You are on page 1of 10

KEMAHIRAN MENULIS

PKP3108
Disediakan oleh PISMP 4.14 : Mohamed Ridzwan Bin Ahmed Muhamad Hafiz Izani Bin Muhamad Bakri Nurathirah Binti Aladdin Mawadah Binti Samsuddin

DEFINISI KEMAHIRAN MENULIS

Menurut Jago Tarigan (1995:117) menulis adalah mengekspresikan secara tertulis gagasan,idea,pendapat,atau fikiran dan perasaan. Lado (1964:14) menulis ialah meletakkan simbol grafik yang mewakili bahasa yang difahami orang lain. Semi (1999) menulis merupakan pemindahan fikiran atau perasaan ke dalam bentuk lambang bahasa.

Gere(1985:4) menulis dalam erti komunikasi ialah menyampaikan pengetahuan atau informasi tentang subjek. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997) menyatakan menulis merupakan proses penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan-perkataan dan seterusnya menjadi ayat.

Zaba (1965) mengatakan penulisan merupakan pekerjaan dengan susunan yang elok untuk mewakilkan fikiran,idea dalam bentuk grafik agar dapat difahami oleh orang lain.
Menulis merupakan proses merakam atau menghasilkan bahan-bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat, dan bentuk tulisan. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


KEMAHIRAN MENULIS

Kematangan kognitif

Kematangan fizikal/kemahiran motor

Persekitaran

KEMATANGAN FIZIKAL/KEMAHIRAN MOTOR


Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan kemahiran motor halus dan kasar. Cara memegang pensel dengan baik juga amat penting dalam mempengaruhi penulisan seseorang. Penguasaan dalam mengawal jari dan tangan ketika menulis dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik .

KEMATANGAN KOGNITIF

Bermaksud kecerdasan otak seseorang individu dalam menghubungkan perkara yang didengar dan dilihat dengan kemampuan menghasilkan penulisan. Pengetahuan dan kefahaman amat penting dalam mempengaruhi faktor kemahiran menulis.

Pengetahuan : Meliputi pengingatan semula perkara-perkara khusus dan umum,mengingati semula pola-pola, struktur atau kedaaan yang telah dipelajari dan dialami. Kefahaman : Kebolehan memberi huraian atau makna sesuatu perkara.

Kanak-kanak yang tinggi kognitif, mudah untuk menguasai kemahiran menulis dengan baik.

PERSEKITARAN

Faktor alam sekeliling murid seperti faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga.

Contoh : Latar belakang keluarga termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli keluarga mempengaruhi kebolehan menulis kanak-kanak. Kondisi bilik yang sesuai seperti bersih, kemas dan jauh dari bunyi bising akan memberikan keselesaan kepada murid untuk menulis dengan baik. Sesuatu yang dapat menarik perhatian pelajar untuk menulis dengan lebih baik atau faktor dalaman murid itu sendiri yang sememangnya gemar menulis.

Suasana pembelajaran

Minat pelajar

RUJUKAN
Husin Fateh Din, Nazariyah Sani, Mastura Mohamed Berawi, Siti Hajar Idrus. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Husin Fateh Din, Nazariyah Sani, (2012). Bahasa Melayu II Akademik. Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Kamarudin Hj. Husin. (1995). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. http://maharamdotcom.blogspot.com/2009/01/zt2243kemahiran-menulis.html http://anuarsped.blogspot.com/2012/03/kemahiranmenulis.html

SEKIAN
TERIMA

KASIH

You might also like