P. 1
Pengenalan Alam Sekitar

Pengenalan Alam Sekitar

|Views: 7,806|Likes:
Published by AuzaniMansor

More info:

Published by: AuzaniMansor on Sep 23, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/11/2015

pdf

text

original

Sections

Disedia oleh: Beh Cheap Pin Chuah Shu Ching Pengenalan Alam sekitar merupakan segala benda hidup

dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama seperti unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuhtumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia. Alam sekitar bermaksud alam tabii adalah unsur-unsur alam sekitar yang melibatkan perhubungan antara dua unsur iaitu abiotik dan biotik. Unsur abiotik dikenali sebagai tidak hidup manakala unsur biotik pula dikenali sebagai unsur hidup seperti manusia dan ikan. Kesemua unsur alam sekitar saling berhubungan antara satu sama lain dalam suatu sistem yang harmoni dan dinamik. Alam sekitar terdapat tiga komponen iaitu alam sekitar semula jadi, alam sekitar buatan manusia dan alam sekitar siosiabudaya. Sifat-sifat alam sekitar

seimbang

Seimbang ialah sentiasa harmoni, dinamik dan berhubungan antara satu

unsur dengan satu unsur yang berbeza sifatnya. Contohnya ialah keseimbangan penghasilan oksigen yang dikeluarkan oleh tumbuhan berkaitan dengan penghasilan karbon dioksida yang dikeluarkan oleh haiwan dan manusia. Indah Indah pula merupakan persekitaran semula jadi seperti tumbuhan, gunungganang, lautan, sinar suria, air terjun dan sebagainya. Kesemua ini merupakan ciptaan Tuhan yang terbaik, suci dan sistematik. Manusia dijadikan supaya boleh menjadikan sumber alam semula jadi sebagai pusat ketenangan. Kita boleh beriadah dan berekreasi dengan keindahan alam sekitar seperti hutan, laut, jeram dan tasik Segar Alam sekitar yang segar disalurkan melalui warna-warna asli yang segar mata memandang. Warna-warni flora dan fauna adalah rahmat dan nikmat yang tidak terhingga kepada manusia dan hidupan alam seluruhnya. Kepelbagaian flora dan fauna memberi faedah kepada manusia dan makhluk yang lain supaya dapat membeza, mengenal pasti, menentu dan mengambil keputusan dalam sesetengah hal. Misalnya warna hijau merupakan tumbuhan segar dan boleh menyegarkan mata, rasa nyaman, sejuk, rehat dan tenang. Manakala warna biru adalah unsur alam yang sesuai bagi manusia dan hidupan kerana ia melambangkan kilauan dan sifat air yang bersih dan sihat. Oleh itu, warna-warna alam sekitar memainkan peranan penting untuk manusia dan makhluk ciptaan Tuhan yang lain dalam kehidupan. KOMPONEN-KOMPONEN ALAM SEKITAR

Alam sekitar fizikal terdiri daripada empat komponen penting iaitu biosfera,litosfera,hidrosfera, dan atmosfera. Keempat-empat komponen alam ini berfungsi sebagai sumber alam yang amat berguna kepada manusia. Manusia amat bergantung kepada komponen alam sekitar daripada sumber-sumber tersebut bagi menjamin kelansungan hidup. Atmosfera Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan sfera yang berbaza-beza sifatnya antara satu sama lain. Terdapat empat sfera dalam ruangan atmosfera yang dibezakan berdasarkan suhu udara yang terdiri daripada lapisan Troposfera, Stratosfera, mesosfera dan termosfera. Unsur udara yang mempunyai oksigen (O2), nitrogen (N2), Hidrogen (H2) dan lain-lain dalam persekitaran akan menentukan tahap kebersihan udara. Komponen litosfera atau sitem geomorfologi pula merujuk kepada lapisan luar bumi yang sangat pejal dan membentuk kawasan daratan iaitu benua dan pulau serta dasar lautan. Kawasan daratan meliputi 29.2% daripada keseluruhan permukaan bumi, manakala selebihnya adalah dasar lautan. Lapisan litosfera pula terdiri daripada unsur batuan, tanah dan tanih. Lapisan tersebut merupakan struktur asas yang membina bentuk muka bumi dan unsur asas bagi kebanyakan hidupan menjalankan kehidupan dan mencari makanan. Komposisi utama litosfera ialah batuan dan mineral atau galian.

Litosfera

Batuan tardiri daripada pekbagai jenis seperti batuan ignias, enapan, dan metamorfosis. Batuan ini menjadi sumber kepada sektor perlombongan dan pembinaan. Litosfera juga mempunyai sumber tanih yang subur untuk menjalankan aktiviti pertanian. Misalnya tanah laterit, yang sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit seperti di kawasan segi tiga jengka di Pahang,tanih alluvium untuk tanamn padi sawah seperti di Delta Kedah,Kelantan dan Perlis, tanah gambut untuk tanaman nanas seperti di Johor dan tanah chernozem untuk tanaman gandum. Biosfera Biosfera atau system ekologi dihuni oleh hidupan termasuklah manusia, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan. Contohnya tumbuhtumbuhan sebagai pengeluar makanan bagi haiwan dan manusia seperti kangkung, bayam, sawi, ulam-ulaman dan pelbagai tumbuhan hijau yang lain. Tumbuhan yang terdapat dalam komponen ini juga membekalkan pelbagai sumber hutan kepada manusia khususnya dalam sektor pembalakan. Antara pokok kayu keras yang terdapat dalam sistem ekologi ini ialah cengal, jati, meranti, balau, merbau, dan sebagainya. Lapisan biosfera meliputi unsur hidupan atau hayat dan unsur ini tidak terhad kepada unsur yang bernyawa sahaja malahan turut

Hidrosfera

melibatkan elemen yang tidak bernyawa. Unsur bernyawa dapat dicontohkan seperti manusia, haiwan, serangga, organisma dan mikroorganisma; manakala unsur tidak bernyawa pula seperti tumbuhan dan flora. Lapisan ini penting bagi menstabilkan fizikal litosfera dan kehidupan hayat keseluruhannya. Kestabilan litosfera seperti tanah-tanih boleh disokong dengan tumbuhan; kehidupan manusia juga dibantu oleh tumbuhan yang mengeluarkan oksigen serta manusia juga menggunakan sumber daripada biosfera untuk makanan. Semua ini merupakan pertalian yang penting dalam sebuah ekosistem yang melibatkan lapisan litosfera dan biosfera. Hidrosfera merupakan lapisan yang terdiri daripada komponen berair dan ini melibatkan punca, proses kegunaan air, kitarannya dan kawasan yang terlibat dengan punca-punca air. Air ini wujud dipermukaan bumi, bawah tanah dan udara yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam pergerakkan sistem dunia. Sememangnya air memainkan peranan utama dalam kehidupan makhluk bagi tujuan seperti minuman, pengankutan, menjalankan proses dalaman badan serta mandi bagi merendahkan suhu dan kebersihan badan. Biotik

ALAM SEKITAR SEMULA JADI Abiotik Abiotik adalah unsur bukan Komponen biotik sebenarnya

dalam ekosistem semula jadi. Ia boleh dikaji menerusi dua pendekatan iaitu Fizik dan Kimia. Pendekatan fizik seperti suhu, cahaya, kedalaman air, hujan dan iklim; manakala yang kedua kimia yang melibatkan unsur seperti nutrien dan Ph.

merujuk kepada unsur yang hidup atau bernyawa seperti manusia, haiwan dan organisma. Komponen biotik ini sangat bergantung rapat dengan abiotik serta saling bertindak balas membentuk keseimbangan ekosistem.

