P. 1
Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

Tugasan Hbms1203 Pengajaran Muzik 1- s. Norhafidzah Ahmat 801025145346001 Sem Mei 2012

|Views: 252|Likes:
Published by Ctnorhafidzah Ahmat

More info:

Published by: Ctnorhafidzah Ahmat on Sep 21, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2015

pdf

text

original

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI / 2012 HBMS1203 PENGAJARAN MUZIK 1

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

801025145346001 801025-14-5346 012-2701934 ctnorhafidzahahmat@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN SHAH ALAM

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1)

PRAKATA
Alhamdulillah dengan kehendakNya, saya dapat menyempurnakan tugasan HBMS 1203 (PENGAJARAN MUZIK 1) ini mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Pensyarah Penasihat Kursus HBMS 1203 ini iaitu En. Hafiz Ridhuan bin Md Daud yang telah banyak memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyempurnakan tugasan ini.

Sokongan daripada rakan-rakan sekuliah turut dihargai, segala bahan-bahan rujukan yang disumbangkan cukup bermakna bagi diri saya kerana tanpa kerjasama rakan-rakan sudah tentu tugasan saya tidak seperti ini.

Sebagai seorang pelajar yang baru, banyak perkara yang masih perlu dipelajari. Bimbingan dan sokongan daripada pensyarah kepada saya dalam kursus ini amat-amat saya harapkan. Segala kelemahan yang terdapat di dalam tugasan saya ini adalah datangnya daripada kelemahan saya. Tunjuk ajar daripada tuan sudah tentunya dapat mempertingkatkan lagi mutu tugasan ini.

Harapan saya agar tugasan ini dapat mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada semua pihak. Semoga usaha kecil ini akan dapat keberkatan daripadaNya.

Sekian, terima kasih. SITI NORHAFIDZAH BT AHMAT 801025145346001

2

2. Prakata Pengenalan PERKARA MUKA SURAT 2 4 5-6 7-8 9-15 16-17 18 19 20 22 Lima sebab mengapa lagu anak ikan sesuai digunakan semasa kelas nyanyian Kaedah Mengajar Konsep muzik & Rancangan mengajar nyanyian tahap I Analisis skor lagu Corak irama alat perkusi tanpa pic (Kastenet.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) ISI KANDUNGAN BIL 1. 10. Kayu Tik Tok. 4. 7. 8. Tamborin) Rumusan Bibliografi Lampiran 3 . 5. 9. 6. 3.

nyanyian dan suara merupakan dua komponen yang tidak dapat dipisahkan seperti laut dengan pantai terutama sekali didalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. dram getar. Tambahan pula.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) PENGENALAN Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi murid-murid sekolah rendah khususnya. tamborin. Selain itu. kastenet. loceng. iaitu alat perkusi berpic dan tidak berpic. Permainan alat perkusi memerlukan teknik dan kemahiran yang tersendiri kerana alat perkusi dapat dikategorikan dengan pelbagai jenis seperti goncangan. memberikan hiburan serta dengan secara tidak langsung dapat memberikan pengalaman belajar yang baik sekali kepada murid-murid. Oleh itu. alat perkusi berpic adalah seperti glokenspiel. kerincing. Hal ini kerana. menyatakan bahawa suara adalah alat muzik semula jadi di mana kanak-kanak dapat menggunakannya bagi meluahkan perasaan mereka melalui nyanyian. dram tenor dan simbal manakala. tone block dan xylophone. alat perkusi ini dapat dimainkan sekali dengan aktiviti menyanyi untuk memberi kesan yang baik serta menarik perhatian murid-murid untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. 4 . nyanyian juga memerlukan kaedah-kaedah yang sesuai agar murid-murid dapat belajar nyanyian dengan baik dan sekaligus memjadikan pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik dengan lebih berkesan. ketukan. Alat perkusi yang tidak berpic seperti kayu tik tok. pukulan. Di samping itu. permainan alat perkusi juga adalah penting didalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik kerana alat perkusi mampu menghasilkan bunyi-bunyian yang unik dan sekaligus menarik perhatian murid untuk belajar menggunakan alat perkusi ini. telah menyatakan bahawa nyanyian ialah gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Ini kerana aktiviti nyanyian seringkali dikaitkan dengan suara. Menurut Nani Menon (2008). Oleh hal yang demikian. paluan dan sebagainya. Pendapat ini juga turut disokong oleh Kamus Dewan Edisi ke-4 (2007). aktiviti nyanyain boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. alat perkusi ini juga boleh dibahagikan kepada dua jenis.

