You are on page 1of 18

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

TOPIK 2 : PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN.

SINOPSIS Tajuk ini membolehkan pelajar menguasai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran al-Quran j-QAF serta dapat membuat inferens dengan mengaplikasikan kaedah yang dipelajari dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir bab ini, pelajar seharusnya dapat; 1- Membezakan antara pendekatan, kaedah dan teknik. 2- Menggunakan kaedah mengajar yang berbeza mengikut kesesuaian bidang tajuk pelajaran. 3- Mendefinasikan dan menyenaraikan kaedah mengajar Pendidikan al-Quran yang terkini.

TAJUK 1.2 : PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TILAWAH AL-QURAN.

1.2.1- PENDEKATAN 1.2.2- KAEDAH 1.2.3- TEKNIK

1.2.1- PENDEKATAN

i- PENDEKATAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF.

Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya. Pada permulaan pengajaran, guru akan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Berdasarkan pada contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan. Kaedah induktif yang berlandaskan pendekatannya, merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran berbagai-bagai mata pelajaran, khususnya matematik, sains dan bahasa.

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

Jenis pendekatan induktif

Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari siri segitiga yang sama daripada pelbagai segitiga.

Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.

Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu misalnya, mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisa terhadap struktur ayat-ayat bahasa.

Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara induktif

Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.

Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri.

Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti.

Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi. Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa.

Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan.

Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

PENDEKATAN DIDUKTIF Juga dikenali sebagai Pendekatan Cerakinan, Satu pendekatan mengajar yang memulakan satu kajian dengan melihat secara keseluruhan aspek pembelajaran sebelum kesimpulankesimpulan tentangnya dilakukan (Kamaruddin Haji Husin 1988)

Pendekatan memggunakan penggunaan

penguasaan

peraturan/hukuman daripada

aspek

Membuat satu cerakinan daripada yang umum kepada spesifik

MODEL DEDUKTIF Merancang Pelaksanaan Penilaian Kenalpasti Maklumat Sediakan Contoh Menjelaskan Definasi/Konsep Atau Generalisasi Ilustrasi/Contoh-contoh Pendekatan Deduktif/Cerakinan Mencuba Generalisasi Membuat Generalisasi Membuat Konsep

ii- PENDEKATAN BERPUSATKAN GURU.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang pemting, sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja.

2.Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak bercakap dan murid banyak mendengar.

Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid-murid tidak berpeluang menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan member arahan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.

Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyebaran nilai murni atau perkembangan emosi .

Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan uijan dan peperiksaan

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal. Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal dan kurang berupaya membuat intepretasi.

Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.

Mementingkan pengolahan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat tidak diberi perhatian

Di bawah strategi pemusatan guru, murid-murid menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif.

iii- PENDEKATAN BERPUSATKAN PELAJAR.

Dalam aktiviti pengajaran dna pembelajaran murid memainkan peranan yang penting , sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang memimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Guru menggunakan kaedah menyoal dan memimbing murid supya berfikir dan bertindak balas dengan memberi jawapan kepada mereka

Ciri kempimpinan guru bersifat demokratik. Murid-murid sentiasa digalakan member pendapat mereka Guru banyak menggunakan kaedah berbincang dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.

Perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, sosial dan jasmani

10

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

Uijan formatif adalah ditekankan dan keputusan uijan kerap sekali digunakan untuk mengkaji kelemahan-kelemahan murid.

Penyampaian guru ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya muridmurid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan

Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong bekerjasama dan bertolak ansur dapat dipupuk.

