You are on page 1of 137

GLOSARI SAINS BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD abdomen abdomen Rongga di bahagian tengah badan vertebrat (yang

berisi organ-organ (seperti perut, usus, buah pinggang, dan hati). ability kebolehan/keupayaan Kesanggupan (kebolehan) untuk mencapai atau melakukan sesuatu. abiotic abiotik/benda bukan hidup Istilah yang biasanya digunakan untuk menyebut sesuatu yang tidak hidup. abiotic components komponen abiotik Komponen abiotik adalah air, udara, cahaya matahari, tanah, topografi ,dan iklim. abiotic factor faktor abiotik Faktor abiotik adalah faktor yang berasal dari alam semesta yang tidak hidup, misalnya udara, air, cahaya, dan lain-lain. absence of air ketiadaan udara

Tidak mengandungi udara. absence of water ketiadaan air Tidak mengandungi air. absolute temperature scale skala suhu mutlak Kelvin (simbol: K) adalah unit suhu SI yang merupakan salah satu daripada tujuh unit asas SI. Kelvin ialah unit ukuran suhu pada skala suhu (mutlak) termodinamik.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD absolute zero sifar mutlak Sifar mutlak ialah suhu 273 darjah Celsius (459 darjah Fahrenheit) di bawah takat beku. absorb menyerap Masuk ke dalam melalui liang-liang kecil (benda-benda cair seperti air dan lain-lain), acceleration pecutan Kadar perubahan halaju (sesuatu gerakan) dalam satu unit masa tertentu. accumulator akumulator Peranti yang menyimpan elektrik, yang terdiri daripada satu atau lebih sel yang tersusun secara bersiri. accuracy kejituan Perihal tepat, atau bertepatan dengan sesuatu. accuracy ketepatan

Perihal tepat, atau bertepatan dengan sesuatu. acetic acid asid asetik Cecair jernih yang tidak berwarna, berbau sengit, bersifat mengakis, takat beku 16.6 C takat didih 118.1C, larut campur dalam air, alkohol , dan tidak larut dalam karbon disulfida. acetycholine asetikolina Enzim asetilkolinesterase yang dapat menghidariolisiskan asetikolina menjadi kolina dan asid asetik, dan terdapat di dalam otak, sel otot dan sel darah merah.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD acid asid Asid adalah suatu sebatian kimia yang terkenal dengan sifat masamnya dan mengkakis. acid rain hujan asid Terbentuk hasil gabungan air hujan dengan komponen-komponen tertentu seperti karbon dioksida (CO2), sulfur dioksida (SO2), nitrous oksida (NOx), hidariokarbon, arsenik, kadmium, plumbum, merkuri, nikel, zink dan logam toksid. acidic berasid Mengandungi asid. acidity keasidan Banyaknya asid dalam sesuatu larutan. Acquired Immunity Deficiency Syndrome (AIDS) sindrom kurang daya tahan penyakit Penyakit atau keadaan yang dianggap disebabkan oleh sejenis virus yang menjadikan sel-sel putih dalam tubuh seseorang itu tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit. actin

aktin Protein di dalam otot yang bergabung dengan miosin untuk membentuk aktomiosin. adapt menyesuaikan Menjadikan sesuai, menyelaraskan, memadankan.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD adaptation penyesuaian Perihal (perbuatan, proses, dan sebagainya) menyesuaikan, perbuatan menjadikan sesuatu dan sebagainya sesuai dengan sesuatu yang lain. adrenaline adrienalina Hormon yang dirembeskan oleh bahagian medula kelenjar adarienal yang menolong badan bersedia menghadapi keadaan cemas kerana kesannya berguna untuk tindakan lawan atau lari. adventitious roots akar adventitious Akar yang tumbuh secara lateral dari batang dan tidak dari akar utama. aerenchyma aerenkima Tisu parankima yang mempunyai ruang antara sel yang besar. aerodynamic aerodinamik Ilmu sains yang mengkaji cara sesuatu benda bergerak melalui udara seperti kereta, kapal terbang, dan sebagainya. aerosol

aerosol Ampaian cecair atau butiran pepejal yang terdapat di udara. air pressure tekanan udara Tekanan atmosfera pada permukaan bumi. air tight kedap udara Tidak dapat dimasuki udara. albinism albinisme Ketiadaan pempigmenan dalam haiwan yang lazimnya berpigmen.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD alcohol alkohol Cecair tidak berwarna dan mudah terbakar yang diperoleh daripada peraman gula digunakan sebagai pelarut dalam perusahaan ubat-ubatan dan lain-lain. alcoholic drinks minuman beralkohol Minuman keras yang memabukkan apabila diminum. aldosterone aldosteron Hormon korteks adarienal, menggalakkan penahanan ion natrium, perkumuhan kalium, dan mempengaruhi metabolisme karbohidariat. algae alga Kumpulan tumbuhan paling ringkas terdiri daripada satu sel atau berbilang sel, kebanyakannya hidup di dalam air dan tumbuhan ini penting dalam rangkaian makanan. alive hidup Bernyawa dan bernafas berkenaan dengan manusia serta binatang dan tumbuh juga bernafas sebagaimana semestinya (berkenaan dengan tumbuh-tumbuhan).

alkali alkali Bahan yang meneutralkan asid untuk membentuk garam dan boleh menukarkan kertas litmus merah menjadi biru; alkaline beralkali Berkenaan atau mempunyai sifat alkali.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD alkene alkena Kumpulan sebatian hidrokarbon alifatik tak tepu yang atom-atom karbonnya mempunyai satu atau lebih ikatan ganda dua. allele alel 1. Satu daripada sepasang atau lebih ciri keturunan alternatif. 2. Gen yang boleh menempati lokus yang sama sebagai gen lain dalam kromosom tertentu. allergen alergen 1. Bahan yang berupaya menyebabkan alergi atau alahan. 2. Protein terhasil daripada beberapa makanan, bakterium atau debunga, yang digunakan untuk merawat atau menguji alergi. allergy alahan Perihal alah, keadaan alah, alergi. alloy aloi Logam yang merupakan gabungan dua logam atau lebih (contohnya gangsa, loyang, dan lain-lain) atau satu logam dengan bahan bukan logam contohnya keluli).

alpha particle zarah alfa Nukleus helium yang mengandungi dua neutron dan dua proton dan bercas positif yang terhasil semasa transformasi nukleus. alternator alternator Pengulang-alik.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD alum alum Sejenis garam sulfat berganda bagi natrium dan kalium digunakan untuk membuat samak, bahan ubat, dan lain-lain, tawas. aluminium aluminium Logam ringan yang rupanya seperti timah putih. aluminium foil kerajang aluminium Kepingan logam yang tipis dan dapat dilenturkan. alveolus alveolus Pundi udara yang halus dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. amalgam amalgam Aloi merkuri dengan satu atau lebih bahan lain, untuk menampal gigi, membuat cermin, dan lain-lain amino acid asid amino

Sejenis asid organik yang merupakan unit asas protein. amino group kumpulan amino Kumpulan berfungsi -NH2 yang merupakan ciri siri amina primer. ammeter ammeter Ammeter ialah alat yang mengukur arus elektrikdalam sesuatu litar dalam unit yang dikenali sebagaiampere .

