PEKELILING-PEKELILING BERHUBUNG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1975: Ruj.

KP8548/8/(67) Bertarikh 19 Ogos 1975- Garis Panduan Untuk Mengenal/ Mengecamkan Orang Yang Menggunakan Atau Menyalahgunakan Dadah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1979: Ruj. KP(BS)8786-51/Jld.IV/(20) bertarikh 26 Mac 1979- Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan Surat Pekeliling Am Bil. I/1985: Ruj. PPAD(S) 133/883/1 bertarikh 29 Januari 1985- Program-Program Mencegah Dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah Di Agensi-agensi Kerajaan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1986: Ruj. KP.(BS)8548/8/1/Jld.III/(13) bertarikh 29 Disember 1986- Penyalahgunaan Inhalan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1988: Ruj.KP(BS)8591/Jld. III/(3) bertarikh 3 Februari 1988- Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam sekolah Menengah (SLAD) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1992: Ruj. KP(BS)8591/Jld.VII/13 bertarikh 27 Julai 1992- Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di sekolahsekolah. Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS)8548/23/C/(5) bertarikh 27 April 1995- Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah Di Sekolah Rendah Dan Menengah Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj.KP(BS/HEP) 8543/064(36) bertarikh 24 Julai 1998- Ujian Urin Pelajar Sekolah Surat Kementerian Pendidikan Malaysia Ruj. KP(BS/HEP) 8543/0113/(47) bertarikh 27 Ogos 1998- Analisis Pelajar/Guru/Pekerja Yang Terlibat Dengan Dadah/Inhalan/UbatBatuk (Borang ADIUB 1A) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. I/1979 Ruj. KP(BS)8548/4/Jld.IX/(1) bertarikh 27 Januari 1979- Senarai Tugas-tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 Ruj. KP(BS)8591/Jld.II(29) bertarikh 2 Januari 1985- Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

SURAT- SURAT PEKELILING IKHTISAS MENGENAI DISIPLIN PELAJAR 1. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/1968. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 September 1968.- Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968.- Tatatertib di Sekolah-sekolah. Tambahan Kepada Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/68 dan 8/68 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Malaysia Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975.- Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.7/1975. Ruj.KP.8548/8(67) bertarikh 19 Ogos 1975.- Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.9/1975. Ruj.KP.8543/Vol.2(5) bertarikh 4 November 1975.- Disiplin Di Sekolah - Peraturan – peraturan Sekolah Untuk Murid-murid Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975- Perkara-perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983.Ruj.KP(BS)8591/Jld.ll/(17) bertarikh 7hb November 1983. - Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salahlaku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran. Lampiran - Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983- Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di sekolahsekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/198- Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995- Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah Surat pekeliling ikhtisas bil.4/1997:- Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok 3

2.

3. 4.

5.

6.

7. 8.

9. 10.

11. 12.

13.

14. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1997:- Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok

15.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983- Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran

KOLEKSI SURAT PEKELILING IKHTISAS TAHUN 2001 – 2002 1. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001- Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah 2. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.9/2001- Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif 3. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.10/2001- Semua Guru Adalah Guru Disiplin 4. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.4/200- Pelaksanaan Program Sekolah Selamat

SURAT- SURAT PEKELILING IKHTISAS MENGENAI DISIPLIN PELAJAR 1. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.6/1968. Ruj.KP.8543/(10) bertarikh 10 September 1968.- Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang. Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8/1968. Ruj.KP.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968.- Tatatertib di Sekolah-sekolah. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Malaysia Bil.6A/1975 Ruj.KP.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975.- Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia No.7/1975. Ruj.KP.8548/8(67) bertarikh 19 Ogos 1975.- Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar.

2.

3.

4.

tetapi adalah mustahak menyedari iaitu masalah dadah itu adalah sangat kusut hinggakan kadangkala pakar-pakar juga mengalami kerumitan membuat diagnosa yang tepat. I. 2. Oleh itu adalah mustahak untuk mengenal tanda-tanda luar dan gejala-gejala salahguna dadah yang mungkin terdapat pada dirinya. Adalah perlu diingati iaitu seseorang itu mungkin ada sebab-sebab sah yang ia mempunyai alat penyuntik (mungkin ia seorang pesakit kencing manis) atau mempunyai tablet dan kapsul (mungkin . Ini bermakna kita perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan yang seseorang itu disyaki menyalahgunakan dadah. Seseorang itu hendaklah bersedia mengenali tanda-tanda itu.Garis Panduan Untuk Mengenal/Mengecamkan Orang Yang Menggunakan Atau Menyalahgunakan Dadah. Kita hendaklah dapatkan nasihat dan bantuan pakar ikhtisas seperti dari berbagai agensi yang terlibat dengan masalah-masalah dadah dan juga doktor-doktor. Oleh itu adalah penting kita tidak membuat tindakan bersendirian kerana ini mungkin akan menyebabkan tuduhan yang salah terhadap seorang yang tidak bersalah. Pendahuluan Seorang pengguna dadah akan mencuba seberapa boleh untuk menyembunyikan tabiatnya.

Begitu juga kelakuan yang luar biasa atau aneh mungkin tiadak kaitan dengan penggunaan dadah. Sebagaimana yang telah diterangkan di atas adalah sukar bagi kita untuk mengetahui sama ada seseorang itu menggunakan atau menyalahgunakan dadah dengan hanya melihat kedaan diri dan peribadinya pada ketika itu sahaja tanpa mengetahui latar belakang atau tabiatnya sebelum peristiwa itu berlaku. Ada orang yang mendapat ketagihan ubat pelena (sedatives) dan ubat pelali (tranquilizers). Kelakuan Seorang Pengguna Dadah Itu Berubah DARIPADA KEPADA i) ii) iii) iv) v) vi) vii) siuman. pasif dan tidak bersemangat bermaya tidak berselindung. menumpukan ragu-ragu. Tanda-tanda Biasa Secara Am Bagi Penyalahgunaan Dadah Yang Terdapat Pada Pengguna Inhalan: .di bawah arahan doktor). cergas dan tidak ambil tahu. baik hati dan curiga-mencurigai. yakin diri dan tabah hati tertekan. 4. memandang gelap masa hadapan/ optimistic dan gerak di masa hadapan/pesimistik dan geri menarik muram III. Perubahan Kelakuan Berikut ialah contoh tanda-tanda perubahan kelakuan yang mungkin terdapat pada seseorang itu sekiranya ia menggunakan dadah atau bergantung pada dadah. rajin bercakap dan pendiam. akan tetapi kita perlu juga beri pertimbangan dahulu sebelum membuat keputusan kerana tanda-tanda ini mungkin disebabkan oleh kemiskinan perasaan tekanan yang biasa dialami di zaman remaja dan lain-lain. Oleh kerana itu maka pendapat atau pandangan seorang pakar atau doktor sangat dipentingkan sebelum seseorang itu boleh dikatakan bergantung pada dadah (drug dependent) dan butir-butir tepat (facts) adalah diperlukan sebelum mengesahkan seseorang itu telah menyalahgunakan dadah. Mempunyai mata yang berair dan hidung berair mungkin disebakan oleh demam selsema atau kerana alergi (allergy) dan tidak semestinya kerana dadah. kerap lupa. mengancam dan percaya mempercayai terasing riang gembira. kaku dan gelisah segak. Ubat perangsang (stimulants) jika digunakan dengan dos yang banyak adalah juga mendatangkan ketagihan. Dadah-dadah selain dari jenis narkotik (narcoties) boleh menyebabkan ketagihan. kita pasti dapat melihat perubahan kelakuan pada pengguna dadah itu. 3. II. Walau bagaimanapun. fikiran bercelaru dan suka menyatakan perasaan menjauhkan diri cergas. sihat dan penuh bertenaga cemas. terharu dan berasa bersalah suka menolong. pasif dan perhatian penuh dan boleh diharap tidak bermaya penuh kemahuan. memandang cerah di menyakiti hati.

iii) iv) v) vi) vii) . tetapi nafasnya tanpa bau arak. Selalu ke bilik tandas dan kelakuannya berubah tiap-tiap kali ia berbuat demikian. Berjalan terhoyong-hayang. Mata hitam yang membesar. Berikut ialah Tanda-tanda Yang Mungkin Terdapat Pada Orang Yang Menyalahgunakan Dadah-Dadah Tertentu a) Dadah Penenang (Despresents: . kecekapan dan lainlain). (Tanda-tanda ini mungkin terdapat apabila seseorang itu telah betulbetul ketagih dadah. tidak tetap atau ada kelihatan rupa mabuk tetapi tanpa bau atau menggunakan arak. Tanda-tanda ini mungkin tidak ada di peringkatperingkat awal). Perubahan dari kebolehan-kebolehan biasa (tabiat kerja. Pertuturan yang tidak terang. Kelihatan tidak boleh menyesuaikan diri dengan keadaan. Berusaha seboleh-bolehnya menutup lengan untuk menyorokkan tanda-tanda jarum.Barbiturates) i) ii) Seperti orang mabuk minuman keras/arak. Tertidur ketika bekerja. Bercampur dengan pengguna-pengguna dadah yang diketahui.i) ii) ii) Perubahan-perubahan dari segi kehadiran di sekolah atau tempat kerja. Susah untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu. Mencuri barang-barang yang boleh dijual dengan mudah untuk mendapatkan wang (menampung tabiat dadah). iv) v) vi) vii) IV. Perwatakan tidak kemas termasuklah pakaian dan kebersihan diri yang tidak dipedulikan.

Kodin (codeine) i) Tanda parut (‘tracks’) dilengan atau di belakang tangan disebabkan oleh suntikan dadah. Morfin (morphine). Hilang selera makan. Mata hitam membesar. Wajahnya berubah. ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) . logam. Menggaru-garu tubuh badan dengan kerap. suka Bertengkar atau takut. kapas. Tekanan darah atau kadar denyuatan nadi yang meninggi. selalu menguap dan ototototnya bergerak-gerak adalah antara tanda-tanda yang biasa teradapat pada dirinya. tutup botol. Menunjukkan keadaan terlalu riang. Ketika pengunduran berlaku. Tanpa makan atau tidur untuk waktu yang panjang. mudah marah. yuforia (euphoria) dan becok mulut. ii) iii) iv) v) c) Narkotik (Candu Opium). mata merah dan berair dan batuk yang menghilang apabila ia mendapat dadah(‘fix’). mungkin ia membesar ketika berlaku pengunduran dari dadah (withdrawal). Heroin. Pengguna dadah menunjukkan gerak geri malas/letih. jarum. pengguna dadah mungkin berasa mual dan muntah-muntah. Sudu. Mata hitam mengecil dan tidak bergerak.b) Dadah Perangsang (Stimulantst – Amphetamines Cocaine) i) Seseorang itu mungkin nampak terlalu cergas. mengantuk dan mungkin tersenggut-senggut (iaitu tidur dan jaga saling berganti). Pengguna kerapkali menyimpan alat suntikan. alat memberi ubat dan beg plastik didalam laci atau almarinya. Selalu makan gula-gula. Mungkin hidung berair. kuih-kuih dan minuman-minuman yang manis.

pengguna dadah itu mungkin nampak cergas dengan percakapan dan gelak ketawa yang cepat dan kuat. Pengguna itu akan duduk atau bersandar di satu tempat dengan senyap dalam keadaan khayal ataupun nampak ketakutan atau terperanjat. Mata hitamnya mungkin membesar dan matanya berwarna merah saga. Tekanan darah. sejuk. ii) iii) e) Dadah-Dadah Jenis Halisinojen Yang Lain (LSD. (Ada di antara tanda ini hanya diketahui oleh seorang doktor). Dibeberapa kes mata hitamnya membesar. pernafasan tak seimbang. dan walaupun demikian. kadar denyutan jantung dan kandungan gula dalam darahnya adalah meningkat. Biasanya pengguna LSD memerlukan seorang sahabat untuk mengawal dan mengawasi dirinya ketika ia menggunakan LSD untuk mengelakkan apa-apa kemalangan.d) Ganja(Marijuana – sejenis halucinojen (hallucinogen) i) Di perigkat-peringkat awal penggunaan ganja. pendengaran. Pengamatannya tidak betul dan ia mengalami halusinasi (hallucination). Dadah itu mungkin mengubah pengamatannya dari segi masa dan ruang dan menyebabkan berbahaya sekiranya ia memandu atau menjalankan apa-apa jentera. Pengguna ganja adalah susah untuk dikesan atau dikenali sekiranya ia tidak sebenarnya di bawah pengaruh dadah itu. Seseorang yang dipengaruhi oleh LSD akan membahayakan nyawanya sendiri dengan kelakuan yang tak siuman seperti menganggap ia mempunyai kuasa boleh terbang dan lain-lain. bau dan masa. ii) iii) iv) v) . Mungkin mengalami rasa mual. berpeluh dan tanganya mengeletar. rasa. Meskipun (mescaline) dan lain-lain) i) Kelakuan dan perasaan hatinya berubah-ubah. Mungkin ada terdapat perubahan-perubahan dari segi deria penglihatan. wajahnya berubah. ia mungkin dapat bekerja dengan baik. Di peringkat kemudiannya ia mungkin nampak mengantuk.

Kawalan ototnya adalah tidak baik (terhoyong-hayang) dalam masa lima minit sesudah terdedah kepada barang itu. Penutup Tanda-tanda untuk mengenali pengguna dadah yang diberi ini bukanlah yang muktamat dan mungkin berbeza antara seorang pengguna dengan yang lain mengikut keadaan-keadaan yang mempengaruhi individu itu. Sinderoma (Syndrome) tanda-tanda yang disenaraikan ini bukan sahaja berbeza antara individu bahkan mungkin akan menjadi bertambah kusut pada kes-kes di mana berbagai jenis dadah terlibat (Polydrugs Abuse) dan garis panduan ini adalah bermaksud digunakan sebagai rujukan oleh guru-guru. Nafas yang berbau busuk. maka garis panduan ini adalah penting untuk pengetahuan semua ahli masyarakat yang bertanggungjawab.f) Menghidu Gum (Gula Sniffing) Perbuatan ini jarang berlaku. . Guru Besar dan Ibu Bapa. i) ii) Bau barang yang dihidu itu adalah terdapat pada baju/pakaian dan nafasnya. Walau bagaimanapun masalah penyalahgunaan dadah ini adalah masalah manusia di dalam satu masyarakat yang kusut dan yang sentiasa mengalami perubahan. Adanya beg-beg jenis kertas atau plastik kain perca mengandungi gum plastik yang kering. Keluaran air dan hingus dari hidung dengan berlebihan dan matanya adalah berair juga. iii) iv) v) vi) vii) v. Rasa mengantuk atau rasa rasa tidak sedar diri. Pertuturannya yang tidak terang. Garis panduan am yang diberi ini hendaklah dijadikan asas untuk tindakan rujukan dan untuk pengesahan oleh seorang doktor sama ada seorang individu yang disyaki itu belum/telah menggunakan dadah. akan tetapi penerangan tentang tandatanda untuk mengenal pengguna dadah ini adalah penting dimasukkan di sini supaya garis panduan ini menjadi komprehensif.

t. Kerjasama tuan adalah diminta untuk mengarahkan sekolah-sekolah di negeri tuan supaya meneruskan penghantaran laporan penggal keskes penyalahgunaan dadah mengikut peraturan dan jadual seperti yang telah ditetapkan.t (ABDULLAH BAKRI) Ketua Unit Kesihatan Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran. . Jun 1978 mengenai Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah di kalangan muridmurid di sekolah.III(34) bertarikh 27 hb. Surat Pekeliling Ikhtisas 2/1979 Laporan Murid-murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan Saya adalah merujuk kepada surat Pekeliling Kementerian ini KP(BS) 8786-51 Jld.

2. Oleh kerana didapati maklumkan tersebut adalah terhadap, iaitu hanya kes-kes yang disahkan oleh doktor-doktor kerajaan sahaja yang dilaporkan dan memandangkan keperluan untuk mengkaji kes-kes murid-murid yang dianggap berada di dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah, maka adalah didapati perlu bagi sekolah-sekolah membuat laporan tambahan di dalam borang yang dilampirkan bersama ini. 3. Bagi maksud surat Pekeliling Ikhtisas ini, murid-murid seperti yang yang di bawah ini adalah dianggap sebagai berada di dalam keadaan risiko. (a) (b) Murid-murid yang mengakui sendiri bahawa ia adalah bergantung kepada dadah. Murid-murid yang menerima rawatan/pemulihan daripada pihak-pihak yang lain daripada agensi-agensi yang ditugaskan oleh Kerajaan (Misalnya – Doktor Swasta, dukun/bomoh, Sinseh dan lain-lain). Murid-murid yang kerap kali ponteng dan yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Murid-murid yang ditangkap oleh pihak penguatkuasa atau pihak sekolah kerana mempunyai dadah, walaupun belum disahkan oleh Doktor Kerajaan. Murid-murid yang bercampur dengan kumpulan luar yang terlibat di dalam kegiatan penyalahgunaan/pengedaran dadah dan ianya disyaki terlibatsama. Lain-lain pengesahkan yang berkaitan dengan garis-garis tersebut di atas. Guru Panduan adalah diingatkan bahawa adalah menjadi kebiasaan murid-murid yang berada di dalam keadaan risiko penyalahgunaan dadah ini selalunya mempunyai lebih daripada satu tanda-tanda pengesahan, oleh yang demikian apabila mengisi ruangan ini adalah dikehendaki mencatitkan dengan selengkapnya.