Strategi ini mementingkan pengolahan kaedah kumpulan. Di bawah strategi pemusatan murid, murid-murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif

1.2.2- KAEDAH Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

1.2.2.1- KAEDAH BAGHDADIAH


Pengenalan Pengasas kaedah Baghdadiah ialah Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah. Kaedah tersebut memperkenalkan huruf secara analisa berperingkat-peringkat dengan cara latih tubi dan pengulangan. Kaedah ini telah tersebar dan berkembang ke seluruh ceruk rantau dunia hingga ke saat ini. Ia telah menjangkau 1049 tahun dan telah menyumbangkan jasa yang besar kepada umat Islam. Kaedah Bagdadiah ini begitu popular di kalangan umat Islam seluruh dunia sejak zaman berzaman. Hanya pada tahun 1990 an sahaja kaedah Iqra`, Qiraati dan lain-lain mula dikenali umat Islam. Kaedah Baghdadiah Kaedah Baghdadiah ini umumnya menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan ejaan tersebut. Kaedah ini terlebih dahulu memperkenalkan huruf-huruf hijaiyyah dengan cara menyebut nama huruf dari hingga secara latih tubi hingga hafaz. Selepas itu murid-murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya. Seterusnya murid-murid diajar mengeja huruf tunggal yang bercampur baris-baris lain, iaitu baris satu di atas, di bawah di depan serta membunyikannya. Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat tanda sukun, tanda tasydid dan membunyikannya. Begitulah seterusnya

11

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan,terdiri daripada dua suku kata atau lebih dari empat suku kata. Ada bacaan panjang, pendek, dengung dan tidak dengung. Seterusnya kaedah al-Baghdadiah mengajar murid-murid membaca petikan ayat-ayat alQuran tanpa mengeja lagi. Jika murid ini boleh membaca petikan ayat-ayat al-Quran tersebut, maka ia boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dan surah-surah daripada surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`. Kebanyakan guru-guru yang menggunakan kaedah ini biasanya menyuruh murid-murid menghafaz surah-surah lazim seperti surah al-Fatihah hingga surah al-Dhuha. Walaupun murid-murid itu belum mengenal huruf-huruf hijaiyyah dan belum boleh membaca kalimah-kalimah pendek. Dalam kaedah Baghdadiah, pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada alQuran yang dirangkai dengan kitab itu, disusun berurutan secara berkaedah daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar. Panduan kaedah Baghdadiah 1.Mengenalkan huruf-huruf hijaiyah dari hingga secara latih tubi sehingga hafaz.

2.Murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya. 3.Murid diajar mengeja huruf tunggal yang becampur baris iaitu baris satu di atas, di bawah dan di depan serta membunyikannya. 4.Murid diajar mengeja huruf bertasydid yang besambung dengan dan serta membunyikannya. 5.Murid diajar mengeja huruf huruf serta membunyikannya. dan bertanda mati dan bersambung dengan satu dan

6.Murid diajar mengeja kalimah-kalimah yang ada huruf bersambung dengan serta membunyikannya.

bertanda mati dan

7.Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat huruf nun bertasydid dan membunyikannya. 8.Seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan yang terdiri daripada dua suku kata, tiga suku kata atau empat suku kata atau lebih. Ada bacaan panjang, ada bacaan pendek dan ada bacaan dengung dan tidak dengung. 9.Mengajar murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi. 10.Setelah murid menguasai petikan-petikan ayat, maka mereka bolehlah membaca ayatayat al-Quran yang lain dari surah al-Fatihah, an-Nas hingga an-Naba`. 11.Pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada alQuran mulai surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`, iaitu menggunakan kaedah daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.