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD ammonia ammonia Gas tak berwarna yang mempunyai rasa dan bau yang tajam, boleh bakar, dan mudah larut di dalam air, dengan formula NH3. amnion amnion Selaput paling dalam yang menyelaputi embrio mamalia, burung dan reptilia. amoeba ameba Protozoa dalam genus Amoeba, keluarga Amoebidae. amphibian amfibia Kelas vertebrat anamniot yang mempunyai insang semasa peringkat larva, tetapi semasa dewasa lazimnya mempunyai peparu dan merupakan tetrapod berkulit yang biasanya tanpa sisik. amphoteric amfoterik Berkenaan dengan sesuatu bahan seperti aluminium hidroksida yang mempunyai kedua-dua ciri asid dan bes. amplitude

amplitud Nilai mutlak maksimum yang dicapai oleh sesuatu gangguan pada gelombang atau mana-mana kuantiti yang berubah mengikut kala tertentu. amylase amilase Enzim yang menghidrolisis kanji atau glikogen kepada gula yang dihasilkan oleh kelenjar liur dan pankreas.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD anaemia anemia Penyakit kekurangan jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. analgesic analgesik Agen atau bahan yang boleh melegakan kesakitan tanpa hilangnya kesedaran. anaphase anafasa Peringkat pembelahan nukleus yang pasangan kromosom dipisahkan ke arah kutub yang berlawanan. anatomy anatomi Kajian tentang struktur fizikal manusia, binatang atau tumbuhan. aneuploidy aneuploidi Keadaan apabila kromosom kurang atau lebih daripada gandaan tepat bilangan haploid. angiosperm angiosperma

Tumbuhan yang bijinya terdapat di dalam ovari. angsana angsana Nama sejenis pokok yang berdaun rendang dan bunganya berwarna kuning; , Pterocarpus indicus. animal haiwan Segala benda hidup yang dapat bergerak selain tumbuh-tumbuhan: Manusia, burung, kucing dan sebagainya ialah haiwan.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD anions anion (ion bercas negatif) Ion bercas negatif yang bergerak ke arah anod, iaitu elektrod positif semasa elektrolisis. anode anod 1. Elektrod bercas positif dalam sel elektrolisis yang menarik cas negatif. 2. Elektrod penerima elektron daripada medium. anorexia nervosa anoreksia nervosa Keadaan psikofisiologi yang mengakibatkan pesakit tidak berselera makan atau tidak mahu makan sehingga menjadi kurus kering dan akhirnya boleh membawa maut. anterior anterior Berkenaan kedudukan di bahagian hadapan organ, anggota atau tubuh haiwan. anther anter Bahagian stamen yang mengandungi debunga, cepu debunga. anthill -

busut Sarang anai-anai yang merupakan bukit kecil.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD antibiotic antibiotik Sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma yang boleh mencegah pembiakan atau memusnahkan mikroorganisma lain seperti bakteria (digunakan dalam rawatan penyakit berjangkit pada manusia, binatang, dan tumbuhan). antibody antibodi Sejenis bahan yang terbentuk dalam darah dan dapat menghalang tindakan atau memusnahkan bakteria yang memudaratkan atau membahayakan tubuh. antidiuretic hormone (ADH) hormon antidiuretik Hormon yang meningkatkan penyerapan semula air di dalam buah pinggang. antigen antigen Bahan (protein) yang apabila disuntikkan ke dalam tubuh merangsangkan pengeluaran antibodi. antinode antinod Kedudukan amplitud maksimum yang berlaku pada getaran gelombang.

antiseptic antiseptik Bahan kimia seperti iodin, alkohol, asid borik, dan lain-lain yang digunakan untuk membunuh atau mencegah pembiakan bakteria pada permukaan kulit (pada luka, alat perkakas pembedahan, dan lain-lain).

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD anus dubur Bahagian pada punggung tempat najis dikeluarkan, jubur, pelepasan. aorta aorta Salur arteri utama yang membawa darah beroksigen ke semua bahagian badan kecuali paru-paru. apical meristem meristem apeks Tisu yang membahagi di hujung tumbuhan dan menghasilkan jasad tumbuhan primer. apocrine gland kelenjar apokrin Kelenjar yang mengeluarkan hasil yang terdiri daripada bahan penguraian sebahagian daripada sel aktif kelenjar berkenaan. apparatus radas Alat atau kumpulan alat dan bahan yang digunakan dalam sesuatu eksperimen. appearance rupa bentuk

Sifat dan keadaan sesuatu benda. appears kelihatan Boleh (dapat) dilihat, nampak. appendicitis apendisitis Radang apendiks yang ditandai rasa sakit di abdomen dan disertai rasa loya, muntah, dan demam. appendicular skeleton rangka berapendaj Bahagian rangka yang melekat pada turus vertebra, iaitu anggota atau sirip. appliance peralatan Berbagai-bagai alat.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD approaching menghampiri Mendekati, datang mendekati, merapati. aquatic akuatik Berkenaan dengan sesuatu yang tumbuh atau hidup di dalam atau di atas air. aquatic plant tumbuhan akuatik Merupakan tumbuhan yang hidup dan membiak dalam air. aqueous akueus Bukan sesuatu larutan yang pelarutnya air. aqueous humour gelemair Benda cair di hadapan kanta mata. aqueous solution larutan akueus Larutan yang pelarutnya air. archaeology -

arkeologi Kajian saintifik mengenai sesuatu kebudayaan terutama kebudayaan prasejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalannya. area luas Besarnya permukaan yang diliputi. arm lengan Bahagian anggota badan dari bahu hingga ke pergelangan tangan. arm span depa Ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan. around mengelilingi Berada, bergerak atau beredar di sekitar sesuatu.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD arrector pili otot regang Berkas gentian otot tak berjalur yang berkaitan dengan folikel rambut, pengecutannya menyebabkan rambut menegak. artery arteri Saluran darah yang membawa darah yang mengandungi oksigen keluar dari jantung untuk mengalir ke seluruh badan. arthropod artropod Haiwan tanpa tulang belakang (termasuk krustasea, serangga, araknid dan lipan) daripada filum Arthropoda yang mempunyai badan bersegmen, anggota bersendi, dan rangka luar. artificial insemination permanian beradas Perihal memasukkan mani ke dalam rahim perempuan atau haiwan betina menggunakan radas atau cara yang bukan semula jadi. asbestos asbestos Kumpulan mineral silikat yang bergentian, terutama magnesium silikat, dan digunakan untuk membuat penebat haba, penebat

elektrik, bahan kalis api, dan pelapik. ascorbic acid asid askorbik Sejenis asid yang terdapat semula jadi dalam buah-buahan sitrus (seperti limau, oren, lemon, dan lain-lain), dan sayursayuran, vitamin C.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD asexual reproduction pembiakan aseks Pembentukan individu baru tanpa melibatkan gamet-gamet. aster aster Sistilahem mikrotubul berbentuk bintang yang bercabang keluar dari sentriol, dilihat dalam banyak sel semasa pembahagian sel, di kedua-dua hujung gelendong, tetapi tidak ditemui dalam tumbuhan peringkat tinggi. asteroid asteroid Satu daripada ribuan jasad kecil cakerawala yang mengelilingi matahari, terutamanya di antara orbit Marikh dan Musytari. asthma asma/lelah Merupakan penyakit sistem pertahanan badan yang menyebabkan kesukaran bernafas,keradangan pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. astigmatism astigmatisme Kekaburan penglihatan akibat ketakseragaman lengkungan pada kanta mata atau kornea.

astronaut angkasawan Orang yang terlatih untuk menyertai misi ke angkasa lepas (menuju ke bulan dan lainlain). asymmetrical asimetri Keadaan bentuk yang tidak simetri.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD atmosphere atmosfera Lapisan udara yang melingkungi bumi (yang terdiri daripada bahan-bahan gas). atmospheric pressure tekanan atmosfera Tekanan pada suatu titik di permukaan bumi yang disebabkan oleh berat udara yang berada di atas titik tersebut. atomic number nombor atom Nombor yang menunjukkan bilangan proton di dalam nukleus atom atau bilangan elektron yang mengelilingi nukleus atom neutral. atomic weight berat atom Berat sesuatu atom berbanding dengan berat satu atom hidrogen. atrioventricular (AV) node nodus atrioventrikel Gumpalan tisu di bawah endokardium atrium kanan dekat dengan injap atrioventrikel. atrioventricular (AV) valve -

injap atrioventrikel Injap yang menghubungkan atrium dengan ventrikel. Injap kanan disebut injap trikuspid dan yang kiri disebut injap mitral atau injap bikuspid. atrium atrium Pada platihelmin dan moluska, rongga kecil yang berterusan keluar melalui satu liang genital, dengan duktus pembiakan jantan atau betina membuka ke dalamnya.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD aurora aurora Fenomena berupa cahaya terang yang kelihatan di langit pada malam hari, berbentuk jalur atau tirai yang biasanya berwarna merah, hijau atau ungu. auxin auksin Kumpulan hormon tumbuhan yang merangsang pertumbuhan pucuk, akar, dan bunga. axis paksi Garis yang padanya sesuatu jasad berputar, atau garis lurus yang merentasi titik putaran jasad yang pegun, sedangkan titik lain pada jasad itu bergerak dalam bulatan. axon akson Unjuran yang panjang seperti benang pada sel saraf yang mengalirkan impuls dari badan sel. bacillus basilus Bakteria yang berbentuk batang, sesetengahnya boleh mengakibatkan penyakit pada haiwan vertebrat atau pada serangga.