Pemilihan lagu Anak Ikan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang dicadangkan dapat memberi manfaat kepada murid-murid dan juga guru terutama sekali dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya. murid-murid akan lebih mudah untuk belajar menyanyi dan juga mengingati lirik lagu Anak Ikan ini kerana lirik lagunya yang sentiasa berulang-ulang. Sambil menyanyi menyanyi gelak ketawa. lirik lagu Anak Ikan pada baris pertama dan baris kedua dalam rangkap pertama. Selain itu. Dalam tugasan ini. Jadi. Murid-murid akan lebih mudah menguasai nyanyian lagu Anak Ikan ini kerana lirik lagunya yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) Lirik Lagu Anak Ikan Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan. lagu Anak Ikan ini mempunyai lirik lagu yang sederhana. Walaupun lirik 5 . Begitu juga dengan rangkap kedua pada lirik baris pertama dan kedua adalah sama dan berulang juga. Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya. Marilah kitalah kita bersuka ria. perkataan yang digunakan adalah sama dan berulang-ulang. Lima sebab mengapa lagu Anak Ikan sesuai digunakan semasa kelas nyanyian. Marilah kitalah kita bersuka ria. pemilihan lagu Anak Ikan ini adalah disebabkan oleh penggunaan perkataan berulangan ataupun lirik yang berulangan. Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan. iaitu lagu Anak Ikan sebagai salah satu lagu yang digunakan untuk mengajar aktiviti nyanyian semasa kelas nyanyian kepada muridmurid. Misalnya. iaitu tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Rangkap pertama 1. saya telah memilih lagu rakyat. Pertama sekali. Rangkap kedua Sambil menyanyi menyanyi gelak ketawa.

Misalnya. Contohnya. senikata yang terdapat pada rangkap kedua yang jelas menunjukkan perasaan dan emosi yang gembira. lagu Anak Ikan ini dicadangkan bersesuaian dengan fitrah kanak-kanak yang sentiasa inginkan hiburan dan kegembiraan dalam diri murid-murid. Malah. lagu Anak Ikan ini juga mengandungi mud lagu yang riang sama seperti senikata yang telah dinyatakan dalam rangkap kedua. lirik lagunya berulang-ulang yang menyebabkan lagu Anak Ikan ini adalah mudah dan singkat apabila dinyanyikan. jarak antara not ke not dalam skor lagu ini juga adalah agak rapat serta sesuai dengan tahap suara murid-murid. ceria dan bersuka ria. not yang paling tinggi ialah not C menaik dalam bar kedua manakala. Di samping itu. not yang paling rendah ialah not C menurun dalam bar keenam dan bar kelapan. Mud lagu Anak Ikan ini jelas menggambarkan perasaan murid-murid ketika menyanyikan lagu ini. Senikata ini bersesuaian dengan naluri murid-murid yang menyukai lagu yang berunsurkan kegembiraan dan boleh menarik perhatian mereka untuk belajar menyanyi. 6 . Akhir sekali. pemilihan lagu Anak Ikan ini juga disebabkan oleh senikatanya yang mempunyai unsur-unsur kegembiraan. Seterusnya. Oleh yang demikian. lagu Anak Ikan ini juga mengandungi nada yang tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu rendah.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) lagu ini mempunyai dua rangkap tetapi. dalam skor lagu Anak Ikan (rujuk muka surat 18).

