You are on page 1of 1

Halaman Empat

BH PILIH L4 21 emel

BERITA HARIAN Rabu, 21 November 2007

Bersama Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor

PEDOMAN EJAAN JAWI

PEDOMAN BAHASA Bersama Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Perlambangan Vokal E-Taling

Ayat Songsang dalam Bahasa Melayu


belum memutuskan perkara tersebut sehingga kini. Satu perkara yang perlu disedari sewaktu menyongsangkan ayat ialah seluruh predikat boleh dibawa ke hadapan, atau sebahagiannya sahaja. Dalam ayat Nakal sungguh / anak bongsu Ali, seluruh predikat telah dibawa ke hadapan ayat. Dalam ayat Semalam mereka tiba di sini, yang berasal daripada ayat, Mereka tiba di sini semalam, bahagian yang dibawa ke hadapan hanya unsur keterangan waktu, iaitu semalam; bahagian lain predikat, iaitu tiba di sini kekal di bahagian belakang ayat. Lazimnya ayat-ayat pendek atau sederhana panjang disongsangkan kerana lebih berkesan. Ayat yang terlalu panjang jarang disongsangkan, kecuali ayat majmuk pancangan keterangan dan ayat majmuk komplemen frasa nama subjek. Contoh ayat majmuk pancangan keterangan ialah Walaupun badannya kurang sihat, Encik Ismail masih pergi ke pejabat, yang berasal daripada ayat bersusunan biasa iaitu, Encik Ismail masih pergi ke pejabat walaupun badannya kurang sihat. Contoh ayat majmuk komplemen frasa nama subjek ialah Bahawa rancangan itu gagal / tidak benar, yang apabila disongsangkan menjadi, Tidak benar / bahawa rancangan itu gagal. Ayat yang berbentuk aktif transitif, jika pendek, boleh disongsangkan. Contohnya, Ibu membeli ikan tenggiri di pasar. Ayat songsangannya ialah, Membeli ikan tenggiri di pasar / ibu (seluruh predikat dikedepankan) atau Membeli ikan tenggiri, ibu, di pasar (sebahagian sahaja predikat dikedepankan). Walau bagaimanapun, bagi ayat berbentuk ayat aktif transitif agak panjang, lebih sesuai dipasifkan. Sebagai contoh, Rombongan pelancong dari negara Jepun itu mendaki gunung yang tinggi di utara Kedah. Kurang sedap jika ayat ini di songsangkan menjadi, Mendaki gunung yang tinggi di utara Kedah rombongan pelancong dari negara Jepun itu. Lebih sedap jika dipasifkan menjadi Gunung yang tinggi di utara Kedah didaki oleh rombongan pelancong dari negera Jepun. Demikian juga bagi ayat majmuk komplemen frasa nama objek, seperti Ibu bapa memaklumkan bahawa cadangan sekolah itu amat baik. Betul jika dipasifkan menjadi Bahawa cadangan sekolah itu amat baik dimaklumkan oleh ibu bapa. Ayat tersebut tidak tepat jika disongsangkan menjadi, Bahawa cadangan sekolah itu amat baik ibu bapa memaklumkan. Demikianlah huraian ringkas tentang binaan ayat songsang dalam bahasa Melayu. Tujuan menggunakan ayat songsang adalah untuk memberikan penegasan kepada bahagian-bahagian ayat yang hendak ditegaskan. Jikalau binaan ayat songsang hendak dijadikan soalan di dalam ujian atau peperiksaan, sila tentukan ayat yang diberikan itu dapat disongsangkan dengan baik oleh calon dan jangan menggunakan ayat yang terlalu panjang.

alam pengejaan tulisan Jawi, vokal [e] pepet tidak dilambangkan dengan apa-apa huruf kecuali dengan huruf alif sekiranya hadir di awal perkataan dan huruf ya sekiranya hadir di akhir perkataan. Lain pula dengan vokal [] taling. Dalam ejaan Jawi, vokal [] taling dilambangkan dengan dua cara iaitu: i. Vokal ini dilambangkan dengan huruf alif-ya apabila vokal ini hadir di awal kata. Contohnya:

Ejaan Rumi

Ejaan Jawi

edar elok ejek empayar emporium enak engsel estet evolusi


ii. Vokal [] taling dilambangkan dengan huruf ya [ ] apabila hadir pada suku kata terbuka atau tertutup di tengah atau di akhir kata. Contohnya:

Ejaan Rumi

Ejaan Jawi

becak cerek kelok leceh selekeh sendeng sepak tauge tempe


Latihan Tulis semula ayat berikut ke dalam tulisan Jawi. 1. Tidak elok berpakaian selekeh. 2. Mengedar dadah boleh membawa ke tali gantung. 3. Tempe goreng enak dicecah dengan sambal kicap. 4. Sayur tauge boleh didapati di gerai tersebut. Jawapan

alah satu aspek yang sering ditanya dalam ceramah bahasa ialah ayat songsang. Banyak orang kurang jelas tentang binaan ayat songsang dan penggunaannya dalam ayat. Dari segi binaannya, ayat songsang ialah ayat yang susunannya bertentangan dengan susunan ayat biasa. Susunan biasa ialah subjek mendahului predikat, seperti contoh, Anak bongsu Ali / nakal sungguh. Ayat ini dapat disongsangkan dengan menukar kedudukan subjek-predikatnya, Nakal sungguh / anak bongsu Ali. Sebab utama ayat disongsangkan adalah kerana hendak memberikan penekanan yang berbeza. Dalam ayat bersusunan biasa, yang dipentingkan ialah subjek. Dalam ayat, Anak bongsu Ali nakal sungguh, yang dipentingkan ialah anak bongsu Ali. Tetapi jikalau aspek kenakalan anak itu yang hendak diberi tekanan, maka predikatnya dikedepankan, menjadi Nakal sungguh anak bongsu Ali. Perlu diingatkan bahawa ayat pasif merupakan satu jenis ayat songsang. Ayat pasif berasal daripada ayat aktif transitif, yang terhasil melalui perubahan kedudukan subjek dalam objek asal. Sebagai contoh daripada ayat aktif, Anita belum membaca buku itu, lahir ayat pasif, Buku itu belum dibaca oleh Anita. Dalam ayat aktif ini, yang dipentingkan ialah Anita, iaitu subjek ayat. Apabila dipasifkan, objek asal (buku itu) menjadi subjek ayat pasif, yang kini mendapat tekanan. Contoh di atas merupakan ayat pasif dengan orang ketiga. Contoh ayat pasif dengan orang pertama ialah, Karangan itu / telah saya siapkan, yang berasal daripada ayat aktif transitif Saya / telah menyiapkan karangan itu. Contoh ayat pasif dengan orang kedua pula ialah, Perkara tersebut / belum awak putuskan sehingga kini, yang berasal daripada Awak /

GLOSARI TEKNOLOGI ANGKASA


kapsul kecemasan (escape capsule) Kapsul yang digunakan untuk tujuan kecemasan oleh angkasawan. misil udara ke udara (air-to-air missile) Misil yang dilancarkan dari satu pesawat ke pesawat yang lain semasa di udara. orbit pusing-lunar (circumulunar orbit) Orbit bagi pengembaraan mengelilingi bulan dan pulang ke bumi. pemantul ledakan (blast deflector) Pemantul yang membalikkan ledakan supaya roket dapat dilancarkan pada kedudukan menegak. sut luar kenderaan bergerak (extra-vehicular mobility unit) Pakaian angkasawan di luar pesawat semasa berada di angkasa. tapak altitude-azimut (altitude azimuth mount) Tapak teleskop astronomi atau antena stesen bumi yang menggunakan sistem horizon untuk menjejakkan jasad di angkasa. tekanan kabin (cabin pressure) Tekanan atmosfera yang dikekalkan di dalam kabin pesawat.
Oleh Hendun Ibrahim

KOSA KATA BAHARU (PERUBATAN)


perentak jantung alat elektronik yang dipasang pada jantung utk memperkuat, menga wal dan mengatur denyutan jantung yang lemah. reput fros kemusnahan tisu, terutamanya tisu pada jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pada suhu sejuk beku (seperti yang pernah dialami oleh pendaki gunung). trombosis pembekuan darah di dalam jantung atau pembuluh darah sehingga boleh menyebabkan kematian. somnambulis orang yang berjalan semasa dalam keadaan tidur. toksemia (toksmia) keracunan darah, terutamanya yang disebabkan oleh toksin bakteria. spasmodik berkaitan dengan atau disebabkan oleh kekejangan otot: asma spasmodik
Oleh Zaiton Nasir

BAHASA SUKUAN

Vusak

usak ialah kosa kata suku kaum Kadazandusun yang bermaksud bunga. Kata Vusak diucapkan dalam dua suku kata vu-sak. Contoh penggunaannya: Emak sedang menanam pelbagai jenis vusak di laman rumah.
Oleh Noorzanani Kata

KATA KLASIK

Sinda

akrif: hamba istana, pekerja istana, orang istana. Contoh ayat: Seketika bersemayam bangsawan muda, Hidangan diangkat dayang dan sinda, Lalulah santap Madhi yang syahda, Serta dengan paduka adinda.
Oleh Wahyunah Abd. Gani

You might also like