bacteria bakteria Organisma seni yang hidup dalam tanah, air, bahan organik atau badan tumbuhtumbuhan dan haiwan, dan sesetengahnya boleh menyebabkan penyakit.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD bacteriophage bakteriofaj Virus atau organisma tertentu yang dimasukkan ke dalam tubuh untuk tujuan membunuh bakteria. baking soda serbuk penaik Campuran natrium bikarbonat dengan bahan lain (lazimnya asid tartarik) yang digunakan untuk membuat roti dan kuih. balanced diet gizi seimbang Gizi yang mengandungi karbohidarat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, air dan serabut dalam nisbah yang betul untuk memenuhi keperluan badan. ball bearing alas bebola Bebola logam yang bergerak dalam suatu gelang di sekeliling suatu batang dalam suatu mesin supaya batang itu bergerak dengan lebih mudah dan kurang bergeseran. bar magnet magnet bar Magnet berbentuk batang. barometer

barometer Alat untuk menyukat tekanan udara, digunakan untuk meramalkan keadaan cuaca dan untuk mengetahui ketinggian sesuatu tempat dari permukaan laut. battery bateri Alat yang dapat mengumpulkan serta mengeluarkan tenaga elektrik secara tindakan kimia/ sel kering. battery holder pemegang bateri Tempat untuk meletakkan bateri.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD beak paruh Bahagian mulut pada haiwan jenis burung yang terdiri daripada rahang yang mengunjur yang diliputi selaput belulang. beaker bikar Bekas daripada kaca, berbentuk silinder, tidak bertutup dan berbibir (digunakan di dalam makmal untuk membuat percubaan kimia). beat tempo Ukuran waktu (pada muzik dan lain-lain). behaviour perlakuan Perbuatan (hal dan sebagainya) berlaku atau berperangai. bend bengkok Berkelok, lengkung, tidak lurus. benzene benzena Hidrokarbon beraroma, mudah menjadi gas,

boleh melarutkan lemak dan digunakan dalam sintesis ubatan dan pewarna. betterment kebaikan Perbuatan baik. Big Dipper Biduk Gugusan tujuh bintang yang kelihatan di langit Hemisfera Utara yang membentuk pola atau corak biduk. biodegradable terbiodegradasikan Dapat diuraikan atau direputkan melalui tindakan biologi oleh mikroorganisma seperti bakteria.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD biomass biojisim Jumlah jisim keseluruhan organisma hidup yang terdapat pada sesuatu kawasan. biomass energy tenaga biojisim Tenaga yang dijana dari reputan bendabenda hidup. blow meniup Mengenakan nafas (yang kuat pada); menghembus. blown up terbakar Sedang atau sudah bernyala (kerana dibakar dan lain-lain), habis dibakar. body badan Tubuh boiling pendidihan Perihal mendidih atau mendidihkan. bolt

bolt Batang logam yang berkepala pada satu hujungnya dan berbenang skru pada hujung yang satu lagi (digunakan untuk mencantumkan dua benda). bottling pembotolan Proses (kerja) membotolkan sesuatu. breath nafas Udara yang disedut ke dalam dan dihembuskan keluar dari paru-paru. breathe bernafas Menyedut dan menghembuskan nafas. breathing pernafasan Perihal bernafas.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD breed biak baka Berkembang biak/pengacukan haiwan atau tumbuhan untuk tujuan tertentu (biasanya untuk menghasilkan baka yang lebih baik. brightness kecerahan Rangsangan pada mata yang berkaitan dengan kilauan cahaya. bubbles gelembung buih Gelembung-gelembung putih yang terdapat pada benda-benda cair seperti pada air sabun. bulb bebawang; mentol Bebola daripada kaca yang di dalamnya terdapat filamen logam yang mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik melaluinya. burst meletup/ pecah Pecah dan meletup dengan kuat. button magnet magnet butang

Sejenis besi berbentuk butang yang mempunyai daya menarik logam-logam lain. calculate menghitung Membilang untuk mengetahui banyaknya atau jumlahnya. camouflage penyamaran Perbuatan mengubah rupa supaya tidak dikenali ; tidak menampakkan keadaan diri sebenar.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD canning pengetinan Kerja (proses dan sebagainya) mengetin atau mengetinkan untuk tujuan pengawetan. carbon dioxide karbon dioksida Gas yang terdapat dalam atmosfera, tak berwarna dengan sedikit bau air soda, dan terbentuk semasa respirasi, penguraian, dan pembakaran sebatian organik; formula CO2. carnivore karnivor Haiwan yang memakan daging (daging merupakan makanan utamanya). cause akibat Hasil atau keputusan daripada sesuatu peristiwa (perbuatan, keadaan dan sebagainya). celcius celsius Skala suhu yang merakamkan takat sejuk beku air pada 0C dan takat didih air pada 100C. characteristic -

ciri/sifat Sifat yang dipunyai oleh peranti atau objek. charcoal arang Benda hitam yang rapuh, sisa kayu yang terbakar. chemical bahan kimia Sebarang bahan, sama ada unsur atau sebatian, yang digunakan untuk melakukan tindak balas kimia dan menghasilkan bahan kimia lain.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD chemical energy tenaga kimia Tenaga yang dimiliki oleh sesuatu bahan kimia, yang akan dibebaskan semasa tindak balas kimia. chemical waste sisa kimia Sisa daripada proses kimia. chew mengunyah Menghancurkan makanan dalam mulut dengan gigi (sebelum menelannya); memamah. chickenpox cacar air Cacar yang berbintik-bintik merah pada kulit (biasanya menyerang kanak-kanak); jeluntung. chlorophyll klorofil Zat berwarna hijau yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan hijau. circle bulatan

Sesuatu yang bulat, lingkaran. circumference lilitan Garisan yang menyempadani sesuatu kawasan (bulatan dan lain-lain), lingkungan, lilit. classification pengelasan Perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan. classify mengelaskan Membahagi-bahagikan atau mengasingasingkan kepada berbagai-bagai kumpulan.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD clay tanah liat Tanah yang lekat apabila basah dan menjadi keras apabila dipanaskan. coal arang batu Arang keras yang digali dari dalam tanah. coarse kasar Tidak halus; agak tebal (tentang benda yang berbiji-biji, seperti pasir. coil gegelung Sesuatu yang bentuknya seperti gelung. cold sejuk Tidak panas atau tidak hangat; rendah suhunya; dingin. comet komet Jasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya.

communication komunikasi Pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat. competition persaingan Perihal bersaing, perlawanan (untuk atasmengatasi). complete circuit litar lengkap Laluan arus elektrik dari kutub positif bateri melalui alat elektrik dan kembali semula ke kutub negatif bateri.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD component komponen Bahagian yang menjadikan sesuatu (seperti enjin, pesawat, alat, dan lain-lain) lengkap atau sempurna, (yang menjadi) bahagian daripada sesuatu yang lebih besar (kompleks atau lengkap). compress memampatkan Membuat (menekan, mengasak, dan sebagainya) supaya padat atau tumpat. conclusion kesimpulan Satu pernyataan fikiran yang terhasil daripada analisis data, berdasarkan logik dan taakul tentang sesuatu hipotesis, peristiwa dan tafsiran oleh individu. condensation kondensasi Proses perubahan keadaan sesuatu bahan daripada wap atau gas kepada cecair. conduct mengkonduksi Mengalirkan arus elektrik atau haba melalui sesuatu perantara. conductor -

