P. 1
Skema Geografi 1-Percubaan Stpm Pahang 2012

Skema Geografi 1-Percubaan Stpm Pahang 2012

|Views: 856|Likes:
Published by roscha

More info:

Published by: roscha on Sep 20, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/05/2013

pdf

text

original

SULIT

SULIT * 942/1

SKEMA JAWAPAN

PERCUBAAN PAHANG STPM 2012
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

GEOGRAFI KERTAS 1
( ALAM SEKITAR FIZIKAL )

SULIT 942/1

SULIT

Soalan 1
Skema Jawapan: a) Bezakan maksud bahangan suria dengan bahangan terestrial. Bahangan Suria
• • Dikenali sebagai bahangan matahari. Dipancarkan waktu siang. Dalam bentuk gelombang pendek • •

[ 4 Markah] Marka h
2 2

Bahangan Terestrial
Dikenali sebagai bahangan bumi. yang dipantulkan waktu malam. Dalam bentuk gelombang panjang

2 Markah

2 Markah

MAX 4

b) Dengan bantuan gambarajah lakar, huraikan pengaruh tenaga suria terhadap struktur tumbuhan semulajadi di kawasan Tropika Lembab. [ 13 markah ] Penerimaan kadar tenaga suria yang berbeza menyebabkan struktur tumbuhan semulajadi (Hutan Hujan Tropika) boleh dibahagikan kepada empat iaitu : Struktur Hutan Hujan Tropika Lapisan-lapisan Lapisan 1: Lapisan Emergen (lapisan atas)

Lapisan Kanopi.

2

:

Lapisan

Lapisan Tengah

3

:

Lapisan

Lapisan 4 : Lapisan lantai hutan.

SULIT

Penjelasan: Judul isi Jawapan 1, Lapisan Emergen/Atas. • Huraian dan Contoh Intensiti tenaga matahari yang banyak membolehkan pokok menjulang tinggi (melebihi 55 meter) dan bersaiz besar. Susun lapis pokok berbentuk payung. Jarak antara pokok jauh. Proses fotosistesis berlaku tanpa halangan. Contoh pokok balak seperti tualang, meranti, seraya, cengal dll. Kadar penembusan tenaga matahari semakin berkurangan akibat halangan lapisan emergen tetapi masih terdedah dengan banyak. Menjadikan lapisan pokok padat, tebal, berbatang lurus dan bercabang dibahagian atasnya kerana sentiasa bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari. Jarak antara pokok dekat dan sederhana tinggi (antara 25 hingga 45 meter) Contoh pelbagai jenis pokok balak yang masih muda. Kadar penembusan cahaya matahari semakin sedikit. Cahaya matahari dipintas oleh lapisan kanopi dan memasuki di celah-celah daun. Oleh itu tumbuhan di lapisan tengah hidup di bawah naungan, kurang mendapat cahaya matahari menyebabkan pokoknya rendah dan kecil. Contohnya pokok palma. Terdapat juga pokok memanjat/liana seperti rotan bagi tujuan mendapatkan cahaya matahari. Kadar penembusan cahaya matahari amat sedikit. Tumbuhan yang tumbuh amat jarang dan berumpun mengikut penembusan cahaya matahari. Terdiri dari paku pakis dan pakma, kulat dan organisma pengurai. Contohnya bunga Reflesia. Markah

3

• • • • •

2. Lapisan Kanopi

3

• • 3. Lapisan Tengah • •

3

4. Lapisan bawah/Lantai Hutan.

• • •

3

Pemarkahan: Melukis dan melabel rajah lakar/struktur hutan (mesti ada matahari) = 1 Markah Huraian : 4 isi x 3 Markah = 12 Markah MAX 13

SULIT (Huraian : MAX 12 markah + Rajah MAX 1 markah ) = 13 Markah

c) Jelaskan peranan tenaga suria terhadap aktiviti pertanian di kawasan Tropika Lembab. [ 8 markah ]
Judul Isi Jawapan 1. Aktiviti penanaman Huraian dan Contoh Tenaga suria sepanjang masa menyebabkan proses penanaman dapat dijalankan sepanjang tahun. Tidak terggangu sepertimana kawasan empat musim. Tenaga suria yang cukup - Menjamin tumbesaran tanaman yang ditanam – proses fotosinstesis sempurna. Pengeluaran bunga dan buah yang baik dan berkualiti Cuaca panas - Membantu aktiviti penuaian hasil seperti penuaian padi, menoreh getah dsb. Selain itu memudahkan pengangkutan keluar hasil tanaman yang dituai –kerana cuaca panas tanah menjadi kering. Tenaga suria yang cukup/terik menjamin proses pengeringan hasil pertanian dengan sempurna setelah dituai seperti pengeringan padi, koko, kopi, kelapa (kopra) dll. Cuaca panas dan berangin – memudahkan aktiviti meracun rumpai dan serangga perosak kerana angin akan menyebarkan racun yang disembur ke bahagian-bahagian pokok yang lain. Rumpai yang diracun seperti lalang akan mudah mati dan kering ketika cuaca panas. Tenaga suria yang tinggi/cuaca panas memudahkan aktiviti pembakaran tapak pertanian seperti jerami padi, sisa ladang tebu, sisa ladang kelapa sawit dll. Hasil pembakaran –menambahkan nutrien tanah baja asli/organik yang subur untuk tanaman seterusnya. Pemarkahan : 4 isi x 2 Markah = 8 Markah Markah

