P. 1
PENGENALAN KHSR

PENGENALAN KHSR

4.56

|Views: 1,709|Likes:
Published by ubaidulllah
fail ini mungkin berguna bagi guru pelatih major kh....
fail ini mungkin berguna bagi guru pelatih major kh....

More info:

Published by: ubaidulllah on Jan 18, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF or read online from Scribd
See more
See less

04/02/2013

pdf

original

PENGENALAN KHSR

OLEH

UBAIDULLAH BIN MOHAMAD 2RBT4

DEFINISI KURIKULUM
Perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Latin “curriculum” yang bermaksud ruang tempat dimana pembelajaran berlaku (Mok Soon Sang,2007). Dari perkatan latin iaitu “currere” membawa maksud laluan, jejak, siri atau episod. Dari definisi tersebut, kurikulum adalah peluang bagi memperoleh dan menambah ilmu pengetahuan dan secara tidak langsung memperkembangkan potensi diri. Selain itu ia juga boleh diertikan sebagai peringkat-peringkat atau aras kesukaran pembelajaran yang dilalui oleh para pelajar dalam proses pembelajaran mereka.

menurut Kliebard (1982). kurikulum dalam perbendaharaan pendidikan bahasa Inggeris sebagai ‘jurusan pengajian yang diikuti di sekolah. Definisi daripada Kamus Dwibahasa(1992) juga memberi maksud yang hampir sama dengan makna dari bahasa Inggeris, perkataan “kurikulum” diertikan sebagai bidang pelajaran di sekolah.

William B. Ragan (Modern Elementary Curriculum, 1960) mengatakan kurikulum merangkumi segala pengalaman yang sebenar dalam hidup nyata. Ini menunjukkan bahawa isi kandungan kurikulum itu haruslah merangkumi segala pengalaman kehidupan pelajar. Walau bagaimanapun, pengalaman yang terkandung dalam sesuatu kurikulum itu mestilah dipilih dengan teliti untuk memastikan

D. Tawner & L. Tanner (Curriculum Development Teory into Practice, 1975) menyatakan kurikulum adalah mempunyai organisasi pengalaman pembelajaran (Planned Learning Experience). Pengalaman yang dimaksudkan adalah pengalaman yang mempunyai nilai praktik dan sesuai dengan perkembangan pelajar. Posner(1995), mendefinasikan kurikulum sebagai satu dokumentasi mengenai hasil pembelajaran, silibus, kerangka kursus, keseluruhan kursus atau program dan pengalaman terancang

Defi nisi-d efin is i k urikulu m y ang berasaskan ra ncangan d i p eri ngkat

sekolah Kerr J.K(1968) mendefinisikan kurikulum sebagai semua pelajaran yang dirancangkan dan dibimbing oleh sekolah, sama ada dilaksanakan secara individu atau kelompok, baik didalam atau di luar sekolah. Hirst (1975) kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktivitiaktiviti pembelajaran&disusun oleh guru untuk membolehkan muridmurid mencapai objektif yang ditentukan.

Nicholls S. H. dan Nicholls A (1978) mentakrifkan kurikulum sebagai semua kesempatan pembelajaran yang dirancangkan oleh guru-guru untuk murid-murid sekolahnya. Daripada definisi-definisi tersebut, boleh disimpulkan disini guru merupakan perlaksana kurikulum dan juga sebagai perancang pembelajaran pelajar-pelajar mereka.

Itu terdapat juga pakar-pakar pendidikan mentakrif kurikulum berasaskan kepada rancangan bidang

pendidikan B. O. Smith, W. D. Stanley dan J. H. Shores dalam buku Fundamentals of Curriculum Development (1957) mentakrifkan kurikulum sebagai pengalamanpengalaman yang dirancangkan dan ditawarkan kepada murid-murid di bawah bimbingan sekolah. J. G. Saylor dan W. M Alexander dalam buku Planning Curriculum for Schools (1974) mentakrifkan kurikulum sebagai rancangan yang menyediakan semua peluang pembelajaran dengan tujuan

kurikulum berasaskan kepada objektif yang ditentukan Tyler (1950) mentafsir kurikulum sebagai

pelajaran yang dirancang, dikelola dan dilaksanakan oleh sekolah berdasarkan objektif yang ditentukan. Beliau juga berpendapat sesuatu kurikulum yang lengkap harus mengandungi perkaraperkara berikut:  Matlamat pendidikan yang harus dicapai oleh negara atau sekolah.  Isi pelajaran dipilih untuk mencapai objektif yang ditentukan.  Metodologi digunakan untuk menyusun dan melaksanakan pengalamanpengalaman pembelajaran supaya

