You are on page 1of 30

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT _________________________________________________________________________ KOD KURSUS /COURSE CODE : HBAE1403 TAJUK

KURSUS /COURSE TITLE : MENGGAMBAR SEMESTER /SEMESTER : MEI/MAY 2011 _________________________________________________________________________ ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS
1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. / This assignment contains only ONE (1) question that is set con in the language of the printed module for the course. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. / Answer in Malay or English. MyVL 3. Muatturunkan templet tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan anda menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. / Download the language version of the assignment template concerned from the MyVLE for preparation and submission of your assignment. Your assignment should be typed ission using 12 point Times New Roman font and 1.5 line spacing. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan hujung menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. / Your assignment should be anda between 2500 to 3000 words excluding references. The number of words should be shown at the end of your assignment. Do not copy the assignment question and questi instructions to your answer. yVLE. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ON-LINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal untuk arahan mengenai prosedur menghantar tugasan anda secara online. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan diserahkan sendiri. / You must submit your assignment ON-LINE via the MyVLE. Refer to the portal for instructions on the procedures to submit your assignment on line. You are advised to on-line. keep a copy of your submitted assignment for personal reference. ref 6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. / You can submit your assignment ONCE only in a SINGLE file. 7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 28 Jun 2011 hingga 10 Julai 2011. Serahan selepas 10 Julai 2011 TIDAK akan diterima. / Your assignment must be submitted between 28 June 2011 and 10 July 2011. Submission after 10 July 2011 will NOT be accepted. klah 8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri / a sendiri. Your assignment should be prepared individually. You should not copy another persons hould assignment. You should also not plagiarise another persons work as your own. per own

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION

Catan adalah proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan.

Pilih DUA

jenishasil karya pelukis terkenal yang menggunakan cat air dan cat minyak. Berdasarkan kepada karya tersebut bincangkan dan huraikan perkara-perkara berikut:

a. b.
c.

Bincangkan faktor-faktor utama yang menentukan kualiti karya tersebut. Teknik kedua-dua warna yang menimbulkan keunikan kepada karya yang dipilih. Hasilkan apresiasi seni untuk kedua-dua hasil karya yang anda pilih.

(Jumlah : 30 markah) PENILAIAN / EVALUATION Tugasan ini akan menyumbangkan 30 % daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik / Skema Jawapan. / This assignment accounts for 30 % of the total marks for the course and shall be assessed based on the Rubrics / Answer Scheme. Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula / You would be given feedback of the assignment before the Final Semester Examination commences. PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH / PLAGIARISM : MARKS DEDUCTION Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: / Warning : The submitted assignment will automatically undergo a similarity check. If plagiarism is detected, marks would be deducted as follows: Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperolehi. Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 30 % : Markah sifar akan diberikan. Assignments with 10 - 30 % overlap with others : 20% deduction from the total marks scored. Assignments with more than 30% overlap with others : Zero mark would be given

MUKA SURAT TAMAT / END OF PAGE

LAMPIRAN / ATTACHMENT RUBRIK TUGASAN / ASSIGNMENT RUBRICS HBAE1403 MAY2011

KOD KURSUS / COURSE CODE :

SEMESTER / SEMESTER :

Kriteria

Lemah

Menepati Sebahagian Piawai

Menepati Piawai

Melebihi Piawai

Markah Penuh

Markah/ Wajaran Pengenalan

1.25

1 Tiada sebarang pengenalan dan tidak membincangkan maksud dan sejarah catan secara kreatif dan terperinci. Karya yang dipilih juga umum.

2 Pengenalan yang sederhana dan tidak membincangkan secara kreatif maksud catan dan perbezaan antara cat air dan cat minyak. Persembahan karya pilihan juga hanya sederhana.

3 Pengenalan yang menarik, membincangkan tentang catan, membincangkan mengenai cat minyak dan cat air dan membuat pilihan dua catan tokoh pelukis Malaysia.

Isi Kandungan

2.5

Tiada perbincangan mengenai berikut: a) faktor-faktor berkenaan penentuan kualiti. b) gaya setiap karya. c) huraian dan contoh yang kurang bersesuaian untuk kedua-dua karya yang dipilih.

Tiada perbincangan secara terperinci tentang: a) faktorfaktor berkenaan persamaan dan perbezaan b) perbincangan mengenai teknik agak mendatar. c) huraian dan contoh yang sederhana untuk kedua-dua karya yang dipilih.