d) Langkah keempat: Murid-murid akan mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu Anak Ikan secara ‘humming’ atau sebutan vokal a. Antara langkah-langkah pengajaran yang akan saya gunakan adalah seperti berikut:a) Langkah pertama: Memperdengarkan lagu Anak Ikan secara keseluruhan dengan muziknya sekali. 7 . Kemudian.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) 2. Oleh itu. Langkah ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang lagu yang akan dipelajari. i. saya akan menyanyikan lagu Anak Ikan ini tanpa iringan muzik. Ini akan memberikan kesediaan yang lebih kepada murid-murid terhadap nyanyian lagu Anak Ikan ini. Oleh yang demikian. e. saya memilih kaedah ini untuk mengajar lagu Anak Ikan kepada murid-murid. b) Langkah kedua: Kemudian. Apabila murid-murid telah didedahkan dengan teknik nyanyian yang betul maka. saya akan menggunakan kaedah keseluruhan lagu. c) Langkah ketiga: Seterusnya. saya akan menyanyikan lagu Anak Ikan secara keseluruhan dengan iringan dan tanpa iringan muzik. o. u berulang-ulang. kaedah kseluruhan lagu ini amat sesuai digunakan untuk mengajar lagu yang pendek. saya akan memberi bimbingan kepada murid-murid untuk membaca senikata lagu Anak Ikan dengan sebutan yang betul. saya akan menyanyi lagu Anak Ikan dengan iringan muzik supaya murid-murid mengetahui tempo yang sesuai digunakan untuk menyanyikan lagu ini. murid-murid akan menyanyi keseluruhan lagu Anak Ikan dengan iringan muzik. Pertama sekali. Kaedah mengajar Untuk mengajar lagu Anak Ikan ini. Ini akan dapat memberikan murid-murid penghayatan yang lebih mendalam tentang lirik lagu Anak Ikan ini nanti. Saya akan memainkan lagu Anak Ikan ini dengan muziknya sekali untuk beberapa kali. e) Langkah kelima: Seterusnya. saya akan sediakan satu carta lirik lagu untuk mengajar murid-murid membaca senikata lagu Anak Ikan supaya murid-murid lebih memahami lirik lagu itu disamping guru dapat memberikan penerangan yang jelas berkaitan tentang lirik lagu Anak Ikan.

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) murid-murid akan mampu menyanyi lagu Anak Ikan ini dengan tempo yang betul serta mennyanyi dengan penuh ekspresi. 8 .

tempoh masa dan nilai not.1 Menghayati muzik daripada repertoir Pengalaman Muzikal Standard Pembelajaran 1. perkusi badan.tempo cepat dan lambat Pengalaman Muzikal Standard Kandungan 1.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) 3. Rancangan pengajaran nyanyian lagu Anak Ikan bagi murid-murid Tahun 1 adalah seperti di bawah ini:- Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Muzik Tahap 1 Tahun 1 Mata Pelajaran Tahun Tarikh Hari Masa Fokus Pendidikan Muzik Satu (1) 12 Julai 2012 Khamis 30 minit (8.1 Mendemonstrasi warna ton suara manusia dengan betul (suara lelaki dan perempuan) Apresiasi Muzik 9 . untuk konsep irama saya akan tekankan dengan aspek tempo cepat dan lambat manakala. meter dan corak irama. warna ton pula ialah dihasilkan daripada pelbagai sumber bunyi seperti suara. tempo.1. iaitu konsep irama dan warna ton.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan Apresiasi Muzik 3.30 pagi) Pengalaman Muzikal :. Tetapi. Manakala. Konsep muzik dan rancangan mengajar nyanyian tahap 1 Terdapat dua konsep muzik yang akan saya terapkan dalam pengajaran dan pembelajaran nyanyian lagu Anak Ikan ini nanti. tekanan. Konsep irama mengandungi aspek-aspek seperti detik.00 – 8.suara perempuan dan lelaki Apresiasi Muzik:. bahan improvisasi dan bunyi alam sekitar. alat muzik. warna ton pula saya akan fokuskan dengan suara lelaki dan suara perempuan.

Pengalaman Sedia Ada Bahan Bantu Mengajar Penerapan Nilai Kemahiran Berfikir EMK (Elemen Merentas Kurikulum) Murid pernah menyanyi lagu rakyat atau lagu kanak-kanak Carta lirik lagu.2 Mengenal pasti mud. Objektif Pengajaran 2. Guru menunjukkan kad gambar kereta lumba kepada murid-murid. membezakan suara lelaki dan perempuan Kreativiti Menyanyi dengan mengubah tempo secara kreatif Masa/Langkah Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Strategi P&P/ABM/Nilai  Kad gambar kereta api Set Induksi (5 minit) . 3. Murid-murid membunyikan bunyi kereta lumba kepada 10  Kad gambar kereta .mendengar arahan Membezakan tempo cepat dan lambat.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) 3. Menyanyi lagu Anak Ikan mengikut tempo.Tempo cepat dan lambat . 2. kad gambar. CD lagu Anak Ikan Berdisiplin . tekstur dan dinamik daripada muzik yang didengar (tempo cepat dan lambat) Pada akhir pengajaran murid dapat: 1. tempo.Suara perempuan dan suara lelaki 1. 4.1. Guru meminta murid-murid membunyikan kereta api yang sedang bergerak. Guru menunjukkan kad gambar kereta api sedang bergerak kepada muridmurid. Menghasilkan suara lelaki atau suara perempuan mengikut kad gambar orang lelaki atau orang perempuan yang ditunjukkan dengan betul.

