You are on page 1of 3

Literasi Bahasa (WAJ 3104) 8.

Membina bahan bantu mengajar untuk aktiviti penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual

Kemahiran:Mengecam,menyebut dan mewarna huruf-huruf vokal.

Prosedur pelaksanaan bahan bantu mengajar. 1.Guru menunjukkan huruf-huruf vokal a,e,i,o,u menggunakan bahan bantu mengajar yang disediakan. 2.Guru menyebut huruf-huruf vokal. 3.Murid menyebut huruf-huruf vokal yang ditunjukkan oleh guru. 4.Guru meminta murid menyebut warna huruf-huruf vokal yang ditunjukkan.contohnya a-merah jambu,e-kuning 5.Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid mewarnakan huruf-huruf vokal mengikut warna yang dinyatakan. 6.Murid mewarna huruf vokal didalam lembaran kerja.

Membina bahan bantu mengajar untuk aktiviti penyerapan pemulihan membaca dan menulis dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Nama aktiviti:Siapa Hebat Kemahiran:Mengecam gambar dan menulis perkataan sukukata terbuka

Prosedur pelaksanaan bahan bantu mengajar.

1.Aktiviti ini dijalankan setelah murid menguasai perkataan yang mempunyai sukukata terbuka,contohnya baju,buku,sawi dan lain-lain 2.Aktiviti ini boleh dijalankan didalam kelas atau di kawasan lapang. 3.Guru akan membentuk 2 kumpulan murid sama banyak. 4Guru meminta murid berlari dengan sekuat hati dan mengambil satu kad gambar yang terdapat dalam kotak yang telah disediakan untuk setiap kumpulan. 5.Murid berlari ke papan tulis yang telah dibahagikan kepada kumpulan masing-masing. 6 Murid menulis perkatan mengikut kad gambar yang mereka ambil di papan tulis .contoh:

guli 7.Murid berlari kekumpulan masing-masing dan menepuk tangan kawannya.Murid yang seterusnya akan meneruskan permainan.Kumpulan yang pertama menghabiskan aktiviti itu dikira pemenang.

You might also like