G. A. Beauchamp, Curriculum Theory (1968) berpendapat kurikulum harus mengandungi empat bahagian iaitu:  Pernyataan tujuan-tujuan pendidikan berasaskan aspirasi masyarakat yang hendak dicapai melalui sekolah.  Objektif-objektif dan organisasi isi kandungan untuk setiap mata pelajaran.  Panduan penggunaan kurikulum untuk guru-guru (sukatan pelajaran)  Skema penilaian untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pencapaian objektif dan matlamatnya.

Menurut A. S. Robinson(1971) , kurikulum harus mengandungi matlamat, objektif, isi kandungan, proses, sumber dan cara penilaian semua pengalaman pembelajaran yang telah dirancangkan untuk murid-murid di dalam dan di luar sekolah, seperti lawatan, latihan amali dan aktiviti kokurikulum.

KONSEP DAN JENIS KURIKULUM

Konsep adalah konsepsi pengertian atau pendapat yg terbentuk dlm fikiran mengenai sesuatu, tanggapan, gagasan, idea. (kamus DBP). Dari sudut kurikulum, ia boleh diertikan sebagai definisi-definisi yang dikeluarkan oleh pakar-pakar pendidikan atau kurikulum

Melibatkan guru, murid, kaedah atau teknik pengajaran dan kandungan pembelajaran, subjek, ataupun silibus. Dari perspektif pengalaman, sesuatu kurikulum itu haruslah merangkumi segala pengalaman kehidupan yang lepas dan kemudiannya digunakan pada masa sekarang.

Terdapat banyak penulisan Inggeris yang mengkonsepkan kurikulum sebagai istilah pendidikan

kurikulum sebagai pengalaman, dimana kurikulum merupakan semua pengalaman yang dirancang oleh pihak sekolah. (Neagley & Evans, 1967) pengalaman tersebut diutarakan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang ditetapkan terlebih dahulu menurut kadar keupayaan masingmasing dengan keadaan yang paling

kurikulum sebagai usaha, terdapat dua definisi yang menerangkan kurikulum sebagi usaha iaitu: usaha menyeluruh yang dirancang oleh pihak sekolah untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditentukan(Inlow,1966) Menyampaikan prinsip dan unsur utama sesuatu usul pendidikan dalam keadaan yang terbuka kepada penelitian kritis dan boleh

kurikulum sebagai objektif . kurikulum adalah tidak berkaitan dengan apa-apa yang dilakukan oleh murid dalam situasi pembelajaran. Ia menitikberatkan keputusan perlakuan dan bukan perkara yang dilakukan Mengikut Johnson, 1967. Ia menghuraikan keputusan proses pembelajaran yang dijangka akan tercapai melalui pengajaran.

kurikulum sebagai isi mata pelajaran . Kurikulum ialah dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang akan diajar disusun dengan pelbagai kaedah mengikut tahap dan pengalaman pelajar. Walaupun disusun melalui berbagai-bagai cara, namun isi mata pelajaran merupakan teras kurikulum (Beauchamp, 1968).

kurikulum sebagai pembinaan insan. Kurikulum ialah pengetahuan dan pengalaman yang dibina semula oleh pelajar Kurikulum mengaitkan proses pembinaan semula pengetahuan dan pengalaman pelajar dengan kebolehan pelajar membaiki kawalan tehadap pengetahuan dan pengalaman sendiri (Tanner & Tanner, 1986)

kurikulum sebagai unsur kebudayaan. Kurikulum ialah pilihan daripada berbagai-bagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri sejagat, nilai am dan aspek khusus sesuatu budaya (Burtonwood, 1986)

JENIS KURIKULUM
Kurikulum Rasmi  Kurikulum ini merupakan kurikulum yang terdapat atau terkandung dalam dokumen rasmi. Kurikulum ini juga dikenali sebagai kurikulum formal. Dokumen rasmi yang dimaksudkan ialah dokumen atau sukatan pelajaran yang diterima oleh guru untuk dijadikan sebagai panduan untuk membuat persediaan ringkasan mengajar, meracang aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta sebagai panduan penilaian. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai panduan asas

Kurikulum Operasi  Kurikulum ini juga dikenali sebagai kurikulum pengajaran (teaching curriculum) atau kurikulum praktik (practical curriculum). Kurikulum ini merupakan kurikulum yang digunakan dalam bilik darjah. Dimana guru melaksanakan apa yang terkandung di dalam kurikulum rasmi di dalam kelasnya.

