You are on page 1of 16

Karangan perbualan / dialog / temuramah / wawancara

Sebagai seorang wartawan , kamu dikehendaki menemu ramah seorang pelajar cemerlang di sebuah sekolah. Tuliskan temuramah kamu itu. Salam, kata sapaan perkenalkan diri i. tujuan temu ramah n untuk dimuatkan dalam majalah dan akhbar ii. ciri-ciri pelajar cemerlang n peramah, baik hati, suka menolong orang dan bertanggungjawab iii. cara belajar yang berkesan n tumpukan perhatian di bilik darjah n ulang kaji pelajaran di rumah iv. membuat jadual belajar di rumah , ikut jadual dan komited v. kejayaan yang dicapai n tempat pertama dalam peperiksaan n tokoh pelajar sekolah n wakil sekolah dalam pertandingan sukan dan bahas cita-cita jadi pelajar cemerlang hingga peringkat universiti doakan kejayaan - terima kasih

soalan 69 Andaikan anda telah membawa rakan anda ke kampung anda pada musim buahbuahan. Dalam perjalanan anda berbual-bual tentang buah-buahan tempatan. Pulang ke kampung dengan menaiki bas - dalam perjalanan berbual-bual tentang buahbuahan tempatan. a. banyak dusun buah-buahan - bilakah musim buah-buahan - semua penduduk mempunyai dusun buah-buahan - awal bulan Mei hingga akhir Julai. b. ada buah-buahan bermusim - ada yang tidak bermusim - buah tempatan lazat dan berkhasiat - buah durian digelar raja buah - buah kelapa dikenal air penawar. c. tidak menghadapi masalah pasaran - pasaran tempatan tidak mencukupi - eksport ke luar negeri seperti Jepun. Pukul 12 tengah hari - tiba di tempat yang dituju - disambut dengan gembira - bercadang ke dusun selepas makan. Soalan 70 Anda tidak dapat hadir ke sekolah kerana hujan. Anda menelefon rakan anda

untuk menumpang kereta bapanya. Tulis perbualan di antara anda dengan rakan anda. Hujan lebat - tidak dapat ke sekolah - berasa gelisah menelefon Rahman. a. mengucapkan salam - mengenalkan diri - ingin bercakap dengan Rahman - menanyakan sebab dia telefon b. hujan turun dengan lebat - tidak dapat ke sekolah - tidak baju hujan dan bas sudah berlepas - kereta bapa rosak - mengajak anda menumpang kereta bapanya. c. menunggu Rahman di rumah - tidak dapat menunggu di perhentian bas - tiada payung Rahman akan datang dengan bapanya. Mengucapkan terima kasih - tidak keberatan untuk menolongnya - sudah lama berkawan. Soalan 71 Andaikan anda Ketua Pengarang majalah sekolah. Anda dikehendaki menemuramah seorang doktor tentang " Kebersihan Punca Kesihatan " . Tulis temuramah anda. Mengucapkan selamat pagi - mengenalkan diri - menjawab ucapan - mempersilakan duduk. a. ingin menemuramah - untuk dimuatkan di dalam majalah sekolah - maksud kebersihan punca kesihatan rohani bersih - fikiran akan tenang - jasmani bersih kita akan sihat. b. b. faedahnya jika jasmani kita sihat - tenaga kita kuat - dapat melakukan kerja dengan sempurna - aspek kesihatan lain - kebersihan diri. c. orang yang menjaga kesihatan - disukai orang dipandang mulia dan dihormati kebersihan lambang kecantikan. Mengucapkan terima kasih atas kerjasamanya.

Soalan 72 Anda pergi ke kedai runcit untuk membeli barang-barang yang dipesan oleh ibu anda. Tuliskan perbualan antara nada dengan penjual di kedai runcit. a. b. c. d. mengucapkan selamat pagi meminta barang-barang yang diperlukan menanyakan harga barang-barang tersebut mengucapkan terima kasih.

Soalan 73 Andaikan anda telah melawat ke bandaraya bersejarah Melaka. Semasa lawatan tersebut anda telah berbual dengan penarik beca tentang negeri Melaka. Selamat pagi - ingin melawat tempat-tempat bersejarah - menjemput dia naik beca. a. menanyakan tempat kota A Fomosa - tarikh kota itu dibina - 1511 dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan - dibina oleh orang Portugis. b. peninggalan orang Belanda - jam besar dan Stadthyus digunakan sebagai kediaman Gabenor Belanda - kini menjadi Muzium Melaka.

b.

c. barang-barang yang ada di Muzium Melaka - tembikar Cina , pakaian tradisional Baba dan Nyonya Melaka - baju besi - topi , pedang dan sebagainya.

