You are on page 1of 99

1

1.0 PENGENALAN

Pendidikan

dalam

islam

merupakan

suatu

yang

amat

penting.Islam

amat

mementingkan pendidikan sejak dari zaman Nabi Adam lagi.Pada zaman Nabi Muhammad,baginda menjadi pendidik untuk mendidik orang-orang islam dalam kehidupan seharian.Ini kerana,kemajuan dan kemuduran satu-satu bangsa itu bergantung kepada perkembangan ilmu.Oleh itu untuk memperkembangkan ilmu,perlu nya kepada pendidikan dalam satu-satu kaum itu.Mana-mana bangsa yang mendaulatkan ilmu,nescaya bangsa itu akan disegani dan dihormati oleh lawan mereka.Tujuan kita diciptakan tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada-Nya.Untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut,perlunya kita mengetahui apa yang perlu kita lakukan.Maknanya kita memerlukan ilmu pengetahuan untuk mempelajari ibadat-ibadat yang wajib kita lakukan.Oleh yang demikian pendidikan sangatlah penting dalam membentuk muslimin dan mukminin yang diredhai dan dirahmati oleh Allah S.W.T..

Selepas ini akan dibincangkan tentang kurikulum pendidikan islam pada zaman Rasulullah.Selain itu,termasuk juga kurikulum pendidikan pada zaman Khulafa alRasyidin.Dan seterusnya kita akan mengetahui hubungkait antara kurikulum pendidikan islam pada zaman Rasulullah dan Khulafa al-Rasyidin dengan kurikulum pendidikan islam di Malaysia sebelum dan selepas merdeka.Tujuannya adalah untuk mengetahui kaitan tentang kedua-dua kurikulum tersebut.

1.1 Kurikulum Pendidikan Islam pada Zaman Rasulullah Amnya pendidikan islam pada zaman rasulullah serta para sahabat baginda bermula sejak zaman penurunan al-Quran lagi.Selepas Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu kenabian dan kerasulan menandakan bermulanya titik tolak kepada amanah yang perlu baginda tunaikan iaitu sebagai penyampai,pengajar dan pendidik seterusnya membimbing manusia kejalan yang benar.Dan itu bermaksud bermulanya proses pendidikan Islam yang di jalankan oleh Rasulullah terhadap umat manusia khasnya masyarakat arab di Mekah dan Madinah.Di utuskan Nabi Muhammad adalah untuk memimpin masyarakat jahiliyyah yang pada ketika itu sangat jahil dan jauh tesesat. Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah bermatlamat untuk melahirkan insane yang tunduk dan patuh kepada perintah Allah s.w.t dan menjauhi larangan melalui bimbingan agama,akhlak,akal,emosi dan kemahiran.Selain itu menyeru serta membimbing manusia kearah aqidah yang benar.Manusia perlu mngenal penciptanya(Mohammad Yusoff 1986).Permulaan dakwah Rasulullah adalah dengan membetulkan aqidah dalam masyarakat jahiliyyah. Nabi Muhammad menerima wahyu yang menandakan permulaan pendidikan dalam islam pada tahun 610M.Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad ialah surah Al-Alaq ayat 1-5.Ayat ini berkaitan dengan suruhan membaca yang bermaksud islam amat mementingkan ilmu dan pendidikan.Rasulullah S.A.W juga merupakan mahaguru yang menyampaikan pendidikan islam bermula di kota mekah dan diteruskan di Madinah. Antara isi yang terkandung dalam kurikulum pendidikan islam ialah dari segi akidah yang man berkaitan dengan rukun iman yang mengesakan Allah dan melarang mensyirikkannya dengan berhala dan sebagainya. Beriman kepada rasul-rasul teramsuk Nabi Muhammad s.a.w. Beriman kepada kitab-kitab termasuk Al-Quran wahyu daripada Allah s.w.t. Beriman kepada hari akhirat,manusia akan dihidupkan semula untuk mendapat pembalasan baik atau sebaliknya.Selain itu dalam bidang

syariah seperti bersolat ,hanya Allah sahaja yang disembah. Konsep wajib, sunat ,halal, haram, harus dalam melaksanakan tanggungawab.Dan bidang akhlak seperti konsep amar maaruf seperti hormat-menghormati, tolong menolong, jujur,amanah, berkata benar. Konsep nahi mungkar iaitu larangan berzina,berdusta dan membunuh anak perempuan.

Stuktur Pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa stuktur. Antaranya ialah pendidikan umum,khusus dan pendidikan institusi.Pendidikan Umum dijalankan oleh Rasulullah atau para sahabat daripda khlulafa' al-Rasyidin.

Pelaksanaannya dilakukan dengan menyampaikan pidato selepas sembahyang fardhu atau selepas sembahyang Jumaat. Kurikulumnya merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti lumba kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.Pendidikan khusus pula ialah khusus ialah pengajaran yang diberikan baginda kepada orang tertentu tanpa mengira masa atau tempat. Sahabatsahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar Al-Siddiq, Abu Hurairah dan lainlain adalah antara orang yang sering mendapat pendidikan khusus berupa tunjuk ajar secara langsung.Dan pendidikan Institusi pula berkisar tentang Intisari Pendidikan Islam pada peringkat Madinah. Peringkat pertama adalah kanak-kanak. Mereka diajar membaca dan menulis. Peringkat ke dua diajar tentang ilmu jasmani dan rohani. Mereka adalah terdiri daripada Ahli Suffah dan perantau. Pengajian mereka ditanggung oleh Baitul Mal. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendikiawan Islam pada masa selanjutnya.

Pendidikan pada zaman Islam terbahagi kepada dua tempoh.Yang pertama ialah di Mekah dan yang kedua di Madinah.Nabi Muhammad telah berdakwah selama 13 tahun di kota Mekah dan 10 tahun di kota Madinah.Cara pendidikan pada kedua tempoh ini berbeza kerana situasinya tidak sama.Di Mekah merupakan permulaan kepada pengenalan islam itu namun di Madinah,permulaan kepada pembentukan satu sistem pemerintahan islam yang menguasai dan mentadbir Madinah.

Tempoh yang pertama ialah di Mekah. Perkara yang diajarkan berkisar pada ayatayat Makiyyah sejumlah 93 surah dan petunjuk-petunjuknya yang dikenal dengan sebutan sunnah dan hadith.Perkara yang diajarkan juga menerangkan tentang kajian keagamaan yang menitikberatkan pada keimanan,ibadah dan akhlak.Terdapat beberapa cara pelaksanaan system pendidikan di Mekah.Bermula dengan secara senyap atau rahsia atau sirriyah.Cara ini ditujukan kepada kaum keluarga baginda san sahabat terdekat pada mula-mula selepas Rasulullah menerima wahyu.Antara Orang yang terlibat ialah Khadijah binti Khuwailid,Ali bin Abi Talib dan Abu Bakar as Siddiq.Diadakan di rumah Arqam bin Abi Arqam berlansung selama tiga tahun.

Yang kedua secara terang-terangan.Berlansung selama 10 tahun dan ditujukan kepada kaum kerabat seperti keluarga Abdul Mutalib dengan berceramah dirumah Ali bin Abi Talib.Ada sebahagian ahli keluarga baginda yang menerima begitu juga ada yang menentang seperti Abu Lahab.Dan yang terakhir,terbuka kepada orang ramai di Bukit Safa.Nabi Muhammad mendidik dengan menunujukkan contoh teladan yang baik beserta dengan akhlak yang mulia.Nabi tidak pernah berdusta dan menyampai dengan hikmah,lemah lembut,sabar dan doa.

Mahmud Yunus ,1992 menyatakan bahawa menyatakan bahwa pembinaan pendidikan islam pada masa Makkah meliputi pendidikan keagamaan iaitu hendaklah membaca dengan nama Allah semata jangan dipersekutukan dengan nama berhala.Kedua, pendidikan akliyah dan ilmiah iaitu mempelajari kejadian manusia dari segumpal darah dan kejadian alam semesta.Ketiga, pendidikan akhlak dan budi pekerti,iaitu Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada sahabatnya agar berakhlak baik sesuai dengan ajaran tauhid.Dan pendidikan jasmani atau kesihatan iaitu mementingkan kebersihan pakaian, badan dan tempat kediaman.

Tempoh yang kedua ialah di Madinah. Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa perubahan dan pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama Islam. Kurikulum pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi tuntutan perundangan dan perhubungan antarabangsa. Institusi

pendidikan Islam memilih masjid sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di Masjid dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Fungsi masjid mengikut termenologi Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti ibadat, pelajaran dan pendidikan. Al-Abrasyi menyatakan Rasulullah SAW. menjadikan masjid Nabawi

sebagai tempat belajar mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi masjid lebih bebas dan sesuai sebagai tempat belajar. Rasulullah SAW. telah

mendirikan sebuah surau yang bersambung dengan masjid tersebut, dikenali sebagai al-suffah. Merupakan sebagai sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik. Matapelajarannya termasuklah al-Quran. Asas agama (Aqidah,

syariah, akhlak) khat, sejarah, bahasa. Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan rohani dan jasmani yang menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat. Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah dalam beberapa bentuk iaitu pendidikan umum,pendidikan khusus dan pendidikan institusi.

i.

Pendidikan umum di jalankan oleh Rasulullah SAW. atau para sahabat daripada

Khulafa al-Rashidun. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato selepas sembahyang fardu atu selepas sembahyang jumaat. Kurikulumnya merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti menunggang kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.

ii.

Pendidikan khusus:

pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang

diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat

atau masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar asSiddiq, Abu Hurairah dan lain-lain adalah di antar orang yang sering mendapat pendidikan khusus berupa tunjuk ajar secara langsung.

iii.

Pendidikan Institusi:

Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat

Madinah. Pendidikan bentuk ini banyak melahirkan cendiakawan Islam pada masa selanjutnya.

1.2 Kurikulum Pendidikan Zaman Khulafa al-Rasyidin Khulafa al-Rasyidin merupakan para sahabat Nabi Muhammad S.A.W,yang

menyambung tugas baginda sebagai khalifah yang memerintah umat islam.Zaman ini bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad. Bermula pada tahun 11H/623M sehingga
40H/661M.Khalifah yang pertama dilantik ialah Saidina Abu Bakar.Seterusnya Saidina

Umar mengambil alih dan diteruskan oleh Saidina Uthman.Saidina Ali pula merupakan khalifah islam yang ke empat. Para Khulafa al-Rasyidin ialah orang-orang yang mewarisi risalah Rasulullah s.a.w.. Mereka menyambung usaha-usaha yang telah diatur dan disusun oleh baginda dengan mengikut segala jejak langkah yang telah ditunjuk baginda semasa hidupnya (Zawawi 1984).

Khulafa al-Rasyidin bertindak sebagai Uli al-Amr memelihara kesetabilan dan keselamatan negara bahkan memberi penekanan yang begitu intensif terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Para sahabat telah menumpukan perhatian mendidik disamping pada masa yang sama mentadbir negara.

Pusat pentadbiran Khulafa al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai lanjutan pusat pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti Abdullah bin Umar, Zaid bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung perjuangan Rasulullah SAW dalam bidang keilmuan Islam khasnya Fekah dan Tauhid. Bersumberkan alQuran dan ajaran sunnah Nabawi, para sahabat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kepada kaum muslimin. Tahun-tahun pemerintahan khulafa al-Rashidin dipenuhi dengan pelbagai cabaran seperti masalah arridah, ancaman Quraisy Makkah, Rom, Parsi, Yahudi dan kaum Nasrani, bahkan juga ancaman dari dalam yang dibuat oleh kaum munafikin. Semua

masalah itu dapat diatasi bahkan proses pendidikan Islam semakin berkembang luas ke serata alam dalam pelbagai bidang serta lahir pula tokoh-tokoh ilmu yang terbilang pada zamannya.

Tahun-tahun pemerintahan Khulafa al-Rasyidin merupakan perjuangan terus menerus antara hak yang mereka bawa dan dakwahkan kebatilan yang mereka perangi dan musuhi. Pada zaman khulafa al-Rasyidin seakan-akan kehidupan Rasulullah SAW itu terulang kembali. Pendidikan islam masih tetap memantulkanAl-Quran dan Sunnah di ibu kota khilafah di Makkah, di Madinah dan di berbagai negri lain yang ditaklukan oleh orang-orang islam.(Hassan Langgulung,1988)

Para sahabat yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali adalah orang yang mewarisi risalah Rasulullah SAW. Mereka bukan sahaja menyambung usaha-usaha yang telah diatur oleh Rasulullah SAW bahkan melangkau lebih jauh lagi ekoran pertambahan umat Islam dan keluasan wilayah Islam.

Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H 13H) di samping memelihara keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar orangorang munafik dan musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian berat terhadap perkembangan ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja menggalak umat Islam supaya mempelajari dan menghayati al-Quran dan al-Sunnah bahkan bertindak mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-Quran di dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab suci al-Quran dapat diedarkan ke seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah pentadbiran kerajaan Islam Madinah.

Manakala khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang sama terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Ahli-ahli sejarah menyatakan,

seluruh Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan Islam pada masa pemerintahannya. Dikatakan tidak terdapat sebuah desa pun yang tidak didirikan masjid dan surau sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran dan pendidikan Islam. Beliau memberi penekanan yang serious terhadap ilmu pengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping menekankan ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang, menunggang kuda memanah, matematik dan kemahiran berfikir (mantik). Galakan

tersebut dapat dilihat melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah, anataranya dengan menyebut: Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda dan riwayat-riwayat yang baik dan syair-syair yang indah.

Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan mengenai pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabatsahabat untuk menulis dan membukukan al-Quran. Dengan usaha beliau itu, dapat

menyelamatkan pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani.

Pendidikan pada zaman Khulafa al-Rasyidin terbahagi kepada dua peringkat pendidikan.Peringkat tersebut ialah peringkat formal dan tidak formal.Pendidikan formal terbahagi kepada kuliah,pendidikan menengah rendah dan menengah tinggi.Antara kurikulum yang ada dalam pendidikan formal ini adalah membaca,menulis,membaca alQuran,hafazan,fardu ain,sastera,sukan,tafsir,hadith dan fiqh.

Pendidikan tidak formal pula dilaksanakan di tempat awam,rumah para sahabat dan di masjid.Kurikulum yang diajarkan adalah pendidikan aqidah,akhlak dan syariah.Inilah peringkat pendidikan yang ada pada zaman khulafa al-Rasyidin.

10

Adapun pusat-pusat pendidikan pada masa Khulafa al-Rasyidin antara lain: Makkah Madinah Basrah Kuffah Damsyik (Syam) Mesir Sistem pendidikan islam pada zaman khulafa al-Rasyidin dilakukan secara sendiri,tidak diurus oleh pemerintah, kecuali pada zaman Khalifah Umar bin al-khattab yang turut terlibat dalam sistem perlembagaan khuttab Perkara pendidikan islam yang diajarkan pada zaman khalifah Al-Rasyidin sebelum masa Umar bin Khattab, untuk pendidikan asas: Membaca dan menulis Membaca dan menghafal Al-Quran Asas-asas agama islam seperti wudhu,solat,puasa dan lain-lain Namun apabila Saidina Umar bin Khattab dilantik menjadi khalifah, ia mengarahkan kepada penduduk kota agar anak-anak diajarkan: Berenang Menunggang unta Memanah Membaca dan menghafal syair-syair yang mudah dan peribahasa. Sedangkan kurikulum pendidikan pada tingkat menengah dan tinggi terdiri dari: Al-quran dan tafsirnya Hadits dan pengumpulannya Fiqh (tasyri)

11

Zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan khalifah pertama dalam Khulafa alRasyidin.Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.Saidina Abu Bakar juga merupakan ayah kepada Saidatina Aishah iaitu isteri Nabi Muhammad.

Pola pendidikan pada zaman Abu Bakar masih lagi sama seperti pada zaman Rasulullah.Tidak terdapat banyak perubahan kerana tempoh masa yang hampir dengan zaman Rasulullah.

. Dari segi perkara pendidikan Islam terdiri dari pendidikan tauhid atau keimanan, akhlak, ibadah, kesihatan, dan lain-lain. Menurut Ahmad Syalabi tempat untuk belajar membaca menulis ini disebut dengan Kuttab. Kuttab merupakan lembaga pendidikan yang dibentuk setelah masjid, seterusnya Asama Hasan Fahmi mengatakan bahwa Kuttab didirikan oleh orang-orang Arab pada masa Abu Bakar dan pusat pembelajaran pada masa ini adalah Madinah, sedangkan yang bertindak sebagai tenaga pendidik adalah para sahabat rasul.(Shamsul Nizar,2008)

Sistem pendidikan islam pada zaman Abu Bakar terbahagi kepada empat peringkat (Ahmad Mohd Salleh,2008)

12

Peringkat pertama

Pengumpulan al-Quran.

Pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar,terdapat golongan al-Riddah,iaitu golongan yang murtad,mengaku sebagai nabi dan enggan membayar zakat. Saidina Abu Bakar berjuang untuk menghapuskan golongan ini dan mengerahkan tentera yang antaranya terdiri daripada para sahabat untuk memerangi golongan ini. Namun ia telah mengorbankan nyawa ramai para huffaz dan qari al-Quran.Kesyahidan para huffaz ini telah membimbangkan Umar yang telah memberi cadangan supaya alQuran dikumpulkan. Walau pada mulanya Abu Bakar tidak besetuju,namun akhirnya Abu Bakar bersetuju dan mengarahkan Zaid Bin Tsabit untuk bertanggungjawab mengumpulkan al-Quran dengan syarat-syarat tertentu.

Penyebaran Hadith Masjid Nabawi digunakan untuk mendidik dan menyampaikan ajaran-ajaran islam seperti al-Quran dan Hadith kepada orang-orang islam pada zaman tersebut. Antara tokoh hadith ialah Saidatina Aisyah,Abu Hurairah,Abdullah bin Umar dan ramai lagi.

13

Terdapat ramai yang datang ke Madinah untuk menuntut ilmu terutama dalam bidang hadith.

Peranan Institusi Masjid

Pada zaman ini,institusi masjid memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Masjid merupakan pusat kepada semua aktiviti termasuklah

pentadbiran,pendidikan,dan juga kegiatan dakwah dan berperanan besar pada zaman Abu Bakar. Malah Saidina Abu Bakar sendiri yang kerap kali datang melawat dan meimarahkan masjid serta menyampaikan ajaran islam. Baginda juga turut menghantar guru seperti Zaid dan Abdullah bin Saad untuk mengajar al-Quran dan hadith di masjid sekitar Madinah.

Gerakan Dakwah

Gerakan dakwah dijalankan secara giat pada zaman Abu Bakar untuk memantapkan Akidah umat islam.

Sebelum orang bukan islam diperangi,mereka diberi pilihan untuk memilih 3 perkara iaitu

14

1.Memeluk Islam 2.Membayar jizyah unutk mendapat perlindungan 3.Perang apabila dicabar

Satu utusan telah di hantar ke Damsyiq(Syam) bersama 7500 orang tentera. Utusan utusan lain ialah ke Palestin, diketuai oleh Amr bin al-As, Syurahbil bin Hasanah ke Jordan menerusi Perang Tabuk dan Abu Ubaydah bin al-Jarrah ke Hims. Sebelum berperang,Saidina Abu Bakar sendiri memberi tazkirah dan menasihati mereka supaya bertaqwa dan berjihad di jalan Allah.

15

Zaman Khalifah Umar al-Khattab Khalifah Umar al-Khattab merupakan khalifah kedua dalam sistem pemerintahan

khulafa al-Rasyidin.Beliau menggantikan Saidina Abu Bakar.Khalifah Umar di gelar alFarouq yang bermaksud pemisah antara haq dan batil. Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Naufal b. Abdul Uzza b. Rabah b. Abdullah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 M daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia, megah, dan berkedudukan tinggi.

Berkaitan dengan masalah pendidikan, khalifah Umar bin Khattab merupakan seorang pendidik yang melakukan penyuluhan pendidikan di kota Madinah, beliau juga menerapkan pendidikan di masjid-masjid dan pasar-pasar serta mengangkat dan mengutus guru-guru untuk tiap-tiap daerah yang ditakluki , mereka bertugas mengajarkan isi Al-quran dan ajaran Islam lainnya. Adapun kaedah yang mereka pakai adalah guru duduk di halaman masjid sedangkan murid mengelilinginya.

Khalifah Saidina Umar Al-Khatabb memiliki ketinggian ilmu yang tinggi dan amat sukar ditandingi oleh generasi selepasnya,terutamanya dalam bidang ilmu fikh dan sejarah. Selain itu,Kahlifah Umar Al-Khatabb juga dikatakan memiliki 9/10 ilmu pengetahuan.

Pelaksanaan pendidikan di masa Khalifah Umar bin Kattab lebih maju,di sebabkan oleh semasa Umar memerintah, Negara berada dalam keadaan stabil dan aman, ini disebabkan disamping telah ditetapkannya masjid sebagai pusat pendidikan juga telah tertubuhnya pusat-pusat pendidikan Islam di pelbagai kota dengan perkara yang dikembangkan, baik dari segi ilmu bahasa, menulis, dan pokok ilmu-ilmu lainnya.(Samsul Nizar,2008)

16

Pendidikan ditadbir di bawah pengaturan gabenor yang berkuasa ketika itu,serta diiringi kemajuan di pelbagai bidang, seperti jabatan pos, polis, baitulmal dan sebagainya. Manakala sumber gaji para pendidik waktu itu diambil dari daerah yang ditakluki dan dari baitulmal.

Khalifah Umar juga merupakan seorang khalifah yang sangat sukakan ilmu.Beliau sangat menggalakkan rakyatnya supaya menuntut ilmu dan memberi sokongan yang kuat kepada umat islam.

Manakala khalifah Umar al-Khattab juga sangat memberi perhatian terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Menurut ahli-ahli sejarah seluruh Semenanjung Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan Islam pada masa pemerintahannya. Telah dikhabarkan bahawa,semasa zaman Khalifah Umar,semua desa yang ada telah didirikan masjid dan surau dan tiada satu pun desa atau kampong yang tidak terdapat masjid.Masjid juga bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadat akan tetapi sebagai pusat pelajaran dan pendidikan. Beliau memberi penekanan yang serious terhadap ilmu pengetahuan yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping menekankan ilmu pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang, menunggang kuda memanah, matematik dan kemahiran berfikir (mantik). Galakan tersebut dapat dilihat melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah, anataranya dengan menyebut: Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda dan riwayat-riwayat yang baik dan syair-syair yang indah.

17

Zaman Khalifah Uthman bin Affan

Khalifah Uthman merupakan khalifah ketiga dalam Khulafa al-Rasyidin.Khalifah Uthman menggantikan Khalifah Umar al-Khattab sebagai khalifah memimpin orang Islam.Majlis Syura dan orang ramai yang telah memilih dan mempersetujui Khalifah Uthman sebagai khalifah ke tiga.

Pelaksanaan pendidikan Islam tidak jauh berbeza dengan zaman sebelumnya. Pendidikan pada masa ini hanya meneruskan apa yang telah wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini, namun sedikit perubahan yang telah berlaku untuk mecorak dan menambahbaik pendidikan islam pada zaman tersebut.

Khalifah Uthman juga menjadikan sistem pendidikan pada zaman sebelumnya contoh dalam membentuk dasar bagi pendidikan pada zaman beliau dan memantapkan pentadbiran.yang sedia ada.

Pada zaman Khalifah Umar para sahabat yang berpengaruh dan rapat dengan Rasulullah tidak dibenarkan untuk pergi meninggalkan kota Madinah.Namun pada zaman Khalifah Uthman,mereka semua ini telah diberi kelonggaran dan dibenarkan untuk pergi keluar ke daerah-daerah yang mereka sukai.

Idea bernas ini sangat memberi impak terhadap perkembangan pendidikan di daerahdaerah terutama di daerah yang dipilih oleh para sahabat yang pergi berdakwah disana.

18

Namun pada zaman Khalifah Uthman berlaku satu perkara yang agak menyedihkan.Terdapat beberapa peristiwa di mana ada di antara orang islam pada zaman tersebut yang berselisih faham tentang cara bacaan al-Quran.

Ada ketika dimana pergaduhan sesama orang islam hampir berlaku.Perkara ini berlaku keran wilayah islam pada ketika dan saat itu telah bertambah luas dan banyak penduduk dari wilayah yang bukan berketurunan arab memeluk islam.Masing-masing membaca al-Quran mengikut sebutan bangsa mereka sendiri yang mengakibatkan rasa tidak puas hati dan salah faham bangsa yang lain yang menganggap mereka membaca al-Quran dengan salah.

Perkara ini jika dibiarkan akan boleh mengakibatkan pertumpahan darah sesame muslim.Khalifah Uthman yang mengetahui berita ini melalui Huzaifah Ibnu Yaman telah mengambil tindakan pantas.Khalifah Uthman mengarahkan al-Quran yang ada pada Hafsah binti Umar (r.a.) di salin semula sebanyak 6 salinan.

Semua salinan ini di salin dalam bahasa arab Madinah.Salinan al-Quran ini dihantar setiap satunya ke wilayah-wilayah islam.Al-Quran yang dikumpulkan pada zaman Khalifah Uthman di panggil Mashaf Uthmani yang masih diguna pakai oleh umat islam pada masa kini.

Khalifah Uthman memberi sumbangan yang besar dalam islam umumnya dan bidang perkembangan pendidikan khasnya melalui idea beliau.Khalifah Uthman telah memudahkan kita membaca al-Quran dan kita dapat membaca bacaan al-Quran yang betul dan sohih.

19

Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib Khalifah Ali bin Talib merupakan khalifah yang keempat dari khulafa al-Rasyidin yakni khalifah yang terakhir dalam Khulafa al-Rasyidin.Saidina Ali menggantikan Khalifah Uthman sebagai khalifah selepas Khalifah Uthman wafat dibunuh.Khalifah Ali dilantik menjadi khalifah melalui sistem baiah

Saidina Ali telah dibesarkan dan diasuh oleh Nabi Muhammad di rumahnya sendiri sejak Saidina Ali kecil lagi. Nabi Muhammad mengambil Saidina Ali untuk dibela demi membantu bapa saudaranya, Abu Talib yang mempunyai ramai anak tetapi miskin.

Namun pada zaman Saidina Ali telah terjadi begitu banyak kekacaun dan pemberontakan malah sehingga mengakibatkan berlakunya pertumpahan darah dalam kalangan orang islam.Ini berlakunya disebabkan masuk nya orang-orang Yahudi yang membuat fitnah dan meracuni fikiran orang islam pada ketika itu.

Dengan masalah dah kekecohan yang berlaku pada ketika itu,maka kegiatan pendidikan islam menjadi sedikit hambar dan menghadapi cabaran dan gangguan yang berat dalam proses perkembangannya.

Ini kerana Saidina Ali tidak sempat untuk memikirkan masalah tentang pendidikan disebabkan memberi perhatian terhadap masalah yang berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Ali.Oleh kerana pemerintahannya tidak stabil Saidina Ali terlebih dahulu mengutamakan untuk mengembalikan keamanan dan kedamaian bagi seluruh masyarakat islam.

20

Tapi,walaupun begitu tetap juga berlaku sedikit perkembangan pendidikan pada zaman Saidina Ali.Ini kerana terdapat golongan seperti Khawarij,Rawafidh,Syiah,Nasihibin dan Ahli Sunnah yang menjadikan beliau sebagai pokok persolan dan perbahasan.

Selain itu juga Saidina Ali merupakan seorang khalifah yang amat mementingkan ilmu pengetahuan.beliau amat menggalakkan umat islam agar sentiasa menuntut ilmu. Khalifah Ali dianggap sebagai orang yang paling berilmu pengetahuan dikalangan para sahabat.Malah pengetahuan Khalifah Saidina Ali tentang soalan berkaitan hukum hakam amat sukar ditandingi.

Sebab itulah beliau pernah dilantik oleh Nabi Muhammad untuk menjadi kadi, penulis wahyu dan setiausaha Baginda.Rasulullah pernah bersabda bahawa Saidina Ali adalah pintu gerbang ilmu.

Saidina Ali juga dianggap sebagai pengasas ilmu nahu. Beliau mengarahkan agar tatabahasa Arab dibukukan.Dorongan utamanya menyebabkan ada usaha

membukukan ilmu tatabahasa Arab bertujuan untuk mempertahankan dan memelihara bahasa Arab. Ia dibukukan untuk menolong orang bukan Arab yang telah memeluk Islam mempelajarinya.

Beliau meneruskan aktiviti dan subjek pendidikan yang sedia ada sebelum ini dan beliau juga telah membuat tindakan untuk memajukan pendidikan pada zaman pemerintahan beliau.

21

KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM SEBELUM MERDEKA PENDAHULUAN Penjajah barat menguasai sepenuhnya sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum T.Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.anah Melayu mencapai kemerdekaan.Mereka yakni penjajah barat mengatur sistem pendidikan Tanah Melayu mengikut kepentingan mereka sendiri.Mereka juga tidak menggalakkan kaum Bumiputera menimba ilmu ke tahap yang lebih tinggi kerana takut mereka yang mempunyai ilmu dalam kalangan bumiputera ini akan bangkit melawan mereka dan menuntut kemerdekaan.

Pendidikan Islam Sistem pendidikan islam di Malaysia bermula kira-kira 6 abad yang lalu selaras dengan kedatangan Islam di kepulauan Melayu.Bermulanya pendidikan islam ini di masjid,surau dan pondok. Pendidikan Islam yang ada pada zaman sebelum merdeka adalah pendidikan yang berbentuk tidak atau bukan formal.Pendidikan islam ini berkembang selari dengan pengembangan agama islam di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14.

Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Di waktu itu wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan sekolah pondok. Sekolah pondok ini dibangunkan dan dimajukan bersama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat.

22

Institusi pondok telah menempuh zaman kegemilangannya awal abad ke 20(19061945) setelah hampir setengah abad.Pondok memainkan peranan penting dalam pendidikan zaman tersebut.

Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura.

Sekolah pondok ini juga ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya.

Menurut satu kajian yang dibuat oleh Dr. Haron Din dan Dr. Sobri Solomon pada tahun 1988,menyatakan bahawa Institusi Pendidikan Islam di Tanah Melayu telah melalui empat tahap iaitu 1.Institusi rumah imam atau tok guru 2.Institusi pondok 3.Institusi madrasah 4.Sistem sekular

Istitusi rumah imam atau tok guru

Proses pengajaran ini berlangsung dirumah orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dan berkemampuan untuk mangajarkan ilmu kepada orang lain.

23

Antara kurikulum yang diajarkan ialah perkara-perkara asas seperti membaca alQuran,perkara asas fardhu ain,jawi dan doa-doa. Masyarakat Melayu pada masa itu turut memberi perhatian terhadap 3 perkara ini iaitu : 1) Mempelajari kitab-kitab usul ( zat, sifat, kekayaan dan kemulian Allah ) 2) Mempelajari kitab-kitab feqah (hukum-hukum Islam, solat, puasa, haji ) 3) Mempelajari pelbagai ilmu dan hikayat-hikayat yang mendatangkan pengajaran dan menambahkan ilmu pengetahuan.

Waktu pembelajaran biasanya diadakan selepas solat subuh dirumah imam atau tok guru tersebut.Selain waktu subuh,pengajaran juga berlangsung pada waktu zohor dan waktu solat maghrib.Kebanyakan pelajar yang belajar disitu berumur 6-10 tahun

Institusi pondok Seperti mana yang telah diterangkan diatas sistem pendidikan pondok memainkan peranan yang penting dalam proses perkembangan pendidikan pada zaman dahulu.

Pondok bermula oleh kerana terlalu ramai pelajar yang menyertai dan menghadiri rumah imam atau tok guru.ini menyebabkan pengajaran terpaksa dialih ke masjid.Namun ada juga pelajar yang datang dari jauh dan tiada tempat untuk tinggal.Lalu timbullah idea untuk menubuhkan sekolah pondok.

24

Sistem Pendidikan Islam dari Mesir, Madinah serta negara-negara Arab lainnya dijadikan model dalam sistem Pendidikan Islam di Tanah Melayu. Pelajar-pelajar yang tamat pengajiannya melalui sistem pondok telah melanjutkan pelajarannya ke negaranegara Timur Tengah dan apabila balik menubuhkan pondok-pondok dan kemudiannya menjadi sebagai sekolah Agama Arab atau Madrasah.

Terdapat juga yang masih meneruskan sistem pondok dan enggan menukar namanya sebagai Sekolah Agama Arab . Contohnya Pengajian Pondok di Masjid al-Muhammadi, di Kota Baharu telah berkembang menjadi Maahad al-Muhamadi (1915), Maahad

Mahmud di Kedah asalnya Madrasah Al-Hamidiah (1936), Sekolah Menengah Agama Arab Sungai Bakap, yang dahulunya Sekolah Pondok.

Antara kurikulum yang ada adalah Ilmu agama,Tata bahasa Arab,Fiqh,Tafsir,Mantiq, Balaghah,Hadith.Tempoh masa belajar tidak terhad.Ia mengikut minat dan kemahuan para pelajar.Umur para pelajar juga tidak ditetapkan tetapi pada kebiasaannya 10-15 tahun.