Abiotik bergantung kepada biotik bagi menjalankan proses interaksinya. Contoh yang jelas Contohnya unsur hayat seperti ialah nutrien bergantung rapat cacing yang bertindak dan dengan organisma (bakteria) memainkan peranan penting bagi proses perkembangannya. dalam mengeluarkan baja asli Bakteria berfungsi untuk dan menggemburkan tanah. mereputkan haiwan, manusia Sekiranya komponen biotik tidak dan sebagainya untuk wujud maka kemungkinan tanah mengembalikan semula mudah hilang nutrien semula khilangan nutrien secara semula jadi dan akhirnya hilang jadi yang digunakan oleh kesuburan dalam jangka masa tumbuhan dan organisma tertentu. CONTOH-CONTOH ALAM AEKITAR SEMULA JADI 1. Matahari 2. Air 3. Udara 4. Kitaran fizikal yang menyokong kehidupan (kitar oksigen, nitrogen, karbon dan air) Alam semulajadi meliputi: - benda asas di muka bumi seperti matahari, air dan udara - Kitaran fizikal yang menyokong kehidupan seperti kitar oksigen, nitrogen, dan karbon dan sebagainya.

falls

hutan

sungai

bulan

tasik

lautan

gunung

matahari

tasik

Tumbuh-tumbuhan

KEPENTINGAN ALAM SEKITAR Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan mennyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia. Kepentingan-kepentingannya adalah:Kesihatan manusia terjamin Tarikan pelancong asing Pembekalan udara yang segar Kesihatan manusia terjamin Tarikan pelancong asing Pembekalan udara yang segar

CARA-CARA MEMELIHARA ALAM SEKITAR Malaysia adalah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.Sumber-sumber ini terdiri daripada pelbagai spesis flora dan fauna, bahan mineral, tanah yang subur, air minuman yang bersih dan antara hutan hujan tertua di dunia. Ditambah pula dengan ekonomi negara yang kukuh, rakyat Malaysia mudah memperoleh segala keperluan asas mereka. Adalah mudah untuk bersikap sambil lewa dan menganggap sumber-sumber iniadalah tidak terhad. Sebenarnya, sumber-sumber alam semakin berkurangan. Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif. Kehidupan manusia tidak terbatas hanya kepada hubungan sesama manusia, tetapi juga hubungan manusia dengan alam persekitaran. Kesejahteraan yang dinikmati oleh manusia adalah akibat daripada kehidupan yang sejahtera antara sesama manusia dengan alam tabii. Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan untuk menguasai dan mengekploitasi alam tabii secara berlebihan dengan menggunakan sains dan teknologi. Natijahnya, keseimbangan alam semula jadi tidak dapat dikekalkan. Peristiwa tanah runtuh, banjir kilat, pemanasan global, ribut taufan, hujan asid, pencemaran udara, air dan darat, kepupusan tanaman, habitat dan sebagainya semuanya menyumbang kepada ketidakstabilan eko-sistem yang dilakukan oleh aktiviti manusia. Terdapat beberapa cara untuk memerliha alam sekitar Peringkat antarabangsa Hari Alam Sekitar Sedunia atau World Environment Day disambut pada 5 Jun setiap

tahun. Hari Alam Sekitar Sedunia telah dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972 dan Program Persekitaran PBB (UNEP) juga ditubuhkan pada tahun yang sama untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam. Beberapa deklarasi mengenai alam sekitar telah pun dilaksanakan oleh UNDP untuk memastikan pembangunan yang lestari. Deklarasi Reo De Janerio (1993) dan Protokol Kyoto (1997) merupakan antara dua deklarasi di mana Malaysia turut menandatanganinya. Malaysia sendiri telah mengadakan Deklarasi Langkawi untuk memastikan pembangunan negara secara lestari dan mesra alam. Pembangunan insan yang berteraskan kepada kehidupan yang berteraskan nilai-nilai murni agama, bertanggungjawab dengan alam, membangun alam secara terancang perlulah diberi penekanan yang bersungguh-sungguh. Pembangunan sains dan teknologi yang berteraskan kepada ajaran agama dan nilai budaya perlu diterapkan kepada seluruh peringkat masyarakat. Penyelidikan dan pemantauan terhadap alam tabii perlu dilakukan secara berterusan agar pembangunan yang dijalankan tidak mendatangkan risiko yang tinggi kepada kehidupan sejagat. Adalah menjadi pendekatan Islam Hadhari agar kehidupan manusia menjadi harmoni dengan alam sekitar dan persekitarannya disamping berusaha untuk terus maju.

Nilai-nilai murni agama

Pendidikan dan sekolah ALAM BUATAN MANUSIA (man-made environment) -merangkumi manusia dan persekitaran buatan manusia -merujuk kepada persekitaran fizikal binaan atau ciptaan manusia -alam sekitar yang dibina oleh manusia sepertitaman herba, taman burung, taman orkid, taman bunga, zoo dan lain-lain. ALAM SEKITAR SOSIOBUDAYA (socio-cultural environment) ●bagaimana manusia berinteraksi dan menyusun diri mereka dalam kumpulan seperti keluarga, pendidikan, pekerjaan, kesihatan, politik, kerajaan, ekonomi, kesenian, agama dan budaya. ● merangkumi hubungan ataupun pertalian rapat antara manusia dengan budayanya. ● Sosial budaya di Malaysia Malaysia terdiri dari 13 buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan; sembilan dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah dibawah pemerintahan RajaRaja Melayu (Sultan). Pemerintahan Raja Berperlembagaan diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dilantik di antara sembilan orang Raja-Raja Melayu mengikut susunan setiap lima tahun. Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen yang diselenggarakan oleh Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri. Pilihan raya Umum diadakan setiap lima tahun sekali. Parti yang memerintah sekarang, Parti Barisan Nasional (National Front) merupakan parti campuran terdiri dari beberapa parti politik yang mewakili berbagai kumpulan etnik. Penduduk Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa. Jumlah penduduk anggaran tahun 2003 ialah 25.04 juta, yang terdiri dari kaum Melayu 61%, kaum Cina 30%, kaum India 8% dan yang lain-lain 1%. Terdapat juga orang Asli, Eropah dan Serani. Malaysia sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kebudayaan. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu sebagai rakyat asal rantau ini. Kebudayaan Melayu itu sendiri berteraskan ajaran agama Islam. Kebudayaan orang Melayu mengutamakan

nilai-nilai sopan-santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Sikap tolak ansur antara kaum juga menjadi pegangan. Semua bentuk kebudayaan serta agamaagama lain adalah sentiasa dihormati. Sambutan hari-hari perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Thaipusam, Krismas, Gawai dan lain-lain dianggap sebagai perayaan penting. Malaysia terdiri dari penduduknya yang berbagai keturunan dan menganuti berbagai agama, khususnya agama Islam, Buddha, Hindu, Tao dan Nasrani (Kristian), di samping lain-lain sistem kepercayaan yang diamalkan oleh berbagai kumpulan etnik yang terdapat di negara ini. Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi di Malaysia, sementara agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas. Perayaan Di Malaysia Antaranya ialah jadual mengenai perayaan di Malaysia Perayaan Thaipusam Keterangan Perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran oleh penganut agama Hindu, serta sebagai tanda penghormatan kepada tuhan Muruga atau Subramaniam. Perayaan ini paling meriah disambut di Kuala Lumpur, di mana kenderaan berhias tuhan Muruga dibawa berarak menerusi jalan-jalan tertentu di bandaraya sebelum berakhir di Batu Caves, Selangor. Ribuan penganut berarak sambil memikul Kavadi, menarik perhatian ramai pengunjung. Thaipusam diraikan secara besar-besaran di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Perak. Hari Wilayah disambut di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan perarakan, pertunjukan bunga api, pameran serta persembahan kebudayaan. Kebanyakan acara dibuka kepada orang ramai tanpa dikenakan sebarang bayaran. Lokasi: Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya Tahun Baru Cina menandakan hari pertama kalendar Bulan dan perayaan ini disambut selama 15 hari. Limau Mandarin dan putik pohon plum, yang melambangkan kemewahan serta nasib baik, menghias rumah penduduk berbangsa Cina, serta