Guru menyoal murid-murid dengan soalan berikut: Apakah perbezaan antara kereta lumba dan kereta api apabila bergerak? Andaian jawapan: kereta api bergerak lambat.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) guru. Guru menyanyikan lagu Anak Ikan mengikut tempo yang betul berdasarkan carta 11 Carta lirik lagu Anak Ikan . murid lelaki membunyikan kereta lumba secara bergilir-gilir mengikut arahan guru. Kereta lumba bergerak laju.  Kemahiran berfikir: membanding beza Langkah 1 (10 minit) Menyanyi mengikut tempo 1. 3. Guru memainkan lagu Anak Ikan kepada murid-murid dengan menggunakan CD CD lagu Anak Ikan Lirik lagu Anak Ikan Anaklah ikanlah ikan dimakan ikan (2x) Ikanlah kecil tulangnya banyak tulangnya (2x) Marilah kitalah kita bersuka ria (2x) Sambil menyanyi menyanyi gelak lagu untuk beberapa kali. 2. 4. Kemudian. Guru meminta murid perempuan membunyikan kereta api manakala. 6. Guru membmbing muridmurid membaca lirik lagu Anak Ikan kepada muridmurid. guru menampalkan carta lirik lagu Anak Ikan di atas papan putih. 5.

muridmurid dikehendaki menyanyikan lagu Anak Ikan dengan tempo yang cepat. Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu Anak 12  Kad gambar perempuan . Langkah 5 diulang untuk beberapa kali mengikut arahan guru. Kad gambar kereta lumba Kad gambar kereta api Langkah 2 (5 minit) Menyanyi dengan suara lelaki dan perempuan 1. Misalnya. 7. Seterusnya. guru meminta murid menyanyikan lagu Anak Ikan mengikut kad gambar yang ditunjukkan. muridmurid menyanyikan lagu Anak Ikan dengan perlahan. Sekiranya guru menunjukkan kad gambar kereta lumba maka. iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Murid-murid mengikut guru menyanyi dengan tempo yang betul lagu Anak Ikan. 2. guru menunjukkan kad gambar kereta api maka. Guru membahagikan muridmurid kepada dua kumpulan.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) ketawa (2x) lagu yang telah dipamerkan. 5. 6.

guru menunjukkan kad gambar perempuan maka. 4. Guru meminta murid-murid menyanyikan sekali lagi 13  Kad gambar . Suara murid perempuan dan murid lelaki menyanyi akan bergilir-gilir kerana mengikut kad gambar jantina yang ditunjukkan oleh guru. 3. iaitu kumpulan murid perempuan dan kumpulan murid lelaki. 2. Langkah 3 diulang untuk beberapa kali.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) Ikan mengikut kumpulan lelaki dan perempuan dengan menggunakan kad gambar jantina berlainan.  Carta lirik lagu Anak Ikan  Kad gambar lelaki Langkah 3 (8 minit) Menyanyi mengikut tempo menggunakan suara lelaki dan perempuan 1. Misalnya. kumpulan perempuan yang akan menyanyi lagu Anak Ikan mengikut arahan guru. 5. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. Guru menunjukkan lirik lagu ketika murid-murid menyanyi sambil menunjukkan kad gambar jantina berlainan mengikut arahan guru.

guru juga akan memilih kumpulan yang akan menyanyikan lagu Anak Ikan berdasarkan tempo yang telah diberikan. Contohnya.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) lagu Anak Ikan mengikut tempo dan kumpulan yang telah ditetapkan berdasarkan kad gambar kereta api dan gambar kereta lumba yang telah ditunjukkan pada set induksi tadi. kumpulan perempuan akan menyanyi lagu Anak Ikan dengan tempo yang perlahan. 4. Langkah ini akan diulang mengikut arahan guru. guru mempamerkan kad gambar kereta api sambil menunjukkan jari ke arah kumpulan perempuan maka. Guru membuat perbincangan bersama dengan murid-murid tentang perbezaan tempo yang telah dipelajari dan perbezaan 14 . setelah memilih tempo yang akan dinyanyikan. 3. Kemudian. lelaki dan kad gambar perempuan Penutup (2 minit) Rumusan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 1.