12

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

1.2.2.2- KAEDAH IQRA`


LATAR BELAKANG KAEDAH IQRA KAEDAH IQRA ialah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran al-quran yang diasas dan disusun oleh USTAZ HAJI ASAD HUMAM, YOGYAKARTA, INDONOSIA ( merujuk kepada bacaan al-quran yang diperaktikkan oleh Jibril kepada Rasullah dan Rasullah kepada para sahabat secara Talaqqi Musyafahah ) yang membolehkan kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun membaca al-quran dalam tempoh 3 hingga 1 Tahun sahaja, telah diiktiraf oleh Kementerian Agama Republik Indonesia . Sehingga ini, Lembaga Pengembangan dan Pembinaan Tadika al-Quran (LPPTKA) Yogyakarta telah memiliki 30,000 Tadika al-Quran dengan murid seramai tiga juta orang di seluruh Rupublik itu. Perkembangannya terus meluas ke rantau Asean, rantau Dunia Melayu.Kaedah Iqra ini mempunyai buku asasnya sebanyak 6 jilid.Tulisan buku tersebut adalah berdasarkan tulisan MASHAF RASM OTHMANI ( ) pengajarannya ditekankan kepada musyafahah individu.Oleh kerana di Indonesia kaedah ini dilaksanakan di sekolah tadika alquran yang khusus, maka sebab itulah disana dapat dihadkan bilangan pelajar di sekitar 2530 orang murid dan dibimbing oleh 5-6 orang guru yang khusus untuk melaksanakan musyafahah di kalangan pelajar dan begitu juga peruntukan masa adalah 60 minit bagi satu masa pengajaran.Kaedah ini juga sesuai digunakan untuk mengajar orang dewasa yang baru ingin mempelajari al-quran.Kaedah ini menjaminkan pembacaan yang baik dalam tempoh masa yang singkat.Insyallah. Kaedah Iqra` diasaskan oleh Ustaz As`ad Humam dari Jogjakarta, Indonesia. Kaedah ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terlebih dahulu. Di peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-Quran, kaedah Iqra` tidak mengenalkan huruf dan baris-baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samada di atas, di bawah atau di depan. Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti tanda mati atau tasydid. Sifat dan Ciri Kaedah Iqra 1.Bacaan Terus ( Tanpa Analisa dan Dieja) Pelajar tidak diperkenalkan terlebih dahulu kepada nama-nama huruf hijaiyah dan tandatanda bacaan.Mereka terus diperkenalkan bunyi satu-satu huruf dengan menggunakan bahan pengajaran yang bersusuaian 2.Penggunaan Teks Tertentu. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan satu set buku yang mengandungi 6 jilid.Pelajar menggunakannya mengikut tahap masing-masing, bermula dari buku pertama. Buku ini disusun secara berjilid dengan kulitnya yang berwarna warni yang harmoni sehingga menarik minat murid untuk saling berlumba dalam mencapai warna-warni 6 jilid itu. Ianya juga untuk tidak menimbulkan rasa jemu. .

13

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

3. Teknik Pengajaran Cara Belajar Murid Aktif ( CBMA ) Yang belajar adalah murid, bukan guru-gurunya, jadi setelah guru menjelaskan asas pengajaran dan pelajar sudah jelas mengulangi beberapa kali (Talaqqi Musyafahah), maka pelajar disuruh membaca sendiri bahan berikutnya. Jika bacaan murid salah atau keliru, jangan sekali-kali guru mencela apalagi mencaci dan menghina. Guru sebaliknya cuma memberi peringatan, contohnya : Cuba ulang sekali lagi bagaimana ? kenapa dibaca panjang ? kenapa dibaca pendak ? dan sebagainya. 4.Talaqqi Musyafahah. Dalam mempelajari bacaan al-Quran pelajar mesti berhadapan secara langsung dengan gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya pelajar betul-betul tahu makhraj dan sifat-sifat huruf yang sebenarnya. 5. Tahap Berasaskan Pencapaian Individu. Tahap pencapaian dan kelajuan pelajar dalam mengikuti pelajarannya adalah bergantung kepada kecekapan individu dan peranan guru dalam membimbingnya. Untuk penilaian dan pengesanan, rekod prestasi perlulah disediakan dengan baik dan sistematik. 6. Tenaga Pembimbing / Pembantu. Seorang guru pembimbing mengawasi 5 hingga 6 orang pelajar dalam satu masa. Jika keadaan memerlukan , guru boleh memilih pelajarnya yang berkebolehan untuk dijadikan Guru Kecil sebagai pembantu bagi pelajar diperingkat bawah. 7. Praktis. Tujuan Kaedah Iqra dibentuk adalah supaya pelajar dengan cepat dan mudah membaca alquran.Soal teori dan ilmu tajwid akan diajar setelah pelajar berupaya dan bertadarrus alQuran.Istilah tajwid tidak diajar tetapi dipraktiskan sebutannya. 8. Sistematik. Disusun secara lengkap , sempurna dan terancang dengan bentuk huruf dan reka letak yang seimbang. Bermula daripada mengenal huruf tunggal, huruf-huruf sambung dan berirama (Mad), huruf-huruf pelbagai baris peringkat demi peringkat sehingga keperingkat ayat yang bermakna.Kerana prosesnya yang begitu sistematik, ianya terasa mudah.

