You are on page 1of 5

Soalan 1 Matlamat Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia

yang berguna. Bersetujukah anda dengan penyataan di atas memandangkan senario hari ini masyarakat lebih mementingkan keputus lebih daripada apa yang diharapkan oleh sistem pendidikan kita. Bagi menjawab soalan ini, saya sangat bersetuju dengan penyataan di atas di mana kita perlu melihat semula Matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Soalan ini juga akan dihuraikan dengan lebih lanjut lagi. Merujuk kepada soalan di atas, saya akan menyentuh tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan sebagai langkah permulaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah dirangka daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berdasarkan ideologi dan falsafah yang terkandung dalam Laporan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara serta ideologi dan budaya masyarakat Malaysia. Ia telah diumumkan pada tahun 1988 dan berbunyi : Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahua, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Falsafah pendidikan ini menjadi panduan kepada sistem pendidikan negara. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan Negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan Negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Matlamat Pendidikan Kebangsaan Bagi Matlamat Pendidikan Kebangsaan pula adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati cirri-ciri: 1. Percaya kepada tuhan.

2. Berakhlak mulia. 3. Berilmu pengetahuan. 4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara. 5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu 6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang

Matlamat

bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Malaysia adalah negara hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh itu, warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina negara Malaysia. Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya. Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan

kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusialaan. Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di lombong dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan kemakmuran dapat dikekalkan. Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara tercapai.

Berbalik kepada soalan, jika kita lihat pada zaman sekarang tidak dinafikan bahawa masyarakat lebih mementingkan keputusan berbanding dengan apa yang diharapkan oleh sistem pendidikan kita. Sekali gus ianya lari dari apa yang terkandung dalam Falsafah dan Matlamat Pendidikan Kebangsaan kita. Masyarakat yang dibicarakan di sini bukanlah sekadar ibu bapa sahaja yang terlibat tetapi semua sekali termasuklah jiran tetangga. Ibu bapa lebih memandang kepada keputusan peperiksaan bagi memuaskan hati mereka. Bukan setakat memuaskan kehendak mereka tetapi membuatkan mereka menjadi bangga dengan pencapaian anak-anak mereka. Sedangkan mereka lupa bahawa membentuk jiwa anak-anak juga memainkan peranan penting bagi melahirkan modal insan yang berkualiti selari dengan apa yang selama ini dihasratkan oleh negara. Pelajar hari ini berpelajaran tetapi tidak berpendidikan. Demikian kata-kata ringkas Profesor Diraja Ungku Aziz mengenai perbezaan orang berpelajaran dan berpendidikan. Maklumat daripada keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007 mendapati 27,668 atau 5.9 peratus daripada 469,401 calon ini memperoleh Grade A untuk semua mata

