P. 1
Panduan Menulis Karangan Syarahan

Panduan Menulis Karangan Syarahan

|Views: 10|Likes:
Published by surin92

More info:

Published by: surin92 on Sep 23, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/23/2012

pdf

text

original

PANDUAN MENULIS KARANGAN SYARAHAN Teknik Penulisan a)Syarahan boleh ditulis seperti karangan jenis rencana, perbincangan dan

perbahasan b)Syarahan dimulai dengan kata alu-aluan sebagai tanda hormat kepada Tuan Pengerusi Majlis, para jemputan khas dan audiens.(Jika untuk pertandingan perlulah ditulis para hakim yang arif lagi bijaksana selepas Tuan Pengetua) c)Nyatakan tajuk syarahan yang ingin anda sampaikan d)Hanya 1 isi dimuatkan dalam 1 perenggan e)Selitkan unsur-unsur peribahasa, humor, kata-kata hikmat supaya penulisan tidak menjadi kaku dan membosankan f)Anda perlu menyebut Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, hadirin sekalian, atau sidang hadirin sekurang-kurangnya 3 kali g)Akhiri syarahan dengan kesimpulan yang menyeluruh dan memohon maaf kepada para hadirin jika terdapat ketelanjuran kata dalam syarahan tadi Contoh pendahuluan (dimulakan dengan pantun) Cahaya matahari menyilau mata, Rasa pedih berusaha menahan; Lafaz bismillah pembuka kata, Gelanggang syarahan saya mulakan. Contoh Pendahuluan: Assalamulaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum,barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru, dan rakan-rakan sekalian.Hadirnya saya di pentas yang indah ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Unsur-unsur Budaya Barat Membawa Kesan Buruk Terhadap Cara Hidup Masyarakat Timur’. Contoh Pengolahan Isi: Hadirin sekalian, Dewasa ini ramai artis popular daripada barat dijadikan idola oleh remaja kita.Tambahan pula,media massa di negara kita sering mensensasikan kehidupan artis tersebut. Natijahnya,cara pemakaian yang seksi serta menjolok mata menjadi ikutan.Sebagai contoh, artis Britney Spears yang terkenal dengan cara pemakaian yang seksi dan menjijikkan sering menjadi ikutan para remaja. Sebagai masyarakat yang kaya dengan adab ketimuran, mereka tidak seharusnya menjadikan golongan artis barat ini sebagai idola mereka. Penutup: Sebelum kaki melangkah pergi,sebelum kata penutup bicara, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa masyarakat Timur haruslah sentiasa memelihara budaya kita sendiri agar tidak terpinggir oleh budaya Barat. Saya juga ingin memohon jutaan kemaafan kepada para hadirin sekalian atas segala ketelanjuran kata.Sekian, terima kasih.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->