Guru menekankan sekali lagi nilai berdisiplin yang perlu diikuti ketika membuat aktiviti nyanyian. 2. 15 .HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) suara lelaki dan perempuan melalui nyanyian yang telah dilaksanakan.

Not mendatar dalam skor lagu ini dapat dikesan pada bar ke-1. E.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) Skor Lagu Anak Ikan 4. Nilai semua not yang ada dalam satu bar ialah 4 kerana meter yang digunakan adalah 4/4. Bagi penggunaan kord dalam skor lagu Anak Ikan ini menggunakan kord C major yang mengandungi not (C. Lagu Anak Ikan ini mempunyai 9 bar. Pic yang paling tinggi digunakan pada skor lagu ini ialah pic C. nada lagu yang digunakan ialah C major manakala. B. D). Kedudukan kord C major pada papan kibod adalah seperti pada rajah 1 manakala kedudukan kord G7 pada papan kibod ditunjukkan pada rajah 2 di bawah ini:Kedudukan kord C major (C. kedua dan bar kelima menyebabkan notnotnya adalah mendatar. Analisis skor lagu Anak Ikan Berdasarkan kepada skor lagu Anak Ikan yang ditunjukkan di atas. meter yang terdapat pada skor ini pula ialah 4/4. ke-2 dan bar ke-5. G) C E G Rajah 1 16 . G) dan kord G7 pula ialah not (G. E. Kebanyakan not yang digunakan adalah sama seperti not yang terdapat pada bar pertama.

D) D G Rajah 2 B 17 .HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) Kedudukan kord G7 (G. B.

Corak irama alat perkusi (kastenet.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) 5. kayu tik tok. tamborin) lagu Anak Ikan Anak Ikan 18 .

Selain itu. Hal ini disebabkan oleh nyanyian dapat menarik perhatian murid-murid untuk belajar di samping dapat menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsungnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik. guru hendaklah sentiasa bergerak ke hadapan untuk mengubah cara pengajaran dan pembelajaran mengikut keinginan murid-murid demi untuk bangsa dan negara pada masa akan datang. psikomotor dan afektif murid-murid tanpa kita sedari. menghiburkan hati murid dan menjadi wadah kepada muridmurid untuk meluahkan perasaan mereka. Oleh itu. mata pelajaran pendidikan muzik ini amat penting sekali untuk diajarkan kepada murid-murid walaupun mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran elektif sahaja di sekolah rendah terutamanya kerana proses pembelajaran banyak berlaku ketika aktiviti pendidikan muzik dijalankan khususnya aktiviti yang melibatkan nyanyian dan permainan alat perkusi. guru hendaklah bijak dalam memilih kaedah-kaedah pengajaran untuk mengajar pendidikan muzik kerana mata pelajaran ini juga mampu meningkatkan tahap kognitif. pemilihan lagu juga mempengaruhi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik kerana lagu dapat menarik perhatian murid.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) RUMUSAN Kesimpulannya. Jadi. ( 2242 patah perkataan ) 19 .

Open University. (2008). (2011). Azam Sulong. Kuala Lumpur: PTS Professional. Kuala Lumpur: Open University. Siri Nyanyian & Aktiviti Muzik Tahun 2. (2010). Lagu & Puisi Kanak-kanak. Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dunia Muzik Tahun 1. (2008). Nani Menon. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Permainan. Siri Nyanyian & Aktiviti Muzik Tahun 3. 20 . Kementerian Pelajaran Malaysia. HBMS2603 Perkembangan Apresiasi dalam Nyanyian Kanakkanak Prasekolah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) BIBLIOGRAFI Mohd. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. HBMS1203 Pengajaran Muzik 1. Kuala Lumpur: Open University.

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) LAMPIRAN 21 .

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) Anak Ikan 22 .

HBMS 1203 (Pengajaran Muzik 1) 23 .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->