Institut Madrasah Sistem Pendidikan Madrasah mulai diperkenalkan bagi menyaingi sekolah-sekolah sekular. Kewujudannya mengekalkan keislaman orang-orang Melayu terutamanya pada waktu orang Melayu menyerah dari segala segi kepada pemerintahan Inggeris.

25

Kebanyakkan golongan yang mengasaskan Madrasah terdiri daripada Kaum Muda yang mendapat pendidikan di Mesir. Kalau diperhatikan terdapat perbezaan yang nyata sistem pendidikan Madarasah dengan sistem pendidikan pondok terutama dari segi sistem pembelajaran yang teratur.

Kurikulum yang ada dan dipelajari di madrasah adalah bahasa arab,matematik,geografi dan kemahiran hidup.Pengajian di madrasah memiliki jadual waktu yang tetap.Para pelajar juga terdiri daripada pelbagai peringkat umur.

Sistem Sekular

Pendidikan Islam di zaman penjajah di bawah kelolaan dan dibiayai oleh Majlis atau Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.Sementara itu,pihak penjajah

memperkenalkan pendidikan sekular yang mengakibatkan berlakunya penghakisan secara langsung terhadap Pendidikan Islam.

Penghakisan Pendidikan Islam oleh penjajah khususnya di Tanah Melayu di buat secara halus melalui pengenalan Pendidikan Sekular bermula sejak tahun 1816

dengan penubuhan Penang Free School. Kewujudan Sekolah Inggeris kurang dirasakan oleh orang-orang Islam kerana Pendidikan Madrasah atau Sekolah Arab masih kuat pengaruhnya.

Sekolah Inggeris yang ditadbirkan oleh mubaligh Kristian. Sekolah Melayu diproduk oleh British berpandukan kepada Sistem Grama yang telah diubahsuai. Sekolah

Melayu yang ditaja oleh missionary bermatlamatkan sekular menghasilkan petani dan nelayan yang boleh mengenal angka dan huruf.

26

PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN SELEPAS MERDEKA

Selepas merdeka kerajaan Tanah Melayu telah merancang untuk membina kembali corak pendidikan Negara yang telah diruntuhkan oleh penjajah. Maka Resolusi

Pendidikan telah dibentuk. Hasilnya penubuhan satu Sistem Pendidikan Kebangsaan, yang kemudian lahirlah pelbagai bentuk Laporan, Penyata, Ordinan, Akta dan Jawatankuasa Pelajaran untuk memenuhi tujuan tersebut. Implikasi dari itu lahirlah Pendidikan Islam dalam Dasar Pendidikan Negara.

Selama 400 tahun,pendidikan islam telah berjalan dan diteruskan semasa zaman penjajah.Dan akhirnya wujud dan terhasillah Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman Talib (1960).Dalam kedua-dua penyata tersebut,Pendidikan Islam telah dibincangkan untuk diletakkan di dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Akta Pelajaran (1961), telah memasukkan mata pelajaran Agama Islam di dalam jadual

waktu.Peruntukan masa pada mulanya adalah sebanyak 120 minit seminggu. Jawatankuasa khas telah dibentuk bagi menyusun dan melaksanakan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada bulan Ogos 1955. Dasar ini bertujuan menyatu padukan kaum-

kaum di Tanah Melayu di samping menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta mengkaji semula sistem pelajaran, termasuk Undang-undang Pelajaran Tahun 1952 . Jawatankuasa Khas ini di pengerusikan oleh Datuk Abd.Razak Hussin yang terkenal dengan Laporan / Penyata Razak pada tahun 1957 .

Dengan penguatkuasaan penyata tersebut lahirlah satu institusi baru yang beraliran kebangsaan terkenal sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan. Institusi ini juga tidak ketinggalan memberi peruntukan bagi mendaulatkan pelajaran Agama Islam. Dalam konteks ini Jawatankuasa Pelajaran 1956 telah membuat cadangan seperti berikut ; Kami cadangkan di dalam barang mana sekolah jika muridnya tidak kurang daripada 15 orang yang berugama Islam, pelajaran agama yang diberikan kepada mereka itu hendaklah dengan belanja kerajaan. Pelajaran dalam agama lain kepada murid-murid

27

lain bolehlah juga diberi asalkan belanjanya tiada terbeban kepada kerajaan dan lagi tiada boleh barang siapa murid dikehendakki menghadiri pelajaran agama dengan tiada kebenaran ibubapanya.

Dalam seksyen 49 Ordinan Pelajaran 1957 itu juga dinyatakan secara terperinci kedudukan agama Islam di sekolah-sekolah :

Di mana dalam sebuah sekolah bantuan kerajaan, didapati 15 orang murid atau lebih yang beragama Islam, murid-murid itu hendaklah diajar Agama Islam

ii

Pelajaran Agama Islam hendaklah diajar sekurang-kurangnya dua jam seminggu dalam waktu pengajaran am sekolah-sekolah

iii

Guru-guru Agama yang mengajar Agama Islam hendaklah terdiri daripada mereka yang dibenarkan oleh pihak berkuasa negeri

iv

Lembaga Pengurus atau Pengelola Sekolah hendaklah membuat persediaan yang sepatutnya bagi mengadakan pelajaran Agama Islam dengan syarat Lembaga Pengurus atau Pengelola dua buah sekolah atau lebih boleh membuat persediaan-persediaan bersama bagi pengajaran tersebut kepada murid-murid yang beragama Islam dalam sekolahsekolah mereka

Matapelajaran Pengetahuan Agama Islam dicadangkan supaya dimasukkan kedalam senarai matapelajaran untuk Sijil Rendah Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu . Peruntukan khas tentang pelajaran agama Islam dalam Laporan tersebut merupakan suatu langkah baru yang praktikal bagi menyusuli peruntukan khas tentang agama Islam dalam Perlembagaan Persekuatuan Tanah Melayu. perkara 3 (1) perlembagaan tersebut ada menyebut : Dalam bahagian satu,

28

Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Dari segi kenyataan Ordinan Pelajaran 1957 memperkukuhkan kedudukan pelajaran Agama Islam di sekolah bantuan kerajaan tetapi dari segi perlaksanaannya, Seksyen 49 itu menghadapi kesulitan. Oleh itu perlaksanaannya tidak dapat berjalan dengan licin.

Walaupun secara tidak teratur pengajaran Agama Islam diperingkat sekolah rendah dan menengah menurut syor penyata Razak, terdapat sedikit perubahan dan diberikan perhatian oleh kerajaan.

Menurut Akta 1961 Seksyen 36 yang dikekal dan diguna pakai dalam Akta 1996 : Guru Agama yang telah mendapat kebenaran layak dan bertanggungjawab mengajar Agama Islam.Namun bilangan yang beragama Islam harus berjumlah 15 orang murid atau lebih. Tempoh masa minimum yang diperuntukkan untuk mengajar matapelajaran tersebut ialah dua jam seminggu. Mata pelajaran tersebut biasanya diajar pada waktu persekolahan. Pengajaran pada waktu yang lain hanya akan dibenarkan dengan mendapatkan kelulusan daripada Menteri Pelajaran.

Menurut seksyen 50 (1), pengajaran Agama Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri akan dijalankan apabila terdapat 5 orang murid atau lebih yang menganut Agama Islam. Pengajaran dilakukan sekurang-kurangnya selama dua jam seminggu pada waktu pengajaran biasa atau waktu lain yang ditetapkan oleh Menteri Pendidikan dalam hal atau keadaan tertentu [ seksyen 50(2) ].

29

Seksyen 51 pula menyatakan bahawa pengelola bagi sesebuah institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh mengadakan pengajaran agama selain Agama Islam tertakluk kepada syarat aktiviti pengajaran tersebut tidak boleh dibiayai dengan wang yang diperuntukkan oleh Parlimen [seksyen 51(a)]. Selain itu, mengikut [seksyen 51(b)] tiada murid yang boleh mengikuti pengajaran agama selain agama yang dianutinya kecuali dengan kebenaran bertulis ibubapanya.

Hasil daripada Pendidikan Islam (Pengetahuan Agama Islam) dalam dasar pendidikan negara telah mewujudkan satu golongan pelajar yang kemudiannya mendesak supaya matapelajaran agama ditambah dan diajar di maktab-maktab perguruan. Pelajaran

Agama Islam / Tamadun Islam juga perlu diajar di pusat-pusat pengajian tinggi. Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran Agama Islam wajib diambil dalam peperiksaan awam

Jika Akhir tahun 1980 an merupakan tahun-tahun reformasi dan penjelmaan kembali Pendidikan Islam dalam sistem Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara

dengan berani telah menjadikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan sebagai teras dan dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan. Malah tidak keterlaluan

dikatakan Falasah Pendidikan Negara telah mendukung cita-cita dan hasrat falsafah Pendidikann Islam. Bertolak dari Falsafah Pendidikan Negara, keseluruhan struktur kurikulum Pendidikan Kebangsaan telah diubah suai agar setiap mata pelajaran samasama mendokong cita-cita FPN dengan menerapkan nilai-nilai murni sejagat ( yang mana keseluruhan nilai-nilai tersebut adalah nilai atau ajaran Islam). Malah dari segi pendekatan pengajarannya, terdapat beberapa matapelajaran (Sains dan Geografi

umpamanya) telah diterapkan dengan Akidah dan Syariat Islamiah )

30

Satu kajian yang dibuat oleh Lembaga Penasihat Penyelarasan Pembelajaran dan Pendidikan Islam (LEPAI), melaporkan bahawa pada keseluruhannya Sekolah Agama di negara ini terletak di bawah tanggungjawab pihakpihak berkuasa yang berlainan. Dari segi pentadbiran, Sekolah Agama di Malaysia selepas merdeka terbahagi kepada tiga jenis iaitu : Sekolah Agama Kementerian Pendidikan (SMKA) Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN) Sekolah Agama Rakyat (SAR)

SMKA, terletak di bawah pengawasan Kementerian Pendidikan.SAN terletak di bawah penguasaan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri manakala SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kementerian Pendidikan (SMKA)

SMKA terletak di bawah pengawasan dan kelolaan.Kementerian Pendidikan. Sekolahsekolah ini hanya bermula di peringkat menengah sahaja iaitu mulai dari tingkatan satu. Semua urusan dan keperluan SMKA ditadbirkan mengikut susunan tertentu melalui Pejabat pusat. Keputusan-keputusan utama dan dasar-dasar dibuat oleh kementerian. Di samping itu terdapat pegawai-pegawai yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang-bidang tertentu telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan sekolah-sekolah ini. Manankala pengetua sekolah-sekolah tersebut juga diberi latihan bukan sahaja dalam bidang pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam bidang pentadbiran dan pengurusan. Pendidikan dari peringkat daerah hingga ke peringkat negeri dan

31

Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN)

SAN terletak di bawah pengawasan dan kelolaan Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Ada juga di bawah kelolaan badan-badan tertentu seperti Lembaga

Pendidikan Islam Melaka dan Yayasan Islam Kelantan Sekolah-sekolah ini ditadbir oleh Kerajaan Negeri . Oleh yang demikian terdapat perbezaan di antara sekolahsekolah tersebut . Sejak tahun 1963 SAN telah menerima Sukatan Pelajaran

Kementerian Pendidikan dengan mengadakan

peperiksaan SRP (1963) dan SPM

(1965), dan seterusnya Tingkatan Enam Aliran Agama (1968) untuk memasukki Fakulti Pengajian Islam di UKM

Sekolah Agama Rakyat (SAR) SAR dikendalikan oleh rakyat dari segi pentadbiran, kewangan, pengurusan, sukatan pelajaran dan lain-lain. Pentadbirannya di bawah kelolaan Lembaga atau Tidak ada sebuah badan berkuasa yang

Jawatankuasa sekolah masing-masing .

mewakili kerajaan menjalankan peranan sebagai penentu dan mengawal perjalanan sekolah-sekolah tersebut. Islam SAR tertakluk kepada undang-undang pentadbiran Agama

Majlis atau Jabatan Agama Islam Negeri. Oleh itu SAR digalakkan supaya

mendaftar dengan Majlis atau Jabatan Agma Islam Negeri . Pendaftaran ini bertujuan memudahkan pihak kerajaan ( negeri dan pusat) menyalurkan apa-apa bantuan dan nasihat. Walau bagaimanapun ada beberapa buah negeri yang menyerapkan

kurikulum pelajran agama dari negeri lain. Ini dilakukan kerana sijil yang dikeluarkan oleh sekolah berkenaan telah diiktiraf oleh beberapa buah institusi pengajian agama dari dalam dan luar negeri

32

Hubungkait antara kurikulum pendidikan pada zaman Rasulullah,Khulafa al-Rasyidin dengan kurikulum pendidikan islam di Malaysia zaman sebelum dan selepas merdeka.

Setelah dikaji dan diteliti serta diperhati,dapat dinyatakan disini bahawa terdapat hubung kait diantara kurikulum pendidikan islam zaman Rasulullah,Khulafa al-Rasyidin dengan kurikulum pendidikan islam di Malaysia zaman sebelum dan selepas merdeka.

Pertama,perkara yang diajar itu tidak berubah.Apa yang diajar oleh Nabi Muhammad dan para sahabat pada zaman Baginda,begitu juga lah dengan apa yang diajar pada zaman sebelum dan selepas merdeka di Malaysia.Ini kerana Islam mestilah berpandukan apa yang Allah wahyukan kepada Nabi Muhammad.Maka apa yang diajarkan dan dibawa oleh Rasulullah,dari semua aspek dan bidang seperti bidang akidah,ibadat akhlak dan semua bidang dalam islam yang lain kekal sepanjang zaman.Oleh itu kurikulum pendidikan pada zaman Rasulullah,Khulafa al-Rasyidin dengan kurikulum pendidikan islam di Malaysia zaman sebelum dan selepas merdeka adalah sama.

Seterusnya,pada zaman Rasulullah,proses pengajaran diadakan dirumah atau masjid.Dan pada masa Khulafa al-Rasyidin pula terdapat khuttab yang menjadi tempat pengajian.Begitu juga pada zaman sebelum merdeka dimana terdapat pengajian yang dijalankan di rumah imam atau tok guru selain ada di masjid,pondok ataupun madrasah.Manakala selepas merdeka pula proses pengajaran tertumpu di sekolah.Kaitannya disini adalah pada pada zaman Rasulullah,Khulafa al-Rasyidin dengan kurikulum pendidikan islam di Malaysia zaman sebelum dan selepas merdeka,berlakunya proses pengajaran itu di satu tempat atau institusi walaupun hanya dirumah.

Pada zaman Rasulullah,antara kaedah pengajaran yang digunakan adalah talaqqi musyafahah.Begitu juga dalam kurikulum zaman sebelum dan selepas merdeka turut terdapat kaedah talaqqi musyafahah dalam pengajaran.

33

2.ANALISIS SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN

Sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran merupakan dokumen rasmi yang penting bagi seseorang guru Pendidikan Islam. Analisis sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran merupakan satu dokumen yang tidak dapat dipisahkan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru. Para pelajar akan dapat menguasai dan mengaplikasikan aspek-aspek penting dalam organisasi kandungan Pendidikan Islam KBSR.

Pendidikan Islam sekolah rendah ini merupakan satu subjek wajib yang perlu dipelajari oleh setiap murid tahun satu hingga tahun enam.Pendidikan Islam sekolah rendah telah menetapkan untuk memberi penekanan kepada kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek

keimanan,kemanusiaan,kemasyarakatan dan kenegaraan.Dan didalam pendidikan islam pendidikan rendah ini terdapat beberapa dokumen seperti kutan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang akan kita bincangkan selepas ini dan disamping buku teks dan buku panduan guru.

Tumpuan Khusus mata pelajaran Pendidikan Islam:

i. Pendidikan Asas Tilawah al-Quran ii. Pembentukan Aqidah dan Bimbingan Asas Fardu Ain iii. Pemupukan amalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah yang dituntut oleh syariat iv. Penerapan Adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.

34

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab, beramal salih dan bertakwa

Matlamat pendidikan islam

Matlamat pendidikan islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan alSunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Objektif pendidikan islam

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah, murid dapat :

1. Membaca surah-surah terpilih dari juzu Amma dengan betul dan fasih bagi memupuk minat membaca al-Quran dan menjadi amalan harian.

2. Menghafaz ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian.

3. Memahami

maksud

beberapa

surah

yang

dipelajari

dan

menghayati

pengajarannya kearah meyakini al-Quran sebagai rujukan petunjuk Allah.

4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benteng keagamaan.

35

5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ain serta memahami fardu kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam.

6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah SAW sebagai asas perkembangan tamadun manusia.

7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian.

8. Membaca dan menulis jawi bangsa.

sebagai kecintaan terhadap warisan budaya

Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Dibahagikan kepada empat bidang iaitu Bidang Asuhan Tilawah al-Quran Bidang Pelajaran Jawi Bidang Asas Ulum Syariyah Bidang Asas Akhlak Islamiah

Bil.