konduktor Bahan yang mengalirkan tenaga elektrik, haba dan lain-lain; pengalir. conjunctivitis konjunktivitis Keradangan pada membran halus yang menutupi bola mata dan lapisan kelopak mata.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD conserve memulihara Memulihkan serta memelihara (menjaga dan sebagainya), melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. constellation buruj Sekumpulan bintang yang menunjukkan bentuk-bentuk atau pola tertentu. construction pembinaan Perbuatan atau hal membina. consumer pengguna Orang yang menggunakan sesuatu; mengambil faedah daripada sesuatu benda. contagious berjangkit Berpindah daripada seorang kepada seorang, menular, merebak. content kandungan Sesuatu yang dikandung oleh sesuatu yang

lain, apa yang termuat (di dalam sesuatu). contract mengecut Menjadi kecut (kisut, lisut), mengedut, mengecil. contraction pengecutan Perbuatan (hal dan sebagainya) mengecut atau mengecuntukan cooling pendinginan Proses mengeluarkan haba dari suatu tempat atau bahan dan memindahkannya ke tempat lain.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD corona korona Lingkaran cahaya yang kelihatan jelas di sekeliling bulan atau matahari, terutamanya sewaktu berlakunya gerhana. corrode mengakis Menghakis atau merosakkan perlahanlahan oleh proses (tindakan) kimia. corrosive bersifat mengakis Mempunyai sifat menghakis atau merosakkan perlahan-lahan oleh proses (tindakan) kimia. cotton kapas Gentian lembut yang terdapat disekeliling biji pokok kapas. cotton wool wul kapas Kapas yang diolah menjadi putih dan bersih. crawl merangkak Bergerak dengan bertumpu dada dan perut

tidak mencecah tanah. crescent moon bulan sabit Bentuk bulan yang kurang daripada bulatan. crop tanaman Apa-apa jenis tumbuhan yang ditanam. crystal hablur Benda keras yang hening seperti kaca. cube kiub/kubus Bongkah yang mempunyai enam permukaan, yang setiap satunya berbentuk segi empat sama.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD cuboid kuboid Bongkah geometri yang enam permukaannya berbentuk segi empat bujur. cylinder silinder Benda yang berbentuk bulat panjang. danger bahaya Sesuatu yang (dapat) mendatangkan bencana. day siang Hari waktu dari matahari terbit hingga matahari terbenam, waktu matahari masih bersinar. decay reputan Benda yang reput. decomposition penguraian/pereputan Perihal menguraikan, perbuatan dan sebagainya memecahkan kepada unsurunsur dan sebagainya sesuatu.

decrease mengurangkan Menyebabkan jadi kurang; menyusuntukan. defecation penyahtinjaan Pengeluaran najis melalui rektum. defend mempertahankan Menjaga supaya tidak terancam (dikuasai orang dan lain-lain), melindungi, membela. dehydration pendehidratan Proses penghilangan air daripada sesuatu bahan.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD delay melambatkan Membuat supaya lambat; menjadikan lambat. dent kemik Lekuk (seperti pada tin yang jatuh atau terpukul sesuatu). design reka bentuk Corak atau bentuk sesuatu yang direka. device alat Pekakas. diameter garis pusat/ diameter Garis lurus dair tepi ke tepi sesuatu bulatan melalui pusat bulatan itu. diamond berlian Batu permata yang berkilau daripada karbon tulen dalam bentuk hablur. diarrhoea

cirit birit Sakit terberak-berak cair. diet gizi 1. Bahan makanan dan minuman yang lazimnya dimakan untuk kehidupan biasa setiap hari. 2. Kadar dari jenis yang ditetapkan sesuai untuk kesihatan, penyakit yang tertentu atau untuk memenuhi keperluan khusus individu. difference perbezaan beza, kelainan, ketidaksamaan different berlainan/ berbeza Tidak sama antara satu dengan yang lain; berlain.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD dim malap Tidak terang cahayanya (lampu), kurang terang, muram, suram, pudar (cahaya). dip celup Memasukkan (menenggelamkan) dalam benda yang cair. disaster bencana Sesuatu malapetaka atau kemalangan yang menimpa; kecelakaan. disc cakera Bahantara leper berbentuk bulat yang bersalut bahan magnet dan digunakan untuk menyimpan data dan atur cara. discovery penemuan Sesuatu yang diperoleh atau yang ditemukan. disperse pencar Tidak terkumpul di sesuatu kawasan;

berserak di mana-mana; bertaburan. dissolve larut Hancur di dalam air. distance jarak Jauh atau ruang antara dua tempat. drought kemarau 1. kering tidak berair (tidak turun hujan untuk jangka masa yang lama). drug dadah bahan (seperti ganja, heroin, marijuana) yang merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya secara berlanjutan (merosakkan kesihatan dan boleh membawa maut.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD drunken mabuk Berasa pening kepala atau hilang ingatan kerana meminum minuman keras. dry cell sel kering Sel primer yang mempunyai katod karbon atau grafit bersalut dengan mangan dioksida, dalam adunan ammonium klorida yang dihadapkan dengan anod zink;bateri. drying pengeringan Proses menyingkirkan cecair, biasanya air daripada bahan basah. dull pudar Kurang cahayanya, tidak terang atau cerah, tidak berseri-seri, suram. dynamo dinamo/ penjana elektrik Alat untuk menukar tenaga mekanik kepada tenaga elektrik, terutamanya yang mengeluarkan arus terus. earth bumi

Planet tempat kita tinggal, yang ketiga jauhnya dari matahari. eclipse gerhana Peristiwa terlindungnya seluruh atau sebahagian daripada cahaya matahari oleh bumi atau bulan. eclipse of the moon gerhana bulan Gerhana yang terjadi kerana bulan dilindungi oleh bayang-bayang bumi (apabila bumi berada di antara matahari dengan bulan.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD eclipse of the sun gerhana matahari Gerhana yang terjadi kerana matahari dilindungi bulan (ketika bulan berada di antara bumi dengan matahari). effect kesan akibat electric conductor konduktor elektrik Bahan (dalam bentuk larutan, leburan, atau pepejal) yang dapat mengalirkan arus elektrik. electric shock kejutan elektrik Pengaliran elektrik yang tiba-tiba dalam badan atau pada bahagian tertentu dalam badan yang menyebabkan rasa sakit. electrical energy tenaga elektrik Tenaga yang dikaitkan dengan cas elektrik dan pergerakannya. electricity elektrik

Satu bentuk tenaga yang digunakan untuk menghasilkan cahaya, kepanasan, dan lainlain. endangered terancam Berada dalam keadaan menghadapi bahaya dan sebagainya. endangered species spesis terancam Golongan benda (binatang, tumbuhtumbuhan, dan lain-lain) yang mempunyai sifat yang sama atau bersamaan bangsa berada dalam keadaan menghadapi bahaya dan sebagainya. environment alam sekitar Keadaan alam sekeliling.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD erosion hakisan Perihal menjadi terhakis. evaporation penyejatan Merupakan suatu proses yang melibatkan perubahan fasa jirim: atom atau molekul dalam cecair mendapat tenaga yang cukup untuk bertukar kepada gas pada sebarang suhu yang kurang daripada takat didih bahan itu apabila bahan itu terdedah kepada atmosfera. excretion perkumuhan Mengeluarkan benda yang tidak berguna dari badan manusia, haiwan atau tumbuhan. excretory organ organ perkumuhan Semua organ yang terlibat dalam membuang atau mengumuhkan bahan yang tidak diperlukan oleh badan. expand mengembang Menjadi besar (panjang, terbuka, terbentang, dan sebagainya). experiment

eksperimen Ujian atau penyelidikan mengikut kaedah sains untuk mencari penemuan baru, untuk menguji sesuatu hipotesis atau untuk membuktikan bahawa sesuatu andaian itu benar. explode meletup Pecah dan berbunyi seperti bunyi benda pecah.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD extinct pupus Habis lenyap sama sekali; habis binasa semuanya; habis tidak berbaka lagi. extinction kepupusan Proses kehilangan sesuatu spesies hidupan daripada muka bumi ini. faeces tinja Bahan sisa yang dikumuhkan melalui anus. faint pengsan Hilang kesedaran sementara waktu. fauna fauna Seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu feather bulu pelepah Struktur lapisan luar yang melitupi badan burung dan sejenisnya. fern