14

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

9. Komunikatif. Lingkaran petunjuk dan pengenalan adalah akrab dengan pembaca sehingga dapat menyeronokkan mereka yang mempelajarinya.Disusun dalam bahasa melayu yang mudah difahami, sehingga ianya lebih berkesan.Selain itu sejak awal-awal lagi sudah diperkenalkan pelajaran secara berirama (Mad = panjang dan tanpa mad = pendek) sehingga terasa seronok dalam membacanya. 10. Kelenturan dan mudah. Buku Iqra ini boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja, bermula dari kalangan kanak-kanak usia pra tadika, sekolah rendah , sekolah menengah, bahkan orang dewasa mahupun para ibu bapa yang belum mahir membaca al-Quran. Selain itu bagi sesiapa yang mahir membaca al-quran dapat mengajarkannya. Malah murid-murid yang baru sahaja tamat jilid.2 atau 3 sudah boleh mengajar murid-murid yang dibawahnya (jilid.1).Ianya boleh menambahkan keseronokan dalam suasana belajar dan mengajar

15

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

Kemahiran Tajwid Dalam Buku Kaedah Iqra Buku Kaedah Iqra mengandungi 41 Kemahiran Hukum Tajwid. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah; BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40. 41. KEMAHIRAN Menyebut Huruf Tunggal Membaca Huruf Hampir Persamaan Membaca Huruf Bersambung Membaca Bacaan Panjang ( Mad Asli ) Perbezaan Tanda Mad Asli Huruf Berbaris Kasrah Bacaan Panjang Huruf Mad ( ) Bacaan Panjang Mad Silabh Ha Kasrah ( ) Bacaan Dhomah Bacaan Panjang Huruf Mad Wau ( ) Alif dianggap tidak ada pada bacaan. Bacaan Panjang Pada Huruf Ha Dhamah. Berbaris Dua Di Atas ( Tanwin ) Baris Dua di Bawah Baris Dua Di Hadapan. Bunyi Min Sukun Bunyi Nun Sukun ( Mati ) Izhar Halqi. Bacaan Huruf Qalqalah Perbezaan Bunyi Huruf Persamaan Sifat dan Makhraj Alif Lam Qamariah Mad Arid Lissukun Mad Iwad Wakaf Pada Huruf Ta Marbuthah. Mad Jaiz. Nun dan Mim Wajib al-Ghunnah. Idgham Maal Ghunah Alif Lam Syamsiah Huruf Bertasydid Ikhfa Syafawi Kalimah Allah Dibaca Tebal dan Nipis. Idgham Bilaghunah Mad Lazim Kalimi Muthaqqal Idgham Maal al-Ghunah Hukum Iqlab Hukum Ikhfa Tanda-tanda Wakaf Wakaf Di Atas Nun Syaddah Wakaf Atas Hamzah. Wakaf Atas Dua Huruf Sakinah Wakaf Atas Huruf Qalqalah. Huruf Awal Surah RUJUKAN DALAM BUKU IQRA

Iqra1 ms 27 Iqra1 ms 30 Iqra2 ms 1 Iqra2 ms 14 Iqra2 ms 21 Iqra3 ms 1 Iqra3 ms 6 Iqra3 ms 8 Iqra3 ms 14 Iqra3 ms 17 Iqra3 ms 18 Iqra3 ms 19 Iqra4 ms 1 Iqra4 ms 3 Iqra4 ms 4 Iqra4 ms 11 Iqra4 ms 14 Iqra4 ms 16 Iqra4 ms 21 Iqra5 ms 1 Iqra5 ms 2 Iqra5 ms 6 Iqra5 ms 7 Iqra5 ms 9 Iqra5 ms 10 Iqra5 ms 11 Iqra5 ms 12 Iqra5 ms 14 Iqra5 ms 19 Iqra5 ms 22 Iqra5 ms 24 Iqra5 ms 27 Iqra6 ms 1 Iqra6 ms 7 Iqra6 ms 11 Iqra6 ms 19 Iqra6 ms 21 Iqra6 ms 22 Iqra6 ms 23 Iqra6 ms 24 Iqra1 ms 27