Hari Wilayah

Tahun Baru Cina

Good Friday

Hari Wesak

Tadau Kaamatan

Gawai Dayak

kompleks-kompleks membeli-belah. Tarian naga dan tarian singa berserta paluan gendang yang bersemangat menambahkan lagi suasana meriah perayaan ini. Pada malam sebelum Tahun Baru, ahli keluarga berkumpul menikmati jamuan makan malam, diikuti dengan rumah terbuka meraikan sanak saudara dan sahabat handai pada keesokkan harinya. Lokasi: Seluruh Malaysia Good Friday ialah hari Jumaat sebelum sambutan perayaan Easter (perayaan Easter lazimnya jatuh pada hari Ahad) yang disambut di Sabah dan Sarawak. Lokasi: Sabah dan Sarawak Pada hari Wesak, penganut Buddha memperingati kelahiran, kesedaran dan kematian Buddha. Para penganut mempersembahkan pemberian mereka dan menjalankan upacara seperti ‘mandian patung Buddha’, pembacaan mentera dan membakar colok. Upacara perlantikan sami biasanya dilangsungkan di kuil-kuil Buddha. Pada sebelah malam diadakan perarakan di kotaraya seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu, Seremban, Melaka dan Georgetown. Lokasi: Seluruh Malaysia Pesta ini disambut setiap tahun oleh komuniti etnik terbesar di Sabah, iaitu kaum Kadazan Dusun. Perayaan kesyukuran ini diadakan sebagai tanda penghormatan kepada semangat padi yang digelar Bambaazon, atas hasil tuaian padi yang lumayan. Kemuncak perayaan ini termasuk jamuan minuman tuak, makanan serta tarian tradisional, pertandingan Ratu Cantik, perlumbaan kerbau dan sebagainya! Lokasi : Sabah Gawai Dayak disambut oleh kaum Iban, Orang Ulu serta Bidayuh di Sarawak pada awal bulan Jun bagi menandakan penghujung musim menuai. Perayaan yang mempesonakan ini memaparkan pelbagai upacara tradisional serta tarian yang diadakan di rumah-rumah panjang di seluruh Sarawak. Sanak-saudara serta para

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong

Hari Kemerdekaan

Hari Raya Aidil Fitri

Deepavali

pengunjung dijamu minuman tuak serta hidangan ayam yang dimasak di dalam buluh, dan pelbagai masakan tradisional yang lain di rumah-rumah terbuka di sini. Lokasi : Sarawak Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, Malaysia menyambut hari keputeraan rasmi Yang diPertuan Agong pada setiap hari Sabtu minggu pertama bulan Jun. Hari ini disambut dengan acara penganugerahan darjah kebesaran kepada warganegara Malaysia yang telah banyak berjasa kepada negara. Kemuncak sambutan termasuk ‘Perarakan Panji-Panji’ oleh anggota tentera, serta pelbagai bentuk pameran dan pertunjukan. Lokasi: Kuala Lumpur Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya pada 31 Ogos setiap tahun. Warganegara Malaysia menyambut perayaan ini dengan mengibarkan bendera Malaysia di seluruh negara. Pelbagai aktiviti diadakan di setiap negeri termasuk perarakan dan pertunjukan bunga api. Acara kemuncak ialah perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh Raja dan Permaisuri Agong, Perdana Menteri, orang-orang kenamaan serta para pengunjung. Lokasi: Seluruh Malaysia Hari Raya Aidil Fitri menandakan tamatnya bulan puasa (Ramadhan) dan disambut oleh penganut Islam di seluruh dunia. Penduduk Islam di Malaysia memulakan hari ini dengan menziarahi kubur diikuti sembahyang sunat hari Raya dan saling bermaafan antara satu sama lain. Sanaksaudara serta sahabat handai dijemput ke rumah terbuka di mana mereka disajikan dengan pelbagai hidangan tradisional yang lazat. Lokasi: Seluruh Malaysia Kejayaan kuasa baik mengalahkan kuasa jahat diraikan oleh penganut Hindu dalam perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Perayaan Cahaya pada setiap bulan ke-7 mengikut kalendar Hindu. Di

Hari Raya Aidil Adha

Krismas

● Kebudayaan Orang Melayu Bahasa

seluruh negara, upacara sembahyang serta ‘pembersihan’ dijalankan di kuil-kuil serta tempat-tempat pemujaan penganut Hindu. Lokasi: Seluruh Malaysia Hari Raya Aidil Adha juga merupakan perayaan yang disambut oleh penganut Islam pada hari ke-10 bulan Zulhijjah. Ianya juga menandakan para jemaah haji telah selesai menunaikan fardhu haji di Mekah, Arab Saudi. Lokasi: Seluruh Malaysia Perayaan Krismas lebih meriah di kawasan tropika Malaysia dengan penduduknya yang ramah. Pengunjung dapat memilih pelbagai restoran, bistro, pusat membeli-belah dan hotel yang turut menawarkan pelbagai promosi sempena perayaan ini. Lokasi: Seluruh Malaysia

Orang bertutur dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu. Walaupun asal usul bangsa Melayu yang paling asal belum diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang.Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia,Brunei dan Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan. Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu dianggarkan berjumlah lebih 300 juta dan merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindi/bahasa Urdu. Selain itu, dilaporkan sebanyak 70,000 orang mampu bertutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka, manakala di China, terdapat radio dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga

diajar di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman, New Zealand dan beberapa tempat yang lain. Bahasa Melayu Piawai ialah Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal 1970-an, Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-akhir ini, nama "Bahasa Melayu" digunakan semula. Bermula tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum. Di Indonesia, bahasa Melayu juga dikenali sebagai Bahasa Indonesia atas sebab persatuan dan kesatuan bangsa Indonesia iaitu Sumpah Pemuda tahun 1928. Di Singapura dan Brunei, Bahasa Melayu tidak mengalami sebarang perubahan nama. Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya,Bahasa Melayu Riau-Johor berbeza dialek dengan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu. Melayu Riau-Johor menggunakan dialek "e" sedangkan Bahasa Melayu Palembang, Jambi, dan Bengkulu menggunakan dialek "o". Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina merupakan campuran antara Bahasa Melayu dan dialek Hokkien. Bahasa ini dahulunya banyak digunakan di negeri-negeri Selat seperti Pulau Pinang dan Melaka. Walaubagaimanapun, kini kaum peranakan lebih gemar berbahasa Hokkien atau Inggeris. Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif, bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar (atau kata akar) terdiri daripada kata kerja. Penggunaan Bahasa Melayu di negara-negara ini berbeza bergantung kepada sejarah dan budaya. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi di Malaysia pada 1968, tetapi Bahasa Inggeris masih digunakan dengan luas terutama sekali di kalangan masyarakat Cina dan India, sama seperti di Brunei. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan. Di Timor Leste, sekarang terlepas dari Indonesia menjadi negara Timor Leste, Bahasa Indonesia diterima sebagai "bahasa berkerja". Di Singapura, Bahasa Melayu dikekalkan statusnya sebagai bahasa kebangsaan walaupun Singapura mempunyai empat bahasa rasmi (iaitu Bahasa Inggeris, Cina, India, dan Melayu.) Di selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan oleh orang-orang daripada Kesultanan Melayu Patani (orang Melayu Pattani), tetapi tidak memperolehi sebarang pengiktirafan daripada kerajaan.

Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini masih dalam perbincangan. Perkembangan Bahasa Melayu Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu: Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Kuno Merupakan keluarga bahasa Nusantara Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana: Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar. Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa. Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu. Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana: Pengaruh agama Hindu Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M) Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M) Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M) Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M) Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri. Ciri-ciri bahasa Melayu kuno: Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit Susunan ayat bersifat Melayu Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan) bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan) Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas) Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat niparwuat) Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta) Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya) Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting: a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit. bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) ditulis dalam tulisan Jawi membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. Bahasa Melayu Klasik Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting: Zaman kerajaan Melaka Zaman kerajaab Acheh Zaman kerajaan Johor-Riau Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin alSumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel. Ciri-ciri bahasa klasik: ayat: panjang, berulang, berbelit-belit. banyak ayat pasif menggunakan bahasa istana kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih) banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun. ayat songsang banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''

Bahasa Melayu Moden Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Pakaian BAJU KURUNG KAUM MELAYU

Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu memakai kain kemban di tempat-tempat awam. Tetapi, setelah ketibaan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan. Baju kurung adalah baju longgar yang labuh, kadang-kala hingga ke lututdan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Baju kurung juga boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Agama Kaum melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Islam (Bahasa Arab: ‫;السلم‬ al-'islām (bantuan•maklumat); disebut: [ɪs.ˈlaːm]) (aslama = ‫ ,أسلم‬yuslimu = ‫,يسلم‬ islaman = ‫ )اسلما‬ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah (Bahasa Arab: ‫ ,ال‬Allāh), kata demi ‫ل‬ kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w.,

seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".

Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan.[4] Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya. Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat.[6] Selain itu, terdapat syariat Islam (‫ ,شريعة‬syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat. Hampir kesemua Muslim tergolong dalam salah satu dari dua mazhab terbesar, Sunah dan Syiah.[8][9][10] Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab,25% di Asia Selatan dan 13% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi.Terdapat sekitar 1.57 bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian, dan boleh dikatakan agama yang berkembang paling pesat di dunia. Tradisi Muzik Melayu Tradisi muzik melayu yang lain seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi dari zaman praislam.Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis menggunakan alat muzik seperti Gong, rebab, gendang dan serunai. Di samping berbagai – bagai jenis muzik yang dinyatakan ,muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga merupakan muzik melayu tradisional dari zaman silam. Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti gamelan dan mempunyai hubungan dengan tradisi dan kepercayaan masyarakat pribumi. Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi , yang dibawa melalui India sebelum

berkembang di alam melayu. Muzik melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian ronggeng atau joget yang mempunyai hubungan dengan dongdang sayang yang berkembang di Melaka dan canggung di Perlis. Dalam Tarian kuda kepang pula terdapat alat – alat muzik paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari. Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan masyarakat melayu keturunan Jawa. Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Kelahiran Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir. Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung) Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut. Peralatan untuk upacara ini termasuk Tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan Segantang beras Sebiji kelapa Beberapa urat benang mentah Damar Minyak kelapa atau minyak urut Lilin Tepak sirih yang lengkap isinya

Pengeras sebanyak RM1.25 Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur. Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama. Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin. Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai bidan akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kainkain tersebut. Bidan akan mengurut ibu yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya. Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu. Sewaktu Bersalin Apabila hampir tiba waktu bersalin, persediaan akan diuruskan oleh keluarga berkenaan. Mengikut kebiasaannya kandungan ketika itu sudah cukup sembilan bulan sepuluh hari. Tetapi adakalanya tempoh kehamilan boleh mencapai sehingga sepuluh hingga dua belas bulan yang dipanggil bunting kerbau. Mengikut kepercayaannya juga daun mengkuang berduri akan digantung di bawah rumah dan kapur akan dipangkah pada tempat-tempat tertentu di dalam rumah wanita yang hendak bersalin tadi bagi mengelakkan gangguan makhluk halus. Di samping itu juga, terdapat beberapa adat yang perlu dijalankan semasa menyambut kelahiran ini. Potong Tali Pusat

Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu tanggal sendiri. Azan/Qamat Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya, bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara ini. Ia bukanlah satu adat, sebaliknya lebih merupakan amalan berunsur keagamaan. Membelah/Mulut Adat ini mempunyai pengaruh budaya Hindu, namun demikian ia juga terdapat dalam agama Islam yang menghukumkan sunat untuk berbuat demikian. Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. Ia diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan sedikit air madu atau kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut bayi yang baru lahir tersebut. Sewaktu menjalankan upacara ini, jampi mentera dibacakan. Namun demikian, adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini. Berpantang Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang, mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari. Tempoh Berpantang Dalam tempoh ini wanita tersebut dilarang dari makan sebarang makanan mengikut kehendaknya atau berbuat apa-apa kerja yang memerlukan banyak pergerakan. Antara makanan yang dilarang keras ialah yang boleh mengakibatkan kegatalan di seluruh anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada badan.

Sebaliknya mereka digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar, direbus dan dibenarkan minum air suam atau susu.

Bertungku Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Bertungku dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali normal. Biasanya tungku diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain yang di lapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun lengkuas yang dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat. Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin. Selepas lahir Selepas kelahiran terdapat beberapa adat tertentu yang dijalankan. Tanggal Pusat/Cuci Lantai Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh seminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Di sesetengah tempat, ia juga dipanggil adat naik buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia tidak boleh dibuaikan dan akan tidur di samping ibunya. Adat ini seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis. Bahan-bahan yang digunakan untuk adat cuci lantai Nasi kunyit dan lauk-lauk Seekor ayam hidup Paku, buah keras, asam, garam dan sirih pinang Hadiah untuk bidan sepersalinan Kenduri doa selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan memulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara mengais-ngaiskan kaki ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin. Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak bidan akan menjalankan

keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan dimandikan, diurut dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi beserta sedikit wang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut.