Membincangkan faktor-faktor berkenaan teknik dan gaya kedua-dua catan berserta dengan huraian. Memberikan contoh-contoh yang tepat dan bersesuaian bagi apresiasi kedua-dua karya

4 Pengenalan yang menarik, membincangkan dengan jelas maksud catan dengan memberi penjelasan terperinci mengenai sejarah dan perkembangan catan secara kreatif. Memilih dua catan tokoh pelukis Malaysia. Membincangkan secara terperinci tentang faktor-faktor yang menentukan kualiti berkenaan teknik, persamaan dan perbezaan(keunikan) kedua-dua jenis catan berserta dengan huraian. Memberikan contoh-contoh yang tepat dan bersesuaian berdasarkan karya pilihan dalam menghasilkan apresiasi kedua-dua karya.

10

Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian)

Faktor-faktor penentuan kualiti, teknik penghasilan karya tidak dijelaskan dengan baik. Tiada maklumat sokongan bagi proses membuat apresiasi.

1.25

Kesimpulan

Faktor-faktor persamaan dan perbezaan dijelaskan secara terperinci dan disertakan dengan sekurang-kurangnya tiga maklumat sokongan yang terperinci. Konsep apresiasi jelas dan tepat. Kesimpulan yang kukuh dan menjawab persoalan tugasan.

Kesimpulan yang tidak jelas dan tidak menjawab persoalan tugasan.

Faktor-faktor keunikan dan teknik penghasilan dijelaskan dengan sederhana namun konsep apresiasi tidak disertakan dengan maklumat sokongan yang tepat dan masih memerlukan penerangan. Kesimpulan yang boleh diterima tetapi tidak menjawab persoalan tugasan. Faktor-faktor yang menentukan kualiti dan teknik yang digunakan dijelaskan dengan terperinci. Konsep apresiasi dibincangkan dan disertakan dengan maklumat sokongan yang umum. Kesimpulan yang boleh diterima. Ia menjawab persoalan tugasan dengan baik.

Organisasi

Kebanyakan keterangan tidak disusun mengikut logik dan penulisan kurang bermakna. Beberapa keterangan tidak disusun mengikut logik dan cara penulisan tidak menarik. Isi bercampur aduk dalam hasil kerja. Keterangan disusun mengikut logik tetapi cara ia ditulis kurang menarik dan kurang kreatif dalam membuat susunan penerangan. Jumlah Markah

Fakta disusun mengikut logik dan ditulis secara berkesan dan amat menarik. Disertakan bahan grafik dan kreatif dalam menghasilkan persembahan.

30

HBAE 1403

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (KOHOT 3)


SEMESTER MEI 2011

HBAE 1403: MENGGAMBAR

HBAE 1403

ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan

MUKA SURAT

3 4

2.0 Catan 2.1 2.2 2.3 2.4 Cat Air Cat Poster Cat Tempera Cat Minyak

5 5 6 6 7 7 8 9 10 11 12 13 14 15 17 17 19 21 23

3.0 Teknik Catan 3.1 Teknik Basah Atas Kering 3.2 Teknik Basah Atas Basah 3.3 Teknik Kering Atas Kering 3.4 Teknik Kecatan 4.0 Biodata Ringkas Pelukis 4.1 Hasil Karya daripada Cat Air 4.2 Hasil Karya daripada Cat Minyak 5.0 Faktor Utama Menentukan Kualiti karya 6.0 Teknik kedua-dua warna yang menimbulkan keunikan pada Karya 7.0 Apresiasi Seni 7.1 Aprsiasi Seni Karya Cat Air 7.2 Aprsiasi Seni Karya Cat Minyak 8.0 Kesimpulan Rujukan

HBAE 1403

1.0

PENGENALAN Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus. Lukisan

menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual. Lukisan juga boleh isan menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia. Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia. Lukisan awal telah ditemui di dinding dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak. Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjad hasil buruan menjadi untuk makanan mereka pada zaman dulu dulu.

Lukisan gua di Gua Tambun

HBAE 1403

2.0

CATAN Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau

cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan karya seni abstrak dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

Lukisan cat air Yong Mun Sen -Untitled, 1953, Watercolour on paper, 48.5 x 62.5 cm Catan juga adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Bahan-bahan pewarna seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik adalah warna-warna yang dapat membantu seseorang pelukis menghasilkan catan. Catan yang bersifat 2 dimensi biasanya diwarna di atas permukaan berbagai jenis kertas, kain atau kanvas.Dalam proses mencatan aspek yang paling penting ialah memahami berbagai jenis warna dan cara-cara mewarna kerana ia
4

HBAE 1403

memerlukan kemahiran mewarna dengan betul. Tujuannya ialah untuk menghasilkan catan yang menarik. 2.1 Cat Air Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan bersaiz antara 1 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

Cat air 2.2 Cat Poster Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis cartridge yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

HBAE 1403

Cat Poster 2.3 Cat Tempera Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yang sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.