2


• 2. Aktiviti penuaian


2

3. Aktiviti penjagaan –meracun.

2


4. Aktiviti pembakaran

2

MAX 8

SULIT

Soalan 2
Skema Jawapan: a) Takrifkan konsep luluhawa biologi. [1] [2] [ Pemarkahan : 5 isi x 1m] Contoh agen perlu dinyatakan sekurang-kurangnya 2 = 2 markah. b) Mengapakah kawasan padat tumbuhan mengalami kadar luluhawa biologi yang tinggi. [10 Markah ] Sebab-sebab kawasan yang padat tumbuhan mengalami kadar luluhawa biologi yang tinggi: Judul Isi Jawapan Huraian dan Contoh Markah • Akar tunjang dan akar banir daripada tumbuhan 1. Sistem akar yang besar seperti pokok cengal,meranti seraya yang besar dan 2 dll. kompleks • Tumbesaran akar ini akan memasuki rekahan batuan, memadatkannya dan menekan rekahan batuan sehingga batuan pecah. • Tumbuhan yang padat seperti hutan hujan tropika 2. Banyak bekalan menyediakan bahan organik yang banyak dari humus daun,ranting,dahan,batang yang gugur/tumbang. 2 • Bahan organik ini membentuk humus, menerusi proses humifikasi akan menghasilkan asid humik yang akan bertindakbalas dengan mineral batuan dan menguraikannya. 3. Kelembapan • Hutan tebal, proses transpirasi tinggi yang udara yang tinggi 2 menyebabkan kelembapan udaranya tinggi. • Ini menjamin proses pembasahan batuan dan pereputan batuan oleh kulat dan lumut. • Kawasan padat tumbuhan yang mempunyai 4. Mikrorganisma kelembapan udara yang tinggi - menyediakan aktif. 2 habitat yang sesuai untuk mikrorganisma seperti cacing, anai-anai,semut,bakteria, protozoa dll • Mikrorganisme yang aktif mempercepatkan [1] [1] [ 5 Markah ]

Proses (pemecahan) dan (pereputan/penguraian batuan) oleh agen-agen luluhawa seperti (tumbuhan,haiwan ,organisme seni dan manusia) ( secara insitu).

SULIT penguraian batuan. Pemarkahan 4 isi x 2 markah = Max 8 Markah MAX 8

c) Jelaskan pengaruh luluhawa terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [12 Markah ]
Judul Isi Jawapan 1. Aktiviti pertanian • Huraian Proses Menyediakan tanih yang subur untuk pertanian seperti tanih lanar hasil proses hidrolisis untuk tanaman padi sawah dan tanih laterit hasil proses pengoksidaan untuk tanaman getah dan kelapa sawit. Luluhawa biologi membekalkan humus/baja organik yang subur untuk tanaman – hasil tindakbalas mikrorganisma. Misalnya bacteria nitrosomonas menghasilkan nitrat. Pandang darat karst (kawasan batu kapur) yang menjadi daya tarikan pelancong adalah hasil daripada luluhawa kimia seperti gua batu kapur, stalaktit dan stalakmit. Contoh-contoh : Gua Kelam di Perlis dan Gua Niah di Sarawak Luluhawa kimia menyediakan bahan mentah kepada IKS seperti pembuatan tembikar dari tanah liat (kaolin) yang terhasil menerusi proses hidrolisis. Industri kaca dari mineral sillika dan kuartza (pasir) juga terhasil melalui proses hidrolisis. Perlombongan pasir (kuartza) untuk dijadikan bahan binaan terhasil melalui proses luluhawa kimia. Banyak terdapat di kawasan bekas lombong bijih timah seperti di Selangor. Perlombongan tanah liat untk dijadikan batu-bata juga terhasil melalui proses luluhawa kimia. Simen yang menjadi asas bahan binaan adalah berpunca dari batu kapur yang dihasilkan menerusi proses luluhawa kimia secara pengkarbonan. Begitu juga dengan pasir dan batu bata yang menjadi bahan binaan utama masa kini juga terbentuk melalui luluhawa kimia. Kawasan batu kapur seperti di dalam gua sesuai dijadikan habitat/sarang burung layang-layang (burung walit). Industri sarang burung menjana pendapatan baru negara. Kawasan gua batu kapur juga sering dijadikan kawasan ibadat penganut hindu seperti di Batu Caves, selangor. Pemarkahan : 6 isi x 2 Markah = MAX 12 Markah

2

2. Aktiviti pelancongan

• • • • • • • • •

2

3. Aktiviti Industri kecil dan sederhana (IKS)

2

4. Aktiviti perlombongan

2

5. Aktiviti pembinaan

2

6. Industri sarang burung dan tempat ibadat.

• •

2

MAX 12

SULIT

Soalan 3 SAMADA 3 a) i) Nyatakan empat cara hakisan pinggir pantai . Judul Isi Jawapan 1. Tindakan Hidraul (Hydraulic action). Tindakan hakisan yang disebabkan oleh kuasa air laut itu sendiri tanpa melibatkan bahan/muatan yang dibawanya 2. Tindakan Kikisan atau Geselan (Corrasion). Tindakan ini melibatkan bahan-bahan/muatan yang dibawa oleh ombak dengan batuan di kaki cenuram atau tanjung yang mengadap ombak. 3. Tindakan lagaan (Attribution). Ialah satu proses hakisan yang melibatkan perubahan saiz dan bentuk pada bahan-bahan pantai apabila mereka berlanggar dan berlaga sesama sendiri sehingga ia pecah dan saiznya menjadi kecil. 4. Tindakan larutan (Solution). Ialah satu proses hakisan laut secara kimia dimana air laut bertindak melarutkan mineral batuan yang ada di pinggir pantai. Pemarkahan : 4 cara x 1 markah = Max 4 Markah [ 4 Markah ] Markah 1 1 1 1 MAX 4

ii Kenalpasti tiga contoh bentuk mukabumi hakisan pinggir pantai. 1 Gua dan gerbang laut. 2 Batu tunggul dan tunggul sisa. 3 Teluk dan tanjung 4 Cenuram dan pentas hakisan ombak 5 geo dan gloup [ Pemarkahan : Mana-mana 3 x 1m = 3m] iii) Jelaskan lima faktor yang mempengaruhi hakisan pinggir pantai.

[ 3 Markah ]

[ 10 Markah] Judul Isi Jawapan 1. Halaju angin – Menentukan saiz dan kekuatan ombak.
• •

Huraian dan contoh
Tiupan angin yang perlahan membolehkan ombak pembina terbentuk untuk menjalankan proses pemendapan.. Manakala angin kencang seperti ribut akan menghasilkan ombak pembinasa yang bertindak

Markah

2

SULIT
menjalankan proses hakisan .