(c) (d) (e) (f)

4. Berkenaan dengan borang yang dilampirkan, ruangan rujukan ialah untuk mencatitkan tindakan ikhtisas yang telah dijalankan oleh pihak sekolah mengenai keskes tertentu (misalnya: kepada pegawai Kebajikan Masyarakat, Doktor-doktor Kerajaan/Pakar Ilmu Jiwa, Pegawai Panduan Negeri dan lain-lain). 5. Tuan adalah diminta mengarahkan sekolah-sekolah menengah di negeri tuan supaya menyediakan laporan tersebut sebanyak tiga kali setahun mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan di atas borang yang dilampirkan bersama. 6. Laporan itu hendaklan dihantar satu salinan kepada Unit Panduan & Kerjaya Kementerian Pelajaran dan satu salinan kepada Pengelola Panduan Negeri pada tiap tiap penggal untuk tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Sekian untuk makluman tuan.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

tt (SYED ABU BAKAR BARAKBAH) Bahagian Sekolah-Sekolah, b.p. Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia

JABATAN PERDANA MENTERI KUALA LUMPUR. Telefon : 201957 Kawat : PERDANA Ruj. Kami : PPAD(S)133/883/1 Tarikh : 29 Januari 1985 SURAT PEKELILING AM. BIL. 1 TAHUN 1985 Ketua-ketua Setiausaha Kementerian. Ketua-ketua Pengarah Jabatan Persekutuan. Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri. Ketua-ketua Badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Pampasan. PROGRAM-PROGRAM MENCEGAH DAN MEMBASMI KEGIATAN PENAGIHAN DADAH DI AGENSI-AGENSI KERAJAAN PENDAHULUAN 1. Adalah menjadi matlamat Kerajaan bahawa semua Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah bebas dari kegiatan penagihan dadah di kalangan pegawai dan kakitangan mereka. Kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan penagihan dadah ini khususnya dalam perkhidmatan Kerajaan sendiri. Ketua-ketua Jabatan dikehendaki mengambil tindakan ke atas pengawal dan kakitangan Kerajaan yang terlibat dengan penagihan dadah mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 1994 bertarikh 25 hb. Oktober 1984. 2. Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap Kementerian, Jabatan dan Badan Kerajaan untuk mengujudkan suasana yang bebas dari penagihan dadah dalam agensi masing-masing. Untuk mencapai matlamat ini tiap-tiap Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun hendaklah melaksanakan program-program anti dadah masing-masing yang meliputi perkara-perkara berikut: (I) Program Pencegahan: yang bertujuan menanam sikap membenci dadah di kalangan pegawai dan kakitangan Kerajaan. (II) Program Pembasmian: yang bertujuan untuk membasmi kegiatan-kegiatan penagihan dadah jika berlaku di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan. JAWATANKUASA ANTI DADAH 3. Satu jawatankuasa Anti Dadah hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap Kementerian, Jabatan dan Badan Kerajaan bagi merangka dan melaksanakan program-program ini. Jawatankuasa Kecil

6. 6. atau seorang pegawai lain yang dipilih. Setelah tamat tempoh ini cara-cara berikut bolehlah digunakan. Tanda-tanda penagihan dadah adalah seperti di Lampiran ‘A’. 6. . 4.1 Merangka dan melaksanakan program mencegah dadah melalui ceramah-ceramah. Keanggotaannya jawatankuasa-jawatankuasa ini seboleh-bolehnya hendaklah terdiri daripada pegawai dan kakitangan berikut: (a) Ketua Bahagian Pentadbiran atau pegawai yang bertanggungjawab mengenai kakitangan di pejabat berkenaan.2 Merangka dan melaksanakan program untuk membasmi kegiatan penagihan dadah yang berlaku di kalangan kakitangan.1 Menyeru supaya mereka tampil ke hadapan secara sukarela dalam tempoh yang ditentukan oleh jawatankuasa.2.2.1 Mengadakan satu sistem untuk mengenalpasti kakitangankakitangan yang terlibat dengan penagihan dadah: 6. Jawatankuasa ini di peringkat Kementerian.2 Menganjurkan supaya diadakan ujian air kencing secara mengejut ke atas mereka yang disyaki sahaja dengan kerjasama Pegawai Pemulihan Dadah. 6.Jabatan dan Badan Berkanun bolehlah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha atau Timbalan Ketua Pengarah atau Timbalan Pengurus Besar atau jawatan-jawatan setaraf. Program ini bolahlah diselengarakan dengan kerjasama Kementerian Penerangan di peringkat Persekutuan dan Jabatan-jabatan Penerangan di peringkat negeri dan daerah. risalah-risalah kecil.1. (d) Kerani Besar. Kementerian Dalam Negeri.1.2.hendaklah juga ditubuhkan di setiap Cawangan atau Bahagian yang terletak berasingan termasuklah di peringkat Persekutuan. 5. jika jawatan ini wujud.1. (b) Pegawai Kebajikan. Negeri dan Daerah.3 Menjalankan pengawasan ke atas kakitangankakitangan dengan cara mengenalpasti tanda-tanda penagihan. Program ini bolehlah meliputi aktiviti-aktiviti berikut: 6.2. pameranpameran dan tayangan filem mengenai bahaya penagihan dadah. Bidang tugas Jawatankuasa Anti dadah tersebut dicadangkan sepertiberikut: 6. Jawatankuasa ini hendaklah merupakan badan tetap dalam tiap-tiap pejabat. (c) Salah seorang daripada jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan atau Badan Agama dalam agensi. poster-poster.

6. Walau bagaimanapun Ketua-ketua Jabatan dan Jawatankuasa ini hendaklah menggalakkan setiap kakitangan melaporkan sesiapa sahaja yang diketahui terlibat atau disyaki terlibat dengan penagihan dadah.1. (Prosedur bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah yang menjalaninya dengan sukarela diperuntukkan dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Seksyen 8(1)).2.2. 6.4 6.3 Mereka yang dikenalpasti atau disyaki menagih dadah seperti di para 6.3 tetapi tidak tampil ke hadapan secara sukarela perlu dilaporkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan Dadah atau mana-mana Pegawai Polis yang berpangkat tidak rendah dari Sarjan atau mana-mana pegawai Penjaga Balai Polis (Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan 1983 Seksyen 3(1)).1 Cara mengesan penagihan dadah melalui pengawasan bolehlah diasaskan kepada sistem hirarki yang bermula dari peringkat kakitangan atasan hingga ke peringkat bawah. Kementerian Dalam Negeri.2. 10 Tahun 1984. Ketua-ketua Jabatan hendaklan melaporkan dalam masa tiga bulan dari tarikh surat ini tentang penubuhan Jawatankuasa Anti Dadah di dalam pejabat masing-masing.2 dan 6.2 Mereka yang menagih dadah yang tampil ke hadapan secara sukarela perlu dirujukkan kepada mana-mana Pegawai Pemulihan Dadah.1. Ini hendaklah disusuli dengan laporan bulanan mengenai aktiviti aktiviti Jawatankuasa Anti Dadah termasuk butir- . Merangka dan melaksanakan satu program bimbingan di kalangan pegawai dan kakitangan untuk memberi khidmat rundingcara (counselling) kepada kakitangan yang telah tamat tempoh pemulihan di Pusat Pemulihan atau yang sedang menjalani pemulihan di bawah pengawasan Pegawai Pemulihan Dadah. Kementerian Dalam Negeri seperti di Lampiran’B’ untuk menjalani ujian-ujian.3. 6.2.5 MAKLUMBALAS DARI AGENSI-AGENSI 7.2.1.2. Mengarah supaya Bahagian Pentadbiran atau pegawaipegawai yang bertanggungjawab mengenai kakitangan yang terlibat kepada Ketua Jabatan atau pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk apa-apa tindakan yang sewajarnya dari segi perkhidmatan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. Kursus-kursus pendek untuk pegawai dan kakitangan Kerajaan yang berminat memberi khidmat rundingcara (counselling) mungkin dapat diadakan dengan kerjasama Kementerian Kebajikan Masyarakat.2.6.

1978 adalah dibatalkan. : 942533 PEMAKAIAN SURAT PEKELILING AM INI 8.t. JALAN DUTA. KUALA LUMPUR. MAJLIS KESELAMATAN NEGARA. PASUKAN PETUGAS ANTI DADAH. No. . BLOK K-1. Laporanlaporan dari pejabat di peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan hendaklah dihantar kepada Setiausaha Keselamatan Negeri masing-masing/Setiausaha Keselamatan Wilayah Persekutuan. Meradang tidak tentu sebab.butir kes-kes penagihan dadah dengan menggunakan format seperti yang dikembarkan. maka: (I) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914 bertarikh 25hb. selalu mengucap dan tidak bermaya.hasil kerja. (II) Surat Jabatan Perdana Menteri PM 17914/4 bertarikh 5hb. Mei. Jabatan-jabatan dan Badan-badan Kerajaan di peringkat Persekutuan hendaklah dihantar kepada : PENGARAH. mutu kerja. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Am ini. Perubahan sikap dan tabiat pada keseluruhannya. Tel. t. Julai. (TAN SRI DATO’ SALLEHHUDDIN BIN MOHAMED) Ketua Setiausaha Negara. 1977. Mengelakkan diri dari tanggungjawab. Surat Pekekliling Am ini berkuatkuasa mulai daripada tarikh ianya dikeluarkan. Laporan-laporan bagi Kementerian-kementerian. LAMPIRAN ‘A’ PANDUAN UNTUK MENGENALI SESEORANG PENAGIH DADAH i) ii) iii) iv) Perubahan atau kemerosotan kehadiran di pejabat. disiplin. JABATAN PERDANA MENTERI.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Sekolah-Sekolah. Hilang selera makan. Berdamping dengan mereka yang diketahui menagih. . Parut atau bekas suntikan di lengan. Tabiat suka menyembunyikan apa-apa yang dilakukan serta dimiliki. tingkat bawah bangunan (untuk mengambil dadah). Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barang-barang yang mudah dijual dari tempat kerja atau kawan-kawan. kurang berat badan.v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii) Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. Mengasing diri daripada rakan-rakan dan kegiatan masa lapang. hujung jari bertukar warna akibat kesan menghisap dadah. Selalu mengunjungi tempat-tempat aneh tanpa sebab seperti bilik-bilik stor. mata berkaca-kaca dan berair atau mata yang redup. Tingkat 12-14. Bilik kecil. Bangunan Bank Pertanian.

Majlis Keselamatan Negara. Pasukan Petugas Anti Dadah. Untuk tujuan mengendalikan kes penyalahgunaan Inhalan ini. 8/1986 Penyalahgunaan Dadah Seperti Y. Bagi tujuan membantu pihak sekolah memahami perkara ini. FILEM DAN SEBAGAINYA. keputusan mesyuarat Jawatankuasa Anti Dadah Negara adalah menjadi dasar yang mesti dipatuhi: 3.B.3 J . IKA TERDAPAT KES-KES MENYALAHGUNAKAN INHALAN DI KALANGAN PELAJAR. RISALAH. Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan. POSTER. Kementerian Kesihatan dan Bahagian Sekolah-Sekolah. oleh itu langkah-langkah pencegahan/penyekatan dan pembasmian perlu dijalankan. Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan Buku Kecil “PENYALAHGUNAAN INHALAN – Panduan Untuk Para Guru” yang telahpun dihantar oleh Pasukan Petugas Anti-Dadah ke Jabatan tuan untuk diagihkan ke sekolah. Datuk/Tuan/Puan.Leboh Pasar Besar. 3. satu gejala salahlaku baru yang terdapat dikalangan pelajaran sekolah ialah menyalahgunakan “Inhalan”. Kementerian Pelajaran telah menerima kes-kes ini semenjak tahun 1983 dan didapati bilangan pelajar yang terlibat telah semakin bertambah. HENDAKLAH DITENTUKAN TIDAK SAMPAI KE TANGAN PELAJAR. Telefon : 2922066 KP (BS) 8584/8/1/(29) 29 Disember 1986 Semua Pengarah Pelajaran Negeri Malaysia. 3. 2. VIDEO. 3.B. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Y. Kementerian Pelajaran amat memandang berat hal ini kerana perbuatan ini membahayakan diri pelajar berkenaan.1 SEBARANG MAKLUMAT MENGENAI INHALAN SEPERTI BUKUBUKU KECIL. Datuk/Tuan/Puan maklum. IA HENDAKLAH DIKENDALIKAN MELALUI PROSES MENOLONG DENGAN PENUH HATI-HATI TANPA DIHEBOH-HEBOHKAN.2 PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN INHALAN YANG TERDAPAT DI SEKOLAH HENDAKLAH DIKAWAL DENGAN RAPI DAN DITENTUKAN TIDAK DISALAHGUNAKAN OLEH PELAJAR. DI MANA KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN PELAJAR TERSEBUT HENDAKLAH DIUTAMAKAN.

Polis. Rawatan dan Pemulihan.1 Ibu bapa/penjaga pelajar mestilah diberitahu SEGERA dan diberi maklumat yang tepat dan nasihat mengenainya. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yangmenurut perintah.2 Membincangkan buku kecil berkenaan dengan semua guru. Didahului dengan ucapan terima kasih. PIBG.4 5. Unit Bimbingan dan Kaunseling).2 Pelajar yang terlibat hendaklah diberi maklumat tepat.1 Melaporkan kes-kes penyalahgunaan Inhalan ini dengan SEGERA ke Jabatan Pelajaran Negeri untuk dipanjangkan ke Kementerian Pelajaran (lihat borang terlampir).4. Sekolah boleh mendapatkan kerjasama erat dari pegawai-pegawai Kebajikan Sekolah.B. Ibu bapa dan guru-guru hendaklah bekerjasama mengadakan pengawasan yang rapi. nasihat/kaunseling individu/kelompok.p. 4. kelompok dinamis/penjelasan nilai-nilai dan lain-nilai yang bersesuaian untuk mengubah tabiat ini. Langkah-langkah berikut selain dari yang terdapat dalam buku kecil tersebut hendaklah diikuti: 4. 5. Maklumat/pertanyaan (jika ada) sila kemukakan ke Bahagian Sekolahsekolah. Kementerian Pelajaran (u. 5. Jawatankuasa Kebajikan Pelajar Sekolah/Daerah. tt . Datuk/Tuan/Puan maklumkan Surat Pekeliling ini kepada semua Pengetua dan mengarahkan untuk : 5. PEMADAM dan lain-lain yang berkenaan. Perubatan.3 Membawa perkara ini ke pengetahuan Jawatankuasa PIBG Sekolah dan membincangkan buku kecil ini dalam mesyuarat PIBG. Sekian dimaklumkan. Sila Y. 4.3 4.

Menteri Pelajaran 10. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. PUSAT BANDAR DAMANSARA.p. Ketua Unit Hal Ehwal Awam. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I 5. Telefon : 2556900 50604 KUALA LUMPUR.3/1988 : Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) Sebagaimana Y. Pegawai Khas kepada Y. BLOK J (SELATAN). s.(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR) Bahagian Sekolah-sekolah.III/(3) 3 Februari 1988 Semua Pengarah Pendidikan Negeri.B. jijik dan jelek dalam jiwa generasi muda terhadap dadah. Y. b. Menteri Pelajaran 2. Datuk/Tuan/Puan sedia maklum Kerajaan memandang serius terhadap ancaman dadah ke atas golongan belia di negara ini. Kementerian Pendidikan. Datuk/Tuan/Puan.k. Ketua Setiausaha. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan 9. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Kementerian Pelajaran BAHAGIAN SEKOLAH. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran 3. Kementerian Pelajaran 8. 1. Timbalan Ketua Setiausaha II. Kawat : ‘PENDIDIKAN’ KP(BS)8591/Jld.B. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II 6. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 4. .B. PARAS 5.B. Setiausaha Sulit kepada Y. Kementerian Pelajaran. sebagai sebuah agensi Kerajaan yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aktiviti kokurikulum merupakan satu bidang yang boleh digunakan bagi menanam perasaan benci. Ketua-ketua Bahagian. Kementerian Pelajaran 7.

Sehingga ini 104 buah sekolah telah menyertai program ini. penganugerahan Lencana di jangka akan dibuat seawal-awalnya pada akhir Mac 1988. Buku ini hanya akan diserahkan kepada murid-murid apabila mereka hendak mencatatkan aktiviti yang telah mereka sertai. St.B. . Pergerakan Puteri Islam.2. Dengan ini jasa baik Y. sekolah-sekolah yang sedang dan akan dilaksanakan program ini adalah diarah untuk memperkemas dan mempertingkatkan aktiviti-aktiviti seperti yang dirancang dalam Kurikulum Skim Lencana Anti Dadah. menulis esei anti dadah dan mengumpul keratan akhbar/rekodkan oleh murid-murid sendiri dalam sebuah Buku Log yang akan diberi secara percuma oleh Kementerian Pendidikan. Untuk tujuan tersebut. Jabatan Perdana Menteri. Guru penasihat/guru pemimpin persatuan berkenaan akan menyimpan buku log tersebut. Penyertaan murid-murid dalam aktiviti anti dadah akan diberi markah tertentu seperti yang disyaratkan dalam Buku Log SLAD.B. guru-guru penasihat/pemimpin persatuan akan diberi latihan secukupnya. Pandu Puteri. Program ini akan diteruskan dan diperluaskan sehingga meliputi semua sekolah di seluruh negara. 4. Sekolah-sekolah yang telah menghantar guru penasihat/guru pemimpin persatuan menyertai latihan untuk program ini dalam tahun 1986 tetapi masih belum melaksanakan digesa menggerakkan program ini secara secepat mungkin. mereka akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah. Untuk makluman. Seramai 336 orang guru penasihat/guru pemimpin persatuan Pasukan Seragam telah diberi latihan untuk persatuan menjalankan program ini di sekolah masing-masing. 5. Murid-murid sekolah yang menjadi anggota pasukan seragam seperti Pengakap. John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah menjadi sasaran program ini.Datuk/Tuan/Puan. Bagi sekolah-sekolah yang memulakan program ini dalam tahun 1988 guru penasihat/guru pemimpin persatuan hendaklah merancang aktiviti Skim Lencana ini dari awal penggal persekolah lagi. Lencana ini memberi pengertian bahawa murid itu telah bergiat dengan aktif dan berkesan dalam aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah. Mereka dikehendaki mengikuti aktiviti-aktiviti anti dadah seperti ceramah. Kementerian Pendidikan telah melancarkan program Skim Lencana Anti dadah ini merupakan satu daripada program pendidikan pencegahan dadah yang telah diperakukan dalam Rancangan Keselamatan Negara. peraduan melukis poster. Bagi sekolah-sekolah yang menyertai program ini sejak tahun 1986. Datuk/Tuan/Puan adalah diminta untuk memaklumkan isi kandungan Pekeliling ini kepada semua Pengetua sekolah di negeri Y. Dalam hal ini guru penasihat/pemimpin persatuan hendaklah menentukan segala pengurusan dan pelaksanaan aktiviti dijalankan dengan rapi dan sempurna. Buku Log yang akan dibekalkan kepada kepada peserta hendaklah disimpan oleh guru penasihat/guru pemimpin persatuan. Pihak Kementerian Pendidikan telah menyediakan Buku Log dan Lencana untuk diedarkan ke sekolah-sekolah. bagi sekolah-sekolah yang belum menjalankan program ini. 3. Sehubungan dengan itu.

Menteri Pendidikan Malaysia. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. 3. Ketua Setiausaha.B. Setiausaha Sulit Kepada Y. Kementerian Pendidikan Malaysia. Dr.k. Setiausaha Sulit kepada Y.‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ tt (HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD NOOR) Bahagian Sekolah b.B.p Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Tel : 03-2556900 Fax : 03-2543107 . PARAS 7. 4. 1 2. PUSAT BANDAR DAMANSARA. Encik Woon See Chin. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK J.B. Setiausaha Sulit Kepada Y. s. Leo Michael Toyad.

diedar. Sila maklumkan pengharaman ini kepada semua sekolah di negeri tuan untuk mempastikan pensil dalam bentuk sebagaimana dinyatakan di atas tidak digunakan atau dimiliki oleh pelajar sekolah.7/1992: Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringer) Di Sekolah-sekolah Dimaklumkan bahawa satu ketetapan telah dibuat oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Julai 1992 MENGHARAMKAN pensil berbentuk alat suntikan (syringe) daripada diimport. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATO’ ASIAH BTE ABU SAMAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia .VII/(13) Tarikh : 27 Julai 1992 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Malaysia. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. dibeli atau dimiliki oleh orang ramai. Tuan : Ruj. Sekian. Kawat : “PELAJARAN” Ruj. dijual.50604 KUALA LUMPUR. Tuan.Kami : KP(BS)8591/Jld. 2.

terima kasih. JABATAN SEKOLAH. Surat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia KP(BS)8786/51/Jld. 50604 KUALA LUMPUR. PUSAT BANDAR DAMANSARA. 4. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” . BLOK J (SELATAN). Y. 3. PELAKSANAAN PROGRAM CUMA LIMA MINIT ANTI DADAH DI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH Tel : 03-2586900 Fax: 03-256389 Perkara di atas dengan hormatnya adalah dirujuk. Kerjasama dan budi bicara amat dihargai dan disanjung tinggi. 2. Sekian. Datuk/Tuan. PARAS 5. Dengan ini matlamat Pendidikan Pencegahan ddah iaitu Sekolah Bebas Dadah dari dadah berteraskan konsep Modus Operandi Pelaksanaan Program Cuma Lima Minit Anti Dadah tersebut. Bhg.BAHAGIAN SEKOLAH. Melalui program ini diharap mesej Anti dadah dapat disampaikan kepada semua pelajar khasnya dan guru-guru amnya dengan cepat dan secara menyeluruh.1/(2) bertarikh 23 Mac 1991 adalah berkaitan. Sehubungan dengan itu sukacita sekiranya Y. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.Bhg. KP(BS)8548/23/C/(5) 27 April 1995 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri. Datuk/Tuan dapat mengarahkan semua sekolah rendah dan menengah melaksanakan program ini sebanyak dua kali setahun sempena dengan Hari anti dadah Kebangsaan iaitu pada 19 Februari dan Hari Anti Dadah Antarabangsa iaitu pada 26 Jun tiap-tiap tahun.

Bhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan mengenai perkara di atas. JABATAN SEKOLAH. 50604 KUALA LUMPUR. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia BAHAGIAN SEKOLAH.tt (ABDUL RAHIM BIN BUSU MAT NOR) Timbalan Pengarah I Bahagian Sekolah b. PUSAT BANDAR DAMANSARA. KP(BS/HEP)8543/064(36) 24 Julai 1998 Semua Pengarah Jabatam Pendidikan Negeri Y. 2. . KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.Bhg. UJIAN URIN PELAJAR SEKOLAH Tel : 03-2586900 Fax: 03-256389 Dengan hormatnya saya menarik perhatian Y. BLOK J (SELATAN). PARAS 5. Keadaan ujian pantas urin merupakan ujian saringan manakala ujian urin kaedah makmal oleh pihak Hospital merupakan ujian Pengesahan.p.Datuk/Dato’/Datin/Tuan. Pihak Kementerian Pendidikan dan Agensi Dadah Kebangsaan sedang menjalankan ujian urin pelajar sekolah melalui kaedah Ujian Pantas Urin (kertas jalur) dan kaedah makmal.

. Manakala bagi 54 orang pelajar yang dikesan melalui ujian pengesahan masih terikat dengan Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-Kes Penggunaan Dadah Di Kalangan Murid Di Sekolah. Datuk/Dato’/DatinTuan dalam memerangi masalah dadah di sekolah amat dihargai. Guru Disiplin dan kaunselor sekolah. (Salinan Tatacara dilampirkan). SULIT 5. Terima kasih. Mesyuarat Jawatankuasa Pencegahan Dadah Di Sekolah yang dipengerusikan oleh YB. Keprihatinan Y. 4. Dato Ong Ka Ting pada 18 Jun 1988 telah memutuskan supaya 537 orang pelajar yang dikesan terlibat mengambil dadah melalui kaedah ujian pantas urin (saringan) dijadikan kajian kes dan terikat dengan Tatacara Ujian Pantas Urin Di Sekolah oleh Pengetua /Guru Besar. Bahagian Sekolah juga telah menerima laporan daripada Jabatan Pendidikan Negeri oleh pihak Agensi Dadah Kebangsaan bahawa terdapat pelajar yang terlibat mengambil dadah yang dikesan melaui kedua-dua kaedah ini. Sekian. (sila rujuk tatacara yang dilampirkan). Sukacita juga ditekankan supaya segala maklumat berkaitan pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan dadah dan program susulan dikendalikan secara SULIT dan hanya perlu diketahui oleh Pengetua.3. (Laporan dilampirkan). Kajian Kes ini perlu dikendalikan bersama dengan ADK Negeri.Bhg. Sila kemukakan ke Bahagian ini laporan terkini (sehingga 31 Jun 1998) pelajar yang terlibat mengambil dadah (saringan dan pengesahan) dan program susulan yang sedang dan akan dilaksanakan. 6. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah. Guru Penolong Kanan HEM).

Agensi Dadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri.k.tt (HAJI SABRI BIN SALLEH) Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. s. SULIT TATACARA UJIAN PANTAS URIN DI SEKOLAH OLEH PENGETUA/GURU BESAR DISEDIAKAN OLEH : AGENSI DADAH KEBANGSAAN . 1.

2 Kaedah ini sebagai satu pencegahan awalan secara langsung dan praktikal yang dilaksanakan oleh Pengetua/Guru Besar terhadap pelajar yang mempunyai tandatanda awal pengambilan dadah. 1. lebih murah dan mampu memenuhi permintaan sekolah untuk membuat pengesanan awal.kaedah ‘ujian pantas urin’ ini adalah lebih praktikal.1 Ujian Pantas Urin di sekolah merupakan salah satu pendekatandalam usaha Pendidikan Dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah. seterusnya tindakan serta merta terhadap pelajar yang terlibat dapat diambil. Kaedah pengesanan dengan menggunakan ‘kertas jalur’ ini hanya tujuan mengesan sahaja supaya para pelajar yang terlibat dengan pengunaan dadah dapat dibantu dan dipulihkan. 2. tetapi adalah untuk tujuan mengenalpasti secara pantas pelajar yang tersebut dengan dadah agar tindakan susulan (pencegahan awal) dapat dilakukan dengan segera. Ujian urin di kalangan pelajar dilakukan bukan untuk tujuan diambil tindakan undangundang. RASIONAL 2. 1. Dengan jumlah pelajar yang ramai.4 .KEMENTERIAN DALAM NEGERI DENGAN KERJASAMA : BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TATACARA UJIAN PANTAS URIN DI SEKOLAH OLEH PENGETUA/GURU BESAR 1.2 Pencegahan awalan amat penting dalam menghadapi masalah ini kerana telah terbukti bahawa mereka yang terlibat dengan penagihan dadah amat sukar untuk menghilangkan ketagihannya. 2.3 2.1 Pencegahan melalui kaedah Ujian Pantas Urin merupakan aspek penting dalam menangani masalah di sekolah.3 2. Ia merupakan strategi jangka panjang negara dalam membanteras dadah melalui system persekolahan. PENDAHULUAN 1.

PRINSIP PELAKSANAAN 4.5 5. Untuk tujuan kesahihan. 3. keluarga serta sekolah yang terlibat. Guru Disiplin dan Kaunselor sahaja. 5. BUKAN untuk tujuan menghina atau melebelkan mereka secara negatif. Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab memberitahu ibu bapa pelajar yang positif urinnya bagi setiap kali ujian pantas urin dilaksanakan .1.3. Kaunselor Pengetua/Guru Besar perlu memaklumkan secara bijaksana kepada ibu bapa bagi pelajar yang diuji positif dengan tujuan untuk menentukan program pemulihan yang bersesuaian dapat dilaksakan. seterusnya membendung pelajar tersebut daripada terus terjerumus dengan najis dadah.1 Pelaksanaan pengesanan dadah melalui ujian urin pelajar menggunakan ‘kertas jalur’ ini hendaklah atas dasar untuk menolong/membantu pelajar yang terlibat.2 Pelaksanaan pengesanan dadah melalui ujian urin pelajar menggunakan ‘kertas jalur’ ini juga hendaklah dilaksanakan secara bijaksana dengan mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pelajar. 4. Guru Disiplin. Guru Penolong Kanan(HEM). Segala maklumat berkaitan pelajar yang dikenalpasti terlibat dengan dadah hendaklah dikendalikan secara SULIT dan hanya perlu diketahui oleh Pengetua/Guru Besar.3 4.1 Penyelarasan Program 5. ujian pantas urin ini perlu dilakukan oleh Pengetua/Guru Besar dan salah seorang daripada guru berikut:Guru Penolong Kanan (HEM).4 4.2 5. 4. TATACARA KERJA 5.3 Setiap Pengetua/Guru Besar boleh mengarahkan pelajarpelajar menjalani ujian ini. 5.1 ‘Kertas Jalur’ dan peralatan akan dibekalkan kepada Pengetua/Guru Besar di awal tahun sesi persekolahan tahun berkenaan. 4.1. TUJUAN 3.1 Merealisasikan wawasan negara dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia yang berteruskan kepada Falsafah Pendidikan Negara.2 Pihak Agensi Dadah Kebangsaan akan menguruskan latihan mengenai kaedah penggunaan ‘kertas jalur’ kepada Pengetua/Guru Besar.2 Mengesan pelajar yang terlibat dengan dadah secara pantas agar tindakan susulan bagi pencegahan awal dapat dilaksanakan secara berkesan.1.1.

6.4 Celupkan ‘kertas jalur’ itu ke dalam bekas urin selama 10 saat.8 Contoh rajah ujian menggunakan ‘kertas jalur’ adalah seperti lampiran ‘B’. 6.7 Jika SATU garisan terhasil (control line).1.1 ‘Kertas Jalur’ Ujian Ganja 6. yang ditetapkan. 6.5 Apabila terdapat serapan urin naik ke atas. maka ia adalah POSITIF. 7. DISEDIAKAN OLEH : AGENSI DADAH KEBANGSAAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI.2 Pastikan ‘kertas jalur’ yang akan digunakan itu belum luput tarikh ‘sahguna.4 untuk membincangkan langkahlangkah yang perlu diambil bagi membantu pelajar berkenaan. ‘kertas jalur’ itu hendaklah diangkat dan dikeluarkan daripada bekas urin tersebut dan diletakkan di atas sebarang permukaan landai.1.6 Baca keputusan tepat 5 minit selepas langkah 6. DENGAN KERJASAMA . 6.1. bersih dan kering. 6. sikap. PENUTUP 7. 6.1. BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 13 APRIL 1998 ARE/Gutk Test/HEP LAMPIRAN ‘A’ TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui beberapa perubahan tertentu seperti rupa. TATACARA TEKNIKAL 6. tabiat dan tingkahlaku. 6. maka ia adalah NEGATIF. hendaklah terus dilakukan ujian dengan ‘kertas jalur’ ini bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat.1.1 Sediakan botol yang sesuai. Jika DUA garisan terhasil (control dan test line).1. Pastikan celupan itu tidak melebihi had/paras garisan bawah (iaitu garisan melintang di bawah anak panah) yang tercetak pada ‘kertas jalur tersebut.1.3 Urin yang telah diambil. Setelah menjalani program pemulihan dan empat kali berturutturut ujian pantas urin yang menunjukkan positif. Kemerosotan kehadiran. Pengetua/Guru Besar perlu membuat laporan kepada Agensi Dadah Kebangsaan supaya tindakan selanjutnya mengikut Akta 283 (Rawatan Dan Pemulihan) boleh diambil.1. Beberapa tanda umum yang boleh dilihat berkaitan dengan kegiatan penagihan dadah adalah:1.1.5.5.1. disiplin dan atau merosot pencapaian akademiknya. 6. .1 Ujian pantas urin di sekolah-sekolah dengan menggunakan ‘kertas jalur’ ini adalah penting sebagai alat untuk mengesan penglibatan pelajar di peringkat awal bagi memudahkan tindakan pencegahan dilaksanakan.

2. 9. 8. Suka meminjam wang atau mencuri barang-barang yang mudah dijual. 2. KP(BS/HEP)8543/0113/(47) 27 Ogos 1998 Semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Y. Perubahan sikap dan kelakuan seperti meradang tidak tentu sebab. 7. PUSAT BANDAR DAMANSARA. kurang berat badan. Tel : 03-2586900 Fax: 03-256389 ANALISIS PELAJAR/GURU/PEKERJA YANG TERLIBAT DENGAN DADAH/ INHALAN/UBAT BATUK (ADIUB I) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 5. Bahagian Sekolah. Kemerosotan paras rupa dan kebersihan diri. 3. 4. mata merah dan berair atau kuyu. Hilang selera makan. selalu menguap dan tidak bermaya. Selalu mengunjungi tempat-tempat terpencil seperti bilik-bilik setor. Mengelakkan diri daripada bertanggungjawab.Dato’/Datuk/Datin/Tuan. BLOK J (SELATAN). JABATAN SEKOLAH. BAHAGIAN SEKOLAH. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. 6. Parut atau bekas suntikan di lengan atau hujung jari berjelaga. bilik kecil. 50604 KUALA LUMPUR. Mengasingkan diri daripada rakan-rakan sekolah/sebaya atau kegiatan rekrasi/kokurikulum. tingkah bawah bangunan dan sebagainya untuk tujuan mengambil dadah.Bhg. Kementerian Pendidikan Mlaysia menerima laporan bahawa Jabatan Pelajran Negeri dengan kerjasama Agensi Dadah Kebangsaan Negeri-negeri sedang melaksanakan . PARAS 5.

Semenanjung Malaysia. 27. Bahagian Sekolah berharap supaya tindakan susulan bagi menyelamatkan pelajar yang didapati positif urin dapat diambil secara praktikal dan berkesan. Semua Negeri. tt (HAJI SABRI BIN SALLEH) Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia KP(BS)8548/4/Jld. Januari. Keprihatinan Y. iii) Laporan Suku Tahun Ketiga – Kes yang berlaku di antara 1 September hingga 31 Disember. Tuan. Rumah Persekutuan.aktiviti pengesanan secara aktif ke sekolahsekolah. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya Yang Menurut Perintah. Sekian. 3. terima kasih. ii) Laporan Suku Tahun Kedua – Kes yang berlaku di antara 1 Mei hingga 31 Ogos. Di samping mengucapkan syabas kepada Jabatan Pendidikan Negeri yang mengambil langkah pencegahan melalui aktiviti pengesanan secara aktif ini. Kuala Lumpur 01-34.Dato’/Datuk/Datin/Tuan dalam usaha-usaha Pendidikan Pencegahan Dadah amat disanjungi tinggi. 1979.IX/(I) Kementerian Pelajaran. Pengarah Pelajaran. . 4.Bhg. Sila gunakan Borang ADIUB I yang sudah dimurnikan bagi laporan berikutnya laporan hanya perlu dihantar tiap-tiap empat bulan sekali sebagaimana berikut :i) Laporan Suku Tahun Pertama – Kes yang berlaku di antara 1 Januari hingga 30 April.

perhubungan antara murid dengan guru. (ii) Mengesan murid-murid yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dapat dirujukan kepada agensi-agensi yang berkenaan untuk mendapat rawatan dan pemulihan. Guru-Guru Besar Sekolah Menengah adalah diarah menitikberatkan perkara ini dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menjamin perlaksanaan perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya adalah dikelolakan dengan sempurna.Surat Pekeliling Iktisas Bil: i/1979 Senarai Tugas-Tugas Guru Panduan Di Sekolah Menengah Memandang bahawa kepentingan mengadakan satu perkhidmatan panduan pelajaran dan kerjaya yang berkesan di Sekolah Menengah. lawatan ke tempat pekerjaan/latihan/alam pekerjaan. Pengelola Daerah Panduan Pelajaran Negeri adalah dikehendaki mempastikan supaya GuruGuru Panduan menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna. mendapat maklumat mengenai pekerjaan daripada Papan Kenyataan Pekerjaan. Bahagian Sekolah-Sekolah. (iii) Jika sekiranya murid yang telah menjalani pemulihan dapat diterima semula di Sekolah Kerajaan. mengambil ujian minat pekerjaan. (d) Rancangan Mencegah Salahguna Dadah bertujuan untuk (i) Mengesan murid-murid yang mengalami masalah-masalah yang mungkin di dalam kumpulan risiko tinggi penyalahgunaan dadah dapat diberi pertolongan dan diselamatkan. tiap-tiap Guru Besar Sekolah Menengah adalah dikehendaki meneliti Rancangan Panduan Pelajaran dan Kerjaya meliputi kegiatan-kegiatan dengan tujuantujuan yang berikut:(a) Panduan Pelajaran – murid-murid diberi pertolongan untuk memiliki mata pelajaran pilihan supaya mereka memahami akan implikasi-implikasi pilihan itu terhadap pelajaran dan pekerjaan pada masa hadapan. Kutub Khanah dan sebagainya.t (SYED ABU BAKAR BARAKBAH KMN. . 1979. (c) Panduan peribadi – murid-murid diberi pertolongan untuk mengatasi/menyelesaikan masalah-masalah peribadi. (b) Panduan Kerjaya – murid-murid diberi pertolongan dalam perkembangan kemajuan pekerjaan melalui kegiatan-kegiatan Kelab Panduan Kerjaya. Saya yang menurut perintah t. Malaysia. Kementerian Pelajaran. Tuan adalah diminta memberitahu perkara ini kepada tiap-tiap Guru Besar/Guru Panduan Sekolah Menengah di Negeri tuan. diberi tindakan seliaan. masalah-masalah dalam pelajaran dan lainlain melalui Rundingcara(Counseling Interview) antara murid dan guru panduan.PSM) Pengarah Sekolah-Sekolah. Bersama-sama ini dilampirkan senarai “Tugas-tugas Guru Panduan Sekolah Menengah” yang ditetapkan kuatkuasa mulai dari Januari.

Mengelola dan mengadakan rundingcara. secara keseluruhan mengenai mengisi. pembentukan konsep kendiri dan perkembangan secara positif supaya menjadi dewasa yang bertanggungjawab. menjaga dan mengguna Rekod Himpunan dan butir-butir yang berkenaan. menjelaskan nilai-nilai. 9. . Persatuan-persatuan Dermawan dan sebagainya. Buruh dan Tenaga Rakyat. mengumpulkan dan menggunakan “Butir-butir Tanpa Ujian” muridmurid. Badan Persendirian. kesihatan. Mengelola seminar-seminar ceramah-ceramah dan pameran kerjaya di peringkat sekolah dan mengambil bahagian dalam mengelolakan kursuskursus panduan dan sebagainya di peringkat Negeri dan Daerah. 10. 2. Bertanggungjawab. 7. Mengelola dan merancang panduan kumpulan pada peringkat sekolah : (a) Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk membawa kesedaran kepada semua murid. (c) Panduan kumpulan hendaklah digunakan untuk menolong muridmurid memilih matamata pelajaran kesukaan (electives) dengan lebih teliti lagi selaras dengan 3. Belia dan Sukan. 5. Mengelola Bilik/Bilik Rundingcara dengan lengkap dan teratur. 8. Menjalankan rancangan panduan yang berkesan dan bertujuan. Kebajikan Masyarakat. jika perlu dan membuat susulan. mencadangkan tempat-tempat pelajaran lanjutan tabiat belajar dan lain-lain kegiatan panduan pelajaran. penyesuaian pergaulan dan lain-lain). Menolong mengadakan perhubungan di antara dan badan-badan yang berkenaan seperti Jabatan-jabatan Kesihatan . Membuat penentuan kes-kes untuk dirujuk kepada pihak-pihak tertentu. Mengelola rancangan orientasi membimbing murid-murid dalam memilih mata pelajaran.SENARAI TUGAS-TUGAS GURU PANDUAN DI SEKOLAH MENENGAH 1. 4. 6. (b) Panduan kumpulan dinamik harus digunakan dalam usaha mencegah menyalahgunaan dadah di sekolah-sekolah menengah. Menerusi panduan kumpulan dapat membantu murid-murid untuk mengatasi masalah peribadi. jika dikehendaki. Mencatit. temuramah dengan murid-murid /ibubapa (misalnya: masalah peribadi pemilihan matapelajaran kerja. memperbaiki kebiasaan dan sikap belajar. Kebudayaan.

sahsiah murid-murid melalui Ujian Khas (Standardised) bila ujian itu ada. pelajaran. 16. 14. mengelola. 11. 19. Mengadakan program khas untuk mengesan murid yang dianggap dalam keadaan risiko menyalahgunakan dadah dan mengambil tindakan sewajarnya. Menjalankan tindakan mengesan awal untuk mencegah salahgunaan dadah di kalangan murid. menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang latihan/pelajaran/pekerjaan. 13. 12. Menjalankan tugas-tugas lain yang diberi dari semasa ke semasa oleh Guru Besar sekolah di mana Guru Panduan itu ditugaskan. Mengesan sikap. Mengadakan kegiatan-kegiatan tertentu termasuk panduan kumpulan dengan kegunaan pendekatan-pendekatan positif untuk mencegah dadah. Menjalankan penyelidikan/Kajian di atas tindakan yang telah dibuat misalnya: kajian tindak ikut mengenai perkembangan pekerjaan murid-murid dan mengumpulkan semua aspekaspek lain berlainan berkenaan seseorang murid dan lain-lain. kemahiran dan pencapaian mereka dalam mata-mata pelajaran dan lapanganlapangan kegiatan yang boleh menentukan kesan-kesan jangka panjang dalam pemilihan pekerjaan pada satu masa kelak.cara memohon kerja. 20. bagi murid-murid sekolah amnya dan bagi muridmurid yang akan meninggalkan sekolah khasnya. pengalaman pekerjaan. 17. kelakuan di temuduga pekerjaan dan lain-lain). perbincangan pertunjukan filem. latihan. Menentukan saluran rujukan khas untuk menolong murid-murid yang terlibat dalam kegiatan salahgunaan dadah dan menjalankan tindakan susulan. 21. 18. 15.perkembangan minat. Bekerjasama dengan pihak-pihak tertentu (misalnya : PEMADAM.kebolehan. melawat tempat-tempat pekerjaan. Kementerian Kebajikan Masyarakat dan lain-lain) untuk mencegah kesalahgunaan dadah di kalangan murid-murid. bakat. Menjalankan projek percubaan / untuk mengkaji sejauh manakah Panduan di sekolahnya berkesan. Mengelola dan menyelia kelab Kerjaya sekolah. . Ibubapa. Mengelolakan aktiviti-aktiviti yang bersabit dengan panduan (misalnya: Ceramah Kerjaya.