Cat Tempera 2.4 Cat Minyak Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, .Bahan yang digunakan ialah pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

HBAE 1403

Cat Minyak

Contoh lukisan cat minyak 3.0 Teknik Catan Penggunaan alat, media, bahan dan teknik dalam menghasilkan catan adalah sangat penting dan perlu dititik beratkan semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual dijalankan. Ia dapat menentukan jenis dan kualiti sesuatu catan yang akan dihasilkan. Terdapat berbagai jenis alatan dan bahan untuk mewarna di pasaran sekarang. Sebelum membeli peralatan warna yang terdapat di pasaran dan bahan-bahan lain yang hendak digunakan semasa proses pembelajaran, pastikan pilihan yang dibuat adalah tepat dan betul.

3.1

Teknik Basah Atas Kering


7

HBAE 1403

Ciri-ciri Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.

Campuran Warna Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan. Cara Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yang nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

Teknik Basah Atas Kering 3.2 Ciri-ciri Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling
8

Teknik Basah Atas Basah

HBAE 1403

sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor. Campuran warna Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan. Cara Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap.

Teknik Basah Atas Basah

3.3 Ciri-ciri

Teknik Kering Atas Kering

Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.

HBAE 1403

Campuran warna Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh. Cara Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering.

Teknik Kering Atas Kering

3.4

Teknik Kecatan

Ciri-ciri Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan. Campuran warna

10

HBAE 1403

Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak kertas. menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja. Cara Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. asah

Teknik Kecatan 4.0 Biodata Ringkas Pelukis

11

HBAE 1403

Suzlee Ibrahim merupakan antara pelukis muda yang tersohor di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai antara 10 pelukis terbaik dunia. Pelukis yang berasal dari Terengganu ini bertugas sebagai pensyarah dalam bidang seni lukis dan seni arca di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR), UiTM Shah Alam. Beliau juga merupakan tenaga pengajar bagi kursus kokurikulum seni arca di UKM. Mengembara dalam warna merupakan istilah yang paling tepat untuk bercerita tentang pelukis ekspresionis terkenal tanah air, Suzlee Ibrahim.Sejak tahun 1995, beliau dianggap sebagai pelukis yang paling konsisten dengan aliran dan gaya ini. Menerusi warna, beliau menceritakan secara visual tentang kebimbangan, keindahan, ketakutan dan sebagainya. Sapuan berus yang bersahaja dan spontan, catan tebal dan tekstur yang kasar pada permukaan kanvasnya, melambangkan suatu pergerakan idea atau perasaan beliau.Tidak dinafikan, gaya ekspresionisme oleh pelukis Jackson Pollock dan Willem de Kooning mempunyai pengaruh besar terhadap karya-karya awal Suzlee terutama dari aspek gestural dan tekstural.Selain itu, kedua-dua pelukis ternama Amerika Syarikat itu juga banyak mempengaruhinya. Beberapa karya awal Suzlee seperti Forest in Summer (2000), Drum Beat (2002), Missing You (2002) pada dasarnya masih terlihat beberapa aspek gaya Pollock mahupun de Kooning terutama dari segi catan dan sapuan berus. Namun, pada hakikatnya, beliau telah berjaya mewujudkan satu aliran ekspresionisme ala Malaysia yang mempunyai kekuatan tersendiri dalam menggambarkan pergerakan emosinya.Hasilnya, gaya ekspresionisme yang diadaptasi daripada kedua-dua pelukis itu telah diterima oleh khalayak seni tampak dunia. Buktinya, beliau telah dijemput menghadiri bengkel seni lukis dan pameran antarabangsa di Brande, Denmark dan pernah mengadakan pameran solo di City Gallery, Leicester, England. Suzlee telah mengadakan 11 pameran solo serta lebih 100 pameran berkumpulan di dalam dan luar negara sejak 1995 . Selama 20 tahun, Suzlee memberi tumpuan untuk menjadi seorang pelukis abstrak, dan usahanya pasti berhasil. Penyertaan beliau dalam seni tidak mempunyai had di negara ini tetapi beliau juga terlibat secara aktif di luar negara. Sebahagian daripada negara-negara yang Suzlee telah mempamerkan karya-karya beliau adalah United Kingdom, Amerika Syarikat, Denmark, Jerman, Perancis, Belgium, Itali, Brazil, Cuba, Sepanyol, Kanada, China, Argentina, Greece, Poland, UAE, Australia, Bangladesh dan Nepal .