Mengucapkan terima kasih atas maklumat tersebut - berharap agar dia gembira semasa lawatan tersebut. Soalan 74 Anda telah menyaksikan satu kebakaran yang sungguh dahsyat di tempat tinggal anda. Kawan anda ingin tahu lebih lanjut lagi tentang kebakaran itu. Telefon kawan anda untuk menceritakan tentang peristiwa tersebut. a. b. c. d. e. f. di manakah kebakaran itu berlaku ? bilakah kebakaran itu berlaku ? apakah punca kebakaran ? ada atau tidak kehilangan harta benda atau nyawa. apakah tindakan anda di manakah mangsa kebakaran sekarang

nasihat supaya berwaspada - api semasa kecil menjadi kawan besar menjadi lawan. Anda ke kedai buku untuk membeli peralatan sekolah. Rakamkan perbualan anda dengan pekedai buku itu. Nama kamu dan pekedai - isu yang diperkatakan a) memberitahu barang-barang yang hendak dibeli - buku teks, buku kerja, pembaris, pen, pemadam, sampul buku b) bertanyakan tentang harga barang-barang tersebut c) membayar harga barangan d) memulangkan baki bayaran ucapan terima kasih

Anda terlupa membuat kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru kerana terlalu banyak aktiviti yang dilakukan pada hari itu. Akibatnya kamu dimarahi oleh guru. Tulis dialog kamu itu. Nama kamu dan guru kamu - di mana kamu berbicara dan perkara yang diperkatakan a) b) c) d) e) dimarahi oleh guru sebab tidak membuat kerja sekolah terlalu penat kerana menjalankan banyak aktiviti sekolah - terlupa nasihat guru supaya sentiasa pandai menjaga masa meminta maaf kepada guru - dimaafkan kerana kesalahan pertama berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu

ucapan terima kasih kerana memaafkan kesalahan tersebut.

Kamu tidak dapat menghadiri majlis hari jadi kawan karib kamu kerana terpaksa balik ke kampung menjenguk nenek kamu yang sakit. Tulis perbualan telefon tersebut selengkapnya. Nama kamu dan rakan kamu - ucapan selamat a) b) c) d) meminta maaf kerana tidak dapat hadir terpaksa balik ke kampung kerana nenek sakit harapan semoga bahagia menyambut hari jadi panjang usia, murah rezeki dan selamat sejahtera

berdoa semoga sihat sentiasa Anda telah pergi ke bandar dengan menaiki basikal yang baru dibeli. Ketika anda pergi membeli surat khabar, anda dapati basikal anda hilang. Tulis satu dialog antara anda dengan pihak polis ketika anda membuat laporan. Kata-kata sapaan i. tujuan kedatangan n lapor kehilangan basikal ii. ceritakan asal kejadian sehingga akhir iii. harapan agar polis berusaha mencarinya iv. janji pihak polis ucapan terima kasih Kamu dikehendaki membuat panggilan ke balai polis untuk mengadu kegiatan lumba motosikal haram di tempat kamu. Tuliskan sebuah karangan perbualan melalui telefon antara anda dengan pihak polis. Kata sapaan - perkenalkan diri i. nyatakan aduan yang hendak dibuat ii. butir-butir lengkap mengenai kegiatan yang berlaku n bila bermula, berapa orang terlibat iii. gangguan daripada kegiatan tersebut n membahayakan lalu lintas, bunyi bising ucap terima kasih kerana tindakan yang akan diambil Anda dan rakan anda sedang berbincang tentang cara-cara untuk memupuk "Semangat Muhibah dan Sikap Tolong Menolong di Kalangan Masyarakat". Tuliskan perbualan anda dan kawan anda itu. Kata sapaan i. cara-cara memupuk semangat muhibah n tolong-menolong ketika susah, contoh mendapat kemalangan

