You are on page 1of 22

SEKAPUR SIREH

Segala puji bagi Allah s.w.t. yang maha pemurah, berkuasa dan maha mengasihani hambanya. Dengan izin dan kurniaNya telah menganugerahkan kekuatan dan kesihatan kepada hambanya untuk menyempurnakan tugasan ini. Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga dan jutaan terima kasih kepada tutor HBML4303, Encik Khairul Azhar bin Mohd Zahari yang telah memberi bimbingan, dan tunjuk ajar sepanjang menyiapkan tugasan ini, Tidak lupa sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat terutama pihak sekolah, suami tercinta, anak-anak dan rakan seperjuangan.

Tugasan ini kelihatannya agak mudah, namun kekangan masa dan kesukaran mendapatkan bahan menjadikannya agak mencabar. Ada masanya saya kebuntuan idea untuk mengolah dan mencari sumber rujukan apatah lagi sebagai seorang pelajar

sambilan Sarjana Muda Pengajaran dan guru sepenuh masa di sekolah, saya dibebani dengan tugas dan tanggung jawab berganda untuk menguruskan masa untuk melaksanakan tugasan ini.

Akhir sekali, saya berharap tugasan ini menepati kehendak tutor dan fakulti. Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah, dan segala kekurangan adalah dari kelemahan saya sendiri. Sesesungguhnya kejayaan seseorang itu di dunia dan akhirat hanya dengan ilmunya.

ROZITA BAHARUN 70052107545200

Isi Kandungan

Bilangan Sekapur sireh Kandungan

Perkara

Halaman 1 2

1. 2.

Pendahuluan Konsep 5P ( penggabungjalinan, penyerapan, pemulihan, pengayaan dan penilaian) 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Penggabungjalinan Penyerapan Pengayaan Pemulihan Penilaian

3 5 6 8 11 12 12 13 17 18 19 19

3. 4.

Rancangan Pengajaran Harian ( RPH) Refleksi 4.1 4.2 4.3 kelemahan Kekuatan Cadangan

5. 6.

Penutup Rujukan

20 22

1.0

PENDAHULUAN

Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah kiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993). Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran. Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu, guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam penguasaan bahasa Melayu. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat (1997) menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai perancang menentukan kejayaan murid-murid mereka dalam

pengajaran dan pembelajaran; penggerak dan pendorong pengajaran dan pembelajaran; pembimbing murid; dan pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid. Seseorang guru perlulah mempunyai daya kreativiti untuk memilih, menyusun, dan mengolah aktiviti mengikut tahap dan kesesuaian murid-murid. Ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru-guru diharapkan dapat memberi penekanan kepada aktiviti yang menggalakkan murid-murid menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstektual, dan pembelajaran secara konstruktivisme dan sebagainya. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jelas menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat yang hendak dicapai

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

adalah

untuk melahirkan murid yang

berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 1983) telah menjelaskan objektif pengajaran bahasa Melayu adalah untuk membolehkan kanak-kanak bertutur dan mengeluarkan buah kiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai ketika berkomunikasi. Untuk menyediakan murid-murid yang cemerlang dan dapat

berkomunikasi dengan baik, guru perlulah merancang dan melaksanakan satu rancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh hal yang demikian, guru perlulah bijak merancang strategi pengajaran. Dalam bidang pendidikan, konsep strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Dengan perkataan lain, strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Dalam sesuatu waktu pelajaran, strategi pengajaran dan pembelajaran merangkumi pertimbangan-pertimbangan seperti penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran, pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan yang ditentukan penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran.(Abd. Aziz Abd.Talib,2000). Selain itu, pertimbangan-pertimbangan lain seperti pengagihan masa untuk setiap langkah mengajar dirancang secara optimum, penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluan untuk setiap kaedah dan teknik mengajar dan pengurusan kelas mengikut pendekatan dan strategi yang sesuai dipilih. Strategi pengajaran dan pembelajaran menegaskan kepandaian memilih, menyusan dan mengurus sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diperhatikan daripada beberapa contoh seperti strategi penggabungjalin kemahiran bahasa, misalnya pertuturan, membaca dan menulis. Selain