12

HBAE 1403

4.1

HASIL KARYA DARIPADA CAT AIR

Pelukis Tajuk Tahun Media

: : : :

Suzlee Ibrahim S.T 2011 Cat Air atas Kanvas 91 x 91cm

Ukuran :

4.2 HASIL KARYA DARIPADA CAT MINYAK Pelukis : Suzlee Ibrahim Tajuk Tahun Media : : : FACE OF WAR 2009 Cat Minyak di atas Kanvas 91 x 91cm

Ukuran :

13

HBAE 1403

5.0

Faktor faktor utama menentukan kualiti karya faktor

karya Karya-karya yang tidak mengutamakan imej atau subjek tertentu dengan kombinasi sapuan berus yang kasar dan halus tidak banyak ditekuni oleh pelukis Malaysia dewasa ini. Ini oleh kerana tuduhan sesetengah khalayak bahawa karya abstrak ekspresionisme ini tidak menonjolkan nilai artistik sesebuah karya tampak berbanding dengan aliran realisme da surealisme. dan Meskipun begitu, banyak perubahan yang ditonjolkan dalam setia karyanya . Ia begitu ketara setiap dari aspek catan, kombinasi tekstural dan paling penting pencarian identitinya tersendiri. Pada peringkat awal pengkaryaannya, kar karya-karyanya begitu mementingkan gaya dan teknik catan tokoh-tokoh besar dalam aliran ini seperti Jackson Pollock, Willem de Kooning, tokoh Mark Rothko ataupun Franz Kline. Dalam erti kata lain, paparan karya yang banyak rk menonjolkan gejolak emosi pelukisnya yang diperlihatkan menerusi sapuan berus dan garis diperlihatkan garis-garis warna yang begitu sukar untuk ditafsirkan. Kini karya-karya Suzlee memperlihatkan karya

14

HBAE 1403

kematangan, khususnya dari aspek gaya pengkaryaannya yang semakin meninggalkan teknik dan konsep karya pelukis-pelukis besar ekspresionisme Barat itu. Tumpuan catan tidak lagi terhadap warna-warna kontras yang membawa imej ketakutan dan gejolak perasaan yang tidak menentu, sebaliknya memperlihat nada serta ritma yang harmoni dan tenteram. Oleh itu, emosi ini diperlihatkan menerusi sapuan yang agak lembut dan kurang menggunakan warna-warna kontras. Sebaliknya beliau cenderung menggunakan warna-warna seperti biru, merah, putih dan kuning dalam satu kombinasi yang menarik seperti dalam lukisan cat airnya. Selain itu, karya-karya Suzlee juga menggunakan warna-warna yang sama sekali tidak terdapat dalam karya-karya seperti kelabu dan putih. Malah dalam beberapa karya terbarunya, Suzlee menggunakan warna biru yang begitu ketara dalam pada keseluruhan kanvas dengan kombinasi beberapa warna ceria lain seperti putih dan sedikit merah dan kuning di dalam lakaran lukisan Face Of War. Karya-karya terbarunya juga sangat sedikit menggunakan warna hitam dan putih yang menjadi ciri utama karya-karyanya terdahulu. Namun, ini tidak bererti ciri-ciri khas abstrak ekspresionismenya telah hilang. Penggunaan catan yang agak berbeza ini bukan hanya mengikis pengaruh tokoh-tokoh ekspresionis Barat tetapi juga membawa konsep baru ekspresionisme yang bercitrakan seni tampak tempatan. Kemampuan mengadaptasi gaya ekspresionisme Barat ke dalam wacana seni tempatan inilah menjadikan karya-karya terbaru Suzlee begitu unik dan menarik. Dari penggunaan media akrilik dan cat minyak yang penuh dengan garisan gestural kepada brush stroke yang 'penetrate' dan jalinan yang kuat terhasil dari pelbagai eksperimen dan bahan. karya-karya beliau pernah antaranya dipamerkan di United Kingdom, Amerika Syarikat, Denmark, German, Perancis, Belgium, Itali, Brazil, Cuba, Spain, Kanada, China, Japan, Argentina, Greece, Poland, Arab Saudi, Australia, Bangladesh dan Nepal.Karya-karyanya juga kini berada dalam koleksi orang perseorangan, galeri seni atau badan-badan korporat baik di dalam mahu pun di luar Malaysia. 6.0 Teknik kedua-dua warna yang menimbulkan keunikan kepada karya