ii. ketika mengadakan kenduri-kendara iii. bertegur sapa dan ziarah menziarahi iv. menyertai kerja-kerja amal, gotong-royong rakyat aman damai dan maju Anda telah dikunjungi oleh seseorang jiran kamu yang baru berpindah di sebelah rumah kamu. Tuliskan perbualan kamu dengan jiran baru kamu itu. Kata sapaan - perkenalkan diri i. bertanyakan asal usul jiran baru ii. bertanya tempat belajar dan dalam Tahun berapa iii. mengapa berpindah di tempat yang baru iv. harapan agar belajar di sekolah yang sama gembira mendapat kawan baru Pada cuti sekolah yang lepas, kamu telah menelefon rakan kamu untuk berbualbual dengannya. Rakan kamu menceritakan pengalamannya membantu bapanya berkebun sayur. Tulis perbualan kamu melalui telefon antara anda dengan kawan anda. Ucap selamat - memperkenalkan diri ingin bercakap dengan Faizah i. lama tidak berjumpa n cuti sekolah - tolong emak jaga adik ii. menolong ayah berkebun sayur n menanam pelbagai jenis sayuran iii. baja apakah yang digunakan ? n baja asli daripada binatang ternakan n dibeli dari penternak kambing dan lembu n tidak menggunakan racun serangga n menggunakan garam untuk membunuh siput iv. tidak ada masalah pemasaran n pemborong angkut dengan lori n kadang-kadang dijual di pasar tani n pendapatan lumayan n ayah upah RM 3.00 sehari - simpan dalam tabung minta diri - terima kasih kerana sudi berbual-bual Sebagai sidang pengarang majalah sekolah , kamu dikehendaki menemuramah johan pertandingan melukis peringkat daerah bagi kategori sekolah rendah. Tuliskan temuramah antara anda dengan pelukis tersebut. Mengucapkan selamat pagi - memperkenalkan diri

i. mengucapkan tahniah n ingin menemuramah untuk majalah sekolah ii. sejak bila mula melukis n hobi sejak dari kecil n mendapat dorongan keluarga bagaimanakah membahagikan masa melukis dengan masa belajar n pelajaran lebih penting, hanya pada masa lapang n pernah memenangi pertandingan melukis sebelum ini n lukisan pernah disiarkan dalam majalah Dewan Pelajar mengucapkan terima kasih , semoga berjaya Secara kebetulan kamu telah bersua dengan rakan kamu di sebuah kedai runcit. Dalam perbualan dengannya, dia lebih banyak bercakap tentang bahaya makanan ringan kepada kanak-kanak dan mengapa kanak-kanak masih mengemarinya. Tuliskan perbualan antara nada dengan rakan anda itu. Secara kebetulan bersua dengan rakan lama di kedai runcit i. bertegur sapa n bertanya tujuan ke kedai itu ii. beli barang untuk memasak kuih n walaupun makanan ringan lebih mudah didapati tetapi ia tidak berkhasiat , membahayakan kesihatan iii. kanak-kanak mudah terpengaruh membeli makanan ringan n iklan-iklan yang menarik n disertakan alat permainan n pembungkusan yang menarik mengucapkan terima kasih dan meminta diri Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah kamu mengadakan "Kursus Pembelajaran Berkesan" di sekolah kamu. Kamu diminta menemuramah pengerusi persatuan tersebut untuk mengetahui tujuan kursus dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Mengucapkan selamat i. tarikh dan tempat kursus diadakan n penyertaan terbuka kepada semua murid Tahun Enam n murid-murid sekolah lain boleh turut serta ii. tujuan kursus diadakan n meningkatkan kemahiran belajar

n membantu pelajar lemah n meningkatkan pencapaian UPSR iii. aktiviti yang akan dijalankan n n n n ceramah dan bimbingan cara membuat nota ringkas mengatasi rasa bosan murid belajar cara mudah mengingati apa yang dipelajari

mengucapkan terima kasih atas kerjasamanya Pasukan Pengakap Sekolah kamu akan mengadakan perkhemahan tahunannya di Lata Belatan. Rakan karib kamu memberitahu dia pernah ke sana. Kamu dan rakan-rakan yang lain berminat untuk mengetahui keadaan di situ. Tuliskan perbualan tersebut. Menyapa kawan kamu , ingin tahu keadaan di Lata Belatan i. pergi bersama keluarga n musim cuti sekolah yang lepas ii. pemandangan sungguh cantik n pokok menghijau , tasik dan sungai, air terjun n banyak kemudahan disediakan, surau , tanda, dan lain-lain iii. tempat - tempat yang dilawati n Taman buah-buahan , air terjun, lain tempat yang menarik tempat menarik, ucapan terima kasih Kamu dan rakan kamu singgah di sebuah warung untuk membeli makanan dan minuman. Warung itu sungguh kotor. Tuliskan perbualan kamu dengan rakan kamu tentang perkara tersebut. Singgah di warung untuk membeli makanan warung sangat kotor i. tidak mahu beli makanan kerana warung kotor ii. tidak guna penyepit n meja berhabuk n makanan tidak bertutup n banyak lalat, boleh menyebabkan penyakit iii. pinggan mangkuk tidak dicuci dengan bersih n boleh menyebabkan keracunan makanan memberanikan diri menegur pemilik warung Kamu mengunjungi rakan kamu untuk mengajaknya pergi ke rumah kakak kamu di Kuala Lumpur. Tuliskan perbualan antara kamu berdua itu.