Kurikulum Tersembunyi  Kurikulum ini juga dikenali sebagai kurikulum tersirat atau tersisip.Kurikulum tersembunyi ialah kurikulum diajar oleh guru semasa di dalam bilik darjah tetapi perkara yang diajar tersebut tidak terkandung di dalam kurikulum rasmi. Ianya meliputi segala bentuk pengalaman yang dilalui dan dipelajari oleh pelajar secara tidak formal, seperti penerapan nilai murni, peniruan tingkah laku guru, nilai murni dalam mata pelajaran,

SAMBUNGAN..

. P. W. Jakson, Life in Classroom, berpendapat kurikulum tersembunyi boleh diperolehi melalui pengaruh-pengaruh daripada ciri aktiviti kumpulan dalam bilik darjah, sistem ganjaran dan sruktur kewibawaan Mengikut beliau, isi kandungan kurikulum tersembunyi merujuk kepada bagaimana pelajar dapat mempelajari semangat hidup berkumpulan daripda penilaian guru untuk membentuk tingkah laku, sikap, pandangan dan nilai kemasyarakatan dan daripada organisasi sekolah dan perhubungan interpersonal untuk

Kurikulum Nol  Kurikulum ini ialah subjek yang tidak di ajar di sekolah. Sebagai contoh apabila pelajar yang mengambil matapelajaran atau subjek yang tidak diajarkan disekolahnya seperti prinsip akuan. Pelajar tersebut perlu berusaha sendiri. pihak sekolah juga harus mencari jalan alternatif untuk membantu pelajar tersebut sama ada dengan meminta guru yang sedia ada dan mempunyai pengetahuan atau kemahiran yang diperlukan untuk mengajar atau pun dengan meminta bantuan dari sekolah yang ada

Ko-kurikulum  Kurikulum ini merupakan kurikulum pengalaman terancang di luar bilik darjah. (Mok Soon Sang,2007), kokurikulum juga dikenali sebagai kurikulum tambahan ( extra curriculum) atau pendidikan untuk waktu lapang (education for leisure) atau aktiviti kelas tambahan (extraclass aktivites). Kokurikulum merupakan sebhagian daripada kurikulum formal dan ia merangkumi

KURIKULUM DAN PENDIDIKAN

Kurikulum dan pendidikan adalah sesuatu yang sentiasa berkait rapat di antara satu sama lain, saling memerlukan dan masing-masing mempunyai peranan yang penting dalam proses kemajuan dan pembangunan Negara dan sesuatu tamadun kurikulum adalah perancang pendidikan dimana ia menentukan bentuk, subjek atau kandungan

Pendidikan secara umumnya merupakan suatu bidang yang luas ruang lingkupnya dan mencakupi bidang kurikulum, kaunseling, penilaian, pengurusan dan intruksi (Beauchamp, 1968). Pendidikan berlaku sejak manusia itu baru sahaja melangkah masuk kedunia iaitu dari bayi sehinggalah mereka meninggalkan alam dunia iaitu kematian.

Secara kesimpulannya, kurikulum merupakan perancang kepada pendidikan dan pendidikan pula sebagai perlaksana atau medium untuk menjayakan sesuatu kurikulum yang telah dibentuk. Atau dengan bahasa yang lebih mudah, sekiranya kurikulum yang dirancang dan dilaksanakan itu berkesan dan berjaya, maka berjayalah pendidikan disesebuah negara tersebut

LATAR BELAKANG FALSAFAH DAN LIPUTAN KURIKULUM

Perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Setiap orang membina falsafah dengan membuat spekulasi dan menaakul berbagai-bagai aspek kehidupan yang berkait rapat dengannya (frost, 1955). Dengan kata lain, falsafah yang dibina itu berdasarkan kepada pengalaman dan juga