16

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

Panduan mengajar buku Iqra` Buku Iqra` Panduan 1. Kaedah mengajar: 1.1 Cara mengajar murid aktif, guru sebagai pemudah cara dan hanya memberikan contoh sahaja. 1.2 Guru menyemak seorang demi seorang 1.3 Murid yang cerdas membantu murid yang lemah. 2. Guru hanya memberi contoh bacaan, tidak memberi ulasan. 3. Sekiranya murid yang sudah boleh membaca dengan betul maka guru tidak perlu mengulangi lagi. 4. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang pendek dengan bacaan yang panjang, guru perlu memperbetulkannya dengan segera dan jelas. 5. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf tertentu, guru hendaklah membetulkannya dengan cara berikut: 5.1 Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dan sebagainya, jika murid-murid masih keliru juga guru perlu memberi peringatan seperti lupa membaca bunyi ( ,) guru mengingatkan sahaja, bila tiada titiknya dibaca ( )dan sekiranya murid-muridmasihlupa juga, guru perlu menunjukkan bacaannya yang sebenar. 6. Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf fathah, murid-murid yang menguasai buku satu sahaja yang layak dipindahkan ke buku dua, walaupun muridmurid kurang fasih menyebut bunyi huruf-huruf tertentu seperti: 7. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman berkenaan. 8. Penilaian guru berkenaan sebagai penilainya. 1. Panduan mengajar buku 1 digunakan juga dalam pengajaran buku 2. 2. Huruf-huruf yang diulang dalam buku 1, boleh diulangi semasa belajar buku 2 supaya lebih sempurna. 3. Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang disambung, contohnya: diawal, di akhir di tengah kerana biasanya murid-murid sudah boleh memahami dan membacanya. 4. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek. 5. Huruf-huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara putus-putus. 6. Mulai muka surat 14, sekiranya murid-murid masih keliru tentang bacaan panjang pendek, guru perlu menegur mengapa dibaca demikian.

Buku Iqra` 1

Buku Iqra` 2

1. Panduan mengajar buku Iqra` 1, nombor 1,2,3,4,7, dan 8

17

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

Buku Iqra` 3

juga buku Iqra` 2, nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk buku Iqra` 3. 2. Apabila murid-murid selalu memanjangkan bacaan yang sepatutnya pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya maka tegurlah dengan membacanya dengan putus-putus. Kalau perlu huruf berikutnya hendaklah ditutup sementara. 3. Guru tidak boleh memberi contoh-contoh yang sukar diikuti oleh murid-murid. 4. Sekiranya murid mengulang-ngulang bacaan kalimah yang sama maka tegurlah dengan perkataan seperti: ada berapa, kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh diulang lagi. 1. Panduan mengajar buku satu, nombor 1, 2, 8, dan buku 2, nombor 6 serta buku 3, nombor 3 dan 4 masih boleh digunakan untuk buku 4. 2. Mulai buku 4, bolehlah diperkenalkan nama-nama huruf (sila rujuk buku 1 ms 32) 3. Sekiranya berlaku kekeliruan bacaan samada ditengah atau di akhir kalimah, guru hanya perlu memperbetulkan yang keliru itu sahaja. 4. Untuk memudahkan ingatan, huruf-huruf Qolqolah bolehlah dengan singkatan : 5. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid. 6. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 (hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak membaca dengan baris fathah dahulu secara berulangulang kemudian baru diamati, contoh: 1. Panduan mengajar buku 1, 2, 3, 8 dan buku 2 nombor 6, buku 3 nombor 3, 4 dan buku 4,nombor 3 semuanya boleh diikuti dalam buku 5. 2. Muka surat 21 (surah al-Mukminun ayat 1-11) seeloknya digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami maksudnya. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya. 3. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya. 4. Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid seperti: Idgham, ikhfa`, mad dan sebagainya,yang penting muridmurid dapat menguasai bacaan dengan betul. 5. Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat muridmurid. 1. Panduan mengajar buku 1, nombor 1, 2, 8, dan buku 2, nombor 6, buku 3, nombor 3, 4, buku 4, nombor 3 dan buku 5, nombor 3, 4, semuanya boleh digunakan bagi buku 6. Bahan di halaman penilaian pada buku 6,