2. Orientasi pantai – Samada terdedah atau terlindung.

• • • • • • •

3. Kedalaman air – Cetek atau dalam

4. Geologi – Membentuk cerun pantai.

5. Kuantiti dan kualiti muatan ombak.

6. Peranan arus.

Pantai yang terdedah secara langsung kepada serangan ombak seperti kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia akan mengalami kadar hakisan yang kuat terutamanya pada musim tengkujuh. Sebaliknya pantai yang terlindung seperti oleh pulau akan mengalami kadar pemendapan yang tinggi kerana di kawasan ini halaju ombak menjadi perlahan. Kawasan pantai yang airnya dalam seperti di kawasan pantai berteluk akan mengalami kadar hakisan yang tinggi. Ini kerana tenaga kinetik ombak adalah kuat. Sebaliknya kawasan pantai cetek, ombak akan kehilangan tenaga akibat geseran dengan dasar pantai dan kesannya kadar pemendapan pula menjadi tinggi.. Faktor geologi yang membentuk cerun pantai. seperti jenis dan ketahanan batuan serta struktur cerun mempengaruhi kadar hakisan. Jika pantai dibentuk oleh batuan yang keras maka ia akan tahan dihakis oleh ombak dan pantai ini berbentuk tanjung. Manakala pantai yang berbatuan lembut seperti batu kapur maka ia mudah dihakis dan akan membentuk teluk, gua, geo, gloup dll Jika ombak membawa muatan yang keras seperti batu kerikil dan batu tongkol maka kadar hakisan pantai akan meningkat kerana bahan-bahan tersebut akan bertindak sebagai alat penghakis yang berkesan. Sebaliknya jika ombak membawa batuan yang lembut dalam kuantiti yang banyak seperti batu lada, kulitkulit kerang dan siput serta pasir laut akan mempengaruhi pula kadar pemendapan di pingir pantai berkenaan. Pertembungan arus laut dengan arus sungai. Pertembungan ini biasanya berlaku di muara. Akibat pertembungan maka ke dua-dua arus berkenaan akan kehilangan tenaga lalu memendapkan bahan-bahanya di dasar muara berkenaan. Kadar pemendapan bergantung kepada kuantiti bahan yang di bawa oleh ke dua-dua arus tadi. Arus pesisir pantai juga mempengaruhi proses pemendapan di sepanjang pantai seperti terbentuknya anak tanjung dan beting pasir. Perbezaan antara tikas air pasang dengan tikas air surut air laut. Semakin besar perbezaan ini maka zon yang boleh dihakis dan dimendapkan menjadi semakin lebar. Tikas air pasang yang tinggi dan tikas air surut yang rendah di muara akan mempengaruhi kelebaran bahan muatan yang akan dimendapkan dan seterusnya

2

2

2

2

2

7. Pasang - surut

• •

2

SULIT
kelebaran pantai yang akan terbentuk.

Pemarkahan : Mana-mana 5 isi x 2 markah = Max 10 Markah iv) Huraikan langkah untuk mengurangkan kadar hakisan pinggir pantai. [ 8 Markah ] Judul Isi Jawapan

MAX 10

Huraian dan contoh
Perlaksanaan akta-akta tertentu bagi mencegah zon pesisir pantai daripada mengalami kemusnahan seperti Akta Kawalan Hutan Bakau. Agensi pelaksana seperti JAS, JPS dan PBT untuk memantau aktiviti pengambilan pasir pantai dan juga penebangan hutan bakau. Penguatkuasaan dan hukuman – denda/kompaun, penjara, menyitar premis dll. Melaksanakan EIA bagi sebarang projek pembangunan di pesisir pantai. Mewartakan kawasan hutan simpan kekal Kawasan hutan bakau, hutan pantai seperti pokok rhu, pokok nipah, pokok jaras, pokok gelam digazetkan sebagai hutan simpan kekal yang bertindak sebagai zon penampan menahan hakisan ombak dan angin. Projek penanaman semula pokok bakau seperti spesis bakau minyak dan bakau kurap agar sistem hutan bakau dapat terus berfungsi seperti keadaan asal khususnya dalam konteks mengawal hakisan pantai. Selain itu penanaman pokok rhu dan rumput di atas pantai atau bukit pasir (diun) agar wujud satu lapisan perlindungan daripada agen–agen hakisan. Langkah kestrukturan pula melibatkan aspek kejuruteraan pantai. Antaranya seperti pembinaan “Groin dan Gabion”. Groin ialah struktur yang pendek diperbuat daripada konkrit atau kayu yang dibina menganjur ke laut bersudut tepat dengan garis pantai bertujuan untuk memerangkap enapan pasir yang di bawa oleh ombak dan juga arus pesisir pantai. Manakala Gabion ialah sangkar dawai logam berbentuk empat segi bujur yang diisi dengan batu kerikil dan diletakkan di zon ombak pecah. Dengan itu tenaga ombak tidak seratus peratus menghempas pantai sebaliknya akan ditahan dan diserap oleh gabion berkenaan sebelum tiba ke pantai. Bagi kawasan yang agak serius kadar hakisannya maka pembinaan benteng konkrit atau ketulanketulan batu yang besar boleh diletakkan di tepi-

Markah

1. Langkah Perundangan

• • •

2

MAX 2 • 2. Langkah Pengurusan – Amalan Pemeliharaan dan Pemuliharaan • 2

2

2

3. Langkah Kestrukturan

2

SULIT
tepi pantai berkenaan bagi mengurangkan kesan hempasan ombak ke atas pantai. Sebagai contoh sekitar hotel Primula di Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu dan di pantai pelabuhan Kuantan di Pahang. Masyarakat umum mesti sentiasa disedarkan melalui kempen,program usaha sama/gotong royong dll seperti kempen penanaman pokok bakau yang dijalankan secara usahasama antara badan kerajaan dan NGO Kesedaran alam sekitar ditanam melalui pendidikan alam sekitar khususnya menerusi matapelajaran Geografi di peringkat sekolah dan universiti.

