesti proaktif, berfikir secara strategik, lebih efisien dan mempunyai keupayaan melaksanakan pilihan strategi yang dibuat. Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat telah mengalami perubahan dari segi peningkatan infrastruktur melalui pemodenan kemudahan komputer secara on-line,

mempermudahkan peraturan dan meningkatkan kualiti pengeluaran. Sebagai sebuah jabatan kerajaan yang berorientasikan pelanggan, Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat mesti mengubah mutu perkhidmatan dan cara berfikir tanpa mengorbankan keselamatan orang ramai. Oleh itu, kakitangan perlu banyak diberi pendedahan tentang budaya kerja cemerlang untuk meningkatkatkan imej organisasi. Memberi maklumat kepada orang awam tentang organisasi adalah langkah wajar, dengan ini memudahkan matlamat organisasi dicapai dengan jayanya. Tenaga manusia adalah aset terpenting dalam organisasi. Peningkatan prestasi berkaitan dengan sumber manusia. Peningkatan dalam pengetahuan, kemahiran dan sikap. Elakkan sikap suka bertangguh kerana perkara yang kecil hari ini boleh menjadi masalah besar nanti. Peningkatan akhlak, nilai murni dan penghayatan nilai islam dapat meningkatkan imej jabatan dan mengelakkan penyelewengan, salah guna kuasa dan pembaziran masa. Setiap kakitangan jabatan memerlukan kesedaran diri dari segi mental dan berfikiran terbuka serta perlu diberi peluang dan menghadiri kursus yang ditetapkan oleh jabatan. Sikap dedikasi dan kesabaran perlu dipertingkatkan dan mengelakkan sikap pilih kasih di antara kakitangan dalam organisasi. Kerjasama di antara rakan sekerja amat perlu dalam menyelesaikan tugas-tugas seharian.

26

4.2

CADANGAN MENINGKATKAN PROGRAM LATIHAN INDUSTRI Bagi menjayakan sesuatu kerja, persiapan dan persediaan dari semua aspek

amatlah penting bagi mencapai atau menghasilkan nilai kualiti sesuatu latihan industri itu malah persiapan dari segi mental dan fizikal seseorang pelajar itu amatlah penting. Penguasaan bahasa terutamanya penguasaan bahasa inggeris amatlah penting sejajar dengan teknologi masa kini yang memerlukan penguasaan bahasa inggeris sepenuhnya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak tidak kira dalam bidang professional atau sebaliknya. Pihak universiti perlu menekankan kepentingan penggunaan bahasa inggeris di dalam aktiviti harian kelas. Pihak universiti juga perlu mewajibkan kepada setiap pelajar bukan sahaja lulus dengan baik malah dapat berkomunikasi dengan lancar dalam penggunaan bahasa inggeris ini. Penguasaan bahasa inggeris yang baik di kalangan pelajar akan membantu mereka dalam pesaingan pasaran kerja hari ini. Tempoh latihan industri juga dicadangkan dipanjangkan kepada enam (6) bulan. Dengan pemanjangan tempoh ini, pelatih merasakan ianya dapat

memperbanyakkan lagi pengalaman dan pengajaran mengenai kehidupan bekerja atau sebaliknya. Jika tempoh latihan ini dikekalkan seperti sedia ada pelajar tidak akan mengalami sesuatu perkara yang baru dan menganggap latihan ini dilakukan hanya untuk memenuhi syarat untuk mendapatkan ijazah.

4.3

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, didapati latihan industri memberi pelbagai faedah kepada pelatih dimana terdapat peningkatan dari segi sikap, komunikasi dan tabiat kerja pada diri pelatih disamping keyakinan tentang faedah menjalani latihan industri. Diharapkan latihan industri ini meningkatkan kematangan pelatih selain menyediakan modal insan kepada pelatih bertepatan dengan permintaan industri masa kini.

27

RUJUKAN

Laman web Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam capaian laman web http://www.selangor.gov.my/hululangat/main.php

Laman web Pejabat Hal-Ehwal Industri dan Jaringan Masyarakat Universiti Kebangsaan Malaysia dalam capaian laman web http://www.ukm.my/hejim/ Peta Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dalam capaian laman web

http://maps.google.com.my/

28

LAMPIRAN

SELANGOR

Gambar 1 : Peta Daerah Hulu Langat

Gambar 2 : Bangunan Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat

29

Gambar 3: Pelan lokasi Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat

30

Berikut antara beberapa gambar aktiviti sepanjang pelatih menjalankan latihan industri di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat :

Gambar 4 : Aktiviti CSR Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat dengan cadangan mewujudkan perpustakaan mini di kawasan Kampung Batu 20 Mukim Hulu Langat.

31

Gambar 5 : Aktiviti CSR Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya di Plaza Tol Grand Saga (Batu 9, Hulu Langat).

32

Senarai memo dan tugasan sepanjang pelatih menjalani latihan industri di Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat

You might also like