BIDANG

OBJEKTIF

TUMPUAN

Asuhan Tilawah Al-Quran

1. Membaca Surahsurah terpilih daripada juzuk Amma dengan betul dan fasih bagi memupuk minat membaca Al-Quran.

1. Membaca ayat-ayat al-Quraan dengan Betul dan fasih. 2. Menghafaz ayat-

36

Bil.

BIDANG

OBJEKTIF

TUMPUAN ayat tertentu dengan betul dan fasih

2. Menghafaz ayat-ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadah harian. 3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari ddengan menghayati beberapa surah sebagai rujukan petunjuk Allah.

3. Memahami pengertian surahsurah tertentu daripada Juzuk Amma (Juzuk 30 ) dan menghayati pengajarannya.

Asas Ulum As- 1. Memahami dan meyakini Syariah asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan benting keagmaan 2. Mengamalkan ibadahibadah asas Fardu Ain s erta memahami Fardu Kifayah sebagai tuntutan kewajipan umat Islam 3. Memahami dan mengambil Iktibar dengan sirah Rasulullah S.A.W. sebagai asas perkembangan tamadun manusia,

1. Penekanan akidah,pembentukan sikap dan tanggungjawab terhadap Allah 2. Pengetahuan mengenai peraturan ibadah yang ditentukan oleh Allah Taala dan melaksanakannya 3. Percontohan dan pengambilan iktibar dari Sirah Rasulullah S. A..W 4. Implikasi Akidah,Ibadah dan Sirah dari segi tanggungjawab terhadap diri, keluarga,masyarakat dan Negara.

3.

Asas Akhlak Islamiah

Mengamal menghayati

adab dan 1. Kepatuhan terhadap nilai-nilai perturan dan cara

37

Bil.

BIDANG

OBJEKTIF akhlak dalam kehidupan seharian

TUMPUAN hidup Muslim dalam hubungan dengan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W 2. Kepatuhan terhadap peraturan dan tatacara perhubungan manusia dengan diri, keluarga, alam sekitar,masyarakat dan Negara

4.

Pelajaran Jawi

Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

1. Menulis tulisan jawi dengan baik 2. Membaca jawi dengan lancar 3. Menghayati seni tulisan jawi.

Huraian sukatan pelajaran pendidikan islam

Huraian

Sukatan Pelajaran (HSP) merupakan

satu daripada

dokumen utama

kurikulum Pendidikan Islam. Dalam dokumen Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) khususnya dimuatkan maklumat mengenai keperluan kurikulum Pendidikan Islam. Berikut ini dihuraikan konsep HSP , struktur HSP, organisasi isi, bahan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta keperluan penilaian Pendidikan Islam. Bahagian

38

Pengenalan HSP Pendidikan Islam merupakan satu bahagian yang penting daripada dokumen HSP ini. Ia menerangkan bagaimana kandungan Pendidikan Islam perlu dikembangkan dan disempurnakan kepada murid. Ia satu dokumen yang memperkembangkan dan memperjelaskan kehendak Sukatan Pelajaran. Fungsi utama Huraian Sukatan Pelajaran ialah untuk: maksud dan

Menentukan skop sukatan Panduan guru dalam menyediakan isi pelajaran dan pemilihan aktiviti pembelajaran Kegunaan penyedia buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih dan membina isi kandungan aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan kerja lanjutan Kegunaan pembinaan soalan ujian dan penaksiran samada berbentuk formatif atau sumatif

39

Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran Huraian sukatan pelajaran mempunyai format tertentu dan diselaras bagi semua mata pelajaran.Kandungan Huraian sukatan dipersembahkan dalam bentuk lajur.

Bidang Pembelajaran

Hasil Pembelajaran

Cadangan Pembelajaran

Pengalaman

Aras 1 :

Aras 2 :

Aras 3 :

Keterangan lajur

Lajur

Kandungan dalam Lajur

Lajur Bidang Pembelajaran

Mengandungi tajuk-tajuk seperti kandungan sukatan pelajaran.

dalam

Lajur Hasil Pembelajaran

Berkaitan dengan hasil pembelajaran yang mesti dicapai oleh murid.

40

Mengandungi kenyataan atau keterangan mengenai kesan atau hasil dari proses pembelajran yang dialami oleh murid, samada kesan berbentuk dalaman (implisit) atau luaran ( eksplisit).

Hasil pembelajaran yang mesti dicapai bagi setiap tajuk telah dibahagikan kepada 3 aras iaitu aras 1, aras 2 dan aras 3 bertujuan untuk memenuhi keperluan tiga golongan prestasi murid. Aras 1 : Aras ini bertujuan memenuhi keperluan golongan murid berpencapaian rendah. Ia merupakan aras yang paling rendah atau paling mudah yang mesti dikuasai oleh keseluruhan murid. Bimbingan dan dorongan dengan aktiviti yang sewajarnya perlu diberi untuk mencapai penguasaan hasil pembelajaran aras ini, iaitu tahap yang paling minima.

Aras 2 : Aras sederhana atau pertengahan yang perlu dikuasai oleh murid yang mempunyai aras kebolehan yang sederhana. 60% 70% daripada keseluruhan murid dalam kelas sepatutnya menguasai tahap ini .

41

Aras 3 : Aras paling tinggi. Ia perlu dikuasai oleh murid-murid pencapaian tinggi. Selalunya 15 % - 20% murid yang diajar boleh menguasai aras ini

Lajur Cadangan Pembelajaran

Pengalaman Memuatkan cadangan strategi, kaedah, teknik, aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencapai hasil pembelajaran yang baik. Cadangan kepada guru tentang pengalaman pembelajaran yang akan dialami oleh murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Tumpuan mata pelajaran Pendidikan Islam 1.Asuhan tilawah al-Quran Bacaan :

i.

Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris fathah, kasrah,dhammah, tanwin, sukun dan syaddah.

ii. Membaca kalimah dan potongan ayat

42

iii. Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris iv. Membaca surah-surah dengan betul dan fasih : v. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah mengandungi tanda bacaan mad dan waqaf tertentu yang

vi. Membaca ayat-ayat pendek mengandungi nun sakinah dan tanwin vii. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu mengandungi mim syaddah, nun syaddah dan mim sakinah yang

viii. Membaca potongan ayat-ayat daripada surah-surah tertentu yang mengandungi bacaan qalqalah. Berikut surah-surah yang dicadangkan;

Bil Surah

Bil Surah

Bil Surah

1 2 3 4 5

Al-Fatihah An-Nas Al-Falaq Al-Ikhlas Al-Masad

11 12 13 14 15

Al-Fil Al-Humazah Al-Asr Al-Takathur Al-Qariah

21 Al-Tin 22 Al-syarh 23 Al-Dhuha 24 Al-Lail 25 Al-Syams

43

6 7 8 9 10

Al-Nasr Al-Kafirun Al-Kawthar Al-Maun Al-Quraisy

16 17 18 19 20

Al-Adiyat Al-Zalzalah Al-Bayyinah Al;-Qadr Al-Alaq

26 Al-Balad 27 Al-Fajr 28 Al-Ghasiyyah 29 Al-Ala 30 Al-Tariq

Hafazan :

Menghafaz surah-surah berikut :

a. b. c. d. e. f. g. h. i.

Al-Fatihah An-Nas Al-Falaq Al-Ikhlas Al-Kafirun Al-Kawthar Al-Maun Al-Quraisy Al-Fil

l. m. n. o. p. q. r. s. t.

Al-Takathur Al-Qariah Al-Adiyat Al-Zalzalah Al-Bayyinah Al;-Qadr Al-Alaq Al-Tin Al-syarh

44

j. k.

Al-Humazah Al-Asr

u.

Al-Dhuha

Kefahaman : Pengertian Al-Quraan Kelebihan membaca Al-Quraan Sejarah ringkas al-Quraan Memahami surah-surah berikut secara umum Surah Al-Fatuhah ayat 1 - 7 Surah al-Nas ayat 1-6 Surah al-Falaq ayat 1-5 Surah al-Ikhlas Surah al-Kawthar Surah al-Maun ayat 1-7 Surah al-Qadr ayat 1-5 Surah al-Dhuha ayat 1-11 2.Bidang asas ulum syariah i. ii. iii. Akidah Ibadah Akhlak

Tajuk-tajuk Akidah ialah: Pengertian Rukun Iman Beriman Kepada Allah Beriman Kepada Maliakat Beriman Kepada Rasul Beriman kepada Kitab-Kitab Beriman kepada Hari Akhirat Beriman kepada Qadak dan Qadar Pengertian Rukun IslamSifat wajib Allah

45

Ibadah

Nama-nama Allah (Asma al-Husna ) yang berikut: Pengertian Dosa dan pahala Pengertian Syirik. Samiyyat : Pengertian Perkara-perkara samiyyat

o o o o o o

Konsep Ibadah Pengertian Jenis-jenis Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Jenis-jenis hukum Bersuci : Pengertian Tanggungjawab bersuci Istinjak Bersuci dari najis Bersuci dari hadas Tayammum o Solat: Pengertian Solat Fardu Bacaan dalam solat serta terjemahannya - Takratul Ihram - Surah AlFatihah - iii.Doa Iftitah - Ketika Ruku - Ketika Iktidal - Ketika Sujud - Ketika duduk antara dua sujud - Tahyatul awal dan akhir - Doa Qunut. Pelakuan Solat (Rukun Fili) dan hikmahnya Perkara-perkara yang membatal solat Rukun-rukun Syarat-syarat wajib Syarat-syarat sah Sunat Abadh dan Haiah. Azan dan Iqamah

46

Sirah :

Solat berjamaah Solat Jumaat Ibadah puasa Solat Hari Raya Aidil fitri dan Aidiladha Solat Jenazah

Tanda-tanda kenabian Salasilah keturunan Nabi Penyusuan dan Pemelihraan Nabi Nabi dibesarkan dan dididik nilai murni Kematian bapa dan ibu Nabi Kematian Datuk

Tentangan terhadap Rasulullah Israk dan Mikraj Perjanjian Aqabah

Hijrah kemadinah

Pembinaan Masjid pertama Persaudaraan Muhajirin dan Ansar Pembentukan Negara Madinah

Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudara Pekerjaan Nabi( Semasa Kecil & Dewasa Pekhawinan Nabi Peritiwa Hajarul al-Aswad Peristiwa di Gua Hira Mukjizat Al-Quraan

Mempertahankan Madinah

Piagam Madinah Perjanjian Hudaibiah Pembukaan Kota Mekah Perkembangan Islam Zaman Rasul Haji Wida

Dakwah Rasulullah (sulit dan terang)

47

Hijrah ke Habsyah Pembesar Mekah terima Rasulullah

Kewafatan Rasulullah S.A.W.

3.Bidang adab dan akhlak islamiyyah a. Adab dalam Kehidupan Harian Dalam bahagian ini anda akan didedahkan mengenai perkara berikut :

Adab Makan Minum Adab Qada Hajat Adab tidur dan bangun tidur Adab mandi dan bersugi Adab berwuduk Adab berpakaian

Adab berkenderaan Adab masuk dan keluar rumah Adab menghidang makan dan minuman Adab berjalan Adab bertanya Adab mengurus diri

b.

Adab terhadap Ibu Bapa dan Keluarga I. II. III. Adab bercakap dengan ibu bapa Adab menolong ibu bapa Adab bergaul dengan keluarga

48

c.

Adab dalam kehidupan Bersosial Adab bergaul dengan rakan Adab di masjid dan surau Adab bercakap dengan rakan Adab melayan tetamu Adab menziarah orang sakit Adab menziarah rakan Adab menziarah orang tua Adab dengan orang tua Adab menziarah jenazah kubur Adab makan di majlis keramaian Adab berjiran Adab berkumpul

Adab berjual beli

Adab bekerja

Adab menziarah jiran

Adab ketika bermaian

Adab terhadap tempat dan harta benda awam

Adab kecintaan kepada Negara

Adab menjaga kebersihan sungai dan alam sekitar Adab rehlah

Adab manusia dan makhluk lain

Adab dengan pemimpin

d.

Adab Menuntut Ilmu

49

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. e.

Adab bercakap dengan guru Adab ke sekolah Adab Belajar Adab semasa di sekolah Adab berhujah Adab menolong guru Adab menjaga harta benda sekolah

Adab dengan Al-Quraan i.Adab membawa dan menyimpan Al-Quraan ii.Adab membaca Al-Quraan

4.Pelajaran Jawi f. g. h. i. j. k. l. m. n. o. p. Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi tunggal Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi sambung Mengenal , menyebut dan menulis suku kata terbuka Mengenal , menyebut dan menulis suku kata tertutup Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat Mengenal , membaca dan menulis perkataan pinjaman Mengenal , membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan ayat pendek Menggunakan tanda baca Membaca pelbagai jenis teks bacaan Menulis pelbagai jenis teks Mengenal dan menulis khat Nasakh dan Rikah.

50

Analisis :

Tahun : 1 Matapelajaran : Pendidikan Islam tahun 1 Akidah TAJUK -RUKUN IMAN KEBAIKAN 1.Sukatan ini memang perlu diajar pada tahun satu kerana ia merupakan asas akidah islam dan isinya juga berpadanan dengan tahap pemikiran pelajar. KELEMAHAN 1.Sukatan ini terlalu ringkas dan murid tidak dapat menghayati isinya.Murid hanya mampu menyebut dan menulis sahaja tanpa mampu untuk memahaminya kerana isi terlalu ringkas PENAMBAHBAIKAN Sukatan ini perlulah membuat penambah baikkan terutama pada bahagian aktiviti supaya murid lebih memahami maksud yang sebenar.Skop perbincangan boleh diluaskan lagi tetapi biarlah berpadanan dengan pemikiran tahun 1..

51

Tahun : 2 Matapelajaran : Pendidikan Islam tahun 2 tilawah Al-Quran TAJUK -Membaca surah dengan betul dan fasih 1. Surah Al-Masad 2. Surah Al Ansar 3.Surah Al Kafirun 4. Surah Al Kausar 5 .Surah Al Maaun 6 .Surah Al Quraisyh 7.Surah Al Fil KEBAIKAN Pelajar dapat membaca surahsurah tersebut dengan betul dan fasih KELEMAHAN Sukatan ini tidak menjamin semua pelajar untuk mampu betul-betul mampu untuk membaca surahsurah tersebut bukan sahaja betul dan fasih tetapi bertajwid. PENAMBAHBAIKAN Perlu lebih penekanan terhadap tajwid dan memastikan murid betul-betul mampu membaca sendiri dan tidak mengikut guru sahaja.

52

Tahun : 3 Matapelajaran : Pendidikan Islam Ibadah TAJUK Ibadah KEBAIKAN 1.Pelajar dapat KELEMAHAN 1.Pelajar masih lagi keliru dan tidak dapat mengetahui tentang Ibadah yang mempunyai hukum seperti PENAMBAHBAIKAN 1.Bolehla ditambah dalam sukatan contoh yang lebih mudah difahami dan penerangan yang diberikan hendaklah

wajib,sunat,makruh,dan mengetahui serba haram sedikit tentang adanya Ibadah yang mempunyai hukum seperti

wajib,sunat,makruh,dan wajib,sunat,makruh,dan betul-betul dapat haram haram ini dan ada yang tidak dapat membezakannya kerana kekurangan contoh dan penerangan dalam sukatan difahami murid.

53

Tahun : 4 Matapelajaran : Pendidikan Islam Adab dan Akhlak Islamiyah TAJUK Adab Berjalan KEBAIKAN 1.Dapat menyatakan Adab ketika berjalan KELEMAHAN Pelajar tidak dapat untuk mempraktikkan adab berjalan dalam kehidupan seharian kerana hanya belajar teori sahaja dalam sukatan yang ada pada hari ini.Ini menyebabkan pelajar kurang faham akan kepentingan adab berjalan ini. PENAMBAHBAIKAN Aktiviti dan praktikal perlu lebih banyak.Akan tetapi peranan guru sangat penting dalam member contoh dan teladan kepada pelajar

54

Tahun : 5 Matapelajaran : Pendidikan Islam tahun 5 Jawi TAJUK Membina dan menulis pelbagai jenis ayat. KEBAIKAN Pelajar akan dapat membina dan menulis tulisan jawi dan sesuai dengan tahap mereka KELEMAHAN Sukatan ini tidak banyak membantu pelajar dalam mengukuhkan kemahiran menulis jawi mereka. PENAMBAHBAIKAN Sukatan pelajaran harus ditambah baik dengan menambah aktiviti dan latihan supaya pelajar lebih mahir.

