You are on page 1of 2

Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran Tahun Jumlah Murid Masa Tajuk Objektif : Matematik : 3 Bestari : 16 / 16 orang : 1 jam

: Menambah Duit Hingga RM100 : Pada Akhir P & P murid akan dapat menambah duit sehingga RM100 menggunakan bentuk lazim dengan betul. Masa 5 minit Langkah 1. Set Induksi Huraian 1. Guru menunjukkan video situasi seorang yang sedang membeli di sebuah kedai runcit. (slide show MS PowerPoint) 2. Guru memilih murid secara rawak dan bertanya kepada tentang situasi tersebut. 3. Murid akan memberi respon tentang situasi itu. 4. Guru seterusnya akan menerangkan situasi dalam video tersebut tentang kaitan dengan tajuk yang akan di ajar. 5. Guru akan menekankan objektif pembelajaran ialah menambah duit sehingga RM100.

15 minit

2. Penerangan

1. Guru menerangkan cara penambahan dalam bentuk lazim dengan menggunakan LCD melalui slide show MS PowerPoint. 2. Guru menerangkan 5 contoh cara penambahan dalam bentuk lazim. 3. Guru bertanya kepada murid untuk memastikan semua murid dapat memahami penerangan tersebut.

20 minit

3. Aktiviti Berkumpulan

1. Murid akan di bahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang. 2. Setiap kumpulan akan menyelesaikan 10 soalan dan masa yang di peruntukan adalah 10 minit sahaja.

3. Soalan akan di beri dalam bentuk 2D iaitu gambar duit kertas dan duit syiling. 4. Murid akan menyelasaikan penambahan berdasarkan gambarah tersebut dalam bentuk lazim. 5. Setiap kumpulan akan membentangkan jawapan masing-masing dan guru sebagai penilai. Jika berlaku kesalahan setiap kumpulan harus membuat pembetulan. 6. Kumpulan yang berjaya menjawab soalan dengan betul dan pantas akan di kira sebagai pemenang.

15 minit

4. Akitiviti Individu (latihan)

1. Murid akan di berikan 15 soalan dalam bentuk lembaran kerja dan di selesaikan dalam masa 15 minit. 2. Guru akan memerhati dan membantu jika ada sebarang pertanyaan daripada murid-murid. 3. Lembaran kerja tersebut mesti dihantar dalam masa 15 minit untuk penilaian.

5 minit

5. Penutup

1. Guru akan memilih 3 orang murid secara rawak untuk bertanya berkenaan pembelajaran yang telah mereka pelajari pada hari ini.(rumusan) 2. Guru akan membantu murid dalam membuat rumusan tersebut.

Refleksi

Semua murid dapat menambah duit sehingga RM100 menggunakan bentuk lazim dengan betul dan murid sangat berminat dalam pembelajaran melalui bahan multi media.

You might also like