Leboh Pasar Besar. Tingkat 12-14. Peranan dan tanggungjawab utamasekolah bukan hanya sematamata kepada menyampaikan ilmupengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran .Dato’/Tuan. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. KP(BS)8591/Jld. Y.I/1985 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah 1. Januari 1985 Semua Pengarah Pelajaran Negeri. sekolah mempunyai banyakperanan dan tanggungjawab. Bangunan Bank Pertanian. Malaysia. Telefon : 922066 Latarbelakang 1.B.II(29) 2hb.Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.1 Sebagai sebuah institusi pendidikan. Kuala Lumpur.

Sepertimana kurikulum. bersatupadu.3 1.4. Ada juga sekolahsekolah yang mempunyai kekurangan alatan dan lain-lain kemudahan bagi menjalankan gerakerja kokurikulum. Ada juga sekolah-sekolah yang kurang menitikberatkan gerakerja ini.4 . Ia dapat dilakukan dengan meluaskan lagi pandangan dan pengetahuan pelajar-pelajar mengenai bidang-bidang kerjaya. sekolah adalah tempat bagi melahirkan pelajarpelajar yang mempunyai sahsiah yang baik.4. Justeru itu.2 Sekolah-sekolah kurang memberi perhatian kepada gerakerja ko-kurikulum. Apa yang jelas pada masa ini. Ini disebabkan oleh perkara-perkara berikut:1. kesusilaan dan ketatanegaraan sepenuhnya atau yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. melalui bidang kurikulum sahaja. seperti mata pelajaran Sivik. Pada keseluruhannya. Sungguhpun demikian. gerakerja ko-kurikulum juga mempunyai peranaan dalam pembentukan perkembangan jasmani dan rohani pelajar-pelajar. belum boleh menjamin tercapainya matlamat bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai nilai-nilai akhlak. jika dibandingkan dengan kurikulum sekolah sehingga menyebabkan pembentukan rohani pelajar-pelajar kurang berkesan. melalui kurikulum yang sedia ada.2 Di samping itu. 1. Geografi dan Kesusasteraan misalnya. 1. bahawa gerak kerja ko-kurikulum sekolah kurang mendapat tempat yang sewajarnya. Ini terbukti dengan adanya kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan tertentu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu bapa dan guru. ko-kurikulum sekolah juga seharusnya dapat dititikberatkan oleh sekolah-sekolah. pemulauan kelas. bahkan juga bagi melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis. Terdapat juga segelintir pelajar yang menjadi golongan pelampau yang menyebar dan mengamalkan prinsip-prinsip dan nilainilai hidup yang bercanggah dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang murni. 1. Sejarah. merosakkan harta benda awam.tertentu kepada pelajar-pelajar. Sekarang terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pembentukan sahsiah secara sepenuhnya sepertimana yang diharapkan. Oleh yang berkenaan. melakukan perbuatan jenayah dan anti nasional. penyalahgunaan dadah.1 Khidmat dan kejayaan dalam bidang ko-kurikulum kurang mendapat pengiktirafan. kerana terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata.3 Kurangnya penggabungjalinan dan persenambungan di antara gerakerja kokurikulum.4. setakat ini sekolah-sekolah telah dapat melahirkan pelajarpelajar yang berjaya dalam bidang akademik. sekolah juga mempunyai peranan bagi mengeluarkan tenaga mahir untuk pembangunan negara. 1. iaitu yang mempunyai sikap serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan Prinsip-prinsip Rukunegara. bertoleransi. berdisiplin dan bahagia.

Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk memberitahu pihak sekolah supaya menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) di sekolah masing-masing. sesuai dengan minat dan kebolehan pelajar-pelajar dan mereka tidak berpeluang untuk melibatkan diri.2 Mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah supaya pelajar-pelajarboleh mengisi masa lapang mereka dengan gerakerja yang bermanfaat dan dengan itu dapat Menghindarkan pelajarpelajar dari tercebur dalam gerakerja yang tidak diingini seperti ponteng sekolah. 3. Kurang penglibatan ibu bapa dan masyarakatnya secara aktif dalam gerakerja kokurikulum.5 1. . tanpa member sumbangan dan penglibatan terhadap perkembangan menyeluruh anak-anak mereka. membuang masa di pusat-pusat membeli belah atau melibatkan diri dengan kumpulankumpulan yang kurang sihat. Tanpa memberi peluang kepada setiap orang pelajar.1 Mewujudkan suasana yang seimbang di antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial. Ini bererti ada setengahsetengah golongan masyarakat menyerahkan bulat-bulat tugas mendidik anakanak golongan masyarakat bulat-bulat tugas mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah.1 Tujuan JPBS Tujuan penubuhan JPBS adalah :3.boleh menyebabkan pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai. Di antaranya ialah jenis-jenis gerakerja ko-kurikulum dan aktivitinya kurang kepelbagaian. 3. penyalahgunaan dadah. rohani dan jasmani pelajar-pelajar. Anggapan bahawa sekolah hanya sebagai tempat bagi mendapatkan pendidikan (school as the sole agent for education).4. bererti pelajar-pelajar ini tidak diberi peluang dan pengiktifan kepada mereka. Biasanya mereka diundang untuk menjadi penonton di dalam sesuatu temasya seperti sukan tahunan sekolah misalnya. Terdapat pula adanya setengah-setengah ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka menyertai gerakerja ko-kurikulum ini. 2. khususnya pelajarpelajar yang lemah dalam bidang akademik.4.5 Sekolah-sekolah yang tidak memberi ketegasan yang sewajarnya bagi mengimbangkan antara kepentingan gerakerja ko-kurikulum dengan akademik dan kurang pula menekankan tentang penyertaan menyeluruh pelajar-pelajar di dalam gerakerja tersebut. Berikut adalah garis panduan mengenai penubuhan JBPS: 3.1.1.1. Keadaan begini boleh mendorong pelajar-pelajar itu ponteng sekolah atau menceburkan diri dalam kegiatan –kegiatan yang tidak sihat dan seterusnya boleh menimbulkan masalah disiplin sekolah. 1.6 Sebahagian daripada murid-murid tidak/kurang mengambil bahagian secara aktif dan ini disebabkan oleh banyak faktor.4 1.4.

2.3 3.5 Berusaha bagi mewujudkan semangat kekitaan di kalangan masyarakat sekolah dan masyarakat setempat terhadap institusi sekolah. 3. menyemai dan memperkukuhkan sifat-sifst berdisiplin dan patuh kepada undang-undang.2 Berusaha bagi menyediakan kemudahan-kemudahan dan peralatanperalatan gerakerja ko-kurikulum.1. 3. Terdapat juga segelintir pelajar yang menjadi golongan pelampau yang menyebar dan mengamalkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai hidup yang murni. Ini terbukti dengan adanya kejadian-kejadian/perbuatan-perbuatan tertentu yang dilakukan oleh pelajar-pelajar seperti tidak menghormati ibu bapa dan guru. penyalahgunaan dadah.2. 3.2. merosakkan harta benda awam.1. menyelaras dan melaksanakan gerakerjagerakerja ko-kurikulum dengan teratur dan terperinci dengan menggembelingkan tenaga golongan pelajar.3 Berusaha meningkatkan lagi penglibatan pelajar dan masyarakat setempat dan gerakerja ko-kurikulum sekolah. ibu bapa dan masyarakat. 3. Memupuk bakat dan minat pelajar-pelajar selain daripada pelajaran di bilik darjah.2.2.1.4 3. guru. membina sikap dan tabiat dan budi pekerti yang baik di kalangan pelajar-pelajar. kerajinan bekerja dan semangat berkhidmat.4 Berusaha menerapkan nilai-nilai sosial yang positif.3. serta lain-lain nilai dan tabiat baik yang dikehendaki supaya pelajar-pelajar dapat diasuh menjadi warganegara yang baik dan berguna sepenuhnya sepertimana yang diharapkan.5 Memperkukuhkan lagi interaksi dan intergrasi di antara pelajar-pelajar berbilang kaum di sekolah.3 . memupuk semangat kesopanan. melakukan perbuatan jenayah dan anti nasional.2 Fungsi JBPS Di antara fungsi JPBS adalah :3.6 Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang melibatkan diri dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah. pemulauan kelas.2. 3.2.7 Menilai keberkesanan gerakerja ko-kurikulum sekolah dari masa ke semasa. 3. berdikari. Mewujudkan suasana dan tradisi sekolah yang dapat dibanggakan oleh pelajar-pelajar dan masyarakat.1 Merancang. Keanggotaan JBPS Adalah dicadangkan keanggotaan Jawatankuasa ini seperti berikut : Pengerusi : Guru Besar Naib Pengerusi : Guru Penolong Kanan Setiausaha : Pilihan Guru Besar Ahli-ahli : Wakil masyarakat Wakil PIBG Wakil Lembaga Pengurus/Pengelola Sekolah 3. 3.

2 Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagimempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulumsekolah.bergotong royong memperbaiki kawasan sekolah. Penyertaan 5. Seberapayang boleh.1 Matlamat gerak kerja ko-kurikulum yang dikehendaki ialahpenyertaan setiap orang pelajar.4.moral dan sebagainya sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian. (Pihak sekolah hendaklah mensesuaikan keanggotaan jawatankuasa ini berdasarkan saiz dan peringkat sekolah (rendah dan menengah) dankeadaan masyarakat tetapi penyertaan wakil PIBG. Mesyuarat Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang=kurangnyatiga kali sepenggal (awal. 5. wakil komuniti dan wakilpersatuan murid tua (jika ada) hendaklah dikekalkan.4.3 Sukan (olahraga dan permaisuri) (sebagai contoh bersamasama ini disertakan senarai beberapa gerakerja ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah). Pasukan Pengakap.Wakil Murid Tua (jika ada) Wakil-wakil Guru (termasuk guru Agama Islam) Wakil Murid (ketua murid dan penolong) (Bagi sekolah menengah bercampur. satu kegiatan persatuan ataukelab dan satu kegiatan sukan atau permainan. pertengahan dan akhir penggal)di mana laporan perkembangan tiap-tiap gerakerja itu dikaji dan nilai untuk diambil tindakan pelaksanaan selanjutnya dengan lebihberkesan lagi. 5. gerakerja-gerakerja yang menekankan perpaduan kaum. 5.1 Pasukan Pakaian Seragam seperti Pasukan Anak Serigala. Persatuan Geografi/Sejarah. Pasukan Kadet Polis 3. Setiap pelajar hendaklahmengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam satugerakerja pakaian seragam.2 Kelab/Persatuan seperti Persatuan Sains dan Matematik. Kelab Keselamatan Jalanraya.4 Jenis Gerakerja Ko-Kurikulum Terdapat 3 jenis gerakerja ko-kurikulum di sekolah iaitu: 3. Kelab Komputer 3. 4. seorang lelaki dan seorang perempuan). peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalamkegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan.4. ketatanegaraan. Sekolah-sekolah khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerakerja ko-kurikulum ini hendaklahmenggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat. Guru Besar dibolehkan menjemput anggotaanggota lain jika perlu).3 . 3.

Untuk tujuan ini.6.1 Oleh kerana perseimbangan antara bidang kurikulum (akademik) dengan kokurikulum ke arah pembentukan peribadi secara total dikalangan pelajar-pelajar sangat penting. Kementerian Pelajaran memandang JBPS adalah perlu. Guru Besar hendaklah mempunyai kepekaan. Oleh itu. 8. Guru Besar hendaklah berunding dengan pihak sekolah/Jabatan berkenaan. .2 Sebagai lanjutan daripada penubuhan JBPS. Tindakan Lanjut 8. 8. Pengecualian Pelajar-pelajar yang dalam keadaan seperti berikut bolehlah dikecualikan daripada menyertai gerakerja ko-kurikulum. JBPS hendaklah berikhtiar mengadakan kemudahan kemudahanlain bagi menentukan gerakerja kokurikulum berjalan dengan berkesan. Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas Agama di waktu pagi/petang.2.2 Sekolah hendaklah berusaha mengadakan kemudahan dan alat-alat untuk gerakerja-gerakerja tersebut mengikut kemampuan sekolah masing-masing. Kemudahan 6. 7.1 Kes-kes perubatan – pelajar yang telah disahkan oleh Doktor seperti menghidap sakit jantung. Kecacatan – pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan anggota tubuh yang boleh membahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam gerakerja yang sesuai bagi mereka. bersikap terbuka danberpandangan jauh dalam melaksanakan gerakerja ko-kurikulum ini sesuai dengan konsep pendidikan menyeluruh.2 7. 7.3 8. 7. lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan diri jika mereka mengambil bahagian. inisiatif. 6. pihak sekolah hendaklah juga mengambil tindakan berikut bagi mempastikan keberkesanan gerakerja kokurikulum yang dijalankan. satu penyesuaian terhadap pelaksanaan gerakerja kokurikulum hendaklah diadakan.1 Merakamkan secara terperinci kedatangan dan penyertaan pelajar-pelajar di dalam gerakerja ko-kurikulum sekolah dan merekodkan gerakerja tersebut ke dalam sijil berhenti sekolah.1 Sekolah hendaklah menggunakan secara maksima ruang dan alatalat yang sesuai dengan jenis gerakerja yang hendak dijalankan.

Memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar atau orang perseorangan.4 8.2. Mengadakan pertandingan-pertandingan yang melibatkan juga murid-murid yang kurang berbakat atau yang kurang berminat. t.2.8. Sekian. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah. 8.2. 10. Keselamatan Para Pelajar Pihak sekolah hendaklah mengadakan langkah-langkah tertentu bagi menentukan keselamatan pelajar-pelajar semasa menjalani gerakerjako-kurikulum.5 9.2. Guru Besar dan guru-guru hendaklah menambahkan pengetahuan serta melengkapkan diri dengan kemahirankemahiran yang membolehkan mereka menjalankan tugas dalam pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan cekap dan berkesan. Harap dimaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah.3 8.2 Guru Besar hendaklah mengambil peranan utama dalam pengendalian dan pelaksanaan gerakerja ko-kurikulum dengan mengamalkan dan menghayati Konsep Kepimpinan Melalui Teladan. Penghargaan tidak hanya terbatas kepada kejayaan/kemenangan semata-mata tetapi hendaklahjuga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik.t .

B. Timbalan Ketua Setiausaha II. Kementerian Pelajaran Malaysia 10. Timbalan Ketua Setiausaha I. Ketua-ketua Bahagian. Kementerian Pelajaran Malaysia 5. Setiausaha Sulit kepada YB Encik Bujang Haji Ulis Timbalan Menteri Pelajaran 4. Ketua Unit Hal Ehwal Awam. Kementerian Pelajaran Malaysia 6. s. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. Kementerian Pelajaran Malaysia 8. Kementerian Pelajaran Malaysia .(TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia. Pegawai Khas kepada Y. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I. 1.k. Ketua Setiausaha. Kementerian Pelajaran Malaysia 11. Setiausaha Sulit kepada YB Menteri Pelajaran Malaysia 2. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II. Kementerian Pelajaran Malaysia 7. Setiausaha Sulit kepada YB Datin Paduka Rosemary Chong Timbalan Menteri Pelajaran 3. Kementerian Pelajaran Malaysia 9. Menteri Pelajaran 12.

6/68. murid itu akan dibuang terus. Jikalau Kelakuan murid itu tidak juga berubah selepas tempoh yang sepatutnya surat amaran yang kedua dan muktamad hendaklah dihantar kepada ibu bapa/penjaga memberitahu mereka bahawa sekiranya kelakuan murid itu tidak bertambah baik. 3. September. Guru Besar boleh memberhentikan murid itu untuk sementara waktu dalam seminggu atau dua setinggi-tingginya. 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8543/(10) bertarikh 10 september 1968.8543/(10) Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk mengelakkan aduan-aduan seperti itu pada masa akan dating peraturan-peraturan yang berikut hendaklah diikuti oleh Guru-guru Besar sebelum seseorang murid dibuang daripada sekolah. selepas memberi amaran kedua. Jika setelah habis tempoh sepatutnya itu. i) Murid dan juga ibu bapa/penjaga mestilah diberi amaran bertulis berkaitan dengan kesalahan atau kelakuan curang murid-murid itu dan satu borang jawapan hendaklah disertakan supaya ibu bapa/penjaga boleh memberi akuan terima atas surat amaran itu. Ruj.KP. Rumah Persekutuan. 10hb. Ibu bapa/Penjaga murid yang telah dibuang dari sekolah-sekolah telah membuat pengaduan bahawa mereka tidak diberi tahu oleh Guru Besar tentang kelakuan curang anak-anak mereka sebelum mereka dibuang. Kuala Lumpur. ii) iii) iv) . dan murid itu tidak juga menjalankan perubahan dalam kelakuannya. surat siaran seperti di bawah ini dikeluarkan untuk dijadikanpimpinan kepada Guru-guru Besar dalam Negeri tuan supaya dapat diadakan satu persamaan cara tindakan. Di sebaliknya jika keadaan tidak membenarkan. 2. murid itu akan dibuang tanpa sebarang amaran. Satu salinan semua amaran-amaran penggantungan atau pembuangan kepada ibu bapa/penjaga murid mestilah dikirimkan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah dan juga kepada Pengerusi Lembaga Sekolah.KP. Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam persidangan Ketua-ketua pegawai Pelajaran.

Jika Lembaga Pengurus bersetuju untuk mengambil semula murid itu. Ibu bapa/penjaga hendaklah diberi tahu berkenaan dengan pembuangan murid itu supaya mereka boleh membuat rayuan kepada Lembaga Pengurus terhadap keputusan Guru Besar itu. Perhatian tuan adalah ditarik kepada seksyen 7 dan 8 (b) Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib sekolah) mengenai murid yang mengambil bahagian dalam pilihanraya atau kegiatankegiatan politik. ugutan-ugutan dan acaman terhadap murid-murid). vi) vii) 4. persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diminta sebelum murid itu boleh diterima masuk semula. Pendaftar Sekolah-sekolah mestilah diberi tahu oleh Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil untuk menggantung atau membuang seorang murid kerana sebab-sebab ini.p setiausaha Tetap (Bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran . tt (Yap Hong Kuan) b. Guru Besar hendaklah memberhentikan murid untuk sementara waktu sementara satu penyelidikan dibuat. Jikalau penyelidikan itu membenarkan supaya murid-murid itu dibuang maka ia bolehlah dibuang sekolah.v) Dalam perkara-perkara yang keterlaluan di mana kesalahan atau kelakuan curang yang yang memerlukan pembuangan serta-merta tanpa diberi amaran (seperti : pemerasan.