55

Tahun : 6 Matapelajaran : Pendidikan Islam Ibadah TAJUK -Ibadah puasa ramadhan KEBAIKAN 1.Sukatan ini membolehkan KELEMAHAN 1.Pelajar hanya mengetahui puasa PENAMBAHBAIKAN 1.Menambah isi dalam sukatan supaya pelajar mengetahui dan

pelajar mengetahui dibulan ramadhan tentang ibadah puasa dibulan ramadhan. tetapi tidak dapat

menghayatinya.Pelajar dapat menghayati juga tidak mengetahui kelebihan dan kebaikan puasa kepada diri mereka sendiri dan amalan amalan lain yang sangat di tuntut dalam bulan ramadhan kerana tiada penekanan dalam sukatan ibadah puasa di bulan ramadhan.

56

3.Menganalisis buku teks dan buku panduan guru 1.Buku Teks Konsep Buku Teks Buku teks Pendidikan Islam yang terbaru kini dan digunakan disekolah dibina berdasarkan semakan semula KBSR.Isi kandungan memenuhi dan menepati kehendak sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.

Buku teks ditampilkan sebagai agen perubahan yang berkemampuan untuk membantu memberikan prospek baru dalam penerokaan, penguasaan kemahiran baru dan terkini, progresif, dinamik dan seimbang bagi para pelajar sekolah

Buku

teks

merupakan

satu

bentuk

penulisan

yang

terkandung

fakta

didalamnya,pengetahuan dan pelbagai maklumat lain yang benar bagi membantu membentuk minda pelajar.Buku teks menggunakan ilustrasi yang menarik beserta dengan bahasa yang ringkas dan padat bagi merangsang minda pelajar dan membantu murid untuk lebih memahami dan menghayati isi pelajaran.

Kandungan Buku Teks :

I.

Buku teks telah digubal oleh panel penulisan yang telah dilantik. Buku Teks mengandungi dua jilid iaitu jilid satu untuk Asuhan Tilawah Adab dan Akhlak Islamiah Al

II.

Quran dan Pelajaran Jawi dan jilid dua Bidang Asas Ulum Syariyyah dan

III.

Setiap tajuk pelajaran telah disediakan dengan isi pelajaran yang lengkap.

57

IV.

Bagi setiap isi pelajaran telah ditentukan hasil pembelajaran dan aras pembelajaran seperti yang telah ditetapkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran.

V.

Isi kandungan buku teks dilengkapkan dengan grafik-grafik yang menarik perhatian murid-murid .

VI.

Di akhir setiap topik dicadangkan aktiviti susulan dan latihan untuk penilaian.

VII.

Setiap tajuk juga disediakan dengan aktiviti gerak minda, penghayatan dan info islam.

Keberkesanan Buku Teks :

1. Buku teks boleh membantu murid-murid membuat persediaan belajar. 2. Membangkitkan minat murid untuk membaca dengan ilustrasi yang menarik. 3. Buku teks juga sebagai bahan rujukan murid-murid di sekolah dan di rumah ketika membuat ulangkaji. 4. Buku teks juga menjadi panduan awal kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 5. Buku teks juga memberikan kemudahan kepada guru untuk membuat aktiviti dan latihan.

Rumusan Buku teks sangat berguna dalam semua mata pelajaran yang ada di dalam sistem pendidikan di negara ini.Ia sebagai sumber rujukan utama bagi para pendidik.Begitu juga bagi buku teks Pendidikan Islam.Buku teks ini sangat membantu bagi memudahkan pelajar memahami pelajaran Pendidikan Islam ini.Namun,masih lagi terdapat ruang yang kecil yang boleh ditambah baik.Antaranya adalah isi yang

58

terlalu ringkas dalam sebilangan kecil tajuk.Ini menyebabkan murid tidak dapat memahami sepenuhnya perkara dalam tajuk tersebut.Keseluruhannya,buku teks merupakan satu elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Analisis Buku Panduan Guru

Buku Panduan Guru (BPG) ialah sebuah buku yang digunakan sebagai suber rujukan kepada guru untuk melaksanakan pengajaran denagn baik dan mudah. BPG dapat membantu guru untuk menjalankan pengajaran matapelajaran dengan lebih infension dan bermutu serta dapat memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada pelajar.

Fungsi Buku Panduan Guru

Wujud pembelajaran yang berkesan dan suasana mengembirakan . Penglibatan murid secara aktif

bilik darjah yang

Strategi pengajaran yang merangsangkan perbincangan dan penerokaan Suasana pembelajaran koperatif di mana murid berpeluang melihat diri

mereka sebagai murid yang berkebolehan Kemahiran Berfikir Pengajaran Berasaskan kajian Masa Depan (KMD) Pembelajaran secara konstruktivisme Pembelajaran secara kontekstual Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Kandungan Buku Panduan Guru Panduan mengendalikan setiap bab.

59

Hasil pembelajaran. Kangkah aktiviti bagi setiap aktiviti. Panduan jawapan. Set induksi.

Keberkesanan Penggunaan Buku Panduan Guru

1. Membantu guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dalam bilik darjah.

2. Sebagai garis panduan yang terarah bagi guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

3. Buku Panduan Guru juga menyediakan contoh-contoh aktiviti dan latihan yang sesuai yang boleh membantu guru di dalam kelas.

Rumusan Buku panduan guru ini boleh diibaratkan sebagai buku teks untuk guru.Ia sangat membantu dalam memberi contoh dan tunjuk ajar kepada para pendidik di Malaysia sekelian.Kementerian Pendidikan menghasilkan buku panduan guru ini adalah sebagai satu strategi bagi memastikan kurikulum berjalan dengan cara yang terbaik dan terkini.Keseimpulannya para guru perlu menjadikan buku panduan ini sebagai panduan dan rujukan utama dalam mereka menjayakan proses pembelajaran dan pengajaran mereka.

60

Menganalisis pelaksanaan Pendidikan Islam 6 Bulan Pertama dan Model-Model Program J-QAF.

Program 6 Bulan Pertama Takrif Program 6 Bulan Pertama ialah program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran pada enam bulan pertama Tahun Satu. Matlamat 3.1 Murid dapat menguasai kemahiran bacaan al-Quran dengan kaedah Iqra. 3.2 Murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid. 3.3 Murid dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk. Kumpulan Sasaran Semua murid yang beragama Islam Tahun Satu Sekolah Rendah. Strategi Pelaksanaan Tempoh Pelaksanaan Murid Tahun Satu akan mengikuti aktiviti Model 6 Bulan Khatam al-Quran selama 6 bulan pertama setiap tahun (Januari hingga Jun). Bagi 6 bulan berikutnya mereka akan mengikuti kurikulum Pendidikan Islam berdasarkan sukatan pelajaran sedia ada. Peruntukan Waktu Pengajaran dan pembelajaran di Tahun Satu berfokus kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran selama 6 bulan (18minggu Pengajaran dan Pembelajaran) mulai Januari hinggaJun dengan peruntukan masa empat kali seminggu. Dua waktu selebihnya digunakan untuk Pemulihan Jawi.

61

Pada enam bulan berikutnya mulai Julai hingga Disember peruntukan waktu Asuhan Tilawah al-Quran ialah tiga waktu,Ulum Syariah dua waktu dan Jawi satu waktu.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran.

i. Murid Tahun 1 pada enam bulan pertama hendaklah menggunakan buku Iqra 1 hingga 6dengan berdasarkan Agihan Bacaan Iqra Model 6 Bulan Khatam al-Quran ii. Proses P&P model ini bermula dengan penentuan tahap pencapaian murid melalui satu ujian ringkas untuk tujuan diagnostik. iii. Ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan instrumen yang disediakan oleh pihak sekolah iv. Berdasarkan hasil ujian guru membahagikan murid kepada beberapa kelompok mengikut tahap kebolehan masing-masing. Bagi murid yang belum membaca Iqra dimulakan dengan Iqra 1 manakala murid yang telah membaca Iqra dan menguasainya mereka menyambung bacaan pada buku Iqra yang seterusnya. Muridmurid yang telah menguasai bacaan al-Quran boleh meneruskan dengan aktiviti bacaan al-Quran model 6 bulan khatam al-Quran. Murid yang telah khatam akan mengulangi bacaan untuk tujuan peningkatan mutu bacaan al-Quran. v. Pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara individu menggunakan pendekatan talaqqi dan musyfahah. vi. Proses talaqqi dan musyafahah dalam kelas dikendalikan oleh Guru Pendidikan Islam (GPI) dan 3 orang guru j-QAF.Proses ini dilakukan secaralangsung oleh guru untuk setiap murid. Guru hendaklah menetapkan sasaran minima lima minit masa bacaan untuk setiap murid bagi setiap waktu P&P. Bagi kelas yang ramai murid sasaran ini sukar dicapai, oleh itu guru boleh meminta dua orang murid yang berkebolehan membaca secara serentak.

62

vii. Penilaian hendaklah dilakukan pada setiap bulan pengajaran dijalankan. Laporan penilaian Iqra hendaklah dilengkapkan dengan menggunakan borang penilaian alQuran seperti yang digunakandalam Pelaksanaan Program Jawi dan al-Quran Enam Bulan Pertama Tahun Satu 2005.

viii. Penilaian khatam al-Quran hendaklah dijalankan dengan berpandukan kepada agihan markah yang ditetapkan ix. Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam tempoh tersebut,pemulihan mesti dijalankan agar tidak ada pelajar yang tercicir. x. Selepas tamat tempoh 6 bulan satu lagi bentuk penilaian keseluruhan hendaklah dibuat bagi mengenalpasti semua pelajar dapat membaca al-Quran dengan baik. KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Khatam Al-Quran Model 6 Bulan menekankan penggunaan kaedah talaqqi dan musyafahah. Kaedah ini dilaksanakan melalui proses berikut: Murid mendengar bacaan contoh dari guru, kaset contoh bacaan,CD atau lainlain. Murid membaca dengan bimbingan guru PI, guru j-QAF atau murid turus. Guru PI, guru j-QAF atau murid turus membetulkan bacaan murid. Guru PI, guru j-QAF atau murid turus mengesahkan bacaan murid dengan memberikan pujian. Penilaian Penilaian bacaan Iqra perlu dilakukan pada setiap 3 bulan kepada murid bagi mengesahkan murid tersebut benar-benar menguasai bacaan yang direkodkan oleh guru PI dan guru j-QAF. Laporan penilaian hendaklah dilengkapkan dengan menggunakan borang penilaian al-Quran seperti yang digunakan dalam Pelaksanaan

63

Program Jawi dan al-Quran Enam Bulan Pertama Tahun Satu 2005. Laporan penilaian yang dilengkapkan ini hendaklah difailkan untuk simpanan dan dihantar ke pihak yangbertanggungjawab seperti berikut: i.Sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah/Gabungan (PPD/PPG pada setiap bulan Julai dan Okt). ii. PPD kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN pada setiap bulan Julai dan Okt). iii. JPN kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI, BPK dua kali setahun iaitu Julai dan Oktober).

Penilaian menyeluruh bagi model 6 bulan khatam al-Quran hendaklah dilakukan pada Julai dan Oktober bagi menentukan tahap pencapaian bacaan al-Quran setiap individu. Laporan analisa pencapaian murid hendaklah menggunakan borang yang disediakan dan dihantar ke JPN pada bulan Julai dan Oktober. Pihak JPN akan menghantar laporan analisa tersebut ke BPI, BPK pada Julai dan Oktober. Penilaian hendaklah menggunakan ayat bacaan semasa murid. Penilaian ini hendaklah berdasarkan panduan berikut: Agihan markah i. Jumlah ayat : 60 markah ii. Kualiti bacaan : 40 markah Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang di baca oleh murid iaitu : ayat tertinggi X 60 Jumlah ayat keseluruhan =

64

Rumusan

Program enam bulan pertama ini sebenarnya satu program penting kerana membolehkan pelajar untuk mengenali dan berkebolehan untuk membaca al-Quran dengan fasih dan lancar serta bertajwid.Namun,guru perlulah memastikan bahawa murid betul-betul boleh membaca al-Quran dan Iqra dengan sendiri sahaja dan bukannya baca ikut guru.

J-QAF

Program j-QAF adalah satu program yang memantapkan lagi sistem pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam. Program ini juga bertujuan untuk memberi penekanan yang mendalam berdasarkan beberapa bidang antaranya Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardhu Ain. Program ini hasil cetusan ilham daripada bekas perdana menteri Malaysia yang kelima iaitu Tun Abdullah B. Ahmad Badawi.

Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan beberapa mesyuarat dan bengkel seterusnya mengadakan seminar Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Program j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan bermula pada April 2004 dan berakhir pada Julai 2004. Bermula pada tahun 2005, program j-QAF telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat setelah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri.

Program ini memperkasakan dan memantapkan lagi pendidikan islam di sekolah-sekolah. Selain itu, murid-murid akan dapat mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan dan mendapat tunjuk ajar yang sepatutnya oleh guru-guru yang terlatih.

65

Melalui program ini juga, murid-murid akan didedahkan dengan aktiviti ko-kurikulum serta kurikulum yang bersesuaian.

KONSEP PROGRAM j-QAF

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

OBJEKTIF-OBJEKTIF PROGRAM j-QAF

Antara objektif atau matlamat program ini ialah, semua murid islam sekolah rendah akan dapat : i. ii. iii. iv. Menguasai bacaan dan tulisan Jawi. Khatam al-Quran. Menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi. Memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

66

Kepentingan Pemulihan Jawi

Jawi adalah salah satu daripada kompenen pendidikan islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun Satu. Laporan pemantauan telah menyatakan bahawa penguasaan bacaaan jawi dalam pendidikan islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan. Pengukuhan terhadap jawi juga perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Oleh itu, murid dapat membaca dan menggunakan tulisan jawi dengan betul dan lancar.

Kepentingan Khatam al-Quran

Al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al-Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada para ustaz dan ustazah. Oleh itu, Pendidikan Islam pada masa ini hanya mengutamakan kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada Masyarakat. Justeru, murid dapat membaca dan menguasai al-quran pada peringkat rendah lagi seterusnya boleh mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka.

Kepentingan Bahasa Arab

Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran dan bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang memmuridinya.

67

Kepentingan Fardhu Ain

Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan fardu ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. Berdasarkan pemerhatian ini, salah satu pendekatan yang perlu dipraktikkan ialah dengan mengadakan kelas-kelas fardhu ain, amali solat dan sebagainya.

MODEL-MODEL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DAN KOKURIKULUM j-QAF. Setelah diteliti dan dikaji, maka beberapa model telah dikenalpasti untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah bermula pada tahun 2005. Antara model-model yang telah dipilih dan digunakan ialah : Model Tasmek Khatam Al-Quran. Model Kelas Pemulihan Jawi. Model 6 Bulan Khatam Al-Quran. Model Bestari Solat (Kokurikulum). Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.

Model Kelas Pemulihan Jawi.

Model Kelas Pemulihan Jawi adalah salah satu model yang telah dipilih untuk program j-QAF. Guru khas yang telah dilantik akan menjalankan tugas bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran pada waktu yang telah ditetapkan menggunakan modul yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap sekolah perlu menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahanbahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan

68

kemudahan ICT sedia ada. Selain itu, guru perlu membuat pemantauan dan memastikan setiap murid dapat menguasai jawi dari semasa ke semasa.

Objektif Murid yang keciciran dalam jawi akan dipulihkan dengan sekurang-kurangnya dapat mengenal, menyebut, menulis huruf- huruf tunggal, serta membaca suku kata terbuka dan perkataan-perkataan mudah yang dibina daripada suku kata tersebut. Kumpulan Sasaran Kumpulan sasaran modul ini ialah murid-murid Tahun 1 yang tidak dapat melepasi ujian khas sepertimana lampiran iaitu tidak mengenal huruf tunggal atau suku kata terbuka. Matlamat Memastikan semua murid islam menguasai bacaan dan tulisan jawi serta memupuk semangat cintakan warisan budaya bangsa. Strategi Pelaksanaan 1. Memastikan Unit j-QAF di bawah Panitia Pendidikan Islam dan dipengerusikan oleh Guru Besar. 2. Jawatankuasa Pelaksana bermesyuarat bagi memutuskan perkara berikut: Mengenalpasti murid-murid yang belum menguasai melalui ujian khas atau maklumat daripada guru yang mengajar. Jumlah murid bagi satu kelas pemulihan hendaklah di antara 6 hingga 10 orang. Penyediaan tempat yang sesuai bagi pelaksanaan kelas pemulihan jawi. Penyediaan bahan bantu mengajar.

3. Melaksanakan Kelas Pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang telah ditentukan. 4. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menekankan kaedah permainan dan nyanyian yang menyeronokkan. 5. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali kelas dilaksanakan.