2 Max 4

4. Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar

2

Max 2

Pemarkahan : 1. Langkah perundangan 2. Lagkah pengurusan + Kestrukturan 3. Kempen dan Pendidikan

= Max 2 = Max 4 = Max 2

MAX 8

ATAU 3 b) i. Kenalpasti tiga bentuk muka bumi pemendapan sungai. 1 Delta 2 Tasik ladam 3 Tetambak 4 Dataran banjir [ Pemarkahan : 3 isi x 1m = 3m] ii) Huraikan proses pembentukan bentuk muka bumi pada soalan (i) di atas. [ 6 Markah ] Bentuk bumi • 1. Delta • Proses pembentukan Aliran sungai di peringkat hilir menjadi perlahan menyebabkan tenaga kinetiknya lemah. Muatan sungai yang banyak akan dimendapkan Kadar pemendapan berbeza mengikut saiz dan berat beban, muatan yang berat dimendapkan dahulu, diikuti yang lebih ringan dan terampai. Menghasilkan proses pemendapan secara berlapis-lapis Berlaku ketika banjir. Aliran sungai melimpahi tebing membawa bersama bahan-bahan muatannya meliputi kawasan tanah pamah yang luas. Apabila banjir surut, tenaga kinetik arus sungai menjadi lemah lalu memendapkan bahan-bahan yang Markah 2

2. Dataran banjir

• •

2

SULIT di bawa di kawasan tanah pamah tersebut (berhampiran dengan tebing sungai) membentuk tanah lanar yang subur. • 3. Tetambak • Banjir tahunan yang berlaku memendapkan bahan muatan sungai di tebing sungai, apabila banjir tersebut mulai surut. Banjir yang berulang pada tahun-tahun berikutnya akan terus menimbun dan meninggikan bahan mendapan selari dengan tebing sungai membentuk tetambak Berlaku di bahagian tebing sungai yang berliku. Proses hakisan berlaku di tebing cekung manakala pemendapan berlaku di tebing cembung, hakisan berterusan menyebabkan dua likuan bersambung membentuk likuan terpenggal, likuan terpisah di belakangnya membentuk tasik ladam yang dipenuhi oleh bahan-bahan mendapan.

2

• 4. Tasik ladam •

2

Pemarkahan : 3 isi x 2 markah = Max 6 Markah

MAX 6

iii) Terangkan kepentingan bentuk mukabumi pemendapan sungai kepada alam sekitar manusia. Judul Isi Jawapan • 1. Pertanian • • • 3. Tapakbina petempatan dan jalan raya. • [ 6 Markah ] Huraian dan contoh Kawasan delta dan dataran lanar yang subur kaya dengan tanah aluvium dijadikan sebagai kawasan penanaman padi sawah Kawasan ini sentiasa lembab dan menakung air – amat sesuai untuk tanaman padi. Contoh di Delta Kelantan dan Kedah. Kawasan tasik ladam – kawasan takungan air semulajadi untuk dijadikan kolam ternakan akuakultur seperti keli,puyu,haruan,talapia dsb. Menghasilkan pendapatan sampingan kepada petani. Kawasan tetambak yang lebih tinggi dari aras sungai sesuai dijadikan kawasan petempatan dan jaringan jalanraya – kurang resiko ditengelami ketika banjir. Kawasan tetambak juga berdekatan dengan delta dan dataran banjir. Petani membina rumah di kawasan tetambak kerana berdekatan dengan sawah masing-masing Markah 2

2. Perikanan (akuakultur)

2

2

Pemarkahan: 3 isi x 2 markah = MAX 6

MAX 6

SULIT

iv) Bagaimanakah aktiviti manusia menyebabkan peningkatan kadar pemendapan pada alur sungai.
Judul Isi Jawapan Huraian dan Contoh

[10 Markah ]
Markah

1. Pembalakan

• •

2. Pertanian dan penternakan

• • • 3. Pembuangan sisa domestik • • 4. Pembinaan •

5. Perindustrian

Pembalakan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan larian air permukaan yang membawa regolit seperti kelodak dan lumpur ke dalam sungai. Sungai memiliki isipadu muatan yang banyak yang akan memendapkannya di hilir Pembangunan tanah pertanian untuk perladangan dan juga pertanian pindah – aktiviti penyahutanan menyebabkan hakisan larian air permukaan yang membawa kelodak dan lumpur ke dalam sungai. Pembuangan najis dan sisa haiwan ternakan seperti khinzir ke dalam sungai. Kadar pemendapan tinggi apabila tiba dihilir sungai. Sisa pepejal terampai seperti sampah sarap,plastik dan botol dibuang ke dalam sungai akan menambahkan isipadu muatan sungai. Aliran sungai tersekat,perlahan lalu memendapkan bahan yang dibawanya. Pembinaan lebuhraya,petempatan,empangan dll yang melibatkan kerja-kerja pemotongan dan perataan bukit. Menyediakan regolit yang banyak yang dibawa oleh larian air permukaan ke dalam sungai menyebabkan muatan sungai bertambah. Pembuangan enfluen dan enap cemar industri seperti minyak,gris dan bahan kimia akan menambahkan beban terlarut air sungai. Kadar enapan sungai juga bertambah apabila halaju air sungai menjadi perlahan.

2

2

2

2

2

SULIT Pemarkahan: 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah MAX 10

Soalan 4
Jadual 1 di bawah menunjukkan taburan kerpasan dan sejatan (mm) bagi Stesyen Kaji Cuaca A, pada tahun 2005.
Bulan Kerpasan (mm) Sejatan (mm) JAN 86 12 FEB MAC APR 92 20 95 26 98 45 MEI 110 78 JUN JUL 106 120 94 132 OGO SEP 82 100 74 76 OKT 62 42 NOV DIS 54 32 50 16

a) Berdasarkan jadual 1, lukis sebuah graf garis untuk menunjukkan keadaan imbangan air bagi stesyen Kaji Cuaca A, pada tahun 2005. Di atas graf anda itu lorekkan bahagian yang mengalami lebihan air dan kurangan air. [10 Markah] Item Pemarkahan 1. 2. 3. 4. Tajuk yang betul Skala yang sesuai. Paksi X dan Y – dinyatakan unitnya. Plotan garis 4.1 ) Garisan sejatan 4.2) Garisan kerpasan. Markah 1 1 1 1 garis = 2M MAX 4 1 1 1
MAX 10

5.