Ahli falsafah sebaliknya membina falsafah dengan merumuskan struktur kewarasan yang teratur dan tertib berlandaskan kepada rangka logik yang sekata untuk menghasilkan huraian tentang manusia, persektaran setempat dan persekitaran sejagat Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktii kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam

Terdapat beberapa jenis rumusan yang berkaitan dengan Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di negara kita. Dan rumusan –rumusan kurikulum tersebut logik alam ghaib, logik alam semesta, falsafah berdasarkan Islam dan logik alam Melayu

Logik Alam Rohani  alam rohani ini boleh ditemui di dalam sistem kepercayaan agama yang berbagai di dunia ini sama ada agama Islam mahupun bukan Islam. Logik Alam Idea  ditemui oleh Plato  Plato mengusulkan bahawa idea wujud dalam wilayah alam ghaib secara mutlak dan tidak terikat pada deria

Falsafah berdasarkan Logik Alam Ghaib

Sambungan…

Falsafah idealisme menerima huraian Plato dan menekankan penelitian terhadap idea abstrak berungsi untuk mendapatkan idea yang benar dan sempurna tentang manusia dan persekitarannya (Selman, 1962). Secara kesimpulannya, kurikulum itu mestilah meliputi pembelajaran yang banya memerlukan pelajar untuk menerokai alam idea mereka masingmasing bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah-masalah harian atau rutin mereka. Selain itu , ia juga

Falsafah berdasarkan kepada Logik Alam Semesta Terbahagi kepada 2 iaitu:  Logik Alam Semesta Statik  Logik Alam Semesta Dinamik

Logik Alam Semesta Statik

Diusulkan oleh Isaac Newton yang merumuskan penyeluruhan prinsip gerakan alam semesta melalui rumus matematik. Rumus ini meyimpulkan hujah bahawa alam semesta merupakan sebuah mesin besar yang beroperasi menurut prinsip mekanik atau hukum alam. Terdapat dua jenis falsafah yang berasaskan logik alam semesta statik:

Logik Athies menegaskan bahawa hukum alam ialah kebenaran yang tidak terdaya diubah oleh manusia. Oleh itu, segala kebaikan hanya diperoleh sekiranya tunduk dan patuh kepada hukum alam. Logik ketuhanan menegaskan bahawa tuhan mencipta alam semesta dan membiarkannya beroperasi mengikut hukum alam yang telah ditentukan-Nya. Oleh itu, takdir merupakan penentu kepada

Logik Alam Semesta Dinamik

Muncul pada kurun ke-19 daripada idea Chavalier de Lamarch (ahli zoologi), Thomas Robert Malthus ( ahli ekonomi) dan Charles Darwin (ahli sains alam semulajadi). Mereka telah mengusulkan bahawa antara benda benda wujud pergelutan untuk hidup dan penyesuian dengan persekitaran. Manusia perlu meneruskan hidup dengan mengikut perubahan alam yang telah ditentukan oleh hukum alam. Alam mengukuhkan trait tertentu; hingga

Falsafah Berdasarkan Islam

Islam muncul pada akhir zaman apabila Nabi Muhammad s.a.w menerima al-din lalu diutus oleh Allah menjadi rasul sekalian alam dan seterusnya menamatkan zaman tersebut Terdapat dua jenis: Falsafah Islam Perspektif liberal-sederhana Melayu

Falsafah Islam

Falsafah islam ialah falsafah yang dibina dengan logik berdasarkan Islam. Falsafah ini menghuraikan ontologi kenyataan itisari yang Maha Esa, Mutlak dan Kekal dengan kenyataan maujud, relatif, ciptaan, berbilang dan fana. Kenyataan mutlak wujud sendirinya dengan kenyataan relatif bergantung kewujudan kepadanya menjadikan

Falsafah Islam menghuraikan tentang yang Haq (kebenaran yang mutlak) dan juga yang Batil relatif (semua yang dicipta olehNya). Kebenaran mutlak diketahui melalui dua cabang ilmu iaitu ilmu fardhu kifayah dan juga ilmu fardhu ain. Dari segi pendidikan, falsafah Islam menekankan perkembangan seimbang diri individu dari segi rohani, intelek emosi dan fizikal (Qutb, 1984;Rahman & Zakaria, 1988;Hasan, 1986) yang membawa kepada individu beriman,berilmu, berakhlak, bertaqwa dan beramal soleh