69

6. Menjalankan Ujian Pengesanan sebelum murid mengikuti kelas Jawi sedia ada. Murid kelas biasa yang gagal dalam ujian pengesanan akan di masukkan ke Kelas Pemulihan Jawi. Penilaian 1. Guru hendaklah melaksanakan penilaian setiap kali kelas dijalankan. 2. Penilaian tersebut hendaklahberdasarkan beberapa aspek antaranya ialah menguji kemahiran mengenal, membaca dan menulis huruf-huruf dan suku katasuku kata dan rangkai kata yang mengikut format yang telah disediakan. 3. Hasil penilaian mestilah direkodkan ke dalam Borang Khas Penilaian Kelas Pemulihan Jawi yang telah disediakan. Agihan Tugas 1) Guru Besar Bertanggungjawab: Mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi. Memastikan Kelas Pemulihan Jawi Ini Dapat Dilaksanakan Dengan Sempurna. Memantau Perlaksanaan Model Kelas Pemulihan Jawi. Menubuhkan jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah.

2) Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab: Bekerjasama dengan guru Kelas Pemulihan Jawi j-QAF dan guru-guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi. Menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata muridan dan guru Kelas Pemulihan Jawi j-QAF. Merupakan setiausaha jawatan kuasa pelaksana peringkat sekolah.

3) Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab: Menjalankan ujian khas untuk memilih murid yang akan mengikuti Kelas Pemulihan Jawi.

70

Meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa di dalam kelas.

4) Guru Pemulihan bertanggungjawab: Melaksanakan Kelas Pemulihan Jawi mengikut agihan kemahiran yang ditetapkan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan mantap. Menjalankan kerja-kerja khusus bagi murid-murid yang lemah atau yang lambat dan yang terpilih dari tahun 1 6. Keutamaan di tumpukan kepada murid-murid tahap satu (tahun 1,2,3). Membantu guru lain dalam merancang dan menyediakan aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kelas pemulihan jawi berdasarkan maklumat-maklumat berikut: Kemajuan murid Latar belakang murid Laporan kesihatan murid

Melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada ketua panitia dan seterusnya merekodkan penilaian terhadap murid-murid.

ANALISIS

Dari hasil pemerhatian saya,Model Kelas Pemulihan Jawi ini merupakan satu usaha yang sangat bagus dan dipuji kerana dalam keadaan sekarang ini ramai orang melayu sudah tidak mengenali lagi tulisan jawi ini.

Dengan adanya model ini,para murid sekelian mampu untuk belajar dan mengetahui dan menguasai tulisan jawi.Bagi pelajar yang ketinggalan pula,model ini sangat

71

berkesan dan berguna bagi mereka supaya mereka dapat juga menguasai tulisan jawi ini.

Model ini haruslah diteruskan dan dilaksanakan serta ditambahbaik sentiasa bagi memastikan model ini berjalan dengan lancar.

Model Tasmek Khatam Al-Quran

Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian, keupayaan murid dan waktu guru tasmik yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan. Guru tasmik tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah.

Objektif Murid dapat membaca al Quran dengan bertajwid. Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk. Kumpulan Sasaran Semua murid beragama Islam Tahun Satu hingga Tahun Enam sekolah rendah. Strategi Pelaksanaan 1. Murid hanya menggunakan al-quran rasm uthmani 2. Setiap murid mempunyai guru pembimbing 3. Guru pembimbing akan membimbing dan merekod bacaan setiap kali tasmik 4. Setiap murid memiliki buku rekod bacaan al-quran 5. Guru j-QAF & GPI akan menilai dan mengesahkan seminggu. bacaan murid sekali

72

6. Murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan agihan juzuk yang dicadangkan. Penilaian 1) Penilaian penguasaan bacaan murid mingguan.

tanpa terikat dengan

secara ringkas dilakukan secara

2) Penilaian penguasaan bacaan murid secara menyeluruh dilakukan di akhir tahun.

Agihan Tugas 1. Tugas terbahagi kepada Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Penolong Pengarah Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri, Pegawai dan Penyelia Pelajaran Daerah dimana bertanggungjawab memastikan program jQAF berjalan seperti yang dijadualkan. 2. Guru Besar bertanggungjawab : Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program j-QAF Mengeluarkan surat pelantikan kepada guru pembimbing Memberi taklimat kepada guru pembimbing murid yang terlibat Memastikan program j-QAF ini dapat dilaksanakan dengan sempurna Memantau perlaksanaan Model Tasmik dan mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantar ke JPN. Laporan pencapaian murid dibuat menggunakan borang Analisa

Pencapaian Murid yang disedikan oleh JAPIM. 3. Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari Guru tasmik Bekerjasama dengan Guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan pelaksanaan program j-QAF Menyemak laporan yang dibuat oleh guru mata pelajaran.

73

4. Guru j-QAF bertanggungjawab Mengumpul data guru tasmik al-Quran Menentukan guru tasmik untuk semua murid yang terlibat dengan projek ini Menjadi penilai serta membuat pengesahan dalam rekod bacaan.

ANALISIS

Model tasmek khatam al-quran merupakan salah satu daripada model yang telah dipilih dan dilaksanakan di sekolah-sekolah. Model ini merupakan satu nafas baru kepada murid untuk mempelajari dan membaca al-Quran.

Waktu sekolah biasa memang tidak mencukupi untuk murid betul-betul pandai membaca al-Quran.Dengan adanya program ini,maka ia sangat membantu dalam mengukuhkan lagi kemahiran murid membaca al-Quran.

Dengan bertasmek dengan guru yang berkelayakan pula,murid akan jadi lebih faseh dan baik dalam bacaan.Oleh itu,model ini bertepatan dengan keadaan sekarang dimana ramai orang tidak pandai membaca al-Quran

74

Model Perluasan Bahasa Arab Komunikasi

Model pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan

pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah wajib bagi semua murid yang menganut agama Islam dan sebagai mata pelajaran pilihan untuk murid bukan Islam dibolehkan mengambil BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran bahasa Cina Komunikasi dan bahasa Tamil Komunikasi. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.

Objektif Antara objektif yang telah digariskan oleh modul ini ialah murid-murid dapat : 1. Mendengar bunyi huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab serta memahaminya 2. Menyebut dengan betul huruf, perkataan dan ayat bahasa Arab 3. Bertutur dalam bahasa Arab berdasarkan situasi tertentu dan memahaminya 4. Membaca dengan betul dan memahami perkataan dan ayat bahasa Arab 5. Menulis dengan betul, perkataan dan ayat bahasa Arab serta memahaminya 6. Menulis petikan berdasarkan situasi tertentu menggunakan ayat-ayat mudah dan memahaminya. Kumpulan Sasaran Pelaksanaan Model Perluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi bermula pada tahun 2005 melibatkan murid tahun 1 di seribu dua ratus dua puluh satu (1,221) buah sekolah terpilih dan akan diperluaskan ke semua sekolah kebangsaan seluruh negara. Matlamat Pengajaran dan pembelajaran bahasa arab komunikasi di peringkat rendah bermatlamat menanam minat mempelajari bahasa arab bagi menguasai kemahiran berbahasa di samping membolehkan murid berkomunikasi dengan mudah.

75

Strategi Pelaksanaan 1. Model perluasan pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi menggunakan

peruntukan masa sedia ada Bahasa Arab Komunikasi di sekolah kebangsaan iaitu 60 minit seminggu (30 minit x 2 waktu). 2. Masa yang diperuntukkan mestilah berdasarkan dalam jadual waktu rasmi persekolahan. 3. Model ini dilaksanakan berpandukan kepada sepuluh (10) unit / topik yang terkandung dalam Pakej Buku Teks Bahasa Arab Komunikasi Tahun 1 Edisi 2004. 4. Senarai unit / topik yang dinyatakan dalam Pakej Buku Teks di atas adalah seperti berikut : a. Unit / Topik Pertama : b. Unit / Topik Kedua : c. Unit / Topik Ketiga : d. Unit / Topik Keempat : e. Unit / Topik Kelima : f. Unit / Topik Keenam : g. Unit / Topik Ketujuh : h. Unit / Topik Kelapan : i. Unit / Topik Kesembilan : j. Unit / Topik Kesepuluh : 4. Pelaksanaan setiap unit / topik mencakupi aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam Buku Teks dan Buku Latihan dan Aktiviti Murid 5. Guru Bahasa Arab hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan kadar satu unit / topik untuk satu bulan.

76

Agihan Tugas 1. Penolong Pengarah j-QAF Negeri dan Penyelia Pendidikan Islam Daerah bertanggungjawab: Memberi taklimat pelaksanaan model ; dan Memantau pelaksanaan model.

2. Guru Besar bertanggungjawab: Memastikan program dapat dilaksanakan dengan sempurna Meneliti dan mengemukakan laporan pelaksanaan model kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Negeri. 3. Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab: Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan model Bekerjasama dengan semua pihak di sekolah bagi menjayakan pelaksanaan model Menyediakan dan menyerahkan laporan pelaksanaan model kepada Guru Besar. 4. Guru Bahasa Arab bertanggungjawab Menggunakan Buku Teks, Buku Latihan, Aktiviti Murid, Buku Panduan Guru Bahasa Arab Komunikasi serta bahan bantu mengajar yang disediakan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam kelas Merancang aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna Mempelbagaikan aktiviti komunikatif untuk menarik minat murid Memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid Membuat penilaian dengan menggunakan instrumen yang disediakan Merekodkan hasil penilaian yang dilakukan selepas proses pengajaran dan pembelajaran Melaporkan perjalanan kelas dan hasil penilaian kepada Ketua Panitia.

77

Penilaian 1) Penilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian berdasarkan objektif dan hasil pembelajaran yang ditetapkan. Guru perlu menjalankan 3 penilaian iaitu penilaian sikap, penilaian lisan dan penilaian tulisan. Walaubagaimanapun penilaian yang perlu dilaporkan kepada JAPIM untuk tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3) ialah penilaian lisan sahaja.

2) Penilaian Bahasa Arab Komunikasi di peringkat sekolah dilaksanakan mengikut format Penilaian Kendalian Sekolah (PKS). Penilaian Kendalian Sekolah mempunyai prinsip-prinsip berikut : Bersifat formatif Mengesan perkembangan individu secara menyeluruh (intelek, emosi, rohani dan jasmani) Bersistem dan berterusan Menggunakan pelbagai kaedah (pemerhatian, lisan dan penulisan) Berasaskan kriteria Dikendalikan oleh guru Membolehkan tindakan susulan.

78

ANALISIS

Model perluasan Bahasa Arab Komunikasi adalah satu model yang mengajarkan bahasa arab komunikasi kepada murid-murid sekolah rendah.Dengan ini membolehkan murid dapat mengetahui dan mempelajari bahasa arab selain bahasa melayu dan bahasa inggeris.

Dengan itu,keupayaan dan pengetahuan murid akan bertambah.Lagipun mempelajari bahasa arab akan mendapat banyak kebaikan.Ini kerana bahasa arab merupkan salah satu bahasa antarabangsa.

Model ini memberi penambahan ilmu yang berguna kepada murid.Diharap kan agar model ini dapat diwajibkan kepada semua sekolah tidak lama lagi agar semua mendapat manfaat dari model ini.

Model 6 Bulan Khatam Al-Quran

Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran modul 6 bulan.

79

Objektif 1. Murid dapat menguasai kemahiran bacaan al-Quran dengan kaedah Iqra. 2. Murid dapat membaca al-Quran dengan lancar dan bertajwid. 3. Murid dapat menghabiskan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk. 4. Murid dapat menghabiskan surah-surah yang ditetapkan. Kumpulan Sasaran Semua murid yang beragama Islam Tahun Satu hingga Tahun Enam sekolah rendah. Strategi Pelaksanaan 1. Tempoh Pelaksanaan o Murid Tahun Satu dan Tahun Enam akan mengikuti aktiviti Model 6 Bulan Khatam Al-Quran selama 6 bulan pertama setiap tahun (Januari hingga Jun). Bagi 6 bulan berikutnya mereka akan mengikuti kurikulum Pendidikan Islam berdasarkan sukatan pelajaran sedia ada.

2. Peruntukan Waktu o Pengajaran dan pembelajaran di Tahun Satu berfokus kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran selama 6 bulan (18 minggu Pengajaran dan Pembelajaran) mulai Januari hingga Jun dengan peruntukan masa empat kali seminggu. Dua waktu selebihnya digunakan untuk Pemulihan Jawi. Pada enam bulan berikutnya mulai Julai hingga Disember peruntukan waktu Asuhan Tilawah Al-Quran ialah tiga waktu, Ulum Syariah dua waktu dan Jawi satu waktu.

80

3. Peruntukan Waktu Tahun Dua o Semua murid membaca al-quran menggunakan mashaf rasm uthmani. Guru j-QAF dan GPI akan membimbing murid dengan menggunakan kaedah (talaqqi musyafahah). Setiap bacaan akan direkod oleh guru dan modul P&P model enam bulan pertama menjadi rujukan guru. Seterusnya, kaedah iqra akan digunakan untuk murid yang tidak menguasai bacaan al-quran.

Agihan Tugas 1. Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Penolong Pengarah Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri, Pegawai j-QAF dan Penyelia Pelajaran Daerah bertanggungjawab memastikan program j-QAF berjalan seperti yang dijadualkan 2. Guru Besar bertanggungjawab Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program j-QAF Memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan sempurna Memantau pelaksanaan program Mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri. Laporan pencapaian murid dibuat menggunakan borang Analisa Pencapaian Murid. 3. Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah Mengadakan mesyuarat dan perbincangan pelaksanaan program j-QAF Bekerjasama dengan Guru j-QAF menyediakan keperluan pelaksanaan program j-QAF Menyemak laporan.

4. Guru Pendidikan Islam bertanggungjawab Membimbing guru j-QAF dalam melaksanakan P & P

81

Penyelarasan P & P dalam bilik darjah Memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan Al- Quran bersama guru j-QAF membuat pengesahan bacaan setiap murid seminggu sekali dalam Buku Rekod Bacaan Al-Quran.

5. Guru j-QAF Bersama guru Pendidikan Islam membahagikan murid-murid kepada beberapa kelompok mengikut tahap penguasaan bacaan Membantu dan membimbing murid secara individu

Mencatat bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan Al-Quran mengikut kelompok masing-masing Mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam Buku Rekod Mengajar Membuat laporan pencapaian murid sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan Oktober.

Penilaian i) Penilaian Iqra

1. Penilaian bacaan Iqra perlu dilakukan pada setiap 3 bulan kepada murid bagi mengesahkan murid tersebut benar-benar menguasai bacaan yang direkodkan oleh guru PI dan guru j-QAF. 2. Laporan penilaian yang dilengkapkan ini hendaklah difailkan untuk simpanan dan dihantar ke pihak yang bertanggungjawab seperti berikut: Sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah/Gabungan (PPD/PPG pada setiap bulan Julai dan Oktober). PPD kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN pada setiap bulan Julai dan Oktober). JPN kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM dua kali setahun iaitu Julai dan Oktober)

82

3. Penilaian hendaklah menggunakan ayat bacaan semasa murid. Penilaian ini hendaklah berdasarkan panduan berikut:

Agihan Markah : Jumlah ayat : 60 markah Kualiti bacaan : 40 markah Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang di baca oleh murid iaitu : ayat tertinggi X 60 = Jumlah ayat keseluruhan

ii)

Penilaian Khatam Al-Quran

Laporan penilaian khatam al-quran hendaklah menggunakan boring analisa pencapaian yang disediakan dan dihantar kepada pihak yang bertanggungjawab seperti berikut : Sekolah kepada Pejabat Pendidikan Daerah/Gabungan (PPD/PPG pada setiap bulan Julai dan Oktober). PPD kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN pada setiap bulan Julai dan Oktober). JPN kepada Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM dua kali setahun iaitu Julai dan Oktober)

83

ANALISIS

Model Enam Bulan Khatam Quran ini merupakan satu model yang mensasarkan murid-murid dapat khatam al-Quran dalam masa enam bulan.Ia bermula pada bulan Januari hingga Jun.

Kebaikan model ini adalah murid-murid yang terlibat dapat khatam al-Quran dalam tempoh masa yang singkat.Murid juga akan lebih mengenali dan lebih mahir dalam membaca al-Quran.

Bagi pelajar yang kurang cemerlang,mereka tidaklah ketinggalan dengan rakan-rakan mereka yang lain kerana terdapat kaedah dan latihan yang diberikan supaya semua pelajar dapat membaca al-Quran dengan baik.

Model Bestari Solat ( Ko-Kurikulum )

Model Bestari Solat adalah model kokurikulum yang dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan. Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.