Lorekan dan petunjuk 5.1) Lebihan air 5.2) Kurangan air 6. Kebersihan dan kesempurnaan
Pemarkahan Keseluruhan

b) Berdasarkan graf yang anda lukis itu, nyatakan pola imbangan air bagi stesyen kaji cuaca berkenaan. [3 Markah]
Judul Isi Jawapan Pola imbangan air berdasarkan graf yang dilukis: • • • • Imbangan air adalah tidak sekata/tidak seragam Stesyen A mengalami 8 bulan lebihan air dan 4 bulan kurangan air Kurangan air maksimun dicatat pada pertengahan tahun (julai) iaitu sebanyak 38 mm. Lebihan air maksimun dicatat pada awal tahun (januari) iaitu sebanyak 74 mm. 1 1 1 1 Markah

SULIT

Pemarkahan : 1 pola = 1 Markah. MAX 3 Markah

MAX 3

c)

i)

Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan air negatif ? [2 Markah ] Maksud Imbangan Air Negatif Markah 1 1 MAX 2

• •

Kadar sejatan melebihi kerpasan khususnya hujan. Berlaku fenomena kurangan air atau kemarau.

Jelaskan kesan imbangan air negatif ke atas alam sekitar fizikal dan manusia. [ 10 Markah] Judul Isi Jawapan Huraian dan Contoh Markah
Fizikal: 1. Menjejaskan sistem ekologi akuatik. • • • • • • • • Fizikal: 3. Kesan terhadap proses Geomorfologi • • Ekosistem tasik, kolam, paya, sungai akan terjejas. Hidupan akuatik akan mati/pupus Rantaian dan siratan makanan akan musnah. Habitat musnah. Layu dan mati – memusnahkan ekosistem hutan. Hutan mudah terbakar secara semulajadi akibat kemarau yang berpanjangan. Habitat dan rantaian makanan musnah Kepupusan kepelbagaian spesis fauna dan flora. Proses luluhawa fizikal dan hakisan layangan angin lebih cepat berlaku. Persekitaran kering-kontang, tandus-gersang – mempercepatkan proses penggurunan (desertification) Kekurangan hujan – cuaca menjadi panas. Penurunan kelembapan udara – udara kering (dry air) Memudahkan terbentuknya jerebu. Tanaman layu dan mati – khususnya padi sawah. Aktiviti akuakultur terjejas – kolam kekeringan air. Ternakan juga terjejas

ii)

2

Fizikal: 2. Menjejaskan Ekosistem hutan

2

2

Fizikal: 4. Kesan terhadap cuaca setempat.

• • •

2

Manusia: 5. Aktiviti pertanian dan penternakan terjejas.

• • •

2

SULIT
• Impak kekurangan bekalan makanan kepada penduduk – apabila berlaku kemarau yang berpanjangan. Bekalan air untuk kegunaan harian – memasak, minuman, membasuh dan mencuci akan terjejas. Krisis bekalan air jika kemarau berpanjangan. Kekurangan bekalan air membataskan air minuman dan manusia boleh mengalami dehidrasi. Keadaan sanitari tidak teratur yang mempercepatkan perebakan penyakit – deman panas, sakit kerongkong dll. Industri memproses terjejas kerana kekurangan air untuk mencuci/membersihkan bahan mentah seperti industri memproses makanan. Industri berasaskan air minuman seperti mineral water terjejas kerana kekurangan bekalan air bersih. Operasi menyejukkan engine/generator kilang terganggu.

Manusia: 6. Menggangu aktiviti domestik.

• • • •

2

Manusia: 7. Menjejaskan kesihatan penduduk.

2

Manusia: 8. Menjejaskan aktiviti perindustrian.

• • •

2

Pemarkahan: : Isi Fizikal + Manusia : 3 + 2 atau 2 + 3 = 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah.

5 a. Apakah yang dimaksudkan dengan hujan asid ? 1m Hujan asid ialah air hujan yang mempunyai (nilai keasidan yang tinggi) iaitu 1m oksida dan karbon dioksida). [Pemarkahan : 3 isi x 1m = 3m] b) Huraikan empat faktor yang mempengaruhi kejadian hujan asid. Judul Isi Jawapan
1. Letusan gunung berapi • •

1m

(ph kurang dari 5) dan mengandungi sebatian (sulfur dioksida,nitrogen

[8 Markah ] Markah
2

Huraian dan Contoh
Mengeluarkan asap dan gas sulfur ke udara Proses kondensasi berlaku apabila gas sulfur bercampur dengan air hujan

SULIT
• • Apabila tepu menurunkan hujan yang mengandungi asid sulfurik. Contoh letusan gunung Merapi di Indonesia dan Pinatubo di Filipina Perlepasan asap kilang ke udara yang banyak mengandungi gas-gas pencemar seperti sulfur dioksida, nitrogen oksida, karbon dioksida dll. Gas-gas pencemar ini bertindak sebagai nukleus pemelowapan untuk mencantumkan bintikbintik air di dalam awam, tepu dan turun sebagai hujan asid. Contoh : Kilang memproses kelapa sawit dan getah, kilang petro kimia, peleburan logam, aerosol dll. Perlepasan asap kenderaan yang menggunakan petroleum sebagai bahan bakarnya. Juga membebaskan gas karbon monoksida, sulfur dan karbon dioksida yang boleh bertindak sebagai nukleus pemelowapan. Contoh : Kenderaan yang menggunakan minyak disel dan 2 lejang – kadar pembakaran bahan apinya tidak lengkap, membebaskan lebih banyak bahan pencemar udara. Penggunaan bahan api fosil – arang batu, petroleum dan gas asli sebagai sumber kuasa untuk menghasilkan tenaga elektrik terma. Membebaskan banyak gas pencemar udara khususnya karbon dioksida dan sulfur. Bahan pencemar ini bertindak sebagai nukleus pemelowapan. Pembakaran terbuka di kawasan pelupusan sampah seperti pembakaran bahan plastik akan membebaskan gas sulfur dioksida dan hidrokarbon. Pembakaran terbuka di kawasan pertanian seperti sawah padi, ladang tebu membebaskan asap dan gas karbon dioksida. Pembakaran hutan oleh petani pindah – membebaskan gas karbon dioksida dan hidrokarbon ke udara. Penggunaan baja kimia seperti nitrogen membebaskan gas nitrus oksida ke udara. Penggunaan racun serangga Penternakan – pembebasan gas metana ke udara dari pereputan najis haiwan. Gas-gas yang dihasilkan ini akan berkumpul di dalam atmosfera dan bertindak sebagai nulleus pemelowapan menarik wap-wap air bercantum antara satu sama lain, membesar, tepu dan turun sebagai hujan asid.