Buku Iqra` 4

Buku Iqra` 5

18

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

Buku Iqra` 6

hendaklah dihafaz dan difahami maksudnya. 2. Walaupun murid telah berpindah ke buku 6, namun panduan membaca lambat asalkan betul hendaklah dipatuhi kerana murid akan dapat menguasainya setelah mereka membaca bahagian seterusnya. 3. Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan, walaupun dengan bacaan tartil. 4. Pengajaran buku 1-6 dari segi tajwid diajar secara tidak langsung berdasarkan praktik bacaan.

Aplikasi Iqra` Buku Iqra` Aktiviti 1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu. 2. Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman berkenaan. 1. Baca terus huruf hijaiyyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra` tanpa perlu dieja terlebih dahulu. 2. Mulai muka surat 14, guru memperkenalkan bacaan Mad supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang pendek. 3. Muka surat15 baris paling bawah guru disarankan menggunakan rentak nasyid/lagu agar lebih jelas perbezaan antara bacaan panjang dan pendek: 1. Membezakan antara bunyi huruf hijaiyyah baris atas, bawah dan depan. 2. Mulai muka surat 6, membezakan bacaan panjang huruf mad dan huruf mad 3. Mulai muka surat 18, membezakan bacaan panjang huruf mad dan huruf mad . 1. Membezakan antara bacaan baris dua di atas, bawah dan depan. 2. Membezakan antara bacaan yang mati sebelumnya berbaris di atas dengan ya mati sebelumnya berbaris dibawah. 3. Membezakan antara bacaan wau mati sebelumnya berbaris di depan dengan wau mati sebelumnya berbaris di atas. 4. Muka surat 11-13 cara membunyikan huruf mim mati sebelumnya berbaris di atas, di bawah dan di depan. 5. Muka surat 14-15 cara bacaan hukum Izhar Halqi. 6. Muka surat 16-17 cara bacaan qolqolah. 7. Halaman 1,7, 9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid. 8. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 (hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak membaca dengan baris fathah dahulu secara berulang-

Buku Iqra` 1

Buku Iqra` 2

Buku Iqra` 3

Buku Iqra` 4

19

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

ulang kemudian baru diamati, contoh:

Buku Iqra` 5

1. Cara bacaan hamzah wasal bersambung, huruf alif tidak dibunyikan ms 1-2: 2. Cara bacaan ketika wakaf huruf akhir dibaca sukun, ms 35: 3. Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin di atas dihilangkan satu baris dan dibaca dengan panjang dua harakat ms 6 : 4. Cara bacaan wakaf pada ta` marbutah ditukar menjadi ha Sakinah ms 7-8 : 5. Tanda bacaan panjang (~ ) lebih dari dua harakat ms8 6. Nun dan mim syaddah dibaca dengung dua harakat ms 10 . 7. Tanwin bertemu dengan nun dan mim dibaca dengung dua harakat ms 11 : 8. Tanda sabdu pada huruf selepas alif lam bacaannya alif lam tidak dibaca ms 12-13 : 9. Setiap bacaan yang mengandungi tasydid hendaklah bacaannya ditekankan / diberatkan sedikit bacaannya ms 14-18: 10. Mim sakinah bertemu dengan ba dibaca dengung dua harakat ms19-21 : 11. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris atas, huruf lam dibaca tebal ms 22 : 12. Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris bawah, huruf lam dibaca nipis ms 23: 13. Huruf nun atau tanwin bertemu dan bacaannya Tidak didengungkan ms 24-25: 14. Tanda mad disusuli sabdu bacaannya hendaklah dipanjangkan hingga 6 harakat ms 27: 15. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya. 16. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat muridmurid. 1. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan wau dan ya hendaklah dibaca dengung dua harakat ms 1-6 : 2. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan ba hendaklah dibaca dengung kadar dua harakat. Dengungnya ditukar kepada mim yang ringan ms 7-9: 3. Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf ikhfa` hendaklah dibaca dengan dengung kadar dua harakat ms11-18 : 4. Tanda-tanda wakaf ms 19-20 5. Huruf di permulaan surah dibaca panjang ms 27 . 6. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya. 7. Boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.