Memberi Nama Mengikut ajaran Islam, adalah sunat memberi nama yang mempunyai maksud yang baik kepada bayi. Kebiasaannya jika bayi itu lelaki, nama akan diberi mengikut nama para nabi manakala untuk bayi perempuan, nama isteri-isteri atau anak-anak nabi akan dipilih. Cukur Rambut/ Potong Jambul Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut. Untuk menjalankan upacara tersebut beberapa kelengkapan disediakan. Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar,beras kunyit dan bertih. Sebiji kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan potongan berkelokkelok siku seluang untuk dijadikan penutup. Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. Kemudian kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya. jambul-gunting Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan orang yang menggunting rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya. Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil alih. Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar halaman rumah bersama

sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan. Lazimnya, semasa adat ini dijalankan akikah turut diadakan. Dari segi syarak, akikah membawa pengertian menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak dilahirkan. Orang Islam yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir. Seorang anak disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup. Terdapat syarat-syarat tertentu dalam memilih haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah juga berbeza mengikut jantina bayi. Bagi bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor kambing dan seekor kambing bagi bayi perempuan. Antara hikmah akikah adalah sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut. Akikah sunat dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran iaitu boleh dijalankan serentak dengan adat mencukur rambut dan adat memberi nama. Namun ia juga boleh dilakukan pada hari yang lain. Buaian bayi Adat ini merupakan satu-satunya majlis yang masih diamalkan dan mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu hari ini. Upacara ini dilangsungkan dalam suasana penuh meriah terutama sekali jika sesebuah keluarga itu baru mendapat anak atau cucu sulung. Semasa upacara ini dijalankan bayi tersebut akan diletakkan di dalam buaian yang menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bungabungaan. Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung. Ketika itu juga, nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita. Seterusnya bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan ini. Pada hari ini, masyarakat Melayu menjalankan adat ini serentak dengan adat memberi nama dan adat cukur rambut. JejakTanah/TurunTanah Di sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat memijak tanah. Ia sebagai meraikan anak yang baru pandai berjalan. Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya. Adat ini dijalankan secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun barangan yang digunakan. Lazimnya kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini. Selepas kenduri selesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan. Di atas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi

pelbagai jenis barang, termasuk makanan dan minuman. Antara barangan yang diletakkan di dalam dulang itu ialah cermin, sikat, jam tangan, gelang, cincin, rantai, bedak, kain, kasut, gunting, bubur, air sejuk dan wang. Lazimnya jumlah barangan yang diletakkan adalah ganjil. Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja. Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa depan kanak-kanak itu berdasarkan barangan yang diambil. Umpamanya jika kanak-kanak itu mengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat ini jug boleh dilakukan secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-piring kecil yang berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun yang telah dijampi oleh mak bidan. Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca. Bersunat / Berkhatan Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan. Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanakkanak lelaki, mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis perkahwinan.

Kebudayaan Orang Cina

Kebudayaan Cina ialah penempatan kepada salah satu tamadun tertua dan paling kompleks yang meliputi sejarah lebih 5,000 tahun. Negara China meliputi kawasan geografi besar yang penuh adat dan tradisi yang banyak berbeza antara pekan, bandar dan wilayah. Kepentingan adat resam di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

Identiti Di China wujudnya banyak kelompok etnik. Dari segi perangkaan pula, kelompok etnik yang terbesar ialah bangsa Han. dalam sejarah, banyak kelompok telah berasimilasi dengan etnik lain atau lenyap tanpa meninggalkan kesan. Pada masa yang sama, ramai dalam identiti Han telah memelihara tradisi bahasa dan budaya setempat yang berbeza-beza. Istilah Zhonghua Minzu digunakan untuk menghuraikan anggapan nasionalisme China secara am. Kebanyakan identiti kebudayaan tradisional dalam lingkungan komuniti mesti berkaitan dengan membezakan nama keluarga. Nilai-nilai Kebanyakan nilai sosial diterbitkan dari Konfusianisme dan Taoisme dengan kombinasi konservatisme. Perkara mengenai fahaman mana paling berpengaruh selalu menjadi bahan perdebatan kerana timbulnya banyak konsep seperti NeoKonfusianisme, agama Buddha dan banyak lagi. Penjelmaan dan konsepkonsep kelahiran semulalain ialah satu peringatan akan hubungan antara hidup sebenar dan alam seterusnya. Bahasa Orang Cina bertutur dalam Bahasa Mandrin. Bahasa Cina lisan terdiri daripada sebilangan dialek Cina sepanjang sejarah. Ketika Dinasti Ming, bahasa Mandarin baku dinasionalkan. Sengguhpun begitu, barulah ketika zaman Republik China pada awal abad ke-20 apabila kelihatan apa-apa hasil yang nyata dalam memupuk satu bahasa seragam di China. Pada zaman kuno, bahasa Cina Klasik menjadi standard penulisan selama beribu-ribu tahun, tetapi banyak terhad kepada golongan sarjana dan cendekiawana. Menjelang abad ke-20, jutaan rakyat, termasuk yang di luar kerabat diraja buta huruf. Hanya selepas Gerakan 4 Mei baru bermulanya usaha beralih ke bahasa Cina Vernakular yang membolehkan rakyat biasa membaca kerana dirangka berasaskan linguistik dan fonologi bagi suatubahasa lisan. Bahasa Cina membentuk sebahagian keluarga bahasa Sino-Tibet. Kira-kira satu per lima daripada semua manusia di bumi bertutur dalam suatu bentuk bahasa Cina sebagai bahasa ibunda, menjadikannya bahasa yang paling ramai orang di dunia yang menuturnya sebagai bahasa ibunda. Secara amnya, kesemua variasi bahasa Cina bersifat sebutan ton dan analitik. Namun, bahasa ini ada keistimewaannya kerana kepelbagaian dalamannya yang meluas. Variasi mengikut kawasan di antara variasi atau dialek yang berbeza

boleh dibandingkan kepada keluarga bahasa Romance (keturunan bahasa Latin); kebanyakan variasi bahasa Cina ditutur cukup banyak kelainannya sehingga tidak dapat saling difahami antara satu sama lain. Terdapat di antara 612 kumpulan kawasan yang utama (bergantung kepada skema klasifikasi), yang mana bahasa Mandarin, Wu (Shanghai) dan Kantonis paling ramai penuturnya. Pengenalpastian variasi-variasi bahasa Cina ini sebagai "bahasa" atau "dialek" menimbulkan pertikaian. Sebutan Bahasa Cina yang baku berasaskan dialek Beijing, daripada golongan Bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin Baku merupakan bahasa rasmi Republik Rakyat China dan Republik China di Taiwan, serta salah satu bahasa rasmi Singapura (bersama bahasa Inggeris, Melayu, dan Tamil). Bahasa Cina—secara tepatnya, bahasa Mandarin baku—merupakan salah satu daripada enam bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (bersama bahasa Inggeris, Arab, Perancis, Rusia, dan Sepanyol). Bahasa Cina yang ditutur dalam bentuk dialek Kantonis pula merupakan bahasa rasmi Hong Kong (bersama bahasa Inggeris) dan Macau (bersama bahasa Portugal). Pakaian BUSANA KAUM CINA

Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagi pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama bukan sahaja barangan dagangan untuk tukaran, tetapi jua adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional mereka yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera.