2. Aktiviti Perindustrian.

• •

2

3.Aktiviti Pengangkutan (Sumber Kenderaan)

2

4. Aktiviti Penjanaan Tenaga (Stesyen janakuasa terma atau elektrik haba)

• •

2

5. Aktiviti pembakaran terbuka.

• • • • • •

2

6. Aktiviti Pertanian dan Penternakan.

2

SULIT

Pemarkahan: : 4 isi terbaik x 2 Markah = MAX 8 Markah.

c) Jelaskan kesan fenomena hujan asid ke atas alam sekitar fizikal. Judul Isi Jawapan
• 1. Kerosakan ekologi hutan • • • • • • • • •

[8 Markah ] Markah

Huraian dan Contoh
Hujan asid merosakkan daun dan mengugurkan daun – meningalkan hutan berangka (wardstrabeen) Menjejaskan proses fotosintesis. Habitat hidupan liar musnah. Rantaian makanan terjejas. Merosakkan rantaian dan siratan makanan hidupan akuatik. Tumbuhan air, alga dan zoo plankton akan mati. Terumbu dan polip karang juga akan mati. Hujan asid melarutresapkan nutrien tanih menerusi liang pore tanah Tanih berasid dan tidak subur. Nilai pH meningkat – memerlukan baja urea dan kapur untuk menutralkannya – kos akan meningkat. Kualiti air permukaan seperti tasik,sungai dan paya terjejas kerana nilai keasidannya bertambah. Menjejaskan pengguna yang menggunakan sumber air tersebut.

2

2. Memusnahkan hidupan akuatik.

2

3. Kesuburan terjejas.

tanih

2

4. Menambahkan nilai keasidan air permukaan

• •

2

Pemarkahan: : 4 isi x 2 markah = MAX 8 Markah)

d) Cadangkan langkah bukan perundangan yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan fenomena hujan asid. Judul Isi Jawapan • • Huraian dan Contoh
Pengawalan pelepasan asap kenderaan dengan menggunakan petroleum dengan kandungan sulfur rendah (Petroleum tanpa plumbum) Penggunaan engin motorsikal empat lejang dan penggunaan sistem nyahsulfur yang dapat

[6 Markah ] Markah
2

SULIT
1. Amalan Pengurusan mengurangkan pelepasan oksida nitrogen dan oksida sulfur Penggunaan gas asli (NGV) sebagai bahan bakar kenderaan yang lebih mesra alam. Teknologi hibrid – kenderaan elektrik. Menggunakan tenaga yang mesra alam seperti tenaga hidroelektrik, solar dan biomass. Sistem penapisan asap kilang – mengawal kepekatan pengeluaran gas pencemar udara. Mengunakan teknologi insenerator dan mengelakkan pembakaran sampah secara terbuka. 2 2 2 2 2 2


• • • •

Pemarkahan : 2 isi x 2 Markah = 4 Markah atau 4 isi x 1 markah = Max 4 Markah. 2. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

MAX 4

Kempen 3R (Recycle, Reuse dan Reduce), kempen elakkan pembaziran tenaga – seperti kempen earth hours dan Kempen berkongsi kereta. Pendidikan alam sekitar menerusi geografi bagi menanam sikap cintakan alam sekitar.

2

2 MAX 2

Pemarkahan : Pengurusan = 4 Markah + Kempen = 2 Markah = MAX 6

MAX 6

Soalan 6 Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di kawasan yang bercerun; a) Apakah yang dimaksudkan dengan cerun. [ 3 Markah ] [1] [1] Maksud cerun :(Permukaan bumi) yang (berbeza ketinggian) dimana terdapatnya [1] [poin yang tinggi dan poin yang rendah]. b) Nyatakan bagaimana kaedah mengukur kecerunan yang anda lakukan di tempat kajian. Item Pemarkahan Peralatan
• • • • •

[4 Markah ] Penerangan
Pancang jajar, pita ukur, teodolit (jika digunakan), calculator dll. Menentukan poin yang hendak diukur Kerja-kerja pengarasan dengan pancang jajar. Membuat peta lakar/skatch map. Mengambil bacaan ketinggian antara pancang jajar (boleh guna teodolit jika ada) atau bacaan manual dengan pita ukur.

Markah 1 1

1

SULIT Kaedah Pengukuran
• • • Mengukur jarak antara pancang jajar Mencatat dan merekod setiap bacaan Berdasarkan data yang diukur – mengira kecerunan dengan salah satu hukum trigonometri. • Mengira kecerunan dengan formula selang tinggi dibahagi dengan ukuran mendatar. Pemarkahan : 4 isi x 1 markah = MAX 4

1 MAX 4

c)

Terangkan jenis-jenis hakisan permukaan di cerun yang anda kaji. [4 Markah ] Judul Isi Jawapan Huraian dan Contoh Markah Jatuhan langsung air hujan akan melonggarkan partikel tanah di 2 permukaan cerun. Ini kerana setiap titisan hujan mempunyai tenaga potensi dan kinetik untuk mencungkil butiran tanah. Kadar hakisan bergantung kepada saiz titisan air hujan Hakisan larian air permukaan yang berlaku di dalam alur-alur kecil yang 2 bersifat sementara Membentuk gegalur (unit alur-alur kecil di permukaan cerun) Hakisan larian air permukaan di dalam alur-alur yang lebih besar dan kekal. Gabungan gegalur-gegalur

1. Hakisan percikan air hujan

• • • •

2. Hakisan galur • • •

3. Hakisan galir

2

Pemarkahan: 2 isi x 2 markah = 4 Markah d)

MAX 4

Jelaskan faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerun di kawasan kajian. Judul Isi Jawapan • • [ 6 Markah ] Huraian dan Contoh Markah Proses susupan air menyebabkan tanih 2 menjadi tepu, cerun tidak stabil Daya kejelekitan tanah berkurangan – air bertindak sebagai pelincir yang memudahkan gerakan jisim. Akibat gempa bumi dan letusan gunung berapi – cerun-cerun menjadi tidak stabil dan runtuh.

1. Hujan lebat

2. Gegaran permukaan bumi

2

SULIT • Gegaran akibat kerja-kerja pembinaan bangunan – pemasangan tiang menyebabkan cerun tidak stabil.