Bertanya khabar i. memberitahu tentang kedatangan kamu n mengajak ke Kuala Lumpur, rumah kakak ii. rancangan yang baik n dapat melihat tempat-tempat menarik n boleh meluaskan pandangan n peluang keemasan iii. minta kebenaran ibu bapa berharap dapat pergi bersama ucapan terima kasih 75 Anda tinggal di asrama. Pada suatu hari anda menelefon ibu anda di rumah untuk bertanya khabar dan memberitahu mengenai diri anda di asrama. Tuliskan perbualan anda dengan ibu anda. 76 Anda mempunyai seorang sahabat karib yang telah bertukar ke sekolah lain. Anda sudah lama tidak bersua muka dengan sahabat anda. Anda telah menelefon rakan anda. Tuliskan perbualan anda dan rakan anda melalui telefon.

Anda telah berjumpa dengan kawan lama anda di sebuah bandar. Tuliskan perbualan anda dengan kawan lama anda itu. Kamu telah ditemuramah oleh pihak RTM tentang kejayaan kamu dalam peperiksaan UPSR. Tuliskan teks temuramah itu. Tuliskan sebuah perbualan telefon antara kamu dengan seorang kawan kamu untuk memberitahunya tentang keadaan kamu yang tidak sihat dan tidak dapat hadir ke sekolah untuk beberapa hari. Kamu berharap kawan kamu itu dapat menghubungi guru kelas kamu berkaitan hal ini. Kamu berjumpa dengan seorang rakan kamu yang sudah seminggu tidak hadir ke sekolah. Tuliskan perbualan kamu dengan kawan kamu itu selengkapnya. Kamu telah diarahkan menemuramah guru besar sekolah kamu yang akan bertugas ke sekolah lain. Temu ramah itu akan disiarkan dalam majalah sekolah. Tuliskan temu ramah tersebut. Kamu sedang berbual-bual dengan seorang rakan kamu. Topik utama perbualan kamu berdua ialah tentang kepentingan mematuhi undang-undang jalan raya dan cara-cara mengurangkan tragedi kemalangan jalan raya. Tuliskan dialog antara kamu dengan rakan kamu itu.

SABTU, 28 APRIL 2012

JENIS-JENIS KARANGAN
JENIS-JENIS KARANGAN 1. SURAT KIRIMAN RASMI :

Kampung Burung Baru, 23000 Dungun, Terengganu. _________________________________________ Guru kelas, Tahun 6 Bestari, Sekolah Kebangsaan Padang Pulut, 23000, Dungun, Terengganu. 20 MAC 2010 Cikgu, Tidak Dapat Hadir Ke Sekolah Berhubung dengan perkara di atas, saya Nurul Afiqah Bt. Mohd Noor , murid Tahun 6 Bestari ingin memaklumkan bahawa saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana diserang demam panas. 2. Saya telah pun mendapatkan rawatan doktor di Pusat Kesihatan Daerah Bukit Besi. Doktor menasihatkan saya supaya berehat selama tiga hari. 3. Bersama-sama surat ini, saya sertakan surat akuan doktor untuk perhatian dan tindakan cikgu. Saya berharap agar cepat sembuh dan dapat datang semula ke sekolah seperti biasa. Sekian ,terima kasih.

Yang benar, ( NURUL AFIQAH BT MOHD NOOR )

2. SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI : No. 8, Taman Setia Budi,

67500 Batu Kikir, Negeri Sembilan.

5 April 2009. Menemui sahabatku yang diingati selalu, Alia yang kini berada di Kota Bharu, Kelantan . Semoga sihat sejahtera. Saudari, Surat saudari telah selamat saya terima. Terima kasih saya ucapkan kerana saudari masih mengingati saya. Dalam surat saudari yang lepas, saudari bertanyakan persediaan saya untuk menghadapi UPSR. Sememangnya saya telah membuat persediaan lebih awal kerana tidak mahu menyesal kemudian hari. Bak kata pepatah melayu, sediakan payung sebelum hujan. Langkah pertama yang saya lakukan ialah menyediakan jadual waktu belajar di rumah. Saya menetapkan masa untuk membuat kerja-kerja rumah dan masa untuk mengulang kaji setiap mata pelajaran. Dengan cara ini saya dapat belajar dengan lebih teratur dan sistematik. Selain itu, saya mengikuti kelas bimbingan yang diadakan oleh guru-guru pada waktu petang dan setiap hujung minggu. Saya kerap bertukar-tukar nota dan soalan peperiksaan yang bersekolah di Kuala Lumpur. Baru-baru ini Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah telah mengadakan seminar dan kem motivasi untuk calon-calon UPSR. Kami banyak mendapat pendedahan tenteang caracara belajar yang betul. Saya berharap agar kita akan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Akhir kata, sambutlah salam daripada saya untuk saudara sekeluarga. Sahabatmu, ( ANIS SOLEHAH BINTI AZHAR)

3. UCAPAN : Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guruguru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini. Hadirin sekalian, Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.

Rakan-rakan sekalian, Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira. Guru juga adalah ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka. Rakan sekalian, Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia mendengar segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah. Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar . Sekian , terima kasih. 4. KARANGAN BIOGRAFI : Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada hari Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

Beliau merupakan anak bongsu dari sembilan orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada tahun 1945. Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr. Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura. Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain. Pada tahun 1953, beliau telah dianugerahkan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari University of Malaya. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr. Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis. Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa di Singapura telah diakrabkan lagi setelah keduaduanya diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan, Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura dan Mazhar. Akhirnya, pada 16 Julai 1981 berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negaranegara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia. Warisan pusaka yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir dapat kita lihat berada di mana sahaja.

KARANGAN LAPORAN :
Pada 5 Mac yang lalu, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-20 bertempat di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Pada hari kejohanan, atur cara majlis telah dimulakan dengan perbarisan lintas hormat yang melibatkan rumah sukan dan unit beruniform. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh puan guru besar. Kemudian disusuli pula dengan ucapan perasmian oleh Pegawai Pelajaran Daerah Gombak.

Setelah selesai majlis perasmian, acara sukaneka membuka gelanggang dengan pelbagai aksi murid-murid tahap 1. Mereka melakukan acara seperti mengepit bola dan membawa bola pingpong dengan sudu. Seterusnya, acara olahraga bermula dengan acara 100 meter, 200 meter dan 4100 meter. Tepat jam 10.00 pagi semua murid dibenarkan berehat untuk makan dan minum. Semasa rehat, pertunjukan tae kwon do telah dipersembahkan oleh ahli-ahli tae kwon do sekolah. Kemudian murid-murid tahun 1 pula telah membuat persembahan senamrobik. Seterusnya ialah acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Guru besar telah menyampaikan hadiah kepada olahragawan iaitu adik Amirul Anuar dan adik Nur Amni sebagai olahragawati sekolah. Rumah Hang Tuah pula telah diumumkan sebagai johan keseluruhan pada tahun ini. Murid-murid berasa gembira melihat kemeriahan kejohanan sukan pada tahun ini. Sebelum bersurai, muridmurid telah membantu guru-guru membersihkan padang. Kejohanan berakhir kira-kira pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, (NORAFIFAH KHAIRUL SALLEH) Wartawan, Majalah sekolah, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang.

30 MAC 2009

KARANGAN BERITA : PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh. Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarang sekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi keadaan tersebut. Setelah air naik ke paras yang merbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakkan rumah penduduk kampung. Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat dengan motorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut. Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman dan haiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat ini tiada kes kehilangan nyawa dilaporkan. Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akan menyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

KARANGAN PERIBAHASA : Peribahasa "Bagai Aur Dengan Tebing" bermaksud tolong-menolong di antara satu sama lain. Contohnya serumpun aur di tebing. Tebing menumpangkan aur hidup dan aur pula mencengkam tanah tebing supaya tidak terhakis. Setiap orang memerlukan pertolongan orang lain dalam hidupnya. Oleh itu, manusia harus hidup bekerjasama dan saling bantu-membantu bagai aur dengan tebing. Hidup begini dikatakan sepakat dan menjadikan kerja senang dan cepat. Semangat kerjasama dan gotong-royong sudah lama diamalkan oleh masyarakat luar bandar dalam segala lapangan kehidupan. Mereka bercucuk tanam dan menuai hasil tanaman mereka secara bergotong-royong.

