You are on page 1of 17

Praktikal 4

mengukur dan membandingbeza Diversiti Spesis

Pengenalan Dalam praktikal yang lalu, kita telah mengenalpasti kesukaran dalam mengasingkan hidupan dalam taksonomi, atau sepsis bedasarkan morfologinya sahaja. Dalam praktikal ini, kita akan melihat pada contoh, dimana kita menggunakan morphospecies terhadap rama-rama yang dikumpulkan

daripada 3 buah pulau, untuk membezakan diversity sepsis, kemudian membuat sedikit cadangan berkaitan kepentingan pemuliharaan berdasarkan perbandingan ke atasnya. (Apa itu morphospecies?) Membandingbeza Kepelbagaian Spesis- Rama-rama di SE Asia

Invertebrata kebiasaannya digunakan sebagai petunjuk biodiversity kerana, secara taksonomi dan ekologinya ia terdiri daripada pelbagai spesis, habitat, dan niches serta strategi yang digunakannya. Sesetengah kumpulan, seperti kumbang, semut ,rama-rama dan kupu-kupu juga mudah dikenalpasti

morphospesies dengan hanya menggunakan ciri-ciri morfologikal luaran. Tugasan Rama-rama yang digunakan dalam praktikal ini datang daripada Pulan Sipadan, Pulau Talang dan Pulau Redang. Mereka telah dibawa oleh Dr.Dale dan anda dikehendaki menggunakan perbezaan dalam kepelbagaian spesis sebagai rasional dalam program pemulihan ekologi. Terdapat banyak Indeks Diversiti dimana boleh dikira dan dibandingkan- kita akan menggunakan Indeks Diversiti Simpson. Baca penerangan pada akhir praktikal ini.

Pertama, anda mesti menyusun rama-rama kedalam kumpulan. Gunakan ciri-ciri umum yang terdapat pada rama-rama namun nyata perbezaan yang terdapat antara rama-rama. Contohnya, kepanjangan antenna, kepelbagaian warna pada sayap, corak yang terdapat pada sayap, saiz abdomen atau toraks atau ciri bentuk tersebut, namun bukan bilangan kaki! Saiz juga bukan ciri yang terbaik untuk digunakan bagi membanding beza (kenapa?).

Bagi Unit Operasi Taksonomik atau OTU, kumpulan didefinasikan sebagai spesies yang berlainan. Berikan nama unik pada setiap nama spesies, untuk memudahkan perbincangan. (Ini adalah perkara yang dilakukan oleh ahli taksonomi.)

Pertama, pilih spesies rama-rama, bandingkan ketiga pulau pada masa yang sama dan warnakan atau tandakan setiap rama-rama yang anda rasa tergolong dalam kumpulan yang sama (spesies). Seterusnya, pilih spesies rama-rama yang berikutnya dan ulang semula prosedur, sehingga semua rama-rama telah dimasukkan dalam kumpulan.

Kedua, bilang berapa banyak bilangan rama-rama yang tergolong dalam setiap spesies bagi setiap pulau dan masukkan jumlah tersebut ke dalam jadual yang telah disediakan.

Seterusnya, kira diversiti spesies bagi setiap pulau menggunakan index D Simpson. Anda boleh melakukan secara manual atau menggunakan kalkulator di web. Terdapat pelbagai arahan pada akhir praktikal. Jika kamu boleh menggunakan kalkulator atas talian, anda boleh mengira kekayaan dan keseragaman spesies dengan mudah.