itu, strategi pengajaran dan pembelajaran juga boleh dilihat seperti strategi penyerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran, strategi integrasi fakta-fakta dalam berbagai-bagai mata pelajaran, strategi penggabungjalinan kaedah keseluruhan kelas dengan kaedah kumpulan dan strategi penggabungjalinan kemahiran-kemahiran pelajaran dalam kelas bercantum. Tuntasnya, pemilihan strategi haruslah berdasarkan pertimbangan teori pembelajaran, pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Penentuan dan pelaksanaan strategi yang sesuai akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan.

2.0 KONSEP 5P ( PENGGABUNGJALINAN, PENYERAPAN, PENGAYAAN DAN PENILAIAN)

PEMULIHAN,

Penggabungjalinan

Penilaian

Penyerapan

5P
Pengayaan

Pemulihan

Konsep 5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Konsep 5P ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan. Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan kepada konsep 5P ini. Konsep 5P ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar

yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir. (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. 2001).

2.1

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan boleh ditakrifkan sebagai suatu pengolahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa yang melibatkan pengajaran beberapa aspek

kemahiran bahasa yang dihimpun dan diajar serentak dan berkait rapat antara satu dengan lain dalam satu sesi pengajaran. Penggabungjalinan juga meliputi

penggabungan beberapa mata pelajaran, aktiviti, pendekatan dan media. Menurut Juriah Long (1992), strategi penggabungjalinan mempunyai beberapa tujuan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara tujuan tersebut ialah membantu muridmurid menguasai kemahiran berbahasa secara serentak. Kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid dalam mata pelajaran bahasa Malaysia ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

Strategi penggabungjalinan juga akan membantu guru untuk merangka dan membentuk sebuah sesi pengajaran yang lebih menarik dan efektif kerana guru mempunyai kebebasan untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Antara kaedah dan teknik yang boleh diguna pakai oleh guru ialah kaedah terus, kaedah oral-aural, kaedah linguistik, teknik permainan bahasa, teknik main peranan, teknik sumbangsaran dan sebagainya. Sebelum mengaplikasikan strategi penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru perlu memahami dan mematuhi prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya. Prinsip utama strategi penggabungjalinan ialah, ia mestilah bersifat boleh ubah dan perlu selaras dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Seterusnya, guru perlu tahu dan menetapkan jumlah kemahiran yang ingin digabungjalinkan dalam sesebuah pengajaran. Guru perlu menggabungjalinkan

sekurang-kurangnya dua kemahiran dalam sesebuah pengajaran. Guru juga mestilah

merancang kemahiran fokus dan kemahiran sampingan dengan baik. Prinsip terakhir ialah, penggabungjalinan yang ingin dilakukan oleh guru perlu diseimbangkan dengan kebolehan, pencapaian dan keperluan murid-muridnya. Strategi penggabungjalinan mempunyai tiga bentuk. Bentuk-bentuk tersebut ialah: a. Penggabungjalinan Kemahiran Terdapat tiga kemahiran utama dalam pengajaran bahasa Malaysia yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Kemahiran-kemahiran tersebut ialah kemahiran lisan, membaca dan menulis. Dalam sesebuah pengajaran yang menggunakan strategi penggabunjalinan, guru perlu menggabunjalinkan sekurang-kurangnya dua

kemahiran tersebut dalam pengajarannya.

Ini bermakna murid-murid akan

memperoleh dan menguasai dua atau lebih kemahiran dalam masa yang sama.