Buku Iqra` 6

20

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

1.2.3- TEKNIK
i- TEKNIK BERNASYID / BERNYANYI / TARANNUM. Teknik ini ialah satu tekni atau cara pengjaran dan pembelajaran yang dilakukan dengan cara bernasyid, bernyanyi atau bertarannum. Mengikut penelitian yang saya buat , didapati thariqah ini diantara thariqah yang paling digemari dan sangat diminati oleh muridmurid. PELAKSANAAN : Langkah 1:Guru memilih lagu-lagu nasyid yang bersesuaian dengan tajuk pelajaran. Langkah 2 :Edarkan senikata lagu kepada murid atau tuliskan senikata lagu itu pada transferensi dan tayangkan atau ditulis di atas kertas manila kad dan dilekatkan di papan tulis atau sebagainya. Langkah 3 :Guru menyanyikan lagu itu secara langsung atau memperdengarkannya melalui radio kaset atau melalui tayangan pita video. Langkah 4 : Murid-murid menyanyikan lagu tersebut beramai-ramai. Langkah 5 :Bersoal jawab mengenai isi kandungan lagu dan dikaitkan dengan isi pelajaran yang telah disampaikan. Langkah Penutup : Membuat penilaian secara lisan atau bertulis. BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) : 1. Radio Kaset 2. Perakam Video. 3. Pita Rakaman Nasyid. 4. Pita Rakaman Video Nasyid. 5. Transferensi & OHP./ carta Senikata Lagu.

ii - TEKNIK BELAJAR SAMBIL BERMAIN. Bermain adalah sifat semulajadi kanak-kanak. Setuasi bermain boleh digunakan dalam pengajaran guru di bilik darjah untuk mencapai objektifobjektif pendidikan.Metode ini sesuai untuk pendidikan Islam di sekolah rendah atau pre sekolah. Disini diperjelaskan beberapa teknik permainan . a - Main Memancing Ikan Contoh Kemahiran (Al-Quran) :Menyebut Huruf Abjad Arab Berbaris di atas. PELAKSANAANNYA :

21

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

Langkah 1 : Guru terlebih dahulu menyediakan alat permainan iaitu beberapa kad berbentuk ikan yang diperbuat daripada kertas keras dan diliminasikannya untuk dituliskan dengan whitebord Maker serta sebatang pancing, yangmana matakailnya diperbuat daripada paku atau sebagainya asalkan tidak mendatangkan bahaya kepada murid ( jangan guna mata kail betul ). Langkah 2 : Guru membentukkan murid-murid seperti sebuah kolam. Langkah 3 : Guru menuliskan huruf-huruf abjad itu pada kad-kad berbentuk ikan kamudian ditanyangkan atau ditunjukkan kepada murid dan murid-murid menyebutnya dengan baik. Langkah 4 : Setelah murid-murid sudah mengenalinya dan menyebutnya dengan betul, guru kamudiannya meletakkannya ke dalam kolam yang dibentuk oleh murid-murid tadi. Langkah 5 : Guru kemudiannya menyuruh beberapa orang murid untuk memancing ikan yang disebut oleh guru atau oleh murid-murid yang lain. Langkah 6 : Guru membuat penilaian pengajaran melalui aktiviti itu. Jika murid yang diarah itu mengail ikan yang lain daripada yang diarahkan. Contohnya : disuruh kail ikan yang bernama Ba tapi yang dikailnya ikan yang bernama Ta . Maka ini menunjukkan bahawa murid itu belum menguasai apa yang telah diajar.