15

HBAE 1403

Jika diperhatikan dengan teliti, sesebuah karya Pelukis memerlukan masa yang agak lama untuk disiapkan. Ini dijelaskan dengan lapisan demi lapisan dan warna yang agak tebal kelihatan pada kanvas, disokong dengan palitan warna tersebut yang berubah menjadi tekstural kasar.Kesan berus yang berulang di tempat yang sama kadang-kadang diubah diatasnya dengan warna yang berlainan. Ini menunjukkan emosi pelukis sentiasa berubah mengikut waktu dan keadaan. Karya-karya beliau benar-benar menunjukkan luahan emosi pelukis abstrak ekspresionisme.Dalam konteks ini, Pelukis tidak memikirkan pembaziran warna dengan menggunakan sapuan warna yang berulang di dada kanvas yang sama. Tidak penting bagi beliau berapa lama untuk menyiap sesebuah catan. Apa yang penting untuk pelukis aliran ini ialah luahan emosi pelukis semata-mata. Tidak ada yang lebih penting dari itu. Cuma luahan emosi beliau semata diluahkan ke dada kanvas dengan palitan dan percikan warna dan jalinan di atas ruang pada kanvas.Pengolahan karya abstrak ekspresionisme terbahagi kepada dua gaya yang ketara iaitu lukisan yang meletakkan banyak ruang kosong pada kanvas. Ia mengingatkan kita kepada nama-nama seperti Mark Rothko dan Paul Newman. Karya-karya mereka juga agak ringkas dengan warna-warna yang rata atau sekata.Manakala satu gaya lagi dinamakan unsur pergerakan menerusi catan pada kanvas. Seseorang pelukis menggambarkan karya yang penuh dengan luahan emosi yang digambarkan melalui kesan berus, gestural dan percikan warna yang bersahaja seperti yang kelihatan pada lukisan Jackson Pollock dan Willem De Kooning. Sesetengah pendapat mengatakan karya-karya mereka inilah abstrak dalam erti kata sebenar. Kesan gestural dari berus yang besar dan bersahaja yang sesekali berubah menjadi kecil dan terus hilang bersama permukaan latar karya. Warnawarna yang digunakan juga warna kontras, namun diolah menjadi harmoni dengan bantuan kedudukan komposisi warna yang diletakkan di tempat tertentu.Bagaimanapun, beliau mengolah karya-karyanya dengan gaya dan cita rasa seorang pelukis tempatan dengan mesej tersendiri yang menunjukkan jatidirinya sebagai orang timur.
16

HBAE 1403

Sesetengah permukaan kanvas dibiarkan rata untuk memberikan 'ruang pernafasan' dan di suatu sudut pula penuh dengan kesan sapuan berus yang kuat dan ketara ataupun berjalinan. Tidak dinafikan pelukis sememangnya mahir dengan menghasilkan komposisi yang menarik biarpun tiada imej yang dikenali sama sekali (pure abstrak).Penyusunan warna dan jalinan pada setiap karyanya mempunyai keunikan dan keistimewaannya menjadikan setiap karyanya adalah masterpiece.Pengalaman teoritikal dan praktikal selama lebih 24 tahun di arena seni visual terlihat pada setiap karyanya.Luahan warnanya yang panas disejukkan mata memandang dengan sedikit warna hijau.Kesan berusnya bersahaja namun penuh dengan kekuatan emosi yang tersembunyi dengan komposisi warnanya seakan cool to warm.

7.0

Apresiasi Seni Apabila kita memperkatakan tentang apresiasi seni ia bermaksud penilaian atau

mempunyai kepekaan terhadap sesuatu gambaran, objek atau imej . Terdapat dua kata-kata yang dikemukakan oleh Sir Herbert Read berkaitan teori perkembangan seni . Di antaranya ialah: Art is creative self-expression dan Works of art express and communicate universal values Dari kata-kata Sir Herbert Read itu jelaslah bahawa menghargai sesuatu hasil karya seni adalah salah satu cara bagaimana seseorang itu boleh berinteraksi dengan diri sendiri dan orang lain. Selain dari itu ia dapat menyuarakan rasa hati seseorang apabila berhadapan dengan catan tersebut. Tak secara langsung nilai-nilai estetik akan wujud pada diri setiap insan dan akhirnya dapat menghargai dan menilai apa yang dilihat. Apresiasi seni melibatkan beberapa perkara: i. ii. iii. iv. v. Pengetahuan tentang tema atau tajuk yang dilukis Cara pelukis menginterpretasi gambar Alat, bahan, media yang digunakan Teknik-teknik yang digunakan Penilaia
17

HBAE 1403

7.1

Apresiasi Seni Karya Cat Air

Pelukis Tajuk Tahun Media Ukuran

: : : : :

Suzlee Ibrahim S.T 2011 Cat Air atas Kanvas 91 x 91cm

i.