Tatatertib di Sekolah-sekolah Tatatertib di Sekolah-sekolah Banyak aduan telah diterima berkenaan dengan tingkah laku murid-murid dan di antaranya didapati menghisap rokok dalam perjalanan mereka balik ke rumah selepas sekolah. Mengikut aduan-aduan itu murid-murid ini adalah datang darisekolah-sekolah yang baik yang dikenali dari pakaian seragam serta lencanasekolah mereka.8/1968. Kuala Lumpur.KP. Ruj. .KP. Adalah juga dikatakan bahawa beberapa murid-murid mempunyai potongan rambut yang tidak senonoh dan ini menjadikan rupa mereka tidak kemasterutama sekali apabila mereka memakai seluar-seluar ketat. Rumah Persekutuan.8543 02(12) Kementerian Pelajaran Malaysia. 18hb. 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8543 02(12) bertarikh 18 september 1968. September.

vii) Mencuri viii) Melawan pihak-pihak yang berkuasa. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada Guru Besar. tetapi peraturan-peraturan itu tidak ada menegaskan bahawa tatatertib itu boleh digunakan oleh semua Guru-guru dan pentadbiran-pentadbiran pada setiap waktu. Perkara-perkara yang berikut adalah berat di mana pembuangan atau penggantungan sementara boleh ditimbangkan: i) Membawa senjata-senjata yang merbahaya. iv) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh Sekolah dan Pejabat Pelajaran. iii) Menghisap rokok dan meminum minuman yang memabukkan. Oleh yang demikian. Peraturan-peraturan tatatertib dan kuasa Guru Besar adalah dinyatakan dalam Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib Sekolah) dan peraturan untuk membuang murid-murid telah dihuraikan dalam M. Peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah telah dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik di sekolahsekolah. 3. vi) Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan Haram. ii) Mengancam penuntut-penuntut yang lain. dengan tujuan jahat. Sekolah-sekolah adalah ditubuhkan untuk perkembangan penuntut untuk menjadikan mereka warganegara yang berguna boleh menilaikan kebudayaan mengetahui nilaian-nilaian akhlak dan rohani. Seseorang itu mestilah ingat bahawa seseorang murid itu ialah perseorangan yang tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik. Surat pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk mengingati Guru Besar sekolah dan Guruguru bahawa adalah merupakan salah satu dari tugas-tugas mereka untuk membantu penuntut-penuntut supaya mengetahui apakah dia tingkah laku yang baik dan tidak baik. Oleh yang demikian sekolah-sekolah telah mengadakan peraturan-peraturan supaya beberapa tujuan dapat dicapai dan budi pekerti yang sepatutnya ditanamkan ke dalam sanubari murid-murid belaka. Perkara-perkara tatatertib yang berat. 5. 6.2. Hendaklah diambil perhatian bahawa penggantungan sementara tidak boleh melebihi dari 10 hari. . kesihatan jasmani dan akal serta mempunyai ilmu pengetahuan sains dan bibitan-bibitannya. 4. v) Merosakkan atau membinasakan harta sekolah. memahami perhubungan antara manusia. Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalahmasalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada Guru Besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Tatatertib ialah sebahagian dari proses pelajaran kita dan pada amnya ditakrifkan sebagai tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan-peraturan dan undangundang sekolah diikuti.E Circular Professional 6/68.

Dengan membimbing tingkah laku dan pakaian yang patut di pakai di dalam bilik darjah. Sekolah-sekolah dapat menolong murid-murid untuk memperkembangan sifat-sifat diri yang baik. Bahagian Biasiswa dan Latihan. tt (Yap Hong Kuan) b. Bahagian Latihan Guru-guru. Bahagian Pelajaran Teknik.7. Bahagian Pentadbiran. Sekian. Bahagian Kewangan. Bahagian Sekolah-sekolah. Bahagian Jemaah Nazir. . Memandangkan kepada perkara-perkara diatas. akhlak dan ketaatsetiaan yang baik. Ketua Pegawai Pelajaran. kerjasama dari Guru Besar serta Guru-guru adalah diminta supaya penuntut-penuntut mempunyai budi pekerti.k. yang berguna seumur hidup. Pakaian Sekolah adalah satu tempat belajar dan pakaian yang dipakai hendaklah selaras dengan tujuan ini.p Setiausaha Tetap (bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran s. Semua Negeri. Rambut juga hendaklah dipotong baik. Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan.

Surat Pekeliling “Professional” Kementerian Pelajaran Bil.6/68 dan 8/68 Saya adalah diarah merujuk kepada ceraian 2(iii) Surat Pekeliling “Professional” Kementerian Pelajaran Bil. 1968 Ketua Pegawai Pelajaran. Oktober.8543/(11) Kementerian Pelajaran Malaysia.8/1968 dan memaklumkan bahawa penggantungan murid-murid tidak boleh melebihi dari 14 hari.Bahagian peperiksaan. 6/1968 dan ceraian 6. Tambahan Kepada Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 12hb. Saya yang menurut perintah tt (Yap Hong Kuan) b. Rumah Persekutuan. Saya adalah diarah menyatakan juga bahawa mengikuti 10(2) dalam Peraturan Pelajaran (Tatatertib Sekolah) ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan dalam masa satu bulan selepas tarikh pembuangan itu kepada Menteri Pelajaran.p Setiausaha Tetap Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran . Tuan. KP. 2. Kuala Lumpur. Semua Negeri.

Kuala Lumpur.6A/1975 Ruj. September. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. 01-34 5hb. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8548/8(75) bertarikh 5 September 1975. Rumah Persekutuan.k Bahagian Kewangan Bahagian Pentadbiran Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan Bahagian Biasiswa dan Latihan Bahagian Sekolah Bahagian Latihan Guru KP. Semua Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri/Guru-guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk ini dari sekolah-sekolah.8548/8(75) Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di tiap-tiap buah sekolah namun begitu Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini. 1975 Pengarah Pelajaran Negeri. Tuan.KP. Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara menghisap rokok telah berlaku di kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di negara ini.s. Sabah/Sarawak. Langkah-langkah i) Guru-guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan disekolah bahawa penghisap rokok adalah dilarang untuk .

ii) Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (period of grace) selama seminggu akan diberi kepada muridmurid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu. Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan statistik dan penyelidikan. Guru panduan dikehendaki menyimpan rekodrekod sulit mengenai kejadian seperti ini dan rekod itu mungkin akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran. Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid dari aktiviti yang akan merosakkan individu-individu dan membahayakan institusi itu. (b) Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu bahawa kerjasamanya boleh didapati bagi mempengaruhi murid itu berhentikan merokok. Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah berikut hendaklah diambil:(a) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil.murid-murid sekolah kerana sebab-sebab kesihatan. . Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu Sumua Guru Besar sekolah mengenai kandungan surat pekeliling ini drngan segera. Saya yang menurut perintah. 6/1975 adalah dibatalkan. Guru-guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan murid-murid yang merokok. 4.Tambahan pula adalah didapatipenghisapan dadah adalah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan. (c) Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk perundingan (counceling) dan nasihat. Perbezaan di antara Bil. Semua murid-murid mestilah diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi.6/1975 dan Bil 6A/1975 adalah dalam ceraian 2(i). Nota : Dengan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. iii) iv) 3. Selepas tempoh pengampunan selama seminggu itu sesiapa yang didapati merokok akan menghadapi tindakan disiplin.

tt (KUM BOO) Bahagian Sekolah-sekolah. KP. Kuala Lumpur. Ogos 1975 . Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y. b. Ketua Setiausaha Kementeria Pelajaran s. Setiausaha Sulit kepada Y. Ketua Setiausaha Kementerian. Menteri.p. Ketua Pengarah Pelajaran. Menteri Pelajaran. 19hb. Timbalan Ketua Setiausaha.B.k. Rumah Persekutuan.8548/8/(67) Kementerian Pelajaran Malaysia.B.

KP. Tindakan-tindakan Yang Harus Diambil Adalah ditegaskan bahawa semua guru yang terlibat dalam sebarang tindakan yang disenaraikan di bawah ini hendaklah menganggap perkara ini sebagai perkara yang paling sulit dan oleh demikian hendaklah mengamalkan dan menggunakan kebijaksanaan mereka pada setiap masa. Surat Pekeliling Ikhtisas No. Selepas itu ia mungkin mengaku yang ia telah mencuba dadah atau menyalahgunakan dadah. guru besar dan lain-lain orang yang berkenaan.1 Kes ini dengan seorang murid dengan kemahuan sendiri berjumpa Guru Panduan atau mana-mana guru di sekolah. Pada umumnya polisi Kementerian Pelajaran ialah untuk menolong murid-murid berkenaan mendapat pertolongan sewajarnya (melalui rujukan. Garis panduan yang dinyatakan di bawah ini adalah peraturan yang harus diambil apabila seseorang murid telah dikenali sama ada sebagai penyalah guna dadah yang disyaki atau pengguna dadah tetap.1. Rujukan Sendiri (Self-referral) 2. Tindakan disiplin hanya akan diambil sebagai langkah yang akhir sekali apabila segala percubaan untuk memberi pertolongan setelah gagal dan juga hanya selepas berunding dengan Pengarah Pelajaran Negeri.7/1975 Ruj. Pengarah Latihan Guru. Sabah/Sarawak. perawatan dan pemulihan) dan mensepadukan mereka semula dengan sekolah serta melindungi murid-murid itu supaya mereka tidak menderita dari publisiti yang tidak diingini. Semua Negeri Semenanjung Malaysia. Pada mulanya menerangkan bahawa ia ada masalah persendirian (Personal). Seseorang murid harus meminta perkara ini dirahsiakan sepenuhpenuhnya sebagai syarat sebelum ia menyatakan masalahnya. murid-murid meminta perkara ini dirahsiakan dan menyatakan keinginan atau kemahuannya untuk mendapatkan pertolongan jika maklumat itu tidak dihebahkan kepada ibu bapa/penjaga. Tuan. Dalam kes-kes yang telah dirujuk kepada Guru . Lazimnya dalam kes seperti ini. 2.Pengarah Pelajaran Negeri. Kemudian itu ia didapati telah mencuba dadah atau telah menjadi penagih dadah (experimented with drug/dependent on drugs).8548/8/(67) bertarikh 19 Ogos 1975. Salah Guna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru Panduan dan Guru Besar Seperti yang telah diketahui. 2. Pengarah Pelajaran Teknik dan Vokasional.1. telah ada murid-murid sekolah yang dengan sengaja atau tidak telah terlibat dalam eksperimen atau salah guna dadah.

2 di bawah. Rujukan oleh Guru-Guru/Murid Seorang Guru sekolah boleh menyatakan pada Guru Panduan bahawa ia mempunyai sebab yang nyata mengesyaki seseorang murid tertentu telah dan sedang mencuba dadah. Sekiranya murid itu telah memberitahu secara sulit kepada seseorang guru lain. pegawai masyarakat dan lain-lain. Guru Besar.1 Dalam kes-kes seumpama itu.2 Kes ini mengenai seorang murid yang mungkin menyatakan masalahnya berhubung dengan percubaan penyalahgunaan dadah tanpa berkehendakkan perkara ini dirahsiakan. 2. Guru Panduan mestilah mengadakan hubungan dengan murid itu dan membina kepercayaan murid itu tentang peranan dan pertolongan Guru Panduan sebelum mencuba menerangkan betapa mustahaknya rujukan atau melibatkan pertolongan ibu bapa/penjaga.1. Dalam temuramah itu maka ketentuan akan didapati sama ada murid itu mengalami masalah yang berhubung dengan kerja sekolah. Atau seseorang murid lain mungkin dengan sukarela memberi keterangan ini mengenai murid lain apabila temuramah perundingan dijalankan.2. adalah menjadi tugas Guru Panduan menerangkan kepadanya tentang:a) b) c) Peraturan sekolah. Dalam kes seperti ini. Perbekalan undang-undang (akta Dadah Berbahaya (pindaan 1975) dalam mana murid itu boleh dipaksa atau dikehendaki untuk rujukan kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan/pemulihan). Guru Panduan mestilah membantu murid untuk bersetuju tentang tindakan yang akan diambil. Guru Panduan hendaklah bersedia berjanji untuk menjaga rahsia ini dan selepas itu bolehlah merujukkannya pada badan-badan rujukan lain dengan persetujuan murid berkenaan.2. Jika murid itu tidak dapat dipujuk. sifat sendiri dan lain-lain.Panduan. maka langkah yang patut diikuti ialah seperti perenggan 2. (setelah diadakan hubungan baik dengan murid yang disyaki itu) Guru Panduan hendaklah memanggilnya untuk ditemuramah. Jika Guru Panduan menetapkan bahawa pengesyakkan itu sah. dia haruslah . Kuasa ibu bapa/penjaga. Guru Panduan harus menggalakkan murid-murid menerangkan tentang keadaan dirinya dan berasaskan penerangan yang diterima itu setelah ditapis dapatlah menentukan sama ada murid yang disyaki itu sebenarnya betul atau tidak menyalahgunakan dadah. Murid itu hendaklah diberi jaminan bahawa rujukan dan penglibatan orang-orang lain dibuat dengan tujuan dan matlamat tertentu iaitu menolong murid tersebut dan etika ikhtisas(profesional ethics) dan keyakinan/kepercayaan yang sepenuhnya (utmost good faith) akan dijaga dan dihormati. 2. 2.

e) Guru Besar diberitahu hal ini dan ia hendaklah dengan segera memberitahu Pengarah Pelajaran Negeri tanpa memberi nama murid yang terlibat. 2. Guru Panduan hendaklah menegaskan kepada murid tersebut prospek atau kemungkinan untuk pulih semula bergantung kepada kemahuan dan azam murid itu sendiri untuk bebas daripada bahaya itu. ii) Mustahaknya merujukkan murid ini kepada agensi-agensi yang wajar untuk rawatan dan pemulihan.3.1 Dalam kes seperti ini. Selanjutnya jika dalam proses perundingan itu Guru Panduan mendapati masalah murid itu termasuk juga salah gunaan dadah. ponteng sekolah. c) Guru Panduan tetapkan jadual masa temuramah perundingan/temuramahtemuramah. h) Pengesahan/penyangkalan oleh doktor sama ada murid itu menyalahgunakan dadah. kelakuan tidak senonoh misalnya mencuri. g) Berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk merujukkan murid itu kepada doktor. 3. a) Menerima laporan atau rujukan murid sendiri mengenai masalah dadah. b) Merujukkan kes itu kepada Guru Panduan.menjelaskan kepada murid itu bahawa rujukan dan penglibatan orangorang lain akan dibuat dengan tujuan tertentu iaitu untuk menolong murid itu dan etika ikhtisas dan niat yang baik akan dipelihara dan dihormati. d) Mengesahkan syak itu secara mengaku sendiri bukti-bukti lain. “Checklist” Tindakan yang Harus Diambil oleh Guru Panduan Pelajaran dan Kerjaya/Guru Besar. 2. tidak hadir kelas dan lain-lain selepas tindakan disiplin diambil. maka Guru Panduan haruslah memujuk murid tersebut untuk bersetuju :i) Mustahaknya meluaskan hubungan tentang masalah ini kepada Guru Besar dan ibu bapa/penjaga. f) Menghubungi Pegawai Kebajikan Masyarakat yang berkenaan. guru panduan haruslah menemuramah dan berbaikbaik dengan murid tersebut dan galakkan ia untuk menerangkan tentang diri sendiri dan masalah yang sedang dialami yang menyebabkan ia menjadi nakal atau jahat berkelakuan tidak senonoh. penggantungan terhadap seseorang murid kerana kesalahan. Rujukan Dibuat Atas Keputusan Tindakan Disiplin Dalam sesebuah sekolah mungkin ada tindakan disiplin diambil misalnya hukuman rotan. murid itu bolehlah dirujuk kepada Guru Panduan. Guru Panduan haruslah menerangkan pada mulanya yang ia bertujuan untuk menolong murid itu dan pertolongan yang akan diberikannya adalah termasuk dalam peraturan sekolah dan mungkin merepotkan balik kepada Guru Besar mengenai masalah murid itu. .3.

MX Pill) e) Tranquilisers f) Hallucinogen (Hallucinogens) 5. tt (KUM BOH) Bahagian Sekolah-sekolah. Bersama-sama ini dikembarkan petikan dari Akta Dadah Berbahaya (Pindaan) 1975 sebagai panduan lanjut untuk Guru Panduan dan Kerjaya dan Guru Besar 6. Kementerian Pelajaran Malaysia . Sukacita kiranya surat pekeliling ini disebarkan kepada semua sekolah menengah di bawah sampul SULIT.i) j) k) l) Ibu bapa/penjaga diberitahu oleh Guru Besar /Guru Panduan/ Pegawai Kebajikan Masyarakat. Dadah-dadah yang Disalahgunakan Pada Masa Sekarang. Rawatan oleh doktor sebagai pesakit luar atau pesakit dalam. b. a) Ganja (Marijuana) b) Heroin (Heroin) c) Morfin (Morphine) d) Pil M dan Pil MX (M Pill. Saya yang menurut perintah. Pemulihan dan tindakan ekoran oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat.p Ketua Setiausaha. Persepaduan dan tindakan ekoran oleh sekolah. 4.

LAMPIRAN D Ref: KP.B. November.B Timbalan Menteri. Setiausaha Sulit kepada Y. 01-34 4hb. 1975 . Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit kepada Y.8543/Vol 2(55) Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.s.k. Rumah Persekutuan.

satu senarai perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat. Untuk menolong sekolah mencapai tujuan ini. Ordinan-ordinan/ Surat-surat Pekeliling/pekeliling Ikhtisas – Lampiran A Untuk membaiki disiplin sekolah. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan tiap-tiap murid mestilah mengetahui. iaitu hasil daripada satu tinjauan yang dibuat oleh Pejabat-pejabat Pelajaran Negeri di antara lain di mana penggantungan sekolah sementara dan hukum buang sekolah dijatuhkan adalah disertakan di Lampiran B. adalah mustahak bagi tiap-tiap Guru Besar dan Guru Penolong mengetahui dan memahami segala Ordinan/Surat Pekeliling/ Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan kelakuan dan disiplin di sekolah-sekolah. Ini bukan tugas dan tanggungjawab Guru Besar sahaja. Tuan. Guru. Sepatutnya kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada Guru Besar untuk mendapat keputusan. Semua Negeri Semenanjung Malaysia.8543/Vol. di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah. Peraturan-peraturan Sekolah (School Rules) yang bertulis untuk Muridmurid Tindakan oleh tiap-tiap Sekolah – Lampiran C Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing secara bertulis.guru Besar dan Pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Perkara-perkara Tatatertib yang Dianggap Berat – Lampiran C Sebagai panduan kepada Guru-guru Besar dan Guru-guru. satu di antara tujuan-tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah. Pengawas-pengawas sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefects) mestilah faham benar-benar akan tugas dan tanggungjawab mereka. Sabah/Sarawak. Disiplin di Sekolah Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid Adalah seperti tuan termaklum. bahkan tugas dan tanggungjawab semua Guru lain. 2.KP. 3.Pengarah Pelajaran Negeri.9/1975 Ref. Satu salinan peraturan sekolah hendaklah dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah. Oleh yang demikian semua Guru hendaklah jua memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaknya perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada Guru Besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja. Maka satu senarai Ordinan/Surat Pekeliling/Pekeliling Ikhtisas berkenaan dengan perkara ini disertakan dalam lampiran A. Tindakan Pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari .2(55) bertarikh 4 Novtember 1975. 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.

perpustakaan dan bilik-bilik mata pelajaran praktikal dan lain-lain. 7. Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang tidaklah begitu lengkap dan teratur. Peraturan-peraturan khas untuk asrama. Guru Besar boleh juga menimbangkan perkara-perkara lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut keadaan sekolah masing-masing. tt (Kum Boh) Bahagian Sekolah-sekolah. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang bertulis. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi teladan budi pekerti dan perangai yang baik kepada murid-murid mereka.Guru-guru dan Guru Besar. Ketua Setiausaha. . b. Guruguru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat keputusan yang baik.1. Guru Besar hendaklah menyediakan peraturan-peraturan Khas untuk asrama dan perpustakaan dan pengajaran semua mata pelajaran praktikal dalam bilik-bilik seperti berikut:Bengkel Seni Perusahaan Bilik Sains Rumahtangga Bilik Makmal Sains Dewan Pendidikan Jasmani dan lain-lain 6. Saya yang menurut perintah. 5. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu semua Guru-Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah termasuk sekolah persendirian mengenai kandungan surat pekeliling ini dengan segera. 4. Seterusnya adalah menjadi tugas mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkahlaku yang baik dan yang buruk.p. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatatertib. misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap perkara. Guru-guru Besar dan Pengetuapengetua hendaklah meneliti semula dan membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah disertakan dalam Lampiran C.

Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan pejabat Pelajaran. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum. II & III kepada Y. Menteri LAMPIRAN B Ref: KP. Mengancam guru-guru atau Guru Besar ataupun Pengetua.k.B. Sengaja merosakkan harta kerajaan/sekolah.9/1975 Perkara-perkara Tatatertib Yang Dianggap Berat i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii) xiii) xiv) xv) xvi) xvii) Menjadi Ahli dalam pertubuhan haram. Menunjukkan sifat bongkak dan membuat penghinaan kepada guru-guru besar atau pengetua.8543/Vol 2(55) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Timbalan Menteri Pelajaran Ketua Setiausaha. Setiausaha Sulit kepada Y. Menghisap rokok dan mengambil dadah (sila lihat Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Memukul guru-guru.B.Kementerian Pelajaran s.B. Kementerian Pelajaran Setiausaha Politik kepada Y. . Masih membantah hukuman guru – sekalipun sudah tiga atau empat amaran.M Pegawai Khas I. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat. Mengancam murid-murid lain – ancaman yang serius dan merbahaya. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau murid-murid.B. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut budi bicara guru besar atau pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang berat. Kementerian Pelajaran Ketua Pengarah Pelajaran Timbalan Ketua Setiausaha Timbalan Ketua Pengarah Ketua-ketua Bahagian. Mencuri. 6/1975 dan 7/1975) Berjudi Meminum minuman keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah. Menulis kepada suratkhabar tanpa memberitahu pihak yang berkuasa sekolah. Menteri Pelajaran Setiausaha Sulit kepada Y.

BANGUNAN BANK PERTANIAN LEBOH PASAR BESAR KUALA LUMPUR. Malaysia. Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salahlaku Yang Tidak DinyatakanDalam Peraturan-peraturan Pelajaran.ll/(17) 7HB November 1983 Pengarah Pelajaran Semua Negeri. YB. KP(BS)8591/Jld. Datuk/Tuan.8/1983.BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 12-14. Telefon : 922066 Kawat : ‘PELAJARAN’ Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. ____________________________________________ .

misalnya membuat bising dalam darjah. sungguhpun Peraturan tersebut memperuntukan secara am kuasa kepada Guru Besar bagi menjalankan hukuman-hukuman biasa ke atas murid-murid untuk menjaga disiplin atau ketenteraman sekolah. Sekian. tidak memberi perhatian sewaktu guru mengajar. mendera seperti berlari keliling padang.Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk menarik perhatian Guru-guru Besar dan guruguru mengenai hukuman-hukuman yang dikenakan kepada murid-murid yang melakukan perbuatan-perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan-peraturan Pelajaran. 3. berkeliaran (lotering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini. mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga. memulas telinga. Kesalahan-kesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahankesalahan sepertimana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah 1959. Banyak aduan telah diterima oleh Kementerian ini mengenai tindakan hukuman yang dikenakan oleh guru-guru ke atas murid-murid kerana melakukan perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan itu. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. menjemur atau menghukum murid secara kumpulan atas alasan sipesalah enggan mengaku dan berbagai lagi. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ tt (TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran. menampar. mencubit hingga lebam. mencela. . tidak disebut dengan jelas akan hukumannya dalam Peraturan tersebut. hukumannya juga ada dinyatakan. Tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh membawa kepada implikasiimplikasi yang tidak diingini. Bagi tiaptiap kesalahan yang disebutkan dalam peraturanperaturan itu. Bagi perbuatan-perbuatan salahlaku yang tidak dinyatakan dalam Peraturan itu. Tindakan hukuman itu adalah seperti mengetuk/ menyekel kepala murid.

Timbalan Ketua Setiausaha l. 6. 7. Menteri Pelajaran. 3. Timbalan Menteri Pelajaran. Ketua Pengarah Pelajaran. 8. Setiausaha Sulit kepada Y. 2. Timbalan Menteri Pelajaran. Pegawai Khas I kepada Y. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll. Kementerian Pelajaran. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l. Setiausaha Sulit kepada Y. Ketua-ketua Bahagian. 1. 10. Timbalan Ketua Setiausaha ll. Ketua Setiausaha. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran. 13. 11. Kementerian Pelajaran. Setiausaha Sulit kepada Y.B. 4. Dr. Kementerian Pelajaran. 12. Dato’ Khalil bin Yaakob. Tang Tiong Hong.B. Kementerian Pelajaran.s. Kementerian Pelajaran. 9. 5. Menteri Pelajaran.B.k. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran. Pegawai Perhubungan Awam. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan.B. .

Laporan Penggal Kes-kes Penyalahgunaan Dadah Masalah penyalahgunaan dadah pada masa ini adalah merupakan masalah Negara dan Kementerian Pelajaran memerlukan butir-butir dan kenyataan-kenyataan kemaskini berhubung dengan murid-murid sekolah yang terlibat dengan perbuatan ini. kes-kes yang berlaku diantara 1hb.III (34) 27hb Jun 1978 Pengarah Pelajaran Semua Negeri Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak Tuan. kes-kes yang berlaku diantara 1hb. Rumah Persekutuan. Sekian.LAMPIRAN 2. Mei – 31hb. Kuala Lumpur. 3.Disember 4. kes-kes yang berlaku diantara 1hb. Laporan ini hendaklah dihantar tiap-tiap penggal untuk tahun ini dan tahuntahun akan datang. Guru Besar hendaklah menentukan supaya setiap kes itu dilaporkan hanya satu kali sahaja sepanjang tempuh persekolahan seseorang murid itu. terima kasih. . Untuk membolehkan Kementerian ini menyimpan butir-butir dan maklumat itu. SULIT KP(BS)8786-51 Jld. April Penggal II. Januari – 30hb. 2. Untuk mengelakkannya. Penggal I. September – 31hb. Kandungan surat ini sudah dipersampaikan kepada murid-murid yang terlibat. Ogos Penggal III.15 Kementerian Pelajaran Malaysia. saya adalah diarahkan meminta Sekolah-sekolah Menengah Bantuan Penuh di negeri tuan supaya menghantar laporan tiap-tiap penggal mengenai kes-kes dadah yang telah disahkan oleh doktor Kerajaan sahaja. Guru Besar adalah diminta supaya berhati-hati apabila membuat Laporan Penggal ini supaya perkiraan dua kali (double counting) tidak berlaku.

Timbalan Ketua Setiausaha l & ll 6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.tt (DATO’ HAJI MURAD MOHD. Kementerian Pelajaran Malaysia. KP. NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 67 s.S kepada Y. Tingkat 12-14. 1/1983 Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di sekolah-sekolah Sekolah mempunyai tanggungjawab untuk mendidik.U.B Menteri Pelajaran 2. Maksud merokok di sini termasuklah menghisap rokok atau cerut atau menghisap paip.S kepada Y. Ketua Setiausaha Kementerian 5. ‘The Registration of School Ordinance. 2. Guru-guru serta kakitangan-kakitangan sekolah mempunyai peranan dan pengaruh yang kuat dalam menunjukkan contoh dan tauladan yang baik kepada murid-murid. September 1975. Pengarah Sekolah-sekolah 8. S.B Timbalan Menteri Pelajaran ll 4. Bangunan Bank Pertanian.S kepada Y. 1950 – School (General) Regulation’.k. 6A/1975 bertarikh 5hb.B Timbalan Menteri Pelajaran l 3.8591/ (99) 25hb Februari 1983 Pengarah Pelajaran Semua Negeri Semenanjung Malaysia Sabah dan Sarawak Tuan. S.U. Pengarah Pelajaran Teknik & Vokasional Bahagian Sekolah-sekolah. Telefon : 922066 . Pengarah Latihan Guru 9. Larangan merokok di bilik-bilik darjah atau di bilik-bilik yang dijadikan bilik-bilik darjah jelas dinyatakan dalam para 38. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l & ll 7. melindungi dan mencegah murid-murid daripada melibatkan diri dengan amalan merokok kerana merokok boleh merosakkan kesihatan mereka. S. 1. Larangan menghisap rokok ke atas murid-murid sekolah juga telah ditegaskan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Kuala Lumpur.U.

Penyimpanan dan Penjualan Rokok di Kantin Sekolah Menyimpan dan menjual rokok serta memaparkan iklan-iklan rokok di kantin adalah dilarang. 4. 4.4. Hari Penyampaian Hadiah. Majlis Keramaian (Hari Ibu Bapa . (apabila dibilik ini diadakan mesyuarat rasmi atau diadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran maka merokok adalah dilarang).1. Bilik guru/ bilik rehat bagi guru-guru.1. Hari Sukan dan lainlain )Pihak sekolah hendaklah meminta kerjasama daripada pihak ibubapa dan orang ramai bagi menjayakan kempen ini.3.2. maka penerangan yang jelas mengenai larangan merokok hendaklah dinyatakan kepada mereka.6. 5. boleh meminta kerjasama daripada pihak ibu bapa bagi menyedarkan anakanak mereka bahawa amalan merokok itu membahayakan kesihatan dan membazir wang. Mereka juga dilarang merokok semasa bertugas. Bilik pekerja kantin bagi pekerja-pekerja kantin. sekolah sekolah juga adalah digalakkan berusaha mengadakan cara-cara lain yang sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah dan mengikut keadaan setempat.3. dan 4.5. Sekolah Digunakan Oleh Pihak Luar Ababila kawasan/ bangunan sekolah digunakan oleh pihak luar. . 4. Poster-posteratau papan-papan tanda dengan menggunakan bahasa yang halusseperti “Terima Kasih kerana tidak merokok disini” boleh diadakandan dipamerkan di tempat-tempat tertentu. melalui PIBG.1. Bilik pekerja atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan muridmurid bagi kakitangan-kakitangan sekolah.1. Kerjasama Ibu Bapa Untuk menjayakan kempen ini. 4. 4. Berikut adalah garis panduan bagi menjayakan kempen ini. Untuk menjayakan lagi kempen anti merokok ini. 4. Surat siaran ini adalah bertujuan untuk meminta sekolah-sekolah mengambil langkahlangkah positif bagi menjayakan kempen anti merokok.3.1. Bersama-sama dengan surat siaran ini.2. Guru-guru dan Kakitangan sekolah Menghisap rokok di kawasan sekolah dan dalam mesyuaratmesyuarat/majlis-majlis rasmi di sekolah adalah dilarang kecuali di:4. 4. 4. disertakan juga Garis Panduan Tata Susila Untuk membantu menjayakan kempen Anti Merokok’ dari Pekeliling AM bilangan 12 Tahun 1982 bertarikh 17hb Ogos 1982 adri Jabatan Perdana menteri. Guru Besar.

Menteri Pelajaran. 12.k. Kementerian Pelajaran. 3. Tang Tiong Hong. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l. Kementerian Pelajaran.6. 2. Kementerian Pelajaran BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 12-14. Setiausaha Sulit kepada Y. Kementerian Pelajaran. Ketua-ketua Bahagian. Harap maklumkan kandungan surat siaran ini dan Garis Panduan dari surat Pekeliling Am Bilangan 12 1982 ini kepada semua sekolah di negeri tuan. 13. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran. 1. Pegawai Khas I kepada Y.B. 11. 9. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah. 5.B. Kementerian Pelajaran. Setiausaha Sulit kepada Y. Sekian.p Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran s. Setiausaha Sulit kepada Y. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll. Kementerian Pelajaran. Timbalan Ketua Setiausaha l.B. Timbalan Menteri Pelajaran. Dato’ Khalil bin Yaakob. 10. BANGUNAN BANK PERTANIAN LEBOH PASAR BESAR KUALA LUMPUR Telefon : 2922066 . Ketua Jemaah Nazir. Ketua Setiausaha. 8. Kementerian Pelajaran. 6. 4. tt (DATO’ HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN) Bahagian Sekolah-sekolah b. 7. Ketua Pengarah Pelajaran. Timbalan Menteri Pelajaran. Pegawai Perhubungan Awam. Menteri Pelajaran Malaysia. Timbalan Ketua Setiausaha ll. Dr.B.

Analisa daripada laporan-laporan yang diterima dan dari sumber-sumber lain. Dalam hubungan ini.KP(BS)8591/Jil. 4. Bermacam-macam jenis salah laku dilakukan oleh para pelajar. memeras ugut. Oleh hal yang demikian. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986 Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah Masalah disiplin para pelajar kini menjadi isu hangat dan sering diperkatakan oleh pelbagai pihak. menunjukkan bahawa ada di antara Pengetua dan Guru Besar serta Guruguru yang tidak tahu-menahu dan tidak memahami kuasa-kuasa yang diperuntukan kepada mereka. tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita kawal dan ubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah. seperti menyalahgunakan dadah. Ada banyak faktor yang menyebabkan mereka melakukan perbuatanperbuatan tersebut dan faktor-faktor ini lazimnya dikelompokkan kepada factor sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran dan pelbagai lagi. Surat pekeliling ini adalah siaran awal kepada satu gerakan yang sedang dirancang oleh Kementerian Pelajaran Pelajaran untuk memperbaiki dan mempertingkatkan lagi disiplin sekolah di seluruh negara. Perlu ditegaskan bahawa Pengetua dan Guru Besar mempunyai kuasa bagi mengawal organisasi sekolahnya dan bagi menentukan disiplin. 3. surat-surat pekeliling ikhtisas dan surat-surat siaran. merosakkan harta benda sekolah(vandalism). iaitu dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat. sepertimana tercatat dalam Lampiran l. 2. terdapat ordinan-ordinan pelajaran dan pihak Kementerian juga telah memberi panduan-panduan mengenai disiplin sekolah. mengancam Guru-guru dan murid-murid dan pelbagai lagi. di samping ia bertujuan untuk memberitahu dan mengingatkan lagi mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi memperbaiki dan mengurangi masalah-masalah disiplin di sekolahsekolah. merompak. Adalah tidak bijak sekiranya Pengetua atau Guru Besar . prosedur mengambil tindakan disiplin dan jenis hukuman yang boleh dikenakan.II/(56) 1 Ogos 1986 Semua Pengarah Pelajaran Negeri. Malaysia Tuan. Faktor luar sekolah ini adalah amat kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita. mereka mempunyai kuasa menjalankan hukuman biasa sekiranya perlu dan difikirkan munasabah. Oleh yang demikian. mereka adalah bertanggungjawab sepenuhnya dan memastikan usaha-usaha dijalankan bagi meningkatkan lagi mutu disiplin di sekolah masing-masing.

Perlu ditegaskan di sini bahawa jawatankuasa disiplin sekolah (jika ada) adalah bertujuan bagi membantu Pengetua atau Guru Besar dalam hal-hal yang berkaitan dengan disiplin dan Pengetua atau Guru Besar tidak boleh menurunkan kuasa kepada jawantankuasa ini bagi menjatuhkan sesuatu hukuman. surat-surat pekeliling dan bukubuku panduan yang ada kesemua Guru. 74. 75. Pihak sekolah hendaklah melaksanakan perakuan 69. Bagi menentukan disiplin sekolah terkawal dan dalam masa yang sama dapat di pertingkatkan. Pengetua atau Guru Besar hanya boleh menurunkan kuasa seperti yang diperbekalkan mengikut para 6 ‘Education (School Discipline) Regulations’. 73.menyerahkan bulat-bulat kuasa disiplin ini kepada Guru-guru tanpa mengambil tahu dan mengawalnya sendiri. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah hendaklah memastikan bahawa sekolah-sekolah mempunyai ordinanordinan pelajaran. mengorientasi para guru dan kakitangan sekolah bahawa sekolah adalah bertanggungjawab bagi meningkatkan lagi disiplin dan orientasi penyelesaian masalah disiplin berasaskan kepada maklumat-maklumat sebenar.82 dan 84 dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) seperti yang tercatat dalam lampiran ll. 5. 5.1983 dan menentukan fungsifungsi jawantankuasa ini dilaksanakan.10.3. Memastikan pihak sekolah menjalankan tindakan menyalurkan maklumat mengenai ordinan-ordinan pelajaran.1.79. didapati jawatankuasa ini kurang berfungsi. Menubuh dan menggerakkan Jawantankuasa hal-Ehwal Murid-murid Peringkat Sekolah (sepertimana yang diarahkan melalui surat siaran KP(BS)8591/Jld.80. 78. 5. hak-hak dan tanggungjawab mereka serta prosedur-prosedur mengambil tindakan disiplin yang betul.5 . misalnya dengan mengadakan perbincangan. Sekolah-sekolah hendaklah mewujudkan iklim disiplin sekolah yang berkesan iaitu dengan membentuk orientasi bahawa sekolah adalah juga sebagai punca masalah disiplin. perbengkelan dan seumpamanya serta memastikan semua Guru memahami kandungannya. tindakan berikut hendaklah diambil:5.ll/(16) bertarikh 10.2.4. Guru-guru baru yang ditempatkan ke sekolah-sekolah dari Maktab Perguruan dan Universiti hendaklah juga diambil tindakan yang sama. bukubuku panduan dan surat-surat pekeliling yang berkaitan dan jika perlu membuat salinannya dan diedarkan ke sekolahsekolah. 5. 1995 kepada Guruguru yang berdaftar bagi satu-satu kes sahaja. Adalah didapati bahawa terdapat banyak sekolah yang tidak menubuhkan jawatankuasa ini dan mana-mana sekolah yang telah pun berbuat demikian. 5. 72. 76(a) dan (b). 71.

Imej buruk mengenai disiplin sekolah yang dipaparkan oleh media massa memberi kesan negatif di fikiran orang ramai oleh kerana kurangnya usaha yang gigih dari pihak kita untuk memberi penjelasan atau maklum balas mengenai kedudukan serta perspektif yang sebenarnya kepada mereka. 7. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah. . mengikut kesesuaian keadaan setempat. pihak tuan bolehkan secara terus membuat kenyataan pembetulan kepada akhbar memberitahu orang ramai mengenai gambaran sebenarnya jika perlu seberapa segera yang boleh. Jawatankuasa HalEhwal Murid-murid Peringkat Daerah hendaklah juga digerakkan dengan lebih berkesan lagi dan fungsi-fungsi jawatankuasa ini perlu dilaksanakan. tt (OMAR BIN MOHD.5. HASHIM) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll. tuan hendaklah menghubungi pihak Kementerian Pelajaran dengan segera mengenai keadaan sebenarnya. Laporan bertulis boleh disusuli kemudian. Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbar-akhbar. Harap tuan dapat maklumkan surat pekeliling ini kepada semua sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah di negeri tuan. pengubahsuaian kepada panduan-panduan yang ada perlu dibuat mengenai langkah-langkah dan strategi. Di samping itu. Kementerian Pelajaran Malaysia. Pejabat Pelajaran Daerah juga perlu berusaha mengambil langkahlangkah bagi mengurangi masalah disiplin pelajar-pelajar di daerah masing-masing kerana dalam keadaan yang ada sekarang kebanyakan masalah disiplin adalah bercorak tempatan.6. Oleh yang demikian. 6. Oleh yang demikian. Sekian.