84

Objektif Murid-murid akan : 1. Dapat berwuduk dengan sempurna. 2. Dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu. 3. Dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar. 4. Boleh solat dengan sempurna bersendirian atau berjamaah. Kumpulan Sasaran Murid-murid tahun satu. Strategi Pelaksanaan 1. Taklimat hendaklah disampaikan kepada semua yang terlibat. 2. Aktiviti berbentuk latih tubi. 3. Dilaksanakan empat kali setahun selama 2 hari setiap kem tanpa bermalam. 4. Dicadangkan setiap kem 60 murid dan bahagikan kepada 10 kumpulan. 5. Menetapkan tempat dan masa untuk diadakan kem 6. Menetapkan jadual aktiviti diselaraskan 7. Menentukan fasilitator 8. Menentukan bilangan murid yang akan mengikuti kem

Agihan Tugas 1. PP. j-QAF, JPN Dan Penyelia Pendidikan Daerah/Gabungan bertanggungjawab : Memberi taklimat perlaksanaan kem. Memantau pelaksanaan kem. Menghantar laporan ke japim menggunakan borang yang disediakan.

2. Guru Besar bertanggungjawab : Memastikan program ini dilaksanakan dengan sempurna.

85

Penilaian

Meneliti dan mengemukakan laporan pelaksanaan kepada PPD dan JPN.

1. Menentukan tahap kebolehan murid menunaikan solat. 2. Mencatatkan tahap pencapaian murid setiap kem diadakan. 3. Pencapaian murid hendaklah direkodkan. 4. Pelajar gagal menguasai solat selepas diadakan hendaklah diambil tindakan susulan JPN hendaklah menghantar laporan perlaksanaan kem bestari solat kepada JAPIM.

ANALISIS Diantara semua model,model ini merupakan yang paling penting kerana melibatkan fardhu ain.Solat adalah ibadat yang utama.Solat juga merupakan tiang ugama.Solat juga mampu untuk mencegah kemungkaran.

Oleh itu adala penting untuk kita melaksanakan model ini dengan sebetulnya.Ramai orang pada hari ini tidak bersolat dan tidak tahu cara bersolat.Dengan itu,tujuan model ini adalah untuk mengajar murid-murid supaya murid-murid tersebut tahu,pandai dan mempraktikkan solat sentiasa.

Model ini patut dipuji kerana satu usaha yang murni dan betul-betul dapat memberi seribu kebaikan kepada murid-murid sekelian.Dan sepatutnya program ini ditambah lebih banyak masa dan waktu agar lebih memberi kesan dan manfaat pada murid.

86

PENULISAN ILMIAH

Pendidikan merupakan satu aspek yang penting di dalam kehidupan setiap individu. Pendidikan bermula sejak seorang itu dilahirkan sehinggalah ia menemui ajalnya. Pendidikan bagi manusia meliputi aspek jasmani,rohani, akal dan sosial. Manusia mendidik anaknya supaya badannya sihat dan kuat, akalnya waras dan cerdas, rohaninya luhur dan berbudi pekerti tinggi, tahu bermasyarakat dan menyesuaikan diri dalam kelompoknya (Musa bin Daia,1986). Di antara pendidikan yang paling penting bagi setiap manusia ialah pendidikan Islam.Pendidikan Islam adalah pendidikan yang melatih kepekaan para peserta didik sedemikian rupa sehingga sikap hidup dan perilaku, juga keputusan dan pendekatannya kepada semua jenis pengetahuan dikuasai oleh perasaan mendalam nilai-nilai etika dan spiritual Islam. Mereka dilatih dan mentalnya didisiplinkan, sehingga mereka mencari pengetahuan tidak sekadar untuk memuaskan keingin-tahuan intelektual atau hanya untuk keuntungan dunia material belaka, tetapi juga untuk mengembangkan diri sebagai makhluk rasional dan saleh yang kelak dapat memberikan kesejahteraan fisik, moral dan spiritual bagi keluarga, masyarakat dan umat manusia(Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashraf , 2000) Dalam konteks negara Malaysia, pihak kerajaan amat mementingkan pendidikan Islam. Pendidikan Islam mula diberikan kepada kanak-kanak sejak mereka berada di peringkat prasekolah hinggalah ke universiti. Untuk menanamkan ajaran-ajaran Islam di kalangan pelajar-pelajar dengan lebih berkesan, maka satu kurikulum yang lengkap,kemas dan tersusun rapi serta berkesinambungan amatlah diperlukan. KURIKULUM Definisi Kurikulum Pengetahuan terus berkembang dan pendidikan semakin kompleks untuk memenuhi keperluan masyarakat dan negara. Kemajuan yang sentiasa dicapai dalam bidang pendidikan telah menyebabkan berubahnya konsep pendidikan dalam sebuah negara dari semasa ke semasa. Bagi mengimbangi perubahan konsep pendidikan, maka apa yang berlaku di dalam proses pendidikan juga perlu diubah agar pelajar dapat mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan. Dalam ertikata lain berubahlah kurikulum bagi setiap sekolah, maktab, universiti dan pusat pengajian tinggi lainnya. Selaras dengan perkembangan ini, maka definisi kurikulum juga turut berubah.

87

Berbagai-bagai definisi kurikulum telah dikemukakan oleh para pendidik, tokohtokoh ilmuan dan para sarjana dari berbagai bangsa. Ada pengertian yang sangat luas dan sebaliknya terdapat pengertian yang sempit. Perkataan kurikulum berasal dari bahasa Latin yang luas digunakan oleh bangsa Yunani. Curriculum dalam bahasa Latin bermaksud Luang tempat pembelajaran berlaku (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986). Walaupun terdapat berbagai-bagai definisi untuk kurikulum, namun hampir semua makna, atau pengertian kurikulum dari definisi-definisi itu akan kembali ke pengertian asal, iaitu satu rancangan pengajian (Sharifah Alwiah Alsagoff,1986). Di dalam kamus bahasa Arab kurikulum (Manhaj) sering didefinisikan sebagai jalan yang terang, atau jalan terang yang dilalui oleh manusia pada berbagai bidang kehidupannya. Seterusnya,Prof. Dr. Omar Al-Syaibani (1991) menjelaskan kurikulum (manhaj) dimaksudkan sebagai jalan terang yang dilalui oleh pendidik atau guru dengan orang-orang yang dididik atau dilatihnya untuk mengembangkan pengetahuan, keterampilan, dan sikap mereka. Sementara itu Wiles dan Bondi (1993) memberikan definisi kurikulum sebagai: It is the range of experiences,both indirect and directed,concerned in unfolding the abilities of the individual,or it is a series of consciously directed training experiences that the school use for completing and perfecting the individual Menurut Zuharani (1983), Kurikulum adalah semua pengetahuan, kegiatan-kegiatan atau pengalaman belajar yang diatur dengan kaedah yang sistematik, yang diterima anak untuk mencapai suatu tujuan. Sementara itu Kementerian Pelajaran Malaysia (1984) menjelaskan Kurikulum bermaksud segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Seterusnya, Pg. Dr. Hj. Abu Bakar(2008) menjelaskan: Kurikulum adalah maklumat dan ilmu pengetahuan yang diajar oleh guru atau yang dipelajari oleh pelajar di sekolah atau lain-lain institusi pendidikan, dalam bentuk mata pelajaran yang terdapat dalam buku teks dalam setiap tahap pendidikannya.

Ini bermakna kurikulum itu ialah segala pengalaman yang diperolehi oleh pelajar di sekolah yang mempunyai pengaruh yang baik terhadap kelakuan anak di bawah bimbingan guru bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan.

88

Akhirnya dapatlah diambil kesimpulan bahawa kurikulum bukan hanya meliputi mata pelajaran dan pengalaman yang berlaku dalam kelas, malah ia meliputi semua pengalaman, aktiviti, suasana dan pengaruh yang diberikan kepada pelajar atau yang mereka kerjakan atau yang mereka jumpai di sekolah atau yang dikelolakan oleh sekolah. Ini termasuklah , semua kegiatan, pengalaman budaya, seni, sukan dan sosial yang dikerjakan oleh pelajar di luar jadual waktu dan di luar bilik darjah yang dikelolakan oleh pihak sekolah. BAB II: PENDIDIKAN ISLAM 2.1 Pendahuluan Pendidikan Islam mempunyai sejarah yang panjang seiring dengan kedatangan Islam itu sendiri (Dr.Gamal Zakaria,2002). Pendidikan Islam berterusan seumur hidup, secara formal dan tidak formal. Ini bererti pendidikan yang berasaskan nilai-nilai Islamiah tidak hanya menghadkan pengajaran akademik dalam bilik darjah. Bimbingan dan asuhan yang dilakukan oleh para pendidik diusahakan setiap masa secara ikhlas bertujuan menjadikan individu beriman dan bertakwa (Kamarudin Hj.Kachar,1989). 2.2 Definisi Pendidikan Islam Istilah Pendidikan Islam merupakan rangkai kata yang membawa makna yang sangat luas. Dalam ungkapan ini sendiri telah tersirat konsep, falsafah dan matlamatnya. Ini agak berbeza dengan kefahaman umum masyarakat hari ini yang menganggap pendidikan Islam itu ialah Mata Pelajaran Agama Islam atau Pengetahuan Agama Islam di sekolah(Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Untuk memberikan pengertian pendidikan Islam yang sempurna, terlebih dahulu kita menjelaskan makna kata pendidikan dan Islam. Menurut Al-Attas,Hassan Langgulung dan Burlian Somad maksud pendidikan itu ialah perubahan dalaman dan perubahan tingkah laku (Mohd Yusuf Ahmad, 2004). Apabila disebut pendidikan Islam ia menjadi lebih khusus dan bermaksud pendidikan yang berteraskan syariat Islam yang berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis, dan perubahan yang dikehendaki pula ialah perubahan rohani, akhlak dan tingkah laku menurut Islam. Dalam bahasa Inggeris istilah pendidikan disebut education. Manakala dalam bahasa Arab pengertian kata pendidikan, sering digunakan pada beberapa istilah, antaranya talim ( , ) tarbiyah ( ( dan tadib ) ( . Namun demikian, ketiga kata tersebut memiliki makna tersendiri dalam menunjuk atau menerangkan pengertian pendidikan (Dr. Samsul Nizar,M.A: 2001).

89

Kata at-talim merujuk kepada pengajaran yang bersifat pemberian atau penyampaian pengertian, pengetahuan, dan keterampilan. Kata at-tarbiyah membawa erti mengasuh, mendidik, dan memelihara. Sementara Kata at-tadib dapat diertikan sebagai proses mendidik yang memfokuskan kepada pembinaan dan penyempurnaan akhlak atau budi pekerti pelajar. Pendidikan adalah latihan atau ajaran (Dr.Teuku Iskandar,1986). Sementara itu menurut al-Quran, Islam ialah penyerahan diri dan kepatuhan sesuai dengan firman Allah swt dalam Surah Ali Imran ayat 83: Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nyalah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi,baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan Ini menunjukkan kepada kita bahawa, pendidikan Islam merupakan usaha-usaha pembentukan anak-anak sesuai dengan ajaran Islam, maka dengan itu melalui pendidikan Islam akan dapat menyerapi dan menyedari hal-hal yang sebenar atau hakikat-hakikat baik dalam ajaran dan amalan Islam, atau apa yang terkandung dalam akidahnya, ibadatnya, sistem akhlaknya dan juga ajaran syariatnya yang dilihat dari segi hukum-hukumnya yang zahir. Ahli-ahli fikir Islam berpendapat bahawa dengan menyedari hal-hal ini semua manusia akan mencapai kebahagiaan dalam dunia dan akhirat (Dr. Haron Din & Dr. Sobri Salamon, 1988) Lebih jauh lagi, pendidikan Islam ialah satu kesatuan yang terdiri daripada dua aspek yang bersepadu. Yang pertama ialah bahawa sebahagian daripada ajaran Islam dan undang-undang serta moral hendaklah diajar dengan begitu rupa untuk membolehkan pelajar memahami, setakat yang memadai, asas-asas Islam. Aspek yang kedua ialah untuk melatih pemikiran pelajar dengan cara yang saintifik dan rasional supaya dia dapat menyelaraskan perilakunya dengan moral, undang-undang dan keimanannya terhadap Islam (Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch, 1992) . Menurut Mohd Kamal Hasan, pendidikan Islam menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah authority dan pengendalian Al-Quran dan Sunnah yang merupakan teras dalam sistem pendidikan dan kebudayaan Islam seluruhnya. Akidah Islam menjadi pusat bagi semua ilmu serta sifatnya integrated. Menurut beliau pendidikan Islam itu bolah dibahagi dua, iaitu formal dan informal (Mohd Yusuf Ahmad,2004). Akhirnya, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa tiada makna yang tepat bagi pendidikan Islam namun dapat difahami oleh semua orang bahawa pendidikan Islam adalah satu usaha untuk mengembangkan fitrah manusia sesuai dengan ajaran agama Islam berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah yang akhirnya akan mewujudkan satu

90

masyarakat yang bertamadun tinggi, penuh rahmat dan kebahagiaan serta mendapat keredaan Allah. 2.3 Dasar Pendidikan Islam Dasar adalah tempat bermula sesuatu aktiviti manusia. Maka ketika menetapkan dasar sesuatu perkara, khasnya dasar pendidikan Islam, setiap individu akan menjadikan pandangan hidup dan hukum-hukum dasar agamanya sebagai panduan. Pendidikan Islam adalah satu aktiviti manusia yang mempunyai dasar-dasar tertentu. Adapun dasar pendidikan Islam ialah al-Quran,Hadith (As-Sunnah) dan Ijtihad para ulama. 2.4 Tujuan Pendidikan Islam Tujuan adalah dasar yang hendak dicapai dalam semua kegiatan manusia.Tujuan berfungsi untuk mengarahkan, mengendalikan dan mengembangkan sesuatu kegiatan. Oleh sebab itu setiap tujuan hendaklah dirumuskan dengan tegas dan jelas. Dengan adanya tujuan semua aktiviti dan pergerakan manusia akan menjadi terarah dan bermakna. Kefahaman kita mengenai tujuan hidup di dunia adalah penting untuk menetapkan tujuan pendidikan Islam kerana setiap didikan yang diterima oleh manusia adalah untuk mencapai tujuan hidup tersebut. Menurut Islam, manusia diturunkan ke bumi oleh Allah swt adalah sebagai seorang khalifah yang mempunyai tugas untuk: i.Memakmurkan bumi demi kebahagiaan hidup seperti firmannya dalam Surah Faathir ayat 39: Ertinya: Dia-lah (Allah) yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi ii.Berbakti kepada Allah swt seperti firmannya dalam Surah Adz-Dzaariyaat ayat 56: Ertinya: Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku Daripada keterangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa, tujuan sejati pendidikan Islam adalah menghasilkan orang-orang yang beriman dan juga berpengetahuan, yang

91

satu sama lain saling menompang. Islam tidak memandang bahawa pencarian pengetahuan adalah demi pengetahuan sendiri tanpa merujuk pada cita-cita spiritual yang harus dicapai manusia, tetapi untuk mewujudkan sebanyak mungkin kemaslahatan bagi umat manusia. Pengetahuan yang diceraikan dari agama bukan hanya membuat pengetahuan menjadi bias, bahkan akan menjadikannya sebagai kejahilan jenis modern. Islam menganggap orang yang tidak beriman kepada Allah swt sebagai orang yang tidak berpengetahuan. Orang semacam ini, betapapun luas pengetahuannya, hanya akan mempunyai pandangan yang tidak lengkap mengenai jagat raya (Syed Sajjad Husain & Syed Ali Ashraf,2000). Sementara itu menurut Sayid Sabiq (1981) ,tujuan pendidikan Islam ialah agar jiwa seseorang dapat terdidik secara sempurna. Agar seseorang dapat menunaikan kewajipan-kewajipannya kerana Allah. Dapat berusaha untuk kepentingan keluargannya, kepentingan masyarakatnya, serta dapat berkata jujur, dan berpihak kepada yang benar serta mahu menyebarkan benih-benih kebaikan pada manusia. Apabila seseorang mempunyai sifat-sifat seperti itu, bererti ia telah mencapai tingkat orang-orang salih sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, iaitu orang-orang yang berpegang teguh pada agamanya. Pendidikan Islam juga bertujuan untuk mencapai keseimbangan pertumbuhan dari peribadi manusia secara menyeluruh melalui latihan-latihan kejiwaan, akal fikiran, kecerdasan, perasaan dan pancaindera. Oleh kerana itu pendidikan Islam harus mengembangkan seluruh aspek kehidupan manusia, baik spiritual, intelektual, imaginasi (fantasi), jasmani, keilmiahannya, bahasanya, baik secara individual maupun kelompok, dan mendorong aspek-aspek tersebut kearah kebaikan dan pencapaian kesempurnaan hidup ( Abdul Raof Dalip, 1990). Sementara itu, menurut hasil Kongres Pendidikan Islam Sedunia Tahun 1980 di Islamabad, menyebutkan bahawa pendidikan Islam haruslah bertujuan mencapai pertumbuhan keperibadian manusia yang menyeluruh, secara seimbang melalui latihan jiwa, intelek, diri manusia yang rasional, perasaan dan indera. Kerana itu, pendidikan harus mencapai pertumbuhan manusia dalam segala aspeknya; spiritual, intelektual, imajinatif, fisik, ilmiah dan bahasa secara individual maupun kolektif. Mendorong semua aspek kearah kebaikan dan mencapai kesempurnaan. Tujuan akhirnya adalah dengan perwujudan ketundukan yang sempurna kepada Allah, baik secara peribadi, komunitas, maupun seluruh umat manusia (Dr. Samsul Nizar,M.A, 2001) Akhirnya dapatlah diambil kesimpulan bahawa tujuan pendidikan Islam itu tidak statik. Ia sering mengalami perubahan mengikut kepentingan dan perkembangan masyarakat di mana pendidikan itu dilaksanakan. Walaupun begitu sebagai umat Islam