JENIS BAJU KAUM LELAKI MASYARAKAT CINA

Lelaki memilih Samfoo putih polos satin dan bertopi. Wanita menggayakan Cheongsam moden dari sutera Cina berwarna hijau yang dikenali juga sebagai baju Hong Kong. Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Ia digemari oleh wanita-wanita separuh umur dan yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera. Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki berketurunan Cina di Malaysia. JENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT CINA

Cheongsam

Cheongsam adalah pakaian wanita dengan ciri-ciri khas Cina dan menikmati populariti yang berkembang di dunia antarabangsa. Nama "cheongsam", yang bermaksud sim-ply "pakaian panjang", memasuki kosa kata Bahasa Inggeris dari dialek Negeri Guangdong (Kantonis). Di bahagian lain negara termasuk Beijing, bagaimanapun, ini dikenali sebagai "qipao", yang mengandungi sejarah di belakangnya. Ketika kedatangan awal penguasa Manchu ke China yang tepat, mereka mengatur orang-orang tertentu, terutama Manchu, menjadi "spanduk" (qi) dan memanggil mereka "orang banner" (qiren), yang kemudian menjadi longgar atas nama semua Manchu. Para wanita biasanya Manchu mengenakan gaun onepiece yang, juga, kemudian disebut "qipao" atau "banner gaun". Walaupun Revolusi tahun 1911 menumbangkan kuasa Qing (Manchu) Wangsa, gaun wanita selamat dari perubahan politik dan, dengan pemulihan, telah mereka pakaian tradisional untuk wanita Cina. Mudah dan nyaman untuk dikenakan, cheongsam yang berpadanan dengan latar belakang perempuan cina adalah seperti leher tinggi, leher tertutup, dan lengan yang pendek, sedarhana atau panjang, bergantung pada musim dan selera. Gaun itu kancing di sisi kanan, dengan dada longgar, pinggang pas, dan celah naik dari sisi, semua yang menggabungkan untuk mematikan bentuk keindahan wanita. Cheongsam ini tidak terlalu rumit untuk membuat. Juga tidak menggunakan bahan yang terlalu banyak, kerana tidak ada aksesoris seperti ikat pinggang, syal, ikat pinggang atau hiasan digunakan bersamanya. Selain itu, Cheongsam adalah diperbuat dari bahan yang berbeza dan panjang yang berbeza-beza, mereka boleh memakainya di acara-acara santai atau formal. Dalam kedua-dua kes, itu mencipta kesan sederhana dan tenang, keanggunan pesona dan kerapian.Jadi tidak hairanlah Cheongsam begitu banyak disukai oleh perempuan tidak hanya Cina tetapi negara asing juga.

Wanita memakai potongan Baju Shanghai yang lebih moden berkolar tinggi lengan besar dan skirt labuh dari kain satin bersulam. Sepasang Samfoo daripada fabrik satin Cina yang ditenun dengan motif-motif melambangkan kesejahteraan. Agama Kebanyakan kaum Cina di Malaysia memeluk agama Buddha. Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan timur Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu Theravāda (Bahasa Sanskrit: Sthaviravāda), Mahāyāna, and Vajrayāna. Agama Buddha terus menarik orang ramai menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut. Agama Budddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling besar di dunia. Seorang Buddha ialah seorang yang mendapati alam semula jadi yang benar melalui pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan. Penemuannya dikenali sebagai Bodhi atau "Pemahaman". Sesiapa yang bangun dari "Ketiduran Kejahilan" secara langsung yang mengenali alam semula jadi nyata yang sebenar dikenali sebagai Buddha. Sitting Buddha, named "Phra Puttha Palileyaka", Wat Pho, Bangkok Śākyamuni dikatakan sebagai Buddha yang terkini daripada banyak Buddha. Terdapat banyak Buddha akan dilahirkan selepas Śākyamuni dan banyak

Buddha dilahirkan sebelum Śākyamuni. Mengikut ajaran Buddha, sesiapa dapat mempelajarinya dan juga memahami alam semula jadi nyata yang sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha yang dikenali sebagai "Dharma" dan mempraktikkannya dengan mengamalkan kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang bersih. Secara keseluruhan, tujuan seorang menganut agama Buddha adalah untuk menamati segala kesusahan dalam kehidupan. Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha harus membersihkan dan melatih minda sendiri dengan mengikut "Lapan Jalan Tepat", atau "Jalan Tengah" supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesusahan, iaitu nirodha atau nirvāna (Pāli nibbāna). Mitos dan kerohanian Sebahagian besar budaya Cina berasaskan tanggapan bahawa wujudnya sebuah dunia roh. Berbagai-bagai kaedah penelahan telah membantu menjawab soalan, dan dijadikan pun alternatif kepada ubat. Budaya rakyat telah membantu mengisi kekosongan untuk segala hal yang tiada penjelasannya. Kaitan antara mitos, agama dan fenomena yang aneh memang rapat sekali. Dewa-dewi menjadi sebahagian tradisi, antara yang terpenting termasuk Guan Yin,Maharaja Jed dan Budai. Kebanyakan kisah-kisah ini telah berevolusi menjadi perayaan tradisional Cina. Konsep-konsep lain pula diperluas ke luar mitos menjadi lambang kerohanian seperti dewa pintu dan singa penjaga. Di samping yang suci, turut dipercayai yang jahat. Amalan-amalan seperti menghalaumogwai dan jiang shi dengan pedang kayu pic dalam Taoisme adalah antara konsep yang diamalkan secara turun-temurun. Upacara penilikan nasibCinamasih diamalkan pada hari ini selepas bertahun-tahun mengalami perubahan. Tarian tradisional cina -tarian singa Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Sejarah tarian singa Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan". Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan. Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya. -Tarian naga Tarian nagaialah sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina. Sepertilah tarian singa, tarian naga sering dipersembahkan pada musim perayaan. Orang Cina selalu menyebut "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik. Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah. Oleh sebab itu, sejak zaman nenek moyang semasa mereka merayakan Tahun Baru Cina, atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga. Dalam tarian ini, sepasukan orang Cina memegang sebatang "naga" — iaitu imej naga Cina — dengan tiang. Penari-penari hadapan mengangkat, mencelup, membidas, dan menyapu kepala naga, yang boleh memiliki ciri-ciri animasi yang dikawal oleh seorang penari dan kadang-kala dikawal untuk mengeluarkan asap dari alat-alat piroteknik. Pasukan tarian meniru apa yang dipercayai sebagai gerakan semangat sungai ini secara berbelok-belok dan beralun-alun.Gerakan-

gerakan dalam persembahan ini secara tradisinya melambangkan perananperanan naga yang menunjukkan kuasa dan maruah. Tarian naga ialah satu acara utama sambutan Tahun Baru Cina. Tung Chung Shu, seorang ilmuwan terkenal pada tahun-tahun awal Dinasti Han Barat, menulis sebuah buku "Ch'un-Ch'iu Fan-lu". Di dalam buku itu terdapat maklumat tentang tarian hujan selama musim semi kekeringan. Tarian itu menglibatkan sejumlah besar daripada anak laki-laki, pemuda, laki-laki setengah baya, duda dan orang tua. Setelah tiga hari mengikhlaskan pantang, Warna kostum naga menutupi mereka, dan menghadap ke empat arah, mereka menarinari dan berdoa kepada Tuhan. Menurut falsafah lima elemen (logam, kayu, air, api dan tanah) popular selama Dinasti Han, banyak objek yang berpadanan dengan ekspresi daripada lima elemen. Untuk alasan ini, dansa naga datang dalam lima warna: hijau, merah, kuning, putih dan hitam. Yang membezakan naga dengan lima warna ialah tradisi rakyat pada tahun-tahun awal dinasti Han. Bagaimanapun, pada hari ini kita hanya dapat melihat naga emas dan naga hijau. Sekarang, sebagai hasil daripada usaha-usaha orang Cina di luar negeri China bagi mengekalkan dan mempromosikan budaya tarian naga, persembahan ini telah menjadi terkenal di seluruh dunia. Dalam masa beberapa dekad, oleh sebab kombinasi daripada rakyat popularisasi adat dan promosi oleh tentera korps hiburan, tarian naga telah menjadi persembahan secara terbuka yang penting bagi kumpulan persembahan tradisional yang disajikan dalam sambutan Tahun Baru Cina. Adat Perkahwinan Masyarakat Cina Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan. Setelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masingmasing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan. Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina, namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara keseluruhannya. Antaranya :Kelahiran Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir. Sewaktu Mengandung Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk

memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka. Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya. • Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya mereka tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi. • Hindari Permasaalahan

Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin. Sewaktu mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. • Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang Tajam

Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan, wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang “tajam” seperti nenas dan mangga serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan sam ada kandungan itu lelaki atau perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam. Selepas Lahir

Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi. Berpantang Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal dan tidak mendengar kata. Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula tenaga. Kenduri Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu. Mencukur Rambut Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara. Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat. Memberi Nama Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan

sanak-saudara. Nama ketiga pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna , unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir. • Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan. • Bunyi nama mestilah sedap didengar.

• Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak bertentangan dan seelok-eloknya sepadan. • Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat. • Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling melengkapi. Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan. Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

● Kebudayaan Orang India Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan

tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Bahasa Orang India bertutur dalam Bahasa Tamil. Bahasa Tamil dituturkan di India dan Sri Lanka, dengan minoriti penting di Singapura, Malaysia, Dubai, Mauritius, dan Afrika Selatan, dan komuniti emigran seluruh dunia. Bahasa Tamil merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam keluarga bahasa Dravidian. Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di India selatan dan Sri Lanka, bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara lain. Setakat tahun 1996, bahasa ini menjadi bahasa ke-18 paling banyak ditutur di dunia, dengan jumlah penuturnya melebihi 74 juta orang. Sebagai salah satu di antara bilangan kecil bahasa klasik yang tinggal di dunia, bahasa Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf. Tulisan bahasa Tamil memang sedikit perubahannya sepanjang tempoh tersebut. Kesannya, kesusasteraan klasik banyak diterapkan dalam pertuturan harian seperti kesusasteraan moden. Murid-murid sekolah Tamil, contohnya, masih diajar aksara-aksara Tamil melalui kaedah átticúdi, kaedah rima abjad yang direka kira-kira pada abad pertama Masihi. Pakaian JENIS PAKAIAN KAUM LELAKI MASYARAKAT INDIA DHOTI Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti. JENIS BAJU KAUM PEREMPUAN MASYARAKAT INDIA SARI KAUM INDIA

Sari adalah pakaian wanita di Subbenua India. Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlinkungan dari empat ke Sembilan meter pada panjangnya yang ditabir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya yang terumum adalah dengan membalut sari di keliling pinggang, dengan satu hujung menabir le atas bahu mendedahkan bahagian torso dekat pinggang. Agama Kebanyakan kaum India memeluk Agama Hindu di Malaysia. Agama Hindu dan Vaidika-Dharma ("Pengetahuan Kebenaran") adalah sebuah agama yang berasal dari anak benua India. Agama ini merupakan lanjutan dari agama Weda (Brahmanisme) yang merupakan kepercayaan bangsa Indo-Iran (Arya). Agama ini diperkirakan muncul antara tahun 3102 SM sampai 1300 SM dan merupakan agama tertua di dunia yang masih bertahan hingga kini. Agama ini merupakan agama ketiga terbesar di dunia setelah agama Kristen dan Islam dengan jumlah umat sebanyak hampir 1 miliar jiwa. Penganut agama Hindu sebagian besar terdapat di anak benua India. Di sini terdapat sekitar 90% penganut agama ini. Agama ini pernah tersebar di Asia Tenggara sampai kira-kira abad ke-15, lebih tepatnya pada masa keruntuhan Majapahit. Mulai saat itu agama ini digantikan oleh agama Islam dan juga Kristen. Pada masa sekarang, mayoritas pemeluk agama Hindu di Indonesia adalah masyarakat Bali, selain itu juga yang tersebar di pulau Jawa,Lombok, Kalimantan (Suku Dayak Kaharingan), Sulawesi (Toraja dan Bugis - Sidrap). Tanda Hormat Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Peranan Keluarga Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian.

Perkahwinan Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut. Sewaktu Mengandung Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu” dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masingmasing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama. Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buahbuahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bungabungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya. Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil

tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bungabungaan. Semasa Bersalin Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa. Kelahiran Kelahiran seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. Semua saudara mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi cantik, buaian dihiasi dan jiran-jiran dijemput bersama meraikannya. Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu mengikut aksara bintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang tua satu persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu, saudara mara yang hadir akan memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Pada hari ke 30, bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa selamat. Potong Tali Pusat Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir. SELEPAS KELAHIRAN Menyapu Madu Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur.

Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut. Membawa Bayi Pulang Ke Rumah Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dari pada berlaku. Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang. Mandi Selepas Bersalin Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan. Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang wanita yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahanbahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi. Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi

diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi. Mendodoi Bayi Upacara penting dalam masyarakat India ialah amalan mendodoi. Upacara ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja. Memberi Nama Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak. ● Kebudayaan Orang Asli Masyarakat Orang Asli Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia dan adalah penduduk pri bumi negara ini. Orang Asli merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Secara rasminya masyarakat Orang asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil. Oleh kerana terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang Asli, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Adat resam berikut akan memperlihatkan adat resam yang diamalkan di kalangan masyarakat Orang Asli secara keseluruhan.

Pakaian

Pakaian Tradisional Sabah Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain. Perbezaan diantara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka. Penggunaan pakaian-pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk acara-acara kebudayaan. Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu. Hiasan Diri Pada masa lalu, batu akik merah, manik-manik kaca berwarna, kulit kowri, butang putih atau cakera yang dibuat daripada cengkerang dan tembaga digunakan untuk menghiasi pakaian lelaki dan perempuan. Pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas dan perak, labuci dan benang berwarna. Seperti dahulu, hiasan-hiasan ini masih lagi disertai dengan tali pinggang yang dibuat daripada berbagai-bagai bahan seperti manik cengkerang dan kaca duit syiling perak, tembaga dan logam-logam lain, lapik pinggang yang dibuat daripada rotan berwarna untuk mengetatkan gaun, seluar atau anak baju. Kalung dibuat daripada berbagai-bagai bahan dijadikan hiasan leher dan dada. Gelang juga dipakai untuk menghiasi lengan, pergelangan tangan serta kaki. Tutup kepala seperti terendak atau tudung dipakai oleh kaum lelaki dan wanita sebagai pakaian biasa sebagai pelindung dan penahan peluh. Pada majlis-majlis upacara, terendak-terendak yang dipakai adalah lebih indah dan berwarna-warni. Spesialis ritual memakai tutup kepala dan pakaian dengan hiasan yang banyak yang membezakan mereka dari orang biasa apabila mereka menjalankan sesuatu upacara tradisional. Kaum lelaki masih memakai sigah sejak dari dahulu

lagi. Sigah atau tanjak ini adalah sekeping kain segiempat yang dipakai dalam berbagai-bagai bentuk mengikut daerah atau asal si pemakai. Kaum wanita pula memakai manik, sisir, tudung dan terendak bergantung pada waktu dan kegiatan yang dilakukan

Pakaian Tradisonal Bajau

Pakaian Orang Bisaya

Pakaian Orang Kadazan

Pakaian Orang Suluk PAKAIAN MASYARAKAT ETNIK SARAWK PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN KAIN SIRAT

Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan; mempamerkan bahagian yang berhias DANGDONG

Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN BIDANG Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuningkuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah. KALAMBI Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang

kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik BEDONG Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.

baju baldu PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN MELANAU BAJU BALDU Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul

BAJU BABAN

baju baban Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI MELANAU Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa. PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI BIDAYUH

lelaki bidayuh Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN BIDAYUH

perempuan bidayuh Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak -Masyarakat Rungus di Sabah Masyarakat rungus merupakan salah satu etnik yang kebanyakan tinggal di daerah Kudat merangkumi Pitas dan Kota Marudu. Masayarakat Rungus pada asalnya merupakan masayarakat petani yang menanam padi, jagung, segala jenis ubi kayu dan pelbagai jenis sayur-sayuran selain menternak binatang seperti ayam , kerbau dan lain-lain. Mereka terkenal dengan hasil-hasil kerja tangan atau kraftangan terutamanya dalam menghasilkan barang-barang yang diperbuat daripada tembaga, seramik,

gong dan manik. Sebagai contoh pinakol. Pinakol merupakan susunan mamanikmanik halus yang diselimpangkan didada si pemakai . Ia memiliki corak atau motif manusia , bunga dan binatang seperti cicak.Pakaian tradisional masyarakat Rungus mempunyai pelbagai warna yang mampu menambahkan seri si pemakai.Bagi kaum Rungus , banat yang merupakan pakaian yang ketat dari paras bahu hingga ke paras pinggang dan dijahitkan dengan sehelai kain empat segi serta diletakan butang. Pada bahagian tengah kain itu dibuat satu belahan untuk memudahkan bahagian kepala memasuki banat. -Masyarakat Lun Bawang / Lun Dayeh Lun Bawang membawa maksud orang di kawasan pedalaman ( people of the interior ). “Lun” bermaksud orang manakala “Bawang” membawa maksud ulu. Secara keseluruhannya, Lun Bawang bererti orang ulu. Pada amnya, daripada 25 atau lebih suku kaum yang terdapat di Sarawak yang merangkumi jumlah sebanyak 1.8 juta populasi penduduk Sarawak, 5.4% daripadanya ialah suku kaum Orang Ulu. Asalnya orang pedalaman atau orang ulu adalah sebahagian daripada puak dari Kalimantan Borneo. (Luca Invernizzi Tettoni, Edric Ong. 1996). Pada asalnya, Lun Bawang merujuk kepada masyarakat Murut kerana kedua-dua etnik ini hampir sama dari beberapa aspek. Terdapat beberapa jenis etnik yang sinonim dengan Lun Bawang iaitu Lun Dayeh masyarakat Lun Bawang yang dikenali di Sabah, Lun Lod yakni etnik Lun Bawang ada di sekitar kawasan hilir sungai (downriver). Masyarakat Lun Bawang boleh ditemui di sekitar bahagian Lawas, Limbang; Trusan; Kalimantan, Indonesia; dan Temburong, Brunei yakni di tengah kawasan pedalaman Borneo. Lun Bawang pada masa dahulu merupakan masyarakat yang dikenali sebagai pahlawan yang berani, penyerang, dan pemburu kepala (headhunters) yang digeruni. Memandangkan masyarakat ini tinggal di kawasan pedalaman di tanah tinggi, ini telah memudahkan mereka untuk menyerang musuh di kawasan tanah rendah kerana bentuk fizikal di kawasan pergunungan telah melatih stamina dan ketangkasan masyarakat Lun Bawang dalam menawan musuh di persekitaran daratan. Namun, masyarakat ini tidak mahir di kawasan perairan kerana mereka tidak pandai dalam perihal mengendalikan pengangkutan air. Selepas kedatangan Rajah Brooke, kehidupan dan budaya masyarakat serba sedikit telah berubah. Rajah Putih menganggap bangsa Lun Bawang adalah bangsa yang sangat jahil kerana budaya mereka yang suka minum minuman keras di samping suka memenggal kepala musuh. Maka dengan itu, Rajah Brooke telah menyebarkan satu fahaman agama kepada masyarakat Lun Bawang yakni penyebaran agama Kristian dan sehingga kini hampir keseluruhan masyarakat Lun Bawang yang menganuti agama Kristian.

-Adat Mandi Anak Iban di Sarawak Masyarakat Iban di Sarawak merupakan sebuah gugusan bangsa yang amat mengamalkan adat dan kepercayaan animisme. Animisme merupakan suatu anutan kepercayaan yang menyembah roh atau semangat alam semulajadi. Hal ini juga bererti bahawa masyarakat Iban itu sendiri berada amat dekat dengan alam semulajadi sehinggakan semua benda hidup yang ada di sekitar kehidupan orang Iban seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan alam semulajadi seperti sungai, laut, langit, dan tanah mempunyai semangat masing-masing. Semangat inilah yang disembah kerana dipercayai dapat melindungi masyarakat Iban daripada malapetaka dan perkara buruk yang tidak diingini. Orang Iban amat percaya bahawa setiap unsur yang wujud di bumi ini mempunyai peranan masing-masing. Gelaran Sea-Dayak yang diguna pakai oleh British untuk memanggil Orang Iban iaitu amat sesuai dengan keadaan orang Iban yang pada zaman dahulunya tinggal di sekitar pinggir sungai yang berfungsi sebagai jalan penghubung dari satu tempa ke tempat yang lain atau laluan pengangkutan air selain menjadi fungsi asas dalam kehidupan harian masyarakat Iban. Oleh itu, orang Iban amat percaya bahawa di dalam sungai wujud pelbagai jenis semangat (roh) yang menjadi penunggu atau penjaga sungai. Perihal ini akan dibuktikan melalui rangkap mantera (sampi) memandikan anak sebentar lagi. Semestinya, memberi mandi anak atau bayi bagi masyarakat Iban merupakan satu kemestian kerana hal ini dapat mengelakkan anak mereka ditimpa oleh kejadian yang tidak diingini semasa berada di kawasan sungai pada suatu hari kelak. Upacara ini diadakan sebaik sahaja anak itu diberi nama. Upacara memandikan anak ini adalah sebagai satu simbolik kepada kehidupan masyarakat Iban yang mempercayai bahawa dewa segala sungai dan air yang digelar Sera Gindi yang akan melindungi anak tersebut dan juga disebut sebagai perjanjian dengan makhluk air supaya menyelamatkan anak tersebut daripada mendapat kecelakaan di dalam sungai seperti karam, lemas, dan sebagainya. Secara kronologinya, upacara tersebut dimulakan dengan perihal perarakan membawa bayi ke sungai. Terdapat beberapa protokol yang harus diikuti semasa melalui proses ini yakni terdapat empat orang yang utama dalam mengiringi perarakan tersebut itu. Empat orang yang dimaksudkan ialah dua orang lelaki yang akan berada di barisan hadapan sekali di mana lelaki yang di hadapan sekali akan membawa panji-panji yakni disebut tambai dalam bahasa Ibannya. Lelaki kedua pada barisan seterusnya pula ialah seorang pembaca mentera. Pada baris ketiga, didapati dua orang perempuan akan berjalan beriringan. Seorang perempuan akan membawa ancak manakala seorang tadi

akan menyandang bayi itu dengan sejenis pua tenunan yang dinamakan pua belantan. Kedua-dua orang perempuan tadi mestilah tergolong dalam golongan wanita yang subur dan tekun bekerja. Pada barisan yang terakhir sekali barulah orang-orang ramai yang menyertai perarakan tersebut bersama dengan para pemukul gendang dan gong. Gendang dan gong akan dipukul secara bertalu-talu dan nyaring dengan tujuan agar tidak dapat mendengar bunyi burung (burungburung tertentu) yang pastinya kelak akan memberi petanda yang tidak baik kerana pantang bagi masyarakat Iban mendengar bunyi burung apabila meraikan sesuatu upacara yang melibatkan ritual dan spiritual dalam kehidupan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->