Menginterpretasi gambar daripada tajuk atau tema Karya abstrak ini menggabungkan imej garisan sebagai motif penting yang mengisi komposisi dalam ruang pada dada kanvas. Menunjukkan emosi perasaan yang tenang dan damai Ada titik-titik kebimbangan dipaparkan disebalik ketenangan. Ruang kiri dan kanan diwarnakan , manakala ditengah ada sedikit ruang

ii.

Penggunaan alat, media dan bahan

Pelukis telah menggunakan peralatan seperti berus besar , cat air dan kain kanvas untuk menghasilkan catan

iii.

Teknik mewarna dan kritikan hasil seni


Terdapat beberapa hue warna, nilai, garisan, bentuk, jalinan dan ruang. Pelukis menggunakan tiga jenis hue warna iaitu perang, kuning dan merah.

18

HBAE 1403

Kontra wujud apabila terdapat unsur bertentangan iaitu dari warna terang ke gelap.

Terdapat keharmonian warna dalam hasil karya ini. Penonjolan wash atau kecairan mempunyai daya kekuatan yang unik. Kekuatan yang tersendiri ini adalah sifat wash itu sendiri yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan.

Antara sifatnya yang tidak terduga dan terjadi secara spontan itu boleh membantu kepada kekuatan nilai catan air.

Ruang yang digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu di komposisi tengah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan.

Apabila permukaan kertas yang basah di aktifkan dengan pilihan warna yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan berkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan tidak diduga. Jika dikesani elemen cahaya itu sendiri sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten.

Hasil karya ini di anggap berjaya kerana terlah dapat mengekspresi emosi. Karya tersebut jelas menunjukkan mood dan perasaan saling berinteraksi di mana subjek matter hanya memainkan peranan yang kecil sahaja.

Catan ini diolah untuk mengabadikan keindahan yang menakjubkan. Warna malap dan kelam digunakkan bagi menghidupkan suasana mistik dalam karya. Sedikit tekstura dimasukkan pada komposisi tertentu karya agar permukaan kanvas tampak pelbagai dan tidak terikat pada permukaan yang rata sahaja.

Karya beliau mempunyai warna yang menarik dengan kepelbagaian warna. Penggunaan warna terang seperti merah dan hijau menjadikan setiap karyanya sebagai titik tumpuan untuk berkomunikasi dengan khalayak.

Akhir sekali saya ingin memperkatakan Secara umumnya karya-karya Suzlee menampilkan catatan tentang gejolak emosi, pengembaraan psikologi atau sebuah ekspresi yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

7.2

Apresiasi Seni Karya Cat Minyak

19

HBAE 1403

Pelukis Tajuk Tahun Media

: : : :

Suzlee Ibrahim FACE OF WAR 2009 Cat Minyak di atas Kanvas 91 x 91cm

Ukuran :

i.

Menginterpretasi gambar daripada tajuk atau tema Karya abstrak ini menggambarkan keperitan dan kesangsaraan akibat peperangan melalui ruang kanvas. Suasana huru-hara untuk menyelamatkan nyawa dari bedilan meriam dan peluru Wajah kehancuran dan rasa dendam Palitan warna gelap yang menghantui jiwa gejala peperangan

ii.

Penggunaan alat, media dan bahan Pelukis telah menggunakan peralatan seperti berus , pisau palet, warna minyak, minyak linsid dan kain kanvas untuk menghasilkan catan cat minyak .

iii.

Teknik mewarna dan kritikan hasil seni Terdapat beberapa ton warna, nilai, garisan, bentuk, jalinan dan ruang.

20

HBAE 1403

Pelukis menggunakan tiga jenis hue warna iaitu perang, putih, biru, hijau,kuning dan merah.

Kontra wujud apabila terdapat unsur bertentangan iaitu dari warna terang ke gelap.

Terdapat keharmonian warna dalam hasil karya ini. Hasil karya ini di anggap berjaya kerana telah dapat mengekspresi emosi. Elemen-elemen rekabentuk yang ada seperti garisan, warna, rupa dan bentuk, ruang serta jalinan yang ada dan paling banyak digunapakai.