pelajaran yang diambil. Ini adalah lebih baik berbanding dengan tahun lalu seramai 4.5 peratus dan 4.9 peratus bagi 2005. Tahniah kepada mereka cemerlang. Prof Khoo Kay Kim pernah membuat kenyataan dalam TV3, 6 Januari lalu, berkata "Modal insan bukan bertujuan melahirkan pekerja semata-mata. Kita sepatutnya berusaha memastikan adanya generasi muda yang boleh berfikir dan mencipta idea. Itu tujuan terpenting bagi mana-mana sistem pendidikan bagi sebuah negara. Kedua-dua orang tokoh ini telah memberi gambaran yang cukup bahawa sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan hanyalah memberikan keputusan yang cemerlang tetapi tidak semestinya cemerlang dalam membentuk jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial murid. Pendidikan sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan dan penekanan pada keputusan serta mengabaikan proses pembelajaran anak-anak kita. Akibatnya keseronokan yang boleh didapati melalui pembelajaran dalam kalangan murid semakin berkurang, malahan makna asas pembelajaran turut hilang. Oleh kerana keputusan peperiksaan terlalu dititikberatkan, kebanyakan sekolah rendah akan memberi tekanan yang lebih banyak kepada murid yang berprestasi tinggi, akibatnya murid yang kurang maju diabaikan. Masalah golongan yang diabaikan ini menjadi semakin teruk, menyebabkan peratusan yang tinggi antara mereka berhenti sekolah apabila sampai pada peringkat sekolah menengah. Keadaan menjadi lebih teruk apabila para murid hanya tahu menghafal untuk menghadapi peperiksaan, akhirnya mereka tidak berkemampuan menyelesaikan masalah kehidupan kerana tidak tahu berfikir. Contohnya, jika seseorang murid itu lemah dalam menulis esei dalam menjawab bahasa Melayu, apa yang mereka perlu buat hanya mengahafal beberapa esei untuk menjadi panduan dalam menulis esei tersebut. Oleh yang demikian sistem pendidikan yang sedia ada telah membazirkan banyak sumber pendidikan, justeru tidak efektif dalam pembentukan bakat profesional yang sanggup dan mampu menghadapi cabaran globalisasi abab ke21. Hakikatnya, pendidikan yang berorientasikan peperiksaan turut menyusahkan mereka yang kurang berpendapatan atau golongan yang miskin. Menurut Coleman Report 1966, kebanyakan keputusan pengajian pendidikan menunjukkan bahawa latar belakang dan keadaan sosioekonomi keluarga seseorang murid ada kaitan yang rapat dengan keputusan peperiksaannya. Malahan faktor keluarga lebih mempengaruhi pelajar jika dibanding dengan faktor sekolah. Lain kata, murid yang berprestasi maju biasanya datang daripada keluarga yang berpendapat sederhana atau tinggi.

Namun demikian, kesemua fokus media, biasiswa yang diberi oleh pertubuhan serta pengumuman keputusan baik atau pemujian oleh pihak kerajaan mahupun masyarakat adalah kepada golongan pelajar yang berprestasi maju sahaja. Segala fokus dan kebaikan diberi kepada golongan ini mengakibatkan golongan lemah yang sepatutnya mendapat tumpuan telah diabaikan. Ketidakadilan pemberian sumber pembelajaran kepada mereka yang lemah dan berprestasi rendah akhirnya tidak mendapat bantuan yang secukupnya. Oleh sebab itulah masyarakat lebih mementingkan keputusan peperiksaan bagi memperolehi segala ganjaran yang sedia menanti diluar sana. Aspek nilai-nilai murni terus ditolak tepi, janji matlamat mereka tercapai. Cuba kita imbas kembali apa yang telah berlaku kepada bekas pelajar cemerlang SPM 2005 kita iaitu Nur Amalina Che Bakri. Dia telah menunjukkan perubahan yang sangat ketara apabila melanjutkan pelajaran di luar negara. Siapa yang harus dipersalahkan saat ini? Keadaan ini berlaku apabila penerapan nilai-nilai murni dan mengisian rohani tidak diperolehi dengan baik. Jadi apa gunanya kita mendabik dada dek kerana anak kita mendapat keputusan yang amat memberangsangkan sedangkan dari segi akhlak dan sahsia hanyalah boleh dinilai dihujung sudu. Kesimpulan yang boleh saya buat di sini adalah, masyarakat perlu mengubah persepsi mereka dan tidak terlalu mengikut kehendak mereka. Malah mereka perlu mengimbangi kehendak mereka dengan keperluan sistem pendidikan negara kita. Masa depan negara kita terletak dalam genggaman anak-anak kita. Bagaimana mereka mahu mentadbir negara ini sedangkan mereka hanya mempunyai kepandaian dalam akademik tetapi dalam bentuk lain mereka tidak memperolehi apa-apa, jika ada pun nipisnya senipis kulit bawang. Inilah yang menjadi kerisauan kepada para pendidik dan pihak yang berkenaan. Pelbagai usaha telah dirancang bagi melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Syabas kepada Kementerian Pendidikan kerana telah mewujudkan satu sistem baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), di mana sistem ini telah menerapkan pelbagai nilai-nilai murni kepada murid-murid agar mereka akan menjadi seorang murid yang mempunyai sahsia yang terpuji serta mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menyuarakan pendapat dan idea yang kreatif dan kritis mereka.

You might also like