3. Penyahutanan di permukaan cerun bukit

Menghapuskan perlindungan semulajadi cerun menyebabkan hakisan percikan air hujan secara langsung bertindak tanpa halangan. Kemusnahan sistem akar untuk menghalang pergerakan larian air permukaan – cerun menjadi tidak stabil. Pemotongan kaki cerun akan mengurangkan kestabilannya. Peneresan cerun tidak mengikut gradian akan memudahkan gerakan jisim di atas cerun. Letupan batu dicerun akan melonggarkan struktur cerun.

2

4. Pemotongan,peneresan dan perataan cerun bukit

• • •

2

Pemarkahan: 3 isi x 2 markah = 6 Markah

MAX 6

e)

Huraikan langkah kestrukturan yang sesuai untuk mengatasi masalah kegagalan cerun di kawasan kajian. [ 8 Markah ] Huraian dan Contoh
• • Pembinaan sungkupan plastik/daun sebagai langkah jangka pendek. Membina benteng dan tembok penahan (Retaning Wall) Membina gabion dan cerucuk. Membina sistem longkang/parit di permukaan cerun. Konkrit cerun/simen cerun. Jaringan besi/dawai menyaluti cerun. Tanaman tutup bumi dipermukaan cerun seperti tanaman rumput dan buluh.

Judul Isi Jawapan

Markah 2 2 2 2 2 2 2 MAX 8

Langkah Kestrukturan

• • • • •

Pemarkahan : 4 isi x 2 = MAX 8

SULIT

Soalan 7 Skema Jawapan a). Apakah yang dimaksudkan dengan Aras Trofik
Judul Isi Jawapan Maksud Aras Trofik ialah :

[5 Markah]
Markah


• •

Aras makanan dan pemakanan yang ada dalam sesebuah ekosistem secara berurutan. Ia menunjukkan kedudukan sesuatu organisme dalam rantaian makanan. Bermula daripada bawah, pengeluar sebagai aras trofik pertama, pengguna primer di aras trofik ke dua, pengguna sekunder di aras trofik yang ke tiga dan pengguna tertier di aras trofik ke empat.

1 1 3 MAX 5

b) Dengan bantuan gambarajah, jelaskan kecekapan pemindahan tenaga mengikut aras trofik dalam sesuatu ekosistem. [10 Markah ]

SULIT

Rajah Aras Trofik : Ekosistem Padi Sawah Kecekapan pemindahan tenaga dalam ekosistem padi sawah: Judul Isi Jawapan
1. Peringkat asas : Pengeluar. (Berada pada aras trofik pertama)

Huraian dan Contoh •
• Pengeluar (pokok padi) menerima 100% tenaga matahari untuk membuat makanannya sendiri melalui proses fotensistesis. Tenaga matahari tersebut akan ditukarkan kepada tenaga kimia dan disimpan di dalam daun, akar, bunga dan buah. 90% daripada tenaga kimia itu akan disimpan oleh tumbuhan (pokok padi) dan 10% lagi akan mengalir ke pengguna primer apabila pengguna primer (belalang) memakan pokok padi berkenaan. Tenaga kimia dari pengeluar yang berpindah ke pengguna primer akan disimpan di dalam tisu badan pengguna primer tersebut (belalang). 90% daripada tenaga ini akan digunakan untuk proses metabolisme, membesar, membiak dan berpeluh. Manakala 10% lagi akan dialirkan ke pengguna sekunder (burung pipit) apabila pengguna sekunder memakan pengguna primer. Tenaga kimia dari pengguna primer yang berpindah ke pengguna sekunder akan disimpan di dalam tisu badan pengguna sekunder tersebut (burung pipit). 90% daripada tenaga ini akan digunakan oleh pengguna sekunder untuk proses metabolisme, membesar, membiak dan berpeluh. Manakala

Markah

2

2. Peringkat primer (Berada pada aras trofik ke dua)

2

3. Peringkat Sekunder (Berada pada aras trofik ke tiga)

2

SULIT
10% lagi akan dialirkan ke pengguna tertier (burung helang) apabila pengguna tertier memakan pengguna sekunder. 4. Peringkat Tertier (Berada pada aras trofik ke empat).

Tenaga kimia dari pengguna sekunder yang berpindah ke pengguna tertier akan disimpan di dalam tisu badan pengguna tertier tersebut (burung helang). 90% daripada tenaga ini akan digunakan oleh pengguna tertier untuk proses metabolisme, membesar, membiak dan berpeluh. Manakala 10% lagi akan dialirkan ke pengguna seterusnya atau ke pereput/pengurai seperti cacing dan bakteria apabila pengguna tertier mati.

2

Pemarkahan: 4 isi x 2 markah = 8 Markah + Rajah 2 Markah = MAX 10 Markah

c) Terangkan bagaimana amalan-amalan pertanian boleh menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di sesuatu kawasan. [10 Markah] Judul Isi Jawapan
• 1. Penggunaan racun serangga/rumpai dan baja kimia dalam pertanian.

Huraian dan Contoh
Penggunaan racun serangga dan baja kimia menyebabkan sebatian sulfur, fosfat dan racun DDT dilarutresapkan/dialirkan ke dalam ekosistem sungai, tasik, kolam dan paya. Kesannya Nilai keasidan (pH) air meningkat – keracunan air yang boleh memusnahkan rantaian makanan dan habitat hidupan akuatik dan seterusnya mematikan terus keseluruhan hidupan akuatik. Penggunaan burung hantu/helang untuk mengawal tikus dan ular di kawasan sawah padi. Apabila populasi burung hantu/helang berlebihan (pembiakannya sukar di kawal) maka populasi ular dan tikus akan berkurangan dengan ketara. Ini akan menyebabkan keseimbangan ekosistem dan piramid ekologi akan terganggu. Aktiviti tebang bersih dan pembakaran terbuka selalunya dijalankan di kawasan ladang kelapa sawit yang sudah tua dan perlu ditanam semula. Kesannya habitat dan rantaian makanan bagi ekosistem pertanian berkenaan akan musnah sama sekali. Spesis seperti tikus, ular, ayam hutan dan babi

Markah

2

• 2. Kaedah biologi. kawalan •

2

• •

3. Amalan tebang bersih dan pembakaran terbuka.

• •

2

SULIT
hutan yang tinggal di ladang kelapa sawit akan pupus. Sungai, tasik, kolam dan paya ditebusguna – ditimbus dan ditimbun dengan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian seperti tanaman kelapa sawit, sayuran dll. Aktiviti ini akan memusnahkan terus habitat, rantaian makanan dan keseluruhan spesis ekosistem akuatik berkenaan. Ekosistem pertanian juga menjadi tidak seimbang apabila komposisi nutrein tanihnya juga tidak seimbang. Jumlah dan jenis populasi pereput/pengurai juga menjadi tidak seimbang lagi mengikut kesuburan/nutrien tanih di kawasan berkenaan.