92

kita mestilah berpegang teguh dan terus merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah dalam melaksanakan tujuan pendidikan Islam. 2.5 Matlamat Pendidikan Islam Pendidikan Islam mempunyai beberapa matlamat tertentu. Di antara matlamatmatlamatnya adalah jelas untuk melahirkan insan yang budiman, beriman, bertakwa dan salih. Pendidikan Islam nyata sekali menuju ke arah perkembangan tingkahlaku yang sihat. Ekoran daripada matlamat murni ini berkembanglah manusia yang menyedari hakikat lahirnya sebagai hamba Allah swt yang menurut perintahnya, yang beramanah dan bertanggungjawab (Kamarudin Hj. Kacar,1989). Menurut Dr. Abdur Rosyad Syuhudi(1990) di antara matlamat pendidikan Islam itu ialah untuk mengenal diri manusia itu sendiri, untuk mengenal tugas dan tanggungjawab manusia, untuk menyusun struktur masyarakat, untuk membentuk akhlak yang mulia di kalangan manusia, untuk menjaga kepentingan agama dan kehidupan serta untuk memberikan kepentingan jasmani dan rohani. Ustaz Abdul Raof Dalip (1990) ada menyatakan beberapa matlamat pendidikan Islam. Antaranya ialah untuk mentauhidkan diri kepada Allah,untuk pembentukan akhlak yang mulia, menyedarkan manusia mengenai keperluan ilmu pengetahuan, menyedarkan manusia mengenai peranannya sebagai Khalifah, untuk pembentukan insan soleh, untuk pembentukan akhlak atau syahsiah Islamiah di dalam diri manusia, untuk mempersiapkan manusia bagi kehidupan di dunia dan di akhirat, untuk memberi perhatian serta menjaga kemanfaatan individu dan masyarakat, dan akhir sekali untuk penyediaan tenaga mahir dan profesion dalam berbagai bidang kehidupan. Ghazali Darussalam (2004) di dalam buku Pedagogi Pendidikan Islam ada menyebutkan beberapa pendapat sarjana dan ilmuan mengenai matlamat pendidikan Islam. Antaranya, Prof. Dr. Mohd. Athiyah Al-Abrasyi menjelaskan matlamat pendidikan Islam adalah; Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalam kerjanya, berkerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik. Daripada keterangan di atas maka jelaslah bahawa tujuan dan matlamat pendidikan Islam itu tidak jauh berbeza malah hampir sama. Sebagai rumusan kita lihat petikan berikut;

93

Al-Qabisi, berpendapat bahawa tujuan pendidikan adalah untuk mengetahui ajaran agama baik secara ilmiah maupun secara amaliah. Ini kerana dia termasuk ulama ahli fiqih dan tokoh dari ulama ahli sunnah wal jamaah. Sedangkan Ibnu Maskawih berpendapat bahawa tujuan pendidikan ialah tercapainya kebajikan,kebenaran dan keindahan. Ikhwan As-Safa, cenderung berpendapat bahawa tujuan pendidikan itu adalah mengembangkan faham filsafat dan akidah politik yang mereka anut. Al-Ghazali, berpendapat bahawa tujuan pendidikan itu adalah melatih para pelajar untuk mencapai makrifat kepada Allah melalui jalan tasawuf iaitu dengan mujahadah dan riyadhah.

BAB III: KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM 3.1 Definisi Kurikulum Pendidikan Islam Kurikulum pendidikan Islam adalah bahan-bahan pendidikan Islam berupa kegiatan, pengetahuan dan pengalaman yang dengan sengaja dan sistematis diberikan kepada anak didik dalam rangka mencapai tujuan pendidikan Islam. Atau dengan kata lain kurikulum pendidikan Islam adalah semua aktiviti, pengetahuan dan pengalaman yang dengan sengaja dan secara sistematis diberikan oleh pendidik kepada anak didik dalam rangka tujuan pendidikan Islam (H.syamsul Bahri Tanrere, 1993). Berdasarkan keterangan di atas, maka kurikulum pendidikan Islam itu merupakan satu komponen pendidikan agama berupa alat untuk mencapai tujuan. Ini bermakna untuk mencapai tujuan pendidikan agama (pendidikan Islam) diperlukan adanya kurikulum yang sesuai dengan tujuan pendidikan Islam dan bersesuaian pula dengan tingkat usia, tingkat perkembangan kejiwaan anak dan kemampuan pelajar. 3.2 Perkara Pokok Dalam Kurikulum Pendidikan Islam Kurikulum pendidikan Islam meliputi tiga perkara iaitu masalah keimanan (aqidah), masalah keislaman (syariah) dan masalah ihsan (akhlak). Bahagian aqidah menyentuh hal-hal yang bersifat iktikad (kepercayaan). Termasuklah mengenai iman setiap manusia dengan Allah,Malaikat,Kitab-kitab, Rasul-rasul, Hari Qiamat dan Qada dan Qadar Allah swt. Bahagian syariah meliputi segala hal yang berkaitan dengan amal perbuatan manusia dalam kehidupan sehari-hari yang berpandukan kepada peraturan hukum Allah dalam mengatur hubungan manusia dengan Allah dan antara sesama manusia.

94

Bahagian akhlak merupakan suatu amalan yang bersifat melengkapkan kedua perkara di atas dan mengajar serta mendidik manusia mengenai cara pergaulan dalam kehidupan bermasyarakat. Ketiga-tiga ajaran pokok tersebut di atas akhirnya dibentuk menjadi Rukun Iman,Rukun Islam dan Akhlak. Dari ketiga bentuk ini pula lahirlah beberapa hukum agama, berupa ilmu tauhid, ilmu fiqeh dan ilmu akhlak. Selanjutnya ketiga kelompok ilmu agama ini kemudian dilengkapi dengan pembahasan dasar hukum Islam, iaitu al-Quran dan alHadis serta ditambah lagi dengan sejarah Islam. Sementara itu menurut Dr. Hj. Maimun Aqsa, perkara yang perlu didahulukan dalam kurikulum pendidikan Islam ialah al-Quran, Hadis dan juga Bahasa Arab. Kedua ialah bidang ilmu yang meliputi kajian tentang manusia sebagai individu dan juga sebagai anggota masyarakat. Menurut istilah moden hari ini, bidang ini dikenali sebagai kemanusiaan (al-ulum al-insaniyyah). Bidang-bidangnya termasuklah psikologi, sosiologi, sejarah, ekonomi dan lain-lain. Ketiga bidang ilmu mengenai alam tabie atau sains natural ( al-ulum al-Kauniyyah), yang meliputi bidang-bidang seperti astronomi, biologi dan lain-lain. Ruang lingkup materi pendidikan Islam sebenarnya ada terkandung di dalam alQuran seperti yang pernah dicontohkan oleh Luqman ketika mendidik anaknya. Bagi Negara Malaysia Keluasan ruang lingkup pendidikan Islam tertakluk kepada pihak Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Perkembangan Kurikulum, tingkat kelas, tujuan dan tingkat kemampuan pelajar. Bagi sekolah Arab dan agama khas tentunya mempunyai pembahasan yang lebih luas dan lebih terperinci berbanding sekolah umum. Begitu juga terdapat perbezaan yang jelas di antara peringkat rendah, menengah dan peringkat tinggi dan universiti. Sedangkan mengenai sistem pengajaran dan teknik penyampaian adalah terserah kepada kebijakan guru melalui pengalamannya dengan cara memperhatikan bahan yang tersedia,waktu serta jadual yang sudah ditetapkan oleh pihak tertentu. Bagi pengajian tinggi, Pengajaran Agama Islam hendaklah dijadikan suatu mata pelajaran khas yang juga merupakan suatu pengajian yang mendalam mengenai sesuatu hukum dan difahamkan maksud-maksud pengajaran Agama Islam itu supaya mereka dapat mengamalkan pengajaran itu menjadi sebagai suatu cara hidup dan menjadi panduan semasa mempelajari ilmu-ilmu yang lain terutama sekali ilmu Sains (Hj.Mohd. Jamil Al-SufrI, 1982) Bagi merumuskan maksud prinsip-prinsip kurikulum pendidikan Islam kita lihat pandangan Prof. Mohd. Athiyah (Tajul Ariffin Noordin, 1990). Beliau menjelaskan;

95

Pendidikan moden sekarang ini memerlukan pendidikan Islam. Iaitu pendidikan idealis yang bersifat kerohanian, moral dan keagamaan. Ini membuatkan kita belajar untuk ilmu dan kelazatan ilmiah. Dengan demikian kita terlepas daripada keruntuhan, kejahatan dan kemiskinan, penjajahan dan keangkaramurkaan, serta peperangan-peperangan dengan segala bencana yang ditimbulkannya. Demi untuk mendapat bersama menikmati suatu kehidupan yang abadi hidup bersama saling bantu-membantu dan dalam suasana demokrasi dan bahagia 3.3 Penyusunan Kurikulum Pendidikan Islam Di antara perkara yang paling penting di dalam pembentukan setiap kurikulum, tidak terkecuali kurikulum pendidikan Islam, ialah penyusunannya. Untuk penyusunan yang rapi dan berkesan, kerjasama antara pihak sekolah dan pihak penggubal kurikulum amatlah diperlukan. Penyusunan tersebut hendaklah menitikberatkan kesesuaiannya menurut kemampuan pelajar. Penyusunan kurikulum yang tepat akan membawa manusia semakin hampir kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan genarasi manusia para sahabat yang intelek, berilmu, beriman dan baramal. Kurikulum yang disusun hendaklah berkesinambungan dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat menengah berterusan ke peringkat universiti bersesuai dengan kehendak dan keperluanNegara. Selanjutnya, oleh kerana matlamat kurikulum dan pendidikan Islam untuk melahirkan individu yang sempurna, samaada dari segi rohani mahupun jasmani, mata pelajaran dalam kurikulum itu hendaklah bersifat sepadu. Dengan kata lain mata pelajaran dalam kurikulum pendidikan Islam tidaklah terbatas kepada ilmu-ilmu yang berbentuk teoritis sahaja, baik bersifat naqli mahupun aqli tetapi juga berbentuk praktis, seperti pendidikan jasmani,latihan ketenteraan, teknik, pertukangan, pertanian dan perniagaan. Kurikulum yang semata-mata membekalkan pelajaran yang berbentuk spiritual boleh menyulitkan sesuatu institusi pengajian khususnya dari segi pembangunan material ( Hj. Abdullah Ishak, 1989) BAB V: PENUTUP 4.1 Kesimpulan Berdasarkan kepada rencana yang ditulis ini maka dapatlah penulis membuat beberapa kesimpulan seperti berikut: i. Pendidikan Islam mencelup keperibadian Muslim dengan celupan yang khas yang membezakan dari bentuk-bentuk pendidikan yang lain. (Hassan Langgulung,1979). Pernyataan di atas memberi gambaran kepada kita

96

bahawa pendidikan Islam merupakan faktor utama yang paling penting untuk membentuk ketinggian peribadi setiap Muslim. Pendidikan Islam mempunyai tujuan-tujuan dan matlamat-matlamat tertentu yang semata-mata untuk mewujudkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan seterusnya untuk memperolehi keredaan Allah s.w.t. ii. Skop pendidikan Islam terlalu luas. Ia merangkumi syariah, adabiah, riadhah, akliah dan seluruh penghidupan manusia,perbuatan, tingkahlaku dan amalan. Untuk menghayati skop pendidikan Islam ini, maka setiap individu Muslim haruslah memahami terlebih dahulu asas-asas dan konsep yang bertunjangkan akidah Islamiah. Kemudian diikuti dengan akliah ilmu pengetahuan, akhlak dan kesihatan. Pendidikan Islam itu memerlukan amalan dan penghayatan sebab seseorang itu tidak boleh mengamalkan sesuatu perkara tanpa memahaminya terlebih dahulu, khasnya asas-asas pendidikan Islam, seperti mengenal Allah, memahami rukun-rukun iman dan rukun-rukun Islam dan sebagainya (Ustaz Abdul Raof Dalip, 1990). Jelasnya,di dalam pendidikan Islam terkumpul empat bidang utama iaitu pendidikan jiwa, pembersihan rohani, pembentukan akal fikiran yang sihat serta kecergasan tubuh badan. iii. Kurikulum Pendidikan Islam bertujuan menanamkan kepercayaan dalam pemikiran dan hati genarasi muda, pemulihan akhlak dan membangunkan jiwa rohani. Ia juga bertujuan untuk memperoleh pengetahuan secara berterusan, gabungan pengetahuan dan kerja, kepercayaan dan akhlak dan penerapan amalan teori dalam hidup (Muhammad Hamid Al-Afendi & Nabi Ahmed Baloch, 1992) iv. Dalam konteks Negara Malaysia pihak kerajaan pernah menegaskan tentang kepentingan penyusunan kurikulum secara teliti. Penekanan ini dibuat dengan tujuan untuk melahirkan penuntut-penuntut yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya: Manakala dibidang pendidikan khususnya pendidikan agama (Islam) pihak kerajaan tetap mengutamakan pendidikan Islam agar rakyat dan penduduk Negara Malaysia yang berugama Islam dapat menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap. Dengan itu negara Islam akan tetap wujud dan bangsa Melayu yang mendaulatkan raja akan terus gemilang yang berpegang kepada konsep Melayu Islam Beraja yang sewajibnya dikekalkan sepanjang zaman

Akhir kata kurikulum pendidikan Islam di Malaysia mampu untuk menjana modal insan terbaik yang memenuhi kriteria ulul albab seperti yang pernah dilaungkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 5,Tun Abdullah Ahmad Badawi.Namun,perkara ini

97

memerluka kerjasama semua pihak bagi melaksanakan dan merealisasikan harapan untuk memacu bidang pendidikan terutama Pendidikan Islam bagi membentuk pelajar menjadi seorang hamba Allah yang taat.

98

Draf Cadangan PenambahbaikanKurikulum Pendidikan Islam di Malaysia

Kurikulum pendidikan di Malaysia terutama kurikulum Pendidikan Islam boleh di anggap terbaik.Ini kerana dalam kurikulum ini bukan sahaja menumpukan kepada akademik tetapi juga seimbang dari aspek lain.Ini berteraskan dengan prinsip JERI dalam falsafah pendidikan kebangsaan.Namun ruang untuk penambahbaikan tidak boleh ditutup.Ini bagi memastikan kurikulum ini berterusan memberi manfaat kepada para pelajar dan guru.

Tiada kelemahan besar dalam sistem kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia sekarang ini.Walaupun begitu,satu masalah yang boleh kita lihat disini adalah guru atau pendidik terpaksa memikul beban yang berat.

Guru sekarang bukan hanya bertindak sebagai guru namun banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh seorang guru selain mengajar.Ini menyebabkan guru tidak dapat memberikan penumpuan sepenuhnya kepada perkembangan pelajar.

Ini menyebabkan murid agak ketinggalan dan guru pula yang dipersoalkan atas prestasi murid tersebut.Ramai guru yang mengalami tekanan kerana terlalu banyak kerja terutama yang bukan dalam bidang perguruan atau melibatkan proses pembelajaran dan pengajaran.

Selain itu,satu lagi masalah ialah guru tidak pandai atau tiada kepakaran untuk menarik minat pelajar dalam kelas.Ini menyebabkan murid tiada minat untuk belajar.Guru hanya membaca buku teks sahaja dan tiada aktiviti lain.

99

Oleh itu,sedikit penambahbaikan perlu dibuat untuk mengatasi masalah ini.Yang pertama ringankan tugas guru dan hanya tumpukan kepada peranan guru untuk mendidik murid sehingga menjadi manusia yang berguna sahaja.Dan yang

kedua,berikan contoh aktiviti kepada guru bagi memudahkan guru melaksanakannyan didalam kelas.

Sedikit

sahaja

penambaikan

ini

yang

perlu

dibuat

kerana

secara

keseluruhannya,kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia boleh dianggap terbaik dan memenuhi kehendak yang ditetapkan.

You might also like