You are on page 1of 4

AMALAN PENGURUSAN STRATEGIK BAGI MENINGKATKAN KECEMERLANGAN ORGANISASI

DEFINISI 1. Pengurusan. Pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama,penyertaan dan penglibatan ahli ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesebuah matlamat atau objektif yang paling berkesan ( Drucker, 1972 ) 2. Strategi. Strategi berasal daripada perkataan Latin : Strategos ( the art of generalship, or how to be an effective general ) . Sesuatu proses itu strategik apabila ia melibatkan memilih tindakan yang terbaik untuk respons kepada persekitaran yang dinamik ( Allison & Kaye, 2004 ) 3. Pengurusan Strategik Menurut David ( 2001 ), Strategic management is art and science of formulating, implementing, and evaluating cross functional decisions that enable an organizations to achieveits objectives . Menurut Fidler ( 2002 ), Pengurusan strategik ialah formulasi perancangan strategik dan pelaksanaan perancangan tersebut. Ia melibatkan proses analisis strategik, pemilihan strategik dan implementasi strategik . KENAPA ORGANISASI PERLU MELAKUKAN PERANCANGAN STRATEGIK Sesebuah organisasi perlu melakukan perancangan strategik kerana perancangan strategik merupakan satu kerangka proses kerja yang tersusun dan sistematik untuk menterjemahkan misi, visi dan strategi kepada aktiviti aktiviti harian. Dengan perancangan strategik juga, matlamat

strategik dapat dihubungkan dengan petunjuk petunjuk prestasi utama ( KPI ) bagi mengawal prestasi organisasi. Selain daripada itu, melalui perancangan strategik ini, keupayaan pemimpin untuk mengukur, mengawal strategi secara berkesan bagi mencapai misi dan visi organisasi dapat ditingkatkan. Kebaikan lain perancangan strategik adalah melaluinya kecekapan dan keberkesanan dalam pengurusan masa, tenaga dan kos dapat ditingkatkan. Ia juga menyediakan ruang untuk semua ahli organisasi terlibat dan bertanggungjawab sama dalam mencapai matlamat organisasi. Perancangan strategik juga menjadikan seorang itu sebagai pemimpin yang cemerlang ; melakukan perkara yang betul , untuk orang / pihak yang betul, pada tempat yang betul, pada masa yang betul dan dalam bajet yang betul. MISI Misi adalah proses yang mengikuti selepas mandat. Ini adalah kerana mandat menjelaskan siapa kita dan apa yang kita diarah lakukan oleh kerajaan sebagai stakeholder utama. Manakala misi pula menjelaskan kerja yang dipertanggungjawabkan atau apa yang patut dilakukan ( fungsi dan peranan ) sebagaimana yang dinyatakan dalam mandat. Misi adalah satu pernyataan ( deklarasi ) ringkas yang meliputi perkara perkara berikut : i. tujuan atau sebab penubuhan sesebuah organisasi ? Ianya menjawab soalan tentang ii. iii. iv. v. apakah urusan / tugas utama ( core business ) yang dipertanggungjawabkan ke atas organisasi. Kepada siapa perkhidmatan diberikan ? Ianya menjawab siapakah pelanggan utama organisasi? Apakah hasil akhir yang diingini atau keperluan pelanggan yang dapat organisasi penuhi ? Apakah nilai organisasi kepada pelanggan ? Mencerminkan ciri ciri keunikan / nilai nilai / prinsip pegangan utama organisasi dalam memenuhi tujuan kewujudannya.

Ringkas dan mudah diingati / difahami ( tiada penggunaan bahasa yang sukar difahami Bombastik ). Berdasarkan mandat, dapat menterjemahkannya dalam bentuk misi,

VISI Visi adalah satu gambaran atau pandangan tentang masa depan . Sesuatu yang bukan real , tetapi yang diimaginasikan. Thornberry ( 1997 ) Visi adalah gambaran pemikiran yang jelas tentang hasrat masa depan yang diinginkan. Cowley & Domb ( 1997 ) Seterusnya mereka berpendapat , A vision is a statement ( or a picture ) of an ideal state of being or existence in the future that is inspiring and empowering for the stakeholders of the organization. Burt Nanus ( 1994 )dalam bukunya Visionary Leadership, kriteria visi yang baik adalah seperti berikut : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. berorientasikan masa depan memandu ke arah masa depan yang jelas sesuai untuk organisasi, budaya dan nilai satu set piawaian kecemerlangan dan berkualiti jelas tujuan membangkitkan semangat dan menguatkan komitmen / kepercayaan. Menggambarkan keunikan organisasi Cukup ambitious ( mempunyai cita cita yang tinggi )

Setelah misi ditetapkan, untuk membawa sekolah ke tahap yang diharapkan

OBJEKTIF Objektif ialah suatu yang perlu dicapai berdasarkan sasaran yang ditetapkan. Ciri-ciri pernyataan objektif yang baik adalah :Specific Measurable Appropriate Reachable Timebound = Khusus = Boleh diukur = Boleh dipercayai/konsisten = Boleh dicapai = Berjangka masa

DEFINISI PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) Quantifiable measurements, agreed to beforehand, that reflect the critical success factors of an organization. KPI help an organization to define and measure progress toward organizational goals.KPI must be reflect the organizational goals. KPI must be quantifiable. KPI must be key to organizational success F.John Reh ( 2004 ) Suatu parameter yang boleh diukur, yang telah dipersetujui bersama, dan yang akan mencerminkan kejayaan sesuatu organisasi. Muhamad Yahaya( 2005 ) Maka dalam penjanaan strategik, adalah penting memastikan bahawa setiap KPI disertakan sasaran bersama. Pembinaan sasaran prestasi sebaiknya diunjurkan berasaskan take of value( TOV ) semasa pada kadar tempoh minima 3 hingga 5 tahun.

You might also like