Kementerian Pelajaran. Encik Bujang Haji Ulis. KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KP/(BS)8591/Jld. Timbalan Ketua Setiausaha l. perkara 2(iv) (a).s. 2. 5. 1.4/1997: Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3. 2. Setiausaha Sulit Kanan kepada Y.6a/1975: Disiplin Murid-Murid Menghisap Rokok. Setiausaha Sulit kepada Y. 6. 4.k.B. semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil tindakan ke atas murid yang di dapati bersalah menghisap rokok dengan mengenakan hukuman seperti berikut: Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali . Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Timbalan Menteri Pelajaran.B. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Bhg. Timbalan Menteri Pelajaran.VIII/(75) 22 Mei 1997 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Dato’/Datuk/Tuan/Puan. Encik Ng Cheng Kiat. Kementerian Pelajaran.B. Menteri Pelajaran. Ketua Setiausaha. Setiausaha Sulit kepada Y.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt (DATUK MATNOR DAIM) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA KP/(BS)8591/Jld.VIII/(76) 22 Mei 1997 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.5/1997: Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok .Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan (selama tempoh tidak melebihi 14 hari) Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah 3.Bhg.Dato’ / Datuk /Tuan / Puan. terima kasih. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua negeri Y. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Bhg. Sekian. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.

Timbalan .B. Sekian. 4. Y. Ketua Unit Perhububgan Awan. 1993. semua guru. Setiausaha Sulit kepada Y. terima kasih. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Timbalan -Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian. 3. Chan Fong Onn.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia. 2. Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan. Ketua –Ketua Bahagian Kementerian. 2.k. datuk Dr.1/1983: Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-sekolah adalah terbatal.Dimaklumkan bahawa ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadikan bangunan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt (DATUK MATNOR DAIM) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. Y. sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid. Perkara 4. Kementerian Pendidikan. Ketua Setiausaha. 5.1 dalam Surat Pekeliling Bil. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. kakitangan. 1. Dato’ Khalil bin Yaakob. 8. 6. 3. Larangan ini meliputi keselurahan premis sekolah. Ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah.Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan.B. 7. .

misalnya membuat bising dalam darjah.B. . Tindakan menghukum seperti ini adalah tidak sesuai dilakukan kerana ia boleh membawa kepada implikasiimplikasi yang tidak diingini. Bagi tiaptiap kesalahan yang disebutkan dalam peraturanperaturan itu. mengenjut beberapa kali yang tidak berpatutan sambil memegang telinga. Bagi perbuatan-perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan itu. BANGUNAN BANK PERTANIAN LEBUH PASAR BESAR KUALA LUMPUR. 3. menjemur atau menghukum murid secara kumpulan atas alasan si pesalah enggan mengaku dan berbagai lagi.II/(17) 7 November 1983 Semua Pengarah pelajaran Negeri. mencela. Datuk/Tuan. berkeliaran (loitering) dan berbagai lagi perbuatan yang tidak diingini. memulas telinga.BAHAGIAN SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TINGKAT 12-14. tidak memberi perhatian sewaktu Guru mengajar. 2. Sungguhpun peraturan tersebut memperuntukan secara am kuasa kepada Guru Besar bagi menjalankan hukuman-hukuman biasa ke atas murid-murid untuk menjaga disiplin atau ketenteraman sekolah. Kesalahankesalahan yang dilarang dengan nyata adalah kesalahan-kesalahan sepertimana yang dibekalkan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran yang sedia ada seperti Peraturan-peraturan Pelajaran(Disiplin) Sekolah 1959. mendera seperti berlari keliling padang. menampar. Telefon :922066 Kawat:’PELAJARAN’ KP(SB) 8591/Jil. Malaysia Y. Banyak aduan telah diterima oleh Kementerian ini mengenai tindakan hukuman yang dikenakan oleh guru-guru ke atas murid-murid kerana melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan itu.8/1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk menarik perhatian Guru-guru Besar dan Guru-guru mengenai hukuman-hukuman yang dikenakan kepada murid-murid yang melakukan perbuatan-perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan-peraturan Pelajaran. hukumannya juga ada dinyatakan. tidak disebut dengan jelas akan hukumannya dalam peraturan tersebut. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. mencubit hingga lebam. Tindakan hukuman itu adalah seperti mengetuk/ menyekel kepala murid.

Tang Tiong Hong. Dato’ Khalil bin Yaakob. Setiausaha Sulit kepada Y. Dr. Ketua Setiausaha. 3. Kementerian Pelajaran.B. 10. Ketua-ketua Bahagian. Kementerian Pelajaran. 8. Timbalan Menteri Pelajaran. Menteri Pelajaran Malaysia. Ketua Pengarah Pelajaran. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ tt (TAN SRI DATO’ HAJI MURAD MOHD NOOR) Ketua Pengarah Pelajaran. Timbalan Ketua Setiausaha ll. Setiausaha Sulit kepada Y. Kementerian Pelajaran.Sekian. 1. .B. 11. Kementerian Pelajaran.k. Timbalan Ketua Setiausaha l. 9. Kementerian Pelajaran. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran l. 2. s. 4. 5.B. 7. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran ll. Timbalan Menteri Pelajaran. 6. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran. Setiausaha Sulit kepada Y.

BLOK J (SELATAN). Kementerian Pelajaran. Kawat : “PELAJARAN” KP(BS)8591/Jld. PUSAT BANDAR DAMANSARA 50604 KUALA LUMPUR. Pegawai Perhubungan Awam. merotan hingga melukai dan mencederakan.Bhg.Vlll(10) 11 Oktober 1995 Semua Pengarah Pelajaran Negeri Y. Telefon : 03-2556900 Fax : 03-2535150 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Dato’/Datuk/Tuan.B. Antaranya pelajar dijemur di tengah panas. 13. melakukan ketuk ketampi yang menyebabkan pengsan. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PARAS 5. berlari dengan memakai seluar dalam dan menyuruh murid berbuat sesuatu yang tidak berperikemanusiaan. mencubit hingga berdarah. Menteri Pelajaran. guru besar atau guru-guru ke atas pelajar-pelajar sepertimana yang dilaporkan oleh media massa. Pegawai Khas I kepada Y.12. . 7/1995 Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Sejak akhir-akhir ini terdapat tindakan dan hukuman yang keterlaluan dikenakan oleh pihak sekolah sama ada oleh pengetua. JABATAN SEKOLAH. BAHAGIAN SEKOLAH.

2. Tindakan-tindakan sedemikian telah menjadi pengetahuan masyarakat umum. Disamping itu terdapat pula kejadian-kejadian yang berlaku di bilik darjah atau di persekitaran sekolah secara senyap-senyap dan terselindung daripada penglihatan kita, misalnya pengucapan kata-kata yang kesat dan penyikiran pelajarpelajar dengan cara memandang sepi dimana kesemuanya ini merupakan pemusnahan semangat dan melanggar Tatacara Disiplin Sekolah yang telah digariskan bagi panduan pengetua, guru besar dan guru-guru. 3. Pelbagai jenis tindakan yang menggambarkan perhubungan buruk antara guru dengan pelajar akan berterusan dipaparkan di media massa untuk tatapan masyarakat. Sekolah-sekolah akan terus menjadi sasaran dan maruah profession perguruan akan terus tercabar dan seterusnya akan menggugat reputasi Kementerian Pendidikan. 4. Surat Pekeliling ini adalah bertujuan untuk mengingati pengetua, guru besar dan guru-guru supaya tindakan yang diambil hendaklah berdasarkan panduanpanduan seperti yang terkandung dalam: 4.1 Panduan Am Disiplin Sekolah. Kementerian Pelajaran Percetakan Adabi, Kuala Lumpur 1981. 4.2 Panduan Tatacara Disiplin Untuk Guru Besar dan Guru Kementerian Pendidikan. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1988. 4.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 bertarikh 17 November 1983 iaitu mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran. 5. Antara panduan yang dijelaskan ialah: 5.1 Elak dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu. 5.2 Hukuman yang pada hemat orang ramai tidak sesuai seperti berbentuk penyeksaan, cacian di khalayak ramai yang memberi kesan emosi atau lain-lain hukuman liar serta tidak berperikemanusiaan hendaklah dielakkan.

6. Diharap Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan dapat memaklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua pengetua, guru besar dan guru.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

tt (TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD. ZAHID BIN MOHD. NOORDIN) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia.

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA, PARAS 7, BLOK J,

Telefon: 03-2586900 Fax : 03-2535150

PUSAT BANDAR DAMANSARA, http://www.moe.gov.my 50604 KUALA LUMPUR. KP(BS)8591/Jld.XVll(8) 19 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y. Bhg. Dato’/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah

Laman Web

Kes jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini .Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah. Walaupun secara umum diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kejadian dengan perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah, namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua yang membabitkan murid sekolah, namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah. Ringkasnya, ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emosi yang didorong oleh pelbagai sebab. Dalam menanganinya, kita tidak kekurangan pendapat dan saranan. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah, murid bergaduh dan bertumbuk di perhimpunan sekolah, dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan sosial yang hebat, sama ada di dalam mahupun di luar sekolah. 2. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah(PPB/PPD), semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah- langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi pendidikan, iaitu di JPN, PPB/PPD, dan sekolah. Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid yang kemas kini. 2.1 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah Sistem rekod murid yang sedia ada (Kad 01 & 02) perlu dilihat semula, sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. Sistem tambahan boleh dicipta sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah. Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid, sekolah diminta supaya memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan disekolah masing-masing. Profil yang mengandungi

4 . pilihan kerjaya dan kemahiran social hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa.maklumat murid seperti gambar murid. butiran peribadi dan keluarga. 2. Dengan wujudnya kemesraan ini maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh murid dapat dihindar dan dibendung. rekod disiplin. Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan terhadap murid berkenaan. hobi. Profil ini hendaklah dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid. boleh memainkan peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi kumpulan murid-murid di kelasnya Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam kelas masing-masing. sama ada ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah. Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya. Dalam masa yang sama.3 2. semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. Semua rekod disiplin dan profil murid hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Sekolah Penyayang Konsep “Sekolah Penyayang” yang menekankan kepada rasa saying menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dan murid. Sekolah dengan kerjasama dan 2.2 Pemantapan Pengurusan Disiplin Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan murid. Sekolah hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu. Kaedah sebegini adalah bertujuan supaya guru-guru mengenali murid dan keluarganya dengan lebih dekat lagi. minat. Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan waktu mengajar Ketua guru Disiplin supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan laporan atau profil yang lengkap mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar diambil untuk memulihkan murid berkenaan. prestasi akademik. Pemantauan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat yang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan. Guru-guru kelas terutamanya. murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi. Guru sewajarnya membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada Guru Kaunseling atau Kaunselor sekolah supaya murid-murid sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam hati sanubari mereka.

Pembimbing Rakan sebaya. 2. Dalam hal ini pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. malah memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat. alatan sukan dan permainan serta tingkah laku yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh guruguru. penyebaran maklumat berkaitan dengan kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk difahami oleh murid-murid. Dalam hal yang sama. Skim Lencana Anti dadah (SLAD) dan Badan-badan Beruniform yang lain. Sekolah dan Masyarakat Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan. Pendidikan Keselamatan diri boleh dilakukan melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab Pencegahan Jenayah. iaitu ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan mengikut amalan biasa seperti tertinggal bas. Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. Selain daripada itu. bahan kimia.6 . Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan. sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah. ibu bapa tidak menjemput seperti biasa. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan antara guru-guru dengan ibu bapa. tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi. Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa. Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).5 Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri mereka. Melalui aktiviti kelab-kelab ini.permuafakatan Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) hendaklah merangka program “Lawatan ke Rumah” (Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali latar belakang murid dan keluarganya. Bahaya penggunaan alatan elektrik. sekolah juga harus menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak mereka dengan guru dari masa ke masa. Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK) dan 2. ibu bapa juga harus diminta supaya memberikan kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka. Permuafakatan Ibu Bapa. Masyarakat sekitar seperti pihak polis.

rakan sebaya serta orang lain. Jabatan atau agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat. Sekian. sistem bekalan gas. 3. kakitangan dan murid-murid di sekolah. harta benda. Sekolah perlu mewujudkan programprogram permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah. Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri. Terima kasih. atau apa jua sistem yang boleh mengudang bahaya di sekolah. Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas. Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya. Y. Sehubungan dengan itu. sistem pendawaian elektrik.Bhg. ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep “School-Home-Community Partnership’. 2. Pengetua/Guru Besar dan guruguru mesti selalu mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri. Penjagaan serta penyelenggaraan yang baik terhadap segala kemudahan ini akan menjamin persekitaran yang selamat di sekolah. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” . Konsep “Sekolah Selamat” (Safe school) hanya dapat dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri. Pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik. Polis DirajaMalaysia dan sebagainya hendaklah dihubungi untuk peperiksaan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal kerosakan atau kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru.Bhg.Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di bawah pentadbiran Y.7 Sekolah Selamat (Safe School) Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi keutamaan dalam pengurusan sekolah. dan segala peralatan yang ada di sekolah.

B. Kementerian Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Kementerian Pendidikan Ketua Perhubungan Awan.B.B. :http://www. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. 1. 10. 3. 7. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y. 6.B. 2.my Telefon: 03-2586900 Fax : 03-2535150 Laman Web . 4. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. Y. 9. 5. BLOK J. PARAS 7.gov.moe. 8.k.tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. PUSAT BANDAR DAMANSARA. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia Y. Kementerian Pendidikan PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.

Disamping itu. KP(BS)8591/Jld. Dato’/Tuan/Puan adalah diminta mengambil tindakan segera dan sewajarnya supaya murid tidak melibatkan diri dan terjerumus dalam kegiatan ini.. Dato’/Tuan/Puan adalah amat dihargai supaya tindakan penyelesaian yang segera dapat dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala negative yang melibatkan murid-murid sekolah pada masa kini dan juga masa-masa akan datang. Skin Head. Sehubungan dengan itu. Maka. Dato’/Tuan/Puan. ... Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah (PPB/PPD) dan sekolah mestilah mengadakan program-program khas untuk memberi penjelasan dan kesedaran akan kesan negatif jika mereka terlibat dengan kumpulan-kumpulan berkenaan.... Punk dan Cyber Cafe yang boleh menjejaskan penumpuan mereka terhadap pembelajaran. tindakan awal yang sewajarnya hendaklah diambil untuk membendung dan mengatasi masalah ini bagi mengelakkan perkara seumpama ini merebak dan membabitkan lebih ramai murid..50604 KUALA LUMPUR... kegiatan ini boleh menjejaskan aqidah mereka. Bhg...Bhg. tuan hendaklah menghubungi pihak Kementerian Pelajaran dengan segera mengenai keadaan sebenarnya.. pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)..... Jabatan Pendidikan Negeri juga diminta melaporkan dengan segera kejadiankejadian serius yang berlaku di sekolah tanpa menunggu arahan melalui surat atau faksimili dari Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengenai berita-berita sensasi yang didedahkan dalam akhbar dan media massa seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986: Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah (Para 6) :-m “ Sekiranya terdapat kes-kes disiplin para pelajar disiarkan di akhbarakhbar. Pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memantau dan menyiasat murid-murid supaya tidak melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan tersebut. 2. 3.9/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif Pihak Kementerian Pendidikan mendapati sejak kebelakangan ini terdapat muridmurid sekolah yang terlibat dalam kegiatan-kegiatan negatif seperti melibatkan diri dengan kumpulan Black Metal..” 4....Bhg. Kerjasama Y.. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL..... Bagi pelajar-pelajar yang beragama lslam khususnya. Jawatankuasa Disiplin Sekolah hendaklah dari semasa ke semasa mengadakan pemeriksaan untuk mengesan tanda-tanda kegiatan negatif murid-murid. Y..XVll(9) 23 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.

B. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y. 5. 4.B. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. 3. Kementerian Pendidikan . 6. Kementerian Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Terima kasih. Y. 9.Sekian. 7.B. 8.B. 1. 2. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y.k. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia Y. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen.

:http://www. Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil. PUSAT BANDAR DAMANSARA. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. BLOK J.moe.10/2001 Semua Guru Adalah Guru Disiplin Telefon: 03-2586900 Fax : 03-2535150 Laman Web Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa dalam menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut kepada guruguru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh temeh. 2.gov. i.my 50604 KUALA LUMPUR. Bhg. PARAS 7. Perkara seumpama ini dipercayai tidak akan berlaku jika sekiranya semua guru di sesebuah sekolah dapat menghayati dan memahami peruntukan yang telah dinyatakan secara tegas bahawa semua guru adalah bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan disiplin pelajar. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 8/1968 mengenai Tatatertib Di Sekolah-Sekolah pada para 5 menyatakan: . KP(BS)8591/Jld. Ketua Perhubungan Awam. Perkara ini juga telah mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah.XVll(10) 24 September 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.10. Kementerian Pendidikan PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Ini bukan tugas dan tanggungjawab guru besar sahaja.” 3. iaitu pengetua atau guru besar perlu menyediakan surat penurunan kuasa kepada guru-guru untuk melaksanakan hukuman tersebut.. simpati dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid. satu di antara tujuan pelajaran ialah untuk menanamkan asas disiplin ke dalam hati sanubari murid-murid sekolah.“.bhg. 9/1975 mengenai Disiplin Di Sekolah. Sepatutnya. adalah jelas bahawa semua guru telah diperuntukan dengan tanggungjawab untuk memastikan murid-murid mempamerkan disiplin yang tinggi. Sementara itu. Oleh hal yang demikian semua guru hendaklah juga memahami benar-benar bahawa tiap-tiap mereka itu adalah bertanggungjawab untuk untuk memelihara disiplin sesebuah sekolah dan janganlah hendaklah perkara-perkara kecil pun diserahkan kepada guru besar kerana hal ini akan menjadi satu perkara biasa sahaja.tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalahmasalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada guru-guru besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. 4. Bagi mencapai matlamat tersebut semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid supaya sentiasa mengamalkan tingkah laku dan disiplin yang baik. kesalahan yang berat sahaja yang harus diadukan kepada guru besar untuk mendapat keputusan... “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ..” ii. Sehubungan dengan itu. bahkan tugas dan tanggungjawab semua guru lain.. Dato’/Tuan/Puan adalah dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua pengetua dan guru besar agar arahan ini dipatuhi. Peraturan-peraturan Sekolah untuk Murid-murid pula menyatakan: “Adalah seperti tuan termaklum. Terima kasih. didikan(educative). Oleh hal yang demikian. Guru-guru hendaklah sentiasa sentiasa mengimbangi semua pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin. Y. penyayang. pembetulan (corrective) dan hukuman (punitive) serta langkah yang sewajarnya hendaklah dilaksanakan terhadap semua masalah disiplin murid. kebenaran bagi guru-guru melaksanakan hukuman terhadap kesalahan disiplin murid hendaklah dibuat secara nyata dan bertulis. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada guru-guru besar.. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Pendekatan-pendekatan berbentuk pencegahan(preventive).

5. Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. Kementerian Pendidikan Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Kementerian Pendidikan Ketua Perhubungan Awam.k. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen.B. 11. :http://www. Kementerian Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha. Y.B. 4. 2. PARAS 7.my 50604 KUALA LUMPUR. 9. 6. 3. PUSAT BANDAR DAMANSARA. 7. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia Y. 10. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y. Kementerian Pendidikan Penasihat Undang-Undang.moe.gov. Kementerian Pendidikan PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.B. 8. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s. BLOK J. 1.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y. Telefon: 03-2586900 Fax : 03-2535150 Laman Web .