paku pakis Berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan tidak berbunga yang daunnya berbentuk seperti bulu ayam dan sebagainya. fertilizer/ fertiliser baja Bahan untuk menyuburkan tanaman, yang mengandungi zat seperti nitrogen, fosforus dan kalium yang dihasilkan secara semula jadi atau buatan. filter menapis Membersihkan benda-benda cair dengan melalukannya pada alat yang berlubang kecil-kecil. filter menuras Menapis benda-benda cair dengan melalukannya pada alat turasan.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD filter funnel corong turas Corong yang dibuat daripada kaca dan digunakan di makmal. filter paper kertas turas Sejenis kertas yang digunakan untuk memisahkan pepejal daripada cecair melalui proses penurasan. fin sirip Alat semacam sayap yang terdapat pada ikan untuk menolongnya berenang. fine hair bulu halus Rambut halus pada tubuh manusia dan binatang. fixed variable pemboleh ubah dimalarkan Pemboleh ubah yang ditetapkan, tidak diubah2, dikekalkan sama. flash flood banjir kilat Banjir yang berlaku dengan serta-merta

atau dengan tidak disangka-sangka. float terapung/ timbul Tidak tenggelam atau yang terkatungkatung di air. flu selesema Penyakit mudah berjangkit yang menyebabkan penghidapnya demam serta berhingus. fly terbang Melayang atau bergerak di udara dengan menggunakan sayap seperti burung atau dengan menggunakan tenaga jentera seperti kapal terbang.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD food makanan Apa sahaja yang boleh dimakan. food chain rantai makanan Hubungan makanan antara spesies dalam satu ekosistem atau tempat tinggal. food poisoning keracunan makanan Penyakit yang berlaku akibat memakan makanan yang tercemar. food web siratan makanan Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan. force daya Daya yang bertindak ke atas sesuatu objek akan menyebabkan objek itu mengalami pecutan atau berubah halaju. forest hutan Kawasan luas yang ditumbuhi pokok-pokok dan belum pernah dibuka orang

freezing penyejukbekuan Proses disimpan dalam keadaan yang sangat sejuk hingga menjadi beku supaya tahan lama. friction geseran Rintangan yang dirasai apabila satu jasad bergerak bertentangan terhadap jasad lain yang bersentuhan dengannya. frictional force daya geseran Daya geseran merupakan interaksi mikro antara kedua-dua permukaan yang saling bersentuhan. full moon bulan purnama Salah satu fasa bulan di mana bulan yang bulat penuh.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD fungus kulat Tumbuh-tumbuhan yang tidak berdaun, tidak berbunga dan tidak mempunyai klorofil dan tumbuh pada tumbuh-tumbuhan lain atau pada bahan yang reput. funnel corong Saluran yang berbentuk kelongsong dan bermuncung di hujungnya untuk menuang air (minyak dan lain-lain) supaya jangan tumpah. fur bulu Rambut halus pada tubuh manusia dan binatang. gap ruang Jarak di antara dua benda. gas gas Bahan seperti udara, bukan cecair dan bukan pepejal. gaseous drink minuman bergas

Minuman yang mengandungi karbonat di dalamnya. gear gear Sejenis komponen yang mempunyai gigi dan ruang gigi pada lilitan luarnya. give birth beranak Melahirkan anak atau zuriat. globe glob Benda berbentuk sfera yang pada permukaannya dilukis peta dunia.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD grease gris Minyak pekat yang digunakan sebagai pelincir. group kumpulan kelompok grow bertumbuh Hidup dan membesar. growth pertumbuhan Perihal atau proses tumbuh. habitat habitat Tempat hidup atau tempat tinggal organisma (haiwan atau tumbuh-tumbuhan). hand driill gerudi tangan Alat tangan untuk membuat lubang. hand lens -

kanta tangan Kanta pembesar bertangkai yang dipegang ketika menggunakannya untuk melihat objek yang kecil menjadi besar. hatch menetas Keluar daripada telur. haze jerebu Kabut yang bercampur debu yang terapungapung di udara sehingga mengakibatkan pemandangan alam sekitar menjadi kabur dan kotor. healthy sihat tidak sakit hear mendengar Dapat menangkap atau menanggap bunyi (suara dan lain-lain) dengan telinga.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD heat haba Bentuk tenaga yang dipindahkan melalui pengaliran, perolakan, atau bahangan. heat conductor konduktor haba Setiap bahan yang mengalirkan tenaga haba. heat energy tenaga haba Tenaga dalam bentuk haba (untuk memanaskan sesuatu). hemisphere hemisfera Belahan bumi di sebelah utara atau selatan garis khatulistiwa.Hemisfera selatan separuh bahagian bumi yang terletak di selatan khatulistiwa. Hemisfera utara separuh bahagian bumi yang terletak di utara khatulistiwa. herbivore herbivor Binatang yang memakan tumbuh-tumbuhan sahaja, hinge -

engsel Sejenis sendi besi yang menyambungkan daun pintu (tingkap dan lain-lain) dengan jenangnya dan lain-lain (sehingga daun pintu dan lain-lain boleh dibuka tutup). hook cangkuk Sesuatu yang melengkung seperti kait. horn tanduk Dua benda keras yang tumbuh di kepala binatang (seperti kerbau, lembu, dan lainlain). hovercraft hoverkraf Sejenis kenderaan yang boleh meluncur di atas permukaan air atau darat.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD human immunodeficiency virus (HIV) virus imunodefisiansi manusia (HIV) Virus yang menyebabkan AIDS. husk sabut Kulit yang berserat (kulit nyiur, pinang, dan lain-lain). hydroelectric hidroelektrik Berkenaan (dengan) elektrik yang dijana oleh kuasa air. hydroelectric power kuasa hidroelektrik Kuasa berkenaan (dengan) elektrik yang dijana oleh kuasa air. hypothesis hipotesis Sesuatu pendapat yang dianggap benar sebagai alasan walaupun kebenarannya masih belum dibuktikan. ice ais Air yang dibekukan, air batu.

image imej gambaran, cerminan, bayangan inclined plane satah condong Satu permukaan rata yang menurun dengan curam. incubate mengeram Duduk di atas telur rapat-rapat supaya telur menjadi panas dan menetas (berkenaan dengan ayam, burung dan sebagainya). inference inferens Suatu penerangan / sebab yang logik berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat terhadap sesuatu fenomena / peristiwa.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD influenza selesema Penyakit mudah berjangkit yang menyebabkan penghidapnya demam serta berhingus. insect serangga Kumpulan binatang kecil, seperti nyamuk, lalat, yang berkaki enam, badannya beruasruas dan terbahagi kepada tiga bahagian. insulator penebat Bahan yang digunakan untuk menghalang kehilangan haba ataupun supaya arus elektrik tidak mengalir ke tempat lain. interaction interaksi Tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain. irritate merengsakan Menyebabkan berasa tidak selesa (gatalgatal, pedih, panas, sakit dan sebagainya) itchiness kegatalan

perihal gatal, rasa gatal. Jupiter Musytari Musytari adalah planet kelima daripada matahari dan juga planet yang terbesar daripada sembilan planet dalam sistem suria. kaleidoscope kaleidoskop Sejenis alat permainan berbentuk tiub, di dalamnya terdapat cermin serta objek-objek berwarna kecil seperti manik dan kerakal.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD kilogram kilogram Merupakan unit asas SI untuk jisim. kinetic energy tenaga kinetik Tenaga yang tersimpan di dalam objek yang bergerak. knead uli Menggaul tepung dengan air dan lain-lain sehingga lembut. label label Kepingan kecil kertas (kad dan lain-lain) yang dilekatkan atau ditampalkanpada sesuatu (seperti botol, beg, dan lain-lain) untuk memberikan sedikit keterangan (mis nama, jenis, kandungan, harga, dan lainlain). larva larva Serangga dalam peringkat pertama perkembangannya selepas menetas, anak serangga. latex -