Prinsip-prinsip yang ada seperti harmoni, penegasan, imbangan, kontra, pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan serta yang paling banyak digunapakai dalam catan lukisan.

Elemen terutama garisan dan warna kali ini cuba tafsirkan sendiri simbolisme yang yang wujud dari elemen-elemen dan prinsip-prinsip ini secara asas contohnya garis kasar menunjukkan kemarahan atau garis patah-patah melambangkan kehancuran.

Garis lembut melambangkan kelembutan atau juga garis kacau bilau boleh disimbolkan kepada kesesatan dan sebagainya bergantung kepada pengalaman individu sendiri.

Prinsip-prinsip yang dihadirkan dalam lukisan seperti harmoni yang selain memberi keasyikan pada anda juga boleh merujuk kepada sesuatu perkara seperti keharmonian atau keamanan. Selain itu, prinsip kontra boleh menyekat kita dari merasa jemu melihat dan boleh juga memberi maksud kepada sifat dinamik atau aktif.

Akhir sekali saya ingin memperkatakan kita akan dapat melihat dengan jelas kekuatan pergerakan berus yang digunakan.Kesan gestural dari berus yang besar dan bersahaja yang sesekali berubah menjadi kecil dan terus hilang bersama permukaan latar karya. Warna-warna yang digunakan juga warna kontras, namun diolah menjadi harmoni dengan bantuan kedudukan komposisi warna yang diletakkan di tempat tertentu.

21

HBAE 1403

8.0

Kesimpulan Pelukis terkenal Indonesia, Raden Salleh Sjarif Bestaman (1807-1880) dalam sebuah

catatan kecilnya menulis; warna bagi seorang pelukis adalah lentera tentang dirinya.Kesimpulan mudah pendapat Raden Saleh itu ialah, bagi semua pelukis di dunia, warna, catan dan imejan pada kanvas adalah sebuah catatan visual bagi seseorang pelukis. Ia menghimpun kisah duka, rasa gembira, kekaguman dan apa sahaja yang berada di sekitarnya. Secara umumnya karyakarya Suzlee menampilkan catatan tentang gejolak emosi, pengembaraan psikologi atau sebuah ekspresi yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Jika diperhatikan dengan teliti, sesebuah karya Suzlee memerlukan masa yang agak lama untuk disiapkan. Ini dijelaskan dengan lapisan demi lapisan dan warna yang agak tebal kelihatan pada kanvas, disokong dengan palitan warna tersebut yang berubah menjadi tekstural kasar. Kesan berus yang berulang di tempat yang sama kadang-kadang diubah diatasnya dengan warna yang berlainan.Ini menunjukkan emosi pelukis sentiasa berubah mengikut waktu dan keadaan. Karya-karya beliau benar-benar menunjukkan luahan emosi pelukis abstrak ekspresionisme. Dalam konteks ini, Pelukis tidak memikirkan pembaziran warna dengan

menggunakan sapuan warna yang berulang di dada kanvas yang sama. Tidak penting bagi beliau berapa lama untuk menyiap sesebuah catan. Apa yang penting untuk pelukis aliran ini ialah luahan emosi pelukis semata-mata. Tidak ada yang lebih penting dari itu.Pendekatan dan gaya pelukis khususnya dan pelukis aliran tersebut umumnya berbeza dengan cuma luahan emosi beliau semata diluahkan ke dada kanvas dengan palitan dan percikan warna dan jalinan di atas ruang pada kanvas. Di Malaysia, seni catan mula berkembang pada awal abad ke19. Terdapat kepercayaan bahawa pengembara-pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukispelukis Negeri-Negeri Selat berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya. Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan / catan landskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke-19 apabila Seni Eropah terutama Seni Perancis

22

HBAE 1403

mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.

RUJUKAN

1. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia(2000).Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Pendidikan seni Visual.Kuala Lumpur:Dewan bahasa Dan Pustaka

2. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia(2003).Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Pendidikan seni Visual.Kuala Lumpur:Dewan bahasa Dan Pustaka 3. Tajul Ariffin Adam(2001).Sejarah Pendidikan Seni di Malaysia.Shah Alam: Universiti Teknologi Mara 4. Zakaria ali (1994).Kemalaysiaan seni Lukis Malaysia: Soal Identiti. Kuala Lumpur. Balai Seni Lukis Negara 5. Sumber internet http://suzlee99.tripod.com/id10.htm 6. Sumber internet http://www.google.com.my/images
23