4. Aktiviti penebusgunaan tasik, sungai, kolam dan paya untuk dijadikan kawasan pertanian.

• •

2

5. Amalan pertanian sejenis (monokulture)

2

Pemarkahan: : 5 isi x 2 Markah = MAX 10 Markah.

Soalan 8:
a) Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan sistem fizikal? [ 3 Markah ]

Maksud keseimbangan sistem fizikal : Judul isi jawapan Keseimbangan sistem fizikal merujuk kepada : • keseimbangan antara input dengan output bahan yang masuk dan keluar dari sesebuah sistem • keseimbangan antara input dengan output tenaga yang masuk dan keluar dari sesebuah sistem fizikal. • Contoh keseimbangan dalam kitar hidrologi, ekosistem dan keseimbangan zon pinggir pantai. Markah 1 1 1 MAX 3

b) Bagimanakah kejadian tsunami boleh menggangu keseimbangan sistem fizikal dan manusia. [12 Markah] Judul isi Fizikal: 1. Gangguan ke atas sistem geomorfologi • • Huraian
Meningkatkan kadar hakisan pinggir pantai akibat kemaraan ombak yang besar Menyebabkan ketidakstabilan cerun yang memudahkan berlakunya gerakan jisim seperti kesotan tanah, tanah runtuh dan tanah mendap apabila dirempuh oleh ombak yang kuat. Sumber air tawar dipermukaan dicemari oleh air

Markah

2

SULIT Fizikal: 2. Gangguan ke atas sistem hidrologi Fizikal: 3. Gangguan ke atas sistem ekologi. • •
• masin seperti air tasik, sungai dan kolam kerana kemaraan ombak melampaui kawasan pantai.

2
Kemusnahan habitat zon pingir pantai seperti kawasan paya bakau, nipah dan gelam apabila dimasuki oleh air laut. Kepupusan kepelbagaian spesis flora dan fauna (biodiversiti). Kemusnahan rantaian makanan – pengeluar, pengguna dan pengurai. Pelbagai ekosistem terganggu/musnah. Kawasan padi sawah dimasuki oleh air laut – pokok padi akan mati Tanaman tepi pantai seperti kelapa,tembakau juga akan mati akibat peningkatan kadar kemasinan air

2

Manusia: 4. Kemusnahan kawasan pertanian

• •

2

Manusia: 5. Kemusnahan infrastruktur Manusia 6. Kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda Manusia 7. Wabak penyakit dan trauma

• • • • • •

Kemusnahan bangunan,jambatan,talian telekomunikasi,elektrik dll akibat dirempuh oleh gelombang tsunami yang besar. Memerlukan kos yang tinggi untuk baikpulihnya seperti di Sendai Jepun dan Acheh, Indonesia Tsunami membawa bencana kematian yang ramai – di Acheh hampir 200,000 terkorban semasa bencana tsunami 2004 Kemusnahan harta benda seperti kenderaan dan rumah kediaman – dihanyutkan oleh ombak besar. Gangguan kesihatan – penyakit bawaan air selepas tsunami berlaku Trauma –kesan psikologi kepada penduduk yang mengalaminya.

2

2

2

Pemarkahan : 6 isi x 2 Markah = 12 Markah (Fizikal = 6 Markah + Manusia = 6 Markah)

MAX 12

c) Jelaskan langkah perundangan dan bukan perundangan yang boleh diambil untuk memelihara dan memulihara ekosistem lautan. [ 10 Markah ] Langkah 1. Langkah perundangan • • Huraian Menguatkuasakan akta taman-taman laut di Malaysia seperti Akta Taman Laut Malaysia, 2003 dan Akta Perikanan, 1985 Agensi pelaksana seperti Jabatan Taman Laut, Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan Polis Marin. Markah

2

SULIT • Pengawasan perairan marin yang ketat dan kerap bagi meningkatkan pematuhan dan pengawalan pelepasan bahan pencemar/enap cemar dari kapal secara haram. Perlaksanaan hukuman seperti denda/kompaun dan penjara.
Pemuliharaan Taman Laut iaitu kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas air surut terendah, Taman Laut ditubuhkan untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan sumber biodiversiti marin dan pembangunan pulau Malaysia secara lestari Seperti Pulau Payar, Pulau Toman dan Pulau Sipadan. Projek tukun tiruan bagi mewujudkan habitat baru hidupan marin. Tukun tiruan diperbuat daripada konkrit dan tayar terpakai yang ditenggelamkan di dasar laut. Tujuan pembinaan tukun tiruan ialah untuk meningkatkan produktiviti biologi dan sumber perikanan pesisiran pantai, dan juga dapat mengurangkan aktiviti pencerobohan di kawasan taman laut. Mengawal tumpahan minyak dari merebak ke kawasan taman laut jika berlaku kebocoran kapal tangki melalui sistem pemerangkap enap cemar. Merawat dahulu sisa toksid sebelum dilupuskan ke laut atau tidak mengalirkan sisa toksid dari kilang ke laut. Gotong royong - Aktiviti pembersihan pantai dari pencemaran dan pembersihan kawasan taman laut. Kempen selamatkan sumber marin – saved our sea dan kempen selamatkan batu karang (coral) Pendidikan alam sekitar – menanam kesedaran kepentingan sumber marin melalui matapelajaran Geografi.


2. Langkah Bukan Perundangan (Amalan pengurusan)

2

2

• • • • •

2

3. Langkah bukan perundangan (Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar)

2

Pemarkahan : 5 isi x 2 markah = 10 Markah

MAX 10

SULIT

SKEMA TAMAT

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->