Laporan Anda dikehendaki membincangkan isi-isi penting yang diberikan dalam bentuk karangan (dalam 600 perkataan). Berikan tajuk, pengenalan, dan

persembahkan dalam bentuk jadual yang menerangkan tentang richness, eveness dan nilai D untuk spesis rama-rama, dan keutamaan dalam memulihara ketiga-tiga pulau tersebut. Rujuk laporan anda. Apakah asas blok bangunan atau unit operasi taksonomi biodiversity? Terangkan. Jelaskan secara ringkas apakah maksud (1) spesis richness dan (2) spesis eveness. Apakah turutan pulau mengikut diversity yang tinggi kepada yang rendah? Bagaimana anda mengelaskan pulau-pulau tersebut untuk

pemuliharaan.? Adakah ia mengikut nilai diversity? Apakah faktor-faktor lain yang boleh diambil dalam menentukan keutamaan pemuliharaan? Jika kita tidak mempunyai sumber untuk melindungi semua spesis, apakah kriteria yang boleh digunakan untuk membuat keputusan dimana fokus terhadap usaha pemuliharaan?

Jadual 1. Bilangan spesies dan juga bilangan individu bagi setiap spesies untuk tiga pulau Malaysia. D = Index Diversiti Simpson. P- keutamaan kedudukan untuk pemulihan; 1 = paling utama, 3 = kurang utama.

Spesies

Pulau Sipadan

Pulau Talang-Talang

Pulau Redang

Kekayaan spesies Keseragaman spesies Index Simpson (D)

Keutamaan Pemulihan

untuk

Memahami Indeks Diversiti Simpson

Terdapat beberapa laman sesawang yang menerangkan bagaimana untuk membandingkan kepelbagaian spesis, dan sesetengah daripadanya

membenarkan anda untuk menggunakan kalkulatornya secara terus. http://www.countrysideinfo.co.uk/simpsons.htm http://www.umanitoba.ca/institutes/natural_resources/biodiversity/biodiversity.html indeks Diverisiti Simpson adalah untuk mengukur diversiti. Dalam ekologi, ia selalu digunakan untuk menentukan kuantiti biodiversiti dalam sesuatu habitat. Ia diambil kira bilangan spesis, dan abundance dalam setiap spesis. Kepelbagaian Biologi- kepelbagaian dalam hidupan. Kepelbagaian biologi boleh ditentukan dalam pelbagai cara. Antara 2 faktor utama yang boleh diambil kira apabila mengukur diversity adalah richness dan eveness. Richness adalah untuk mengira bilangan pelbagai jenis organisma yang terdapat dalam sesuatu kawasan. Contoh, spesies richness adalah bilangan spesis berbeza yang wujud. Walaubagaimanapun, diversity bergantung bukan hanya kepada richness tetapi juga kepada eveness. Eveness adalah untuk membezakan persamaan saiz populasi setiap spesis yang wujud. 1. Richness Bilangan spesis per sampel ialah ukuran untuk richness. Semakin banyak spesis dalam sampel, semakin bertambah richness Spesis richness adalah ukuran yang tidak mengambil kira bilangan individu untuk setiap spesis yang ada. Ia memberi pemberatan yang sama untuk kedua-dua spesis sama ada banyak atau sedikit. Oleh itu, satu daisy mempunyai pengaruh yang sama dengan satu kawasan dengan 1000 buttercups dari segi richness. 2. Eveness Eveness adalah ukuran abundance untuk spesis yang berbeza yang menghasilkan richness dalam satu kawasan.

Sebagai contoh, kita mempunyai 2 kawasan bunga liar yang berbeza. Sampel daripada kawasan pertama mempunyai 300 daisi, 335 dandelion dan 365 buttercups. Kawasan kedua mempunyai 20 daisi, 49 dandelion dan 931 buttercups (lihat jadual dibawah). Kedua-dua sampel mempunyai richness yang sama (3 spesis) dan jumlah individu yang sama (1000). Walaubagaimanapun, sampel pertama mempunyai lebih eveness berbanding yang kedua.