Kesimpulannya, kurikulum itu mestilah meliputi pendidikan tauhid, intelek, akhlak, aqidah, emosi, estetik da jasmani yang digabungkan atau disatukan bersama ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

Perspektif liberal-sederhana Melayu

Perspektif liberal-sederhana Melayu ialah pendekatan logik yang dianuti oleh sesetengah orang Melayu yang arif mengintergrasikan falsafah Islam dan sufisme sebagai asas untuk menghuraikan ontologi, epistemologi dan aksiologi. (Mohd. Daud Hamzah, 1993 Epistemologi perspektif ini memperakukan kebenaran mutlak (Haq) dan penampilan kebenaran relatif (batil) yang diketahui melaui jalan tarekat (jalan untuk mengenal Allah) dan syariat menerusi proses pengetahuan hati, rasa, ilham, mimpi, intuisi dan berbagai-bagai pemerhatian

Apa yang dapat disimpulkan disini ialah, kurikulum di Malaysia khasnya bagi pendidikan teknik dan vokasional di dalam ruang lingkup Kemahiran Hidup perlu mengambil kira tentang kesesuaian budaya dan hukum hakam yang berkait dengan agama rasmi negara iaitu agama Islam.

Falsafah berdasarkan Logik Alam Manusia  Aksiologi logik alam manusia mengusulkan kebagusan yang bersifat relative yang terdiri daripada kesan pengalaman subjektif yang dinilaikan sebagai positif oleh seseorang (Mohd Daud Hamzah, 1993).  Falsafah pragmatisme ialah falsafah yang berasaskan logik alam manusia. Falsafah ini ditemui oleh Charles Sanders Pierce (1889-1914)

Ia menjelaskan bahawa manusia tidak berupaya menyerap kenyataan mutlak alam semesta kerana mereka hanya dapat mengalami perkaraperkara yang terdapat di dunia luar, iaitu menderia, menaakul, merasa dan bertindak. Segala pengetahuan yang diperoleh oleh manusia itu adalah diperoleh daripada pengalaman dan apa-apa yang diketahui oleh manusia itu hanya merupakan kenyataan yang telah ditapis oleh pengalaman

Ia mengutamakan kemahiran yang boleh mempertingkat atau memperkembangkan tahap kecerdasan. Kemahiran-kemahiran yang dimaksudkan adalah seperti kemahiran membaca, berkomunikasi, mengira, mengumpul data, menyelesaikan masalah dan sebagainya yang sentiasa memerlukan murid menggunakan tahap kecerdasan mereka secara maksimum mengikut umur dan tahap pencapaian mereka. Ia juga berpusatkan murid,

Kurikulum yang diterima di dalam pragmatisme alah kurikulum yang dapat membantu murid membina kefahaman dan penggunaan intelek bagi menyelesaikan apa-apa sahaja masalah sosial (Zais, 1976). Kurikulum di Malaysia juga menekankan aspek yang sama iaitu berpusat dan berorientasikan pelajar di mana guru sebagai fasilitator dan murid mencari sendiri cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam usaha untuk mengembang dan mempertingkatkan lagi tahap

Asas Falsafah dalam Liputan Kurikulum sekolah di Malaysia

Pendidikan di Malaysia mempunyai asas falsafah eklektisme yang menyatukan berbagai-bagai falsafah yang bersifat tradisional dan progresif (Arof & Kasa, 1987). Oleh kerana terdapat berbagai-bagai falsafah yang sentiasa menegaskan tuntutan masing-masing, maka wujud kebuntuan dalam mencari falsafah yang benar-benar sesuai untuk dijadian sebagai asas kepada

Walaupun begitu, di dalam kurikulum Kemahiran Hidup, Khasnya sekolah rendah. Adalah berdasarkan gabungan kepada beberapa jenis falsafah yang kandungannya menyokong dan mengesahkan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah di Malaysia ini. Sebagaimana yang berlaku ke atas Falsafah Pendidikan yang telah dicipta oleh Kementerian Pendidikan. Dimana ia juga telah menggabungkan beberapa jenis falsafah yang telah dkaji dan dilihat

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->