Kemahiran tersebut boleh dibahagikan kepada fokus utama dan fokus sampingan. Selain daripada kemahiran-kemahiran bahasa, guru juga boleh menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran daripada mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran bahasa Malaysia. Kemahiran-kemahiran tersebut seperti Muzik, Pendidikan Seni, Sains, Sastera dan sebagainya boleh digunakan oleh guru ketika menyampaikan pengajarannya. Aktiviti-aktiviti seperti nyanyian, pergerakan, melukis, mendeklamasikan sajak, lakonan dan sebagainya boleh membantu merangsang minat murid untuk melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. b. Penggabungjalinan Aktiviti Guru boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian pengajarannya. Aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan perlu merangkumi aspek-aspek seperti lisan, bacaan dan tulisan. Penggabungjalinan aktiviti perlu dirancang dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik, misalnya aktiviti membaca disusuli dengan mengesan isi-isi utama, kemudian membuat ulasan dan seterusnya menulis ulasan dalam buku

latihan. Aktiviti lisan seperti perbincangan boleh digabungjalinkan dengan aktiviti membaca, iaitu memahami sesuatu isu yang dibincangkan dan diikuti oleh aktiviti penulisan berdasarkan isu yang telah dibincangkan. c. Penggabungjalinan Bahan Penggabungjalinan bahan pula memberikan tumpuan kepada bahan-bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajarannya di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan tulis, gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid. Bahan-bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Guru perlu merancang agar bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan, pengalaman dan tahap pencapaian murid. Bahan-bahan tersebut boleh

digabungjalinkan mengikut keperluan masa dan mempunyai pertalian dan urutan yang baik. Misalnya keratan akhbar yang memuatkan isu-isu semasa boleh digabungjalinkan dengan bahan lisan, iaitu murid-murid boleh membuat ulasan, perbincangan dan sebagainya terhadap bahan tersebut.

2.2

Penyerapan

Penyerapan merupakan proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, kemahiran berfikir, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin dalam pelbagai mata pelajaran. Penyerapan dianggap penting dalam pengajaran untuk tujuan memantapkan lagi penguasaan pembelajaran pelajar. Melalui penyerapan pengajaran sepatutnya

mampu dikaitkan dengan unsur-unsur nilai tambah yang ditekankan di dalam kurikulum. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malayisia (BM),

matlamatnya tidak hanya menekankan penguasaan bahasa semata-mata, tetapi meliputi pembinaan diri pelajar.

2.2.1 Tujuan penyerapan dijalankan adalah untuk :

a. Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui aktiviti yang dijalankan; b. Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan; c. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati; d. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu; e. Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan f. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati. g. Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan

perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks; h. Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri; dan i. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat.

2.2.2 Terdapat lima unsur penyerapan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu iaitu: a. Ilmu Pengetahuan. i. Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata pelajaran lain. ii. Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak. iii. Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.

iv. Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.

b.

Nilai murni. Nilai murni boleh diserapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas. Kadang kala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan kerja projek. Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik, berakhlak mulia , berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain.

c.

Kewarganegaraan Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa Melayu

mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara. a. Peraturan sosio-budaya. Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan

falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia. e. Kemahiran Bernilai Tambah. Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dalam dunia sebenar pelajar. Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran

10

berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai.

2.3

Pengayaan

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam bidang tertentu. Pengayaan mengandungi unsurunsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari, kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

11

2.4

Pemulihan

Pemulihan merupakan program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya berfungsi secara normal seperti murid yang sebaya dengannya dapat diatasi. Pemulihan merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid menghadapi masalah pembelajaran di sekolah-sekolah. Kegiatan pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh yang pendek dan ditujukan khusus untuk mengatasi kelemahan murid. Menurut Abd.Aziz (2000), murid-murid pemulihan perlu diberikan pengajaran pemulihan yang sesuai supaya jurang antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan.

Murid

yang memerlukan pemulihan ialah murid yang dikatakan kurang

bernasib baik dan menghadapi masalah pembelajaran iaitu murid yang memperlihatkan pencapaian yang tidak memuaskan dalam pelajaran. Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkatperingkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

2.5

Penilaian

Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi. Menurut Koh Boh Boon (1989), dalam KBSR, penilaian merupakan satu proses untuk menguji, mengukur dan membuat

12

pertimbangan mengenai kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid bedasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu penilaian mengesan penguasaan, penilaian mengesan kemajuan dan penilaian mengesan pencapaian. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan, dan setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi seseorang murid.