susu getah/ lateks Cecair yang keluar dari pokok getah, susu getah. lay eggs bertelur mengeluarkan telur layer lapisan Susunan yang bertingkat-tingkat.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD lever tuas/tuil Sesuatu yang digunakan untuk mengangkat sedikit (menaikkan barang yang berat-berat dan lain-lain), penyungkit, terdiri daripada satu rod yang disangga pada penyokong yang dinamai fulkrum. life cycle kitar hidup/kitar hayat Beberapa fasa yang dilalui oleh satu-satu spesies sehingga matang atau dewasa. lighthouse rumah api Menara ini dilengkapi dengan sistem lampu atau cahaya api membantu ahli pelayaran, juru mudi atau nakhoda kapal di laut untuk belayar dan mendarat dengan selamat. liquid cecair Berbentuk bendalir di mana bentuknya bergantung kepada bekas yang mengandunginya. Isipadu adalah tetap di bawah keadaan suhu dan tekanan yang malar. litmus paper kertas litmus Kertas yang digunakan untuk menguji asid atau alkali,(yang biru bertukar warna menjadi merah dalam larutan asid dan yang

merah menjadi biru dalam larutan alkali). litre liter Merupakan unit untuk isipadu.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD live wire wayar hidup/dawai hidup Wayar yang disambungkan kpada punca kuasa elektrik untuk mengalirkan tenaga elektrik. love grass kemuncup tumbuhan (rumput), rumput jarum lubricant pelincir Sesuatu yang digunakan untuk melicinkan (perjalanan mesin dan lain-lain) lunar qamari bulan lung paru-paru/peparu Merupakan organ dalam sistem pernafasan. machine mesin Perkakas yang mempunyai bahagian yang boleh bergerak dan boleh melakukan atau membantu melakukan kerja.

magnet magnet/besi berani Besi yang mempunyai daya menarik logamlogam lain. magnetic material bahan magnet Bahan yang boleh ditarik oleh magnet. magnifying glass kanta pembesar Kanta yang membuat benda yang dilihat kelihatan besar. manipulated variable pembolehubah yang dimanipulasikan Pemboleh ubah yang diubah-ubah. Mars Marikh Merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD mass jisim Kumpulan jirim yang tidak mempunyai bentuk tetap dan merupakan jumlah isi sesuatu benda. matter jirim Sebarang benda yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang. measuring tape pita pengukur Alat yang digunakan untuk menyukat (untuk mengetahui panjang, lebar, sesuatu benda ). measuring tool alat ukur Alat yang digunakan untuk menyukat (untuk mengetahui panjang, lebar sesuatu benda ). megaphone megafon Alat berbentuk seperti corong yang disambungkan pada mikrofon untuk menguatkan dan menghalakan suara atau bunyi. melting -

peleburan Proses perubahan pepejal menjadi cecair. meniscus meniskus Permukaan cecair (dalam bekas) yang kelihatan berkeluk (cembung atau cekung) akibat tindakan daya pada permukaannya. mercury raksa/merkuri Logam yang biasanya dalam bentuk cecair berwarna perak (digunakan dalam jangka suhu dan lain-lain); raksa.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD Mercury Utarid Planet yang paling hampir dengan matahari. meteor meteor Jalur jatuh meteoroid ke atmosfera bumi, lazim disebut sebagai tahi bintang. meteorite meteorit Tahi bintang yang gugur ke bumi. meteoroid meteoroid Jasad kecil yang bergerak dalam sistem suria yang akan menjadi tahi bintang sekiranya memasuki atmosfera bumi. metre meter Merupakan ukuran unit SI bagi panjang. microorganism mikroorganisma Organisma halus ( bakteria, virus, protozoa, dan lain-lain) yang hanya dapat dilihat dengan mikroskop.

microscope mikroskop Alat yang menggunakan kanta untuk menjadikan objek seni kelihatan besar. milky keruh Tidak jernih (kerana mengandungi kotoran seperti keladak, lumpur, dan lain-lain), agak kotor (berkenaan dengan cecair). millipede ulat gonggok Ulat seperti lipan tetapi banyak kakinya dan mudah bergelung jika disentuh. mimosa semalu Sejenis pokok merayap berduri yang daunnya menguncup apabila disentuh.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD mirror cermin Benda yang boleh memantulkan cahaya ataupun bayang-bayang,terdiri daripada lapisan nipis aluminium disalut pada kepingan kaca. moon bulan Merujuk kepada satu atau lebih jisim yang beredar mengelilingi sebuah planet. moonlight cahaya bulan Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya matahari. moth kupu-kupu Serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. mould kulat Tumbuh-tumbuhan yang tidak berdaun, tidak berbunga dan tidak mempunyai klorofil dan tumbuh pada tumbuh-tumbuhan lain atau pada bahan yang reput. mumps

beguk Bengkak pada leher akibat pembesaran luar biasa kelenjar tiroid. mushroom cendawan Beberapa jenis tumbuh-tumbuhan tidak berdaun dan tidak berakar serta cepat membiak (setengah-setengahnya dapat dimakan).

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD naked eye mata kasar Melihat dengan mata sahaja (tidak menggunakan teropong dan lain-lain). natural disaster bencana alam Adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, taufan) dan aktiviti manusia. natural fertilizer baja asli Baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhtumbuhan. natural gas gas asli Gas asli ialah gas yang terbentuk dalam lapisan magma di dalam bumi. Gas ini terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya bersama-sama petroleum. natural material bahan semula jadi Bahan semula jadi merupakan bahan mentah yang diperolehi daripada Bumi, sama ada dari tumbuhan, haiwan atau tanah.

nature alam semula jadi Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Neptune Neptun Planet yang ke 8 jauhnya dari matahari.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD new moon anak bulan Merupakan fasa bulan, adalah bulan sabit pertama yang kelihatan. nickel nikel Logam berwarna putih keperak-perakan yang berkilat. night malam Malam adalah suatu masa di mana sebuah tempat sedang tidak berhadapan dengan matahari, dan oleh sebab itu gelap. non-magnetic material bahan bukan magnet Bahan yang tidak ditarik oleh magnet. north pole kutub utara Kutub Utara merupakan titik paling utara dari planet bumi, merupakan satu-satunya titik yang dilalui oleh garis khayal. nose hidung Hidung merupakan bahagian badan pada

manusia dan haiwan vertebrat untuk menghidu atau menyedut udara, terdapat pada bahagian muka atas sedikit daripada mulut. nuclear reactor reaktor nuklear Reaktor nuklear merupakan sebuah alat yang di dalamnya tindak balas rantai nuklear dimulakan, dikawal dan dikekalkan pada kadar yang tetap. Kegunaan utama reaktor nuklear adalah sebagai sumber tenaga untuk menjana kuasa elektrik.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD nut nat Gelang logam yang bahagian dalamnya berbenang, yang cocok dengan benang skru. nutrient nutrien Bahan berkhasiat atau zat dalam makanan, yang menggalakkan tumbesaran, memelihara perkembangan sel dalam badan dan sebagainya; zat makanan. omnivore omnivor Merujuk kepada haiwan yang memakan daging dan tumbuhan. opaque legap Bahan legap ialah bahan yang tidak membenarkan cahaya menembusinya langsung. orbit orbit Orbit merupakan satu jalan/landasan yang dilalui oleh objek mengelilingi satu titik atau jasad. Orion -

Belantik Gugusan bintang yang terdiri daripada tujuh biji bintang utama, membentuk bayangan pemburu. oxyangen oksigen Oksigen merupakan gas yang dibebaskan oleh tumbuhan ketika proses fotosintesis, dan diperlukan oleh haiwan untuk pernafasan.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD pangolin tenggiling Sejenis haiwan apabila ia merasakan bahaya, ia akan menggulungkan tubuhnya sebagai suatu pertahanan dengan menggunakan sisiknya yang keras. parallel circuit litar selari Sambungan komponen elektrik dalam litar yang dibuat secara selari dengan menyambung semua terminal negatif dengan semua terminal positif. partial eclipse gerhana separa Gerhana yang menyebabkan hanya sebahagian daripada permukaan bulan atau matahari terlindung. particle zarah/partikel Bahagian kecil sesuatu jirim, seperti atom, molekul, elektron, dan lain-lain. pasteurisation/pasteurization pempasturan/pempasteuran Memanaskan cecair (seperti susu, wain, dan lain-lain) atau makanan pepejal (seperti keju) untuk memusnahkan mikroorganisma yang berbahaya atau untuk mengehadkan kadar penapaian bahan yang berkenaan.