Orang kampung membina masjid secara bergotong-royong. Jika suatu keluarga membuat persediaan untuk majlis perkhawinan, lazimnya orang kampung akan turut memberi bantuan. Peribahasa ini juga ada persamaan maksud dengan peribahasa berat sama dipikul ringan sama dijinjing, dan hati gajah sama dilapah hati kuman sama digigit. Kesimpulannya, peribahasa ini amat baik untuk diteladani bersama terutama oleh generasi muda kerana semangat bekerjasama sekarang semakin pupus. KARANGAN DIALOG : Aqilah : Hello, boleh saya bercakap dengan Farhan? Farhan : Ini Farhan bercakap. Siapa disana? Aqilah : Saya Aqilah. Assalamualaikum Farhan! Farhan : Walalaikummussalam! Oh, awak Aqilah! Mengapa awak tidak hadir ke kelas tambahan semalam? Aqilah : Saya mengikuti ibu saya menghantar abang saya ke MRSM di Kuala Lipis. Jadi, saya tidak dapat menghadiri kelas tambahan semalam. Farhan : Oh, begitu rupanya! Aqilah : Siapakah yang mengajar semasa kelas tambahan semalam? Farhan : Cikgu Hamidi dan Cikgu Azizul yang mengajar kami semasa kelas tambahan semalam. Aqilah : Apakah ada kerja rumah yang diberi oleh Cikgu Hamidi dan Cikgu Azizul? Farhan : Ya, ada! Kerja yang dibekalkan oleh Cikgu Hamidi ialah membuat karangan yang bertajuk "Keluarga Saya", manakala Cikgu Azizul pula meminta semua pelajar membuat latihan dalam buku kerja di halaman 52 . Aqilah : Terima kasih kerana memberitahu saya tentang kerja rumah yang perlu dilakukan. Baiklah, bolehkah pada pukul 5.00 petang ini saya datang ke rumah awak untuk membuat ulangkaji pelajaran bagi menghadapi ujian pengesanan pada minggu hadapan. Farhan : Sama-sama. Silalah datang! Saya akan menunggu awak pada pukul 5.00 petang nanti. KARANGAN AUTOBIOGRAFI : Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350.00. Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku, mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki. Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku. Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar. Apabila terhidu bau badanku terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Namun sudah terlambat kerana aku sebahagian badanku telahpun hangus. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.

KARANGAN SYARAHAN : Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar". Hadirin sekalian, Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah menguatkuasakan undang-undang dan peraturan alam sekitar yang telah diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah mengenakan tindakan yang tegas dan berat terhadap pencemar alam sekitar supaya mereka serik untuk melakukan perbuatan itu lagi. Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen ini boleh disiarkan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio. Kempen-kempen ini akan menyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Hadirin sekalian, Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab menjaga alam sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotong-royong dapat membantu orang ramai menjadi lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar. Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap perihatin dan bertanggungjawab. Jika mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, mereka perlulah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Hadirin sekalian, Tanggunjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Alam sekitar yang terpelihara atau dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih selesa dan sihat. Sekian, terima kasih. KARANGAN RENCANA : Perpustakaan mempunyai banyak kebaikan. Di perputakaan ada banyak bahan bacaan seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi. Banyak faedah yang akan kita peroleh apabila kita menggunakan perpustakaan. Di perpustakaan, para pelajar dapat menambah ilmu pegatahuan. Apabila para pelajar membaca di situ, mereka akan dapat mengetahui hal-hal yang belaku di dalam dan di luar negara sama ada yang berkaitan dengan bidang ekonami , politik, sosial dan berbagai-bagai lagi. Ini akan meluaskan pengetahuan mereka. Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan mengunjungi perpustakaan. Ini dapat mengelakkan kita daripada membuang masa secara sia-sia. Oleh itu, ini akan menghindarkan kita daripada terjebak dalam gejala-gejala yang tidak sihat seperti melepak, bergaduh, merokok dan lain-lain lagi. Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaan terdapat pelbagai peraturan. Antara peraturanya ialah tidak boleh membuat bising, memulangkan buku tepat pada masanya dan menjaga kebersihan perpustakaan. Di samping itu, perpustakaan dapat menambah pembedaharaan kata kita. Apabila kita membaca bukubuku rujukan, kita akan terjumpa perkataan-perkataan baharu. Ini akan membantu kita menulis karangan dengan lebih baik. Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, tanamkan sikap suka mengunjungi ke perpustakaan.

You might also like