3.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( RPH ) TAHUN LIMA : Bahasa Melayu : 5 Zuhal : 32 orang : 4 : Alam Sekitar : Manusia Prihatin Bumi Terpelihara : 18 Jun 2012 : 60 minit : Pada akhir pembelajaran, murid dapat: i. Membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. ii. Menyatakan 5 isi penting secara berlakunya pencemaran dan kesannya. lisan sebab-sebab

Mata pelajaran Tahun Bilangan Murid Unit Tema Tajuk Tarikh Masa Objektif

iii. Murid dapat menulis karangan pendek tentang kepentingan menjaga alam sekitar

13

Hasil Pembelajaran : 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonansi dan nada yang sesuai. Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami den didengar dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonansi yang betul dan memahami petikan yang dibaca. Aras 2 (ii) Menjelaskan isi-isi penting yang terdapat dalam teks. 8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara. Aras 1 (i) Membina ayat topik yang jelas tentang sesuatu isi. Aras 1 (ii) Menyatakan dan menghuraikan isi utama dengan menggunakan ayat yang gramatis. Kemahiran Bahasa Sistem Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar. : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan dan intonansi. : Bahasa Melayu, kebersihan, kesihatan : Menghayati, menghormati dan menghargai alam sekitar.

Ilmu Nilai

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir Kemahiran Belajar : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan mengkategori. : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.

Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan emosi. Pengetahuan Sedia Ada : i. ii. iii. BBB Murid pernah melihat kempen mencintai alam sekitar di televisyen. Murid terlibat secara langsung dalam kegiatan gotong-royong di rumah atau di sekolah. Murid sendiri pernah membuang sampah merata-rata.

: Video lagu Atuk Oh Atuk, Power point, gambar.LCD

14

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran: ( Konstektual) i. ii. iii. iv. Murid bercerita tentang keadaan kawasan tempat tinggal mereka. Murid menyatakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di kawasan tempat tinggal mereka. Murid membaca petikan tentang Pencemaran Alam Sekitar. Murid menyenaraikan perkara penting yang terdapat dalam teks.

Langkah

Isi Pelajaran

Set Induksi 5 minit

Video dari You Tube Atuk Oh Atuk

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Guru menayangkan video bertemakan pencemaran alam sekitar. Murid menghayati lirik lagu serta paparan video Guru bersoaljawab tentang video yang ditonton. Soalan : Apakah yang kamu dapat lihat daripada video tersebut? Apakah yang akan berlaku sekiranya kita tidak menjaga alam sekitar? Namakan jenis-jenis pencemaran yang kamu lihat/ tahu. Guru menayangkan slaid powerpoint Murid diminta mengelik pautan yang disediakan dan membaca petikan yang tersedia dengan kuat dan intonasi yang betul. Murid-murid lain diminta mendengar dan turut membaca secara senyap.

Catatan KB: inferens, Menghubungkait, BBB : Video dari You Tube, LCD, laptop. Nilai : kebersihan, Cintai alam sekitar Ilmu : Kajian Tempatan, PSK

Langkah 1 10 minit

Tayangan slaid Powerpoint Menyenarai isi-isi penting

KB: mengumpul maklumat, Menjana idea Ilmu : PSK SB: Sebutan intonasi

Tatabahasa : ayat topic dan ayat majmuk

KBT : Intrapersonal

15

Guru meminta murid menyenaraikan lima isi penting yang terdapat dalam petikan.

BBB: buku latihan

Langkah 2 10 minit

Perbincangan Kumpulan Mengenal pasti dan menyenarai isi-isi penting. Menulis ayat topik

Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan. Setiap kumpulan diberi tugasan yang berbeza. Kumpulan 1 menyenarai dan melukis / membuat lakaran jenis-jenis pencemaran

Tatabahasa : ayat topik dan ayat majmuk Nilai : bekerjasama Sayangi alam, bertanggungjawab bersyukur BBB: kertas sebak, marker pen

KBT :Visual ruang

Langkah 3 10 minit Pembentangan kumpulan

Ilmu : Kumpulan 2 sebab-sebab Kajian Tempatan, Pendidikan Islam berlakunya pencemaran Kumpulan 3- kesan-kesan pencemaran Kumpulan 4 langkah/ usaha mengatasi. membentangkan hasil perbincangan. Kumpulan lain bertanyakan soalan Kumpulan yang berjaya membentangkan dengan baik, diberi ganjaran KBT : intrapersonal. Interpersonal Nilai : bekerjasama, keberanian.