3 Jawatankuasa Khas Sekolah Selamat hendaklah ditubuhkan di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah.1.4 Fungsi jawantankuasa ini adalah merancang. 3. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.1 Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah: 3. pengetua dan Guru Besar adalah diarah supaya mengambil langkah wajar dengan mengadakan perancangan yang rapi untuk melaksanakan Program Sekolah Selamat di semua sekolah rendah dan sekolah menengah.2 Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah: . semua Jabatan Pendidikan Negeri. Bhg.KP(BS/HEP)8591/Jld. 3. menasihat. memantau dan melapor mengenai pelaksanaan Program Sekolah Selamat.1 Bagi tahun 2002 sebanyak 20% daripada bilangan sekolah rendah dan menengah di setiap negeri hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat dengan mengambil kira bilangan yang sama rata antara sekolah di dalam bandar dan di luar bandar. Untuk Pelaksanaan Program Sekolah Selamat panduan-panduan berikut hendaklah diberi perhatian: 3. 3. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari manamana pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam.XVll(4) 14 Jun 2002 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.1. Sehubungan dengan ini.1. 3. Aspirasi sekolah Selamat menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak.1.5 Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah.2 Mulai tahun 2003 semua sekolah di seluruh negara hendaklah melaksanakan Program Sekolah Selamat. 3. Pejabat Pendidikan Bahagian/daerah.1. di samping amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian. 3. 3. 2.6 Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mendedahkan konsep dan kaedah pelaksanaan Sekolah Selamat ke semua sekolah.4/2002 Pelaksanaan Program Sekolah Selamat Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negara.1.

Y. yang keahliannya terdiri daripada warga sekolah dan juga wakilwakil daripada masyarakat sekitar sekolah serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.2. 2. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia .5 Menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat peringkat sekolah.Bhg. 3.4 3. Terima kasih. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia Y.2. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y. Mendapatkan khidmat nasihat dari Sekolah-Sekolah Projek Rintis yang ada di setiap negeri.2.B.1 3.2. Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program Sekolah Selamat.3 3. Datuk/Dato’/Tuan/Puan. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia s.k. Memberi pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan. Sekian. Guru Kaunseling/Guru Bimbingan sekolah hendaklah dilantik sebagai Setiausaha kepada jawatankuasa ini dan juga berperanan sebagai penggerak utama Program Sekolah Selamat.B.2. 4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri. 1.2 3.B.3.

Kementerian Pendidikan Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Ketua Jemaah Nazir Sekolah.KP. Ibu bapa/Penjaga murid yang telah dibuang dari sekolah-sekolah telah membuat pengaduan bahawa mereka tidak diberi tahu oleh Guru Besar tentang kelakuan curang anak-anak mereka sebelum mereka dibuang. 7. 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 10. 2. September. surat siaran seperti di bawah ini dikeluarkan untuk dijadikan pimpinan kepada Guru-guru Besar dalam Negeri tuan supaya dapat diadakan satu persamaan cara tindakan. 6. Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan. Pembuangan Murid-murid Daripada Sekolah-sekolah Kerana Kelakuan Curang Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam persidangan Ketua-ketua pegawai Pelajaran. Kuala Lumpur.B. 10hb. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. . Untuk mengelakkan aduan-aduan seperti itu pada masa akan dating peraturan-peraturan yang berikut hendaklah diikuti oleh Guru-guru Besar sebelum seseorang murid dibuang daripada sekolah. 8. Rumah Persekutuan.1 KP. 5.8543/(10) Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pendidikan PEKELILING-PEKELILING IKHTISAS LAMPIRAN 2. Y. Kementerian Pendidikan Ketua Perhubungan Awam. 9. Ruj. 3.4.6/68. Kementerian Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha.8543/(10) bertarikh 10 september 1968. viii) Murid dan juga ibu bapa/penjaga mestilah diberi amaran bertulis berkaitan dengan kesalahan atau kelakuan curang murid-murid itu dan satu borang jawapan hendaklah disertakan supaya ibu bapa/penjaga boleh memberi akuan terima atas surat amaran itu.

4. Perhatian tuan adalah ditarik kepada seksyen 7 dan 8 (b) Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib sekolah) mengenai murid yang mengambil bahagian dalam pilihanraya atau kegiatankegiatan politik.Jikalau Kelakuan murid itu tidak juga berubah selepas tempoh yang sepatutnya surat amaran yang kedua dan muktamad hendaklah dihantar kepada ibu bapa/penjaga memberitahu mereka bahawa sekiranya kelakuan murid itu tidak bertambah baik. xii) Dalam perkara-perkara yang keterlaluan di mana kesalahan atau kelakuan curang yang yang memerlukan pembuangan serta-merta tanpa diberi amaran (seperti : pemerasan. selepas memberi amaran kedua. xiv) Jika Lembaga Pengurus bersetuju untuk mengambil semula murid itu. Guru Besar hendaklah memberhentikan murid untuk sementara waktu sementara satu penyelidikan dibuat. x) Jika setelah habis tempoh sepatutnya itu. xi) Satu salinan semua amaran-amaran penggantungan atau pembuangan kepada ibu bapa/penjaga murid mestilah dikirimkan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah dan juga kepada Pengerusi Lembaga Sekolah. Guru Besar boleh memberhentikan murid itu untuk sementara waktu dalam seminggu atau dua setinggi-tingginya. dan murid itu tidak juga menjalankan perubahan dalam kelakuannya. Jikalau penyelidikan itu membenarkan supaya murid-murid itu dibuang maka ia bolehlah dibuang sekolah. ix) tt (Yap Hong Kuan) b. Pendaftar Sekolah-sekolah mestilah diberi tahu oleh Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil untuk menggantung atau membuang seorang murid kerana sebab-sebab ini.p setiausaha Tetap (bahagian Sekolah-sekolah) . xiii) Ibu bapa/penjaga hendaklah diberi tahu berkenaan dengan pembuangan murid itu supaya mereka boleh membuat rayuan kepada Lembaga Pengurus terhadap keputusan Guru Besar itu. murid itu akan dibuang tanpa sebarang amaran. Di sebaliknya jika keadaan tidak membenarkan. ugutan-ugutan dan acaman terhadap murid-murid). persetujuan Pendaftar Sekolah hendaklah diminta sebelum murid itu boleh diterima masuk semula. murid itu akan dibuang terus.

KP. Ruj. 18hb.2 KP.8/1968.Kementerian Pelajaran LAMPIRAN 2. September. 1968 Surat Pekeliling ‘Profesionalisme’ Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.8543 02(12) bertarikh 18 September 1968. Kuala Lumpur. Tatatertib di Sekolah-sekolah Tatatertib di Sekolah-sekolah .8543 02(12) Kementerian Pelajaran Malaysia. Rumah Persekutuan.

Oleh yang demikian sekolah-sekolah telah mengadakan peraturan-peraturan supaya beberapa tujuan dapat dicapai dan budi pekerti yang sepatutnya ditanamkan ke dalam sanubari murid-murid belaka. Sekolah-sekolah adalah ditubuhkan untuk perkembangan penuntut untuk menjadikan mereka warganegara yang berguna boleh menilaikan kebudayaan mengetahui nilaian-nilaian akhlak dan rohani. memahami perhubungan antara manusia. Adalah juga dikatakan bahawa beberapa murid-murid mempunyai potongan rambut yang tidak senonoh dan ini menjadikan rupa mereka tidak kemas terutama sekali apabila mereka memakai seluar-seluar ketat. Hanya tatatertib yang berat sahaja yang harus diserahkan kepada Guru Besar. Mengikut aduan-aduan itu murid-murid ini adalah datang dari sekolah-sekolah yang baik yang dikenali dari pakaian seragam serta lencana sekolah mereka. Tiap-tiap guru hendaklah dapat menyelesaikan kebanyakan dari masalahmasalah tatatertib dan perkara-perkara kecil janganlah diserahkan kepada Guru Besar oleh kerana ini akan menjadi perkara biasa. Peraturan-peraturan tatatertib dan kuasa Guru Besar adalah dinyatakan dalam Peraturan Pelajaran 1959 (Tatatertib Sekolah) dan peraturan untuk membuang murid-murid telah dihuraikan dalam M. Seseorang itu mestilah ingat bahawa seseorang murid itu ialah perseorangan yang tidak cukup matang untuk membuat sesuatu keputusan yang baik. 5. 3. xi) Menghisap rokok dan meminum minuman yang memabukan. Peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah telah dibuat untuk menjamin adanya tatatertib yang baik di sekolahsekolah. Perkara-perkara tatatertib yang berat. Perkara-perkara yang berikut adalah berat di mana pembuangan atau penggantungan sementara boleh ditimbangkan: ix) Membawa senjata-senjata yang merbahaya. xii) Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh Sekolah dan Pejabat Pelajaran. Surat pekeliling ini adalah dikeluarkan untuk mengingati Guru Besar sekolah dan Guruguru bahawa adalah merupakan salah satu dari tugas-tugas mereka untuk membantu penuntut-penuntut supaya mengetahui apakah dia tingkah laku yang baik dan tidak baik. kesihatan jasmani dan akal serta mempunyai ilmu pengetahuan sains dan bibitan-bibitannya. 4.Banyak aduan telah diterima berkenaan dengan tingkah laku murid-murid dan di antaranya didapati menghisap rokok dalam perjalanan mereka balik ke rumah selepas sekolah. Tatatertib ialah sebahagian dari proses pelajaran kita dan pada amnya ditakrifkan sebagai tindakan atau peraturan yang diambil untuk menentukan supaya peraturan-peraturan dan undangundang sekolah diikuti. dengan tujuan jahat. 2.E Circular Professional 6/68. x) Mengancam penuntut-penuntut yang lain. tetapi peraturan-peraturan itu tidak ada menegaskan bahawa tatatertib itu boleh digunakan oleh semua Guru-guru dan pentadbiran-pentadbiran pada setiap waktu. 6. Oleh yang demikian. .

Pakaian Sekolah adalah satu tempat belajar dan pakaian yang dipakai hendaklah selaras dengan tujuan ini.p Setiausaha Tetap (Bahagian Sekolah-sekolah) Kementerian Pelajaran s. Rambut juga hendaklah dipotong baik. Mencuri Melawan pihak-pihak yang berkuasa. 7. Bahagian Pentadbiran. Ketua Pegawai Pelajaran.xiii) xiv) xv) xvi) Merosakkan atau membinasakan harta sekolah. . Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan. kerjasama dari Guru Besar serta Guru-guru adalah diminta supaya penuntut-penuntut mempunyai budi pekerti. Bahagian Kewangan. Sekolah-sekolah dapat menolong murid-murid untuk memperkembangan sifat-sifat diri yang baik. Bahagian Sekolah-sekolah. Bahagian Biasiswa dan Latihan. Semua Negeri.Dengan membimbing tingkah laku dan pakaian yang patut di pakai di dalam bilik darjah. yang berguna seumur hidup.k. akhlak dan ketaatsetiaan yang baik. Hendaklah diambil perhatian bahawa penggantungan sementara tidak boleh melebihi dari 10 hari. tt (Yap Hong Kuan) b. Menjadi ahli dalam Pertubuhan-pertubuhan Haram. Memandangkan kepada perkara-perkara diatas.

8548/8(75) bertarikh 5 September 1975.KP. Tuan. September. 2. Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di tiap-tiap buah sekolah namun begitu Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini. 01-34 5hb. Bahagian Peperiksaan. Sekolah dalam peranannya sebagai ibu bapa kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungjawab untuk melindungi murid-murid dari aktiviti . Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Disiplin-Murid-murid Menghisap Rokok Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara menghisap rokok telah berlaku di kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di negara ini. Kuala Lumpur. Bahagian Jemaah Nazir. Bahagian Pelajaran Teknik.6A/1975 Ruj.Bahagian Latihan Guru-guru. Semua Pengarah-pengarah Pelajaran Negeri/Guru-guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk ini dari sekolah-sekolah. Semua Negeri Semenanjung Malaysia.6 KP.Tambahan pula adalah didapati penghisapan dadah adalah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan. Rumah Persekutuan.8548/8(75) Kementerian Pelajaran Malaysia. 1975 Pengarah Pelajaran Negeri. LAMPIRAN 2. Langkah-langkah i) Guru-guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan disekolah bahawa penghisap rokok adalah dilarang untuk murid-murid sekolah kerana sebab-sebab kesihatan. Sabah/Sarawak.

Guru panduan dikehendaki menyimpan rekod-rekod sulit mengenai kejadian seperti ini dan rekod itu mungkin akan digunakan oleh Kementerian Pelajaran. 6/1975 adalah dibatalkan. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu Sumua Guru Besar sekolah mengenai kandungan surat pekeliling ini drngan segera. (e) Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu bahawa kerjasamanya boleh didapati bagi mempengaruhi murid itu berhentikan merokok. 4. Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan statistik dan penyelidikan. iii) Guru-guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan murid-murid yang merokok. Saya yang menurut perintah. (f) Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk perundingan(counceling) dan nasihat.yang akan merosakkan individu-individu dan membahayakan institusi itu.Semua murid-murid mestilah diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi. 3. Selepas tempoh pengampunan selama seminggu itu sesiapa yang didapati merokok akan menghadapi tindakan disiplin. iv) Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah berikut hendaklah diambil:(d) Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil. Nota : Dengan ini Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. Perbezaan di antara Bil.6/1975 dan Bil 6A/1975 adalah dalam ceraian 2(i). tt (KUM BOO) . ii) Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (period of grace) selama seminggu akan diberi kepada muridmurid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu.

B.p. Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y. Menteri Pelajaran.k. :http://www. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Timbalan Ketua Setiausaha. Bhg. Ketua Pengarah Pelajaran. PUSAT BANDAR DAMANSARA.moe.Bahagian Sekolah-sekolah. PARAS 7.my 50604 KUALA LUMPUR. b. Ketua Setiausaha Kementerian.gov. Menteri. Dato’/Tuan/Puan.XVll(8) 19 Julai 2001 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.B. BLOK J. Telefon: 03-2586900 Fax : 03-2535150 Laman Web . Setiausaha Sulit kepada Y. Ketua Setiausaha Kementeria Pelajaran s. PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA. KP(BS)8591/Jld.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emosi yang didorong oleh pelbagai sebab. Profil yang mengandungi maklumat murid seperti gambar murid. Dalam menanganinya. Walaupun secara umum diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kejadian dengan perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah. namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua yang membabitkan murid sekolah. sama ada ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah.Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah. Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid yang kemas kini. hobi.8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah Kes jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini . Sehubungan dengan itu. 2. butiran peribadi dan keluarga.3 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah Sistem rekod murid yang sedia ada (Kad 01 & 02) perlu dilihat semula. kita tidak kekurangan pendapat dan saranan. Sistem tambahan boleh dicipta sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik. Kaedah sebegini adalah bertujuan supaya guru-guru mengenali murid dan keluarganya dengan lebih dekat lagi. PPB/PPD. sekolah diminta supaya memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan disekolah masing-masing. Sekolah hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan .langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. prestasi akademik. Semua rekod disiplin dan profil murid hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan sosial yang hebat. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi pendidikan. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah. rekod disiplin. sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah. murid bergaduh dan bertumbuk di perhimpunan sekolah. sama ada di dalam mahupun di luar sekolah. Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan terhadap murid berkenaan. pilihan kerjaya dan kemahiran social hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa. emosi. minat. Ringkasnya. sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. Profil ini hendaklah dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid. Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid. iaitu di JPN. Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah (PPB/PPD). namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah. semua Pengetua dan Guru Besar supaya mengambil langkah. 2. dan sekolah.

Semua guru perlu diberikan pendedahan tentang cara mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam kelas masing-masing. Pemantauan Pengurusan Kaunseling Di Sekolah Sekolah hendaklah memastikan guru kaunseling sentiasa mempunyai maklumat yang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan.7 . Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraan antara guru-guru dengan ibu bapa. Dalam masa yang sama. sekolah juga harus menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak mereka dengan guru dari masa ke masa. Selain daripada itu. semua guru mesti mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan terkawal. 2.4 Pemantapan Pengurusan Disiplin Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan murid. sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah. Guru sewajarnya membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada Guru Kaunseling atau Kaunselor sekolah supaya murid-murid sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam hati sanubari mereka. Dengan wujudnya kemesraan ini maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan olehmurid dapat dihindar dan dibendung.profil murid dalam tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu. Sekolah dengan kerjasama dan permuafakatan Persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) hendaklah merangka program “Lawatan ke Rumah” (Home Visit) bagi membolehkan guru-guru lebih mengenali latar belakang murid dan keluarganya.6 2. Guru Besar atau Pengetua boleh secara pentadbiran mengurangkan bilangan waktu mengajar Ketua guru Disiplin supaya mereka mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan laporan atau profil yang lengkap mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar diambil untuk memulihkan murid berkenaan.5 2. Sekolah Penyayang Konsep “Sekolah Penyayang” yang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dan murid. 2. Guru-guru kelas terutamanya. murid dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi. Murid-murid berkenaan perlu diberikan khidmat nasihat sehingga keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya. boleh memainkan peranan yang penting sebagai guru disiplin bagi kumpulan muridmurid di kelasnya. Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri mereka.

ibu bapa juga harus diminta supaya memberikan kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak mereka. Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan. alatan sukan dan permainan serta tingkah laku yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh guruguru.Pendidikan Keselamatan diri boleh dilakukan melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab Pencegahan Jenayah. Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa. Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan menjaga keselamatan sewaktu pendidikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. bahan kimia. ibu bapa tidak menjemput seperti biasa. Sekolah dan Masyarakat Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. Dalam hal yang sama. Bahaya penggunaan alatan elektrik. Melalui aktiviti kelab-kelab ini. iaitu ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan mengikut amalan biasa seperti tertinggal bas. Jabatan atau agensi 2. Sekolah perlu mewujudkan programprogram permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah. 2. Dalam hal ini pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid. Sekolah Selamat (Safe School) Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi keutamaan dalam pengurusan sekolah. Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta memaklumkan kepada murid-murid nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan. atau apa jua sistem yang boleh mengundang bahaya di sekolah. Pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik. Masyarakat sekitar seperti pihak polis. ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep “school-Home-Community Partnership’. Pembimbing Rakan sebaya. sistem bekalan gas.9 . tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi. Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). system pendawaian elektrik. malah memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang luar biasa kepada pihak sekolah atau guru kaunseling supaya tindakan pembetulan dapat dibincangkan secara muafakat. Jawatankuasa Kemajuan Kampung(JKK) dan Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada pelajar dan penduduk setempat.8 Permuafakatan Ibu Bapa. penyebaran maklumat berkaitan dengan kemalangan/jenayah hendaklah disampaikan dan dibincangkan untuk difahami oleh murid-murid. Skim Lencana Anti dadah (SLAD) dan Badan-badan Beruniform yang lain.

Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas.yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat. kakitangan dan murid-murid di sekolah. dan segala peralatan yang ada di sekolah.Bhg.Bhg. Sehubungan dengan itu. Sekian. Penjagaan serta penyelenggaraan yang baik terhadap segala kemudahan ini akan menjamin persekitaran yang selamat di sekolah. Y. rakan sebaya serta orang lain. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” tt DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia . Dato’/Tuan/Puan untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih. Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah serta semua Pengetua dan Guru Besar sekolah yang berada di bawah pentadbiran Y. 3. harta benda. Pengetua/Guru Besar dan guru-guru mesti selalu mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri. Konsep “Sekolah Selamat” (Safe School) hanya dapat dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku yang boleh menghindarkan bahaya terhadap diri sendiri. Polis Diraja Malaysia dan sebagainya hendaklah dihubungi untuk peperiksaan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awal kerosakan atau kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru. Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk memaklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri.

Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. 7.B.B. 1. Kementerian Pendidikan . Kementerian Pendidikan Ketua Perhubungan Awan. 3. 5.s. Dato’ Hon Choon Kim Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y.B. 4. 2.k. Y. Kementerian Pendidikan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan Ketua Jemaah Nazir Sekolah. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parlimen. 9. 6. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Y. 10. 8.