HBAE 1403

7. Sumber internet http://nazerr.blogspot.com/2009/10/sejarah-catan-tempatan.html 8. Sumber internet http://ms.wikipedia.org/wiki/Seni_lukis

24

RUBRIC Type : HBAE1403 SEM MEI 2011 Category 4 Melebihi Piawai Pengenalan yang menarik, membincangkan dengan jelas maksud catan dengan memberi penjelasan terperinci mengenai sejarah dan perkembangan catan secara kreatif. Memilih dua catan tokoh pelukis Malaysia. 3 Menepati Piawai - Pengenalan yang menarik, membincangkan tentang catan, membincangkan mengenai cat minyak dan cat air dan membuat pilihan dua catan tokoh pelukis Malaysia. 2 Menepati Sebahagian Piawai Pengenalan yang sederhana dan tidak membincangkan secara kreatif maksud catan dan perbezaan antara cat air dan cat minyak. Persembahan karya pilihan juga hanya sederhana. Menepati Sebahagian Piawai - Tiada perbincangan secara terperinci tentang: a) faktor-faktor berkenaan persamaan dan perbezaan b) perbincangan mengenai teknik agak mendatar. c) huraian dan contoh yang sederhana untuk keduadua karya yang dipilih. Menepati Sebahagian Piawai - Faktorfaktor keunikan 1 Lemah - Tiada sebarang pengenalan dan tidak membincangkan maksud dan sejarah catan secara kreatif dan terperinci. Karya yang dipilih juga umum. NA 0 Weightage

Pengenalan

Isi Kandungan

Melebihi Piawai Membincangkan secara terperinci tentang faktor-faktor yang menentukan kualiti berkenaan teknik, persamaan dan perbezaan(keunikan) kedua-dua jenis catan berserta dengan huraian. Memberikan contohcontoh yang tepat dan bersesuaian berdasarkan karya pilihan dalam menghasilkan apresiasi kedua-dua karya. Melebihi Piawai Faktor-faktor persamaan dan perbezaan dijelaskan

Menepati Piawai Membincangkan faktor-faktor berkenaan teknik dan gaya kedua-dua catan berserta dengan huraian. Memberikan contoh-contoh yang tepat dan bersesuaian bagi apresiasi kedua-dua karya

Lemah - Tiada perbincangan mengenai berikut: a) faktor-faktor berkenaan penentuan kualiti. b) gaya setiap karya. c) huraian dan contoh yang kurang bersesuaian untuk keduadua karya yang dipilih.

NA

Maklumat Sokongan (Sorotan Kajian)

Menepati Piawai - Faktor-faktor yang menentukan

Lemah - Faktorfaktor penentuan kualiti, teknik

NA 2

secara terperinci dan disertakan dengan sekurang-kurangnya tiga maklumat sokongan yang terperinci. Konsep apresiasi jelas dan tepat.

kualiti dan teknik yang digunakan dijelaskan dengan terperinci. Konsep apresiasi dibincangkan dan disertakan dengan maklumat sokongan yang umum. Menepati Piawai - Kesimpulan yang boleh diterima. Ia menjawab persoalan tugasan dengan baik. Menepati Piawai - Keterangan disusun mengikut logik tetapi cara ia ditulis kurang menarik dan kurang kreatif dalam membuat susunan penerangan.

dan teknik penghasilan dijelaskan dengan sederhana namun konsep apresiasi tidak disertakan dengan maklumat sokongan yang tepat dan masih memerlukan penerangan. Menepati Sebahagian Piawai Kesimpulan yang boleh diterima tetapi tidak menjawab persoalan tugasan. Menepati Sebahagian Piawai Beberapa keterangan tidak disusun mengikut logik dan cara penulisan tidak menarik. Isi bercampur aduk dalam hasil kerja.

penghasilan karya tidak dijelaskan dengan baik. Tiada maklumat sokongan bagi proses membuat apresiasi.

Kesimpulan

Melebihi Piawai Kesimpulan yang kukuh dan menjawab persoalan tugasan.

Lemah Kesimpulan yang tidak jelas dan tidak menjawab persoalan tugasan.

NA

Organisasi

Melebihi Piawai Fakta disusun mengikut logik dan ditulis secara berkesan dan amat menarik. Disertakan bahan grafik dan kreatif dalam menghasilkan persembahan.

Lemah Kebanyakan keterangan tidak disusun mengikut logik dan penulisan kurang bermakna.

NA

0.5

OVERALL COMMENTS Keseluruhan amat baik dengan menjawab mengikut kehendak soalan.

You might also like