Langkah 4 20 minit

Latihan - menulis karangan Aktiviti

guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk

KB : menjana idea, menghubungkaitkan, membuat inferens.

16

Pengayaan: Menulis karangan pendek berdasarkan tajuk yang diberi. Aktiviti Pemulihan: Melengkapkan petikan yang diberikan dengan mengisi tempat kosong.

pengajaran pada hari tersebut. guru memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek tentang kesan-kesan pencemaran dan langkahlangkah mengatasinya. guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan. Kumpulan ini diminta mengisi tempat kosong dengan perkataan dan frasa yang sesuai.

BCB : mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. KP : Intrapersonal,interpersonal, visual, verbal-linguistik.

Nilai : bekerjasama, menghargai, BBB : buku latihan, Lembaran latihan untuk kumpulan pemulihan.

Penutup 5 minit

Membuat rumusan Menanyakan nilainilai murni yang dipelajari Menyanyikan lagu Atuk Oh Atuk

Menyatakan nilai- nilai murni Menyanyi kan lagu mengikut lirik yang tertera di video

BBB : LCD, Laptop, Lirik lagu.

4.0

REFLEKSI

Refleksi merupakan proses merenung, menganalisis masalah, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri. Penerapan refleksi dalam amalan pengajaran berupaya mempertingkatkan keberkesanan guru bahasa Melayu untuk menilai dan memperbaiki proses pengajaran. Seseorang guru bahasa Melayu perlu mengamalkan refleksi dengan secara bijak dan saksama dalam apa jua situasi yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Aktif dan sentiasa berhati-hati dalam segala tindak tanduknya, tidak mudah putus asa dan bosan dengan masalah yang dihadapi, berjiwa kental dan tabah lagi cekal serta tidak pernah kenal rasa jemu untuk mengatasi semua

17

masalah yang mendatanginya terutama permasalahan yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Refleksi perlu ditulis selepas selesai satu-satu sesi pengajaran dan

pembelajaran dan tujuan utama adalah untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan hasil pengajaran seseorang guru dan berusaha memperbaikinya pada pengajaran dan pembelajaran akan datang. Selain itu tujuan menulis refleksi adalah untuk : I. II. III. IV. V. Mengetahui sama ada PnP pada hari tersebut berjaya atau tidak. Adakah mencapai objektif? Berapa yang capai? Berapa yang tidak dapat mencapai objektif? Apa tindakan guru kepada murid yang tidak dapat mencapai objektif tersebut

Berdasarkan rancangan pengajaran harian (RPH) yang dihasilkan, beberapa kelemahan dan kekuatan dikenal pasti yang berkaitan dengan strategi

penggabungjalinan yang digunakan.

4.1

Kelemahan

i.

Kaedah penyoalan guru yang kurang jelas terutama ketika induksi set. Ketika guru bertanyakan soalan untuk menguji kemahiran lisan murid, soalan yang dikemukakan oleh guru terlalu umum. Murid dijangka akan memberi pelbagai jawapan apabila guru bertanya apakah yang mereka lihat di dalam video tersebut.

ii.

Pembahagian murid seramai 32 orang kepada empat kumpulan, iaitu satu kumpulan 8 orang dilihat terlalu ramai. Dibimbangi, terdapat murid yang tidak memainkan peranan atau mengambil bahagian kerana terlalu ramai.

18

4.2

Kekuatan

i.

Gambarajah dan animasi video mengenai pencemaran alam dan lagu yang sesuai dengan kanak-kanak menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan. Penggunaan video dan lagu Bangau Oh Bangau yang ditukarkan liriknya berjaya menarik perhatian murid.

ii.