Ini disebabkan oleh jumlah individu dalam sampel di bahagikan secara sama rata di antara tiga spesies. Dalam sampel kedua, kebanyakannya ialah bunga buttercups, sedikit daisy dan bunga dandelions. Oleh itu, Sampel 2 di anggap kurang kepelbagaian daripada sampel 1. Bilangan bunga Spesies bunga Daisy Dandelion Buttercup Jumlah Sampel 1 300 335 365 1000 Sampel 2 20 49 931 1000

Komuniti yang di dominasi oleh satu atau dua spesies dianggap kurang kepelbagaian (diverse) berbanding komuniti yang memiliki spesies yang berbeza tetapi mempunyai bilangan yang sama banyak. Apabila spesies semakin bertambah, maka diversity bertambah. Indeks diversity Simpsons ialah satu pengukuran diversity yang mengambil kira kedua-dua kepelbagaian dan keseragaman spesies. Apabila diversity spesies bertambah maka, Indeks diversity Simpsons bertambah D.

MENGUKUR INDEKS DIVERSITY SIMPSONS DALAM TALIAN

Langkah

1:

layari

laman

web

berikut

http://www.umanitoba.ca/institutes/natural_resources/biodiversity/biodiversity.ht ml Anda akan melihat skrin berikut

Langkah 2: Klik pada kalkulator yang ditunjukkan di rajah satu pada skrin, dan lihat skrin berikut

Langkah 3: Pada skrin borang kemasukan data , taipkan bilangan individu untuk setiap spesies moth yang dijumpai di oulau pertama. Nilai tersebut mesti di di jarakkan. Skrin ini akan menunjukkan contoh 7 spesies . Spesies pertama mempunyai 10 individu dan spesies ke-7 mempunyai 12 individu.

Langkah 4: Klik butang calculate diversity dan kotak keputusan akan tertera seperti dibawah.

Langkah 5: Dalam jadual 1, rekodkan Nilai Simpsons D ( dalam 2 titik perpuluhan). Spesies Richness dan nilai Shannons Eveness. Daripada contoh diatas D = 0.82 ,Richness = 7 dan Eveness = 0.92. Langkah 6: Ulang pengiraan untuk dua pulau yang lain.

Pengiraan Indeks Diversiti Simpson secara bertulis Indeks ini dikira seperti berikut: D = 1/pi2 iaitu pi = pecahan tertinggi/terbanyak oleh spesies ith di pulau. Contohnya jika anda mempunyai dua sampel dengan jumlah 5 individu pada 1 spesies dan 8 individu pada spesies yang lain (jumlah keseluruhan 13 individu) D = 1 / (5/13)2 + (8/13)2) = 1 / (0.38)2 + (0.62)2) = 1/ (0.52) D = 1.92 Oleh itu, penambahan nilai D, maka terdapat penambahan juga pada diversiti. Peringatan: Anda tidak perlu mengingat kaedah pengiraan, tetapi anda perlu mengingat bahawa terdapat pengiraan kuantitatif diversiti spesies.

Pengiraan Pengiraan Indeks Diversiti Simpson Contoh

Spesies

Pulau Sipadan

Pulau Talang

Talang- Pulau Redang

1. 2. 3. 4.

5 8 9

5 7 2 6

Jumlah Individu Indeks (D)

22

20 3.6

Simpson 2.8

Pulau Sipadan

D = 1/((5/22)2 + (8/22)2 + (9/22)2)

= 1/(0.23)2 + (0.36)2 + (0.41)2) = 1/(0.05 + 0.13 + 0.17) = 1/0.35 D = 2.8

Pulau Talang-Talang D = 1/((5/20)2 + (7/20)2 + (2/20)2 + (6/20)2)

= 1/(0.25)2 + (0.35)2 + (0.10)2 + (0.30)2) = 1/0.06 + 0.12 + 0.01 + 0.01) = 1/0.28 D = 3.6 Oleh itu, D = 3.6 adalah lebih tinggi daripada D = 2.8, kita boleh mengatakan bahawa Pulau Talang-Talang mempunyai lebih diversiti rama-rama berbanding Pulau Sipadan.

Rama of SE Asia

You might also like