pendulum bandul Suatu alat yang mempunyai suatu objek berat yang tergantung pada hujung rod atau suatu jasad tegar yang boleh berayun dengan bebas.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD periscope periskop Alat optik berbentuk tiub yang mengandungi kanta, cermin, atau prisma untuk melihat objek yang tidak selari dengan garis pelihatan, mis dalam kapal selam, untuk melihat objek di permukaan air. petroleum petroleum Minyak yang didapati dari dalam tanah dan digunakan untuk menghasilkan petrol, parafin, dan berbagai-bagai bahan kimia. photosynthesis fotosintesis Proses membuat makanan oleh tumbuhtumbuhan dengan adanya cahaya matahari dan klorofil. pickling penjerukan Proses pengawetan mengasamkan atau mengasinkan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan lain-lain. pictograph piktograf Tulisan bergambar (tidak berabjad). planet -

planet Sebarang jasad, kecuali komet, meteor atau satelit, yang beredar mengelilingi matahari dalam sistem suria, mis Bumi, Marikh, Utarid, Zuhrah, Jupiter, dan lain-lain. plant tumbuhan Tumbuhan merangkumi semua benda hidup yang mampu menghasilkan makanan dengan menggunakan klorofil untuk menjalani proses fotosintesis.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD Pluto Pluto Planet yang kesembilan jauhnya dari matahari (paling jauh dari matahari). poisonous beracun Mengandung bahan yang berbisa dan boleh mematikan atau membawa maut (kalau dimakan dan lain-lain). polystyrene polistirena Polimer yang digunakan sebagai bahan pembungkusan dan lain-lain. potential energy tenaga keupayaan Tenaga yang dimiliki oleh sesuatu jasad disebabkan kedudukannya atau keadaannya. preservation pemeliharaan; pengawetan Proses atau kerja menjadikan sesuatu tidak lekas rosak; tahan lama. produce young membiak

Bertambah-tambah menjadi banyak kerana anaknya beranak lagi dan seterusnya. protozoa protozoa Organisma satu sel yang mempunyai satu nukleus dan merupakan organisma paling ringkas dalam alam haiwan. pupa pupa/ kepompong Sarung daripada daun, air liur serangga dan sebagainya atau gulungan daun yang di dalamnya terdapat anak serangga (ulat) pada peringkat awal tumbesarannya.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD pyramid piramid Bongkah yang permukaan dasarnya berbentuk poligon dan permukaan sisinya berbentuk tiga segi dan bertemu di bucu yang satu di bahagian atas. quarantine kuarantin Tempoh masa seseorang, haiwan, atau tumbuhan yang disyaki membawa sesuatu jenis penyakit ditahan di tempat pengasingan khas untuk mencegah penyakit itu daripada merebak; mengkuarantin mengasingkan atau menahan orang, haiwan atau tumbuhan di tempat khas, terutamanya yang baru sampai dari luar negara, untuk memastikan ia bebas daripada sebarang penyakit berjangkit, atau mencegah penyakit daripada merebak. rashes ruam Bintil-bintil merah pada kulit. rechargeable battery bateri yang boleh dicas semula Bateri yang boleh dicas semula. rectangle segi empat tepat Segi empat yang mempunyai dua pasang

sisi bertentangan yang sama panjang dan setiap sudutnya 90. recycle kitar semula Kaedah atau teknik memproses bahan seperti tin, botol, kertas yang telah digunakan supaya dapat digunakan semula.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD refraction pembiasan Penyimpangan arah atau hala oleh suatu sebab. reproduce membiak Bertambah-tambah menjadi banyak kerana anaknya beranak lagi dan seterusnya; menjadi makin banyak. retort stand kaki retort Tiang besi tempat radas-radas disokong dengan sejenis penyepit berskru. reuse guna semula Penggunaan semula bahan terpakai, sama ada untuk tujuan yang sama atau yang lain. revolution peredaran Perihal beredar, gerakan yang berkeliling. ring magnet magnet cincin Magnet yang berbentuk cincin.

root akar Bahagian tumbuh-tumbuhan yang lazimnya tumbuh ke dalam tanah. rotate berputar Bergerak berkeliling; berpusing; berkisar. rotation putaran Gerakan yang berputar. rust karat Selaput perang kemerah-merahan yang terbentuk pada besi oleh tindakan udara dan air. sago sagu Diperbuat daripada pati hati batang rumbia.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD Saturn Zuhal Planet yang terletak keenam jauhnya dari matahari. scabies kudis buta Kudis yang kecil-kecil di merata-rata badan. scale sisik; skala Lapisan luar nipis yang berkeping-keping yang terdapat pada haiwan yang tertentu, biasanya untuk fungsi perlindungan. Scorpion Skorpio Gugusan bintang yang membentuk pola kala jengking. screw skru Paku besi yang beralur batangnya dan dimasukkan ke dalam kayu dan lain-lain dengan memutarkannya. season musim Masa yang tetap atau khusus tiap tahun

mengikut perubahan iklim. seed biji benih Biji yang dijadikan benih. seedling anak benih Tumbuhan muda (anak) yang berkembang daripada biji benih. seep meresap Masuk ke dalam liang atau lubang (berkenaan dengan cecair). sense deria alat perasa (menghidu, pendengaran, penglihatan, dan lain-lain).

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD series circuit litar bersiri Sambungan komponen elektrik dalam litar yang dibuat secara bersiri dengan menyambung semua terminal negatif dengan semua terminal positif. sewage kumbahan Air yang telah digunakan untuk membasuh. shadow bayang-bayang Tempat yang tidak mendapat cahaya kerana dilindungi oleh sesuatu benda. shake goncang Bergoyang turun naik atau ke tengah ke tepi dengan cepat. shell cangkerang Bahagian keras pada badan sesetengah haiwan seperti siput, kura-kura, penyu dan sebagainya. Fungsi cangkerang ialah untuk melindungi haiwan tersebut daripada musuh. shiny -

berkilat bercahaya; berkilau shoot pucuk Daun yang baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting). silt kelodak Kotoran seperti lumpur, pasir yang mendak ke dasar sungai dan sebagainya. silver perak Logam berwarna putih berkilau.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD simple machine mesin ringkas Alat ringkas yang digunakan untuk memudahkan kerja. sink tenggelam Masuk dan terbenam ke dalam air. size saiz Ukuran besar kecilnya sesuatu benda yang telah ditetapkan. species spesies Golongan benda (binatang, tumbuhtumbuhan,dan lain-lain) yang mempunyai sifat yang sama atau bersamaan bangsa, jenis. speed kelajuan Lajunya sesuatu gerakan. sphere sfera Bentuk yang bulat seperti bola.

spine duri Bahagian tajam yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan atau pada binatang. spoilt rosak Tidak sempurna lagi, sudah tidak baik. sponge span Benda yang berliang-liang halus yang boleh menyerap air atau benda cair dan digunakan untuk mencuci . spore spora Biji-biji sel yang menjadi benih bagi tumbuhtumbuan tidak berbunga seperti paku pakis, cendawan.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD spring spring Objek daripada jalur logam yang berpilin, bergelung-gelung, dan menganjal. square segi empat sama Segi empat yang setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya bersudut tepat. squeeze memicit Menekan-nekan dengan jari. stable stabil Kukuh keadaannya. stage peringkat Susunan mengikut kemajuan yang dicapai. star bintang Salah satu cakerawala yang beribu-ribu banyaknya yang mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pada waktu malam.

stationary pegun Dalam keadaan tidak bergerak. steel keluli Pancalogam yang keras yang dibuat daripadad campuran besi dengan karbon. steel wool sabut keluli Gumpalan serat keluli yang halus biasanya digunakan untuk menggilap. stick melekat Tidak mudah tanggal; tidak lekang. stickiness melekit Mudah melekat seperti benda yang bergetah, kanji, air gula.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD stimulus rangsangan Faktor yang menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi. sting sengat Alat yang tajam lagi berbisa yang biasa terdapat pada binatang-binatang kecil seperti lebah, lipan, kala. straw penyedut minuman Tiub yang diperbuat daripada plastik untuk menyedut minuman. string benang Tali halus daripada kapas, sutera, dan lainlainl yang digunakan untuk menjahit atau menenun. structure struktur Sesuatu yang dibina atau dibentuk ; bahagiandaripada sesuatu binaan. stunted terbantut