Guru

mengaplikasikan

kesemua

unsur

penggabungjalinan aktiviti

iaitu dan

penggabungjalinan

kemahiran,

penggabungjalinan

penggabungjalinan bahan. iii. Di dalam penggabungjalinan kemahiran, terdapat penggabungjalinan kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Selain itu, terdapat juga penggabungjalinan mata pelajaran lain iaitu kemahiran muzik dan Kemahiran Pendidikan Seni. iv. Guru juga menggabungkan pelbagai aktiviti seperti soal jawab, bacaan kuat, perbincangan dalam kumpulan, pembentangan kumpulan, menulis karangan dan nyanyian

4.3

Cadangan

i.

Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan. Guru perlu berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian murid agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi video mengenai pencemaran alam dan lagu yang sinonim dengan kanak-kanak menjadikan suasana pembelajaran akan lebih menyeronokkan.

v.

Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan murid secara menyeluruh. Guru sepatutnya membahagikan murid-murid kepada beberapa buah kumpulan yang lebih kecil bilangannya agar semua murid akan terlibat secara langsung.

19

vi.

Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar.

vii.

Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

viii.

Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar mengenai topik pencemaran alam.

ix.

Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut, bukan dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan.

5.0

PENUTUP

Tugas seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan isi pengajaran secara berkesan, tetapi dalam masa yang sama juga berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa murid-murid. Guru adalah pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa hadapan. Oleh itu, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni. Penggabungjalinan merupakan strategi pengajaran yang mampu untuk menghasilkan sebuah sesi pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti.

Guru perlu mempertimbangkan kemahiran-kemahiran, unsur-unsur daripada mata pelajaran lain, serta bahan-bahan yang sesuai untuk digabungjalin dalam sesebuah

20

pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu bahan pengajaran yang disampaikan akan menjadikan murid-murid memahaminya dan boleh dimanfaatkan dalam kehidupannya (Omardin Ashaari, 1999). Strategi yang menggabungjalinkan kemahiran, bahan dan aktiviti dapat digunakan oleh guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memperkaya, memperjelas dan menimbulkan keseronokan dalam mempelajari subjek bahasa Malaysia. Strategi penggabungjalinan membolehkan murid-murid melihat perkaitan di antara disiplin diri. Isi-isi pelajaran yang dipelajari oleh murid-murid tidak terpisah dan dengan itu proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah, luas dan bermakna bagi diri mereka. Hasil daripada gabungan yang mantap di antara proses penggabungjalinan dan kemahiran seorang guru mengolah isi pelajaran dengan bantuan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, maka terhasillah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan objektif yang telah disasarkan oleh guru akan dapat dicapai. Hanya guru yang mempunyai komitmen, iltizam dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta mempunyai akhlak, budi pekerti dan tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Ia juga akan berjaya menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan sempurna dan efektif. Seorang guru bahasa Melayu yang reflektif adalah merupakan individu yang sentiasa berusaha mencari maklumat dan pengetahuan bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul, komited dan sentiasa berasa bertanggungjawab dalam memikirkan sesuatu masalah itu dengan lebih mendalam dan terperinci. Sering memikirkan kebaikan bukan sahaja bermanfaat untuk dirinya malahan untuk orang lain terutama pelajarnya supaya mereka mendapat faedah yang terbaik. Sentiasa bersikap scepticism (satu sifat ragu-ragu terhadap teori dan amalan yang digunapakai) dan berfikir secara kritikal terhadap teori amalannya serta bersikap terbuka untuk menerima idea-idea baru dan menyesuaikannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

21

RUJUKAN Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip, Kaedah dan Teknik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian Melayu I. Petaling Jaya: Longman. Faridah Nazir. (2010). Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Open University Malaysia. Juriah Long, et al. (1992). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Kamarudin Haji Husin, et al. (1998). Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (1983). Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Koh Boh Boon. (1989). Perspektif-perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marohaini Yusoff. (1999). Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mook Soon Sang, Lee Shok Mee. (1986). Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Tahap I. Siri Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Heineman Malaysia Sdn. Bhd Nik Safiah Karim et. al. (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Omardin Ashaari. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

22

You might also like