You are on page 1of 3

FORMAT DAN CONTOH PENULISAN JURNAL

FORMAT JURNAL (Minggu pertama sahaja) Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : Ke-____ _______ ____ hingga ____ Minggu Pertama di SK ____________________

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : ............................................. Nama Tarikh : ............................................. : .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : ............................................. Nama Tarikh : ............................................. : .............................................

FORMAT JURNAL (Minggu kedua dan seterusnya) Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : Ke-____ _______ ____ hingga ____ (Rujuk aspek-aspek di dalam Borang PR 1. Fokus kepada 1 atau 2 perkara sahaja)

1. Masalah / Peristiwa 2. Analisis 3. Cadangan Tindakan Susulan 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : ............................................. Nama Tarikh : ............................................. : .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan : ............................................. Nama Tarikh : ............................................. : .............................................

CONTOH JURNAL (Minggu pertama sahaja)

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: : : :

1 Pertama 30 Januari- 03 februari 2012 Minggu Pertama Di SK Permatang ToJaya

Pada hari pertama, saya bersama pasangan pasangan praktikum, Nur Syazwanni binti Idris melapor diri kepada Encik Dzulkifli bin Mahmod, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Permatang ToJaya, Butterworth, Pulau Pinang. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Kami telah diperkenalkan oleh guru besar kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Permatang ToJaya ketika perhimpunan pagi. Guru Besar turut memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah : - sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah; - struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan; - latar belakang murid dan masyarakat setempat; - tugas dan tanggungjawab murid di sekolah; - pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Selepas waktu rehat kami telah berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk mendapatkan profil serta takwim sekolah. Kami juga diberi taklimat tentang pemberian jadual waktu mengajar serta diperkenalkan dengan guru pembimbing masing-masing. Ustaz Ahmad Shahir telah ditugaskan untuk menjadi pembimbing saya sepanjang praktikum kali.Ustaz Ahmad Shahir memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester. Pada hari kedua saya telah berjumpa dengan Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk mendapatkan maklumat serta takwim kokurikulum Sekolah Kebangsaan Permatang ToJaya. Saya juga telah membuat perbincangan berhubung dengan penglibatan saya di dalam kokurikulum sepanjang menjalani praktikum di sekolah ini. Pada hari ketiga saya telah berpeluang untuk menemui Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk berbincang mengenai keadaan murid- murid di sekolah ini. Saya juga menjalani proses menyesuaikan diri dan berkenalan dengan guru- guru di sekolah ini. Ini semua bertujuan untuk membina hubungan serta mengeratkan lagi kerjasama antara guru pelatih dengan guru- guru di sekolah ini. Pada hari keempat, saya diberi peluang oleh guru pembimbing membuat pemerhatian pengajarannya. Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana melalui kesempatan tersebut saya telah memperolehi banyak pengalaman terutamanya tentang cara pengurusan kelas. Ternyata, Ustaz Ahmad Shahir memanglah seorang guru yang berkeyakinan tinggi dan berjaya menarik minat murid-muridnya. Catatan yang saya buat semasa sesi pemerhatian amatlah berguna sebagai rujukan saya. Pada hari kelima, saya mula meneliti rancangan tahunan pendidikan islam. Hal ini bertujuan untuk memudahkan saya membuat rancangan pengajaran mingguan, rancangan pengajaran harian dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang akan saya gunakan dalam minggu kedua

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan Nama Tarikh : ............................................. : ............................................. : .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan Nama Tarikh : ............................................. : ............................................. : .............................................

CONTOH JURNAL (Minggu kedua)


Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal 1. Masalah / Peristiwa Hari ini (24 Jun 2006) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif , khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu . 2. Analisis Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincanan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan. 3. Cadangan Tindakan Susulan a.) Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan . Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan . Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di sampingberbincang dengan rakan-rakan guru pelatih. : : : : 2/12 Minggu kedua 06 -10 Februari 2 Masalah mengingati nama murid- murid

b.)

c.)

d.)

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan Nama Tarikh : ............................................. : ............................................. : .............................................

Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing Tandatangan Nama Tarikh : ............................................. : ............................................. : .............................................

You might also like