Terhalang atau tersekat hingga tidak dapat tumbuh atau berkembang. sucker sulur Tunas yang tumbuh menjulur pada beberapa jenis tumbuh-tumbuhan seperti bawang, pisang. sugar cane tebu Tumbuh-tumbuhan yang batangnya beruasruas dan airnya boleh dibuat gula. sundial jam matahari Sebuah peralatan yang menunjukkan waktu berdasarkan kedudukan matahari. survival kemandirian Penerusan hidup atau pengekalan spesies di alam ini.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD sustainable mapan Dapat dikekalkan pada kadar atau tahap tertentu. swallow menelan Menyebabkan atau membenarkan (sesuatu, seperti. makanan atau minuman) untuk melalui ke dalam kerongkong. sway berayun Bergerak perlahan atau berirama ke belakang dan ke hadapan atau dari sisi ke sisi. sweat peluh Air yang keluar dari lubang-lubang seni pada kulit tubuh. sweet manis Rasa seperti rasa gula atau madu. swing ayunan Gerakan yang berayun.

switch suis Alat yang menghubungkan atau yang memutuskan sesuatu litaran elektrik. symbol simbol Sesuatu yang dijadikan tanda (lambang) untuk mengenal sesuatu. syringe picagari Alat untuk menyedut cecair dan memancutkannya ke tempat lain; tiub dengan muncung dan omboh dengan jarum berongga untuk menyuntik atau meneluarkan cecair.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD tadpole berudu Larva katak atau kodok yang mempunyai badan yang bulat, panjang ekornya, dan insang luar. tail ekor Bahagian tulang belakang yang menganjur ke luar darr punggung dan dapat digerakgerakkanseperti yang terdapat pada binatang. tapioca flour tepung ubi kayu Tepung yang dihasilkan daripada ubi kayu. tapioca plant pokok ubi kayu Sejenis tumbuhan. taste merasa/rasa Perihal sesuatu yang dikecap oleh lidah, keadaan yang dialami oleh bahagian tubuh seperti kulit apabila kena sesuatu. taste bud tunas rasa

Saraf-saraf pada lidah yang memberi deria rasa. technology teknologi Aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain. teeth gigi Struktur keras yang menyerupai tulang, yang tumbuh pada gusi ,gunanya utk menggigit, mengunyah dan lain-lain.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD temperature suhu Darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu benda. terminal of a battery terminal bateri Tempat arus elektrik keluar atau masuk pada bateri. territory wilayah Kawasan di bawah sesuatu pemerintahan. texture tekstur Rasa, rupa, dan keseragaman permukaan atau bahan. thermometer termometer Instrumen untuk mengukur dan menunjukkan suhu, biasanya terdiri daripada tiub kaca yang sempit, kedap udara dan ditandakan dengan senggatan dan mempunyai bebuli pada satu hujung yang mengandungi merkuri atau alkohol yang mengembang dan mengecut dengan pemanasan dan penyejukan. thread -

benang; bebenang Tali halus daripada kapas, sutera, dan lainlainl yang digunakan untuk menjahit atau menenun. threat ancaman Kenyataan niat untuk mengakibatkan kesakitan, kecederaan, kerosakan, atau tindakan lain. time masa waktu, ketika

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD toad kodok Binatang yang bergerak dengan melompat dan hidup di air dan di darat; katak. toe jari kaki Bahagian hujung kaki yang beruas. tongue lidah Organ yang lembut di dalam mulut yang digunakan untuk merasa,menjilat atau berkata-kata. tool alat/perkakas Alat atau peranti yang digunakan untuk menjalankan tugas tertentu. tooth gigi Struktur keras yang menyerupai tulang yang tubuh pada gusi digunakan untuk menggigit mengunyah dan lain-lain. torchlight lampu suluh Lampu yang menggunakan bateri; lampu

picit. total eclipse gerhana penuh Peristiwa terlindungnya seluruh cahaya matahari oleh bumi atau bulan, yang menyebabkan seluruh permukaan bulan atau matahari terlindung. transform berubah Membuat perubahan yang menyeluruh atau dramatik dalam bentuk, rupa, atau sifat.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD translucent lut cahaya Membenarkan hanya sebahagian cahaya menembusinya dan benda yang di sebaliknya tidak jelas tampak. transparent lut sinar Membenarkan cahaya menembusinya dan benda yang di sebaliknya jelas tampak. transportation pengangkutan Tindakan penghantaran orang atau sesuatu atau proses yang diangkut. triangle segi tiga Rajah yang mempunyai tiga sempadan (sisi) atau tiga sudut. trunk belalai Hidung yang panjang seperti yang terdapat pada gajah. tusks gading Taring gajah yang berwarna putih kekuning-

kuningan. unsustainable tidak mapan Tidak dapat dikekalkan pada kadar semasa atau sesuatu tahap. Uranus Uranus Planet yang ketujuh jauhnya dari matahari.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD urine air kencing Cecair kekuningan yang disimpan di dalam pundi kencing dan dibebaskan menerusi uretra. Ia merupakan salah satu cara utama badan menyingkirkan lebihan air dan garam dan juga mengandungi sebatian nitrogen seperti urea dan bahan buangan lain yang dikeluarkan daripada darah oleh buah pinggang. usable berguna Boleh atau patut digunakan. vacuum packing pembungkusan vakum Pembungkusan dimana udara telah dikeluarkan sepenuhnya. vapour wap Gas yang terjadi daripada air (cecair) yang dipanaskan. vapourisation/ vapourization pengewapan Proses penukaran air(cecair) kepada gas. Venus -

Zuhrah Planet yang terletak kedua jauhnya dari matahari. vinegar cuka Cairan yang masam rasanya biasanya dibuat daripada nira kabung, nyiur dan lainlain. virus virus Kehidupan seni yang menyebabkan penyakit dan menularkannya. volume isi padu Sukatan atau ukuran ruang yang dipenuhi oleh sesuatu jisim seperti pepejal, cecair atau gas dalam sesuatu bekas.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD vomit muntah Keluar kembali daripada mulut (barang yang dimakan dan lain-lain. wallowing berkubang Berendam atau bergolek dalam air yang berlumpur. warning amaran Satu kenyataan atau kejadian yang menunjukkan bahaya yang mungkin atau akan berlaku. water lettuce kiambang Sejenis tumbuh-tumbuhan yang terapungapung di air. wear and tear haus Kehilangan, kerosakan, atau susut nilai akibat daripada penggunaan biasa . wedge baji Pasak yang runcing hujungnya dan

digunakan untuk merenggangkan atau untuk membelah sesuatu. west barat Mata angin, arah tempat matahari terbenam. wet basah; lembap Ada air atau cecair lain padanya. wheat flour tepung gandum Tepung yang dibuat daripada gandum. wheel and axle roda dan gandar Sejenis mesin ringkas yang terdiri daripada rod yang dipasang berserenjang pada pusat roda.

BAHASA INGGERIS BAHASA MALAYSIA MAKSUD wilt layu Kering dan kecut berkenaan daun, bunga dan lain-lain atau tidak segar lagi. wing kepak Bahagian anggota burung dan lain-lain yang digunakan untuk terbang; sayap. worm cacing Haiwan yang biasanya mempunyai badan yang panjang seperti tiub silinder dan tiada kaki. wound luka Cedera, lecet, pecah pada kulit. X-ray photograph gambar sinar-X Imej yang terhasil daripada sinar elektromagnet yang dapat menembusi pepejal (gas berion dan plat gambar foto yang terdedah). yeast yis/ ragi

Sejenis kulat satu sel yang membiak melalui percantuman dan dapat menapaikan gula. zodiac zodiak Garisan melengkung khayalan di langit yang terbahagi kepada 12 bahagian, dan tiap-tiap satunya dinamakan mengikut nama gugusan bintang dua belas, mintakulburuj.

You might also like