BAHAN BANTUAN MENGAJAR( BBM) : 1. Kail / Pancing. 2. Kad-kad berbentuk Ikan. b) Memburu Binatang ( Memanah ). Contoh Kemahiran : (Al-Quran) = Membaca Kalimah Arab yang mudah. PELAKSANAANYA : Langkah 1 : Guru menyediakan beberapa kad berbentuk haiwan (Burung Hantu / Arnab / gajah dan sebagainya) dan diliminasikannya dan panah mainan (beli ). Langkah 2 : Guru juga menyediakan papan selit, untuk diletakkan kad-kad berbentuk haiwan itu nanti. Langkah 3 Guru menulis kalimah-kalimah yang telah dirancangkan itu pada kad-kad yang telah dinyatakan. Kamudian ditunjukkan kepada murid-murid untuk dibaca berulang kali sehingga mahir. Langkah 4 : Guru meletakannya /menyelitkannya di papan selit yang telah disediakan secara tersusun. Langkah 5 Guru memilih beberapa orang murid untuk memanah haiwan-haiwan yang diletakkan itu dengan jarak yang telah ditetapkan oleh guru. Langkah 6 : Guru membuat penilaian melalui aktiviti itu, jika murid itu memanah lain daripada yang disuruh, itu menunjukkan ianya masih belum menguasai pelajaran yang di ajar.

22

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) : 1. Kad-kad berbentuk haiwan. 2. Panah Mainan ( Beli dikedai mainan ). 3. Papan Selit / Papan Poket.

iii - TEKNIK BERCERITA. Mengajar dengan cara bercerita bukanlah satu perkara asing dalam pengajaran pendidikan Islam. Salah satu cara al-Quran memberikan didikan akhlak kepada manusia ialah melalui cerita-cerita atau kisah-kisah para Rasul dan Ambia seperti Nabi Muhammad, Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Isa , Nabi Ismail & Ibrahim dan sebagainya.Lain-lain wataknya pula ialah seperti cerita-cerita Ashabul Kahfi, Iskandar Zulkarnain dan Lukman Al-Hakim. PELAKSANAANNYA langkah 1 : Guru menyediakan skrip cerita yang hendak disampaiakan kepada murid. Langkah 2 : Guru memberi arahan kepada murid-murid sebelum bercerita Langkah 3 : Guru bercerita dengan penuh gaya dan perasaan. Langkah 4 : Bersoal jawab tentang cerita yang disampaikan. Langkah 5 : Guru menyuruh beberapa orang murid untuk menceritakan semula kepada kelas. BAHAN BANTU MENGAJAR ( BBM ) 1. Gambar-gambar yang berkaitan dengan cerita ditayangkan secara slaid, trensferensi atau sebagainya.

iv- TEKNIK MAIN PERANAN Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajarpelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

23

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor

Pendekatan, kaedah dan Teknik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Al-Quran.

V- KUIZ ( MENDUGA AKAL) Thariqah ini adalah satu kaedah atau teknik yang mencabar serta menyeronokan. Thariaqah ini adalah seakan-akan permainan silang kata. Ianya sesuai dilaksanakan untuk membuat penilaian sebelum akhir pelajaran. PELAKSANAANNYA :Langkah 1:Guru menyediakan carta menduga akal yang dibuat di atas papan gulung , yang bersesuaian dengan pelajaran. Langkah 2: Memulakan pengajaran seperti yang dirancang. Langkah 3:Sebelum pengajaran berakhir ( mengikut jangkamasa yang telah dirancangkan ) guru mula melaksanakan pengajarannya secara thariqah yang dinyatakan. BAHAN BANTU MENGAJAR (BBM) 1.Carta Menduga Akal.

24

You might also like